You are on page 1of 5

Artikel penyelidikan ini membantu saya dalam penulisan kajian saya.

Pengenalan, sorotan karya,

kaedah penyelidikan, hasil kajian dan kesimpulan dilihat banyak membantu saya untuk permulaan

kajian. Gaya bahasa dan susunan kandungan jelas membantu saya untuk menghasilkan penulisan

yang baik. Sorotan kajian yang terkini, jelas dan mudah difahami amat membantu saya dalam

meningkatkan kefahaman di dalam penulisan akademik.

Artikel tersebut juga diterbitkan di dalam beberapa database dengan menggunakan kaedah sitasi

APA System yang boleh dilihat seperti berikut:

1) Daud, A. H., Othman, Z., & Idris, N. A. (2018). FAHAMAN SYIAH DAN
KEHARMONIAN AGAMA ISLAM DI MALAYSIA: PERSPEKTIF PENDEKATAN
KESELAMATAN NEGARA ((Shia and The Harmony of Islam in Malaysia: A
Perspective from National Security Approach). e-Bangi, 15(3). Google Scholar
2) Daud, A. H., Othman, Z. B., & Idris, N. A. (2018). FAHAMAN SYIAH DAN
KEHARMONIAN AGAMA ISLAM DI MALAYSIA: PERSPEKTIF PENDEKATAN
KESELAMATAN NEGARA. e-BANGI, 13(3), 1-19. ProQuest

SINOPSIS ARTIKEL: FAHAMAN SYIAH DAN KEHARMONIAN AGAMA ISLAM DI

MALAYSIA: PERSPEKTIF PENDEKATAN KESELAMATAN NEGARA.

A. Halim Daud, Zarina Binti Othman & Nor Azizan Idris. (2018). Journal of Social Science and

Humanities, 13(3),001-019.

Pengenalan

Artikel ini ditulis oleh A. Halim Daud, Zarina Binti Othman & Nor Azizan Idris mengenai fahaman

syiah dan keharmonian agama islam di Malaysia: perspektif pendekatan keselamatan negara. Di

Malaysia, walaupun Ahli Sunnah Wal Jamaah telah diisytiharkan sebagai kepercayaan rasmi,

terdapat segelintir ahli masyarakat yang menegakkan fahaman Syiah. Oleh itu, kajian ini dilihat

1
bertujuan untuk mengenalpasti sama ada Syiah boleh menjadi ancaman kepada keselamatan

negara walaupun pengikutnya kurang. Kajian ini melihat pendekatan konsep keselamatan negara

yang merujuk kepada perbuatan atau ucapan yang mengandungi unsur-unsur ancaman terhadap

isu yang dibangkitkan dan kepercayaan bahawa yang boleh terancam dan perlu dipertahankan.

Fahaman Syiah yang tersebar ke Malaysia selepas Revolusi Iran pada 1979 menghadapi tindakan

tegas dari pihak berkuasa keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Agama Islam

Negeri yang menyebabkan kebencian yang kuat di kalangan masyarakat Islam di Malaysia.

Walaupun ada isu sensitif yang dibincangkan, hubungan diplomatik antara Malaysia dan Kerajaan

Iran dilihat tidak terkesan dan saling menghormati. Walau bagaimanapun, bagi Malaysia, terdapat

unsur-unsur keselamatan terhadap ancaman dan menjejaskan keharmonian di kalangan orang

Islam perlu diberi perhatian serius supaya keharmonian negara dijaga.

Analisis

Kajian ini memperkenalkan pendekatan kualitatif berdasarkan sumber primer dan sekunder yang

dilihat menyumbang kepada analisis yang mendalam. Penggunaan kedua-dua sumber ini dilihat

menyokong hasil di antara satu sama lain. Penemuan data sumber primer adalah berdasarkan

kaedah temubual melibatkan responden dari Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM),

Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan ahli akademik dari Institusi

Pendidikan Tinggi Awam di negara ini. Untuk sumber sekunder, data adalah berdasarkan analisis

dokumen dari pelbagai sumber. Bahan untuk sumber sekunder adalah dari penerbitan kajian

empirikal tempatan dalam Malaysia dan luar negeri yang menggunakan bahasa Melayu, Inggeris

dan Arab; artikel dari jurnal akademik dan yang berwasit; kertas seminar tempatan dan

2
antarabangsa yang terkini serta halaman laman web yang sahih yang berkaitan dengan tajuk kajian.

Dalam usaha untuk menambhkan sokongan data yang jelas dan kebolehpercayaan terhadap kajian,

penyelidik juga menggunakan beberapa perpustakaan yang terdapat di Malaysia. Pemilihan setiap

perpustakaan ini tidak rawak, tetapi dipilih secara selektif. Di antaranya adalah Perpustakaan Tun

Tun Lanang UKM yang merupakan salah satu daripada perpustakaan terbesar dari segi koleksi

bacaan di Malaysia; Kementerian Dalam Negeri yang mempunyai bilangan bahan cetakan dan

rahsia yang terhad dan Pusat Sumber Majlis Keselamatan Negara yang menyimpan dokumen

rasmi mengenai isu keselamatan negara.

Daripada kajian ini, berikut adalah hasil penemuan mengenai implikasi kepercayaan Syiah

terhadap nilai teras negara dan keselamatan Malaysia. Pertama, penyebaran agama Syiah ke

Malaysia telah menyebabkan kegusaran dan ketidakharmonian di kalangan masyarakat Islam.

Perbezaan antara kedua-dua fahaman yang wujud membuka ruang konflik yang jelas dan

pandangan yang berbeza. Hampir tidak ada ruang untuk berdiskusi antara kedua kepercayaan

tersebut sebagai perbezaan yang melibatkan kepercayaan dan berpegang pada pemahaman mereka

sendiri. Kedua, usaha untuk membendung agama Syiah sedang dilakukan oleh agensi dan pihak

berkuasa secara berkala oleh PDRM dan Majlis Agama Islam Ketidakharmonian ini perlu

dikekang kerana isu agama sangat sensitif di Malaysia, terutamanya apabila ia berlaku di kalangan

orang Islam. Analisis dapatan kajian ketiga adalah dari konteks hubungan luar Malaysia dengan

Iran. Penyelidik tidak menafikan bahawa isu larangan Syiah sebenarnya adalah "duri dalam

daging" untuk hubungan dua hala antara Malaysia dan Iran. Namun demikian, setiap dasar dan

polisi yang diputuskan oleh Kerajaan Malaysia diperhalusi dari sebab-akibat hubungan dua hala

dengan Iran sebagai rakan kongsi di dalam ekonomi, perdagangan dan sosial. Walau

3
bagaimanapun, hubungan dua hala antara kedua-dua negara kelihatan utuh dengan kerjasama yang

holistik.

Secara keseluruhnya, walaupun isu Syiah sangat sensitif terhadap Kerajaan Malaysia dan Iran,

tetapi ia tidak pernah menjejaskan hubungan luar negara kedua-dua negara. Pada 2017,

perdagangan dua hala antara Iran dan Malaysia dijangka mencatatkan rekod peningkatan sebanyak

2 bilion USD. Hubungan baik antara Iran dan Malaysia juga diterjemahkan melalui kebenaran dua

syarikat minyak dari Malaysia untuk mengkaji industri petroleum di Iran. Kebenaran untuk

menjalankan penyelidikan industri petroleum juga dilihat melalui peningkatan hubungan dua hala

yang baik ini yang berkaitrapat dengan lawatan Presiden Hassan Rouhani ke Kuala Lumpur pada

Oktober 2016. Lawatan Rouhani ke Negara-negara Asia termasuk Malaysia telah dlihat sebagai

hubungan pengukuhan antara kedua-dua negara. Hubungan antara kedua-dua negara adalah

petunjuk jelas bahawa pembinaan sosial adalah unsur kejayaan yang paling penting dasar dan

perancangan sesebuah negara. Dalam kes ini, walaupun Malaysia adalah satu-satunya sebuah

negara yang mengharamkan fahaman Syiah secara bertulis dan digubal dalam enakmen Islam

negeri, tetapi ia tidak pernah menjejaskan hubungan Malaysia di peringkat antarabangsa dengan

Iran.

Penutup

Dalam usaha untuk menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi dan terkemuka di dunia

dalam era globalisasi ini, nilai teras sesebuah negara mesti ditekankan untuk mengekalkan

keamanan dan ketenteraman awam. Antara nilai teras yang mesti dikekalkan adalah keharmonian

Islam di kalangan masyarakat Islam dengan pengekalan Sunni Wal Jemaah sebagai pegangan

4
utama. Perbezaan agama yang didokong oleh fahaman Syiah sukar dipertemukan antara komuniti

Sunni dan Syiah di Malaysia. Perbezaan ini perlu dielakkan supaya sebarang provokasi dan

kekacauan yang mungkin mengancam keselamatan negara berlaku. Penyebaran fahaman Syiah ke

negara ini tidak dilihat hanya memecah pemahaman masyarakat Islam Malaysia, tetapi ia

mengganggu keharmonian umat Islam di negara ini yang berpegang teguh pada Sunnah Wal

Jamaah. Kemasukan kepercayaan ini juga menyebabkan ia berlaku ketidakstabilan perpaduan di

kalangan rakyat terutama umat Islam. Oleh itu, kajian awal mendapati jika pertembungan ini gagal

diuruskan secara berhemah, ianya dikhuatiri mampu menimbulkan pergolakan di kalangan

masyarakat Islam Malaysia dan sekali gus membawa kepada ancaman kepada keharmonian di

kalangan orang Islam di Malaysia.

Disediakan oleh : MOHD RAHIMI BIN ZAINOL

You might also like