You are on page 1of 5

Pakaian tradisional Orang Melayu

Pakaian tradisional bagi orang melayu masih mempamerkan sehingga kini lahir

daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang terdahulu melalui proses ubah

ansur.Proses ini bukan sahaja berlaku akibat peradaban awal daripada pedagang

India,Cina,Arab dan Eropah.Unsur-unsur tamadun dari timur dan barat ini diolah dan

digabungkan menjadi satu budaya yang beraneka rupa serta indah dan unik.

Sejarah Baju Kurung

Pengertian kurung bermaksud “mengurung atau menutup anggota tubuh si

pemakaiannya”.Asalnya, baju kurung telah dipakai oleh pelbagai etnik di wilayah

Nusantara.Berdasarkan Archjadi(1976),baju kurung telah diperkenalkan di Indonesia oleh

pedagang lslam dan India.Menurutnya,baju kurung dipercayai telah menerima pengaruh timur

tengah dari segi potongan seperti rupa bentuk dan reka bentuk.Baju kurung tradisional

berkeadaan longgar ,bertangan panjang , dan berpesak serta kembang di bahagian bawah.Rupa

bentuk lurus seperti jubah dan telah dipengaruhi oleh pakaian longgar orang Arab.Reka bentuk

leher juga sama seperti jubah.Baju kurung pada asalnya labuh sampai ke bawah lulut. Baju ini

dipakai dengan kain batik. Masa ketika dahulu,baju kurung dipendekkan sehingga ke paras

atas lutut .Sekarang ,baju telah dilabuhkan semula sehingga ke bawah lutut.Baju kurung

biasanya dibuat daripada kain yang tidak bercorak .Baju kurung juga diperbuat daripada

pelbagai jenis kain termasuk kain songket.Baju kurung dipercayai mula dipakai di Johor ketika

era pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar pada tahun 1800 di Teluk

Belanga ,Singapura . Menurut Mattiebelier Gettinger,seorang pengkaji budaya berpendapat

bahawa baju kurung telah dipakai oleh penari-penari di Palembang seterusnya popular di

Sumantera pada abad ke-20,manakala baju kurung untuk kaum melayu telah dikesan
penggunaannya sejak zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444),iaitu lebih

kurang 700 tahun lalu.

Rajah 1: Contoh pakaian tradisional orang melayu

Ciri - ciri Pakaian Tradisional Melayu

Untuk kaum wanita,terdapat 7 jenis pakaian tradisional yang popular untuk dipakai

iaitu: Baju Kurung Teluk Belanga,Baju belah,Baju kurung Cekak Musang,Baju Kedah,Baju

kebaya labuh,Baju Kebaya Pendek dan Baju Pahang.Pakaian tradisional yang akan dibincang

ialah Baju Kurung Tradisional,Baju kurung Teluk Belanga ,Baju Kurung Cekak Musang dan

Baju Kurung Kedah.

Sekarang Baju Kurung yang dipakai di Malaysia adalah datang daripada negeri Johor

yang mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti sambungan kelim atau sambungan bahagian badan

dijahit mesin dan dikemas dengan jahit sembat.Leher baju ini yang berbentuk bulat dan

berbelah sehingga atas paras dada dan dikemas dengan jahitan tulang belut.Baju kurung ialah

berlengan panjang dan labuh sehingga di bawah paras lutut.Baju kurung dikategori sebagai

pakaian yang longgar , berlengan panjang berkekek dan berpesak serta kembang di bahagian

bawah .Mulanya, baju kurung ialah sejenis pakaian yang dipakai oleh kaum lelaki dan

wanita.Beberapa abad kemudian,panggilan untuk baju wanita masih dikekalkan dengan nama

baju kurung ,manakala panggilan untuk baju lelaki telah ditukar sebagai baju melayu. Menurut

Haziyah (2009), hanya ciri dan bentuk sahaja yang membezakan kedua-dua jenis baju ini.
Ciri- ciri Baju Kurung Cekak Musang dan Baju Kurung Teluk Belanga

Potongan antara Baju Kurung Cekak Musang dan Baju Kurung Teluk Belanga adalah

sama dan perbezaan hanya di bahagian leher sahaja yang dibuat kolar selebar dua jari dan

perhiasan di kepala.Untuk leher Baju Kurung Cekak Musang adalah pemakaian di bawah

kancing mempunyai di dadanya.Leher ditutup rapat dengan memakai dua kancing atau butang

di bawah kolarnya.Pemakaian diperindahkan dengan sanggul lintang sebagai perhiasan di

kepala.Baju kurung Cekak Musang telah diperkenalkan pada tahun 1930-an.Potangan baju ini

berpesak di rusuk.Kaki baju ini berkembang seperti Baju Kurung Teluk Belanga.Pada masa

dahulu, baju ini dihasilkan dihasilkan daripada kain baldu dan amat menarik jika dipadankan

dengan kain songket. Baju ini sesuai dipakai untuk majlis -majlis keraian Pada abad ke-20,

Baju Kurung Cekak Musang hanya boleh dipakai oleh golongan diraja dengan menggunakan

5 atau 7 butir kancing pada lehernya.Menurut Azah Aziz (1990), hanya pada tahun berikutnya

pakaian ini dipakai oleh oring biasanya khas untuk semasa perkahwinan oleh pengantin

perempuan.

Rajah 1: Contoh Baju Kurung Teluk Belanga


Rajah 2: Contoh Baju Kurung Cekak Musang

Ciri-ciri Baju Kurung Kedah

Pada asalnya,Baju Kurung Kedah adalah pakaian yang sering dipakai sebagai baju

seharian sebagai baju seharian dan kini telah dipakai oleh wanita di negeri-negeri utara

Semenanjung Malaysia malah di seluruh Malaysia.Pakaian ini juga dipakai di negara lain

seperti di Thailanf dan Sri Lanka.Baju Kurung Kedah dikatakan telah wujud sejak zaman

perintahan Sultan Ahmad Tajuddin (1803) .Pada zaman itu, Baju Kurung ini dipakai untuk

menghadap raja dan dilarang sama sekali orang baisa memakainya kerana pakaian ini hanya

dikhaskan untuk oaring-orang besar dan golongan bangsawan sahaja.Labuh baju ini hingga ke

paras punggung dan lengannya lebar dan panjang setakat tiga suku lengan.Leher baju

berbentuk tunik iaitu bulat dan bulat dan terbuka sedikit di bahagian hadapan dan menpunyai

alas leher yang leher yang lebar. Belahan di bahagian leher agak leber dan biasanya kancing

baju tidak digunakan.Terdapat dua jenis potongan leher iaitu leher bulat dan bujur sirih.Leher

jenis bujur sirih adalah sesuai bagi inidividu yang menpunyai leher yang besar.Baju ini dibuat
pendek dan ringkas menyebabkan sering dipakai sebagai pakaian basahan untuk menbuat kerja

rumah ,kerja bersawah dan sebagainya.Baju Kedah biasanya diperbuat daripada kain kaps yang

berbunga renek.Baju ini dibuat daripada kain nipis dan kain yang dipadankan dengan Baju

Kedah ialah kain pelekat atau kain batik.

Rajah 3 :Contoh Baju Kurung Kedah

You might also like