You are on page 1of 7

PERATURAN PERTANDINGAN

KAROM CAMPURAN

1. AM

Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN KAROM Karnival Sukan MPIC


2012.

2. PENGELOLA

Pertandingan ini dikelolakan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

3. PENDAFTARAN DAN YURAN PENYERTAAN

3.1 Yuran penyertaan ialah RM 150.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Lima
Puluh Sahaja). Bayaran hendaklah dibuat secara tunai atau wang
pos/deraf bank/cek di atas nama Kelab Sukan Dan Sosial MPOB.

3.2 Pertandingan ini terbuka kepada semua Jabatan/Agensi di bawah


Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia (MPIC)

3.3 Setiap pasukan mendaftar tidak melebihi sepuluh (10) orang pemain
yang terdiri daripada 5 lelaki dan 5 wanita dalam satu pasukan.
Pendaftaran pemain hendaklah menggunakan borang online yang telah
disediakan.

3.4 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian.


Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam
pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan
sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika
menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.

3.5 Pemain-pemain didaftarkan hendaklah sepertimana Perkara 5.1


Peraturan Karnival Sukan MPIC 2012.

4. TEMPAT, JADUAL PERTANDINGAN DAN PENDAFTARAN PEMAIN

4.1 Tempat dan tarikh pertandingan akan diberitahu kemudian oleh


Jawantankuasa Pengelola Karnival Sukan MPIC 2012.

4.2 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut jadual yang telah


disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan MPIC 2012.
4.3 Pasukan yang akan bertanding hendaklah berada di gelanggang lima (5)
minit sebelum perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma akan
diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukan lawan gagal berada di
gelanggang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan
sepatutnya dimulakan.

4.4 Bagi Pengurus atau Ketua Pasukan mereka hendaklah menyerahkan nama
dan susunan pemain-pemain kepada urusetia rasmi sepuluh (10) minit
sebelum perlawanan dimulakan menggunakan borang yang disediakan.

4.5 Jumlah pemain dalam satu pasukan bagi setiap perlawanan ialah lapan (8)
orang.

4.6 Seorang pemain hanya dibenarkan bermain dalam satu (1) acara sahaja
dalam sesuatu perlawanan.

4.7 Pasukan yang menyertai kurang daripada tiga (3) acara perlawanan (rujuk
5.1) dalam satu perlawanan akan dibatalkan perlawanannya dan dikira
kalah dan Pasukan lawan yang mempunyai cukup pemain di gelanggang
akan diberi kemenangan percuma.

4.8 Pertukaran atau penggantian pemain tidak dibenarkan selepas susunan


pemain telah ditetapkan dan diserah kepada pegawai pertandingan
kecuali atas kebenaran pegawai tersebut.

5. SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan dijalankan secara berpasukan dan dilangsungkan serentak.

5.2 Susunan Acara Perlawan : (a) Perseorangan Lelaki


(b) Bergu Lelaki
(c) Perseoarang Wanita
(d) Bergu Wanita
(e) Bergu Campuran

5.3 Pertandingan yang dijalankan adalah mengikut kaedah 3 perlawanan


yang terbaik (best of three games). Pemain yang menang 3 perlawanan
akan dikira menang.

5.4 Semua permainan dijalankan tanpa buah merah.

6. PERALATAN PERTANDINGAN

6.1 Papan Karom (Carrom Board)


i. Mengikut piawaian yang telah disahkan oleh Persekutuan Karom
Malaysia.
ii. Ukuran papan karom 29” X 29”
iii. Permukaan papan karom daripada plywood atau kayu.
6.2 Gundur (Striker)
i. Berat tidak melebihi 15 gram.
ii. Garis pusat tidak melebihi 4.13 cm.
iii. Boleh memasuki keempat-empat poket melalui permukaan papan
karom.
iv. Tidak boleh letakkan benda bagi menambahkan berat timbangan
kecuali sebagai tanda dengan syarat mendapat kebenaran daripada
pengadil / penganjur pertandingan.

6.3 Buah Karom (Carrommen)


i. Buah putih atau hitam – Carrommen (c/m).
ii. Buah merah – Queen Carrommen (qc/m).

7. SISTEM PERTANDINGAN

7.1 Sistem pertandingan akan mengikut Sistem Pertandingan Kebangsaan.

7.2 Pihak penganjur akan menetapkan format pertandingan bergantung


kepada jumlah pasukan yang bertanding.

7.3 Semua perlawanan diperingkat awal akan dijalankan secara liga.

7.4 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan diperingkat liga akan layak ke
pusingan seterusnya.

7.5 Bagi pusingan separuh akhir hingga akhir, perlawanan akan dijalankan
secara kalah mati. Perlawanan akan berakhir apabila satu pasukan
memperolehi kemenangan dengan kira 3-0 atau 3-1.

7.6 Pemain menggunakan 18 c/m + 1qc/m.

7.7 Pemain yang memulakan permainan menggunakan 9 buah c/m putih.


Lawannya menggunakan 9 buah c/m hitam.

7.8 Buah merah akan dikeluarkan oleh pengadil selepas pecahan pertama
dimulakan bagi setiap permainan.

7.9 Cara bermain dinamakan ‘SABOTAJ’ atau mematikan buah lawan secara
terus atau sebaliknya.

7.10 Mana-mana pemain yang memasukkan buah karom ke dalam poket dan
habis dahulu dikira sebagai pemenang bagi frame tersebut.

7.11 Setiap perlawanan ada dua (2) frame. Jika berlaku seri (perlawanan
terikat satu sama), perlawanan penentuan akan diadakan iaitu frame ke
tiga (3) untuk menentukan pemenang.
8. MEMBUAT PUKULAN

8.1 Hanya pergelangan tangan dibenarkan berada di atas bingkai tetapi tidak
memasuki permukaan board dan kedudukan striker mesti menyentuh 2
garisan ufuk.

8.2 Siku atau badan tidak boleh melebihi UFUK (MOON) ketika membuat
pukulan.

8.3 Bila menggunakan bulatan UFUK (MOON) pemain mestilah menutupi


bulatan penuh (FULL MOON) dan tidak menyentuhi garisan ARROW.

8.4 Kerusi tempat duduk tidak boleh dialihkan semasa membuat pukulan.

8.5 Pemain diberi masa 20 saat untuk membuat pukulan, jika melebihi masa
tersebut pemain akan kehilangan giliran.

9. BUAH KAROM TERPELANTING KELUAR

9.1 Semasa permainan, sekiranya terdapat buah yang terpelanting keluar,


buah tersebut mestilah diletakkan di bulatan merah tengah.

9.2 Jika terdapat buah lain di tengah bulatan merah, buah yang terpelanting
mestilah diletakkan di atas buah yang sedia ada.

9.3 Buah Karom keluar dan meniti di atas bingkai lalu jatuh semula ke dalam
permukaan board dikira dalam permainan.

10. DENDA

10.1 Jika striker masuk poket sedangkan buah pemain masih maksima (9 biji)
tiada denda dikenakan (jika tiada buah yang telah masuk sebelumnya dan
denda dikenakan akibat mana-mana kesalahan menjadikan jumlah
sembilan biji semula).

10.2 Denda satu (1) biji dan hilang giliran apabila memasukkan buah striker
serentak ke dalam poket termasuk buah karom yang terakhir.

10.3 Denda satu (1) biji dan hilang giliran sekiranya striker masuk ke dalam
poket.

10.4 Denda satu (1) biji dan hilang giliran jika memukul buah karom yang
sedia ada MATI dengan tiada ‘connection’.

10.5 Denda satu (1) biji dan hilang giliran jika tersentuh mana-mana buah
sama ada hidup atau mati semasa dalam permainan.
10.6 Buah denda hendaklah diletakkan oleh pihak lawan atau pengadil dalam
ruang bulatan MERAH tetapi tidak ditengah bulatan merah. Jarak meletak
buah DENDA adalah sekadar tidak menyentuhi buah lain yang sedia ada
diruang tengah.

11. HAD MASA PERMAINAN

Tiada masa yang ditetapkan untuk setiap set bagi semua acara.

12. HAL-HAL LAIN

12.1 Penggunaan Powder Karom dibenarkan semasa dalam perlawanan


dijalankan dengan persetujuan pihak lawan.

12.2 Ujian striker tidak dibenarkan semasa permainan sedang berlangsung.

12.3 Pemain tidak dibenarkan meniup buah semasa permainan sedang


dijalankan.

12.4 Jika pemain terlepas strikernya ketika hendak membuat pukulan tetapi
tidak melepasi dua (2) garisan ufuk, ia diberi peluang sekali lagi untuk
meneruskan gilirannya.

12.5 Pemain tidak dibenarkan menukar buah karom kecuali buah karom itu
terpelanting keluar dari permukaan board.

12.6 Buah karom atau set yang ada di dalam permainan tidak boleh disentuh
atau diubah daripada tempat asal kecuali pengadil sahaja yang berhak
membuat begitu atas sebab-sebab tertentu.

12.7 Jawatankuasa Pertandingan berhak menentukan dan meminda sebarang


syarat / undang-undang / peraturan karom, maka keputusan dirujuk
kepada jemaah pengadil yang mana keputusannya adalah muktamad.

13. DISPLIN

13.1 Pemain dilarang merokok.

13.2 Telefon dibimbit hendaklah ditutup sepanjang perlawanan berlangsung.

13.3 Pemain akan dikira kalah jika meninggalkan meja tanpa kebenaran
pengadil.

13.4 Pemain akan dikira kalah jika tidak menyambung permainannya.

13.5 Pertukaran pemain tidak dibenarkan semasa perlawanan sudah bermula.


13.6 Pemain yang berniat menganggu tumpuan pihak lawan secara sengaja
atau tidak sengaja akan didenda hilang satu pusing atau giliran. Pengadil
berhak membuat amaran terlebih dahulu.

14. PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN PERMAINAN.

Pengadil boleh membatalkan permainan jika pemain berada dalam keadaan


berikut:

(i) Menunjuk ajar pemain lawan atau rakan dalam permainan bergu

(ii) Bangun semasa pihak lawan hendak membuat pukulan.

(iiv) Menukar gundu (striker) dalam permainan kecuali dibenarkan oleh


pengadil

(iv) Mengerakkan/mengalihkan kerusi semasa hendak membuat pukulan.

15. LARANGAN, KESALAHAN DAN DENDA

Setiap kesalahan pemain, akan didenda hilang satu pusingan (lost one turn)

16. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN

16.1 Dalam sistem liga, pemberian mata adalah seperti berikut:


(i) Menang - 2 mata
(ii) Kalah - 0 mata
16.2 Pasukan yang memperolehi mata terbanyak akan diisytiharkan sebagai
johan kumpulan. Sekiranya terdapat persamaan jumlah mata, maka
penentuan pasukan yang layak ke separuh akhir adalah berdasarkan
turutan berikut:

(i) Perbezaan bilangan set yang menang dan kalah


(ii) Perbezaan bilangan mata menang dan kalah
(iii) Cabutan undi.

17. KEMENANGAN PERCUMA

17.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika


pasukan lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut:

17.2 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana


perlawanan seperti dinyatakan dalam Perkara 3.3 dan 3.4

17.3 Gagal berada di padang selepas lima (5) minit dan perlawanan
sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan dalam Perkara 4.3
17.4 Gagal menyediakan sekurang-kurangnya pemain untuk tiga (3) acara
perlawanan dalam sesuatu perlawanan seperti dinyatakan dalam Perkara
4.7

17.5 Tidak mahu meneruskan perlawanan.

17.6 Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan menang dengan


kemenangan 3-0.

17.7 Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan


percuma kepada pasukan lawan. Jika berlaku juga keadaan sedemikian,
pasukan tersebut secara automatik terkeluar dari kejohanan ini dan
perlawanan sebelumnya dibatalkan.

18. ETIKA PAKAIAN

Semua pemain mestilah memakai pakaian sukan yang sesuai. Pakaian menjolok
mata adalah dilarang sama sekali.

19. PENGADILAN

Pengadil mempunyai kuasa mutlak mendenda pemain tanpa sebarang amaran


atau teguran

19.1 Sebarang perubahan terhadap perkara yang membatalkan permainan


adalah terletak pada budi bicara pengadil

19.2 Keputusan pengadil adalah muktamad.

19.3 Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang dilantik oleh
Jawatankuasa Pengelola.

20. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DICATAT

Mana-mana syarat yang tidak diperuntukkan di dalam peraturan ini akan dirujuk
kepada Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan MPIC 2012.

21. BANTAHAN DAN RAYUAN

Adalah seperti yang tertera di Perkara 14 dan 15, Peraturan Am Karnival Sukan
MPIC 2012.

You might also like