You are on page 1of 6

Pelupusan aset bukan semasa

Soalan 1
Maklumat yang berikut diambil daripada Perniagaan Bersatu pada 31 Disember 2017

Kenderaan RM90 000


Susutnilai terkumpul kenderaan RM25 000

Pada 1 Januari 2018 kenderaan tersebut telah dijual pada harga RM70 000

Anda dikehendaki menyediakan :


(i) Akaun kenderaan
(ii) Akaun Susutnilai Terkumpul kenderaan
(iii) Akaun pelupusan kenderaan

Akaun Kenderaan
TARIKH BUTIR JUMLAH TARIKH BUTIR JUMLAH

Akaun Susutnilai Terkumpul Kenderaan


TARIKH BUTIR JUMLAH TARIKH BUTIR JUMLAH

Akaun Pelupusan Kenderaan


TARIKH BUTIR JUMLAH TARIKH BUTIR JUMLAH
Soalan 2
Pada 1 Januari 2017, Syarikat Kelisa telah membeli sebuah mesin berkos RM36 000 secara
kredit daripada Syarikat Rony Berhad. Mesin itu disusutnilaikan pada kadar 10% setahun atas
kos. Pada 31 Disember 2017 mesin tersebut telah dijual pada harga RM30 000. Cek diterima
dan dibankkan

Anda dikehendaki menyediakan :


(i) Akaun mesin
(ii) Akaun Susutnilai Terkumpul Mesin
(iii) Akaun pelupusan mesin

Soalan 3
Pada 1 Januari 2016, Koperasi Sri Peladang Berhad membeli sebuah jentera pembajak
berharga RM36 000 secara tunai. Jentera itu disusutnilaikan 20% setahun mengikut kaedah
baki berkurangan. Pada 31 Disember 2017, jentera itu dijual dengan dengan harga RM24 540
secara tunai.

Anda dikehendaki menyediakan :


(a) Akaun Jentera dan Susutnilai Terkumpul untuk dua tahun sehingga 31 Disember 2017
(b) Akaun Pelupusan Jentera dan Akaun Untung atau Rugi Pelupusan Jentera

Soalan 4
Syarikat Ria Berhad beroperasi di Miri, Sarawak. Petikan imbangan duga berikut adalah
berkaitan dengan komputer milik syarikat tersebut :

Imbangan Duga pada 30 Jun 2018


Debit Kredit
Komputer 6 500
Susutnilai terkumpul komputer 2 600

Maklumat tambahan :
(i) Komputer disusutnilaikan 20% setahun atas kos
(ii) Pada 30 Jun 2018 komputer dijual secara tunai dengan harga RM2 340
(iii) Tahun kewangan syarikat berakhir 30 Jun setiap tahun

Sediakan akaun berikut bagi merekodkan urusniaga di atas


(i) Akaun Komputer
(ii) Akaun Susutnilai Terkumpul Komputer
(iii) Akaun pelupusan komputer
Soalan 5
Maklumat berikut adalah berkaitan dengan dua buah kenderaan yang dimiliki oleh Nas jamal
Agency

Jenis kenderaan No. Pendaftaran Tarikh belian Kos (RM)


Lori BJE 6548 30 Jun 2018 76 400
Kereta KCF 4554 1 Januari 2017 32 600

Maklumat tambahan :
(i) Polisi perniagaan menetapkan kesemua kenderaan hendaklah disusutnilaikan pada
kadar 20% setahun atas kos. Pengiraan susutnilai berasaskan bulanan bermula daripada
tarikh belian
(ii) Kereta KCF 4554 telah dijual dengan harga RM20 800 pada 31 Mac 2018
(iii) Lori BJE 6548 telah dibeli daripada Auto Fleet & Co dengan membayar 40% wang
pendahuluan dengan cek
(iv) Tempoh perakaunan berakhir pada 31 Disember setiap tahun

Anda dikehendaki menyediakan :


(a) Akaun kenderaan pada tahun 2018
(b) Akaun susutnilai terkumpul kenderaan bagi tahun 2017 dan 2018
(c) Akaun Pelupusan kenderaan

Soalan 6
Jadual berikut menunjukkan mesin yang dibeli oleh Tombok Enterprise

Tarikh dibeli Mesin Kos


1 Januari 2013 Mesin A 35 000
30 Jun 2014 Mesin B 42 000
31 Mac 2015 Mesin C 50 000

Tahun kewangan Tombak Enterprise berakhir 31 Disember setiap tahun. Semua mesin
tersebut akan disusut nilaikan pada kadar 10% setahun mengikut kaedah ansuran tetap.

Anda dikehendaki:
(a) Menghitung susut nilai bagi tahun 2013, 2014 dan 2015.
(b) Menyediakan Akaun Susut nilai terkumpul mesin bagi tahun 2013, 2014 dan 2015

Soalan 7
Sebuah mesin dibeli pada harga RM15 000 pada 1 Januari 2015. Kadar susut nilai adalah 10%
setahun mengikut kaedah ansuran tetap . Pada 31 Disember 2017, mesin itu dijual dengan
harga RM13 000. Tahun kewangannya berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

Anda dikehendaki menyediakan akaun-akaun berikut sehingga 31 Disember 2017.

a) Akaun Mesin.
b) Akaun susut nilai terkumpul mesin
c) Akaun Pelupusan mesin.
Soalan 8
Pada 1 Januari 2015, Peniaga Yusrina telah membeli sebuah mesin berharga RM5 000 secara
tunai. Mesin tersebut disusut nilaikan pada kadar 20% setahun dengan kaedah baki
berkurangan.

Tahun kewangannya berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

Pada 31 Disember 2017, mesin tersebut telah dijual dengan harga RM3 000 secara tunai.

Anda dikehendaki menyediakan akaun-akaun berikut sehingga 31 Disember 2017.

a) Akaun mesin.
b) Akaun susut nilai terkumpul mesin
c) Akaun pelupusan mesin

Soalan 9

TARIKH ASET KOS


1 April 2014 Mesin fotostat A RM15 000
1 Januari 2015 Mesin fotostat B RM18 000

Jadual di atas menunjukkan aset bukan semasa yang di beli oleh Kedai Suria dengan cek.
Kadar perunutkan susut nilai ialah 10% setahun atas kos . (susut nilai dikira berasaskan bulan
penggunaan mesin itu).

Pada 31 Disember 2016, mesin fotostat yang dibeli dalam tahun 2014 dijual dengan harga RM9
500 secara tunai.

Tahun kewangan Kedai Suria Berakhir 31 Disember setiap tahun.

Dikehendaki:
a) Sediakan Akaun Mesin Fotostat untuk 3 tahun sehingga 31 Disember 2017.
b) Sediakan Akaun Susut Nilai Terkumpul Mesin Fotostat untuk 3 tahun sehingga 31
Disember 2016.
c) Sediakan Akaun Pelupusan mesin fotostat.
d) Sediakan akaun unutng atau rugi atas pelupusan.
Soalan 10
Pada 1 Januari 2015 Encik Jamal telah menubuhkan Perniagaan Cahaya Cemerlang yang
menjual barangan elektrik. Tahun perakaunan Perniagaan Cahaya Cemerlang berakhir pada 31
Disember setiap tahun. Berikut adalah maklumat berkaitan dengan aset bukan semasa
Perniagaan Cahaya Cemerlang :

Tahun beli Aset bukan semasa Kos (RM)


1 Januari 2015 Perabot 12 000
1 Januari 2016 Perabot 60 000

Maklumat tambahan :
i. Perabot disusutnilaikan 10% setahun mengikut kaedah garis lurus
ii. Pada 31 Disember 2017, perabot yang dibeli pada 1 Januari 2015 dijual dengan harga
RM8 800

a. Sediakan akaun-akaun berikut bagi tiga tahun berakhir 31 Disember 2017


i. Akaun perabot
ii. Akaun Susutnilai terkumpul perabot

b. Sediakan akaun pelupusan perabot

Soalan 11
Syarikat Bintu Sdn. Bhd. ialah perniagaan yang membekalkan pasu bunga di Subang Jaya.
Berikut adalah petikan imbangan duga syarikat tersebut :

Imbangan Duga pada 31 Disember 2017


Debit Kredit
(RM) (RM)
Lengkapan 13 000
Susutnilai terkumpul lengkapan 3 900

Maklumat tambahan :
i. Lengkapan disusutnilai pada kadar 20% mengikut kaedah baki berkurangan
ii. Pada 31 Disember 2017, lengkapan dijual secara tunai dengan harga RM7 200
iii. Tahun kewangan syarikat berakhir 31 Disember setiap tahun

Anda dikehendaki menyediakan :


a. Akaun lengkapan
b. Akaun susutnilai terkumpul lengkapan
c. Akaun pelupusan lengkapan
Soalan 12
Berikut adalah petikan Imbangan Duga Cahaya Murni Enterprise

Imbangan Duga pada 31 Disember 2017


Debit (RM) Kredit (RM)
Kenderaan 140 000
Susutnilai terkumpul kenderaan 75 000

Maklumat tambahan :
i. Pada 31 Disember 2017, sebuah kenderaan yang dibeli pada 1 Januari 2015 dijual
dengan harga RM15 000 dan kos aset adalah RM16 000
ii. Kenderaan disusutnilai 20% setahun mengikut kaedah garis lurus

Anda dikehendaki menyediakan :


a. Akaun kenderaan,
b. Akaun susutnilai terkumpul
c. Akaun pelupusan kenderaan

Soalan 13
Jadual berikut menunjukkan aset bukan semasa yang dibeli secara kredit oleh Syarikat
Wawasan Berhad dari Jaguh Motors.

Tarikh Aset Kos (RM)


1 Januari 2015 Mesin 50 000
1 Julai 2016 Mesin 60 000

Maklumat tambahan :
i. Kadar susutnilai ditetapkan pada kadar 20% setahun mengikut kaedah baki
berkurangan
ii. Pada 31 Disember 2017 , mesin yang dibeli pada tahun 2015 telah dijual dengan harga
RM38 500
iii. Tahun kewangan Syarikat Wawasan Berhad berakhir pada 31 Disember setiap tahun

Anda dikehendaki menyediakan akaun-akaun berikut bagi tahun, iaitu tahun 2014 dan 2017
a. Akaun mesin
b. Akaun susutnilai terkumpul mesin
c. Akaun pelupusan mesin pada tahun 2017

You might also like