You are on page 1of 22

Soalan Tugasan

Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu

“ Sekolah Bestari ialah institusi pembelajaran yang direka semula daripada segi amalan
pengajaran dan pembelajaran sekolah bagi menyediakan kanak-kanak zaman
maklumat. Institusi ini melengkapkan pelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat
kerana maklumat berubah dengan pesat pada zaman maklumat. Maka Sekolah Bestari
di Malaysia merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara sistematik
daripada segi amalan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah dengan
tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi zaman maklumat yang berasaskan
dua perkara penting iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai murni serta
kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).”

1. Sediakan pakej aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan


Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek. Pakej tersebut hendaklah
disediakan dalam bentuk unit portfolio.

2. a) Berdasarkan pakej aktiviti yang telah disediakan diatas, anda dikehendaki


menyediakan Rancangan Pembelajaran Harian yang lengkap untuk
dilaksanakan dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran selama satu jam di
dalam bilik darjah. Pendekatan perlu dilaksanakan dengan mengintegrasikan
pengajaran dan pembelajaran elemen-elemen bestari dalam ruangan prosedur.

b) Bagi melaksanakan prjek ini, anda dikehendaki :


I. menyediakan nota ringkas sekurang-kurangnya merujuk :
a. ciri-ciri sekolah bestari dan pelajar bestari
b. prosedur dan pengendalian Pembelajaran Bestari
c. merancang, membina dan mentadbir pakej aktiviti p&p
Bestari
d. merancang dan menyediakan Rancangan Pembelajaran
Harian gaya Pembelajaran Model Bestari.

17
Soalan Tugasan 2.

Soalan A : Ciri-ciri Sekolah Bestari dan Pelajar Bestari

Sekolah Bestari

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2008), Pembestarian Sekolah ialah satu


proses untuk mencapai matlamat pendidikan negara dan membantu murid menghadapi
era teknologi maklumat melalui:

a) Pembekalan infrastruktur ICT ke sekolah;

b) Keupayaan guru mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan


pembelajaran; dan

c) Pentadbir sekolah berupaya menggunakan sistem pengurusan


berkomputer untuk meningkatkan proses pentadbiran.

Ciri-Ciri Sekolah Bestari

Ciri-Ciri Sekolah Bestari secara umum:

 Pembelajaran Kendiri Berasaskan ICT

 Sistem Pengurusan Sekolah Berbantukan ICT

 Persekitaran yang Kondusif bagi Pembelajaran

 Pentadbir dan Guru yang Profesional

 Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

 Pentaksiran yang Berterusan bagi Menyokong Pengajaran dan Pembelajaran

 Penglibatan serta Sokongan Tinggi daripada Ibu Bapa dan Komuniti

18
Sekolah bestari merupakan penaja serta peneraju kepada perubahan kesemua aspek
pendidikan seperti cara pengurusan sekolah, organisasi bilik darjah, penggunaan masa,
pengukuran pencapaian, tugasan pelajar, tanggungjawab, hubungan sekolah dengan
masyarakat setempat dan persekitaran. Sekolah bestari akan menampilkan ciri-ciri
yang membezakannya daripada sekolah-sekolah sedia ada. Antaranya ialah:

 Sekolah bestari akan dihubungkan melalui jaringan kawasan tempatan untuk


berkongsi maklumat melalui telekonferensing, pengkalan data dan mel elektrik.

 Sekolah bestari akan dihubungkan melalui jaringan kawasan luas ke sekolah


lain, organisasi daerah, negara serta dunia.

 Sekolah bestari juga akan dapat disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar
dan pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi.

 Sekolah bestari akan dihubungkan melalui jaringan kawasan tempatan untuk


berkongsi maklumat melalui telekonferensing, pengkalan data dan mel elektrik.

 Sekolah bestari akan dihubungkan melalui jaringan kawasan luas ke sekolah


lain, organisasi daerah, negara serta dunia.

 Sekolah bestari juga akan dapat disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar
dan pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi.

19
Contoh Ciri-ciri Sekolah Bestari.

Peralatan
Sekolah

Ciri-ciri
Pengoperasian Sistem
komputer sekolah Pengurusan

Bestari

Kawalan dan
Keselamatan

Peralatan sekolah contohnya :

 Mempunyai 37 buah komputer (PC).

 Menyediakan 2 buah notebook.

 Mempunyai 4 buah laser printer.

 Mempunyai 2 buah LCD Projector Screen.

 Penggunaan kamera digital, tape drive, CD writer, scanner, CD-ROM Server dan
Communication Server.

20
Sistem pengurusan sekolah bestari, contohnya :

 merupakan satu aplikasi pengurusan sekolah yang serba lengkap termasuklah


P&P sebagai salah satu komponen penting di dalamnya.

 Sistem pengurusan sekolah yang dahulunya menggunakan pen, kertas dan


sistem fail, kini telah beransur-ansur bertukar kepada penggunaan data-data
dalam komputer.

• Terbahagi kepada 9 bahagian :

i. Urus Tadbir Sekolah

ii. Pengurusan Sumber Pendidikan

iii. Pengurusan Sumber Manusia

iv. Pengurusan Kemudahan

v. Pengurusan Asrama

vi. Pengurusan Kewangan

vii. Pengurusan Teknologi

viii. Pengurusan Sumber Luar

ix. Pengurusan Hal Ehwal Murid

Kawalan & keselamatan contohnya :

 Setiap pengguna BESTARI akan diberikan:

a) ID pengguna (username)

b) Kata laluan (password)

 Dapat disahkan melalui proses log masuk.

Pengoperasian komputer yang ada di sekolah bestari, contohnya :

 Setiap guru dan murid diberikan akaun sendiri dan boleh mengakses maklumat
semasa proses p&p berlangsung.
21
 Mereka juga mempunyai folder sendiri, Drive I untuk staf dan drive J untuk murid.

Ciri – ciri Pelajar Bestari :

1. Terdapat dua gaya pembelajaran dalam pengajaran bertari iaitu :


o Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn iaitu meliputi aspek persekitaran,
emosi, sosiologi, fizikal dan juga psikologi
o Gaya Pembelajaran Deria ( VAK ) iaitu meliputi aspek Visual, Auditori dan
juga Kinestatik.

2. Kecergasan Pelbagai.
o Kecergasan Pelbagai terbahagi kepada lapan komponen iaitu Verbal
Linguistik, Logik Matematik, Visual Ruang, Kinestatik, Muzik,
Intrapersonal, Interpersonal dan Naturalis.
o Verbal linguistik : kebolehan menggunakan bahasa (kata-kata) secara
berkesan dalam lisan dan penulisan, termasuklah kebolehan mengingat,
meyakini orang lain serta bercakap.
o Logik – matematik : kebolehan menggunakan nombor secara berkesan
dan bijak berhujah termasuklah memahami kolompok nombor asas prinsip
sebab-akibat serta kebolehan menjangka. Cekap menyelesaikan
masalah, suka meneroka dan menganalisis, mengemukakan soalan dan
jawapan logik, boleh menguji hipotesis serta berfikir secara heuristik.
Minat terhadap komputer dan media teknologi dan suka melakukan
eksperimen.
o Visual – ruang : kemampuan mengamati dunia visual dan ruang serta
melahirkan pengamatan tersebut dalam bentuk imaginasi yang
diterjemahkan dalam bentuk lakaran grafik. Peka terhadap warna, garis,
bentuk dan hubungkait yang terdapat antara unsur-unsur itu. Suka
membaca peta, melukis, carta, jadual, video, foto dan bahan-bahan
multimedia.

22
o Kinestatik : kemampuan menggunakan anggota badan untuk meluahkan
idea dan perasaan. Ada kemahiran fizikal seperti koordinasi,
keseimbangan dalam ketangkasan, kekuatan, keanjalan dan kelenturan
anggota badan. Suka bergerak, belajar secara hands-on terutama kraf
yang melakukan dengan tangan. Banyak menggunakan pergerakan
badan untuk berkomunikasi.
o Muzik : kemampuan untuk mendiskriminasikan ritma, kelangsingan dan
melodi dalam hasilan muzik. Mudah mengingat melodi dan suka
menyanyi. Suka instrumen muzik, kedai muzik dan konsert. Mudah belajar
dan ingat melalui lirik lagu dan suka belajar sambil mendengar muzik.
o Interpersonal : kemampuan mengamati dan memahami mood, kehendak
dan perasaan lain. Berkebolehan bertindak dengan bijak terhadap
petanda-petanda interpersonal seperti mimik muka, suara dan lenggok
badan. Mempunyai kemahiran bergaul dengan berkesan, memimpin dan
mengurus manusia, menjadi pendengar dan perunding yang baik serta
suka belajar dan bekerjasama dalam kumpulan.
o Intrapersonal : mempunyai kesedaran kendiri iaitu berupaya memberi
gambaran yang tepat tentang kekuatan dan kelemahan diri, emosi,
kehendak dan kemampuan mendisiplinkan diri. Suka bekerja secara
bersendirian dan mampu mengurus perasaan sendiri.
o Naturalis : mempunyai kecenderungan terhadap alam sekitar, iaitu boleh
mengenali pelbagai jenis haiwan, pokok dan tanaman. Memahami alam
semulajadi dan kaitan saintifik. Mengabil berat tentang kelakuan, ciri dan
keperluan binatang. Suka berkebun, menanam bunga dan hortikultur.

3. Kompetensi Kecerdasan Emosi ( EIC ).


 Kecerdasan emosi ialah situasi apabila aspek kerohanian perlu diberi
keutamaan dalam kehidupan.
 Kecekapan emosi dikategorikan kepada dua iaitu kecekapan personal dan
kecekapan sosial.
 Kecekapan personal :

23
o Kesedaran kendiri
 Kesedaran emosi kendiri – mengenali emosi dan kesannya
 Ketepatan taksiran kendiri – mengetahui kekuatan dan
kelemahan sendiri.
 Keyakinan kendiri – mempunyai keyakinan dan keupayaan
kendiri.
o Pengurusan pengawalan kendiri
 Kawalan diri - menguruskan emosi yang tidak stabil tertekan
dengan desakan.
 Kebolehpercayaan - mengekalkan piawai kejujuran dan
ketulusan serta keikhlasan hati
 Kesungguhan – menunaikan tanggungjawab dalam mencapai
prestasi diri.
 Penyesuaian diri – keanjalan dalam menangani perubahan dan
cabaran.
 Inovasi – kebolehan menjana idea-idea bernas dan makluamt
terkini serta kreatif.
o Motivasi
 Dorongan pencapaian – kesungguhan untuk mencapai
kecemerlangan
 Komitmen – berusaha mencapai sasaran organisasi, sekolah
atau pasukan
 Inisiatif – kesediaan untuk bertindak dan mencari peluang.
 Optimis – mempunyai kesabaran dalam mencapai matlamat
dan menempuhi halangan dan kekecewaan dengan tenang.
 Kecekapan sosial :
o Empati
 Memahami orang lain – menyedari perasaan dan perspektif
orang lain serta berminat pada apa yang dilakukan oleh orang
lain.

24
 Membangunkan orang lain – menyedari keperluan
pembangunan orang lain
 Berorentasikan orang lain – mengenali, menyertai dan
memenuhi keperluan pelanggan
 Kepelbagaian peluang – menjaga peluang-peluang melalui
individu berlainan.
o Kemahiran sosial
 Pengaruh – kebolehan menggunakan teknik-teknik memujuk
yang berkesan
 Komunikasi – kebolehan mendengar dengan terbuka serta
menghantar mesej yang meyakinkan
 Pengurusan konflik – kebolehan berunding dan menyelesaikan
pergaduhan serta mengelakkan persengketaan
 Kepimpinan – kebolehan memberikan inspirasi atau semangat
dan panduan kepada individu dan kumpulan
 Pemangkin perubahan – kebolehan memulakan dan
menguruskan perubahan.

Soalan B : Gaya Pengajaran dan Pembelajaran Bestari

Gaya Pembebelajaran : Model Dunn & Dunn

Model Dunn & Dunn dicipta oleh Dr Rita Dunn dan Dr Kenneth Dunn. Model ini
mencadangkan bahawa gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada
unsur-unsur seperti :

 Persekitaran

 Emosi

 Sosiologi

 Fizikal

 Psikologi

25
Stimulus Unsur Ciri
Bunyi Suka belajar tanpa bising atau dengan bunyi latarbelakang seperti muzik.
Cahaya Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang kurang cahaya
Suhu Suka belajar di tempat yang sejuk atau di tempat yang panas
• Alam Sekitar Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal seperti
Pola
berbaring atau duduk di lantai.
Motivasi Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu dirangsang oleh guru.
Ketabahan Boleh belajar dalam masa yang panjang atau boleh belajar dalam masa yang pendek.

Tanggungjawab Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan oleh guru.


• Emosi
Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya lebih masa diberi untuk
Struktur
sesuatu mata pelajaran atau perkara.
Sendiri Suka belajar dengan sendiri
Pasangan Suka belajar secara pasangan.
Rakan sebaya Suka belajar dengan rakan sebaya.
• Sisiologi
Pasukan Suka belajar dalam pasukan.
Guru Suka belajar dengan guru di sebelahnya.
Pelbagai cara Boleh belajar dengan mana-mana cara tersebut di atas.
Persepsi Suka belajar dengan benda atau pengalaman maujud atau dengan perkara abstrak.
Makan Suka atau tidak suka makan minum semasa belajar.
• Fizikal Waktu Suka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa.

Gerakan Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar.

26
Global atau Pelajar global suka belajar secara menyeluruh; pelajar analitik suka belajar mengikut
Analitik urutan dan membuat analisis.
Pelajar yang lebih memproses maklumat di otak kiri suka belajar bahagian-bahagian,
Otak kiri atau bahasa, dan membuat pengiraan dan analisis;pelajar yang lebih memproses maklumat di
• Psikologi Otak kanan otak kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis,melukis, membuat gerakan
dan mencipta sesuatu,
Impulsif atau Pelajar yang impulsif bertindak secara spontan manakala pelajar yang reflektif berfikir
Reflektif sebelum bertindak.

27
 Tiga ciri yang dipilih berdasarkan Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn

 Persekitaran : Melibatkan persekitaran samada dari aspek bunyi,


pencahayaan, tempat serta situasi dan sebagainya.

 Sosiologi : Melibatkan keselesaan / kesesuaian pelajar untuk belajar


secara sendirian, berpasangan, berkumpulan atau dampingan guru.

 Psikologi : Melibatkan keupayaan berfikir seseorang murid / kemahiran


kognitif, contohnya dalam membuat analisis, pengiraan, pemahaman serta
proses sainstifik

 Strategi pembelajaran bestari yang dipilih bersesuaian dengan ciri-ciri model


Dunn & Dunn.

CIRI : SOSIOLOGI

STRATEGI : STRATEGI KOLABORATIF

HURAIAN :

 Pelajar menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial serta nilai murni. Hal ini
membolehkan pelajar dapat berinteraksi dan bekerjasama untuk melaksanakan
tugas.

 Strategi ini juga membantu murid meningkatkan ciri-ciri interpersonal iaitu


mempunyai kemahiran bergaul dengan berkesan, memimpin dan mengurus
serta menjadi pendengar dan perunding yang baik.

 Strategi ini merupakan satu proses menghasilkan sesuatu tugasan besar secara
kerjasama / kolektif dengan pihak berlainan ATAU melakukan tugasan kecil yang
berlainan tetapi mempunyai hasrat dan matlamat yang sama.

 Interaksi antara ahli digalakkan bagi melaksanakan tugasan sacara bersama-


sama melalui perkongsian bahan, kemahiran dan tolong menolong.

 Contoh aktiviti seperti permainan berpasukan, kuiz berkumpulan, sumbang


saran dan sebagainya.

28
CIRI : PERSEKITARAN

STRATEGI : STRATEGI KONTEKS LUAR

HURAIAN :

 Strategi ini melibatkan interaksi dengan pelbagai pihak tidak kira di dalam dan
luar kelas.

 Ia memastikan pelajar disediakan peluang yang secukupnya untuk menjadikan


pembelajaran melalui pengalaman dan interaksi yang mereka alami adalah
bermakna.

 Pembelajaran berasaskan aktiviti iaitu memberi peluang kepada pelajar untuk


mengalami dan meneroka untuk mendapatkan pengetahuan baru.

 Contoh aktiviti seperti bengkel, kajian luar, lawatan sambil belajar, mengadakan
projek dan sebagainya.

CIRI : PSIKOLOGI

STRATEGI : STRATEGI METAKOGNITIF

HURAIAN :

 Metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai


proses berfikir. Apabila kesedaran ini wujud, pelajar dapat mengawal fikiranya
dengan merancang, dan menilai apa yang dipelajari.

 Strategi ini melibatkan kesedaran apa yang diketahui dan tidak diketahui oleh
seseorang pelajar, dan disusuli dengan aktiviti pengayaan dan pemulihan.

 Pelajar digalakkan menjana idea secara kritis untuk mengaplikasikan


pengetahuanya bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

 Contoh aktiviti termasuklah penyoalan, refleksi dan lain-lain.

29
Gaya Pembelajaran : VAK (visual, auditori, kinestatik)

 Ciri – ciri pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran VAK (visual, auditori,
kinestatik)

Gaya Aktiviti pengajaran dan


Ciri pelajar
Pembelajaran pembelajaran
Visual  Mudah mengingat maklumat yang  Kad imbasan
disampaikan dalam bentuk visual  Menyain
seperti gambar dan rajah perbendaharaan kata
 Mudah mengikuti arahan bertulis. baru dan menulis
 Mudah menggambarkan maklumat semula
dalam minda walaupun tanpa teks  Menggambarkan
 Peka terhadap komunikasi non- maklumat yang dibaca
verbal – dapat membaca ekspresi dan melakar dalam
muka dan postur bentuk lukisan, rajah
 Mengingat sesuatu pembelajaran atau grafik
dengan mencatat nota dan arahan  Guna warna yang
berbeza-beza untuk
menandakan perkara
penting dalam nota

Kinestatik  Belajar dengan baik melalui  Lakonan atau bahan


pengalaman dan mengambil maujud untuk
bahagian secara aktif melalui aktiviti menjelaskan makna
fizikal. perbendaharaan kata
 Mudah belajar melalui aktiviti atau teks yang dibaca
hands-on seperti dalam pendidikan  Melukiskan situasi
jasmani dan teater berkomunikasi.
 Suka kerja lapangan  Melihat situasi
 Menunjukkan kemahiran motor – sebenar atau
koordinasi badan yang baik dan melaksanakan
mahir dalam sukan atau lakonan simulasi mengikur
serta kerja tangan seperti konteks sebenar.
mengubahsuai sesuatu dan seni
kraftangan.

Auditori  Lebih mudah mengikuti dan  Melaksanakan latih


mengingati maklumat dengan cara tubi.
mendengar perbualan formal dan  Belajar melalui
tidak formal berkomunikasi
 Boleh mengingati maklumat melalui dengan rakan sebaya
pembacaan kuat atau atau orang lain dalam

30
menggerakkan bibir semasa situasi
membaca  Mendengar program
 Dapat mengukuhkan ingatan atau rancangan yang
dengan cara mendengar semula disiarkan di radio atau
rakaman, mengajar rakan dan televisyen.
berbincang.
 Menunjukkan ketrampilan
berbahasa secara lisan dan bertulis
 Ada bakat muzik dan sensitif pada
nada, ritma dan irama
 Sensitif terhadap bunyi-bunyi
bahasa yang berbeza-beza dan
mudah mempelajari bahasa baru.

31
Soalan-Soalan Tambahan Berdasarkan Aras.

 Soalan-soalan yang dibina adalah berdasarkan aras-aras dalam Taksonomi


Bloom.
 Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956.
Taksonomi bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai
oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan motor-psiko. Domain
kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual. Manakala domain
afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan
kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga
dalam pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus
rekabentuk sistem dan sebagainya. Domain motor-psiko pula bertujuan
mengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Kemahiran kognitif merupakan
domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual
berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras
tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian.

TAHAP ISTILAH

Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, Nyatakan,
definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll terangkan,
daripada pembelajaran yang lepas.
namakan, labelkan.

Kefahaman Pilih, terangkan,


Mengubah kefahaman daripada satu bentuk
kepada satu bentuk yang lain, menyatakan tulis semula.
idea-idea utama dalam ayat sendiri,
menterjemah, memberi contoh kepada konsep,
menterjemah draf.

32
Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang selesaikan,
baru, termasuk menyelesaikan masalah ramalkan, cari,
menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, kesilapan, bina alat.
formula. Bina graf daripada data, dll.

Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada Bezakan, pasti, pilih.
yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat,
kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur
organisasi.

Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, Bina, hasilkan,
usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, susun, kembangkan.
membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Penilaian
Pilih, berikan alasan,
Membuat pertimbangan termasuk memberi kritikan, buktikan.
rasional atas alasan dalaman atau luaran,
menafsir dan mengkritik

33
 Soalan aras pengetahuan

1. Siapakah orang luar yang mula-mula datang ke Sarawak? (aras rendah)


2. Siapakah James Brooke? (aras rendah)

3. Bagaimana James Brooke boleh terlibat dengan pentadbiran Sarawak? (aras


sederhana)
4. Siapa yang meminta bantuan James Brooke? (aras sederhana)

5. Mengapa bantuan diperlukan? (aras tinggi)


6. Apa yang berlaku selepas pemberontakan berjaya dihapuskan? (aras tinggi)

 Soalan aras pemahaman

 Di bawah kekuasaan pemimpin tempatan


X  Ditadbir oleh Tuai Rumah atau Ketua Rumah
Panjang

1. X ialah kawasan...
a. Pedalaman
b. Pantai barat
c. Pantai timur
d. Pesisiran pantai
(aras rendah)

2. Terangkan bagaimana James Brooke baleh campurtangan dalam


pentadbiran negeri Sarawak. (aras sederhana)

3. Tulis semula rentetan cerita kedatangan kuasa luar di Sarawak.


(aras tinggi)

34
 Soalan aras aplikasi

1. Antara kaum berikut, yang manakah tinggal di kawasan pedalaman?


I. Kelabit
II. Murut
III. Penan
IV. Bidayuh

A. I, II dan IV
B. I, II dan III
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
(aras rendah)

2. Apakah yang akan berlaku sekiranya James Brooke tidak datang ke


Sarawak ketika pemberontakan di Kuching berlaku? (aras sederhana)

3. Mengapakah kawasan pesisiran pantai dipilih sebagai kawasan


petempatan? (aras tinggi)

 Soalan aras analisis

1. Antara berikut, yang manakah tugas penting seorang ketua rumah


panjang?
A. Menyebar ajaran Islam kepada penghuni rumah
B. Mentadbir hal-ehwal suku kaum tertentu
C. Membangunkan ekonomi penghuni rumah panjang
D. Mengutip cukai dari setiap penghuni
(aras rendah)

2. Pentadbiran Kesultanan Brunei di Sarawak telah di bahagikan kepada


beberapa jajahan kerana
A. Kerja-kerja pentadbiran dapat dipermudahkan
B. Penduduk-penduduk tempatan berpeluang untuk mengambil
bahagian dalam pentadbiran tempatan
C. Corak pemerintahan ini akan dijadikan contoh kepada pemerintah-
pemerintah yang lain
D. Segala bentuk pemberontakan dapat dielakkan
(aras sederhana)

35
3. Apakah perbezaan diantara penduduk di kawasan pedalaman dan pesisir
pantai? (aras tinggi)

 Soalan aras sintesis

1. Lengkapkan jadual di bawah :

Kaum utama
Pentadbiran awal
Kuasa yang pernah menjajah

(aras rendah)
2. Pilih urutan peristiwa dengan betul.

Sultan Brunei melantik James Brooke sebagai Gabenor (1841)

Meminta bantuan James Brooke

Sultan Brunei menghantar Pangeran Muda Hashim

James Brooke pergi berjumpa dengan Sultan Brunei

1 Sarawak berada di bawah pengaruh Kesultanan Brunei

Pangeran berjanji menyerahkan Kuching kepada James Brooke

Pemberontakan Berjaya dihapuskan

Pangeran Muda Hashim mungkir janji

Rakyat Sarawak memberontak

Pangeran Indera Mahkota memerintah Sarawak

(aras sederhana)

36
3. Pada pendapat anda, penyataan yang manakah menunjukkan sebab
Kesultanan brunei membahagikan kawasan Sarawak kepada beberapa
bahagian?
A. Memudahkan Sarawak ditadbir
B. Memonopoli hasil yang terdapat di kawasan jajahan
C. Membolehkan pembesar yang berjasa dipilih menjadi wakil
Kesultanan Brunei
D. Menjadikan empayar dan jajahan takluk Kesultanan Brunei menjadi
semakin luas dan kuat

(aras tinggi)

 Soalan aras penilaian

1. Berikan pendapat anda, mengapa James Brooke hendak menguasai


Sarawak. (aras rendah)

2. Apakah bukti Sarawak pernah dijajah oleh kuasa luar? (aras sederhana)

3. Pada pendapat kamu, jika James Brooke tidak menjajah Sarawak, adakah
Sarawak akan bergabung dengan Malaysia? (aras tinggi)

37
Rujukan :

Aqilah (2009) Teori Taksonomi Bloom.


http://pkukmweb.ukm.my/~upak/pdffile/2008E/aqilah.pdf.

Bahagian Teknologi Pendidikan (2009) Sejarah Sekolah Bestari. (atas talian)


http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/informasi/soalan_lazim/sejarah_bestari

Modul 4: pengujian, pengukuran dan penilaian (2008)


http://hea.ump.edu.my/images/asdc/MODUL%204%204B.doc.

Mohamad fauzi yunus (1996) Pembinaan Soalan Dan Analisis item


http://ujid.tripod.com/education/penilaian.pdf.

Mohammad Solehin (2008) Sekolah Bestari Malaysia. (atas talian)


http://www.smkevii.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=81&
Itemid=100

Mok Soon Sang (2002) Pendidikan Di Malaysia. Petaling Jaya : Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.

Tuan Jah Tuan Yusof (2008) Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur : Universiti Terbuka Malaysia.

38

You might also like