You are on page 1of 1

LAPORAN PERKHEMAHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM

Pada 10 hingga 13 Ogos 2019 (4 hari 3 malam), ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam
(PPIM) serama 21 orang telah terlibat dengan perkhemahan yang bertempat di Kabin Institut
Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah. Perkhemahan ini turut melibatkan ahli-ahli
unit beruniform lain iaitu Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri Kadet, Persatuan Bulan Sabit
Merah dan Pengakap. Perkhemahan ini merupakan perkhemahan yang wajib dihadiri oleh
semua guru pelatih Semester 3 dengan jumlah seramai 112 orang. Perkhemahan ini juga
diadakan untuk memenuhi skop tugasan kerja kursus bagi kursus Unit Beruniform
(MPU3062). Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyiapkan guru pelatih dengan segala
pengalaman untuk dibawa ke sekolah kelak.

Pada hari pertama iaitu Selasa (10 Ogos 2019), program perkhemahan ini dimulakan
dengan pengagihan peralatan kepada setiap unit yang diketuai oleh AJK Peralatan iaitu
saudara Amir Hakim bin Nawawi. Setelah itu, semua guru pelatih dibahagikan kepada 6 buah
kumpulan dan setiap kupulan bertungkus lumus mendirikan khemah masing-masing. Setiap
unit beruniform disediakan 6 buah khemah dimana setiap satu khemah dikongsi oleh 4 hingga
5 orang. Pada jam 12 tengahari sehingga 2 petang, semua pelatih diberi masa untuk
menguruskan diri masing-masing dimana yang beragama Islam, kami bersiap sedia untuk
solat Zohor berjemaah di kabin, manakala guru pelatih lain bertungkus lumus menyiapkan
makanan tengahari untuk unit beruniform masing-masing. Pada waktu petang daripada jam 2
petang sehingga 6 petang, setiap ahli unit beuniform bekerjasama untuk mendirikan gajet-
gajet disekitar kawasan khemah. Antara gajet yang dibina ialah meja makan dan kerusi, rak
kasut, pintu gerbang, ampaian, papan kenyataan dan lain-lain lagi. Kraf perkhemahan ini
membawa sebanyak 10% daripada markah kerja kursus MPU3062. Pada sebelah malam,
kira-kira jam 8 iaitu setelah menunaikan solat Isyak berjemaah, kami masih lagi bertungkus
lumus menyiapkan gajet namun tanpa diduga, cuaca tidak menyebelahi kami. Pada malam
tersebut berlaku hujan yang sangat lebat sehingga semua guru pelatih terpaksa berhenti
daripada melakukan apa-apa aktiviti dan kami juga dibenarkan untuk tidur di kabin atas faktor
keselamatan.

Pada hari kedua iaitu Rabu (11 Ogos 2019), semua ahli PPIM bangun seawal jam 4.30
pagi untuk membuat persiapan diri dan bersiap untuk solat Subuh berjemaah. Bagi ahli-ahli
PPIM yang bertugas menyediakan sarapan pagi, mereka telah bersiap lebih awal daripada
yang sepatutnya. Sebelum memulakan aktiviti yang diracangkan pada pagi itu, tatacara
perjumpaan diadakan yang diketuai oleh Nurul Amierasyakira sebagai ketua puteri. Setelah
itu, taklimat disampaikan oleh Encik Syibin bin Jaapar

You might also like