You are on page 1of 13

BAB 7 CAHAYA, WARNA, DAN PENGLIHATAN

Soalan Objektif

1
sinar kanta
cahaya
dari
objek jauh skrin putih

pemegang
kanta

Rajah 1
Skrin putih dalam Rajah 1 di atas digerak ke hadapan dan ke belakang supaya satu imej yang tajam
terbentuk padanya. Apakah ciri-ciri imej itu ?
A Mengecil dan tegak
B Membesar dan terbalik
C Mengecil dan terbalik
D Membesar dan tegak

2 prisma

cahaya
putih skrin putih

Penapis Penapis
magenta biru

Rajah 2
Rajah 2 di atas menunjukkan cahaya putih yang dilalukan melalui prisma serta dua penapis warna.
Apakah warna yang diperhatikan di atas skrin putih ?
A Merah, biru, dan ungu
B Merah dan biru
C Biru sahaja
D Ungu sahaja

3 Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang warna-warna pelangi ?


A Komponen merah mempunyai panjang gelombang terpanjang
B Komponen ungu mempunyai halaju terbesar
C Komponen biru lebih banyak disebarkan daripada komponen hijau
D Setiap komponen mempunyai frekuensi yang sama

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7-1 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


4

Rajah 3
Rajah 3 di atas menunjukkan mata manusia. Bahagian kamera yang menjalankan fungsi yang sepadan
dengan bahagian berlabel X pada mata ialah
A pengatup
B gelang pemfokus
C diafragma
D kanta kamera
kanta mata kanta objek
5

Rajah 4

Rajah 4 di atas menunjukkan satu model teleskop astronomi. Kedudukan kanta objek diwakili oleh
garis putus-putus. Jika jarak fokus bagi kanta mata ialah x cm, yang manakah di antara berikut
menunjukkan dengan betul jarak fokus kanta objek dan jenis kanta objek itu?

Jarak fokus (cm) Jenis kanta


A 0.5x kanta cembung
B x kanta cekung
C 3x kanta cembung
D 4x kanta cekung

6 penapis sian penapis


kuning
alur cahaya putih

bunga
berwarna
prisma kaca
kuning

Rajah 5
Satu alur cahaya putih ditujukan kepada satu prisma kaca seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5 di
atas. Apakah warna bunga yang diperhatikan ?
A Kuning
B Hijau
C Putih
D Hitam

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7-2 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


7

objek kanta

2f f f 2f

Rajah 6

Antara alat berikut, yang manakah melibatkan kedudukan objek dari kanta seperti yang ditunjukkan
pada Rajah 6 di atas?
A Kamera
B Mesin fotostat
C Kanta pembesar
D Projektor slaid

8
objek kanta
f ff 2f

K L M N

Rajah 7
Antara titik K, L, M, dan N, di manakah kedudukan imej yang dibentuk oleh kanta pada Rajah 7 di
atas?
A K
B L
C M
D N

9 penapis
kuning

alur cahaya putih

skrin putih
prisma
kaca

Rajah 8

Eksperimen pada Rajah 8 di atas dijalankan untuk menunjukkan penolakan cahaya berwarna oleh
penapis. Antara jalur cahaya berwarna berikut, yang manakah dapat diperhatikan pada skrin putih ?
A Kuning sahaja
B Kuning dan merah sahaja
C Merah dan hijau sahaja
D Kuning, merah, dan hijau

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7-3 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


10

kuning P

putih

Rajah 9

Rajah 9 di atas menunjukkan penambahan dua jenis cahaya berwarna. Apakah warna cahaya P yang
mungkin ?
A Hijau
B Biru
C Merah
D Hitam

11 Satu imej yang tajam dan cerah dapat dibentuk pada skrin sebuah kamera lubang jarum apabila
A objek didekatkan dengan kamera lubang jarum
B satu kanta penumpu diletakkan di hadapan lubang jarum kamera
C saiz lubang jarum dibesarkan
D jarak di antara lubang jarum dengan skrin ditambah

12
Q P

T S R

Rajah 10
Rajah 10 di atas menunjukkan satu sinar cahaya dari satu titik P yang ditujukan kepada suatu cermin
satah. Di kedudukan manakah imej P terletak ?
A Q
B R
C S
D T

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7-4 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


13
objek
kanta cembung

50 cm

Kiri Kanan

Rajah 11
Rajah 11 di atas menunjukkan sebuah kanta cembung dengan jarak fokus 20 cm. Sebuah objek
diletakkan sejauh 50 cm daripada kanta tersebut seperti yang ditunjukkan id atas. Antara berikut, yang
manakah bukan ciri imej yang terbentuk ?
A Lebih besar daripada objek
B Songsang
C Nyata
D Terbentuk pada sebelah kanan kanta

14 Kebiruan langit disebabkan oleh proses


A penyebaran cahaya
B pantulan cahaya
C penyerakan cahaya
D penolakan cahaya

15 Dalam proses pencetakan berwarna, warna merah tua didapati dengan menggunakan plat-plat
A magenta dan kuning
B magenta, kuning, dan hitam
C sian dan kuning
D sian, kuning, dan hitam

16 kanta
cembung
B D

2F F

Rajah 12
Rajah 12 di atas menunjukkan suatu kanta cembung dengan jarak fokus F. Antara kedudukan berlabel
A, B, C, dan D, di manakah objek harus diletakkan supaya imej yang terbentuk adalah maya?

17 Sebuah kotak biru yang diletakkan di bawah cahaya kuning akan kelihatan berwarna
A hitam
B putih
C hijau
D biru

18 Antara berikut, yang manakah tidak berlaku dalam proses pembentukan pelangi ?
A Penyebaran cahaya
B Biasan cahaya
C Pantulan cahaya
D Penyerakan cahaya

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7-5 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


19 Bunga kuning kelihatan berwarna merah apabila disinari cahaya merah kerana
A hanya cahaya merah dipantulkan
B hanya cahaya merah diserap
C cahaya kuning dan merah dipantulkan
D cahaya merah dan hijau dipantulkan

20 Apakah fungsi sel kon pada retina mata manusia ?


A Bergerak balas terhadap perubahan keamatan cahaya
B Bergerak balas terhadap bahan kimia
C Mengesan bentuk objek
D Mengesan warna objek

21 Apakah perubahan yang akan berlaku dalam mata seseorang apabila dia melihat suatu objek
yang jauh?
I Otot silia mengendur
II Ligamen gantung mengecut
III Kanta mata menjadi nipis
A II sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

22 Apabila seorang budak memasuki gua yang gelap pada waktu siang,
I otot jejari matanya mengecut
II otot keliling matanya mengendur
III anak matanya mengecil
A II sahaja
B I dan II sahaja
C I dan III sahaja
D I, II, dan III

23 cahaya hijau

Rajah 13

Rajah 13 di atas menunjukkan objek X yang disinari dengan cahaya hijau. Jika objek X kelihatan
hitam, apakah warna asal yang mungkin bagi X ?
I Kuning
II Magenta
III Biru
A II sahaja
B III sahaja
C I dan II sahaja
D II dan III sahaja

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7-6 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


24 Antara proses berikut, yang manakah berlaku semasa pembentukan pelangi ?
I Penyebaran cahaya
II Pantulan cahaya
III Pembiasan cahaya
A I sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

25 Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang objek legap ?


I Objek merah hanya memantulkan cahaya merah sahaja
II Objek biru akan menyerap cahaya kuning
III Objek kuning boleh memantulkan cahaya hijau
A I sahaja
B III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

26 Antara berikut, campuran cahaya yang manakah akan menghasilkan cahaya putih ?
I Merah + sian
II Kuning + biru
III Magenta + kuning
A II sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

27
atmosfera

X
Bumi
Rajah 14

Berdasarkan Rajah 14 di atas, pemerhati yang manakah dapat melihat fenomena kemerahan
Matahari ?
I Kedudukan X
II Kedudukan Y
III Kedudukan Z
A I sahaja
B II sahaja
C I dan III sahaja
D I, II, dan III

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7-7 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


28 Antara berikut, yang manakah menghasilkan imej maya ?
I Cermin satah
II Cermin cekung
III Kanta cembung
A I sahaja
B II sahaja
C I dan II sahaja
D I, II, dan III

29 Peranan warna dalam kehidupan termasuklah


I menarik perhatian pasangan untuk mengawan
II memberikan amaran kepada haiwan yang lain
III melindungi diri daripada bahaya
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

30 Antara warna berikut, yang manakah tidak boleh diperoleh melalui pencampuran warna-warna
yang berlainan ?
I Hijau
II Ungu
III Jingga
A I sahaja
B II sahaja
C I dan III sahaja
D II dan III sahaja

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7-8 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


Soalan Struktur

tabung uji

bikar larutan natrium


hipoklorus

Rajah 1

Radas pada Rajah 1 di atas telah disimpan di dalam almari gelap selama beberapa hari.
(a) Apakah kesan larutan itu ke atas kertas litmus biru ?

__________________________________________________________________________________

(b) Nyatakan sifat yang ditunjukkan oleh larutan itu di (a).

__________________________________________________________________________________

(c) Larutan natrium hipoklorus kemudian didedahkan kepada cahaya Matahari selama dua hari.
Didapati sejenis gas tidak berwarna terbebas dan larutan dalam bikar tidak memberi kesan
kepada kertas litmus.
(i) Apakah gas yang terbebas itu ?

______________________________________________________________________________

(ii) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat dalam eksperimen di (c) ?

_______________________________________________________________________________

(d) Tuliskan satu persamaan kimia untuk menunjukkan tindak balas yang berlaku apabila larutan
natrium hipoklorus didedahkan kepada cahaya Matahari.

_________________________________________________________________________________

(e) Berikan satu bahan kimia lain yang menghasilkam gas yang sama apabila didedahkan kepada
cahaya Matahari.

_________________________________________________________________________________
[6 markah]

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7-9 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


2
cahaya karbon
Matahari dioksida

gas X

air
Rajah 2
Rajah 2 di atas menunjukkan proses fotosintesis dalam daun.
(a) Namakan gas X.

_________________________________________________________________________________

(b) Apakah fungsi cahaya Matahari di dalam proses fotosintesis ?

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

(c) Namakan pigmen hijau dalam tumbuhan yang menyerap tenaga cahaya.

_________________________________________________________________________________

(d) Apakah nama salur di dalam urat daun yang mengangkut air di dalam tumbuhan ?

_________________________________________________________________________________

(e) Tuliskan satu persamaan perkataan untuk proses fotosintesis.

_________________________________________________________________________________
[5 markah]
Soalan Esei
1 (a) Berikan dua perbezaan di antara kanta cembung dengan kanta cekung. [2 markah]
(b) Suatu objek setinggi 1.5 cm berdiri tegak pada paksi utama sebuah kanta cembung dengan
jarak fokusnya, f = 3.0 cm.
Dengan bantuan gambar rajah sinar yang berasingan, tunjukkan kedudukan dan saiz imej yang
sebenar apabila objek tegak itu terletak di kedudukan
(b) lebih daripada 2f,
(b) kurang daripada f.
Bagi setiap keadaan (i) dan (ii), nyatakan ciri-ciri imejnya dan satu jenis alat optik yang berfungsi
atas prinsip yang sama. [8 markah]

2 (a) Huraikan perbezaan dalam pemfokusan dan pengawalan cahaya di dalam mata manusia dan
kamera. [6 markah]
(b) Dengan gambar rajah sinar yang sesuai, terangkan prinsip kerja sebuah teleskop astronomi.
[4 markah]

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7 - 10 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


JAWAPAN BAB 7
Soalan Objektif

1C 2C 3B 4C 5C
6B 7B 8B 9D 10 B
11 B 12 B 13 A 14 C 15 B
16 D 17 A 18 D 19 A 20 D
21 A 22 B 23 D 24 D 25 D
26 D 27 D 28 D 29 D 30 A

Soalan Struktur

1 (a) Melunturkan kertas litmus biru kepada merah dan kemudian melunturkannya
(b) Peluntur
(c) (i) Oksigen
(ii) Cahaya Matahari menguraikan larutan natrium hipoklorus
(d) Natrium hipoklorus  natrium klorida + oksigen
(e) Air klorin

2 (a) Oksigen
(b) Menguraikan molekul air (H2O) kepada hidrogen dan oksigen
(c) Klorofil
(d) Xilem
cahaya
(e) Karbon dioksida + air glukosa + oksigen
klorofil

Soalan Esei

1 (a)
Kanta cembung Kanta cekung

Bahagian tengah lebih tebal daripada bahagian Bahagian tengah lebih nipis daripada bahagian
sisinya sisinya

Ciri-ciri imej yang terbentuk bergantung kepada Ciri-ciri imej yang terbentuk adalah sentiasa
jarak objek dari pusat optik kanta cembung maya, tegak, dan mengecil

Ia menumpukan sinar-sinar cahaya yang selari Ia mencapahkan sinar-sinar cahaya yang selari
dengan paksi utama dengan paksi utama

(mana-mana dua)

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7 - 11 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


(b) (i)

objek
1.5 cm f 2f

imej 1.3 cm
0
3 cm 3 cm

- Ciri-ciri imej : Nyata, tersongsang, dan mengecil


- Alat optik yang sepadan : Kamera
(ii)

imej 3.1cm

f 2f

3 cm 3 cm

- Ciri-ciri imej : Maya, tegak, dan membesar


- Alat optik yang sepadan : Kanta pembesar

2 (a)
Mata manusia Kamera
1 Pemfokusan dilakukan oleh otot silia yang 1 Pemfokusan dilakukan dengan
mengubah ketebalan kanta mata menggerakkan kanta kamera ke dalam atau
keluar
2 Otot silia mengendur untuk objek yang jauh, 2 Kanta didekatkan ke filem untuk objek yang
dan mengecut untuk objek yang dekat jauh, dan dijauhkan dari filem untuk objek
yang dekat
3 Pengawalan amaun cahaya dilakukan oleh iris 3 Pengawalan amaun cahaya dilakukan oleh
pengatup dan diafragma
4 Dalam keadaan terang, otot bulat mengecut 4 Dalam keadaan terang, diafragma
lalu mengecilkan saiz anak mata. Dalam diselaraskan supaya bukaan adalah kecil dan
keadaan gelap, otot jejari mengecut lalu kelajuan pengatup diselaraskan pada
membesarkan saiz anak mata kelajuan tinggi. Dalam keadaan gelap,
diafragma diselaraskan supaya bukaan
adalah besar dan kelajuan pengatup
direndahkan

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7 - 12 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


(b) kanta objektif
kanta mata
sinar dari objek
yang jauh
Fe Fo pemerhati

imej
akhir

Fe : titik fokus kanta mata


Fo : titik fokus kanta objektif
Teleskop digunakan untuk melihat objek-objek yang jauh. Ia terdiri daripada susunan dua kanta cembung
iaitu kanta objektif (dengan jarak fokus panjang) dan kanta mata (dengan jarak fokus pendek).
Sinar-sinar dari objek yang jauh adalah selari dan akan membentuk imej pada Fo selepas melalui kanta
objektif.
Kanta mata disusun supaya jarak Fo dari kanta mata adalah kurang daripada jarak fokus kanta mata. Ini
akan menghasilkan imej akhir yang diperbesarkan dan maya.

Jarak fokus kanta objektif


Pembesaran teleskop =
Jarak fokus kanta mata

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7 - 13 Bank Soalan BPS Tingkatan 4

You might also like