You are on page 1of 24

TAHARAH DAN SOLAT GOLONGAN OKU MENURUT PERSPEKTIF FIQH

MOHD NOOR BIN DAUD


ABDUL MUNIR BIN ISMAIL

KOD PENYELIDIKAN: 2013-0036-107-01


GPU

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2014
iv

ABSTRAK

Manusia diciptakan Allah s.w.t sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan


mentadbir dan mengurus bumi ini. Sebagai khalifah Allah s.w.t, manusia dibekalkan
dengan panca indera. Namun tidak semua manusia diciptakan Allah mempunyai
panca indera yang sempurna. Semestinya, cara pelaksanaan ibadah mereka sedikit
berbeza dengan golongan yang sempurna. Para ulama telah membincangkan
persoalan-persoalan ini, tetapi dibincangkan mengikut topik-topik perbincangan fiqh
secara umum. Hal ini menyulitkan proses pengajaran dan pembelajaran dan untuk
membuat rujukan. Dalam konteks Malaysia, tidak terdapat satu modul khusus yang
digunakan dalam P&P untuk golongan ini. Objektif kajian ini ialah memahami konsep
OKU menurut pandangan ulama Islam, menganalisis pandangan ulama mengenai cara
bersuci golongan OKU, menganalisis pandangan ulama mengenai cara bersolat
golongan OKU. Kajian ini menggunakan metode kualitatif. Di antara dapatan kajian
ialah OKU ialah orang kurang upaya sebagai seorang yang terdapat pada dirinya
kekurangan kekuatan badan dan akal disebabkan oleh faktor genetik ataupun
kemalangan sehingga pergerakannya tidak sempurna sebagaimana manusia normal,
Apabila seseorang yang buta mendapat air untuk berwuduk. Tiba-tiba diberitahu oleh
seorang lelaki bahawa air itu bernajis. dia hendaklah menerima pemberitahuan
tersebut dan tidak boleh berijtihad dengan syarat lelaki itu memberitahu sebab
kenajisan air itu, orang buta boleh berijtihad pada waktu-waktu solat, apabila tidak
terdapat orang normal memberitahu kepada mereka masuknya waktu solat atau tidak
terdapat berita yang boleh dipercayai tentang waktu solat daripada orang yang normal.
v

ABSTRACT

God created man as caliph entrusted to administer and manage the earth. As a
vicegerent of Allah, people are provided with the five senses. But not all men are
created God has perfect senses. Of course, the way they worship a slightly different
implementation of the perfect. The scholars have discussed these questions, but the
discussion on the topics of jurisprudence in general discussion. This complicates the
process of teaching and learning and to make referrals. In the Malaysian context, there
is not a specific module used in R & D for this group. The objective of this study is to
understand the concept of the disabled in the view of Islamic scholars, jurists analyze
the way people with disabilities cleanse, analyze the views of scholars on how to pray
the disabled. This study used qualitative methods. Among the findings is that disabled
people are disabled as there is a lack of strength in his body and mind caused by
genetic factors or accident until the movement was not perfect as a normal human
being, when a blind person getting water for ablution. Suddenly told by a man that
water was soiled with stool. he shall receive a notification and cannot interpret Islam
provided the man told the reason the water impurity, blind people can interpret Islam
at prayer times, when there is no normal people, tell them the entry time for prayer or
not there is a credible news about prayer time than normal.
vi

KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN 1

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN 2

1.3 PENYATAAN MASALAH 11

1.4 SOROTAN KAJIAN LAMPAU 12

1.5 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN 15

1.6 PERSOALAN KAJIAN 16

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN 16

1.8 LIMITASI KAJIAN 17

1.9 METODOLOGI KAJIAN 18

1.10 KESIMPULAN 20

BAB 2 : DEFINISI OKU

2.1 PENDAHULUAN 21

2.2 DEFINISI CACAT 23

2.3 DEFINISI PEKAK 26

2.4 DEFINISI BISU 29


vii

2.5 DEFINISI BUTA 32

2.6 KESIMPULAN 35

BAB 3: TAHARAH GOLONGAN OKU MENURUT


PANDANGAN ULAMA

3.1 PENDAHULUAN 36

3.2 DEFINISI TAHARAH 37

3.3 ISU-ISU PENGGUNAAN AIR UNTUK BERSUCI 38

3.3.1 Isu-Isu Melibatkan Orang Buta 38

3.3.2 Isu-Isu Bersuci bagi OKU Fizikal 45

3.3.3 Anggota Badan Tambahan 50

3.3.4 Jari-Jari yang Berbalut 51

3.4 KESIMPULAN 52

BAB 4 : SOLAT OKU MENURUT PANDANGAN ULAMA

4.1 PENDAHULUAN 53

4.2 IBADAH SOLAT ORANG BUTA 54

4.2.1 Ijtihad Orang Buta dalam Menentukan Waktu Solat 54

4.2.2 Orang Buta Menentukan Kiblat 57

4.2.3 Hukum Orang Buta Mengadap Kiblat 57

4.2.4 Hukum Orang Buta Menentukan Kiblat Berpandukan 59


viii

Mihrab
4.2.5 Hukum Orang Buta Bertaklid / Mengikut Orang Lain 60
dalam Menentukan Kiblat
4.2.6 Hukum Orang Buta Tiba-Tiba boleh Melihat dan Ragu- 61
Ragu tentang Arah Kiblat
4.2.7 Hukum jika Orang Buta Melakukan Solat Tanpa Petunjuk 61
ketika Bermukim Atau ketika Musafir dan dia Tersilap
Arah Kiblat
4.2.8 Hukum Orang Buta Azan 62
4.2.9 Hukum Orang Buta menjadi Imam Solat 64
4.2.10 Keutamaan menjadi Imam Solat antara Orang Buta dan 68
Orang Celik
4.2.11 Hukum mengikut Orang Buta menjadi Imam 70
4.3 IBADAH SOLAT OKU PENDENGARAN DAN 71
PERTUTURAN
4.3.1 Hukum Takbiratul Ihram bagi Orang Bisu 71
4.3.2 Bacaan Orang Bisu dalam Solat 72
4.3.3 Hukum Bacaan Orang Bisu yang Menjadi Makmum 72
4.4 ISU-ISU OKU ANGGOTA TUBUH 74

4.4.1 Solat bagi OKU Anggota Tubuh yang Masih Boleh Berdiri 74
4.4.2 Solat bagi OKU yang Berkerusi Roda 75
4.4.3 Solat bagi Orang yang Tidak Mampu Bergerak 81
4.5 SOLAT BAGI ORANG YANG TERPOTONG TANGAN 86
4.5.1 Hukum Berimamkan dengan Orang yang Terpotong Kedua 86
Tangan
4.6 PERMASALAHAN LAIN OKU DALAM SOLAT 86
4.6.1 Hukum OKU Tidak Menghadiri Solat Jumaat 86
4.6.2 Kewajipan Solat Jumaat kepada Orang Buta 88
4.7 KESIMPULAN 91
ix

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 92
5.2 Rumusan 92
5.3 Cadangan 102

RUJUKAN 103
1

BAB SATU

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Manusia diciptakan Allah s.w.t sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan


mentadbir dan mengurus bumi ini1. Manusia merupakan makhluk yang paling baik
ciptaanNya sebagaimana ditegaskan di dalam al-Quran2. Sebagai khalifah Allah s.w.t,
manusia dibekalkan dengan panca indera seperti pendengaran, penglihatan, hati
nurani, dan anggota tubuh badan3. Namun tidak semua makhluk termasuklah manusia
diciptakan Allah mempunyai panca indera yang sempurna. Dengan kata lain, ada yang
cacat atau tidak sempurna yang dikenali dengan panggilan Orang Kurang Upaya atau
Orang Kelainan Upaya (OKU)4. Ketidakupayaan itu kadang-kadang berlaku semenjak

1
Surah al-Baqarah: 31.
2
Surah al-Tiin: 4
3
Surah al-Nahl: 78
4
Sebagai contoh Surah al-Nur: 81, Surah al-Fath: 18, Surah 'Abasa: 2
2

dilahirkan dan ada juga yang menjadi OKU kerana ditimpa kemalangan atau
menghidapi penyakit tertentu.

Ketidakupayaan atau kecacatan adalah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah
s.w.t dan tidak ada sesiapapun yang mahu dilahirkan dalam keadaan cacat dan tidak
sempurna. Justeru, mereka yang ditakdirkan sebegitu perlu menerima ketentuan
tersebut dengan penuh redha kerana itu bukanlah ukuran atau penilaian seseorang di
sisi Allah s.w.t. Sebaliknya penilaian yang akan dilihat kepada ketakwaan seseorang5.
Perkara ini dinyatakan dalam hadis Nabi s.a.w yang bermaksud berdasarkan riwayat
Muslim: "Sesungguhnya Allah s.w.t tidak melihat kepada kepada tubuh badan kamu,
tidak juga rupa paras kamu, tetapi Allah s.w.t melihat kepada amalan kamu". Dalam
riwayat yang lain disebut "tetapi Allah s.w.t melihat kepada amalan kamu dan hati
6
kamu" . Difahami dari hadis ini bahawa OKU juga dibebankan dengan
tanggungjawab keagamaan seperti bersuci, solat, zakat, haji, puasa dan lain-lain.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kekurangan pada diri merupakan ujian daripada Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya
yang terpilih sahaja. Perkara sebegini berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w. Baginda
turut mempunyai para sahabat yang sangat hebat namun mempunyai kekurangan diri
seperti tidak dapat melihat, tidak boleh mendengar, tidak mampu untuk bercakap dan
tidak cukup sifat seperti tidak mempunyai kaki.

5
Surah al-Hujurat: 13
6
Abu al-Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi al-Naisaburi. (t.t) al-Jami al-Sohih am-
Musamma Sahih Muslim, no hadis.6707, j8, h.11, Beirut: Dar al-Jail.
3

1.2.1 Sahabat Rasullah s.a.w yang Tidak Mempunyai Nikmat Penglihatan.

Abdullah bin Ummi Maktum (Pahlawan Buta Pembawa Panji Islam)7. Beliau berasal
dari Mekah dan berdarah Quraisy, mempunyai hubungan kekerabatan dengan
Rasulullah s.a.w kerana beliau merupakan sepupu kepada Ummul Mukminin
Khadijah binti Khuwailid r.a. Ayahnya bernama Qais bin Za’idah, ibunya bernama
‘Atikah binti Abdullah yan lebih dikenali sebagai Ummi Maktum kerana puteranya,
Abdullah lahir dalam keadaan buta dan tidak bersuara8.

Dalam sejarah Islam, dia dikenali memiliki ilmu dan adab istimewa yang
dikurniakan oleh Allah s.w.t kepadanya, menggantikan kebutaan matanya sehingga
dia dapat melihat dengan mata hati yang tidak dapat dilihat oleh mata orang lain yang
tidak cacat penglihatan. Ibn Ummi Maktum memperoleh hidayah pada hatinya untuk
bersama-sama orang yang telah masuk Islam ketika dia masih muda belia kerana dia
merasakan kemanisan beriman. Menginjak usia dewasa, dia merasakan bahawa ajaran
Islam telah menjadikan hatinya bersih walaupun matanya buta. Allah s.w.t memberi
kemampuan memandang ajaran kebenaran dengan mata hatinya 9 . Dia mampu
memahami makna hakiki dari firman Allah s.w.t :

َ‫وب يَ ْع ِقلُو َن ِِبَا أ َْو آ َذا ٌن يَ ْس َمعُو َن ِِبَا فَِإن ََّها ال‬ ِ ‫أَفَلَ ْم يَ ِسريُوا ِِف األ َْر‬
ٌ ُ‫ض فَتَ ُكو َن ََلُ ْم قُل‬
ُّ ‫وب الَِِّت ِِف‬
‫الص ُدوِر‬ ِ
ُ ُ‫ص ُار َولَك ْن تَ ْع َمى الْ ُقل‬
َ ْ‫تَ ْع َمى األَب‬
Surah Al-Hajj (22:46)

Terjemahannya: Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi
supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang-orang yang
ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya
mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga
berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi
yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.

7
Hepi Andi Bastoni. 2003. 101 Sahabat Nabi Pustaka Jakarta : Timur Al-Kautsar. H. 61.
8
Abdurrahman Ra’fat al-Basya. Dr. 1997. 65 Manusia Langit : Perjalanan Hidup Sahabat Rasulullah
s.a.w. Jakarta Selatan : Senayan Abadi Publishing. H. 124.
9
Khalid Muhammad Khalid. Dr. Terjemahan Ab Mazaya Al-Hafiz. 2007. Sejarah 133 Wira Terbilang
pada zaman Rasulullah s.a.w : Dilengkapi Dengan Sejarah Para Syuhadak Yang Tewas Pada Zaman
Nabi s.a.w Seperti Mereka Yang Gugur Dalam Perang Badar, Perang Uhud, Perang Yamamah dan
Perang Nahawand. Kuala Lumpur : Al-Hidayah Pubications. H. 584.
4

Timbul keyakinan di dalam hati Ibn Ummi Maktum r.a bahawa Allah s.w.t
memberinya keistimewaan iaitu keistimewaan yang diberikan juga kepada orang-
orang buta seperti dia dan akan dibalas dengan pahala syurga. Beliau juga seorang
yang amat peka dengan waktu kerana selalu keluar pada waktu terbit fajar untuk
menuju ke masjid dengan menggunakan tongkat atau bersandar kepada lengan salah
seorang muslimin untuk mengumandangkan azan. Beliau juga berganti azan dengan
Bilal bin Rabah. Jika salah seorang dari mereka azan, maka seorang lagi akan
10
mengumandangkan iqamat . Bila tiba bulan Ramadhan, Bilal bin Rabah
mengumandangkan azan untuk membangunkan kaum muslimin, sedangkan Ibn Ummi
11
Maktum mengumandangkan azan waktu subuh , sehingga Rasulullah s.a.w
bersabda:

12
‫إِ َّن بََِلًال يُ َؤذِّ ُن بِلَْيل فَ ُكلُوا َوا ْشَربُوا َح َّّت يُ َؤذِّ َن ابْ ُن أ ُِّم َمكْتُوم‬

Terjemahannya: “Sesungguhnya Bilal azan waktu malam, makan dan minumlah


kalian sehingga Ibn Ummi Maktum mengumandangkan azan…”

Allah s.w.t memuliakan Ibn Ummi Maktum melalui peristiwa di mana ketika
Rasulullah s.a.w sedang duduk bersama dengan beberapa tokoh Quraisy iaitu ‘Utbah
bin Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah (saudara kandung ‘Utbah), ‘Amru bin Hisyam yang
lebih dikenali dengan nama panggilan Abu Jahal, Ummayah bin Khalaf dan Walid bin
Mughirah dengan harapan mereka mahu memeluk Islam. Semasa perbincangan
berlangsung, Abdullah bin Ummi Maktum masuk dan memohon kepada Rasulullah
s.a.w agar membacakan ayat Al-Quran. Namun baginda tidak menghiraukan
permohonan Ibn Ummi Maktum kerana mengharapkan keislaman pembesar Quraisy
itu sedangkan Abdullah Ibn Maktum pada ketika telah memeluk Islam13. Lalu Allah
s.w.t menurunkan ayat-ayat berikut:

10
Hepi Andi Bastoni. 2003. Op Cit. h. 62
11
Abdurrahman Ra’fat al-Basya. Dr. 1997. Op Cit. h. 127.
12
Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fi al-Bukhari (1422H), al-Jami al-Musnad
al-Sahih al-Mukhtasar min Umur Rasulillah wa Ayyamih, bab al-Azan Qabla al-Fajri, no. hadis 622, j2,
h34, Beirut: Dar Tauq al-Najah; Abu al-Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi al-
Naisaburi. (t.t) al-Jami al-Sohih al-Musamma Sahih Muslim, no hadis.1092, j2, h.768, Beirut: Dar al-
Jail.
13
Abdurrahman Ra’fat al-Basya. Dr. 1997. Op Cit. h. 124.
5

‫( أ َْو يَ َّذ َّك ُر‬3) ‫يك لَ َعلَّهُ يََّزَّكى‬


َ ‫( َوَما يُ ْد ِر‬2) ‫( أَ ْن َجاءَهُ األ َْع َمى‬1) ‫س َوتَ َوَّّل‬ َ َ‫َعب‬
‫ك أَالَّ يََّزَّكى‬ َ ‫( َوَما َعلَْي‬6) ‫صدَّى‬ َ ْ‫( فَأَن‬5) ‫استَ ْغ َن‬
َ َ‫ت لَهُ ت‬ ِّ ُ‫فَتَ ْن َف َعه‬
ْ ‫( أ ََّما َم ِن‬4) ‫الذ ْكَرى‬
(10) ‫ت َعْنهُ تَلَ َّهى‬ َ ْ‫( فَأَن‬9) ‫( َوُه َو ََيْ َشى‬8) ‫( َوأ ََّما َم ْن َجاءَ َك يَ ْس َعى‬7)
Surah ‘Abasa (80: 1-10)

Terjemahannya: Beliau memasamkan muka dan berpaling (1) Setelah beliau


didatangi orang buta (2) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya,
Wahai Muhammad)? Barangkali dia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran
agama yang didapatinya daripadamu)! (3) Ataupun dia mahu mendapat peringatan,
supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya (4) Adapun orang yang merasa
keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran) (5) Maka
Engkau bersungguh-sungguh melayaninya (6) Padahal engkau tidak bersalah kalau
dia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya) (7) Adapun orang yang
segera datang kepadamu (8) Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-
perintah Allah) (9) Maka engkau berlengah-lengah melayaninya (10).

Sewaktu ayat ini diturunkan, Rasulullah s.a.w memanggil Ibn Ummi Maktum
dan memberi kehormatan dengan menyatakan beliau adalah wakil Baginda di
Madinah pada saat Baginda menghadapi peperangan untuk pertama kalinya iaitu
Perang Badar. Hal ini menyebabkan Ibn Ummi Maktum mempunyai kedudukan yang
tinggi dalam kalangan penduduk Madinah, apatah lagi beliau merupakan sahabat yang
paling banyak menghafal ayat Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w 14 . Tidak
lama selepas selesai Perang Badar, Allah menurunkan ayat-ayat Al-Quran yang
memuliakan para mujahid dan sekali gus menegur orang yang tidak ikut serta dalam
peperangan sehingga Ibn Ummi Maktum berasa sangat sedih kerana tidak mampu ikut
serta dalam peperangan 15.

ِ ‫اعدو َن ِمن الْمؤِمنِني َغي ر أُوِِل الضَّرِر والْمج‬


‫اه ُدو َن ِِف َسبِ ِيل اللَّ ِه‬ َُ َ َ ْ ُْ َ ُْ ْ ُ ِ ‫الَ يَ ْستَ ِوي الْ َق‬
ً‫ين َد َر َجة‬ ِِ ِِ ِِ ِ ‫اه ِد‬ ِ َّ ‫بِأ َْمواَلِِ ْم َوأَن ُف ِس ِه ْم فَض‬
َ ‫ين بأ َْم َواَل ْم َوأَن ُفسه ْم َعلَى الْ َقاعد‬
َ ‫َّل اللهُ الْ ُم َج‬َ َ
(95) ‫يما‬ ِ ِ ِ ِ ِ َّ ‫اْلُ ْس َن َوفَض‬ ْ ُ‫َوُكَلًّ َو َع َد اللَّه‬
ً ‫َجًرا َعظ‬
ْ ‫ين أ‬
َ ‫ين َعلَى الْ َقاعد‬ َ ‫َّل اللهُ الْ ُم َجاهد‬
َ
(96) ‫يما‬ ِ ‫درجات ِمْنه وم ْغ ِفرًة ور ْْحةً وَكا َن اللَّه َغ ُف‬
ً ‫ورا َرح‬ ً ُ َ َ ََ َ َ َ ُ َ ََ
Surah An-Nisaa’ (4: 95-96)

14
Khalid Muhammad Khalid. Dr. Terjemahan Ab Mazaya Al-Hafiz. 2007. Op Cit. h. 586
15
Abdurrahman Ra’fat al-Basya. Dr. 1997. Op Cit. h. 127; Abu al-Husain Muslim bin al-Hajjaj bin
Muslim al-Qusyairi al-Naisaburi. (t.t) al-Jami al-Sohih am-Musamma Sahih Muslim, no hadis.1898, j3,
h.1508, Beirut: Dar al-Jail.
6

Terjemahannya: Tiada persamaan keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut


berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman, melainkan daripada orang-
orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan
Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-
orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang
tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat, dan
tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik
(Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang
tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang
amat besar (95) Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadanya, dan keampunan serta
rahmat belas kasihan, dan (ingatlah) bahawa Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani (96).

Ayat-ayat jihad ini sangat berkesan di hati Abdullah Ibnu Maktum dan berasa
sangat sedih kerana tidak mampu meraih kemulian yang besar dan beliau berkata
kepada Rasulullah s.a.w “Wahai Rasulullah, andai saja aku mampu berjihad maka
aku pasti akan melakukannya.” Kemudian beliau terus berdoa kepada Allah s.w.t agar
menurunkaan wahyu mengenai dirinya dan orang yang senasib dengannya yang tidak
mampu berjihad kerana cacat 16
. “ Ya Tuhanku! Engkau memberiku ujian begini,
bagaimana saya berbuat (berperang)..” Kemudian turunlah ayat yang berbunyi:

‫ِّس ِاء َوالْ ِولْ َد ِان الَ يَ ْستَ ِطيعُو َن ِحيلَةً َوالَ يَ ْهتَ ُدو َن‬ ِ ِّ ‫ني ِمن‬
َ ‫الر َجال َوالن‬ ْ َ ‫ض َعف‬
ِ ‫إِالَّ الْمست‬
ْ َْ ُ
(99) ‫ورا‬ ً ‫ك َع َسى اللَّهُ أَ ْن يَ ْع ُف َو َعْن ُه ْم َوَكا َن اللَّهُ َع ُف ًّوا َغ ُف‬َ ِ‫( فَأ ُْولَئ‬98) ً‫َسبِيَل‬
Surah An-Nisaa’ (4: 98-99)

Terjemahannya: Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan
perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk
melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). Maka
mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah memaafkan mereka. dan
(ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.

Meskipun Allah s.w.t telah membebaskan Abdullah bin Ummi Maktum dan
orang-orang yang senasib dengannya dari kewajipan jihad17 tetapi beliau mempunyai
semangat yang kental untuk berjihad bersama barisan kaum mujahidin. Dia telah
menyampaikan hasratnya berkali-kali18.

16
Ibid.
17
Ibid.
18
Hepi Andi Bastoni. 2003. Op. Cit. h. 63.
7

“Serahkanlah panji kepadaku, kerana sesungguhnya saya adalah


seorang yang buta sehingga tidak dapat melarikan diri!
Tempatkanlah saya di antara kedua pasukan!”

Pada tahun 14 Hijrah, Umar al-Khattab merancang sebuah peperangan


melawan pasukan kerajaan Parsi. Untuk itu, Umar telah menulis surat perintah kepada
semua gabenornya, “catatkanlah setiap orang yang memiliki senjata, atau kuda, atau
kekuatan, atau idea, suruh mereka menemuiku. Lakukan ini segera!” Kaum muslimin
datang berduyun-duyun memenuhi panggilan Umar, di antara mereka tampak seorang
mujahid buta, Abdullah bin Ummi Maktum. Umar mengangkat Sa’ad bin Abi Waqash
sebagai panglima besar kaum muslimin. Ketika kaum muslimin sampai di Qadisiyyah,
Abdullah bin Ummi Maktum mempersiapkan diri dengan memakai baju besi di
tempat terbuka dan mempersiapkan kelengkapan perangnya serta meminta agar
dibenarkan membawa bendera perang untuk menjaganya atau gugur kerana
mempertahankannya19.

Dua pasukan bertemu dan bertempur selama tiga hari berturut-turut.


Kemenangan besar diraih oleh pasukan kaum muslimin. Namun kemenangan besar ini
ditebus dengan harga yang sangat mahal iaitu ratusan mujahidin gugur dan salah
seorangnya adalah Abdullah bin Ummi Maktum. Beliau ditemui terbujur kaku, darah
mengalir dari tubuhnya dalam keadaan memeluk bendera perang kaum muslimin20.
Sahabat yang mulia dan agung ini tidak berakhir hayatnya sebelum Allah s.w.t
mengabulkan hasrat hati untuk berjihad. Pada saat perang Qadisiyyah, dia sebagai
pembawa panji pasukan berwarna hitam gugur di medan perang. Dialah seorang buta
pertama yang turut berperang dalam sejarah peperangan Islam21.

19
Abdurrahman Ra’fat al-Basya. Dr. 1997. Op. Cit. h. 129.
20
Ibid.
21
Hepi Andi Bastoni. 2003. Op. Cit. h. 63.
8

1.2.2 Sahabat Rasullah s.a.w yang Kudung

‘Amr Ibn Jamuh (Menggapai Syurga dengan Kaki Pincang). Beliau adalah ipar dari
Abdullah bin Amr bin Haram kerana menjadi suami dari saudara perempuan Hindun
binti Amr. Ibn Jamuh merupakan salah seorang tokoh penduduk Madinah dan salah
seorang pemimpin Bani Salamah. Puteranya iaitu Mu’awadz, Muadz dan Khalad bin
Amr memeluk Islam terlebih dahulu daripadanya 22 . Muadz bin Amr bersama
sahabatnya Muadz bin Jabal menyebarkan Islam dalam kalangan penduduk Madinah
dengan keberanian yang luar biasa. Menjadi kebiasaan bagi golongan bangs.a.wan
mempunyai berhala di rumah termasuk rumah Amr bin Al-Jamuh yang diberi nama
Manaf. Anaknya Muadz bin Amr bersama sahabatnya Muadz bin Jabal berpakat untuk
menjadikan berhala di rumah bapanya sebagai barang permainan dan penghinaan23.

Pada waktu malam mereka masuk ke dalam rumah, mengambil berhala dan
membuangnya ke dalam tandas. Pada keesokan harinya, Amr tidak melihat Manaf di
tempatnya yang biasa dan mencari berhala tersebut kemudian ditemukan dalam
tandas. ‘Amr amat marah, terus mencuci dan dibersihkan berhala serta diletakkan
wangian. Malam berikutnya, mereka mengulangi perbuatan yang sama sehingga Amr
mengambil pedangnya lalu diletakkan di leher Manaf dan berkata24:

“Jika kamu betul-betul dapat memberikan kebaikan, berusahalah


untuk mempertahankan dirimu!”

Setelah Amr tidur, Muadz bin Amr dan Muadz bin Jabal mengambil Manaf
dan mengikatnya dengan bangkai seekor anjing dan membuangnya di tempat yang
kotor. Hal itu menyebabkan Amr kecewa, marah dan ketika itu golongan bangs.a.wan
yang telah memeluk Islam datang ke tempat itu. Amr menunjukkan berhala yang tidak
berdaya dan terikat dengan bangkai anjing. Mereka berbincang dan berdialong dengan
akal yang waras tentang Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Akhirnya ‘Amr memeluk
Islam. Amr Ibn Jamuh telah menyerahkan hati dan hidupnya kepada Allah s.w.t.
Beliau sememangnya mempunyai sifat yang sangat dermawan dan pemurah sebelum
memeluk Islam25.

22
Ibid, h. 195.
23
Khalid Muhammad Khalid. Dr. Terjemahan Ab Mazaya Al-Hafiz. 2007. Op. Cit. h. 428.
24
Ibid. h. 429.
25
Ibid. h. 430.
9

Amr Ibn Jamuh merasakan manisnya iman, menyesali dosa-dosa kemusyrikan.


Setelah memeluk Islam, beliau menyerahkan harta, anak-anak dan seluruh hidupnya
dalam mentaati perintah Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Sifat kedermawannya
bertambah berlipat kali ganda setelah memeluk Islam. Ketika tercetusnya Perang
Badar, Amr Ibn Jamuh mempersiapkan diri untuk menyertai peperangan bersama
pasukan Islam. Melihat keadaan ayah yang telah lanjut usia, putera-puteranya
melarang dari menyertai peperangan tersebut26.

Ketika tercetusnya Perang Uhud, beliau menyaksikan empat anaknya bersiap


untuk menghadapi musuh Allah s.w.t. Amr Ibn Jumud sekali lagi mahu mengikuti
peperangan namun dilarang oleh anak-anaknya. Beliau pergi menemui Rasulullah
s.a.w dan memohon agar dibenarkan menyertai peperangan. Kisah ini boleh dilihat
dalam hadis di bawah27:

‫َْحَ ُد بْ ُن‬
ْ ‫وب َحدَّثَنَا أ‬ َ ‫ ُُمَ َّم ُد بْ ُن يَ ْع ُق‬: ‫اس‬ِ َّ‫ظ َحدَّثَنَا أَبُو الْ َعب‬ ُ ِ‫اْلَاف‬
ْ ‫َخبَ َرنَا أَبُو َعْب ِد اللَّ ِه‬
ْ‫أ‬
‫اق بْ ُن‬ ُ ‫ال َح َّدثَِن َوالِ ِدى إِ ْس َح‬ َ َ‫اق ق‬ َ ‫س بْ ُن بُ َك ْري َع ِن ابْ ِن إِ ْس َح‬ ِ ْ ‫َعْب ِد‬
ُ ُ‫اْلَبَّار َحدَّثَنَا يُون‬
‫يد الْ َعَرِج‬ ِ ْ ‫ َكا َن َع ْم ُرو بْ ُن‬: ‫يَ َسار َع ْن أَ ْشيَاخ ِم ْن بَِن َسلَ َمةَ قَالُوا‬
َ ‫وح أ َْعَر َج َشد‬ ِ ‫اْلَ ُم‬
‫ إِ َذا َغَزا‬-‫صلى اهلل عليه وسلم‬- ‫ول اللَّ ِه‬ ِ ‫وَكا َن لَه أَرب عةُ ب نُو َن َشباب ي ْغزو َن مع رس‬
َُ ََ ُ َ ٌ َ َ َ َْ ُ َ
ِ ُ ‫فَلَ َّما أَراد رس‬
َ‫ال لَهُ بَنُوهُ إِ َّن اللَّه‬ َ َ‫ُحد ق‬ ِ
ُ ‫ يَتَ َو َّجهُ إ َّل أ‬-‫صلى اهلل عليه وسلم‬- ‫ول اللَّه‬ َُ ََ
ِ
‫ك‬ َ ‫ض َع اللَّهُ َعْن‬ َ ‫يك فَ َق ْد َو‬ َ ‫ت فَنَ ْح ُن نَكْف‬ َ ‫صةً فَلَو قَ َع ْد‬ َ ‫ك ُر ْخ‬ َ َ‫َعَّز َو َج َّل قَ ْد َج َع َل ل‬
‫ول‬َ ‫ يَا َر ُس‬: ‫ال‬ َ ‫ فَ َق‬-‫صلى اهلل عليه وسلم‬- ‫ول اللَّ ِه‬ َ ‫وح َر ُس‬ ْ ‫اْلِ َه َاد فَأَتَى َع ْم ُرو بْ ُن‬
ِ ‫اْلَ ُم‬ ْ
َ‫ُستَ ْش َه َد فَأَطَأ‬ َ ‫ك َواللَّه إنِّى أل َْر ُجو أَ ْن أ‬ َ ‫ج َم َع‬ َ ‫اللَّه إ َّن بَن َّى َه ُؤالَء يَ ْمنَ عُونى أَ ْن أَ ْخ ُر‬
ِ
‫ت‬ َ ْ‫« أ ََّما أَن‬: -‫صلى اهلل عليه وسلم‬- ‫ال لَهُ َر ُسو ُل اللَّه‬ َ ‫ فَ َق‬.‫ْجنَّة‬
َ ‫بعُ ْر َجتى َهذه فى ال‬
‫« َوَما َعلَْي ُك ْم أَ ْن تَ ْدعُوهُ لَ َع َّل اللَّ َه َعَّز‬: ‫ال لِبَنِ ِيه‬ َ َ‫ َوق‬.» ‫اْلِ َه َاد‬ ْ ‫ك‬ َ ‫ض َع اللَّهُ َعْن‬
َ ‫فَ َق ْد َو‬
‫ فَ ُقتِ َل يَ ْوَم‬-‫صلى اهلل عليه وسلم‬- ‫ول اللَّ ِه‬ ِ ‫ فَخرج مع رس‬.» ‫وج َّل ي رُزقُه الشَّه َادةَ؟‬
ُ َ َ َ َ ََ َ ُ َْ َ َ
ً ‫ُحد َش ِه‬
.‫يدا‬ ُ‫أ‬
“Ya Rasulullah s.a.w, putera-puteraku bermaksud hendak
menghalangku dari pergi bertempur. Demi Allah s.w.t, aku amat
berharap kiranya kaki ku yang pincang ini aku dapat berjalan
dengannya di Syurga!”

26
Hepi Andi Bastoni. 2003. Op. Cit. h. 197.
27
Ahmad bin al-Husain bin Ali bin Musa Abu Bakr al-Baihaqi. (1994). Sunan al-Kubra. no Hadis
17599, j9, h24. Mekah al-Mukarramah: Maktabah Dar al-Baz.
10

Disebabkan permintaannya yang sangat tinggi, Rasuulah s.a.w memberikan


izin untuk turut serta di dalam Perang Uhud. Maka diambil alat-alat senjatanya dengan
hati yang gembira dan puas, berjalan berjingkit-jingkit dan memohon kepada Allah
s.w.t 28 :

“Ya Allah s.w.t, berikanlah aku kesempatan untuk menemui syahid


dan janganlah aku dipulangkan kembali kepada keluargaku!”

Ketika perang berlaku, Amr Ibn Jumuh berada di barisan paling hadapan. Dia
melompat dan berjingkit untuk menentang musuh-musuhnya 29 sambil memandang
sekeliling seolah-olah mengharap kehadiran malaikat untuk mengiringinya masuk
Syurga kerana dia telah memohon kepada Allah agar diberi syahid30.

Dia terjatuh dari kuda,lalu bangkit berdiri sambil menyerang musuh-musuhnya


dan berteriak31:

“Sungguh aku telah rindukan syurga, sungguh aku telah rindukan


syurga”

Dibelakangnya ada anaknya, Khallad. Beliau dan anaknya sentiasa melindungi


Rasulullah s.a.w sehingga gugur syahid. Setelah itu, anaknya pula syahid. Setelah
perang Uhud berakhir, Rasulullah s.a.w memerintahkan untuk memakamkan mereka.

“Kuburkanlah mereka dengan darah dan luka mereka. Aku adalah


saksi atas mereka” 32

Islam sangat mengambil berat terhadap golongan OKU ini. Perkara ini dapat
dibuktikan dengan pengguguran sesetengah kewajipan atau taklif ke atas mereka
sebagaimana yang difahami dari ayat:

ِ
َ‫يض َحَر ٌج َوَم ْن يُط ْع اللَّه‬ِ ‫لَْيس َعلَى األ َْع َمى َحَر ٌج َوالَ َعلَى األ َْعَرِج َحَر ٌج َوالَ َعلَى الْ َم ِر‬
َ
ِ َّ ِ ِ ِ
ً ‫َوَر ُسولَهُ يُ ْدخ ْلهُ َجنَّات ََْت ِري م ْن ََْتت َها األَنْ َه ُار َوَم ْن يَتَ َول يُ َع ِّذبْهُ َع َذابًا أَل‬
‫يما‬
28
Ibid.
29
Hepi Andi Bastoni. 2003. Op. Cit. h.197.
30
Khalid Muhammad Khalid. Dr. Terjemahan Ab Mazaya Al-Hafiz. 2007. Op. Cit. h. 431
31
Hepi Andi Bastoni. 2003. Op Cit. h.198.
32
Abu Bakr Abdullah bin Abi Syaibah al-Kufi. (1409H). Musannaf fi al-Ahadith wa al-Athar, No
Hadis 36757, j7, h367, j8, h.487. al-Riyadh: Maktabah al-Rusyd
11

Surah Al-Fath (48:17)

Terjemahannya: Tidaklah menjadi salah kepada orang buta, dan tidaklah menjadi
salah kepada orang tempang, dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit (tidak
turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya). dan (ingatlah), sesiapa yang
taat kepada Allah dan rasul-Nya, akan dimasukkannya ke dalam syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan
diseksa-Nya dengan azab yang tidak terperi sakitnya.

Menurut Imam al-Tabari, maksud ayat di atas ialah tidak menjadi kesalahan ke
atas orang buta, orang tempang dan orang sakit untuk tidak mengikuti peperangan
yang berlaku, yang mana disertai oleh orang-orang Islam kerana kecacatan dan
keuzuran yang mereka hadapi33.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Kecacatan merupakan suatu kekurangan. Namun bukan semua kecacatan boleh


dijadikan sebab atau alasan tidak melaksanakan tanggungjawab seseorang itu kepada
Allah s.w.t. Ini bermakna OKU tetap diwajibkan melaksanakan solat, puasa, zakat,
haji dan lain-lain. Cuma, satu perkara yang perlu difahami dan menjadi kaedah dalam
agama ialah Allah s.w.t tidak membebankan seseorang itu melainkan mengikut kadar
kemampuan seseorang sebagaimana ditegaskan di dalam al-Quran34. Semestinya, cara
pelaksanaan ibadah mereka sedikit berbeza dengan golongan yang sempurna. Merujuk
kepada kitab-kitab fiqh terdahulu, para ulama telah membincangkan persoalan-
persoalan ini, tetapi dibincangkan mengikut topik-topik perbincangan fiqh secara
umum. Dengan kata lain, perbahasan tentang OKU tidak dibincangkan di bawah satu
tajuk khusus untuk OKU. Hal ini sedikit sebanyak menyulitkan proses pengajaran dan
pembelajaran dan proses membuat rujukan. Selain itu juga dalam konteks Malaysia,
tidak terdapat satu modul khusus yang digunakan dalam P&P untuk golongan ini. Hal
ini sedikit sebanyak menyukarkan para guru untuk mengajar dan juga golongan ini
untuk memahami pelajaran. Hal ini sebagaimana yang dikemukakan oleh Rabaishah

33
Muhammad bin Jarir al-Tabari Abu Ja'far.(2000). Jamik al-Bayan fi Takwil al-Quran, j22, h222,
Beirut: Muassasah al-Risalah.
34
Surah al-Baqarah:286.
12

Azirun, Noraini Mohd Salleh dan Hasnah Toran (2009) dari Fakulti Pendidikan,
UKM.

1.4 SOROTAN KAJIAN LEPAS


Kecacatan adalah keadaan kurang lengkap atau kurang sempurna. Menurut kamus
dewan (2003), cacat ialah kekurangan atau keadaan kurang sempurna pada badan,
kecacatan perihal kurang sempurna, kekurangan atau keadaan (yang menjejaskan
sesuatu). Individu yang ditimpa kecacatan pula dikenali sebagai OKU. Secara
asasnya, golongan OKU boleh dikategorikan kepada empat kumpulan kecacatan
primer iaitu ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran,
ketidakupayaan anggota dan ketidakupayaan akal. Hewett dan Rorness (1974)
menyatakan bahawa definisi awal tentang kecacatan penglihatan telah digunakan di
Amerika Syarikat pada tahun 1961. Menurut definisi tersebut, penglihatan seseorang
adalah pada tahap 20/200 atau kurang, hasil ujian Snellen. Menurut Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO), orang yang dikatakan cacat penglihatan adalah mereka
yang penglihatannya kurang daripada 6/60 darjah berbanding mata terang iaitu 60/60.

Dalam kajian Ab Aziz Mohd Zin et al. (2009) di Malaysia sahaja seramai
29,522 orang cacat pendengaran yang berdaftar di JKM. Terdapat dua kategori
individu yang cacat pendengaran iaitu pekak dan separuh pekak. Kecacatan Anggota
juga dikategorikan sebagai OKU, secara umum, kecacatan anggota boleh
didefinisikan sebagai kelemahan atau kelumpuhan yang berlaku pada anggota
seseorang individu. Menurut Melnick (1980), lumpuh adalah kecacatan pada anggota
iaitu satu keadaan apabila kaki, tangan atau bahagian-bahagian tubuh badan yang lain
tidak kuat, tidak bertenaga untuk bergerak atau melakukan sesuatu.

Kajian Anisah Abd Ghani (2009) terhadap pemahaman dan pelaksanaan


ibadah dalam kalangan OKU mendapati tahap pemahaman OKU dalam ibadat adalah
sangat tinggi begitu juga dengan tahap pengamalan mereka berkaitan ibadat adalah
dalam tahap yang baik. Kajian ini dilakukan ke atas 309 orang yang terdiri daripada
13

pelbagai kecacatan sama ada pekak, buta atau cacat anggota. Respondan yang terpilih
pula adalah golongan OKU yang sedang belajar di sekolah menengah pendidikan khas
dan institusi latihan OKU serta para pekerja OKU di bengkel terlindung.

Rabaishah Azirun, Noraini Mohd Salleh dan Hasnah Toran (2009) dari Fakulti
Pendidikan, UKM telah melakukan kajian terhadap OKU yang bertajuk "pengguasaan
ibadah solat murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah pembelajaran: satu tinjaun di
Sekolah Menengah di Negeri Melaka". Di antara tajuk yang dikaji ialah kurikulum
pendidikan Islam pendidikan Khas bermasalah pembelajaran, pendidikan solat untuk
murid bermasalah pembelajaran. Kajian ini merumuskan beberapa faktor kelemahan
penguasaan ibadah solat oleh golongan OKU iaitu bilangan waktu mengajar, guru
bukan opsyen, tidak ada buku panduan yang sesuai, kemudahan infrastruktur yang
terhad.

Dalam kajian itu, pengkaji mencadangkan supaya diwujudkan modul yang


selaras dan seragam bagi kegunaan golongan OKU dalam proses P&P bagi menangani
kelemahan penguasaan ibadah solat dalam kalangan murid-murid pendidikan khas
bermasalah pembelajaran.

Hamdi bin Ishak, dalam kajian sarjana beliau yang bertajuk Pekak dan Bisu
Menurut al-Quran (Konsep dan Perbandingan) 35 telah mengkaji tentang pekak dan
bisu menurut perspektif al-Quran. Pengkaji telah menggunakan kajian metodologi
kajian. Antara hasil kajian ialah, konsep pekak dan bisu dalam al-quran adalah
berbeza dengan konsep yang difahami umum iaitu pekak dan bisu yang disebutkan al-
Quran merupakan kiasan atau perumpamaan yang ditujukan kepada mereka yang
tidak mahu beriman walaupun mendengar dan melihat ayat-ayat Allah. Al-Quran
tidak menggunakannya untuk merujuk kepada mereka yang mengalami masalah
pendengaran atau pertuturan sama sekali.

Dalam kajian ini juga pengkaji menyentuh secara tidak langsung mengenai
tuntutan ibadah kepada orang pekak dan bisu. (h.105) Menurut pengkaji, orang pekak

35
Hamdi bin Ishak. (2004). Pekak dan bisu Menurut al-Quran (konsep dan Perbandingan), Disertasi
M.A, UKM, FPI.
14

dan bisu dituntut melaksanakan perintah Allah sama seperti manusia normal yang lain.
Hal ini kerana mereka masih mempunyai indera penglihatan yang membolehkan
mereka menerima ilmu, maklumat dan pengajaran.

Menurut pengkaji juga, ibadat yang difardhukan dalam Islam adalah tidak
berat dan mengikut kadar kemampuan masing-masing (h.106). Beliau merumuskan
bahawa orang pekak dan bisu turut ditaklifkan berdasarkan kesimpulan daripada hadis
Nabi s.a.w. yang bermaksud:

ِ ِ ِ َ ‫ُرفِ َع الْ َقلَ ُم َع ْن ثََلَث َع ِن النَّائِ ِم َح َّّت يَ ْستَ ْي ِق‬


َ ‫ َو َع ِن الْ َم ْجنُون َح َّّت يُف‬، ‫ب َح َّّت ََْيتَل َم‬ َّ ‫ َو َع ِن‬، ‫ظ‬
ِّ ِ‫الص‬
36
.‫يق‬

Berdasarkan hadis di atas, golongan pekak dan bisu tidak termasuk kerana mereka
juga boleh menerima ilmu melalui pancaindera yang lain.

Perkara ini turut ditekankan oleh para ulama fikah, antaranya mazhab Syafie
menyebutkan antara syarat wajib melaksanakan solat ialah Islam, berakal, baligh, suci
daripada haid dan nifas, sejahtera pancaindera walaupun mempunyai pendengaran
sahaja atau penglihatan sahaja37.

Abdul Munir bin Ismail dalam kajian beliau bertajuk Dakwah Kepada Orang
Pekak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah melakukan kajian dengan objektif
ingin memahami keadaan orang pekak dalam konteks dakwah kepada mereka,
mengetahui sejauh mana penerimaan orang pekak terhadap program dakwah dan
mengenal pasti masalah dakwah. Dalam kajian perpustakaan dan lapangan ini,
pengkaji telah merumuskan beberapa hasil kajian iaitu peningkatan pengetahuan
orang pekak dari aspek aqidah masih di tahap sederhana. Dari aspek ibadah pula,
didapati pelaksanaan program dapat diterima dengan baik kecuali kursus keluarga
bahagia yang didapati tidak berkesan. pengkaji merumuskan bahawa orang pekak
dituntut melaksanakan semua perintah Allah s.w.t. sama dengan manusia normal.
Pengkaji merumuskan kesimpulan ini hasil inti pati daripada ayat surah al-Zaariyat

36
Ahmad bin al-Husain bin Ali bin Musa Abu Bakr al-Baihaqi. (1994). Sunan al-Kubra. no Hadis
8566, j4, h269. Mekah al-Mukarramah: Maktabah Dar al-Baz.
37
Kitab al-Fiqh ala al-Mazhahib al-Arbaah, wizarah al-Auqaf, Dar al-Kitab al-Arabi, Mesr (t.Th),
h.129.
15

38
ayat 56, surah al-Baqarah 286, dan surah al-Nisa ayat 28 . Manakala dari sudut
akhlak, keseluruhan program mencapai tahap sederhana. Antara dapatan kajian
mengenai masalah dakwah ialah kekurangan juru bahasa isyarat terlatih, kekurangan
alat bantu dakwah, kaedah pengajaran yang tidak sesuai masa kini, kekurangan
sumber kewangan dan terakhir ialah sikap dan budaya orang pekak yang tidak
komited dalam program dakwah39.

Berdasarkan kajian-kajian di atas bolehlah disimpulkan bahawa tidak terdapat


modul atau buku khusus berkaitan taharah dan solat untuk golongan OKU sehingga
menyukarkan para guru mengajar mereka dan menyukarkan mereka mempelajari
tajuk itu. Dengan itu, kajian perlu dilakukan bagi membina modul atau buku khusus
untuk kegunaan golongan OKU. Memandangkan skop ibadat itu luas, maka dalam
cadangan penyelidikan ini difokuskan kepada tajuk bersuci dan solat golongan OKU.
Manakala tajuk tajuk lain seperti haji, puasa dan zakat akan dibincangkan dalam
penyelidikan yang lain.

1.5 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN

Matlamat kajian ialah untuk menganalisis cara taharah dan solat golongan OKU
menurut perspektif Fiqh. Bagi mencapai matlamat tersebut, beberapa objektif
digariskan antaranya:

1) Memahami konsep OKU menurut pandangan ulama Islam.


2) Menganalisis pandangan ulama mengenai cara bersuci golongan OKU
3) Menganalisis pandangan ulama mengenai cara bersolat golongan OKU.

1.6 PERSOALAN KAJIAN

38
Abdul Munir bin Ismail (2009), Dakwah Kepada Orang Pekak di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, (Tesis Ijazah Doktor Falsafah), Jabatan Dakwah dan pembangunan Insan, APIUM, h.54.
39
Abdul Munir bin Ismail (2009), Dakwah Kepada Orang Pekak di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, (Tesis Ijazah Doktor Falsafah), Jabatan Dakwah dan pembangunan Insan, APIUM,
16

1. Siapakah yang dimaksudkan dengan OKU menurut pandangan ulama Islam?


2. Apakah pandangan ulama mengenai cara bersuci golongan OKU?
3. Apakah pandangan ulama mengenai cara solat golongan OKU?

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Penyelidikan ini mempunyai beberapa kepentingan yang akan memberi manfaat


dalam aspek berikut:

1.7.1 Sumbangan Kepada Negara

Kajian ini merupakan kajian yang penting dalam meneliti isu-isu yang membelenggu
golongan OKU di Malaysia terutama dalam persoalan yang melibatkan hubungan
mereka dengan Allah s.w.t. Kajian ini amat penting kerana kekurangan penyelidikan
tentang OKU dilakukan khususnya melibatkan pelaksanaan ibadah taharah dan solat.
Melalui kajian ini pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menggunakan
modul yang dihasilkan untuk dijadikan rujukan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran khusus kepada guru. Hasil kajian ini dijangka dapat membantu KPM,
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Sumber Manusia, JPA, Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan NGO yang terlibat secara
langsung dengan golongan OKU.

1.7.2 Sumbangan Kepada UPSI

Kajian ini memberi satu kelebihan kepada universiti sebagai universiti pendidikan
yang tidak hanya berfokus kepada isu pendidikan yang melibatkan elemen pengajaran
dan pembelajaran sahaja tetapi lebih holistik melibatkan isu-isu ibadah khusus untuk
17

golongan OKU ini. Penyelidikan ini akan memperbanyakkan lagi penyelidikan


tentang ‘content’ khususnya dalam bidang ibadah serta menambahkan lagi koleksi
rujukan ilmiah di pasaran khusus untuk golongan istimewa ini.

1.8 LIMITASI KAJIAN

1.8.1 Bidang kajian

Kajian ini berfokuskan kepada bidang syariah dan menyentuh dua topik dalam bab
ibadah iaitu bersuci (taharah) dan solat.

1.8.2 Sampel kajian

Sampel yang digunakan dalam kajian ini ialah golongan orang kurang upaya (OKU),
dan lebih tertumpu kepada orang buta, bisu, pekak, terpotong anggota tubuh badan,
orang lumpuh serta sakit pada anggota tubuh badan yang menghalang untuk
menyempurnakan ibadah.

1.9 METODOLOGI KAJIAN

Perkataan metodologi tersebut berasal daripada bahasa Yunani iaitu "metods" yang
bererti cara dan "logos" yang bererti ilmu. Oleh itu metodologi bermaksud ilmu
tentang cara atau kaedah penyelidikan. Perbincangan metodologi ini meliputi pelbagai
perkara termasuk aspek reka bentuk kajian, kaedah pengumpulan data serta kaedah
penganalisisan data.

You might also like