You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA CEMPAKA

BANDAR BARU NILAI


71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN
NO TEL: 06-7990611 NO FAKS: 06-7991414

LAPORAN PERKHEMAHAN TUNAS

Nama aktiviti : PERKHEMAHAN TUNAS


KESELAMATAN, KECEMASAN & PERTAHANAN AWAM
TAHUN 5 PERINGKAT SEKOLAH
Tarikh : 3 Ogos 2019

Tempat : Dataran Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Desa


Cempaka.
Objektif : 1) Memberi peluang kepada para peserta merasai
pengalaman dalam menyertai program kepimpinan.
2) Membentuk peserta yang mampu berdikari dan
mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.
3) Memupuk sikap kerjasama sesama peserta.
4)Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri peserta.
Sasaran : 100 murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka.

Keputusan : 1) Senamrobik
Pertandingan Johan : PBSM
Naib Johan : PP TUNAS
Ketiga : PENGAKAP

2) Kawad Kaki
Johan : PP TUNAS
Naib Johan : PPIM
Ketiga : PENGAKAP

3)Balutan Pertolongan Cemas


Johan : PPIM
Naib Johan : TKRS
Ketiga : PP TUNAS

4) Keseluruhan
Johan : PP TUNAS
Naib Johan : PPIM
Ketiga : PENGAKAP

Laporan/Ulasan : Perkhemahan ini telah disertai oleh 117 orang ahli unit
beruniform yang terdiri daripada 5 unit iaitu Pandu Puteri
Tunas, Persatuan Puteri Islam, Pengakap, Tukas Kadet
Remaja Sekolah dan Persatuan Bulan Sabit Merah.
Peserta bekerjasama dalam melakukan semua aktiviti
yang dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut.
Aktiviti yang dirancang juga telah dilaksanakan dengan
jayanya dan mengikut jadual. Pertandingan juga diadili
oleh juri yang terdiri dari pihak luar untuk lebih adil.
Keseluruhannya,aktiviti perkhemahan ini berjalan dengan
lancar.Semua peserta dapat menimba pengalaman
baharu hasil daripada pengalaman aktiviti perkhemahan
ini. Diharapkan agar aktiviti ini akan diadakan lagi pada
tahun yang akan datang.

Kelebihan/ : 1)Juri untuk pertandingan yang terdiri daripada pihak luar


Kelemahan memang sangat wajar.
2)Murid tidak perlu untuk bermalam tetapi pada masa
yang sama dapat menimba pengalaman seperti
perkhemahan yang sebenar.
3)Maklumat tidak lengkap pada borang pendaftaran.
Tiada maklumat kelas dan unit beruniform.
4) Kekurangan guru bertugas untuk sesuatu aktiviti.
5)Terdapat guru yang tidak tahu tugas masing-masing.
Sebarang perubahan tidak mendapat hebahan seperti
yang sepatutnya.
6)Tiada aktiviti memasang khemah dan membina
gajet.
7) Pengurusan masa tidak begitu efisyen.

Penambahbaikan : 1) Murid diingatkan untuk melengkapkan borang


maklumat diri dengan selengkapnya.
2) Mewujudkan system giliran bagi guru yang bertugas
bagi setiap aktiviti.
3) Setiap perubahan perlu dihebahkan supaya semua
guru maklum dengan info terkini.
4) Menambah aktiviti yang lebih menarik seperti aktiviti
mendirikan khemah dan aktiviti membina gajet.
5) Memasukkan aktiviti yang berkaitan ikhtiar hidup.
6) Butiran pemarkahan bagi setiap pertandingan perlu
ditaklimatkan kepada pengurus pasukan dengan jelas.

Disediakan oleh,

………………………………
( SUHAINI BINTI ABIDIN )
AJK Dokumentasi Perkhemahan Tunas
LAMPIRAN
Gambar Catatan

Kawad oleh
peserta
Pengakap.

Kawad oleh
peserta PP Tunas.

Barisan Fasilititor
dari APM
Peserta
mendengar
taklimat.

Peserta berbaris
bagi memulakan
aktiviti.

Peserta beratur
untuk mengambil
makanan.
Pertandingan
senamrobik.

Teori Pertolongan
cemas, luka &
kepatahan dan
rawatan/balutan.

Amali
pertolongan
cemas.
Penyampaian
hadiah kepada
wakil APM.

Penyampaian
hadiah kepada
pemenang.

Penyampaian
hadiah kepada
pemenang.

You might also like