You are on page 1of 3

MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)

64, KAMPUNG MUHIBBAH DAN JENAN


MUKIM NAGA, JITRA, KEDAH
Telefon: 012- 557 7379/ 016- 405 4565
Email: kampungmuhibbahmpkk@gmail.com

Tuan Pegawai Daerah, Ruj: Bil 2/2019


Pejabat Daerah Kubang Pasu, Tarikh: 24/9/2019
Kompleks Pentadbiran Daerah,
06000 Jitra,
Kedah darul Aman.

Dato’,

PERKARA: Memohon Menubuhkan Padang Bola untuk Kampung Muhibbah dan Tengku
Maheran

Merujuk kepada perkara diatas, saya selaku Pengerusi MPKK Kampung Muhibbah dan Jenan ingin
memohon untuk menggunakan sebidang tanah untuk meletakkan kabin MPKK kami.

2. Dato’, seperti yang dibincangkan dalam mesyuarat yang lalu, MPKK secara sebulat suara telah
memutuskan untuk meletakkan kabin pejabat yang diperuntukkan di kawasan tanah Kampung
Muhibbah yang terletak bersebelahan dengan kuil Sri Murugan. Jadi, pihak TNB Jitra telah meminta
surat untuk memasang meter untuk kabin pejabat MPKK kami.

3. Jadi, saya disini ingin memohon surat kebenaran dari pihak Pejabat Daerah Kubang Pasu untuk
diajukan kepada pihak TNB untuk memasang meter berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang Menjalankan Tugas,

Pengerusi
MPKK MUHIBBAH DAN JENAN
MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)
64, KAMPUNG MUHIBBAH DAN JENAN
MUKIM NAGA, JITRA, KEDAH
Telefon: 012- 557 7379/ 016- 405 4565
Email: kampungmuhibbahmpkk@gmail.com

Tuan Pegawai Daerah, Ruj: Bil 2/2019


Pejabat Daerah Kubang Pasu, Tarikh: 3/9/2019
Kompleks Pentadbiran Daerah,
06000 Jitra,
Kedah darul Aman.

Dato’,

PERKARA: Memohon untuk Merobohkan Pondok Sarang Penagih dan Menebang Pokok yang
Besar

Merujuk kepada perkara diatas, saya selaku Pengerusi MPKK Kampung Muhibbah dan Jenan ingin
memohon seperti yang tertera di atas.

2. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada Dato’ bahawa pondok
yang dinyatakan ini adalah terletak di belakang Kuil Sri Murugan. Pondok ini sekian lama telah
menjadi sarang penagih dadah dan adakalanya tempat berlakunya maksiat. Malah, saya juga ingin
meminta pihak tertentu untuk menebang pokok besar yang berhampiran dengan pondok tersebut.
Dahan- dahan pokok itu dalam keadaan merbahayakan sebab ia berkemungkinan besar akan jatuh di
atas jalan kampung dan rumah penduduk. Kebanyakan penduduk juga melalui jalan berhampiran
dengan pokok tersebut. Atas faktor keselamatan penduduk, saya memohon agar pihak tuan dapat
menebang pokok tersebut.

3. Jadi, saya amatlah berharap agar isu ini dipertimbangkan dengan kadar segera dan dapat
diselesaikan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang Menjalankan Tugas,

Pengerusi
MPKK MUHIBBAH DAN JENAN
MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)
64, KAMPUNG MUHIBBAH DAN JENAN
MUKIM NAGA, JITRA, KEDAH
Telefon: 012- 557 7379/ 016- 405 4565
Email: kampungmuhibbahmpkk@gmail.com

Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Rujukan:Bil 1/2019


Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu, Tarikh: 3/9/2019
06000 Jitra,
Kedah darul Aman.

Tuan/ Puan,

PERKARA: Memohon untuk Merobohkan Pondok Sarang Penagih dan Menebang Pokok yang
Besar

Merujuk kepada perkara diatas, saya selaku Pengerusi MPKK Kampung Muhibbah dan Jenan ingin
memohon seperti yang tertera di atas.

2. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada tuan/ puan bahawa
pondok yang dinyatakan ini adalah terletak di belakang Kuil Sri Murugan. Pondok ini sekian lama
telah menjadi sarang penagih dadah dan adakalanya tempat berlakunya maksiat. Malah, saya juga
ingin meminta pihak tertentu untuk menebang pokok besar yang berhampiran dengan pondok
tersebut. Dahan- dahan pokok itu dalam keadaan merbahayakan sebab ia berkemungkinan besar akan
jatuh di atas jalan kampung dan rumah penduduk. Kebanyakan penduduk juga melalui jalan
berhampiran dengan pokok tersebut. Atas faktor keselamatan penduduk, saya memohon agar pihak
tuan dapat menebang pokok tersebut.

3. Jadi, saya amatlah berharap agar isu ini dipertimbangkan dengan kadar segera dan dapat
diselesaikan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang Menjalankan Tugas,

Pengerusi
MPKK MUHIBBAH DAN JENAN

You might also like