You are on page 1of 1

KURSUS BAHASA MELAYU TINGGI

Pada umumnya, konsep bahasa Melayu tinggi merujuk kepada penggunaan bahasa Melayu dalam
konteks wacana ilmiah dan berkaitan dengan ketamadunan. Bahasa Melayu menjadi wahana bagi
melahirkan idea dan wawasan yang berkaitan dengan kesarjanaan dan
kebudayaan. Bahasa Melayu tinggi lazimnya digunakan dalam seminar, persidangan atau kongres yang
berkaitan dengan bahasa, budaya ataupun bidang ilmiah yang lain. Bahasa Melayu baku
ialah bahasa Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek bahasanya, iaitu ejaan, tatabahasa,
istilah, penggunaan kata, laras bahasa dan sebutan. Bahasa Melayu baku digunakan sepenuhnya
sebagai wahana untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Bahasa rendah tidak dapat digunakan
bagi tujuan keilmuan termasuklah berfikir dan berkarya dalam bidang-bidang saintifik, teknikal, teknologi
dan falsafah tinggi yang abstrak, konseptual dan kompleks. Bahasa rendah hanya dapat digunakan bagi
membaca, memahami, memikirkan dan menulis perkara-perkara yang mudah, cetek, remeh, dangkal dan
dungu.

Sedikit demi sedikit bahasa rendah di akademi ini cuba untuk tidak digunakan oleh kalangan murid-
murid di ABS.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku prosiding Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I -
1 VII, Prosiding Konvensyen Bahasa Kebangsaan 2001, dan Prosiding Seminar Linguistik dan
Pembudayaan Bahasa Melayu ke-2 2006 yang terdapat di Pusat Dokumentasi Melayu DBP

You might also like