You are on page 1of 7

Keberkesanan produk multimedia yang dihasilkan berdasarkan instrumen yang telah dinilai.

Saya telah menyediakan instrumen penilaian produk multimedia dan mengedarkannya


kepada 5 orang rakan saya utnuk menilai berdasarkan produk multimedia yang telah
dihasilkan. Instrumen ini mengandungi tiga aspek iaitu isi kandungan, teknikal dan
dokumentasi.

Pernyataan yang pertama untuk isi kandungan ialah perisian menyediakan objektif
pengajaran yang mudah dicapai oleh kepelbagaian kecerdasan murid. 3 orang daripada
responden memberikan skor 5. Hal ini demikian kerana di dalam isi kandungan perisian
tersebut mengandungi kebanyakan ciri-ciri dapripada kepelbagaian kecerdasan murid.
Menurut Howard Gardner potensi manusia ini mempunyai lapan jenis kecerdasan dalam diri
mereka iaitu kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan logikal-matematikal, kecerdasan
visual-ruang, kecerdasan, kecerdasan kinestetik, kecerdasan interpersonal , kecerdasan
intrapersonal serta kecerdasan naturalis (Noriati A.Rashid, Boon P.Y. & Sharifah Fakhriah
Syed Ahmad, 2017). Di dalam produk yang dihasilkan, saya menggunakan nombor sebagai
susunan rukun. Selain itu, saya menggunakan audio bersorak dan pengera apabila murid
menjawab soalan. Dalam latihan yang disediakan juga dapat menguji kecerdasan verbal-
linguistik melalui isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. Seterusnya, 100 peratus
daripada responden memberi skor 5 untuk pernyataan perisian menyediakan isi kandungan
pengajaran yang berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid. Menurut Shukery
Mohamed Dan Zaharah Abdullah (1998), penggunaan strategi yang menekankan interaksi
pelajar seperti belajar melalui pengalaman sendiri untuk membina keyakinan berbahasa di
dalam diri pelajar. Hal ini demikian kerana mereka mengetahui bahawa umat Islam wajib
menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Jelaslah bahawa perisian mengandungi
pengetahuan sedia ada murid.

Namun perlu penambahbaikan daripada isi kandungan yang terlampau sedikit. Hal ini
demikian kerana terdapat sebahagian isi penting yang tidak terdapat huraian dan
menyebabkan murid kurang faham apabila menggunakan perisian. Tambahan lagi, guru
boleh memasukkan unsur permainan di dalam perisian untuk menarik minat murid. Unsur
permainan dapat menarik minat murid kerana lumrah kanak-kanak memang tertarik dengan
unsur permainan. Keseronokan dalam bermain menyebabkan pelajar tidak merasakan
mereka sedang belajar. Situasi ini dapat menjana kemahiran dan motivasi pelajar akan
meningkat di mana ia dapat menarik minat para pelajar dan menjadikan sesuatu pembelajaran
itu lebih bermakna dan berkesan (Perrotta et al., 2013).
Kesemua responden sangat bersetuju mengatakan bahawa perisian membantu
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Dengan berbekalkan
modal yang sedikit dan tempoh waktu yang singkat untuk menyiapkan bahan bantu mengajar
memberikan guru lebih peluang untuk merangka pelbagai strategi pengajaran yang lebih
menarik kepada murid di dalam kelas. 60 peratus daripada responden memberikan skor 3
terhadap pernyataan Perisian menyediakan aktiviti dan masalah yang membimbing murid
mengenai kemahiran menyelesaikan masalah. Menurut mereka, arahan soalan terlalu mudah
dan tidak mencapai tahap kemahiran berfikir aras tinggi yang memerlukan pelajar untuk
menyelesaikan masalah berdasarkan situasi yang diberikan. Dan akhir sekali untuk aspek isi
kandungan, kesemua responden memberikan skor 5 untuk pernyataan Perisian menyediakan
maklum balas yang bertujuan supaya murid belajar dari kesalahan. Hal ini demikian kerana
apabila murid menjawab dengan betul, maka kata-kata pujian. Bersama ikon akan muncul
untuk menunjukkan penghargaan kepada murid manakala sekiranya murid menjawab dengan
salah, markah mereka akan ditolak sedikit demi sedikit dan mereka perlu mengulang sehingga
kesemua jawapan mereka betul tetapi tidak mendapat markah penuh supaya dapat dijadikan
pembakar semangat kepada murid agar dapat markah penuh untuk soalan seterusnya.

Seterusnya, untuk aspek teknikal pula, telah disediakan 18 item untuk dinilai oleh
responden. Kesemua responden bersetuju bahawa elemen multimedia yang disediakan
berfungsi dengan baik dan secara tidak langsung menyebabkan perisian juga dapat berfungsi
dengan baik. Semua elemen yang diintegasi tidak berlanggar antara satu sama lain dan boleh
berfungsi dengan baik. Perisian ini juga boleh diakses dengan mudah. Hal ini demikian kerana
perisian ini dapat diakses tanpa memerlukan sambungan internet dan boleh dibuka dimana
sahaja. 100 peratus daripada responden memberikan skor 5 kepada item enam belas dan
tujuh belas iaitu berkaitan arahan penggunaan dan latar suara yang jelas. Setaip arahan
disediakan ikon untuk mengeluarkan audio latar suara untuk membolehkan pelajar
mendengar kepada arahan bukan sahaja melihat dan membacanya. Dengan adanya
penggunaan media audio visual yang digunakan oleh guru, secara tidak langsung
meningkatkan keterampilannya dalam mengembangkan model penyampaian materi
pembelajaran yang pada sebelumnya lebih banyak menggunakan metode ceramah (Joni
Purwono, Sri Yutmini & Sri Anitah, 2014).
Tetapi, 40 peratus daripada responden hanya memberikan skor 3 pada item yang
ketujuh yang melibatkan fon. Di dalam perisian ‘hot potato’ yang digunakan untuk menjana
soalan interaktif kepada murid, fon jawi biasa tidak dapat digunakan dan terpaksa
menggunakan fon Arab Tradisional yang menyebabkan beberapa huruf jawi tidak dapat ditulis
di dalam perisian. Namun teks yang disediakan didalam perisian adalah jelas dan amat sesuai
dengan tahap murid sekolah rendah kerana menggunakan teks yang mudah difahami oleh
mereka. Saya akan mencuba untuk menggunakan perisian lain selain daripada hot potato
yang boleh menggunakan jawi kerana pengajaran pendidikan islam menggunakan tulisan
jawi.

Tambahan lagi, di dalam perisian juga terdapat satu video pembelajaran yang telah
dihyperpaut ke dalam slaid. Video ini dapat ditonton dengan jelas dan berbsesuaian dengan
tajuk yang dipilih untuk mengajar. 100 peratus daripada responden menyatakan bahawa
mereka sangat bersetuju perisian mengintegrasikan elemen multimedia sepeti teks, audio,
video, animasi atau grafik bersesuaian dengan strategi pengajaran yang dipersembahkan.
Hal ini kerana saya telah merangka dahulu slaid di dalam papan cerita supaya se..0tiap
elemen yang dimasukkan kedalam perisian adalah bersesuaian dengan strategi pengajaran
untuk tajuk yang akan diajar.

Aspek yang akhir sekali iaitu aspek dokumentasi mengandungi 14 item. Secara
keseluruhannya semua responden memberi skor 4 dan 5 sahaja. Antara item yang dinilai
dalam dokumentasi ialah memberi panduan kepada pengguna untuk menggunakan ikon yang
disediakan. Hal ini demikian kerana setiap ikon menggunakan warna yang sesuai secara tidak
langsung dapat memberi kefahaman kepada pelajar. Penggunaan kaedah warna dan simbol
sedikit sebanyak telah memberi keyakinan terhadap murid (Md. Hidayat Othman, 2012). Hal
ini demikian kerana setiap slaid mengandungi ikon yang menggunakan simbol-simbol yang
mudah difahami seperti simbol anak panah dan simbol rumah. Ikon tersebut sudah jelas
mennunjukkan apa yang bakal keluar sekiranya murid klik pada ikon tersebut. Untuk video
juga terdapat panel kawalan yang membolehkan murid untuk berhenti seketika atau ‘pause’,
dan mula ‘play’. Hal ini membolehkan murid untuk menekan panel tersebut jika mereka
hendak memahami satu per satu isi kandungan yang terdapat di dalam video ataupun ingin
mencatat nota daripada video yang disediakan.

Terdapat beberapa kekurangan iaitu tiada panduan yang beraudio. Mungkin boleh
memasukkan audio yang memberi arahan supaya dapat didengari oleh murid. Arahan
tersebut boleh dimasukkan dengan menggunakan suara kanak-kanak yang diubah melalui
perisian ‘audacity’ supaya audio tersebut sesuai dengan klien yang menggunakan perisian ini
iaitu murid sekolah rendah.
Kesimpulannya. Kesemua skor yang diberikan oleh responden adalah 3 dan keatas
dengan bermaksud segala aspek yang terdapat dalam perisian seperti isi kandungan, teknikal
dan dokumentasi amat baik dan sesuai untuk digunakan sebagai bahan bantu mengajar di
dalam kelas. Sekiranya satu tajuk ini boleh dilaksanakan dalam bentuk perisian untuk
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan, tidak
mustahil tajuk yang lain juga boleh digunakan dalam bentuk perisian seperti ini.
RUJUKAN

Intan Safinas Mohd Ariff Albakri, et. al. (2001). Kaedah Pengajaran Berkesan : Antara
Keperluan Pelajar dan Realiti Pengajaran Pengajian Jarak Jauh. Jurnal Pengajian
Umum, 81-95.

Johari Hassan & Juwairiah Arifin. (2012). Pembinaan Instrumen Penilaian Untuk Menilai
Perisian CDROM Interaktif (CDRI) Matapelajaran Fizik Sekolah Menengah
Kebangsaan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Joni Purwono, Sri Yutmini & Sri Anitah. (2014). PENGGUNAAN MEDIA AUDIO-VISUAL
PADA MATA PELAJARAN ILMU PENGETAHUAN ALAM DI SEKOLAH
MENENGAH PERTAMA NEGERI 1 PACITAN . JURNAL TEKNOLOGI PENDIDIKAN
DAN PEMBELAJARAN , 127-144.

Md. Hidayat Othman. (2012). PENGGUNAAN WARNA DAN SIMBOL (W&S) DALAM
KEMAHIRAN MENYAMBUNG HURUF JAWIBAGI TAHUN 3 . Seminar Penyelidikan
Tindakan IPG KBL , 127-140.

Noriati A.Rashid, Boon P.Y. & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan
Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar.

Shukery Mohamed & Zaharah Abdullah . (1998). Kepentingan Pengetahuan Sedia Ada
Dalam Bacaan Dan Pemahaman : Satu Sorotan Ringkas. Jumal Pendidik dan
Pendidikan,, 85-94.

Perrotta, C., Featherstone, G., Aston, H., & Houghton, E. (2013). Game-based
ssddddlearning: Latest evidence and future directions.

Sandra Rahman, Abu Bakar Nordin & Norlidah Alias. (2013). Penggunaan Ict
qqqqqqmerentas Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KPSK): Tinjauan di
qqqqqqPrasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Jurnal Kurikulum dan
qqqqqqPengajaran Asia Pasifik, 1(4), 50-62
1.0 Pengenalan

Dunia pendidikan telah mengalami banyak penambahbaikan dari zamn ke zaman.


Pada era globalisasi ini, penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pendidikan tidak
dapat dipisahkan. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan
pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah (Sandra Rahman, Abu Bakar Nordin &
Norlidah Alias, 2013). Usaha kerajaan meningkatkan penggunaan TMK dalam pendidikan
adalah salah satu daripada usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan supaya negara
Malaysia mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain seperti Jepun dan Amerika.
5.0 Kesimpulan

Tidak dinafikan banyak cabaran yang perlu ditempuh oleh guru khususnya dalam mendidik
anak bangsa suapaya dapat merealisasikan hasrat yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek.

Oleh itu, saya memberi cadangan agar setiap guru harus menjadi lebih kreatif dan berusaha
untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dengan menggunakan
tekknologi dalam pengajaran kerana di dalam pendidikan abad ke-21 juga mempunyai elemen
kegunaan teknologi dalam pembelajaran seterusnya sejajar dengan hasrat Revolusi Industri
4.0. Pendekatan penggunaan teknologi komunikasi perlu dioptimumkan penggunaannya bagi
memantapkan strategi pengajaran yang berkesan (Intan Safinas Mohd Ariff Albakri, et. al,
2001)

You might also like