You are on page 1of 3

Aktiviti PBS

Persekitaran dan Suasana Bilik Darjah

a. Lukiskan pelan bilik darjah semasa membantu mentor melaksanakan PdP.


b. Huraikan cara-cara bahan dan sumber PdP dipamerkan di bilik darjah
tersebut digunakan secara berkesan.

Di belakang setiap kelas mempunyai satu rak yang membolehkan murid-murid


letak buku teks atau buku latihan untuk meringankan beban murid-murid. Jadi, di
atas ruangan kosong rak digunakan oleh guru untuk meletakkan bahan dan
sumber PdPc.

c. Catatkan bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid?
Bahan dan sumber PdP yang paling mudah dan paling sering digunakan ialah
buku teks. Selain itu, ABM atau BBM yang disediakan oleh guru juga mudah
digunakan oleh murid dan mudah menarik perhatian mereka.

d. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang


berasaskan TMK ?
Murid diberi peluang untuk menggunakan sumber pembelajaran yang
berasaskan TMK tetapi jarang. Hal ini demikian kerana kemudahan ICT di sekolah
tersebut juga tidak begitu lengkap. Jika ada menggunakan ICT, guru biasanya
akan menyediakan PPT untuk PdPcnya dan jarang menyediakan multimedia
interaktif yang melibatkan video pautan, kuiz atau permainan kecil.

e. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap
aktiviti pembelajaran?
Murid diberi peluang untuk menyentuh ABM yang disediakan oleg guru, iaitu
sampel wang kertas RM 1, RM 5, RM 10, RM 20, RM 50 dan RM 100. Di samping
mempunyai peluang untuk menyentuh dan merasai sendiri wang kertas sampel
yang besar itu, murid juga dengan aktifnya melibatkan diri dalam PdPc dengan
sentiasa mengangkat tangan untuk menjawab soalan guru.

f. Bagaimanakah murid-murid dibahagikan kepada kumpulan tertentu ?


Murid duduk dalam 6 orang dalam satu kumpulan. Guru biasanya
membahagikan kumpulan mengikut ketinggian. Pembahagian kumpulan mengikut
kebolehan atau tidak mengikuti kebolehan adalah jarang dalam kelas.

You might also like