You are on page 1of 6

Circular No 002/2012

Dated 6 Jan 2012

To all Members of the Malaysian Bar

Practice Direction No 9 of 2011

Bar Council has received notification from the Chief Registrar of the Federal Court regarding
Practice Direction No 9 of 2011 on the procedure and charge to obtain a copy of the
recording of court proceedings in CD format.

Please be informed that the Practice Direction No 9 of 2011 took effect on 1 Jan 2012.

The relevant portion of the notice received has been reproduced below.

Please find attached a copy of the Practice Direction No 9 of 2011.

Tony Woon Yeow Thong


Secretary
Malaysian Bar

ARAHAN AMALAN BIL 9 TAHUN 2011


CAJ UNTUK RAKAMAN PROSIDING DI MAHKAMAH
(RECORDING OF COURT PROCEEDINGS’ CHARGE)

Seperti mana tuan/puan sedia maklum bahawa semua prosiding yang dijalankan di dalam
mahkamah terbuka direkodkan secara elektronik melalui system Court Recording
Transcription (CRT) yang mana telah dipasang di semua Mahkamah di Malaysia. Semua
prosiding yang telah direkodkan dalam sistem CRT bolehlah dibuat salinan dan dibekalkan
kepada para peguam atau mana-mana pihak-pihak yang layak memohon. Salinan prosiding
tersebut akan dibekalkan dalam bentuk cakera padat.

2. Untuk makluman tuan/puan pihak Kerajaan telah pun bersetuju untuk mengenakan caj
salinan cakera padat pada kadar RM 10.00 sekeping. Sehubungan dengan itu, segala
pembelian dan pembekalan cekera padat yang akan digunakan oleh semua mahkamah akan
dibuat secara berpusat di Pejabat Ketua Pendaftar. Pembekalan cakera padat hanya akan
dibuat kepada Pusat Tanggungjawab yang mana kemudiannya bertanggungjawab untuk
mengedarkan cakera padat tersebut kepada pusat kos masing-masing berdasarkan kepada
permintaan yang dibuat.

3. Stok permulaan bekalan cakera padat akan dihantar kepada semua Pusat
Tanggungjawab oleh Pejabat Ketua Pendaftar. Bagi stok yang berikutnya Pusat
Tanggungjawab hendaklah membuat anggaran jumah cakera padat yang diperlukan untuk
tempoh enam (6) bulan berikutnya.

4. Permohonan stok berikutnya berdasarkan anggaran yang telah dibuat hendaklah


dibuat pada setiap bulan Disember dan bulan Jun. Kerjasama semua pihak untuk mematuhi
arahan permohonan stok berikutnya sangatlah perlu bagi memudahkan Pejabat Ketua
Pendaftar membuat urusan perolehan cakera padat selanjutnya.

5. Tuan/puan hendaklah sentiasa memantau keperluan cakera padat tersebut supaya


bekalan sentiasa mencukupi dan mengelakkan berlakunya pembaziran dan penyalahgunaan
aset kerajaan.

6. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan garis panduan mengenai tatacara
bagi pihak yang ingin mendapatkan salinan prosiding melalui cakera padat seperti di
Lampiran A dan contoh Borang Permohonan di Lampiran B.

7. Arahan amalan ini adalah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012.

You might also like