You are on page 1of 5

SEKOLAH SEMERAH PADI,

JALAN DEPO, 93050 KUCHING


SARAWAK

KERTAS KERJA
KELAB YAMAHA MUSIC TIME
SEKOLAH KEBANGSAAN SEMERAH PADI
TAHUN: 2019
1.0 VISI DAN MISI
VISI

Menjadi sebuah kelab yang unggul dalam usaha melahirkan bangsa Malaysia yang kreatif,
berwawasan dan berdaya maju.

MISI

Memupuk kesefahaman dan semangat muhibbah melalui jaringan dan interaksi sosial
melalui kesepaduan dan persefahaman dalam muzik.

2.0 TAJUK
Kertas Kerja Penubuhan Kelab YAMAHA Music Time SK Semerah Padi 2019

3.0 PENDAHULUAN / LATAR BELAKANG

Kelab YAMAHA Music Time adalah merupakan salah satu aktiviti kokurikulum yang
dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah terpilih di seluruh Malaysia dan sebahagian negara
lain. Seiring dengan namanya, maka aktiviti-aktiviti yang dijalankan menerusi kelab ini
adalah berlandaskan kepada pendedahan aktiviti muzik terutamanya melalui penggunaan
instrumen muzik papan nada (keyboard)

Penubuhan Kelab YAMAHA Music Time telah diilhamkan setelah SK Semerah Padi
menjadi salah sebuah sekolah terpilih di bahagian Kuching untuk menerima sebanyak 20 buah
papan nada (keyboard). Program penyerahan instrumen ini telah dijalankan pada 4 Oktober
2018 dan pelaksanaan program YAMAHA Music Time dijadualkan untuk dilaksanakan pada
tahun 2019.

Contoh kegiatan yang akan dijalankan oleh Kelab/Persatuan Rukun Negara adalah seperti
yang berikut:

a. Mengadakan kelas asas papan nada kepada 20 ahli kelab.


b. Mengadakan persembahan pada majlis-majlis yang berkaitan.
c. Pertandingan papan nada di antara ahli kelab.

Sehubungan dengan itu, SK Semerah Padi telah memandang matlamat kewujudan kelab ini
dan pelaksanaannya dapat membantu pihak sekolah melahirkan murid yang berpotensi
mengembangkan bakat di dalam bidang muzik. Permohonan penubuhan kelab telah
dianjurkan melalui Penolong Kanan KoKurikulum (PKKK), Encik Hatta Anand bin Kamal.
Guru penasihat seramai 3 orang dan ahli kelab juga telah dipilih bagi menjayakan kelab ini di
samping menjadi penggerak kepada keberlangsungan program ini.
4.0 MATLAMAT

Matlamat penubuhan kelab ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan muzil selain
menerapkan unsur kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar.

Penubuhan kelab ini juga diselitkan dengan aktiviti motivasi untuk membina keyakinan diri dan
mengukuhkan kemendirian murid agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan
pembangunan negara yang mampan.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Memberi peluang kepadamurid merasai pengalaman dalam menyertai program muzik dan
mendalami ilmu muzik khususnya papan nada (keyboard)
5.2 Menyubur dan mempertingkatkan keseronokan belajar melalui muzik.

6.0 JAWATANKUASA DAN AHLI

Kelab Muzik Yamaha 2019


Guru Pembimbing:
1. En. Raba-e bin Sebli
2. Pn. Amysophiani bt. Adeni
3. Ustz. Rabiatun Adawiyah bt. Mohd. Idris

Tahun 3 ( 7 orang )
1. Muhd. Adib Afham bin Othman ( Ustz. Kamsiah ) - 3 Arif
2. Muhd. Darwish Ata Syahmi bin Zul Azri ( Pn. Sadiahaton ) - 3 Arif
3. Will Owen ak. Tubi ( Pn. Wendy ) - 3 Bijak
4. Fathinah Hanna bt. Fakhrul Anwa - 3 Arif
5. Syafawani bt. Mohd. Ahmad - 3 Bijak
6. Hashimi Amar Ramadhani bin Hasnan ( Pn. Amysophiani ) – 3 Cerdik
7. Nurul Ain Hafiezah bt. Hasbullah - 3 Cerdik
8. Nur Syafinaz bt. Morsidi - 3 Dedikasi

Tahun 4 ( 13 orang )
1. Hashida Aida Adzahra bt. Hasnan ( Pn. Amysophiani ) - 4 Arif
2. Md. Naufal Hakim bin Mohd. Yasin ( Pn. Zulina ) - 4 Arif
3. Sorfeena Uffeira bt. Sanawawi ( Ustz. Zubaidah ) - 4 Arif
4. John Issac ak. Ajan ( Pn. Rosalind ) - 4 Bijak
5. Mohd Adie Fikry Zainal bin Abdullah ( Pn. Chombi ) - 4 Bijak
6. Nurzara Dania Danisha bt. Zul Azri ( Pn. Sadiahaton ) - 4 Bijak
7. Nisa Rusyda bt. Muslim - 4 Cerdik
8. Nur Syamimi bt. Sapiee - 4 Cerdik
9. Nur Azianie bt. Asmara - 4 Cerdik
10. Nur Basyirah bt. Ahmad Mohar - 4 Dedikasi
11. Nur Ain Alisya bt. Jamali - 4 Dedikasi
12. Hanna Hazziera bt. Mohammad - 4 Dedikasi
Tahun 3 = 8 orang ; Tahun 4= 12 orang Jumlah : 20 orang

7.0 KETERANGAN PROGRAM

Pelaksanaan aktiviti bagi Kelab YAMAHA Music Time akan dijalankan setiap hari Rabu (giliran
kelab dan persatuan) pada pukul 2-4 petang. Tempoh pelaksanaan bagi aktivit kelab adalah
bergantung kepada jenis aktiviti yang dijalankan. Walau bagaimanapun, guru kelab
bertanggungjawab untuk membuat pemberitahuan awal kepada murid dan ibu bapa berkenaan
maklumat masa tamat perjumpaan kelab. Perjumpaan ahli kelab akan diadakan di bilik Alat Pandang
Dengar tingkat 3 SK Semerah Padi. Yuran sebanyak RM10 bagi setiap ahli kelab juga akan dikutip
bagi pembayaran buku silibus YAMAHA.

8.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti Kelab YAMAHA Music Time
ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan insan yang seimbang
dari segi akademik dan kokurikulum. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

PENGESAHAN KERTAS KERJA


PERKARA TANDATANGAN / ULASAN
Disediakan oleh :

(ENCIK RABAEE BIN SEBLI)


Penasihat,
Kelab YAMAHA Music Time,
SK SEMERAH PADI
Tarikh : ………………

Disokong oleh :

(ENCIK HATTA ANAND BIN KAMAL)


Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Tarikh : ………………

*DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN


Kelulusan oleh :
Ulasan :
(ENCIK JEFRI BIN SAIT)
Guru Besar,
SK SEMERAH PADI
Tarikh : ……………….

You might also like