You are on page 1of 6

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

XBHM3103
PENGURUSAN KESIHATAN PEKERJAAN

NAMA :

NOMBOR MATRIK :

NO KAD PENGENALAN :

NOMBOR TELEFON :

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

September 2019
ISI KANDUNGAN

NO. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

2.0 FUNGSI PERKHIDMATAN PERUBATAN KECEMASAN, TINDAKAN DAN


PERSEDIAAN KECEMASAN

3.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

4.0 HASIL DAPATAN

5.0 PEMBANGUNAN PROGRAM PERTOLONGAN CEMAS

6.0 ISU DAN CABARAN EMS DI PREMIS

7.0 KESIMPULAN

RUJUKAN
1.0 PENGENALAN

Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA) merupakan syarikat bahan bangunan


Malaysia yang terlibat dalam perniagaan produk simen dan konkrit campuran siap. CIMA
merupakan anak syarikat Kumpulan UEM dan memiliki lebih daripada 70 kilang bungkusan
dan satu armada 700 lori simen, yang beroperasi di seluruh Malaysia.

Pejabat korporat CIMA terletak di Kuala Lumpur dan mempunyai dua loji yang terletak di
Bukit Ketri, Perlis dan Bahau, Negeri Sembilan. Kedua-dua tumbuhan ini mempunyai
kapasiti pengeluaran simen sebanyak 7.2 juta tan setahun. CIMA telah membekalkan bahan-
bahan berkaitan simen kepada projek-projek utama mega di Malaysia, termasuk Jambatan
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Lebuhraya Utara-Selatan, Nusajaya, Iskandar Malaysia,
MRT Lembah Klang dan Projek Jejambat Dua Elektrik (EDTP).

Operasi utama syarikat ini adalah memproses batu kapur kepada simen yang memerlukan 4
peringkat. 4 peringkat tersebut ialah penyediaan bahan mentah, proses pengisaran bahan
mentah, proses pembakaran iaitu pembentukan klinker, dan proses pengisaran klinker.
Proses-proses ini melibatkan penggunaan mesin seperti pengisar bebola, ketuhar dan
sebagainya. Mesin-mesin ini jika tidak dikendalikan dengan baik, boleh mendatangkan
kecelakaan dan kemudaratan.

Oleh yang demikian, untuk tugasan ini, saya bercadang untuk mengadakan Program
Pertolongan Cemas di loji Bahau, Negeri Sembilan. Di loji ini menempatkan hampir 300
orang pekerja yang terdiri daripada pekerja tempatan dan asing. Terdapat berpuluh mesin
yang digunakan dalam penghasilan simen. Saya telah menemubual seorang pengurus
cawangan, dan seorang pegawai daripada bahagian kesihatan dan keselamatan bagi
mendapatkan maklumat seperti jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja,
kemudahan-kemudahan kesihatan dan persediaan kebajikan di tempat kerja, hazad utama,
pencegahan dan kawalannya di tempat kerja, program atau latihan yang sedia ada serta isu
dan cabaran dalam tindakan dan persediaan kecemasan di tempat kerja.

2.0 FUNGSI PERKHIDMATAN PERUBATAN KECEMASAN, TINDAKAN DAN


PERSEDIAAN KECEMASAN

Suasana panik dan tertekan biasa terjadi apabila melihat ada seseorang tercedera atau dalam
keadaan bahaya akibat sesuatu penyakit. Keadaan itu boleh berlaku di mana-mana dan bila-
bila masa. Kes mungkin berlaku di rumah, di tempat kerja, di sekolah, di jalan raya dan
sebagainya. Tahap dan jenis kecederaan yang dialami mangsa pula mungkin hanya calar-
calar kecil saja. Banyak juga kes kecederaan teruk yang boleh membawa maut. Selain itu
keadaan cemas melibatkan penyakit seperti lemah jantung menyebabkan maut juga sering
berlaku.

Semua mangsa kemalangan atau kes kecemasan, biar apapun jenis kecederaan atau penyakit
dialaminya, perlu diberi bantuan kecemasan. Bantuan kecemasan diberikan bagi memberi
kelegaan kepada mangsa dan mengelak daripada tahap kecederaan menjadi bertambah teruk.
Bantuan kecemasan atau pertolongan cemas ialah bantuan awal yang diberikan kepada orang
yang sakit atau mangsa kecemasan sebelum ketibaan ambulan atau pakar yang berkelayakan.

Pertolongan cemas yang biasa diperlukan oleh mangsa ialah menahan pendarahan, membalut
luka, mengurangkan kesan kesakitan akibat patah tulang, memulihkan pernafasan, mengelak
kesan keracunan, gigitan binatang bisa, tercekek dan melecur. Selain disebabkan kes
kemalangan, kecemasan juga melibatkan golongan yang mengidap penyakit berbahaya
seperti lemah jantung, lelah, alahan dan sawan babi. Pengidap penyakit berkenaan sering
berdepan dengan keadaan di mana mereka menghadapi saat kritikal yang memerlukan
bantuan kecemasan. Tanpa bantuan kecemasan, terutama dalam kes berkaitan pernafasan,
boleh menyebabkan mereka meninggal dunia.

Memberi pertolongan cemas memerlukan tindakan dan kaedah yang betul. Tanpa
pengetahuan dan kemahiran pertolongan cemas, bantuan kecemasan yang diberikan mungkin
menyebabkan kesan tidak seperti diharapkan. Seringkali berlaku kes pengendalian
pertolongan cemas yang diberikan kepada mangsa tidak sesuai dan tidak selamat. Dalam kes
tertentu, bantuan yang diberikan bukan dapat melegakan penderitaan mangsa. Sebaliknya
tindakan menyebabkan keadaan lebih serius.

Dalam kes tertentu, penyelamat turut menjadi mangsa. Kes seperti menyelamat turut
terperangkap dalam kebakaran. Banyak kes penyelamat turut mati lemas. Kejadian itu
berlaku antara lain berpunca penyelamat tidak mengetahui asas menyelamat dan pertolongan
cemas. Pengetahuan pertolongan cemas amat berguna. Pengetahuan mengikut kaedah-kaedah
asas sudah memadai berbanding tiada langsung. Pertolongan cemas yang diberikan kepada
mangsa mungkin dapat menyelamatkan nyawa mangsa. Satu tindakan mudah penting untuk
membantu masalah berkaitan sistem pernafasan dan pendarahan. Bantuan pernafasan yang
betul penting bagi memulihkan pernafasan mangsa. Bantuan pernafasan memerlukan
tindakan pantas dalam tempoh beberapa minit. Jika tiada seseorang yang tahu melakukan
bantuan pernafasan di tempat kejadian, sudah terlambat untuk mendapat bantuan orang lain
di tempat lain.

Justeru, pengetahuan pertolongan cemas amat penting dipelajari oleh setiap orang. Paling
tidak, dalam setiap keluarga atau kumpulan mesti terdapat salah seorang daripada mereka
yang mempunyai kemahiran asas dalam memberi pertolongan cemas. Persediaan ini penting
bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kes-kes kecemasan yang berlaku di
rumah atau di tempat kerja. Kes kemalangan kecil tetap perlu diberikan bantuan cemas
mengikut tindakan yang betul.

Ilmu pertolongan cemas boleh dipelajari melalui latihan khas yang disediakan oleh pakar
dalam bidang perubatan seperti doktor dan para medik. Selain itu, latihan sedemikian juga
dikendalikan oleh organisasi dan pertubuhan untuk ahli-ahli mereka.

3.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Secara umumnya, setiap kajian yang dijalankan memerlukan reka bentuk yang tertentu yang
boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan sesuatu masalah
kajian. Jadi proses pengumpulan data merupakan satu proses yang amat penting. Tanpa
sokongan data yang sahih, objektif kajian adalah sukar untuk dicapai. Jadi perancangan yang
teliti dapat melancarkan proses untuk pengkaji mencari, mengumpul, mendapat serta
mengalisis data dan maklumat kajian yang dikehendaki.

Menurut Poh (2000), soal selidik merupakan kaedah pengumpulan maklumat yang paling
mudah dan murah ditadbirkan. Justeru itu, saya telah memilih kaedah pengumpulan
maklumat dengan cara temubual ataupun soal selidik. Matlamat soal selidik ini adalah untuk
mendapatkan maklumat lanjut tentang latar belakang syarikat, jawatankuasa keselamatan dan
kesihatan yang ditubuhkan di tempat kerja, kemudahan-kemudahan kesihatan yang
disediakan, persediaan kebajikan, hazad utama, pencegahan dan kawalannya di tempat kerja,
program atau latihan sedia ada dan juga yang akan datang serta isu dan cabaran dalam
tindakan dan persediaan kecemasan di tempat kerja.

Borang soal selidik yang disediakan mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A yang
mempersoalkan latar belakang responden dan bahagian B pula mempersoalkan tentang
keselamatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja. Dapat kita lihat dalam borang soal selidik
yang disediakan, bahagian A merangkumi maklumat tentang latar belakang peribadi
responden. Antara pembolehubah-pembolehubah yang telah dikemukakan dalam soal selidik
ini adalah seperti jantina, umur, tahap pendidikan, serta pengalaman bekerja di syarikat.
Antara soalan yang di tanya ialah

a) Jantina
b) Umur
c) Tahap pendidikan
d) Pengalaman kerja di syarikat

Manakala bahagian B pula berkaitan dengan syarikat terutamanya dari segi jawatankuasa
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan sebagainya. Antara soalan yang dikemukakan
ialah

a) Apakah operasi utama syarikat?


b) Wujudkah jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dalam syarikat ini?
c) Apakah kemudahan-kemudahan kesihatan dan persediaan kebajikan di tempat kerja?
d) Apakah hazad utama?
e) Bagaimakah ia dicegah dan dikawal?
f) Apakah program dan latihan yang sedia ada dan yang akan datang?
g) Apakah isu dan cabaran dalam tindakan dan persediaan kecemasan di tempat kerja?

4.0 HASIL DAPATAN

Latar Belakang Responden

Responden 1

Responden 1 merupakan pengurus cawangan syarikat. Beliau berumur 42 tahun dan memiliki
ijazah sarjana muda dalam bidang perniagaan. Beliau seorang perempuan dan telah
berkahwin. Pengalaman bekerja di syarikat ialah selama 5 tahun.

5.0 PEMBANGUNAN PROGRAM PERTOLONGAN CEMAS

6.0 ISU DAN CABARAN EMS DI PREMIS

7.0 KESIMPULAN

RUJUKAN

You might also like