You are on page 1of 29

PENGENALAN

Pada awalnya, sosio-budaya, sistem pemerintahan, seni, Bahasa dan kesusasteraan malahan
pemikiran masyarakat di Tanah Melayu berkembang dengan pengaruh agama Hindu dan Buddha.
Agama Buddha mempunyai beberapa aliran, antaranya ialah aliran Thevada. Aliran inilah yang
tersebar dan berkembang di Tanah Melayu. Thevada berasal daripada dua perkataan dalam Bahasa
Pali iaitu, Thera dan Vada. Thera bermaksud ‘sesepuh’ manakala Vada didefinisikan sebagai ‘ajaran
atau perkataan’. Maka, Thevada bermaksud ‘Ajaran Para Sesepuh’.

Agama Hindu pula dalam Bahasa Sanskrit bermaksud ‘Kebenaran Abadi’ dan ‘Pengetahuan
Kebenaran’. Agama ini lanjutan daripada agama Veda (Brahmanisme) yang merupakan kepercayaan
bangsa Indo-Iran (Aryan). Agama ini muncul antara tahun 3102 S.M. hingga 1300 S.M. dan
merupakan agama yang tertua dan masih bertahan hingga ke hari ini.

Sebelum kita melangkah dengan lebih jauh lagi, eloklah kita memahami perbezaan antara agama
Hindu dan Buddha. Walaupun kedua-dua agama ini berasal daripada aliran sumber yang sama,
namun hakikatnya mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Menurut agama Hindu, Brahman
dianggap sebagai sumber kenyataan dan semangat kesucian. Ideologi ini ditolak oleh pengasas
agama Buddha iaitu Siddartha Gautama. Ajaran agama Buddha juga tidak percaya akan kewujudan
Tuhan. Menurut ajaran ini juga dalam dunia ini tiada roh tetapi yang ada hanyalah pusingan Karma.
Dharna telah ditafsirkan semula oleh Siddarthu Gautama. Beliau menolak sistem kasta kerana tidak
bersesuaian dengan perjalan Karma. Beliau yakin bahawa setiap manusia mempunyai peluang yang
sama bagi mencapai ‘kecahayaan’.

KERAJAAN-KERAJAAN AWAL DI TANAH MELAYU

KEDAH TUA

Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung
Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram.
Menurut catatan I Ching dari negara China, Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha.

Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan
pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama
Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan
melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.

Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di
pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat
penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari
Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Ia
juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan
seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya. Walaupun
ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan
tanah pamah yang rata dan luas.

Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-
861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan al-Mutawakil, manik
yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah.
Batu bersurat, artifak, lembah bujang, pengaruh hindu Buddha candi arca

GANGGA NEGARA

Muzium beruas

LANGKASUKA

PAN-PAN

PENGARUH HINDU-BUDDHA

PEMERINTAHAN

Sistem pemerintahan meniru sistem beraja di India.

Pemerintah menggunakan gelaran raja.

Raja berada di puncak pemerintahan

Raja dinasihati Brahmin dalam pentadbiran dan agama.

Raja berkuasa mutlak.

Perintah raja adalah undang-undang.

Melanggar titah raja adalah derhaka.

Raja dianggap bayangan tuhan / dewaraja.

Raja dipercayai mempunyai kesaktian.

Unsur mitos digunakan untuk menunjukkan kehebatan raja.

Pelbagai istiadat diwujudkan untuk mengukuhkan raja.

Pembinaan kota yang melambang orde kosmos

SENI BINA

BAHASA DAN KESUSASTERAAN

1. Gangga Negara (Kurun-2 hingga Kurun-11)

Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut dalam
Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung yang pada masa kini terletak di
negeri Perak, Malaysia serta Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Para
penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh
Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026. Menurut
sebuah lagi catatan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa yang juga dikenali sebagai
Hikayat Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja
Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung atau keluarga diraja
Khmer tidak lewat dari abad ke-2.
Jabatan Muzium Negara telah mengkaji kerajaan Gangga Negara dari pelbagai sudut termasuk
tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak. Muzium Beruas ditugaskan untuk membuat penyelidikan
dari sudut arkeologi.

Kerajaan Gangga Negara meliputi Beruas dan Dinding/ Manjung . Artifak arca-arca Buddha abad ke-
5 dan ke-6 Masihi yang dijumpai di Beruas menunjukkan kewujudan kerajaan Gangga Negara ini.
Kerajaan Gangga Negara ini berpusat di Beruas.

Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Pendapat lain mengatakan
Kerajaan Gangga Negara dibuka oleh Raja Khmers dari Kemboja.

Menurut kajian lain menyatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat pada abad ke-2
Masihi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjong) di kawasan
Selatan Gunung Bubu (1657 meter ) arah timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini
juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah.

Dengan menggunakan jumpaan artifak-artifak purba dan pengaliran cabang Sungai Perak, kerajaan
ini dipercayai pernah berpusat di Pengkalan ( Ipoh ), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan
Sungai Siput.

Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas tidak dapat
dinafikan oleh penyelidik sejarah pada hari ini. Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah
bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu kisah dongeng ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan
beberapa peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri
Perak amnya dan Beruas khususnya.

Asal

Gangga Negara bererti "bandar di Ganges" dalam bahasa Sanskrit, nama yang dipetik dari
Ganganagar di barat laut India di mana penduduk Kambuja tinggal. Kambuja merupakan puak Aryan
India-Iran dalam keluarga India-Eropah, pada asalnya tempatan di Pamir dan Badakshan. Terkenal
sebagai pedagang Hindu, mereka membina koloni mereka di Asia Tenggara sekitar 2,000 tahun
dahulu di lembah Mekong dan juga di Kepulauan Melayu di Funan, Chenla, Champa, Khmer, Angkor,
Langkasuka, Sailendra, Srivijaya, dll. Pakar sejarah mendapati pedagang Kambuja mengembara dari
Gujarat ke Sri Lanka dan ke Ligor (Nakhon Sri Thammarat) di utara semenanjung Tanah Melayu,
merentasi Thailand dan Kemboja.

Beruas

Penyelidikan pertama mengenai kerajaan Beruas dimulakan oleh Kolonel James Low pada tahun
1849 dan satu abad kemudian oleh HG Qlaritch-Males. Menurut Jabatan Antikuiti dan Muzium, kedua
penyelidik bersetuju bahawa kerajaan Gangga Negara wujud tetapi tidak dapat menentukan dengan
pasti tapaknya. Selama beberapa tahun, penduduk kampung telah membongkar artifak, termasuk
nesan dengan tulisan yang menunjukkan bahawa Beruas mungkin merupakan titik mula penyebaran
Islam di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan artifak, dipercayai semenjak kerajaan kuno, kini
dipamerkan di Muzium Beruas bertarik semenjak abad ke-5 dan ke-6. Artifak yang dipamerkan
termasuk meriam 128 kg, pedang, keris pitis, ketulan timah, tembikar dari kerajaan Dinasti Ming dan
pelbagai era, dan tempayan besar. Melalui artifak ini, ia telah dijangka bahawa Pengkalan (Ipoh),
Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput merupakan sebahagian kerajaan Beruas.
Artifak turut mencadangkan bahawa pusat kerajaan mungkin telah berpindah beberapa kali. Gangga
Negara dinamakan menjadi Beruas selepas Islam bertapak di sana.

Pokok Beruas

Beberapa batu nesan diraja Aceh turut ditemui di daerah Beruas dan ini mempunyai bukti kaitan
dengan sumber sejarah bahawa putera raja dari Aceh, Sumatra berehat di bawah pokok Beruas,
namanya Malik. Sejarah Pasai ada menyebut mengenai Malik ul Salih yang merupakan raja Melayu
Hindu tempatan pertama yang memeluk Islam pada tahun 1267. Kini pokok beruas telahpun pupus
tetapi masih dapat dijumpai di perkampungan berhampiran di Pengkalan Baru dan Batang Kubu.

2. Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)

Langkasuka atau juga dikenali sebagai Lang-ya-shiu, Lang-chia-shu (China), Langasyuka (Arab) dan
Ilangasoka (inkripsi Tangore). Mengikut catatan pelawat-pelawat China yang mengadakan hubungan
diplomatik dengan negeri-negeri Asia Tenggara pada abad ke-2 Masihi, “Lang-ya-shiu” atau
Langkasuka (Paul Wheatley 1961, 387-412) sudahpun wujud ketika itu. Berpandukan catatan
tersebut ahli-ahli sejarah Eropah percaya bahawa negeri Langkasuka yang terletak di pantai timur
Semenanjung Tanah Melayu antara Senggora (Songkhla) dan Kelantan itu adalah lokasi asal negeri
Patani. Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu silam yang terletak di Semenanjung Tanah
Melayu. Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan Kedah Tua berkemungkinan merupakan
kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu. Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada
kurun ke-2 Masihi. Legenda orang Melayu mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan di Kedah, dan
kemudian berpindah ke Pattani. Persoalan bagaimana Langkasuka bertukar menjadi Patani masih
belum dapat dipastikan oleh para pengkaji sejarah kerana tidak ada sebarang cacatan sejarah yang
jelas mengenainya.

Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber


sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk
kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama Masihi.

Nama Langkasuka juga ada disebut dalam tulisan-tulisan Melayu dan Jawa, sementara tulisan-tulisan
dari China pernah menyebut sebuah negeri iaitu Lang-ya-hsiu atau Lang-chia-shu. Pada tahun 515 M
Raja Bhagadatta menjalinkan hubungan dengan China. Hubungan itu dikukuhkan lagi dengan duta-
duta dihantar pada tahun 523, 531 dan 568 Masihi. Pada kurun ke-12, Langkasuka merupakan negeri
naungan kepada Kerajaan Srivijaya dan pada kurun ke-15 ia digantikan dengan Kerajaan Pattani.
Merong mahawangsa

Patani dan Langkasuka

Negeri Patani memiliki sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah negeri-negeri lain
di Semenanjung Tanah Melayu seperti Melaka, Johor dan Selangor. Sejarah lama Patani merujuk
kepada kerajaan Melayu tua pengaruh Hindu-India bernama Langkasuka sebagaimana dikatakan
oleh seorang ahli antropologi sosial di Prince of Songkla University di Patani, Seni Madakakul
bahawa Langkasuka itu terletak di Patani. Pendapat beliau ini didukung oleh sejarawan lain seperti
Prof. Zainal Abidin Wahid, Mubin Shepard, Prof. Hall dan Prof. Paul Wheatly.

Lebih jauh bahkan Sir John Braddle menegaskan bahawa kawasan timur Langkasuka meliputi
daerah pantai timur Semenanjung, dari Senggora, Patani, Kelantan sampai ke Terengganu, termasuk
juga kawasan sebelah utara negeri Kedah (M. Dahlan Mansoer, 1979).

Dalam buku sejarah negeri Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa, ada menyebut bahawa negeri
Langkasuka terbahagi kepada dua: Sebahagian terletak di negeri Kedah iaitu terletak di kawasan
tebing sungai Merbok. Sebahagian yang lain terletak di sebelah timur Kedah, iaitu di pantai Laut
China Selatan. Dalam hal ini, Prof. Paul Wheatly tanpa ragu mengatakan bahawa Langkasuka
terletak di Patani sekarang. Pendapat beliau dikuatkan dengan penemuan kepingan batu-batuan
purba peninggalan kerajaan Langkasuka di daerah Jerang dan Pujud (nama-nama kota pada masa
itu). Paul Wheatly turut menjelaskan bahawa kerajaan Langkasuka menguasai jalan perdagangan
timur-barat melalui Segenting Kra dan kekuasaannya meliputi kawasan Semenanjung sehingga ke
Teluk Benggala. Kerajaan Melayu Langkasuka wujud sehingga menjelang abad ke-13 dan diganti
oleh Kerajaan Melayu Patani. Dakwaan menurut Kakawin Nagarakretagama, Jerang atau Djere
merupakan ibukota Langkasuka.

Sedangkan asal usul orang Patani menurut para antropologi berasal dari suku Jawa-Melayu. Sebab
ketika itu suku inilah yang mula-mula mendiami Tanah Melayu. Kemudian berdatangan pedagang
Arab dan India yang melakukan persemendaan sehingga menurunkan keturunan Melayu Patani di
selatan Thai sekarang.
Tanah Melayu telah didatangi pedagang dari Arab, India dan China sejak sebelum Masihi. Seorang
pengembara China menyebut bahawa ketika kedatangannya ke Langkasuka pada tahun 200 Masihi,
beliau mendapati negeri itu telah lama dibuka.[perlu rujukan]

Patani adalah sebuah kerajaan yang termaju di Semenanjung Tanah Melayu dan sebuah pelabuhan
yang penting sejak kurun ke-8 Masihi kerana Teluk Langkasuka (Teluk Patani sekarang) sangat
sesuai dijadikan tempat kapal-kapal dagang berlabuh dan berlindung daripada ribut tengkujuh.
Namun begitu, persoalan bagaimana Langkasuka bertukar menjadi Patani masih belum dapat
dipastikan oleh para pengkaji sejarah kerana tidak ada sebarang cacatan sejarah yang jelas
mengenainya.

3. Pan Pan (kurun-3 hingga urun-5)

Pan Pan ialah sebuah kerajaan Hindu kecil yang dipercayai wujud pada kurun ketiga hingga ketujuh
masihi dan terletak di suatu kawasan di Kelantan atau Terengganu, Malaysia. Tidak banyak yang
diketahui tentang kerajaan ini. Adalah juga dipercayai bahawa kerajaan ini ditakluk oleh empayar
yang lebih besar iaitu Srivijaya.

Semasa Dinasti Utara dan Selatan pada tahun 529, 533, 534, 535 dan 571, Kerajaan Pan Pan
menghantar ufti ke China. Pada tahun 616 dan 637 Kerajaan Pan Pan menghantar ufti kepada
Dinasti Tang

4. Srivijaya (kurun-7 hingga kurun-14)

Srivijaya (juga disebut Sri Vijaya atau Sriwijaya ) ialah sebuah empayar maritim Melayu purba yang
berpusat di Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu yang banyak mempengaruhi Asia Tenggara.
Bukti terawal kewujudannya adalah dari abad ke-7; apabila seorang sami Buddha dari China, I-Tsing,
ada menulis tentang lawatannya selama 6 bulan ke Srivijaya pada tahun 671. Batu Bersurat Kedukan
Bukit bertarikh 683 masihi yang ditemui di Palembang, Sumatera juga ada menyebut tentang
Srivijaya. Kerajaan ini runtuh sepenuhnya pada abad ke-13 disebabkan pelbagai faktor, antaranya
ialah kebangkitan kerajaan Jawa Majapahit.Dari abad ke-8 hingga abad ke-11, Srivijaya adalah pusat
pengembangan agama Buddha yang utama di kepulauan Melayu. Dalam Bahasa Sanskrit, sri (श्री)
bermaksud "seri" atau "sinar" dan "vijaya" (विजय) bermaksud "kejayaan" atau "kemenangan".
Selepas kejatuhan Srivijaya, ia dilupakan sepenuhnya dan ahli sejarah tidak pernah menganggap ada
kerajaan bersatu yang besar pernah wujud di kepulauan Asia Tenggara. Kewujudannya pertama kali
diakui secara rasmi pada tahun 1918, oleh ahli sejarah berbangsa Perancis Georges Coedès dari
École française d'Extrême-Orient.
Kebesarkan raja Srivijaya digambarkan melalui catatan Arab yang mensifafkannya sebagai Raja di
Gunung dan Maharaja di Pulau. Raja di Gunung dan Maharaja menggambarkan kebesaran raja yang
mempunyai kuasa sakit, berkuasa multak, dan bersifat ketuhanan. Raja Srivijaya memerintah secara
multak dan dibantu oleh menteri yang menjadi perantaraan raja dengan rakyat.
Penubuhan

Sejarah awal Srivijaya adalah kabur. Catatan China dari Sejarah Negeri Liang menyatakan
kewujudan sebuah kerajaan kuno bernama Kantoli disyaki berpusat di kawasan antara Jambi dan
Palembang, dan dipercayai merupakan pendahulu Srivijaya. Ahli sejarah China, Shenyao (414-512)
dalam bukunya Sung Shunya (Sejarah Awal Sung) ada menyebut tentang satu utusan dari negeri
"Ho-Lo-Tan" yang dihantar oleh Raja "Shih-li-pi-cho-yeh" pada tahun 434 masihi, satu nama yang
sangat mirip dengan sebutan "Srivijaya". Sejarawan moden berbeza pendapat tentang kedudukan
sebenar "Ho-Lo-Tan", namun kajian lanjut menunjukkan ia terletak di Semenanjung Tanah Melayu.
Pendapat ini disokong oleh sarjana Belanda, Ir. J.L Moens, sarjana Jepun, K. Takakuwa dan sarjana
Jerman, Hermann Schlegel yang mengaitkannya dengan negeri Kelantan tua. Dalam tulisannya pada
tahun 1937, Moens berpendapat Kelantan menggunakan nama "Sri Vijaya" tidak lama selepas tahun
666 masihi. Menurut Coedes, oleh kerana telah menjadi amalan biasa di rantau ini pada zaman
dahulu di mana Raja yang memerintah menamakan kerajaannya bersempena namanya,
berkemungkinan besar nama Raja "Shih-li-pi-cho-yeh" ini merupakan asal-usul nama kerajaan yang
muncul ratusan tahun kemudian (abad ke-7) di Sumatera. Pada tahun 671 masihi, I-Tsing melawat
bandar Bogha (Palembang) dan menetap di sana selama 6 bulan untuk mempelajari tatabahasa
Sanskrit dan Bahasa Melayu. Dari Palembang, beliau melawat pula negeri Mo-Lo-Yu yang
menurutnya terletak 15 hari pelayaran dari Bogha. Dari catatan I-Tsing, nama negeri Mo-Lo-Yu baru
bertukar menjadi Sribogha ketika beliau melawatnya. Keterangan I-Tsing dilihat konsisten dengan
beberapa catatan batu bersurat yang menunjukkan empayar Srivijaya dibentuk pada abad ke-7.

Berdasarkan Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 605 saka (683 masihi), kerajaan Srivijaya
didirikan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa yang memimpin satu armada dengan 20,000 bala tentera
dari Minanga Tamwan ke Matayap dan menaklukinya. Beberapa batu bersurat lain yang ditemui di
Kota Kapur di Pulau Bangka (686 masihi), Karang Birahi di Jambi Hulu (686 masihi) dan Palas
Pasemah di selatan Lampung, menceritakan peristiwa yang sama. Dari keterangan batu-batu
bersurat ini, dapat disimpulkan yang Jayanasa mendirikan Kerajaan Srivijaya setelah mengalahkan
musuh-musuhnya di Jambi, Palembang, Selatan Lampung dan Pulau Bangka. Asal usul Raja
Jayanasa dan kedudukan sebenar Minanga Tamwan masih diperdebatkan ahli sejarah, ada yang
berpendapat armada yang dipimpin Jayanasa ini berasal dari luar Sumatera, berkemungkinan besar
dari Semenanjung Tanah Melayu.
Srivijaya meluaskan lagi empayarnya dengan menakluk bahagian barat Pulau Jawa pada penghujung
abad ke-7. Batu Bersurat Kota Kapur yang bertarikh 608 saka (686 masihi) menceritakan tentang
sumpahan Maharaja Srivijaya ke atas sebuah kerajaan di Pulau Jawa sebelum Srivijaya menyerang
kerajaan tersebut. Masa peristiwa ini berlaku adalah bertepatan dengan masa kejatuhan kerajaan
Tarumanagara dan kerajaan Kalingga (Ho-Ling dalam catatan China) di Jawa Barat. Ada juga rekod
menyatakan sebuah keluarga diraja beragama Buddha yang mempunyai hubungan dengan Srivijaya,
mendominasi bahagian tengah pulau Jawa ketika itu, berkemungkinan besar dari kerabat Sailendra.
Kejayaan Srivijaya menguasai Pulau Jawa, Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu
membolehkannya mengawal laluan perdagangan utama di Selat Melaka, Laut China Selatan, Selat
Sunda dan Selat Karimata.

Pada awal abad ke-8, pelabuhan-pelabuhan Champa di timur Indochina mula bangkit menjadi
pesaing kepada kuasa perdagangan Srivijaya. Untuk menghapuskan ancaman ini, Maharaja
Srivijaya, Sri Dharmasetu melancarkan beberapa serangan ke atas bandar-bandar pesisir
Indonchina. Bandar Indrapura yang terletak di tebing Sungai Mekong pernah suatu ketika dikuasai
oleh Srivijaya pada abad ke-8. Dominasi Srivijaya di pesisir Indochina berakhir apabila Raja
Jayavarman II menubuhkan Empayar Khmer pada abad yang sama. Sri Dharmasetu digantikan oleh
Samaratungga yang menjadi Maharaja Srivijaya dari tahun 792 hingga 835 masihi. Tidak seperti Sri
Dharmasetu yang mengamalkan dasar perluasan kuasa, Samaratungga lebih memilih untuk
menguatkan kedudukan Srivijaya di Jawa. Candi Borobudur di Jawa tengah dibina dan disiapkan
pada tahun 825 masihi, ketika pemerintahan Samaratungga.

Struktur dan pusat pemerintahan


Pembentukan satu negara kesatuan dalam dimensi struktur kuasa politik Srivijaya, dapat diperolehi
dari beberapa batu bersurat yang mengandungi maklumat penting tentang istilah-istilah kadātuan,
vanua, samaryyāda, mandala dan bhūmi.

Kadātuan boleh membawa erti kawasan dātu, (tnah rumah) tempat tinggal bini hāji, tempat disimpan
mas dan hasil cukai (drawy) sebagai kawasan yang mesti dijaga. Kadātuan ini dikelilingi oleh vanua,
yang boleh dianggap sebagai kawasan kota Srivijaya yang di dalamnya terdapat vihara yang menjadi
tempat beribadah masyarakat. Kadātuan dan vanua ini merupakan kawasan teras bagi Srivijaya itu
sendiri. Menurut Casparis, samaryyāda merupakan kawasan yang bersempadan dengan vanua, yang
dihubungkan dengan jalan khusus (samaryyāda-patha) yang bermaksud kawasan pedalaman.
Manakala mandala merupakan satu kawasan autonomi dari bhūmi yang berada dalam pengaruh
kekuasaan kadātuan Srivijaya.

Pemerintah Srivijaya memakai gelaran Dapunta Hyang atau Maharaja, dan dalam lingkaran raja
terdapat secara berurutan yuvarāja (putera mahkota), pratiyuvarāja (putera mahkota kedua) dan
rājakumāra (pewaris berikutnya). Batu Bersurat Telaga Batu banyak menerangkan pelbagai jawatan
dalam struktur pemerintahan kerajaan pada zaman Srivijaya.

Sekitar tahun 1993, Pierre-Yves Manguin melakukan penyelidikan dan berpendapat bahwa pusat
Srivijaya terletak di Sungai Musi di antara Bukit Siguntang dan Sabokingking (di provinsi Sumatera
Selatan sekarang). Namun sebelumnya Soekmono berpendapat bahwa pusat Srivijaya terletak di
kawasan hiliran Batang Hari, antara Muara Sabak hingga ke Muara Tembesi (di provinsi Jambi
sekarang), dengan catatan Mo-lo-yu (I-Tsing) tidak di kawasan tersebut, jika Mo-lo-yu berada di
kawasan tersebut, beliau cenderung kepada pendapat Moens, yang sebelumnya juga telah
berpendapat bahawa pusat pemerintahan Srivijaya berada di kawasan Candi Muara Takus (provinsi
Riau sekarang), berdasarkan anggaran petunjuk arah perjalanan dalam catatan I-Tsing,. Ahli sejarah
Thai berpendapat, daerah Chaiya di wilayah Surat Thani juga pernah menjadi pusat pemerintahan
Srivijaya, berdasarkan penemuan banyak rumah-rumah ibadat dengan gaya seni bina unik yang
berasal dari zaman Srivijaya.Namun yang pasti pada masa penaklukan Rajendra Chola I,
berdasarkan Inskripsi Tanjore, ibu kota Srivijaya adalah di Kadaram (Kedah sekarang).

Hubungan luar

Pada tahun 100 Hijrah (718 masihi) Maharaja Srivijaya yang bernama Sri Indravarman mengutus
sepucuk surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan memohon baginda menghantar seorang
Ulama bagi menerangkan tentang agama Islam. Surat tersebut berbunyi:“ Daripada Raja kepada
sekalian Raja yang merupakan keturunan dari seribu Raja-Raja, yang permaisurinya juga merupakan
cucu kepada seribu Raja-Raja, yang taman haiwannya mengandungi seribu gajah, yang di dalam
wilayahnya terdapat dua sungai yang mengairi pohon jadam, rempah wangi, buah pala dan limau
nipis yang aromanya tersebar sejauh 12 batu. Ke hadapan Raja Arab yang tidak menyembah tuhan-
tuhan yang lain selain Allah. Aku telah mengirim padamu satu hadiah yang tidak seberapa sebagai
tanda persahabatan. Aku mohon agar kamu menghantar padaku seseorang yang boleh mengajarku
tentang Islam dan menerangkan padaku undang-undangnya. ”

Empayar Srivijaya dan kerajaan-kerajaan lain di Asia pada tahun 900 masihi.

Peristiwa ini menjadi bukti yang istana Srivijaya telah menjalin hubungan diplomatik dan perdagangan
dengan dunia Islam-Arab. Bagaimanapun ia tidak bermaksud yang Maharaja Srivijaya telah memeluk
Islam, tetapi mungkin untuk menunjukkan hasrat Sri Indravarman yang ingin mendalami undang-
undang dan budaya rakan dagang Srivijaya dan tamadun-tamadun di sekitarnya seperti China, India
dan Timur Tengah.

Srivijaya menjalin hubungan yang erat dengan Kerajaan Pala di Benggala. Inskripsi Nalanda yang
bertarikh 860 masihi ada mencatatkan yang Maharaja Balaputradewa menghadiahkan sebuah kuil
Buddha kepada Universiti Nalanda. Hubungan dengan kerajaan Chola di selatan India juga pada
mulanya sangat baik. Sekitar tahun 1005 masihi, Maharaja Sri Chulamanivarman yang dirujuk dalam
inskripsi-inskripsi India sebagai "Raja Kataha dan Srivijaya" telah mengarahkan pembinaan sebuah
kuil Buddha di Nagapattinam, selatan India yang dinamakan bersempena namanya iaitu
Chulamanivarmavihara. Rajaraja Chola I menghadiahkan harta yang banyak dari sebuah kampung
kepada kuil ini.
Sri Chulamanivarman juga meneruskan tradisi menjalin hubungan yang erat dengan negeri China
seperti yang diamalkan pendahulu-pendahulunya, dengan menghantar beberapa utusan ke sana.
Pada tahun 1003 masihi, Raja Se-li-chu-la-wu-ni-fu-ma-tian-hwa (Sri Chulamanivarman) menghantar
dua utusan menghadap Maharaja China bagi menyampaikan ufti; mereka menceritakan yang negara
mereka ada membina sebuah kuil Buddha bagi mendoakan kesejahteraan Maharaja dan mereka
memohon perkenan Maharaja China untuk memberikan nama dan loceng untuk kuil tersebut. Satu
titah perintah telah dikeluarkan dengan kuil itu mendapat nama Cheng tien wan shou yang
bermaksud "kurniaan 10,000 tahun dari Syurga" (dipercayai Candi Bungsu, salah satu bahagian dari
candi yang terletak di Muara Takus dan sebuah loceng ditempa untuk dihadiahkan kepada utusan
tersebut. Beberapa utusan kemudiannya dihantar lagi ke negeri China pada tahun 1004, 1008, 1016,
1017 dan 1018.

Hubungan yang erat Srivijaya dengan dua kuasa besar di Asia pada masa itu, Chola di India dan
Dinasti Song di China telah membolehkan putera Sri Chulamanivarman yang menggantikannya,
Maharaja Sri Mara Vijayatunggavarman membalas dendam perbuatan Raja Dharmawangsa dari
Kerajaan Medang di Jawa Tengah yang menyerang Srivijaya pada tahun 990 masihi. Pada tahun
1006 masihi, bala tentera Srivijaya menyerang Kerajaan Medang dan menghancurkan Istana
Watugaluh di Pulau Jawa. Dharmawangsa dan para pembesarnya kemudiannya dibunuh, membawa
kepada berakhirnya Kerajaan Medang.

Hubungan baik Srivijaya dengan Kerajaan Chola bagaimanapun tidak kekal lama apabila Rajendra
Chola I menaiki takhta pada tahun 1012 dan melancarkan perang ke atas Srivijaya pada tahun 1025
masihi.Rajendra Chola I menakluk hampir kesemua kota-kota di Semenanjung Tanah Melayu dan
Sumatera. Serangan besar-besaran kerajaan Chola ini bagaimanapun tidak membawa kepada
kelangsungan politik Chola ke atas wilayah-wilayah yang diserang kerana pada tahun 1028 masihi,
Maharaja Sri Sangrama Vijayatunggavarman yang ditawan di Kadaram telah digantikan oleh seorang
Maharaja baru yang kemudiannya menghantar satu utusan ke negeri China. Dalam Sejarah Sung,
Maharaja ini dikenali dengan nama Shih-Li-Tieh-Hua atau "Sri Deva" (berkemungkinan satu nama
yang tidak lengkap).

Agama

Kerajaan Srivijaya banyak dipengaruhi oleh agama-agama besar dari India, pada mulanya oleh
agama Hindu kemudian diikuti pula oleh agama Buddha. Dari catatan Keterangan tentang Orang
Gasar yang dikumpulkan pada zaman Dinasti Sung, masyarakat "San Bo Tsai" dikatakan ada
mengamalkan satu adat yang dikenali sebagai Tung-Sheng-Ssu (hidup dan mati bersama), yang
mirip dengan amalan Suttee dari agama Hindu. Namun, berdasarkan catatan China dan India yang
lain serta penemuan arkeologi, Srivijaya merupakan pusat agama Buddha yang utama di Kepulauan
Melayu.

Sebagai pusat perkembangan agama Buddha Vajrayana yang utama, Srivijaya menarik ramai
penziarah dan sarjana dari negara-negara lain di Asia, antara yang terkenal ialah sami Buddha dari
China, I-Tsing. Pada tahun 671 masihi, dalam perjalanan ke Universiti Nalanda, India, beliau singgah
di Srivijaya untuk mempelajari Sabdavidya (tatabahasa Sanskrit). Pada tahun 695, beliau melawat
Srivijaya sekali lagi untuk mendalami agama Buddha. Menurut I-Tsing, penduduk Srivijaya melakar
imej-imej Buddha dengan emas dan memberi sembahan kepada Buddha dalam bentuk bunga teratai
emas. Ibu kotanya didiami oleh ramai sarjana Buddha dan menjadi pusat pembelajaran agama
Buddha yang utama di seluruh Nanyang (laut selatan).“ Banyak raja dan pemimpin yang berada di
pulau-pulau di Laut Selatan percaya dan mengagumi Buddha, di hati mereka telah tertanam
perbuatan baik. Di sebalik tembok kota Srivijaya, terdapat lebih dari 1000 sami Buddha, yang belajar
dengan tekun dan mengamalkannya dengan baik. Mereka mengkaji dan mempelajari semua subjek
yang wujud sama seperti di "Kerajaan Tengah" (Madhya-desa, India); tidak banyak perbezaan dalam
aturan-aturan dan upacara-upacaranya. Jika seorang biarawan Cina ingin pergi ke Barat (India) untuk
mendengar (syarahan) dan membaca (teks asli), lebih baik ia tinggal dulu di sini selama satu atau
dua tahun untuk mendalami aturan-aturan yang betul sebelum melanjutkan pelajaran ke tengah India.
- I-Tsing ”

Selain aliran Vajrayana, ajaran Buddha dari aliran Hinayana dan Mahayana juga turut berkembang di
Srivijaya. Dharmarakshita atau Suvarnadvipi Dharmakīrti, salah seorang sarjana Buddha yang
terkenal dengan teks Mahayana beliau, "Roda Senjata Tajam" (Bahasa Tibet: blo-sbyong mtshon-cha
'khor-lo) hidup pada zaman pemerintahan Sri Chulamanivarman, dan merupakan ketua sarjana
Buddha di Suvarnadvipa (Sumatera). Sarjana Buddha dari Benggala yang terkenal dengan
peranannya mengembangkan Buddha Vajrayana di Tibet iaitu Atisha, dikatakan pernah berguru
dengan Dharmarakshita di Sumatera, dari tahun 1011 hingga 1023 masihi.

Kemahsyuran Srivijaya sebagai pusat perdagangan di Asia Tenggara berkemungkinan besar menarik
minat para pedagang dan ulama Muslim dari Timur Tengah menyebarkan agama Islam. Beberapa
kerajaan yang pada mulanya merupakan sebahagian dari Srivijaya, bakal muncul menjadi kerajaan-
kerajaan Islam di Semenanjung dan Sumatera, ketika pengaruh Srivijaya semakin lemah. Ada
sumber yang menyebut, kerana pengaruh orang muslim Arab yang banyak berkunjung dan
berdagang di Srivijaya, maka seorang raja Srivijaya yang bernama Sri Indrawarman pada tahun 718
berminat untuk mengetahui tentang agama Islam, sehingga mungkin kehidupan sosial Srivijaya
adalah masyarakat sosial yang di dalamnya terdapat masyarakat Buddha dan Muslim sekaligus.
Tercatat beberapa kali raja Srivijaya mengutus surat kepada khalifah Islam di Damsyik. Salah satu
naskhah surat yang ditujukan kepada khalifah Umar bin Abdul Aziz (717-720) berisi permintaan agar
khalifah sudi mengirimkan da'i ke istana Srivijaya.

Seni dan Budaya


Berdasarkan beberapa sumber sejarah, satu masyarakat kosmopolitan yang kompleks dengan nilai
peradaban yang tinggi, dipengaruhi secara mendalam oleh aliran Buddha Vajrayana, telah mendiami
ibu kota Srivijaya. Batu Bersurat Talang Tuwo dari abad ke-7 ada menerangkan tentang satu ritual
agama Buddha untuk memberkati upacara perasmian satu taman Sriksetra (taman awam), anugerah
Maharaja Srivijaya untuk rakyatnya. Batu Bersurat Telaga Batu menggambarkan kerumitan susunan
pangkat para pembesar dalam kerajaan Srivijaya, sementara Batu Bersurat Kota Kapur menyebut
tentang kekuatan bala tentera Srivijaya ke atas Pulau Jawa. Kesemua batu-batu bersurat ini adalah
dalam Bahasa Melayu Kuno, bahasa yang digunakan oleh orang Srivijaya yang merupakan leluhur
bagi Bahasa Melayu Klasik yang kemudiannya menjadi asas kepada Bahasa Melayu dan Bahasa
Indonesia moden. Sejak abad ke-7, Bahasa Melayu Kuno telah digunakan di Nusantara, dibuktikan
oleh batu-batu bersurat Srivijaya dan beberapa batu bersurat yang menggunakan Bahasa Melayu
Kuno yang ditemui di pesisir pantai Kepulauan Melayu, contohnya batu bersurat Bukateja, Gandasuli,
Kayumwungan, Sojomerto dan Manjusrigrha yang ditemui di Jawa, serta Plat Tembaga Laguna yang
ditemui di Manila, Filipina. Perkembangan perdagangan merupakan antara faktor utama penyebaran
Bahasa Melayu Kuno kerana ia adalah medium komunikasi yang utama bagi para pedagang. Sejak
itu, Bahasa Melayu Kuno menjadi Lingua franca dan digunakan secara meluas di Kepulauan Melayu.

Sejarah Sung (960-1279) ada menceritakan sedikit sebanyak tentang masyarakat "San Bo Tsai"
(Srivijaya). Menurut Sejarah Sung, Orang Srivijaya menyapu badan mereka dengan sejenis minyak
wangi dan mereka menghasilkan arak dari bunga, kelapa, pin-lang atau madu. Mereka menulis
menggunakan tulisan Sanskrit dan Rajanya menggunakan cincinnya sebagai Cop Mohor, mereka
juga tahu menulis dalam karakter Cina yang selalunya digunakan ketika menghantar ufti. Selain itu,
ramai orang Srivijaya mempunyai pangkal nama "Pu". Keterangan tentang Orang Gasar yang juga
dikumpulkan pada zaman Dinasti Sung menyebut yang orang Srivijaya melilit badan mereka dengan
pakaian dari kapas (Sarung) dan menggunakan payung dari sutera. Mereka berperang di darat dan
juga di laut dan organisasi ketenteraannya sangat baik. Apabila seseorang Raja mangkat, rakyat
akan mencukur kepala mereka sebagai tanda berkabung. Di ibu kotanya, terdapat satu arca Buddha
yang dipanggil "Gunung Emas dan Perak". Rajanya pula sering mendapat gelaran "Sari Ular", dan
baginda memakai satu mahkota dari emas yang sangat berat. Negara Srivijaya mempunyai beberapa
pusat perdagangan utama yang mengawal semua kapal yang keluar masuk, sempadan-sempadan
pelabuhan ditandakan dengan rantai-rantai besi.

Meskipun mampu membina kekuatan ekonomi, budaya dan ketenteraan yang hebat, Srivijaya hanya
meninggalkan sejumlah kecil monumen arkeologi di pusat kerajaannya di Sumatera, berbeza dengan
kawasan yang pernah mendapat pengaruhnya di bawah pimpinan dinasti Sailendra di Jawa Tengah
yang memiliki tinggalan monumen seperti mandala Kalasan, Sewu dan Borobudur. Kuil-kuil Buddha
yang dibina pada zaman Srivijaya di Sumatera antaranya ialah Candi Muaro Jambi, Muara Takus dan
Biaro Bahal, bagaimanapun tidak seperti kuil-kuil di Jawa Tengah yang dibina dari batu andesit, kuil-
kuil di Sumatera dibina dari batu bata merah.
Beberapa arca seperti Buddha dan Boddhisattva Avalokiteshvara telah ditemui di Bukit
Seguntang,Palembang, Jambi, Bidor, Perak dan Chaiya, Surat Thani. Kesemua arca ini menampilkan
keanggunan dan gaya biasa yang dikenali sebagai "Seni Srivijaya" yang memperlihatkan kemiripan -
mungkin diilhamkan - dari seni Amaravati India atau Sailendra (abad ke-8 - ke-9)

Perdagangan

Dalam dunia perdagangan, Srivijiya adalah empayar yang mengawal dua laluan utama antara India
dan China, iaitu Selat Sunda dari Palembang dan Selat Melaka dari Kedah. Catatan Arab
menyatakan yang empayar Maharaja Srivijaya adalah sangat luas sehinggakan kapal yang paling laju
pada zaman itu pun tidak mampu untuk belayar mengelilingi semua pulau-pulanya selama dua tahun.
Menurut keterangan I-Tsing, Raja Srivijaya memiliki kapal-kapal yang banyak untuk tujuan
perdagangan. Komoditi utama adalah rotan, gaharu, kino merah, kapur barus, jadam, cengkih,
minyak cendana, buah pala, buah pelaga, buah pinang, buah kelapa, kemukus, gading dan timah,
menjadikan kekayaan Maharajanya setanding dengan mana-mana raja di India. Srivijaya juga adalah
negara yang sangat kaya dengan emas, bahkan I-Tsing pernah menggelarnya sebagai "Chin Chou"
atau "Kepulauan Emas". Rakyatnya menyediakan sembahan kepada Buddha dalam bentuk bunga
teratai emas, menggunakan bekas-bekas dari emas, dan membina arca-arca dari emas. Berbeza
dengan mata wang China pada zaman tersebut yang biasanya diperbuat dari tembaga, loyang atau
besi, orang Srivijaya hanya menggunakan emas dan perak dalam perdagangan.

Selain menjalin hubungan dagang yang menguntungkan dengan India dan China, Srivijaya juga
membentuk jaringan perdagangan dengan dunia Arab. Berkemungkinan besar, satu utusan yang
dihantar Maharaja Sri Indravarman untuk menyampaikan surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz
dari Kerajaan Bani Umayyah pada tahun 718 masihi, telah kembali dengan Zanji (hamba wanita kulit
hitam dari Zanj), hadiah Khalifah kepada Maharaja. Kemudiannya, catatan China ada menyebut
tentang Shih-li-t-'o-pa-mo (Sri Indravarman), Maharaja Shih-li-fo-shih yang menghantar kepada
Maharaja China ts'engchi (sebutan China untuk perkataan Arab Zanji) sebagai hadiah.

Zaman keemasan

Pada separuh pertama kurun ke-10, ketika zaman kejatuhan Dinasti Tang dan kebangkitan Dinasti
Song, perdagangan berkembang dengan pesat di antara dunia luar China dengan kerajaan Min di
Fujian dan kerajaan Nan Han di Guangdong. Dengan kemakmuran yang dikecapi pada zaman
permulaan Dinasti Song, keadaan ini sangat menguntungkan Srivijaya. Pada tahun 903 masihi,
penulis Islam Ibn Rustah sangat kagum dengan kekayaan pemerintah Srivijaya sehingga beliau
pernah menyatakan yang tiada Raja lain yang sekaya dan sekuat Raja Srivijaya. Pusat perbandaran
utama Srivijaya pada zaman itu adalah di Palembang, Muara Jambi, Kedah dan Chaiya.

Ketika era keemasannya, Srivijaya adalah kerajaan yang terkuat dan terkaya di bahagian barat
kepulauan Melayu, dan empayarnya meliputi 15 negeri seperti yang diceritakan oleh Chou-Ju-
Kua[50]; Pong-fong (Pahang), Tong-ya-nong (Terengganu), Ling-ya-si-kia (Langkasuka), Kilan-tan
(Kelantan), Fo-lo-an (Dungun), Ji-lo-t'ing (Cherating), Ts'ien-mai (Semawe, Semenanjung), Pa-t'a
(Sungai Paka, utara Semenanjung), Tan-ma-ling (Tambralinga, Ligor atau Nakhon Si Thammarat),
Kia-lo-hi (Krabi), Pa-lin-fong (Palembang), Sin-t'o (Sunda), Lan-wu-li (Lamuri di Aceh), Kien-pi (Jambi)
dan Si-lan (Kemboja) .

Pengaruh kuasa perdagangan Srivijaya di Lautan India telah membawa kepada penghijrahan
penduduk kepulauan Melayu ke Madagascar.Selain itu, pengaruhnya juga menjalar ke bahagian
timur ke Borneo sehingga ke kepulauan Filipina, terutamanya kepulauan Sulu dan Visayas. Pada
kurun ke-10, Kerajaan Tondo yang berada di bawah pengaruh Srivijaya telah ditubuhkan di Manila

Zaman kejatuhan

Akibat dari kekacauan yang berlaku di pesisir pantai China ketika zaman kejatuhan Dinasti Tang,
bukan hanya aktiviti perdagangan orang Arab dan Parsi dengan China terjejas teruk, malah Srivijaya
juga menerima kesan besar darinya. Walaupun ia masih menguasai laluan perdagangan di Selat
Melaka dan pesisir utara Semenanjung Tanah Melayu, perdagangan dan kekayaannya mula merosot
pada penghujung kurun ke-9 dan awal kurun ke-10. Menjelang tahun 925 masihi, tiada lagi komuniti
pedagang asing di China, kekacauan dan pelanunan semakin menjadi-jadi selama beberapa dekad
berikutnya di sepanjang pesisir selatan China. Pada penghujung kurun ke-10, perdagangan dengan
Asia Selatan dan Asia Tenggara mula pulih dengan peranan Dinasti Song Selatan di China,
bagaimanapun ia menimbulan persaingan yang serius di antara Srivijaya dengan Kerajaan Medang di
Jawa Timur dan Wangsa Chola di India selatan. Ketiga-tiga kerajaan bersaing merebut laluan
perdagangan dengan China yang baru pulih.

Di antara tahun 1003 dan 1018, Srivijaya menghantar 7 utusan ke China, mengiklankan produk-
produk Asia Selatan beserta dengan barangan wangi, rempah dan lada. Kerajaan Medang juga cuba
menjalin hubungan perdagangan langsung dengan China manakala Chola pula menghantar satu
utusan ke sana pada tahun 1015. Akibat dari persaingan tiga segi ini, Srivijaya menyerang dan
menghancurkan kerajaan Medang pada tahun 1006, namun ia diserang pula oleh angkatan laut
Chola di bawah Rajendra Chola I pada tahun 1025. Angkatan laut Chola menyeberang Teluk Bengal,
menjarah ibu kota Srivijaya di Kadaram, dan menawan Maharajanya, Sri Sangrama
Vijayatunggavarman. Selain Kadaram, Pannai di Sumatera dan Malaiyur di Semenanjung Tanah
Melayu juga diserang.

Inskripsi Tanjore yang bertarikh 1030 masihi ada menceritakan tentang kempen ketenteraan Chola
ini:

"..pada tahun ke-22 pemerintahan Kopparakesarivanmar sri Rajendra Sola Deva, yang,-..menakluk
dengan tenteranya yang hebat, Idaiturai-nadu, Varanasi..dll..dan yang menghantar kapal-kapal
mengharungi lautan bergelora dan menawan Sangirama-vijaiyattungopanma, Raja Kidaram, bersama
dengan gajah-gajahnya..,membawa pulang timbunan besar harta rampasan perang, Vichchadira-
ttorana pada pintu gerbang di kota musuh yang sangat besar, set gerbang wiket dihiasi permata yang
indah, set pintu dengan permata yang besar; sri-Vijaiyam yang luas; Pannai yang diairi sebuah
sungai; Malaiyur purba yang kubunya terletak di atas bukit yang tinggi; Māyirudingam, dengan kubu
parit dari air laut yang mengelilinginya; Ilangāsōbam, dengan semangat juangnya yang kental;
Māppappālam, yang memiliki air yang banyak sebagai benteng pertahanan; Mēvilambangam, yang
kubu pertahanannya sangat kukuh; Valaippandūru, yang terletak di tengah-tengah hutan belantara;
Talaittakolam, yang disanjung para ilmuan; Madamalingam, dengan semangat keperwiraannya yang
kental; Nilamuri-desam, yang kekuatan luar biasanya, meningkat dengan amarah; Mānakkavāram
yang memiliki taman-taman, di mana bunga-bunga dipenuhi madu; Kidaram, yang sangat hebat
kekuatannya, dikawal oleh pahlawan-pahlawan yang memakai gelang di kaki,.."

— Penerangan tentang serangan ke atas Srivijaya oleh Wangsa Chola dalam Inskripsi Tanjore.

Dalam masa 100 tahun, beberapa lagi serangan telah dilancarkan oleh Wangsa Chola ke atas
Semenanjung dan Sumatera. Meskipun dipaksa berperang secara defensif dalam tempoh yang
sangat lama, kekuatan Srivijaya yang terletak di pulau-pulau yang mengawal selat-selat, tidak mampu
dimusnahkan sepenuhnya oleh angkatan Chola yang kuat. Serangan-serangan Chola selama 100
tahun ini boleh dianggap sia-sia kerana ia tidak membawa kepada pendudukan efektif Wangsa Chola
di Kepulauan Melayu, sebaliknya ia hanya mampu melemahkan kedudukan Srivijaya bahkan
melemahkan kuasa Chola sendiri dan membuka peluang kepada penguasaan orang Islam di Lautan
Hindi.

Kelemahan Srivijaya telah menyebabkan banyak negeri lindungannya membebaskan diri dari
kekuasaannya, beberapa kerajaan serantau lain yang kuat juga mula muncul menyainginya, seperti
Kediri dan kemudiannya Singhasari. Kerajaan-kerajaan ini yang berasaskan pertanian, adalah
berbeza dengan Srivijaya yang sangat bergantung pada perdagangan pesisir dan jarak jauh.
Kekuatan tentera Srivijaya yang semakin lemah juga menyebabkan ia tidak mampu lagi
mempertahankan dirinya dari serangan-serang dua kerajaan yang kuat: Sukhotai Siam di utara dan
Singhasari di selatan. Sukhotai menawan Ligor, Takuapa dan lain-lain bandar pelabuhan di
Segenting Kra. Singhasari pula menawan kebanyakan wilayah di bawah ketuanan Srivijaya di Jawa
dan Sumatera. Pada tahun 1288, Singhasari melancarkan Ekspedisi Pamalayu untuk menawan
negeri-negeri Melayu di Sumatera. Menjelang tahun 1292, empayar ini telah runtuh sepenuhnya,
Marco Polo yang melawat kepulauan Melayu pada tahun tersebut tidak ada menyebut langsung
tentang Srivijaya. Begitu juga dengan Kakawin Nagarakretagama yang dikarang pada tahun 1365,
tidak lagi menyebut tentang Srivijaya untuk wilayah-wilayah yang dulunya di bawah ketuanan
Srivijaya.

Warisan
Berakhirnya Kerajaan Srivijaya tidak bermakna tamatnya tradisi pemerintahan istana Melayu.
Beberapa percubaan untuk menghidupkan kembali Srivijaya telah dilakukan oleh waris-waris diraja
Srivijaya yang menjadi pelarian di negeri-negeri yang masih setia. Pada tahun 1293, Majapahit yang
merupakan pengganti Singhasari menguasai sebahagian besar Sumatera. Putera Adityawarman
diberi tanggungjawab memerintah Sumatera pada tahun 1347 oleh pemerintah ketiga Majapahit,
Tribhuwana Wijayatunggadewi. Satu pemberontakan yang berlaku pada tahun 1377 berjaya
dipatahkan oleh Majapahit. Pada tahun 1324, Sang Nila Utama yang mendakwa dari keturunan diraja
Srivijaya dari Bentan, bersama para pengikut dan tenteranya yang terdiri dari Orang Laut, telah
menubuhkan Kerajaan Singapura Lama di Temasek. Menurut Sejarah Melayu dan ahli sejarah China,
Wang Ta Yuan, orang Siam menyerang kerajaan Singapura di antara tahun 1330 hingga 1340,
namun berjaya dikalahkan. Serangan Majapahit pada penghujung abad ke-14 bagaimanapun berjaya
menundukkan kerajaan ini, dan Rajanya yang terakhir, Parameswara terpaksa melarikan diri ke
Semenanjung Tanah Melayu.

Parameswara kemudiannya mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1402. Kesultanan
Melayu Melaka akhirnya menggantikan kedudukan Srivijaya sebagai kuasa politik Melayu yang
utama di kepulauan Melayu. Walaupun Kesultanan Melaka jatuh pada tahun 1511, Melaka kekal
menjadi suatu prototaip institusi: satu paradigma tata urus negara dan satu titik rujukan budaya
Melayu untuk negeri-negeri pengganti seperti Kesultanan Johor (1528–kini), Kesultanan Perak
(1528–kini) dan Kesultanan Pahang (1470–kini).

Peninggalan terpenting kerajaan Srivijaya berkemungkinan besar adalah Bahasa Melayu itu sendiri.
Selama beberapa abad, melalui penaklukan, kuasa ekonomi dan kekuatan ketenteraannnya,
Srivijaya memainkan peranan besar dalam menyebarkan Bahasa Melayu Kuno ke seluruh pelusuk
Kepulauan Melayu. Ia menjadi bahasa utama perdagangan dan lingua franca, digunakan di banyak
pelabuhan dan pusat perniagaan di rantau ini.[63] Bahasa Melayu kemudiannya semakin
berkembang maju semasa era pengganti Srivijaya, Kesultanan Melayu Melaka. Era Kesultanan
Melaka menyaksikan pengaruh Islam yang kuat dalam Bahasa Melayu, dengan kemasukan banyak
perkataan pinjaman dari Bahasa Arab dan Parsi. Perkembangan ini menghasilkan Bahasa Melayu
Klasik yang kemudiannya menjadi asas kepada Bahasa Melayu Moden yang digunakan dengan
meluas hari ini di Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand.Nasionalis moden di
Indonesia melihat Srivijaya serta Majapahit, sebagai sumber kebanggaan masa lalu Indonesia.
Srivijaya menjadi fokus kepada kebanggaan nasional dan identiti serantau, terutamanya kepada
penduduk Palembang khususnya, dan kepada semua Orang Melayu amnya. Bagi penduduk
Palembang, Srivijaya telah menjadi sumber inspirasi kesenian untuk lagu Gending Sriwijaya dan
tarian tradisional.
Hal yang sama berlaku di Thailand, di mana tarian "Sevichai" (Thai: Srivijaya) telah dihidupkan
semula berdasarkan keanggunan seni budaya Srivijaya purba. Warisan Srivijaya kini diraikan dan
sering dikaitkan dengan minoriti Melayu di Selatan Thailand. Di antara contoh rumah-rumah ibadat
yang dibina berasaskan kesenian Srivijaya ialah Phra Borom Mathat di Chaiya (abad ke-9 - ke-10),
Wat Kaew Pagoda, dan Wat Long Pagoda. Wat Mahathat yang asal di Nakhon Si Thammarat (salah
sebuah bandar Srivijaya) kini telah dilitupi oleh bangunan dengan gaya Sri Lanka yang lebih besar.

Di Indonesia, nama "Srivijaya" diabadikan pada jalan-jalan di banyak bandar dan telah menjadi
sinonim dengan Palembang dan Sumatera Selatan. Universitas Sriwijaya yang ditubuhkan pada
tahun 1960 di Palembang, dinamakan bersempena nama Srivijaya. Kodam Sriwijaya (unit komando),
PT Pupuk Sriwijaya (syarikat pengeluar baja), Sriwijaya Post (akhbar harian di Palembang), Sriwijaya
Air (syarikat penerbangan), Stadium Gelora Sriwijaya, dan Sriwijaya FC (kelab bola sepak
Palembang), semuanya dinamakan demikian untuk menghormati dan memuliakan empayar maritim
purba ini.

Kedah Tua

Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung
Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram.
Menurut catatan I Ching dari negara China, Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha.

Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan
pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama
Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan
melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.

Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di
pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat
penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari
Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur.
Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan
seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya. Walaupun
ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan
tanah pamah yang rata dan luas.

Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil
(847-861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan al-Mutawakil,
manik yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah.
a) Bagaimanakah pengaruh agama Hindu dan Buddha datang ke Asia Tenggara ?

 Disebarkan oleh Ksyatria (tentera) semasa menakluki tanah jajahan


 Disebarkan oleh Vaisya (pedagang) yang berdagang ke Asia Tenggara.
 Disebarkan oleh golongan Brahmin (Pendeta) yang menerapkannya dalam pemerintahan, kesenian dan kesusasteraan.
 Disebar oleh pedagang Asia Tenggara yang berdagang ke India
 Mereka mengambil unsur kebudayaan India dan menyesuaikannya dengan budaya tempatan
 Disebarkan oleh pemerintah yang menganut agama Hindu dan Buddha dan menjadi ikutan rakyat.
[6 markah]

(b) Terangkan pengaruh agama Hindu dan Buddha yang terdapat dalam sistem pemerintahan beraja di Asia Tenggara.

 Sistem pemerintahan meniru sistem beraja di India.


 Pemerintah menggunakan gelaran raja.
 Raja berada di puncak pemerintahan
 Raja dinasihati Brahmin dalam pentadbiran dan agama.
 Raja berkuasa mutlak.
 Perintah raja adalah undang-undang.
 Melanggar titah raja adalah derhaka.
 Raja dianggap bayangan tuhan / dewaraja.
 Raja dipercayai mempunyai kesaktian.
 Unsur mitos digunakan untuk menunjukkan kehebatan raja.
 Pelbagai istiadat diwujudkan untuk mengukuhkan raja.
 Pembinaan kota yang melambang orde kosmos.

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kesusasteraan


1. Pencapaian intelek masyarakat di Asia Tenggara ditingkatkan akibat kedatanganbahasa
Sanskrit.

2. Catatan-catatan dalam bahasa Sanskrit pada batu-batu bersurat juga memberikan kita
banyak maklumat mengenai agama, pemerintahan, raja dan undang-undang kerajaan-kerajaan awal
di Asia Tenggara.

3. Batu bersurat banyak dijumpai di Asia Tenggara antaranya di Kutei, Sungai Mas (Kedah Tua) dan
Palembang. Kebanyakannya menunjukkan arahan dan maklumat yang ditujukan oleh pemerintah
kepada rakyat
a) Batu bersurat Kutei mengenai keturunan raja
b) Batu bersurat Sungai Mas (Kedah Tua) pula mengenai agama Buddha
c) Batu bersurat di Palembang pula kebanyakan mengenai pemerintahan dan amaran raja kepada
rakyat dan pembesar supaya tidak menderhaka.

4. Catatan-catatan pada batu bersurat membuktikan bahawa penulisnya mempunyai asas yang
kukuh dalam bahasa Sanskrit

5. Ukiran-ukiran pada batu-batu bersurat pula menunjukkan bahawa masyarakat tempatan di Asia
Tenggara mahir dalam seni memahat

contoh batu bersurat

6. Bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana, komunakasi dan keagamaan kerajaan-kerajaan


awal di Asia Tenggara
a) Bahasa ini terdapat dalam kitab-kitab berkaitan dengan keagamaan, bahasa pemerintah dan
ilmu.
b) Mempengaruhi bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain di Asia Tenggara
contoh tulisan Sanskrit

7. Banyak perkataan Sanskrit masih kekal dalam Bahasa Melayu dan bahasa lain walaupun telah
mengalami proses penyesuaian.

8. Antara perkataan Sanskrit yang masih terdapat dalam bahasa Melayu walaupun dalam bentuk
yang telah diubahsuaikan ialah perkataan dosa, dukkha (duka), manusa (manusia),phala (pahala),
rupa, samsara (sengsara) dan aksara (huruf).

9. Peranan bahasa Sanskrit yang juga dapat dikesan dalam bidang kesusasteraan.Bahasa
Sanskrit terdapat dalam kitab sastera Hindu, Buddha dan Tamil. Perkataan kesusasteraan itu sendiri
berasal daripada bahasa Sanskrit yang bererti kitab suci atau cerita.

10. Perkembangan kesusasteraan Melayu di Nusantara kuat dipengaruhi oleh karya-karya dalam
bahasa Sanskrit, khususnya dua epik Hindu, iaitu Ramayana dan Mahabharata sertaPuranas.
a) Mereka memberikan sumbangan kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusasteraan klasik
kuno di Asia Tenggara.
b) Pada peringkat awal, pengaruh kesusasteraan India (dalam bahasa Sanskrit)dapat dilihat dalam
bentuk puisi atau prosa jawa, contohnya Nagarakertagama, Sutasoma,
Arjunawiwaha dan Kunjarkarna.

11. Apabilamasyarakat Asia Tenggara terdedah kepada cerita-cerita dalam


epikRamayana dan Mahabharata melalui penceritaan lisan, kesusasteraan atau teoter seperti
wayang kulit, lahir pula naskhah epik-epik tersebut yang telah diadun dengan unsur tempatan.
Antaranya ialah
a) Pengaruh Mahabharata : Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya, Hikayat Sang Samba.
b) Pengaruh Ramayana : Hikayat Seri Rama.
Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kesusasteraan
1. Pencapaian intelek masyarakat di Asia Tenggara ditingkatkan akibat kedatanganbahasa
Sanskrit.

2. Catatan-catatan dalam bahasa Sanskrit pada batu-batu bersurat juga memberikan kita
banyak maklumat mengenai agama, pemerintahan, raja dan undang-undang kerajaan-kerajaan awal
di Asia Tenggara.

3. Batu bersurat banyak dijumpai di Asia Tenggara antaranya di Kutei, Sungai Mas (Kedah Tua) dan
Palembang. Kebanyakannya menunjukkan arahan dan maklumat yang ditujukan oleh pemerintah
kepada rakyat
a) Batu bersurat Kutei mengenai keturunan raja
b) Batu bersurat Sungai Mas (Kedah Tua) pula mengenai agama Buddha
c) Batu bersurat di Palembang pula kebanyakan mengenai pemerintahan dan amaran raja kepada
rakyat dan pembesar supaya tidak menderhaka.

4. Catatan-catatan pada batu bersurat membuktikan bahawa penulisnya mempunyai asas yang
kukuh dalam bahasa Sanskrit

5. Ukiran-ukiran pada batu-batu bersurat pula menunjukkan bahawa masyarakat tempatan di Asia
Tenggara mahir dalam seni memahat
contoh batu bersurat

6. Bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana, komunakasi dan keagamaan kerajaan-kerajaan


awal di Asia Tenggara
a) Bahasa ini terdapat dalam kitab-kitab berkaitan dengan keagamaan, bahasa pemerintah dan
ilmu.
b) Mempengaruhi bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain di Asia Tenggara

contoh tulisan Sanskrit

7. Banyak perkataan Sanskrit masih kekal dalam Bahasa Melayu dan bahasa lain walaupun telah
mengalami proses penyesuaian.

8. Antara perkataan Sanskrit yang masih terdapat dalam bahasa Melayu walaupun dalam bentuk
yang telah diubahsuaikan ialah perkataan dosa, dukkha (duka), manusa (manusia),phala (pahala),
rupa, samsara (sengsara) dan aksara (huruf).

9. Peranan bahasa Sanskrit yang juga dapat dikesan dalam bidang kesusasteraan.Bahasa
Sanskrit terdapat dalam kitab sastera Hindu, Buddha dan Tamil. Perkataan kesusasteraan itu sendiri
berasal daripada bahasa Sanskrit yang bererti kitab suci atau cerita.

10. Perkembangan kesusasteraan Melayu di Nusantara kuat dipengaruhi oleh karya-karya dalam
bahasa Sanskrit, khususnya dua epik Hindu, iaitu Ramayana dan Mahabharata sertaPuranas.
a) Mereka memberikan sumbangan kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusasteraan klasik
kuno di Asia Tenggara.
b) Pada peringkat awal, pengaruh kesusasteraan India (dalam bahasa Sanskrit)dapat dilihat dalam
bentuk puisi atau prosa jawa, contohnya Nagarakertagama, Sutasoma,
Arjunawiwaha dan Kunjarkarna.

11. Apabilamasyarakat Asia Tenggara terdedah kepada cerita-cerita dalam


epikRamayana dan Mahabharata melalui penceritaan lisan, kesusasteraan atau teoter seperti
wayang kulit, lahir pula naskhah epik-epik tersebut yang telah diadun dengan unsur tempatan.
Antaranya ialah
a) Pengaruh Mahabharata : Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya, Hikayat Sang Samba.
b) Pengaruh Ramayana : Hikayat Seri Rama.
1. KERAJAAN- KERAJAAN AWAL DI TANAH MELAYU Kedah Tua Chih Tu Beruas
Gangga Negara Temasik
2. 3. Kedah Tua Menurut catatan I- Ching, Kedah Tua atau Che-Cha wujud pada kurun ke-
5 Masihi Merupakan kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu Pada awalnya, pusat
pentadbiran kerajaan ini ialah di Sungai Mas, kemudian berpindah ke Lembah Bujang
Merupakan pelabuhan persinggahan pelayar di Utara Selat Melaka
3. 4. Kedah Tua Gunung Jerai menjadi penanda kepada kapal- kapal bahawa mereka
sudah tiba di pelabuhan Lembah Bujang dan Sungai Mas Bentuk muka bumi Kedah
adalah rata, ini membolehkan Kedah menjadi pengeluar padi utama Kegemilangan
kerajaan ini terbukti dengan penemuan arkeologi di Lembah Bujang iaitu dua keping
wang Perak yang dipercayai berasal dari zaman al-Mutawakil (tahun 847-861 Masihi),
manik dari India dan kaca dari Timur Tengah
4. 5. Chih Tu Nama lain ialah kerajaan Tanah Merah (anggaran dari 100 SM hingga 700 M)
merupakan sebuah kerajaan Buddha Purba di Semenanjung Tanah Melayu Sejarah
Dinasti Sui ada menerangkan mengenai kewujudan kerajaan ini. Namun lokasinya masih
diperdebatkan. Lokasinya mungkin di Kelantan, Pahang, Songkhla atau Patani
Merupakan sebahagian daripada Empayar Funan. Mengikut catatan daripada sumber
China, tanah di sekitar kerajaan Chih Tu kebanyakkannya merah atau bertanah liat
5. 6. ChihTu Menjadi satu kewajipan untuk setiap rakyatnya menindik telinga mereka dan
memotong rambut dalam sebuah perayaan keagamaan. Hal ini adalah bertujuan untuk
mengagungkan Buddha tetapi penghormatan yang tertinggi diberi kepada para Brahmin.
Para perempuan perlu mengikat rambut mereka Kerajaan Chih Tu mengamalkan ajaran
Buddha dalam kerajaan mereka, ini dapat dilihat dari struktur bangunan dan struktur
masyarakat Chih tu yang meletakkan golongan Brahmin pada kedudukan yang istimewa.
6. 7. Gangga Negara Kerajaan Melayu Hindu Lama yang hilang dan disebut dalam Sejarah
Melayu yang merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung yang terletak di negeri Perak.
Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Ahli sejarawan percaya
kerajaan ini berpusat di Beruas dan runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I
dari Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026 Menurut Hikayat Merong
Mahawangsa, kerajaan ini mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa,
Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah dan keluarga diraja Khmer Menurut kajian, dinyatakan
Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat dari abad ke-2 Masihi. Kerajaan Gangga
Negara dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjong), sekitar kawasan Selatan
Gunung Bubu (1657 meter) arah Timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat
ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah Gangga
Negara bererti "bandar di Ganges" dalam bahasa Sanskrit, nama yang dipetik dari
Ganganagar di barat laut India di mana penduduk Kambuja tinggal. Pakar sejarah
mendapati pedagang Kambuja mengembara dari Gujarat ke Sri Lanka dan ke Ligor
(Nakhon Sri Thammarat) di utara semenanjung Tanah Melayu, merentasi Thailand dan
Kemboja
7. 8. Beruas Penyelidikan pertama mengenai kerajaan Beruas dimulakan oleh Kolonel
James Low pada tahun 1849 dan satu abad kemudian oleh HG Qlaritch-Males. Menurut
Jabatan Antikuiti dan Muzium, kedua penyelidik bersetuju bahawa kerajaan Gangga
Negara wujud tetapi tidak dapat menentukan tapaknya Kebanyakan artifak yang ditemui
oleh penduduk kampung, dipercayai semenjak kerajaan kuno, kini dipamerkan di
Muzium Beruas bertarikh dari abad ke-5 dan ke-6. Antara artifak yang dipamerkan
adalah meriam 128 kg, pedang, ketulan timah, tembikar dari kerajaan Dinasti Ming dan
pelbagai era, dan tempayan besar Pendapat mengatakan bahawa Pengkalan (Ipoh),
Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput merupakan sebahagian
kerajaan Beruas. Artifak turut mencadangkan bahawa pusat kerajaan mungkin telah
berpindah beberapa kali. Gangga Negara dinamakan menjadi Beruas selepas Islam
bertapak di sana Pokok Beruas: Putera Raja dari Aceh, Sumatra bernama Malik berehat
di bawah pokok Beruas. Sejarah Pasai ada menyebut mengenai Malik ul Salih yang
merupakan raja Hindu tempatan pertama yang memeluk Islam pada tahun 1267. Kini
pokok beruas telah pupus tetapi masih dapat dijumpai di perkampungan berhampiran di
Pengkalan Baru dan Batang Kubu
8. 9. Temasik Sekitar abad ke-14, Singapura adalah sebahagian dariipada kerajaan
Sriwijaya dan dikenali sebagai Temasik (Kota Laut) Bangsa Tionghua menyebutnya
sebagai ‘Pu-luo-chung” atau ‘pulau di hujung semenanjung” Pada abad ke-14, pulau
kecil berlokasi strategis ini mendapatkan nama baru. Menurut legenda, Sang Nila Utama,
seorang Pangeran dari Palembang (ibukota kerajaan Sriwijaya), sedang berburu ketika
matanya terlihat seekor haiwan yang belum pernah ia jumpa sebelum ini. Menganggap
hal ini sebagai sebuah pertanda baik, beliau kemudian mendirikan sebuah kota di mana
haiwan itu ditemukan, dan menamakannya "Kota Singa” atau Singapura, yang diambil
dari bahasa Sanskrit "simha" (singa) dan "pura" (kota). Abdullah Abdul Kadir Munshi
menyatakan terdapat satu batu bersurat yang mempunyai ukiran tulisan yang tidak
dikenali dan telah kabur. Batu bersurat Singapura itu menunjukkan Singapura telahpun
menjadi satu pusat pentadbiran sejak silam lama sebelum ketibaan pihak Inggeris.
Malangnya batu bersurat itu telah dimusnahkan tidak lama selepas ketibaan Inggeris
oleh seorang jurutera Inggeris.
9. 10. REFLEKSI Antara kekuatan yang terdapat dalam tajuk Kerajaan-kerajaan Awal di
Tanah Melayu termasuklah terdapat pelbagai warisan monumen dan arca agama Hindu
Buddha yang masih kekal sehingga sekarang. Hal ini merupakan bukti mengenai
pengaruh kedatangan dan pembentukan kerajaan-kerajaan berkenaan berasaskan
kedua-dua agama yang dating dari India tetapi gayanya mencerminkan adunan
pengaruh India dan tempatan. Ia juga bukti bahawa pemerintah bagi kerajaan tersebut
merupakan penganut agama Hindu Buddha. Kedua, kerajaan-kerajaan awal ini
dahulunya merupakan sebuah kerajaan yang kaya raya dan maju sehingga ramai
peniaga-peniaga luar yang datang untuk berniaga.
10. 11.  Oleh itu, kebanyakkan kerajaan-kerajaan awal ini adalah pelabuhan-pelabuhan
yang terkenal sehingga banyak catatan mengenai kerajaan-kerajaan tersebut dicatat
oleh pengembara Cina. Seterusnya, unsur integrasi dapat dillihat daripada kerajaan-
kerajaan tersebut melalui kemasukkan peniaga-peniaga luar. Dengan berlakunya
percampuran budaya, hal ini telah membentuk masyarakat yang hidup harmoni di bawah
satu bumbung sejak dari zaman dahulu lagi
11.

12. Wednesday, 1 August 2012


13. T4 BAB 3 : TAMADUN AWAL DI ASIA
TENGGARA
14. A. Latar Belakang
15.
16. a) Kedudukan geografi
17.
18. 1. Tanah Besar Asia Tenggara – Funan, Angkor, Chenla, Sukhotai dan Ayuthia
19.
20. 2. Kepulauan Asia Tenggara (Kepulauan Melayu)
21.
22. I. Semenanjung Tanah Melayu – Kedah Tua, Gangga Negara dan Langkasuka
23.
24. II. Kepulauan Indonesia – Srivijaya, Majapahit, Singhasari dan Mataram
25.
26. b) Bukti sejarah
27.
28. 1. Sumber bertulis
29.
30. I. Sumber dari China mencatatkan KangTai dan Chu Ying merupakan utusan China ke Funan,
mengisahkan bahawa raja Funan ketika iaitu ialah Houen-Tien atau Kaundinya
31.
32. 2. Artifak arkeologi
33.
34. I. Seni arca yang dipengaruhi langgam seni arca Amaravati menunjukkan hubungan dengan India
35.
36. II. Artifak gendang gangsa Dongson di Vietnam Utara mebuktikan hubungan diplomatik dengan China
37.
38. III. Artifak manik menunjukkan hubungan perdagangan dengan Rom
39.
40. B. Bentuk-bentuk Kerajaan Awal
41.
42. a) Ciri-ciri Kerajaan Agraria
43.
44. 1. Menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian dan penternakan
45.
46. I. Tanaman utama ialah padi sawah yang di tanam di lembah sungai yang banyak bekalan air
47.
48. II. Padi huma ditanam di kawasan tanah tinggi yang kekurangan bekalan air dengan dibuat teres
49.
50. III. Tanaman sampingan ialah jagung, pisang, keledek dan sayur-sayuran
51.
52. IV.Rempah ratus seperti bunga cengkih dan lada hitam
53.
54. V. Menternak lembu, kerbau, kambing dan ayam
55.
56. 2. Memungut hasil hutan dan hasil sungai
57.
58. I. Hasil tumbuhan seperti kayu gaharu, kapur barus, damar dan kayu cendana serta buah-buahan
59.
60. II. Hasil haiwan seperti tanduk, gading, kulit kura-kura dan sarang burung
61.
62. III. Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai
63.
64. 3. Terletak di lembah-lembah sungai seperti Dvavarati dan Sukhotai di Chao Phraya, Funan dan
Angkor di Mekong atau lereng gunung berapi yang subur seperti Taruma di Tanah Tinggi Dieng dan
Sailendra di Jawa Tengah
65.
66. 4. Mempunyai sistem pengairan yang baik
67.
68. b) Kerajaan Angkor dan faktor kekuatannya
69.
70. 1. Kedudukannya berhampiran Tasik Tonle Sap
71.
72. I. Membekalkan sumber air minuman
73.
74. II. Membekalkan sumber air untuk pertanian padi bagi menyediakan bekalan beras yang mencukupi
75.
76. III. Mendapan tanah yang amat subur yang dibawa oleh limpahan banjir tahunan Sungai Mekong
77.
78. IV.Mempunyai iklim panas lembab sepanjang tahun untuk penanaman padi
79.
80. V. Membekalkan sumber protein seperti ikan
81.
82. 2. Kewibawaan Raja Indravarman
83.
84. I. Membina sistem pengairan dan baray (takungan air) untuk mengairi sawah padi dan sebagai air
minuman
85.
86. c) Ciri-ciri Kerajaan Maritim
87.
88. 1. Menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan dan kelautan
89.
90. I. Mengimport barangan mewah dari China dan India
91.
92. II. Mengeksport bahan mentah, bahan makanan dan hasil hutan dari kerajaan agraria
93.
94. III. Menjalankan perikanan pesisiran pantai
95.
96. 2. Berfungsi sebagai pelabuhan
97.
98. I. Pelabuhan pembekal – berperanan untuk membekalkan bahan logam tempatan, hasil hutan, hasil laut
serta bekalan makanan kepada pedagang yang bersinggah
99.
100. II. Pelabuhan kerajaan – pelabuhan pembekal yang telah berkembang sehinggamenjadi
negeri apabila wujudnya kerajaan di situ seperti Champa, Kedah Tua, Langkasuka dan Srivijaya
101.
102. III. Pelabuhan entrepot – berperanan mengeksport hasil tempatan serta jajahan takluknya kepada
pedagang antarabangsa dan sebaliknya mengimport barangan mewah dari mereka
103.
104. 3. Terletak di pesisir pantai (Funan), lembah sungai (Srivijaya di Sungai Musi dan Kedah
Tua di Sungai Merbok) dan kepulauan (Tiumah di Pulau Tioman)
105.
106. 4. Penduduk berbilang kaum dan bahasa
107.
108. I. Terdapat orang tempatan, orang laut dan pedagang luar
109.
110. II. Menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca atau bahasa perhubungan
111.
112. d) Faktor-faktor perkembagan kerajaan maritim
113.
114. 1. Kedudukan yang strategik di jalan perdagangan laut antara China dan India,
iaituSelat Melaka dan Selat Sunda
115.
116. 2. Pelabuhan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan
117.
118. 3. Orang Melayu merupakan pelaut, pedagang dan peneroka yang unggul
119.
120. 4. Orang Melayu mempunyai kemahiran membuat perahu dan kapal layar
121.
122. 5. Orang Melayu mengetahui kaedah pelayaran berpandukan bidang astronomi
123.
124. e) Kerajaan Funan dan faktor perkembangannya
125.
126. 1. Kedudukan pelabuhan Oc-eo di muara Sungai Mekong terlindung daripada tiupan
angin monsun
127.
128. 2. Oc-eo mempunyai kemudahan pelabuhan yang baik seperti tempat membaiki kapal,
gudang dan tempat penginapan untuk pedagang
129.
130. 3. Oc-eo mempunyai kemudahan mendapatkan bekalan makanan dan air minuman
131.
132. f)Kerajaan Srivijaya dan faktor kekuatannya
133.
134. 1. Memiliki bala tentera laut yang besar untuk mengawal perdagangan dan keselamatan
di Selat Melaka
135.
136. 2. Mendapat khidmat orang laut dalam angkatan tentera lautnya
137.
138. 3. Mempunyai kedudukan yang strategik di Selat Melaka antara China dan India
139.
140. 4. Mendapat hasil dan barangan untuk perdagangan antarabangsa dari jajahan takluknya
yang luas
141.
142. 5. Mampu menghasilkan kapal besar
143.
144. g) Kerajaan Kedah Tua dan faktor perkembangannya
145.
146. 1. Mempunyai hubungan dengan kerajaan Srivijaya
147.
148. 2. Menjadi pelabuhan entrepot sejak abad ke-5 M
149.
150. 3. Gunung Jerai menjadi panduan kapal terutamanya dengan nyalaan api pada waktu
malam
151.
152. 4. Mempunyai kedudukan yang strategik di Selat Melaka yang terlindung daripada angin
monsun
153.
154. 5. Mempunyai kemudahan pelabuhan yang baik
155.
156. 6. Kaya dengan hasil hutan untuk diperdagangkan
157.
158. h) Saling pergantungan antara kerajaan agraria dan kerajaan maritim
159.
160. 1. Kepentingan kerajaan agraria kepada kerajaan maritim
161.
162. I. Membekalkan tenaga kerja seperti tukang kayu dan tukang batu yang mencukupi
163.
164. II. Membekalkan hasil makanan terutamanya beras
165.
166. III. Membekalkan bahan mentah seperti kayu untuk membuat kapal
167.
168. IV.Membekalkan binatang kenderaan seperti gajah
169.
170. V. Membekalkan hasil hutan untuk dieksport
171.
172. 2. Kepentingan kerajaan maritim kepada kerajaan agraria
173.
174. I. Membekalkan barangan mewah seperti tembikar dari China dan tekstil dari India
sebagai lambang keagungan serta sumber kekayaan
175.
176. II. Menyediakan pelabuhan entrepot untuk mengeksport hasil makanan dan hasil hutan
177.
178. III. Membekalkan sumber perikanan laut dan hasil laut
179.
180. C. Pengaruh Agama Hindu dan Buddha dalam Kerajaan Awal
181.
182. a) Cara-cara Kedatangan Pengaruh Hindu dan Buddha
183.
184. 1. Penaklukan – golongan Ksyatria atau tentera dari India yang membentuk tanah jajahan
takluk di Asia Tenggara
185.
186. 2. Perdagangan – golongan Vaisya atau pedagang dari India yang menjalankan
perdagangan dengan pedagang tempatan
187.
188. 3. Keagamaan – golongan Brahmin atau pendeta dari India yang datang ke Asia Tenggara
untuk menjalankan upacara keagamaan
189.
190. 4. Pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja yang
kemudiannyadisesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan. Pendapat ini berdasarkan jumpaan
seni arca dengan ikatan tali kulit harimau yang hanya di temui di Srivijaya.
191.
192. I. Pengambilan terus oleh pemerintah yang berbeza
193.
194. i Pada abad ke-5 M, Kedah Tua menganuti agama Buddha manakala Dieng di Indonesia
beragama Hindu
195.
196. ii Pada abad ke-7 M, Takuapa dan Pulau Bangka menganut agama Hindu mazhab Vishnu
manakala di Sumatera dan Jawa, mereka beragama Buddha Mahayana
197.
198. II. Pengambilan melalui perdagangan
199.
200. i Perdagangan antara Asia Tenggara dan India wujud semenjak abad ke-5 S.M.
201.
202. ii Perdagangan dua hala berkembang apabila India sendiri berusaha mendapatkan emas dari Asia
Tenggara disebabkan Maharaja Vespian dari Rommemberhentikan perdagangan emas dengan India
203.
204. b) Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Sistem Pemerintahan
205.
206. 1. India memperkenalkan gelaran raja dan sistem beraja ke Asia Tenggara
207.
208. I. Dalam sistem beraja yang berbentuk piramid, raja berada di puncak pemerintahan. Seterusnya
diikuti kerabat diraja, pembesar dan pendeta Brahmin. Mereka diikuti pula oleh rakyat biasa dan akhirnya
ialah golongan hamba di bawah sekali.
209.
210. II. Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan
211.
212. i Meliputi pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara
213.
214. ii Perintah raja menjadi undang-undang
215.
216. iii Melanggar perintah raja bermakna menderhaka yang tidak boleh diampunkan
217.
218. iv Raja dikehendaki adil terhadap rakyat
219.
220. III. Konsep dewaraja yang menganggap raja sebagai bayangan tuhan diperkenalkan
221.
222. i Dewaraja memiliki kesaktian yang diperkukuhkan dengan unsur mitos dan lagenda tentang
asal-usul raja
223.
224. IV.Pelbagai adat istiadat seperti pertabalan raja untuk mengukuhkan kedaulatan raja
225.
226. i Bertujuan untuk membezakan kedudukan raja daripada rakyat
227.
228. ii Upacara pertabalan dipimpin oleh golongan Brahmin
229.
230. V. Konsep orde kosmos
231.
232. i Negara dianggap sebagai suatu alam semesta
233.
234. ii Raja dan ibu kotanya ialah pusat alam dan pusat pemerintahan
235.
236. iii Raja bertanggungjawab untuk mengatur kesejahteraan negara dan rakyat selaras
dengan dharma
237.
238. iv Impian setiap raja untuk berkuasa terhadap seluruh alam semesta
239.
240. v Mereka mendirikan kompleks kota yang melambangkan alam semesta seperti Angkor Wat di
Kemboja
241.
242. 2. Kerajaan Angkor
243.
244. I. Raja Suryavarman II mengamalkan agama Hindu mazhab Vishnu
245.
246. II. Raja Suryavarman II membina Angkor Wat sebagai orde kosmosnya
247.
248. III. Oleh itu, raja dianggap sebagai raja dewa dan berada di puncak sistem pemerintahan
249.
250. IV.Raja dibantu oleh golongan pembesar pusat dan pembesar daerah
251.
252. V. Raja juga dibantu oleh pegawai tentera dan hakim dalam bidang pentadbiran
253.
254. VI.Golongan Brahmin menjalankan upacara keagamaan
255.
256. 3. Kerajaan Srivijaya
257.
258. I. Raja mengamalkan agama Buddha Mahayana dan berada di puncak pemerintahan
259.
260. II. Seterusnya ialah pentadbiran pusat dan pentadbiran daerah
261.
262. III. Pentadbiran pusat terdiri daripada anak raja yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara dan raja
putra
263.
264. i Raja putra tidak boleh menduduki tahkta kerana merupakan anak gundik
265.
266. ii Anak raja dibantu oleh parvanda atau senapati, iaitu ketua pentadbiran pusat
267.
268. iii Parvanda dibantu oleh hakim, temenggung dan penghulu
269.
270. iv Hamba raja ialah golongan paling bawah
271.
272. IV.Pentadbiran daerah diketuai oleh datu yang dilantik oleh raja
273.
274. i Parvanda ialah datu yang berketurunan raja
275.
276. ii Bhupati ialah orang-orang kaya
277.
278. V. Upacara angkat sumpah di Telaga Batu
279.
280. i Batu bersurat (Prasasti) Telaga Batu bertarikh 683 M di Palembang dan perigi tua
281.
282. ii Batu berusrat itu diukir ular tedung berkepala tujuh melambangkan payung melindungi
tulisan
283.
284. iii Datu akan meminum air perigi yang disiram pada batu bersurat
285.
286. iv Tujuannya untuk menetapkan taat setia penuh kepada raja
287.
288. v Upacara ini diketuai Brahmin dan disertai doa sumpah bencana terhadap sesiapa yang khianat
289.
290. c) Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kesenian dan Kesusateraan
291.
292. 1. Kesenian
293.
294. I. Monumen dan Akta di Malaysia
295.
296. i Monumen ialah binaan yang dibuat daripada batu untuk memperingati orang ternama atau
peristiwa penting
297.
298. ii Contoh monumen ialah candi (kuil, wat atau stupa), arca dan patung
299.
300. iii Monumen di Malaysia yang melebihi 100 tahun tertakluk kepada Akta Benda Purba 1976
301.
302. * Monumen di bawah akta ini tidak boleh diganggu tanpa kebenaran Ketua Pengarah, Jabatan
Muzium dan Antikuiti Malaysia
303.
304. II. Seni arca dan Patung
305.
306. i Jenis-jenis
307.
308. * Agama Buddha – patung Avalokitesvara
309.
310. * Agama Hindu – patung dewa Vishnu, Siva, Brahma, Durga dan Lingga
311.
312. * Jenis lain – patung Drawapala dan Nandiswara berfungsi menjaga candi daripada roh jahat
313.
314. ii Gaya
315.
316. * Campuran gaya Sarnath dari India dengan langgam seni arca tempatan – arca Buddha di
Tapak 16 A, Lembah Bujang
317.
318. * Gabungan antara elemen India dengan elemen tempatan
319.
320. à Pengaruh Amaravati abad ke-5 M
321.
322. à Pengaruh Dinasti Gupta abad ke-7 M
323.
324. à Pengaruh lain seperti Pallava, Pala atau Cola
325.
326. III. Candi
327.
328. i Kepentingan Candi
329.
330. * Monumen keagamaan agama Hindu dan Buddha
331.
332. * Rumah ibadat penganut agama Hindu dan Buddha
333.
334. * Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya
335.
336. * Tempat menyimpan patung dewa bagi kerajaan awal
337.
338. * Lambang keagungan seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya
339.
340. * Lambang orde kosmos atau alam semesta
341.
342. à Angkor Wat di Kemboja dan Candi Borobudur di Inodonesia
343.
344. ii Candi Borobudur
345.
346. * Menurut Casparis, ia berasal daripada nama Bhumisambarabhudara yang bermaksud
“Gunung timbunan kebaikan di atas 10 peringkat Bodhisattva” dalam aliran Buddha Mahayana
347.
348. * Ia mempunyai 9 tingkat yang dibahagikan kepada 3 tahap kehidupan iaitu sila, samadhi dan
panna yang diwakili oleh stupa dan patung Buddha
349.
350. * Tingkat pertama mempunyai ukiran (relief) cerita kehidupan Gautama Buddha
351.
352. * Bahagian teratas melambangkan nirwana di mana manusia bebas daripada nafsunya
353.
354. iii Angkor Wat di Kemboja
355.
356. * Melambangkan orde kosmos atau alam semesta dalam agama Hindu
357.
358. * Terdapat tempat pemujaan di bahagian tengah setinggi 39 meter berteres empat tingkat
359.
360. * Terdapat menara di setiap sudutnya dan tembok batuan laterit serta batu pasir di bahagian
luarnya
361.
362. * Epik Ramayana dan Mahabharata di ukir pada tembok tersebut
363.
364. iv Candi-candi di Lembah Bujang, Kedah
365.
366. * Dijumpai James Low, iaitu Superintendent Province Wellesley (Seberang Perai)
367.
368. * Namanya berasal daripada perkataan Bhujangga yang bermaksud ular (cobra) yang berasal
daripada perkataan Phujangga yang bermaksud cerdik pandai
369.
370. * Ia disaliri oleh Sungai Merbok dan Sungai Muda
371.
372. * Terdapat banyak artifak seperti tembikar tanah, tembikar China, barangan kaca, manik serta
patung agama Hindu dan Buddha di samping pelbagai jenis bahan binaan dan struktur binaan
373.
374. * Candi agama Hindu dibahagikan kepada bahagian vimana dan bahagianmandapa
375.
376. à Vimana ialah bahagian suci tempat arca keagamaan diletakkan
377.
378. à Mandapa ialah bahagian luar
379.
380. * Candi agama Buddha mempunyai pelan jenis cruciform
381.
382. 2. Bahasa Sanskrit
383.
384. I. Batu Bersurat
385.
386. i Mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan, raja dan undang-undang
387.
388. ii Batu bersurat Kutei menunjukkan keturunan raja manakala batu bersurat Sungai Mas berkait
agama Buddha
389.
390. iii Sebahagain besar batu bersurat di Palembang mengandungi bahasa Melayu kuno
391.
392. II. Sebagai bahasa istana dan bahasa pemerintah
393.
394. i Inskripsi di Palembang berkaitan dengan pemerintahan dan amaran raja supaya rakyat tidak
menderhaka
395.
396. ii Batu bersurat di Lembah Bujang mengandungi arahan dan pemberitahuan pemerintah kepada
rakyat
397.
398. III. Sebagai bahasa keagamaan dalam upacara rasmi seperti upacara pertabalan raja
399.
400. IV.Sebagai bahasa ilmu yang berkait dengan kitab-kitab sastera Hindu, Buddha dan Tamil
401.
402. V. Penyesuaian dengan bahasa Melayu
403.
404. 3. Kesusasteraan
405.
406. I. Bahasa Sanskrit sebagai bahasa ilmu dalam kitab sastera Hindu, Buddha dan Tamil
407.
408. II. Epik-epik Ramayana dan Mahabharata serta Puranas menyumbangkan unsur mitos dalam
kesusasteraan lama
409.
410. i Puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkarna
411.
412. ii Penceritaan lisan
413.
414. iii Teater seperti wayang kulit
415.
416. iv Hikayat-hikayat
417.
418. * Epik Mahabharata melahirkan Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya dan Hikayat
Sang Samba
419.
420. * Epik Ramayana melahirkan Hikayat Seri Rama

You might also like