You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

KALI KE-10/2018
MAJLIS BELIA INDIA MALAYSIA(MIYC)
CAWANGAN BUNTONG PERAK
________________________________________________________________

Tarikh : 27 Mei 2018 (Ahad)

Masa : 10.00 pm-1.00pm

Tempat : Dewan Rishi Bhagwan.

Kehadiran : 31 ahli termasuk 1 VIP Jemputan

Ahli-ahli MIYC Buntong: 31 Wakil

VIP Jemputan :
1) En. SIVABALAN A/L MUNIANDY
President MIYC, Merangkap Pengerusi MIYC Perak
________________________________________________________________

AGENDA 1

Bacaan Doa Selamat Oleh : Araasu a/l Asokumaran

Nyanyian lagu Negaraku & Lagu MIYC

AGENDA 2 :
Ucapan alu-aluan oleh : Setiausaha Sdr. Jeniffer a/p Susaie
Beliau mengalu-alukan kehadiran semua ahli-ahli MIYC Buntong dan para tetamu
jemputan dan mengesahkan kehadiran mencukupi korum iaitu seramai 31 wakil.
Rakaman terima kasih ditujukan kepada En. Sivabalan A/L Muniandy ( Presiden MIYC
Kebangsaan) yang sudi menghadirkan diri dan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan
Kali Ke-10 ini.
AGENDA 3 :

Ucapan oleh : Ketua Cawangan Sdr.ANBALAGAN DEVAR A/L DEVARAJAH


Beliau mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha atas pengesahan itu dan
mengalu-alukan kehadiran para perwakilan dan para jemputan khas ke Mesyuarat
Agung Tahunan Kali-10 ini.

Beliau menyatakan bahawa MIYC telah menjalankan pelbagai aktiviti kepada belia-belia
di kawasan Buntong. Beliau juga menyatakan bahawa MIYC Buntong banyak
mendapat dan kerjasama daripada jabatan kerajaan dan agensi-agensi seperti Jabatan
Belia & Sukan, Pejabat Penerangan,Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi,
Kepenggunaan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, IPD Hilir Perak, ICU Perak dan
banyak lagi.

Belia juga menyatakan bahawa aktiviti-aktiviti belia akan diadakan seperti seminar &
kursus-kursus kepimpinan, aktiviti sukan & rekreasi, aktiviti lasak, program pertukaran
belia antarabangsa, kem kepimpinan dan banyak lagi.Beliau menyarankan supaya
semua ahli melibatkan diri dalam semua aktiviti yang bakal akan dianjurkan dan
menikmati segala faedah.

AGENDA 4 :

Ucapan Perasmian oleh : En.SIVABALAN A/L MUNIANDY ( PRESIDEN MIYC )


Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada MIYC Buntong yang berjaya
mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan MIYC Buntong Kali-10/2018 ini dengan
jayanya. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada MIYC Buntong yang
sudi menjemput beliau untuk merasmikan mesyuarat ini.

Beliau menyatakan bahawa cawangan-cawangan lain perlu menjadikan MIYC Buntong


sebagai contoh kerana penglibatan cawangan MIYC dalam melaksanakan sesebuah
program adalah amat baik. Beliau juga memuji cawangan MIYC Buntong kerana ahli-
ahlinya sangat aktif dalam menganjurkan sesebuah aktiviti yang menanam jati diri
dalam masyarakat Buntong

AGENDA 5 :

Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-10/2018.

Setiausaha MIYC Buntong, Sdri Sdri. Jeniffer a/p Susaie telah membentangkan Minit
Mesyuarat Agung Tahunan MIYC Buntong KE-10/2018. Minit mesyuarat telah diterima
sebulat suara oleh hadirin.

Dicadangkan oleh : Sdr. Shurein a/l Ananthan

Disokong oleh : Sdri Mangelaswari a/p Asogan

AGENDA 6 :

Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan MIYC Buntong 2018

Bendahari En.Suren Rao a/l Anatha Rao telah membentangkan laporan kewangan dan
penyata akaun MIYC Buntong 2017. Laporan kewangan telah diterima sebulat suara
oleh hadirin.

Dicadangkan oleh : Sdr. Araasu a/l Asokumaran

Disokong oleh : Sdr. Kaviraj a/l Rajasegaran

AGENDA 7 :

Perlantikan Ahli Jawatankuasa Baru MIYC Buntong 2017-2018

Setiausaha MIYC Buntong memberitahu bahawa terdapat pertukaran dalam senarai


AJK MIYC Buntong untuk sesi 2018/2019 seperti berikut Senarai AJK diterima sebulat
suara oleh Kehadiran .
Ketua Cawangan : Sdr. Anbalagan Devar a/l Devarajah
Timb Ketua Cawangan : Sdr. Mohanaprakash A/l Rajendran
Setiausaha : Sdri. Jeniffer a/p Susaie
Bendahari : Sdr. Suren Rao a/l Anatha Rao
Ketua Penerangan : Sdr. Kaviraj a/l Rajasegaran
Ketua Wanita : Sdri. Dharshini a/p Gunasegar
Ketua Putera : Sdr. Araasu a/l Asokumaran
Ketua Puteri : Sdri. Mangelaswari a/p Asogan
AJK : Sdr. Thavaputhalvan a/l Govindarajoo
AJK : Sdri. Thamaiyanthi a/p Subramaniam
AJK : Sdr. Rajakumaran a/l Raman
AJK : Sdr. Chandra a/l Ravi
Juru Audit I : Sdr. Shurein a/l Ananthan
Juru Audit II : Sdri. Tenatharshene a/p Ravi

Ucapan Penangguhan

Sdri Jeniffer a/p Susaie Setiausah MIYC mengucapkan ribuan terima kasih kepada
En. Sivabalan a/l Muniandy ( Presiden MIYC ) yang sudi menghadiri serta merasmikan
Mesyuarat Agung Tahunan MIYC Buntong Ke-10/2018, serta Ahli Jawatankuasa Kerja
MIYC Buntong yang baru ,para hadirin dan semua pihak yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-10/2018 ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ..................................................
Jeniffer Shella a/p Susaie, Anbalagan Devar a/l Devarajah
Setiausaha,MIYC Buntong. Ketua Cawangan, MIYC Buntong.

You might also like