You are on page 1of 15

PENGENALAN

Kajian tinjauan merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan berbentuk eksperimen yang
paling popular digunakan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang sains sosial. Kajian
tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang penyelidikan. Kajian tinjauan digunakan untuk
mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan atau ribuan responden
(Marican, 2006). Kajian tinjauan dijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi. Sampel
yang terpilih mestilah mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat populasi yang ingin dikaji supaya
maklumat yang diperoleh melalui kajian berkenaan boleh memberi kenyataan dan gambaran
umum tentang keseluruhan populasi yang dikaji. Justeru itu, salah satu tujuan menjalankan
kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum (generalization) tentang sesuatu
populasi.

Kajian tinjauan boleh dijalankan menggunakan soal selidik melalui pos dan temu bual
secara lisan atau secara kertas-pensil, melalui SMS, e-mail serta telefon. Soal selidik ialah alat
ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan manakala temu bual dijalankan untuk
menyokong hasil kajian yang diperoleh. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini
biasanya disediakan oleh penyelidik Walau bagaimanapun soal selidik yang sedia ada dan soal
selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji
kebolehpercayaannya boleh juga digunakan. Sekiranya penyelidik perlu menyediakan
instrumen soal selidik beberapa perkara perlu diambil perhatian. Ciri-ciri instrumen soal
selidik yang baik mestilah sesuai dengan kesediaan responden, format instrumen yang
sistematik, arahan yang jelas, surat dan dokumen disertakan bersama instrumen kajian serta
ujian rintis perlu dijalankan sebelum instrumen digunakan (Chua, 2006). Selain soal selidik,
temu bual juga boleh digunakan dalam kajian tinjauan. Beberapa bentuk temu bual boleh
digunakan iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi struktur, dan temu bual tidak
berstruktur. Walau bagaimanapun temu bual tidak berstruktur jarang digunakan dalam kajian
tinjauan kerana temu bual ini biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat mendalam
berkaitan sesuatu fenomena atau isu (Gay & Airasian, 2000).

Penyelidik kajian tinjauan menggunakan instrumen temu bual untuk mendapatkan


maklumat. Beberapa aspek-aspek penting dalam penyediaan item temu bual ialah menentukan
jenis temu bual dalam kajian, rancangan temu bual, stail, kandungan dan susunan soalan temu
bual; ciri-ciri soalan temu bual yang baik, aras bahasa dalam temu bual, penyusunan soalan
temu bual dan tempoh sesi temu bual (Chua, 2006). Kesemua aspek di atas perlu diambil
perhatian ketika menyediakan item temu bual. Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set
item yang boleh digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan kajian. Beberapa
kaedah temu bual boleh digunakan iaitu temu bual bersemuka, temu bual tidak bersemuka dan
temu bual bantuan komputer. Terdapat 10 ciri asas untuk menjadi penemu bual yang baik iaitu
tidak mulakan sesi temu bual yang dingin, sentiasa sedar tentang tujuan temu bual, soalan
ditanya secara semula jadi, soalan yang penting perlu disoal dengan jelas dan tepat, berwatak
sebagai pendengar yang baik, pakaian dan penampilan yang sesuai, tempat yang selesa,
menghormati responden, berlatih sebelum sesi temu bual dilaksanakan dan menghargai
responden.

1
JENIS TINJAUAN

Tinjauan deskriptif

Tinjauan deskriptif pada asasnya bertujuan untuk memberikan gambaran yang tepat
terhadap ciri-ciri yang terdapat dalam sesuatu populasi. Penyelidik akan menjelaskan
bagaimana rupa bentuk keadaan sosial yang hendak dikaji. Kebanyakan kajian kualitatif juga
menggunakan pendekatan penjelasan, umpamanya kajian etnografi.

Daripada tinjauan deskriptif kepada analitikal

Saiz sampel yang menentukan sama ada tinjauan itu adalah analitikal atau deskriptif.
Sekiranya saiz sample terlalu kecil dan penyelidikan melibatkan pelbagai pemboleh ubah
selalunya kajian ini adalah secara statistik. Dalam keadaan ini tinjauan secara analitik akan
memberi nilai yang kecil. Dengan itu deskriptifnya lebih banyak.

Tinjauan Analitikal

Seperti yang telah ditekankan, tinjauan analitik lebih menekankan teori. Tujuan
utamanya ialah untuk meneroka dan mengkaji perkaitan tentang pembolehubah. Oppenheim
telah membuktikan tinjauan analitik mengambil kira ciri-ciri tipikal dalam kajian eksperimen
apabila ia menghubungkan pelbagai pembolehubah. Setiap penyelidikan harus boleh
dibezakan antara pembolehubah bersandar, tak bersandar dan pembolehubah tidak terkawal.
Pembolehubah bersandar ialah tumpuan utama dalam penyelidikan. Ia merupakan hasil yang
diterima kesan daripada penyelidikan. Pembolehubah tak bersandar penyebab kepada
perubahan terhadap pembolehubah bersandar yang akan dimanipulasi atau diperhatikan.
Kemudian diukur dengan menggunakan tinjauan analitik. Pembolehubah tak terkawal
mengandungi pembolehubah yang ralat yang boleh mempengaruhi keputusan dalam kajian.
Diharapkan pembolehubah seperti ini yang mempunyai taburan secara rawak dapat
menghadkan kesan yang mempengaruhi keputusan. Dengan merancang tinjauan secara teliti
ia dapat membantu dalam mengawal pembolehubah yang lain.

2
KAEDAH PENYELIDIKAN TINJAUAN

Saunders et. Al. (2000) memberi komen berkaitan reka bentuk soalan soal selidik akan
bergantung kepada bagaimana ia ditadbirkan. Sama ada ia akan menjadi self-administered
atau temuduga-administered. Berdasarkan kategori ini, mereka menetapkan bahawa terdapat 6
kaedah atau jenis soalan yang berbeza. Daripada semua (bersemuka) temuramah dan jenis
ini, jenis soalan yang biasanya digunakan ialah postal, soalan struktur telefon., di samping itu,
soalan secara online juga semakin meluas penggunaannya. Langkah pertama bagi membuat
pilihan jenis soalan yang hendak digunakan bagi sebarang penyelidikan ialah bergantung
kepada tinjauan dan jenis penyelidikan serta jenis soalan yang diperlukan untuk disoal bagi
kajian itu.

Pengumpulan data melalui soal selidik

Soal selidik melalui pos

Mangion (1995) mencadangkan bahawa kajian soal selidik melaui pos dipertimbangkan
apabila :

Sample yang dikaji hanya boleh diedarkan borang soal selidik secara pos sahaja
kerana masalah geografi.
Subjek kajian perlu diberi masa kerana mempunyai kepentingan dan minat yang
tinggi terhadap subjek yang dikaji.
Soalan ditulis dalam bentuk tertutup.

Soalan berbentuk soal selidik melalui pos sesuai diaplikasikan bagi situasi di mana
soalan yang tidak memerlukan jawapan yang panjang lebar dan hanya jawapan secara terus
menjawab soalan. Responden juga diberikan masa untuk menjawab borang soal selidik.
Responden akan memberikan jawapan yang lebih jujur berbanding teknik lain lebih-lebih lagi
jika ia melibatkan isu-isu sensitif. Soalan soal selidik melalui pos dikatakan kosnya agak
murah jika dibandingkan dengan saiz sampel yang serupa dengan lain-lain teknik
pengumpulan.

Kerlinger (1986) walaubagaimanapun, memberi amaran bahawa soalan soal selidik


melalui pos mempunyai banyak kelemahan. Kadar pulangan respon bagi kaedah ini mungkin
rendah dan pengkaji tidak dapat memastikan dan memeriksa agar setiap responden
memulangkan semula borang soal selidik yang dihantar kepada mereka. Kerlinger memberi
amaran bahawa kadar pulangan respons adalah serendah 40-50 peratus. Czaja dan Blair
(1996) ada kalanya soalan aneka pilihan itu mengelirukan dan berat sebelah kerana soalan ini
lebih sesuai untuk mereka yang ada pendidikan formal berbanding dengan yang mempunyai
latar belakang pendidikan yang rendah. Kumpulan seperti ini lebih sesuai diuji dengan kaedah
temubual dan temuduga kerana kaedah ini tidak memerlukan kemahiran membaca mereka.
Kerlinger (1986) cuba membahaskan bahawa hanya kadar pulangan soalan soal selidik yang
mencapai kadar 80-90 peratus sahaja yang diterima dan digelarkan sebagai berjaya. Oleh yang
demikian, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi mencapai tahap ini.

3
Penghantaran Dan Pengumpulan Soalan-Soalan

Penghantaran dan pengumpulan borang soal selidik melalui pos adalah lebih mudah
dilakukan menggunakan tangan kepada setiap responden dan mengutipnya kemudian. Kaedah
ini mempunyai kelebihan kerana penyelidik mempunyai hubungan secara terus dengan
responden maka responden mumpunyai ruang masa untuk melengkapkan borang soal selidik
yang diedarkan. Seperti kaedah penyelidikan yang lain, kaedah ini akan menentukan sejauh
mana responden tertarik hati terhadap tinjauan tersebut. Kelemahan yang patut
dipertimbangkan jika menggunakan pendekatan ini ialah masa dan usaha yang digunakan bagi
proses penghantaran dan pengumpulan soalan soal selidik tersebut.

Soal Selidik Melalui Elektronik(Online)

Soal selidik melalui online adalah merupakan kaedah yang baru tetapi semakin
popular bagi kaedah tinjauan. Terdapat dua cara kaedah soal selidik melaui online boleh
dihantar sebagai dokumen dalam bentuk perisian word yang dilampirkan ke dalam emel atau
melalui laman web. Melaui emel pengkaji perlu mengetahui alamat emel responden maka
sampel boleh ditarget. Melalui laman web jika laman tersebut tidak dilindungi dengan kata
laluan maka tiada kawalan dan kuasa terhadap mana-mana responden yang melayari laman
web itu dan mengisi borang soal selidik. Ini bermakna penyelidik akan mendapat responden
secara sukarela menjawab soal selidik. Manakala jika laman web tersebut mempunyai kata
laluan, ini akan memberikan sekatan kepada responden dan boleh menyebabkan kadar
responden berkurangan. Masalah keselamatan boleh diselesaikan jika pengkaji memfokuskan
kepada satu-satu organisasi sahaja yang terlibat dalam jaringan internet dengan firewall akan
menyekat kepada pelawat-pelawat luar. Tetapi penyelidik tetap menghadapi masalah
mengawal responden.

Secara umumnya, bolehlah dianggap tinjauan secara online cenderung mendapat


tindak balas keinginan secara social (SDR) dan mungkin mendapat keputusan yang berat
sebelah. Hancock dan Flower (2001) walaubagaimanapun melaporkan bahawa sementara
sesetengah kajian mencadangkan tindak balas komputer adalah lebih jujur dan kurang
dipengaruhi oleh keinginan sosial daripada tindak balas yang disediakan pada kertas (seperti
soalan melalui pos dan temubual berstruktur). Penyelidikan mereka tidak menyokong hasil
tinjauan ini. Tinjauan melaui online sepatunya menjadi pilihan kerana ia melibatkan kos yang
sedikit berbanding sebab pengurangan tindak balas yang berat sebelah. Lebih-lebih lagi, untuk
membina soalan online, tinjauan berdasarkan online juga boleh diperolehi melalui
perbincangan dalam berkumpulan.

Temu Bual Berstruktur

Temu bual bersemuka berkemungkinan adalah kaedah pengumpulan data yang lebih
mahal kerana ia mengambil masa yang lama serta dapat meluangkan masa untuk beramah
mesra dengan responden. Soalan-soalan kaedah temu bual secara asasnya boleh menjadi sukar
dan mengambil masa yang lama dan kos menghasilkannya. Kadar respons biasanya adalah
tinggi berbanding kaedah temu bual menggunakan telefon. Terutamanya jika sepucuk surat
dihantar dengan kadar segera menjelaskan tentang tujuan temubual berstruktur itu. Tindak
balas yang berat sebelah juga biasanya berkurangan kerana penolak-penolak biasanya terdiri
daripada responden yang lebih kurang sama. Temubual berstruktur adalah kaedah yang
terbaik bagi soalan terbuka dan mendapatkan maklumat responden secara terperinci.

4
Temu bual melalui telefon tidak seperti soal selidik melalui pos, soalan berstruktur
membenarkan pengguna meyelesaikan masalah sama ada jawapan yang kurang jelas ataupun
kurang lengkap. Sesi temu bual akan bermula dengan maklumat faktual iaitu jantina
responden, status, pendidikan, pendapatan dan lain-lain lagi. Ini biasanya ia digelarkan
sebagai muka surat. Dan ia vital untuk dua sebab iaitu membenarkan kajian-kajian seterusnya
akan datang hubungan di antara variables. Contohnya, pandangan dan sikap terhadap produk
atau perkhidmatan latar belakang responden atau tahap pendapatan. Keduanya, ia
membenarkan beberapa sebab untuk dibina bersama-sama penemuramah pada permulaan
temubual. Temu bual secara individu membantu dalam mendapatkan sebab-sebab seseorang
membuat sesuatu atau mempercayai sesuatu. Sememangnya terdapat perbezaan antara apa
yang mereka percaya, mereka buat dan apa yang mereka fikirkan mereka buat dengan
tindakan sebenar mereka semasa latihan. Terdapat juga masalah apabila responden
memberikan maklumat sikap terhadap keinginan sosial yang berlebihan daripada jawapan
temu bual melalui pos.

Temu Bual Kumpulan Berfokus

Kegunaan kumpulan berfokus ini ialah membolehkan satu sampel responden ditemu
bual dan diulang temu bual maka sikap dan tindakan boleh dikaji sepanjang masa temu bual
tersebut. Satu kajian longitudinal kelebihan fokus berkumpulan ini ialah ia membenarkan
untuk mengeluarkan pelbagai pandangan, sementara ahli-ahi kumpulan yang lain boleh
menggalakkan pandangan dari perspektif yang lain. Tambahan pula, kadangkala pandangan
dari perspektif yang baru ini boleh memberikan idea-idea asas dalam sebarang tinjauan.

Kumpulan berfokus kebanyakkannya digunakan dalam arena politik dan juga


biasanya digunakan sebagai alat pengukur dalam kajian pasaran. Sama ada dalam perniagaan
mahu pun oganisasi kaedah ini boleh digunakan untuk mengikat komitmen orang ramai,
terutama pada sesetengah perkara misalnya jika terdapat unsur sinis atau permusuhan dalam
tema kajian.

Tinjauan Telefon

Tinjauan menggunakan telefon digunakan secara meluasnya berbanding kaedah yang


lain. Salah satu sebab perkembangannya ialah apabila bilangan penggunaan telefon bagi isi
rumah meningkat, peningkatan ini bertambah sehingga 90 peratus dalam beberapa negara.
Malahan, dengan penularan penggunaan telefon bimbit ramai isi-isi rumah sekarang
menggunakan pelbagai jenis telefon. Kebanyakkan tinjauan dilakukan melalui telefon di
rumah, tetapi dengan penularan penggunaan telefon bimbit dikalangan remaja, telefon bimbit
juga menjadi medium perhubungan bagi tinjauan melalui telefon dalam usaha menarik minat
golongan muda. Telefon bimbit kini sudah menjadi satu aksesori sosial.

Kadar respons bagi tinjauan telefon secara relatifnya adalah tinggi (60-90 peratus
apabila panggilan semula dibuat sekali lagi) kerana kebanyakan orang ramai suka ditemu bual
melalui telefon. Berbeza dengan tinjauan melalui pos, berkemungkinan orang ramai boleh
meyakinkan penyelidik kesignifikan terhadap kajian atau menjadual temu bual pada masa
yang lebih sesuai. Jika responden sukar dihubungi, Czaja dan Blair (1996) mencadangkan
panggilan semula sebanyak 5-9 pada hari yang berbeza dalam seminggu dan pada waktu yang
berbeza.

5
Satu daripada batas tinjauan melalui telefon ialah jenis soalan yang boleh disoal.
Soalan perlu pendek dan agak ringkas dan jenis pilihan jawapan mestilah pendek dan sedikit.
Ayat perlu dihadkan kepada 20 patah perkataan sahaja atau kurang dan bahasa yang
digunakan adalah ringkas dan boleh difahami. Jika penyelidik mempunyai responden yang
tidak dapat bercakap menggunakan bahasa yang sama dengan penyelidik ataupun bahasa
Inggeris maka bantuan jurubahasa perlu digunakan bagi membantu sebagai penterjemah.

Mengendalikan Pendapat Seorang Pekerja Tinjauan

Hasil tinjauan yang utama bagi perniagaan ialah pendapat pekerjanya yang mana
boleh menyediakan dan memberikan idea yang bernas dalam bentuk pelbagai elemen bagi
operasi sesebuah organisasi, termasuklah latihan bekerja, komunikasi, struktur pengurusan,
kepimpinan, organisasi general dan hubungan pelanggan. Sebagai contoh, tinjauan seorang
pekerja mungkin meliputi ujian terhadap sikap bagi sebarang permintaan atau untuk
menjangkakan masalah sebelum berlaku, untuk memastikan apakah tindakan yang perlu
diambil untuk meningkatkan moral pekerja, keyakinan dan kesetiaan. Nilai tinjauan pekerja
tersebut akan menjadi lebih baik jika dapat dibandingkan dengan kepimpinan pada masa
sebelum ini, (reka bentuk yang longitudinal) atau tinjauan yang dilakukan dalam organisasi
yang sama atau dengan sumber yang lain sebagai penanda aras. Apapun subjek tinjauan bagi
pendapat pekerja itu ia menerangkan bahawa keputusan tinjauan adalah maklum balas pekerja
kebiasaannya siapa yang menyediakan maklumat melainkan kadar respons tersebut terhadap
tinjauan masa depan akan menjadi rendah. Semua tinjauan mestilah dilakukan mengikut
sepenuhnya perancangan yang dicadangkan, tinjauan terhadap pendapat pekerja adalah tidak
diambilkira. Malahan, disebabkan mereka terlibat dalam perhubungan ramai orang dan
bersama-sama organisasi. Jika politik jatuh ia bertujuan untuk mengelakkan mereka mestilah
kelihatan profesional dan berkepimpinan. Perkara ini juga sangat penting dalam membantu
mengembalikan kadar yang tinggi ia sangat penting jika polisi organisasi adalah untuk
dipengaruhi oleh keputusannya. Kita akan melihat pada tahap tipikal melibatkan sekali
tinjauan pendapat pekerja, kebanyakkan pendapat adalah yang masa satu adalah yang
sepatutnya sekarang menjadi kebiasaan.

6
PERINGKAT TINJAUAN
Langkah dalam proses tinjauan
Sebelum tinjauan dilakukan, anda perlu memahami fasa dan langkah yang terlibat.
Tinjauan lebih banyak hanya proses rekabentuk penyoalan dan pengumpulan data.

Persoalan kajian

Tetapkan maklumat yang diperlukan

Penetapan pendekatan dan


Ulasan data yang ada sample terhadap tindakan Selidik sumber
dalam topik analisis

Tetapkan contoh Pilih kaedah kajian

Pemilihan dan susunan Bentuk penyoalan Pilih proses kaedah


mengumpul data

Peringkat 1
Pra kajian
………………………………………………………………………….
Peringkat 2………………………………………………………………
Peringkat 3
Perubahan persoalan
dan susunan

Aturkan temubual Tinjauan utama Hantar surat keterangan


Peringkat 4
…………………………………………………………………………
Peringkat 5 Sunting, pengekodan
dan penjadualan

Analisis

7
Tulis laporan penyelidikan
Peringkat 1: Meninjau rekabentuk dan persiapan rancangan
Dalam strategi penyelidikan, langkah pertama yang terlibat ialah spesifikasi soalan
penyelidikan utama tinjauan yang perlukan butir-butir. Satu soalan penyelidikan mungkin
berfokuskan kepada pendapat atau tingkahlaku seseorang, kumpulan organisasi, rangkaian
dan perniagaan. Menulis persoalan penyelidikan untuk tinjauan penting bagi membuktikan
rangka penyelidikan sebagai rujukan.

Peringkat 2 : Ujian awalan(pra-ujian)

Melibatkan aktiviti ujian dan memplot elemen seperti kerangka sampel, (sasaran
populasi), soalan tinjauan dan koleksi data. Beberapa maklumat perlu diuji terlebih dahulu
sebelum menentukan kebolehpercayaan sesuatu kajian. Jika kaedah temubual digunakan,
pengkaji perlu melalui latihan dan taklimat untuk memastikan latihan itu berjaya atau tidak.
Hanya apabila instrumen kajian siap disediakan ia akan di pra-uji dalam satu kumpulan.

Peringkat 3 : Reka bentuk tinjauan terakhir dan perancangan

Hasil daripada ujian awalan tadi akan memberikan maklumat kepada kita tentang
perubahan yang perlu dilakukan berdasarkan kepada pelbagai bentuk elemen. Mengenalpasti
masalah dengan sampel yang mewakili kerangka kajian. Pengkaji perlu mempertimbangkan
kesan terhadap kebolehpercayaan hasil kajian.

Peringkat 4 : Pengumpulan data

Peringkat ini merangkumi sebahagian daripada proses pengumpulan data dan peruses
pengekodan, pada peringkat ini aktiviti yang terpenting ialah mengawal jumlah temu bual
yang lengkap serta bilangan responden yang tidak memberikan respon. Kemudinnya, ia akan
diletakkan di dalam kategori yang lebih spesifik. Setiap satu kategori mepunyai implikasi
yang berbeza kepada penyelidikan :

Bukan kenalan (cuba hubungi semula)


Menolak (cuba mencari sebab menolak)
Tidak layak ()

Jika temubual menjadi kaedah utama dalam penyelidikan, pencapaian penemubual perlu
diperiksa agar kadar kejayaan dalam mendapatkan kerjasama dan kualiti makumat dalam
temuramah.

Peringkat 5 : Pengekodan data, analisis dan laporan.

Pada peringkat mengekod nombor-nombor akan mewakili setiap respons yang


diperoleh daripada soal selidik. Setiap satu maklumat responden akan dimasukkan ke dalam
rekod maklumat termasuklah kesemua responden yang menjawab soalan soal selidik. Setiap
responden akan diberikan jumlah dan nombor identiti yang unik. Sebelum data boleh
dianalisis data-data tersebut perlu dibersihkan dahulu. Bermakna setiap proses pengiraan
markah perlu dilakukan dengan hati-hati dan perlu diperiksa dengan tepat dan teliti.

8
MATLAMAT KEGUNAAN PENYELIDIKAN TINJAUAN

Penyelidikan tinjauan digunakan dalam merencana tiga matlamat yang paling penting iaitu
deskriptif, penjelasan dan penerokaan.

a. Deskriptif

Penyelidikan tinjauan kerap digunakan bagi memperolehi maklumat deskriptif berkenaan


sesuatu populasi, iaitu bagi mengetahui taburan pembolehubah yang diminati. Sebagai contoh,
bergantung kepada soalan kajian, sekiranya populasi yang diminati adalah guru sekolah,
maklumat deskriptif yang boleh dipungut termasuk kelulusan akedemik, jantina, pengalaman
mengajar, tempat bertugas (bandar atau luar bandar, jenis sekolah), mata pelajaran yang
diajar, tahap yang diajar (rendah atau menengah), jawatan yang dijawat, agama, bangsa,
kepuasan kerja mereka dan sebagainya. Sekiranya penyelidikan tinjauan digunakan untuk
tujuan ini, ia dipanggil penyelidikan tinjauan deskriptif atau penyelidikan deskriptif (Gay &
Airasian, 2003 ; Krathwohl, 1998 ; Rosier, 1997).

b. Penjelasan (Explanatory)

Penjelasan adalah bergantung kepada persoalan kajian. Sebagai contoh, populasi yang
diminati adalah guru sekolah dan hubungan yang ingin disiasat adalah antara pembolehubah
pengalaman mengajar dan juga kepuasan guru bekerja. Jika terdapat hubungan yang kuat,
pengalaman mengajar dapat digunakan bagi membuat ramalan berkenaan kepuasan kerja
seseorang guru. Dalam erti kata lain, penyelidik boleh menggunakan pengalaman mengajat
bagi menjelaskan kepuasan kerja guru. Ini tidak bermaksud bilangan tahun mengajar menjadi
penyebab kepada kepuasan kerja guru. Sekiranya penyelidikan tinjauan digunakan untuk
tujuan ini, ia dipanggil penyelidikan tinjauan korelasi atau penyelidikan korelasi (Rosier,
1997; Shaughnessy, Zechmeister, & Zechmeister, 2003). Creswell (2005) menjelaskan
penyelidikan korelasi bergantung kepada ciri-ciri seperti penyelidik mengkorelasikan dua atau
lebih pembolehubah; penyelidik memungut data pada suatu masa tertentu; penyelidik
menganalisis semua peserta kajian sebagai satu kumpulan tunggal; penyelidik memungut
sekurang-kurangnya dua skor, setiap skor untuk satu pembolehubah, daripada setiap peserta
kajian dalam kumpulan.

c. Penerokaan (Explotory)

Penyelidikan tinjauan boleh digunakan bagi mengenalpasti masalah yang memerlukan


penyelidikan lanjut. Selepas dikenal pasti, masalah-masalah itu dapat didefinasikan dengan
lebih baik supaya siasatan yang lebih sistematik dapat dijalankan. Siasatan itu tidak
semestinya menggunakan penyelidikan tinjauan lagi. Digunakan dalam konteks ini, matlamat
penyelidikan tinjauan adalah penerokaan.

9
PERBINCANGAN PENYELIDIKAN TINJAUAN

Kajian tinjauan atau biasa disebut kajian survey merupakan salah satu kaedah penyelidikan
bukan berbentuk eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang
khususnya dalam bidang sains sosial. Kajian tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang
pendidikan. Kajian tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden
yang ramai iaitu ratusan ataupun ribuan responden (Marican, 2006). Kajian tinjauan
dijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi. Sampel yang terpilih mestilah mempunyai
ciri-ciri atau sifat-sifat populasi yang ingin dikaji supaya maklumat yang diperoleh melalui
kajian berkenaan boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang keseluruhan
populasi yang dikaji. Justeru itu, salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk
membuat kenyataan umum (generalization) tentang sesuatu populasi.

Berikut disenaraikan ciri-ciri kajian tinjauan iaitu kajian menyeluruh mengenai sesuatu
isu atau masalah, kutipan data yang cepat, penggunaan saiz sampel yang besar, maklumat
dipungut secara terus daripada responden dalam masa singkat dan dapat membuat kenyataan
umum untuk sesuatu populasi kajian (Chua, 2006). Terdapat beberapa cara pemilihan sampel
dalam kajian tinjauan iaitu melalui pensampelan rawak mudah (simple random sampling),
pensampelan berstrata (stratified sampling), pensampelan sistematik (systematic sampling)
dan pensampelan kelompok (cluster sampling). Walau bagaimanapun pemilihan sampel dalam
kajian tinjauan adalah secara rawak daripada sesuatu populasi yang dikenal pasti (Gay &
Airasian, 2000).

Penyelidikan tinjauan mempunyai sejarah yang lama (Babbie, 1990, Jackson, 2002)
dan digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang seperti politik, perniagaan, sosiologi dan
juga pendidikan. Contohnya, seorang ahli politik mungkin mengupah orang lain menjalankan
tinjauan bagi menilai peluangnya memenangi pilihan raya atau sebuah firma mungkin
menjalankan tinjauan bagi menaksir penerimaan produknya di kalangan pengguna. Kerajaan
di seluruh dunia juga menggunakan penyelidikan tinjauan untuk pelbagai tujuan seperti
menggubal dasar, menaksir impak dasar, menaksir reaksi rakyat pada sesuatu projek dan
sebagainya. Satu sebab kepopularan penyelidikan tinjauan adalah kos menjalankannya adalah
rendah secara perbandingan dan pelbagai maklumat dapat dipungut daripada ramai individu
dengan agak pantas.

Menurut Sapsford (1999), tinjauan ialah huraian terperinci dalam bentuk kuantiti
berkenaan suatu populasi (contohnya, 85 peratus guru tidak bersetuju murid dibenarkan
membawa telefon bimbit ke sekolah). Penyelidikan tinjauan bertujuan memperoleh maklumat
sebegini. Ia tergolong bawah penyelidikan kuantitatif berbentuk bukan eksperimen dan
popular di kalangan penyelidik. Ini bermakna tiada pembolehubah dimanipulasikan.
Pembolehubah yang disiasat ialah pembolehubah yang sedia ada dalam persekitaran semula
jadi.

Penyelidikan tinjauan melibatkan pungutan data secara sistematik, sama ada melalui
soal selidik yang dilengkapkan oleh responden secara kumpulan, soal selidik yang diposkan
kepada responden, atau soal selidik yang dibaca oleh penemu bual kepada responden secara
terus atau melalui telefon. Bagi memperoleh sesuatu maklumat berkenaan populasi, ramai
orang (yang dipanggil responden) disampel berkenaan perkara yang sama. Oleh itu,
’standardization’ penting dalam penyelidikan tinjauan. Maklumat yang diminati boleh
berbentuk pengetahuan, kepercayaan, sikap, pandangan, ciri, tingkah laku lampau dan terkini,
persepsi keberkesanan sesuatu program dan sebagainya. Maklumat yang diberitahu responden

10
adalah pembolehubah. Penyelidikan tinjauan mengukur (mengkuantitikan) semua
pembolehubah ini. Berbilang pembolehubah boleh diukur dan berbilang hipotesis boleh diuji
melalui tinjauan. Penyelidikan tinjauan bergantung pada responden membuat laporan kendiri
berkenaan pengetahuan, pengalaman, kepercayaan, sikap, pandangan dan tingkah laku
mereka. Dengan itu, kesahan dapatan penyelidikan tinjauan antara lain bergantung pada
kejujuran mereka.

Kajian tinjauan boleh dijalankan menggunakan soal selidik melalui pos dan temu bual
secara lisan atau secara kertas-pensil, melalui SMS, e-mail serta telefon. Soal selidik ialah alat
ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan manakala temu bual dijalankan untuk
menyokong hasil kajian yang diperoleh. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini
biasanya disediakan oleh penyelidik Walau bagaimanapun soal selidik yang sedia ada dan soal
selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji
kebolehpercayaannya boleh juga digunakan. Sekiranya penyelidik perlu menyediakan
instrumen soal selidik beberapa perkara perlu diambil perhatian. Ciri-ciri instrumen soal
selidik yang baik mestilah sesuai dengan kesediaan responden, format instrumen yang
sistematik, arahan yang jelas, surat dan dokumen disertakan bersama instrumen kajian serta
ujian rintis perlu dijalankan sebelum instrumen digunakan (Chua, 2006).

Selain soal selidik, temu bual juga boleh digunakan dalam kajian tinjauan. Beberapa
bentuk temu bual boleh digunakan iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi struktur, temu
bual tidak berstruktur. Walau bagaimanapun temu bual tidak berstruktur jarang digunakan
dalam kajian tinjauan kerana temu bual ini biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat
mendalam berkaitan sesuatu fenomena atau isu (Gay & Airasian, 2000). Panduan membentuk
item-item soal selidik ialah penggunaan bahasa yang mudah, selaras dengan responden,
elakkan soalan yang sukar, soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan responden, elakkan
soalan dwi-maksud, soal selidik yang terlalu panjang, elakkan soalan yang kabur, elakkan
mendorong jawapan yang digemari masyarakat, elakkan soalan yang berarah dan item yang
negatif (Merican, 2006). Item-item soal selidik boleh menggunakan ukuran dalam bentuk
skala likert, skala perbezaan semantik, skala Thurstone dan skala Gutman (Gay & Airasian,
2000).

Penyelidik kajian tinjauan menggunakan instrumen temu bual untuk mendapatkan


maklumat. Beberapa aspek-aspek penting dalam penyediaan item temu bual ialah menentukan
jenis temu bual dalam kajian iaitu rancangan temu bual, stail, kandungan dan susunan soalan
temu bual, ciri-ciri soalan temu bual yang baik, aras bahasa dalam temu bual, penyusunan
soalan temu bual dan tempoh sesi temu bual (Chua, 2006). Kesemua aspek di atas perlu
diambil perhatian ketika menyediakan item temu bual. Tujuannya ialah untuk menghasilkan
satu set item yang boleh digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan kajian.
Beberapa kaedah temu bual boleh digunakan iaitu temu bual bersemuka, temu bual tidak
bersemuka dan temu bual bantuan komputer. Terdapat 10 ciri asas untuk menjadi penemu bual
yang baik iaitu tidak mulakan sesi temu bual yang dingin, sentiasa sedar tentang tujuan temu
bual, soalan ditanya secara semula jadi, soalan yang penting perlu disoal dengan jelas dan
tepat, berwatak sebagai pendengar yang baik, pakaian dan penampilan yang sesuai, tempat
yang selesa, menghormati responden, berlatih sebelum sesi temu bual dilaksanakan dan
menghargai responden.

Kekuatan penggunaan kaedah tinjauan dapat ditunjukkan seperti cara yang sering
digunakan bagi memperoleh maklumat masa lampau subjek salah satu daripada beberapa
teknik yang ada bagi mendapatkan maklumat berkaitan kepercayaan, sikap dan motivasi dapat

11
digunakan ke atas populasi manusia normal kecuali pada kanak-kanak, kaedah yang efisien
bagi mengutip data dalam jumlah yang banyak pada kos yang rendah dalam tempoh yang
singkat tinjauan yang berstruktur dan bersesuaian dengan analisis stastik.

Penyelidikan yang menggunakan strategi penyelidikan tinjauan (survey) lebih sesuai


sekiranya kajian itu untuk mendapatkan pelbagai maklumat tentang populasi melalui sample
atau tinjauan yang melibatkan elemen yang tidak banyak. Sampel yang dikumpul perlu
mempunyai kriteria atau sifat populasi tersebut. Perkara ini perlu agar maklumat yang
dikumpul melalui sampelan yang kecil itu dapat memberi pernyataan dan gambaran umum
tentang populasi secara keseluruhan.

Strategi tinjauan menekankan data yang lengkap, tuntas dan meliputi tajuk
penyelidikan yang diputuskan. Walaubagaimanapun, semasa mengumpul data, kawalan tidak
dapat dilakukan kecuali selepas data dikumpul iaitu melalui strategi statistik.

Seterusnya, strategi penyelidikan tinjauan sesuai untuk mendapatkan gambaran


deskriptif atau menentukan perkaitan sebab-akibat dan bagi kajian untuk meneroka. Ini sesuai
untuk membuat keumuman tentang populasi tertentu menurut kriteria keumuman.

Namun, strategi penyelidikan tinjauan didapati lemah daripada segi kriteria kawalan
dan sifat semula jadi, walaupun sesuai bagi penyelidikan bersifat deskriptif, penerokaan dan
sebab-akibat.

Penyelidikan tinjauan mempunyai beberapa had yang harus disedari oleh penyelidik
yang menggunakannya. Antara had-had itu adalah penyelidikan tinjauan dapat menentukan
sama ada terdapat hubungan antara dua pembolehubah tetapi tidak dapat menentukan sebab-
akibat. Contohnya, katakan suatu tinjauan mendapati terdapat korelasi yang signifikan antara
kekerapan pelajar berkelahi dengan tempoh masa mereka bermain permainan video (video
games). Namun bukti ini tidak semestinya bermakna bermain permainan video menyebabkan
tingkah laku agresif di kalangan pelajar kerana penjelasan berikut juga munasabah, iaitu
pelajar yang agresif lebih berkemungkinan menggunakan masa lapang mereka untuk bermain
permainan video.

Selain itu, penyelidikan tinjauan bergantung pada data laporan kendiri (self-report),
iaitu penyelidikan tinjauan bergantung pada kejujuran dan ketepatan responden melaporkan
sikap, pandangan, kepercayaan, pengetahuan dan pengalaman mereka yang diminati
penyelidik. Hal ini tidak semestinya berlaku kerana responden boleh memberikan jawapan
yang tidak tepat, sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja (contohnya, mereka lupa,
keliru dan sebagainya).

Penyelidikan tinjauan juga terdedahkan kepada bias. Contohnya, oleh kerana


responden tahu sebab mereka dikaji ataupun mempunyai sedikit idea mengenainya, mereka
mungkin mengubah jawapan mereka, sama ada disedari ataupun tidak disedari, bagi membuat
penyelidik mendapat gambaran yang baik dan positif berkenaan mereka. Contohnya, mereka
mungkin memberikan jawapan yang mencerminkan mereka sebagai individu yang adil,
munasabah, bertimbang rasa, penyayang, rajin, berdedikasi dan sebagainya. Fenomena ini
dinamakan ’social desirability’.

Apabila dilaksanakan dengan baik, penyelidikan tinjauan berupaya mewakili dengan


tepat sesuatu pandangan populasi individu yang dikaji. Namun ini tidak bermakna pandangan

12
itu betul. Oleh itu, walaupun data penyelidikan tinjauan dapat membantu dalam membuat
keputusan dan menggubal dasar awam, pertimbangan dan penganalisisan pakar masih
diperlukan. Ringkasnya data itu tidak boleh mengambil alih tempat pertimbangan dan
penganalisisan pakar.

Di samping itu, menjalankan penyelidikan tinjauan yang baik adalah tugas besar. Ia
memerlukan perancangan yang rapi dan memakan masa berbulan-bulan bagi merancang dan
melaksanakannya. Contohnya, menggubal soal selidik yang baik memakan masa dan usaha.
Begitu juga dengan menganalisis dan menginterpretasikan data.

13
PENUTUP

Kesimpulannya, kajian tinjauan atau penyelidikan tinjauan adalah kaedah kajian yang paling
popular digunakan dalam kalangan penyelidik. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik
dan temu bual. Kelebihannya adalah mudah, cepat dan menyeluruh tetapi ia mempunyai
kelemahan juga iaitu hanya mendapatkan maklumat berkenaan pandangan atau pendapat
sahaja.

Salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum
(generalization) tentang sesuatu populasi. Kajian tinjauan boleh dijalankan menggunakan soal
selidik melalui pos dan temu bual secara lisan atau secara kertas-pensil, melalui SMS, e-mail
serta telefon.

Selain itu, terdapat 10 ciri asas untuk menjadi penemu bual yang baik iaitu tidak
mulakan sesi temu bual yang dingin, sentiasa sedar tentang tujuan temu bual, soalan ditanya
secara semula jadi, soalan yang penting perlu disoal dengan jelas dan tepat, berwatak sebagai
pendengar yang baik, pakaian dan penampilan yang sesuai, tempat yang selesa, menghormati
responden, berlatih sebelum sesi temu bual dilaksanakan dan menghargai responden.

Terdapat dua jenis tinjauan iaitu tinjauan deskriptif dan tinjauan analitikal. Tinjauan
deskriptif pada asasnya bertujuan untuk memberikan gambaran yang tepat terhadap ciri-ciri
yang terdapat dalam sesuatu populasi manakala tinjauan desktiptif lebih menekankan teori.
Tujuan utamanya ialah untuk meneroka dan mengkaji perkaitan tentang pembolehubah.

Selain itu juga, terdapat lima peringkat tinjauan iaitu meninjau reka bentuk dan
persiapan rancangan, ujian awalan, reka bentuk tinjauan terakhir dan perancangan,
pengumpulan data dan pengekodan. Bagi kegunaan penyelidikan tinjauan pula mempunyai
tiga kegunaan iaitu deskriptif, penjelasan dan penerokaan.

14
BIBLIOGRAFI

Arabi Idid (1993), Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Aziz Yahya & et.al (2006), Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisis &
Interpretasi Data. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Lim Chong Hin, 2007. PENYELIDIKAN PENDIDIKAN: Pendekatan Kuantitatif dan


Kualitatif. Shah Alam: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Nadirah & et.al. Tinjaun Deskriptif dan Analitikal [On-line ] Diperoleh Julai, 30 .2010 dari
World Wide Web:
http://webcache.googleusercontent.com/search?
q=cache:5BzP5URhwOoJ:images.miskphy.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/
StfOUAoKCCYAAEfN7i01/TERJEMAHAN%2520BAB%25205.doc%3Fnmid
%3D290452343+kaedah+penyelidikan+tinjauan&cd=8&hl=en&ct=clnk&gl=my

Penyelidikan Tindakan: Proses Penyelidikan Tindakan [On-line ] Diperoleh Julai, 30 .2010


dari World Wide Web:

http://www.teachersrock.net/AR3.htm

Sulaiman Masri (2005), Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan: Esei, Proposal &
Tesis. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

15

You might also like