You are on page 1of 14

FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN

SEMESTER 10 / JAN 2015

BBSH4103

PENGURUSAN HAZAD / HAZARD MANAGEMENT

NO. MATRIKULASI : 860904135099001

NO. KAD PENGENALAN : 860904135099

NO. TELEFON : 014-8982585

E-MEL : jude0409@gmail.com

jude_baluh@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN BANGI


BBSH4103

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 2

2.0 TEORI PENYEBAB KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA 4


3.0 PUNCA KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA 6
4.0 CADANGAN 9

5.0 KESIMPULAN 12

6.0 RUJUKAN 13

1
BBSH4103

1.0 PENGENALAN

Industri pembinaan merupakan salah satu industri yang sangat penting dan memberi
impak terhadap proses pembangunan di seluruh dunia.hal ini kerana industri ini memainkan
peranan yang konsisten dalam pertumbuhan ekonomi setiap negara. dalam kesibukan dan
keghairahan pelbagai pihak dalam mengaut keuntungan dari sektor ini, terdapat beberapa
aspek yang sering diabaikan ketika pembinaan dijalankan, termasuklah isi keselamatan dan
kesihatan pekerja. Jumlah kemalangan di tapak pembinaan semakin membimbangkan dengan
peningkatan angka kemalangan serta kematian yang melibatkan pekerja di tapak pembinaan.
Statistik kemalangan dan kecederaan pekerja di tapak pembinaan adalah tinggi setiap tahun
berbanding dengan sektor-sektor lain. Walaupaun pihak yang terbabit sentiasa berusaha
secara berterusan untuk mengurangkan kemalangan dan kadar kematian yang tinggi
dikalangan pekerja di tapak pembinaan, namun kemalangan di sektor ini masih lagi menjadi
isu yang sering dilaporkan dalam media massa sehingga ke hari ini.

Kemalangan ditakrifkan sebagai sesuatu perkara yang tidak dirancang, yang


berkemungkinan mengakibatkan kecederaan perseorangan atau kerosakan harta benda (King
& Hudson,1985). Menurut Ivancevich (1995), dapat diperjelaskan bahawa hazad keselamatan
adalah aspek-aspek persekitaran kerja yang boleh menyebabkan kecedaraan dan malah
membawa maut kepada pekerja. Hazad keselamatan ini anataranya ialah peralatan yang tidak
diselenggara, jentera tidak selamat, keraguan terhadap kukuhnya konkrit bangunnan dan
pendedahan terhadap bahan berbahaya.

Tugasan ini bertujuan untuk mengkaji kemalangan di tempat kerja menggunakan teori
penyabab kemalangan. Ia juga merangkumi punca berlakunya kemalangan ini serta cadangan
untuk mencegah dan mengurangkan isu kemalangan di tempat kerja. Kajian tugasan ini
adalah berdasarkan sebuah petikan dalam surat khabar tempatan iaitu Berita Harian bertarikh
13 Mac 2015 (Jumaat). Kejadian kemalangan di tempat kerja ini membabitkan runtuhan
bumbung sebuah kilang simen yang dalam pembinaan di selatan Bangladesh. Lebih 150
oarang berada di tapak pembinaan di bandar pelabuhan Mongla ketika struktur bangunan itu
runtuh petang semalam menyebabkan ramai yang terperangkap di bawah runtuhan. Turut
dilaporkan juga ia membabitkan empat kematian dan lebih 100 orang terperangkap manakala
sekurang-kurangnya 40 orang terselamat. Askar dan anggota kecemasan negara tersebut
terpaksa menggunakan dua kren dan pemotong besi untuk membersihkan sisa runtuhan dalam
usaha menyelamatkan berpuluh-puluh orang. Kejadian ini mengulangi runtuhan sebuah

2
BBSH4103

premis kecil di pinggir Dhaka pada tahun 2013 yang dicatatkan sebagai kemalangan di tempat
kerja yang paling teruk dalam sejarah dunia dengan mengorbankan lebi 120 pekerja. Ia turut
mendapat kecaman global yang mendesak isu keselamatan ditingkatkan di negara berkenaan.
Bangladesh juga diakui mempunyai rekod terburuk dalam kes runtuhan bangunan. Kejadian
ini berkait rapat dengan hazad keselamtan yang dinyatakan sebelumnya oleh Ivancevich
(1995). Kesan kejadian ini bukan sahaja dirasai oleh mangsa yang terdiri daripada golongan
pekerja, malahan majikan di mana ia melibatkan pelbagai aspek termasuk kos ekonomi serta
tindakan undang-undang yang pasti membebankan kedua-dua belah pihak. Ia turut
menyebabkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap industri pembinaan di negara
Bangladesh semakin terjejas di samping mencemarkan nama baik negara itu sendiri. Berikut
disertakan beberapa keping gambar mengenai runtuhan tersebut.

Gambar 1.1 : Petikan akhbar dari Berita Harian bertarikh 13 Mac 2015.

Gambar 1.2 &1.3 : kejadian runtuhan kilang di selatan Bangladesh


Sumber: Berita Harian Online dicapai di http://www.bharian.com.my/node/40623.

3
BBSH4103

2.0 TEORI PENYEBAB KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

Kemalangan bukan sahaja merosakkan harta benda tetapi juga mampu mendatangkan
kecederaan kepada pekerja, lebih teruk lagi kematian. Amnya bila terjadi sesuatu kemalangan,
puhak majikan dengan mudahnya menuding jari kepada pekerja dengan mengatakan bahawa
ianya disebabkan oleh kesilapan pada diri pekerja. Namun adakah ianya adalah kerana
kesilapan pekerja sahaja? Bagaimana pula dengan penyebab lainnya? Persoalan ini telah lama
menarik perhatian pengkaji amalan keselamatan dan kesihatan pekerja, kerana dalam usaha
untuk membendung isu ini, punca utama harus dititikberatkan. Selama bertahun-tahun,
beberapa kewujudan teori penyebab kemalangan telah berevolusi untuk mencari punca
sebenar terjadinya kemalangan di tempat kerja. Model berdasarkan teori-teori ini digunapakai
untuk menentukan dan mencegah berlakunya kemalangan. Teori yang meluas adalah Teori
Domino, disamping beberapa teori lain seperti Teori Faktor Manusia, Teori Kemalangan /
Insiden dan Teori Perlakuan.

Berdasarkan kepada petikan akhbar mengenai keruntuhan bangunan kilang di


Bangladesh, teori yang sesuai digunakan untuk menerangkan kejadian tersebut ialah Teori
Kemalangan / Insiden. Teori ini merupakan sambungan kepada Teori Faktor Kemanusiaan. Ia
dibangunkan oleh Dan Petersen dan kadang-kadang ia dirujuk sebagai Teori
Kemalangan/Insiden Petersen. Ia merupakan salah satu teori yang boleh mewakili pendekatan
kemalangan industri bagi pendekatan agensi. Pendekatan agensi merujuk kepada kelemahan
dalam pengurusan sesebuah organisasi sehingga menyebabkan kemalangan berlaku di tempat
kerja. Dan Petersen (2003) memasukkan elemen baru seperti elemen perangkap ergonomik,
keputusan yang mendorong kesilapan dan kegagalan sistem, selain masih mengekalkan
elemen dari Teori Faktor Kemanusiaan. Berikut dibawah ditunjukkan model berasaskan teori
tersebut (Gambarajah 2.1).

Dalam model ini , berlebihan bebanan, perangkap ergonomik atau keputusan untuk
kesilapan mendorong ke arah kesilapan manusia. Manakala kegagalan sistem merupakan
komponen penting dalam teori ini. Sistem merujuk kepada sistem pengurusan yang
dilaksanakan dalam aspek keselamatan di sesuatu tempat kerja atau organisasi. Ia semestinya
melibatkan pihak pengurusan di mana menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan
segala peraturan yang dilaksanakan bersesuaian dan dipatuhi pekerja. Menurut teori ini,
berikut antara lain langkah dimana boleh berlakunya kegagalan sistem:

4
BBSH4103

Tiada penyertaan bersungguh-sungguh daripada pihak majikan, penngurusan


dan pekerja
Pengurusan tidak mengadakan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang
lengkap di tempat kerja. Melalui ndasar ini,komitmen dan janji bertulis
majikan dapat dilihat.
Majikan tidak menjelaskan tanggungjawab dan penguatkuasaan keselamatan
dan kesihatan pekerja dengan baik.
Prosedur keselamatan seperti penyiasatan di tempat kerja, pengukuran,
pengauditan dan pembetulan tidak dilakukan dengan betul.
Program latihan teknikal dan kepimpinan tidak diberikan secukupnya kepada
pekerja.

Teori Kemalangan/Insiden

Berlebihan Perangkap Keputusan untuk


bebanan(Overload) Ergonomik Kesilapan
Tekanan Stesen kerja Salah
Kelesuan kurang penghakiman
Motivasi sesuai risiko
Dadah Jangkaan Keinginan tidak
Alkohol tidak sesuai sedar terhadap
Risau kesilapan
Keputusan
logik
berdasarkan
situasi

Kesilapan Manusia

Kegagalan sistem
Polisi
Tanggungjawab
Latihan Kemalangan
Pemeriksaan
Pembetulan
Standard

Kecederaan/Kerosakan

Gambarajah 2.1 : Model Teori Kemalangan / Insiden

5
BBSH4103

Jika dilihat pada artikel berkenaan keratan akhbar dan teori ini, kemalangan tersebut
lebih menjurus kepada kegagalan sistem berkaitan pembinaan kilang tersebut. Namun tidak
dinafikan juga elemen lain dalam teori ini turut memainkan peranan dalam menjadi punca
terjadinya tragedi keruntuhan kilang ini. memang tidak dinafikan bahawa sesuatu kejadian
yang berlaku memang tidak dapat dijangka dan diketahui sebelumnya. Namun ia bukan alasan
untuk mengabaikan segala aspek dalam teori ini yang berkaitan dengan peluang keselmatan
dan kesihatan pekerja di kilang tersebut.

3.0 PUNCA KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

Kemalangan menurut Laney (1982) merupakan keadaan atau situasi yang berlaku
tanpa kawalan yang mengakibatkan kecederaan dan kerosakan. Dalam industri pembinaan,
kemalangan mengakibatkan kecederaan, kematian, kerosakan jentera, bahan binaan dan
sebagainya yang berkaitan dengan industri ini. Peyton dan Rubio (1991), menyatakan
kebanyakan pakar mendefinisikan kemalangan sebagai kejadian yang tidak dapat diramal
menyebabkan kecederaan fizikal kepada manusia dan kerosakan harta benda. Ia juga boleh
dikatakan sebagai suatu kejadian yang boleh dan telah menyebabkan penurunan kecekapan
firma dan operasi perniagaan. Kejadian kemalangan di dalam industri pembinaan juga sering
dikaitkan dengan kecuaian dalam perlaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan,
pengabaian program kesedaran dan latihan, tiadanya disiplin, kurangnya komunikasi serta
lain-lain lagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes
kemalangan yang semakin meningkat. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menunjukkan kadar kemalangan di tapak
pembinaan adalah tertinggi berbanding di tempat kerja lain dan mengatasi sektor perkilangan
atau pengeluaran(Wan Rashid Mohammad, 2009).

Di tapak pembinaan terdapat banyak bahaya yang terselindung, ia sangat berbeza dan
berlainan daripada bengkel mahupun kilang di aman pekerja binaan sering terdedah dengan
pelbagai hazad atau bahaya yang berada di sekeliling tapak pembinaan. Kemalangan tidak
akan berlaku sekiranya langkah-langkah keselamatan diambil perhatian yang serius termasuk
mengenal pasti masalah kepada punca berlakunya kemalangan di tapak pembinaan.
Berdasarkan Teori Kemalangan/Insiden Petersen, beliau mengemukakan bahawa faktor
organisasi ialah penyumbang kepada kemalangan industri. Hal ini merangkumi aspek polisi
dan prosedur kemalangan yang longgar, tiada latihan pekerja, pemeriksaan mutu dan tidak

6
BBSH4103

menggunakan piawaian dalam pengendalian peralatan di kilang. Faktor-faktor ini akan


mendatangkan kemalangan dan seterusnya kecederaan malahan kematian kepada pekerja.

3.1 Polisi dan Prosedur kemalangan yang longgar

Masalah kemalangan yang berlaku di tapak pembinaan sebenarnya banyak


dipengaruhi oleh pengurusan kontraktor yang lemah. Pihak pengurusan atau majikan yang
serba kekurangan sama ada dari segi komitmen terhadap aspek keselamatan hinggalah kepada
kemudahan yang disediakan sebenarnya menyumbang kepada potensi berlaku kemalangan.
Pihak pengurusan juga tidak menjalankan penyelidikan untuk mencegah kemalangan yang
berpotensi untuk berlaku bagi setiap aktiviti di tapak pembinaan. Mereka juga tidak
menyimpan rekod kemalangan dan tidak berusaha mencari penyelesaian agar kejadian
kemalangan yang sama tidak berulang. Selain itu, pihak pengurusan juga gagal menyediakan
sistem keselamatan asas yang baik di tapak pembinaan. Kegagalan mereka menyediakan
polisi keselamatan, papan tanda keselamatan dan menubuhkan jawatankuasa keselamatan
seperti yang telah disyorkan oleh pihak berkuasa mengakibatkan kemalangan amat mudah
berlaku di tapak pembinaan.

Semua organisasi yang mempunyai lebih daripada lima orang pekerja mestilah
mempunyai satu polisi keselamatan dan prosedur kemalangan bertulis yang dipamerkan
dengan jelas di dalam organisasi. Polisi keselamatan menerangkan apa yang organisasi ingin
capai berhubung dengan keselamatan, bagaimana objektif itu akan dicapai, dan siapa yang
bertangungjawab supaya ia tercapai. Namun isu yang selalu timbul ialah kegagalan organisasi
dalam menyediakan polisi keselamatan yang jelas kepada pekerja. Meskipun polisi tersebut
diedarkan kepada setiap seorang pekerja , namun tiada guna seandainya pekerja tidak
memahami dengan jelas maksud di dalam polisi tersebut. Ketidakupayaan pekerja memahami
polisi dan prosedur ini menyebabkan berlakunya sebarang kecedaeraan dan kematian kerana
tidak mampu berbuat apa-apa apabila berlakunya kemalangan. Situasi ini yang mungkin
terjadi kepada pekerja di pembinaaan kilang yang runtuh tersebut sehingga mengakibatkan
lebih 100 orang terperangkap dan mencatatkan 4 kematian.

7
BBSH4103

3.2 Tiada Latihan Pekerja

Menurut rozhan (2002), latihan ialah segala usaha yang dilakukan oleh organisasi
untuk meningkatkan kemampuan seseorang untuk melaksanakan tugasnya atau memainkan
peranan yang telah ditetapkan oleh organisasi. Oleh itu, latihan keselamatan ialah usaha
organisasi untuk meningkatkan kemampuan seseorang pekerja untuk melaksanakan tugasnya
dengan mengambil kira faktor keselamatan diri dan persekitaran. Namun kini, program
latihan keselamatan sering kali digambarkan oleh banyak organisasi sebagai satu aktiviti yang
tidak mendatangkan manfaat dan hasil yang nyata dalam konteks keuntungan organisasi. Ia
malahan juga dianggap sebagai satu bentuk pembaziran sumber masa, kos dan tenaga kerja
yang kononnya boleh dilaburkan kepada perkara lain yang lebih mendatangkan faedah. Pihak
pengurusan kurang memberi taklimat dan latihan secukupnya untuk pekerja pekerja baru dan
pekerja sedia ada yang tidak mendapat latihan atau kekurangan pengalaman bekerja.
Ketiadaan program latihan ini menyebabkan pekerja memiliki pemahaman yng kurang
mengenai kaedah dan prosedur keselamatan di tempat kerja.

3.3 Mutu Keselamatan

Kajian terhadap sistem pengawalan kualiti dan mutu keselamatan amat penting dalam
industri pembinaan. Biasanya, struktur bangunan akan direkabentuk supaya mencapai
tujuannya iaitu berfungsi dalam tempoh yang agak lama dan tiada sebarang kecacatan dengan
penjagaan yang maksimum. Namun sebaliknya berlaku dengan pembinaan kilang seperti di
artikel yang runtuh ketika dalam pembinaan. Ini mungkin disebabkan oleh masalah kualiti
pembinaan dan mutu keselamatan yang rendah. Selain itu, penggunaan tenaga buruh yang
tidak berkemahiran merupakan salah satu cara untuk mengurangkan kos pembinaan yang
selalunya meningkat dari semasa ke semasa. Dengan secara tidak langsung, ia akan
mengakibatkan mutu keselamatan dan kualiti pembinaan turut menurun. Dalam aspek ini,
pihak pengurusan telah mengabaikan ketelitian terhadap beberapa perkara seperti
perancangan kerja-kerja pembinaan, penyiasatan tapak yang kurang sempurna, perancangan
keselamatan yang kurang berkesan dan persediaan latihan kepada pekerja yang tidak
sempurna serta gagal mengenal pasti dan menaksir risiko yang wujud

8
BBSH4103

4.0 CADANGAN

Keselamatan di tempat kerja adalah berkenaan pencegahan kemalangan, kecederaan


atau penyakit di kalangan pekerja atau orang-orang lain yang berada di tempat kerja. Selain
daripada memelihara nyawa serta kesihatan pekerja yang merupakan aset terpenting dalam
sesebuah organisasi atau syarikat, pencegahan kemalangan secara tidak langsung dapat
mengurangkan kos rawatan, pampasan, kehilangan produktiviti, ketidakhadiran bekerja,
kerosakan harta-benda, perkhidmatan kesihatan masa depan, hilang upaya dan lain-lain lagi.
Majikan atau pihak pengurusan atasan merupakan tonggak utama dalam memastikan kejayaan
sesuatu program pencegahan kemalangan di tempat kerja. Ianya berkait rapat dengan
pengetahuan majikan tentang aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, sikap,
komitmen, harapan dan peruntukan yang sanggup dilaburkan untuk tujuan keselamatan dan
kesihatan. Pihak pengurusan di setiap peringkat perlu memahami tentang kepentingan
pencegahan kemalangan dimana ia merupakan sebahagian daripada tugas utama. Majikan
perlulah berpengetahuan tentang aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta mampu
memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Terdapat tiga langkah untuk
mencegah/mengurangkan kemalangan di tempat kerja berdasarkan Teori Kemalangan/Insiden
Petersen iaitu:

4.1 Polisi dan Prosedur keselamatan

Sekiranya sesebuah organisasi belum ada polisi keselamatan, pihak sumber manusia
bertanggungjawab menyediakannya dengan segera. Adalah satu kesalahan sekiranya syarikat
tidak mempunyai polisi keselamatan. Seperti dokumentasi sumber manusia yang lain, anda
tidak perlu menulis polisi keselamatan dari mula. Cari dalam Internet dan dapatkan salinan
daripada syarikat lain, terutama sekali dalam industri yang sama seperti syarikat anda. Pilih
dua atau tiga contoh untuk dibincang bersama dalam mesyuarat dengan semua pengurus
kanan dan siapkan polisi syarikat yang muktamad. Polisi keselamatan perlu ditandatangani
oleh ketua eksekutif dan catitkan tarikhnya. Sebaik sahaja polisi dipersetujui, semua pekerja
mesti dimaklumkan. Salinan polisi patut diberi kepada setiap pekerja dan mereka mesti
perakui secara bertulis, bahawa mereka telah terima satu salinan, faham dengan polisi tersebut
dan setuju melaksanakannya dengan seberapa baik yang mungkin. Perakuan ini akan
disimpan dalam fail rekod peribadi pekerja. Pekerja yang baru kerja dengan organisasi juga
akan diberi satu salinan polisi semasa program induksi. Polisi keselamatan tidak perlu

9
BBSH4103

dikemaskinikan atau diubah selalu. Selagi organisasi masih menjalankan jenis perniagaan
yang sama, polisi tidak perlu berubah.

4.2 Latihan Keselamatan

Ada beberapa syarikat menyediakan latihan keselamatan. Tidak semua latihan mesti
dikendalikan oleh syarikat luar. Organisasi boleh menjimatkan kos dengan mengendalikan
sendiri sebahagian daripada latihan. Sekiranya ada pekerja yang berpengalaman dan berminat
melatih pekerja lain, aturkan satu kursus latihan untuk mereka. Ahli jawatankuasa
keselamatan memerlukan latihan dalam:

Undang-undang berhubung dengan keselamatan dan kesihatan


Fungsi jawatankuasa keselamatan dan kesihatan
Bagaimana untuk mengadakan mesyuarat yang berkesan
Bagaimana untuk mengecam bahaya
Bagaimana untuk mengendalikan audit keselamatan
Bagaimana untuk menyiasat kemalangan

Sebahagian daripada latihan keselamatan mungkin diberi semasa program formal yang
mengajar pekerja bagaimana untuk menjalankan kerja mereka. Sebagai contoh, cara-cara
yang selamat untuk menggunakan jentera dan peralatan akan diajar semasa pekerja belajar
bagaimana untuk mengguna kemudahan tersebut. Latihan lain mungkin perlu diadakan dalam
sesi formal. Dan dari masa ke semasa, pekerja yang telah diajar kaedah-kaedah kerja dengan
selamat mungkin perlu dilatih semula, terutama sekali apabila peralatan atau jentera baru
diperkenalkan di tempat kerja. Latihan khas yang lain mungkin berhubung dengan:

Pertolongan cemas
Keselamatan elektrik
Bekerja di kawasan terkurung
Penggunaan alat pemadam api
Latihan kebakaran, pemindahan dan kecemasan

10
BBSH4103

4.3 Pemeriksaan keselamatan

Pemeriksaan keselamatan biasanya dijalankan tiga bulan sekali, dan hasil pemeriksaan
dikemukakan ke mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan. Audit keselamatan, yang mungkin
melibatkan seorang juruaudit luar yang dibayar, sepatutnya dilakukan setiap tahun sekiranya
organisasi di dalam industri merbahaya. Perkataan audit diambil daripada perkataan Latin
audire yang bermaksud didengar kerana semasa pertama kali diperkenalkan audit melibatkan
pembentangan secara oral (Fuller dan Vassie, 2004). Antara takrifan audit keselamatan dan
kesihatan ialah ia merupakan sebagai satu proses yang tersusun bagi mengumpul maklumat
berkenaan dengan keberkesanan, keefisyenan dan juga kebolehpercayaan sesuatu system
pengurusan keselamatan dan kesihatan dan seterusnya merangka pelan untuk memperbaiki
kelemahan (Health and Safety Executive, 2000). Audit sebagai pengesahan secara langsung
sesuatu aktiviti dengan menggunakan pendekatan sistematik untuk mengenalpasti kekuatan
dan kelemahan dengan cara membandingkan apa yang ada dan yang dilakukan dengan
standard, amalan dan undang-undang.

Walau apapun, yang pentingnya audit keselamatan difahami sebagai satu proses
memantau aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan menilai ke atas sebarang aktiviti
yang dirancang dan dilaksanakan di tempat kerja secara berkala. Audit keselamatan
dilaksanakan dengan tujuan untuk menilai keberkesanan sistem keselamatan yang dibuat
dalam sesebuah organisasi, di samping mencari kekuatan dan kelemahan organisasi bagi
mengenalpasti langkah-langkah pembaikan yang boleh diambil. Perlaksanaan yang sempurna
dan berterusan menunjukkan komitmen dan iltizam yang tinggi daripada pihak pengurusan
secara tidak langsung memotivasikan pekerja betapa pentingnya menitikberatkan
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

11
BBSH4103

5.0 KESIMPULAN

Pelbagai jenis kemalangan boleh berlaku di tapak pembinaan seperti yang terdapat dalam
keratan akhbar tersebut dan pelbagai punca telah dikenalpasti menjadi penyebab kepada
kemalangan yang berlaku. Menurut Teori Kemalangan/ Insiden Petersen, kegagalan sistem
memainkan peranan penting dalam menjadi faktor utama kepada berlakunya kemalangan di
tempat kerja. Kegagalan pihak pengurusan dalam menyediakan polisi keselamatan dan sikap
pekerja yang sambil lewa terhadap polisi ini, latihan keselamatan yang tidak mencukupi untuk
pekerja dan mutu keselamatan yang rendah antara faktor yang dibincangkan dalam tugasan
ini. oleh itu, beberapa langkah telah dicadangkan untuk menambahbaik program pencegahan
kemalangan ini iaitu dengan menguatkuasakan dan mengetatkan pengenalan kepada polisi
keselamatan di tempat kerja, penganjuran program latihan keselamatan yang sewajarnya dan
aktiviti audit keselamatan untuk memastikan keselamatan sentiasa terjamin. Cadangan-
cadangan ini perlu dilaksanakan berdasarkan perancangan yang menyeluruh dan lebih efektif
agar kemalangan yang sama tidak berulang lagi.

(2718 PATAH PERKATAAN)

12
BBSH4103

6.0 RUJUKAN

Abdullah, N. A. C., Subramaniam, C. & Hassan, Z. (2013). BBSH4103: Hazard Management


(2nd edition). OUM: Meteor Doc Sdn Bhd.

Fuller, C. & Vassie, L. (2004). Health and Safety Management: Principles and Best Practise.
UK: Prentice Hall.

Health and Safety Executive (HSE)(2000). Health and Safety Statistics. London: HSE Books.

Ivancevich, J. M. (1995). Human Resource Management (6th edition). Chicago: Irwin

Jc Laney. (1982). Site Safety. Longman Group United Kingdom.

King, R.W. & Hudson, R. (1985). Construction and Safety Handbook. London:
Butterworth&co.

Petersen, D. (2003). Technniques of Safety Management: A system Approach(4th edition).


Amer Society of Safety Engineers.

Peyton & Rubio. (1991). Construction Safety Practices and Principles. Van Nostrand
Reinhole (New York).

Rozhan Othman (2002). Pengurusan Personel Dan Perancangan Guna Tenaga. Selangor:
Dewan bahasa dan Pustaka.

13

You might also like