You are on page 1of 33

Penulisan Esei AE025

1.0 PENGENALAN

1.1 Komponen Perbelanjaan Agregat(AE) dan Penawaran Agregat(AS)

Dalam sesebuah ekonomi dua sektor, kerajaan dan negara asing tidak wujud,
aktiviti ekonomi dijalankan oleh isi rumah dan firma sahaja. Dalam ekonomi tiga
sektor, negara asing tidak wujud, aktiviti ekonomi dijalankan oleh isi rumah, firma
dan kerajaan.

Kedua-dua ekonomi itu dikenali sebagai ekonomi tetutup kerana ekonomi


tersebut tidak mempunyai hubungan ekonomi dengan negara asing, iaitu tidak
menjalankan perdagangan antarabangsa.

Perbelanjaan agregat (AE) merujuk kepada jumlah pembayaran yang dilakukan


oleh semua pelaku ekonomi dalam aliran pusingan pendapatan. Komponen
perbelanjaan agregat (AE) dalam ekonomi dua sektor ialah C (perbelanjaan isi
rumah), I (pelaburan oleh firma) dan G (perbelanjaan oleh kerajaan).

1. Perbelanjaan Penggunaan (C )

Perbelanjaan Penggunaan merupakan nilai perbelanjaan isi rumah terhadap barang dan
perkhidmatan.Dalam ekonomi tiga sektor,perbelanjaan penggunaan ialah perbezaan
antara pendapatan negara dengan tabungan dan cukai (C=Y-S-T).

2. Pelaburan(I)

Pelaburan merupakan perbelanjaan firma terhadap barang modal untuk menghasilkan


barang dan perkhidmatan.
3. Perbelanjaan Kerajaan(G)

Kerajaan berperanan melakukan perbelanjaan (perbelanjaan megurus dan


perbelanjaan pembangunan) dan mengutip cukai daripada pihak isirumah dan firma.

Perbelanjaan mengurus ialah perbelanjaan untuk membayar pendapatan kepada faktor


isirumah seperti gaji kakitangan awam.Perbelanjaan pembangunan ialah pembayaran
kepada sektor firma terhadap pelaburan awam yang dilakukan seperti membina sekolah
dan jalan raya.

Fungsi perbelanjaan kerajaan menunjukkan hubungan antara perbelanjaan kerajaan


dengan tingkat pendapatan negara.Keluk fungsi perbelanjaan kerajaan (G) berbentuk
anjal sempurna kerana pendapatan negara tidak mempengaruhi perbelanjaan
kerajaan.Sekiranya perbelanjaan kerajaan tidak dipengaruhi oleh pendapatan negara,ia
dinamakan sebagai perbelanjaan kerajaan autonomi.

Perbelanjaan Kerajaan (G)


Pendapatan Negara(Y)
1.2 Syarat umum keseimbangan pendapatan negara berdasarkan pendekatan
AE-AS.

Keseimbangan pendapatan negara ekonomi dua sektor

Keseimbangan pendapatan negara ekonomi dua sektor dapat ditentukan dengan dua
pendekatan iaitu:

A. )Pendekatan penawaran agregat dan perbelanjaan agregat

B. )Pendekatan suntikan dan bocoran

Pendekatan penawaran agregat dan perbelanjaan agregat

Dalam ekonomi yang tidak melakukan perdagangan antarabangsa,penawaran agregat


dalam ekonomi hanyalah meliputi barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan
dalam ekonomi itu sendiri.Teori Keynes(Teori moden mikroekonomi) menegaskan
perbelanjaan agregat sebagai faktor utama menentukan tingkat pendapatan negara
sesebuah ekonomi.Mengikut Keynes,perbelanjaan agregat yang menentukan
penawaran agregat sesebuah ekonomi.Keseimbangan pendapatan negara akan tercapai
apabila penawaran agregat sama dengan perbelanjaaan agregat atau AS=AE iaitu:

Y=AE
Oleh kerana

AE=C+I

Oleh itu,

Y=C+I

Tingkat pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor adalah tidak seimbang sekiranya,

A. ) Penawaran agregat > perbelanjaan agregat (Y>C+I) atau

B. )Penawaran agregat < perbelanjaan agregat (Y<C+I).


2.0 Jelaskan proses keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor dengan
menggunakan pendekatan penawaran agregat dan perbelanjaan agregat (AS-AE).

2.1 Keseimbangan ekonomi tiga sektor

Keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi tiga sektor dapat dicapai

Melalui pendekatan utama iaitu pendekatan perbelanjaan (permintaan)agregat-


penawaran agregat (AS=AD @ AS=AE) dan pendekatan bocoran-suntikan
(S+T=I+G).Dalam keseimbangan ekonomi tiga sektor, perbelanjaan agregat (AE)
terdiri daripada penggunaan isi rumah (C), pelaburan firma (I), dan perbelanjaan
kerajaan (G).

AE = C + I + G

Fungsi perbelanjaan agregat menunjukkan hubungan antara pendapatan negara


dengan perbelanjaan agregat.

Semakin tinggi pendapatan negara, semakin banyak perbelanjaan agregat


dilakukan.

Oleh itu, fungsi perbelanjaan agregat AE mencerun ke atas dari kiri ke kanan.
Keseimbangan ekonomi tiga sektor tercapai apabila pendapatan negara (Y) dan
dengan (AE), iaitu

Y=C+I+G
Perbelanjaan Agregat
Y=AE

C+I+G
L
E
J
M

Pendapatan Negara
Y1 Y2 Y3
1. Rajah di atas menunjukkan keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor
apabila garis Y = AE bersilang dengan fungsi perbelanjaan agregat.

2. Titik E merupakan titik keseimbangan kerana pendapatan negara sama dengan


perbelanjaan agregat iaitu :

Y=C+I

3. Tingkat keseimbangan pendapatan negara tercapai pada Y.

Terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan tingkat keseimbangan
pendapatan negara bagi ekonomi tiga sektor iaitu kaedah jadual,pengiraan dan
rajah(keluk).

Kaedah Jadual

Pendekatan Agregat

Andaian:

1. Penggunaan autonomi ialah RM10 000

2. Mengguna sut bernilai 0.80

3. Pelaburan swasta adalah tetap,iaitu RM2000

4. Cukai lump sum ialah RM6500 pada setiap tingkat pendapatan negara

5. Perbelanjaan kerajaan adalah tetap sebanyak RM5000

Pendapatan Penggunaan Pelaburan(I) Perbelanjaan Perbelanjaan


Negara (Y) Kerajaan (G) agregat (AE)
(C)
(C+I+G)

0 4800 2000 5000 11800


14750 16600 2000 5000 23600

29500 28400 2000 5000 35400

44250 40200 2000 5000 47200

59000 52000 2000 5000 59000

73750 63800 2000 5000 70800

88500 75600 2000 5000 82600

1. lajur 1 pada gambarajah diatas merupakan pendapatan negara,lajur 2 pula


menunjukkan penggunaan selepas cukai lump-sum,lajur 3 dan lajur 4 menunjukkan
pelaburan dan perbelanjaan kerajaan.

2. Dalam ekonomi tiga sektor,perbelanjaan agregat(AE) terdiri daripada perbelanjaan


penggunaan selepas cukai,pelaburan dan perbelanjaan kerajaan.Jadi lajur diperolehi
dengan menjumlahkan lajur 2,3 dan 4.

3. Daripada jadual,tingkat keseimbangan negara ialah sebanyak RM59000 dimana


pada masa tersebut pendapatan negara dan perbelanjaan agregat adalah sama.

Kaedah Pengiraan (Persamaan)

Melalui kaedah pengiraan,keseimbangan pendapatan negara boleh dicapai melalui


kedua-dua pendekatan keseimbangan iaitu pendekatan agregat.

Katakan:C=10000+0.80Yd

S=-10000+0.20Yd

I=2000

G=5000
T=6500

Pendekatan Agregat

Keseimbagan pendapatan negara dicapai apabila

AS=AE

Y=C+I+G

Y=a+bYd+I+G

Y=a+b(Y-T)+I+G

Y=10000+0.80(Y-6500)+2000+5000

Y=10000+0.80Y-5200+2000+5000

Y=11800+0.80Y

0.20Y=11800

Y=RM59000

Kaedah rajah(keluk)
Rajah Pendekatan Agregat

Y=AE
AE

AE=11800 + 0.80Y

Y
10000

59000

Berdasarkan rajah pedekatan agregat,garisan Y=AE menunjukkan bahawa setiap titk


pada garis tersebut menunjukkan nilai penawaran.
2.2 Kesan perubahan perbelanjaan kerajaan (G) dan cukai sekali gus (T)
terhadap keseimbangan pendapatan negara.

Kesan perubahan perbelanjaan kerajaan

1. Pertambahan perbelanjaan kerajaan akan menambahkan pendapatan negara melalui


proses pengganda.

2. Kesan perubahan perbelanjaan kerajaan terhadap keseimbangan pendapatan negara


dapat diterangkan melalui rajah di bawah.

AE
Y=AE

AE2 =C+I+G+ G
M

AE0 =C+I+G
L
AE1=C+I+G+ G
K
Y
Y1 Y0 Y2

A. ) Pertambahan perbelanjaan kerajaan

Pendekatan AE=Y

1. ) Pada rajah di atas,L ialah titik keseimbangan pendapatan negara asal.Pada titik
ini,pendapatan negara=perbelanjaan agregat ,iaitu Y=C+I+G.Titik L menentukan
keseimbangan pendapatan negara asal pada Y0.

2. )Peningkatan perbelanjaan kerajaan sebanyak + G memindahkan fungsi


perbelanjaan agregat ke atas secara selari dari AE0 ke AE2.Titik keseimbangan
pendapatan negara berpindah dari L ke M supaya Y=C+I+G+ G.

3. )Pada tingkat pendapatan asal Y0,wujud lebihan perbelanjaan agregat dan perubahan
stok menjadi negatif.Fima akan menambahkan keluaran,menyebabkan pendapatan
negara bertambah.Proses ini akan berterusan sehingga pendapatan negara sama dengan
perbelanjaan agregat,iaitu Y=C+I+G+ G pada titik M.

4. Kesannya,keseimbangan pendapatan negara meningkat berkali ganda kepada Y2


dengan nilai pengganda M= Y.

B. )Pengurangan perbelanjaan kerajaan

1. )Pada rajah di atas,titik keseimbangan pendapatan negara asal tercapai pada titik L
apabila pendapatan negara=perbelanjaan agregat,iaitu Y=C+I+G,menentukan
keseimbangan pendapatan negara asal Y0.
2. )Pengurangan perbelanjaan kerajaan sebanyak - G mengurangkan perbelanjaan
agregat,maka fungsi perbelanjaan agregat berpindah ke bawah secara selari dari AE0 ke
AE1.

3. )Pada tingkat pendapatan asal Y0,wujud kurangan perbelanjaan agregat dan


perubahan stok menjadi positif.Firma akan mengurangkan keluaran,menyebabkan
pendapatan negara sama dengan perbelanjaan agregat,iaitu Y=C+I+G- G pada titik K.

4. )Kesannya,keseimbangan pendapatan negara menurun berkali ganda kepada Y1


dengan nilai pengganda M= Y .

G
Kesan perubahan cukai sekali gus

1. Cukai sekali gus adalah bocoran dalam ekonomi tiga sektor.

2. Pertambahan cukai sekali gus akan mengurangkan keseimbangan pendapatan


negara.

3. Sebaliknya,pengurangan cukai sekali gus menambahkan keseimbangan pendapatan


negara.

4. Kesan perubahan pungutan cukai sekali gus terhadap keseimbangan pendapatan


negara dapat diterangkan melalui rajah di bawah.

AE Y=AE

AE2=C+I+G+ C
M
AE0=C+I+G

L
AE1=C+I+G- C

Y
Y1 Y0 Y2

1. )Pada rajah di bawah , L ialah titik keseimbangan pendapatan negara asal apabila
pendapatan negara=perbelanjaan agregat,iaitu Y=C+I+G.Tingkat keseimbangan
pendapatan negara asal ditentukan pada Y0.

2. )Pertambahan cukai sekali gus sebanyak + T mengurangkan penggunaan


sebanyak - C.Seterusnya,memindahkan fungsi perbelanjaan agregat ke bawah
secara selari dari AE0 ke AE1.Pada tingkat pendapatan asal Y0,wujud kurangan
perbelanjaan agregat,maka perubahan stok menjadi positif.Firma akan mengurangkan
keluaran,menyebabkan pendapatan negara berkurang.Proses ini akan berterusan
sehingga pendapatan negara sama dengan perbelanjaan agregat,iaitu Y=C+I+G- C
pada titik K.Kesannya,keseimbangan pendapatan negara menurun berkali ganda
kepada Y1 dengan nilai pengganda M= Y .

3.) Pengurangan cukai sekali gus sebanyak - T menambahkan penggunaan sebanyak


+ C.Seterusnya,memindahkan fungsi perbelanjaan agregat ke atas secara selari dari
AE0 ke AE2.Pada tingkat pendapatan asal Y0,wujud lebihan perbelanjaan agregat,maka
perubahan stok menjadi negatif.Firma akan menambahkan keluaran,menyebabkan
negara bertambah.Proses ini akan berterusan sehingga pendapatan negara sama dengan
perbelanjaan agregat,iaitu Y=C+I+G+ C pada titik M.Kesannya,keseimbangan
pendapatan negara menurun berkali ganda kepada Y2 melalui proses pengganda.
2.3 Kesan pengganda perbelanjaan kerajaan dan cukai terhadap lompang inflasi
dan lompang deflasi.

Lompang Deflasi

Lompang deflasi merujuk kepada perbelanjaan agregat (AE) yang tidak mencukupi
untuk mencapai ekonomi pada tingkat perbelanjaan agregat guna tenaga penuh (AEf).

Perbelanjaan agregat

Y=AE

AE1=C+I+G1
L
AE=C+I+G

E D

Pendapatan Negara

Yc Yf

Pendekatan Agregat

1. )Pada rajah di atas,Ye ialah tingkat keseimbangan pendapatan negara ketika


Y=C+I+G,manakala Yf ialah tingkat pendapatan gun atenaga penuh.

2. )Ye < Yf menunjukkkan bahawa keseimbangan pendapatan negara yang tercapai


adalah kurang daripada tingkat pendapatan guna tenaga penuh.

3. )Hal ini menunjukkan faktor - faktor pengeluaran tidak digunakan dengan


sepenuhnya,maka masalah pengangguran berlaku.

4. )Pada Yf,perbelanjaan agregat DYf < pendpatan negara LYf dengan saiz sebesar
LD.LD dikenali sebagai lompang deflasi.
5. )Jarak YeYf dikenali sebagai jurang KNK.Jurang KNK wujud apabila keluaran
negara sebenar tidak mencapai guna tenaga penuh.
A. )Menurunkan cukai ( T)

1. )Penurunan cukai sekali gus T sebesar Jurang KNK .

Pengganda cukai

Dengan pengganda cukai = -MPC .

MPS

2. )Penurunan cukai sekali gus T akan menambahkan penggunaan C sebesar


MPC × T.

Pertambahan penggunaan C sebesar MPC × T boleh menutup lompang deflasi.

Atau T=Lompang Deflasi .

-MPC

3. )Penurunan cukai meningkatkan pendapatan boleh guna


masyarakat,penggunaan,perbelanjaan agregat serta permintaan agregat.Kesannya,
KDNK benar dan peluang pekerjaan betambah dan akhirnya pengangguran berkurang.

4. )Penurunan cukai juga meningkatkan keuntungan syarikat selepas cukai,seterusnya


meningkatkan pelaburan,perbelanjaan agregat,dan permintaan agregat.Kesannya,
KDNK benar dan peluang pekerjaan bertambah dan akhirnya pengangguran berkurang.

B. )Meningkatkan perbelanjaan kerajaan( G)

1. )Peningkatan perbelanjaan kerajaan sebesar lompang deflasi.


G=Lompang Deflasi

Atau lompang deflasi ( G)= Jurang KNK .

Pengganda perbelanjaan kerajaaan

1
Dengan jurang KNK=Yf- Ye,Pengganda perbelajaan kerajaan =

1-MPC
2. )Peningkatan perbelanjaan kerajaan meningkatkan perbelajaan agregat dan
permintaan agregat.Kesannya,KDNK benar dan guna tenaga
meningkat.Akhirnya,pengangguran berkurang.

Lompang Inflasi

Lompang inflasi merujuk kepada perbelanjaan agregat yang melebihi pendapatan


negara pada tingkat guna tenaga penuh.

Y=AE
Perbelajaan Agregat

AE=C+I+G
E
L

I
Pendapatan Negara
Y1 Y0

Pendekatan AE=Y

1. )Dalam rajah di atas,Ye ialah tingkat keseimbangan pendapatan negara ketika


Y=C+I+G,manakala Yf ialah tingkat pendapatan guna tenaga penuh.

2. )Ye > Yf, menunjukkan bahawa keseimbangan pendapatan negara yang tercapai
adalah lebih tinggi daripada tingkat pendapatan guna tenaga penuh .

3. )Oleh sebab ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh,jumlah keluaran tidak
boleh ditambah unutk memenuhi lebihan perbelanjaan agregat.

4. )Maka,tingkat harga umum naik secara berterusan dan menimbulkan masalah inflasi.
5. )Pada Yf,perbelanjaan agregat LYf > pendapatan negara IYf dnegan saiz sebesar
LI.LI dikenali sebagai lompang inflasi.

A. )Menaikkan cukai ( T)

1. )Penurunan cukai sekali gus T sebesar Yf-- Ye .

Pengganda cukai

Dengan pengganda cukai = -MPC .

MPS

2. )Kenaikkan cukai sekali gus T akan mengurangkan penggunaan C sebesar


MPC × T.

Pengurangan penggunaan C sebesar MPC × T boleh menutup lompang inflasi.

Atau T=Lompang Inflasi .

-MPC

3. )Kenaikkan cukai menurunkan pendapatan boleh guna


masyarakat,penggunaan,perbelanjaan agregat serta permintaan agregat.Kesannya,
KDNK benar dan harga umum menurun dan akhirnya inflasi diatas.
4. )Kenaikan cukai juga mengurangkan keuntungan syarikat selepas cukai,seterusnya
mengurangkan pelaburan,perbelanjaan agregat,dan permintaan agregat.Kesannya,
KDNK benar dan harga umum menurun dan akhirnya inflasi diatas.

3.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi proses keseimbangan dengan meggunakan


pendekatan permintaan agregat dan penawaran agregat(AD-AS).

3.1 Definisi Permintaan Agregat (AD)

Keluk permintaan agregat(AD) menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan


keluaran negara benar yang diminta oleh pengguna.Hubungan itu digambarkan oleh
keluk permintaan agregat di bawah.

3.2 Bentuk keluk AD

Harga Umum

AD

E1

E0
P1

P0

Keluaran Negara Benar

Y1 Y0

Titik keseimbangan ekonomi asal dititik E0 menunjukkan hubungan antara tingkat


harga asal P0 dengan keluaran negara benar asal Y0.Pada harga P1 titik keseimbangan
yang baru dititik E1.Bila titik E0 dan E1 disambung,terbentuklah keluk permintaan
agregat(AD).

Keluk AD berbentuk mencerun ke bawah dari kiri ke kanan bermakna semakin tinggi
harga,semakin sedikit barang dibeli oleh para pengguna dan sebaliknya.

3.3 Faktor-faktor mempengaruhi Peralihan Keluk Permintaan Agregat.

A. )Perubahan Komponen AE(C,I,G,Xn atau X-M)

B. )Perubahan Bekalan Wang


A. )Perubahan Komponen AE

Pertamabahan komponen AE(iaitu C,I,G,X atau Xn) akan menyebabkan peralihan kelu
AD ke kanan.Sebaliknya,pengurangan komponen AE akan menyebabkan peralihan
keluk AD ke kiri.

B. )Perubahan Bekalan Wang

Pertambahan bekalan wang oleh bank pusat semasa kemelesetan ekonomi


menyebabkan peralihan keluk AD ke kanan.Sebaliknya,pengurangan bekalan wang
oleh bank pusat semasa inflasi menyebabkan peralihan keluk AD ke kiri.
Kesan Perubahan Permintaan Agregat terhadap Keseimbangan AD-AS

P AS0

E1
P1

P0
E0

Y0 Y1

1. )Keseimbangan asal tercapai pada E0 apabila AD0=AS0,dengan pendapatan negara


asal Y0 dan harga umum asal P0.

2. )Pertambahan Permintaan agregat mengalihkan keluk permintaan agregat ke kanan


dari AD0 ke AD1 apabila keadaan yang berikut berlaku:

a. )Penggunaan bertambah/tabungan berkurang

b. )Kadar bunga menurun/pelaburan bertambah

c. )Perbelanjaan kerajaan bertambah

d. )Cukai dikurangkan

e. )Eksport bertambah/import berkurang/eksport bersih bertambah

f. )Bekalan wang bertambah/dasar kewangan mengembang dilaksanakan

g. )Dasar fisikal mengembang/belanjawan lebihan dilaksanakan


3. ) Pada harga umum asal P0,wujud lebihan permintaan agregat.Kesannya,harga
umum naik,maka firma menambahkan output,meyebabkan pendapatan negara
meingkat.

4. )Setakat mana keluaran negara benar naik dan harga umum naik bergantung pada
kecerunan keluk AS.

5. )Keadaan sebaliknya juga benar apabila permintaan agregat berkurang.

6. )Rajah di atas,menunjukkan bahawa pertambahan permintaan agregat yang


memindahkan keluk AD ke atas dari AD0 AD1 menyebabkan harga umum naik
daripada P0 kepada P1 dan pendapatan negara naik daripada Y0 kepada Y1.Keadaan
ini dinamakan inflasi.

7. )Sebaliknya,pengurangan permintaan agregat yang memindahkan keluk AD ke


bawah dari AD1 ke AD0 menyebabkan harga umum turun daripada P1 kepada P0 dan
pendapatan negara turun daripada Y1 kepada Y0.Keadaan ini dinamakan kemelesetan
ekonomi/deflasi.
3.4 Definisi Penawaran Agregat (AS)

Keluk penawaran agregat(AS) menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan


keluaran negara benar yang ditawarkan oleh pengeluar.

3.5 Bentuk keluk AS

Harga Umum

AS

P1
P0

Keluaran Negara

Y1 Y0 Benar

Keluk AS berbentuk menaik ke atas dari kiri ke kanan,bermakna semakin tinggi


harga,maka semakin banyak barang yang ditawar oleh para pengeluar.

Keluk AS berbentuk sedemikian disebabkan oleh :-

a. )Hukum Pulangan berkurangan

Hukum ini menyatakan bahawa semakin banyak buruh digunakan ,maka semakin
berkurang keluaran buruh yang berikut.Dengan andaian upah buruh adalah
sama,keluaran sut yang merosot akan menaikan kos sut pengeluaran.Penawaran KNB
yang lebih banyak hanya boleh berlaku apabila harga naik.

b. )Keluk penawaran buruh menaik ke kanan

Ini bermakna semakin banyak buruh digunakan maka semakin tinggi upah per unit
buruh mesti dibayar.Kos susut akan naik akibat daripada kenaikan upah apabila
keluaran negara benar naik.Pertambahan KNB hanya boleh terjadi apabila harga naik.

3.6 Faktor-faktor mempengaruhi Peralihan Keluk Penawaran Agregat

A. )Perubahan harga input

B. )Perubahan kos buruh


C. )Perubahan teknologi

D. )Perubahan harga barang/sumber

A. )Perubahan harga input

Kenaikkan kos pengeluaran akibat daripada kenaikkan harga input seperti upah
buruh,sewa kilang,kos bahan api, dan kos bahan mentah menyebabkan para firma
mengurangkan penawaran,masing-masing.

B. )Perubahan kos buruh

Peningkatan kemahiran buruh melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan


meningkatkan produktiviti buruh dan meningkatkan kos buruh.Kesannya, penawaran
agregat meningkat, menyebabkan keluk AS beralih ke kanan.

C. )Perubahan teknologi

Kemajuan teknologi ,misalnya penciptaan mesin yang lebih cekap meninggikan


produktiviti pengeluaran dan menambahkan kuantiti keluaran.Kesannya,penawaran
agregat meningkat dan keluk AS berlaih ke kanan.Keadaan sebaliknya juga benar.

D. )Perubahan sumber

Pertambahan sumber ekonomi,misalnya penghijrahan burh mahir dari luar negeri


meningkatkan penawaran agregat tempatan dan mengalihkan keluk AS ke
kanan .Keadaan sebaliknya juga benar.
Kesan Perubahan Penawaran Agregat terhadap Keseimbangan As-AD
AS0
AS1
P

E.
E0
P0 E1

P1

AD0

Y
Y0 Y1 0

1. )Keseimbangan asal tercapai pada E0 apabila AD0=AS0 dengan pendapatan negara


asal Y0 dan harga umum asal P0.

2. )Pertambahan penawaran agregat mengalihkan keluk penawaran agregat ke kanan


dari AS0 ke AS1 apabila keadaan yang berikut berlaku:

a. )Penurunan kos pengeluaran

b. )Kemajuan Teknologi

c. )Peningkatan kemahiran buruh

d. )Penemuan sumber ekonomi baru

e. )Pertambahan galakan kerajaan

f. )kejayaan R dan D menambahkan keluaran

3. )Pada harga umum asal P0,wujud lebihan penawaran agregat ,menyebabkan harga
umum turun.Pada masa yang sama,pertambahan penawaran agregat firma
menyebabkan pendapatan negara meningkat.
4. )Setakat mana pendapatan negara naik dan harga umum turun bergantung pada
kecerunan keluk AD.

5. )Keadaan sebaliknya juga benar apabila penawaran agregat berkurang.

6. )Rajah di atas,menunjukkan bahawa pertambahan penawaran agregat yang


memindahkan keluk AS ke kanan dari AS0 ke AS1 menyebabkan harga umum turun
daripada P0 kepada P1 tetapi pendapatan negara naik daripada Y0 ke Y1.Keadaan ini
dinamakan pertumbuhan ekonomi.

7. )Sebaliknya,Pengurangan penawaran agregat yang memindahkan keluk AS ke kiri


dari AS1 ke AS0 menyebabkan harga umum naik daripada P1 kepada P0 tetapi
pendapatan negara turun daripada Y1 kepada Y0.Keadaan ini dinamakan stagflasi.

You might also like