You are on page 1of 39

KERTAS KERJA

PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH


PROGRAM KECEMERLANGAN
PRASEKOLAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA

UNIT PENGURUSAN PRASEKOLAH


PERJABAT PENDIDIKAN DAERAH LAWAS
PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH PROGRAM KECEMERLANGAN PRASEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LAWAS

__________________________

1. Pendahuluan

Pendidikan Prasekolah merupakan satu agenda yang utama selain


daripada agenda besar pendidikan yang lain. Pelaksanaannya menjurus kepada
pembangunan insan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran separa
formal. Aktiviti Bijak Prasekolah di bawah Program Kecemerlangan Pendidikan
Prasekolah merupakan salah satu aktiviti yang dijadikan aktiviti tahunan untuk
kanak-kanak prasekolah KPM. Selaian daripada menyediakan murid-murid
prasekolah ke tahun 1 pada tahun berikutnya aktiviti ini juga dilaksanakan bagi
menyokong usaha meningkatkan penyertaan kanak-kanak yang berumur 4+ dan
5+ ke kelas-kelas prasekolah KPM.

Kertas konsep ini mencadangkan supaya dianjurkan Program Bijak Pra


Peringkat Negeri bagi membantu dan memberi peluang kepada murid di
peringkat Negeri Sarawak untuk menyerlahkan bakat dan potensi mereka serta
menggalakkan mereka berinteraksi melalui hubungan interpersonal.

2. Objektif

a. Murid :

2.1 Memberi pendedahan kepada murid-murid prasekolah yang menyertai


pertandingan tentang asas-asas peraturan yang perlu dipatuhi.
2.2 Menggalakkan murid-murid prasekolah yang menyertai pertandingan
berdaya saing yang positif.
2.3 Menonjolkan kemahiran dan kecergasan dalam aspek jasmani melalui
aktiviti futsal dan bola jaring
2.4 Memantapkan kemahiran mendengar dan menulis melalui aktiviti bahasa
2.5 Memupuk semangat berpasukan, berdaya saing dan berdisiplin tinggi
b. Guru Prasekolah :

2.1 Menggalakkan Guru Prasekolah agar dapat berinteraksi dengan Guru


Prasekolah daripada sekolah-sekolah di seluruh Sarawak.
2.2 Membentuk kerjasama Guru, PPM dan Pegawai di Jabatan Pendidikan
serta Ibubapa
2.3 Memastikan Guru Prasekolah terlibat secara langsung dalam pengurusan
koakademik prasekolah

c. Pembantu Pengurusan Murid (PPM):

2.1 Menggalakkan PPM agar dapat berinteraksi dengan PPM daripada


sekolah-sekolah di seluruh Sarawak.
2.2 Membentuk kerjasama PPM, Guru dan Pegawai di Jabatan Pendidikan
serta Ibubapa
2.3 Memastikan PPM terlibat secara langsung dalam pengurusan
koakademik prasekolah

d. Ibubapa :

2.1 Menggalakkan penyertaan Ibu/bapa dalam program Pendidikan


2.2 Membentuk kerjasama ibu/bapa, Guru, PPM dan Pegawai di Jabatan
Pendidikan
2.3 Melibatkan Ibu/bapa dalam membantu pengurusan koakademik
prasekolah
2.4 Melaksanakan aktiviti bermakna kepada ibu/bapa murid prasekolah untuk
pengalaman jangka panjang.

3 Tema Program

3.1 Transformasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak Untuk Masa Depan Gemilang

4. Pelaksanaan Program

Program Bijak Pra Peringkat Daerah ini disertai oleh Kanak-kanak Prasekolah
KPM. Jumlah pelibatan Pegawai Prasekolah di PPD , guru prasekolah,
pembantu pengurusan murid dan murid adalah berdasarkan jumlah ahli
kontinjen. Cadangan pelaksanaan adalah seperti berikut :
4.1 Cadangan Pelaksanaan :

- Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Lawas.


31 buah sekolah yang menawarkan kelas prasekolah akan menyertai
Pertandingan Antara Sekolah dalam Daerah Lawas.

4.2 Angaran Kos :

4.2.1 Cadangan Pelaksanaan 1 - Peringkat Daerah Lawas:

BIL PERKARA ANGGARAN OBJEK SEBAGAI


KOS
(RM)
1 Makan / Minum
Pegawai/Guru/PPM
5 PPD + 39 Guru +39 PPM x RM10.00 830.00 29000
= RM 830.00
2 Hadiah

Berpasukan : Futsal/Bola Jaring/ Action


Song

Saguhati : RM 50.00 x 3 acara 150.00 27000

Ke 4 : RM 100.00 x 3 acara 300.00

Ke 3 : RM 150.00 x 3 acara 450.00

Ke 2 : RM 200.00 x 3 acara 600.00

Johan : RM 300.00 x 3 acara 900.00

Jumlah 2400.00

Individu : (Bercerita)

Saguhati : RM 10.00 x 2 acara 20

Ke 4 : RM 30.00 x 2 acara 60

Ke 3 : RM 50.00 x 2 acara 100


Ke 2 : RM 65.00 x 2acara 130

Johan : RM 100.00 x 2acara 200

Jumlah 510.00

5 Sijil dan Folder RM2.00 x 450 900

6 Peralatan / Keperluan Pertandingan / 29000/27000


5,000.00
Urusetia

7 Pentas dan Hiasan / Backdrop/ Promosi 1000

8 Pelbagai 500

9 Makan /Minum Peserta (Murid) 1000 42000

RM10 X 100 orang

Jumlah Keseluruhan 24,694.00

5. Kewangan/Kos Perbelanjaan Program.


5.1 Makan, minum dan penginapan peserta.
5.2 Bahan dan alatan.
5.3 Pengangkutan.
5.4 Sewaan.
5.5 Hadiah dan cenderamata.
5.6 Aktiviti.

6. Pemantauan aktiviti
6.1 Menggunakan kaedah soal selidik.
6.2 Sasaran : guru prasekolah, PPM dan ibubapa.

Penutup
Kertas konsep ini dibuat untuk memaklumkan tentang cadangan pelaksanaan Program
Bijak Prasekolah di Peringkat Daerah Lawas untuk murid-murid prasekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Sarawak.

Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah bersama-sama semua Pegawai


Meja di PPD Lawas telah bersedia untuk pelaksanaan program ini. Oleh yang demikian
kelulusan dan cadangan penambahbaikan daripada pihak pengurusan Tertinggi Jabatan
amatlah diperlukan sebelum program ini dapat dilaksanakan.

Disediakan oleh :

( SOFIAH BINTI DRAHMAN )

Pegawai Meja Prasekolah


PPD Lawas
PROGRAM BIJAK
PRASEKOLAH

2015

KERTAS KONSEP
PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH
PERINGKAT DAERAH LAWAS
2015

1. Pelaksanaan Pertandingan:

a. Tarikh :
b. Hari :
c. Masa :
d. Tempat :

2. Senarai Pertandingan dan jumlah peserta


Bil Acara Murid Catatan

1 Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris. 1 Lelaki @ perempuan

2 Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia. 1 Lelaki @ perempuan

3 Pertandingan Bola Jaring Prasekolah. 9 Perempuan/ 2 simpanan

4 Pertandingan Futsal Prasekolah. 7 Lelaki / 2 simpanan

5 Pertandingan Hafazan. 1 Lelaki @ Perempuan

6 Sukaneka
7 Action song

JUMLAH 19 orang

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN


BERCERITA BAHASA MALAYSIA DAN
BAHASA INGGERIS PRASEKOLAH 2015

1.0 PENDAHULUAN
Dalam pendidikan prasekolah, bahasa dan komunikasi merupakan teras kepada
pembelajaran murid. Dengan penguasaan kemahrian asas bahasa, murid boleh
memahami konsep, menerima maklumat, berfikir, menyelesaikan masalah serta
berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Kebolehan berbahasa dan
berkomunikasi dengan baik dan berkesan akan meningkatkan keyakinan murid
untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Penguasaan kemahiran ini
boleh dicapai melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna dan
menggembirakan seperti aktiviti bercerita. Kesepaduan aktiviti berteraskan kepada
pendekatan belajar melalui bermain, bersepadu dan bertema akan menjadikan
matlamat kurikulum prasekolah kebangsaan dapat dicapai. Aktiviti bercerita ini
merupakan asas amalan yang bersesuaian dengan perkembangan murid.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Membentuk kemahiran berkomunikasi di kalangan murid prasekolah.
2.2 Mengasah,memupuk dan memperkembangkan bakat dan potensi murid.
2.3 Melahirkan insan yang berketrampilan dan berkeyakinan.
2.4 Mengetahui dan menyemai nilai-nilai murni daripada cerita.
2.5 Membina minda yang sihat dan cerdas.

3.0 PENYERTAAN
Penyertaan ini terbuka kepada murid-murid prasekolah KPM berumur 4+ dan 5+
tahun.

4.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

4.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid prasekolah KPM yang berumur 4 +


dan 5 + tahun.

4.2 Hanya seorang (1) peserta sahaja dibenarkan mengambil bahagian bagi
setiap sekolah.

4.3 Setiap peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan yang disahkan oleh
Guru Besar beserta dengan sijil kelahiran.

4.4 Teks cerita menggunakan saiz 12, font Arial, langkau 2 baris dan
hendaklah dihantar kepada pihak pengelola sebelum atau semasa pendaftaran
sebanyak 3 salinan.

4.5 Sumber bahan bercerita hendaklah dipilih daripada medium berikut:


i. Buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.
ii. Cerita-cerita dari majalah dan media massa lain.
iii. Cerita-cerita dari bahan elektronik/internet.
iv. Hasil karya sendiri.

4.6 Isi cerita / tema mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-
nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan agama.
4.7 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan
penceritaan
tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.

4.8 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta:


i. Menyentuh isu-isu politik, ras dan agama.
ii. Membaca teks cerita atau bahan secara terus menerus.
iii. Dibantu oleh orang lain.
4.9 Setiap peserta diberi masa bercerita 5 hingga 8 minit. 10 markah akan
dipotong sekiranya tempoh masa persembahan bercerita kurang daripada 5
minit.
4.10 Loceng akan dibunyikan 2 kali pada minit ke- 8 menandakan masa telah
tamat.

4.11 Props, muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

4.12 Peserta dibenarkan memakai kostum.

4.13 Sekiranya berlaku seri kriteria berikut harus diambil kira untuk menentukan
pemenangnya:
i. Teknik persembahan.
ii. Penghayatan cerita.
iii. Bahasa dan pertuturan.
4.14 Bilangan panel hakim di peringkat Daerah/ Negeri sekurang-kurangn
tiga(3) orang.

4.15 Keputusan para hakim adalah muktamad.

5.0 KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN BERCERITA

Jumlah
Bil Kriteria Penerangan
Markah
Teknik persembahan menarik dan
1. Teknik Persembahan memikat penonton, tenang, menyakin 20
dan gerak geri bersahaja.
Bahasa gramatis, intonasi yang
2. Kelancaran Bahasa 20
betul, sebutan jelas dan tepat.

Menghayati dan menyampaikan


3. Penghayatan Cerita 20
cerita dengan lancar.

Impak hubungan antara pencerita


4. Interaksi Dengan Audiens dengan audiens penggunaan 15
pandangan mata

5. Nilai Murni Mempunyai nilai murni 10

6. Kawalan Suara Mengikut kesesuaian cerita 10

7. Kostum Pakaian mengikut kesesuaian cerita 5

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN BERCERITA DALAM BAHASA MELAYU
PRASEKOLAH PERINGKAT ……………

Tarikh : ……………………………………………………………
Tempat :…………………………………………………………….

Sila isikan maklumat berikut.

Nama
Tarikh Lahir
Umur
Peserta No.Mykid
Sekolah
Tajuk
Cerita
Tema
Pengiring Nama
No Kad
Pengenalan
Sekolah
No. Tel. Sekolah
No. Fax Sekolah
* sila sertakan satu (1) salinan sijil lahir peserta.

Disahkan oleh: …………………………………………………….. Tarikh:


………………………….

(Nama, Jawatan dan Cop)

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN BERCERITA DALAM BAHASA INGGERIS
PRASEKOLAH PERINGKAT ……………

Tarikh : ……………………………………………………………
Tempat :…………………………………………………………….

Sila isikan maklumat berikut.

Nama
Tarikh Lahir
Umur
Peserta No.Mykid
Sekolah
Tajuk
Cerita
Tema
Nama
No Kad
Pengenalan
Pengiring Sekolah

No. Tel. Sekolah


No. Fax Sekolah
* sila sertakan satu (1) salinan sijil lahir peserta.

Disahkan oleh: …………………………………………………….. Tarikh:


………………………….

(Nama, Jawatan dan Cop)


BORANG PEMARKAHAN
PERTANDINGAN BERCERITA PRASEKOLAH BAHASA MELAYU
Teknik Interaksi
KRITER Kelancaran Penghayatan Kawalan
Persembaha Dengan Nilai Murni Kostum Penalti
IA Bahasa Cerita Suara
n Audiens
-10 JUMLAH
No. Markah MARKAH
20 Markah 20 Markah 20 Markah 15 Markah 10 Markah 10 Markah 5 Markah
Pesert
a
1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.
Nama Hakim

Tandatangan Tarikh:

PRESCHOOL STORYTELLING SCORESHEET

Presentatio Presentation Interaction


CRITERIA Language Moral
n and With Intonation Costume Penalty
Proficiency Values
Techniques Delivery Audience TOTAL
Contestant 20 Marks 20 Marks 20 Marks 15 Marks 10 Marks 10 Marks 5 Marks -10 Marks
No.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.

Judge Name

Sign Date:

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU


BORANG MARKAH KESELURUHAN
NO.PESERTA HAKIM 1 HAKIM 2 HAKIM 3 JUMLAH KEDUDUKAN
MARKAH MARKAH
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15

KETUA HAKIM

TANDATANGAN TARIKH:

PRESCHOOL STORYTELLING SCORESHEET

CONTESTANT JUDGE 1 JUDGE 2 JUDGE 3 TOTAL FINAL


NO. SCORE SCORE PLACING
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15

Judge Name

Sign Date:
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BOLA
JARING PRASEKOLAH 2015

1.0 PENGENALAN

Permainan Bola Jaring adalah disertai oleh murid Prasekolah berumur 4+ dan 5+ tahun. Ia
dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) untuk melahirkan murid yang sempurna
dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial ( JERIS ).

2.0 MATLAMAT

2.1 menguasai kemahiran psikomotor asas (kemahiran motor halus dan kasar).

2.2 Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai.

3.2 Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan.

3.3 Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif.

3.4 Meningkatkan disiplin dalam diri murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Murid Prasekolah KPM berumur 4+ atau 5+ tahun.

4.2 7 orang murid perempuan dari setiap pasukan, tidak termasuk pemain simpanan.

5.0 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING PRASEKOLAH.


5.1 Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang murid perempuan dari setiap pasukan,
tidak termasuk pemain simpanan.
5.2 Peraturan semasa pertandingan adalah berdasarkan peraturan am MSSM, dan
diubahsuai mengikut kesesuaian murid prasekolah.
5.3 Keputusan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik adalah muktamad.

6.0 BILANGAN PEGAWAI DAN PESERTA.


6.1 Setiap pasukan terdiri daripada :
Pengurus Pasukan : Seorang
Jurulatih : Seorang
Peserta : 7 orang (tidak termasuk pemain simpanan)
6.2 Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini.
6.3 Borang pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada
jawatankuasa pengelola bersama-sama dengan Salinan sijil kelahiran/mykid yang
telah disahkan.

7.0 TEMPOH PERLAWANAN.


7.1 5 – 3 – 5
( 5 MINIT PERTAMA – 3 MINIT REHAT – 5 MINIT KEDUA )

8.0 SISTEM PERTANDINGAN.


8.1 Liga dalam kumpulan.
8.2 Pusingan suku akhir.
8.3 Pusingan separuh akhir.
8.4 Perlawanan akhir.

9.0 PENENTUAN KEMENANGAN.


9.1 Sistem pemberian mata secara liga diberikan.
Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
9.2 sekiranya ada pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada
pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan itu
akan dibatalkan. Pasukan tersebuat tidak dibenarkan menyertai perlawanan
seterusnya.
9.3 Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, pemenang akan
ditentukan dengan perbezaan jaringan gol.
9.4 sekiranya keputusan seri semasa perlawanan di peringkat suku akhir, separuh
akhir dan
akhir. Penentuan jaringan penalty akan diberikan sebanyak 3 kali lontaran.

ATAU

Sekiranya keputusan masih seri selepas 3 kali lontaran, lontaran tambahan


sehingga pemenang dapat ditentukan.

10. PERTUKARAN PEMAIN.


10.1 Setiap pasukan boleh melakukan pertukaran pemain sebanyak 3
kali pada setiap perlawanan.
10.2 Setiap pemain yang telah ditukarkan, dibenarkan bermain semula
dan pertukarannya akan diambil kira.
10.3 Setiap pasukan boleh membuat pertukaran posisi semasa rehat
atau permainan diberhentikan atau sebab kecederaan atau sakit.

11. PAKAIAN.

11.1 Setiap pasukan hendaklah memakai “bib” seragam.

11.2 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua set “bib” yang berbeza
warna.
11.3 Saiz “bib” dicadangkan berukuran 42cm x 35cm dan huruf bercetak.

11.4 Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan


mesti berkuku pendek.
11.5 Setiap pemain diwajibkan memakai kasut sepanjang permainan
dan tidak dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak
berpaku.

12. GELANGGANG DAN PERALATAN.

12.1 Cadangan luas padang bola jarring ialah 21m x 10.5m (panjang x lebar)

21 meter

10.5 meter
7 meter 7 meter 7 meter

3.53
3 .5 meter 0.6 meter

12.2 Tiang gol : Tinggi tiang 1.7 meter

( tiang hendaklah dibalut bagi mengelakakn kecerderaan kepada permain).

12.3 Bulatan tiang gol mengikut ukuran diameter 380 mm.

12.4 Panjang jaringan secara horizontal dari tiang berukuran 150 mm.

12.5 Jenis bola “rubber” dan bersaiz 4.

13.0 BILANGAN PEMAIN

13.1 Setiap pasukan terdiri 7 pemain di dalam gelanggang dengan posisi :


C, WD, WA, GA, GD, GK dan GS

14.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN


( Ada kelonggaran mengikut kesesuaian di peringkat murid prasekolah )

14.1 Semua pemain bebas berada di mana-mana kawasan kecuali kawasan tengah
sewaktu memulakan permainan. Pemain mestilah menerima bola di kawasan
tengah bagi memulakan permainan. Setelah bola diterima, hantaran seterusnya boleh
dibuat terus ke dalam bulatan gol.

14.2 Hantaran tengah diambil secara bergilir-gilir.

14.3 Seorang pemain TIDAK dibenarkan bergerak dengan bola. Dibenarkan


mengerakkan Kaki untuk mendapatkan imbangan dan bukan bergerak ke arah
rakan atau bulatan gol. Pemain dibenarkan ‘pivot’(berpusing dengan 2 kaki) untuk
menghantar bola. Pemain dibenarkan melangkah untuk menjaringkan gol dengan
‘menggantung’ salah satu kaki.

14.4 Semua pemain bebas bergerak di dalam kawasan permainan kecuali di dalam
bulatan gol. Hanya 2 orang pemain dari setiap pasukan dibenarkan berada dalam
bulatan gol.

14.5 Seorang pemain TIDAK dibenarkan memegang bola terlalu lama sebelum
membuat hantaran. Bola tidak dibenarkan dihantar dari tangan ke tangan.

14.6 Halangan dan sentuhan tidak keterlaluan.

14.7 Jaringan hanya boleh dibuat dalam bulatan gol.

15.0 KELEWATAN

15.1 Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang 30 minit sebelum


perlawanan dimulakan. Pasukan yang lewat 15 minit dari masa yang telah
dijadualkan tanpa alasan yang munasabah dianggap memberi kemenangan
percuma kepada pihak lawan dengan jaringan 5 - 0.

16.0 BANTAHAN DAN RAYUAN

16.1 Bantahan atau rayuan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan
hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat
dari 1 jam selepas tamat perlawanan. Setiap bantahan hendaklah disertakan
dengan Wang Pertaruhan sebanyak RM100.00. Wang pertaruhan akan luput
jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.
16.2 Juri Rayuan terdiri Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Pengerusi
Jawatankuasa Teknik Pertandingan dan 3 orang wakil daripada Jabatan
Pendidikan Negeri yang berkecuali.

16.3 Keputusan yang dibuat oleh juri rayuan adalah muktamad.

17.0 KEHILANGAN DAN KESELAMATAN

17.1 Jawatan kuasa tidak bertanggungjawab atas kehilangan barang-barang atau


harta benda kepunyaan pegawai atau peserta.
17.2 Sebarang kecederaan atau kemalangan adalah di bawah tanggungan setiap
pasukan masing-masing.
17.3 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan First Aid Kit masing-masing.

18.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN

18.1 Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan


diteruskan seperti hujan lebat, petir dan kilat, keadaan padang becak
dan licin, cuaca gelap dan sebagainya, makaPengadil dengan
persetujuan Jawatan kuasa Pertandingan dan Teknik berhak
menangguhkan perlawanan. Penangguhan ditentukan seperti berikut :

18.1.1 Sekiranya perlawanan pada hari yang sama, maka


perlawanan disambung mengikut baki masa yang tinggal.

18.1.2 Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka


perlawanan hendaklah dimainkan semula.

18.2 Jawatan kuasa pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau


mengubah sesuatu jadual dengan terlebih dahulu memberitahu atau
diputuskan secara serta merta.

19.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH


19.1 Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah
dengan sengaja daripada pertandingan, maka semua keputusan
pertandingan yang dijalankan oleh pasukan itu akan dibatalkan
dan pasukan tidak dibenarkan memasuki sebarang pertandingan
seterusnya. Mata akan diperolehi oleh pasukan lain yang terlibat
dalam perlawanan yang terdahulu dengannya tidak diambil kira
untuk menentukan keputusan kumpulan.

20.0 LAIN-LAIN

20.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Permainan ini
akan diputuskan oleh Jawatan kuasa Pengelola Kejohanan yang
berkenaan dan keputusan adalah muktamad.

JADUAL PERTANDINGAN KALAH MATI

SUKU AKHIR SEPARUH AKHIR AKHIR


JOHAN

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN FUTSAL


PRASEKOLAH 2015
1.0 PENGENALAN

1.1 Kementerian Pendidikan Malaysia sering kali menguarkan-uarkan kepentingan


dan menganjurkan program berbentuk kecergasan kepada semua intitusi
pendidikan sama ada peringkat rendah mahu pun peringkat menengah.

1.2 Menyedari hakikat ini Pertandingan Futsal Prasekolah 2015 yang dianjurkan
ini diharap dapat memupuk semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan
murid-murid prasekolah.

1.3 Kejohanan ini merupakan kesinambungan hasrat Kementerian Pendidikan


Malaysia untuk melahirkan modal insan yang cergas dan cerdas dan mampu
berdaya saing dalam persada dunia global.

2.0 OBJEKTIF
Penyertaan murid-murid prasekolah dalam Pertandingan Futsal Prasekolah 2015
bertujuan mencapai objektif-objektif berikut:

2.1 Mencungkil potensi murid-murid prasekolah dalam sukan futsal seterusnya


memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk memperkembangkan
potensi tersebut ke peringkat yang lebih tinggi.
2.2 Mewujudkan semangat kesukanan, setiakawan dan persaingan secara sihat
antara murid-murid prasekolah di seluruh Malaysia.
2.3 Membudayakan sukan dalam kalangan warga institusi pendidikan seterusnya
komuniti luar.

3.0 SYARAT PERTANDINGAN


3.1 Hanya satu kategori sahaja akan dipertandingkan iaitu untuk murid-murid
prasekolah yang berumur dalam lingkungan lima dan enam tahun.
3.2 Hanya murid prasekolah LELAKI sahaja yang layak menyertai kejohanan ini.
3.3 Setiap pasukan perlu mempunyai lima (5) pemain di dalam gelanggang dan
dua (2) pemain simpanan.
3.4 Pertandingan akan dilaksanakan dalam bentuk liga kumpulan.
3.5 Masa untuk setiap permainan 5 : 2 : 5 ( 12 minit)
3.6 Jika terdapat persamaan mata bagi liga dalam kumpulan maka perbezaan
jaringan akan diambilkira.
3.7 Johan dan Naib Johan bagi setiap kumpulan akan ke pusingan kedua ( suku
akhir, separuh akhir dan akhir )
3.8 Undian suku akhir akan dijalankan mengikut ketetapan 1;3;5;7(Johan)
dan 2;4;6;8 (Naib johan)

3.9 Pusingan kedua akan dijalankan secara kalah mati.


3.10 Sekiranya keputusan seri dalam pusingan kedua, sepakan penalti sebanyak 3
kali akan dijalankan bagi menentukan pemenang. Sekiranya masih seri maka
sepakan penalti akan diambil sehingga ada pemenang.
3.11 Pertandingan Futsal akan dipertandingkan mengikut undang-undang futsal
yang berkuatkuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh Persekutuan Bola
Sepak Antarabangsa (FIFA) serta telah diterima oleh Persatuan Bola Sepak
Malaysia(FAM).
3.12 Sebarang bantahan berkaitan teknikal sahaja boleh dibuat dan hendaklah
secara bertulis dalam masa 15 minit selepas tamat perlawanan kepada
Jawatan Kuasa Penganjur beserta wang bantahan sebanyak RM300.Wang
bantahan akan dikembalikan sekiranya pihak juri mendapati ia mempunyai
asas bantahan yang kukuh dan boleh diterima.Sekiranya bantahan tersebut
ditolak oleh pihak juri maka wang bantahan tersebut tidak akan dikembalikan.
3.13 Juri rayuan adalah terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan dua
pengurus pasukan berkecuali.
3.14 Pihak Jawatankuasa Penganjur berhak memutuskan sebarang perkara yang
tidak dinyatakan secara jelas dalam peraturan-peraturan yang digunapakai
untuk pertandingan ini dan keputusannya adalah muktamad.
4.0 HADIAH PERTANDINGAN
4.1 Tempat pertama hingga keempat akan menerima hadiah.
8.2 Semua pemain akan diberikan sijil penyertaan.
5.0 PENGURUSAN PASUKAN
5.1 Setiap pasukan mesti bersedia di tepi gelanggang 5 minit sebelum perlawanan
bermula.
5.2 Pasukan yang gagal melapor diri selepas 3 minit waktu perlawanan dianggap
tewas dalam perlawanan tersebut dan kemenangan diberikan pada pasukan
lawan dengan jaringan 3-0.

6.0 UKURAN PADANG DAN ALATAN

6.1 Saiz padang : 15m x 25m


6.2 Tiang Gol : Gol Bola Baling (2m tinggi x 3m lebar)
6.3 Saiz Bola : 4
6.4 Jenis Bola : Bola Futsal

1. Cadangan luas padang futsal ialah 25 m X 18 m ( panjang(p) X lebar(l)

25 m

15 m 5m

3m

1.5 m

7.0 PAKAIAN PEMAIN / BOLA PERLAWANAN

7.1 Setiap pasukan mestilah memakai jersi yang seragam dan bernombor.

7.2 Penjaga gol hendaklah memakai pakaian yang berbeza dengan kedua-dua
pasukan.

7.3 Setiap pasukan hendaklah membawa dua set jersi yang berlainan warna.
.
7.4. Sekiranya terdapat persamaan jersi, maka pasukan tuan rumah (yang
disebut dahulu) hendaklah menukarkannya.

7.5 Pihak penganjur akan menyediakan bola pertandingan sesuai dengan


bola futsal saiz 4

8 MEMULAKAN PERMAINAN

8.1 Semua pemulaan permainan termasuk selepas jaringan gol dan selepas
separuh masa dimulakan di bahagian tengah padang.

8.2 Jaringan gol secara terus boleh dibuat dari sepak mula.

8.3 Semua pemain lawan hendaklah berada di luar bulatan.

9 SEPAKAN KE DALAM

9.1 Sepakan ke dalam dilaksanakan mengikut undang-undang biasa.


9.2 Jaringan gol secara terus tidak dikira jika tiada sentuhan dari mana-mana pemain.

10 PENUTUP
Diharap kertas kerja ini mendapat persetujuan dan kelulusan dari pihak Pengurusan
Tertinggi dalam usaha untuk memartabatkan bidang sukan futsal khususnya dalam
pembabitan murid dalam program 1Murid 1Sukan dan juga meningkatkan
kegemilangan sukan di Malaysia.

JADUAL PERTANDINGAN KALAH MATI

SUKU AKHIR SEPARUH AKHIR AKHIR


JOHAN

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN


NYANYIAN DAN GERAKAN (ACTION SONG)
PRASEKOLAH 2015
1. PENGENALAN

1.1 Aktiviti yang dilaksanakan adalah berteraskan penguasaan kemahiran Bahasa

Inggeris.
1.2 Aktiviti yang melibatkan keseluruhan badan merangkumi audio visual, muzik dan

pergerakan kreatif.

2 OBJEKTIF

Penyertaan murid-murid prasekolah dalam Nyanyian Dan Gerakan bertujuan mencapai


objektif-objektif berikut:
2.1 Mencungkil potensi murid-murid prasekolah dalam Nyanyian Dan Gerakan
seterusnya memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk
memperkembangkan potensi tersebut ke peringkat yang lebih tinggi.
2.2 Mewujudkan kerjasama dan semangat setiakawan dalam kalangan murid
prasekolah.
2.3 Meningkatkan kemahiran mendengar dan bergerak atau beraksi secara spontan
mengikut lirik lagu.
2.4 Membolehkan murid meluahkan perasaan melalui pergerakan.
2.5 Meningkatkan keyakinan diri.
2.6 Mendorong murid meluahkan perasaan.
2.7 Melatih murid tentang kesedaran penggunaan ruang.
2.8 Mencungkil kreativiti murid.
2.9 Meningkatkan kemahiran lokomotor.

SYARAT PERTANDINGAN:

1. Penyertaan
1.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid prasekolah yang berumur
lingkungan lima dan enam tahun.
1.2 Bilangan peserta adalah 8 orang (Lelaki/Perempuan/kedua-duanya
sekali).
1.3 Setiap pasukan akan diiringi oleh 1 orang guru dan 1 PPM.

2. Masa
2.1 Masa yang diperuntukkan ialah 8 - 10 minit.
2.2 Masa hanya akan dikira sebaik sahaja muzik dimainkan.
2.3 Masa pergerakan masuk dan keluar tidak diambilkira dalam masa
persembahan.
2.4 Persediaan 3 minit dan kemas 2 minit.

3. Tatacara Persembahan
3.1 Sebarang pakaian dan props adalah dibenarkan dan ia adalah di bawah
urusan masing-masing. Namun demikian props yang berlebihan tidak
digalakkan kerana ia tidak menyumbang kepada markah.
3.2 Murid dikehendaki membuat pergerakan sambil menyanyi.

4. Skema Permarkahan
Skema pemarkahan adalah seperti berikut :

4.1 Harmoni - 20%


4.2 Tempo / Rentak - 10%
4.3 Kreativiti dan Gerakan - 20% 100%
4.4 Sebutan - 20%
4.4 Persembahan - 20%
4.5 Pakaian dan Props - 10%

5 Keputusan Hakim

5.1 Keputusan hakim adalah muktamad.

6. Peraturan Am

6.1 Pertandingan akan dijalankan dalam satu pusingan ( akhir ).

6.2 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan lagu minus one dalam bentuk
CD/USB untuk kegunaan semasa pertandingan dan salinan CD/USB tersebut
hendaklah dihantar kepada urusetia berkenaan selewat-lewatnya seminggu
sebelum tarikh pertandingan. Salinan lirik perlu diserahkan semasa pendaftran.
6.3 Jika berlaku kerosakan teknik semasa persembahan sedang berjalan maka
pasukan itu akan dikehendaki mengambil giliran sekali lagi di akhir pasukan
yang mengambil bahagian.
8 Borang Pemarkahan

TARIKH : ________________________
HARI : ________________________
TEMPAT : ________________________

TEMPO/ KREATIVITI/ PERSEMBAHAN PAKAIAN/


HARMONI SEBUTAN JUMLAH
BIL. RENTAK GERAKAN (20%) PROPS
(30%) (10%) (100%)
(10%) (20%) (10%)

T/TANGAN HAKIM

………………………………..

9 Borang Keputusan
TARIKH : ________________________

HARI : ________________________

TEMPAT : ________________________

BIL. NAMA SEKOLAH/DAERAH MARKAH KESELURUHAN KEDUDUKAN

T/TANGAN KETUA HAKIM

……………………
BORANG PENYERTAAN

ZON………………………………………………………………………
A. PERTANDINGAN BOLA JARING PRASEKOLAH
i.Pemain utama.
BIL NAMA MURID N0 KAD SEKOLAH
PENGENALAN

II.Pemain Simpanan.
BIL NAMA MURID N0 KAD SEKOLAH
PENGENALAN

BORANG PENYERTAAN
ZON………………………………………………………………………

B. PERTANDINGAN FUTSAL PRASEKOLAH


i.Pemain utama.
BIL NAMA MURID N0 KAD SEKOLAH
PENGENALAN

II.Pemain Simpanan.
BIL NAMA MURID N0 KAD SEKOLAH
PENGENALAN

3
Sekian Terima Kasih

You might also like