You are on page 1of 15

16

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BULAN MAC 2018

Mata pelajaran: Pendidikan Kesihatan

Tahun: 4

Masa: 30 Minit

Taksonomi Bloom: Domain Kognitif

I Mengingat
F Memahami
A Mengaplikasi
A Menganalisis
N Menilai
R Mereka cipta

Jadual 1: Aras Taksonomi Bloom

Bentuk soalan dan markah:

Bentuk soalan Bilangan soalan Markah


Objektif 10 10
Subjektif 2 20
Jumlah 12 30

Jadual 2: Bentuk Soalan dan Markah

Standard kandungan dan standard pembelajaran:

Standard kandungan Standard pembelajaran


1.1 Mengetahui dan memahami 1.1.1 Menyatakan maksud akil baligh.
pertumbuhan serta perkembangan 1.1.2 Menyatakan tanda-tanda akil baligh
fizikal yang sihat. bagi lelaki dan perempuan.
1.1.3 Menyatakan perubahan fizikal lelaki
dan perempuan apabila akil baligh.
1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan 1.2.3 Menyatakan cara menangani
kemahiran untuk menangani pelbagai situasi negatif terhadap

pengaruh dalaman serta luaran perubahan fizikal pada diri sendiri,


16

yang mempengaruhi kesihatan diri rakan dan keluarga.


dan reproduktif. 1.2.4 Menyatakan batas sentuhan untuk
menjaga keselamatan dan
kehormatan diri.

1.3 Mengetahui dan mengamalkan 1.3.1 Melakar dan melabel Piramid


pemakanan yang sihat serta Makanan Malaysia.

selamat. 1.3.3. Menyatakan kepentingan


pengambilan pelbagai jenis makanan
berdasarkan Piramid Makanan
Malaysia
1.3.4. Menjelaskan kepentingan
pengambilan sarapan yang sihat.
1.4 Mengetahui jenis dan kesan 1.4.1 Menyatakan contoh makanan dan
penyalahgunaan bahan serta minuman yang mengandungi alkohol

berkemahiran menangani situasi berdasarkan label.


1.4.2 Menyatakan kesan jangka masa
berisiko terhadap diri, keluarga
pendek terhadap fizikal dan mental
dan masyarakat.
akibat pengambilan alkohol.
1.4.3 Menyatakan kesan jangka masa
panjang terhadap fizikal dan mental
akibat pengambilan alkohol.
16

SOALAN OBJEKTIF

1. Akil baligh berlaku terhadap remaja lelaki dan wanita yang menandakan
sistem reproduktif telah mencapai kematangan dan berupaya untuk
mempunyai anak.

Remaja lelaki akan mencapai akil baligh apabila mengalami ___________ buat
pertama kali.

A haid

B demam

C mimpi basah

D perasaan jatuh cinta

[Mengingat]

2. Proses akil baligh akan berlaku antara umur 9 – 16 tahun bagi lelaki dan
perempuan.

Apakah perubahan seks primer dan perubahan seks sekunder yang akan dialami
oleh remaja perempuan apabila mengalami proses akil baligh?

I Payu dara membesar

II Ketinggian meningkat

III Perubahan pada faraj dan ovari

IV Bulu ketiak dan bulu ari-ari mula tumbuh

A I, II, dan III

B I, II, dan IV

C I, III, dan IV

D II, III dan IV

[Memahami]
16

3. Alkohol ialah cecair yang mudah terbakar dan memabukkan. Ia terdapat di


dalam minuman keras dan lain-lain.

Apakah kesan pengambilan alkohol secara berlebihan terhadap fizikal dan


mental individu?

A Menyebabkan sirosis

B Jalan terhuyung-hayang

C Tidak dapat mengawal diri

D Tidak dapat berkomunikasi dengan betul

[Memahami]

4. Aliya mendapati bahawa bentuk tubuh badannya telah banyak mengalami


perubahan setelah mencapai umur 10 tahun.

Ramalkan tanda-tanda yang mungkin telah di alami oleh Aliya semasa proses akil
baligh berlaku terhadap perubahan dirinya.

I mengalami haid yang pertama

II berat badan semakin bertambah

III jerawat mula tumbuh pada wajah

IV punggung dan payu dara semakin membesar

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III, dan IV

D II, III, dan IV

[Memahami]
16

5. Abu bertindak ingin menyentuh bahagian dada rakan perempuannya, Aina


dengan tujuan untuk mendapat perhatian daripada rakannya itu.

Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh Aina
apabila Abu ingin menyentuh bahagian dadanya?

A Pasrah

B Mengatakan tidak

C Membiarkan sahaja

D Mempamerkan rasa teruja dan gembira

[Memahami]

6.

Aras 3

Gambar 1

Berdasarkan gambar di atas, apakah sumber nutrien yang dibekalkan oleh makanan
yang berada pada aras ketiga?

A Lemak

B Protein

C Vitamin

D Karbohidrat

[Mengingat]
16

7.

Gambar 2

Berdasarkan gambar di atas, apakah kepentingan pengambilan pelbagai jenis


makanan dalam setiap hidangan makanan?

A Mengelakkan kegemukan

B Memenuhi kehendak selera individu

C Membantu proses tumbesaran individu

D Membekalkan semua sumber nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan

[Memahami]
16

8.
Pengambilan sarapan pagi yang sihat dan teratur dapat membekalkan tenaga
kepada tubuh untuk melakukan aktiviti.

Pernyataan di atas merupakan salah satu kepentingan pengambilan sarapan


yang sihat. Pilih kepentingan yang lain terhadap pengambilan sarapan yang sihat
kepada tubuh badan.

I mengelakkan rasa lapar

II mengekalkan berat badan yang ideal

III meningkatkan keupayaan mental dan fizikal individu

IV mengelakkan individu makan berlebihan semasa makan tengah hari

A I, II, dan III

B I, II, dan IV

C I, III, dan IV

D II, III, dan IV

[Memahami]

9. Minuman beralkohol adalah makanan atau minuman yang mengandungi


etanol yang boleh menyebabkan penurunan tahap kesedaran seseorang.

Arak merupakan minuman yang mengandungi kandungan _______________ di


dalamnya.

A gula

B alkohol

C nutrien

D karbohidrat

[Mengingat]
16

10.
Rina berasa malu akibat diejek oleh rakan-rakannya akibat perubahan fizikal
yang berlaku ke atas dirinya.

Manakah antara yang berikut merupakan cara mengatasi situasi negatif terhadap
perubahan fizikal pada diri sendiri, rakan dan keluarga?

A Berfikiran positif
B Saling menghormati antara sesama
C Menghargai perubahan yang berlaku terhadap diri
D Menerima perubahan yang berlaku terhadap diri dengan tenang

[Mengaplikasi]
16

SOALAN STRUKTUR

1.

Gambar 1: Piramid Makanan Malaysia

Pemakanan yang seimbang adalah makan makanan berdasarkan piramid makanan


Malaysia.

Berdasarkan piramid makanan di atas, huraikan lima kepentingan pengambilan


makanan yang seimbang kepada tubuh.

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
__________________________________________________________________

(10 Markah)

[Mengaplikasi]
16

2. Pengambilan minuman beralkohol atau arak dikenal pasti punca kepada 30


peratus kemalangan jalan raya di Malaysia (Utusan Online, 2009)

Berdasarkan pernyataan di atas, kemukakan beserta contoh lima kesan jangka masa
panjang pengambilan alkohol secara berlebihan terhadap fungsi mental dan fizikal
seseorang individu.

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
__________________________________________________________________

(10 Markah)

[Mengaplikasi]
16

RUBRIK PEMARKAHAN

Soalan objektif

1. C
2. C
3. A
4. C
5. B
6. B
7. D
8. D
9. B
10. A
16

Soalan struktur

1. Berdasarkan piramid makanan di atas, huraikan lima kepentingan pengambilan


makanan yang seimbang kepada tubuh.
Jawaban:
a. Membantu dan merangsang proses tumbesaran seseorang.
- Tubuh memerlukan zat dan nutrien yang mencukupi untuk membolehkan
sistem tubuh seperti pembinaan tulang yang kuat dapat berkembang dengan
baik.
- Keperluan zat seperti protein, karbohidrat dan kalsium perlu dipenuhi untuk
membantu dalam proses tumbesaran seseorang.
b. Membekalkan nutrien yang mencukupi kepada tubuh.
- Nutrien yang mencukupi dapat menjadikan tubuh badan manusia lebih sihat
dan cergas.
- Keperluan nutrien yang dapat dipenuhi juga dapat mengelakkan seseorang
individu menghidap penyakit seperti beri-beri dan anemia.
- Diet yang tidak seimbang perlulah dielakkan bagi memastikan semua nutrien
yang diperlukan oleh tubuh dapat dipenuhi.
c. Mengelakkan obesiti atau kegemukkan
- Panduan pemakanan yang sihat dapat mengelakkan individu makan secara
berlebihan.
- Pengambilan makanan yang sedikit tetapi berkhasiat dan memenuhi
keperluan tubuh.
- Makanan mengikut panduan piramid makanan iaitu makanan yang berada di
aras keempat perlu dimakan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
d. Mempelbagaikan set hidangan makanan
- Set hidangan makanan yang pelbagai membolehkan individu memperolehi
semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh
- Setiap set hidangan mengandungi makanan yang membekalkan sumber
nutrisi seperti karbohidrat, lemak, protein dan vitamin.
e. Saiz hidangan yang di hidangkan mengikut keperluan tubuh.
- Saiz hidangan yang disarankan adalah berpandukan kepada piramid
makanan dan keperluan pemakanan individu.
- Saiz hidangan yang bersesuaian mengelakkan pembaziran dan makan
secara berlebihan.
- Hidangan yang disediakan mengikut keperluan nutrien yang diperlukan oleh
tubuh.
16

f. Mengurangkan risiko mendapat penyakit berbahaya


- Makan makanan yang kaya dengan vitamin dapat dapat mengurangkan risiko
mendapat penyakit kronik seperti spina bifida.
- Pengambilan makanan yang tinggi vitamin seperti sayur-sayuran dan buah-
buahan dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser seperti kanser
perut atau spina bifida.

1 fakta = 1 markah
1 fakta + huraian/contoh = 2 markah
5 fakta + huraian/contoh = 10 markah
Jumlah markah = 10 markah
16

2. Berdasarkan pernyataan di atas, kemukakan beserta contoh lima kesan jangka masa
panjang pengambilan alkohol secara berlebihan terhadap fungsi mental dan fizikal
seseorang individu.
Jawaban:
a. Hilang koordinasi gerak tubuh
- Kurang pertimbangan dan tidak mampu mengawal diri dengan baik.
- Boleh menyebabkan pergaduhan atau cara berjalan yang tidak teratur di
mana individu yang sedang mabuk akan jalan terhuyung-hayang malah boleh
menyebabkan kemalangan.
b. Menyebankan gangguan pada sistem penghadaman
- Penyakit seperti sirosis dan hepatitis akan mudah menyerang individu yang
ketagih kepada alkohol.
- Sistem ketahanan tubuh seseorang akan menurun apabila tubuh sentiasa
berada dalam pengaruh alkohol.
c. Kebergantungan terhadap alkohol
- Individu akan ketagih kepada alkohol dan sentiasa menginginkannya kerana
- Tidak tenteram selagi tidak meneguk atau meminum alkohol kerana
ketagihan yang terlalu kuat.
d. Menyebabkan hilang ingatan
- Daya ingatan akan kurang akibat pengaruh alkohol yang berlebihan dalam
darah. Hal ini kerana kekurangan fungsi mental kerana individu yang berada
dalam pengaruh alkohol akan mencipta dunia mereka sendiri tanpa
mempedulikan sekeliling.
- Tidak dapat mengingati perkara yang berlaku di seklilinyanya atau perkara
yang dilakukannya.
e. Menyebabkan penyakit angin ahmar atau strok
- Jumlah alkohol yang berlebihan di dalam sistem darah boleh menyebabkan
kejadian strok terhadap individu yang pemabuk kerana tekanan darah akan
meningkat.
- Tekanan darah yang terlalu tinggi menyebabkan strok mudah menyerang
kerana berlaku gumpalan darah pada pembuluh darah.
f. Berbahaya kepada wanita yang sedang hamil
- Wanita hamil yang minum alkohol boleh menyebabkan bayi dalam
kandungan gugur atau mengalami Fetal Alcohol Spectrum Disorders (FASD)
kerana kandungan alkohol dalam darah ibu dan kandungan sangat tinggi.
16

- Hal inini boleh menyebabkan menyebabkan bayi mengalami kelainan atau


kecacatan selepas dilahirkan seperti kepala yang lebih kecil dan mengalami
kurang berat badan.

1 fakta = 1 markah
1 fakta + huraian/contoh = 2 markah
5 fakta + huraian/contoh = 10 markah
Jumlah markah = 10 markah

You might also like