You are on page 1of 5

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

________________________________________________________________________

MPU3123
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
JANUARI 2016
________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU soalan sahaja yang disediakan dalam Bahasa Melayu.

2. Jawab dalam Bahasa Melayu.

3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord melainkan dinyatakan


sebaliknya. Anda tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut kepada
format grafik seperti .jpeg /.gif/print screen/dan lain-lain format berkaitan.

4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada myVLE untuk
penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan
menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

5. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan.
Bilangan perkataan perlu ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan
arahan tugasan dalam jawapan anda.

6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui myVLE. Sila rujuk kepada
portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara online. Anda
dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail.

8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 07 Mac 2016 hingga 20 Mac 2016.
Serahan selepas 20 Mac 2016 TIDAK akan diterima.

9. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain.
Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

10. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat
tugasan seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrar’s
Announcement di myVLE).
11. Anda perlu memastikan RESIT yang dikeluarkan bagi penghantaran tugasan disimpan sebagai
bukti penghantaran. Kegagalan mengemukakan resit dalam sebarang isu yang timbul
berkaitan penghantaran tugasan akan mengakibatkan tugasan dianggap TIDAK dihantar.

PENILAIAN
Tugasan ini menyumbang sehingga 50% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan
dinilai berdasarkan kepada Rubrik yang dilampirkan.

Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester
bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar
pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

No. % Kumpulan Pertindihan % Potongan Markah

1 0 – 30 0
2 30.01 – 50 5
3 50.01 – 70 10
4 70.01 – 100 100
SOALAN TUGASAN

TUJUAN
Tugasan ini bertujuan untuk menilai kefahaman pelajar membincangkan pengaruh
ekonomi Barat terhadap norma-norma kehidupan rakyat Malaysia.

KEPERLUAN
Siri penjajahan Barat ke negara-negara Asia telah bermula sejak abad ke-14 telah
meninggalkan pelbagai kesan positif dan negatif. Sepanjang abad ke-19 hingga 21,
Barat telah membina tamadunnya di negara-negara Asia seperti di Malaysia, China dan
India. Pengaruh tamadun Barat terhadap tamadun Melayu, China dan India dapat dilihat
dari segi sistem ekonomi khususnya dan lain-lain secara amnya. Antara kesan
peninggalan ekonomi Barat ialah sistem faedah atau bunga yang diamalkan dalam
perbankan konvensional.

Berdasarkan pernyataan di atas:


i. Bincangkan faedah atau bunga dalam sistem perbankan konvensional menurut
pandangan anda.
ii. Temu bual EMPAT orang responden dari kalangan rakan sekerja anda tentang
pendapat mereka mengenai keburukan amalan bunga/faedah terhadap
masyarakat.
iii. Bincangkan EMPAT kesan negatif amalan faedah dalam perbankan terhadap
masyarakat Malaysia.
iv. Analisis EMPAT alternatif agar tidak terjebak dengan aktiviti faedah/bunga.

[Jumlah: 50 markah]
ATTACHMENT
ASSIGNMENT RUBRICS
MPU3123 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA / SEMESTER JANUARI 2016

Rendah Sederhana Baik Cemerlang Markah


Kriteria Wajaran
0 1 2 3 4 Maksimum
Pengenalan topik. 1 Tiada pengenalan Pengenalan terlalu umum Pengenalan terlalu Pengenalan tentang topik Pengenalan tentang topik 4
disediakan. ringkas dan topik tidak ringkas. yang baik. yang sangat jelas.
jelas.

Perbincangan mengenai 2.5 Tiada perbincangan Membincangkan secara Membincangkan secara Membincangkan dengan Membincangkan secara 10
sistem faedah/bunga dilakukan. umum mengenai ringkas mengenai baik mengenai sistem terperinci mengenai
menurut pandangan faedah/bunga menurut faedah/bunga menurut faedah/bunga menurut sistem faedah/bunga
anda. pandangan anda. pandangan anda. pandangan anda. menurut pandangan anda.

Temu bual empat orang 2.5 Tiada temu bual Membincangkan SATU Membincangkan DUA Membincangkan TIGA Membincangkan EMPAT 10
responden bagi dilakukan. pandangan responden pandangan responden pandangan responden pandangan responden
memerihalkan tentang keburukan tentang keburukan terhadap keburukan tentang keburukan
keburukan faedah/bunga secara faedah/bunga secara faedah/bunga dengan faedah/bunga dengan
faedah/bunga menurut umum. ringkas. baik. terperinci.
pandangan mereka.

Huraian EMPAT kesan 2 Tiada huraian Menghuraikan SATU Menghuraikan DUA Menghuraikan TIGA Menghuraikan EMPAT 8
negatif faedah/bunga diberikan. kesan negatif kesan negatif kesan negatif kesan negatif
terhadap masyarakat. faedah/bunga terhadap faedah/bunga terhadap faedah/bunga terhadap faedah/bunga terhadap
masyarakat tiada contoh masyarakat berserta masyarakat berserta masyarakat berserta
disertakan. contoh yang kurang contoh yang relevan. contoh yang tepat.
relevan.

Analisis EMPAT kaedah 3 Tiada analisis Menganalisis SATU Menganalisis DUA Menganalisis TIGA Menganalisis EMPAT 12
alternatif agar tidak dilakukan. alternatif agar tidak alternatif agar tidak alternatif agar tidak alternatif agar tidak
terjebak dengan aktiviti terjebak dengan aktiviti terjebak dengan aktiviti terjebak dengan aktiviti terjebak dengan aktiviti
faedah/bunga. faedah/bunga. faedah/bunga. faedah/bunga. faedah/bunga.

Kesimpulan. 1 Tiada kesimpulan Kesimpulan yang umum Kesimpulan yang ringkas Kesimpulan yang jelas Kesimpulan yang 4
diberikan. dengan penjelasan yang dengan penjelasan yang dengan penerangan yang menyeluruh dengan
tidak berkaitan dengan berkaitan dengan topik kebanyakannya berkaitan penerangan yang
topik dibincangkan. dibincangkan. dengan topik berkaitan dengan semua
dibincangkan. topik yang dibincangkan.
Format laporan yang 0.5 Tiada format Format penulisan tidak Format penulisan yang Format penulisan yang Format penulisan yang 2
bersesuaian (Muka penulisan atau tidak mengikut kriteria agak baik dan mengikut baik dan mengikut amat baik dan mengikut
depan, isi kandungan, berkaitan. ditetapkan. kriteria tetapi kurang kriteria, serta susunan kriteria, serta susunan
mukasurat, format tersusun. yang baik dan lengkap. yang baik dan lengkap
rujukan APA, dll). serta mengikut gaya APA.

JUMLAH 12.5 50

You might also like