You are on page 1of 21

Perpaduan kaum asas

keteguhan Negara.

Disediakan oleh :Mohd


naedry khan (dayus)

perpaduan kaum ialah semua kaum di


dalam sesebuah negara saling
berkerjasama atau erti kata yang lain
berganding bahu untuk membentuk
negara yang makmur dan
damai.Sesebuah negara yang maju tidak
akan wujud tanpa perpaduan dari semua
kaum.Contohnya,negara jepun yang
mempunyai perpaduan 100%
menyebabkan negara itu membangun
dengan megahnya.

Antara kepentingan perpaduan


kaum di Malaysia ialah
mewujudkan masyarakat yang
harmoni. Sebagai rakyat
Malaysia, pasti kita sudah tidak
asing lagi dengan wujudnya
masyarakat berbilang kaum di
negara kita seperti Cina,
Melayu, India, Kadazan dan
sebagainya. Peribahasa “
rambut sama hitam, hati lain -
lain” jelas menunjukkan
walaupun manusia mempunyai
warna rambut yang sama tetapi
sukma dan keinginan manusia
adalah berbeza. Dengan
mewujudkan perpaduan kaum
dalam kalangan masyarakat,
barulah masyarakat harmoni
yang mempunyai aspirasi yang
sama dapat tercapai. Oleh hal
yang demikian, sebagai rakyat
Malaysia yang prihatin, kita
hendaklah mewujudkan
perpaduan kaum dalam
kalangan rakyat
Malaysia,seperti kata
peribahasa, “ bulat air kerana
pembetung, bulat manusia
kerana muafakat”.
Cadangan idea
 masyarakat pelbagai kaum perlu melibatkan diri
dalam setiap aktiviti gotong-royong
membersihkan kawasan persekitaran.
 masyarakat pelbagai kaum bersama-sama
menyambut kedatangan pemimpin negara di
kawasan kediaman
 rukun tetangga dianggotai oleh rakyat pelbagai
kaum demi menjaga keselamatan tempat tinggal
 amalan menziarahi jiran yang sakit perlu
diamalkan tanpa mempedulikan kaum
 kunjung-mengunjung pada hari perayaan perlu
sebati dalam masyarakat pelbagai kaum
 ibu bapa menggalakkan anak-anak berkawan
dengan rakan yang berlainan bangsa
 ibu bapa membawa anak-anak menziarahi rakan
mereka yang berlainan bangsa jika berlaku
kematian atau sakit
 ibu bapa perlu mendidik anak-anak mengenai
kesedaran betapa pentingnya memecahkan
benteng perpaduan kaum
 kerajaan perlu memberikan peringatan berulang-
ulang kali kepada rakyat berkaitan musibah yang
akan diterima jika tiada perpaduan kaum
 pemimpin-pemimpin negara tidak memainkan
isu-isu yang melibatkan perkauman terutama
menjelang pilihan raya semata-mata untuk
meraih populariti mereka
 kerajaan perlu memberikan kesedaran kepada
generasi muda tentang pentingnya perpaduan
kaum
 media massa perlu banyak memaparkan
rencana mengenai kepentingan perpaduan kaum

Dalam mengutarakan perpaduan dan interasi nasional terdapat tiga cabaran Perpaduan
dan Integrasi Nasional yang perlu kita ketahui, cabaran utama adalah menyatupadukan
rakyat di Malaysia. Masalah-masalah ini wujud daripada tiga sumber iaitu:

i. Masalah dari segi pembangunan dan pendapatan tidak seimbang yang dialami oleh rakyat
daripada sesuatu keturunan bangsa.

ii. Masalah yang timbul daripada penyatuan wilayah di dalam sesebuah negara apabila ada
didapati ada di antara wilayah di dalam negara itu berpecah dan mendirikan negara yang
merdeka.

iii. Masalah yang timbul daripada rakyat yang berbilang bangsa. Masalah ini akan menjadi serius
jika terdapat perbezaan daripada segi keturunan, agama, bahasa dan adat resam. Malaysia
merupakan sebuah negara yang unik dalam perbezaan tersebut.

Sejarah, budaya, bahasa, agama dan adat resam yang berbeza, sejak dahulu membawa
cabaran peraduan dan integrasinasional kaum di Malaysia. Tiga cabaran utama kepada
perpaduan dan integrasi nasional dalam konteks Malaysia ialah:

Sistem pendidikan yang berbeza


Sistem pendidikan bermula sejak zaman pemerintahan British lagi pada abad ke 19. British
telah mengutamaakan pelajarn bagi Melayu dan Inggeris. Manakala bagi orang cina dan Tamil,
pendidikan berkembang tanpa disokong oleh pihak British. Pendidikan Cina menggunakan
bahasa pengantara cina, guru yang datang dan buku teks datang dari negara China. Bagi orang
India pula bahasa pengantar yang digunakan adalah bahasa Tamil. Pada zaman pemerintahan
Inggeris sukatan yang dianggap terbaik adalah sekolah Inggeris. Sekolah ini banyak memberi
kesan kepada perpaduan rakyat pada masa itu kerana tidak semua yang boleh mendapat
pendidikan Inggeris. Dasar pendidikan yang dibawa oleh British seperti Sekolah Melayu,
Sekolah Cina, Sekolah Tamil, dan Sekolah Inggeris ini memberi kesan kepada menghadkan
pendidikan antara kaum, pendidkan berdasarkankan tempat tinggal, pendidikan berdasarkan
pekerjaan, dan menimbulkan masalah bahasa di kalangan rakyat. Sebenarnya, tujuan Britihs
adalah untuk mengekalkan “Pecah dan Perintah” yang diamalkan agar setiap golongan memberi
kepentingan pendidikan kepada mereka. Pemisahan golongan berpelajaran Inggeris dan
vernacular hanya untuk menjaga kepentingan ekonomi sahaja pada masa itu bukan bertujuan
menyatupadukan rakyat. Kesan daripada ini, ramai orang melayu bekerja untuk sara diri, orang
cina bekerja di lombong dan orang India bekerja di ladang estet.
Perubahan sistem pendidikan akan membawa perpaduan dan integrasi nasional kepada rakyat
walaupun memakan masa yang lama. Laporan Razak yang dibawa oleh Dato’ Abdul Razak bin
Hussein yang berusaha agar sukatan pelajar sekolah adalah sama. Ini bertujuan mengwujudkan
nilai-nilai intergrasi dikalangan kanak-kanak. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara
disamping menjaga kebudayaan kaum lain. Idea ini mendapat tentangan orang melayu dan orang
bukan melayu. Laporan Rahman Talib 1960 dibentuk bagi menyempurnakan lagi Laporan
tersebut dan menghasilkan Akta Pelajaran 1961.

Penumpuan terhadap sektor ekonomi yang berbeza

Masalah perpaduan yang dihadapi adalah berpunca daripada dasar-dasar Inggeris yang telah
menjajah negara ini. Ketiga-tiga golongan penduduk yang terbesar ini tinggal berasingan dan
menjalankan pekerjaan yang berlainan. Dasar ‘Pecah dan Perintah” ini dilakukan oleh Inggeris
untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam
kedudukan mereka. Masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung,
masyarakat Cina pula mewarisi perniagaan secara turun-temurun dan tinggal di bandar manakala
masyarakat India bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya
direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi
yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Tidak terdapat satu dasar yang tegas ketika itu
untuk menyatupadukan ketiga-tiga golongan rakyat ini. Oleh kerana wujudnya perbezaan di
antara ketiga-tiga golongan masyarakat ini dan tiada polisi pihak penjajah untuk
menyatupadukan mereka, maka wujudlah syak wasangka dan sikap curiga di kalangan mereka.
Selepas merdeka, didapati orang-orang Melayu berada di dalam kemiskinan manakala
masyarakat Cina pula terus menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi yang lain.
Golongan Bumiputera terus bimbang bahawa orang-orang asing akan menguasai semua bidang
dan mereka akan tenggelam di tanah air mereka sendiri disebabkan kemiskinan. Kaum Cina dan
India pula bimbang kerana syarat-syarat hak kerakyatan mereka akan tergugat walaupun mereka
bersedia menumpukan perhatian taat setia kepada negara ini. Mantan Perdana Menteri kita Tun
Abdul Razak Dato’ Hussein telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada 1971 bagi
mencapai perpaduan dan integrasi nasional. Beliau digelar Bapa Pembangunan.
Fahaman dan pengaruh politik yang berbeza.

Fahaman politik setiap kaum berbeza. Bagi kaum Cina dan India hal-hal yang berlaku di
negara asal mereka lebih penting daripada fahaman politik di Tanah Melayu. Setiap kaum
sentiasa berusaha untuk memastikan pengekalan identiti kaum, bahasa dan budaya masing-
masing dengan menggunakan media dan saluran seperti pendidikan , program keagamaan
,akhbar dan peraturan social. Pada tahun 1930, telah berlaku pergeseran antara orang Cina
dengan Jepun di negara China. Ramai orang Cina di Tanah Melayu yang terdorong untuk
kembali ke tanah air mereka bagi membantu sanak-saudara mereka. Apabila fahaman komunis
menular di negara mereka, fahaman tersebut juga menular kalangan orang Cina di Tanah
Melayu. Orang India juga beranggapan India sebagai tanah air mereka dan berharap untuk
kembali. Peristiwa yang berlaku di India dianggap lebih penting daripada apa yang terjadi di
Tanah Melayu. Persatuan-persatuan India yang muncul lebih cepat seperti Persatuan India pada
tahun 1937 yang memperjuangkan pekerja-pekerja India. Bagi orang Melayu, mereka sentiasa
memastikan hak dan kepentingan mereka di tanah air terpelihara. Kurangnya penyatuan
menyebabkan perjuangan orang Melayu hanya tertumpu pada kaum mereka sendiri. Fenomena
ini tergambar sebagaimana yang diperjuangkan oleh orang melayu dalam majalah-majalah
seperti Saudara, Pengasuh, Utusan Melayu, Warta Melaya, dan Majlis. Fahaman politik.
Kesan daripada polisi yang dibawa oleh Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum di Tanah
Melayu menyebabkan perselisihan faham antara rakyat. Kita lihat sejarah pada 13 Mei 1969, di
mana kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat akibat rusuhan kaum apabila kaum cina
menentang soal bangsa melayu dengan bahasa melayu, kedudukan istimewa orang melayu dan
hak kerakyatan bukan Melayu selepas Pilihanraya 10 Mei 1969 dijalankan. Perbalahan ini
semakin rumit apabila dikatakan melayu memandang negatif terhadap orang cina kerana tidak
mengenang budi terhadap kerakyatan yang diberikan. Ini dikuatkan lagi dengan fahaman
komunis yang menular dalam masyarakat Cina. Dianggarkan pada peristiwa ini, seramai 196
mati, 449 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan. Ini membawa kepada cabaran kepada perpaduan
dan integrasi pada masa itu.
Pada zaman Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah, masalah perkauman semakin parah apabila Singapura
memasuki Malaysia yang ingin membawa konsep “Malaysian Malaysia” yang mahukan tiada
kaum yang boleh mengaku asli daripada kaum lain. Ini menyebabkan orang Cina dan Melayu
semakin renggang. Pada masa Tun Dr Mahathir Mohammad pula sejarah perpaduan rakyat
menyaksikan peristiwa di mana UMNO dianggap sebagai pemerintah tidak sah disebabkan
segelintir ahli UMNO yang tidak berpuas hati pada tahun 1988. Pada masa itu, Tun Abdullah
Badawi membentu Semangat 46 bagi kembalikan kegelimangan UMNO. Peristiwa sebegini
mengwujudkan jurang perpaduan dan integrasi nasional rakyat Malaysia.

Maklumat diperoleh dari Malaysia Kita (Cetakan Kelima: 1999) m/s 260 Konsep Perpaduan
Cara yang bernas untuk mengekalkan perpaduan negara agar peristiwa berdarah 13 Mei
1969 tidak berulang lagi adalah dengan meningkatkan penghayatan Rukun Negara.
Selepas peristiwa tersebut bagi mengelakkan peristiwa tersebut berulang Tun Abdul
Razak Perdana Menteri yang kedua ketika itu telah memperkenalkan Rukun Negara.
Pihak yang bertanggungjawab merangka Rukun Negara ialah Majlis Perundingan
Negara (MAPEN) yang dipengerusikan Tun Abdul Razak yang selepas itu menjadi
Perdana Menteri Malaysia kedua. Dengan adanya Rukun Negara, masyarakat yang
sedang berpecah-belah ketika itu ekoran perselisihan kaum mampu bersatu-padu dan
membina semula negara sehingga ke tahap hari ini. Rukun Negara adalah ideologi
kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara
iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan
dan ketenteraman negara. Terdapat lima prinsip dalam Rukun Negara tersebut.
Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran
Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. Cuba kita
hayati apakah maksud sebenar yang terselit disebalik Rukun Negara tersebut.

Pertama, prinsip Kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip ini menggambarkan bahawa asas
kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di negara kita.
Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis)
seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana
agama telah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita.
Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama
rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan
bebas. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan
beragama secara positif yang boleh membangun “pemikiran luhur” dalam hubungan
pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu.
Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai asas
membina keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat
mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak
sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman
kesederhanaan yang dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur atau
saling bertoleransi.

Kedua, prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Di negara kita, Raja dan Negara
mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan sistem
demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan
Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
adalah ketua negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian
daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini.
Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri
penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan
negara. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja
yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia
kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu
membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah
“payung negara” yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak
boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.

Ketiga, prinsip Keluhuran perlembagaan. Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai


Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian
dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan
Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi
sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara
4(1) Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan
dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap
rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru,
perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan
sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara
keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa
menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.
Keempat, prinsip Kedaulatan undang-undang. Setiap negara mempunyai undang-
undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil
dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi
memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-
undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara
tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun kedudukan (status sosial).
Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-
undang.Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada
autoriti perundagan ynag paling tinggi iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk
menegakkan kedaulatan undang-undang pula dijamin pula oleh institusi kehakiman yang
bebas dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi semua warganegara
Malaysia.
Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga
melanggar undang-undang dan Perlembagaan Negara. Misalnya, adalah menyalahi
undang-undang dan Perlembagaan Negera apabila ada pihak yang
mahu menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara
yang tidak menurut Perlembagaan kerana ia bukan termasuk dalam pengertaian
kebebasan dan hak asasi. Didalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dengan
jelas menyebut bahawa undang-undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang
memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.

Kelima, Kesopanan dan kesusilaan. Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan
perkembangan dan pembangunan personaliti individu yang seharusnya dibina sejak
kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak masyarakat.
Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat
sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan
tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks
perhubungan etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam
konteks ini, setiap warga negara sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan
mengawal diri daripada membangkitkan persoalan-persoalan sensitif kepada sesuatu
kaum berkaitan kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta
kepercayaan dan agam yang dianutinya.
Kerajaan amat prihatin untuk membentuk masyarakat yang bersopan santun, berdisiplin
dan bermoral tinggi. Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan
kerajaan adalah bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifa-sifat
mulia, beradab, bersopan santun, bertoleransi, saling memahami dan cintakan
kedamaian. Ia selari dengan prinsip kelima Rukun negara itu.
Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal cohesion’ atau kuasa dalaman
yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif
dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk
jati diri dan keperibadian rakyat.Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun
Negara mesti disemarakkan kembali melalui gagasan 1Malaysia sebagaimana yang
disarankan oleh kerajaan.

Cara yang kedua, menghormati Perlembagaan Negara. Perlembagaan negara


Malaysia ini berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang
berkuatkuasa 31 Ogos 1957, dan digubal oleh Suruhanjaya Reid. Antara lain ia menyebut
tentang pembentukan kerajaan pusat yang kuat dan berkuasa ke atas negeri-negeri,
kedudukan raja-raja Melayu, memilih dan melantik Yang di-Pertuan Agong daripada
kalangan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, wujudkan satu rupa
bangsa, menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, dan lain-lain.

Antara aspek-aspek utama dalam Perlembagaan Negara Malaysia yang dirangkumi oleh
prinsip ketiga ini adalah berkaitan dengan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, dan kedudukan agama Islam sebagai agama
rasmi Persekutuan. Sementara itu Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu di
Semenanjung dan Hak Keistimewaan Bumiputera di Sabah dan Sarawak juga
terkandung di dalam Perlembagaan Negara Malaysia.
Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi kaum bukan Bumiputera tetap juga
diberikan. Antaranya, pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia kepada mereka yang
layak, sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara itu sendiri.
Walaupun bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi, namun perkembangan bahasa-
bahasa lain adalah tidak dihalang, atau disekat. Malah bahasa Inggeris sendiri dijadikan
bahasa kedua Malaysia.
Begitu juga halnya dengan agama Islam, walaupun secara rasminya telah menjadi
agama utama, namun orang bukan Islam juga bebas untuk menganuti dan mengamalkan
agama mereka, mengikut kepercayaan agama masing-masing. Manakala hak asasi
rakyat juga dijamin dan dilindungi oleh Perlembagaan Negara Malaysia ini. Pendeknya,
tiada sesiapa pun, atau mana-mana pihak yang boleh menggangu-gugat hak asasi rakyat
di negara ini.
Sebagai undang-undang yang tertinggi sifatnya, maka Perlembagaan Negara Malaysia
mestilah dihormati, dijunjung tinggi, dan dimuliakan. Sesungguhnya, kalau Keluhuran
Perlembagaan negara Malaysia ini tercemar, bererti satu penghinaan kepada bangsa
dan negara sudah berlaku. Justeru itu, kestabilan negara juga akan tergugat sekiranya
rakyat tidak menerima dan menghormati keluruhan Perlembagaan Negara Malaysia ini.
Apa yang lebih mendukacitakan kita lagi andainya terdapat sebilangan rakyat negara ini
yang terus mempersoalkan dan mengkritik Perlembagaan Negara Malaysia ini tanpa
mengetahui langsung asal-usul dan sejarah penggubalannya. Justeru itu, menyanjung,
menjunjung tinggi, dan mendaulat serta mempertahankan Perlembagaan Negara
Malaysia adalah satu tanggungjawab yang mulia dan terpuji bagi setiap warganegara
Malaysia, tidak kira bangsa, keturunan, agama, dan kebudayaannya.
Kestabilan negara menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang
kaum, ke arah pembentukan perpaduan nasional. Ketiga-tiga prinsip ini jelas kelihatan
bertujuan supaya rakyat Malaysia bersatu-padu di bawah satu negara yang mempunyai
perpaduan kukuh, sehingga sukar diganggu-gugat oleh apa juga anasir negatif yang cuba
memecah-belahkan kita.
Sesungguhnya, apabila wujudnya perpaduan nasional, maka barulah terjamin
kesejahteraan masyarakat majmuk, dan seterusnya akan melahirkan pula sebuah
negara dan bangsa Malaysia yang bersatu, demokratik, adil, liberal, dan saintifik tanpa
mengira keturunan dan kepercayaan. Pendeknya, jelas sekali prinsip ini merupakan kunci
kepada masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ini, demi untuk memelihara serta
mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum bagi kesejahteraan rakyat dan
kemakmuran negara Malaysia itu sendiri.

Cara yang ketiga jangan membangkitkan isu sensitif kaum lain. Malaysia adalah
Negara yang berdaulat dan mempunyai masyarakat yang majmuk. Jadi sebagai
masyarakat yang harmoni, tidak salah jika menghormati antara satu sama lain. Jangan
sesekali kita membangkitkan isu sensitif sesuatu kaum. Sebagai contoh, masayarakat
India tidak suka dipanggil keling ataupun paria. Perkara tersebut akan membangkitkan
kemarahan mereka. Paria merujuk kepada kasta terbawah dalam masyarakat India.
Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam
aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor
pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya.
Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang melibatkan
perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan
Melayu, status Bumiputera, kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
sistem kuota dan perkara-perkara stereotype.
Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana
ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan
tidak berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-
diam hingga boleh membawa kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang
bakal membawa kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum. Isu-isu
perkauman dan isu-isu sensitif juga melibatkan perlakuan memperlekehkan dan
merendah-rendahkan kaum lain serta mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga
dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan,
perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang boleh ditafsirkan sebagai kecenderungan
menghasut (Akta Hasutan 1948).
Akta Hasutan telah menggariskan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum di
negara ini. Kecenderungan menghasut mencakupi perlakuan ataupun kecenderungan
melakukan sesuatu yang membawa kebencian, penghinaan atau ketidaksetiaan kepada
Raja atau kerajaan, membangkitkan perasaan rakyat untuk mendapatkan perubahan
kerajaan yang memerintah dengan cara yang tidak sah, menimbulkan perasaan tidak
puas hati di kalangan rakyat, menyebarluaskan perasaan dan niat jahat serta konflik
antara kaum, mempersoalkan dalam apa jua bentuk atau sebarang perkara berkaitan
Perkara 152, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan (Akta Hasutan 1948).
Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan
antara kaum, mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan
konflik dan perselisihan kaum dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis,
prasangka, dan hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi,
menimbulkan suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang
kaum. Kesemua elemen-elemen negatif ini akan mengganggu-gugat keharmonian
hubungan antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran
tentang kepentingan hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai
kaum agar dapat hidup dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara
agama dan budaya.
Contoh yang ketara ialah ketika kempen Pilihanraya Umum 1969.
Semasa kempen tersebut, parti-parti politik pembangkang yang bertanding telah
memainkan isu-isu yang sensitif seperti kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu,
soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi daripada orang ramai. Ini telah
menimbulkan pelbagai rasa tidak puas hati di kalangan orang-orang Melayu. Insiden ini
disusuli dengan perarakan sempena kejayaan pembangkang (DAP dan GERAKAN) yang
memenangi kerusi yang agak banyak dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga Parti
Perikatan. Orang-orang Melayu pula telah mengadakan perhimpunan susulan. Keadaan
menjadi tidak terkawal dan akhirnya tercetuslah peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Bukan itu sahaja, parti tersebut membangkitkan kemarahan orang melayu dengan
membawa penyau sebagai lambang untuk mengusir orang melayu keluar dari Tanah
Melayu. Bagi orang melayu penyapu merupakan tanda sial bagi mereka. Jadi perkara ini
juga mendorong menaikkan kemarahan orang melayu ketika itu.
Cara yang keempat, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara
kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan
dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Persis kata mutiara, “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Mereka digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan
membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran. Dengan cara itu,
ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka
menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum
dan etnik. Satu lagi cara yang dapat diambil oleh ibu bapa ialah bergaul dengan anak-
anak dalam pelbagai bahasa, misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa-
bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat
berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai
perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal
lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.

Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan


semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah
yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks
ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam
melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian Sains, persembahan maklumat, dan
sambutan-sambutan dalam sekolah. Guru-guru juga haruslah membahagikan
kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi
dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama kaum sahaja. Dalam
proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu
sensitif semasa mangajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya
sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru
perlulah bekerjasama “bagai aur dengan tebing” demi menzahirkan semangat perpaduan
di peringkat sekolah.
Di samping itu, pelajar-pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat
memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan
permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-
pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Dasar tersebut akan berkuatkuasa mulai tahun 2013. Langkah bijak tersebut
diharapkan dapat menyedari anak-anak bangsa tentang kesan akibat kurangnya
perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Antaranya, dasar pecah dan perintah
yang dilaksanakan semasa penjajahan British telah menyukarkan usaha
menyatupadukan kaum menjelang kemerdekaan negara. Pada masa yang sama, kita
tentulah tidak mengharapkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang dan menggugat kestabilan
tanah air. Oleh itu, pelajar perlu mengenali sejarah tanah air agar dapat menyemai
semangat perpaduan dalam diri individu. Ahli falsafah terkemuka, iaitu George
Santayana juga menyatakan bahawa “sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan
mengulanginya”.

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan
yang dapat mencetuskan provokasi kaum. Hal ini adalah kerana tindakan-tindakan
yang dapat membangkitkan isu perkauman dapat mengakibatkan pertelingkahan antara
kaum, seterusnya menjejaskan keamanan negara. Misalnya, Wee Meng Chee ataupun
lebih dikenali sebagai Namewee, iaitu seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan
pelajaran di Taiwan, telah menimbulkan api kemarahan rakyat Malaysia dengan karyanya
yang berjudul “Negarakuku”. Lagu “rap” yang diubahsuai daripada lagu Negaraku
berbaur unsur-unsur yang menghina Perlembagaan Negara dan dasar-dasar
pentadbiran negara. Sekiranya banyak rakyat Malaysia yang bertindak sedemikian, ke
manakah akan perginya perpaduan negara dan maruah negara? Sesungguhnya,
walaupun kita diberikan kebebasan bersuara, kita janganlah mengambil kesempatan
tersebut untuk mencetuskan isu-isu sensitif yang dapat menghancurkan keharmonian
dan kedaulatan negara.

Seterusnya, masyarakat setempat juga memainkan peranan dalam mengukuhkan


perpaduan kaum di negara ini. Mereka sewajarnya menganjurkan pelbagai aktiviti
kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan
Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Melalui
aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong dan Program Rukun Tetangga, selain daripada
menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, rakyat juga berpeluang berkomunikasi
dan menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa. Bak kata
pepatah, “serampang dua mata”. Smabutan-sambutan khas seperti Hari Keluarga dan
Kempen Bulan Kemerdekaan dalam pelbagai peringkat pula dapat membuka mata rakyat
jelata tentang adat resam dan budaya kaum lain. Program Hari Keluarga misalnya,
menawarkan rencaman jenis permainan dan aktiviti bersuka-ria yang memerlukan
perancangan teliti dan kerjasama yang erat antara ahli keluarga ataupun jiran tetangga.
Sesungguhnya, masyarakat setempat tidak ketinggalan dalam memainkan peranan yang
penting untuk melahirkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat negara.

Kerajaan pula harus memainkan tugas penting untuk menggerakkan rakyat ke arah
perpaduan yang jitu. Sebagai jentera pentadbiran negara, kerjaan perlulah berusaha
menerapkan gagasan Satu Malaysia dalam kalangan rakyat. Namun, apakah gagasan
Satu Malaysia sebenarnya? Gagasan Satu Malaysia yang diwara-warakan oleh Perdana
Menteri Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak ini bertujuan mewujudkan sebuah
negara bangsa yang merangkumi persefahaman dan perpaduan yang utuh dalam
kalangan warga Malaysia. Demi merealisasikan gagasan tersebut, kerajaan haruslah
menganjurkan pelbagai kempen untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam
kalangan rakyat. Antaranya ialah pameran kebudayaan dan warisan masyarakat
Malaysia. Langkah ini dapat menyemai persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang
kaum kerana mereka dapat mengenali dan menghayati budaya kaum lain dengan lebih
lanjut. Kempen “Cintai Bahasa Kita” perlulah digiatkan dengan lebih cergas lagi untuk
memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu. Hal ini adalah
kerana bahasa kebangsaan merupakan wahana penting yang dapat memudahkan
komunikasi antara rakyat. Kerajaan turut telah mengambil langkah menganjurkan
Program Integrasi Nasional dalam kalangan pelajar sekolah. Program tersebut
sebenarnya bertujuan untuk menerapkan semangat bersatu-padu dalam diri bakal
peneraju negara. Tuntasnya, usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan perlu
dimanfaatkan oleh rakyat dan bukannya “seperti kera mendapat bunga” agar perpaduan
dan integrasi nasional dapat diwujudkan.
Salah satu langkah untuk mengekalkan keharmonian negara dalam menyokong aspirasi
1 Malaysia ialah dengan penubuhan sekolah wawasan. Sekolah wawasan merupakan
tempat yang terbaik untuk memulakan proses integrasi antara kaum. Sekolah wawasan
menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara
langsung kerana mereka berkongsi kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan
lain di sekolah. Mereka berpeluang untuk saling mengenai dan memahami antara satu
sama lain. Dengan itu, mereka akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat
terhadap budaya, kepercayaan dan agama kaum lain. Tegasnya, sekolah wawasan
mampu memupuk persefahaman kaum dan seterusnya mempercepat integrasi nasional.

Selain itu, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga mampu
mengekalkan keharmonian rakyat serta negara. PLKN dapat merealisasikan perpaduan
nasional. Hal ini demikian, kerana aktiviti PLKN dilakukan secara berkumpulan dan
segala aktiviti yang dilaksanakan memerlukan kerjasama antara semua peserta.
Melaluinya, remaja pelbagai kaum akan ditempatkan bersama di bawah satu bumbung.
Mereka akan menjalankan aktiviti bersama-sama, berinteraksi dan bergaul mesra.
Mereka akan terdedah kepada corak hidup masyarakat majmuk Malaysia secara
mendalam. Persefahaman yang lebih erat akan memupuk perasaan kekitaan. Dengan
ini, tembok pemisah antara kaum dapat diruntuhkan disamping mengekalkan
keharmonian negara.

REFLEKSI.
Pada hemat saya, sudah tentu rakyat Malaysia tidak asing lagi dengan tema sambutan
Hari Kemerdekaan Negara ke-51, iaitu “Perpaduan Teras Kejayaan”. Jika slogan tersebut
dibaca dengan teliti, slogan tersebut sebenarnya membawa mesej bahawa masyarakat
yang hidup bersatu-padu dapat menjana kejayaan dan kecemerlangan negara. Sebagai
pembuka bicara, kita sudah sedia maklum bahawa perpaduan dan keharmonian
merupakan elemen yang sangat penting dalam mengekalkan kesejahteraan dalam
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan
dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip
mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara
ini?
Perpaduan rakyat Malaysia amat penting dalam menjadikan negara Malaysia sebagai
negara maju menjelang tahun 2020. Perpaduan masyarakat Malaysia penting bagi
mencapai hasrat Wawasan 2020. Bekas Perdana Menteri Malaysia kita, Tun Dr. Mahathir
Mohamad, telah mengemukakan Wawasan 2020 dalam persidangan pertama Majlis
Perdagangan Malaysia pada tahun 1991. Dalam ucapannya, beliau mengemukakan
perpaduan rakyat Malaysia sebagai cabaran pertama untuk membentuk sebuah negara
yang utuh. Perpaduan hanya tercapai jika rakyat kita yang terdiri daripada berbilang kaum
dan agama mempunyai perasaan kekitaan sebagai warga Malaysia. Tanpa perpaduan
kaum, kita tidak dapat membawa negara kita ke tahap kemajuan yang optimum. Oleh itu,
Wawasan 2020 akan tercapai dengan adanya semangat perpaduan dalam kalangan
rakyat Malaysia.
Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang
mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza di bawah
satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan
etnik di negara ini. Sejak merdeka sehinggalah mutakhir ini, pelbagai usaha telah
dilaksanakan yang bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Di Malaysia, penghayatan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara dalam
kalangan rakyat mampu melahirkan masyarakat Malaysia bersatu padu dalam pelbagai
aspek.
Meninjau kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, telah memberikan
penekanan kepada sistem persekolahan yang sama; bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dan kurikulum sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan. Jelaslah
bahawa sistem pendidikan ialah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam
kalangan kaum. Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara
Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai
pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan, dan hari patriotik.
Dalam situasi sekolah, memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara
kaum sangat penting. Hal ini dapat membantu menimbulkan perpaduan kaum serta
membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di
sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai
rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka,
semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan
peribadi dan moral para pelajar.
Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga buah sekolah rendah,
iaitu SK, SJK (C), dan SJK(T) dalam satu kawasan mampu membentuk pelajar yang
bertoleransi. Pelajar akan menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang,
kantin, dan perpustakaan secara bersama-sama. Pelajar sekolah rendah akan bergaul
secara langsung apabila mereka bersukan, makan di kantin, dan semasa mengadakan
hari terbuka sekolah. Oleh itu, pemupukan semangat perpaduan dapat ditanam dan
disemai pada peringkat awal usia pelajar lagi.
Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang
dilaksanakan seperti sukan, kelab, dan persatuan, dan ceramah haruslah dipergiat dan
dipertingkatkan. Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti
pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan, dan badan beruniform. Jelaslah
bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu disahut
oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah pelajar.
Sebagai intihanya, “bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi”. Usaha-usaha untuk
mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini memerlukan sinergi dan dedikasi yang tidak
berbelah bahagi oleh oleh semua pihak, “seperti isi dengan kuku”. Janganlah
mengizinkan sejarah hitam akibat kurangnya persefahaman dalam kalangan masyarakat
seperti peristiwa 13 Mei 1969 berulang di negara ini. Bak kata mutiara, “bersatu teguh,
bercerai roboh”. Oleh itu, marilah kita bergabung idea dan tenaga yang dihiaskan dengan
sikap toleransi dan persefahaman yang kukuh demi mewujudkan integrasi nasional.
Mulakanlah inisiatif-inisiatif tersebut ke arah Wawasan 2020 kerana “perjalanan seribu
batu bermula dengan langkah pertama”. Majulah bangsa demi negara!

You might also like