You are on page 1of 21

LAPORAN KESELURUHAN

POLYMER TOUR

TARIKH:
13 November 2019

TEMPAT:
Asian Resinated Felt Sdn Bhd,
Lot PT 1565, Nilai Industrial Estate, 71800
Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

ANJURAN:
Kursus Kimia Polimer (SKU 3043)
Semester 1 Sesi 2019/2020
1

LAPORAN RINGKAS DARI SETIAP AHLI JAWATANKUASA YANG TERLIBAT


DALAM POLYMER TOUR KE ASIAN RESINATED FELT SDN BHD.

AJK MAKANAN

NAMA: 1) Ummi Batrisyia Binti Abdul Manaf (

2) Syazwani Binti Samsuddin

GERAK KERJA
Sebelum Majlis Semasa Majlis Selepas Majlis

 Perbincangan tentang  Mengagihkan roti dan  Memastikan semua


cadangan makanan untuk air mineral kepada pelajar mendapat
sarapan pelajar di dalam bas. makanan
 Perbincangan yang  Memastikan semua  Menguruskan makanan
dikemukan seperti pelajar mendapat yang berlebihan.
cadangan makanan yang makanan secukupnya.  Memastikan semua sisa
bersesuaian dengan bajet makanan dibuang di
yang diperuntukkan dan tempat sepatutnya.
aktiviti yang dijalankan.
 Mengagihkan tugas
untuk membeli sarapan
seperti roti dan air.

Masalah yang Dihadapi :

Pilihan makanan terhad kerana kami hanya mendapatkan makanan di kedai-kedai yang berhampiran
dengan kolej sahaja.
Cadangan Mengatasi :

Perbincangan yang lebih awal dilakukan agar kami boleh mencari pelbagai makanan bersesuaian
dengan bajet yang diperuntukan.
Refleksi:
Melalui program seperti ini, kami dapat mempelajari cara untuk mengendalikan suatu struktur
pengurusan yang melibatkan ramai pelajar. Kami juga boleh belajar bagaimana cara untuk
menguruskan bajet yang dibekalkan agar semua pelajar mendapat makanan.

Disediakan oleh:
2

SYAZWANI SAMSUDDIN

Ketua AJK Makanan Polymer Tour

AJK PENGANGKUTAN

NAMA: 1) Adeline Anak Anthony

2) Nurul Izzati Binti Mamat @ Mansor

GERAK KERJA
Sebelum Majlis Semasa Majlis Selepas Majlis

 Menunggu kertas kerja  Tiada masalah yang  Tiada masalah yang


diluluskan sebelum dihadapi kerana bas dihadapi kerana bas
membuat permohonan sampai pada masa yang sampai di UPSI tepat
untuk pengangkutan tepat mengikut tentatif. pada masa.
 Terdapat sedikit masalah
yang dihadapi semasa
menghantar borang
permohonan untuk
penganngkutan.

Masalah yang Dihadapi :


Masalah yang dihadapi sebelum majlis ialah di mana bahagian pihak pengangkutan telah menolak
permohonan untuk pengangkutan kerana dalam kertas kerja tiada tandatangan daripada Timbalan
Dekan iaitu Prof. Dr. Illyas bin Md Isa.
Cadangan Mengatasi :
Cara mengatasi masalah ini ialah kami pergi meminta tandatangan daripada Prof. Dr. Illyas bin Md.
Isa untuk menandatangani kertas kerja tersebut. Selepas mendapatkan tandatangan beliau, kami
menyerahkan kembali kertas kerja beserta slip pengangkutan bas kepada bahagian pihak
pengangkutan dan telah diluluskan.
Refleksi:
Pada masa akan datang, pastikan pada bahagian tandatangan oleh pihak tertentu telah ditandatangani
sebelum menyerahkan kertas kerja beserta slip pengangkutan bas supaya semuanya dapat berjalan
dengan lancar.

Disediakan oleh:

Adeline

ADELINE ANAK ANTHONY

Ketua AJK Pengangkutan Polymer Tour


3

AJK PERHUBUNGAN AWAM

NAMA: 1) Norfariana binti Rahim

2) Wan Syamimi Aina binti Wan Md Sukri

3) Fitriana binti Mohd Fadli

GERAK KERJA
Sebelum Majlis Semasa Majlis Selepas Majlis

 Berhubung dengan pihak  Berhubung dengan  Membuat laporan ajk


Syarikat Asean Resinate wakil pegawai yang untuk diserahkan
Felt untuk mendapatkan bertugas. kepada setiausaha.
pengesahan bagi
mengadakan lawatan.
Masalah yang Dihadapi :
Masalah untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak syarikat lawatan.

Cadangan Mengatasi :
Memastikan terdapat cadangan tempat lawatan yang lain.
Refleksi:
Melatih diri untuk berkomunikasi dengan pihak luar

Disediakan oleh:

Fariana
Norfariana binti Rahim

Ketua AJK Perhubungan Awam Polymer Tour


4

AJK 3K

NAMA: 1. Muhamad Faqrul Issraq Bin Mohd Sharir

2. Nuramanda Binti Zainudin

3. Hasmira Binti Kadri

GERAK KERJA
Sebelum Majlis Semasa Majlis Selepas Majlis

 Membuat pinjaman kit  Membuat pengumuman  Menyediakan plastik


pertolongan cemas tentang keselamatan sampah agar para
semasa berada di pelajar tidak membuang
Kilang lawatan sampah di merata
 Memastikan tempat.
keselamatan para  Memastikan keadaan
pelajar semasa di dalam bas ditinggalkan dalam
kilang. keadaan yang bersih.
 Memulangkan semula
kit pertolongan cemas.

Masalah yang Dihadapi :


Kit pertolongan cemas yang dipinjamkan tidak mempunyai bahan yang mencukupi sekiranya pelajar
menghadapi kecelakaan.

Cadangan Mengatasi :
Penyediaan awal seperti kit pertolongan cemas perlu diambil kira supaya apabila berlakunya sesuatu
kejadian AJK 3K boleh bertindak dengan segera.
Refleksi:
Tiada masalah kesihatan dan kemalangan yang dilaporkan sebelum, semasa dan selepas lawatan.
Kebersihan di dalam bas dan di kilang terkawal.

Disediakan oleh:

Hasmira
(HASMIRA BINTI KADRI)

Ketua AJK 3K Polymer Tour


5

AJK HADIAH & CENDERAHATI

NAMA: 1) Siti Amira Binti Asali

2) Mira Azah Najihah Binti Zainurin

GERAK KERJA
Sebelum Majlis Semasa Majlis Selepas Majlis

 Melakukan perbincangan  Memastikan hadiah  Perlaksanaan


berkenaan kesesuaian yang dimohon seperti penyediaan hadiah
hadiah yang diperlukan. tertera dalam berjalan dengan baik.
 Membuat catatan permohonan.  Pemberian hadiah
berkaitan bajet bagi  Memastikan hadiah seperti yang
hadiah yang diperlukan. dibawa sepanjang dirancangkan.
 Memohon hadiah lawatan.  Pemberian hadiah dapat
daripada pihak fakulti  Memastikan hadiah dilaksankan menepati
sains dan matematik. berada dalam keadaan waktu yang ditetapkan.
 Mengambil hadiah yang baik sepanjang  Perlaksanaan sepanjang
daripada pihak fakulti waktu lawatan. lawatan berlaku dengan
pada tarikh yang  Bersedia untuk lancar.
ditetapkan. memberikan hadiah
pada waktu yang tepat.

Masalah yang Dihadapi :


Waktu yang ditetapkan bagi pengambilan hadiah adalah tidak bersesuaian kerana staf terlibat dengan
persediaan majlis konvo.

Cadangan Mengatasi :
Memastikan waktu yang tepat bagi pengambilan hadiah melalui perjumpaan mengikut jadual staf
yang terlibat dalam penyerahan hadiah.
Refleksi:
Secara keseluruhannya, tugasan penyediaan hadiah memerlukan penempahan yang awal dan tepat.
Selain itu, ahli jawatankuasa juga perlu memastikan watu bagi pengambilan hadiah menepati waktu
yang diperuntukan oleh staf fakulti. Akhir sekali, perlaksaan tugasan bagi penyediaan hadiah
berjalan dengan baik sepanjang persediaan lawatn.

Disediakan oleh,

aMira
6

(SITI AMIRA BT ASALI)

Ketua AJK Cenderhati & Hadiah Polymer Tour

AJK MEDIA

NAMA: 1) Muhammad Fairuz Bin Mohamad Hanafi

2) Poovendran A/L Kumar

GERAK KERJA
Sebelum Majlis Semasa Majlis Selepas Majlis

 TIADA  Semasa program  Selepas lawatan, ajk


dijalankan ajk media media menyediakan
ditugaskan untuk lampiran gambar
mengambil gambar- semasa aktiviti untuk
gambar sepanjang dikepilkan bersama
lawatan. laporan penuh program.

Masalah yang Dihadapi :


-TIADA

Cadangan Mengatasi :
-TIADA

Refleksi:
Sepanjang lawatan diadakan, ajk media menjalankan tugas dengan baik dan berdedikasi.

Disediakan oleh:

fiarus
(MUHAMMAD FAIRUZ BIN MOHAMAD HANAFI)

Ketua AJK MEDIA Polymer Tour


7

AJK AKTIVITI

NAMA: 1) Wan Nur Najihah binti Wan Harun

2) Anis Nabilah binti Muhd Noor’ashiklil

3) Siti Maznah binti Abdul Manap

GERAK KERJA
Sebelum Majlis Semasa Majlis Selepas Majlis

 Perbincangan telah  7.30 a.m – bas tiba di  Menyediakan laporan


diadakan bersama hadapan Blok 1 fakulti selepas program untuk
pengarah progam dan sains dan matematik diserahkan kepada
semua ajk berkaitan setiausaha program.
dengan lawatan ke kilang  9.00 a.m – bas tiba di
Asian Resinated Felt. kilang Asian Resinated  Membuat refleksi
 Perbincangan Felt Sdn Bhd yang mengenai lawatan ke
menentukan perjalanan terletak di Nilai Asian Resinated Felt.
masa pergi dan balik industrial estate, Negeri
sepanjang lawatan di Sembilan
Asian resinated felt.
 9.30 a.m – setibanya di
kilang tersebut, kami
disambut oleh beberapa
orang pekerja, salah
seorangnya ialah Encik
Shukri. Encik Shukri
telah membawa kami
melawat kilang tersebut
dan memberikan
penerangan tentang
proses-proses yang
terlibat di dalam
pembuatan resin yang
terdapat pada bahagian-
bahagian kereta.

 10.00 a.m – Selesai


penerangan daripada
encik shukri dan
lawatan di kilang
tersebut. Selepas itu,
kami dibawa ke dewan
untuk majlis penutupan.
Sedikit ucapan daripada
8

wakil Asian resinated


felt, pensyarah kimia
polimer dan pengarah
program. Penyerahan
cenderahati daripada
pengarah program
kepada Asian resinated
felt. Akhir sekali, sesi
bergambar dan
bersurai.

 11.00 a.m – Tiba di


Aeon mall untuk makan
tengahari dan solat.

 4.30 p.m – Selamat


sampai di UPSI.

Masalah yang Dihadapi :


Semasa menjalankan lawatan, Masalah yang dihadapi hanyalah masa perjalanan lawatan tidak sama
mengikut masa yang terdapat dalam tentatif iaitu perjalanan bertolak sepatutnya jam 7.00 a.m tetapi
kami bertolak jam 7.30 a.m.

Cadangan Mengatasi :
Untuk program akan datang, AJK aktiviti akan memastikan perjalanan program akan selaras dengan
masa yang dirancang.

Refleksi:
Secara keseluruhannya, semua AJK aktiviti menjalankan tugas dengan baik dan mengikut segala
perancangan yang ditentukan dalam lawatan tersebut. Dengan adanya program ini turut memberikan
pengalaman baru dan banyak ilmu diperolehi oleh semua ahli. Semua peserta program ini
memberikan kerjasama yang baik semasa lawatan ke kilang Asian Resinated Felt tersebut. Segala
masalah yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik sebelum, semasa dan selepas lawatan ini.

Disediakan oleh:

najihah
(WAN NUR NAJIHAH BINTI WAN HARUN)
9

Ketua AJK Aktiviti Polymer Tour

AJK PROTOKOL

NAMA: 1) Megat Iskandar Zulqarnain

2) Abdul Rahim

3) Mohamad Khairy Izzuan

GERAK KERJA
Sebelum Majlis Semasa Majlis Selepas Majlis

 Memaklumkan kepada  Mempengerusikan  Membuat Post Mortem


pengerusi majlis Majlis Lawatan,  Membersihkan kawasan
berkenaan tentatif Perasmian dan Penutup sekitar dewan
program
 Menyediakan teks
ucapan kepada Pengarah
Program

Masalah yang Dihadapi :


Masalah yang dihadapi sewaktu lawatan ini adalah seperti berikut:
 Pengarah kilang tersebut tidak dapat hadir kerana mempunyai mesyuarat
 Aturcara majlis habis lebih awal daripada yang dijangka

Cadangan Mengatasi :
Untuk mengatasi masalah di atas, kami cadangkan supaya pihak kilang boleh mengantikan Pengarah
kilang dengan Pembantu Pengarah supaya kami dapat menimba pengalaman yang berguna sewaktu
lawatan kami ini. Selain itu, untuk mengatasi atur cara majlis habis awal, kami cadangkan pihak
kami berhubung dengan lebih baik dengan pihak kilang supaya pengaturcaraan tentatif dapat disusun
dengan baik.
Refleksi:
Lawatan ke kilang Asian Resinated Felt Sdn Bhd memberikan pengalaman yang berguna kepada
kami untuk memahami pengaplikasian polimer dan penghasilan bahan menggunakan polimer. Kami
sangat berpuas hati dengan layanan pihak kilang dan lawatan sambil belajar ke kilang ini
memberikan pengalaman yang baru kepada kami semua.

Disediakan oleh:

iskandar
10

(Megat Iskandar Zulqarnain bin Norazaman)

Ketua AJK Protokol Polymer Tour

LAPORAN KESELURUHAN PERJALANAN POLYMER TOUR KURSUS KIMIA


POLIMER (SKU3043)

Program ini diadakan bagi memenuhi kerja kursus subjek Kimia Polimer (SKU3043) yang
melibatkan 26 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mengambil kursus berkredit,
Kimia Polimer Semester 1 Sesi 2019 / 2020. Hasil perbincangan bersama dengan pensyarah,
destinasi yang menjadi pilihan program ini adalah bertempat di Asian Resinated Felt Sdn. Bhd,
Nilai, Negeri Sembilan bertarikh 13 November 2019. Matlamat utama dalam pelaksaaan
program adalah mengetahui secara terperinci mengenai bahan dan alatan yang digunakan dalam
penghasilan produk berasaskan resin serta memberi pendedahan berkenaan proses penghasilan
produk berasaskan resin. Kami telah berjaya mendapat kelulusan daripada pihak universiti untuk
membuat lawatan ke kilang Asian Resinated Felt Sdn.Bhd.

Asian Resinated Felt Sdn. Bhd merupakan pusat penghasilan salah satu komponen kereta
di Malaysia yang beroperasi sejak 1991 di tapak seluas 1.8 hektar di Lot 1565 Kawasan
Perindustrian Nilai di Negeri Sembilan yang terletak kira-kira 45 kilometer dari Kuala Lumpur
dan Putrajaya, ibu kota Malaysia dan 20 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA). Pusat ini adalah salah satu syarikat di bawah industri akustik dan penebat haba.
Asian Resinated Felt Sdn. Bhd dilengkapi dengan kemudahan makmal dan ujian moden untuk
memastikan kawalan mutu yang ketat dari pemprosesan bahan mentah kepada produk siap.
Syarikat ini menjurus kepada visi untuk menjadi pengeluar terkemuka akustik dan industri
penebat haba. Syarikat tersebut mempunyai tiga misi yang diketengahkan iaitu menjadi
pengeluar Resin Felt antarabangsa yang berpengalaman di Malaysia, pembekal akustik dan
bahan penebat haba serta rakan kongsi pelanggan terbaik.
11

Asian Resinated Felt Sdn. Bhd menggunakan konsep kitar semula fabrik untuk
menghasilkan produknya. Terdapat lima jenis produk yang dihasilkan oleh syarikat tersebut iaitu
Environmental Resin Free (eRF), Environmental Non-Phenolic Fire Retardant (eNPRF),
Environmental Non-Phenolic (eNP), Semi Cured Jute (SCJ), dan Semi Cured Jute Fire
Retardant (SCJFR). Syarikat ini akan menghasilkan produk mengikut permintaan pelanggan.
Pelanggan membuat tempahan dengan menghantar contoh sampel dan ukuran produk tersebut
kepada syarikat ini. Kesemua produk yang dihasilkan mempunyai bahan komposit kapas dan
polyethylene terephthalate (PET). Nisbah bahan komposit di dalam sesuatu produk mengikut
kegunaan. Produk yang dihasilkan oleh syarikat ini adalah salah satu komponen yang terdapat
pada kereta sebagai penebat haba dan peralatan elektrik seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.

Rajah 1

Sepanjang 28 tahun syarikat Asian Resinated Felt Sdn Bhd beroperasi, syarikat ini telah
menerima beberapa Anugerah Pembekal Terbaik pada tahun 2005 dan 2017 serta Anugerah
Kualiti Terbaik pada tahun 1997. Syarikat ini turut diakui kecemerlangannya dalam industri
akustik dan penebat haba dengan pelbagai pensijilan termasuk MS ISO 9001:2008 dan QS ISO
14001: 2007. Bahan komposit yang digunakan dalam produk Resin Felt sangat berkualiti.

Pada hari kejadian, kami semua berkumpul di Foyer Blok 1, Fakulti Sains dan Matematik
untuk menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak universiti. Kami mula bertolak pada pukul
7.15 pagi dan sampai ke tempat lawatan pada pukul 9.00 pagi. Setibanya di kilang Asian
Resinated Felt Sdn Bhd, kami diberikan taklimat ringkas oleh pensyarah, Prof Dr. Ismail
sementara menunggu wakil daripada pihak kilang tersebut. Wakil pihak kilang iaitu Puan Aisyah
12

dan Encik Syukri telah membawa kami ke tempat pemprosesan Resin Felt. Kami dikehendaki
memakai topeng muka yang telah dibekalkan oleh pihak kilang kerana keadaan kilang yang
terdedah dengan bau yang kurang menyenangkan serta habuk. Kod pemakaian untuk
keselamatan ketika melawat kilang juga telah diberitahu oleh mereka sebelum berkunjung ke
kilang tersebut.

Penghasilan produk Resin Felt terbahagi kepada tiga tempat pemprosesan iaitu
pemprosesan fiber, pemprosesan penambahan resin ke dalam fiber dan penghasilan Resin Felt.
Encik Syukri telah mengiring kami ke tempat pemprosesan penambahan resin ke dalam fiber.
Beliau tidak dapat membawa kami ke tempat pemprosesan fiber kerana keadaan tempat tersebut
kurang sesuai yang dipenuhi dengan habuk. Beliau menerangkan bagaimana proses penambahan
resin ke dalam fiber kemudian dibakar di dalam oven untuk membentuk kepingan. Penambahan
resin ke dalam fiber bertujuan untuk mengikat fiber supaya lebih tahan lama. Setiap 20 minit
akan menghasilkan lima kepingan. Kilang beroperasi selama 12 jam setiap hari dan dianggarkan
sehari dapat menghasilkan sebanyak 180 keping sehari. Kemudian, Encik Syukri membawa kami
ke tempat penghasilan Resin Felt untuk melihat fiber ditampalkan dengan getah menggunakan
gam berasaskan air untuk menghasilkan produk Resin Felt. Kemudian, Resin Felt akan dipotong
mengikut saiz permintaan pelanggan dengan menggunakan mesin pemotongan. Lebihan
pemotongan Resin Felt akan diproses dan digunakan semula untuk menghasilkan produk. Kami
diberikan kebenaran untuk menyentuh Resin Felt yang telah disiapkan.

Selepas sesi lawatan ke kilang, Encik Syukri membawa kami semua ke bilik mesyuarat.
Puan Aisyah mengedarkan pamplet berkenaan produk yang dihasilkan oleh syarikat tersebut.
Pihak atasan syarikat tersebut tidak dapat bersama dengan kami disebabkan mempunyai urusan
di luar. Encik Syukri memohon maaf daripada pihak dia dan mengucapkan terima kasih kerana
mengunjungi ke syarikat mereka. Pengarah program turut mengucapkan terima kasih kepada
pihak Asian Resinated Felt Sdn Bhd kerana sudi menerima kunjungan daripada kami. Pensyarah
diiringi oleh pengarah program menyampaikan sedikit cenderahati kepada wakil syarikat
tersebut. Sesudahnya, kami bergerak ke Pasaraya AEON terdekat untuk makan tengahari dan
solat Zuhur. Pada pukul 12.30 tengahari, kami bertolak pulang ke UPSI dan bersurai pada pukul
4 petang.
13

Melalui program ini, terdapat beberapa masalah yang dapat kami perhatikan. Antaranya
adalah penyampaian yang disampaikan oleh wakil Asian Resinated Felt Sdn. Bhd yang kurang
jelas kerana gangguan bunyi daripada mesin kilang tersebut. Hal ini menyebabkan, ada segelintir
kami kelihatan terpinga-pinga dan terpaksa bertanya soalan yang lebih kurang sama berulang
kali kepada wakil tersebut. Malah, pensyarah terpaksa menjelaskan semula input yang
disampaikan oleh wakil syarikat tersebut. Namun begitu, lawatan ini turut memberikan beberapa
input positif kepada peserta-peserta terlibat. Segala input yang disampaikan sedikit sebanyak
telah menerangkan kepentingan komposit kapas dan poliester dalam penghasilan Resin Felt
sebagai salah satu komponen kereta.

Secara kesimpulannya, program Polymer Tour ke Asian Resinated Felt Sdn. Bhd yang
dijalankan ini telah memberikan pelbagai pendedahan baru kepada kami mengenai proses-proses
yang terlibat dalam penghasilan Resin Felt. Semua ahli jawatankuasa juga telah berjaya
memberikan komitmen dan tanggungjawab sepanjang tempoh masa sebelum, semasa, dan
selapas lawatan in berlangsung sekaligus telah menampakkan hasil yang cemerlang dalam
menjayakan program kali ini. Ucapan terima kasih dan penghargaan juga dirakamkan kepada
pensyarah kursus SKU3043, Profesor Dr. Ismail Bin Zainol dan pihak Fakulti Sains dan
Matematik dalam meluluskan kertas kerja kami dan bajet kewangan seterusnya memastikan
objektif awal lawatan tercapai. Diharapkan pada masa akan datang, program sebegini akan terus
dilaksanakan agar pelbagai input yang berguna dalam penjagaan alam sekitar dapat dikongsi dan
diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
14

LAPORAN KEWANGAN DALAM POLYMER TOUR KE ASIAN RESINATED FELT


SDN BHD.

PROGRAM: POLYMER TOUR

ANJURAN: KURSUS KIMIA POLIMER (SKU 3043) SEMESTER 1 SESI 2019/2020

A) PENDAPATAN
Bil Pendapatan RM
1 Duit daripada Fakulti Sains dan Matematik 90.00
JUMLAH 90.00
Jumlah Pendapatan = RM 90.00

B) PERBELANJAAN
Bil Perbelanjaan Harga Seunit Kuantiti RM Catatan
(RM)
1 Roti 0.90 17 unit 15.30 Rujuk 1a
2 Roti 1.00 13 unit 13.00 Rujuk 1a
3 Air kotak 4.90 5 unit 24.50 Rujuk 1b
JUMLAH 52.80

Jumlah Perbelanjaan = RM 52.80

JUMLAH KESELURUHAN (A) - (B) = RM 90.00 - RM 52.80

= RM 37.20

*Resit turut disertakan di bahagian lampiran

Laporan disediakan oleh :

Hanin
15

(HANIN JUAINI BT MOHD RAZI)

Bendahari Program Polymer Tour

1a)

Tambahan roti:

Roti 13 unit × RM1= RM13

*resit tidak dapat dilampirkan atas sebab-sebab tertentu.


16

1b)
17

LAMPIRAN POLYMER TOUR

1- Berkumpul di Blok 1, UPSI.

2- Bertolak ke Asian Resinated Felt Sdn Bhd


18

3- Ketibaan di Asian Resinated Felt Sdn Bhd

4- Lawatan ke tempat pemprosesan Resin Felt.


19

5- Produk Resin Felt.


20

6- Berkumpul di bilik mesyuarat.

7- Ucapan pensyarah dan penyampaian cenderahati.

8- Ucapan pengarah program dan bersurai.

You might also like