You are on page 1of 6

(Tukar lencana sekolah Pasir Putih)

KERTAS KERJA

INOVASI PENGAKAP LAUT


KUMPULAN 154JB

PROJEK TANAMAN CILI FERTIGASI


2014

Dianjurkan Oleh :
PENGAKAP LAUT KUMPULAN 154JB
SMK PASIR PUTIH

Dengan Kerjasama :
PERSATUAN IBU BAPA & GURU
PROJEK TANAMAN CILI FERTIGASI 2014

1.0 RASIONAL DAN LATAR BELAKANG


Projek Tanaman Cili Fertigasi 2014 merupakan inovasi dan usaha bersama antara Pengakap Laut
Kumpulan 154JB & Persatuan Ibu Bapa & Guru yang berhasrat untuk meningkatkan nilai ilmu
khususnya dalam bidang pertanian. Selain itu, projek perintis dengan kapasiti 100 pokok cili ini
adalah satu cara yang dilakukan untuk meningkatkan jumlah tabungan pengakap melaksanakan
pelbagai aktiviti tahunan.
Permulaan projek ini akan dikendalikan bersama kelolaan syarikat konsultan Excellent
Agrotech Farm yang terletak di Taman Daya, Johor Bahru, Johor. Syarikat yang dikendalikan
oleh seorang guru SMK Taman Johor Jaya 2 iaitu Encik Mohd Izranuddin Bin Jelani ini telah
beroperasi 9 bulan yang lalu dan berjaya mengeluarkan hasil yang sangat memberangsangkan.
Guru berkenaan akan menunjuk ajar semua aspek termasuk semaian, penanaman,
penyelenggaraan, tuaian mengeluarkan hasil sehingga kepada pemasaran pada masa akan datang.
Pihak sekolah akan membentuk satu jawatankuasa yang terdiri daripada para pemimpin
dan ahli pengakap bagi menyelia setiap hari pelbagai perkara yang melibatkan penanaman cili ini
mengikut jadual yang telah ditetapkan sehingga berjaya.
Pembiayaan projek berharga RM3000 ini akan mengguna pakai sistem saham dibiayai
oleh sumbangan ahli-ahli pengakap yang berminat membeli satu saham dengan harga RM30.
Sasaran untuk mendapatkan nilai berkenaan memerlukan 100 orang ahli. Namun demikian, ahli
yang berminat membeli lebih daripada satu saham adalah amat dialu-alukan. Dengan nilai RM30
bagi satu anak pokok yang dibayar itu, ahli akan mendapat perkara-perkara seperti polibeg, sabut
kelapa, anak pokok, racun dan baja. Pembelian saham dengan harga belian tidak akan
dikembalikan dan jumlah keuntungan yang diperolehi hasil jualan tuaian akan diagih-agihkan
mengikut jumlah saham yang dibeli setelah ditolak kos penyelenggaraan dan operasi.
Jika mendapat kelulusan semua pihak, projek ini dijangka dimulakan pada minggu
pertama bulan Mei 2014 dan hasil pertama dijangka dapat dikeluarkan selewat-lewatnya minggu
pertama bulan Julai. Ianya akan berterusan sehingga 4 bulan sebelum pokok ditebang dan
melalui peringkat penanaman semula sekiranya dipersetujui oleh ahli, PIBG dan sekolah.
Kejayaan projek ini diharap dapat membantu pihak sekolah khususnya dalam menambah
pengetahuan para guru dan pelajar dalam berbakti kepada tanah seterusnya mendapatkan hasil
yang berupaya mengukuhkan kedudukan kewangan pengakap sekaligus membantu pelbagai
perkara berkaitan.
2.0 MATLAMAT
Matlamat projek ini untuk meluaskan penggunaan ilmu yang tidak hanya tertumpu dalam bilik
darjah semata-mata tetapi secara praktikal melibatkan semua pihak khususnya pentadbir, para
guru, murid dan masyarakat komuniti. Kerjasama semua pihak ini secara tidak langsung
mengukuhkan hubungan semua pihak kerana satu tujuan iaitu mendapatkan hasil terbaik daripada
apa yang diusahakan secara bersama berbakti kepada tanah.

3.0 OBJEKTIF
Pada akhir program, sekolah dapat:
3.1 Mengukuhkan kewangan dan tabungan pengakap bagi membiayai pelbagai perkara
berkaitan akademik, infrastruktur dan kecemerlangan sahsiah.
3.2 Mengintegrasikan ilmu teori bersama praktikal yang akhirnya membuka mata semua
pihak bahawa banyak perkara yang boleh dilakukan jika kita bijak mencari peluang.
3.3 Menyemai semangat untuk sentiasa berusaha mencapai matlamat pendidikan dalam
semua aspek seperti terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan merangkumi
jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial
3.4 Merapatkan hubungan kekeluargaan antara pentadbir sekolah, ibu bapa dan anak-anak
pelajar itu sendiri.

4.0 TARIKH PELAKSANAAN


Bermula Mei - Oktober 2014

5.0 MASA
Selama 6 bulan

6.0 TEMPAT
Kawasan lapang berhampiran Blok ***

7.0 PENGANJUR PROGRAM


Pengakap Kumpulan 154JB SMK Pasir Putih
8.0 ANGGARAN KOS
ANGGARAN PERBELANJAAN
Kos keseluruhan menggunakan khidmat syarikat konsultan Excellent Agrotech RM3000.00
Farn

Baja 3 set (A + B) = 3 set x RM400


RM1200.00
Anak pokok 100 batang = 100 batang x RM2.50
RM 250.00
100 Polibeg + sabut = 100 set kali x RM3.50
RM 350.00
40 Pancang = 40 pancang x RM5
RM 200.00
Baja Brogard + Tong racun
RM 300.00
Alas pelapik tanah
RM 200.00
Sistem Perpaipan (Lump Sum)
RM 500.00
Khidmat rundingan - percuma

JUMLAH RM3000.00

9.0 SUMBER KEWANGAN

ANGGARAN PENDAPATAN
100 orang ahli dengan 1 pokok x RM30 RM3000.00

JUMLAH RM3000.00
10.0 SASARAN
Semua ahli dan pemimpin Pengakap Laut Kumpulan 154JB SMK Pasir Putih yang berminat serta
ahli jawatankuasa yang dibentuk dengan dibantu jawatankuasa yang terdiri daripada ahli
pengakap dari tingkatan 1 hingga 5.

11.0 CARA PELAKSANAAN


TARIKH AKTIVITI TINDAKAN
23/04/2014 Penyerahan Kertas Kerja Setiausaha
25/04/2014 Mesyuarat Pengagihan Tugas Setiausaha & Semua AJK
29/04/2014 Set up semua peralatan oleh syarikat Semua ahli yang terlibat
konsultan
30/04/2014 Penanaman anak pokok Semua ahli yang terlibat
01/07/2014 Pemetikan hasil pertama & seterusnya selama Semua ahli yang terlibat
4 bulan
31/10/2014 Mesyuarat Post-Mortem Semua ahli yang terlibat

12.0 JAWATANKUASA PROGRAM


Pengerusi Bersama : Balwinder Kaur a/p Jagir Singh
Pengetua, SMK Senai
Timbalan Pengerusi : Puan Hajah Maswati BT. Meseran
Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Senai
Puan Hidayah Bt. Awi
Penolong Kanan Petang, SMK Senai
Setiausaha : Encik Mohd Azri B. Alias
Bendahari : Puan Afdzanzurainee Bt. Abdul Aziz
Penyelaras : Encik Ghazali B. Mastor
AJK Guru :1) Encik Muhamad Hamri B. Wasiman
2) Puan Nur Nadiah Bt. Ahnal
3) Encik Aliff Ma’arof B. Sanan
4) Puan Nur Farhain Bt. Hamdan
5) Puan Nor Asfadila Bt. Juhari
6) Puan Nor Azhani Bt. Manan
7) Encik Mohd Nuhairi B. Ramlle
10) Encik Ismajuri B. Ramli
11) Puan Nur Liyana Bt. Hassan
12) Puan Roselinawati Bt. Zainal Abidin
13) Encik Zaki B. Din
14) Encik Hairulizwan B. Hassan
AJK Pelajar : Rujuk lampiran

13.0 Penutup

Semoga Projek Tanaman Cili Fertigasi ini dapat dilaksanakan dengan berjaya tanpa masalah dan
halangan. Sokongan dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan projek ini diharap membawa
seribu erti nilai hidup yang lebih baik kepada para pelajar, pentadbir, ibu bapa, dan sekolah.

Disediakan Oleh:

…………………………
()
Penyelaras Projek Tanaman Cili Fertigasi 2014
SMK Pasir Putih,
Pasir Gudang

Disemak Oleh:

…………………………
()
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
SMK Pasir Putih,
Pasir Gudang

Disah dan diluluskan Oleh:

…………………………
()
Pengetua
SMK Pasir Putih,
Pasir Gudang

You might also like