You are on page 1of 7

Akademi Bola Sepak Baling – FA Baling Football Club

Kertas Kerja

KEJOHANAN BOLA SEPAK U19


PIALA JUARA-JUARA 2017

Anjuran:-

AKADEMI BOLA SEPAK BALING


FA BALING FOOTBALL CLUB
Dengan Kerjasama
FA Baling

Kejohanan Bola Sepak Juara-Juara U19


Undang-undang & Syarat Kejohanan

Page 1
Akademi Bola Sepak Baling – FA Baling Football Club

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN


KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 19 TAHUN
PIALA JUARA-JUARA 2017
ANJURAN AKADEMI BOLA SEPAK BALING

1.0 UNDANG-UNDANG

Kejohanan bola sepak ini akan dipertandingkan mengikut undang-undang Persatuan


Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
yang sedang berkuatkuasa masa kini dan undang-undang kecil pihak penganjur.

2.0 PERATURAN KEJOHANAN

2.1 PENGENALAN

2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 19


TAHUN PIALA JUARA-JUARA 2017 dianjurkan oleh AKADEMI BOLA
SEPAK BALING

2.1.2 Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil bertauliah dari


Perstuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

2.2 TARIKH DAN TEMPAT KEJOHANAN

2.2.1 Kejohanan Bola Sepak ini akan di adakan pada tarikh dan lokasi seperti
berikut:-

Tarikh : - 25th & 26th Ogos 2017 (Jumaat & Sabtu)


Masa : - 7.30am hingga 6.30pm
Lokasi:-Stadium Mini Baling, Kedah Darul Aman & Padang Sek Men
Keb Baling

2.2.2 Taklimat dan undian akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh :- 24th Ogos 2017 (Khamis)


Masa :- 9.00 pm
Lokasi :- Bilik Gerakkan Stadium Mini Baling, Kedah Darul Aman

2.2.3 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya tiada
wakil.

Kejohanan Bola Sepak Juara-Juara U19


Undang-undang & Syarat Kejohanan

Page 2
Akademi Bola Sepak Baling – FA Baling Football Club

2.3 FORMAT KEJOHANAN

2.3.1 Kejohanan akan dijalankan secara LIGA dan dibahagikan kepada 8


kumpulan dan setiap kumpulan ada 4 pasukan.

2.3.2 Masa permainan setiap perlawanan adalah 20 minit (10+1+10) separuh


masa kedua.

2.3.3 Perlawanan akan bermain 11 sebelah (11 side)

2.3.4 Daftar pemain adalah seramai 15 pemain (4 simpanan)

2.3.5 Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan di peringkat LIGA akan ke
peringkat pusingan kedua.

2.3.6 Bagi perlawanan peringkat pusingan kedua, suku akhir hingga akhir akan
diadakan secara kalah singkir (kalah mati).

2.3.7 Setiap pasukkan yang bertanding akan diberikan mata berdasarkan


kepada format seperti berikut:-

A. Menang - 3 mata
B. Seri - 1 mata
C. Tewas - 0 mata

Pasukan yang Berjaya mengumpul mata terbanyak dalam peringkat


kumpulan LIGA akan muncul sebagai Johan kumpulan dan pasukan
yang mengumpul mata kedua terbanyak akan muncul sebagai Naib
Johan kumpulan dan layak ke peringkat pusingan kedua.

2.3.8 Jika dua (2) pasukkan atau lebih pasukan terikat dengan kedudukan
jumlah mata yang sama maka perbezaan gol akan digunakan untuk
memutuskannya:-

i) Jika masi seri, maka keputusan perlawanan dimana kedua-dua


pasukan bermain antara satu sama lain akan diambik kira;

ii) Jika masih seri, maka pasukan yang menjaringkan lebih banyak
gol akan melayakkan diri ke pusingan seterusnya;

iii) Jika masih seri, maka pasukan yang mempunyai jumlah paling
sedikit gol yang dilepaskan akan melayakkan diri ke pusingan
seterusnya;

iv) Jika selepas semua langkah diatas dan keputusan masih seri
maka kedudukan pasukan akan ditentukan oleh balingan duit
syiling atau sebagaimana yang diputuskan oleh Jawatankuasa
Penganjur dan KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD.
Kejohanan Bola Sepak Juara-Juara U19
Undang-undang & Syarat Kejohanan

Page 3
Akademi Bola Sepak Baling – FA Baling Football Club

v) Bagi perlawanan secara kalah singkir, sekiranya berkesudahan


dengan seri, maka kemenangan akan ditentukan melalui tiga (3)
sepakan penalty. Jika keputusan masih seri, satu (1) sepakan
penalty akan ditambah untuk menentukan pemenang dan jika
masih seri, satu tendangan ‘SUDDEN DEATH’ penalty akan
berkuatkuasa mengikut peraturan FIFA.

2.4 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

2.4.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 11 orang pemain diatas


padang serta 4 pemain simpanan (15 pemain) yang terdiri daripada
pemain yang berumur 19 tahun yang lahir pada tahun 1998 dan
seterusnya.

2.4.2 Setiap pemain di WAJIB kan menguna jersi yang bernombor dan nombor
yang digunakan oleh setiap pemain tersebut perlu digunakan secara
kekal sehingga tamat kejohanan.

2.4.3 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan SAHAJA.

2.4.4 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal


mematuhi mana-mana peraturan, pihak penganjur BERHAK
membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan
ini.

2.4.5 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu-satu pekara adalah


MUKTAMAD.

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan
ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan.

3.2 Semua pasukan dikehendaki berada dan bersedia untuk bermain di tempat
pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dijalankan.

3.3 Pasukan yang gagal berada didalam padang 3 minit tempoh diberikan setelah
dipanggil oleh pengadil, maka kemenangan secara PERCUMA akan diberikan
oleh pengadil kepada pihak yang menunggu di dalam padang permainan.

3.4 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan perlawanan dengan


memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta
merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.

3.5 Semua pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai dan WAJIB ‘shin
pad’ kepada semua pemain dan pengadil berhak mengarahkan pemain keluar
jika didapati tidak memakai ‘shin pad’.
Kejohanan Bola Sepak Juara-Juara U19
Undang-undang & Syarat Kejohanan

Page 4
Akademi Bola Sepak Baling – FA Baling Football Club

3.6 Semua pegawai dan pemain pasukan TIDAK di BENARKAN MEROKOK di


kawasan padang.

3.7 Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada penyelaras


Pertandingan 15 minit sebelum pertandingan bermula.

3.8 Hanya pemain-pemain yang di daftarkan didalam Borang Penyertaan SAHAJA


dibenarkan bermain di sepanjang kejohanan ini. Penambahan/pertukaran
pemain boleh dilakukan sebelum perlawanan pertama pasukan tersebut
bermula.

3.9 Setiap pasukan boleh membuat BANTAHAN secara bertulis dengan disertakan
WANG CAGARAN bantahan sebanyak RM150.00, tidak lewat dari 30 minit
selepas permaian yang dibantah itu tamat.

3.10 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di bawah Jawatankuasa


kecil Teknikal dan Pengadilan. Keputusan Jawatankuasa adalah MUKTAMAD.

3.11 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa,
maka wang cagaran akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh
pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.

3.12 Wang cagaran akan hilang jika rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa
Rayuan.

3.13 Syarat-syarat dan peratuaran diatas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur
tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang bertanding.

3.14 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah MUKTAMAD.

4.0 PENGANTUNGAN PEMAIN

4.1 Pemain yang mendapat tiga (3) KAD KUNING sepanjang perlawanan akan di
GANTUNG satu (1) perlawanan pada perlawanan seterusnya.

4.2 Pemain yang memperolehi satu (1) KAD KUNING dan kemudian memperolehi
satu (1) KAD KUNING lagi yang menyebabkan layangan KAD MERAH akan
digantung satu (1) perlawanan pada perlawanan seterusnya.

4.3 Pemain yang memperolehi satu (1) KAD MERAH akan digantung dua (2)
perlawanan pada perlawanan seterusnya.

4.4 Pemain yang mencetuskan pergaduhan atau memprovo pihak lawan akan
digantung kesemua perlawanan dan TIDAK dibenarkan bermain sepanjang
kejohanan sehingga tamat kejohanan.

Kejohanan Bola Sepak Juara-Juara U19


Undang-undang & Syarat Kejohanan

Page 5
Akademi Bola Sepak Baling – FA Baling Football Club

4.5 Mana-mana Pengurus atau Jurulatih atau Pemain yang melakukan kesalahan di
luar padang semasa pasukannya sedang bermain adalah dianggap sebagai
melakukannya didalam padang.

5.0 HADIAH PERTANDINGAN

5.1 Hadiah pertandingan akan disediakan seperti berikut:-

HADIAH KEJOHANAN

KEDUDUKAN NILAI HADIAH (USD)


JOHAN RM1,500.00 + Piala + Medal
NAIB JOHAN RM 800.00 + Medal
KETIGA RM 300.00 + Medal
KEEMPAT RM 200.00 + Medal
PEMAIN TERBAIK Piala

6.0 MAXIMA JUMLAH PASUKAN

Maxima jumlah pasukan yang bertanding adalah 32 pasukan.

7.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN KEJOHANAN

Anggaran kos kejohanan adalah seperti berikut:-

Bil Pekara RM
1. Hadiah Kejohanan Wang Tunai
2. Pengadil (8 orang x 2 hari)
3. Sewa Khemah ( 6 unit )
4. Sewa PA System (2 hari)
5. Hadiah Piala & Cenderahati
6. Sijil Penyertaan
7. Printing Tag Urusetia & Carta & Banner / Bunting
8. Ais Batu ( 32 bag besar )
9. Air Kotak Drinking Water ( 50 kotak ) (RM7.00 x 50)
10. Sewaan Padang Stadium (2 hari)
11. Makan Minum Pengadil dan Urusetia Program
12. Bola Kejohanan (8 biji) (8 x RM 250.00)
13. Bit
14. Baju Urusetia Program ( 12 org x RM 30.00)
15, Lain-lain
Jumlah RM

Kejohanan Bola Sepak Juara-Juara U19


Undang-undang & Syarat Kejohanan

Page 6
Akademi Bola Sepak Baling – FA Baling Football Club

Kejohanan Bola Sepak Juara-Juara U19


Undang-undang & Syarat Kejohanan

Page 7

You might also like