You are on page 1of 12

[ SULIT ]

SJK ( C ) PEI HWA JB

BAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN ) TAHUN 5
PENILAIAN 1 (MAC 2016)

Nama : __________________ ( ) Markah : ____________ %

Kelas :5( ) Tarikh : ______ /3/2016
T/tangan Ibu Bapa: _______

MASA : 1 jam 15 minit

Arahan :
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A,
B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.
4. Bagi Bahagian B, jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang
disediakan.

Bahagian A
(20 markah)
Soalan 1 – 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “Layan rakyat ____________________ dengan baik,” titah Sultan Mansur Shah.

A. beta
B. patik
C. tuanku
D. hamba

2. “Segala perintah tuanku akan _______________ laksanakan,” kata Tun Perak

kepada sultan.
A. beta
B. patik
C. tuanku
D. baginda

3. Soon Keat akan melanjutkan pengajiannya dalam bidang perubatan di

____________________.
A. Komtar
B. Pagoda Ayer Itam
C. Hospital Pakar Puteri
D. Universiti Sains Malaysia

CHIAU BOON WEI / BAHASA MELAYU K1 / TAHUN 5 / MAC 2016 / MUKA SURAT 1
[ SULIT ]

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Wei Wei meletakkan _______________ bunga di sisi katil nenek.

A. senyuman
B. bayangan
C. hembusan
D. jambangan

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Para pengunjung duduk sambil menikmati ____________________ kawasan air

terjun itu.
A. kesejukan
B. keriangan
C. keindahan
D. kemewahan

6. Setiap pagi, murid-murid akan ____________________ di dewan sebelum masuk

ke dalam kelas.
A. berucap
B. berbaring
C. berhimpun
D. bekerjasama

CHIAU BOON WEI / BAHASA MELAYU K1 / TAHUN 5 / MAC 2016 / MUKA SURAT 2
[ SULIT ]

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7. Jalur Gemilang ____________________ apabila ditiup angin.

A. berduyun
B. berkibaran
C. bersorakan
D. bertaburan

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. Hasil kerja Ben Li kurang memuaskan kerana dibuat dengan

____________________.
A. tergesa-gesa
B. masing-masing
C. tengah-tengah
D. berwarna-warni

9. Puan Siti menggunakan ____________________ untuk menyedapkan

masakannya.
A. lauk-pauk
B. kusut-masai
C. rempah-ratus
D. lintang-pukang

10. ____________________ dapat digunakan untuk mengenali identiti manusia.

A. Cap Jari
B. Jari manis
C. Jari tengah
D. Jari kelengkeng

CHIAU BOON WEI / BAHASA MELAYU K1 / TAHUN 5 / MAC 2016 / MUKA SURAT 3
[ SULIT ]

11. Jun Kiat menampalkan notis pada ____________________ di belakang bilik

darjah.
A. papan tulis
B. papan iklan
C. papan tanda
D. papan kenyataan

12. Perniagaan Pak Cik Lim terpaksa ____________________ kerana perniagaannya

mengalami kerugian.
A. cari jalan
B. gulung tikar
C. berputus asa
D. pasang telinga

13. Encik Lim kehilangan ____________________ semenjak restorannya terbakar.

A. ada hajat
B. putih hati
C. buah hati
D. mata pencarian

Soalan 14 – 15
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

14. Kalang memapah adik keluar dari parit besar itu.

A. Adik dipapah oleh parit besar itu dari Kalang.
B. Parit besar itu dipapah oleh Kalang keluar dari adik.
C. Adik dipapah oleh Kalang keluar dari parit besar itu.
D. Kalang dipapah oleh adik keluar dari parit besar itu.

15. Datuk dan nenek diziarahi oleh Kim Seng sekeluarga di kampung.
A. Kim Seng sekeluarga menziarahi datuk dan nenek di kampung.
B. Kim Seng sekeluarga menziarahi kampung datuk dan nenek.
C. Datuk dan nenek menziarahi Kim Seng sekeluarga di kampung.
D. Datuk dan nenek menziarahi kampung Kim Seng sekeluarga.

Soalan 16
Pilih ayat yang betul.

I Oh, malangnya nasib Mak Cik Salina!

II Bilakah kamu melancong ke London?
III Usahlah kamu risau tentang perkara ini.
IV Beego seorang yang rajin dan bertanggungjawab.

A. I dan II C. I, III dan IV

B. II dan III D. II, III dan IV

CHIAU BOON WEI / BAHASA MELAYU K1 / TAHUN 5 / MAC 2016 / MUKA SURAT 4
[ SULIT ]

Soalan 17 – 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Selamat sejahtera, murid-murid.

Program Kenang Budi akan diadakan pada cuti nanti. Banyak bekas murid sekolah ini
telah berjaya dalam pelbagai bidang seperti doktor, arkitek, usahawan, peguam
dan pegawai polis. Mereka bersedia untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman
kerjaya masing-masing. Murid-murid boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang
kerjaya yang kalian minati.
Murid-murid, dengar pesanan Cikgu Teo. Pada hari Program Kenang Budi, kamu
diminta berkumpul di dalam dewan pada pukul 8.00 pagi. Bekas murid sekolah ini
akan memperkenalkan diri masing-masing. Kemudian, kamu akan dibahagikan
kepada beberapa kumpulan mengikut bidang kerjaya tertentu. Bekas murid sekolah
ini pula akan menerangkan cabaran dan kelebihan kerjaya mereka.
Akhir sekali, saya berharap agar kamu akan menyampaikan pesanan ini
kepada rakan-rakan yang tidak hadir. Semua murid tahun lima akan terlibat dalam
program ini.

17. Siapakah yang akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam

Program Kenang Budi?
A. Cikgu Teo
B. Guru Besar
C. Bekas murid-murid
D. Semua murid tahun lima

18. Apakah tujuan Program Kenang Budi?

A. Murid-murid berpeluang untuk memilih kerjaya yang minati dalam Program
Kenang Budi.
B. Murid-murid dapat memperkenalkan diri masing-masing dalam Program
Kenang Budi.
C. Murid-murid dapat menerangkan cabaran dan kelebihan kerjaya mereka
dalam Program Kenang Budi.
D. Murid-murid boleh memperoleh maklumat terperinci tentang kerjaya
yang minati dalam Program Kenang Budi.

19. Pilih pernyataan yang salah tentang petikan.

A. Program Kenang Budi akan diadakan pada cuti sekolah.
B. Semua murid yang belajar di sekolah ini wajib mengikuti program ini.
C. Murid-murid diminta menyampaikan pesanan Cikgu Teo kepada rakan-
rakan yang tidak hadir.
D. Murid-murid diminta berkumpul di dalam dewan pada pukul 8.00 pagi pada
hari Program Kenang Budi.

CHIAU BOON WEI / BAHASA MELAYU K1 / TAHUN 5 / MAC 2016 / MUKA SURAT 5
[ SULIT ]

20. Kim Ho seorang murid yang berminat dalam bidang kejuruteraan. Apakah
kumpulan yang paling sesuai untuknya ketika Program Kenang Budi?
A. Kumpulan arkitek
B. Kumpulan doktor
C. Kumpulan peguam
D. Kumpulan pegawai polis

___________________________________________________________________________________

Bahagian B
(30 markah)
Soalan 21
Isi tempat kosong dengan perkataan yang berimbuhan pinjaman.

mahasiswa tatabahasa jururawat jelitawan

usahawan pancaindera maharaja budiman

a) Pendengaran ialah satu daripada ____________________kita.

b) Seorang ____________________ sedang mengambil suhu badan seorang pesakit.

c) Perdana Menteri yang ____________________ itu amat disenangi dan dihormati oleh
rakyat.

d) Cikgu Tan sedang mengajar ____________________ di dalam kelas Tahun Lima

Cerdik.
(4 markah)

Soalan 22
a. Tulis ayat-ayat berikut dalam bentuk tulisan berangkai dengan kemas.

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

(2 markah)

CHIAU BOON WEI / BAHASA MELAYU K1 / TAHUN 5 / MAC 2016 / MUKA SURAT 6
[ SULIT ]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Justin, tolong ibu

letakkan makanan
ini di atas meja.

__________________
__________________
__________________

___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
(2 markah)

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

___________________________________________________________________________________
(2 markah)

CHIAU BOON WEI / BAHASA MELAYU K1 / TAHUN 5 / MAC 2016 / MUKA SURAT 7
[ SULIT ]

Soalan 23
Bacakan petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Selepas menikmati hidangan pagi, Sarah dan keluarganya membersihkan halaman

rumah mereka. Ayah Sarah memesin rumput dengan mesin pemotong rumput
manakala ibu Sarah menyabit semak-samun. Sarah pula bertugas untuk menyapu
dedaun kering yang gugur.
Sarah enggan melakukan kerja kerana dia berpendapat bahawa kerja itu
memenatkan. Dia hanya termenung di bawah sebatang pokok rambutan.
Tiba-tiba, Sarah ternampak sekumpulan semut sedang mengusung serpihan
biskut yang agak besar secara bergilir-gilir. Sarah memerhatikan semut-semut itu
mengusung serpihan biskut ke sarang mereka tanpa henti.
Sarah berasa kagum dengan sikap semut-semut itu kerana boleh bekerja
secara beramai-ramai dan harmoni tanpa pergaduhan. Akhirnya, serpihan biskut
yang besar itu berjaya diusung ke sarang mereka dengan selamat.
Sikap dan semangat semut-semut itu telah memberi pengajaran kepada
Sarah. Tanpa berlengah, Sarah segera menjalankan tugas dengan bersungguh-
sungguh.

a. Apakah yang dilihat oleh Sarah apabila termenung di bawah pokok rambutan?
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(2 markah)

b. Sila lengkapkan carta di bawah.

Watak Sarah Ayah Sarah Ibu Sarah

_______________ memesin _______________

Tugas _______________ rumput _______________
_______________ _______________

(2 markah)

c. Pada pendapat anda, apakah pengajaran yang dapat dipelajari berdasarkan

petikan di atas? (Jelaskan jawapan anda)
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(3 markah)

CHIAU BOON WEI / BAHASA MELAYU K1 / TAHUN 5 / MAC 2016 / MUKA SURAT 8
[ SULIT ]

Soalan 24
Bacakan petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Dalam perjalanan pulang ke kampung, Soon Keat berasa resah. Dia bimbang akan
kesihatan neneknya. Dia berharap agar neneknya tidak menghadapi masalah
kesihatan yang serius.
Soon Keat teringat akan perbualan dengan neneknya menerusi telefon pagi
tadi. Neneknya terbatuk-batuk. Percakapannya terputus-putus. Apabila sampai di
rumah nenek, Soon Keat sekeluarga terus berjumpa dengan nenek di dalam
biliknya.
“Apa khabar, nenek?” tanya Soon Keat sambil memeluk neneknya dengan
erat.
“Nenek sihat. Hanya batuk itu tidak hilang-hilang sejak beberapa hari yang
lalu,” jawab nenek sambil terbatuk-batuk.
Bapa dan ibu Soon Keat menghampiri nenek. Mereka memimpin tangan
nenek untuk membawanya pergi ke klinik. Mereka turut berasa bimbang akan
kesihatan nenek.
Apabila tiba di klinik, Doktor Song merawat nenek Soon Keat dengan teliti.
Menurut Doktor Song, nenek mengalami batuk disebabkan oleh keadaan
persekitaran dan kurang minum air. Mujurlah, penyakit nenek tidak serius.
“Usahlah kalian bimbang. Yang penting, pastikan Puan Lim makan ubat pada
waktu yang tetap dan mendapat rehat yang mencukupi,” kata Doktor Song.
Setelah mengambil ubat, Soon Keat sekeluarga membawa nenek pulang ke
rumah.

a. Perkataan bimbang dalam petikan boleh juga digantikan dengan

perkataan ____________________.
(1 markah)

b. Mengapakah Soon Keat berasa resah dalam perjalanan pulang ke kampung?

_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
(2 markah)

c. Apakah pesanan yang diberi oleh Doktor Song terhadap Puan Lim?
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
(2 markah)

CHIAU BOON WEI / BAHASA MELAYU K1 / TAHUN 5 / MAC 2016 / MUKA SURAT 9
[ SULIT ]

d. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah

ditunjukkan sebagai contoh.

Soon Keat berharap agar neneknya tidak

menghadapi masalah kesihatan yang
serius.

Soon Keat dan ayahnya memimpin tangan

nenek untuk membawanya pergi ke klinik. Betul

Punca penyakit batuk nenek ialah udara

yang nyaman dan kurang minum air.
Salah

Soon Keat sekeluarga membawa nenek

pulang ke rumah setelah mengambil ubat.

(2 markah)

Soalan 25
Baca syair di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Syair Kasih Sejati

Hujung minggu rumah didatangi,
Ibu saudara dari Sungai Petani,
Satu keluarga dibawa ke sini,
Riuhnya rumah tidak terperi.

Mak Cik Salimah yang baik budi,

Parasnya cantik dan baik hati,
Suaminya seorang yang dihormati,
Anak-anak pula merendah diri.

Kunjungan mereka semasa cuti,

Memangnya sudah lama dinanti,
Dapat mengeratkan kasih sejati,
Kukuh ikatan bak tersimpul mati.

Dua keluarga dapat bertemu,

Bersembang mesra tanpa jemu,
Sambil bercanda sambil berjamu,
Semakin ceria berkongsi ilmu.

CHIAU BOON WEI / BAHASA MELAYU K1 / TAHUN 5 / MAC 2016 / MUKA SURAT 10
[ SULIT ]

a. Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang

salah berdasarkan syair tersebut.

Saling berkunjung dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Saling berkunjung dapat merenggangkan hubungan kekeluargaan.
(1 markah)

b.
Dua keluarga dapat bertemu,
Bersembang mesra tanpa jemu.

Terangkan maksud baris-baris syair di atas.

_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(2 markah)

c. Hubungan kekeluargaan yang erat amat penting dalam melahirkan keluarga

bahagia. Nyatakan tiga cara yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

i. ________________________________________________________________________________
ii. _______________________________________________________________________________
iii._______________________________________________________________________________
(3 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh : En. Chiau Boon Wei

Disemak oleh : Pn. Tan Saw Phing

CHIAU BOON WEI / BAHASA MELAYU K1 / TAHUN 5 / MAC 2016 / MUKA SURAT 11
[ SULIT ]

CHIAU BOON WEI / BAHASA MELAYU K1 / TAHUN 5 / MAC 2016 / MUKA SURAT 12

You might also like