You are on page 1of 7

*SULIT 2

Bahagian A
[15 markah]
Jawab semua soalan

1.Yang manakah bertepatan dengan konsep negara berdaulat ?


A Mempunyai komuniti tertentu.
B Mempunyai sempadan negara yang nyata.
C Mempunyai hubungan dengan negara luar.
D Mempunyai ketua negara yang dilantik rakyat.

2. Yang manakah benar tentang kepentingan Perlembagaan.

I Perlembagaan menjamin kedudukan para pentadbir.


II Perlembagaan menjamin hak sesuatu kaum untuk hidup sebagai warganegara secara
aman dan harmoni.
III Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran
dan kestabilan politik.
IV Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta
prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan.

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

3. X

Percantuman Wilayah
Warganegara
Naturalisasi

Kuat kuasa undang-undang

X merujuk
I Seseorang yang tinggal di Sabah dan menjadi warganegara.
II Seorang anak berumur bawah 18 tahun yang merupakan warga asing dan ibunya
warganegara.
III Seorang isteri kepada warganegara yang bermastautin di Persekutuan melebihi 3
tahun.
IV Seseorang berumur 18 tahun dan membuktikan bermastautin di Persekutuan selama
enam tahun.

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV
900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihatsebelah
SULIT*
*SULIT 3

4. Yang manakah benar tentang kerajaan Malaysia?

A Yang diPertuan Agong adalah Ketua Kerajaan


B Kuasa eksekutif dilaksanakan oleh kabinet
C Parlimen bersidang dalam tempoh 5 tahun selepas pilihan raya umum
D Parlimen berfungsi sebagai badan yang menjalankan kuasa pentadbiran

5. Yang di-Pertuan Agong hendaklah berunding dengan Majlis Raja-Raja apabila baginda ingin
melantik

A Peguam Negara.
B Ketua Polis Negara.
C Akauntan Negara.
D Ketua Hakim Negara.

6. Yang manakah benar tentang pembahagian kuasa perundangan yang disenaraikan dalam
Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan ?

SENARAI PERSEKUTUAN SENARAI NEGERI


A Kajian, siasatan dan penyelidikan Kebajikan orang asli
B Keselamatan sosial Perkhidmatan air
C Rekod purbakala Menangkap ikan di sungai
D Kebajikan masyarakat Tanah

7. Yang manakah merujuk kepada Doktrin Duluan Kehakiman ?

A Hakim Mahkamah Persekutuan berhak membuat prinsip kehakimannya sendiri


B Hakim Mahkamah Tinggi mematuhi arahan Ketua Hakim Negara dalam usaha
membicarakan kes
C Hakim mahkamah yang kanan lebih berkuasa daripada Hakim mahkamah yang baru
dilantik
D Hakim mahkamah berhak membuat pilihan antara prinsip-prinsip undang-undang
yang terkandung dalam keputusan mahkamah yang lebih tinggi

8. Yang manakah kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah di Malaysia?

I Pengamalan ajaran sesat


II Penjualan minuman keras

900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihatsebelah
SULIT*
*SULIT 4

III Pengambilan anak angkat


IV Pembahagian harta pusaka

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

9. Alasan yang manakah membolehkan seseorang calon yang bertanding kerusi Dewan
Rakyat membuat petisyen pilihan raya?

A Disyaki melakukan amalan rasuah


B Tidak patuh peruntukan undang-undang pilihan raya
C Tidak menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya
D Bukan pemastautin kawasan parlimen yang ditandingi

10. Tugas agensi pelaksana adalah untuk

I Menyelaras segala program pembangunan negara


II Memberikan perkhidmatan kepada ahli masyarakat
III Memastikan program kerajaan berjalan dengan lancar
IV Merancang dasar dan program pembangunan negara

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

11. Yang manakah benar tentang Unit Perancangan Ekonomi?


I Menjalankan penyelidikan sosioekonomi yang difikirkan perlu
II Mengawal dan menilai pencapaian program dan projek pembangunan
III Menyelaras dan mengesan pelaksanaan projek-projek pembangunan negara
IV Memastikan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
dalam pelaksanaan pembangunan negara

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

12. Yang manakah merupakan sumber kewangan Kerajaan Tempatan?

A Cukai tanah
B Cukai pendapatan
C Cukai taksiran harta
D Cukai keuntungan hartanah
900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihatsebelah
SULIT*
*SULIT 5

13.  Pembuangan sisa-sisa pepejal


 Rumah penyembelihan

Penyataan di atas merujuk kepada bidang kuasa

A Jabatan Kesihatan
B Jabatan Alam Sekitar
C Pihak Berkuasa Tempatan
D Pejabat Tanah dan Daerah

14. Yang manakah faktor yang diambil kira dalam mengukur daya saing negara?

I Kestabilan politik
II Kecekapan kerajaan
III Kemudahan prasarana
IV Keharmonian penduduk

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

15. Yang manakah berkaitan dengan langkah mengatasi masalah sistem


penyampaian khidmat awam?

A Membudayakan kreativiti dan inovasi


B Meningkatkan inisiatif kepada penjawat awam
C Menyediakan kemudahan peralatan berteknologi moden
D Memberi keutamaan kepada kenaikan pangkat dan kebajikan pekerja

900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihatsebelah
SULIT*
*SULIT 6

Bahagian B
[15 markah]
Jawab semua soalan

16. Huraikan dua larangan dalam kebebasan diri setiap warganegara Malaysia. [4]

(a) ……………………………………………………………………………………………....

…………………………………………………………………………………………….........

(b)……………………………………………………………………………………………....

………………………………………………………………………………………………...

17. Berikan tiga keistimewaaan Parlimen. [3]

(a)…………………………………………………………………………….............................

(b)………………………………………………………………………………………............

(c)……………………………………………………………………………………………….

18. Nyatakan empat peranan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU). [4]

(a)………………………………………………………………………………………….........

(b)………………………………………………………………………………………………

(c)……………………………………………………………………………………………...

(d)………………………………………………………………………………………………

19. Huraikan dua aspek yang diberi penekanan dalam tadbir urus yang baik. [4]

(a)………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

(b)……………………………………………………………………………………………...

………………………………………………………………………………………………

900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihatsebelah
SULIT*
*SULIT 7

Bahagian C
[50 markah]

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan.

20. Semakin moden kehidupan di negara kita maka semakin banyaklah penyakit yang muncul.
Bincangkan faktor yang mengancam tahap kesihatan dalam kalangan penduduk di negara
ini.

21. Menurut Laporan Daya Saing Global 2016-2017, Malaysia kekal berada dalam kalangan 20
peratus negara teratas paling berdaya saing. Hal ini membawa pelbagai kepentingan kepada
negara. Namun, kerajaan juga perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk
mengekalkannya. Jelaskan.

22. Dalam membangunkan negara, Industri Kecil dan Sederhana mempunyai sumbangannya
sendiri. Walau bagaimanapun terdapat masalah yang dihadapi oleh industri kecil dan
sederhana di negara ini. Bincangkan.

900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihatsebelah
SULIT*
*SULIT 8

900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihatsebelah
SULIT*

You might also like