You are on page 1of 4

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BADMINTON MSSK ZON

SELATAN SEGAMAT
LELAKI DAN PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN 2020

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan
Badminton Malaysia (BAM) dan Undang-Undang Badminton
Antarabangsa(BWF) dan Peraturan-Peraturan AM MSSM/MSSJ.

2. JENIS PERTANDINGAN
2.1 Perseorangan lelaki dan perempuan.

3. PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Setiap zon dibenarkan mendaftar maksimum 4 orang pemain yang berbakat
bagi setiap kategori.
3.2 Setiap pemain hendaklah didaftar menggunakan Borang Pendaftaran yang
disertakan.
3.3 Setiap pemain dikehendaki melampirkan satu salinan Surat Beranak yang
telah disahkan.
3.5 Pemain-pemain dikehendaki melaporkan diri kepada Refri Kehormat 15 minit
sebelum perlawanan dimulakan.

4. SISTEM PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan ini diadakan secara KALAH MATI
4.1.1 Perseorangan lelaki dan perempuan – 21 mata penentuan.
*Kedua-dua pihak hendaklah bertanding dalam 21 mata 1 game. Pemain akan
bertukar gelanggang untuk SET 2.
4.1.2 Sekiranya permainan berada pada kedudukan 20-20 sama, mata tambahan
akan dimainkan. Pemain yang dapat mendahului 2 mata atau mendapat mata ke-
30 dikira sebagai pemenang.

5. HADIAH
5.1 Hadiah akan diberikan kepada pemenang tempat Pertama, Kedua, Ketiga
dan Keempat bagi setiap kategori.

6. PAKAIAN / ALATAN
6.1 Jenis bulu tangkis akan ditentukan oleh pihak Jawatankuasa
Teknik/Penganjur MSSK Selatan
6.2 Pakaian sukan dan kasut sukan berwarna boleh digunakan. Seluar pendek
dan t-shirt yang mengandungi gambar dilarang sama sekali. Pakaian tanpa
lengan tidak dibenarkan.
6.3 Pemain yang memakai selipar atau sandel dilarang memanaskan badan di
dalam gelanggang.
6.4 Semasa mengambil hadiah hendaklah berpakaian sukan
lengkap.Selipar dan topi tidak dibenarkan.
6.5 Tidak dibenarkan memakai baju yang mempunyai nama/logo kelab, daerah
dan negeri.

7.YURAN KEJOHANAN
7.1 Setiap kategori membawa 1 tube shuttlecock.
7.2 Tiada bayaran akan dikutip.

8. MENERIMA NASIHAT JURULATIH


8.1 Pemain boleh menerima nasihat jurulatih semasa berhenti rehat pada mata
ke-11 dan sewaktu pertukaran gelanggang.
8.2 Sebarang tunjuk ajar atau isyarat dari luar gelanggang (sidecoaching)
sama ada dari jurulatih, pengurus pasukan atau sesiapa sahaja adalah dilarang
sama sekali.

9. PENGGUNAAN GELANGGANG
9.1 Gelanggang boleh digunakan untuk tujuan memanaskan badan. Gelanggang
hendaklah dikosongkan 10 minit sebelum pertandingan dimulakan.

10. KELEWATAN
10.1 Sekiranya pengumuman telah dibuat untuk panggilan kali ketiga pemain
lawan boleh diberikan kemenangan percuma.

11. BANTAHAN
11.1 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut undang-undang dan
Peraturan Am MSS Johor.
11.2 Mengikut Peraturan Am (13) MSSM – bantahan bertulis hendaklah
diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan atau
wakilnya tidak lewat 30 minit selepas tamat perlawanan serta wang
pertaruhan sebanyak RM30.00 (RINGGIT MALAYSIA)
11.3 Wang pertaruhan tidak dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.
11.4 Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan tetap dijalankan
dalam keadaan bermain dalam bantahan.
11.5 Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad.

12. RAYUAN
Semua pertandingan akan diputuskan oleh Referi Kehormat dan
keputusannya adalah
MUKTAMAD.

13. PEMILIHAN KE PERINGKAT MSSJ


Johan akan terpilih secara automatik mewakili MSSK Selatan ke kejohanan
di peringkat MSSD Segamat. Selain itu, pemain-pemain yang dicadangkan
oleh panel jurulatih akan menjalani sesi pemilihan dan latihan pusat pada
tarikh yang diberitahu nanti. Semua keputusan adalah muktamad. Jurulatih
ditentukan oleh Pengerusi Teknik Badminton.

14. PENGADIL / HAKIM GARISAN


14.1 Setiap zon mesti hantar dua(1) orang pengadil.
14.2 Sekiranya seseorang pengadil tidak dapat bertugas tanpa alasan yang
kukuh, maka sekolah tersebut mesti hantar pengganti.
14.3 Penjaga garisan dilantik dari kalangan peserta yang bertanding.
14.4 Duit cagaran RM30 akan dikutip mengikut setiap zon.

15. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan
oleh Jawankuasa Pengelola Kejohanan dan keputusan adalah muktamad.
”Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan-peraturan Am,
ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan/pesta yang
berkenaan dan keputusan adalah muktamad.
TANDATANGAN :

SEK :

You might also like