You are on page 1of 3

Ulasan Artikel

Penyebab Masalah Penglihatan di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah di Daerah


Sitiawan, Perak, Malaysia

Berdasarkan jurnal yang dikarang oleh Duratul Ain Hussin, Dr.Rokiah, dan Victor
Feizal Knight, terdapat beberapa perkara yang boleh diulas. Perkara tersebut ialah isi penting
artikel, kekuatan dan kelemahan artikel dan cadangan untuk penambah baikan artikel.

Jurnal ini merupakan satu penulisan berilmiah yang mengkaji mengenai Penyebab
Masalah Penglihatan di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah di Daerah Sitiawan, Malaysia.
Para penulis jurnal ini bersetuju bahawa masalah penglihatan yang sering berlaku dalam
kalangan kanak-kanak ialah ralat refraksi, ambliopia, strabismus dan pelbagai jenis penyakit
okular. Hasil dapatan mereka mengesahkan bahawa pengesanan di peringkat awal penting
untuk memastikan masalah mereka dapat diatasi pada usia yang awal. Hal ini dipersetujui
Yeo Li Shuan (2013) yang mengulas dalam artikelnya di Kosmo mengenai jurnal ini. Beliau
mengatakan bahawa kepekaan ibu bapa adalah amat penting bagi memastikan sebarang
masalah boleh dikesan dan dirawat pada peringkat awal usia kerana kanak-kanak mungkin
tidak dapat menyuarakan mengenai penglihatannya lantaran mereka masih kecil untuk
mengenalpasti masalah mereka. Oleh yang demikian, jelaslah daripada tulisan jurnal ini dan
ulasan Yeo Li Shuan bahawa, ibu bapa mestilah memerhatikan gerak-geri kanak-kanak dan
peka pada aduan mereka untuk mengenalpasti jika mereka mempunyai masalah pengihatan.

Terdapat beberapa kekuatan dalam jurnal ini iaitu, penulis menggunakan beberapa
kaedah ujian mata untuk menyaring masalah mata kanak-kanak. Ujian-ujian yang digunakan
ialah ujian katup, ujian akuiti visual, ujian Hirschberg, pemeriksaan eksternal okular dan
oftalmoskopi.

Namun, terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti daripada jurnal ini. Penulis
cenderung untuk melakukan pemeriksaan mata ini dengan melibatkan sebahagian besar iaitu
59.9% kanak-kanak ialah kanak-kanak Melayu. Sewajarnya, penulis perlu mengambil
responden dengan jumlah bilangan kaum yang sama supaya bancian mengenai kanak-kanak
bermasalah penglihatan dapat dibuat dengan lebih tepat. Selain itu, penulis melakukan
pemeriksaan mata hanya di satu kawasan iaitu di kawasan Sitiawan. Pada pandangan saya,
penulis sepatutnya mengambil responden dari kalangan kanak-kanak yang berbeza negeri
supaya pembaca dapat mengetahui masalah penglihatan kanak-kanak dari tempat lain.

Selain itu, penulis jurnal ini juga tidak mengenalpasti sama ada kanak-kanak di
kawasan tersebut mengalami masalah buta warna atau tidak kerana tiada sebarang ujian yang
menunjukkan mereka mengkaji mengenai masalah buta warna. Menurut informasi yang
dibekalkan oleh Colourblindness.com, sebanyak 5 peratus warga Asia yang terdiri daripada
lelaki mengalami masalah buta warna. Dengan ini, kajian jurnal ini seharusnya menjalankan
ujian penglihatan warna supaya masalah buta warna dalam kalngan kanak-kanak dapat
dikesan pada peringkat awal lagi.

Saya berpendapat bahawa, kanak-kanak perlu menjalani pemeriksaan mata seawal


umur 4 tahun dan kerajaan Malaysia perlu mewajibkan pemeriksaan mata ini bukan sahaja di
sekolah malah mewujudkan klinik bergerak di desa. Hal ini kerana, terdapat kanak-kanak
yang masih tidak bersekolah di Malaysia dan kesihatan mereka tidak dipantau sepenuhnya di
bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan mewujudkan klinik bergerak di
desa, kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan di pedalaman juga dapat menerima
rawatan yanng sepatutnya.

Saiful Bahri Kamaruddin (2012) dalam artikel menyatakan bahawa Kanak-kanak


harus menjalani pemeriksaan mata setiap tahun seawal usia empat tahun lagi kerana masalah
penglihatan di kalangan anak-anak muda semakin meningkat di negara ini.
Menurut Saiful Bahri lagi, Dr.Rokiah dalam kajiannya berkata bahawa kurang penjagaan
kesihatan, tabiat membaca yang tidak betul dan terlalu lama melihat di jarak dekat boleh
merosakkan penglihatan kanak-kanak prasekolah. Saya amat bersetuju dengan pendapat ini.
Hal ini kerana,kanak-kanak zaman sekarang sangat pantas terdedah kepada teknologi yang
memerlukan penggunaan deria mata yang tinggi. Mereka menonton televisyen, bermain alat
permainan perisian komputer, menggunakan gajet telefon bimbit, tablet dan banyak lagi sejak
dari kecil. Pendedahan kepada gajet teknologi ini sedikit sebanyak mampu menjejaskan
penglihatan mereka.

Penyelidikan oleh Chung (1996) yang dipetik daripada Saiful Bahri (2012), beliau
menyatakan bahawa miopia di kalangan kanak-kanak Cina di Malaysia yang berusia antara 6-
12 tahun adalah 33% dan ia meningkat kepada 50% di kalangan mereka yang berumur 13
hingga 18 tahun. Bagi kanak-kanak Melayu berusia antara 7-12 tahun 8% didapati miopia dan
meningkat kepada 20% apabila menjangkau usia antara 13 hingga 18 tahun. Perkara ini
membuktikan bahawa taburan kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan, berbeza
mengikut kaum. Dengan ini, saya mencadangkan bahawa kajian mengenai masalah
penglihatan bagi setiap kaum perlu dijalankan supaya pemerhatian yang lebih jelas dapat
dilihat.

May Allah Bless.

You might also like