You are on page 1of 35

Sistem Cap Dagangan

di Malaysia
Siri Penerbitan “Panduan Harta Intelek”

1. Sistem Perlindungan Harta Intelek di Malaysia


2. Soalan-soalan Lazim Harta intelek
3. Sistem Paten di Malaysia
4. Sistem Cap Dagangan di Malaysia
5. Sistem Reka Bentuk Perindustrian di Malaysia
6. Sistem Petunjuk Geografi di Malaysia
7. Sistem Hakcipta di Malaysia
8. Sistem Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu
di Malaysia
9. Maklumat Am Mengenai Harta Intelek

Penafian
Buku panduan ini mengandungi maklumat asas
mengenai tajuk yang berkaitan tetapi tidak
bermaksud sebagai ganti kepada dokumen atau
khidmat nasihat perundangan profesional.

Rujukan kepada produk dan perkhidmatan, nama


syarikat, pertubuhan dan laman web tidak
bermaksud sebarang sokongan atau pengiktirafan
oleh MyIPO.

Hakcipta MyIPO (2009)


Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana
bahagian penerbitan ini dalam apa juga bentuk dan
dengan cara apa jua sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah
Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

©MyIPO April 2009


Panduan Harta Intelek - 4
Sistem Cap Dagangan di Malaysia

Buku panduan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai


harta intelek. Penyediaan dokumen ini turut mengambil kira maklum balas yang
diterima oleh MyIPO.
MAKLUMAT AM MENGENAI CAP DAGANGAN

1. Maklumat Am

1.1 Definisi
1.2 Cap Dagangan Secara Ringkas
1.3 Fungsi-fungsi Cap Dagangan
1.4 Pemohon
1.5 Kepentingan Pendaftaran Cap Dagangan
1.6 Cap Dagangan yang Boleh Didaftarkan
1.7 Cap Dagangan yang Tidak Boleh Didaftarkan
1.8 Cap Dagangan yang Dilarang Pendaftarannya
1.9 Perlindungan Terhad di dalam Malaysia
1.10 Tempoh Sah Perlindungan Cap Dagangan
1.11 Kos Pendaftaran
1.12 Nasihat Awal Sebelum Mengemukakan Permohonan
1.13 Prosedur Permohonan Cap Dagangan
1.14 Proses Pendaftaran
1.15 Selepas Pendaftaran

2. Panduan Mengisi Borang Permohonan (TM5)

2.1 Jenis-jenis Cap Dagangan


2.2 Representasi Cap Dagangan
2.3 Senarai Barangan atau Perkhidmatan
2.4 Kelas
2.5 Batasan/ Syarat Perlucutan
2.6 Nama dan Alamat Penuh Pemohon
2.7 Nama dan Alamat Ejen
2.8 Nombor Pendaftaran Ejen
2.9 Rujukan Persendirian Ejen
2.10 Tuntutan Tarikh Prioriti di bawah Konvensyen
Antarabangsa
2.11 Penggunaan Cap Dagangan
2.12 Pengakuan

5
3. Carta Aliran Prosedur Permohonan Cap Dagangan

4. Klasifikasi Barangan dan Perkhidmatan

5. Fi dan Borang-borang Berkaitan

6. Contoh Borang Permohonan Cap Dagangan

6
BAHAGIAN 1

MAKLUMAT AM

1.1 Definisi

Seksyen 3, Akta Cap Dagangan 1976

“………bermaksud suatu cap yang digunakan atau dicadangkan untuk


digunakan berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan bagi
maksud menunjukkan atau supaya menunjukkan suatu hubungan
dalam perjalanan perdagangan di antara barang-barang atau
perkhidmatan itu dengan seorang yang berhak sama ada sebagai tuan
punya atau sebagai pengguna berdaftar bagi menggunakan cap itu
........... .”

1.2 Cap Dagangan Secara Ringkas

Cap dagangan boleh terdiri daripada perkataan, logo, gambar, nama,


huruf, nombor atau kombinasi daripada unsur-unsur tersebut.

Cap dagangan merupakan alat pemasaran yang membolehkan


pengguna membuat pilihan barangan/ perkhidmatan yang
dipasarkan.

Cap dagangan lebih dikenali sebagai tanda, jenama, logo atau


tanda niaga yang diletakkan pada barangan atau perkhidmatan
yang dikeluarkan oleh seseorang pengeluar untuk mengenal dan
membezakannya daripada barangan atau perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh pihak lain.

7
Contoh-contoh Cap Dagangan:

Perundangan yang mentadbir Cap Dagangan:


• Akta Cap Dagangan 1976
• Peraturan-Peraturan Cap Dagangan 1997

1.3 Fungsi-fungsi Cap Dagangan

Fungsi asal

Cap Dagangan dapat menunjukkan asal usul sesuatu barangan atau


perkhidmatan yang dipasarkan.

Fungsi pemilihan

Cap Dagangan mempermudahkan pengguna membuat pilihan


semasa membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan.

Fungsi kualiti

Pengguna boleh memilih barangan atau perkhidmatan yang


berkualiti berdasarkan reputasi sesuatu cap dagangan.

Fungsi pemasaran

Cap Dagangan adalah medium pengiklanan yang berkesan


bagi membolehkan pengeluar memasarkan barangan atau
perkhidmatan.

8
Fungsi ekonomi

Sesuatu Cap Dagangan terkenal yang terbukti kualitinya, atau


mempunyai reputasi yang tinggi boleh dilesenkan atau dipindahmilik
kepada pihak lain yang menjadikan cap dagangan sebagai aset
ekonomi.

1.4 Pemohon

Mana-mana pemilik Cap Dagangan sama ada warganegara atau


bukan warganegara yang sedang menggunakan cap tersebut
di Malaysia atau bercadang untuk menggunakannya boleh membuat
pendaftaran. Pemilik-pemilik tersebut boleh terdiri daripada orang
perseorangan, perkongsian, syarikat atau pertubuhan.

1.5 Kepentingan Pendaftaran Cap Dagangan

Hak eksklusif

Pemilik Cap Dagangan berdaftar adalah diberikan hak eksklusif


untuk menggunakan cap dagangan mereka dalam perniagaan.
Mereka juga berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas
sesiapa yang menggunakannya tanpa kebenaran sama ada dalam
bentuk sivil melalui peruntukan pelanggaran (infringement)
di bawah Akta Cap Dagangan 1976 atau pun mengemukakan aduan
kepada Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP) untuk tindakan
di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Bukti sah di sisi undang-undang

Sijil Pendaftaran boleh dijadikan bukti sah kepunyaan ke atas sesuatu


cap dagangan di mana ia boleh diterima di mahkamah. Sijil Cap
Dagangan merupakan dokumen yang penting untuk mengesahkan
hak milik sesuatu cap dagangan dalam urusan perdagangan dan
perniagaan.

9
1.6 Cap Dagangan yang Boleh Didaftarkan [Seksyen 10, Akta Cap
Dagangan 1976]

Seksyen 10(1)(a)
Nama seorang perseorangan, syarikat atau firma yang dinyatakan
dengan suatu cara khas atau tertentu;

contoh:

Seksyen 10(1)(b)
Tandatangan pemohon pendaftaran atau tanda-tanda seseorang
peniaga sebelumnya dalam perniagaannya;

contoh:

10
Seksyen 10(1)(c)
Suatu atau beberapa perkataan yang dicipta;

contoh :

KODAK - Filem/ Kamera


COLGATE - Ubat gigi
HORLICKS - Minuman
MAGGI - Makanan
ADIDAS - Kasut/ Pakaian sukan


Seksyen 10(1)(d)
Suatu perkataan yang tiada mempunyai apa-apa hubungan yang
langsung dengan sifat atau kualiti barangan atau perkhidmatan itu,
iaitu perkataan yang mengikut ertinya yang biasa bukan suatu nama
berasalkan tempat atau suatu nama keluarga;

contoh:

untuk sabun

untuk minyak masak

untuk shampoo

11
Seksyen 10(1)(e)
Apa-apa tanda distinktif yang lain;

contoh:

1.7 Cap Dagangan yang Tidak Boleh Didaftarkan

Cap Dagangan tidak boleh didaftarkan jika mengandungi apa-apa


perkataan atau representasi yang dilarang di bawah Seksyen 15,
Akta Cap Dagangan 1976 dan Peraturan 13, 14 dan 15 Peraturan-
Peraturan Cap Dagangan 1997, antaranya ialah :

• Paten, Telah Dipatenkan, Surat Paten Diraja, Berdaftar,


Rekabentuk Berdaftar dan Hakcipta;
• DYMM Yang Dipertuan Agong, DYMM Permaisuri Agong,
DYMM Sultan-Sultan dan Tuan Yang Terutama Yang Dipertuan
Negeri;
• Mahkota atau Lambang Diraja atau Imperial, Lencana,
Lambang Kebangsawanan atau Lambang Kebesaran;
• Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia;
• Bulan Sabit Merah Dan Palang Geneva Yang Berwarna Merah
dan Palang Persekutuan Swiss Yang Berwarna Putih atau Perak
Yang Berlatarkan Warna Merah;
• Perkataan atau representasi ASEAN dan Bunga Raya;
• Suatu representasi nama, lambang, bendera mana-mana
organisasi antarabangsa, negeri, bandaraya, pertubuhan dan
perbadanan (6ters – Konvensyen Paris).

12
Bunga raya


Cap Dagangan juga tidak boleh didaftarkan jika mengandungi apa-
apa perkataan atau representasi merujuk kepada kualiti, karakter
barangan;

contoh:

SOFTLY untuk barangan sabun (merujuk kepada kualiti barangan)


1.8 Cap Dagangan yang Dilarang Pendaftarannya [Seksyen 14 Akta
Cap Dagangan 1976]

Seksyen 14(1)(a)
Jika penggunaannya memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan
kepada orang ramai atau akan berlawanan dengan undang-undang;

Seksyen 14(1)(b)
Jika ia mengandungi atau terdiri dari apa-apa perkara skandal atau
menyinggung atau pun tidak berhak mendapat perlindungan
di bawah undang-undang;

13
Seksyen 14(1)(c)
Jika ia mengandungi perkara yang memudaratkan atau mungkin
memudaratkan kepentingan atau keselamatan negara;

Seksyen 14(1)(d)
Jika cap itu serupa atau hampir-hampir menyerupai suatu cap yang
terkenal di Malaysia bagi barangan atau perkhidmatan yang sama
dengan barangan dan perkhidmatan seorang tuan punya lain;

MITSUBESI vs MITSUBISHI
( untuk barangan kenderaan)

vs
(bagi barangan beg tangan dan kasut)

Seksyen 14(1)(e)
Jika cap itu serupa atau hampir-hampir menyerupai suatu cap yang
terkenal di Malaysia bagi barangan atau perkhidmatan yang tidak
sama dengan barangan dan perkhidmatan seorang tuan punya lain;

HSBC Restaurant vs HSBC Bank


(bagi perkhidmatan perbankan dan perkhidmatan penyediaan makanan )

14
Seksyen 14(1)(f)
Jika cap itu mengandungi atau terdiri daripada petunjuk geografi
berkenaan dengan barangan yang tidak berasal dari wilayah yang
ditunjukkan, jika penggunaan petunjuk dalam cap itu bagi barangan
itu di Malaysia adalah sedemikian rupa sehingga mengelirukan orang
ramai tentang tempat asal sebenar barangan itu;

Seksyen 14(1)(g)
Jika cap itu ialah cap bagi wain yang mengandungi atau terdiri
daripada petunjuk geografi yang mengenal pasti wain, atau ialah
cap bagi spirit yang mengandungi atau terdiri daripada petunjuk
geografi yang mengenal pasti spirit, yang tidak berasal dari tempat
yang ditunjukkan oleh petunjuk geografi yang berkenaan.

SOPPORO
(nama tempat di Jepun - untuk arak yang dipohon oleh pemohon dari China)

1.9 Perlindungan Terhad di dalam Malaysia

Sekiranya pemilik cap dagangan ingin mendapat perlindungan


di luar negara, mereka perlu membuat permohonan secara berasingan
di setiap negara yang dikehendaki. Bagaimanapun permohonan
pendaftaran di Malaysia boleh digunakan untuk menuntut Tuntutan
Tarikh Prioriti bagi pendaftaran di negara-negara ahli Konvensyen
Paris atau World Intellectual Property Organization (WIPO).

1.10 Tempoh Sah Perlindungan Cap Dagangan

Tempoh sah perlindungannya ialah 10 tahun dan boleh diperbaharui


bagi satu tempoh selama 10 tahun setiap kali pembaharuan.

1.11 Kos Pendaftaran

Jumlah kos yang terlibat bagi pemfailan permohonan cap dagangan


mungkin berbeza daripada suatu kes kepada suatu kes yang lain. Kos
asas bagi sesuatu permohonan cap dagangan adalah:-
15
1. RM250.00 semasa permohonan (satu permohonan bagi satu
kelas).
2. RM450.00 semasa pewartaan – untuk tempoh sah pendaftaran
10 tahun.
3. RM420.00 untuk pembaharuan bagi tempoh setiap 10 tahun.

Walau bagaimanapun pemohon perlu membayar fi tambahan jika


membuat sebarang perubahan/ pindaan ke atas butiran permohonan
iaitu RM 100.00 (borang CD 26) bagi setiap kali permohonan
pindaan.

Pemohon juga boleh memohon perlanjutan masa sekiranya tidak


dapat mengambil tindakan terhadap apa-apa arahan Pendaftar dalam
tempoh masa yang dibenarkan iaitu RM50 untuk fi permohonan
dan tambahan RM100.00 (borang CD 27) bagi setiap satu (1) bulan
perlanjutan masa.

1.12 Nasihat Awal sebelum Mengemukakan Permohonan

Pemohon dinasihatkan supaya membuat carian awal sebelum


mengemukakan permohonan. Carian ini dapat mengelak daripada
memohon cap-cap yang menyerupai atau hampir menyerupai
pendaftaran/ permohonan cap-cap terdahulu dalam Daftar.

Bayaran fi tidak akan dikembalikan sebaik saja permohonan


telah diterima. Carian tersebut boleh dibuat di Bilik Carian Awam,
Perbadanan Harta Intelek Malaysia dengan bayaran RM 10.00 sejam
atau melayari Sistem Carian Online (PANTAS) melalui laman web
www.myipo.gov.my. 

Pemohon juga boleh memohon untuk mendapatkan khidmat nasihat


awal dari Pendaftar mengenai kebolehdaftaran suatu cap dagangan
dengan memfailkan borang TM4 (RM100) atau meminta Pendaftar
membuat carian ke atas suatu cap dagangan dengan memfailkan
borang TM4A (RM 250).

16
1.13 Prosedur Permohonan Cap Dagangan

Memfailkan Borang TM5


Permohonan Cap Dagangan hendaklah dikemukakan melalui borang
TM5 sebanyak 5 salinan berserta fi RM250 bagi setiap permohonan.
Permohonan bagi cap dagangan yang berlainan hendaklah
dikemukakan secara berasingan. Jika bayaran secara cek/ kiriman
wang/ wang pos hendaklah di atas nama Perbadanan Harta Intelek
Malaysia.

Akuan berkanun
Setiap permohonan mestilah menyertakan perakuan melalui Surat
Akuan Berkanun atau Surat Sumpah bahawa cap dagangan yang
dipohon tersebut adalah milik pemohon yang sebenar.

Kelas barangan
Setiap permohonan mesti menyenaraikan spesifikasi barangan atau
perkhidmatan dan kelas yang betul. Permohonan bagi kelas yang
berbeza dibuat di dalam permohonan yang berasingan. Spesifikasi
barangan atau perkhidmatan yang digunapakai ialah “Nice
Classification” (Edisi ke-9).

Perkhidmatan ejen
Permohonan boleh dikemukakan sendiri oleh pemohon atau
menggunakan khidmat ejen yang akan bertindak bagi pihaknya.
Alamat ejen merupakan alamat penyampaian bagi semua surat-
menyurat. Ejen yang dilantik mestilah ejen yang berdaftar di dalam
Daftar Ejen Cap Dagangan. Permohonan daripada luar negara
mestilah menggunakan khidmat ejen. Perlantikan ejen dibuat
melalui borang TM1 (RM30).

Mengemukakan tuntutan tarikh prioriti


Permohonan daripada negara ahli Konvensyen Paris boleh
menuntut tarikh pemfailan yang sama seperti tarikh pemfailan
di negara asal mereka bagi Cap Dagangan yang serupa dan kelas
sama. Keutamaan ini hanyalah dibenarkan sekiranya permohonan
tersebut dibuat dalam tempoh 6 bulan daripada permohonan asal
mengikut Konvensyen Paris.

17
Mengemukakan dokumen-dokumen sokongan
Dokumen seperti Borang 49 (Akta Syarikat 1965) bagi permohonan
oleh pemilikan persendirian dan perkongsian, transliterasi dan
terjemahan bagi cap-cap yang mengandungi perkataan yang bukan
huruf Rumi atau dalam bahasa selain daripada bahasa Inggeris atau
bahasa Kebangsaan. Terjemahan hendaklah dibuat dan disahkan
oleh Penterjemah Bertauliah.

1.14 Proses Pendaftaran

Borang TM 5 yang difail akan diberi resit rasmi dan nombor


permohonan. Pemeriksaan Formaliti akan mengenal pasti sama ada
permohonan tersebut mengandungi maklumat sebagaimana yang
dikehendaki. Sekiranya maklumat tidak mencukupi, surat pertanyaan
akan dikemukakan. Pemohon diberi masa 12 bulan daripada tarikh
pemfailan untuk mengambil tindakan. Jika tiada tindakan diambil
dalam tempoh tersebut, permohonan akan dianggap diabaikan.

Dalam proses carian dan pemeriksaan, setiap permohonan akan


diperiksa dan pemohon menerima sama ada Surat Setujuterima
(Borang CD29) atau Surat Bantahan (CD70). Sekiranya cap dagangan
dibantah oleh Pendaftar, pemohon boleh mengemukakan rayuan
bertulis atau memohon pendengaran untuk membuktikan kepada
Pendaftar bahawa bantahan tersebut boleh diabaikan.

Manakala jika suatu permohonan itu boleh diluluskan, Surat


Setujuterima (Borang CD29) akan dihantar kepada pemohon.
Pemohon perlu mengembalikan Surat Setujuterima tersebut yang
ditandatangani beserta fi RM450. Cap dagangan akan diwartakan
dalam Warta Kerajaan bagi membenarkan pihak ketiga membuat
bangkangan terhadap pendaftaran tersebut. Sekiranya tiada
bangkangan dalam masa 2 bulan daripada tarikh pewartaan, cap
dagangan tersebut akan didaftarkan.

Sekiranya ada pihak ketiga memfailkan bangkangan, pihak


pembangkang akan memaklumkan kepada pemohon mengenai
perkara tersebut. Pemohon hendaklah membuat keputusan sama
ada mahu mempertahankan permohonan cap dagangan mereka
18
atau berunding dengan pihak pembangkang atau menarik balik
permohonan.

1.15 Selepas Pendaftaran

Adalah menjadi tanggungjawab pemilik untuk memastikan setiap


maklumat pemilik adalah terkini termasuk memaklumkan kepada
Pendaftar sekiranya terdapat perubahan maklumat (nama dan
alamat) (Borang CD16) atau membenarkan Pengguna Berdaftar
menggunakan cap dagangan (Borang CD23) atau membuat
penyerahhakkan/ perpindahan (Borang CD15).

19
BAHAGIAN 2

PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN (TM 5)

2.1 Jenis-jenis Cap Dagangan

Tentukan jenis Cap Dagangan yang hendak didaftarkan sama


ada Cap Dagangan, Cap Dagangan Perakuan atau Cap Dagangan
Pertahanan.

Cap Dagangan
Ia merangkumi cap barangan atau perkhidmatan. Surat Akuan
Berkanun atau Surat Sumpah bahawa cap dagangan yang dipohon
tersebut adalah milik pemohon yang sebenar hendaklah disertakan.

Cap Dagangan Perakuan


Merupakan satu tanda yang dapat menunjukkan satu perakuan
tentang kualiti atau jaminan keselamatan produk. la biasanya
dipertanggungjawabkan ke atas badan-badan atau organisasi
tertentu. Suatu salinan kaedah bagi mengawal penggunaannya
hendaklah dikepilkan.

contoh:

Cap Dagangan Pertahanan


Cap Dagangan Pertahanan merujuk kepada suatu cap dagangan
yang merupakan perkataan atau beberapa patah perkataan yang
dicipta dan telah menjadi terkenal. Pemilik boleh memohon untuk
mendapatkan perlindungan bagi semua spesifikasi barangan
walaupun tidak diniagakan olehnya dengan syarat pemilik
berkenaan membuktikan penggunaan cap dagangan tersebut
20
oleh pihak lain akan mengelirukan pengguna dan menjejaskan
kepentingannya.

Suatu Pernyataan Kes mengenai kepentingan cap dagangan tersebut


yang ditentusahkan melalui Akuan Berkanun hendaklah dikepilkan.

contoh:

PETRONAS
2. 2 Representasi Cap Dagangan

Representasi cap dagangan mestilah jelas. Jika ruang yang


disediakan tidak mencukupi, representasi boleh dibuat dalam
kertas A4 yang berasingan dan hendaklah dikepilkan bersama
borang TM 5.

2.3 Senarai Barangan Atau Perkhidmatan

Spesifikasi barangan atau perkhidmatan yang hendak dipohon


mestilah disenaraikan.

Contoh: (‘Books, booklets, bulletin, magazines and pamphlets; all


included in class 16’ )

2.4 Kelas

Satu permohonan Cap Dagangan adalah untuk satu kelas barangan


atau perkhidmatan sahaja.

21
2.5 Batasan/ Syarat Perlucutan

Jika cap mengandungi atau terdiri daripada perkataan-perkataan


yang bukan dalam huruf rumi atau dalam bahasa selain daripada
Bahasa Inggeris atau Bahasa Kebangsaan, transliterasi (bunyi) dan
terjemahannya yang diperakui hendaklah disediakan di dalam
Bahasa Inggeris melalui Penterjemah Bertauliah.

Contoh cap dagangan yang mempunyai transliterasi dan terjemahan


Karakter Mandarin:

Contoh cap dagangan dengan tuntutan perlucutan hak


(disclaimer):

Contoh cap dagangan dengan tuntutan mengenai ”warna”:

22
2.6 Nama dan Alamat Penuh Pemohon

Nama penuh dan alamat hendaklah dinyatakan seperti:

a) Orang perseorangan, contoh Ali bin Ahmad (Warganegara


Malaysia);
b) perkongsian, contoh Ali bin Ahmad & Tan Ah Kaw (Warganegara
Malaysia) Trading as ABC Enterprise;
c) persatuan, contoh Persatuan Orang-Orang Buta Malaysia;
d) syarikat Sendirian Berhad atau Berhad, contoh ASE Teknik Sdn.
Bhd.

Alamat pemohon hendaklah alamat tempat perdagangan atau


perniagaan beroperasi. Jika perlu mengguna alamat peti surat (post
box) pemohon hendaklah memfailkan borang TM1 (RM30) untuk
menyatakan alamat penyampaian segala surat-menyurat.

2.7 Nama dan Alamat Ejen

Seseorang pemohon yang tidak tinggal atau menjalankan


perniagaan di Malaysia, mestilah melantik ejen cap dagangan yang
berdaftar bagi mewakili dirinya. Borang TM1 (RM30) perlu difailkan
sebagai alamat penyampaian pemohon di Malaysia.

2.8 Nombor Pendaftaran Ejen

Ruangan ini hendaklah diisi oleh ejen yang dilantik (jika ada).

2.9 Rujukan Persendirian Ejen

Nombor rujukan persendirian ejen (jika ada).

23
2.10 Tuntutan Tarikh Prioriti di bawah Konvensyen Antarabangsa

Pemohon hendaklah memfailkan salinan dokumen berkenaan yang


telah disahkan, yang mengandungi maklumat-maklumat berkaitan
Negara Konvensyen, tarikh tuntutan prioriti, representasi cap
dagangan, kelas dan spesifikasi barangan atau perkhidmatan, (jika
ada).

2.11 Penggunaan Cap Dagangan

Sekiranya cap dagangan telah digunakan ke atas barangan atau


perkidmatan di Malaysia, nyatakan tarikh atau tahun cap tersebut
mula digunakan.

2.12 Pengakuan

Pengakuan hendaklah dibuat oleh:



a) Individu itu sendiri jika permohonan orang perseorangan;
b) semua rakan kongsi atau pekongsi yang diberi kuasa jika
pemohon suatu perkongsian;
c) setiausaha atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa jika
pemohon adalah sebuah Persatuan;
d) setiausaha atau pengarah atau mana-mana pegawai
yang diberi kuasa jika pemohon adalah sebuah Syarikat/
Perbadanan.

24
BAHAGIAN 3

CARTA ALIRAN PROSEDUR PERMOHONAN CAP DAGANGAN

CARTA ALIRAN
PROSEDUR PERMOHONAN CAP DAGANGAN
(AKTA CAP DAGANGAN 1976)

PERMOHONAN
(Pemberian tarikh dan nombor permohonan)
[Borang CD5 - RM250]

Tidak mematuhi
PINDAAN Tidak diterima
PEMERIKSAAN FORMALITI (Tempoh diberi
(Pematuhan peruntukan statutori) 12 bulan)

Mematuhi

CARIAN & PEMERIKSAAN


(Pemeriksaan terhadap kebolehdaftaran Diterima
& carian terhadap cap-cap terdahulu)

Diterima
Dibantah
PEWARTAAN
Diterima
[Borang CD29 - RM450]
RAYUAN BERTULIS
(Tempoh 2 bulan untuk bangkangan)
(Tempoh diberi 2 bulan)

Dibangkang oleh pihak ketiga Tidak diterima

PENDENGARAN
EX-PARTE
PROSEDUR BANGKANGAN (Tempoh diberi 2 bulan)
Tiada
bangkangan PENDENGARAN INTER-PARTE
[Borang CD7 - RM450] Tidak diterima

Bangkangan PERMOHONAN
diterima DITOLAK

Bangkangan
ditolak

RAYUAN
DI MAHKAMAH TINGGI
(HARTA INTELEK)

SIJIL PENDAFTARAN

* Sila rujuk Peraturan-Peraturan Cap Dagangan untuk prosedur terperinci.

25
BAHAGIAN 4

KLASIFIKASI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN

PENGKELASAN BARANG DAN PERKHIDMATAN ANTARABANGSA


Kelas 1 Bahan-bahan kimia yang digunakan dalam industri, kajian sains dan fotografi,
juga pertanian, hortikultur dan perhutanan; damar buatan yang tidak diproses,
plastik yang tidak diproses; baja komposisi bahan pemadam api; pewajaan
dan persediaan untuk pematerian; bahan kimia untuk mengawet makanan;
bahan menyamak kulit; bahan pelekat yang digunakan dalam industri.

Kelas 2 Cat, varnis, sampang, bahan pengawetan untuk mencegah karat dan
kemerosotan kayu, bahan pewarna, bahan pencelup, mordan; damar asli
mentah; kerajang logam yang berupa serbuk bagi pengecat, penghias,
pencetak dan pelukis.

Kelas 3 Persediaan bagi pelunturan dan bahan-bahan lain untuk kegunaan cucian;
persediaan bagi mencuci, mengilat, menyental dan melelas sabun, minyak
wangi, minyak bauan, kosmetik, losyen rambut, ubat gigi.

Kelas 4 Minyak dan garis perindustrian; pelincir; menyerap habuk, komposisi


pembasah dan pengikat; bahan api (termasuk spirit motor) dan pencahaya;
lilin, sumbu.

Kelas 5 Persediaan farmaseutikal, veterinar dan kebersihan; bahan kaji diet yang
disesuaikan bagi kegunaan perubatan, makanan bayi; plaster, bahan untuk
membalut; bahan untuk sumbatan gigi; lilin gigi; disinfektant; persediaan bagi
membunuh makhluk perosak, racun kulat, racun herba.

Kelas 6 Logam biasa dan aloinya, bahan logam; logam binaan yang boleh bawa;
bahan logam bagi landasan keretapi; kabel bukan elektrik dan wayar logam
biasa; barang besi, barang kecil daripada perkakasan logam; paip dan tiub
logam; peti besi; barang daripada logam biasa yang tidak termasuk dalam
kelas lain; bijih.

Kelas 7 Mesin dan alat-alat mesin; motor dan injin (kecuali untuk kenderaan);
komponen talisawat dan kupling mesin (kecuali untuk kenderaan); alat
pertanian yang besar, inkubator bagi telur.

Kelas 8 Alat dan perkakas tangan; pisau - sudu - garpu; senjata sisi; pencukur.

Kelas 9 Radas dan peralatan sains, nautika, ukur-mengukur elektrik, fotografi,


cinematografi, optik, timbang-menimbang, ukur-mengukur, isyarat,
pemeriksaan(penyeliaan), penyelamatan nyawa dan pengajaran; radas bagi
merekod, penghantaran atau keluaran semula bunyi atau imej; pembawa
data magnetik, cakera merekod; mesin layan diri automatik dan mekanisme
bagi radas yang dikendalikan dengan syiling; daftar tunai, mesin pengira,
kelengkapan dan komputer memproses data; radas pemadam api.

26
PENGKELASAN BARANG DAN PERKHIDMATAN ANTARABANGSA
Kelas 10 Alat dan radas pembedahan, perubatan, pergigian dan veterinar, anggota,
mata dan gigi palsu, barang ortopedik; bahan menjahit luka.

Kelas 11 Radas bagi maksud pencahayaan, pemanasan, penjanaan stim, masakan,


penyejukan, pengeringan, pengudaraan, pembekalan air dan kebersihan.

Kelas 12 Kenderaan; radas bagi gerak alih melalui darat, udara atau air.

Kelas 13 Senjata api, amunisi dan projektil; bahan letupan; bunga api.

Kelas 14 Logam berharga dan aloinya dan barang yang diperbuat daripada logam
berharga atau disaluti dengannya tidak termasuk dalam kelas lain; barang
kemas, batu permata; peralatan horologi dan kronometrik lain

Kelas 15 Peralatan musik.

Kelas 16 Kertas, kadbod dan barang-barang yang diperbuat daripada bahan ini, tidak
termasuk dalam kelas lain; bahan bercetak, bahan penjilid buku; fotograf;
alatulis, bahan pelekat bagi maksud alatulis atau rumahtangga; bahan pelukis,
berus cat; mesin taip dan keperluan pejabat (selain dari perabot); bahan arahan
dan pengajaran (kecuali radas); bahan plastik bagi pembungkusan (tidak
termasuk dalam kelas lain); kad permainan, taip pencetak; blok pencetakan.

Kelas 17 Getah india, gutta perka, gam, asbestos, mika dan barang yang diperbuat
daripada bahan ini dan tidak termasuk dalam kelas kain; plastik dalam bentuk
leleran bagi kegunaan mengilang; bahan bagi mengepek, penyumbat atau
penebat; paip fleksibel, bukan logam.

Kelas 18 Kulit dan kulit tiruan dan barang-barang yang diperbuat daripada bahan-
bahan ini dan tidak termasuk dalam kelas lain, kulit binatang; peti dan beg
perjalanan, payung, parasol dan tongkat, cemeti, abah-abah dan pelana.

Kelas 19 Bahan binaan (bukan metalik); paip tegar bukan metalik bagi binaan; asfalt,
tukikan dan bitumen; binaan boleh bawa yang bukan metalik; monumen,
bukan daripada logam.

Kelas 20 Perabot, cermin, bingkai gambar; barang (tidak termasuk dalam kelas lain)
terdiri daripada kayu, gabus, rotan, purun, wiker, tanduk, tulang, gading, tulang
ikan paus, kulit siput, gam untuk perabot, indung mutiara, meerschaum dan
bahan gantian bagi semua bahan ini, atau daripada plastik.

Kelas 21 Perkakas rumahtangga atau dapur dan bekas (bukan diperbuat daripada
logam berharga atau disaluti dengannya); sikat dan span; berus (selain dari
berus cat), bahan membuat berus; alat bagi maksud mencuci; sabut keluli;
kaca yang tidak siap atau kaca separa siap (kecuali kaca yang digunakan
dalam binaan); barang kaca, porselin dan barang-barang tembikar yang tidak
termasuk dalam kelas lain.

27
PENGKELASAN BARANG DAN PERKHIDMATAN ANTARABANGSA
Kelas 22 Tali belati, benang, jala, khemah, kajang, kain kapal, layar, guni dan beg (tidak
termasuk dalam kelas lain); bahan lapisan dan pengisi (kecuali daripada getah
atau plastik) bahan tekstil serabut mentah.

Kelas 23 Yarn dan benang, bagi kegunaan tekstil.

Kelas 24 Tekstil dan barang-barang tekstil yang tidak termasuk dalam kelas lain, cadar
dan alas meja.

Kelas 25 Pakaian, termasuk but, kasut dan selipar, tutup kepala.

Kelas 26 Renda dan sulam-sulaman, pita dan pita brid; butang, butang cangkuk dan
mata, pin dan jarum; bunga palsu.

Kelas 27 Permaidani, hamparan, tikar dan anyaman; linoleum dan bahan lain bagi
menutup lantai; gantungan dinding ( bukan tekstil).

Kelas 28 Permainan dan barang permainan; barang gimnastik dan sukan yang tidak
termasuk dalam kelas lain; perhiasan bagi pokok Krismas.

Kelas 29 Daging, ikan ayam itik dan mergastua; pati daging, buah-buahan dan sayur-
sayuran awetan; dikeringkan dan dimasak; lengkong, jem, sos buah-buahan;
telur, susu dan keluaran tenusu; minyak dan lemak yang boleh dimakan.

Kelas 30 Kopi, teh, koko, gula, beras, ubi kayu, sagu, kopi buatan; tepung dan persediaan
yang dibuat daripada bijiran; roti biskut, pastri dan manis-manisan, ais; madu,
treacle; yis, serbuk penaik; garam, mustard, cuka, sos (perencah); rempah; ais.

Kelas 31 Keluaran pertanian, hortikultur dan perhutanan dan biji-bijiran yang tidak
termasuk dalam kelas lain; binatang hidup; buah-buahan dan sayur-sayuran
segar; benih; tumbuhan dan bunga hidup; makanan untuk binatang, malt.

Kelas 32 Bir, air galian dan air bergas dan minuman bukan beralkohol yang lain;
minuman buah-buahan dan jus buah-buahan; sirap dan persediaan lain untuk
membuat minuman.

Kelas 33 Minuman beralkohol (kecuali bir).

Kelas 34 Tembakau, barang-barng penghisap rokok; mancis.

Kelas 35 Pengiklanan; pengurusan perniagaan; pentadbiran perniagaan; fungsi-fungsi


pejabat.

Kelas 36 Insurans; hal-ehwal kewangan; urusan kewangan; urusan tanah.

Kelas 37 Pembinaan bangunan; kerja pembaikan; perkhidmatan pemasangan.

Kelas 38 Telekomunikasi.

28
PENGKELASAN BARANG DAN PERKHIDMATAN ANTARABANGSA
Kelas 39 Pengangkutan; pembungkusan dan penyimpanan barang; persiapan
perjalanan.

Kelas 40 Penyenggaraan bahan-bahan.

Kelas 41 Pendidikan; penyediaan latihan; hiburan, aktiviti kebudayaan dan kesukanan.

Kelas 42 Perkhidmatan teknologi dan saintifik dan rekabentuk dan penyelidikan yang
berkaitan denganya; anlisa perindustrian dan perkhidmatan penyelidikan;
rekabentuk dan pembangunan perisian dan perkakasan komputer;
perkhidmatan perundangan.

Kelas 43 Perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman; penginapan sementara.

Kelas 44 Perkhidmatan perubatan; perkhidmatan veterina; penjagaan kecantikan dan


kebersihan untuk manusia dan haiwan; pertanian, perkhidmatan hortikultur
dan perhutanan.

Kelas 45 Perkhidmatan sosial dan peribadi yang diberikan oleh orang lain bagi
memenuhi keperluan individu.

29
BAHAGIAN 5

FI DAN BORANG-BORANG BERKAITAN

BORANG PERKARA DAN PROSEDUR BAYARAN (RM)

TM 1 Borang pemberian kuasa dan permintaan untuk 30.00


mencatat, mengubah atau menggantikan alamat
penyampaian

TM 2 Permohonan bagi pendaftaran sebagai ejen cap 1000.00


dagangan

TM 3 Permohonan bagi pembaharuan pendaftaran ejen cap 400.00


dagangan.

TM 4 Permintaan bagi nasihat permulaan Pendaftar sama ada 100.00


sesuatu cap boleh didaftarkan atau tidak

TM 4A Permohonan bagi carian 250.00

TM 5 Permohonan bagi pendaftaran cap 250.00

TM 6 Permohonan bagi pernyataan alasan keputusan 500.00

TM 7 Notis bangkangan 450.00

TM 8 Pernyataan balas kepada suatu notis bangkangan 300.00

TM 9 Notis kepada Pendaftar berkenaan dengan kehadiran di 480.00


pendengaran

TM 11 Permohonan untuk membubarkan perkaitan antara 120.00


suatu cap dagangan berdaftar dan cap dagangan
berdaftar lain

TM 12 Permohonan pembaharuan pendaftaran sesuatu cap 420.00


dagangan

TM 13 Permohonan pembaharuan lewat pendaftaran cap 630.00


dagangan

TM 14 Permohonan pemasukan semula dan pembaharuan 670.00


pendaftaran

TM 15 Permohonan dan pengisytiharan penyerahhakkan/ 180.00


perpindahan bagi pendaftaran sebagai tuan punya cap
dagangan

30
BORANG PERKARA DAN PROSEDUR BAYARAN (RM)
TM 16 Permintaan oleh tuan punya berdaftar/ pengguna 60.00
berdaftar suatu cap dagangan untuk mencatatkan
perubahan perihal, perubahan alamat perdagangan/
perniagaan atau membetulkan kesilapan dalam Daftar
TM 17 Permintaan oleh tuan punya berdaftar sesuatu cap 100.00
dagangan berdaftar untuk membuat, memotong atau
mengubah sesuatu catatan dalam Daftar
TM 18 Permintaan oleh tuan punya berdaftar sesuatu cap 100.00
dagangan berdaftar untuk memotong barangan atau
perkhidmatan
TM 19 Permintaan oleh tuan punya berdaftar sesuatu cap 120.00
dagangan berdaftar untuk mencatatkan pelucutan atau
memorandum
TM 20 Permintaan oleh tuan punya berdaftar sesuatu cap 120.00
dagangan berdaftar untuk mencatatkan dalam Daftar
suatu catatan perakuan kesahan oleh mahkamah
TM 21 Permohonan oleh tuan punya berdaftar bagi 120.00
penambahan atau perubahan suatu cap dagangan
berdaftar

TM 22 Notis bangkangan terhadap permohonan bagi 480.00


penambahan atau perubahan suatu cap dagangan
berdaftar
TM 23 Permohonan bagi pendaftaran pengguna berdaftar 180.00
TM 24 Permohonan bagi perubahan atau pembatalan 150.00
pendaftaran seseorang pengguna berdaftar

TM 25 Permintaan bagi perakuan Pendaftar selain daripada 100.00


perakuan pendaftaran
TM 26 Permintaan untuk membetulkan salah tulis dalam 100.00
permohonan atau kebenaran untuk meminda
permohonan untuk pendaftaran

TM 27 Permohonan pelanjutan masa: 50.00


(sebulan) 100.00

TM 28 Notis perintah mahkamah bagi pembetulan atau 100.00


perubahan daftar

TM 29 Iklan bagi pendaftaran 450.00

TM 30 Permohonan untuk menghalang pengimportan 300.00


barangan cap dagangan tiruan

31
BORANG Bayaran KEPERLUAN DI BAWAH AKTA BAYARAN (RM)

Permintaan bagi salinan dokumen pejabat


dan manuskrip:

1 a) Cabutan diperakui daripada Daftar 10.00 setiap mukasurat


b) Cabutan tanpa perakuan daripada Daftar 5.00 setiap mukasurat
c) Cetakan komputer 5.00 setiap mukasurat
2 Permintaan untuk membuat carian awam 10.00 sejam

3 Cetakan maklumat yang dibenarkan (Hit list) 100.00 untuk 10


mukasurat yang pertama
dan 5.00 bagi setiap
tambahan mukasurat

32
BAHAGIAN 6

CONTOH BORANG PERMOHONAN CAP DAGANGAN

33
34

You might also like