You are on page 1of 300

MPU3112

Hubungan Etnik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MPU3112
HUBUNGAN ETNIK
Mohd Syariefudin Abdullah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Open University Malaysia

Penulis Modul: Mohd Syariefudin Abdullah


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Penyederhana: Dr Mohd Sohaimi Esa


Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, Disember 2017 (MPU3113, Ogos 2014)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Disember 2017, MPU3112


Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus xiăxv

Topik 1 Hubungan Etnik dan Pembinaan Negara Bangsa 1


1.1 Hubungan Etnik dan Pembinaan Negara Bangsa 2
1.1.1 Konsep Negara Bangsa 3
1.1.2 Tahap Pembinaan Negara Bangsa 4
1.1.3 Konsep Negara Etnik (Ethno Nations), Negara 6
Sivik (Civic Nations) dan Ethno Civic Nations
1.2 Pembinaan Negara Bangsa dan Hubungan Etnik di 8
Malaysia
1.2.1 Era Konflik (1945ă1960) 9
1.2.2 Era Stabil Tetapi Tegang (1961ă1970) 10
1.2.3 Era Kesepaduan Sosial (1971ă2011) 11
1.3 Kejayaan Malaysia: Satu Penilaian 12
1.3.1 Politik 13
1.3.2 Ekonomi 14
1.3.3 Sosial 16
1.4 Kesimpulan 19
Rumusan 20
Kata Kunci 20
Rujukan 21

Topik 2 Konsep Asas Hubungan Etnik 22


2.1 Konsep Asas Hubungan Etnik 23
2.1.1 Konsep Ras dan Rasisme 23
2.1.2 Konsep Etnik 25
2.1.3 Konsep Budaya 27
2.1.4 Konsep Masyarakat 32
2.1.5 Konsep Masyarakat Majmuk dan Masyarakat 36
Plural
2.1.6 Konsep Perpaduan dan Integrasi 38
2.1.7 Tahap Integrasi 40
2.1.8 Kesepaduan Sosial dan Penyatupaduan 43
2.1.9 Konsep Stereotaip, Prasangka dan Diskriminasi 44
2.1.10 Konsep Etnosentrisme dan Cauvinisme 45

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

2.2 Kerangka Teori dalam Hubungan Etnik 45


2.2.1 Teori Fungsional 46
2.2.2 Teori Konflik 47
2.2.3 Teori Modenisasi 48
2.2.4 Kesepaduan Mekanikal dan Kesepaduan Organik 49
2.2.5 Teori Kelas 50
2.2.6 Teori Masyarakat Majmuk 51
2.2.7 Teori Pilihan Rasional 51
2.3 Kesimpulan 51
Rumusan 52
Kata Kunci 54
Rujukan 54

Topik 3 Sejarah Masyarakat Malaysia dan Hubungan Etnik 57


3.1 Masyarakat Plural di Alam Melayu 59
3.1.1 Pembentukan Masyarakat di Alam Melayu 59
3.1.2 Pengaruh Tamadun China di Alam Melayu 60
3.1.3 Proses Indianisasi di Alam Melayu 62
3.1.4 Proses Islamisasi di Alam Melayu 64
3.1.5 Melaka sebagai Pusat Pertemuan Masyarakat 65
3.2 Pembentukan Masyarakat Plural Zaman Kolonial 68
3.2.1 Proses Penguasaan British ke Atas Negeri-negeri 68
Melayu
3.2.2 Pembentukan Masyarakat Zaman Pendudukan 71
British
3.2.3 Kemerdekaan Tanah Melayu dan Kerjasama 74
Pelbagai Etnik
3.3 Masyarakat Sabah dan Sarawak 78
3.3.1 Proses Pembentukan Masyarakat Sabah 79
3.3.2 Proses Pembentukan Masyarakat Sarawak 83
3.4 Kesimpulan 86
Rumusan 87
Kata Kunci 89
Rujukan 89

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 4 Hubungan Etnik daripada Aspek Ekonomi 91


4.1 Konsep Modenisasi Ekonomi 92
4.1.1 Modenisasi di Eropah 97
4.1.2 Penjajahan dan Imperialisme 98
4.1.3 Pemodenan dan Pembaratan 98
4.2 Modenisasi di Malaysia 99
4.2.1 Asas Sistem Sosioekonomi Orang Melayu 99
4.2.2 Sistem Sosioekonomi Semasa Penjajahan 101
4.2.3 Sistem Sosioekonomi Semasa Era Menuju 103
Kemerdekaan
4.2.4 Sistem Ekonomi Semasa Era Penyusunan 105
4.3 Rancangan Pembangunan Negara dan Dasar Ekonomi 109
4.3.1 Rancangan Pembangunan Lima Tahun 109
4.3.2 Elemen Perpaduan Dalam Dasar Ekonomi 112
4.4 Kesimpulan 116
Rumusan 117
Kata Kunci 119
Rujukan 119

Topik 5 Perlembagaan dari Aspek Hubungan Etnik 121


5.1 Konsep Perlembagaan Persekutuan 122
5.2 Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan 125
5.2.1 Undang-undang Zaman Kesultanan Melayu 125
5.2.2 Penerapan Undang-undang British Zaman 127
Kedatangan Barat di Tanah Melayu
5.2.3 Penerapan Undang-undang Zaman Kedatangan 128
Barat di Sabah dan Sarawak
5.2.4 Kedudukan Undang-undang Zaman Pendudukan 129
Jepun
5.2.5 Proses Penggubalan Perlembagaan Malaysia 130
5.3 Unsur Tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan 137
5.3.1 Institusi Beraja 138
5.3.2 Agama Islam 139
5.3.3 Bahasa Melayu 140
5.3.4 Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan 141
Bumiputera
5.4 Kesimpulan 143
Rumusan 144
Kata Kunci 145
Rujukan 145

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Topik 6 Permuafakatan Politik dan Hubungan Etnik 146


6.1 Konsep Modenisasi dan Pembangunan Politik 147
6.2 Sistem Politik Masyarakat Melayu 151
6.3 Pengaruh Demografi dalam Politik 153
6.3.1 Demografi Penduduk Semenanjung Malaysia 153
6.3.2 Demografi Penduduk di Sabah dan Sarawak 154
6.4 Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik 155
6.4.1 Politik di Tanah Melayu atau Semenanjung 155
Malaysia
6.4.2 Politik di Sarawak 159
6.4.3 Politik di Sabah 161
6.5 Politik Etnisiti di Malaysia 163
6.5.1 Politik Inter-etnik 165
6.5.2 Politik Intra-etnik 165
6.6 Pembangunan Politik Perpadun di Malaysia 167
6.6.1 Parti Perikatan 167
6.6.2 Barisan Nasional 170
6.7 Kesimpulan 173
Rumusan 174
Kata Kunci 175
Rujukan 176

Topik 7 Kepelbagaian Agama dan Hubungan Etnik 177


7.1 Konsep Agama dan Kepercayaan 178
7.1.1 Definisi Kepercayaan dan Agama 181
7.1.2 Masyarakat dan Kepercayaan Beragama 182
7.2 Agama dan Masyarakat di Malaysia 183
7.3 Agama Utama di Malaysia 185
7.3.1 Agama Islam 186
7.3.2 Agama Buddha 190
7.3.3 Agama Hindu 191
7.3.4 Agama Kristian 193
7.3.5 Agama Sikh 194
7.3.6 Ajaran Confusianisme 194
7.3.7 Ajaran Taoisme 195
7.4 Aplikasi Kehidupan Beragama dalam Kehidupan 196
Masyarakat Pelbagai Etnik di Malaysia
7.5 Kesimpulan 198
Rumusan 200
Kata Kunci 201
Rujukan 202

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  vii

Topik 8 Cabaran dalam Usaha Integrasi Nasional 204


8.1 Tinjauan Kaedah Perpaduan di Beberapa Buah Negara 205
8.1.1 Teori Melting Pot dan Salad Bowl di Amerika 205
8.1.2 Kaedah Social-engineering di Singapura 206
8.2 Cabaran Integrasi Kaum di Malaysia 209
8.2.1 Sifat Perkauman 210
8.2.2 Isu Pendidikan 212
8.2.3 Isu Keagamaan 213
8.2.4 Isu Ekonomi 215
8.2.5 Kesedaran Generasi Muda 217
8.2.6 Impak Globalisasi 218
8.3 Usaha Integrasi oleh Kerajaan 219
8.3.1 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan 219
Integrasi Nasional (JPNIN)
8.3.2 Pelaksanaan di Peringkat Dasar Awam 221
8.4 Kesimpulan 224
Rumusan 225
Kata Kunci 226
Rujukan 227

Topik 9 Pemerkasaan Pendidikan ke Arah Kesepaduan Sosial 228


9.1 Sejarah Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia 229
9.2 Pendidikan dalam Pelbagai Bentuk Aliran 231
9.2.1 Sekolah Aliran Agama 232
9.2.2 Sekolah Aliran Inggeris 232
9.2.3 Sekolah Melayu 236
9.2.4 Sekolah Cina 237
9.2.5 Sekolah Tamil 239
9.3 Penyatuan Sistem Pendidikan 242
9.3.1 Dasar Cheeseman 1946 244
9.3.2 Jawatankuasa Car-Saunders 1947 244
9.3.3 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum 1949 245
9.3.4 Laporan Barnes 1951 245
9.3.5 Laporan Fenn Wu 1951 246
9.3.6 Ordinan Pelajaran 1952 246
9.3.7 Laporan Woodhead 1955 (Sabah dan Sarawak) 247
9.3.8 Penyata Razak 1956 247
9.3.9 Ordinan Pelajaran 1957 248
9.3.10 Laporan Rahman Talib 1960 249
9.3.11 Akta Pelajaran 1961 250
9.3.12 Dasar Pendidikan Kebangsaan 1970 251
9.3.13 Laporan Kabinet 1979 251

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


viii  ISI KANDUNGAN

9.4 Jenis Sekolah 252


9.4.1 Sekolah Kebangsaan 253
9.4.2 Sekolah Vernakular 254
9.4.3 Sekolah Wawasan 255
Rumusan 257
Kata Kunci 259
Rujukan 260

Topik 10 Hubungan Etnik dalam Realiti Masyarakat Malaysia 261


10.1 Pengalaman Malaysia Mengurus Masyarakat 263
10.2 Pengalaman Harian 266
10.3 Kesepaduan dalam Realiti Masyarakat Malaysia 269
10.4 Kejayaan Malaysia dalam Menguruskan Hubungan 273
Etnik
10.5 Kesimpulan 277
Rumusan 279
Kata Kunci 280
Rujukan 280

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan teliti dari awal sehingga akhir. Ia
menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda
memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa
untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya.
Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca
kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen-
komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
MPU3112 Hubungan Etnik adalah salah satu kursus yang ditawarkan di Open
University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 2 jam kredit dan harus
dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 14 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengikuti Program Sarjana
Muda. Modul ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas kepada
hubungan etnik yang merupakan kunci kepada keharmonian dan pembangunan
negara.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran
kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran
yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda
maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut
dikendalikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan
40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus
yang bernilai dua jam kredit memerlukan masa selama 80 jam pembelajaran.
Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran


Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam
2
perbincangan awal
Membaca modul 35
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Perbincangan atas talian 9
Ulang kaji 9
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 15
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 80

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Membincangkan isu dan cabaran dalam konteks hubungan etnik di


Malaysia;

2. Menilai kepentingan jati diri kebangsaan dan kesukarelaan ke arah


mewujudkan warnegara yang bertanggunjawab; dan

3. Membina hubungan dan interaksi sosial pelbagai etnik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
yang disenaraikan berikut:

Topik 1 memulakan perbincangan tentang konsep pembinaan negara bangsa dan


pentingnya hubungan etnik yang harmoni dalam memastikan kejayaan proses
pembinaan negara bangsa di Malaysia.

Topik 2 memperkenalkan konsep asas dan teori utama dalam hubungan etnik
menggunakan pendekatan sosiologi.

Topik 3 membincangkan latar belakang sejarah sebagai faktor yang


mempengaruhi pembentukan kepelbagaian yang wujud dalam kalangan etnik di
Malaysia.

Topik 4 membincangkan kaitan ekonomi dalam mempengaruhi hubungan etnik


yang harmoni.

Topik 5 melihat sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan dan


kepentingannya dalam mempengaruhi hubungan etnik yang harmoni.

Topik 6 membincangkan sistem politik yang digunakan oleh Malaysia dalam


konteks masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik.

Topik 7 membincangkan tentang agama terbesar di Malaysia dan seterusnya


melihat fungsi agama sebagai pencetus pendamaian dan keharmonian kaum.

Topik 8 membincangkan cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dan rakyat


Malaysia dan seterusnya membincangkan tentang dasar awam ke arah perpaduan
kaum.

Topik 9 menghuraikan tentang latar belakang dan pelbagai aliran pendidikan di


Malaysia dan seterusnya proses ke arah perpaduan kaum melalui pendidikan
dilaksanakan.

Topik 10 mengaitkan hubungan etnik dengan realiti masyarakat Malaysia yang


rencam dan bagaimana hubungan ini dapat dibangunkan dalam konteks realiti
masyarakat Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti
ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu
topik.

Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam sesuatu topik.
Soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan
untuk soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda
digalakkan menjawab soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan
sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya
menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan
jawapan kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam sesuatu topik
dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang
anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan
kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan
sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang
bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal
dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir sesuatu topik, isi penting topik tersebut disenaraikan.
Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

Rujukan: Rujukan ialah bahagian senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan
elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam
melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian
seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik
atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang berkaitan
dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan
memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada prasyarat kelulusan daripada kursus lain diperlukan bagi menjalani
kursus ini.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Amini Amir Abdullah. (2013). Isu-isu sensitif dalam hubungan etnik di Malaysia.
Serdang, Malaysia: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Jayum Jawan, & Zaid Ahmad. (2006). Reading in inter-ethnic relations in


Malaysia. Serdang, Malaysia: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Shamsul Amri Baharuddin. (20123). Modul hubungan etnik edisi kedua. Bangi,
Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI


DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada
30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books247, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Hubungan
1 Etnik dan
Pembinaan
Negara Bangsa
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan tentang proses pembinaan negara bangsa di dunia
dan di Malaysia;
2. Menjelaskan sejarah pembinaan negara bangsa dan kaitan dengan
hubungan etnik di Malaysia; dan
3. Menilai tahap kejayaan Malaysia menguruskan hubungan etnik.

 PENGENALAN
Pembinaan negara bangsa (nation state) bertitik tolak daripada kewujudan
bangsa atau ras (race) dan lahir sebagai entiti sebuah negara yang mewakili
bangsa berkenaan. Satu bangsa melahirkan sebuah negara. Shamsul Amri
Baharuddin (2012) dalam membincangkan konsep negara bangsa membahagikan
kewujudan negara bangsa ini pada tiga keadaan.

Keadaan pertama ialah satu bangsa mewakili satu negara. Konsep negara bangsa
bertitik tolak daripada satu ras membentuk bangsa dan melahirkan satu negara.
Justeru, ia akan melahirkan sebuah negara bangsa. Sebagai contoh, bangsa Jepun
membentuk negara Jepun.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 HUBUNGAN ETNIK DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Keadaan kedua pula ialah bangsa tanpa negara (state without nation). Terdapat
beberapa bangsa tanpa negara dan mereka menuntut bangsa mereka untuk
bernegara dan mempunyai autonomi sendiri. Misalnya, kita dapat lihat bangsa
Melayu Patani di Selatan Thailand. Bangsa Melayu Patani dahulu merupakan
sebuah kerajaan yang berautoriti sendiri. Akan tetapi akibat daripada
penjajahan, maka Patani diserahkan kepada Siam (Thailand) sedangkan, bangsa
Melayu Patani adalah beragama Islam dan berbudaya Melayu. Justeru, wujud
konflik apabila mereka merasakan bahawa mereka bukan sebahagian daripada
bangsa Thailand yang berbudaya Thai dan beragama Buddha. Tambahan lagi,
muncul gerakan dalam kalangan bangsa Melayu Thailand yang cuba untuk
membebaskan diri daripada negara bangsa Thailand yang dibina. Begitu juga
halnya dengan bangsa Kurdis yang bertapak di utara Iraq. Bangsa ini berjaya
membentuk wilayah autonomi Kurdistan tetapi negara Kurdistan tidak diiktiraf
dalam peta dunia.

Keadaan negara bangsa yang dibina seterusnya ialah negara tanpa bangsa
(nation without state). Senario ini berlaku pada negara apabila kewujudan
sesebuah negara berlaku dan diperakui kedaulatannya, tetapi tidak jelas dari segi
identiti bangsa yang dibina. Kewujudan negara sebegini boleh dirujuk dalam
konteks Malaysia. Malaysia lahir sebagai sebuah negara yang terdiri daripada
pelbagai bangsa atau ras dengan setiap etnik berkenaan mengekalkan identiti
etnik masing-masing. Namun begitu, aspek ini merupakan keunikan yang ada
pada Malaysia dari segi pembinaan negara. Dalam topik pertama ini, kita ingin
melihat dan memahami pembinaan negara bangsa Malaysia.

1.1 HUBUNGAN ETNIK DAN PEMBINAAN


NEGARA BANGSA
Hubungan etnik yang harmonis merupakan kunci pembinaan negara bangsa.
Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik, mustahil negara
ini dapat dibina jika hubungan etnik tidak dapat diuruskan dengan baik. Urusan
berkaitan pembinaan negara bangsa ialah proses membina tamadun. Pembinaan
negara bangsa memerlukan perhatian terhadap dua perkara iaitu, kejayaan
menguruskan:

(a) Keterbatasan (Scarcity)


Menguruskan keterbatasan ialah kunci kejayaan kerajaan untuk
menguruskan sumber yang terhad sama ada dari aspek bahan mentah atau
sumber ekonomi. Kejayaan ini mendorong kemajuan dan pembangunan.
Sementara itu, menguruskan kesepaduan sosial (solidariti) amat berkait
rapat dengan proses pembinaan negara bangsa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 HUBUNGAN ETNIK DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA  3

(b) Kesepaduan Sosial (Solidarity)


Kejayaan menguruskan kesepaduan sosial ialah kunci penting dalam
mewujudkan kestabilan. Kejayaan kerajaan dalam menguruskan
keterbatasan dan kesepaduan sosial menjadi elemen penting dalam
pembinaan negara bangsa.

1.1.1 Konsep Negara Bangsa


Pembinaan negara bangsa bukan konsep yang baharu, tetapi ia telah lama
diperkatakan. Konsep negara bangsa merupakan kesan penting lanjutan
daripada pembinaan tamadun. Konsep ini bermula di Eropah. Ia bertitik tolak
daripada kelahiran ras tertentu atau etnik tertentu. Bermula daripada konsep
etnik, lahir konsep bangsa yang menggambarkan identiti yang besar dan menuju
ke arah satu aspek iaitu negara. Menurut Abdul Rahman Embong (2001), konsep
negara bangsa di Eropah bermula apabila lahirnya kelompok bangsa yang
menentang kuasa feudal dan proses pembentukan sistem baru yang dipanggil
kapitalis. Kejayaan kapitalis membolehkan mereka berkuasa dan membentuk
sebuah negara moden yang mana entiti negara ialah mempunyai sempadan atau
wilayah tertentu dan juga adanya bangsa tertentu yang mendukung negara
tersebut. Misalnya di Eropah, bangsa Inggeris muncul lebih awal sebelum
lahirnya bangsa Eropah dan negara England yang moden.

Konsep negara bangsa ialah dua perkataan yang berbeza tetapi mempunyai
hubungan antara satu sama lain. Negara merujuk pada sebuah masyarakat
yang mendiami kawasan tertentu dan adanya kerajaan yang memerintah.
Sementara itu, bangsa merujuk pada sekumpulan manusia dalam satu ikatan
ketatanegaraan (Mahayuddin Hj. Yahaya, 1998). Godwin dan Wahlke (1997),
mendefinisikan negara bangsa sebagai, „... one nation in the area covered by the
state to include most of the people who consider themselves part of that national
culture‰.

Justeru, dalam konteks Malaysia, kita dapat katakan bahawa negara bangsa
sebagai sekumpulan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik, agama
dan budaya mendiami sempadan politik tertentu. Mereka mengamalkan sikap
toleransi dan bersefahaman dan kemudian berlakunya proses akulturasi dan
asimilasi dalam suasana hubungan etnik yang harmoni melibatkan pelbagai
kaum.

Pembentukan negara bangsa di Malaysia melibatkan proses dan perjalanan


sejarah yang panjang. Walaupun Malaysia telah merdeka lebih 56 tahun, tetapi
apa yang kita bentuk ialah sebuah negara dan bukannya sebuah negara bangsa.
Menurut Abdul Rahman Embong (2001), apabila Malaysia diisytiharkan merdeka
pada 31 Ogos 1957, apa yang lahir ialah sebuah negara dan bukannya sebuah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 HUBUNGAN ETNIK DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

bangsa. Begitu juga apabila Malaysia terbentuk pada 16 September 1963, apa
yang wujud ialah negara Malaysia dan bukannya bangsa Malaysia. Justeru,
Malaysia masih dalam proses pembentukan bangsanya. Antara cabaran yang
paling sukar dalam pembinaan negara Malaysia adalah untuk menyatukan
pelbagai etnik yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, agama, bahasa dan
pengalaman yang berbeza di bawah satu payung iaitu Malaysia. Perjalanan
sesebuah negara bangsa dapat dijelaskan sebagaimana Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Ke arah pengukuhan negara bangsa

1.1.2 Tahap Pembinaan Negara Bangsa


Apabila berbincang mengenai hubungan etnik dan proses pembinaan negara
bangsa, kita sebenarnya bukan sahaja bercakap tentang pelbagai etnik yang ada
di Malaysia, tetapi kita perlu melihat dalam banyak aspek yang melibatkan
penghayatan proses pembinaan perpaduan dan kesepaduan pelbagai etnik
sebagai pedoman dan amalan hidup setiap warganegara Malaysia. Oleh yang
demikian, pembinaan negara bangsa yang jitu akan dapat diutarakan. Dalam
proses pembinaan negara bangsa Malaysia, kita perlu akur bahawa negara ini
dibina dalam masa yang singkat dan perpaduan dalam kalangan etnik terlibat
tidak berlaku dengan mendalam. Pembentukan negara pada peringkat dunia
dapat dipecahkan pada empat kategori yang utama seperti yang dapat dilihat
dalam Rajah 1.2.

Rajah 1.2: Faktor kelahiran negara bangsa di dunia

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 HUBUNGAN ETNIK DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA  5

Mari kita lihat satu persatu dengan lebih jelas.

(a) Pengukuhan Kuasa


Negara yang terbentuk melalui proses pengukuhan kuasa dan kawasan
secara berperingkat-peringkat dapat dilihat di negara-negara Benua Eropah
seperti Perancis, Itali, Jerman dan United Kingdom. Ciri penting bagi
negara tersebut ialah pelbagai etnik yang ada hampir homogen dan
melengkapi pembentukan negara bangsa.

(b) Keruntuhan Empayar atau Kerajaan yang Kuat


Kemunculan negara baru akibat berakhirnya empayar besar pada awal
abad ke-20. Contoh, negara seperti Eropah Timur yang lahir selepas
berakhirnya Empayar Austro-Hungry. Contoh lain seperti Arab Saudi,
Kuwait, Qatar, Emeriah Arab Bersatu, Lubnan dan lain-lain. Ia berlaku
selepas tamatnya penguasaan Empayar Turki Uthmaniyyah di tangan
kuasa Eropah. Antara ciri yang jelas dalam pembinaan negara tersebut
ialah penerapan sentimen nasionalisme. Selain itu, sempadan geografi
ditentukan oleh kuasa penjajah.

(c) Kesanggupan Penjajah Melepaskan Jajahan Takluknya


Negara yang merdeka daripada kuasa penjajah termasuk negara di Asia,
Afrika dan Amerika Latin. Negara ini kebanyakannya merdeka selepas
Perang Dunia Kedua, tetapi terdapat juga negara yang merdeka lebih awal.
Secara umum, ia dapat dibahagikan sebagaimana berikut:

(i) Negara maju yang warga mereka daripada keturunan Eropah (penjajah
sendiri) seperti Amerika, Kanada, Australia dan New Zealand;

(ii) Negara Amerika Latin yang rakyatnya berasal daripada beberapa


buah negara Eropah seperti Argentina, Uruguay, Costa Rica dan lain-
lain;

(iii) Negara Asia, Afrika, Amerika Latin (termasuk kepulauan Caribbean)


yang memperoleh kemerdekaan sama ada menerusi revolusi atau
rundingan setelah memuncaknya semangat nasionalisme masyarakat
tempatan; dan

(iv) Negara yang berpecah daripada negara induk disebabkan oleh


perbezaan etnik. Contohnya, Pakistan telah terpisah dari India dan
Bangladesh telah terpisah dari Pakistan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 HUBUNGAN ETNIK DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

(d) Keruntuhan Kuasa Komunis Rusia


Negara yang baru muncul seperti Eropah dan Kesatuan Soviet setelah
runtuhnya sistem komunis dan berakhirnya Perang Dingin antara
Soviet dan Amerika pada 1989. Contohnya, Bosnia-Hezergovina, Serbia-
Montenegro, Croatia, Macedonia, kesemua negeri dalam bekas Yugoslavia,
Jerman (percantuman Timur dan Barat), negara yang keluar dari Soviet dan
membentuk negara baru.

Pembentukan negara bangsa yang terbina ini merupakan negara bangsa bentuk
moden. Menurut Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani (2003), dalam proses
modenisasi, setiap negara harus mengalami tiga tahap perkembangan dalam
proses pembinaan negara bangsa, iaitu:

(a) Pembentukan Kuasa Pusat (Centre of Formation)


Merujuk kepada usaha menguatkuasakan kewibawaan awam ke seluruh
negara;

(b) Pembentukan Negara (State Formation)


Bertujuan memupuk rasa sepunya, patriotisme dan semangat kesetiaan
dalam kalangan rakyat; dan

(c) Pembangunan Negara Bangsa (Nation Building)


Merujuk kepada usaha menggerakkan seluruh sumber manusia dan
material bagi mencapai kemajuan dan perpaduan.

Negara di Eropah telah mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan


peringkat pembinaan negara bangsa. Mereka juga tidak menghadapi masalah
yang kronik dalam pembinaan negara bangsa mereka berbanding Malaysia.
Keadaan berbeza di Malaysia dan negara merdeka selepas Perang Dunia Kedua
apabila negara berkenaan perlu melaksanakan ketiga-tiga proses tersebut secara
serentak dengan kadar yang lebih cepat berbanding dengan negara maju.
Justeru, pembinaan negara bangsa dalam konteks masyarakat Malaysia terdapat
banyak perkara yang masih belum dapat diselesaikan pada peringkat pembinaan
negara bangsa.

1.1.3 Konsep Negara Etnik (Ethno Nations), Negara


Sivik (Civic Nations) dan Ethno Civic Nations
Antara beberapa penulisan yang membincangkan konsep negara bangsa dan
hubungan etnik ialah satu artikel yang telah diterjemah bertajuk, „Negara Sivik
(Civic Nations) atau Negara Etnik (Ethno Nations)? Dua pertembungan konsep
di Latvia.‰ Artikel ini membincangkan dua konsep besar pembinaan negara iaitu
konsep ethno nations dan civic nations. Kedua-dua konsep ini mempengaruhi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 HUBUNGAN ETNIK DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA  7

sistem perundangan di Latvia dan mewujudkan pendebatan. Walaupun pada


tahun 1940, ia terganggu disebabkan oleh penjajahan Soviet, tetapi selepas
merdeka dari Kesatuan Soviet pada tahun 1991, elemen sivik dan elemen etnik
muncul kembali dalam perdebatan pembinaan negara bangsa di Latvia.

Antara sarjana yang mendukung ethno nations ialah Ernest Blanks pada tahun
1917 yang memperkenalkan idea Latvia sebagai negara berdaulat. Beliau
mengaitkan istilah „Atmoda‰ yang membawa makna „Kebangkitan‰. Antara
aspek yang diberikan penekanan oleh Blanks dalam penulisan beliau adalah
merujuk kepada:

(a) Budaya Nasional


Beliau melihat penting untuk mengekalkan budaya tradisi dan menentang
unsur luar.

(b) Asimilasi
Mendukung konsep satu bangsa, satu bahasa dan satu agama sebagai asas
pembinaan negara bangsa.

(c) Penapisan Kaum


Etnik minoriti dipinggirkan dan diasingkan. Hanya yang diterima ialah
pembela nasionalisme.

(d) Berprasangka
Orang Yahudi dianggap sebagai pembelot kerana tidak sanggup untuk
berasimilasi dengan budaya Latvia.

(e) Penolakan Dominasi Luar


Menolak unsur luar atau pengaruh dari luar.

Justeru, jelaslah di sini bahawa Blanks merupakan seorang sarjana yang


mendukung konsep „payung anak watan‰. Idea beliau lebih kepada konsep
ethno nations, yakni beliau berpandangan kaum luar perlulah ditolak keluar.
Beliau mendukung konsep satu bangsa, satu bahasa dan satu agama. Idea yang
dibawa oleh beliau lebih kepada idea bercorak etnosentrik.

Seterusnya, penyokong kepada konsep civic nations ialah Mikelis Valters (1894ă
1964) dalam bukunya, „The Question of Our Nationality‰ pada tahun 1914.
Beliau menyatakan bahawa etnik Latvia adalah dominan. Walau bagaimanapun,
beliau membenarkan tradisi etnik minoriti asalkan tidak mengganggu
pentadbiran autonomi. Bagi beliau, perpaduan akan dapat dicapai melalui
solidariti (integrasi dan kesepaduan sosial) dan bukannya asimilasi. Idea beliau
ini bertentangan berbanding dengan Ernest Blankas yang lebih bersifat etnik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 HUBUNGAN ETNIK DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Antara kedua-dua pemikir ini, terdapatnya sarjana yang mengutarakan jalan


tengah dengan memperkenalkan konsep ethno civic nations iaitu Mergers
Skujeneeks (1886ă1942) melalui buku beliau, „The Nations Question in Latvia‰
pada tahun 1913. Bagi Skujeneeks, kehidupan manusia boleh diatur melalui
ideologi. Beliau juga menolak negara yang dibina berasaskan perhubungan
darah dan bagi beliau juga ikatan kenegaraan bukan suatu yang kekal, tetapi
berubah mengikut keadaan. Idea beliau ini adalah untuk meletakkan gabungan
kumpulan etnik yang berbeza ke dalam satu unit politik yang menjadi perkara
asas dalam projek nasional. Secara ringkas konsep ini dapat difahami dengan
mudah sebagaimana Rajah 1.3.

Rajah 1.3: Gambaran perhubungan antara tiga konsep dalam pembinaan negara bangsa

Perbincangan ketiga-tiga para sarjana ini penting dilihat dan dianalisis


memandangkan mereka melihat cara pembinaan negara bangsa dengan cara
yang berbeza. Setiap negara mempunyai cara sendiri dalam proses pembinaan
negara masing-masing. Cara mana yang terbaik adalah terpulang kepada sejarah
dan latar belakang negara itu. Dalam konteks Malaysia, kita lebih kepada idea
yang dibawa oleh Mergers Skujeneeks iaitu ethno civic nations.

AKTIVITI 1.1

Adakah anda bersetuju Malaysia ialah sebuah negara bangsa?


Bincangkan bersama rakan sekelas dan nyatakan kefahaman anda
berasaskan penyataan ini.

1.2 PEMBINAAN NEGARA BANGSA DAN


HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Menurut Abdul Rahman Embong (2006), Malaysia merupakan sebuah negara
berbilang kaum, bahasa, agama dan budaya dengan anggota masyarakatnya
hidup berdampingan dan bercampur gaul antara satu sama lain. Sebelum
merdeka proses campur gaul ini berlaku dengan kadar yang terbatas, tetapi
selepas merdeka proses ini berlaku dengan kadar yang lebih tinggi. Malahan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 HUBUNGAN ETNIK DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA  9

kewujudan Malaysia merupakan manifestasi kepada perjuangan semua


kaum utama yang ada di Malaysia atas dasar perpaduan, permuafakatan dan
persefahaman. Walaupun mereka berbeza daripada segi keturunan etnik, bahasa
dan budaya, tetapi mampu menjalinkan hubungan yang baik antara etnik.
Menurut beliau lagi, semasa Malaysia dibentuk, kita hanya mampu membina
negara dan bukannya bangsa. Ini kerana pembinaan satu-satu bangsa
mengambil masa yang panjang dan berlaku secara semula jadi, secara evolusi
dan bukannya revolusi. Walaupun selepas kemasukan Sabah dan Sarawak pada
tahun 1963, kita hanya mampu membina negara dan bukannya negara bangsa.

Justeru, Datuk Shamsul Amri Baharuddin (2012) telah membincangkan secara


terperinci berkaitan proses pembinaan negara bangsa Malaysia melalui kaedah
sosiologi sejarah. Beliau membahagikan pembinaan negara Malaysia kepada tiga
tahap utama iaitu Era Konflik (1945ă1960), Era Stabil Tapi Tegang (1961ă1970)
dan Era Kesepaduan Sosial (1971ă2011). Ketiga-tiga era ini akan dibincangkan
secara khusus dalam subtopik ini.

1.2.1 Era Konflik (1945–1960)


Sesuai dengan era ini sebagai era konflik, maka masyarakat di Malaysia
dikaitkan dengan pelbagai konflik yang wujud. Selepas Perang Dunia Kedua,
kehidupan masyarakat adalah amat daif. Ia boleh mengundang kepada pelbagai
masalah. Bermula dengan penguasaan anggota Komunis dikenali sebagai
Bintang Tiga yang menguasai pentadbiran di Tanah Melayu selama 14 hari,
sementara peralihan kuasa telah mengorbankan banyak nyawa sama ada orang
Melayu atau Cina. Anggota Komunis ini bebas melakukan kezaliman dan
melakukan aktiviti membalas dendam.

Peristiwa kedua apabila Malayan Union yang telah diisytiharkan pada 1 April
1946 yang mengundang perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu.
Namun begitu, Malayan Union telah menerima tentangan daripada orang
Melayu hingga mendesak Malayan Union ditamatkan. Kesan penting Malayan
Union ini ialah penyatuan Melayu hingga membawa penubuhan United Malay
National Organization (UMNO). Kemudian, bagi menyelesaikan permasalahan
ini, British telah menubuhkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang
mendapat respons daripada semua pihak iaitu orang Melayu yang diwakili oleh
UMNO dan raja Melayu.

Satu usaha penting dalam meredakan konflik antara kaum pada waktu ini ialah
penubuhan Communities Liaison Committee (CLC) pada 1949 yang terdiri
daripada pemimpin etnik Melayu, Cina dan India. Badan ini dianggap
berperanan penting dalam meredakan ketegangan antara kaum pada ketika itu.
Menurut Shamsul Amri Baharuddin, dari sinilah munculnya kegiatan ethnic

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 HUBUNGAN ETNIK DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

bargaining atau tolak ansur antara kaum yang digunakan dalam analisis politik
mengenai Malaysia. Walaupun Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos
1957, Malaysia masih dalam Darurat yang hanya tamat pada 31 Julai 1960.
Justeru, Malaysia masih dalam keadaan berkonflik walaupun telah merdeka.

1.2.2 Era Stabil Tetapi Tegang (1961–1970)


Era ini merupakan era yang kritikal terutamanya selepas tamatnya Darurat dan
Perang Dingin masih lagi berterusan. Pembentukan Persekutuan Malaysia
dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura pada 1963 menjadi penanda
aras yang penting bermulanya sebuah negara yang dikenali dengan Malaysia.
Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2012), kejayaan memasukkan Sabah dan
Sarawak merupakan manifestasi kepada CLC yang ditubuhkan pada 1949 atas
prinsip „tolak ansur etnik‰.

Kerajaan di Tanah Melayu ketika itu sanggup bersetuju dengan tuntutan


20 Perkara dari Sabah dan 18 Perkara dari Sarawak dalam aspek autonomi
mereka dalam menguruskan negeri mereka. Pihak Indonesia tidak berpuas hati
dengan penubuhan Persekutuan Malaysia dan menganggap negara ini sebagai
neo-colony. Konfrontasi ini dipimpin oleh Soekarno yang dikatakan kerajaannya
banyak dipengaruhi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Serangan telah
dilancarkan ke atas Malaysia. Namun begitu, konfrontasi ini berakhir apabila
Soeharto dilantik sebagai Presiden Indonesia dan beliau memperakui kewujudan
Persekutuan Malaysia.

Peristiwa rusuhan kaum terbesar telah berlaku dalam dua siri berbeza iaitu
semasa Singapura dalam Malaysia pada 21 Julai dan 3 September 1964. Peristiwa
ini telah mengorbankan lebih kurang 40 orang dan ribuan telah ditangkap. Isu
ini menjadi asas penting penyingkiran Singapura dari Malaysia untuk tujuan
pembinaan negara Malaysia yang stabil. Selain itu, peristiwa 13 Mei 1969
merupakan rusuhan kaum terbesar di Malaysia. Rusuhan kaum ini menjadi asas
penting pada Malaysia bahawa perlunya ada usaha ke arah kesepaduan sosial.
Justeru, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan secara top-down.
Antara usaha ini termasuk menubuhkan Majlis Perundangan Rakyat, Jabatan
Perpaduan Negara, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru. Justeru, bermulalah
usaha kerajaan dalam setiap perlaksanaan dasar yang mempunyai matlamat
akhirnya iaitu untuk perpaduan nasional.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 HUBUNGAN ETNIK DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA  11

1.2.3 Era Kesepaduan Sosial (1971–2011)


Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2012), Era Kesepaduan Sosial (1971ă2011)
ialah era ketika berlakunya pemantapan interaksi antara M + N + P, iaitu
masyarakat (society), negara (state) dan pasaran (market) telah disulam erat
dengan positif. Walaupun berlaku turun naik akibat pengaruh global, tetapi kita
masih mampu mempertahankan kesepaduan sosial dalam masyarakat pelbagai
etnik. Walaupun berlaku peristiwa seperti peristiwa Kampung Medan pada 2001
antara etnik Melayu dan India, telah memperlihatkan bahawa faktor ekonomi
sebagai indikator penting dalam memastikan kestabilan dan keharmonian kaum.
Justeru, kita perlu kembali kepada slogan unity in diversity dan perpaduan
nasional termasuklah cita-cita membentuk satu bangsa idaman iaitu, „Bangsa
Malaysia‰.

Keupayaan kita menerima kepelbagaian, maka lahirlah slogan yang enak


didengar seperti „Malaysia Truly Asia‰, „Perpaduan dalam Kepelbagaian‰ dan
„Meraikan Kepelbagaian‰. Menurut Abdul Rahman Embong, antara lima
matlamat penting Rukun Negara dibentuk adalah untuk:

(a) Mencapai perpaduan yang lebih erat;

(b) Memelihara cara hidup demokratik;

(c) Membina masyarakat yang adil;

(d) Menjamin cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya raya
dan pelbagai corak; dan

(e) Membina masyarakat yang progresif melalui pengamalan lima prinsip


rukun negara.

Justeru, melalui Era Kesepaduan Sosial, perbezaan bukan satu masalah kepada
pembinaan negara bangsa. Apa yang menjadi masalah ialah sifat perkauman
yang menebal, prasangka dan kurangnya tolak ansur antara etnik. Rajah 1.4
menunjukkan perkembangan kesepaduan sosial di Malaysia

Rajah 1.4: Perkembangan kesepaduan sosial di Malaysia

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 HUBUNGAN ETNIK DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

AKTIVITI 1.2

Kesepaduan sosial merupakan kunci kepada kejayaan Malaysia. Sejauh


manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Bincangkan bersama
rakan sekelas dan bentangkan.

1.3 KEJAYAAN MALAYSIA: SATU PENILAIAN


Formula Malaysia dalam proses pembinaan negara bangsanya ialah formula
integrasi. Formula ini membolehkan Malaysia dibangunkan berasaskan dengan
mengekalkan budaya asal satu-satu etnik. Sementara itu, di Indonesia, bangsa
Indonesia terbentuk terlebih dahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan
melawan penjajah Belanda sebelum lahirnya Indonesia yang merdeka pada
17 Ogos 1945. Kita dapat lihat dalam „Sumpah Pemuda‰ tahun 1928 sudah pun
ditegaskan bahawa rakyat Indonesia berjuang untuk pembentukan „Satu
Bangsa‰ iaitu Bangsa Indonesia dan bangsa ini berdiri dengan utuh apabila
Indonesia diisytiharkan mencapai kemerdekaannya (Abdul Rahman Embong,
2006).

Prinsip Pancasila ditegakkan dan dianggap mempunyai kedudukan tertinggi


kepada bangsa Indonesia dalam usaha membina „Kesatuan dalam Kepelbagaian
(Bhinneka Tunggal Ika)‰. Keadaan ini berbeza berbanding Malaysia apabila
kemerdekaan Tanah Melayu (1957) atau kemasukan Sabah dan Sarawak ke
dalam Persekutuan Malaysia (1963), bukannya kita membentuk Bangsa
Malaysia, tetapi kita membentuk sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai
bangsa atau etnik yang mempunyai latar belakang berbeza sama ada daripada
segi ras, budaya, bahasa dan agama. Apa yang menariknya di sini ialah
perbezaan ini tidak membawa kepada konflik yang teruk atau menghancurkan
negara ini. Malahan, ia menjadi kunci penting kepada pembinaan Malaysia.
Masyarakat luar berminat dengan Malaysia dan ramai pelancong datang ke
Malaysia untuk mengenali Malaysia dan masyarakatnya dengan lebih dekat.
Kejayaan Malaysia dapat dibincangkan dalam beberapa aspek iaitu politik,
ekonomi dan sosial.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 HUBUNGAN ETNIK DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA  13

1.3.1 Politik
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan
yang berasaskan kepada prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan. Melalui sistem demokrasi, kerajaan dipilih melalui pilihan
raya yang diadakan secara berkala dalam tempoh lima tahun. Pilihan raya ini
diadakan bagi memilih parti yang mendapat majoriti untuk membentuk
kerajaan. Semenjak merdeka hingga kini, parti yang mendapat mandat daripada
rakyat untuk membentuk kerajaan ialah Barisan Nasional.

Barisan Nasional adalah parti politik gabungan yang menggabungkan tiga parti
etnik terbesar iaitu Persatuan United Malay National Organization (UMNO),
Malaysian Chinese Association (MCA) dan Malaysia Indian Congress (MIC)
yang mewakili kaum masing-masing iaitu Melayu, Cina dan India. Selain itu,
parti politik lain juga turut terlibat sehingga kini. Barisan Nasional mempunyai
14 buah parti komponen yang membentuk parti Barisan Nasional. Parti politik
yang dibentuk adalah berasaskan etnik dan juga mewakili kelompok tertentu.
Walaupun parti politik ini mewakili kaum yang berbeza, tetapi sejarah telah
menunjukkan bahawa formula ini menjadi tunjang penting kepada mengekalkan
kuasa dalam Barisan Nasional. Semenjak pilihan raya pertama pada 1955,
sebelum terbentuknya Barisan Nasional, formula ini dikenali dengan nama Parti
Perikatan telah memenangi semua 13 kali pilihan raya yang dijalankan. Kejayaan
Barisan Nasional mengekalkan kemenangan ini dengan jelas menunjukkan
Malaysia berjaya mengurus perjalanan politik dalam negara. Ini menggambarkan
rakyat Malaysia berpuas hati dengan formula yang telah diadunkan.

Selain itu, dalam Perlembagaan Persekutuan, terdapat beberapa bahagian dalam


perlembagaan yang berperanan dalam memberikan keistimewaan kepada kaum
Melayu dan Bumiputra. Ini merupakan manifestasi daripada sifat kompromi
yang ada melalui saluran politik dalam kalangan masyarakat Melayu dan bukan
Melayu semasa menuntut kemerdekaan negara ini. Perlembagaan Persekutuan
merupakan perkara asas dalam memastikan setiap etnik dalam negara ini
mempraktikkan konsep perkongsian sebagaimana termaktub dalam Kontrak
Sosial.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 HUBUNGAN ETNIK DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Walaupun hubungan antara etnik yang wujud adalah dalam bentuk perkauman,
tetapi atas kesedaran, semangat toleransi dan kebersamaan yang tinggi
membolehkan setiap kaum dalam negara ini bertolak ansur dan duduk semeja
untuk menyelesaikan permasalahan asas dalam kalangan pelbagai etnik. Justeru,
formula permuafakatan politik ini menjadi kunci penting kepada kejayaan
Malaysia. Sejak akhir-akhir ini, formula ini juga menjadi kunci penting kepada
parti pembangkang yang dulunya dikenali sebagai Barisan Alternatif dan kini
dikenali dengan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada tiga komponen parti
terbesar iaitu PKR, DAP dan PAS. Ketiga-tiga parti ini sanggup bergabung
walaupun mempunyai ideologi berbeza. Keberkesanan gabungan ini dapat
diperhatikan pada pilihan raya yang lepas iaitu tahun 2008 dan 2013 yang
berjaya menidakkan majoriti besar Barisan Nasional yang dimiliki sebelum ini.
Justeru, senario politik Malaysia ini akan berterusan sebegini. Menurut Shamsul
Amri Baharuddin (2012), rakyat Malaysia lebih suka bertikam lidah dan bukan
mengasah parang; dan lebih senang bercakap tentang konflik tetapi masih jalan
seiringan untuk berpadu (talk conflict, walk cohesion). Apa yang lebih penting di
akhir persimpangan, rakyat Malaysia akan memilih kerjasama dan keharmonian.

1.3.2 Ekonomi
Selepas merdeka, kedudukan pelbagai kaum di Malaysia mempunyai jurang
sosioekonomi yang cukup besar khasnya dalam kalangan orang Melayu dan
orang bukan Melayu. Ini kerana dasar British yang lebih berminat mengekalkan
sistem tradisi ekonomi orang Melayu berbanding memberikan peluang kepada
mereka terlibat dalam sektor ekonomi moden. Masyarakat pada masa penjajahan
dipisahkan kepada sistem ekonomi mereka iaitu orang Cina bekerja di sektor
perlombongan, orang India bekerja di sektor perladangan seperti getah dan
orang Melayu kekal dengan sektor tradisi mereka iaitu sistem tradisional seperti
bertani, perikanan dan perhutanan yang membawa pulangan pendapatan yang
kurang. Jika diperhatikan, di negara maju seperti Britain, kebergantungan
kepada ekonomi tradisi tidak sampai sepuluh peratus. Ini kerana ekonomi
sebegini tidak membantu dalam meningkatkan ekonomi negara. Negara maju
kini bergantung kepada aktiviti perindustrian dalam membangunkan negara
mereka.

Senario pemisahan bidang pekerjaan telah membahagikan masyarakat


secara berpola berasaskan kawasan. Misalnya, orang Cina ramai di kawasan
perlombongan, orang India di kawasan estet dan orang Melayu di kawasan desa
atau kampung. Justeru, pertembungan antara etnik berlaku dalam kadar yang
sangat rendah. Pada masa ini, pemisahan atau segregasi masyarakat berlaku
dengan ketara. Selepas kita merdeka, perkara ini perlu diberikan perhatian

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 HUBUNGAN ETNIK DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA  15

disebabkan orang Melayu masih jauh ketinggalan berbanding dengan kaum lain
dalam aspek ekonomi. Pengalaman Malaysia telah membuktikan jika ekonomi
tidak diuruskan dengan baik, konflik etnik akan mudah terjadi. Hal ini terbukti
melalui peristiwa Kampung Medan pada tahun 2001 antara orang Melayu dan
India. Begitu juga, peristiwa 13 Mei 1969 iaitu lebih kurang 12 tahun selepas
merdeka juga boleh dikaitkan dengan lompang ekonomi besar antara orang
Melayu dengan orang Cina. Wujud prasangka dan prejudis antara kedua-dua
etnik hingga diterjemahkan melalui tindakan.

Selepas peristiwa 13 Mei, pelbagai usaha telah digarapkan oleh kerajaan sama
ada melalui sosioekonomi bertujuan merapatkan hubungan antara kaum.
Misalnya, penubuhan konsep Rukun Negara yang diambil ideanya daripada
konsep Pancasila Indonesia dan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
bertujuan khusus untuk membantu ekonomi orang Melayu. Secara teorinya, jika
orang Melayu dibantu, maka orang bukan Melayu juga akan turut mendapat
manfaat. Pada akhir bantuan di bawah DEB akan mewujudkan kestabilan dan
keharmonian antara kaum. DEB merupakan dasar afirmatif yang diwujudkan
atas dasar cuba untuk membantu sesebuah masyarakat dalam sesebuah negara.

Dalam konteks ini, masyarakat Melayu ialah masyarakat yang perlu dibantu.
Selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada thun 1957, masyarakat Melayu jauh
ketinggalan berbanding kaum lain daripada segi ekonomi disebabkan dasar
isolasi British yang mendiskriminasikan penglibatan orang Melayu dalam sektor
ekonomi moden. DEB mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu untuk
membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Pelaksanaan DEB
mengambil masa lebih kurang 20 tahun, iaitu bermula tahun 1971 dan berakhir
pada tahun 1990 bermula dari Rancangan Malaysia Kedua hingga Rancangan
Malaysia Kelima. Secara umumnya, DEB telah berjaya mengurangkan jarak
sosioekonomi antara masyarakat Melayu dan masyarakat bukan Melayu. Usaha
membasmi kemiskinan sedikit sebanyak menunjukkan keberkesanannya,
khasnya di kawasan luar bandar apabila ramai orang Melayu telah menunjukkan
peningkatan dalam taraf ekonomi masyarakat. Lebih banyak peluang pekerjaan
disediakan dan penyusunan masyarakat di kawasan bandar dilakukan dengan
jayanya. Ramai orang Melayu berhijrah untuk mencari kehidupan yang lebih
baik dan berpindah ke bandar. Ini mewujudkan keseimbangan antara etnik di
kawasan bandar dan bandar raya, antara orang Melayu dan bukan Melayu.
Misalnya, Kuala Lumpur yang terdiri daripada ramai orang Cina telah seimbang
daripada segi pembahagian etnik selepas pelaksanaan DEB. Selepas tamatnya
DEB 1990, pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar
Wawasan Negara (DWN) masih mengekalkan matlamat utama DEB. Begitu juga,
dasar yang diwujudkan dengan diakhiri matlamat untuk perpaduan nasional.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 HUBUNGAN ETNIK DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

1.3.3 Sosial
Konsep sosial merupakan satu konsep yang luas yang terkandung di dalamnya
elemen kemanusiaan dan kemasyarakatan. Salah satu aspek yang penting dalam
sosial adalah budaya. Budaya merupakan satu cara hidup. Justeru, apabila kita
memperkatakan tentang budaya etnik di Malaysia, kita melihat satu budaya
yang rencam. Budaya masyarakat di Malaysia adalah unik, walaupun asimilasi
itu tidak berlaku tetapi dalam beberapa perkara berlaku proses akulturasi dan
asimilasi. Misalnya, dalam aspek pakaian, makanan, hiburan dan sebagainya.
Hanya dalam aspek agama sahaja terdapat penolakan yang jelas. Keadaan
sebegini dirujuk oleh Mansor Mohd Noor sebagai segmented assimilation dan
bukannya asimilasi sepenuhnya (total assimilation).

Asimilasi berlaku dalam kadar yang terhad dan waktu tertentu. Ini antara
perkara unik yang ada dalam masyarakat di Malaysia. Setiap etnik itu
menyumbang kepada berlakunya asimilasi. Orang Cina makan nasi lemak orang
Melayu. Orang Melayu menerima masakan orang Cina. Begitu juga perempuan
Cina yang memakai baju kurung dari budaya Melayu. Terdapat juga orang India
atau Melayu memakai baju Ceongsam pada majlis tertentu, terutama semasa
sambutan perayaan masyarakat Cina. Dalam aspek perekonomian juga berlaku
hubungan antara etnik. Orang Melayu selesa menghantar kereta mereka untuk
dibaiki ke bengkel orang Cina yang dikatakan mahir pasal kereta dan murah.
Jelaslah kepada kita, dalam masyarakat di Malaysia, wujud satu sifat saling
terima menerima dan hormat-menghormati. Amalan ini merupakan kunci
kepada kejayaan kehidupan masyarakat di Malaysia.

Antara aspek yang tidak berlaku secara asimilasi adalah dalam bidang agama.
Kaum Melayu dikaitkan dengan agama Islam, walaupun hakikatnya bukan
semua orang Islam Melayu. Perkara tiga Perlembagaan Persekutuan meletakkan
agama Islam sebagai agama rasmi pada peringkat persekutuan. Definisi Melayu
melalui perkara 152, Perlembagaan Persekutuan juga meletakkan selain daripada
berbahasa Melayu dan berbudaya Melayu, seseorang Melayu adalah mesti
beragama Islam. Justeru, definisi ini telah meletakkan Melayu sebagai satu kaum
tertentu dan mempunyai ciri-ciri tertentu. Boleh dikatakan etnik Melayu sebagai
pengamal agama Islam yang kuat. Masyarakat Cina pula dikaitkan dengan
agama Buddha dan India dikaitkan dengan agama Hindu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 HUBUNGAN ETNIK DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA  17

Perbezaan agama ini sering kali dilihat sebagai pencetus konflik dalam
masyarakat kerana agama boleh membawa kepada konflik jika tidak diuruskan
dengan baik. Namun begitu, ini yang unik di Malaysia kerana kita meraikan
perbezaan agama walaupun agama Islam ialah agama rasmi Malaysia. Kita
juga mengiktiraf kewujudan agama lain dan bebas diamalkan pada peringkat
persekutuan. Keselesaan untuk mengamalkan agama dengan bebas dalam
kalangan pelbagai etnik menjadi kunci kepada kesejahteraan dan keharmonian
masyarakat pelbagai agama di Malaysia.

Begitu juga dalam aspek bahasa, di Malaysia walaupun bahasa Melayu dan
kemudian dikenali dengan bahasa Malaysia untuk menggambarkan bahasa ini
kepunyaan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia, bahasa lain pula dibenarkan
untuk digunakan pada peringkat persekutuan tanpa ada sekatan. Menjadi
perkara biasa di Malaysia iaitu masyarakat yang bukan berbangsa Melayu boleh
bertutur bahasa Malaysia dengan baik. Bahasa Melayu merupakan kunci kepada
keharmonian kaum di Malaysia. Ini merupakan perkara yang unik dan
menambah warna-warni Malaysia.

Begitu juga, pendidikan iaitu kita mengekalkan sistem pendidikan vernakular.


Sistem pendidikan vernakular merupakan sistem pendidikan yang mengekalkan
bahasa ibunda masing-masing. Dengan itu, wujudlah sekolah pelbagai aliran di
Malaysia seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil (SJKT) masing-masing untuk orang Cina dan India. Selain
itu, terdapat juga sekolah aliran perdana seperti Sekolah Kebangsaan yang
disediakan oleh pihak pemerintah yang merupakan sekolah untuk semua etnik.
Kewujudan pelbagai aliran sekolah tidak menjadi masalah kerana dapat
menggembirakan semua pihak sama ada orang Melayu, Cina atau India.
Malahan menjadi kebiasaan dalam kalangan orang Cina dan India menghantar
anak mereka belajar di SJKC kerana anak mereka dikatakan dapat menguasai
matematik dengan lebih baik di samping menguasai bahasa Mandarin. Sistem
sekolah pelbagai aliran ini merupakan warisan yang ditinggalkan penjajah dan
menjadi sistem yang diterima untuk mengekalkan identiti etnik. Di Malaysia,
biarpun pelbagai etnik itu wujud dan disuburkan, tetapi mereka mampu
menyumbang untuk pembangunan negara ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 HUBUNGAN ETNIK DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Justeru, perbincangan di sini bukan aspek perbezaan yang diutamakan di


Malaysia, tetapi keupayaan Malaysia menguruskan sentimen dan unsur negatif
menjadi kunci penting kepada keharmonian kaum dalam negara ini. Interaksi
yang kerap dan tinggi antara pelbagai etnik dalam kehidupan akan dapat
memupuk perasaan saling hormat-menghormati sesama mereka. Perasaan ini
penting kerana ia menjadi kunci kepada keharmonian Malaysia. Rajah 1.5
menunjukkan rahsia kejayaan kesepaduan sosial di Malaysia.

Rajah 1.5: Rahsia kejayaan kesepaduan sosial di Malaysia

AKTIVITI 1.3
1. Bincangkan faktor kejayaan Malaysia menguruskan
masyarakatnya.

2. Pada pandangan anda, bagaimanakah hubungan etnik yang


harmoni dapat dipupuk melalui pelbagai aktiviti? Bincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 HUBUNGAN ETNIK DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA  19

1.4 KESIMPULAN
Masyarakat Malaysia ialah negara yang boleh dikatakan berjaya menguruskan
kepelbagaian etniknya. Walaupun bukan sebuah negara bangsa yang diidamkan,
tetapi kita berjaya menguruskan negara dengan baik. Misalnya, Malaysia berjaya
menduduki antara kedudukan yang baik dalam ranking Global Peace Index
(Indeks Keamanan Global) pada tahun 2011 iaitu pada kedudukan ke-19 di
belakang negara maju yang lain walaupun mempunyai masyarakat yang
rencam. Pada tahun 2013, walaupun kita jatuh kepada kedudukan ke-29 di dunia
dari segi Indeks Keamanan Global, tetapi masih boleh dikatakan antara negara
yang aman. Justeru, pelbagai adat dan budaya yang wujud dalam sesebuah
masyarakat bukan merupakan alasan untuk tidak berjaya. Malah, Malaysia telah
membuktikan kita berjaya menguruskan negara dengan baik. Kunci kepada
kejayaan Malaysia dalam perkara ini adalah implementasi dalam aspek
perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity) dan kesepaduan dalam
kepelbagaian (cohesion in diversity).

Walaupun Malaysia tidak mencapai perpaduan yang sebenar, tetapi kita telah
membina kesepaduan dalam masyarakat Malaysia. Walaupun masyarakat
Malaysia dibentuk oleh perbezaan, pertentangan dan berkontradiksi, tetapi
setiap etnik itu mementingkan kerjasama hingga melahirkan konsep seperti
Malaysia Truly Asia. Kunci kepada kejayaan Malaysia menguruskan masyarakat
ialah kesepaduan sosial yang terbina dalam masyarakatnya. Malaysia adalah
rencam tetapi masyarakatnya berakomodasi. Kejayaan kita menguruskan
masyarakat membawa kepada kejayaan Malaysia dalam pelbagai aspek
kehidupan masyarakat.

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Jelaskan kaitan antara pembinaan negara bangsa dengan


pembentukan masyarakat di Malaysia.

2. Nyatakan proses pembinaan negara bangsa di Malaysia.

3. Bincangkan tentang asimilasi bersegmen (segmented assimilation)


di Malaysia.

4. Pada pandangan anda, adakah Malaysia telah berjaya


menguruskan masyarakatnya. Huraikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 1 HUBUNGAN ETNIK DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

 Apabila kita merdeka pada tahun 1957, negara yang terbentuk ialah bukan
negara bangsa, tetapi hanya sebuah negara. Begitu juga apabila kemasukan
Sabah dan Sarawak dalam gagasan Malaysia yang terbentuk ialah negara
Malaysia dan bukannya Bangsa Malaysia. Pembentukan satu-satu bangsa
mengambil jangka masa yang panjang.

 Malaysia merupakan sebuah negara yang digolongkan sebagai negara yang


merdeka melalui kuasa penjajah. Penjajahan British di Tanah Melayu dan
kemudian terbentuknya Malaysia menggambarkan bagaimana kuasa penjajah
telah membentuk landskap Malaysia. Apabila kita memerintah negara ini,
satu aspek yang amat dititikberatkan ialah hubungan antara etnik.

 Terdapat tiga konsep besar dalam membincangkan fenomena negara bangsa


dan hubungan etnik, iaitu konsep ethno nations, civic nations dan ethno civic
nations. Malaysia merupakan sebuah negara yang menerima kedua-dua
elemen iaitu elemen etnik dan sivik. Justeru, Malaysia merupakan sebuah
negara ethno civic nations.

 Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2012), terdapat tiga era dalam


pembinaan negara bangsa di Malaysia iaitu era konflik (1945ă1960), era stabil
tapi tegang (1961ă1970) dan era kesepaduan sosial (1971ă2011).

 Malaysia terbukti berjaya menguruskan masyarakatnya dengan baik.


Walaupun berlaku ketidakpuasan hati dalam aspek tertentu tetapi lebih
kepada pengukuhan hubungan etnik di Malaysia dan tidak menjurus kepada
konflik etnik yang berpanjangan.

Civic nations Era stabil tapi tegang


Communities Liaison Committee (CLC) Ethno civic nations
Era kesepaduan sosial Ethno nations
Era konflik Negara bangsa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 HUBUNGAN ETNIK DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA  21

Abdul Rahman Embong. (2001). Negara bangsa: Proses dan perbahasan. Bangi,
Malaysia: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Abdul Rahman Embong. (2006). Negara bangsa: Proses dan perbahasan. Ed.ke-2.
Bangi, Malaysia: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Godwin R. K., & Wahlke, J. C. (1997). Introduction to political science. San Diego,
CA: Hartcourt Brace college publishers.

MahayuddinYahaya. (1998). Tamadun Islam. Shah Alam, Malaysia: Fajar Bakti.

ShamsulAmri. (2012). Kesepaduan dalam kepelbagaian. Dicapai dari


http://www.academia.edu/1955448/Kesepaduan_dalam_Kepelbagaian_Per
paduan_di_Malaysiasebagai_work-in-progress

Zaid Ahmad et al. (2010). Hubungan etnik di Malaysia. Ed.ke-2. Shah Alam,
Malaysia: Oxford Fajar.

Zulhilmi Paidi, & Rohani Abdul Ghani. (2003). Kenegaraan Malaysia: Isu-isu
dalam pembinaan negara. PTS Publication.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Konsep Asas
2 Hubungan
Etnik
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep asas hubungan etnik;
2. Menghuraikan fenomena hubungan etnik pada peringkat
tempatan dan global berdasarkan konsep asas dan teori; dan
3. Menganalisis teori berkaitan dengan hubungan etnik dan
implementasinya.

 PENGENALAN
Memahami konsep asas adalah penting untuk mengaitkan kursus ini dengan
realiti masyarakat di Malaysia. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan supaya
masyarakat berada dalam keadaan bersatu padu dan mempunyai tahap toleransi
yang tinggi. Topik ini cuba mendekati dan memberikan kefahaman kepada para
pelajar tentang konsep asas yang penting untuk memahami dan mengaitkan
konsep dan teori dengan hubungan etnik khasnya di Malaysia. Konsep asas
tersebut akan dibincangkan dengan khusus di bawah tiga bahagian yang utama
iaitu manusia, masyarakat dan budaya. Ini kerana dalam ketiga-tiga entiti ini,
terdapatnya proses sosialisasi yang menjadikan siapa kita pada hari ini.

Antara perkara yang penting adalah budaya. Budaya merupakan elemen penting
yang membentuk kita pada hari ini. Budaya juga mengkategorikan kita sebagai
Melayu, Cina, India atau lain-lain etnik. Pembentukan etnisiti ini bermula
dengan adanya proses sosialisasi. Hubung kait antara ketiga-tiga entiti ini dapat
dilihat dalam Rajah 2.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK  23

Rajah 2.1: Manusia, masyarakat dan budaya

Sudah menjadi lumrah bahawa kehidupan manusia melalui proses interaksi dan
hubungan sesama mereka. Kemudian, barulah berlaku pembentukan masyarakat
dan komuniti. Justeru, manusia diikat dengan interaksi. Proses berinteraksi ini
berlaku dan membentuk masyarakat. Cuma di sini persoalan yang ingin
dikemukakan ialah bentuk masyarakat yang telah terbentuk. Justeru, topik ini
akan berusaha mendekati konsep penting melibatkan manusia, budaya dan
masyarakat serta perkara yang berlaku di dalamnya seperti ras dan etnik,
masyarakat majmuk, konsep stereotaip, prasangka dan diskriminasi. Selain itu,
bahagian teori juga akan menyentuh teori utama yang mendasari pengajian
kursus Hubungan Etnik dan berkait rapat dengan teori integrasi.

2.1 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK


Sebelum meninjau hubungan etnik dengan lebih mendalam di Malaysia,
beberapa konsep yang berkaitan dengannya perlulah dijelaskan terlebih dahulu.
Pelbagai konsep yang digunakan sudah tentu mempunyai makna yang berbeza-
beza. Antaranya adalah majoriti, minoriti, stereotaip, prasangka, perkauman,
etnosentrisme, diskriminasi dan konflik. Bab ini juga akan menerangkan tiga
komponen utama konsep asas dalam hubungan etnik iaitu komponen konsep
masyarakat, budaya dan perpaduan. Komponen konsep masyarakat ini
melibatkan banyak konsep yang perlu difahami seperti konsep masyarakat,
etnik, entiti, ras, rasisme, prejudis, stereotaip dan diskriminasi.

2.1.1 Konsep Ras dan Rasisme


Konsep yang pertama apabila bercakap tentang etnik ialah konsep ras. Justeru,
apakah yang anda faham tentang ras? Dalam konteks negara kita, konsep ras ini
sering kali diguna bersama etnik, walaupun konsep etnik dan ras mempunyai
perbezaan yang nyata. Menurut Ting Chew Peh (1987), kumpulan ras adalah
sekelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi fizikal seperti warna

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

kulit, bentuk badan, kepala, hidung, telinga, bibir, mata, rambut dan sebagainya.
Ciri-ciri fizikal ialah perkara yang paling asas yang diguna pakai untuk
menggambarkan pengelompokan etnik seseorang yang disebut sebagai ras.
Menurut Chew Hock Thye (1975), konsep ras berkaitan dengan traits dan sifat
semula jadi seperti bentuk badan, warna rambut, bentuk kepala, warna kulit dan
warna mata. Justeru, istilah ras meletakkan manusia dalam keadaan yang
berbeza. Istilah ras merujuk pada membezakan seseorang penduduk manusia
(atau bukan manusia) dengan kategori yang lazim digunakan bagi membezakan
penduduk manusia dengan sifat nyata (terutamanya warna kulit dan bentuk
muka) baka dan pengenalan diri.

Dalam konteks ini, kita melihat konsep ras sebagai indikator penting yang
membezakan kelompok manusia daripada kelompok manusia yang lain. Justeru,
konsep ini telah mewujud istilah baka keturunan. Para sarjana berpendapat baka
keturunan ini dipengaruhi oleh keturunan nenek moyang kita yang dibahagikan
kepada empat kelompok besar iaitu Caucasoid, Mongoloid, Negroloid dan
Austroloid. Konsep keturunan ini merujuk pada baka dan keturunan seseorang.
Maka, konsep ini menjadi asas kuat konsep etnik.

Konsep ras juga melahirkan konsep lain yang penting dan agak bersifat negatif
iaitu rasisme. Perkataan rasisme telah wujud bukan sahaja dalam Bahasa
Inggeris malahan juga Bahasa Perancis semenjak tahun 1930an lagi. Perkataan ini
menimbulkan konotasi yang membawa pada wujudnya pertelingkahan etnik
antara individu dan kelompok yang berasaskan pada tanggapan „ras‰. Rasisme
lazimnya termasuk kepercayaan bahawa manusia daripada kelompok ras yang
berbeza juga mempunyai kebolehan semula jadi seperti darjah intelek,
kepakaran fizikal atau akhlak yang berbeza. Kebanyakan mereka yang
menggunakan konsep kategori ras percaya bahawa kelompok ras boleh disusun
berdasarkan hierarki yang berbeza antara mereka. Umumnya, konsep ras ini
merujuk pada pelbagai sistem kepercayaan yang mengatakan manusia boleh
dibahagikan pada kelompok tertentu atas dasar sifat fizikal dan pembahagian ini
akan menentukan atau mempengaruhi pencapaian individu tersebut. Dalam
sesetengah keadaan, ia akan menentukan nilai individu atau seseorang manusia
berkenaan. Maka, wujud perasaan superior dalam diri seseorang berbanding
dengan seorang yang lain atau antara kelompok dengan kelompok yang lain.

Justeru, konsep ras dan rasisme ialah konsep yang mempunyai perkaitan yang
rapat. Dalam konteks negara kita, penggunaan konsep ras adalah pada kadar
yang rendah. Masyarakat lebih selesa menggunakan konsep kaum atau etnik
untuk merujuk pada ras tertentu. Seharusnya masyarakat memahami bahawa ras
juga boleh digunakan untuk merujuk pada ras Melayu, Cina dan India.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK  25

AKTIVITI 2.1
1. Bincangkan bagaimana konsep ras memainkan peranan yang
penting dalam pembentukan negara bangsa.

2. Mengapa sesetengah ras merasakan ras mereka adalah yang


terbaik, sementara ras lain sebaliknya?

2.1.2 Konsep Etnik


Sesuai dengan pembelajaran kursus ini, maka penting untuk kita memahami
konsep etnik. Saya faham anda semua memahami apa yang dimaksudkan
dengan konsep etnik. Etnik adalah antara istilah yang banyak digunakan dalam
masyarakat kita selain istilah kaum. Etnik khususnya ialah konsep yang
digunakan untuk merujuk pada kelompok manusia yang mempunyai ciri-ciri
distingtif tertentu, misalnya agama, bahasa, budaya atau asal usul kebangsaan.
Menurut Ting Chew Peh (1987), istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani
yang dipanggil ethnos bermaksud orang iaitu sekumpulan manusia atau bangsa.
Apa yang dimaksudkan dalam konsep ini ialah kumpulan etnik ditafsirkan
secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Justeru, konsep etnik ini secara
umum merujuk pada sekumpulan manusia yang mengamalkan budaya yang
hampir sama merangkumi adat resam, pakaian, bahasa, agama, aktiviti ekonomi
dan sebagainya.

Jika diperhatikan, konsep ras ini mempunyai perkaitan dengan konsep ras yang
dibincangkan sebelum ini. Selain konsep ras dan etnik dalam masyarakat, kita
juga popular dengan penggunaan bangsa. Bangsa, jika dirujuk ialah entiti yang
besar yang boleh mewakili sesebuah negara. Dalam konteks kita, apabila
merujuk bangsa, kita akan melihat pada perkara yang lebih besar iaitu negara
Malaysia dengan kata lain Bangsa Malaysia. Walaupun Bangsa Malaysia ialah
konsep yang abstrak, tetapi itu ialah hakikat. Etnik atau kaum, bermaksud etnik
atau sub etnik tertentu misalnya orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau,
Bajau, Iban dan sebagainya. Ia merujuk pada etnik tertentu. Jelaslah, konsep
etnik ini berkait rapat dengan ras dan bangsa di mana ras dan bangsa
memberikan penekanan pada perbezaan fizikal antara manusia berbanding
aspek budaya dan kebudayaan.

Sementara itu, konsep bangsa merupakan konsep yang sering digunakan dalam
masyarakat kita dan membawa konotasi pada diri seseorang yang mempunyai
hubungan dan pertalian darah yang sama. Justeru, konsep ini juga merangkumi
bangsa tertentu dalam masyarakat di Malaysia seperti bangsa Melayu, Cina atau
India. Jika, kita menggambarkan kedudukan bangsa pada kedudukan yang lebih
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
26  TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

tinggi, kita sebenarnya menggambarkan negara seperti Bangsa Malaysia. Konsep


Negara Bangsa adalah merujuk pada kerjasama dan perkongsian politik,
kerjasama dan perkongsian ekonomi, keadilan sosial, sistem pendidikan dan
bahasa kebangsaan, kebudayaan kebangsaan dan pembangunan kerohanian
yang berteraskan nilai agama, etika dan moral yang telah dilaksanakan. Segala
usaha ini adalah bagi menjaga keharmonian hidup bersama dan membentuk
negara bangsa Malaysia yang aman dalam sistem politik, ekonomi dan sosial.
Justeru, konsep negara bangsa adalah merujuk pada keadaan tertinggi yang
boleh berlaku dalam sesebuah negara apabila melibatkan etnik tertentu dan
mungkin melibatkan lebih daripada satu etnik dalam proses pembinaan negara
bangsa.

Bertitik tolak daripada konsep etnik ini, lahirlah istilah etnisiti yang merujuk
lebih pada konsep ras itu sendiri. Konsep etnisiti ialah konsep baru yang
dimodifikasi daripada kosep ras itu sendiri. Etnisiti merujuk pada rasa kekitaan
seseorang terhadap kumpulan etnik tertentu. Misalnya, seorang Melayu
berbangsa Jawa akan lebih selesa berada dalam kelompok Melayu Jawa
disebabkan mereka berkongsi banyak benda yang sama seperti budaya, sejarah
hidup, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Justeru, dalam etnik dan etnisiti
terdapatnya ras dan sub ras tertentu yang mempengaruhi pembentukan mereka.
Dengan lahirnya konsep etnik, maka wujud konsep hubungan etnik atau
dipanggil hubungan ras. Hubungan etnik ialah konsep yang merujuk pada
hubungan yang wujud antara manusia yang berbeza dari segi ras dan keturunan.
Hubungan ini penting apabila mereka yang berhubungan itu sedar tentang
perbezaan tersebut. Hubungan ini akan menentukan konsep tentang diri mereka
dan juga kedudukan masing-masing dalam masyarakat.

Konsep hubungan etnik ini penting dan menjadi isu besar di beberapa buah
negara dalam masyarakat yang majmuk atau plural. Dalam konteks Malaysia,
kita ialah masyarakat majmuk, tetapi Amerika ialah lebih majmuk berbanding
Malaysia. Justeru, hubungan etnik ini bukan fenomena Malaysia semata-mata,
tetapi fenomena global. Dalam banyak situasi, kepelbagaian ini membawa
masalah dan banyak berakhir dengan konflik seperti Bosnia, Selatan Thailand
dan sebagainya. Selepas peristiwa 11 September, keadaan menjadi semakin sukar
dan boleh mewujudkan ketegangan, misalnya apabila melibatkan agama.
Persepsi terhadap orang Islam meletakkan mereka terutamanya di Timur Tengah
dalam keadaan ketakutan dan keadaan ini dipanggil Islamophobia. Ketakutan
kepada bangsa Arab yang dianggap sebagai pengganas dan nama-nama dalam
Islam yang juga dikaitkan dengan keganasan memberikan konotasi bahawa
masyarakat dunia perlu memahami hubungan etnik.

W. G. Sumner mengembangkan lagi konsep ini apabila wujudnya konsep


etnosentrisme dalam masyarakat. Etnosentrisme ialah konsep yang merujuk
pada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam seseorang individu dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK  27

masyarakat yang diwakili oleh individu tersebut. Mereka merasakan budaya


atau ras mereka jauh lebih hebat berbanding kelompok manusia yang lain.
Konsep ini melihat etnik mereka hanya dari kaca mata etnik mereka sendiri.
Misalnya, bangsa Yahudi merasakan bangsa mereka ialah pilihan Tuhan dan
hanya mereka layak masuk syurga sehingga mereka merasakan darah manusia
lain halal untuk dibunuh. Keadaan ini menggambarkan ketaksuban pada etnik
tertentu hingga menghalalkan darah etnik lain. Ini bertentangan dengan firman
Allah s.w.t dalam al-Quran, surah Hujurat ayat 3 yang bermaksud, „Hai
manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan
seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku
supaya kamu saling kenal-mengenali⁄‰. Justeru, dalam konteks hubungan
etnik, sebagai orang Islam, sudah termaktub dalam al-Quran tentang kita perlu
berkasih sayang sesama manusia bukannya bermusuhan.

2.1.3 Konsep Budaya


Kamus Dewan (2005) pula mendefinisikan „budaya‰ sebagai kemajuan fikiran,
akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Budaya merupakan salah
satu komponen yang penting dalam membicarakan tentang hubungan etnik.
Tahukah anda kenapa budaya penting? Selain kita mengkategorikan manusia
berasaskan ras dan etnik, manusia juga dapat dikategorikan berasaskan budaya
yang diamalkan.

Umumnya, budaya ialah perkara yang sering dilakukan oleh seseorang. Perkara
tersebut jika diulang-ulang akan menjadi budaya. Budaya dapat ditafsirkan
dalam bentuk perbuatan dan tingkah laku yang dibawa oleh kita. Misalnya,
budaya orang Cina ialah berniaga. Agak pelik jika seorang etnik Cina bekerja
sebagai pengawal keselamatan. Ini kerana budaya yang telah dibentuk secara
turun temurun dalam minda masyarakat Cina ialah tentang konsep rajin bekerja
sendiri, tanpa makan gaji dengan orang lain.

Budaya ialah struktur yang membentuk cara hidup manusia merangkumi cara
bertindak, berkelakuan dan berfikir. Budaya yang dipraktikkan secara individu
akan menjadi budaya individu berkenaan. Tetapi, jika budaya dipraktikkan
dalam kapasiti yang lebih besar, ia akan menjadi kebudayaan. Kebudayaan ini
akan menentukan etnik kita.

Ciri penting budaya ini ialah memberikan identiti bagi kumpulan tertentu.
Budaya kadangkala dipengaruhi oleh latar pengalaman seseorang. Budaya juga
mempunyai kaitan dengan adat. Adat merupakan aturan tradisi yang
mempunyai sistem nilai dan ikutan. Misalnya, perkahwinan mempunyai
beberapa aturan sebelum seseorang mempelai menjalankan perkahwinan.
Sebelum berkahwin, terdapat aturan yang perlu diikuti oleh pasangan seperti

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

merisik, meminang, membuat hantaran, akad dan bersanding. Jika aturan ini
tidak diikuti, pasangan tersebut seolah-olah telah melanggar adat. Melanggar
adat umpama melanggar budaya. Justeru, budaya ini memainkan peranan
penting dalam membentuk identiti masyarakat di sesuatu tempat.

Menurut Edward Taylor (1871), budaya bersifat menyeluruh dan kompleks serta
mengandungi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, undang-undang, akhlak,
adat resam dan lain-lain keupayaan serta kebiasaan yang diperolehi oleh
manusia sebagai anggota masyarakat. Justeru, budaya khususnya ialah sistem
kepercayaan, nilai, adat resam, tingkah laku dan artifak yang dikongsi bersama
oleh anggota masyarakat dan digunakan untuk urusan sesama mereka dalam
menghadapi hidup di dunia. Budaya boleh diperturunkan dari satu generasi ke
satu generasi yang lain melalui pembelajaran dan adaptasi. Oleh itu, apakah
yang mempengaruhi pembentukan budaya?

Pembentukan budaya dipengaruhi oleh proses sosialisasi. Sosialisasi ialah proses


penerapan adat dan budaya yang berlaku pada diri seseorang. Mungkin proses
ini mengambil jangka masa yang lama untuk diri seseorang menyerap budaya
tersebut. Justeru, tidak hairanlah proses penerapan budaya matang pada diri
seseorang berlaku dalam jangka masa yang lama mungkin mengambil masa
belasan tahun atau puluhan tahun. Apa yang menjadi persoalan ialah sama ada
budaya boleh dipelajari. Jawapannya ialah ya. Antara ciri-ciri budaya ini adalah
seperti berikut:

(a) Diperturunkan dari generasi ke generasi;

(b) Dikongsi bersama (shared);

(c) Dipelajari (learned);

(d) Menggambarkan nilai dan identiti kelompok;

(e) Menyediakan kerangka rujukan bagi masyarakat tertentu; dan

(f) Bersifat dinamis dan kreatif.

Jika diperhatikan ciri-ciri budaya, kita boleh memperkatakan bahawa budaya


merupakan elemen yang boleh dipelajari. Tidak mustahil kita boleh mempelajari
budaya orang lain, walaupun kita mempunyai budaya kita sendiri. Budaya
bersifat dinamik dan berubah-ubah melalui perkembangan masa dan zaman.
Justeru, budaya antara satu etnik dengan etnik yang lain mempunyai ciri-ciri
yang berbeza. Keadaan ini boleh dipengaruhi oleh keadaan persekitaran, agama
dianuti dan masyarakat majoriti sesuatu kawasan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK  29

Jika ilmu budaya tidak dipelajari, hal ini akan menimbulkan konflik. Ini kerana,
ia akan menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat tersebut. Dalam
senario yang lebih luas, perkara ini akan menyebabkan konflik yang tidak
berkesudahan. Misalnya, dalam masyarakat orang asli Nawamo di Afrika, cara
mereka menerima kita dalam masyarakat mereka adalah dengan meludah kahak
ke atas tangan mereka dan bersalaman dengan kita. Di Malaysia, perkara ini
dianggap menjijikan dan ditolak dalam masyarakat. Tetapi, bagi masyarakat
Nawamo, cara ini dianggap mulia bagi menghormati tetamu mereka.

Menurut Jenkcks (1993), terdapat empat cara penggunaan konsep kebudayaan.


Menurut beliau, kebudayaan itu dilihat melalui empat cara:

(a) Pemikiran
Kebudayaan merupakan kualiti yang dimiliki oleh seorang individu yang
berkeupayaan menerima pengetahuan dan mencapai kualiti yang harus
dimiliki oleh seorang insan yang berbudaya.

(b) Kebudayaan Tamadun


Melihat sesuatu masyarakat sebagai lebih unggul berbanding masyarakat
lain. Masyarakat yang lebih berbudaya dianggap sebagai lebih bertamadun
daripada masyarakat lain.

(c) Badan Kolektif tentang Seni dan Kerja Intelektual


Kebudayaan boleh ditemui di pentas drama, galeri seni, muzium dan
perpustakaan. Kebudayaan jenis ini juga dikenali sebagai kebudayaan
tinggi.

(d) Cara Hidup Manusia yang Menyeluruh


Menurut Linton (1945), kebudayaan sesebuah masyarakat ialah cara hidup
ahlinya, koleksi idea dan tabiat mereka belajar, berkongsi dan menurunkan
sesuatu daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain.

Kebudayaan merangkumi hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan


dan bukan kebendaan. Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat
yang lain, namun beberapa aspek yang sama didapati wujud dalam kalangan
semua masyarakat seperti bahasa, objek kebendaan, amalan agama, sistem
kekeluargaan, nilai dan kesenian. Persamaan tersebut dikatakan sebagai pola
kebudayaan sejagat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Pembentukan sesuatu budaya adalah amat penting bagi membina imej negara ke
arah mewujudkan keperibadian dan identiti. Selain itu, pembentukan
kebudayaan dapat memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan
kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Ciri-ciri sesuatu budaya adalah
seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 2.2.

Rajah 2.2: Ciri-ciri sesuatu budaya

Jika diteliti, terdapat dua peranan besar yang dimainkan oleh budaya dalam
konteks pembinaan negara bangsa iaitu membina identiti individu dan
memupuk semangat kebangsaan. Budaya dapat membina identiti sesuatu
kelompok dengan cara menguruskan kehidupan dan cara hidup. Cara hidup
sesuatu etnik boleh dibina dengan budaya yang diperturunkan dari satu
generasi kepada satu generasi dan dijaga oleh generasi berkenaan. Dalam
konteks Malaysia, budaya yang mewakili kelompok yang telah terbina itu
diperturunkan daripada nenek moyang mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK  31

Pembentukan negara Malaysia, menuntut pengorbanan dan sudah pasti


keperluan untuk membina semangat kebangsaan merupakan perkara yang
penting dan dituntut. Justeru, melalui pembentukan negara, nilai seperti
kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental akan dapat dipupuk dan perlu
dipertahankan sebagai sebuah entiti negara. Kesedaran ini penting dalam
pembinaan jati diri seseorang dalam konteks pembinaan negara bangsa.
Menurut Mohd Taib Osman (1988), budaya dikatakan sebagai himpunan
kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi
dan kemasyarakatan, serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.

Menurut A. Aziz Deraman (2001), pembentukan budaya adalah melalui manusia


itu sendiri dan perkembangan budaya dapat dikesan melalui perkembangan
masyarakat itu sendiri. Kebudayaan juga dapat dibahagikan kepada beberapa
jenis seperti dalam Rajah 2.3.

Rajah 2.3: Jenis kebudayaan

Rajah 2.3 menunjukkan jenis kebudayaan. Konsep kebudayaan tinggi (great


tradition) merujuk pada ciptaan kebudayaan yang mempunyai status yang tinggi
bagi menunjukkan tahap kreativiti manusia paling tinggi. Contohnya, lukisan
Leonardo da Vinci, karya sastera William Shakespeare dan John Milton.
Kebudayaan massa pula (mass culture) merupakan hasil masyarakat
perindustrian. Hasil kebudayaan massa ialah media massa seperti filem cetera
popular, drama lipur lara dalam televisyen dan muzik pop. Seterusnya,
subkebudayaan (subculture) ialah kumpulan manusia yang berkongsi nilai atau
norma yang sama seperti minat, masalah dan perlakuan. Hal ini memisahkan
mereka melalui cara tertentu daripada kumpulan sosial yang lain. Kebudayaan
rakyat pula merujuk pada unsur yang menjadi budaya rakyat asal sesuatu
masyarakat misalnya budaya membuka kasut apabila memasuki rumah dalam
kalangan orang Melayu. Akhir sekali, kebudayaan popular (popular culture)
ialah produk kebudayaan yang dinikmati oleh bilangan orang yang ramai seperti
yang disiarkan dalam rancangan televisyen, muzik pop dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

2.1.4 Konsep Masyarakat


Kamus Dewan (2005) mendefinisikan masyarakat sebagai sekumpulan manusia
yang hidup bersama di satu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Manakala
menurut Roucek dan Warren (1979), masyarakat merupakan „kumpulan
manusia‰ yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti
secara kolektif dan merasakan bahawa mereka hidup bersama. Ahli masyarakat
tersebut mempunyai perhubungan terus menerus dalam kalangan mereka yang
masih hidup dan kekal selama berabad-abad. Umumnya, masyarakat
merupakan sekumpulan manusia yang berkongsi budaya yang sama,
menduduki satu kawasan khas dan merasai kewujudan mereka sebagai entiti
yang bersatu padu dan berbeza dengan entiti yang lain. Masyarakat juga
merupakan kumpulan atau kelompok manusia yang mempunyai struktur
organisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif dan
mampu menyatupadukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan
antara satu sama lain, serta melahirkan satu sistem yang dinamakan sebagai
kebudayaan.

Masyarakat mempunyai institusi yang kompleks. Institusi merupakan praktis


yang mantap untuk mengawal pelbagai aktiviti sosial dan membentuk
kehidupan sosial. Institusi ini membentuk set kepercayaan yang akan dikongsi
bersama berdasarkan prosedur mantap bagi memenuhi keperluan sosial. Contoh
institusi ialah perkahwinan, kurikulum pendidikan, ritual keagamaan dan
kerajaan. Institusi tersebut memberikan kestabilan terhadap aspek yang
berlainan dalam kehidupan kita. Hal ini bermakna institusi dalam masyarakat
adalah saling berkait dan bergantung antara satu sama lain.

Rajah 2.4 menyenaraikan tahap masyarakat yang bermula dengan tahap


keluarga, komuniti, negara dan bangsa dan seterusnya masyarakat organisasi
global dan antarabangsa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK  33

Rajah 2.4: Tahap masyarakat

Penerangan bagi setiap tahap dalam Rajah 2.4 adalah seperti berikut:

(a) Keluarga
Keluarga atau rumah tangga terdiri daripada sekumpulan manusia dalam
bilangan yang kecil dan berhubung rapat antara satu sama lain. Mereka
mempunyai perasaan bertanggungjawab terhadap satu sama lain
berbanding dengan orang di luar unit itu dan menganggap diri sebagai ahli
keluarga tersebut.

(b) Komuniti
Tahap ini menunjukkan majoriti orang berhubung dengan unit sosial yang
lebih besar. Kira-kira dua abad yang lalu, manusia hidup dalam komuniti
yang kecil. Mereka mampu menyara diri dan menjalani kehidupan serba
lengkap di kampung, luar bandar dan pekan kecil. Dalam komuniti seperti
ini, ahli saling berkenalan dan bersemuka dalam kehidupan harian.
Menjelang era perindustrian, proses perindustrian dan perbandaran telah
membawa masuk ramai orang yang tidak dikenali antara satu sama lain.
Bentuk komuniti baharu ini terbentuk di bandar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

(c) Negara dan Bangsa


Pada tahap ini, masyarakat merupakan unit yang lebih besar iaitu negara
bangsa yang muncul sejak abad ke-19 dan ke-20. Kemudian, wujud pula
institusi nasional bersama-sama pembangunan negara bangsa iaitu sistem
pentadbiran kerajaan negara itu sendiri, institusi nasional lain seperti
sistem pendidikan nasional, institusi ekonomi sosial, perkhidmatan
perubatan, institusi pertahanan dan sebagainya. Individu mempunyai hak
kerakyatan, tanggungjawab sebagai warganegara dan identiti nasional
sebagai ahli atau warganegara negara bangsa.

(d) Global
Tahap global merupakan hubungan antara satu negara bangsa dengan
negara bangsa lain yang menjadi semakin penting dan berlaku dalam
proses yang dikenali sebagai globalisasi. Tahap ini dapat dicapai selaras
dengan perkembangan teknologi terutamanya dalam bidang komunikasi
yang membolehkan manusia mendapat maklumat tentang negara lain
dalam sekelip mata sahaja. Apabila sesebuah masyarakat berkembang, unit
sosial turut menjadi semakin besar. Komuniti menjadi sebahagian daripada
masyarakat nasional dan masyarakat nasional pula menjadi sebahagian
daripada masyarakat global. Oleh itu, tumpuan dan sifat hubungan etnik
boleh berubah apabila hubungan etnik wujud pada tahap yang berlainan
dalam masyarakat. Rajah 2.5 menunjukkan tahap perkembangan
masyarakat.

Rajah 2.5: Tahap perkembangan masyarakat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK  35

Masyarakat merupakan entiti penting dalam kewujudan kebudayaan. Tanpa


masyarakat, mustahil kebudayaan akan terbina. Kewujudan kebudayaan ialah
manifestasi kewujudan masyarakat. Realitinya, masyarakat mempunyai
kebolehan untuk mencipta, mengubah, menokok dan melestarikan budaya dan
berupaya menurunkan kepada generasi yang akan mewarisinya. Justeru,
terdapat dua komponen dalam menyebarkan budaya dalam masayarakat iaitu
generasi yang menurunkan budaya dan generasi yang menerima budaya.
Simbiosis ini akan membantu sesebuah masyarakat berkenaan kekal sebagai
sebuah masyarakat.

Oleh yang demikian, dapatlah kita nukilkan bahawa masyarakat dapat dilihat
sebagai kelompok manusia yang berbeza dari segi kepentingan bersama,
penyertaan dalam perhubungan yang mempunyai ciri khusus, penyertaan dalam
institusi yang dikongsi bersama dan mengamalkan budaya yang sama.
Masyarakat juga dilihat sebagai komuniti yang tinggal di sebuah negeri atau
wilayah tertentu, mempunyai adat resam, undang-undang serta organisasi yang
dikongsi bersama. Khususnya, masyarakat dapat dilihat dalam aspek berikut
dari segi cirinya seperti:

(a) Berkumpulan;

(b) Tinggal di negeri atau wilayah tertentu;

(c) Berkongsi budaya;

(d) Mengalami perubahan;

(e) Berhubungan dan bekerjasama antara satu sama lain;

(f) Mempunyai kepimpinan;

(g) Mempunyai aturan sosial (susun lapis, kelas, status dan kasta);

(h) Menganggotai institusi dan organisasi bersama; dan

(i) Mendokong undang-undang bersama.

Malaysia terdiri daripada pelbagai masyarakat seperti Melayu, Cina dan India.
Dalam konteks ini, payung besar yang memayungi negara ialah masyarakat
Malaysia. Walaupun setiap etnik mempunyai masyarakat masing-masing, tetapi
setiap etnik itu akur pada payung yang lebih besar iaitu Malaysia. Justeru, cara
bertindak dan berhubung dalam kehidupan masyarakat pelbagai etnik ialah
melalui dasar dan undang-undang yang ada di Malaysia, di samping budaya
setiap etnik itu sendiri yang mendasari pembentukan dan pembinaan Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

2.1.5 Konsep Masyarakat Majmuk dan Masyarakat


Plural
Konsep masyarakat majmuk dikemukakan oleh Furnivall (1948), yakni
masyarakat majmuk sebagaimana dilihat oleh beliau ialah masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama bahasa
dan adat resam yang tersendiri. Menurut Furnivall, masyarakat majmuk
merupakan masyarakat yang bercampur, tetapi mereka tidak bersatu. Ini adalah
berasaskan pemerhatian dalam kajian beliau di Burma dan Kepulauan Jawa,
Indonesia. Masyarakat majmuk ialah masyarakat yang terhasil oleh perpecahan
dan konflik antara kumpulan manusia yang bernaung di bawah satu sistem
politik. Walaupun mereka terdiri daripada pelbagai kaum, mereka berganding
bahu di bawah sistem politik yang sama, tetapi kehidupan mereka adalah
berasingan, interaksi sosial dalam kalangan mereka amat kurang dan hubungan
mereka amat terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas garis ras.
Campuran pelbagai kelompok manusia menjadi asas pada pembentukan
masyarakat majmuk. Menurut Furnivall, ciri-ciri masyarakat majmuk dapat
dilihat seperti dalam Rajah 2.6.

Rajah 2.6: Ciri-ciri masyarakat majmuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK  37

Justeru, masyarakat majmuk umumnya merupakan masyarakat yang terdiri


daripada pelbagai kelompok ras atau etnik yang berlainan berada di bawah satu
sistem pemerintahan. Antara ciri-ciri yang utama dalam masyarakat ini ditandai
dengan konflik, percanggahan dan paksaan. Menurut Furnivall juga, masyarakat
majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama,
bahasa dan adat resam yang tersendiri. Menurut Smith (1965) pula, yang
merujuk pada perbincangan Furnivall mengenai masyarakat majmuk,
masyarakat majmuk dilihat sebagai masyarakat yang mempunyai kepelbagaian
budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat
majmuk dikuasai oleh kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang
tersendiri, serta berpendapat bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar
konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Menurut Van Den
Berghe (1967), konsep masyarakat majmuk dirujuk sebagai berikut:

(a) Ketiadaan konsensus nilai;

(b) Kepelbagaian kebudayaan;

(c) Wujudnya konflik antara kelompok yang berlainan;

(d) Wujudnya autonomi atau kebebasan di antara bahagian dalam sistem


sosial;

(e) Peri mustahaknya paksaan dan saling bergantungan dari segi ekonomi
sebagai dasar integrasi;

(f) Dominasi politik oleh satu golongan tertentu; dan

(g) Hubungan antara kelompok lebih bercorak secondary, segmental,


utilitarian, manakala hubungan dalam kelompok lebih berbentuk primary.

Menurut Van den Berghe (1967), pluralisme mempunyai darjah atau tingkat
yang berlainan. Sesetengah masyarakat misalnya masyarakat Afrika Selatan
yang terdiri daripada empat kumpulan ras terbesar dengan kebudayaan dan
tradisi yang berbeza-beza ialah masyarakat yang lebih majmuk berbanding
dengan masyarakat Amerika yang hanya terdiri daripada dua kumpulan ras
terbesar dan berkongsi satu kebudayaan Eropah. Pluraliti baharu pula wujud
akibat daripada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta
pengangkutan. Oleh itu, anggota masyarakat dapat melampaui garisan
sempadan yang diwujudkan semasa pembentukan negara bangsa yang telah
mencapai tahap yang disebut sebagai „tanpa sempadan‰ atau borderless.
Desakan dalam bidang ekonomi membawa masuk buruh asing dalam kadar
yang tinggi sama ada secara halal atau haram dan mempluralisasikan lagi
masyarakat negara penerima.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

AKTIVITI 2.2

Bincangkan perkara berikut di dalam kelas dan bentangkan:

(a) Apakah hubung kait antara ras, etnik, bangsa dan kaum?

(b) Apakah yang anda faham tentang masyarakat majmuk dan


masyarakat plural?

(c) Bagaimanakah budaya memainkan peranan dalam pembentukan


etnik?

2.1.6 Konsep Perpaduan dan Integrasi


Perpaduan dapat diertikan sebagai proses yang menyatupadukan seluruh
masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk
identiti nilai dan perasaan cinta bersama yang membanggakan tanah air.
Menurut Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara (Februari 1992),
meletakkan perpaduan sebagai keadaan rakyat daripada pelbagai kumpulan
etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai bangsa yang bersatu
dengan memberi komitmen yang penuh pada identiti kebangsaaan berlandaskan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Merujuk pada kenyataan ini,
terdapat usaha yang dilakukan oleh pihak pemerintah untuk menjayakan
matlamat perpaduan ini berasaskan definasi yang diberikan. Antara usaha yang
dilaksanakan adalah memperkenalkan konsep Bangsa Malaysia.

Konsep Bangsa Malaysia diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan


merupakan langkah berani yang tidak pernah dilakukan oleh para pemimpin
sebelum beliau. Justeru, apakah yang dimaksudkan dengan konsep Bangsa
Malaysia ini? Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, konsep Bangsa Malaysia
merupakan masyarakat yang sejahtera dan bersatu padu antara wilayah atau
kumpulan etnik. Bangsa Malaysia ini hidup dalam keadaan harmoni dan
berkongsi dengan cara yang sebenar dan adil. Bangsa Malaysia seharusnya
bersatu dari sudut kesetiaan, politik dan kebaktian. Di sini, dapat kita katakan
Bangsa Malaysia perlu menjadi bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu
masa depan yang sama dan dikongsi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK  39

Jika kita perhatikan, konsep Bangsa Malaysia ialah konsep perpaduan yang telah
dibentuk tetapi realitinya masih jauh. Dalam definisi perpaduan yang sebenar
dan konteks masyarakat kita, perpaduan yang sebenar masih belum terjelma.
Antara ciri perpaduan yang terpenting adalah berkongsi identiti dan nilai
yang sama. Sedangkan dalam realiti kita perbezaan itulah nilai yang kita ada.
Kesimpulannya, kita belum lagi mencapai perpaduan dan situasi kini umpama
jauh panggang dari api. Sebaliknya, apa yang cuba kita lakukan ialah integrasi.

Integrasi ditakrifkan sebagai proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan


dan ciri-ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok etnik dalam negara.
Integrasi wujud dalam sesuatu masyarakat apabila ahlinya menerima ciri ahli
yang lain tanpa merujuk asal usul dan ras mereka.

Integrasi ada dua bentuk iaitu integrasi sosial dan integrasi nasional. Integrasi
sosial merupakan ilmu yang digunakan dalam ilmu sosiologi. Integrasi sosial
merupakan proses menyatupadukan pelbagai kumpulan kelompok dalam
masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghilangkan perbezaan dan
identiti masing-masing.

Sementara itu, integrasi nasional merupakan proses yang mewujudkan satu


identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan,
sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Menurut Ahmad Haji Kambar
(1987), integrasi ialah proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam
kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam
sesebuah unit politik. Merujuk pada Jawatankuasa Integrasi Nasional (Jun 1991),
integrasi nasional didefinikan sebagai proses dinamik untuk merapatkan
masyarakat negeri dalam Malaysia, khususnya antara negeri di Semenanjung
dengan negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk Bangsa Malaysia yang
mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan
Rukun Negara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Justeru, unsur integrasi yang dibincangkan dapat dipisahkan sebagaimana


dalam Rajah 2.7:

Rajah 2.7: Unsur integrasi

Terdapat pelbagai usaha dilaksanakan di peringkat kerajaan untuk menjayakan


integrasi dalam kalangan pelbagai etnik di Malaysia. Sejauh manakah kejayaan
program ini?

2.1.7 Tahap Integrasi


Bagaimanakah kita mengukur tahap integrasi? Tahap integrasi boleh diukur
melalui pemerhatian yang dilakukan oleh seseorang terhadap masyarakatnya.
Dalam konteks Malaysia, kita boleh perhatikan masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai etnik yang ada di Malaysia. Maka, lahirlah konsep yang diguna pakai

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK  41

oleh para sarjana untuk memahami tahap integrasi dalam masyarakat yang
bermula dengan segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan akhir sekali
amalgamasi. Penerangan tentang tahap integrasi dapat dijelaskan dengan lebih
terperinci seperti berikut:

(a) Konsep Segregasi


Segregasi merupakan proses sosial yang menyebabkan pemisahan atau
pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain
dalam sesebuah negara. Hal ini menyebabkan interaksi yang sedikit atau
tiada interaksi antara mereka. Segregasi biasanya berlaku atas dasar ras,
agama, kebudayaan dan lain-lain ciri etnik.

Selain itu, segregasi juga dapat dibahagikan pada dua jenis iaitu segregasi
rela dan segregasi tidak rela. Segregasi rela ialah keadaan melibatkan
golongan manusia yang memencilkan diri dengan tujuan menentang
asimilasi. Segregasi tidak rela pula timbul kerana paksaan daripada
pihak yang berkuasa. Selain itu, terdapat juga istilah segregasi de facto
yang merupakan kecenderungan semula jadi manusia yang ingin hidup
bersama golongan yang berkongsi persamaan dari segi kebudayaan,
kewarganegaraan, ras, bahasa, pekerjaan, agama, pendapatan atau
persamaan. Segregasi de jure pula merujuk pada jenis segregasi yang
dilaksanakan oleh kerajaan. Segregasi jenis ini memaksa pengasingan atau
pemisahan yang ketat ke atas individu atau kumpulan manusia dengan
pelaksanaan undang-undang dan maksud segregasi de jure ini hampir
sama dengan segregasi tidak rela.

(b) Konsep Akomodasi


Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan
etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik
lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep ini
dijelaskan dengan formula A + B + C = A + B + C dan A, B dan C itu
merujuk pada budaya. Hidup bermasyarakat terdedah pada pelbagai
kumpulan etnik yang hidup secara harmonis dan menghormati antara satu
sama lain. Konsep akomodasi ini dapat dicapai apabila keadaan atau
proses kelompok yang berkonflik dengan mengadakan interaksi secara
aman untuk sementara atau untuk selama-lamanya. Keadaan ini
membolehkan kelompok yang terlibat meneruskan identiti serta sikap
mereka yang berasingan. Sebagai contoh, pada peringkat pemerintahan
pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi
dan pendidikan dan mereka saling bergantungan. Proses penyesuaian
ini banyak berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas
mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni seperti penggunaan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai agama dan kepercayaan secara


bebas bagi setiap kelompok etnik. Oleh itu, penyesuaian amat penting
sebagai dasar untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik.

(c) Konsep Akulturasi


Akulturasi merupakan proses penerimaan unsur kebudayaan dalam
kalangan individu atau kelompok yang berasal daripada kebudayaan lain
yang berbeza. Akulturasi juga merujuk pada proses penyerapan unsur
kebudayaan daripada budaya tertentu dalam budaya yang lain. Proses ini
amat penting bagi mencapai integrasi. Sebagai contoh, ahli pelbagai
kumpulan perlu berkongsi pola kebudayaan seperti bahasa yang sama
supaya interaksi dan perhubungan sosial mereka tidak diganggu oleh
perbezaan dan sempadan kumpulan.

(d) Konsep Asimilasi


Integrasi juga mungkin melibatkan asimilasi. Asimilasi merupakan proses
percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya
sehingga membentuk kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang
sama. Konsep ini diwakili dengan formula A + B + C = A. Bagi huruf A
mewakili golongan dominan, sementara B dan C mewakili kumpulan etnik
minoriti. Sebagai contoh, di Malaysia seperti masyarakat Jawa, Cina
Kelantan, Baba dan Nyonya menunjukkan contoh telah berlakunya proses
asimilasi. Proses asimilasi ini berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat
antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama.

(e) Konsep Amalgamasi


Konsep amalgasi ialah proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari
segi biologi. Konsep ini berlaku apabila budaya atau ras bercampur
untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Sebagai contoh, amalgamasi
berlaku apabila kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan
perkahwinan campur lalu membentuk generasi baharu atau budaya baharu
tanpa menuruti budaya asal mereka.

Oleh itu, konsep ini menjelaskan tahap integrasi dalam kalangan masyarakat di
sesuatu tempat. Jika merujuk pada Malaysia, kebanyakan para sarjana
meletakkan kita berada pada tahap kedua iaitu tahap akomodasi. Ini bermakna,
perpaduan dalam masyarakat kita masih jauh. Kita hanya berpegang pada
perbezaan yang mana elemen yang membentuk akomodasi ialah perbezaan
tetapi kita saling hormat-menghormati berbanding segregasi yang merujuk pada
perbezaan dan pemisahan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK  43

AKTIVITI 2.3

1. Apakah yang anda faham tentang integrasi? Bincangkan bersama


rakan sekelas.

2. Apakah pandangan anda tentang perpaduan? Bolehkah perkara


itu terbentuk dalam konteks Malaysia? Bentangkan jawapan anda.

2.1.8 Kesepaduan Sosial dan Penyatupaduan


Antara para sarjana yang membawa wacana tentang kesepaduan sosial ialah
Prof. Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin. Konsep kesepaduan sosial bukan
merupakan perkara yang baru tetapi telah banyak diperkatakan oleh para
sarjana terdahulu seperti Emile Durkheim, Max Weber, Ferdinand Tones dan
sebagainya. Sejak akhir-akhir ini, para sarjana seperti Jane Jenson, Lockwood dan
Judith Maxwell yang berbahas tentang wacana kesepaduan sosial dalam era
hampir memasuki tahun 2000. Konsep kesepaduan sosial merupakan perkara
yang penting di negara maju hingga ada dasar digubal tentangnya.

Misalnya, pada tahun 1996, terdapat sebuah organisasi iaitu Organisation for
Economic Co-operation and Development (OECD) yang melihat kesepaduan
sosial sebagai alat yang penting dalam era globalisasi. Ini kerana untuk
mengekalkan kestabilan dan kesejahteraan dalam masyarakat, dunia
memerlukan nilai yang boleh dikongsi bersama dan dengan itu, kesepaduan
sosial akan dapat dikekalkan dari semasa ke semasa. Emile Durkheim
membincangkan tentang kesepaduan sosial apabila beliau memperkenalkan
konsep kesepaduan organik (organic solidarity) dan kesepaduan mekanikal
(mechanical solidarity). Kesepaduan organik merupakan bentuk kesepaduan
baharu yang tercetus apabila impak modenisasi berlaku dalam masyarakat.
Sementara itu, kesepaduan mekanikal ialah kesepaduan yang wujud di kawasan
kampung atau desa.

Dalam konteks semasa, kesepaduan terus wujud dalam masyarakat tetapi dalam
bentuk baharu. Dahulu, kesepaduan wujud di desa dengan cara yang mudah
dan tidak memerlukan pengurusan yang kompleks. Tetapi kini pengurusan
dalam komuniti, bentuk baru memerlukan kesedaran yang tinggi terhadap
kesepaduan dan dalam kalangan masyarakat bandar yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang. Mereka memerlukan organisasi tertentu untuk
menguruskan mereka dalam masyarakat. Di Malaysia, ada organisasi seperti
Rukun Tetangga dan Persatuan Penduduk yang memainkan peranan dalam
memupuk semangat kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat setempat.
Justeru, apakah elemen yang ada dalam kesepaduan sosial? Menurut Bollen dan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
44  TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Hoyle (2001), terdapat dua perkara yang membentuk kesepaduan sosial iaitu
perasaan „individu‰ iaitu sifat sense of belonging kepada kumpulan dan
perasaan dalam bentuk „semangat‰ (iaitu tindak balas emosi) yang dikaitkan
dengan keahlian dan kumpulan.

Konsep penyatupaduan masih baru diperkatakan. Konsep ini mula diutarakan


dalam Gagasan Penyatupaduan Nasional. Ia merupakan matlamat yang
mungkin tercapai dalam konteks negara Malaysia kerana perpaduan yang
sebenar sukar dicapai. Misalnya, Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Prof.
Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin menyatakan, kita sering berdiskusi
tentang perpaduan yang lebih berbentuk „Moment of Unity‰ kerana perpaduan
sebenarnya sukar dicapai sehingga kini. Justeru, penyatupaduan bertitik tolak
daripada perpaduan dan kesepaduan. Misalnya, dalam pilihanraya, kewujudan
parti politik dan kerjasama antara mereka walaupun berlainan ideologi merujuk
pada istilah ini.

2.1.9 Konsep Stereotaip, Prasangka dan Diskriminasi


Dalam hubungan etnik, terdapat tiga konsep asas yang menjadi duri dalam
daging kepada perhubungan etnik yang harmonis. Tiga konsep asas ini adalah
stereotaip, prasangka dan diskriminasi. Penerangan tentang konsep ini
dijelaskan seperti:

(a) Stereotaip
Konsep ini yang didokong oleh satu-satu kumpulan ke atas kelompok
manusia yang lain. Konsep ini digunakan secara negatif dan mempunyai
sifat prasangka bagi memenuhi justifikasi tentang tingkah laku diskriminasi
yang diambil. Secara hikmah, konsep ini memberikan gambaran
kebijaksanaan manusia dalam menyatakan secara tepat tentang satu-satu
realiti sosial. Justeru, stereotaip merupakan sikap yang dibina tanpa
pengalaman dan pengetahuan. Ia melibatkan pernyataan umum tentang
sesuatu kumpulan etnik yang negatif.

(b) Prasangka
Konsep prasangka bertitik tolak daripada stereotaip terhadap seseorang
iaitu membina persepsi terhadap orang itu dalam bentuk yang negatif.
Prejudis biasanya tidak ditunjukkan secara terbuka. Ia tersemat di dalam
hati. Jika sentimen diluahkan, ia akan menjadi stereotaip. Justeru, stereotaip
merupakan sikap permusuhan tidak rasional yang ditunjukkan oleh
seseorang terhadap kumpulan atau etnik tertentu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK  45

(c) Diskriminasi
Konsep diskriminasi ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan
kepercayaan negatif seseorang terhadap sekelompok etnik lain yang
dijelmakan dalam bentuk tindakan. Misalnya, di Amerika, adanya
diskriminasi terhadap ras yang berkulit hitam. Di Afrika, adanya dasar
Apartheid dan di Britain ada tindakan diskriminasi terhadap imigran dari
Pakistan dan India. Namun, diskriminasi tidak hanya melibatkan ras
sahaja. Ia juga turut melibatkan perkara lain seperti diskriminasi agama,
jantina, atas dasar ketidakupayaan, etnik, berhubung dengan faktor
ketinggian dan juga faktor umur.

2.1.10 Konsep Ethnosentrisme dan Cauvinisme


Ethnocentrisme merujuk pada keadaan seseorang yang percaya bahawa sifat
dalaman seseorang itu lebih hebat daripada kelompok atau budaya orang lain.
Dia cenderung melihat kelompok atau budaya asing dari kaca mata budaya
sendiri. Dalam konteks ini, ethnocentrisme lebih cenderung pada bersifat
pemikiran iaitu percaya kepada pemikiran berpusatkan etnik. Hanya etnik dia
yang terbaik, sementara etnik lain adalah lemah. Cauvinisme pula ialah
keadaan yang wujud dalam diri seseorang atau sekelompok kumpulan etnik
dengan mengagungkan etnik masing-masing, serta kadar yang berlebihan dan
menunjukkan tindakan yang merendah-rendahkan bangsa lain.

AKTIVITI 2.4

1. Bincangkan konsep kesepaduan dan penyatupaduan dalam


konteks Malaysia dengan rakan sekelas.

2. Bagaimanakah kita boleh mengelakkan berlakunya perhubungan


etnik yang negatif dalam masyarakat? Fikirkan dan bentangkan di
dalam kelas.

2.2 KERANGKA TEORI DALAM HUBUNGAN


ETNIK
Apakah yang dimaksudkan dengan teori? Teori merupakan pelajaran rangkap
pemerhatian kejadian berlandaskan hipotesis yang terbukti sahih dan disahkan
oleh para penyelidik. Justeru, teori ini berkembang melalui kaedah saintifik yang
melibatkan siri proses penyelidikan yang mendalam. Misalnya, teori tentang
poligami. Adakah poligami membawa kebahagiaan atau penderitaan kepada

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

kaum hawa? Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu menjalankan kajian
berulang kali untuk membangunkan persoalan ini menjadi teori. Jika terbukti
kesahihannya, setelah beberapa kali melakukan kajian yang bersifat ilmiah dan
saintifik, barulah kita boleh merumuskan hasil itu akan menjadi satu teori. Jika
permasalahan atau situasi tertentu hanya wujud dalam pemikiran kita sahaja
dan masih belum diuji kesahihannya, ia dipanggil hipotesis. Hipotesis kajian
boleh wujud melalui andaian. Dalam ilmu, hubungan etnik mempunyai banyak
teori yang digunakan untuk memahaminya. Walau bagaimanapun, hanya
beberapa teori yang dianggap penting sahaja yang akan dimasukkan dalam
perbincangan ini. Mari kita meneliti teori ini satu demi satu.

2.2.1 Teori Fungsional


Teori fungsional bermula daripada situasi yang mana masyarakat itu dalam
keadaan stabil dan mantap. Masyarakat dilihat sebagai keseluruhan (whole)
yang terdiri daripada beberapa bahagian (parts). Setiap bahagian ini berfungsi
dalam memberikan sumbangan terhadap wujudnya keseluruhan yang
dimaksudkan. Justeru, fungsional bermaksud kita memberikan sumbangan
untuk keseimbangan. Misalnya, kita sebagai ayah, ibu atau anak memainkan
peranan penting dalam keluarga. Dalam aspek ekonomi, kita memberikan
sumbangan kepada organisasi. Dalam politik pula, kita memberikan sumbangan
kepada parti masing-masing. Antara tokoh teori fungsional ialah Emile
Durkheim, Talcott Parsons, Robert Merton dan lain-lain.

Sumbangan untuk setiap bahagian itu adalah untuk memenuhi pelbagai


keperluan dalam masyarakat, misalnya tentang keperluan sara diri, integrasi dan
lain-lain. Jelasnya setiap bahagian dalam masyarakat memberikan sumbangan
untuk memenuhi keperluan (fungsional). Jika sumbangan yang diberikan tidak
fungsional, tindakan ini akan meruntuhkan keseluruhan masyarakat. Para
fungsional sering membuat analogi bahawa masyarakat dianggap sebagai
organisma biologi seperti tubuh badan manusia yang terdiri daripada anggota
badan dan setiap satunya berfungsi dalam memberikan keseimbangan terhadap
wujudnya tubuh badan tersebut sebagai keseluruhan (whole). Bahagian badan
seperti jantung, buah pinggang, hati dan sebagainya memberikan sumbangan
kepada kehidupan seseorang insan termasuklah rambut yang dianggap sebagai
mahkota seorang gadis. Mata pula berfungsi untuk membaca, melihat dan
sebagainya.

Sementara itu, bahagian anggota badan yang tidak memberikan sumbangan atau
merosakkan tubuh badan dianggap sebagai tidak berfungsi (disfunction). Jika
kita lihat dalam masyarakat, ahli masyarakat seperti perogol, peragut, pencuri
dan lain-lain ialah bahagian dalam masyarakat yang merosakkan keseimbangan.
Untuk mengatasinya, penjenayah akan ditangkap dan dikenakan hukuman. Jika

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK  47

kumpulan mereka dibenarkan berada dalam masyarakat, masyarakat tidak akan


berfungsi dan tidak berjalan dengan baik. Ini akan menyebabkan ketidakstabilan
dalam masyarakat. Justeru, bahagian ini perlu dipisahkan dalam masyarakat
untuk menjaga survival masyarakat.

Jika diperhatikan, masyarakat dilihat sebagai sistem yang terdiri daripada


beberapa subsistem yang setiap satunya berfungsi seperti ekonomi, politik dan
sebagainya. Subsistem itu pula mempunyai hubungan yang fungsional antara
satu sama lain dan bersifat saling bantu membantu (complementary). Misalnya,
dalam masyarakat, ada graduan yang habis belajar, tetapi tidak bekerja dan
menganggur dan ini akan menjejaskan keseimbangan ekonomi. Jika subsistem
itu berubah, maka subsistem yang lain juga akan berubah dan keseluruhan
sistem sosial juga akan turut berubah. Contohnya, jika subsistem ekonomi
berubah, maka akan berlaku juga perubahan dalam subsistem yang lain seperti
politik, pendidikan, kekeluargaan, susun lapis masyarakat, agama dan
sebagainya. Oleh yang demikian, hubungan etnik yang terdiri daripada pelbagai
etnik dalam masyarakat juga mempunyai fungsi tersirat yang perlu dipenuhi
dalam memastikan masyarakat berada dalam keadaan stabil dan mantap.

2.2.2 Teori Konflik


Antara tokoh teori ini ialah Karl Marx, Max Weber, George Simmel, Ralph
Dahrendorf dan lain-lain. Teori konflik ini menganggap konflik ialah perkara
yang utama dalam kehidupan bermasyarakat dan tidak mungkin dapat diatasi
sepenuhnya. Mengikut teori ini, konflik itu perlu dibendung dan memerlukan
kawalan sosial yang bersifat formal seperti polis dan juga badan penguatkuasa
yang lain. Keadaan ini akan memaksa anggota masyarakat supaya tunduk dan
akur dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Dalam perspektif
teori konflik, undang-undang menjadi elemen penting yang digunakan oleh
pihak berkuasa bagi menjamin supaya anggota masyarakat tidak melanggar
peraturan atau melakukan sesuatu yang menjejaskan keutuhan institusi utama
dalam masyarakat. Oleh itu, teori ini melihat dari aspek ketenteraman sosial
(social order) itu wujud bukan atas dasar keinginan atau persetujuan
masyarakat, tetapi wujud atas dasar penguatkuasaan melalui undang-undang.
Dalam konteks ini, ada dua keadaan iaitu kesedaran kita sendiri dan
pelaksanaan undang-undang atau peraturan. Justeru, penyelesaian teori konflik
ialah melalui penguatkuasaan undang-undang atau peraturan sementara dalam
teori fungsional penyelesaian datang daripada kesedaran kita sendiri.

Teori konflik melihat masyarakat terbentuk daripada kelompok sosial yang


berbeza dan kepelbagaian ini membentuk perbezaan antara setiap satunya
merangkumi pelbagai segi. Ketidakseragaman dalam ekonomi, politik, gender
dan sebagainya mencetuskan konflik. Ini kerana setiap kelompok mempunyai

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

tafsiran tersendiri terhadap buruk baik sesuatu fenomena sosial. Ukuran moral
dan tingkah laku yang standard juga berbeza mengikut kelompok yang berbeza.
Misalnya, etnik Cina melihat fenomena sosial dan perspektif etnik Cina dan
orang Melayu melihat perkara yang berlaku daripada perspektif etnik Melayu.
Begitu juga orang kaya melihat dari perspektif mereka yang tersendiri. Justeru,
konflik antara kelompok tidak dapat dielakkan. Ini kerana kelompok yang
wujud atas dasar perbezaan ini akan sentiasa bersaing untuk mendapatkan
kuasa, kekayaan dan lain-lain. Persaingan ini akan menimbulkan konflik dan
pergeseran. Kebiasaannya, sifat utama konflik antara kelompok tertumpu pada
penggunaan kuasa terutamanya kuasa politik sebagai kuasa yang sah.

Justeru, undang-undang merupakan alat kuasa dan digunakan bagi menjaga dan
mengawal kepentingan mereka yang berkuasa. Undang-undang memberikan
kuasa kepada golongan yang berkuasa untuk memperolehi sesuatu dan
memberikan akses untuk mereka mendapatkan sesuatu secara sah.

2.2.3 Teori Modenisasi


Teori modenisasi merupakan teori yang penting untuk menganalisis masyarakat.
Pendokong teori ini antaranya ialah Auguste Comte, Karl Marx, Georg Simmel
dan lain-lain. Teori ini berkembang daripada keadaan yang tradisi kepada
moden. Pemodenan adalah proses perubahan ke atas sistem sosial, ekonomi,
politik yang berkembang di Eropah Barat dan Amerika dari abad ke-17 hingga
abad ke-19. Proses modenisasi ini kemudiannya tersebar ke negara Eropah yang
lain dan pada abad ke-19 dan ke-20 ke benua sekitar. Auguste Comte
membicarakan tentang masyarakat yang berubah mengikut evolusi. Jadual 2.1
menyenaraikan pendapat-pendapat penyokong teori ini.

Karl Marx pula membincangkan tentang ekonomi kapitalis dan perkembangan


kapitalisma dalam masyarakat hingga mewujudkan masyarakat berkelas. Emile
Durkheim pula membicarakan tentang mechanical solidarity vs organic
solidarity. Dalam masyarakat yang berbentuk organik, kesepaduan sosial
merupakan keadaan yang dikaitkan dengan anomie, yakni masyarakat tidak
mementingkan hubungan. Georg Simmel menyentuh teori ini dalam aspek
perkembangan bandar kerana bandar ialah tempat tumpuan. Selain itu, beliau
juga mengaitkan teori ini dengan ekonomi kewangan (money economy).
Ekonomi kewangan merujuk pada perluasan dan penyerapan pemodenan.
Ekonomi kewangan menyebabkan manusia dipengaruhi oleh duit. Pengaruh
duit ini mengakibatkan pengasingan (alienation) sebagaimana diutarakan oleh
Karl Marx. Di sini manusia menjadi terpisah melalui mekanisme yang diciptanya
sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK  49

Max Weber melihat proses pemodenan sebagai proses rasionalisasi (logik,


berasas atau munasabah). Justeru, menurut Weber masyarakat moden
mengalami proses rasionalisasi kerana menolak masyarakat tradisi. Ini kerana
masyarakat tradisi dilihat tidak rasional.

Selain itu, Rostow juga membincangkan teori modenisasi. Beliau melihat


perkembangan ekonomi kepada lima tahap iaitu:

(a) Tahap tradisi;

(b) Tahap persediaan;

(c) Tahap lepas kandas;

(d) Tahap matang; dan

(e) Tahap massa.

Selain itu, para sarjana kontemporari kini juga ada membincangkan tentang teori
pemodenan kontemporari seperti Anthony Gidens, Ulrich Beck, George Ritzer
dan lain-lain. Gidens melihat konsep juggernaut tentang pemodenan. Juggernaut
merupakan satu keadaan yang tidak menentu dan kita tidak boleh mengawal
keadaan dan keselamatan kita berada dalam keadaan yang tidak menentu.
Keadaan ini dipanggil Juggernaut Pemodenan. Beck pula melihat konsep risk
society iaitu masyarakat berisiko dan Ritzer telah membawa konsep
McDonalisation dan Americanisation. Justeru, keadaan yang berlaku ialah
kehidupan masyarakat dunia bergerak daripada revolusi pertanian kepada
revolusi industri dan sekarang ialah revolusi maklumat. Jika diperhatikan,
revolusi ini ada kaitan dengan kekayaan.

2.2.4 Kesepaduan Mekanikal dan Kesepaduan


Organik
Konsep kesepaduan ini didokong oleh tokoh penting iaitu Emile Durkheim.
Penulisan dan pemikiran beliau tentang kesepaduan mekanikal dan kesepaduan
organik masih menjadi rujukan hingga sekarang. Kesepaduan mekanikal ialah
satu bentuk kesedaran kerana sesuatu masyarakat itu mendokong nilai yang
sama, emosi yang sama atau nasib yang sama. Anggota masyarakat dikatakan
mempunyai kesedaran kumpulan yang sama disebut sebagai collective
consciusness. Misalnya, kita daripada kelompok yang sama perlu menjaga emosi
kumpulan masing-masing. Jika kita melakukan perkara yang bertentangan, kita
akan dikenakan tekanan. Menurut Durkheim perpaduan mekanikal ini lahir
dalam masyarakat sederhana yang terdapat di kawasan luar bandar seperti di
desa atau kampung.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Sementara itu, kesepaduan organik merupakan kesepaduan bentuk baru yang


berlaku disebabkan oleh proses modenisasi dalam masyarakat. Kesepaduan
organik wujud dan ditandai dengan perbezaan yang wujud dalam struktur
masyarakat. Perpaduan organik merupakan bentuk perpaduan yang wujud
dalam masyarakat apabila masyarakat itu mengalami perbezaan struktur
(structural differentiation), misalnya dalam konteks masyarakat bandar atau kota
yang kompleks. Dalam keadaan ini, individu bebas untuk melakukan sesuatu
berdasarkan kesedaran individu bukan hanya kesedaran kolektif. Durkheim
melihat masyarakat moden mempunyai ciri-ciri individualistik yang jelas justeru
masyarakat bertindak tanpa kesedaran kolektif. Tindakan sebegini dianggap
sebagai melakukan sesuatu tanpa kesedaran kemasyarakatan.

Namun begitu, untuk menyesuaikan dengan perubahan, ada kesedaran baru


yang berbentuk organik. Perpaduan ini adalah dalam bentuk kepentingan
tertentu dengan penubuhan kelab dan persatuan. Misalnya, dalam kalangan
orang kaya dan elit, terdapat persatuan dan kelab yang wujud di tempat
eksklusif seperti di kelab golf atau tempat rekreasi yang mahal. Perpaduan
bentuk ini adalah bersifat segmental dan bersifat sementara. Keadaan ini berbeza
dengan perpaduan mekanikal di desa yang lebih akrab dan tidak memerlukan
penubuhan persatuan atau kelab. Ini merupakan impak modenisasi.

2.2.5 Teori Kelas


Menurut Cox (1948), teori kelas ini berasaskan apa yang berlaku di Amerika iaitu
berkisar tentang pertelingkahan ras yang berlaku antara orang kulit putih dan
kulit hitam. rujukan akademik perlu diletakkan pada bahagian rujukan/
bibliografi. Ia dikaitkan dengan dasar dan sikap golongan kapitalis dan orang kulit
putih terhadap orang kulit hitam dan kelas buruh. Permasalahan wujud di sini
antara kelompok borjuis dan proletariat yang membawa kepada permasalahan
hubungan kelas. Masalah perhubungan ini menurut Cox bermula daripada
amalan kapitalisme di Eropah yang mendorong keupayaan bagi mencipta
keuntungan dalam memperolehi sumber buruh yang berbeza. Keadaan ini
disebabkan tahap perhubungan yang tidak sama dan buruh akhirnya tertindas.
Struktur sosial sebegini menguntungkan pemerintah. Antara sarjana penting yang
membincangkan tentang teori kelas ini ialah Karl Marx. Menurut beliau, ekonomi
merupakan faktor utama (basic structure) dalam masyarakat. Sementara itu, faktor
lain yang dianggap sebagai super structure bergantung pada faktor utama
tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK  51

2.2.6 Teori Masyarakat Majmuk


Menurut konsep masyarakat majmuk dikemukakan oleh Furnivall (1948) dan
Smith (1965), masyarakat terpisah berdasarkan ciri-ciri tertentu dan mereka
dikelompokkan dalam kumpulan etnik tertentu. Kemudian, Leo Kuper (1974
dan 1977) berhujah tentang teori ini dan menyatakan teori kelas boleh
menjelaskan bentuk pengkategorian ras dalam masyarakat. Teori Kuper
berkaitan masyarakat majmuk didasarkan kepada masyarakat majmuk dapat
dibezakan dengan masyarakat berkelas melalui ciri-ciri perbezaan dalam
susunan ekonomi. Konsep ini terikat dalam tahap politik tertentu dan jika
berlaku konflik, etnik dan bukannya kelas. Pengkategorian ini berasaskan sejarah
dan latar belakang yang dibentuk melalui persaingan.

2.2.7 Teori Pilihan Rasional


Teori pilihan rasional agak popular dan didokong oleh beberapa orang sarjana
seperti Thomas Sowell, Thomas Schelling dan Michael Banton. Teori pilihan
rasional dikenali juga sebagai teori kategori sosial. Teori ini mencadangkan
mereka yang rasional akan fokus terhadap dua perkara iaitu memaksimumkan
keuntungan material dan mencapai kedudukan status yang lebih baik. Asas teori
ini ialah seseorang akan cuba mendapatkan kedudukan status dalam masyarakat
dan mendapat ganjaran dalam bentuk material pada masa yang sama.

AKTIVITI 2.5

Bincangkan bagaimana teori yang diutarakan tersebut boleh digunakan


untuk memahami hubungan etnik di Malaysia.

2.3 KESIMPULAN
Umumnya, perbincangan tentang konsep dan teori ini penting untuk memahami
hubungan etnik yang wujud dalam masyarakat. Konsep-konsep ini mendedahkan
pada senario yang berlaku di peringkat kajian para sarjana. Tugas para sarjana
ialah menyusun dan mengkategorikan sesuatu fenomena supaya mudah
difahami oleh masyarakat seluruhnya. Konsep seperti ras, etnik, budaya dan
masyarakat merupakan konsep asas yang perlu dibincangkan supaya para
pelajar dapat memahami topik perbincangan. Konsep yang positif seperti
perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan juga merupakan konsep penting
untuk diketahui oleh para pelajar. Begitu juga konsep yang dilihat dan aspek

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

negatif seperti prasangka, stereotaip dan prejudis yang melibatkan perasaan.


Konsep yang wujud dalam bentuk tindakan seperti diskriminasi boleh
dibahagikan pada ethnocentrisme dan cauvinisme. Konsep ini penting, jarang
didengar, tetapi dapat menjawab permasalahan dalam masyarakat majmuk di
Malaysia dan dunia. Sementara itu, teori pula penting untuk kita memahami
sebab dan akibat yang berlaku dalam masyarakat. Untuk menghuraikan sesuatu,
kita mesti berlandaskan pada kerangka teori. Oleh yang demikian, kerangka
teori yang dibawa adalah teori penting yang dibincangkan untuk melihat dan
memahami hubungan etnik khasnya di Malaysia. Teori ini boleh dijadikan
sandaran bagi para pelajar sebagai alat untuk mengkaji masyarakat pelbagai
etnik di Malaysia.

SEMAK KENDIRI 2.1

1. Bincangkan konsep utama dalam hubungan etnik.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat? Apakah


perbezaan antara masyarakat dan etnik?

3. Jelaskan tentang teori fungsional dan teori konflik. Bagaimanakah


kita menganalisis hubungan etnik menggunakan teori ini?

4. Bagaimanakah teori modenisasi membolehkan kita memahami


perkembangan masyarakat?

5. Apakah yang anda faham tentang teori pilihan rasional?


Bagaimanakah kaedah membolehkan kita mengaitkan teori ini
dengan masyarakat pelbagai etnik?

 Konsep asas dan teori dalam hubungan etnik menggunakan pendekatan


sosiologi.

 Konsep ras berkait dengan ciri-ciri fizikal yang ada pada seseorang individu
seperti warna mata, warna kulit, warna rambut, bentuk hidung, bentuk
kepala dan sebagainya.

 Rasisme ialah keadaan seseorang atau sesuatu kelompok yang berasa


kelompoknya sendiri adalah lebih baik berbanding pihak lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK  53

 Konsep etnik merujuk pada ciri-ciri yang distingtif yang ada pada seseorang
atau sesuatu kelompok.

 Budaya merujuk pada rutin yang dilakukan oleh seseorang atau sesebuah
kumpulan.

 Masyarakat merujuk pada sekumpulan manusia yang hidup bersama dalam


satu kumpulan.

 Masyarakat majmuk merupakan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai


kaum yang berbeza daripada segi budaya, ras, agama, bahasa dan lain-lain.

 Perpaduan ialah proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara


supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti bersama.

 Integrasi ialah proses penyesuaian kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang


diterima oleh semua golongan etnik dalam negara.

 Hubungan etnik yang baik boleh dilihat melalui perpaduan, kesepaduan dan
penyatupaduan.

 Hubungan etnik yang negatif ditandai dengan stereotaip, prasangka,


prejudis, diskriminasi, ethnocentrisme dan chauvinisme.

 Kesepaduan mekanikal ialah bentuk kesedaran kerana sesuatu masyarakat


itu mendokong nilai yang sama, emosi yang sama atau nasib yang sama.

 Kesepaduan organik merupakan kesepaduan bentuk baru yang berlaku


disebabkan oleh proses modenisasi dalam masyarakat.

 Teori fungsional bertitik tolak daripada melihat masyarakat dalam keadaan


stabil dan mantap.

 Teori konflik ini menganggap konflik ialah perkara yang utama dalam
kehidupan bermasyarakat.

 Teori modenisasi bergerak daripada keadaan tradisi ke keadaan moden.

 Teori kelas merujuk pada permasalahan antara kelompok borjuis dan


proletariat yang membawa permasalahan hubungan kelas.

 Masyarakat majmuk ialah masyarakat yang dikelaskan dalam keadaan


terpisah berasaskan ciri-ciri tertentu dan dikelompokkan dalam kumpulan
etnik tertentu.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
54  TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

 Teori pilihan rasional berkisar tentang dua benda iaitu bagi mereka yang
rasional, mereka akan memaksimumkan keuntungan material dan mencapai
kedudukan status yang lebih baik.

Budaya Masyarakat majmuk


Etnik Masyarakat plural
Fungsional Modenisasi
Integrasi Penyatupaduan
Kesepaduan mekanikal Perpaduan
Kesepaduan organik Ras
Kesepaduan sosial Rasisme
Konflik Sosiologi
Masyarakat Teori pilihan rasional

A. Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan pembinaan Bangsa Malaysia.


Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Aziz Deraman. (2001). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur,


Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Embong. (2001). Negara bangsa: Proses dan perbahasan. Bangi,
Malaysia: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Abdul Rahman Embong. (2006). Negara bangsa: Proses dan perbahasan. Ed.
ke-2. Bangi, Malaysia: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bollen, K. A. & Hoyle, R. H. (2001). Perceived cohesion: A conceptual and


empirical examination. Social Forces 69: 479ă504.

Chew, H. T. (1975). Masalah perpaduan nasional. Kuala Lumpur, Malaysia:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK  55

Furnivall, J. S. (1948). Colonial policy and practice. Cambridge, England:


Cambridge University Press.

Godwin R. K., & Wahlke, J. C. (1997). Introduction to political science. San Diego,
CA: Hartcourt Brace college publishers.

Haizan Mohd Taha, Mohd Ariff Ahmad Tarmizi, & Mohd Isa Hamzah. (2009).
Monograf teks ras dan etnik: Teori, praktis dan isu moral. Petaling Jaya,
Malaysia: Prentice Hall Pearson.

Jawatankuasa Integrasi Nasional. (1991). Jabatan Perpaduan Negara.

Jenks, C. Culture. London, England: Routledge.

Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Leo Kupper. (1974). Race, class and power: Ideology and revolutionary change in
plural societies. London, England: Duckworth.

Linton, R. (1945). The cultural background of personality. New York, NY: Taylor
and Francis.

Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz, & Mohamad Ainuddin
Iskandar Lee. (2006). Hubungan etnik di Malaysia. Petaling Jaya, Malaysia:
Prentice Hall Pearson.

Mohd Taib Osman. (1988). Kesusasteraan Melayu dan perubahan sosio budaya.
Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ritzer, G., & Smart, B. (2001). Handbook of sosial theory. London, England:
SAGE Publication.

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul hubungan etnik. Shah Alam, Malaysia:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul Hubungan Etnik. Ed. ke-2. Bangi,
Malaysia: Institut Kajian Etnik, UKM.

Smith, M. G. (1965). The plural society in the British West Indies. Berkeley, CA:
University of California Press.

Syed Ahmad Hussein, & Y. Mansoor Marican. (1989). Integrasi politik:


Kumpulan rencana pilihan. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Tylor, E. B. (1871). Primitive culture: Researches into the development of


mythology, philosophy, religion, art, and custom (Vol. 2). London,
England: Murray.

Ting C. P. (1987). Hubungan ras dan etnik. Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka
Dimensi.

Van Den Berghe. (1967). South Africa: A study in conflict. Berkeley, CA:
University of California Press.

Zaid Ahmad et al. (2010). Hubungan etnik di Malaysia. Ed. ke-2. Shah Alam,
Malaysia: Oxford Fajar.

Zulhilmi Paidi, & Rohani Abdul Ghani. (2003). Kenegaraan Malaysia: Isu-isu
dalam pembinaan negara. Batu Caves, Malaysia: PTS Publication.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Sejarah
3 Masyarakat
Malaysia dan
Hubungan
Etnik
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan konsep pluraliti dan masyarakat plural di Alam
Melayu;
2. Menerangkan sejarah pembentukan masyarakat yang rencam di
Malaysia; dan
3. Membincangkan pembentukan masyarakat di Sabah dan Sarawak.

 PENGENALAN
Pembentukan masyarakat dalam Alam Melayu telah lama berlaku dan melalui
tahap tertentu. Tahap ini dapat dilihat dalam beberapa keadaan iaitu semasa
kewujudan kerajaan Melayu kuno hingga berlakunya proses Indianisasi
(pengindiaan), Islamisasi dan pembaratan (westernisasi). Dalam proses ini, Alam
Melayu berinteraksi dengan kerajaan besar seperti China, India dan Barat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK

Shamsul Amri Baharuddin (2007) membahagikan pembentukan masyarakat


Melayu pada dua keadaan iaitu masyarakat pluraliti dan masyarakat plural.
Alam Melayu merupakan kawasan yang mempunyai tahap interaksi yang paling
tinggi di dunia kerana kawasan ini tiada halangan dari segi iklim cuaca dan
membekalkan sumber bahan mentah yang banyak untuk keperluan
perdagangan. Justeru, Alam Melayu pada masa ini merupakan kawasan yang
memiliki tahap perhubungan masyarakat yang tinggi. Maka, tidak hairanlah
konsep pluraliti masyarakat digunakan untuk menjelaskan fenomena ini.

Para pedagang sama ada dari India, China dan Eropah datang ke Alam Melayu
untuk berdagang. Antara ciri yang paling jelas dalam masyarakat majmuk atau
pelbagai pada zaman ini ialah mereka datang secara sukarela dan tanpa paksaan.
Keadaan ini berbeza berbanding masyarakat plural semasa penjajahan atau
pendudukan Barat yang merupakan kesan langsung akibat pelaksanaan dasar
yang diwujudkan oleh penjajah Barat. Dalam kedua-dua keadaan ini, antara ciri
penting yang membezakan kedua-dua masyarakat pluraliti dan plural ialah
masyarakat pluraliti lebih mudah melakukan interaksi antara masyarakat
pedagang atau pendatang dengan warga tempatan. Faktor ini dipengaruhi oleh
tujuan mereka yang datang untuk mencari nafkah melalui berdagang dan tiada
niat lain.

Pada zaman ini, akulturasi dan asimilasi masyarakat sering berlaku hingga
mewujudkan keunikan. Tetapi, keadaan ini berbeza dengan masyarakat plural
yang terbentuk akibat dasar yang diwujudkan oleh British dan adanya unsur
paksaan. Kedatangan mereka bukannya secara sukarela, tetapi secara paksaan.
Mereka datang untuk menggerakkan aktiviti ekonomi British di Tanah Melayu
dan tetap menyimpan hasrat untuk kembali ke negara mereka selepas
berkhidmat di Tanah Melayu. Kesannya, mereka sukar berinteraksi dengan
masyarakat tempatan dan kekal dengan nilai dan budaya asal mereka. Keadaan
ini ditambah pula dengan dasar „pecah dan perintah‰ yang diamalkan oleh
British.

Senario ini menjelaskan pembentukan masyarakat majmuk yang diutarakan oleh


Furnivall (1939) iaitu merujuk pada keadaan masyarakat yang muncul secara
langsung akibat dasar penjajahan kolonial. Mereka berada dalam satu komuniti,
tetapi tidak bergaul dengan masyarakat tempatan. Kegagalan berasimilasi
menyebabkan mereka hidup terasing daripada kelompok lain, walaupun di
tempat yang sama. Justeru, topik ini akan cuba membincangkan pembentukan
masyarakat dalam dua keadaan iaitu masyarakat pluraliti dan masyarakat
pluralistik pada zaman penjajah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK  59

3.1 MASYARAKAT PLURAL DI ALAM MELAYU


Alam Melayu dicatatkan sebagai kawasan ketamadunan yang mempunyai tahap
interaksi yang paling tinggi di dunia pada zaman kegemilangannya. Interaksi
yang tinggi ini didorong oleh keadaan iklim yang baik sepanjang tahun di
samping berada di tengah laluan antara timur dan barat. Alam Melayu terkenal
dengan sumber khasnya rempah ratus yang mempunyai nilai yang amat tinggi
terutamanya di Timur Tengah, India dan Eropah. Justeru, kawasan Alam Melayu
menjadi pusat tumpuan masyarakat dunia untuk berniaga dan mendapatkan
keperluan yang amat diperlukan oleh tamadun yang berbeza. Kawasan Alam
Melayu kini bertukar menjadi kawasan yang merupakan pusat perdagangan dan
perniagaan terbesar di dunia. Misalnya, Melaka berfungsi sebagai pelabuhan
entreport yang mempertemukan para saudagar seluruh pelusuk dunia untuk
berdagang dan menjalankan perniagaan.

Oleh yang demikian, aktiviti perdagangan ini membentuk proses yang unik dan
semula jadi dengan kehadiran masyarakat dari timur dan barat yang akhirnya
membentuk masyarakat plural. Kita dapat menyaksikan masyarakat plural
masih kekal di Melaka seperti kewujudan golongan Ceti, Baba dan Nyonya,
Portugis atau Serani, Arab dan sebagainya. Senario ini merupakan manifestasi
sumbangan proses pluraliti. Proses ini berlaku secara semula jadi tanpa paksaan.
Sementara itu, mungkin akibat ketamakan atau perasaan terdesak pedagang
luar, menyebabkan proses pluraliti tidak berhenti di sini sahaja. Kedatangan
penjajah membawa campur tangan dalam aspek politik dan pentadbiran di
negeri-negeri Melayu hingga mewujudkan keadaan masyarakat yang semakin
bercampur-aduk dengan kehadiran etnik dari negara Cina dan India. Kehadiran
imigran ini telah membentuk landskap baharu Tanah Melayu yang rencam.

3.1.1 Pembentukan Masyarakat dalam Alam Melayu


Sebelum penjajahan Barat, masyarakat dalam Alam Melayu terdiri daripada
beberapa suku kaum atau sub kaum Melayu yang berkulit sawo matang seperti
Melayu, Jawa, Bugis, Minang, Batak, Dayak (Iban), Dusun, Kelabit, Melanau,
Bidayuh, Kadazan dan lain-lain lagi. Menurut Blumenbach (1975), kelompok
suku bangsa ini dapat dikategorikan dalam sub kategori ras Mongolian
sebagaimana kata-kata beliau, „⁄ the Malay race of a brown colour, from a clear
mahogany to the darkest clove or chesnut brown is considered to be a
subcategory of the Mongolian race‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK

Disebabkan oleh suku kaum ini mempunyai ciri-ciri sub budaya yang distingtif,
maka kita dapat mengatakan bahawa masyarakat Alam Melayu pada zaman
sebelum kedatangan Barat menunjukkan ciri-ciri pluraliti iaitu terdiri daripada
lebih daripada sejenis kaum etnik yang sama. Namun begitu, kaum etnik ini
hanya berkongsi wilayah (dunia Melayu) tetapi tidak bernaung di bawah satu
unit politik. Tambahan pula, Alam Melayu merupakan sebuah kawasan
kepulauan dan terdiri daripada ribuan pulau besar dan kecil. Menurut rekod,
terdapat 17,508 buah pulau di kawasan Alam Melayu dan menempatkan
pelbagai kelompok etnik yang mempunyai budaya dan bahasa yang berbeza.
Menurut Ghazali Basri (2004), terdapat lebih daripada 300 dialek berbeza yang
digunakan di Alam Melayu.

3.1.2 Pengaruh Tamadun China di Alam Melayu


Antara kerajaan yang berpengaruh di Asia Tenggara pada masa itu ialah
kerajaan Siam. Namun begitu, kerajaan China merupakan antara kerajaan
terkuat di benua Asia. Mereka yang bernaung di bawah China tidak akan
diganggu oleh Siam. Justeru, kerajaan di Alam Melayu sudah lama membuat
jalinan perhubungan dengan kerajaan China. Menurut Liang Liji dalam bukunya
bertajuk, „Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad ke-15 Masihi‰,
hubungan antara Alam Melayu dengan kerajaan China sudah lama wujud iaitu
semenjak zaman Dinasti Han (140ă117 S.M.) lagi. Sementara itu, terdapat dua
orang utusan kerajaan China yang pernah berkunjung ke Funan dan negeri-
negeri di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu. Lawatan ini
mewujudkan hubungan yang rasmi atau hubungan berbentuk diplomatik antara
kerajaan.

Pada zaman kerajaan Srivijaya, hubungan China dengan Alam Melayu semakin
kukuh apabila pemerintahan Alam Melayu menerima kedatangan para
pedagang dan penuntut agama Buddha yang belajar di Srivijaya. Srivijaya
diiktiraf sebagai pusat pembelajaran agama Buddha. Menurut I-Ching, beliau
telah membuat kunjungan pertama dari China dan menceritakan
pengalamannya singgah di Srivijaya selama lapan bulan iaitu pada tahun 671M
untuk belajar Bahasa Sanskrit dan Bahasa Melayu, serta agama Buddha sebelum
meneruskan perjalanannya ke India.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK  61

Menurut Hashim Musa (2002), beliau sempat menterjemahkan buku agama


Buddha daripada bahasa Sanskrit ke dalam bahasa Cina dan menulis dua buah
buku tentang tamadun Melayu Srivijaya. Alam Melayu merupakan laluan yang
amat strategik bagi kerajaan China kerana berada di tengah laluan mereka.
Antara kerajaan yang penting dan mengadakan hubungan langsung dengan
kerajaan China ialah Langkasuka sekitar tahun 1300M. Menurut sejarah,
Langkasuka merupakan sebuah kerajaan Melayu yang maju dan bertamadun
tinggi, serta kaya dengan sumber bahan mentah.

Di Alam Melayu, tidak sah jika maklumat tentang kerajaan Melaka tidak
disertakan sekali. Ini kerana kerajaan China mengadakan hubungan yang amat
rapat dengan kerajaan Melaka. Terdapat sumber menyatakan Maharaja dari
Dinasti Ming (1368ă1643) telah menghantar rombongan yang diketuai oleh Yin
Ching ke Melaka untuk mengadakan hubungan persahabatan dan hubungan
diplomatik antara kerajaan. Menurut rekod pada tahun 1407, Parameswara telah
menghantar utusan ke China, sementara pada 1409, Maharaja China pula telah
menghantar Laksamana Cheng Ho untuk melawat Melaka. Kemudiannya pada
tahun 1411, Laksamana Cheng Ho membawa Parameswara dan keluarga dan
bersama-sama 450 orang pengikut ke negara China. Sebagai hadiahnya,
Maharaja China telah menghadiahkan sebuah kapal untuk beliau kembali
ke Melaka (Wintedt, 1986). Tujuan hubungan ini adalah untuk meminta
perlindungan dari negara China daripada ancaman Siam. Dasar ini
kemudiannya diteruskan oleh pengganti beliau yang lain. Misalnya, Sultan
Muhammad Syah (Sri Maharaja) telah mengadap Maharaja China di Peking
pada 26 Mei 1434 dan pulang ke Melaka pada 28 April 1435 dari Canton.
Hubungan Melaka dengan negara China mewujudkan keadaan yang bersifat
pluraliti dalam kalangan masyarakat Melayu yang pelbagai.

Namun selepas lawatan ini, hubungan menjadi semakin dingin dan tiada
hubungan perdagangan dan lawatan dari negara China. Justeru, Raja Melaka
iaitu Sultan Muhammad Syah mengambil inisiatif untuk menguatkan
kedudukan sebagai kuasa ekonomi, politik dan ketenteraan di Nusantara.
Hubungan antara China dengan Alam Melayu menjangkaui aspek perniagaan.
China hanya berminat dalam soal perdagangan. Maka, pengaruh tamadun
China tidak begitu ketara sebagaimana pengaruh tamadun India. Pengaruh
tamadun China tidak dapat dilihat dalam aspek seperti agama, kebudayaan,
bahasa dan kesusasteraan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK

Menurut Hashim Musa (2002), keadaan ini menunjukkan tujuan kedatangan


kerajaan China lebih cenderung ke arah memupuk perasaan menghormati,
memberi pengiktirafan dan mengenali perbezaan budaya antara mereka.
Kerajaan China tidak berminat untuk menguasai dan menjajah. Pengaruh China
dalam kebudayaan Melayu dapat dilihat melalui kelompok komuniti Baba dan
Nyonya di Melaka. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pengaruh dari China
tidak memberikan impak yang kuat ke atas tamadun Melayu, tidak sebagaimana
tamadun India. Malahan, komuniti China yang terbentuk dapat menyesuaikan
diri dengan masyarakat di Alam Melayu. Mereka mengadaptasi budaya Melayu
dalam kehidupan mereka. Justeru, budaya mereka dengan budaya asal dari
negara China amatlah berbeza.

3.1.3 Proses Indianisasi di Alam Melayu


Proses Indianisasi merujuk pada bagaimana kawasan di Alam Melayu menerima
pengaruh yang besar, khasnya daripada tamadun India dengan penerimaan
budaya dan nilai dari India. Pengaruh yang cukup besar meliputi kesan agama
Hindu-Buddha, nama kerajaan dan kawasan yang beridentitikan tamadun India,
sistem pentadbiran yang berkonsepkan „Raja‰ sebagai ketua negara sama
dengan sistem kerajaan di India dan pengaruh lain seperti bahasa Sanskrit dan
kesenian dari India. Antara senarai kerajaan Hindu-Buddha yang tercatat di
Alam Melayu seperti kerajaan Funan, Champa, Langkasuka, Angkor, Srivijaya
dan Majapahit yang wujud dalam sekitar abad ke-2 hingga abad ke-15 Masihi.

Sebenarnya, hubungan Alam Melayu dengan tamadun India sudah lama berlaku
iaitu semenjak awal tarikh Masihi lagi sebagaimana yang dinyatakan oleh Krom,
seorang sarjana Belanda dalam buku beliau yang bertajuk, Hindoe-Javaanshe
pada tahun 1931. Dalam buku ini menyebut tentang kedatangan orang India ke
Alam Melayu yang berlaku pada abad pertama hingga abad ke-8 Masihi. Mereka
datang atas tujuan perdagangan dan membina penempatan yang penting untuk
perdagangan. Menurut Krom, mereka terdiri daripada golongan saudagar atau
dikenali dengan panggilan „Vaisya‰ dalam sistem kasta masyarakat di India.
Kenyataan ini disokong oleh G. Coedes dengan mengaitkan kedatangan mereka
tentang „teori Vaisya‰. Golongan Vaisya ini juga telah berkahwin dengan gadis
tempatan dari keluarga yang ada pengaruh dalam masyarakat. Golongan Vaisya
ini bukan datang secara sendirian tetapi membawa kelompok Brahmin bersama
mereka semasa pelayaran ke Asia Tenggara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK  63

Golongan Brahmin merupakan golongan yang mempunyai kedudukan kasta


paling tinggi dalam masyarakat di India. Mereka amat dihormati dalam
masyarakat mereka. Kedatangan mereka mendapat penghormatan dalam
masyarakat dan memberi kesan ke atas sistem sosio-politik masyarakat Melayu.
Golongan Brahmin diberikan peluang untuk mengajar dan menjadi guru kepada
anak dalam masyarakat Melayu. Bukan setakat itu sahaja, golongan Brahmin
juga berperanan dalam penyusunan pentadbiran kerajaan dan mewujudkan
sistem beraja sebagaimana yang terdapat dalam tamadun India dipanggil sistem
Devaraja.

Jika diperhatikan Rajah 3.1, raja berada pada kedudukan tertinggi dalam sistem
pentadbiran masyarakat Melayu. Pembentukan sistem sebegini merupakan
manifestasi pembentukan empayar berasaskan sistem feudal. Dalam sistem ini,
raja berada di kemuncak kuasa kerajaan atau „piramid kuasa‰. Justeru, pengaruh
golongan Brahmin cukup besar dalam kerajaan di Alam Melayu.

Rajah 3.1: Kedudukan sistem politik masyarakat di Alam Melayu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK

Dari sini, bermulalah pengaruh India dalam aspek lain seperti undang-undang,
hukum-hakam dan upacara tertentu seperti upacara pertabalan raja dan
kesusasteraan di India. Nilai dan sistem ini menjadi pencetus penting ke atas
pengukuhan kedudukan raja dan pembesar-pembesar Melayu. Golongan ini
berperanan penting dan menjadi penasihat dalam banyak perkara, termasuklah
agama Hindu dan Buddha. Lama kelamaan, masyarakat di Alam Melayu boleh
menerima agama Hindu dan Buddha; menjadi anutan masyarakat mereka.

Keadaan ini merujuk pada proses yang dipanggil Hindunisasi di Alam Melayu.
Namun begitu, proses Hindunisasi ini hanya berlaku di kawasan istana dan
tidak merebak kepada masyarakat umum. Ini kerana menjadi adat dan budaya
agama Hindu bahawa kitab agama mereka iaitu kitab Veda hanya boleh dibaca
oleh kelompok kasta tertentu sahaja. Selain itu, kedatangan masyarakat India
juga membawa bahasa Sanskrit yang kemudiannya menjadi elemen penting
dalam memperkayakan perbendaharaan bahasa Melayu. Misalnya, nama
anggota badan seperti leher dan kepala diambil daripada bahasa Sanskrit. Antara
kesan teori Vaisya yang masih hidup hingga kini ialah kewujudan masyarakat
Ceti di Melaka. Mereka ialah warisan kedatangan datuk nenek moyang mereka
dulu dari India dan membuka petempatan di Alam Melayu.

3.1.4 Proses Islamisasi di Alam Melayu


Kedatangan Islam ke Alam Melayu dapat dikesan semenjak abad ke-7M. Proses
Islamisasi merujuk pada pengaruh agama Islam yang masuk secara besar-
besaran dalam segenap kehidupan masyarakat di Alam Melayu. Bagi sesetengah
sarjana seperti Naquib al-Attas, proses Islamisasi merupakan zaman pencerahan
di Alam Melayu. Ini kerana kehadiran Islam mengubah pandangan semesta
masyarakat Alam Melayu. Masyarakat mula beralih arah daripada kepercayaan
yang bersifat animisme, dinamisme dan dewa ke pentafsiran semula tentang
Pencipta. Mereka belajar tentang Islam melalui peranan para ahli sufi yang
datang bersama-sama para pedagang.

Para ahli sufi ini dikaitkan dengan peranan para pendakwah yang mempunyai
tanggunggjawab mengembangkan agama Islam di Alam Melayu. Mereka
dikaitkan sebagai golongan ulama yang menguasai ilmu berkaitan agama Islam.
Justeru, mereka merupakan kelompok penting yang memberikan maklumat
tentang kebesaran agama Islam dan konsep bertauhidkan Allah. Antara tokoh
sufi terkemuka di Alam Melayu seperti Sheikh Ismail, Syed Abdul Aziz, Hamzah
Fansuri dan lain-lain. Mereka memberikan sumbangan yang besar untuk
perkembangan Islam di Alam Melayu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK  65

Aktiviti perdagangan merupakan indikator penting dalam pengembangan


agama Islam di Alam Melayu. Kekayaan yang ada di Nusantara menarik ramai
masyarakat dunia untuk datang ke sini termasuklah pedagang dari Tanah Arab.
Kedatangan mereka membawa nilai Islamisasi ke dalam masyarakat Melayu. Ini
kerana aktiviti berdakwah tidak terhad kepada pendakwah dan ulama sahaja
dalam Islam, tetapi setiap orang Islam ialah pendakwah. Pedagang ini aktif
menyebarkan agama Islam di Alam Melayu. Sesetengah daripada mereka telah
berkahwin dengan masyarakat tempatan dan mewujudkan darah kacukan yang
membentuk pluraliti masyarakat di Alam Melayu. Perkembangan agama Islam
di Alam Melayu bermula dengan tempat yang dikaitkan dengan perdagangan
seperti Perlak (abad ke-9M), Pasai (abad ke-11 hingga abad ke-14M), Sulu (abad
ke-13M), Melaka (abad ke-15 hingga abad ke-16M), Brunei (abad ke-16M), Acheh
(abad ke-17M) dan lain-lain lagi.

Kedatangan Islam memberikan impak yang penting bukan sahaja dari aspek
pandangan semesta dan mempercayai kewujudan pencipta iaitu Allah s.w.t.,
tetapi merentasi aspek material. Perubahan yang paling jelas ialah konsep ketua
negara iaitu pemerintahan yang diketuai oleh seorang raja bertukar menjadi
fungsi sultan. Konsep raja dalam agama Hindu yang dikaitkan dengan konsep
Devaraja (wakil Dewa di dunia) dan konsep ini berubah menjadi konsep
hablumminallah (berbuat baik kepada Allah) dan hablumminannas (berbuat
baik kepada manusia). Justeru, sistem politik, pemerintahan, undang-undang,
kesenian, sastera, ekonomi, sosial, adat dan cara hidup dikaitkan dengan
pengaruh Islam dalam kehidupan.

3.1.5 Melaka Sebagai Pusat Pertemuan Masyarakat


Ungkapan yang digunakan untuk merujuk pada fungsi Melaka ialah „The
Venice of The East‰ yang menggambarkan betapa sibuknya pelabuhan
Melaka pada waktu itu yang memainkan fungsi sebagai pelabuhan entreport.
Terdapat ribuan kapal melalui Selat Melaka. Keadaan ini sudah cukup untuk
menggambarkan betapa sibuknya Melaka pada waktu itu. Namun begitu,
perdagangan dapat diuruskan dengan baik kerana Melaka mampu mengurus
dan mentadbir dengan baik. Justeru, Melaka menerima pelbagai masyarakat di
segenap dunia yang datang untuk berdagang. Pada masa itu, tiada konflik yang
berlaku. Keadaan ini menunjukkan niat kedatangan mereka adalah untuk
berniaga dan bukan menguasai kawasan. Malahan mereka yang datang boleh
pula berakomodasi dengan para pedagang lain. Pada masa ini, bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar atau lingua franca sehingga membolehkan mereka
yang hendak berdagang menggunakan bahasa Melayu. Menurut rekod, terdapat
lebih 80 bahasa dan dialek pertuturan terdapat di Melaka pada waktu itu. Oleh
itu, ciri penting yang uniknya pada masa kemuncak kerajaan Melaka ialah
fenomena kepluralitian budaya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
66  TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK

Antara kesan penting dalam pembentukan masyarakat hasil daripada proses


Islamisasi dan aktiviti perdagangan di Melaka ialah kewujudan masyarakat
India Muslim. Masyarakat India Muslim ini dikaitkan dengan perkahwinan
campur. Proses Islamisasi juga berlaku di India dan sebahagian daripada
mereka juga ada yang berdagang terutama dari Goa, India. Penerimaan Islam
menyebabkan masyarakat India juga bergerak menyebarkan Islam di Alam
Melayu. Perkahwinan antara masyarakat pedagang dari India yang beragama
Islam dengan warga tempatan mewujudkan satu komuniti iaitu komuniti India
Muslim. Nama Tanjung Kling di Melaka diberikan oleh Portugis setelah
mendapati kawasan tersebut terdapat ramai pekerja India. Kewujudan kelompok
India Muslim memainkan peranan penting dalam kerajaan Melaka.

Selain itu, kelompok masyarakat yang dianggap penting di Melaka selain India
Muslim ialah masyarakat Melayu-Arab, Masyarakat Cina Peranakan (Baba dan
Nyonya) dan masyarakat Serani. Masyarakat Melayu-Arab terhasil akibat
perkahwinan darah kacukan masyarakat tempatan dengan pedagang dari Tanah
Arab. Masyarakat ini dapat dikenali dengan gelaran „Syed ‰ atau „Sayyid ‰ yang
merujuk kepada „pengetua‰ atau „ketua suku‰, selain mempunyai ciri-ciri ras
yang berbeza seperti berkulit cerah, tinggi dan hidung yang mancung
berbanding dengan masyarakat Melayu.

Masyarakat Cina Peranakan ialah sekelompok masyarakat yang unik di Melaka


(lihat Rajah 3.2). Kelompok ini terdapat di beberapa tempat sahaja di Asia seperti
di Melaka, Singapura dan Pulau Pinang. Akan tetapi, biasanya mereka lebih
ramai di Melaka. Kelompok ini dikaitkan dengan keturunan Puteri Hang Li Po
yang dihantar berkahwin dengan Sultan Mansur Shah sebagai tanda keakraban
antara kerajaan China dan Melaka semasa zaman Dinasti Ming. Kelompok ini
mengalami proses akulturasi dan asimilasi budaya di sini. Justeru, budaya
mereka berbeza berbanding budaya keturunan mereka di negara asal mereka
iaitu China. Kelompok ini bilangannya kecil dan membina perkampungan
mereka sendiri di Melaka. Selain masyarakat Baba dan Nyonya (berketurunan
Cina), terdapat sekelompok masyarakat lagi di Melaka yang mengalami proses
yang sama iaitu masyarakat Ceti (berketurunan India).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK  67

Rajah 3.2: Masyarakat Cina Peranakan


Sumber: http://alfgee.wordpress.com/2009/09/21/ai-lins-wedding-dinner-19909-
melaka/

Masyarakat Serani dikenali juga sebagai kelompok Portugis. Kelompok ini


wujud hasil daripada interaksi dan juga perkahwinan campur dengan warga
tempatan. Komuniti mereka terdapat di kawasan Perkampungan Portugis,
Melaka. Oleh itu, kewujudan pelbagai masyarakat di Melaka ini sudah jelas
menggambarkan tahap interaksi yang tinggi pada suatu masa dahulu di Melaka
akibat limpahan perdagangan. Kesimpulannya, Melaka menjadi tempat
pertembungan budaya, pinjam meminjam sifat budaya, proses difusi, akulturasi,
asimilasi dan amalgamasi (kahwin campur).

AKTIVITI 3.1

Bezakan antara konsep pluraliti dan masyarakat plural. Tunjukkan


aplikasinya dalam konteks masyarakat Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK

3.2 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURAL


ZAMAN KOLONIAL
Pembentukan kategori etnik boleh terjadi melalui pelbagai cara. Antaranya
seperti penaklukan, penjajahan, perpindahan, pembentukan negara liberal
demokratik dan perkembangan dalam kapitalisme dan imperialisme. Jika kita
rujuk pada konteks Malaysia, kita dapat lihat pengkategorian etnik ini melalui
proses penaklukan, penjajahan dan perpindahan. Dalam bahagian ini, kita akan
cuba memperincikan bagaimana proses pembentukan masyarakat berlaku di
Malaysia melalui dasar yang diwujudkan oleh British iaitu Dasar Pecah dan
Perintah. Dasar British membawa buruh dari luar dan mengekalkan fungsi
ekonomi orang Melayu dalam sektor pertanian dan perikanan menyebabkan
masyarakat di Tanah Melayu membentuk masyarakat majmuk dan rencam
sebagaimana dibincangkan oleh J. F. Furnivall.

3.2.1 Proses Penguasaan British ke Atas


Negeri-negeri Melayu
Boleh dikatakan hampir kesemua negeri di Alam Melayu menerima pengaruh
Barat. Bagi sesetengah sarjana, mereka suka mengaitkan kedatangan Barat
dengan proses pembaratan di rantau ini. Proses pembaratan sering
disamaertikan dengan modenisasi. Kedatangan Barat ke Alam Melayu
membawa matlamat tiga serangkai yang jelas iaitu keagamaan, kebudayaan dan
kemegahan. Justeru, kedatangan mereka bukan sahaja untuk berniaga malahan
untuk menguasai dan mendominasi rantau ini.

Pada tahun 1511, orang Portugis menakluk Melaka dan berkuasa sehingga
Melaka jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641. Sepanyol menjajah Filipina
pada tiga dekad terakhir abad ke-16 sehingga Amerika mengambil alih dalam
peperangan Sepanyol dan Amerika pada tahun 1898. Kerajaan Belanda
menguasai Indonesia dari tahun 1605 hingga 1945. British pula menguasai Tanah
Melayu (Malaysia) bermula dari tahun 1786 hingga 1942. Tetapi sebelum itu,
Melaka pernah dikuasai oleh Portugis dan Belanda hingga termenterainya
Perjanjian Inggeris-Belanda tahun 1824. Tanah Melayu juga pernah dikuasai
Jepun selama tiga tahun setengah dari 1942 hingga 1945 sebelum dikuasai
semula oleh British pada tahun 1945 hingga 1957. Sementara itu, Sabah dan
Sarawak dibebaskan dari cengkaman penjajah British pada tahun 1963 apabila
dua buah negeri tersebut menyertai gagasan pembentukan Persekutuan
Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK  69

Revolusi Industri di Eropah yang memerlukan bahan mentah mendesak Barat


untuk menggerakkan industri perkilangan di negara mereka. Antara tempat
yang dijadikan tumpuan mereka untuk mendapatkan keperluan ini ialah di
Alam Melayu. Apabila British datang ke Tanah Melayu, mereka mengamalkan
dasar campur tangan dalam sistem politik dan pemerintahan di negeri-negeri
Melayu. Antara peluang paling besar yang membuka ruang untuk dasar campur
tangan British di negeri-negeri Melayu ialah perjanjian Pangkor pada 20 Januari
1874 (lihat Rajah 3.3).

Rajah 3.3: Watikah permahsyuran Perjanjian Pangkor 1874


Sumber: http://mytravelmyfood.blogspot.com/2011/10/cuti-cuti-pangkor-part-2-i.html

Perjanjian ini memberi kebenaran kepada British untuk campur tangan di


Negeri-negeri Melayu bermula dengan negeri Perak yang menghadapi krisis
pentadbiran setelah kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871. Apabila Sultan Ali
mangkat, Raja Muda iaitu Raja Abdullah sepatutnya dilantik sebagai sultan baru
tetapi disebabkan baginda tidak hadir semasa upacara pengkebumian, maka
Raja Bendahara Ismail diangkat dan ditabalkan sebagai sultan. Tambahan pula,
baginda mempunyai pengikut yang ramai. Ini menyebabkan Raja Abdullah tidak
puas hati dan meminta bantuan British.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK

Ini merupakan satu kesilapan besar Raja Muda Abdullah kerana bersetuju
memberikan peluang kepada British untuk mencampuri urusan pentadbiran
negeri Perak. Sebenarnya, ketika Raja Muda Abdullah membuat perjanjian ini,
beliau sendiri tidak memahami isi perjanjian yang telah termeterai. Apa yang
penting bagi beliau ialah mengekalkan kedudukannya sebagai raja di Perak.

Pada masa yang sama, British sebenarnya amat berminat dengan Perak kerana
Perak merupakan pengeluar bijih timah utama di Tanah Melayu. Ketika itu,
British sudah menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Oleh yang
demikian, British berada pada keadaan yang agak stabil.

Pada masa yang sama, Perang Larut berlaku antara dua kumpulan kongsi gelap
iaitu Kongsi Gelap Ghee Hin dan Kongsi Gelap Hai San untuk merebut lombong
bijih dan mengganggu perniagaan bijih timah British. Raja Abdullah meminta
British campur tangan untuk menyelesaikan permasalahan tersebut dan
meminta supaya Perak diletakkan di bawah naungan Inggeris.

Perjanjian Pangkor melibatkan perjanjian antara Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir


Andrew Clarke mewakili British dengan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di
Hilir Perak bersama-sama dengan pembesar yang menyokong baginda iaitu
Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Syahbandar, Raja Mahkota,
Laksamana dan DatoÊ Sagor.

Perjanjian ini membolehkan British berani bertindak dengan menurunkan Sultan


Ismail yang berkuasa di Hulu Perak dan Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai
pemerintah di Larut Perak. Raja Ismail tidak mengiktiraf perjanjian tersebut dan
Raja Muda Abdullah telah diiktiraf sebagai sultan yang sah. J. W. W. Birch telah
dilantik menjadi Residen British yang pertama di Perak. Maka bermulalah
campur tangan British di negeri-negeri Melayu di Perak. Peluang ini digunakan
oleh British untuk membuka lombong bijih timah dan ladang getah di Perak.

Kemudian, penguasaan British mula menular ke atas negeri-negeri Melayu yang


lain iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Pahang dan kemudian dikenali dengan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Justeru, di negeri-negeri Melayu terdapat tiga
bentuk pentadbiran iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang menerima
penasihat British, Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Negeri-negeri Selat merupakan konsep negeri-negeri yang diwujudkan oleh


British pada tahun 1826. Negeri-negeri ini berada di bawah takluk British secara
langsung. Negeri-negeri berkenaan termasuk Pulau Pinang, Melaka, Singapura
dan Dinding (Manjung) di Perak. Negeri-negeri Selat juga dikenali sebagai
kawasan Penempatan Selat yang merupakan gabungan kawasan yang dimiliki
oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Asia Tenggara. Justeru, sesiapa
yang lahir di Negeri-negeri Selat dianggap sebagai rakyat British dan bukannya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK  71

rakyat raja. Sementara itu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu merujuk pada
negeri-negeri seperti Johor, Kelantan Terengganu, Kedah dan Perlis. Negeri-
negeri ini tidak berada di bawah jajahan takluk British. Negeri-negeri seperti
Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu berada di bawah pengaruh Siam.
Namun, pada tahun 1909, Siam menandatangani Perjanjian Bangkok untuk
memindahkan hak mereka terhadap Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Kemudian, pihak British memaksa Negeri-negeri Melayu berkenaan untuk
menandatangani perjanjian seperti perjanjian dengan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Sementara itu, pada tahun 1885, Johor juga terpaksa akur dengan
Perjanjian Perlindungan dengan British akibat tekanan untuk menerima
Penasihat British pada tahun 1904.

Bahkan, lengkap penguasaan British ke atas negeri-negeri Melayu melalui


kewujudan Penasihat British sebagai penasihat untuk Raja-raja Melayu. Sering
kali, raja-raja Melayu perlu akur dengan nasihat yang dibawa oleh penasihat
British berkenaan. Walaupun British menguasai negeri-negeri Melayu, tetapi
British tetap menjaga sovereignty (kedaulatan) dan menghormati kuasa pemutus
di tangan raja. Cuma, semasa membuat keputusan dalam hal-hal ekonomi,
penasihat British tidak meminta perkenan daripada raja kerana British
berpendapat Melayu untuk orang Melayu. Alasan ini menyebabkan para sarjana
seperti Khoo Kay Kim, Zainal Kling dan sebagainya menyatakan negeri-negeri
Melayu tidak dijajah sehingga Perang Dunia Kedua. Kerajaan Melayu sebelum
Perang Dunia Kedua dipanggil „Protected Malay State‰. Ini memberikan
gambaran bahawa British menjaga dan memberikan perlindungan kepada
negeri-negeri Melayu.

3.2.2 Pembentukan Masyarakat Zaman Pendudukan


British
Bermula pertengahan abad ke-19, kaum Cina dan India dibawa masuk oleh
British ke negeri-negeri Melayu. Langkah ini dikaitkan dengan perkembangan
ekonomi apabila British ingin menggerakkan aktiviti perlombongan dan
pembukaan ladang yang luas untuk tujuan ekonomi kerajaan British. Tanah
Melayu merupakan kawasan yang kaya dengan sumber bahan mentah. Peluang
ini digunakan oleh British untuk mengeksploitasi sepenuhnya kekayaan tersebut.
Untuk menjayakan matlamat British ini, buruh yang ramai telah dibawa masuk
dari China dan India. Fenomena ini berterusan sehingga Perang Dunia Kedua.
Dasar yang diwujudkan oleh British ini dikenali dengan dasar „Pecah dan
Perintah‰ (Divide and Rule). Dasar ini melemahkan penglibatan kaum Melayu
dalam pembangunan negeri-negeri dan dalam masa yang sama penglibatan
kaum imigran diberikan pengiktirafan. Dasar ini mengubah struktur dan
landskap kependudukan masyarakat di Tanah Melayu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK

Kemasukan orang Cina meningkat pada awal abad ke-20, misalnya pada tahun
1941, kaum Cina merupakan kaum yang terbesar di Tanah Melayu iaitu
berjumlah 43 peratus berbanding dengan orang Melayu 41 peratus sahaja.
Menjelang tahun 1921, kira-kira 22 peratus daripada jumlah orang Cina telah
dilahirkan di Tanah Melayu. Namun selepas Perang Kedua, orang Cina
menyumbang pada 37.1 peratus jumlah penduduk di Tanah Melayu. Ini kerana
sebahagian besar orang Cina di Tanah Melayu balik ke negara asal mereka.
Keadaan di negara China yang tidak aman, serta masalah sosial dan ekonomi
yang tidak stabil menjadi pendorong kepada mereka untuk mencari peluang
yang lebih baik di luar negara China. Keadaan ini ditambah pula dengan
perkembangan yang pesat di Tanah Melayu dari aspek ekonomi dan kestabilan
politik yang menarik minat mereka. Kemasukan mereka ke Tanah Melayu ialah
melalui sistem tiket kredit, sistem pengambilan personal dan sistem
pengambilan rumah kongsi. Sub etnik Cina yang datang termasuklah orang
Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Mereka menjalankan fungsi
ekonomi berdasarkan sub etnik. Ramai orang Hokkien menjadi peniaga. Orang
Kantonis dan Hakka menjadi pelombong dan tertumpu di kawasan bijih timah.
Orang Teochew tertumpu di kawasan pertanian seperti ladang gambir, lada
hitam dan tebu. Orang Hailam pula bekerja sebagai orang gaji di rumah orang
British dan sesetangah mereka membuka ladang getah dan kedai minuman.

Kemasukan orang India ke Tanah Melayu lebih kecil berbanding dengan


kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu. Jumlah orang India di Tanah Melayu
pada tahun 1911 adalah seramai 267,159 orang. Pada tahun 1921, jumlah ini
menunjukkan peningkatan seramai 470,099 orang di Tanah Melayu. Pada tahun
1931, jumlah penduduk India di Tanah Melayu adalah seramai 621,847 orang.
Pada tahun 1921, lebih kurang 12 peratus daripada jumlah penduduk India
dilahirkan di Tanah Melayu dan pada tahun 1957 lebih kurang 62.1 peratus
orang India yang dilahirkan di Tanah Melayu. Pada tahun 1957, jumlah bilangan
orang India di Tanah Melayu ialah 695,985 iaitu mewakili 11 peratus daripada
jumlah penduduk di Tanah Melayu. Keadaan sosioekonomi di India yang
kurang stabil dan bergolak mendesak mereka mencari sumber pendapatan yang
lebih baik.

Malahan, galakan daripada kerajaan British dan perkembangan perusahaan


getah memberikan peluang kepada orang India untuk mengubah nasib mereka
di rantau ini. Kebanyakan orang India yang datang bekerja dalam sektor
perladangan dan jabatan kerajaan. Mereka masuk melalui sistem Negeri-negeri
Melayu yang disediakan oleh British seperti sistem buruh kontrak, sistem
kangani dan buruh bebas. Kebanyakan yang datang berbangsa Tamil dan
menyumbang 32 peratus jumlah penduduk kaum India di Tanah Melayu pada
tahun 1931. Selain itu, terdapat juga sub etnik India lain seperti Malayali
(6 peratus), Telegu (5 peratus) dan kelompok India Utara seperti etnik Punjabi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK  73

(Sikh), Benggali, Sindhi, Gujerati, Parsis dan Marwaris. Kebanyakan mereka


terlibat dalam perniagaan manakala kelompok Sikh bekerja dalam sektor
keselamatan seperti polis.

Oleh yang demikian, pembentukan masyarakat Tanah Melayu (Malaysia)


selepas merdeka dibentuk oleh tiga kaum terbesar iaitu kaum Melayu, Cina dan
India. Kaum Melayu sebagai penduduk asal berada di kawasan kampung atau di
kawasan pedalaman. Mereka membentuk sebahagian besar jumlah penduduk di
Tanah Melayu melebihi 50 peratus penduduk dan juga terdiri daripada pelbagai
sub etnik Melayu seperti suku Melayu, Banjar, Bugis, Jawa, Champa, Jambi,
Kerinchi, Mandailing, Aceh, Minang, Riau dan sebagainya. Selain itu, penduduk
pribumi di Sabah dan Sarawak, serta Orang Asli atau Orang Asal menyumbang
kepada pembentukan masyarakat Malaysia selepas merdeka. Mari kita rujuk
Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Jumlah Penduduk Malaysia Tahun 2006

Etnik Jumlah Ikut Etnik


Bumiputra
Bukan Melayu 13.48 juta (50.60 %)
Melayu 2.93 juta (11.11 %)
Bukan Bumiputra
Cina 6.22 juta (23.34%)
India 1.88 juta (6.98%)
Lain-lain 318.9 ribu (1.19%)
Penduduk Asing 1.84 juta (6.90%)
Jumlah 26.64 juta

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Demografi_Malaysia

Jika diperhatikan sebelum tahun 1848, seluruh penduduk di Tanah Melayu


terdiri daripada orang Melayu. Namun, selepas perkembangan perusahaan bijih
timah dan getah pada abad ke-19 dan abad ke-20, aktiviti penghijrahan
memainkan peranan penting dalam membawa penghijrahan orang Cina dan
India ke Tanah Melayu. Menjelang tahun 1931, jumlah kaum imigran pernah
mencatatkan jumlah yang besar melebihi penduduk Melayu di Tanah Melayu.
Kewujudan masyarakat yang mengekalkan budaya dan identiti masing-masing
membentuk masyarakat yang majmuk. Niat kaum imigran yang datang untuk
mencari nafkah pada awalnya bertukar dan memilih untuk menetap dan tinggal
selesa di sini. Ini dibuktikan melalui usaha yang dilakukan apabila kaum
Melayu, Cina dan India yang duduk semeja untuk menuntut kemerdekaan
negara ini daripada British pada 31 Ogos 1957 dan pada 16 September 1963,
apabila kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura menganggotai Persekutuan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK

Malaysia. Pada tahun 1965, Singapura pula keluar daripada Malaysia. Malahan,
Malaysia kekal hingga sekarang dan hidup dalam harmoni merangkumi
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Semenanjung Malaysia terdiri
daripada tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina, India dan Orang Asli atau orang
peribumi. Sabah dan Sarawak pula terdiri daripada masyarakat peribumi seperti
Kadazan, Iban, Bidayuh dan sebagainya.

3.2.3 Kemerdekaan Tanah Melayu dan Kerjasama


Pelbagai Etnik
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan zaman yang paling bermakna
kepada masyarakat Melayu khasnya. Ini kerana kezaliman Jepun telah membuka
mata penduduk di Tanah Melayu betapa pentingnya bangsa mereka sendiri
memerintah dan mentadbir negeri ini. Penjajahan Jepun berlangsung selama tiga
tahun setengah iaitu bermula 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945.
Apabila bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos 1945 yang
mengorbankan ratusan ribu penduduk negara Jepun, Jepun mengundurkan diri
daripada Tanah Melayu.

Ketika Jepun menyerah kalah, orang Melayu belum sempat menyusun langkah
untuk menguasai Tanah Melayu. Dalam tempoh dua minggu semasa
pengunduran Jepun di Tanah Melayu, kuasa pemerintahan dikuasai oleh Tentera
Bintang Tiga atau dikenali dengan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA)
yang dianggotai oleh orang Cina. Ramai orang Cina menganggotai MPAJA kerana
layanan Jepun terhadap orang Cina sangat zalim. Mengikut sejarah Jepun dan
China pernah berperang dan dendam lama masih mekar dalam kalangan tentera
Jepun terhadap orang Cina. Oleh itu, Jepun melayan orang Cina dengan lebih
zalim berbanding kaum Melayu dan India. Semasa pendudukan Jepun, Tentera
Bintang Tiga diresapi oleh ideologi Komunis dan mempunyai matlamat untuk
memerintah negara ini. Tentera Bintang Tiga kemudian dikenali dengan Parti
Komunis Malaya (PKM) yang ditubuhkan secara rasmi pada 1930.

Sekembalinya British ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua pada


September 1945, mereka mengambil langkah untuk menubuhkan sebuah negara
bangsa. British cuba menggabungkan negeri-negeri Melayu dengan tanah
jajahan British. Negeri-negeri Selat mempunyai jumlah orang Melayu yang
rendah berbanding dengan kaum lain. Hal ini merupakan strategi British untuk
menggugat ketuanan Melayu. Sekembalinya British, mereka memperkenalkan
British Military Administration (BMA) yang menggabungkan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri
Selat. Usaha ini dilakukan melalui penubuhan Malayan Union. Ini kerana British

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK  75

mendapati kekalahan di tangan Jepun sebelum ini disebabkan kelemahan dari


segi pentadbiran yang mempunyai pelbagai peringkat pentadbiran. Ciri-ciri
Malayan Union adalah seperti berikut:

(a) Semua Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak


Bersekutu serta dua Negeri Selat digabungkan, kecuali Singapura;

(b) Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor British yang dilantik oleh
Ratu England;

(c) Singapura diasingkan kerana kepentingan sebagai sebuah pelabuhan bebas;

(d) Memberikan taraf kewarganegaraan yang sama rata melalui prinsip Jus
Soli;
(e) Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu yang hanya berkuasa
dalam bidang adat istiadat Melayu dan agama Islam; dan

(f) Seorang Pesuruhjaya Negeri akan dilantik untuk menjadi ketua pentadbir
di setiap negeri.

Namun begitu, Malayan Union ditentang oleh orang Melayu kerana Malayan
Union bererti kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan, perlindungan untuk
orang Melayu hilang dan masa depan orang Melayu tidak terjamin. Oleh itu,
DatoÊ Onn bin Jaafar bersama Malay Civil Service bersatu dan menentang
Malayan Union atas dasar tujuan untuk mengembalikan „kedaulatan‰ orang
Melayu dan buat pertama kali slogan „Hidup Melayu‰ dilaungkan.

Namun begitu, British berusaha mendapatkan sokongan daripada raja-raja


Melayu, maka Sir Harold Mac Michael dihantar untuk mendapat tandatangan
tersebut. Tandatangan raja-raja Melayu diperolehi menggunakan tipu helah dan
ada juga melalui paksaan. Malayan Union akhirnya ditubuhkan secara rasmi
pada 1 April 1946 dan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor Malayan Union
yang pertama. Namun begitu, struktur baru ini mendapat tentangan kuat
daripada orang Melayu yang diketuai oleh DatoÊ Onn.

Orang Melayu menentang Malayan Union di Tapah, Perak dan juga di Johor.
Tentangan ini dapat mengumpulkan seramai 10,000 orang Melayu untuk
menunjukkan bantahan terhadap Malayan Union. Penentangan orang Melayu
berlaku di seluruh Tanah Melayu dan DatoÊ Onn muncul sebagai wira dalam
kalangan orang Melayu dan memperjuangkan „Hidup Melayu‰. Ini ialah
perjuangan hidup mati orang Melayu buat pertama kali dalam sejarah.
Kesedaran yang wujud dalam kalangan orang Melayu membawa pada
penyatuan bagi Melayu ketika itu. Orang Melayu bersatu menentang Malayan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK

Union yang menjurus kepada agenda perpaduan Melayu. Pada 1 Mac 1946, satu
mesyuarat diadakan di Kelab Sulaiman Kuala Lumpur untuk membincangkan
perpaduan Melayu. Kemuncaknya, pada 11 Mei 1946, satu kata putus telah
diperolehi dalam perhimpunan Melayu terbesar di Istana Besar, Johor Bahru,
Johor untuk penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR)
atau kemudiannya lebih popular dengan bahasa Inggeris iaitu United Malay
National Organisation (UMNO). Dengan penubuhan ini, dapat dilihat dengan
jelas bahawa agenda DatoÊ Onn menjadi agenda UMNO dan agenda UMNO
telah menjadi agenda Melayu.

British mulai sedar tanpa sokongan orang Melayu mustahil Malayan Union
dapat dilaksanakan. Maka, Malayan Union hanya bertahan selama tiga bulan
sahaja iaitu bermula pada 1 April 1946 hingga 1 Julai 1946 akibat penentangan
yang hebat daripada orang Melayu, UMNO dan raja-raja Melayu. Sir Edward
Gent menjadi Gabernor Malayan Union yang pertama dan terakhir. Pada tahun
1946, satu jawatankuasa kerja ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan ke
arah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu yang melibatkan raja-raja
Melayu, pemimpin UMNO dan pegawai British untuk membincangkan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Pada Februari 1948,
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan oleh British dan
mengembalikan semula kedudukan raja-raja Melayu. Ini bermakna kedaulatan
Tanah Melayu dipulangkan semula kepada raja-raja Melayu.

Pada Ogos 1951, UMNO dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
menggantikan DatoÊ Onn yang telah meletakkan jawatan. Ini kerana DatoÊ Onn
kecewa kerana cadangan beliau untuk membuka keahlian UMNO kepada semua
kaum gagal. Beliau kemudian menubuhkan Independent Merdeka Party (IMP).
Idea beliau ini adalah sebagai menyahut saranan yang dibawa oleh Sir Malcolm
Mac Donald, Pesuruhjaya Tinggi British di Asia Tenggara yang mengutarakan
kemerdekaan memerlukan kerjasama pelbagai kaum. Satu Jawatankuasa
Perhubungan Antara Kaum (Communities Liason Committee ă CLC)
ditubuhkan pada tahun 1949 yang berperanan untuk menyelesaikan masalah
perlembagaan, politik dan ekonomi. Pemimpin pelbagai golongan etnik
berbincang secara terbuka dalam pelbagai isu. Kerjasama dalam CLC yang
melibatkan etnik utama ini mendorong pada cetusan idea satu parti untuk
semua kaum. Ini menyebabkan, DatoÊ Onn bercadang untuk membuka UMNO
kepada semua kaum tetapi gagal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK  77

Idea Tunku untuk mengekalkan UMNO untuk kaum Melayu dan bergabung
dengan parti etnik lain diterima. Justeru, satu gabungan yang melibatkan tiga
etnik terbesar berjaya dibentuk dikenali dengan nama Parti Perikatan untuk
menghadapi pilihan raya pada 1955. Dalam pilihan raya ini, Parti Perikatan
mendapat kemenangan yang besar iaitu 51 dari 52 buah kerusi yang
dipertandingkan. Alasan ini digunakan oleh Tunku untuk menunjukkan pada
British bahawa pelbagai kaum di Tanah Melayu sudah siap sedia untuk
mentadbir negara ini dan mahu menuntut kemerdekaan dari British.

Oleh yang demikian, satu rombongan dihantar ke London pada 1956 untuk
merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu yang diketuai oleh Tunku dan
pemimpin kaum yang lain. Pada 8 Februari 1956, menerusi Perjanjian London,
kerajaan British bersetuju memberikan kemerdekaan pada Persekutuan Tanah
Melayu. Sekembalinya mereka dari London, sambutan diadakan pada 20
Februari 1956 yang diadakan di Hilir Melaka iaitu tempat pertama negara ini
ditawan oleh penjajah Barat. Tarikh kemerdekaan diumumkan pada masa itu
iaitu pada 31 Ogos 1957. Pada tarikh ini, lahirlah sebuah Persekutuan Tanah
Melayu yang merdeka dan bendera Union Jack diturunkan.

Tarikh kemerdekaan ini juga merakam peristiwa yang mana kedaulatan


berpindah daripada raja kepada rakyat. Situasi ini dapat dilihat apabila rakyat
berperanan dalam menentukan siapa yang akan memerintah negara ini melalui
pilihan raya. Ini merupakan satu bentuk pemodenan yang tidak ada sebelum ini.
Penguasaan British ke atas Tanah Melayu membentuk budaya yang penting iaitu
budaya National League Institutional yang membolehkan kaum etnik Melayu
membangunkan negara. Proses modenisasi dan mobiliti sosial berlaku dalam
masyarakat dan dalam masa yang sama masih berpegang kuat pada agama Islam.

Antara peristiwa yang merupakan detik hitam dalam sejarah negara kita ialah
peristiwa 13 Mei 1969. Ia berlaku 12 tahun selepas Merdeka. Peristiwa ini
merupakan rusuhan kaum yang terbesar berlaku di Tanah Melayu sebagai
respon sifat prejudis antara etnik dan jarak sosio ekonomi yang ketara antara
etnik. Peristiwa ini mengorbankan 196 orang, 180 cedera akibat senjata api dan
259 cedera akibat senjata lain, sembilan ribu seratus empat puluh tiga orang
ditangkap dan 5,561 daripadanya didakwa di mahkamah. Enam ribu orang
kehilangan tempat tinggal dan sekurang-kurangnya 211 buah kenderaan dan 753
buah bangunan telah musnah dan rosak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK

Jika dilihat dari aspek lain, peristiwa ini memberikan kesedaran kepada parti
memerintah bahawa amat penting menguruskan perpaduan antara etnik.
Rentetan daripada peristiwa ini, undang-undang darurat diisytiharkan, parlimen
digantung dan Majlis Gerakan Negara ditubuhkan. Selain itu, untuk memantapkan
lagi hubungan etnik, kerajaan merangka Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang mempunyai matlamat serampang dua mata.

Pada tahun 1960, Tunku mengistiharkan untuk bergabung dengan Singapura,


Sabah dan Sarawak. Dalam cadangan asal Brunei juga dimasukkan dalam
penggabungan ini, tetapi akhirnya negara itu menarik diri disebabkan isu
„Kekananan Raja‰ dan minyak yang tidak dapat diselesaikan. Selain itu, terdapat
golongan berhaluan kiri kuat dan menolak sistem pilihan raya. Penggabungan
Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak melahirkan sebuah
negara yang diberi nama Malaysia pada 16 September 1963. Namun begitu,
Singapura telah dikeluarkan dari Malaysia pada tahun 1965 disebabkan isu
„Malaysian Malaysia‰ yang dibawa oleh People Action Party (PAP) yang
diketuai oleh Lee Kuan Yew. Kemudian, Singapura berdiri sendiri sebagai entiti
negara bangsa yang berasingan. Selepas Merdeka, Malaysia ditadbir secara
bersama melibatkan pelbagai etnik.

AKTIVITI 3.2
Secara berkumpulan, bincangkan bagaimana proses kemerdekaan
negara ini dituntut melibatkan usaha yang digemblengkan bersama
antara etnik Melayu, Cina dan India. Kemudian, bentangkan di dalam
kelas.

3.3 MASYARAKAT SABAH DAN SARAWAK


Hubungan etnik di Sabah dan Sarawak aman dan tidak menunjukkan
berlakunya pergeseran etnik yang serius. Ia bolehlah dirujuk sebagai satu model
perhubungan etnik yang komprehensif di Malaysia kerana setiap kaum
menyumbang pada kewujudan hubungan etnik yang harmonis. Masyarakatnya
walaupun begitu rencam tetapi mereka boleh hidup sebagai sebuah keluarga
dengan mengenepikan buruk sangka dan prejudis dalam masyarakat. Unsur luar
seperti isu masyarakat Suluk Tausuk yang menuntut wilayah mereka dari
Sabah adalah lebih besar jika dibandingkan dengan konflik yang sedia ada.
Isu ini bukan berkait dengan hubungan etnik tetapi lebih pada isu pensejarahan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK  79

3.3.1 Proses Pembentukan Masyarakat Sabah


Menurut banci penduduk pada tahun 2010, penduduk Sabah berjumlah 3.2 juta
orang dan terdiri daripada lebih 32 suku etnik yang bertutur dalam lebih 80
dialek tempatan. Masyarakat bumiputera merupakan kaum majoriti diikuti oleh
kaum lain seperti Cina dan lain-lain etnik. Terdapat juga rakyat asing yang
berhijrah dari negara jiran seperti Filipina dan Indonesia. Untuk maklumat
terperinci sila rujuk Jadual 3.2.

Jadual 3.2: Jumlah Penduduk di Sabah Mengikut Etnik Utama

Etnik dan Suku Etnik Tahun 2010


Kadazan-Dusun 568,575
Murut 102,393
Bajau 450,279
Melayu 184,197
Bumiputera lain 659,865
Cina 295,674
Lain-lain etnik 55,980
Warga asing 889,779
Jumlah 3,206,742

Sumber: Jabatan Perangkaan Tahun (2010)

Merujuk pada Jadual 3.2, etnik terbesar di Sabah ialah terdiri daripada etnik
Kadazan-Dusun, Murut dan Bajau. Selain itu, lain-lain kelompok etnik
bumiputera ialah Bisaya, Kadayun, Orang Sungai, Suang Latut, Melayu Brunei
dan lain-lain.

Menurut Bilchar Bala (2007), masyarakat Sabah pada awalnya terdiri daripada
beberapa suku etnik peribumi sahaja, tetapi disebabkan oleh migrasi masyarakat
telah berubah menjadi rencam. Pada awal abad ke-10M berlaku migrasi dari
negeri China, India, Filipina dan Sulu, kepulauan Cocos dan Maluku, Indonesia
dan lain-lain. Terdapat pelbagai suku etnik di Sabah yang dapat dikenali
berdasarkan penempatan. Rujuk Jadual 3.3 untuk mendapatkan maklumat
terperinci.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK

Jadual 3.3: Kelompok Etnik Utama dan Kawasan Penempatan

Bil Kelompok Etnik Kawasan Penempatan


1. Kadazan-Dusun Penampang, Tuaran, Papar, Tamparuli dan Tambunan
2. Murut Pensiangan, Keningau dan Nabawan
3. Lun Dayeh Magalong dan Long Pasia
4. Bisaya Kuala Penyu
5. Bajau Kota Belud, Semporna, Tawau dan Sandakan
6. Kedayan Sipitang dan Telok Labuan
7. Orang Sungai Lamang, Bukit Garam dan Kinabatangan
8. Melayu Brunai Bongawan, Papar dan Beaufort
9. Iranum Kota Belud dan Bukit Garam
10. Suluk Semporna, Tawau dan Sandakan

Sumber: Abdul Halim Ramli (2009)

Sebelum Sabah menyertai gagasan pembentukan Malaysia pada tahun 1963,


Sabah dikenali sebagai Borneo Utara di bawah Kesultanan Melayu Brunei dan
Kesultanan Sulu. Semasa Perang Dunia Kedua, Sabah ditadbir oleh tentera
Jepun. Setelah tamatnya perang, Sabah diserahkan kepada British pada tahun
1946 sehinggalah mendapat kemerdekaan melalui gagasan pembentukan
Malaysia pada tahun 1963.

Kemasukan etnik Cina ke Sabah dikaitkan dengan alasan yang berbeza kerana
faktor perlombongan bukan menjadi tarikan penting dalam konteks orang Cina
ke Sabah. Kemasukan orang Cina ke Sabah berlaku lebih awal iaitu dalam sekitar
1880an untuk berniaga dan membuka kedai. Kemasukan mereka ke Sabah
adalah secara sukarela tanpa adanya desakan sesiapa. Namun begitu, jumlahnya
kecil dan mereka terdiri daripada kaum Hakka yang bertumpu di Kudat dan
Sandakan. Bermula awal abad ke-20, kedatangan mereka dikaitkan dengan
galakan dan dorongan daripada syarikat tembakau dan Kompeni Berpiagam
Borneo Utara British pada waktu itu. Ini kerana ladang tembakau mula dibuka di
Sabah menjelang 1980an. Di samping itu, perkembangan dalam sektor
perladangan getah juga mula mendapat tempat di Sabah pada awal abad ke-20.
Terdapat lebih kurang 30 ladang getah di Sabah pada tahun 1930 dan hampir
separuh daripada buruhnya terdiri daripada orang Cina.

Antara usaha Kompeni Berpiagam Borneo British untuk menggalakkan


kemasukan buruh dari China ke Sabah ialah dengan memujuk Kapitan Cina di
Sandakan yang merupakan satu-satunya ahli Majlis Borneo Utara (North Borneo
Council) iaitu Fung Ming Shan untuk mengeluarkan surat galakan melalui

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK  81

akhbar di Hong Kong. Fung Ming Shan juga diminta mewujudkan Lembaga
Penasihat Orang Cina di Sandakan yang bertindak untuk menasihati kerajaan
dalam perkara yang berkaitan dengan orang Cina di Sabah pada tahun 1890.

Subetnik Cina terbesar di Sabah ialah kelompok Hakka dengan peratusan


melebihi 50 peratus diikuti oleh orang Canton dan lain-lain. Sementara itu, orang
Canton mewakili satu perlima daripada jumlah penduduk Cina di Sabah. Kaum
Hakka menjadikan pertanian sebagai aktiviti utama mereka dan dialek Hakka
dianggap utama bagi masyarakat Cina di Sabah. Orang Canton menjalankan
aktiviti perniagaan bersama-sama orang Hokkien dan Teochew di kawasan
bandar seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Sandakan dan Tawau.

Sementara itu, orang India pula ialah kelompok minoriti di Sabah. Kebanyakan
mereka bekerja dalam sektor seperti pentadbiran, sokongan dan teknikal. Etnik
India yang terlibat terdiri daripada kelompok etnik Sikh, Pathan, Telegu dan
Tamil. Mereka ditempatkan di jabatan kerajaan di bawah pentadbiran Kompeni
Berpiagam Borneo Utara British. Boleh dikatakan kaum India yang datang ke
Sabah terdiri daripada kelompok kelas menengah dan mereka dapat menguasai
bahasa Inggeris dengan baik berbeza dengan kelompok India yang datang ke
Tanah Melayu dan bekerja di estet. Jadual 3.4 menjelaskan dengan lebih
terperinci berkaitan dengan bilangan orang India dalam jabatan antara tahun
1922 hingga 1936.

Jadual 3.4: Bilangan Orang India yang Berkhidmat di Kompeni Berpiagam


Borneo Utara British antara Tahun 1922 hingga 1936

Jabatan Jumlah (Orang)


Kereta Api 24
Polis dan Penjara 100
Kehakiman 4
Audit 8
Pelabuhan 1
Buruh 47
Kesihatan 27
Percetakan 53
Pos dan Telegraf 21
Perhutanan 7
Kewangan 3
Juru ukur 76
Pertanian 6

Sumber: Zaid Ahmad, et al. (2006)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK

Penguasaan bahasa Inggeris yang baik oleh orang India membolehkan mereka
diambil bekerja dalam sektor kerajaan dan mereka kurang diambil bekerja
sebagai buruh di ladang. Namun begitu, undang-undang pengambilan buruh
yang ketat menyebabkan kompeni kurang berminat dengan buruh dari India
dan kekosongan ini diisi oleh buruh yang diambil dari China dan Jawa.

Antara sektor yang yang mempunyai jumlah pekerja India teramai ialah sektor
keselamatan. Kelompok etnik India yang menyertai sektor keselamatan terdiri
daripada orang Sikh, Punjabi dan Pathan. Kebanyakan mereka berkhidmat
dalam sektor kepolisan di Sabah. Sekitar tahun 1880an, hanya terdapat sekitar 50
orang polis di Sabah tetapi jumlah ini terus meningkat pada tahun 1898 kepada
209 orang. Menjelang tahun 1909, terdapat 662 orang polis dari India dan 136
terdiri daripada orang Sikh dan selebihnya Pathan dan Punjabi. Orang Sikh dan
Pathan mewakili sebahagian besar jumlah penduduk India di Sabah.

Mengikut bancian, pada tahun 1901, terdapat lebih kurang 442 orang India
daripada 104,527 orang jumlah penduduk di Sabah. Kebanyakan mereka tinggal
di kawasan Sandakan, Tawau, Kudat, Pulau Banguay, Teluk Marudu dan Pantai
Barat Sabah. Jumlah ini meningkat kepada 902 orang menjelang tahun 1911.

Selain masyarakat Cina dan India, kaum dari Indonesia juga merupakan kaum
imigran terbesar di Sabah. Kebanyakan mereka datang dari Pulau Jawa. Rujuk
Jadual 3.5 untuk melihat peningkatan imigran dari Indonesia di Sabah.

Jadual 3.5: Peningkatan Jumlah Imigran Indonesia di Sabah

Tahun Jumlah Imigran (orang)


1882 70
1911 5,510
1921 11,213
1931 10,014

Sumber: Ubah suai daripada Shamsul Amri Baharuddin et al. (2012)

Kemasukan mereka yang ramai ini didorong daripada ikatan perjanjian dengan
Belanda untuk mengambil buruh kontrak dari Indonesia pada tahun 1907
berikutan perkembangan pesat dalam sektor perladangan getah. Buruh yang
datang dari Indonesia bekerja di sektor perladangan dan selalu berulang alik
antara tempat kerja mereka dan keluarga mereka di Indonesia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK  83

Umumnya, struktur masyarakat Sabah kini dapat dibahagikan kepada tiga


kelompok besar iaitu:

(a) Bumiputera Melayu-Islam ă Kaum Melayu, Brunei, Suluk, Bugis, Bisaya,


Bajau, Idaham, Banjar, Tidong, Orang Sungei, Iranum, Kadayan dan Cocos.

(b) Bumiputera Bukan Islam ă Kadazan-Dusun, Murut, Kwijau, Lotud,


Rungus, Tambanuo, Dumpas, Maragang, Paitan, Minokok, Rumanau,
MangkaÊak dan juga Sino-Filipina.

(c) Bukan Bumiputera ă Kaum Cina, India dan lain-lain.

3.3.2 Proses Pembentukan Masyarakat Sarawak


Mengikut banci penduduk pada tahun 2010, penduduk Sarawak berjumlah 2.4
juta orang dan terdiri daripada lebih 27 suku etnik yang bertutur dengan dialek
masing-masing. Setiap suku etnik mempunyai dialek, budaya dan cara hidup
yang tersendiri. Masyarakat utama di Sarawak terdiri daripada Iban, Melanau,
Melayu, Bidayuh, Murut, Kayan, Kenyah, Kelabit, Bisaya, Punan dan suku
peribumi yang lain. Jadual 3.5 merupakan banci penduduk yang dikeluarkan
pada tahun 2010 berdasarkan etnik utama di Sarawak.

Jadual 3.6: Jumlah Penduduk di Sarawak Mengikut Pecahan Etnik Utama

Etnik dan Suku Etnik Tahun 2010


Melayu 551,567
Iban 693,358
Bidayuh 192,960
Melanau 119,897
Bumiputera lain 152,074
Cina 560,150
India 7,188
Lain-lain etnik 8,873
Warga asing 113,772
Jumlah 2,399,839

Sumber: http://www.statistics.gov.my

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK

Merujuk pada Jadual 3.6, masyarakat peribumi terbesar di Sarawak terdiri


daripada Iban, Melayu, Melanau dan diikuti oleh Bidayuh. Selain itu, lain-lain
bumiputera merujuk pada kelompok etnik seperti Murut, Kayan, Kenyah, Kelabit,
Bisaya, Punan dan suku etnik peribumi yang lain-lain. Etnik bukan peribumi ialah
etnik Cina yang merupakan etnik terbesar di Sarawak dan sedikit etnik India.

Penemuan arkeologi di Gua Niah, Sarawak menunjukkan gua tersebut telah


didiami oleh manusia sejak 40,000 tahun yang lampau. Pada tahun 600 S.M.,
sudah ada penemuan aktiviti perdagangan antara Sarawak dengan negara
China. Pada abad ke-8M, Sarawak menjadi tempat persinggahan para pedagang
dari China dan India dengan penemuan patung Buddha di barat daya Sarawak
bertarikh antara abad ke-8 dan ke-9M. Pada abad ke-14, kerajaan Majapahit
meletakkan sebahagian dari Sarawak di bawah pengaruhnya. Pada abad ke-15M
dan abad ke-16M pula, sebahagian dari Sarawak berada di bawah pengaruh
kerajaan Johor dan kemudiannya menjadi sebahagian dari Kesultanan Brunei.
Setelah kedatangan British, Sarawak diserahkan kepada pemerintahan keluarga
Brooke rentetan daripada kelemahan Kesultanan Brunei. Sarawak diperintah
oleh keluarga Brooke pada tahun 1841 hingga 1941.

James Brooke ditabalkan sebagai Raja di Sarawak oleh Kesultanan Brunei pada
24 September 1841 kerana berjaya mengalahkan pemberontakan di Sarawak.
Beliau diberikan gelaran raja pada 15 Ogos 1842 dan digelar Raja Brooke.
Generasi Brooke memerintah Sarawak selama tiga generasi. Kematian Brooke
pada Ogos 1868 digantikan dengan anak saudaranya, Charles Anthony Brooke.
Beliau memerintah Sarawak selama hampir 50 tahun dan meninggal dunia pada
Mei 1917. Beliau kemudiannya digantikan dengan anak beliau iaitu Charles
Vyner Brooke. Semasa kedatangan Jepun ke Sarawak pada 1941, keluarga Brooke
masih lagi berkuasa di negeri tersebut. Jepun memerintah Sarawak untuk
sementara sehinggalah kekalahan dalam Perang Dunia Kedua. Selepas itu,
Charles Vyner Brooke mengambil keputusan menyerahkan Sarawak kepada
kerajaan British. Sarawak kekal menjadi tanah jajahan British hingga mendapat
kemerdekaan dengan menyertai gagasan pembentukan Malaysia pada 1963.

Pada peringkat awal sebelum kedatangan British, penduduk peribumi Sarawak


dikenali dengan nama sungai tempat mereka tinggal seperti „kami Skrang‰, „kami
Undup„ dan „kami Saribas‰. Pengaruh persekitaran seperti bentuk muka bumi
(sungai, jeram dan tanah tinggi) memisahkan kelompok etnik dengan kelompok
etnik yang lain. Justeru, setiap etnik mempunyai identiti budaya yang berbeza.
Begitu juga, dari segi bahasa, terdapat dialek tertentu mewakili setiap suku etnik.
Namun begitu, masyarakat Sarawak boleh dikategorikan ke dalam rumpun
bahasa Austronesia, iaitu mempunyai persamaan dengan bahasa Melayu asal
yang dituturkan oleh masyarakat Melayu Semenanjung Malaysia. Keadaan ini
mungkin berlaku ketika penghijrahan penduduk pada suatu masa dahulu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK  85

Kaum etnik peribumi di Sarawak biasanya tinggal di kawasan tertentu seperti


pesisir pantai, lembah sungai, kawasan tanah tinggi dan daerah pedalaman.
Kebanyakan masyarakat Sarawak tinggal di kawasan dataran pantai dan lurah
bahagian barat Sarawak seperti Kuching antara Sungai Kayan dan Mukah.
Penerangan berkaitan etnik peribumi Sarawak boleh dilihat dalam Jadual 3.7.

Jadual 3.7: Suku Etnik dan Penerangan

Suku Etnik Penerangan


Iban Kebanyakannya tinggal di Saribas dan lembah Sungai Rejang. Mereka
tinggal di kawasan luar bandar, rumah panjang dan berdekatan dengan
sungai.
Melayu Kebanyakannya tinggal di Kuching, Samarahan dan Sri Aman.
Melanau Kebanyakannya tinggal di kawasan Muara Sungai Rejang dan Baram.
Namun begitu, ramai juga etnik Melanau yang tinggal di Sibu, Sarikei
dan Bintulu. Masyarakat Melanau yang tinggal di kawasan luar bandar
dikenali dengan pengeluar sagu. Kebanyakan etnik Melanau beragama
Islam, tetapi terdapat juga yang beragama Likou (Pagan) dan Kristian.
Mereka ini mempunyai gerakan politik yang sama dengan orang Melayu.
Bidayuh Kebanyakannya tertumpu di kawasan hulu iaitu daerah Lundu, Bau,
Kuching dan Serian.
Kenyah Mempunyai pertalian yang rapat dengan masyarakat Kayan walaupun
bahasa mereka berbeza. Mereka berasal dari wilayah Kalimantan,
Indonesia dan berhijrah ke Sarawak pada abad ke-19M. Pada peringkat
awal, mereka tertumpu di kawasan Sungai Rejang dan Limbang. Akibat
bermusuhan dengan masyarakat Iban, mereka berhijrah ke Hulu Rejang,
Balui, Baram dan Hulu Kemena.
Kedayan Masyarakat Kedayan mempunyai pertalian yang rapat dengan orang
Brunei dan beragama Islam. Mereka mendiami bahagian keempat dan
kelima Sarawak.
Murut Mendiami kawasan terusan. Aktif dalam pengeluaran padi.
Kelabit Mendiami kawasan Sungai Baram. Masyarakat Kelabit dan Murut aktif
dalam pengeluaran padi.
Bisaya Mendiami kawasan Lembah Limbang. Mereka menanam sagu dan padi.
Penan Berselerak di kawasan pedalaman Hulu Rejang dan Baram. Mereka
masih mengamalkan cara hidup tradisi seperti memburu dan memungut
hasil hutan.

Sumber: Ubah suai daripada Abdul Halim Ramli (2009)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK

Kedatangan etnik Cina dikaitkan dengan buruh Cina dari Foochow yang sampai
ke Sungai Merah di Sibu pada awal tahun 1900 akibat galakan daripada
Kesultanan Brooke dengan pembukaan ladang getah di Sarawak. Selain itu,
orang Cina juga datang dari Canton, Fukien dan Kwantung. Kebanyakan etnik
Cina mendominasi aktiviti perniagaan di sekitar Kuching, Sibu, Miri dan Sarikei.
Sebelum itu, jumlah orang Cina di Sarawak adalah sedikit dan bekerja sebagai
pedagang, pelombong emas dan bercucuk tanam.

Menjelang tahun 1857, terdapat kira-kira 4,000 orang Cina di bahagian barat
Sarawak. Pada tahun 1908, jumlah orang Cina bertambah kepada 45,000 orang
iaitu mewakili 10 peratus jumlah penduduk Sarawak. Kini, jumlah penduduk
etnik Cina merupakan antara etnik terbesar iaitu mewakili 29 peratus daripada
jumlah penduduk Sarawak. Sub etnik mereka terdiri daripada Hokkien,
Foochow, Teochew, Kantonis dan Henghua. Kebanyakannya menetap di bandar
besar dan bertutur dialek Mandarin dan Hokkien. Selain itu, kelompok etnik
India juga menyumbang kepada kerencaman etnik di Sarawak. Jumlah mereka
tidak ramai dan populasi mereka terdiri daripada suku kaum Sikh dan Punjab
yang datang untuk berkhidmat dalam sektor keselamatan di Sarawak.

AKTIVITI 3.3

1. Buat satu analisa bagaimana proses pembentukan masyarakat


Sabah dan Sarawak. Bentangkan di dalam kelas.

2. Berikan pandangan anda berkaitan model etnik di Sabah dan


Sarawak. Adakah model ini sesuai dipraktikkan di Semenanjung?
Jelaskan jawapan anda.

3.4 KESIMPULAN
Topik ini menjelaskan kepada kita bahawa pembentukan masyarakat di
Malaysia mempunyai sejarah perkembangan yang panjang dan melibatkan
penghijrahan dan pengaruh kolonialisme dan imperialisme. Impak penjajahan
cukup besar kerana ia membentuk masyarakat yang rencam. Namun begitu,
etnik terbesar di Malaysia ialah etnik Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga etnik
ini mempengaruhi keputusan pilihan raya dan menentukan kerajaan yang
akan memerintah. Proses pluraliti di Alam Melayu dapat dibezakan daripada
masyarakat plural melalui kesanggupan mereka menerima adat resam dan
budaya. Masyarakat plural lebih bersedia untuk menyerap budaya masyarakat
setempat. Hasilnya, wujud budaya Cina Peranakan di Melaka dan Kelantan.
Begitu juga, masyarakat Ceti di Melaka yang menyerap budaya dominan iaitu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK  87

budaya Melayu. Masyarakat plural ialah masyarakat yang dibentuk semasa


penjajahan dan dimantapkan lagi selepas penjajahan namun mereka kekal
dengan adat dan budaya mereka. Perpaduan dalam kalangan masyarakat ini
agak sukar. Akan tetapi, kerajaan melakukan pelbagai usaha untuk memastikan
setiap kaum terlibat untuk duduk semeja dan memajukan negara ini. Masyarakat
di Sabah dan Sarawak adalah rencam antara kaum peribumi dan kaum lain yang
membentuk landskap masyarakat Sabah dan Sarawak dan seterusnya landskap
Malaysia.

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Jelaskan kaitan antara masyarakat pluraliti dengan pembentukan


masyarakat di Malaysia.

2. Nyatakan faktor mengapa masyarakat plural sukar untuk bersatu-


padu.

3. Bincangkan ciri-ciri etnik dalam masyarakat di Malaysia.

4. Berikan cadangan anda, bagaimana hubungan etnik yang


harmoni dapat dilakukan melalui perkaedahan sejarah di sekolah.

 Kerencaman masyarakat bukan sesuatu yang baharu di Alam Melayu.


Konsep pluraliti menjelaskan keadaan ini. Konsep pluraliti merujuk pada
kewujudan masyarakat yang berakulturasi dan berasimilasi dengan
masyarakat setempat berbeza dengan masyarakat plural zaman penjajahan.

 Alam Melayu merupakan kawasan yang mempunyai tahap interaksi yang


tertinggi kerana faktor cuaca dan sumber bahan mentah yang banyak. Alam
Melayu menerima kedatangan negara luar seperti China, India, Tanah Arab
dan Eropah. Kesannya, wujud proses seperti Indianisasi, Islamisasi dan
Westernisasi.

 Kerajaan Melaka merupakan contoh kerajaan yang menerima interaksi


yang paling tinggi di Alam Melayu. Kerajaan Melayu Melaka dilihat sebagai
satu model terbaik dalam interaksi etnik yang positif. Tiada konflik etnik
direkodkan semasa kegemilangan kerajaan Melayu Melaka. Malahan, Melaka
bersifat terbuka dan menerima kepelbagaian etnik dalam kerajaan mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK

 Zaman penjajahan menunjukkan campur tangan dan penguasaan British ke


atas Negeri-negeri Melayu.

 Terdapat tiga bentuk negeri Melayu semasa campur tangan British iaitu:

ă Negeri-negeri Melayu Bersekutu;

ă Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu; dan

ă Negeri-negeri Selat.

 Penduduk yang dilahirkan di Negeri-negeri Selat bukan di bawah kuasa


raja-raja Melayu, tetapi berada di bawah Ratu England.

 Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu berada di bawah pengaruh Siam


seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

 British pula berkuasa ke atas Negeri-negeri Melayu Bersekutu melalui


Gabenor British yang dilantik menasihati raja-raja Melayu. Antara negeri
yang terlibat adalah Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Kemudian,
Johor juga telah bersetuju menerima Penasihat British.

 Penjajahan Jepun bermula pada Perang Dunia Kedua. Jepun memberikan


layanan berbeza mengikut kaum. Kaum Cina diberikan layanan yang zalim
berbanding kaum Melayu dan India. Ini kerana Jepun masih mempunyai
dendam kepada orang Cina akibat Perang Cina-Jepun 1937. Kesannya, orang
Cina telah menubuhkan MPAJA yang kemudiannya sebagai sebuah gerakan
komunis dikenali dengan PKM.

 Malayan Union memberikan pengajaran yang besar kepada orang Melayu


bahawa disebabkan mereka berpecah, negara mereka juga hampir tergadai.
Tetapi masih belum terlambat untuk orang Melayu bertindak menentang
Malayan Union dan menuntut kemerdekaan dari British. Penubuhan UMNO
ialah usaha penting ke arah usaha kerajaan sendiri.

 Gagasan pembentukan Malaysia terbentuk semenjak Malaysia bergabung


dengan Sabah, Sarawak dan Singapura pada 1963. Tetapi, Singapura
dikeluarkan dari Malaysia pada 1965. Malaysia kekal terbentuk dengan
aman dan harmoni hingga kini. Malaysia dibentuk oleh pelbagai etnik iaitu
Melayu, Cina, India, Peribumi Sabah dan Sarawak serta Orang Asli di
Semenanjung Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK  89

Indianisasi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu


Islamisasi Negeri-negeri Selat
Kolonialisma Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu
(PEKEMBAR/UMNO)
Malayan Union
Persekutuan Tanah Melayu
Masyarakat plural
Westernisasi
Masyarakat pluraliti
Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Abdul Halim Ramli. (2009). Hubungan kaum di Malaysia: Sejarah dan asas
perpaduan. Shah Alam, Malaysia: Pusat Penerbit Universiti (UPENA).

Bilcher Bala. (2007). Latar belakang penduduk di Sabah dan Sarawak. Dicapai
dari Pengazou.Blogspot.com.

Bendyshe, T. (1865). De generis humani varietate native (On the natural varieties
of mankind). Terj. Blumenbach, J. F. (1795). Lower Saxony, Germany: Apud
Vandenhoek et Ruprecht.

Coedes, G. (1968). The indianized states of Southeast Asia. Hawaii, HI:


University of Hawaian Press.

Furnivall, J. S. (1939). Netherlands India: A study of plural economy. Cambridge,


England: University Press.

Ghazali Basri. (2004). Islam dan keharmonian hidup beragama di Malaysia:


Prospek dan cabaran. Selangor, Malaysia: Akademi Kajian Ketamadunan.

Hashim Musa. (2002). Pertalian tamadun India dan China dalam kebudayaan
Melayu. Dlm, Mohd Nor Mamat & Mujaini Tarimin (pnyt) Peradaban Asia.
hlm 182. Shah Alam, Malaysia: Pusat pendidikan Islam, UKM.

Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: Fajar


Bakti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 3 SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul hubungan etnik. Shah Alam, Malaysia:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul hubungan etnik Ed. ke-2. Bangi,
Malaysia: Institut Kajian Etnik, UKM.

Winstedt, R.O. (1986). A history of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia: Marican &
Sons.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Hubungan
4 Etnik dari
Aspek Ekonomi
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan proses modenisasi dan impaknya kepada masyarakat
di Malaysia;
2. Menerangkan tentang dasar pembangunan negara; dan
3. Menghuraikan peranan dasar ekonomi tertentu dalam perpaduan
kaum.

 PENGENALAN
Pembinaan sesebuah negara adalah tidak statik atau kekal tanpa berlaku
perubahan. Pembinaan negara perlu merangkumi perubahan dan proses
modenisasi dalam ekonomi. Ekonomi merupakan institusi yang bersifat super
structure dalam proses pembangunan negara. Tanpa institusi ekonomi, mustahil
sesebuah negara berkenaan akan pergi lebih jauh, terutamanya dalam
menghadapi zaman globalisasi dan era teknologi maya yang ada sekarang.
Proses ini merupakan elemen yang seharusnya dilihat penting terutamanya
dalam mewujudkan hubungan etnik yang harmonis.

Masyarakat pelbagai etnik terutama dalam kalangan akar umbi tidak mungkin
bertemu dalam kapasiti yang besar dalam bidang politik atau pentadbiran
negara. Akan tetapi, mereka bergerak aktif di pasar atau di kedai yang wujud di
Malaysia sama ada di kampung atau di bandar besar. Oleh yang demikian,
hubungan etnik wujud secara tidak langsung melalui aktiviti ekonomi dalam
kalangan masyarakat kita, terutama dalam kalangan masyarakat peringkat akar
umbi. Jika mengikut teorinya, mudah untuk kita membuat kesimpulan bahawa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

jika makan minum masyarakat terjaga, maka mereka juga akan dapat hidup
dalam keadaan aman. Keamanan ini akan mendorong masyarakat pelbagai
kaum untuk menjalankan aktiviti ekonomi seterusnya menyumbang ke
arah sistem ekonomi negara yang lebih baik. Dalam topik ini, kita akan
membincangkan bagaimana ekonomi memainkan peranan yang penting dalam
konteks masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.

4.1 KONSEP MODENISASI EKONOMI


Modenisasi merupakan istilah yang menggambarkan konsep masyarakat dan
negara membangun melalui proses transformasi atau perubahan dalam segala
aspek kehidupan masyarakat yang dialami oleh semua bangsa atau negara.
Modenisasi seringkali dikaitkan dengan proses pembaratan (westernisation).
Menurut Syed Husin Ali (1987), proses pembaratan melibatkan perubahan
sistem dan nilai ke arah nilai dari Barat. Biasanya, Barat dijadikan sebagai model
untuk menjayakan proses modenisasi ini. Namun begitu, pembangunan
yang berlaku seharusnya membawa perubahan dalam masyarakat yang akan
memajukan manusia. Walau keadaan apa sekali pun, proses transformasi dan
perubahan ini harus dilalui oleh semua bangsa atau negara dalam segala
aspek kehidupan. Perubahan ini berlaku secara berencana atau secara tidak
berencana. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (1979), modenisasi berkait rapat
dengan perubahan berencana. Perubahan berencana merupakan proses yang
mempunyai matlamat, kaedah dan penetapan ukuran pencapaian terlebih
dahulu sebelum perubahan itu dilaksanakan. Perubahan berencana ini disebut
sebagai modenisasi atau pembangunan.

Proses modenisasi ini mengandungi dua aspek utama iaitu pembangunan


ekonomi dan pembangunan politik. Bagi Nels Smelser, modenisasi melibatkan
beberapa perubahan dalam subsistem masyarakat iaitu perubahan dalam bidang
ekonomi, politik, pendidikan, keagamaan, kekeluargaan dan sistem susun lapis
masyarakat.

Dalam bidang ekonomi, modenisasi dilihat dari aspek berikut:

(a) Penggunaan teknologi mudah (simple) dan penggunaan teknologi bersifat


saintifik;

(b) Sistem pertanian bercorak sara diri dan bercorak komersial; dan

(c) Penggunaan tenaga manusia serta binatang; dalam proses pengeluaran


kepada penggunaan mesin dan jentera.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI  93

Dalam konteks Malaysia, perubahan ini boleh dilihat dalam aspek kegiatan
ekonomi iaitu daripada ekonomi bercorak tradisi ke arah ekonomi moden.
Perubahan ini diklasifikasikan sebagai proses modenisasi.

Bidang ekonomi tradisi melibatkan bidang primary seperti perhutanan,


perikanan atau pertanian yang biasanya dilakukan di kawasan luar bandar atau
desa. Keadaan ini berbeza dengan ekonomi moden yang melibatkan sektor
secondary dan tertiary. Sektor secondary melibatkan aktiviti seperti perkilangan,
perindustrian, perniagaan dan sebagainya yang biasanya melibatkan aktiviti
pembuatan. Sementara itu, aktiviti tertiary melibatkan bidang perkhidmatan.
Konsep proses modenisasi yang berlaku di Malaysia dan berasal dari Eropah ini
dapat dijelaskan melalui Rajah 4.1.

Rajah 4.1: Proses modenisasi di Eropah dan Malaysia

Antara pendekatan yang masih diguna pakai hingga kini untuk melihat
perubahan masyarakat dan proses modenisasi adalah pendekatan yang dibawa
oleh W. W. Rostow tentang pertumbuhan tahap dalam perkembangan ekonomi.
Menurut beliau, proses perkembangan ekonomi berlaku dalam lima tahap iaitu:

(a) Tahap Masyarakat Tradisional


Tahap ini dapat diperhatikan melalui perkembangan ekonomi yang
berlaku dengan terbatas dan berskala kecil seperti aktiviti kegiatan
ekonomi tradisi, antaranya pertanian dan perikanan. Dalam masyarakat
sebegini, pembangunan ekonomi dan sosial berlaku dalam kadar yang
rendah. Struktur sosial masyarakat pula berada dalam bentuk hierarki iaitu
masyarakat mempunyai kadar mobiliti sosial yang sangat rendah. Dalam
erti kata lain, masyarakat cenderung untuk kekal dalam aktiviti ekonomi
yang diturunkan oleh nenek moyangnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

(b) Tahap Persediaan


Tahap ini ditandai dengan kesedaran sesetengah masyarakat untuk
memperolehi keuntungan dan melabur semula keuntungan tersebut
dalam pengeluaran. Masyarakat sudah mula melabur wang untuk
mendapatkan keuntungan yang lebih besar. Misalnya, sesetengah kita
meletakkan pelaburan dalam pasaran saham seperti saham pelaburan
dalam penternakan dan sebagainya. Keadaan sedemikian menggalakkan
pertumbuhan ekonomi berlaku secara tidak langsung dalam masyarakat.

(c) Tahap Lepas Kandas


Tahap ini merupakan tahap yang paling penting bagi sesebuah negara dalam
usaha untuk mencapai kemajuan. Tahap ini memperlihatkan peningkatan
dalam kadar pelaburan sehingga pendapatan per kapita sebenar meningkat
dengan jumlah yang besar. Tahap ini ditandai dengan tahap yang selesa
apabila keperluan asas masyarakat mencukupi seperti makan-minum,
pakaian dan sebagainya. Malahan, sesetengah mereka membuat pelaburan
dalam unit amanah saham tertentu dan menunggu untuk mendapatkan
dividen. Pada tahap ini, produktiviti sesebuah negara akan meningkat dan
membawa pada pertumbuhan kendiri. Untuk sampai ke tahap ini, sesebuah
negara itu perlu memperuntukkan 10 hingga 15 peratus daripada Keluaran
Negara Kasar (KNK) untuk pelaburan produktif.

(d) Tahap Kematangan


Tahap ini berlaku apabila pertumbuhan ekonomi dapat dikekalkan secara
kendiri. Malahan, pada tahap ini sesebuah organisasi dapat berdiri sendiri
sebagai entiti ekonomi yang kuat tanpa mengharapkan bantuan dari luar.
Misalnya di Malaysia, terdapat RISDA dan FELDA yang boleh berdiri
sendiri.

(e) Tahap Penggunaan Masa


Tahap ini merujuk pada pencapaian kemajuan ekonomi, sosial, pendidikan
dan sebagainya sehingga mewujudkan keseimbangan dan kestabilan
ekonomi sebagaimana berlaku di negara Barat.

Oleh yang demikian, apabila kita melihat kelima-lima tahap perkembangan


tersebut, kita akan mendapati bahawa sebuah negara akan mengalami proses
modenisasi dalam ekonominya. Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI  95

yang pesat sejak merdeka seiring dengan perubahan struktur ekonomi yang
beralih daripada sektor pertanian ke perindustrian. Langkah ini bertujuan untuk
mempelbagaikan kegiatan ekonomi supaya negara tidak terlalu bergantung
pada satu atau dua komoditi sahaja. Antara strategi yang diambil adalah
melaksanakan dasar penggantian import dengan menggunakan sumber
tempatan sebagai input dalam kegiatan perindustrian.

Namun begitu, perubahan ini tidak membawa hasil yang menggalakkan.


Akibatnya, dasar itu digantikan oleh dasar yang berorientasikan eksport mulai
tahun 1970an yang sebahagian besarnya bergantung pada pelaburan asing untuk
menyediakan modal, kepakaran, peluang pekerjaan dan kesampaian barangan
ke pasaran antarabangsa. Perubahan ini menghasilkan pertumbuhan pesat sektor
pembuatan sehingga menjadi penyumbang utama Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) sejak tahun 1980an dengan mengambil alih tempat sektor
pertanian. Perubahan struktur ekonomi Malaysia berlaku seiring dengan
perubahan struktur guna tenaga yang digambarkan oleh kemerosotan
sumbangan sektor pertanian untuk guna tenaga. Perubahan ini yang diimbangi
oleh peningkatan pekerja dalam sektor pembuatan, pembinaan dan
perkhidmatan yang berlaku serentak dengan kemunculan sektor perindustrian
sebagai sektor utama yang menawarkan peluang pekerjaan. Pertumbuhan sektor
perindustrian berlaku seiring proses perbandaran yang membantu membekalkan
tenaga buruh. Proses perbandaran yang pesat menggalakkan penghijrahan
tenaga buruh dari luar bandar ke bandar untuk mengisi peluang pekerjaan yang
ditawarkan dalam sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan. Akibat
daripada penghijrahan ini, jumlah penduduk bandar meningkat dengan
pesatnya sehingga menjadikan lebih separuh penduduk di Malaysia tinggal di
kawasan bandar.

Masyarakat pelbagai kaum menjalin kerjasama dalam aspek politik mahupun


sosioekonomi bagi menjamin persekitaran negara agar sentiasa berada dalam
keadaan stabil dan makmur. Proses perubahan ini berlaku sejak negara mula
mencapai kemerdekaan dari British walaupun masih terdapat jurang dalam
perhubungan antara kaum yang memisahkan mereka dari segi bahasa, budaya,
pendidikan atau tempat tinggal. Jurang pencapaian ekonomi dalam kalangan
masyarakat Melayu dan bukan Melayu sering menjadi persoalan sehingga
mencetuskan peristiwa hitam dalam sejarah perpaduan negara iaitu rusuhan
kaum pada 13 Mei 1969 yang berpunca daripada ketidakseimbangan pengagihan
pendapatan, pelajaran dan status sosial antara kumpulan etnik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

Perkembangan pesat sektor perindustrian mengubah struktur masyarakat


Malaysia daripada masyarakat desa menjadi masyarakat bandar. Selain proses
perbandaran, pertumbuhan pesat ekonomi membolehkan rakyat menikmati
taraf hidup yang lebih baik apabila pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur
dapat diperluas meliputi banyak tempat. Hal ini membantu meningkatkan lagi
kesejahteraan hidup rakyat, di samping membaiki kualiti kehidupan.

Proses modenisasi yang dilaksanakan adalah untuk mencapai kemajuan.


Kemajuan ini dilaksanakan dengan mewujudkan masyarakat industri. Kaedah
atau proses yang dilaksanakan untuk pembangunan ekonomi dapat dilihat
dalam Jadual 4.1.

Jadual 4.1: Kaedah dan Proses Pembangunan Ekonomi

Kaedah atau Proses Penerangan


Teknologi Pengetahuan dan teknik tradisional diketepikan untuk
memberi laluan pada teknologi dengan penerapan ilmu
saintifik.
Pertanian Kegiatan pertanian sara diri diubah menjadi pertanian
komersial.
Industrialisasi Proses produksi yang dilakukan secara besar-besaran dengan
menggunakan teknologi canggih di kilang.
Urbanisasi Proses perpindahan penduduk ke bandar, pemusatan
penduduk di bandar dan perubahan kepada gaya hidup
bandar. Urbanisasi ini penting dalam konteks keperluan
buruh atau industri.

Sumber: Mohd Sohaimi Esa, et al. (2011)

Umumnya, ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi ialah pertumbuhan


yang lazimnya diukur dengan ukuran ekonomi seperti Keluaran Negara Kasar
(KNK). Pada masa yang sama, proses pembangunan ekonomi juga diharapkan
akan membawa perubahan sosial yang menyeluruh dalam masyarakat iaitu
daripada kehidupan yang bersifat tradisional, miskin atau mundur kepada
kehidupan maju dan moden. Perubahan sosial tersebut dapat dilihat misalnya
dalam aspek pekerjaan (sektor pertanian/sektor industri) dan aspek kehidupan
(cara hidup desa/cara hidup bandar).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI  97

4.1.1 Modenisasi di Eropah


Konsep dan proses modenisasi bermula di Eropah Barat akibat revolusi besar
iaitu Revolusi Perancis dan Revolusi Perindustrian. Modenisasi ini berdasarkan
pada dua perkembangan iaitu pengetahuan dan maklumat. Persoalan
modenisasi dapat ditinjau dari dua segi iaitu falsafah dan praktikal sebagaimana
yang dapat dilihat dalam Jadual 4.2.

Jadual 4.2: Modenisasi dari Aspek Falsafah dan Praktikal

Falsafah Praktikal
 Pemahaman tentang kemajuan atau  Perkembangan pencapaian kemajuan
evolusi melahirkan pelbagai teori sosial di Eropah Barat.
berkaitan dengan perubahan sosial.  Perkembangan dalam kemajuan sains
 Teori evolusi sangat berpengaruh dan teknologi mencorakkan semula
dalam bidang ilmu kemasyarakatan. hubungan manusia dengan alam
 Evolusionisme berkait dengan gagasan sekitar.
bahawa perkembangan masyarakat  Masyarakat Eropah menggunakan
atau negara miskin menuju masyarakat sains teknologi bagi menguasai alam
moden. sekitar dan mengumpul kekayaan.
 Bersifat sehala (unilinear) ataupun  Penggantian teknik pengeluaran secara
banyak hala (multilinear) dalam tradisional (tenaga haiwan) kepada
perkembangan kebudayaan manusia. kaedah moden (jentera).
Hal ini bermakna masyarakat akan  Manifestasi proses ini lahir di Britain
mengalami perkembangan atau proses pada abad ke-18 juga dikenali sebagai
evolusi sesuai dengan keadaan Revolusi Perindustrian.
masing-masing.

Sumber: Ubah suai daripada Mohd Sohaimi Esa, et al. (2011)

Modenisasi yang berlaku ini ialah kesan langsung daripada perkembangan


dalam ilmu pengetahuan dan maklumat. Oleh itu, untuk memahami modenisasi
khasnya di Eropah, kita perlu melihat falsafahnya dari sudut praktikal. Impak
modenisasi ini ke atas masyarakat di Eropah mengubah masyarakat desa
menjadi masyarakat bandar. Selain itu, penggunaan teknologi tradisi seperti
tenaga haiwan juga berubah apabila penggunaan jentera dan mesin digunakan
secara meluas. Modenisasi yang berlaku ini merupakan elemen penting yang
mencipta perubahan yang bermula di Eropah dan merebak ke seluruh dunia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

4.1.2 Penjajahan dan Imperialisme


Penjajahan dan imperialisme masyarakat Eropah Barat ke benua lain bermula
sejak abad ke-16 dengan kegiatan perdagangan seperti yang dilakukan oleh
British East India Company dan Dutch East India Company. Penjajahan ini
dilakukan untuk memastikan jaminan bekalan barang mentah, buruh dan juga
pengawasan pasaran secara berterusan. Kedatangan tenaga buruh asing
menyebabkan berlakunya perubahan dalam kehidupan sosial, kebudayaan dan
sistem politik masyarakat tempatan. Penjajahan juga dapat membentuk
pandangan dalam kalangan masyarakat Eropah Barat terhadap masyarakat yang
dijajah. Masyarakat Eropah yang mempunyai kelebihan dari segi ketenteraan
dan industri pula ditafsirkan sebagai masyarakat yang lebih maju dan moden.
Jelaslah, penjajahan memberi kesan besar ke atas ekonomi dan sosial (termasuk
juga dalam bidang ilmu, budaya dan pendidikan).

4.1.3 Pemodenan dan Pembaratan


Pembangunan ekonomi dan politik Eropah Barat menjadi model bagi
pembangunan di negara membangun. Proses pemodenan merupakan proses
perubahan dalam semua aspek kehidupan melalui proses perencanaan,
pelaksanaan dan penilaian. Pembaratan ialah proses peniruan gaya hidup
Eropah Barat untuk mengubah gaya hidup lama menjadi gaya hidup yang
moden tanpa disulami dengan perencanaan dan pelaksanaan untuk mengubah
aspek kehidupan yang lain. Selepas Perang Dunia Kedua, negara jajahan
termasuk Malaysia telah mencapai kemerdekaan daripada British. Negara baru
ini memilih model Eropah Barat sebagai contoh pembentukan negara. Dari segi
politik, model yang dipilih ialah model negara bangsa dan demokrasi politik.
Dari segi ekonomi pula, model yang dipilih ialah sistem ekonomi yang
berasaskan kapitalisme, industri dan teknologi. Menurut Barraclough (1978),
terdapat tiga perkara yang menunjukkan jalinan ekonomi dunia, iaitu:

(a) Perkembangan sistem pengangkutan dan jaringan komunikasi fizikal yang


menghubungkan berbagai-bagai wilayah di dunia, terutama melalui
jaringan kereta api, perkapalan dan telegraf;

(b) Pertumbuhan yang begitu cepat dalam perdagangan yang diiringi oleh
pola kebergantungan yang tinggi, terutama antara negara industri Eropah
Barat dengan negara lain; dan

(c) Pengaliran modal yang besar, terutama dalam bentuk pelaburan secara
langsung oleh firma Eropah Barat di negara bukan-industri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI  99

Ekonomi global menjadi lebih lancar dengan penyertaan negara baru dalam
hubungan politik dan ekonomi antarabangsa sehingga akhirnya membentuk
globalisasi. Dalam proses globalisasi, terdapat dua faktor yang tidak
menggunakan negara bangsa sebagai landasan aktivitinya. Dalam bidang
ekonomi, golongan kapitalis membentuk syarikat perbadanan multinasional
(multinational corporations atau MNC).

AKTIVITI 4.1

1. Merujuk pada Teori Rostow, bagaimanakah teori ini dapat


menerangkan proses modenisasi masyarakat di Malaysia?

2. Bezakan antara pemodenan dan pembaratan, begitu juga


penjajahan dan imperialisme.

4.2 MODENISASI DI MALAYSIA


Proses modenisasi merujuk pada bagaimana asas ekonomi orang Melayu
berubah daripada aktiviti bercorak tradisi menjadi sektor ekonomi moden.
Proses ini melibatkan kehadiran dan pengaruh sistem ekonomi penjajah,
kemerdekaan dan penyusunan semula ekonomi dalam menuju ke arah
masyarakat yang bersatu padu.

4.2.1 Asas Sistem Sosioekonomi Orang Melayu


Modenisasi merupakan konsep yang digunakan untuk merujuk kemajuan dan
perubahan dalam satu-satu bidang yang umumnya dialami oleh sesebuah
komuniti dan masyarakat di dunia. Modenisasi merangkumi semua aspek
kehidupan dengan manusia yang akan tertumpu pada idea dan cara hidup barat
secara tidak langsung. Proses ini juga akan mempengaruhi masyarakat dari
pelbagai segi seperti sosial, cara hidup, budaya dan sebagainya.

Masyarakat di Malaysia sebelum penjajahan adalah masyarakat berbentuk


tradisi dengan ekonomi maritim (maritime economy) dan ekonomi tani (peasant
economy) merupakan aktiviti ekonomi yang utama. Jadual 4.3 menunjukkan
perbezaan antara aktiviti maritim dan aktiviti tani.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

Jadual 4.3: Perbezaan antara Aktiviti Maritim dan Aktiviti Tani

Aktiviti Maritim Aktiviti Tani


 Aktiviti elit Melayu yang didalangi  Masyarakat Melayu terpaksa menghilir
oleh pembesar dan golongan istana dan membina penempatan memulakan
 Nadi aktiviti perekonomian orang aktiviti bercorak pertanian.
Melayu  Keadaan ini disebabkan oleh jumlah
 Tertumpu di kawasan kota kawasan tanah yang luas belum
perdagangan seperti Melaka yang diterokai
merupakan pusat perdagang entreport  Lebih berkait rapat dengan masyarakat
utama di Alam Melayu yang tinggal di kawasan pedalaman
 Berlaku dengan kadar yang amat tinggi dan kampung atau desa
antara penduduk tempatan dengan  Kegiatan utama adalah bersifat kecil-
pedagang dari China, India dan Timur kecilan dan sederhana
Tengah  Tujuan pengeluaran hanya untuk sara
 Melaka menjadi pusat perdagangan diri
yang penting  Contoh aktiviti ekonomi tani adalah
 Kebanyakan yang terlibat dalam seperti
aktiviti ini terdiri daripada golongan ă Pertanian;
bangsawan
ă Perikanan; dan
 Kedatangan kuasa Barat
ă Perhutanan.
menghapuskan dominasi masyarakat
Melayu dalam aktiviti maritim.  Terlibat dengan sistem ekonomi tukar
barangan atau dipanggil sistem
„barter/barter trade‰ atau lebih tepat
kita panggil „pertukaran komoditi‰.
ă Misalnya, dalam kalangan
masyarakat Melayu suatu masa
dulu, mereka membuat pertukaran
beras dengan garam. Garam ini
banyak diperolehi di kawasan
berpantai, sementara beras di
kawasan pedalaman.
 Tanah menjadi faktor pengeluaran
utama
 Tanah dapat dibuka dengan mudah
bergantung kepada keperluan dan
tenaga

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI  101

 Organisasi tenaga kerja dalam


masyarakat tani berlandaskan keluarga
dan komuniti setempat
 Tenaga kerja komunal dapat
dizahirkan melalui aktiviti seperti
institusi berderau, seraya, gotong-
royong dan sebagainya
 Masyarakat tani banyak
memperlihatkan ciri-ciri sama rata
(egalitarian) dan tidak menunjukkan
ciri-ciri perbezaan kelas yang ketara

4.2.2 Sistem Sosioekonomi Semasa Penjajahan


Kedatangan penjajah mematikan aktiviti ekonomi maritim orang Melayu. Seperti
yang diterangkan sebelum ini, aktiviti ekonomi maritim adalah aktiviti ekonomi
yang melibatkan atau dikuasai oleh golongan bangsawan atau golongan istana
Melayu. Kedatangan penjajah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris telah
menghancurkan kegiatan ekonomi orang Melayu dan mereka sebenarnya
mengambil alih kegiatan ekonomi tersebut daripada tangan bangsawan Melayu.
Kedatangan penjajah telah memperkenalkan bentuk ekonomi baru yang
dipanggil sistem ekonomi tunai (cash economy), yakni pengeluaran adalah
untuk tujuan pasaran (market) dan bukan untuk sara diri.

Sistem ekonomi mempunyai dua motif iaitu untuk pasaran dan untuk sara diri.
Maka sistem ekonomi yang diamalkan ini disebut sebagai „sistem dwi-ekonomi
(dual-economic system)‰. Semasa pendudukan British khasnya, mereka
memperkenalkan tanaman tunai atau bercorak komersil seperti getah dan
diusahakan secara besar-besaran dalam sistem estet. Kekurangan tenaga buruh
dalam sistem estet ini diatasi dengan membawa masuk pekerja asing secara
besar-besaran dari India dan China. Pekerja dari India dibawa masuk dan
bekerja di ladang getah. Sementara itu, pekerja Cina bekerja di sektor
perlombongan yang diusahakan secara besar-besaran oleh British akibat revolusi
industri di Eropah dan desakan keperluan sumber bahan mentah seperti getah
dan timah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

Pengenalan sistem ekonomi tunai membuatkan penduduk di kawasan


pedalaman dan di luar bandar terserap dalam sistem ekonomi kapitalis melalui
hubungan pasaran. Sistem ekonomi kapitalis ini beroperasi pada peringkat
antarabangsa, serta peringkat nasional dan daerah. Dalam sistem ekonomi
kapitalis, faktor pengeluaran utama ialah modal dan penguasaan ke atas modal
termasuklah penguasaan ke atas barangan modal atau capital goods menjadi
motif utama bagi semua pihak. Apabila penduduk diserap masuk ke dalam
sistem ekonomi kapitalis, maka struktur masyarakat mengalami perubahan
besar. Perbezaan ekonomi antara penduduk menjadi begitu ketara. Mereka yang
menguasai modal berada pada hierarki yang tinggi dalam susun lapis
masyarakat (social stratification).

Semasa penjajahan British, kegiatan ekonomi masyarakat boleh dibahagikan


pada dua sektor iaitu sektor tradisi dan sektor moden.

(a) Sektor Tradisi


Merangkumi kegiatan ekonomi bercorak kegiatan primary dalam bidang
pertanian, perikanan dan perhutanan.

(b) Sektor Moden


Melibatkan kegiatan sektor secondary dan tertiary

(i) Sektor ekonomi secondary melibatkan kegiatan ekonomi seperti


perindustrian, pembuatan barangan, perniagaan, perdagangan dan
sebagainya.

(ii) Sektor kegiatan ekonomi tertiary pula melibatkan kegiatan ekonomi


yang berupa bidang perkhidmatan, pengangkutan, hiburan,
pelancongan dan lain-lain.

Pada hakikatnya, kegiatan sektor tradisi membawa pulangan berkurangan


(decreasing returns) dan sektor moden membawa pulangan meningkat
(increasing returns). Keadaan ini disebabkan oleh faktor berikut iaitu hasil
keluaran sektor tradisi tidak anjal, pengeluaran dalam sektor tradisi bersifat
bermusim, alat pengeluaran di sektor tradisi tidak boleh digunakan sepenuhnya,
serta harga hasil keluaran sektor tradisi tidak tetap dan selalu berubah-ubah
mengikut permintaan di pasaran dunia. Faktor sebaliknya beroperasi bagi sektor
ekonomi moden.

Negara maju di dunia menumpukan sebahagian besar (iaitu lebih daripada 90%)
daripada kegiatan ekonomi mereka pada sektor moden, berbanding dengan
negara mundur yang masih terikat dengan kegiatan ekonomi dalam sektor
tradisi (50 hingga 70%). Berdasarkan pernyataan ini, dapat disimpulkan bahawa
penduduk yang terlibat dalam kegiatan ekonomi moden mempunyai

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI  103

pendapatan lebih banyak (lima kali ganda) dan taraf hidup mereka lebih tinggi
daripada penduduk yang terlibat dalam kegiatan di sektor tradisi. Oleh itu,
jurang ekonomi dan kemajuan yang wujud antara sektor juga merupakan jurang
ekonomi dan kemajuan antara penduduk.

4.2.3 Sistem Sosio-ekonomi Semasa Era Menuju


Kemerdekaan
Kita sedia maklum Malaysia atau Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957.
Kedatangan masyarakat Cina dan India ke Tanah Melayu membentuk polarisasi
kaum bukan sahaja dalam bentuk etnisiti yang berasaskan kaum tetapi juga
berasaskan pekerjaan. Masyarakat Melayu tidak terlibat dalam sektor ekonomi
moden dan berada di kampung. Ini menyebabkan masyarakat Melayu
ketinggalan jauh berbanding kaum lain dalam aspek sosioekonomi. Berbanding
kaum Cina dan India, kedudukan kaum Melayu rendah dalam aspek ekonomi.
Sementara itu, orang Cina terlibat secara langsung dalam aktiviti perlombongan
dan pembukaan kawasan bandar yang membolehkan sosioekonomi mereka
meningkat. Begitu juga, orang India yang terlibat secara langsung dengan aktiviti
perladangan dan estet berasaskan pengeluaran pada skala besar. Orang Cina dan
India dikatakan lebih rajin berbanding orang Melayu. Benarkah begitu?
Sebenarnya ini merupakan dasar British dalam meneruskan cengkaman ke atas
negara yang dijajah. Keadaan ini dicipta supaya masyarakat asal lambat
menyedari kekayaan negara mereka dikaut oleh pihak penjajah.

Pada abad ke-18, pembukaan Pulau Pinang oleh Raffles telah melibatkan
kedatangan buruh dari negara China. Begitu juga, pembukaan Negeri-negeri
Selat yang lain pada tahun 1826 yang melibatkan buruh dari China. Situasi
menjadi lebih ketara apabila bijih timah ditemui di Larut pada 1848. Buruh Cina
amat diperlukan untuk pembukaan di kawasan perlombongan. Kehadiran
kongsi gelap Cina membentuk landskap baru apabila berlaku perpecahan dalam
kalangan pembesar Melayu. Di samping itu, wujud kelompok kongsi gelap yang
menyokong pihak tertentu dalam kalangan orang Melayu. Hal ini
mengakibatkan berlakunya perpecahan dalam kalangan orang Melayu dan
berlakunya perang saudara yang membolehkan British mengambil kesempatan
dalam persengketaan ini.

Kebergantungan pembesar Melayu pada British menyebabkan ekonomi orang


Melayu dikuasai British. Kehadiran orang Cina dan India menjadikan situasi itu
semakin parah apabila British lebih selesa memilih orang Cina dan India untuk
menggerakkan aktiviti ekonomi mereka. Masyarakat yang bersifat majmuk
didefinikasikan bukan sahaja mengikut kumpulan etnik tetapi setiap kaum itu
hidup berasingan dan mengekalkan cara hidup masing-masing. Kaum Cina

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

terlibat secara langsung dalam bidang sektor ekonomi. Masyarakat Cina


terbahagi kepada tiga kelompok utama iaitu golongan atasan yang diwakili oleh
peniaga kaya, golongan pertengahan yang merupakan golongan profesional dan
teknikal dan golongan buruh yang menjadi tenaga mahir dalam segala bidang.

Orang India pula terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kelompok golongan
profesional tetapi bilangannya kecil dan mereka ini mendapat pendidikan barat.
Mereka bekerja sebagai guru, peguam dan doktor dengan kerajaan British dan
biasanya berasal daripada kasta yang lebih tinggi berbanding kelompok kedua
dan mereka tinggal di kawasan bandar. Bagi kelompok kedua, sebahagian besar
daripada mereka tinggal di estet dan terdiri daripada kelompok buruh mahir
dan tidak mahir dan mereka bekerja di ladang milik orang Eropah. Sebahagian
mereka terlibat dalam pembinaan dan membaiki jalan raya, landasan keretapi
dan mengedalikan kemudahan awam. Sementara itu, orang Melayu rata-rata
terlibat dalam kegiatan ekonomi tradisional seperti menjadi petani, nelayan dan
pedagang kecil. Ini menyebabkan mereka ketinggalan kerana tidak terlibat
dalam aktiviti ekonomi yang membawa pulangan besar.

Jadual 4.3 menerangkan kegiatan ekonomi yang terperinci tahun 1957 oleh R. K.
Vasil.

Jadual 4.3: Kegiatan Ekonomi Penduduk Berasaskan Kaum dan Industri Tahun 1957

Kegiatan Ekonomi Melayu Cina India Lain-lain


Pertanian, nelayan dan 749 310 174 10
perhutanan
Padi 381 9 0.5 6
Getah 260 200 150 2
Perlombongan dan pembuatan 36 136 16 2
Perdagangan 32 127 32 3
Industri dan perkhidmatan lain 180 174 80 38
Perkhidmatan kerajaan 17 5 8 2
Polis, pengawal kesihatan 43 4 2 1
Tentera 15 2 3 23

*Jumlah dalam ribu


Sumber: Vasil (1980) dalam Abdul Halim Ramli (2009)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI  105

Jadual 4.3 menerangkan dengan jelas tentang kegiatan ekonomi dan agihan guna
tenaga yang tidak seimbang. Secara kasar, boleh dikatakan kaum Melayu
kebanyakannya menjadi petani dan nelayan secara kecil-kecilan di kawasan luar
bandar. Kaum India pula menjadi buruh kasar di sektor perladangan. Sementara
kaum Cina terlibat dalam sektor perlombongan dan peniagaan di bandar.
Ketidakseimbangan ini merupakan kesan langsung akibat dasar pecah dan
perintah yang diamalkan British di Tanah Melayu. Impaknya ialah jurang
sosioekonomi yang luas antara etnik selepas merdeka. Hal ini adalah perkara
utama dan penting yang perlu ditangani oleh kerajaan iaitu dari aspek agihan
dan kesamarataan.

Bumiputera, khususnya orang Melayu tidak digalakkan oleh penjajah untuk


turut menceburkan diri dalam sektor ekonomi moden atas alasan orang Melayu
tidak berminat berbuat demikian. Malah, dalam ekonomi sektor tradisi, orang
Melayu tidak dibenarkan untuk mengubah bidang tumpuan mereka ke arah
pertanian (penanaman getah) yang lebih menguntungkan bagi mengelak
persaingan terhadap sistem estet mereka. Penduduk bumiputera dalam sektor
tradisi juga tidak dibekalkan dengan prasarana fizikal dan kemudahan sosial,
perubatan dan lain-lain yang merupakan indikator kemajuan dan pembangunan.

Dari segi pendidikan, penjajah Inggeris juga mendiskriminasikan penduduk


bumiputera dalam sektor tradisi luar bandar dengan hanya memperkenalkan
pendidikan 3M yang bertujuan untuk mengajar mereka supaya menjadi petani
dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa dan datuk nenek mereka.
Pendidikan untuk kemajuan dan mobiliti sosial hanya dikhaskan kepada anak
bangsawan Melayu dan anak kaum bukan Melayu yang bekerjasama dengan
pihak penjajah Inggeris. Pada hakikatnya, jurang ekonomi antara sektor dan juga
antara penduduk ialah jurang perkauman, di mana kaum bukan bumiputera
mempunyai kedudukan ekonomi lebih baik dan kaum yang terperangkap dalam
kemiskinan dan penderitaan ialah penduduk bumiputera atau kaum Melayu.

4.2.4 Sistem Ekonomi Semasa Era Penyusunan


Dasar pecah dan perintah British menyebabkan ketidakseimbangan sama ada
antara wilayah atau dalam sektor pekerjaan. Ketidakseimbangan ini memberikan
kesan pula pada agihan pendapatan, guna tenaga dan pembahagian kerja yang
berasaskan pada etnik tertentu. Impak jarak sosioekonomi ini membawa
ketegangan dan konflik perkauman yang berpanjangan dan mencapai
kemuncaknya apabila tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

Selepas kemerdekaan pada 1957, terdapat satu jurang atau lompang yang besar
apabila etnik Melayu masih jauh ketinggalan dari segi sosioekonomi berbanding
Cina dan India. Sementara itu, keadaan ini berterusan selepas Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan hinggalah pembentukan Malaysia 1963. Kemasukan
Sabah, Sarawak dan Singapura yang membentuk gagasan Malaysia
menyebabkan kerajaan perlu memikirkan wilayah yang lebih luas dan agihan
yang lebih adil bagi semua kawasan dan etnik apabila kebolehcapaian pada
masa itu amatlah terbatas. Namun begitu, keadaan di Semenanjung Malaysia
agak kritikal berbanding dengan Sabah dan Sarawak.

Menurut kajian Snodgrass (1980) yang terdapat dalam buku Hubungan


Etnik tulisan Abdul Halim Ramli (2009), pada tahun 1957, pekerja Melayu
kebanyakannya bekerja dalam sektor yang kurang maju berbanding kumpulan
kaum lain di mana 69 peratus pekerja lelaki Melayu dan 88 peratus pekerja
wanita Melayu bekerja dalam sektor pertanian. Kebanyakan pekerja Cina pula
bekerja dalam sektor yang lebih maju dengan 66 peratus pekerja lelaki Cina dan
42 peratus pekerja wanita Cina bekerja dalam sektor di luar bidang pertanian.
Bagi pekerja India pula, mereka lebih banyak menumpukan perhatian dalam
bidang pertanian eksport dengan 40 peratus pekerja lelaki India dan
90 peratus adalah pekerja wanita India. Menurut beliau lagi, pola penumpuan
kerja kaum wujud dalam banyak industri, misalnya orang Melayu banyak
mendominasi pekerjaan dalam pentadbiran awam dan penanaman padi,
manakala orang Cina pula mendominasi industri perlombongan dan perniagaan.

Selain itu, menurut Abdul Halim Ramli, didapati pemilikan kekayaan juga
adalah tidak seimbang. Misalnya, pada tahun 1970, lebih 70 peratus ladang getah
dimiliki oleh syarikat yang dikuasai oleh pelabur asing. Syer pemilikan warga
Malaysia dalam syarikat perladangan pula kebanyakannya dimiliki oleh orang
Cina. Snodgrass mendapati wujudnya aspek ketidakseimbangan pemilikan ini
apabila lebih 61 peratus daripada sektor pertanian moden, industri dan
perniagaan dikuasai oleh sektor korporat pelabur Eropah. Sementara itu, majoriti
terbesar dalam sektor perniagaan milik tempatan dikuasai oleh orang Cina.
Orang Melayu hanya terlibat dalam sektor tradisional seperti getah dan
kelapa dalam skala yang kecil. Selain itu, penyertaan orang Melayu sebagai
nelayan juga secara kecil-kecilan dan hanya sedikit penyertaan dalam syarikat
pengangkutan dan lain-lain industri. Ternyata kedudukan sosioekonomi orang
Melayu jauh ketinggalan berbanding kaum lain iaitu kaum Cina dan India.
Keadaan ini telah menjadi asas konflik perkauman akibat perasaan tidak puas
hati yang timbul terhadap agihan bahagian ekonomi antara etnik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI  107

Terdapat beberapa usaha yang dilakukan untuk meningkatkan tahap penyertaan


kaum Melayu dan Bumiputera dalam ekonomi Malaysia. Antaranya pada tahun
1961, kerajaan menubuhkan Syarikat Pelaburan Nasional yang bertujuan untuk
membeli saham dalam syarikat pembuatan dan melibatkan diri dalam
perniagaan. Lebih kurang 50,000 orang kakitangan awam kaum Melayu telah
dibenarkan untuk membeli saham yang berharga RM 10,000 dalam syarikat
tersebut. Namun begitu, usaha ini tidak mencapai matlamat sebagaimana
diharapkan.

Selain itu, kerajaan menubuhkan Rural and Industrial Development Authority


(RIDA) pada tahun 1950. Penubuhan RIDA adalah untuk membantu perniagaan
orang Melayu dengan cara memberikan pinjaman skala kecil untuk sektor luar
bandar bagi tujuan perniagaan tani. Namun begitu, masalah yang dihadapi
dalam RIDA seperti masalah kekurangan dana, pengurusan yang lemah dan
kerugian yang tinggi dalam perniagaan menyebabkan RIDA ditutup pada 1966.
Pada tahun 1955, dua pertiga daripada projek yang dibiayai RIDA gagal
dilaksanakan dan banyak pembayaran yang tertunggak.

Maka, usaha terus dilakukan oleh kerajaan untuk membantu orang Melayu
supaya boleh bersaing dengan kaum lain. Pada tahun 1965 dan 1968, Kongres
Ekonomi Bumiputera diadakan dengan bertujuan mencari penyelesaian
permasalahan ekonomi orang Melayu, terutamanya di kawasan luar bandar.
Kongres ini menerima 69 cadangan, antaranya supaya kerajaan mencontohi apa
yang dilaksanakan di Jepun semasa pentadbiran Meiji iaitu dengan menubuhkan
syarikat kerajaan dan menjualnya dengan harga yang murah kepada orang
awam. Kongres kedua pada tahun 1968 menerima lebih banyak cadangan
supaya kerajaan memainkan peranan yang lebih besar untuk memajukan
masyarakat Bumiputera. Hasil kongres ini tertubuhnya Bank Perniagaan Melayu
pertama yang dikenali sebagai Bank Bumiputra yang ditubuhkan pada 1965.
MARA pula ditubuhkan pada tahun 1966 untuk menggantikan peranan RIDA.
Dari tahun 1966 hingga tahun 1970, jumlah pinjaman yang diberikan berjumlah
RM31 juta yang mewakili 4,800 pinjaman dalam pelbagai projek kepada orang
Melayu, antaranya ialah:

(a) Menubuhkan beberapa syarikat perniagaan dan industri;

(b) Membina premis perniagaan untuk peniaga Melayu;

(c) Menggalakkan kaum Bumiputera melibatkan diri dalam perniagaan sebagai


pembekal, pemborong, kontraktor bagi membekal barangan binaan; dan

(d) Menubuhkan syarikat bas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

Usaha ini ialah usaha kerajaan melalui MARA yang berperanan penting
membantu orang Melayu. Misalnya, penubuhan syarikat bas ketika sektor itu
didominasi oleh kaum Cina merupakan kejayaan besar kerana syarikat bas
tersebut menjadi kukuh setelah lama ditubuhkan.

Di samping itu, kerajaan juga berperanan penting dalam penubuhan Federal


Agricultural Marketing Authority (FAMA) pada tahun 1952 untuk memperbaiki
sistem pemasaran dan memastikan golongan petani mendapat harga yang
berpatutan dalam memasarkan produk pertanian. Selain itu, Bank Pertanian juga
ditubuhkan pada tahun 1969 bagi memberikan pinjaman untuk sektor pertanian,
khususnya kepada orang Melayu di luar bandar.

Selain itu, kerajaan juga menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan


(FELDA) pada tahun 1956 untuk memberikan tanah baru kepada mereka yang
tidak mempunyai tanah, khususnya dalam kalangan orang Melayu dan juga
kaum lain. Penubuhan FELDA merupakan kejayaan besar kerana institusi itu
membawa konsep penerokaan tanah secara besar-besaran yang sebelum ini
dilakukan oleh pihak swasta. Hari ini, FELDA merupakan sebuah organisasi
ekonomi yang penting di peringkat dunia.

Walaupun pelbagai usaha dan penubuhan badan berkepentingan ekonomi


ditubuhkan untuk membantu Melayu sejak merdeka, tetapi kedudukan ekonomi
kaum Melayu masih rendah. Keadaan dapat dilihat seperti dalam Jadual 4.5 iaitu
kadar kemiskinan di Semenanjung Malaysia.

Jadual 4.5: Kemiskinan di Semenanjung Malaysia Tahun 1970 dalam Peratus

Strata 1970
Luar Bandar 58.7
Bandar 21.3
Melayu 65.0
Cina 26.0
India 39.0
SEMENANJUNG 49.3

Sumber: Rancangan Malaysia (1976, 1991) Malaysia RRJP 2 dalam Abdul Halim Ramli
(2009)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI  109

Jadual 4.5 jelas menunjukkan masyarakat Melayu ketinggalan jauh selepas lebih
tiga penggal dasar pembangunan dilaksanakan bermula tahun 1956. Kadar
kemiskinan masih tinggi di luar bandar yang terdiri daripada orang Melayu.
Justeru, satu dasar baru diperkenalkan pada tahun 1971 yang dikenali dengan
Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB mempunyai matlamat serampang dua mata
iaitu untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

AKTIVITI 4.2

Bincangkan bersama rakan sekelas bagaimana berlaku modenisasi


ekonomi dalam masyarakat Melayu. Bentangkan di dalam kelas.

4.3 RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA


DAN DASAR EKONOMI
Rancangan Pembangunan Negara ialah rancangan yang mengambil kira dua
perkara iaitu Rangka Rancangan Jangka Pendek seperti pelaksanaan dalam
tempoh lima tahun bermula dari Dasar Ekonomi Lama iaitu Rancangan Malaya 1
dan 2 serta Rancangan Malaysia 1 hingga 10. Selain itu, dasar khusus yang
merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang seperti DEB, Dasar Penswastaan
dan Wawasan 2020 mempunyai matlamat yang jelas untuk perpaduan kaum.

4.3.1 Rancangan Pembangunan Lima Tahun


Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara ialah dokumen yang
menyediakan matlamat pembangunan ekonomi negara dengan melihat lima
tahun sebelum dan lima tahun yang akan datang serta mengandungi dasar
khusus untuk tujuan ekonomi dan pembangunan Malaysia. Rancangan
Pembangunan Lima Tahun Negara yang pertama telah dilaksanakan semasa era
transisi dengan pentadbiran British di Tanah Melayu pada 1956 yang dikenali
dengan Rancangan Malaya Pertama (1956ă1960) dan Rancangan Malaya Kedua
(1961ă1966).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan Singapura menyertai gagasan


pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Negara dikenali dengan Rancangan Malaysia. Rancangan Malaysia Pertama
bermula pada tahun 1966 hingga tahun 1970. Seterusnya, diikuti dengan
Rancangan-rancangan Malaysia yang lain dalam kiraan lima tahun. Sehingga
kini, Rancangan Malaysia telah mencapai kepada Rancangan Malaysia
Kesepuluh (RMK10) iaitu dari 2011 hingga 2015.

Pada keseluruhannya, matlamat Rancangan Malaya Pertama (RM1) dan


Rancangan Malaya Kedua (RM2) adalah untuk membangunkan ekonomi dalam
sektor perladangan di kawasan luar bandar. Objektif Rancangan RM1 dan RM2
tidak banyak berubah. Antaranya ialah:

(a) Menyediakan kemudahan dan peluang bagi penduduk luar bandar bagi
memperbaiki taraf sosioekonomi dan kebajikan mereka;

(b) Menyediakan pekerjaan untuk penduduk;

(c) Meluaskan lagi jenis pengeluaran, menumpukan pembangunan terhadap


keluaran pertanian yang sesuai sebagai tambahan penghasilan getah
dengan memberikan galakan yang sesuai ke arah pembangunan industri;

(d) Meninggikan output per kapita dan mempertahankannya daripada kesan


buruk yang mungkin berlaku akibat kejatuhan getah; dan

(e) Memperbaiki dan memperkembangkan perkhidmatan sosial yang


diperlukan bagi menyediakan peluang pekerjaan dan pelajaran serta
kesihatan.

(Abdul Halim Ramli, 2009)

Dengan adanya Rancangan Malaysia, negara kita meletakkan matlamat


perpaduan negara sebagai matlamat utama dalam pelaksanaan dasar, selain
matlamat pertumbuhan ekonomi, pembasmian kemiskinan, penyusunan
semula masyarakat, pembangunan sumber manusia dan lain-lain. Jadual 4.6
menunjukkan secara umum berkaitan dasar yang telah dijalankan di Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI  111

Jadual 4.6: Penumpuan RMK1 Hingga RMK10

Bil Rancangan Catatan


1 RMK1 Selepas penubuhan Malaysia, kerajaan membuat perubahan
(1966ă1970) dan penyesuaian dalam perancangan pembangunan negara
selari dengan penyertaan Sabah dan Sarawak. Pelbagai dasar
dalam bidang pendidikan, bahasa dan budaya diperkenalkan
untuk melengkapi rancangan pembangunan ekonomi tersebut.
Kerajaan terus memberi perhatian terhadap pembangunan desa
dan prasarana, di samping perindustrian gantian import.
Namun begitu, Rancangan Malaysia Pertama agak terbantut
akibat Konfrontasi Indonesia yang berakhir pada 1966 dan
tragedi 13 Mei 1969.
2 RMK2 Selepas tragedi 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru (DEB)
(1971ă1975) diperkenalkan untuk menyusun semula masyarakat dan
membasmi kemiskinan. DEB mengambil tempoh selama
20 tahun (1971ă1990). Rancangan Malaysia Kedua juga
memperlihatkan peralihan industri gantian-import menjadi
industri berorientasikan eksport.
3 RMK3 Rancangan pembangunan ini merupakan lanjutan daripada
(1976ă1980) Rancangan Malaysia Kedua.
4 RMK4 DEB masih diteruskan dan tumpuan turut diberikan pada
(1981ă1985) pembangunan industri berat.
5 RMK5 DEB berakhir pada tahun 1990. Kerajaan turut memberikan
(1986ă1990) penekanan ke atas industri berat dan elektronik.
6 RMK6 Dasar Pembangunan Negara (DPN) mula diperkenalkan
(1991ă1995) sebagai pengganti DEB. Rancangan pembangunan kali ini lebih
menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju
dan dasar penswastaan.
7 RMK7 Rancangan pembangunan yang mula memberi perhatian
(1996ă2000) kepada industri berteraskan k-ekonomi.
8 RMK8 Rancangan pembangunan kali ini ialah lanjutan daripada
(2001ă2005) Rancangan Malaysia Ketujuh.
9 RMK9 Rancangan pembangunan yang masih berteraskan
(2006ă2010) k-ekonomi, tetapi diberi keutamaan untuk pembangunan
manusia (modal insan). Islam Hadhari dijadikan kerangka kerja
untuk meningkatkan kualiti modal insan dalam kalangan
rakyat Malaysia.
10 RMK10 Rancangan pembangunan membawa aspirasi Program
(2011ă2015) Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang
berlandaskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan
kemampanan.

Sumber: Mohd Sohaimi Esa et al. (2009)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
112  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

RMK10 adalah dasar ekonomi yang terbaru dengan meletakkan lima teras utama
iaitu:

(a) Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara;

(b) Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda


kelas pertama;

(c) Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan;

(d) Meningkatkan tahap dan kemampuan hidup; dan

(e) Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan dasar.

Jika dilihat dengan lebih lanjut, RMK10 masih berjalan. Amnya, matlamat akhir
dasar ekonomi adalah untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan
pelbagai etnik. Antara dasar yang jelas memainkan peranan yang penting dalam
matlamat perpaduan nasional ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
dilaksanakan semenjak RMK2 hingga RMK5.

4.3.2 Elemen Perpaduan dalam Dasar Ekonomi


Dasar ekonomi merujuk kepada dasar yang berkaitan dengan pembangunan
dalam sesebuah negara. Namun begitu, dalam konteks Malaysia dasar ini
menjurus pada aspek yang lain iaitu untuk perpaduan. Sesetengah dasar bukan
sahaja mempunyai nilai ekonomi, tetapi mempunyai matlamat sosial iaitu untuk
perpaduan. Khususnya, terdapat tiga dasar yang dilihat di sini untuk perpaduan
iaitu:

(a) Dasar Ekonomi Baru (DEB)


DEB merupakan kesan langsung daripada implikasi peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa ini memberikan kesedaran dalam kalangan parti pemerintah untuk
menggubal dasar yang membantu orang Melayu. Ini kerana jurang
sosioekonomi antara kaum Melayu dan bukan Melayu memungkinkan
berlakunya ketegangan dan konflik etnik sekali lagi. DEB ialah sejenis
dasar afirmatif. Justeru, DEB digubal adalah untuk mewujudkan hubungan
etnik yang lebih baik di samping memupuk perpaduan dalam kalangan
etnik. Seperti yang diterangkan dalam seksyen terdahulu, matlamat DEB
bersifat serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun
semula masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI  113

Membasmi kemiskinan akan dapat dicapai melalui peningkatan pendapatan


dalam kalangan pelbagai etnik di Malaysia dengan menyediakan banyak
peluang pekerjaan di pelbagai sektor. Sementara itu, penyusunan semula
masyarakat dapat dilakukan melalui migrasi penduduk di kawasan
luar bandar ke bandar. Migrasi ini penting kerana dapat mewujudkan
keseimbangan di kawasan bandar antara orang Melayu dan bukan Melayu.

Dalam usaha menjayakan matlamat DEB, kerajaan melaksanakan program


untuk membasmi kemiskinan seperti kemudahan pemasaran, kredit dan
pinjaman, perkhidmatan lanjutan dan penyelidikan. Antara usaha kerajaan
untuk menjayakan rancangan ini ialah penubuhan FAMA (1965), Lembaga
Pertubuhan Peladang (1973) dan MARDI (1968). Langkah yang diambil ini
dilihat mensasarkan masyarakat luar bandar iaitu orang Melayu yang
masih miskin dan akan dapat meningkatkan pendapatan mereka serta
sekali gus mengurangkan kemiskinan. Selain itu, kerajaan juga
menekankan kegiatan yang mempunyai pengeluaran yang lebih tinggi.
Kegiatan yang mempunyai pengeluaran yang lebih rendah digantikan
dengan pengeluaran pada skala yang lebih tinggi agar ia memberikan
keuntungan yang berlipat ganda kepada petani.

Dalam usaha menyusun semula masyarakat, kerajaan terlebih dahulu


mengenali masalah yang wujud. Ini kerana ketidakseimbangan berlaku
dalam aspek sektor, kaum dan kawasan. Dari segi sektor, didapati sektor
tradisi merupakan sektor pekerjaan yang mempunyai tahap pendapatan
paling rendah. Selain itu, terdapatnya perbezaan pendapatan antara etnik
disebabkan oleh kegiatan ekonomi yang diceburi. Pembahagian kawasan
kemiskinan kebiasaannya merujuk pada kawasan luar bandar. Kawasan
luar bandar terdiri daripada orang Melayu yang bekerja sebagai petani,
pesawah dan nelayan.

Antara usaha yang dilaksanakan melalui DEB dalam membantu


masyarakat luar bandar adalah:

(i) Menerapkan kaedah pertanian moden;

(ii) Memberikan pendidikan yang terbaik; dan

(iii) Membantu masyarakat luar bandar melalui program perbandaran


dengan menempatkan perusahaan moden di luar bandar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

Selain itu, kerajaan juga melakukan usaha memodenkan kawasan luar


bandar melalui pembukaan tanah baru seperti Jengka, Pahang Tenggara
dan juga rancangan Perairan Muda, Kemubu dan Besut. Akhir sekali,
kerajaan juga berusaha membentuk masyarakat pengusaha Melayu di
mana kerajaan memberikan bantuan khas untuk memastikan mereka
berjaya dalam perniagaan. Kerajaan berharap dalam tempoh 20 tahun
perlaksanaan DEB, Malaysia akan mempunyai 30 peratus ekuiti saham
dalam perdagangan dan perusahaan yang menjadi hak milik orang
Melayu. Jika orang Melayu dibantu, masyarakat kaum lain juga terbela.
Oleh itu, Malaysia diharap berada dalam keadaan aman.

(b) Dasar Penswastaan


Dasar Penswastaan diperkenalkan pada bulan Mac tahun 1983 oleh
mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohammad.
Pada asasnya, Dasar Penswastaan melibatkan pemindahan perkhidmatan
atau perusahaan ke dalam sektor swasta. Penswastaan membawa makna
penjualan saham milikan negara atau milikan awam kepada sektor swasta
yang akhirnya menyebabkan ekuiti dikuasai oleh sektor swasta. Dasar
tersebut bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalisation), iaitu
proses yang menambahkan pemilikan dan penguasaan kerajaan dalam
ekonomi. Sebelum ini, sektor awam bukan sahaja terlibat dalam menyedia
dan menentukan arah dasar utama, tetapi turut menyediakan perkhidmatan
serta terlibat secara aktif dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan di
Malaysia. Terdapat lima tujuan Dasar Penswastaan seperti yang dapat
dilihat dalam Rajah 4.2.

Rajah 4.2: Lima tujuan Dasar Penswastaan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI  115

Umumnya, Dasar Penswastaan menyumbang kepada kepesatan


pertumbuhan ekonomi serta membantu dalam usaha mencapai matlamat
penyusunan semula masyarakat serta meningkatkan penyertaan golongan
orang Melayu dan Bumiputera ke dalam sektor korporat. Di samping itu,
kesan Dasar Penswastaan juga telah mengurangkan beban kewangan dan
pentadbiran kerajaan dan membolehkan kerajaan membantu sektor yang
lebih kritikal. Selain itu, dasar ini telah berjaya mewujudkan persaingan
dalam sektor pelaburan, tenaga dan telekomunikasi.

(c) Wawasan 2020


Wawasan 2020 merupakan wawasan yang dicetuskan oleh Tun
Dr Mahathir Mohammad pada 28 Februari 1991. Matlamat wawasan ini
adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian
yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 dari pelbagai aspek iaitu
material dan bukan material. Wawasan ini bukan sahaja mempunyai nilai
dari aspek ekonomi, malahan juga dari aspek perpaduan nasional.
Wawasan 2020 yang ingin dibina adalah Bangsa Malaysia yang maju
berdasarkan acuan tersendiri. Justeru, matlamat wawasan ini ialah sebuah
bangsa yang bersatu padu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan,
mempunyai nilai moral dan etika, hidup dalam sebuah masyarakat yang
demokratik, liberal, toleran, penyayang, adil dan saksama dari segi
ekonomi, progresif dan makmur, serta memiliki sepenuhnya ekonomi
berdaya saing, dinamik, teguh dan tidak luntur. Matlamat atau cabaran
Wawasan 2020 dapat dijelaskan secara umum seperti berikut:

(i) Cabaran mewujudkan sebuah negara Bangsa Malaysia yang bersatu


padu;

(ii) Cabaran bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang bebas dan


terjamin;

(iii) Cabaran bagi memupuk dan memajukan sebuah masyarakat


demokrasi yang matang;

(iv) Cabaran bagi mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika


tinggi;

(v) Cabaran bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang matang, liberal


dan toleran;

(vi) Cabaran untuk membentuk sebuah masyarakat yang saintifik dan


progresif;

(vii) Cabaran untuk membentuk sebuah masyarakat penyayang dan


berbudaya penyayang;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

(viii) Cabaran untuk mewujudkan masyarakat adil dari segi ekonomi;


dan

(ix) Mewujudkan sebuah masyarakat makmur yang memiliki ekonomi


berdaya saing, dinamik, kuat dan tidak mudah luntur.

Jelaslah, Wawasan 2020 adalah dasar ke arah persediaan sebuah negara


maju. Dalam konteks ini, negara bangsa yang ingin diwujudkan adalah
dengan mengurangkan jurang pendapatan antara etnik, melalui peruntukan
peluang yang sah, kesetaraan perkhidmatan sosial dan infrastruktur yang
lebih rapat, pembangunan budaya ekonomi yang sesuai dan pembangunan
sumber manusia sepenuhnya bagi mencapai matlamat tersebut.

AKTIVITI 4.3

1. Bincangkan secara kritis tentang Rangka Rancangan Jangka


Pendek Lima Tahun dalam memupuk hubungan etnik.

2. Pilih satu dasar berikut dan terangkan bagaimana dasar ini


memainkan peranan yang penting dalam perpaduan nasional.
Bentangkan di dalam kelas.

(a) DEB

(b) Dasar Penswastaan

(c) Wawasan 2020

4.4 KESIMPULAN
Perbincangan dalam topik ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman kita
bahawa dalam konteks Malaysia, matlamat pembangunan ekonomi yang utama
ialah untuk mencapai perpaduan nasional. Perpaduan ini digabung jalin ke
dalam dasar dan matlamat dasar yang akhirnya membawa pengertian
perpaduan dan kesepaduan masyarakat dalam konteks negara Bangsa Malaysia.
Namun begitu, proses ini dibina dengan mengambil jangka masa yang lama
semenjak merdeka hingga kini. Jika pembangunan ekonomi baik dan setiap
kaum akan menikmati ekonomi dengan adil, maka Malaysia akan terus aman
tanpa berlaku pergolakan etnik yang melampau dan mengancam kesepaduan
masyarakat yang terbina.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI  117

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Jelaskan kaitan antara ekonomi dan hubungan etnik dalam


konteks pembinaan negara bangsa di Malaysia.

2. Bagaimanakah ekonomi memainkan peranan yang penting dalam


penyatupaduan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia?

3. Bincangkan elemen yang boleh menggugat keharmonian kaum


dalam aspek ekonomi jika tidak diuruskan dengan baik.

4. Berikan cadangan bagaimana perpaduan kaum pelbagai etnik


dapat dibina melalui aktiviti ekonomi.

 Modenisasi ialah perubahan dalam kehidupan manusia.

ă Berlaku dalam dua bentuk iaitu:

o Modenisasi dalam politik; dan

o Modenisasi dalam ekonomi.

ă Berlaku secara berencana dan tidak berencana.

ă Proses modenisasi secara berencana mempunyai matlamat, kaedah


dan penetapan ukuran pencapaian terlebih dahulu sebelum sesuatu
perubahan itu dilaksanakan.

 Modenisasi ekonomi di Malaysia berlaku apabila terdapat perubahan


tumpuan aktiviti ekonomi, misalnya dalam bentuk penggunaan binatang
kepada penggunaan teknologi mesin dan jentera.

 Perubahan ekonomi daripada ekonomi bercorak tradisi seperti pertanian dan


perikanan ke arah ekonomi moden seperti perkilangan, perniagaan dan
perkhidmatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

 Teori W. W. Rostow sesuai untuk memahami perubahan masyarakat dalam


modenisasi ekonomi. Menurut teori ini, perubahan berlaku dalam lima tahap
iaitu:

ă Tahap tradisi;

ă Persediaan;

ă Lepas kandas;

ă Matang; dan

ă Penggunaan masa.

 Modenisasi bermula di Eropah dan berlaku dalam dua kaedah iaitu secara
falsafah dan secara praktikal.

 Modenisasi dibawa keluar dengan cara penjajahan dan imperialisme.

 Modenisasi dilihat sama seperti pembaratan dan pemodenan yang menjurus


kepada modenisasi.

 Asas sistem ekonomi orang Melayu adalah bercorak maritim dan pertanian.

 Semasa penjajahan, orang Melayu tidak diberikan peluang oleh British untuk
terlibat dalam sektor ekonomi moden berbanding dengan orang bukan
Melayu iaitu kaum Cina dan India yang terlibat secara langsung dalam
ekonomi moden.

 Apabila merdeka, terdapat jurang sosioekonomi yang besar antara etnik


yang membawa kepada prejudis dan prasangka yang menebal hingga
kemuncaknya membawa kepada konflik perkauman pada 13 Mei 1969.

 Sistem ekonomi semasa penjajahan British adalah berbentuk dwi-ekonomi


iaitu orang Melayu dengan sektor tradisi dan orang bukan Melayu dengan
sektor ekonomi moden.

 Selepas negara kita mencapai kemerdekaan, terdapat pelbagai usaha untuk


membantu orang Melayu dengan menubuhkan Syarikat Pelaburan Nasional
(1961), RIDA (1950 hingga 1966), MARA (1966, menggantikan RIDA), Bank
Bumiputra 1965, FELDA (1956) dan DEB (1971ă1990).

 DEB mempunyai matlamat yang jelas iaitu untuk membantu orang Melayu
dengan membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI  119

 DEB merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang selama 20 tahun dan


berjaya mengubah kedudukan ekonomi orang Melayu.

 Rancangan Pembangunan Lima Tahun mengandungi matlamat pembangunan


ekonomi negara dengan melihat lima tahun lepas dan lima tahun ke
hadapan.

 Semenjak merdeka, kita sudah melalui 12 Rancangan Pembangunan Lima


Tahun iaitu bermula dengan RM1 dan RM2 dan diteruskan dengan RMK1
hingga RMK10.

 Dasar Penswastaan dan Wawasan 2020 merupakan dasar ekonomi yang


penting dalam pembangunan negara dengan menerapkan elemen perpaduan
seperti penyusunan semula masyarakat dan pembinaan modal insan untuk
mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) Pembaratan


Dasar penswastaan Pemodenan
Imperalisme Penjajahan
Jurang ekonomi Rancangan pembangunan lima tahun
Modenisasi ekonomi Teori W.W. Rostow
Modenisasi di Eropah Wawasan 2020
Modenisasi di Malaysia

Abdul Halim Ramli. (2009). Hubungan kaum di Malaysia: Sejarah dan asas
perpaduan. Shah Alam, Malaysia: Pusat Penerbit Universiti (UPENA).

Barraclough, G. (1978). The times atlas of world history. London, England: Times
Books.

Mohd Sohaimi Esa, et al. (2011). Hubungan etnik: Kelangsungan pembinaan


negara bangsa. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbitan Multimedia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: Fajar


Bakti.

Shamsul Amri Baharuddin. (1977). RMK: Tujuan dan pelaksanaannya. Kuala


Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Shamsul Amri Baharuddin. (1979). The development of the under development


of the Malaysian peasantry. Journal of Contemporary Asia, 9(4), 434ă454.

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul hubungan etnik. Shah Alam, Malaysia:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul hubungan etnik. Ed. ke-2. Bangi,
Malaysia: Institut Kajian Etnik, UKM.

Syed Husin Ali. (1987). Kaum kelas dan pembangunan: Malaysia. Kuala
Lumpur, Malaysia: Persatuan Sains Sosial Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Perlembagaan
5 dari Aspek
Hubungan
Etnik
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan sikap toleransi dalam kalangan masyarakat pelbagai
etnik semasa proses pembentukan Perlembagaan Persekutuan;
2. Menjelaskan elemen berkaitan hubungan etnik dalam
Perlembagaan Persekutuan;
3. Menganalisis peranan perlembagaan sebagai asas keharmonian
masyarakat plural di Malaysia; dan
4. Menilai kerelevenan unsur tradisi dalam Perlembagaan
Persekutuan.

 PENGENALAN
Tahukan anda, apakah itu perlembagaan? Dalam bahasa mudah, perlembagaan
merupakan undang-undang tertinggi dan menjadi asas pembentukan pelbagai
undang-undang sesebuah negara. Bagaimanakah dengan Malaysia? Di Malaysia,
kita mempunyai perlembagaan tersendiri yang bertulis dan didokumentasikan.
Cuma apa yang unik dalam pembentukan perlembagaan negara kita ialah
manifestasi kesedaran penduduk pelbagai etnik di Malaysia yang mengikat
jalinan kerjasama dan permuafakatan untuk membentuk Malaysia yang
merdeka. Jika diperhatikan, peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan
menguntungkan penduduk asal negara ini tetapi dalam masa yang sama wujud

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 5 PERLEMBAGAAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK

perkara yang diperuntukkan dalam perlembagaan untuk mengimbangi hak


kaum bukan bumiputera yang lain. Amnya, perlembagaan adalah asas
pembentukan perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di
Malaysia yang harus sentiasa dipertahankan dan dipelihara.

Apa-apa perkara berkaitan isu bahasa, agama, kedudukan istimewa bumiputera


dan kewarganegaraan dalam Perlembagaan Malaysia menjadi faktor penting
untuk mewujudkan hubungan etnik yang erat dan utuh dalam kalangan
rakyat Malaysia. Menurut Suffian Hashim (1983), perkara yang dianggap
menguntungkan orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia diimbangi
dengan peruntukan lain yang juga memberi hak kepada kaum bumiputera.
Perkara yang menetapkan Islam sebagai agama persekutuan diimbangi dengan
peruntukan kebebasan bagi rakyat bukan Islam untuk menganut dan
mengamalkan agama lain dalam suasana aman dan harmoni.

Perlembagaan juga mengandungi prinsip tentang kaitan antara satu badan


pemerintah dengan badan pemerintah yang lain seperti eksekutif, perundangan
dan kehakiman dengan memperincikan bidang kuasa ini dengan lebih khusus
serta peranan setiap badan itu dalam kerangka pemerintahan negara.
Kebiasaannya, perlembagaan mengandungi undang-undang yang selaras
dengan kehendak rakyat dan keadaan semasa. Seperti negara berdaulat yang
lain, Malaysia mempunyai perlembagaannya sendiri sebagai panduan lengkap
pentadbiran dan pemerintahan negara. Oleh itu, topik ini akan memperincikan
kaitan antara Perlembagaan Persekutuan dengan hubungan etnik di Malaysia.

5.1 KONSEP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


Perlembagaan ialah dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan
undang-undang yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran
sebuah negara moden. Perlembagaan merupakan sumber undang-undang
tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.
Perlembagaan dapat ditakrifkan sebagai kumpulan peraturan atau undang-
undang sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menentukan organisasi
kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip umum
tentang bagaimana kuasa tersebut dilaksanakan. Oleh itu, Perlembagaan
mempunyai konsep ketinggian Perlembagaan dan secara konsepnya,
Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia dan
tunggak undang-undang. Ini bermakna undang-undang yang wujud tidak boleh
bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Jika bercanggah, akan terbatal
undang-undang yang berlawanan tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERLEMBAGAAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK  123

Perlembagaan yang wujud hari ini ialah berasaskan Perlembagaan Persekutuan


Tanah Melayu 1957. Ia dipinda pada tahun 1963 untuk membolehkan Singapura,
Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia, namun Singapura telah
menarik diri daripada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1965. Setiap negeri
pula mempunyai perlembagaan masing-masing yang menentukan corak
pemerintahan negeri berkenaan. Perlembagaan Persekutuan mengandungi 181
perkara yang dibahagikan kepada 14 bahagian.

Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan tentang beberapa perkara


seperti:

(a) Kebebasan asasi rakyat;

(b) Kewarganegaraan;

(c) Badan perundangan;

(d) Badan pemerintah;

(e) Badan kehakiman;

(f) Kewangan;

(g) Pembahagian kuasa antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri;

(h) Kedudukan istimewa orang Melayu;

(i) Tanah;

(j) Pembangunan negara;

(k) Perkhidmatan awam; dan

(l) Pilihan raya.

Perlembagaan berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan


dan hak rakyat. Perlembagaan ialah kumpulan undang-undang dasar yang
menentukan bagaimana pemerintahan sesebuah negara itu seharusnya dijalankan.
Rangka undang-undang ini menerangkan kuasa yang dipunyai oleh pelbagai
anggota negara itu, hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan
perhubungan antara yang memerintah dengan yang diperintah. Ia mengandungi
set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam
dalam sesebuah negara dan antara autoriti awam dengan rakyat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 5 PERLEMBAGAAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK

Perlembagaan dibahagikan pada dua iaitu:

(a) Perlembagaan Bertulis


Perlembagaan bertulis (seperti Perlembagaan Malaysia) ialah bentuk
perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen.
Perlembagaan ini sukar dipinda kecuali wujud peruntukan tertentu dalam
perlembagaan itu untuk membolehkan dilakukan pindaan.

(b) Perlembagaan Tidak Bertulis


Perlembagaan tidak bertulis (seperti di Britain) pula ialah perlembagaan
yang semua prinsip undang-undang perlembagaan tidak terkumpul dalam
satu kanun atau naskhah, tetapi terkandung dalam adat resam dan tradisi,
keputusan mahkamah, akta parlimen dan pandangan para ilmuan undang-
undang terkemuka.

Perlembagaan Malaysia merupakan perlembagaan bertulis yang mana kuasa


perundangan, kehakiman dan eksekutif dinyatakan dalam perlembagaan.
Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual.
Inti pati Perlembagaan Malaysia menyentuh secara ringkas tentang bidang kuasa
eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan,
bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di
Sabah dan Sarawak, dan sebagainya.

Malaysia merupakan sebuah persekutuan yang berlandaskan perlembagaan


bertulis sebagai undang-undang tertinggi. Ia mengamalkan sistem kerajaan
persekutuan dan mengandungi 13 buah kerajaan negeri serta Wilayah
Persekutuan (Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan). Negeri-negeri Persekutuan
terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,
Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

Malaysia mengamalkan sistem kerajaan demokrasi berparlimen dengan Yang


di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Negara kita merupakan sebuah
persekutuan dengan kewibawaan perlembagaan atau kuasa dibahagikan antara
sebuah Kerajaan Pusat (Persekutuan) dengan 13 buah kerajaan negeri.
Perlembagaan Persekutuan 1957 dijadikan asas pembentukan sebuah negara
baharu yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Negara baharu ini diisytiharkan sebagai „Malaysia‰ pada 16 September 1963
setelah kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Persekutuan.
Perlembagaan jelasnya berfungsi sepenuhnya bagi menyatakan tentang
tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap pemerintah dan
negara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERLEMBAGAAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK  125

AKTIVITI 5.1

Dalam kumpulan, bincangkan perkara berikut dan bentangkan di


dalam kelas:

(a) Apakah yang anda faham tentang Perlembagaan Persekutuan?

(b) Apakah yang anda faham tentang keluhuran perlembagaan?


Bincangkan dari aspek hubungan etnik.

(c) Bagaimanakah Perlembagaan Persekutuan dapat mewujudkan


perpaduan kaum?

5.2 SEJARAH PENGGUBALAN


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Pembentukan Perlembagaan Persekutuan berlaku secara berperingkat-peringkat
iaitu bermula pada zaman Kesultanan Melayu, zaman penjajahan Barat dan
proses adaptasi undang-undang Barat ke dalam kerajaan Melayu. Seterusnya,
pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan penjajahan ke atas Tanah Melayu
kembali menerapkan undang-undang British melalui British Military
Administration (BMA) dan kebangkitan menentang penjajahan British di negeri-
negeri Melayu juga penting dalam mempengaruhi pembentukan Perlembagaan
Persekutuan yang ada sekarang.

5.2.1 Undang-undang Zaman Kesultanan Melayu


Tamadun Melayu merupakan tamadun yang unggul. Semasa kedatangan
penjajah ke Alam Melayu, tamadun Melayu sudahpun mempunyai latar
belakang kerajaan yang hebat dari segi pentadbiran dan kebudayaan, budaya
material, keintelektualan dan kerohanian. Kewujudan kerajaan Melayu awal
yang berpusat di Lembah Sungai Muda dan Lembah Bujang adalah manifestasi
keunggulan kerajaan Melayu suatu masa dulu. Contoh kerajaan awal yang lain
adalah seperti:

(a) Kerajaan Tun Sun;

(b) Ko-Lo dan Pan-pan di Segenting Kra;

(c) Kerajaan Langkasuka di Patani;

(d) Kerajaan Chin-Tu di Kelantan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 5 PERLEMBAGAAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK

(e) Kerajaan Tan-Tan di Terengganu;

(f) Kerajaan Gangga di Negeri Perak;

(g) Kerajaan Kedah Tua; dan

(h) Kerajaan Lo-Yueh di selatan Tanah Melayu yang telah muncul dalam
sekitar abad ke-6 hingga abad ke-14.

Kerajaan yang wujud terbukti berjaya menguruskan kerajaan mereka dengan


baik. Beberapa penemuan yang membuktikan kejayaan ini ialah catatan bertulis
mahupun catatan pengembara dari China, India, Arab dan Parsi. Kerajaan-
kerajaan ini menjadi antara kerajaan yang disegani disebabkan oleh kejayaan
mereka menguruskan masyarakat mereka berasaskan undang-undang yang
diterima daripada agama Hindu-Buddha.

Namun begitu, kedatangan dan penyebaran agama Islam memainkan peranan


penting dalam pembangunan tamadun di Alam Melayu atau Nusantara.
Kewujudan kerajaan Melayu seperti kerajaan Melaka pada abad ke-15 ialah
manifestasi pembangunan tamadun tersebut. Kewujudan kerajaan lain seperti
Acheh, Demak, Samudra-Pasai dan lain-lain lagi menyumbang dalam
perkembangan agama Islam di Alam Melayu hingga ke tempat lain seperti
seluruh Tanah Melayu, Pulau Jawa, Maluku, Sulawesi, Borneo, Mindanao dan
kepulauan Sulu di Filipina.

Antara kerajaan yang boleh dijadikan contoh ialah kerajaan Melayu Melaka. Ini
kerana kerajaan Melayu Melaka tidak meninggalkan impak yang sedikit ke atas
perkembangan Islam di Alam Melayu. Kunci kejayaan kerajaan Melayu Melaka
ialah sistem pentadbiran yang sistematik, masyarakat dalam keadaan stabil dan
mempunyai undang-undang yang efektif.

Antara undang-undang yang selalu disebut oleh para sarjana ialah Undang-
undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka (Undang-undang Melaka).
Undang-undang ini menjadi contoh kepada kerajaan Melayu yang lain. Undang-
undang ini mempengaruhi undang-undang lain malahan, menjadi pencetus
kewujudan undang-undang lain seperti Undang-undang Johor, Undang-undang
Kedah, Undang-undang Pahang, Undang-undang Perak 99 dan Undang-undang
Sungai Ujong. Begitu juga, dalam sejarah Undang-undangKesultanan Brunei
terdapat bukti bahawa terdapat pengaruh daripada Undang-undang Melaka.
Oleh yang demikian, kerajaan Melayu Melaka merupakan sebuah kerajaan yang
berpengaruh bukan sahaja dalam aspek pentadbiran iaitu sistem beraja atau
sultan malahan dalam aspek pelaksanaan undang-undang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERLEMBAGAAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK  127

5.2.2 Penerapan Undang-undang British Zaman


Kedatangan Barat di Tanah Melayu
Kedatangan Barat ke Alam Melayu disebabkan oleh Revolusi Perindustrian yang
berlaku di Eropah. Revolusi ini mendesak mereka datang ke Nusantara yang
merupakan kawasan yang kaya dengan sumber bahan mentah. Kedatangan
Barat ke Alam Melayu bermula dengan penjajahan Portugis dan diikuti oleh
Belanda ke atas Melaka. Penjajahan ini mematikan fungsi kerajaan Melayu
Melaka sebagai pusat perdagangan dan penyebaran agama Islam di Nusantara.
Seterusnya, British merupakan negara Barat yang memberikan impak yang besar
di Tanah Melayu apabila penjajahan ke atas negeri-negeri Melayu bermula
terutama selepas perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Negeri-negeri lain seperti
Pulau Pinang dan Singapura dikuasai lebih awal iaitu pada tahun 1786 dan 1819.
Kemudian, pada tahun 1826 negeri berkenaan dikenali dengan Negeri-negeri
Selat. Seterusnya, British menguasai negeri-negeri Melayu yang lain seperti
Perak (1874), Selangor (1882), Negeri Sembilan (1889), Pahang (1888), Johor
(1885), Kedah (1909), Kelantan 1909), Terengganu (1909). Berbanding Belanda
dan Portugis, penguasan British ke atas negeri-negeri Melayu adalah lebih besar.
Undang-undang yang diperkenalkan oleh Belanda dan Portugis terbatas dalam
kalangan etnik mereka sahaja berbanding dengan undang-undang yang
diperkenalkan oleh British. Penjajahan ini membolehkan penerapan sistem
pentadbiran dan undang-undang British dapat dilaksanakan. Pelantikan
Penasihat dan Residen British di negeri-negeri Melayu adalah usaha untuk
melaksanakan matlamat ini.

Menurut Ahmad Ibrahim dalam buku Mengenali Sejarah dan Asas-asas


Perlembagaan Negara, penerapan undang-undang British bermula dengan
memperkenalkan Piagam Keadilan (Charter of Justice) di Pulau Pinang pada
tahun 1807. Dalam masa yang sama, British juga memperkenalkan sebuah
Mahkamah Keadilan yang dipanggil Mahkamah Keadilan Pulau Prince of Wales.
Pada tahun 1826, sekali lagi Piagam Keadilan ini diperkenalkan buat kali kedua
di Negeri-negeri Selat bagi dilaksanakan di negeri Melaka dan Singapura.
Menurut Ahmad Ibrahim, uniknya mahkamah dan badan kehakiman ini kerana
ia memerlukan Ketua Hakim, Hakim, serta Baron dari Mahkamah Tinggi
England dan begitu juga dengan bidang kuasa dan kuasa Mahkamah Tinggi.
Pada tahun 1855, British mengisytiharkan Piagam Keadilan buat kali ketiga
bertujuan memantapkan lagi penguasaan undang-undang British di negeri-
negeri Melayu.

Pelaksanaan undang-undang British ini menyebabkan undang-undang Islam


dan adat istiadat Melayu mula diketepikan. Malahan terdapat beberapa kes yang
melibatkan hukum syarak Islam dibicarakan menggunakan undang-undang
Inggeris.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 5 PERLEMBAGAAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK

Pada tahun 1866, Akta Negeri-negeri Selat dikuatkuasakan dan sejak itu
„Ordinan‰ hanya diluluskan oleh Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat. Selain
itu, British juga memperkenalkan dan melaksanakan Common Law dan ekuiti
British (sistem doktrin dan prosedur antara Common Law dan undang-undang
statut) di negeri-negeri Melayu yang lain.

Pada tahun 1905, sebuah badan perundangan pusat ditubuhkan yang dikenali
sebagai Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP). Badan ini berfungsi untuk
memastikan semua undang-undang yang dibuat pada peringkat negeri perlu
bersesuaian dan tidak bertentangan dengan undang-undang yang dibuat oleh
MMP. Akan tetapi MMP tidak mempunyai kuasa ke atas agama Islam dan
kedudukan raja-raja Melayu, malahan raja-raja Melayu boleh mengambil
bahagian dalam perbincangan MMP. Jika diperhatikan, walaupun British yang
menggubal undang-undang, tetapi mereka tidak meminggirkan raja-raja Melayu.
Namun begitu, bermula tahun 1927 apabila MMP diberikan kuasa untuk
membuat undang-undang, raja-raja Melayu tidak lagi dibenarkan turut serta
dalam perbincangan MMP. Sebenarnya, penyerapan undang-undang British di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu berlaku pada 1937 dan Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu pada tahun 1951.

Selain itu, undang-undang Sivil turut diperkenalkan pada tahun 1937 di Negeri-
negeri Melayu Bersekutu dan kemudian diperluaskan ke Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu melalui Ordinan Sivil (Perluasan) 1951. Pada tahun 1956, kedua-
dua undang-undang ini digantikan dengan Ordinan Undang-undang Sivil 1956
meliputi Pulau Pinang dan Melaka. Justeru, seluruh Persekutuan Tanah Melayu
menggunakan undang-undang Common Law dan ekuiti Inggeris. Tindakan ini
menyebabkan skop undang-undang Islam menjadi kecil dari segi peranannya
dan terhad dalam aspek nikah kahwin sahaja. Manipulasi British dari segi
undang-undang menyebabkan orang Melayu yang bergantung pada undang-
undang Islam sebelum ini berubah kepada undang-undang British yang
dikatakan lebih moden.

5.2.3 Penerapan Undang-undang Zaman Kedatangan


Barat di Sabah dan Sarawak
Pergolakan dalaman yang berlaku dalam kalangan pemimpin sama ada di
Sabah atau Sarawak memberikan ruang dan peluang kepada British untuk
memperkenalkan undang-undang mereka. Pengaruh British mula menular
pada tahun 1888 apabila Sabah yang sebelum ini berada di bawah naungan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERLEMBAGAAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK  129

Kesultanan Brunei telah diserahkan kepada British. Sebelum itu, pada tahun
1882 Syarikat Borneo Utara telah ditubuhkan melalui Piagam Diraja. Piagam ini
memberikan kuasa kepada British untuk menggubal dan menguatkuasakan
undang-undang yang sebahagian besarnya diambil dari Negeri-negeri Selat dan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Sementara itu, Sarawak juga mengalami masalah dalaman sehingga


mengundang campur tangan James Brooke di Sarawak pada tahun 1836.
Kejayaan James Brooke menyelesaikan permasalahan dalaman Sarawak
membolehkan beliau ditabalkan sebagai raja negeri itu pada tahun 1841 dan
mendapat persetujuan Sultan Brunei. Campur tangan Brooke berkaitan undang-
undang bermula pada tahun 1860. Pada tahun 1888, Sarawak mula diletakkan di
bawah British melalui perjanjian antara British dan Raja Brooke kedua (Raja
Charles Brooke). Pada tahun 1928, undang-undang Inggeris diperkukuhkan lagi
di Sarawak apabila Sarawak meluluskan Law of Sarawak Ordinance yang
menetapkan pemakaian undang-undang Inggeris. Pada tahun 1949, Sarawak
Application of Law Ordinance pula diperkenalkan dan prinsip ekuiti beserta
statut yang diguna pakai di England. Kemudian, Sabah dan Sarawak menerima
Akta Undang-undang Sivil pada tahun 1956 yang digunakan di Persekutuan
Tanah Melayu melalui Akta Undang-undang Sivil (Pindaan) 1972 berikutan
penubuhan Malaysia pada tahun 1963.

Penerangan ini membolehkan kita mengetahui bahawa proses pemodenan


dalam perundangan negara kita dipelopori oleh British dengan menerapkan
perkaedahan perundangan dan kehakiman dari England. Maka, pembentukan
Perlembagaan Persekutuan mempunyai kaitan dengan pengaruh British.

5.2.4 Kedudukan Undang-undang Zaman


Pendudukan Jepun
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu hanya lebih kurang tiga tahun sembilan
bulan sahaja iaitu dari 15 Februari tahun 1942 hingga 15 Ogos tahun 1945. Untuk
melicinkan pentadbiran Jepun di Tanah Melayu, kerajaan Jepun memperkenalkan
Sistem Kawalan pada tahun 1944. Sistem ini mewajibkan penduduk di sesuatu
tempat menjalankan rondaan pada waktu malam. Mereka yang ditangkap akan
dijatuhkan hukuman melalui jabatan kehakiman yang berada di bawah
Mahkamah Tentera yang ditubuhkan pada tahun 1942. Pendudukan Jepun
di Tanah Melayu dalam jangka masa yang singkat tidak mempengaruhi
perkembangan dan pembinaan undang-undang di negara ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 5 PERLEMBAGAAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK

AKTIVITI 5.2

Bagaimanakah sejarah kegemilangan kerajaan Melayu yang lepas


menyumbang kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan
Malaysia? Bincangkan.

5.2.5 Proses Penggubalan Perlembagaan Malaysia


Pembentukan Perlembagaan Persekutuan mengalami proses yang unik. Boleh
dikatakan pembentukan Perlembagaan Persekutuan menterjemahkan kehendak
seluruh etnik yang ada di Tanah Melayu. Setelah British kembali ke Tanah
Melayu selepas Perang Dunia Kedua, British cuba memperkenalkan bentuk
pemerintahan negara yang moden dengan menekankan pada sistem
pemerintahan berpusat melalui Malayan Union (Kesatuan Malaya). Malayan
Union ialah bentuk penjajahan dengan mengenepikan kaum asal dan kedudukan
raja-raja Melayu. Rentetan daripada peristiwa ini telah menyatupadukan orang
Melayu dalam menentang Malayan Union. Kesannya, Malayan Union tidak
kekal lama. Malahan, saranan pemimpin kaum Melayu diberikan perhatian.
Kuasa etnik Melayu semakin kuat dengan tertubuhnya Persatuan Kebangsaan
Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau dikenali dengan UMNO.

Terdapat pelbagai perundingan dan perbincangan yang telah dijalankan untuk


membentuk Perlembagaan Persekutuan. Antaranya pada tahun 1956, satu
Jawatankuasa Kerja dibentuk untuk menggubal perlembagaan untuk Tanah
Melayu yang akan merdeka. Pada tahun 1957, satu cadangan yang dipanggil
cadangan Perlembagaan Rakyat diusulkan dengan mengambil kira kehendak
kaum bukan Melayu khasnya etnik Cina dan India. Seterusnya pada tahun 1948,
Perlembagaan yang lebih menggambarkan kehendak semua etnik khasnya
masyarakat Melayu terbentuk yang dikenali dengan Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu. Satu suruhanjaya ditubuhkan untuk mendapat respons daripada
masyarakat pelbagai etnik di Tanah Melayu yang dikenali sebagai Suruhanjaya
Reid. Respons semua pihak ini diambil kira untuk menubuhkan Perlembagaan
Persekutuan pada tahun 1957 sesuai dengan kemerdekaan Tanah Melayu pada
masa itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERLEMBAGAAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK  131

(a) Malayan Union


Proses penggubalan Perlembagaan Malaysia, bermula apabila kembalinya
British ke Tanah Melayu selepas tamatnya Perang Dunia Kedua pada tahun
1945. Pada ketika itu, mereka memperkenalkan sistem pentadbiran yang
berbentuk integrasi melalui British Military Administrative (BMA). British
mula memperkenalkan Malayan Union yang membolehkan seluruh negeri-
negeri Melayu berada di bawah satu unit pentadbiran yang dipanggil BMA
yakni Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-
negeri Melayu Tidak Bersekutu, kecuali Singapura. Ini kerana antara
kelemahan tentera British dalam peperangan menentang Jepun disebabkan
pentadbiran mereka yang sukar dikawal kerana berada dalam sistem
pentadbiran yang berbeza atau terasing. Satu ciri penting yang terdapat
dalam Malayan Union ialah perubahan taraf negeri-negeri Melayu
daripada negeri naungan menjadi tanah jajahan British. Ciri penting
Malayan Union adalah seperti berikut:

(i) Semua negeri Melayu, kecuali Singapura disatukan di bawah


pemerintahan Gabenor British. Gabenor pula dalam menjalankan
kuasanya akan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis
Undangan. Sementara Singapura dijadikan sebagai tanah jajahan;

(ii) Malayan Union diketuai oleh seorang gabenor yang diberi kuasa
penuh;

(iii) Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk menguruskan hal ehwal


tempatan dan berada di bawah kerajaan pusat;

(iv) Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan ă Sultan hanya berkuasa dan


boleh bersuara dalam hal yang menyentuh agama Islam dan adat
istiadat Melayu sahaja; dan

(v) Hak kerakyatan dalam bentuk jus soli iaitu peluang yang sama bagi
semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan. Bagi yang
menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union boleh menjadi
warganegara secara automatik jika berumur 18 tahun ke atas dan
telah menetap selama 10 tahun. Pengenalan MU telah memberikan
hak warganegara kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 5 PERLEMBAGAAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK

Malayan Union merupakan perlembagaan yang wujud tanpa mengambil


kira maklum balas daripada semua etnik di Tanah Melayu. Justeru,
perlembagaan ini tidak mewakili semua etnik. Kesan perlembagaan ini
ialah penentangan orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu.
Terdapat beberapa sebab mengapa perlembagaan Malayan Union ditolak
oleh orang Melayu iaitu:

(i) Kuasa raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri


dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu
dan Majlis Penasihat Melayu;

(ii) Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli;

(iii) Hak sama rata diberikan kepada semua warganegara tanpa mengira
bangsa;

(iv) Penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan; dan

(v) Raja-raja Melayu dipaksa dan diugut untuk menandatangani gagasan


Malayan Union.

Penentangan ini menyatukan orang Melayu yang berpecah sebelum ini dan
menubuhkan United Malay National Organisation (UMNO) yang terdiri
daripada 46 buah pertubuhan Melayu pada 11 Mei 1946. Perjuangan
UMNO adalah untuk menjaga kepentingan Melayu dan mendaulatkan
bangsa Melayu di tanah air mereka sendiri. Hal ini merupakan pencetus
penting perpaduan Melayu dan lebih baik dari Malayan Union. Tanpa
Malayan Union, sukar untuk membawa orang Melayu bersatu di bawah
perjuangan yang sama.

(b) Cadangan Jawatankuasa Kerja 1946


Akibat tentangan keras daripada orang Melayu di seluruh negara dan
penubuhan UMNO bagi menjaga kepentingan Melayu, gagasan Malayan
Union digugurkan. British akhirnya memahami Malayan Union mustahil
untuk dilaksanakan tanpa sokongan orang Melayu. Oleh itu, pada Julai
1946, satu Jawatankuasa Kerja ditubuhkan bagi menggubal perlembagaan
baru menggantikan Perlembagaan Malayan Union. Jawatankuasa ini
melibatkan tiga pihak yang penting iaitu wakil raja-raja Melayu, wakil
UMNO dan pihak kerajaan British. Asas jawatankuasa kerja ini ditugaskan
untuk merangka satu perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang
Melayu. Jawatankuasa ini mencadangkan perkara berikut:

(i) Kedaulatan dan kuasa politik raja-raja Melayu dipulihkan;

(ii) Dewan Undangan Negeri ditubuhkan di setiap negeri;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERLEMBAGAAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK  133

(iii) Syarat kewarganegaraan diperketatkan kepada kaum bukan Melayu;


dan

(iv) Hak istimewa orang Melayu dijamin dan dikekalkan.

Selain itu, kerajaan British juga menubuhkan satu Jawatankuasa


Perundingan untuk mendapatkan pandangan kaum bukan Melayu. Antara
pandangan yang diberikan oleh Jawatankuasa Perundingan ini ialah
melonggarkan syarat pemberian taraf kewarganegaraan kepada orang
asing dari segi tempoh jangka masa menetap di Tanah Melayu dan
menambahkan bilangan ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan daripada 48
kepada 75 dengan memasukkan wakil etnik Cina, India dan orang Asli.

(c) Cadangan Perlembagaan Rakyat 1947


Jika orang Melayu membantah Malayan Union, bagaimanakah pula
dengan orang bukan Melayu? Bantahan juga dibuat dalam bentuk draf
pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dihantar
oleh gabungan pertubuhan yang dikenali dengan All Malayan Council of
Joint Action (AMCJA). Kaum bukan Melayu dan golongan aliran kiri
Melayu menghantar cadangan balas draf perlembagaan kepada kerajaan
British yang dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat. Antara syor yang
dibawa oleh cadangan Perlembagaan Rakyat sebagaimana berikut:

(i) Singapura disatukan dengan Tanah Melayu;

(ii) Sebuah kerajaan pusat dan majlis negeri dipilih;

(iii) Raja-raja Melayu akan mempunyai kuasa sebenar dan


bertanggungjawab kepada rakyat;

(iv) Hak keistimewaan orang Melayu diwujudkan;

(v) Agama Islam dan adat istiadat Melayu dikawal oleh orang Melayu;

(vi) Taraf kerakyatan yang sama rata;

(vii) Merah dan putih menjadi latar belakang bendera Tanah Melayu;

(viii) Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi;

(ix) Pertahanan dan hal ehwal luar negara harus menjadi


tanggungjawab bersama kerajaan British dan Tanah Melayu; dan

(x) Warganegara Tanah Melayu dikenali sebagai „Melayu‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 5 PERLEMBAGAAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK

Namun begitu, cadangan dalam Perlembagaan Rakyat tersebut dianggap


terlalu radikal dan ditolak oleh British. Walaubagaimanapun, Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan pada 1 Februari 1948.

(d) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948


Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mengambil kira cadangan
yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja 1946. Antara ciri-ciri penting
perlembagaan ini ialah:

(i) Sembilan negeri Melayu disatukan dalam Kerajaan Persekutuan


Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka;

(ii) Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya


Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan
Majlis Mesyuarat Kerajaaan Persekutuan;

(iii) Raja-raja Melayu diberi hak dan kuasa memerintah dengan nasihat
Majlis Mesyuarat dan Majlis Undangan Kerajaan Negeri;

(iv) Syarat kewarganegaraan diketatkan;

(v) Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bumiputera, serta
mempunyai perwakilan terbesar dalam kerajaan Persekutuan dan
kerajaan negeri;

(vi) Penubuhan sebuah Majlis Raja-raja Melayu yang ditugaskan untuk


menasihati Pesuruhjaya Tinggi British dan penubuhan Majlis
Mesyuarat Undangan Negeri pada peringkat negeri yang berperanan
sama seperti Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan; dan

(vii) Jawatan Menteri Besar diwujudkan untuk menggantikan jawatan


Residen British dan kuasa kerajaan negeri diperluaskan meliputi
kewangan, kesihatan dan kerajaan tempatan.

Maka, Perlembagaan Persekutuan 1948 berjaya mengembalikan semula


kedudukan raja-raja Melayu dalam Persekutuan Tanah Melayu yang
sebelum ini hampir dihapuskan semasa Malayan Union. Selain itu, taraf
kewarganegaraan juga diperketatkan. Ini memberikan kelegaan kepada
penduduk asal, yakni orang Melayu.

(e) Cadangan Suruhanjaya Reid 1956


Sebagai persediaan untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu, satu suruhanjaya khas ditubuhkan pada Jun 1956 yang ditugaskan
untuk membentuk perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang
merdeka. Terdapat beberapa syarat sebelum cadangan perlembagaan ini
dibentuk iaitu membentuk sebuah kerajaan persekutuan yang kuat,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERLEMBAGAAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK  135

menjamin kedudukan istimewa orang Melayu, memelihara kedudukan


raja-raja Melayu, melindungi kedudukan kaum bukan Melayu dan
menjunjung prinsip demokrasi.

Suruhanjaya Reid membuat beberapa tinjauan dan mendapat pandangan


daripada pelbagai pihak. Terdapat 131 memorandum bertulis yang
mewakili pelbagai pihak termasuk Parti Perikatan (Gabungan UMNO,
MCA dan MIC) dan raja-raja Melayu. Memorandum yang dibawa oleh
Parti Perikatan mewakili kehendak semua etnik di Tanah Melayu. Antara
cadangan yang dibawa oleh Parti Perikatan ialah:
(i) Kewujudan sebuah kerajaan pusat dan kerajaan negeri;
(ii) Kewujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang di-Pertuan
Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong menggantikan jawatan
Pesuruhjaya Tinggi;
(iii) Majlis Raja-raja yang sedia ada diteruskan;
(iv) Pembentukan parlimen yang mengamalkan sistem dua dewan;
(v) Kewujudan tiga badan pemerintah dan pengasingan kuasa;
(vi) Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu menjadi bahasa
kebangsaan; dan
(vii) Takrif „Melayu‰ dalam perlembagaan.

Amnya, cadangan yang dibawa ini membawa dua perkara besar dalam
hubungan etnik iaitu kesanggupan pemimpin etnik bukan Melayu
mengiktiraf kedudukan orang Melayu melalui empat unsur tradisi dan
pengorbanan yang ditunjukkan oleh orang Melayu dengan mengiktiraf
kedudukan warganegara bukan Melayu melalui prinsip jus soli.
Jawatankuasa menyemak cadangan tersebut dan diterima sebagai rangka
dalam perlembagaan yang akan dibentuk.

(f) Perlembagaan Persekutuan 1957


Akibat penentangan orang Melayu ke atas Malayan Union, maka
terhasillah sebuah perlembagaan yang mendapat tolak ansur pelbagai
kaum utama di Tanah Melayu. Perlembagaan ini diisytiharkan pada 1
Februari 1948 yang mempunyai ciri-ciri tertentu, antaranya ialah:

(i) Ketua negara ialah Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas
nasihat kabinet dan Majlis Raja-raja;

(ii) Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri dengan kabinet (jemaah


menteri) ă sebagai badan tertinggi dalam menggubal dasar kerajaan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 5 PERLEMBAGAAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK

(iii) Dewan Rakyat dan Dewan Negara ditubuhkan pada peringkat


persekutuan;

(iv) Ketua kerajaan negeri ialah Sultan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri;

(v) Dewan perundangan negeri ditubuhkan di setiap negeri yang


diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Negeri;

(vi) Kewarganegaraan bagi penduduk bukan Melayu dilonggarkan atas


prinsip jus soli (tempat lahir), jus sanguinis (keturunan), perkahwinan
dan „naturalisation‰;

(vii) Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan pembelajaran serta


penggunaan bahasa lain tidak dilarang;

(viii) Agama Islam dijadikan agama rasmi dan agama lain boleh diamalkan
dengan bebas;

(ix) Kedudukan istimewa orang Melayu dijamin.

Oleh itu, perlembagaan ini dipersetujui oleh para pemimpin pelbagai kaum
di Tanah Melayu. Perlembagaan ini merupakan satu bentuk „kontrak
sosial‰ kerana terkandung dalam Perlembagaan Pesekutuan. Terdapatnya
banyak unsur tolak ansur antara orang Melayu dan orang bukan Melayu.
Manifestasi keintiman ini dapat ditunjukkan pada 1949 apabila penubuhan
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC ă Communities Liason
Committee) menjadi kenyataan. Tujuan jawatankuasa ini ialah
menyelesaikan permasalahan dalaman yang wujud akibat daripada
kepelbagaian etnik seperti isu kewarganegaraan, kedudukan istimewa,
ekonomi, politik dan sebagainya yang dibincangkan secara tidak formal.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 diisytihar menjadi


perlembagaan Malaysia selepas negara Malaysia dibentuk hasil
penggabungan Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu
pada 16 September 1963 dengan beberapa tambahan yang menyentuh
kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak.

AKTIVITI 5.3

Terangkan proses yang terlibat dalam pembentukan Perlembagaan


Persekutuan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERLEMBAGAAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK  137

5.3 UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN


PERSEKUTUAN
Unsur tradisi dalam perlembagaan amat penting untuk difahami bagi
mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman pelbagai kaum ke
arah perpaduan. Unsur ini juga merupakan kontrak sosial yang telah disepakati
semasa penggubalan perlembagaan. Istilah kontrak sosial dalam konteks
Perlembagaan Persekutuan merujuk pada permuafakatan sebelum merdeka
antara para pemimpin Parti Perikatan iaitu UMNO, MCA dan MIC yang
mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu iaitu orang Melayu, Cina dan
India dalam rundingan kemerdekaan dan proses untuk menggubal perlembagaan.
Unsur tradisi yang dimaksudkan meliputi bahasa, agama, pemerintahan beraja
dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
Unsur ini juga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu
sensitif yang dilarang untuk dijadikan bahan perbincangan awam.

Berikut ialah ciri-ciri penting dalam pakatan murni menerusi tolak ansur antara
kaum, iaitu:

(a) Mengekalkan empat unsur tradisi dalam perlembagaan, iaitu bahasa


Melayu, agama Islam, institusi beraja dan kedudukan istimewa orang
Melayu; dan

(b) Mengiktiraf hak kaum bukan Melayu untuk menjadi warganegara yang
berasaskan prinsip jus soli.

Rajah 5.1 menunjukkan unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.

Rajah 5.1: Unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 5 PERLEMBAGAAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK

Terdapat enam perkara yang menyentuh secara langsung mengenai hubungan


etnik sepertimana yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Perkara
tersebut dapat dilihat dalam Jadual 5.1.

Jadual 5.1: Perkara yang Menyentuh Hubungan Etnik dalam Perlembagaan Malaysia

Perkara Huraian Perkara


8 Persamaan dan hak sama rata, kecuali dalam soal agama, kedudukan
istimewa orang Melayu dan seumpamanya.
10 (4) Batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan raja-raja
Melayu, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya.
38 Kuasa Majlis Raja-raja menghalang Parlimen membuat undang-undang
yang menyentuh kedudukan raja-raja Melayu, orang Melayu dan bahasa
Melayu.
150 (6a) Kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan bumiputera Sabah dan
Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat.
152 Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak
bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
153 Kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah
kaum lain.

5.3.1 Institusi Beraja


Sebelum kedatangan penjajah, negeri-negeri Melayu mengamalkan sistem
pemerintahan beraja sejak berabad-abad lamanya. Dalam sistem ini, raja
berkuasa mutlak dan berkuasa penuh dalam segala urusan pemerintahan dan
pentadbiran negeri dengan dibantu oleh para pembesar. Semasa penjajahan
British di Tanah Melayu, raja-raja Melayu tetap diiktiraf sebagai pemerintah
berdaulat di negeri masing-masing, walaupun dalam sesetengah perkara mereka
dikehendaki mendapatkan nasihat Residen atau Penasihat British. Keadaan ini
berlarutan sehingga sebelum Perang Dunia Kedua. Selepas kemerdekaan,
institusi pemerintahan beraja dikekalkan sebagai ciri keperibadian Melayu dalam
sesebuah negara yang baru. Kewujudan institusi beraja amat penting dalam
masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia kerana mempunyai peranan
yang penting sebagai tonggak kepada kestabilan politik negara, serta menjadi
lambang perpaduan kaum di Malaysia. Jadual 5.2 menunjukkan keseimbangan
unsur tradisi dan kewarganegaraan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERLEMBAGAAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK  139

Jadual 5.2: Keseimbangan Unsur Tradisi dan Kewarganegaraan

Unsur Tradisi Pemberian Kewarganegaraan


Pengekalan institusi beraja Hak untuk menganut dan mengamalkan agama pilihan
sendiri dengan bebas.
Agama Islam sebagai agama Hak untuk mengguna dan mengembangkan bahasa dan
rasmi budaya masing-masing.
Bahasa Melayu sebagai Hak untuk memiliki harta.
bahasa kebangsaan
Kedudukan istimewa orang Hak untuk menerima layanan yang adil dan peluang
Melayu yang sama rata.

5.3.2 Agama Islam


Agama Islam merupakan agama yang menjadi anutan orang Melayu sejak lebih
500 tahun lalu. Walaupun dijajah oleh tiga kuasa asing iaitu Portugis, Belanda
dan Inggeris, orang Melayu masih kuat berpegang pada ajaran Islam. Agama
Islam merupakan agama Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan
aman di mana-mana bahagian Persekutuan. Kebebasan beragama ini dijamin
dalam perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap orang mempunyai hak
untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan setiap agama mempunyai
hak untuk:

(a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;

(b) Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat;
dan

(c) Memperoleh dan memiliki harta benda, serta memegang dan mentadbirnya
mengikut undang-undang.

Selaras dengan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan,


kerajaan pusat dan kerajaan negeri diberi kuasa untuk menubuhkan,
menyelenggara atau membantu pertubuhan dan institusi Islam, atau
mengeluarkan peruntukan tertentu untuk pentadbiran agama Islam dan undang-
undang Syariah, serta majlis keagamaan yang berkaitan dengan Islam. Rasional
perkara ini ialah:

(a) Islam diterima sebagai agama utama penduduk Tanah Melayu sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah zaman penjajahan British;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 5 PERLEMBAGAAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK

(b) Islam dipilih sebagai agama rasmi kerana bertapak lebih 600 tahun yang
lampau dan banyak mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang
Melayu sehingga sekarang berbanding agama lain;

(c) Semasa penjajahan British, kedudukan agama Islam langsung tidak


diganggu dan British menyerahkan urusan agama kepada raja-raja Melayu;
dan

(d) Penggunaan undang-undang Islam dilaksanakan di negeri-negeri Melayu,


sebelum zaman penjajahan, dan selepas itu terus diiktiraf oleh penjajah
British.

5.3.3 Bahasa Melayu


Bahasa kebangsaan disentuh dalam Perlembagaan melalui perkara 152 yang
memperuntukkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu (yang mengikut
implikasi mestilah digunakan untuk maksud rasmi). Namun, perkara ini
juga melindungi bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada
sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain
maksud rasmi) atau mengajar atau belajar bahasa lain. Alasan menjadikan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal
bertujuan menyatukan rakyat berbilang kaum melalui penggunaan satu bahasa
yang sama, serta sebagai pengenalan kepada bangsa dan negara Malaysia.
Kejayaan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dapat dilihat
apabila rakyat mula memahami dan bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik.
Malah Bahasa Melayu kini telah menjadi alat penghubung yang penting dalam
kalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia, bukan sahaja dalam urusan rasmi
kerajaan, tetapi juga meliputi kehidupan seharian. Selain itu, kerajaan juga
berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain. Rasional
Perkara 152 ialah seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 5.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERLEMBAGAAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK  141

Rajah 5.2: Rasional Perkara 152

5.3.4 Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan


Bumiputera
Kedudukan istimewa ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa,
pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain. Namun begitu, perkara ini
dilaksanakan dengan cara tidak menindas kaum lain. Contohnya, mengakibatkan
kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa atau penarikan
sebarang biasiswa atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain atau
perlucutan atau penamatan permit lesen yang dipegang olehnya. Jadual 5.3
menunjukkan justifikasi orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak.

Jadual 5.3: Justifikasi Orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak

Melayu Bumiputera Sabah dan Sarawak


 Lazimnya bertutur dalam Bahasa  Semua suku kaum asli peribumi Sabah
Melayu. dan Sarawak.
 Menganut agama Islam.
 Mengamalkan adat istiadat Melayu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 5 PERLEMBAGAAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK

Rasional Perkara 153, mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan


bumiputera Sabah dan Sarawak sebagaimana berikut:

(a) Mengambil kira semangat persefahaman, toleransi, berkongsi kuasa dan


sedia berkorban dalam kalangan orang Melayu dan bukan Melayu ketika
penggubalan perlembagaan; dan

(b) Inti pati daripada kontrak sosial yang melibatkan penawaran dan
permintaan antara penduduk Melayu dan bukan Melayu sebelum merdeka.

Kedudukan istimewa Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak yang terkandung


dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia khususnya menyentuh tiga perkara
iaitu:

(a) Perkhidmatan Awam


Perlembagaan menyatakan bahawa Yang Di-Pertuan Agong
bertanggungjawab untuk menentukan rizab bagi orang Melayu dan
bumiputera Sabah dan Sarawak dengan memperuntukkan kadar bilangan
jawatan dalam perkhidmatan awam Persekutuan. Namun, layanan yang
adil mesti diberikan kepada semua kaum dari segi kenaikan pangkat, gaji
dan kebajikan yang lain. Rasional merizabkan bilangan orang Melayu dan
bumiputera Sabah dan Sarawak ialah kerana pada masa penjajahan dan
awal merdeka sangat sedikit orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain
yang berpeluang menganggotai perkhidmatan awam.

(b) Ekonomi
Perkara 153 wajar digunakan untuk mencapai tujuan memperbetulkan
ketidakseimbangan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu yang
wujud kerana dasar ekonomi penjajah. Faktor pembahagian kekayaan dan
agihan pendapatan yang tidak adil dan seimbang menjadi faktor utama
yang mempengaruhi hubungan etnik.

(c) Pendidikan
Sistem pendidikan penjajah mengekalkan orang Melayu dan bumiputera
Sabah dan Sarawak dalam kemiskinan dan tercicir dalam kemajuan
pendidikan. Namun begitu, kedudukan istimewa tentang pendidikan
Melayu dan bumiputera diwujudkan dengan tidak menghapuskan sekolah
Cina dan Tamil. Toleransi kaum juga menyebabkan pemberian pinjaman
pendidikan diberikan kepada semua kaum menerusi Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Negara untuk membiayai kos pendidikan mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERLEMBAGAAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK  143

AKTIVITI 5.4

Bersetujukah anda bahawa unsur tradisi menguntungkan orang


Melayu sahaja. Bahaskan.

5.4 KESIMPULAN
Setiap rakyat Malaysia wajar membudayakan semangat perpaduan dan integrasi
demi kesinambungan perpaduan yang sedia wujud. Kita perlu mengambil
iktibar daripada pengorbanan yang ditunjukkan oleh generasi terdahulu dalam
menghayati erti sedia berkorban, berakomodatif dan rela berkongsi kuasa.
Kontrak sosial diterima oleh majoriti rakyat Malaysia dan para pemimpinnya
sebagai satu kenyataan sejarah. Justeru, penerimaan kontrak sosial adalah
penting dalam hubungan etnik kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang
bersifat majmuk. Menghormati hak dan kepentingan setiap golongan etnik di
Malaysia sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia perlu
dihayati bersama agar dapat menghindarkan sebarang konflik.

SEMAK KENDIRI 5.1

1. Bincangkan tentang Perlembagaan Rakyat.

2. Tunjukkan perbezaan antara perlembagaan Malayan Union 1946


berbanding dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

3. Apakah yang anda faham tentang unsur tradisi? Jelaskan.

4. Jelaskan tentang kontrak sosial.

5. Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong dapat memainkan


peranan dalam penyatupadukan masyarakat berbilang etnik di
Malaysia? Huraikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 5 PERLEMBAGAAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK

 Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi sesebuah negara dan


merupakan asas penggubalan undang-undang. Perlembagaan Persekutuan
mempunyai elemen keluhuran perlembagaan.

 Perlembagaan Malaysia pada hari ini adalah berasaskan Perlembagaan


Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan dipinda pada tahun 1963 dengan
kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura.

 Sejarah Perlembagaan Persekutuan berakar umbi dari zaman Kesultanan


Melayu Melaka. Kedatangan agama Islam memberikan impak penting pada
Perlembagaan Persekutuan. Pengaruh British juga memainkan peranan yang
penting dalam konteks perlembagaan negara ini. Perlembagaan Persekutuan
ialah gabungan antara tradisi dan moden.

 Malayan Union digubal oleh British selepas Perang Dunia Kedua bertujuan
untuk memperbaiki sistem pentadbiran dan menjadikan negeri-negeri di
Tanah Melayu menjadi taraf tanah jajahan, tetapi tidak berjaya dilaksanakan
kerana mendapat tentangan daripada orang Melayu.

 British menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada tahun 1946 untuk menggubal


perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, tetapi perlembagaan yang
dihasilkan mendapat tentangan daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya
(PKMM) dan orang bukan Melayu.

 Ahli PKMM menubuhkan PUTERA dan bergabung dengan AMCJA untuk


menentang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memberikan
cadangan draf Perlembagaan Rakyat, tetapi tidak mendapat sokongan semua
penduduk Tanah Melayu dan kerajaan British.

 British menubuhkan Suruhanjaya Reid 1956 untuk merangka perlembagaan


yang mewakili semua penduduk di Tanah Melayu dan diterima sebagai
perlembagaan negara Persekutuan Tanah Melayu 1957.

 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 diisytihar menjadi


Perlembagaan Malaysia selepas negara Malaysia dibentuk hasil penggabungan
Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu pada 16
September 1963 dengan beberapa tambahan yang menyentuh kepentingan
penduduk Sabah dan Sarawak.

 Unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan adalah dalam aspek sistem


beraja, agama Islam, Bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu dan
bumiputera.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERLEMBAGAAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK  145

Agama Islam Pakatan murni


Bahasa Melayu Perlembagaan Persekutuan
Institusi beraja Perlembagaan Persekutuan 1957
Jawatankuasa Kerja 1946 Perlembagaan Rakyat 1947
Kedudukan istimewa Persekutuan Tanah Melayu 1948
Kontrak sosial Suruhanjaya Reid 1956
Malayan Union Unsur tradisi

Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz, & Mohamad Ainuddin
Iskandar Lee. (2006). Hubungan etnik di Malaysia. Petaling Jaya, Malaysia:
Prentice Hall Pearson.

Mohamed Suffian Hashim. (1987). Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala


Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Ayop Abd Razid. (2011). Mengenali sejarah dan asas-asas perlembagaan
negara. Kuala Lumpur: Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian
Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Mohd Syariefudin Abdullah et al. (2009). Kenegaraan dan ketamadunan.


Shah Alam, Malaysia: Oxford Fajar.

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul hubungan etnik (Edisi Pertama).


Shah Alam, Malaysia: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti
Teknologi Mara (UiTM).

Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul hubungan etnik (Edisi Kedua). Bangi,
Malaysia: Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM).

Zaid Ahmad et al. (2010). Hubungan etnik di Malaysia. Shah Alam, Malaysia:
Oxford Fajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pemuafakatan
6 Politik dan
Hubungan
Etnik
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan proses modenisasi politik di Malaysia;
2. Menghuraikan perkembangan parti politik berasaskan etnik; dan
3. Membincangkan cabaran yang dialami dalam memupuk hubungan
etnik melalui politik.

 PENGENALAN
Permuafakatan, kesefahaman, kerjasama dan penyatuan etnik merupakan unsur
utama yang perlu dicapai dalam usaha negara Malaysia ke arah pembentukan
1Malaysia. Hal ini adalah kerana hubungan etnik yang harmoni dan sihat
memainkan peranan penting dalam konteks pembangunan politik Malaysia.
Sejak zaman penjajahan British sehingga Perang Dunia Kedua, hubungan etnik
menempuhi fasa seiring dengan perkembangan politik semasa.

Keadaan bertambah baik apabila usaha ke arah mencapai kesepakatan dan


kompromi politik dimulakan selepas Perang Dunia Kedua dan menjadi lebih
rancak pada tahun 1950an di Semenanjung Malaysia. Selepas pembentukan
Malaysia pada tahun 1963, pelbagai usaha terus dilakukan untuk memupuk
semangat kerjasama dan penyatuan dalam kalangan penduduk berbilang kaum,
antaranya termasuklah pembangunan politik negara. Proses politik di Sabah dan
Sarawak diwarnai oleh penubuhan parti politik berasaskan kepentingan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK  147

kelompok etnik tertentu sejak penghujung tahun 1950an, namun pada masa yang
sama, usaha untuk memupuk perpaduan etnik melalui kerjasama politik turut
dijalankan sehingga kini.

Ketegangan etnik sekali lagi dirasai oleh rakyat Malaysia ketika berlaku
peristiwa Kampung Medan pada 12 Mac 2001. Walau bagaimanapun, atas usaha
gigih yang dijalankan oleh pelbagai pihak dengan melalui berbagai-bagai saluran
seperti pembangunan politik, negara kita pada hari ini bukan sahaja meraih
kestabilan politik, malah sedang menuju ke arah penyatuan dan keharmonian
etnik. Keadaan ini membantu untuk mencapai perpaduan penduduk berbilang
kaum dan meletakkan landasan asas bagi Malaysia untuk menuju ke arah
pembentukan 1Malaysia yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Malaysia,
DatoÊ Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak dalam hasrat beliau untuk
melahirkan sebuah negara Malaysia yang unggul dan disanjung tinggi.

Maka, topik ini akan menghuraikan hubungan antara etnisiti dengan


pembangunan politik di Malaysia. Dalam konteks sejarah, langkah-langkah
memupuk hubungan etnik yang harmonis secara formal telah dilaksanakan
menerusi institusi dan tindakan politik seperti politik berasaskan etnisiti sama
ada berasaskan intra-etnik atau inter-etnik yang mendokong perkembangan
politik Malaysia. Perkembangan politik etnik kepartian di Malaysia bertitik tolak
daripada kesedaran dan modenisasi yang berlaku dalam politik.

6.1 KONSEP MODENISASI DAN


PEMBANGUNAN POLITIK
Konsep modenisasi merujuk kepada proses transformasi atau perubahan
berencana dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Modenisasi mengandungi
dua aspek kehidupan masyarakat, iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan
politik. Pembangunan ekonomi dan politik merupakan perubahan berencana
yang melibatkan perubahan dalam aspek tertentu yang membawa peralihan
daripada bentuk ekonomi dan politik yang lama (tradisional) ke arah baharu
atau moden. Matlamat pembangunan politik adalah bertujuan untuk pembinaan
negara bangsa. Negara bangsa pula merupakan sebuah wilayah yang
mempunyai sempadan, pemerintahan (kerajaan) dan warganegara (bangsa).

Negara itu harus terbentuk daripada satu bangsa, atau suatu bangsa harus
membentuk suatu negara. Malaysia perlu mempunyai bangsanya sendiri iaitu
bangsa Malaysia. Pembinaan negara bangsa dapat dicapai melalui beberapa
kaedah yang bersifat top-down seperti penghayatan ideologi negara, penerapan
dasar awam yang ditentukan oleh kerajaan dan pemupukan semangat
nasionalisme melalui simbol dan ritual negara. Pembangunan politik juga
turut melibatkan perubahan sistem politik masyarakat. Pembangunan politik
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
148  TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK

berlangsung melalui tiga proses iaitu perbezaan struktur politik, sekularisasi


budaya politik dan penyertaan atau penyertaan politik rakyat seperti yang dapat
dilihat dalam Jadual 6.1.

Jadual 6.1: Pembangunan Politik

Pembangunan Politik Maksud


Perbezaan struktur Perubahan daripada struktur politik yang bersifat feudal
politik (authoritarian) ke arah struktur politik yang berpegang pada
prinsip teras politik yang membahagikan kuasa pemerintahan
pada tiga badan yang terpisah iaitu kehakiman, perundangan
dan eksekutif.
Sekularisasi budaya Perubahan budaya politik daripada budaya politik feudal dan
politik tidak memisahkan antara agama dengan negara ke arah
budaya politik yang memisahkan kedua-dua unsur tersebut.
Politik rakyat Dalam proses politik, rakyat berhak menentukan pemimpin
mereka.

Pembangunan politik dalam konteks mewujudkan amalan demokrasi dianggap


tercapai apabila terdapat komponen seperti yang boleh dilihat dalam Rajah 6.1
dalam sistem politik, iaitu:

Rajah 6.1: Komponen dalam pembangunan politik


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK  149

Kewujudan empat unsur seperti dalam Rajah 6.1 menjadi ukuran sama ada
negara tersebut sudah atau belum mengamalkan amalan demokrasi. Pembinaan
negara bangsa dan perubahan dalam aspek struktural dan budaya merupakan
dua hal yang saling mempengaruhi dalam menentukan tercapainya pembangunan
politik dalam sesebuah negara.

Malaysia turut berusaha mencapai pembinaan negara bangsa melalui beberapa


kaedah yang bersifat top-down. Program penghayatan ideologi negara (Rukun
Negara), serta penerapan dasar awam seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar
Pembangunan Nasional, Dasar Pembangunan Wawasan dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan merupakan antara usaha yang telah dan sedang dijalankan oleh
kerajaan Malaysia bagi mencapai matlamat pembinaan negara bangsa. Usaha dan
penilaian yang berterusan ke atas dasar awam yang dilaksanakan adalah penting
bagi memastikan kejayaan atau pencapaian pembinaan negara bangsa. Dalam
perbincangan selanjutnya, kita akan menyentuh proses politik di Malaysia yang
memperlihatkan bagaimana hubungan kerjasama antara etnik dicapai melalui
konsensus politik. Rajah 6.2 menghuraikan asas pembangunan politik di Malaysia.

Rajah 6.2: Asas pembangunan politik di Malaysia

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK

Kewujudan negara bangsa merupakan matlamat utama pembangunan


termasuklah dalam konteks politik. Justeru, dalam keadaan masyarakat plural di
Malaysia, konsep pembangunan politik akan melibatkan proses yang kompleks.
Ini kerana dalam pembangunan politik masyarakat pelbagai etnik, satu
pendekatan yang lebih selamat perlu difikirkan untuk mengelakkan konflik
etnik.

Di Malaysia, politik menggunakan formula perkongsian kuasa pada peringkat


kerajaan dengan pembentukan kerajaan pusat. Kewujudan sebuah kerajaan
memerlukan gerak kuasa yang kuat untuk memastikan pentadbiran awam dapat
memberikan perkhidmatan yang terbaik. Ini penting dalam menentukan
kestabilan kerajaan pusat yang dibentuk dapat bertahan hingga pilihan raya
seterusnya.

Dalam modenisasi politik juga, perubahan telah berlaku apabila corak


pemerintahan tradisional iaitu sistem beraja secara warisan berubah menjadi
corak pentadbiran baru iaitu melalui demokrasi. Demokrasi ialah bentuk politik
baru yang memiliki elemen pilihan raya. Elemen ini memainkan peranan yang
penting dalam menentukan parti politik yang dominan dan menentukan parti
yang akan dipilih dalam kalangan mereka yang amat berpengaruh dalam parti
untuk dilantik sebagai Perdana Menteri pada peringkat pusat atau Menteri Besar
pada peringkat kerajaan negeri. Modenisasi bentuk ini menyediakan sebuah
parti untuk memilih pemimpin mereka yang bukan berasaskan keturunan, tetapi
pengaruh yang ada kaitan dengan pendidikan dan keilmuan. Aspek ini menjadi
perkara yang penting dalam modenisasi politik Malaysia. Justeru, kewujudan
parti politik adalah berasaskan nasionalisme yang diperjuangkan. Ini akan
menentukan pilihan rakyat untuk sesebuah parti berkenaan.

Menurut Pye (1966), pembangunan politik adalah bertitik tolak sebagai:


(a) Prasyarat kepada pembangunan ekonomi;
(b) Tipikal masyarakat industri;
(c) Operasi sesebuah negara;
(d) Pemodenan politik;
(e) Mobilisasi dan penyertaan massa;
(f) Pembinaan demokrasi;
(g) Kestabilan dan perubahan teratur;
(h) Mobilisasi dan kuasa; dan
(i) Proses perubahan sosial yang bersifat pelbagai dimensi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK  151

Pembangunan politik akan mewujudkan keadaan literasi politik yang tinggi


dalam kalangan rakyat. Justeru, pembangunan politik akan membentuk
masyarakat moden yang tidak melihat elemen etnik sebagai indikator untuk
pemilihan kerajaan, tetapi aspek lain seperti keadilan dan kesamarataan. Pilihan
raya pada tahun 2008 dan tahun 2012 dianggap sebagai tsunami politik. Etnik
Cina ialah manifestasi perkembangan modenisasi politik yang berlaku bukan
sahaja merentasi etnik, tetapi lebih kepada kebajikan dan kehendak serta pilihan
pengundi terutama literasi politik di bandar yang dilihat lebih tinggi berbanding
dengan di luar bandar. Ini menggambarkan kadar pembangunan politik dan
literasi politik masyarakat bandar adalah selari.

Oleh yang demikian, banyak kejutan yang berlaku dalam dua pilihan raya lepas.
Faktor etnik sudah tidak menjadi penentuan kekuatan sesebuah parti, tetapi
lebih pada ideologi yang dibawa. Walau bagaimanapun, aspek etnisiti masih
memainkan peranan penting untuk melihat pola dan landskap politik
masyarakat Malaysia.

AKTIVITI 6.1

Bincangkan bersama rakan sekelas dan bentangkan:

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep permodenan politik?

(b) Apakah perkara yang menjadi asas dalam pemodenan politik di


Malaysia?

6.2 SISTEM POLITIK MASYARAKAT MELAYU


Sistem politik masyarakat Melayu, khasnya di Tanah Melayu sebelum
kedatangan British, adalah berasaskan sistem feudal iaitu setiap raja atau Sultan
mempunyai kuasa mutlak ke atas negeri dan rakyat masing-masing. Dalam
sistem ini, ia dipanggil juga sistem tertutup yang mana penyertaan politik
daripada rakyat pada umumnya tidak berlaku. Sistem feudal adalah bersifat
warisan dengan diperturunkan daripada generasi terdahulu ke generasi
seterusnya. Kewujudan kerajaan Melayu adalah berasaskan seorang raja. Raja ini
merujuk pada kerajaan yang terbentuk. Maka, di Tanah Melayu wujud negeri
yang mewakili kerajaan Melayu. Sistem politik sebegini yang diperturunkan
secara warisan merupakan politik tradisi dalam kalangan masyarakat Melayu
awalnya hasil pengaruh tamadun India dan tamadun Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK

Namun begitu, kehadiran kuasa Barat, khasnya British ke Tanah Melayu telah
mengubah landskap politik di Tanah Melayu apabila British mula campur
tangan dalam sistem politik di Tanah Melayu. British mengambil alih kuasa
politik daripada raja-raja Melayu melalui sistem residen atau penasihat (kecuali
dalam bidang agama dan adat) melalui Perjanjian Pangkor 1874. Walaupun ada
tentangan terhadap pengaruh British, tetapi tentangan raja dan rakyat diatasi
dengan kuasa tentera bagi mewujudkan kestabilan dan ketenteraman (order).
Penyertaan rakyat dalam politik dan pentadbiran terhad kepada golongan
tertentu sahaja, khususnya golongan bangwasan bagi tujuan mengekalkan status
quo.

Oleh itu, kuasa politik di bawah penjajahan secara tidak langsung menjadi
prasyarat pembangunan ekonomi (walaupun pembangunan tersebut semata-
mata untuk kepentingan penjajah). Prasarana (ekonomi, pendidikan, pentadbiran,
sosial dan lain-lain) yang diperkenalkan oleh penjajah memberi asas untuk
proses pemodenan dan perubahan masyarakat selepas negara mencapai
kemerdekaan.

Apabila kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, manifestasi kuasa politik
diserahkan kepada rakyat. Sistem politik yang diamalkan ialah demokrasi
berparlimen dan raja perlembagaan. Proses demokrasi diamalkan dan Parlimen
diwujudkan. Setiap kawasan mempunyai wakil pada peringkat Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri.

Dalam sistem demokrasi, penyertaan politik daripada rakyat berlaku dengan


meluas (walaupun nilai-nilai feudal masih ketara). Proses demokrasi yang
diamalkan secara teorinya mementingkan aspek kebolehan dan pencapaian
individu dan bukan atas asas keturunan dan warisan. Keadaan politik selepas
merdeka mewujudkan suasana yang baik untuk pembangunan ekonomi dan
perubahan masyarakat khusus untuk kepentingan rakyat.

Mobilisasi sumber dan kuasa selepas merdeka berlaku dalam suasana politik
yang stabil. Politik menjadi gerak kuasa (force) dan pemangkin (catalyst) kepada
perubahan sosial dalam berbagai-bagai bidang. Proses pembinaan negara bangsa
(Bangsa Malaysia) juga dapat direncanakan dengan rapi oleh kerajaan yang
menerima sokongan padu dan mandat daripada rakyat.

AKTIVITI 6.2

Dalam kumpulan anda sendiri, bincangkan bagaimana proses


pemodenan politik berlaku dalam masyarakat Melayu. Kongsi jawapan
anda bersama kumpulan lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK  153

6.3 PENGARUH DEMOGRAFI DALAM POLITIK


Demografi merupakan aspek yang penting dalam usaha mencorakkan
kemajmukan masyarakat Malaysia. Dari aspek demografi, bukan komposisi
etnik sahaja ditekankan, aspek sosiobudaya dan proses politik di Malaysia juga
turut diberi perhatian. Malaysia merupakan sebuah negara yang pluralistik yang
mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 28.3 juta orang pada tahun 2013.
Di Malaysia, orang Melayu merupakan kelompok majoriti di Semenanjung
Malaysia. Walaupun begitu, Melayu bukan penduduk majoriti di setiap wilayah
atau negeri.

Contohnya, di Pulau Pinang, komposisi penduduk agak seimbang mengikut


etnik iaitu Melayu dengan Cina hampir sama peratusan dan selebihnya
merupakan etnik India dan keturunan lain. Sementara Kelantan, Terengganu
dan Perlis menunjukkan etnik Melayu merupakan penduduk majoriti.
Contohnya, lebih 90% daripada jumlah penduduk Kelantan terdiri daripada
etnik Melayu. Melaka, Johor dan Selangor menunjukkan keadaan yang agak
berbeza iaitu penduduk Melayu hanya mewakili 51% sahaja daripada jumlah
keseluruhan penduduknya. Di Sabah pula, terdapat kira-kira 32 etnik manakala
di Sarawak terdapat lebih 20 etnik.

6.3.1 Demografi Penduduk Semenanjung Malaysia


Orang Melayu merupakan penganut agama Islam. Pada masa lalu, sebahagian
besar orang Melayu di Semenanjung merupakan penduduk luar bandar. Namun,
keadaan tersebut mula berubah kerana proses penghijrahan ke bandar yang
bermula sejak tahun 1970an sehingga masa kini. Bagi yang masih tinggal di luar
bandar, kebanyakannya terlibat dalam aktiviti ekonomi pertanian dan perikanan,
sama ada dalam skala kecil-kecilan atau secara komersial. Manakala, sebahagian
besar etnik Melayu di bandar terlibat dalam pelbagai sektor seperti sektor
perkhidmatan awam, sektor swasta, sektor perdagangan dan perniagaan.

Orang Cina merupakan golongan etnik kedua terbesar di Semenanjung.


Masyarakat ini menganuti pelbagai agama seperti Buddhisme, Confucianisme,
Kristian, Taoisme dan Islam. Sebahagian besar etnik Cina tertumpu pada sektor
perdagangan dan perkhidmatan. Sebahagian besar orang Cina tertumpu di
bandar utama, khasnya di Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Orang India merupakan golongan etnik ketiga terbesar di Semenanjung. Pada


masa lalu, sebahagian besar orang India bekerja dan menetap di estet. Pada masa
kini, ada dalam kalangan mereka yang berpindah ke bandar dan menerokai
pekerjaan dalam sektor perdagangan atau perkhidmatan dan menjalani

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK

kehidupan bandar. Dalam etnik India, terdapat golongan subetnik seperti Tamil,
Malayali, Singhala dan Sikh. Umumnya, etnik India merupakan penganut
pelbagai agama seperti Hindu, Sikhisme dan Islam.

Orang Asli merupakan penduduk kawasan pedalaman di beberapa buah negeri


di Semenanjung Malaysia. Mereka menganut kepercayaan tradisional, animisme
Kristian dan Islam. Selain daripada Orang Asli, terdapat beberapa kelompok
kecil lain seperti masyarakat Baba Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang,
masyarakat Portugis di Melaka dan Thai di beberapa buah negeri di utara
Semenanjung. Masyarakat minoriti tersebut mempunyai budaya yang unik.
Misalnya, budaya masyarakat Baba Nyonya mencerminkan percantuman elemen
budaya Cina dan budaya Melayu. Budaya masyarakat Portugis di Melaka pula
mencerminkan percantuman antara budaya Portugis dan budaya masyarakat
tempatan.

6.3.2 Demografi Penduduk di Sabah dan Sarawak


Sabah tidak mempunyai kelompok yang terbesar dari segi saiz penduduknya.
Kebanyakan penduduknya terdiri daripada etnik Kadazan Dusun, Bajau, Murut
dan peribumi lain yang merupakan penduduk luar bandar dan persisiran pantai.
Penempatan ini memberikan gambaran bahawa wujudnya dua sistem
kepercayaan iaitu kumpulan etnik bumiputera bukan Islam yang merangkumi
Kadazan Dusun, Murut dan Rungus, serta subetnik lain yang mengamalkan
kepercayaan animisme (kemudiannya memeluk agama Kristian). Manakala,
masyarakat bumiputera Islam pula terdiri daripada Bajau, Idahan, Iranum,
Bisaya, Orang Sungai dan Sulu.

Komposisi penduduk Sarawak pula turut memperlihatkan wujudnya pluraliti.


Tidak ada satu kelompok etnik yang majoriti secara mutlak di Sarawak. Sarawak
terdiri daripada etnik Dayak, Melayu, Melanau yang merupakan kelompok
peribumi yang membentuk 73.2% daripada keseluruhan penduduk Sarawak.
Kemudian, diikuti etnik Cina dan sub etnik Iban seperti Bidayuh dan Orang Ulu.
Orang Ulu merupakan kategori yang mewakili kira-kira 20 kelompok peribumi
kecil seperti Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut, Punan dan Penan.

Majoriti orang Dayak mengamalkan kepercayaan animisme atau pagan


manakala sebahagian mereka beragama Kristian. Sementara itu, hanya
sebilangan kecil sahaja yang menganut agama lain, terutamanya Islam. Pertanian
merupakan aktiviti utama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan luar
bandar. Sebilangan kecil mereka berjaya menerokai sektor baharu sama ada
perdagangan atau perniagaan di bandar utama di Sarawak. Orang Melayu
merupakan penghuni luar bandar dan mereka tinggal di perkampungan
terutamanya di pinggir bandar Kuching, Kota Samarahan dan Sibu. Orang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK  155

Melanau pula merupakan penduduk pantai Sarawak yang menganut agama


Islam, Kristian dan kepercayaan animisme. Keseluruhannya, penduduk Malaysia
dapat dikategorikan kepada kelompok etnik yang berbeza-beza dari segi budaya,
kepercayaan dan agama. Aspek demografi turut mempunyai pengaruh terhadap
politik dan proses politik negara.

AKTIVITI 6.3

Bincangkan bagaimana faktor demografi memainkan peranan penting


dalam menentukan bentuk dan pola politik di Malaysia. Bentangkan di
dalam kelas.

6.4 KERJASAMA POLITIK DAN HUBUNGAN


ETNIK
Pembentukan parti politik di Malaysia ini adalah unik dan menarik. Ini kerana
pembentukan parti politik berkenaan adalah berasaskan parti politik yang
menjurus pada etnik tertentu. Senario ini bukan sahaja berlaku di Semenanjung
Malaysia malahan juga di Sarawak dan Sabah. Elemen etnik diletakkan sebagai
prasyarat utama dalam pembentukan sesebuah parti politik yang dibentuk. Oleh
itu, pada peringkat awal, kita menghadapi masalah untuk bekerjasama hingga
wujudnya konsep Parti Perikatan dan Barisan Nasional. Perbincangan pada
peringkat ini berkisar tentang kerjasama yang telah pun wujud pada peringkat
parti politik dalam membentuk landskap politik Malaysia yang menarik sama
ada di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah.

6.4.1 Politik di Tanah Melayu atau Semenanjung


Malaysia
Pembangunan politik perpaduan di Malaysia dibina melalui beberapa peristiwa
penting yang menjurus pada pembentukan bentuk politik perpaduan.
Pembentukan politik perpaduan bermula sebelum negara ini merdeka lagi.
Kerjasama wujud antara All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) dan Pusat
Tenaga Rakyat (PUTERA). Kedua-dua parti politik ini ialah parti politik
berhaluan kiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK

PUTERA ditubuhkan pada 22 Februari 1947 dan dianggotai oleh golongan kiri
Melayu iaitu Parti Nasionalis Melayu (MNP), Angkatan Pemuda Insaf (API),
Kesatuan Tani, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan 80 buah persatuan lain.
PUTERA mempunyai empat prinsip iaitu:

(a) Bahasa Melayu harus menjadi bahasa rasmi;

(b) Hal ehwal negeri dan pertahanan negara harus menjadi tanggungjawab
bersama antara kerajaan Tanah Melayu dan kerajaan British;

(c) Istilah „Melayu‰ harus menjadi gelaran sebarang kewarganegaraan atau


taraf nasional di Tanah Melayu; dan

(d) Bendera kebangsaan harus menerapkan warna kebangsaan iaitu warna


merah dan putih.

Selepas penubuhannya, PUTERA telah mengadakan perikatan dengan AMCJA


yang mempunyai 600,000 orang ahli mewakili semua badan politik Tanah
Melayu di luar UMNO dan Parti Komunis Malaya (PKM). Kerjasama ini telah
membuahkan perlembagaan untuk penduduk di Tanah Melayu. Perlembagaan
ini dipanggil Perlembagaan Rakyat pada tahun 1947. Antara inti pati
Perlembagaan Rakyat ini adalah:

(a) Semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu hendaklah diberikan taraf
kewarganegaraan Melayu secara automatik;

(b) Bagi mereka yang tidak dilahirkan di Tanah Melayu, mereka boleh
diberikan taraf kewarganegaraan dengan syarat mereka berumur 40 tahun,
mempunyai sifat yang baik, telah menetap di Malaya antara lapan hingga
10 tahun di Tanah Melayu, mesti lulus ujian mudah dalam peperiksaan
Bahasa Melayu dan bersumpah untuk taat setia kepada Tanah Melayu;

(c) Setiap warganegara mempunyai hak dan peluang yang sama dalam politik,
ekonomi, pendidikan dan kebudayaan tanpa mengira bangsa, kepercayaan,
warna kulit dan jantina;

(d) Bahasa Melayu hendaklah menjadi satu-satunya bahasa rasmi negara ini.
Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa lain dibenarkan;

(e) Bagi tempoh sembilan tahun pertama, tidak kurang dari 55% wakil di
dewan perundangan mestilah orang Melayu;

(f) Singapura hendaklah dimasukkan bersama dengan Persekutuan Tanah


Melayu; dan

(g) Kedudukan raja-raja Melayu dikekalkan tetapi mereka bertindak sebagai


Raja Berperlembagaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK  157

Perlembagaan Rakyat sedikit sebanyak mempengaruhi orang bukan Melayu


untuk menerima kepentingan Melayu. Pada kemuncak situasi ini, parti politik
ini bertindak dengan mengadakan „hartal‰. Hartal ialah mogok ekonomi sebagai
respons terhadap kerajaan British kerana tidak mempedulikan tuntutan mereka.
Hartal bermula di Klang, Melaka dan Perak dan kemudian merebak ke seluruh
Tanah Melayu pada tahun 1947. Kerjasama politik AMCJA-PUTERA semakin
luntur apabila Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dikuatkuasakan pada
tahun 1948. Setelah darurat diumumkan, beberapa persatuan dalam AMCJA dan
PUTERA juga telah turut diharamkan yang membawa kemusnahan pakatan
politik ini.

Sebenarnya, usaha kerjasama politik telah dimulakan sebelum kemerdekaan lagi.


AMCJA-PUTERA merupakan kerjasama dua golongan kiri Melayu dengan
bukan Melayu dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Seterusnya,
Perikatan UMNO-MCA dan kemudiannya MIC menunjukkan bahawa kerjasama
menjadi asas dalam politik negara ini. Pada tahun 1946 pula, British
memperkenalkan Malayan Union yang terdiri daripada sembilan buah negeri
Melayu, Pulau Pinang dan Melaka. Rajah 6.3 menyenaraikan ciri-ciri Malayan
Union.

Rajah 6.3: Ciri-ciri Malayan Union

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK

Malayan Union merupakan pemerintahan yang berasaskan idea negara bangsa


yang bersifat unitary iaitu memberi pengakuan kesaksamaan kepada semua
penduduk sebagai rakyat berdasarkan prinsip jus soli. Malayan Union mendapat
tentangan hebat daripada orang Melayu di bawah pimpinan DatoÊ Onn bin
Jaafar.

Susulan daripada itu, UMNO telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Orang Melayu
menentang Malayan Union melalui saluran UMNO serta mendapat sokongan
daripada bekas pegawai Inggeris yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu.
Tujuan utama perjuangan UMNO ialah memelihara kepentingan orang Melayu
serta mengukuhkan kuasa politik mereka.

Sementara itu, MCA ditubuhkan pada tahun 1949 dengan pelantikan Tan Cheng
Lock sebagai Presiden. Tujuan utama penubuhan MCA adalah untuk
melindungi kepentingan dan kebajikan orang Cina di Tanah Melayu. MIC pula
ditubuhkan pada Ogos 1946 dengan pelantikan John Thivy sebagai Presiden.
Penubuhannya bermatlamat menjaga kepentingan dan kebajikan orang India di
Tanah Melayu. Kedua-dua pertubuhan ini adalah bertujuan untuk membuktikan
kepada pihak British bahawa orang Cina dan India sedia bekerjasama dengan
orang Melayu untuk membentuk negara Tanah Melayu yang bersatu.

Kerjasama etnik dalam Perikatan membawa kejayaan besar dalam proses politik
awal di Tanah Melayu. Misalnya, dalam pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala
Lumpur pada tahun 1952, UMNO dan MCA telah memenangi 9 daripada 12
buah kerusi. Pada pilihan raya pertama peringkat persekutuan pada tahun 1955,
Parti Perikatan gabungan UMNO-MIC-MCA telah menang besar iaitu
memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Satu kerusi lagi
dimiliki oleh parti PAS apabila mengalahkan UMNO di daerah Beruas, Perak.

Usaha memupuk kerjasama etnik turut diusahakan oleh DatoÊ Onn Jaafar setelah
keluar daripada UMNO. Beliau menubuhkan sebuah parti multi-etnik iaitu
Independent Merdeka Party (IMP) dan kemudian digantikan dengan Parti
Negara. Walau bagaimanapun, konsep parti multietnik tidak sesuai pada ketika
itu dan gagal mendapat sambutan hingga parti itu mati akhirnya. Sementara itu,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK  159

parti yang berasaskan etnik mekar subur hingga kini. DatoÊ Onn bertindak
sedemikian setelah cadangannya untuk membuka keahlian UMNO kepada
orang bukan Melayu ditolak. Selepas merdeka, kerjasama secara musyawarah
terus dilaksanakan antara etnik yang diwakili oleh parti politik masing-masing.

Bagaimanakah Parti Perikatan mencapai kemenangan yang besar dalam pilihan


raya 1955? Jawapannya adalah kerana manifesto Parti Perikatan yang menarik
dan sesuai dengan kehendak masyarakat pada masa itu, iaitu:

(a) Berjuang untuk kemerdekaan Tanah Melayu dalam masa empat tahun;

(b) Membentuk perkhidmatan awam yang bercorak Tanah Melayu;

(c) Menubuhkan sekolah kebangsaan untuk semua etnik;

(d) Melindungi kedudukan raja-raja Melayu sebagi ketua perlembagaan;

(e) Menjamin kedudukan dan hak istimewa orang Melayu serta bumiputera;
dan

(f) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam masa 10


tahun.

Manifesto ini mendapat sambutan dan dianggap mewakili kehendak setiap etnik
di Malaysia. Selepas memenangi pilihan raya dengan majoriti yang besar, usaha
ke arah kemerdekaan Tanah Melayu telah dilaksanakan dan Parti Perikatan
adalah parti yang menggerakkan usaha ini melalui rundingan mewakili Tanah
Melayu hingga akhirnya Tanah Melayu bebas daripada kuasa British pada 31
Ogos 1957.

6.4.2 Politik di Sarawak


Di Sarawak, pelbagai parti politik ditubuhkan dan sebahagian besarnya menjadi
anggota Barisan Nasional. Cadangan Persekutuan Malaysia turut mendorong
etnik peribumi menubuhkan parti masing-masing. Jadual 6.2 menunjukkan
pertubuhan parti politik di Sarawak yang melibatkan kerjasama dengan pelbagai
etnik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK

Jadual 6.2: Pertubuhan Parti Politik di Sarawak

Parti Politik Penerangan


Parti Bersatu (a) Ditubuhkan pada tahun 1959.
Rakyat Sarawak (b) Mendapat galakan daripada pentadbiran kolonial kerana
(SUPP) penubuhannya dianggap sebagai persediaan awal ke arah
pemerintahan sendiri yang dirancang oleh British.
(c) Merupakan parti multi-etnik dan di bawah pimpinan etnik
Cina iaitu Ong Kee Hui dan Stephen Yong.
(d) Setelah kalah dalam pilihan raya, kerajaan tempatan pada
tahun 1963 telah menyebabkan sifat multi-etnik parti ini
hilang.
Parti Kebangsaan  Ditubuhkan pada tahun 1961 oleh etnik Dayak, khasnya
Sarawak/Sarawak mereka daripada kalangan Skrang Saribas.
National Party  Dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan.
(SNAP)
Parti Pesaka Anak  Berasaskan pandangan bahawa Dayak di Lembah Rejang tidak
Sarawak mendapat tempat dalam SNAP.
(PESAKA)  Ditubuhkan oleh Temenggung Jugah pada tahun 1962.
Parti Negara  Ditubuhkan pada tahun 1960 oleh orang Melayu dan Melanau.
Sarawak (PANAS)  Dipimpin oleh Abang Haji Mustapha.
Barisan Rakyat Jati  Ditubuhkan pada tahun 1961 oleh orang Melayu dan Melanau
Sarawak di Lembah Rejang.
(BERJASA)  Dipimpin oleh Tuanku Haji Bujang, Abdul Rahman YaÊakub
dan Abdul Taib Mahmud.
Sarawak Chinese  Ditubuhkan pada tahun 1962 dan diterima masuk ke dalam
Association (SCA) kerajaan pertama yang dibentuk berdasarkan pilihan raya
pada tahun 1963.
Democratic Action  Pesaing pertubuhan SUPP yang terdiri daripada orang Cina.
Party (DAP)
Parti Pesaka  Ditubuhkan pada tahun 1973 atas gabungan PESAKA dengan
Bumiputera Parti Bumiputera oleh Abdul Rahman YaÊakub Abdul Taib
Bersatu (PBB) Mahmud.
Persatuan Rakyat  Ditubuhkan pada tahun 1987 yang dipimpin oleh beberapa
Malaysia Sarawak orang tokoh pemimpin Melayu dan Melanau seperti Abdul
(PERMAS) Rahman YaÊakub, Salleh Jafaruddin, Sharifah Habsah dan
Bujang Ulis

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK  161

Setiap parti tersebut memainkan peranan penting untuk sama-sama menuntut


kemerdekaan daripada penjajah British. Justeru, apabila pembentukan gagasan
Persekutuan Malaysia diutarakan pada Januari 1963, parti politik berkenaan
bergabung membentuk Parti Perikatan Sarawak, kecuali SUPP. Idea
penggabungan ini ditiru berdasarkan perkembangan politik di Tanah Melayu.

SUPP tidak menyertai gagasan pembentukan Malaysia kerana berpendapat


Sarawak seharusnya mendapat kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai
Malaysia. Buat pertama kalinya, Parti Perikatan Sarawak dipengerusikan oleh
Temenggung Jugah. Sementara itu, setiausaha agungnya ialah Stephen Kalong
Ningkan. Konsep Parti Perikatan ini masih kuat memperjuangkan ideologi etnik
masing-masing. Hasilnya berlaku perpecahan, misalnya perpecahan antara suku
Dayak dan Iban hingga melahirkan SNAP dan PESAKA. Selain itu, kelompok
orang Melayu dan Melanau juga berpecah dengan kewujudan parti PANAS dan
BERJASA. Perpecahan orang Cina juga terjadi apabila SCA tidak mendapat
sokongan yang padu daripada orang Cina dan kebanyakan orang Cina
menyokong SUPP. Senario ini adalah gambaran parti politik berasaskan etnik di
Sarawak yang berterusan hingga tahun 1963.

6.4.3 Politik di Sabah


Di Sabah, perkembangan politik turut menunjukkan pola yang hampir sama
dengan negeri lain. Keadaan ini berlaku apabila munculnya beberapa parti
politik dan para pemimpin yang mewarnai landskap politik negeri ini. Pada
awalnya, kemunculan parti politik merupakan hasil tindak balas cadangan
pembentukan Persekutuan Malaysia. Parti yang ditubuhkan ini berusaha untuk
mendapatkan sokongan daripada kelompok etnik tertentu sama ada yang
beragama Islam atau Kristian. Orang Cina turut menubuhkan parti masing-
masing bagi melindungi dan mempertahankan hak mereka dalam negara
baharu. Sejak penubuhan Malaysia, kerjasama antara kelompok etnik di
Sabah terbentuk dengan kerjasama antara parti politik. Kerjasama politik ini
menghasilkan pertubuhan parti seperti di Jadual 6.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK

Jadual 6.3: Pertubuhan Parti Politik di Sabah

Parti Politik Penerangan


United National  Ditubuhkan pada tahun 1961 oleh Donald Stephens
Kadazan Organisation kemudian dikenali dengan Tun Fuad Stephens.
(UNKO)  Tujuan parti adalah menyatupadukan masyarakat
Kadazan Dusun dan Bumiputera bukan Islam.
United Sabah National  Ditubuhkan pada tahun 1961.
Organisation (USNO)  Diasaskan oleh Tun Mustapha Datu Harun.
Sabah Chinese  Ditubuhkan pada tahun 1961 dan dinaungi oleh orang
Association (SCA) Cina.
Parti Kebangsaan  Ditubuhkan pada tahun 1962.
Borneo Utara  Hasil gabungan United Party (UP) dan Democratic Party.
Bersatu Rakyat Jelata (a) Ditubuhkan pada tahun 1975.
Sabah (BERJAYA) (b) Merupakan parti berbilang etnik.
(c) Dianggotai oleh Bumiputera Islam dan bukan Islam.
(d) Diketuai oleh Bumiputera Islam iaitu Harris Salleh.
Parti Bersatu Sabah (a) Ditubuhkan oleh Joseph Pairin Kitingin.
(PBS) (b) Merupakan parti multietnik dan diketuai oleh
Bumiputera bukan Islam.
(c) Parti ini memerintah selama sepuluh tahun sebelum
diambil alih oleh Barisan Nasional.
Barisan Nasional  Barisan Nasional diketuai oleh UMNO.
 UMNO bertapak di Sabah mulai awal tahun 1990an.
 Selepas kejatuhan PBS, Barisan Nasional menerajui
Kerajaan Negeri Sabah.

Proses politik di Sabah turut memperlihatkan kewujudan parti politik


berasaskan kepentingan kelompok etnik tertentu. Pada masa yang sama, usaha
terus dijalankan untuk memupuk perpaduan etnik melalui kerjasama politik.
Etnik Bajau, Suluk, Melayu Brunei dan Bumiputera lain yang beragama Islam
berjaya disatukan di bawah UMNO yang mula bertapak di Sabah pada awal
tahun 1990an.

Sementara itu, perpaduan Kadazan Dusun atau bumiputera bukan Islam di


belakang PBS masih berhadapan dengan cabaran daripada beberapa buah parti
yang bersaing seperti UPKO dan PBRS. Namun demikian, dengan kemasukan
PBS ke dalam Barisan Nasional pada tahun 2003, semua parti yang bersaing

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK  163

untuk mendapatkan sokongan Kadazan Dusun ialah komponen Barisan


Nasional. Jelaslah bahawa kerjasama antara pelbagai etnik dalam proses politik
bukan suatu perkara yang mustahil.

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Bagaimanakah platform politik boleh menjadi asas yang penting


ke arah memupuk hubungan etnik yang harmoni di Malaysia?

2. Bincangkan tentang perkembangan parti politik di Sabah dan


Sarawak.

3. Bagaimanakah peranan tolak ansur mempercepatkan lagi proses


kemerdekaan di Tanah Melayu? Bincangkan.

6.5 POLITIK ETNISITI DI MALAYSIA


Konsep etnisiti diambil daripada konsep etnik. Konsep etnik telah dijelaskan
dalam Topik 2 sebelum ini. Menurut Shamsul Amri Baharuddin, konsep etnik
didefinisikan sebagai kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang
hampir seragam meliputi adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi.
Konsep etnik juga ada kaitan dengan konsep ras dan bangsa yang mempunyai
maksud berlainan. Maka, konsep etnik dapat dilihat melalui perbezaan budaya
yang dicirikan oleh adat resam, pola keluarga, pakaian, nilai estetika, orientasi
politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Justeru, Marzuki (2009) meletakkan
konsep etnik sebagai konsep mengkategorikan kelompok manusia berasaskan
sistem kehidupan yang diamalkan oleh sesuatu kelompok manusia.

Konsep etnisiti menjurus pada rasa kekitaan sesuatu kelompok manusia


terhadap kelompok etniknya. Konsep ini wujud disebabkan oleh persamaan
budaya dan subbudaya yang difahami dan diamalkan oleh kelompok berkenaan
menerbitkan semangat penyatuan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah
laku. Bahkan, politik etnisiti ini merujuk pada politik yang berasaskan etnik dan
pola etnik menentukan kewujudan parti politik tertentu. Dalam konteks
Malaysia, kewujudan latar belakang parti politik dibentuk oleh latar belakang
etnik. Ini ialah hakikat yang harus kita terima.

Semenjak kita merdeka hingga sekarang, Malaysia ditadbir oleh sebuah kerajaan
iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kini melibatkan gabungan 13 buah
parti politik yang berasaskan etnik (ethnic-based political parties). Parti UMNO
menjadi parti tulang belakang dalam BN. Kini, BN mempunyai 133 kerusi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK

daripada 222 kerusi parlimen di Dewan Rakyat selepas pilihan raya ke-12 pada
tahun 2013. Sebelum pilihan raya ke-12, 13 buah negeri di Malaysia diperintah
oleh BN, kecuali negeri Kelantan diperintah oleh PAS (Parti Islam Se-Malaysia).
Selepas pilihan raya ke-12, pihak pembangkang meluaskan penguasaan mereka
pada peringkat negeri iaitu dengan tambahan Kedah dan Pulau Pinang. Namun
begitu, selepas pilihan raya ke-13, negeri Kedah telah kembali ke tangan BN.

BN kini terdiri daripada gabungan 13 buah parti berasaskan etnik di Malaysia


iaitu:

(a) Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO);

(b) Persatuan Cina Malaysia (MCA);

(c) Kongres India Malaysia (MIC);

(d) Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan);

(e) Parti Pesaka Bumiputra Sarawak (PBB);

(f) Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP);

(g) Parti Demokratik Progresif Rakyat (SPDP);

(h) Parti Rakyat Sarawak (PRS);

(i) Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO);

(j) Parti Bersatu Sabah (PBS);

(k) Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS);

(l) Parti Liberal Demokratik (LDP); dan

(m) Parti Progresif Penduduk (PPP).

Jika diperhatikan, setiap parti yang wujud ini adalah berdasarkan etnik tertentu
atau terdapatnya etnik tertentu yang mendominasi satu-satu parti politik itu.
Pendekatan ini bukan sahaja diterima pakai oleh BN, tetapi juga diterima oleh
parti pembangkang atau Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya yang lepas,
misalnya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti
Tindakan Demokratik (DAP) mewakili PR. Oleh itu, dalam konteks kita di
Malaysia, parti berasaskan etnik memainkan peranan yang penting. Kewujudan
PKR walaupun tidak berasaskan pada etnik tertentu tetapi terdapatnya etnik
yang dominan dalam parti iaitu etnik Melayu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK  165

6.5.1 Politik Inter-etnik


Politik inter-etnik merupakan asas penubuhan dan kewujudan parti politik di
Malaysia. Kewujudan parti politik yang berasaskan etnik ini disebabkan
keperluan untuk menjaga kebajikan ahli mereka yang terdiri daripada etnik
mereka sendiri. Selain itu, keadaan ini menggambarkan wujudnya perbezaan
dalam ideologi antara parti politik yang wujud dan kepentingan mereka. Konsep
yang dibawa sama ada oleh BN atau PR bukanlah konsep yang mantap apabila
semua kaum mengenepikan kepentingan kaum masing-masing.

Malahan, konsep ini membolehkan politik yang berasaskan etnik semakin


berkembang subur dalam masyarakat di Malaysia. Misalnya, kewujudan parti
politik seperti UMNO, MCA dan MIC jelas membawa agenda etnik tertentu iaitu
kaum masing-masing seperti Melayu, Cina dan India. Sementara itu, parti politik
yang dikatakan tidak berbau perkauman seperti DAP, Gerakan, PBS, PKR, SUPP,
PPP, LDP dan sebagainya, adalah sebenarnya parti yang mewakili kepentingan
etnik yang dominan dalam parti tersebut. Justeru, senario politik Malaysia
sebegini merupakan formula yang diguna pakai semenjak sekian lama dan akan
berterusan pada masa akan datang.

6.5.2 Politik Intra-etnik


Apabila memperkatakan politik intra-etnik, kita tidak boleh lari daripada melihat
pertemuan dua etnik yang berbeza iaitu kaum Melayu dan kaum Cina. Ini
kerana kedua-dua etnik ini mempunyai pengaruh dalam menentukan hala tuju
politik Malaysia. Bagi parti politik kaum India pula, mereka tiada kawasan yang
menjadi majoriti bagi mewakili kaum ini walaupun pada hakikatnya wujud parti
politik yang tertentu mewakili mereka.

Justeru, pertembungan antara etnik Melayu dan etnik Cina dalam berpolitik
mewujudkan puak tertentu dalam etnik tertentu yang mewujudkan parti politik
tertentu bagi mewakili perjuangan masing-masing.

Menurut statistik kependudukan Jabatan Perangkaan Negara, jumlah penduduk


Malaysia pada tahun 2012 seramai 29.3 juta. 50.4% (14.8 juta) daripada jumlah
penduduk Malaysia merupakan etnik Melayu yang merupakan etnik dominan.
Etnik Cina pula berjumlah 6.5 juta (22%) dan India berjumlah 1.9 juta. Kaum
Bumiputera yang lain berjumlah 3.5 juta (11.9%) dan 245,000 (0.8%) mewakili
lain-lain etnik. Keadaan ini menggambarkan bahawa kaum Melayu sangat
dominan dari segi demografi dan mereka mempunyai kuasa politik yang cukup
kuat untuk mentadbir negara ini jika mereka bersatu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK

Realitinya, dalam masyarakat di Malaysia, perbezaan etnik ini bukan menjadi


indikator yang terkuat menentukan pemisahan masyarakat, tetapi terdapat
indikator lain yang lebih nyata seperti perbezaan status, sosioekonomi,
kebudayaan, lokasi, agama dan sebagainya. Justeru, tidak hairanlah beberapa
sarjana di Malaysia membuat andaian bahawa tidak wujud persamaan langsung
dalam aspek kebudayaan di Malaysia. Bagi mewujudkan perpaduan yang
sebenar dalam masyarakat pelbagai etnik ini umpama jauh panggang dari api
kerana perbezaan yang nyata. Ia ternyata sukar sebab dasar bina negara ini
sendiri adalah berasaskan pemisahan tidak seperti di Indonesia atau Thailand
yang melaksanakan asimiliasi dalam pembinaan negara bangsa mereka.

Dalam kalangan masyarakat Melayu terdapat dua buah parti terbesar iaitu
UMNO dan PAS. UMNO dianggap parti yang menjaga kepentingan kaum
Melayu, agama Islam dan budaya Melayu. Bagi UMNO, jika bangsa Melayu
maju bermakna Islam juga turut maju kerana mengikut Perlembagaan
Persekutuan Perkara 160, Melayu dan Islam ialah dua konsep yang sinonim.
Pendirian UMNO ini mendapat persetujuan dan kerjasama daripada etnik lain di
Malaysia. Tanpa persetujuan dan kerjasama berkenaan, agenda politik UMNO
sukar untuk dilaksanakan.

Sebaliknya, idea PAS untuk mewujudkan negara Islam tidak mendapat


sambutan oleh UMNO. Bagi UMNO, pendekatan yang diambil oleh PAS untuk
cuba menyatukan agama dan negara dianggap sukar untuk diterjemah dan
dipraktikkan dalam konteks masyarakat plural di Malaysia. Malahan, langkah
yang diambil oleh PAS ini dikhuatiri akan menyebabkan kemajuan orang
Melayu dan agama Islam akan terjejas.

Bagi etnik Cina, mereka mempunyai parti seperti MCA, Gerakan dan DAP yang
mendasari perjuangan kaum mereka. Pendekatan yang diambil oleh MCA dan
Gerakan adalah sama sebagaimana pendekatan yang diambil oleh UMNO iaitu
kepentingan kaum Cina hanya akan dapat dijaga melalui kerjasama dengan
kaum lain terutamanya dengan kaum Melayu iaitu UMNO.

SEMAK KENDIRI 6.2

1. Apakah yang anda faham tentang politik etnisiti di Malaysia?

2. Terangkan perbezaan antara politik inter-etnik dan intra-etnik di


Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK  167

6.6 PEMBANGUNAN POLITIK PERPADUAN DI


MALAYSIA
Politik perpaduan mula bercambah dalam masyarakat di Malaysia apabila
terdapat kesedaran tentang pembinaan negara bangsa mulai wujud dalam
kalangan pemimpin masyarakat pelbagai etnik di Tanah Melayu. Dalam konteks
ini, orang Melayu cuba mempertahankan kedudukan mereka sebagai kuasa
politik utama di negara ini, sementara orang bukan Melayu mendesak
kedudukan dan hak yang sama berdasarkan status kewargenegaraan. Dalam
bidang ekonomi, didapati orang Melayu memerlukan penyertaan yang lebih
aktif, sementara orang Cina ingin mengekalkan dominasi mereka dalam bidang
eknomi. Senario ini menimbulkan ketegangan yang tidak berkesudahan dalam
kalangan etnik di negara ini. Proses pembinaan negara bangsa memerlukan
pihak terlibat menolak perbezaan dan mencari persamaan supaya dapat
digemblengkan untuk membangunkan negara ini. Pembinaan negara bertitik
tolak daripada keharmonian dan keamanan yang wujud.

6.6.1 Parti Perikatan


Konsep Parti Perikatan terbina apabila gabungan tiga parti terbesar yang
mewakili kaum terbesar iaitu UMNO, MCA dan MIC bagi mewakili orang
Melayu, Cina dan India. Menurut Tun Dr Mahathir Mohammad, UMNO
ditubuhkan bagi menyatupadukan orang Melayu, hidup sebagai satu bangsa
dan tidak sebagai rakyat negeri kecil dan lemah. UMNO berjaya menyatukan
orang Melayu daripada status rendah hingga kepada status elit. Satu aspek
kewujudan UMNO adalah untuk menghalang kemungkinan terbentuknya
Malayan Union yang baru.

Sementara itu, MCA ditubuhkan pada 27 Februari 1949. MCA ditubuhkan


sebagai sebuah organisasi atau persatuan yang berfungsi menjaga kebajikan dan
kepentingan masyarakat Cina. Matlamat utama penubuhan MCA adalah untuk
menggalakkan perasaan muhibbah antara kaum, menjaga kebajikan penduduk
Cina dan bergerak ke arah mencapai ketenteraman dan keamanan di Tanah
Melayu. Pada awalnya, MCA bukan sebuah pertubuhan politik, tetapi pada
tahun 1951, MCA dibentuk semula sebagai sebuah parti politik. MIC pula
ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1946 dengan tujuan untuk melindungi
kepentingan kaum India di Tanah Melayu. Di samping itu penubuhannya juga
adalah untuk menggalakkan keharmonian antara kaum dan mengelakkan salah
faham.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK

Kewujudan ketiga-tiga parti politik ini adalah untuk memperjuangkan hak bagi
kelompok kaum masing-masing. Tetapi masih terdapat keazaman setiap parti
politik berkenaan untuk menjalinkan kerjasama antara satu sama lain bagi
mentadbir Tanah Melayu. Tanpa kerjasama, negara ini tidak dapat ditadbir
dengan baik. Menurut Tun Dr Mahathir, walaupun UMNO boleh memenangi
kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan sendiri, tetapi ia tetap
meletakkan tidak sampai separuh calonnya di parlimen. Sejak 1949 lagi, UMNO
dan MCA bekerjasama dan bergerak seiring dalam mengurangkan ketegangan
antara kaum Melayu dan Cina. Kerjasama ini buat pertama kali mula dipupuk
melalui Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (JPAK) atau Jawatankuasa
Perhubungan Komuniti (CLC ă Communities Liason Committee). Tujuan JPAK
ini adalah untuk menggalakkan kerjasama antara kaum.

Antara penglibatan penting parti Perikatan iaitu UMNO-MCA adalah dalam


pilihan raya peringkat Bandaran Kuala Lumpur. Parti Perikatan UMNO-MCA
memenangi 9 daripada 12 buah kerusi yang dipertandingkan. Konsep Parti
Perikatan ini menarik minat MIC untuk menyertai Parti Perikatan secara rasmi
pada Oktober 1945. Penyertaan MIC dalam Parti Perikatan menguatkan lagi
kedudukan Parti Perikatan.

Dalam Pilihan raya 1955, komponen Parti Perikatan ini membawa kejayaan besar
dalam pilihan raya tersebut dan memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang
dipertandingkan. Satu pilihan raya lagi diadakan pada Ogos 1959, Parti
Perikatan sekali lagi perlu bersatu untuk menghadapi pilihan raya berkenaan
yang melibatkan 104 kerusi di Dewan Rakyat. Parti Perikatan menghadapi
masalah pada peringkat awal apabila MCA meminta supaya agihan kerusi
dilebihkan kepada MCA dan peperiksaan di sekolah Cina dijalankan dalam
Bahasa Cina. Keadaan ini menyebabkan krisis antara UMNO dan MCA. Tetapi
Tunku Abdul Rahman berjaya menyelesaikannya apabila bertegas dengan MCA
yang beliau akan bertanding seorang diri dalam pilihan raya jika krisis ini
berlarutan. Keadaan ini menyebabkan MCA akur dan Parti Perikatan kembali
bersatu. Dalam pilihan raya ini, Parti Perikatan memenangi 74 buah kerusi yang
dipertandingkan. Manakala PAS memenangi 13 buah kerusi, Parti Sosialis lapan
buah kerusi, Parti Negara dan Parti Malaya masing-masing tiga buah kerusi dan
calon bebas tiga buah kerusi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK  169

Pada tahun 1964, sekali lagi pilihan raya diadakan tetapi pilihanraya pada kali
ini ialah Pilihan Raya Umum Malaysia yang pertama selepas penubuhan
Malaysia pada 16 September 1963, serta pilihan raya umum yang kedua selepas
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Walau bagaimanapun, Sabah dan Sarawak
belum menyertai pilihan raya dan jumlah kerusi masih dikekalkan pada
bilangan 104. Keputusan pilihan raya adalah seperti Jadual 6.4:

Jadual 6.4: Keputusan Pilihan Raya 1964

Parti Kerusi
Parti Perikatan 89
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) 59
Persatuan Cina Malaysia (MCA) 27
Kongres India Se-Malaysia (MIC) 3
Parti Tindakan Demokratik (DAP) 1
Parti Progresif Penduduk (PPP) 2
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 9
Barisan Sosialis 2
Parti Negara 0
UDP 1
Calon Bebas 0
Jumlah 104

Kemenangan Parti Perikatan sebanyak 89 buah kerusi dalam Dewan Rakyat


menyumbangkan 85.6% majoriti dan merupakan peningkatan sebanyak lebih
20% peningkatan berbanding pilihan raya yang lepas. Pencapaian ini melebihi
majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat membolehkan Parti Perikatan layak untuk
membentuk kerajaan sekali lagi. Di pihak pembangkang pula, walaupun mereka
mendapat 41.5% jumlah undi tetapi mereka hanya ada 15 buah kerusi
berbanding 30 buah kerusi pada pilihan raya umum yang lepas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK

Namun begitu, dalam Pilihan Raya Umum 1969, jumlah undi Parti Perikatan
merosot dari 89 kerusi hingga menjadi 66 kerusi dan gagal menguasai dua
pertiga Dewan Rakyat. Keadaan ini digambarkan dalam Jadual 6.5.

Jadual 6.5: Keputusan Pilihan Raya 1969

PARTI Kerusi
Parti Perikatan 66
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) 51
Persatuan Cina Malaysia (MCA) 13
Kongres India Se-Malaysia (MIC) 2
Parti Tindakan Demokratik (DAP) 13
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) 8
Parti Progresif Rakyat (PPP) 4
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 12
Parti Rakyat Malaysia (PRM) 0
Calon Bebas 0
Jumlah 104

Malahan, beberapa buah negeri telah jatuh ke tangan pembangkang seperti


Pulau Pinang dikuasai Gerakan dan Kelantan pula dikuasai PAS dan diikuti oleh
Perak dan Selangor juga dikuasai oleh pembangkang. Kekalahan ini diletakkan
kepada MCA kerana gagal mendapat sokongan orang Cina dan menakutkan
orang Melayu. Pada masa ini, MCA keluar daripada Parti Perikatan sebelum
masuk semula pada Februari 1970 dan menyertai kerajaan. Ketidakstabilan
dalam politik selepas itu menimbulkan keganasan di bandar raya Kuala Lumpur
hingga menyebabkan tragedi 13 Mei 1969 dan darurat diisytiharkan. Semasa
darurat, kuasa persekutuan diletakkan di bawah Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.

6.6.2 Barisan Nasional


Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Parti Perikatan digantikan pula dengan Barisan
Nasional (BN) dan idea ini disyorkan oleh Tun Abdul Razak. Penubuhan BN
adalah bermatlamat untuk mewujudkan kestabilan dan persefahaman politik,
serta perpaduan antara kaum. Perpaduan ini membolehkan penyusunan dan
pembangunan negara agar dapat diteruskan. Konsep BN mula digunakan oleh
Tun Razak pada Mac 1973 dengan menandakan berakhirnya cara pengurusan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK  171

lama dan digantikan dengan kaedah baru, terutamanya dalam menghadapi


pilihan raya yang mendatang. Serentak dengan ini, usaha Tun Razak untuk
menarik dan menyatukan orang Melayu yang terpisah mendapat perhatian.

Pada tahun 1971, Tun Abdul Razak berjaya menarik minat PAS untuk bergabung
dengan BN. Tujuan utama penggabungan ini adalah supaya dapat menyatukan
orang Melayu dan seterusnya mengurangkan konflik politik. Oleh yang
demikian, kerajaan akan dapat menumpukan pada pembangunan negara,
khasnya dalam menjayakan Dasar Eknomi Baru (DEB). Pada 1974, gabungan BN
ini bersetuju menggunakan simbol dacing dalam pilihan raya dan pada 1 Jun
1974, BN dikeluarkan surat pendaftaran menyatakan ia adalah sebuah gabungan
yang sah. Buat permulaan, BN dianggotai oleh sembilan buah parti politik iaitu
UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP, PAS, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu
(PBB), SUPP dan USNO. Hingga tahun 2014, terdapat 13 buah komponen dalam
parti BN terdiri daripada UMNO, MCA, MIC, PBB, SUPP, GERAKAN, PPP,
LDP, PBRS, UPKO, PBS, SPDP dan PRS. Perbandingan ini dapat dilihat
sebagaimana dalam Jadual 6.6.

Jadual 6.6: Parti Komponen Barisan Nasional 1974, 2005 dan 2014

1974 (9 Komponen) 2005 (14 Komponen) 2014 (13 Komponen)


UMNO UMNO UMNO
MCA MCA MCA
MIC MIC MIC
GERAKAN PBB PBB
PPP SUPP SUPP
PAS GERAKAN GERAKAN
PBB PPP PPP
SUPP LDP LDP
USNO SAPP PBRS
PBRS UPKO
UPKO PBS
PBS SPDP
SPDP PRS
PRS

Dalam BN, mereka tidak hanya menerima penyertaan dalam kalangan parti
yang berasaskan kaum, tetapi juga menerima ahli daripada pelbagai latar
belakang agama. Parti pelbagai etnik yang menyertai BN adalah seperti UMNO,
MCA, MIC, PBB dan USNO. Parti politik yang berasaskan agama yang
menyertai BN pula ialah seperti PAS dan parti politik pelbagai etnik dan agama
yang menyertai BN adalah seperti Gerakan, PPP, SUPP dan SNAP. Jika
diperhatikan, PAS telah keluar daripada perikatan dan bergabung dengan
pembangkang yang dikenali dengan Pakatan Rakyat (PR) kini. PR juga

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK

menggunakan formula yang sama iaitu parti politik perpaduan. Namun


begitu, hingga kini PR masih gagal untuk mendaftarkan parti gabungan mereka
secara sah. BN telah mengharungi banyak ranjau dan duri dalam pilihan raya.
Jadual 6.7 menunjukkan sejarah pilihan raya yang lepas selepas gabungan
perpaduan tersebut.

Jadual 6.7: Sejarah Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia

Tahun 1974 1978 1982 1986 1990 1995 1999 2004 2008 2013
BN 135 130 132 148 127 163 148 198 140 133
PAS 9 5 5 1 7 7 27 7 23 21
DAP ă 16 9 24 20 8 10 12 28 38
USNO ă ă ă ă ă ă ă ă ă ă
SCA 9 1 ă ă ă ă 5 ă ă ă
PKR ă ă ă ă ă ă ă 1 31 30
SNAP ă ă ă ă ă 6 ă ă ă ă
S46 ă ă ă ă 8 8 3 ă ă ă
PBS 1 ă ă ă 14 ă ă ă ă ă
Bebas ă 2 8 4 4 ă ă 1 ă ă

JUMLAH 154 154 154 177 192 192 193 219 222 222

Berdasarkan keputusan pilihan raya sepanjang 1974 hingga 2013, terdapat


perubahan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia daripada parti yang
berasaskan etnik tertentu diganti dengan masyarakat yang celik politik. Bermula
tahun 2008, politik berasaskan etnik tidak memainkan peranan yang penting
apabila apa yang dikehendaki oleh masyarakat ialah keadilan dan kesamarataan.
Keadaan ini menerangkan tentang kadar literasi politik dalam kalangan
masyarakat semakin tinggi. Masyarakat lebih melihat pada idea tentang literasi
politik seperti aspek demokrasi, toleransi dan keadilan.

Justeru, pada tahun 2008, manifesto pilihan raya dimulakan oleh PKR dan
diteruskan oleh PKR dan BN pada tahun 2013. Perkembangan ini jelas
menunjukkan kepada kita yang parti berasaskan etnik tidak lagi menjadi
keutamaan masyarakat di Malaysia. Jika kita perhatikan, PKR yang merupakan
parti pelbagai etnik namun masih boleh mendapat majoriti yang besar dan
menggambarkan keadaan bahawa masyarakat boleh menerima parti pelbagai
kaum. Keadaan ini berbeza dengan zaman parti IMP dan Parti Negara yang
diperkenalkan oleh DatoÊ Onn suatu masa dulu yang tidak mendapat sambutan
daripada masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK  173

SEMAK KENDIRI 6.3

1. Apakah yang anda faham tentang konsep politik perpaduan?

2. Jelaskan tentang Parti Perikatan dan Barisan Nasional.


Bagaimanakah konsep ini memainkan peranan dalam kerjasama
masyarakat Malaysia?

3. Apakah pendekatan yang sesuai dalam menghadapi pilihan raya


dalam konteks masyarakat yang bertambah kompleks?

6.7 KESIMPULAN
Perkembangan politik di Malaysia agak unik. Politik di Malaysia melibatkan
kerjasama dan formula perpaduan memainkan peranan penting dalam menjadi
asas modenisasi politik dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu dulu dan
Malaysia sekarang. Perkembangan ini melahirkan dua nama, tetapi satu
tindakan iaitu Parti Perikatan dan Barisan Nasional. Walaupun nama berbeza
tetapi parti-parti ini sama dari segi matlamat dan tujuan. Perkembangan ini
menggambarkan kerjasama yang wujud dalam konteks pelbagai etnik, budaya,
bahasa dan agama. Idea perpaduan parti politik ini juga ditiru oleh pihak
pembangkang dan kadar literasi politik yang tinggi dalam kalangan masyarakat
menyebabkan BN sejak akhir-akhir ini menghadapi tentangan yang cukup sengit
dalam mengekalkan kuasa kerajaan BN kini. Perkembangan di Sabah dan
Sarawak berbeza di Semenanjung kerana boleh dikatakan tiada kaum yang
dominan. Perkembangan yang berlaku di Semenanjung akan mempengaruhi
pilihan dan tindakan masyarakat pelbagai etnik di Sabah dan Sarawak. Namun
begitu, dalam situasi masyarakat sekarang, politik etnisiti tetap menjadi pilihan
utama walaupun kadar literasi politik tinggi dalam kalangan masyarakat di
Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK

SEMAK KENDIRI 6.4

1. Jelaskan kaitan antara politik perpaduan dan hubungan etnik


dalam konteks pembinaan negara bangsa di Malaysia.

2. Terangkan bagaimana sistem politik boleh memainkan peranan


penting dalam memupuk hubungan kaum yang harmoni.

3. Bagaimanakah UMNO dapat berperanan menyatukan semua


etnik, tanpa mengira latar belakang, pendidikan, agama, budaya
dan bahasa dalam konteks negara Malaysia?

4. Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh kerajaan dalam


mewujudkan hubungan kaum yang harmoni?

 Konsep modenisasi merujuk pada perubahan dalam aspek kehidupan


masyarakat. Terdapat dua bentuk modenisasi iaitu bentuk ekonomi dan
politik. Modenisasi dalam politik melibatkan perubahan daripada politik
lama kepada bentuk politik baru. Bentuk politik lama berasaskan sistem
feudal, sementara bentuk politik baru berasaskan pilihan raya melalui sistem
demokrasi.

 Dalam proses demokrasi, pembangunan politik dianggap tercapai apabila


komponen seperti parti politik, majlis perwakilan rakyat/parlimen,
perlembagaan dan pilihan raya berada dalam satu sistem politik.

 Asas sistem politik masyarakat Melayu bercorak feudal iaitu melalui sistem
beraja atau sultan yang mempunyai kuasa mutlak ke atas negeri dan rakyat
masing-masing.

 Demografi ialah pembahagian masyarakat berasaskan etnik daripada segi


taburan dan kepadatan penduduk berasaskan kaum. Demografi akan
mempengaruhi strategi dalam berpolitik seperti pemilihan calon wakil
rakyat, kaedah promosi, mengambil kira isu sensitif dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK  175

 Masyarakat Melayu mewakili jumlah penduduk yang teramai iaitu melebihi


50% daripada jumlah keseluruhan penduduk mengikut etnik. Kemudiannya
diikuti dengan etnik lain iaitu Cina, India, peribumi dan lain-lain.

 Kerjasama politik wujud apabila terdapat kesedaran untuk memerintah dan


mentadbir negara ini bersama-sama daripada pelbagai etnik. Tindakan
pertama melalui kerjasama AMCJA-PUTERA dan diteruskan oleh Parti
Perikatan dan Barisan Nasional hingga sekarang. Sementara itu, di Sabah dan
Sarawak terdapat pelbagai parti dalam kerjasama sebegini.

 Asas politik di Tanah Melayu adalah politik etnisiti. Politik etnisiti wujud
dalam dua bentuk iaitu:

ă Inter-etnik ă yang jelas mewakili kaum masing-masing iaitu Melayu, Cina


dan India.

ă Intra-etnik ă parti politik yang mewakili etnik tertentu seperti etnik


Melayu diwakili oleh UMNO dan PAS.

 Kewujudan UMNO dan PAS merupakan pesaing yang hebat dalam politik.
Kewujudan mereka adalah untuk menarik perhatian orang Melayu
menyokong mereka dalam pilihan raya. Etnik Cina pula bergerak melalui
DAP, MCA dan Gerakan.

 Politik perpaduan ialah asas politik kita di Malaysia. Pembentukan politik


perpaduan dan Barisan Nasional ialah manifestasi dari ini. Selain itu,
pembangkang juga mempraktikkan politik perpaduan apabila mewujudkan
Pakatan Rakyat sebagai persaingan kepada BN. Dalam keadaan ini sistem
politik kita menuju ke arah sistem politik dua parti.

Barisan Nasional Permuafakatan politik


Kerjasama politik Politik etnisiti
Modenisasi politik Politik inter-etnik
Parti Perikatan Politik intra-etnik
Pembangunan politik Politik perpaduan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 6 PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK

Abdul Halim Ramli. (2009). Hubungan kaum di Malaysia: Sejarah dan asas
perpaduan. Shah Alam, Malaysia: Pusat Penerbit Universiti (UPENA).

Ahmad Atory Hussain. (1990). Politik dan dasar awam di Malaysia. Kuala
Lumpur, Malaysia: Utusan Publication & Distributors.

Azmah Abdul Manaf. (2001). Sejarah sosial masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur,
Malaysia: Utusan Publication and Distributors.

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2012). Statistik sosial dan demografi 2012. Dicapai
dari
www.statistic.gov.my/portal/download_Labour/files/BPS/Buletin_Peran
gkaan_sosial2012.pdf

Marzuki Md Yunus. (2009). Etnisiti serta cabaran dalam membentuk perpaduan


nasional. Tesis PhD Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800ă1963). Kuala Lumpur,


Malaysia: Utusan Publication & Distributors.

Mohd Sohaimi Esa, et al. (2011). Hubungan etnik: Kelangsungan pembinaan


negara bangsa. Puchong, Malaysia: Penerbitan Multimedia.

Pye. L. (n.d.). Aspects of political development: The concept of political


development, 1966. Dicapai dari
http://www2.stetson.edu/~gmaris/Pye.htm

Ruslan Zainuddin. (2003). Sejarah Malaysia. Shah Alam, Malaysia: Fajar Bakti.

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul hubungan etnik (Edisi Pertama).


Shah Alam, Malaysia: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti
Teknologi Mara (UiTM).

Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul hubungan etnik. Ed. ke-2. Bangi,
Malaysia: Institut Kajian Etnik, UKM.

Zainal Abidin Abdul Abdul Wahid et al. (1996). Malaysia: Warisan dan
perkembangan. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kepelbagaian
7 Agama dan
Hubungan
Etnik
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan kedinamikan penduduk Malaysia yang bukan sahaja
multietnik malahan pelbagai agama;
2. Menerangkan agama utama di Malaysia; dan
3. Menganalisis peranan agama dalam mewujudkan perasaan saling
hormat-menghormati dalam hubungan etnik.

 PENGENALAN
Agama merupakan elemen penting dalam masyarakat di Malaysia. Agama
seringkali dijadikan sebagai satu alat yang membezakan antara kumpulan dalam
masyarakat dan menjadi indikator penting dalam mencorakkan tingkah laku
setiap ahli kumpulan. Dalam konteks Malaysia, agama merupakan elemen
penting yang menentukan lokasi etnik. Sesuatu kelompok etnik boleh dikenali
berasaskan agama yang dianutinya, contohnya kaum Melayu dikenali kerana
mempraktikkan agama Islam dalam kehidupan seharian. Begitu juga, majoriti
kaum India yang mengamalkan agama Hindu dan kaum Cina yang
kebanyakannya menganut agama Buddha. Rasionalnya, semua agama menuntut
penganutnya mengamalkan kebaikan sesama manusia tetapi perlu diakui
bahawa sehingga kini terdapat banyak rentetan konflik yang berlaku di seluruh

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

dunia disebabkan oleh perbezaan agama. Maka, memahami kepelbagaian dan


menghormati kepelbagaian adalah penting untuk memastikan keadaan yang
harmoni dalam masyarakat dapat dikekalkan.

Sensitiviti agama menjadi perkara penting yang perlu dipelihara bersama dan
sering menjadi punca ketegangan etnik. Dalam sesetengah keadaan, persoalan
agama bukan sebab pencetus sesuatu ketegangan, tetapi elemen keagamaan
dijadikan sebagai pemangkin bagi kerumitan hubungan etnik yang lebih parah.
Memandangkan agama mampu menjadi isu yang besar dalam masyarakat,
pemimpin terdahulu tidak terlepas daripada membincangkan kepelbagaian
agama ini dengan menjadikannya sebagai perkara yang penting dalam
Perlembagaan Malaysia.

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menegaskan bahawa agama Islam ialah


agama persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman damai di
negara ini. Perlembagaan Malaysia juga memperuntukkan setiap agama lain
berhak menubuh dan menyelenggarakan badan keagamaan masing-masing
untuk menyebarkan agama kepada ahli masyarakatnya dengan syarat tidak
disebarkan dalam kalangan orang Islam atau berlawanan dengan undang-
undang am ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak ahli masyarakat.
Keadaan seperti ini menjadikan masyarakat pelbagai etnik dan agama di
Malaysia menjaga dan mempertahankan agama masing-masing bersama-sama,
di samping menghormati kepelbagaian sesama manusia.

7.1 KONSEP AGAMA DAN KEPERCAYAAN


Perkembangan sesebuah negara bangsa selalunya dikaitkan dengan kepercayaan
atau agama tertentu. Misalnya, negara China dikaitkan dengan agama Buddha,
India dikaitkan dengan agama Hindu, Jepun dikaitkan dengan Buddha dan
Shinto, Barat dikaitkan dengan agama Kristian dan begitulah sebaliknya. Agama
dan kepercayaan memainkan peranan penting dalam proses pengidentitian
sesebuah negara bangsa. Bagaimanakah dengan negara Malaysia? Malaysia
merupakan sebuah negara yang bukan sahaja mempunyai berbilang etnik
malahan agama juga memainkan peranan dalam membentuk etnik berkenaan.
Misalnya, etnik Melayu dikaitkan dengan Islam, etnik Cina dikaitkan dengan
agama Buddha dan etnik India dikaitkan dengan agama Hindu. Pembinaan
identiti agama dalam kehidupan masyarakat beragama boleh menjadi halangan
ke arah perpaduan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK  179

Justeru, sebelum kita pergi lebih jauh, baik kita melihat apa yang dimaksudkan
dengan konsep agama dan kepercayaan. Agama dan kepercayaan ialah perkara
yang sama, tetapi berbeza. Umumnya, terdapat dua perkara utama yang
membentuk kepercayaan beragama dalam kalangan masyarakat dunia iaitu:

(a) Agama Samawi


Agama Samawi adalah agama yang diturunkan melalui wahyu Tuhan
kepada utusannya di dunia yang dikenali sebagai Nabi dan Rasul untuk
disampaikan kepada umat masing-masing. Dasar kepercayaan dalam
agama Samawi ialah mengajarkan keyakinan bahawa Tuhan yang Maha
Kuasa itu hanya satu iaitu tiada Tuhan yang selain Dia iaitu Allah. Ia
merupakan agama yang paling tua kerana orang Islam percaya bahawa
Nabi Adam a.s. merupakan nenek moyang manusia dan menerima
pengajaran sedemikian dari Allah.

(b) Agama Berbentuk ThabiÊi


Agama ThabiÊi merupakan kepercayaan yang wujud melalui imaginasi
manusia. Ia wujud atas dorongan daripada sifat atau lumrah manusia yang
ingin beragama, ingin mencari dan memuja sesuatu yang mereka anggap
maha kuasa ke atas dirinya. Dasar kepercayaan dalam agama ThabiÊi ini
juga dinamakan agama alam kerana pemujaan agama ini lebih kepada
benda yang selalunya mempunyai hubungan dengan alam seperti memuja
dewa-dewi dan berhala.

Dalam Bahasa Arab, agama langit disebut „Din Samawi‰ sementara agama bumi
dinamakan „Din al-WadÊie‰ yang bermaksud agama yang diciptakan (direka-
reka). Oleh itu, agama bumi boleh dimasukkan sebagai salah satu cabang
kebudayaan. Keadaan ini berbeza dengan agama langit yang berada di luar
kebudayaan kerana wahyu berasal dari Allah s.w.t. dan bukan ciptaan manusia.
Jika ditinjau dari aspek penganutnya, agama tersebut dapat dibahagikan pada
tiga kategori iaitu:

(a) Agama Tempatan


Ia dianuti oleh sesuatu masyarakat tertentu seperti agama suku bangsa
yang masih primitif di Afrika, Amerika, Australia dan Irian Barat.

(b) Agama Nasional


Ia dianuti oleh satu-satu bangsa tertentu misalnya agama Zoroaster,
Yahudi, Shinto, Mesir Kuno dan sebagainya.

(c) Agama Dunia (Universal)


Ia dianuti oleh pelbagai bangsa dunia seperti agama Kristian, Islam dan
Buddha.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


180  TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

Di seluruh dunia, terdapat perkembangan pelbagai kepercayaan dan agama.


Kepercayaan terhadap animisme masih tersebar ke serata permukaan bumi, di
tempat yang belum kuat pengaruh agama, bahkan peninggalan kepercayaan itu
masih kelihatan pada kebanyakan orang walaupun sebenarnya mereka telah
memeluk salah satu agama dunia. Kepercayaan itu tidak seragam, oleh yang
demikian, mereka mempunyai inti kepercayaan yang sama iaitu mengibadatkan
roh dan percaya kepada kekuatan tenaga ghaib yang amat banyak. Rajah 7.1
menunjukkan pembahagian agama berdasarkan peratus penganut dan
perbandingannya di dunia dewasa ini.

Rajah 7.1: Agama besar dunia


Sumber: Adaptasi daripada http://www.diversityjournal.com/10002-religious-diversity-
beyond-the-protestant-ethic/

Jika dilihat secara keseluruhannya, agama dan kepercayaan tersebut dapat


digolongkan dalam tiga bentuk iaitu:

(a) Kepercayaan primitif;

(b) Primitif yang lebih maju; dan

(c) Agama monoteisme.

Kepercayaan primitif ialah kepercayaan yang berdasarkan animisme dan


dinamisme di serata dunia terutama di Afrika Selatan, iaitu dalam kalangan
puak Amerindian dan Osenia. Primitivisma yang lebih maju pula tumbuh di
tempat yang kehidupan primitifnya berkembang menuju ke peringkat yang lebih
maju misalnya kawasan pertanian yang teratur. Golongan ini termasuk dalam
agama yang lahir dalam kalangan bangsa purba yang telah maju seperti Mesir
Kuno, Babilonia, agama Sino-Jepun seperti Tao, Confucian, Shinto dan agama
yang lahir dalam kalangan masyarakat Indo-Iran (Arya) seperti Hindu, Buddha

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK  181

dan Zoroaster. Sementara itu, golongan monoteisma pula ialah agama yang
dilahirkan oleh nabi berbangsa Samiyah. Samiyah berasal daripada Sam, anak
Nuh. Keturunan Sam inilah yang dinamakan bangsa di Asia Barat dan di
Abessinia yang termasuk juga bangsa Arab, Israel, Abessinia. Mereka ini
menggunakan bahasa daripada rumpun bahasa Samiyah. Ia merupakan agama
yang kekal sehingga sekarang dan merupakan agama yang paling ramai
pengikutnya dan yang paling besar jasanya dalam membangunkan peradaban
dan kebudayaan manusia. Agama tersebut adalah Yahudi, Nasrani dan Islam.

7.1.1 Definisi Kepercayaan dan Agama


Jika diteliti, pengertian dan makna yang selalu diberikan untuk kepercayaan, kita
tidak boleh lari daripada memperkatakan tentang agamanya sekali. Penafsiran
yang diberikan untuk kepercayaan ialah pengalaman „immediate‰ yang
„sacred‰, penuh emosi dan mengandungi entiti luar biasa yang akhirnya
berpusat pada struktur alam (universal). Kepercayaan ini mendorong perlakuan
terhadap entiti luar biasa itu terjalin misalnya dalam upacara yang menjadi asas
perlakuan yang diorganisasikan oleh penganut kepercayaan tersebut.

Contoh sistem kepercayaan ialah „agama‰ kerana dalam agama, terdapat


kepercayaan, amalan dan organisasi yang membentuk etika yang lahir pada
perlakuan penganutnya. Kamus Dewan pula mendefinisikan kepercayaan
sebagai keyakinan yang membenarkan sesuatu, iman dan iktikad mengenai
sesuatu.

Menurut Anthony F. C. Wallace, agama ialah sejenis perlakuan manusia yang


dapat digolongkan ke dalam kepercayaan dan upacara berkenaan dengan
makhluk, kuasa dan tekanan luar biasa. Apa yang dimaksudkan dengan
pengertian luar biasa dalam pengertian agama di sini ialah segala bukti
kewujudan yang tidak berdasarkan lunas bukti seperti yang diterima oleh
„natural science‰.

Menurut Johnson (1961), beliau mengatakan agama adalah:

„... satu sistem kepercayaan-kepercayaan dan perlakuan-perlakuan yang


boleh dikatakan padat tentang susunan benda-benda, kuasa-kuasa, atau
tempat atau lain-lain ÂentitiÊ yang luar biasa: satu sistem yang mempunyai
makna kepada tingkah laku dan hal ehwal penganut-penganutnya: makna
yang dirasakan secara ÂseriusÊ yang berbeza-beza warnanya kepada
kehidupan persendirian dan perkumpulan penganut-penganutnya‰.
(Johnson, 1961)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

Umumnya, perlakuan manusia selalunya dibuat dalam kumpulan tertentu


dengan melibatkan upacara yang mempunyai nilai dan tujuan sehingga menjadi
satu sistem. Oleh itu, agama dilihat sebagai satu institusi kepercayaan dan
menjadi salah satu sistem yang dianggap penting dalam masyarakat.

7.1.2 Masyarakat dan Kepercayaan Beragama


Kehidupan beragama bermula dengan kehidupan manusia yang mengandungi
beberapa kepercayaan tertentu dan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan
bertamadun manusia. Ini dapat dibuktikan melalui penemuan peninggalan
keagamaan yang diamalkan dan digunakan semasa upacara keagamaan. Sebagai
contoh, batu batan yang dipuja, patung yang dipercayai mempunyai kuasa dan
seumpamanya memberikan gambaran jelas kepercayaan beragama dalam
kehidupan ketamadunan dan peradaban manusia. Keinginan untuk beragama
merupakan naluri semula jadi dalam jiwa manusia yang tidak boleh dipisahkan.
Oleh itu, sehingga sekarang sebahagian besar daripada penduduk dunia masih
lagi berpegang teguh kepada kepercayaan agama mereka.

Setiap orang yang lahir ke dunia ini sebenarnya mempunyai naluri untuk
mempercayai adanya kekuatan luar biasa yang berlaku ke atas manusia.
Kekuatan luar biasa itulah yang biasanya dipanggil Tuhan dan dinamakan
„naluri agama‰ dan Tuhan merupakan kepercayaan yang menjadi inti agama
tersebut. Kesedaran tentang adanya Tuhan itu sebenarnya tidak sahaja akan
timbul semasa manusia mengalami kesulitan, tetapi juga dalam keadaan aman
tenteram. Sungguhpun manusia mempunyai naluri untuk mempercayai adanya
Tuhan, namun di dunia ini masih ramai lagi yang bersifat „atheis‰ iaitu orang
yang tidak mempunyai agama atau tidak percaya adanya Pencipta alam.
Keadaan ini berlaku kerana keadaan persekitaran kehidupan dan penerimaan
pendidikan mereka yang melupakan agama sehingga naluri untuk beragama
tidak ada dalam diri mereka.

Apabila kita ingin melihat sesuatu agama yang bermula dalam masyarakat
primitif sebagai satu sistem kepercayaan yang diterima dan berkembang,
kita tidak dapat memahami bagaimana ia boleh diterima dalam satu-satu
masyarakat. Keadaan ini jelas terjadi dalam masyarakat Jepun sekarang ini
apabila agama wujud hasil daripada pemerhatian masyarakat Jepun terhadap
alam sekitarnya dan ilham yang timbul tersebut membentuk agama Shinto yang
diamalkan hingga sekarang. Disebabkan oleh sikap masyarakat Jepun yang
terbuka, mereka boleh menerima kemasukan (berasimilasi dan bersinkretisme)
kepercayaan agama luar serta falsafah dari China seperti Buddha dan Confucius.
Tetapi, apa yang menjadi persoalan ialah, bagaimanakah agama Shinto sebagai
kepercayaan animisme yang merupakan agama primitif telah dirumus lalu
diterima oleh masyarakat Jepun?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK  183

SEMAK KENDIRI 7.1


1. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep agama?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep kepercayaan?
3. Bandingkan persamaan dan perbezaan konsep antara agama dan
kepercayaan.
4. Senaraikan agama Samawi dan ThabiÊi.

7.2 AGAMA DAN MASYARAKAT


DI MALAYSIA
Agama memainkan peranan penting dalam proses pembentukan nilai, budaya
dan kehidupan masyarakat pelbagai agama di Alam Melayu. Sebelum
kedatangan agama Islam, masyarakat di Alam Melayu menganut agama
berunsur animisme atau ada juga pengaruh Hindu-Buddha. Menurut Syed
Naquib al-Attas, yang merupakan ahli falsafah dan cendekiawan Muslim
menyatakan bahawa kedatangan Islam ialah zaman pencerahan dengan
memberikan impak yang besar dalam kehidupan masyarakat, yakni kehidupan
bersyariat dan mempunyai fungsi yang jelas dalam kehidupan manusia.

Sejarah menunjukkan Alam Melayu merupakan tempat yang penting dari segi
pertemuan pedagang dari merata tempat di dunia dan antara tempat yang
mempunyai kadar interaksi paling tinggi di dunia. Ketika itu, kemasukan agama
Islam ke Alam Melayu berlaku melalui peranan pedagang dan perdagangan.
Kehadiran agama Islam di Alam Melayu membawa fenomena Islamisasi pada
abad ke-15 dan kewujudan kerajaan yang dikaitkan dengan agama Islam
antaranya Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Acheh, Demak, Pasai, Patani dan
sebagainya.

Agama Islam memainkan peranan yang penting dalam mengubah pandangan


masyarakat Melayu tentang konsep ketuhanan dalam beragama yang sebelum
ini dipengaruhi oleh nilai-nilai agama Hindu dan Buddha, serta kepercayaan
yang berunsurkan animisme. Antaranya konsep beraja yang merupakan elemen
yang boleh dilihat dengan jelas yang mana kesan pengaruh Hindu itu telah
berubah menjadi konsep „Sultan‰ atau „Kesultanan‰ yang menggambarkan
konsep kekhalifahan dalam Islam. Sultan dilihat sebagai penaung atau penjaga
agama Islam dalam masyarakat Melayu. Dalam erti kata lain, kewujudan konsep
raja yang merujuk pada peranan dewa dan raja sebagai Tuhan di dunia ini
digantikan dengan sultan yang merujuk pada peranan sultan iaitu sebagai
penjaga agama Islam.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
184  TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

Proses Islamisasi berlaku dengan meluas di Alam Melayu dan memberikan impak
yang besar dalam masyarakat ketika itu. Kesannya, kehidupan bermasyarakat di
Alam Melayu menuju ke arah kehidupan Islam yang lengkap dan diperkemaskan
dari semasa ke semasa. Antaranya aspek hukum adat dan undang-undang
misalnya sebagaimana dibincangkan sebelum ini seperti Hukum Kanun Melaka
dan Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang Pahang dan Undang-undang
Johor mempunyai pengaruh yang banyak dari aspek undang-undang Islam.

Kesedaran masyarakat di Alam Melayu, khasnya di negeri-negeri Melayu atau


Tanah Melayu semakin tinggi hingga mewujudkan pengaruh Islam dalam masa
penjajahan sebagai respons terhadap penjajahan British dan gerakan pembaharuan
Islam di Mesir. Ini adalah impak langsung yang membentuk harapan orang
Melayu untuk menghantar anak mereka belajar di Timur Tengah seperti Universiti
al-Azhar yang sarat dengan pembaharuan dalam pemikiran Islam pada masa itu
yang dibawa oleh Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh dan Rasyid Rida.
Antara pelajar yang terpengaruh dengan gerakan ini seperti Syeikh Tahir
Jalaluddin (lihat Rajah 7.2), Syed Syeikh Al-Hadi, Haji Abbas Mohd. Taha dan lain-
lain lagi. Mereka memberikan pandangan bahawa agama Islam tidak bertentangan
dengan sains dan teknologi barat dan penting untuk umat Islam bekerja keras
dalam membela nasib bangsa. Gerakan ini kuat hingga mewujudkan gerakan
seperti perjuangan kaum muda yang menolak fahaman kaum tua dan membawa
perubahan dalam cara berfikir orang Melayu. Peranan akhbar dan majalah juga
makin meluas untuk membangkitkan semangat orang Melayu dan bertujuan
memajukan bangsa Melayu seperti majalah al-Imam, akhbar Majlis, Utusan
Melayu dan majalah al-Ikhwan. Intelektual Melayu juga berperanan dalam
menerbitkan majalah al-Imam dan sekolah agama hingga berjaya.

Rajah 7.2: Syeikh Tahir Jalaluddin


Sumber: http://theearlymalaydoctors.blogspot.com/2013/07/shaykh-muhammad-tahir-
jalaluddin-al.html

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK  185

Gerakan ini memberikan sumbangan ke arah mempercepatkan kemerdekaan


Tanah Melayu. Selepas merdeka, kedudukan agama Islam terus dimantapkan
melalui Perkara Tiga Perlembagaan Persekutuan yang mana agama Islam ialah
agama rasmi pada peringkat persekutuan. Namun begitu, kewujudan
kepelbagaian agama di Malaysia ialah diiktiraf dan diterima. Hakikatnya,
Malaysia merupakan sebuah negara multietnik dan multiagama.

SEMAK KENDIRI 7.2

1. Terangkan tentang proses Islamisasi di Alam Melayu.

2. Apakah impak besar kehadiran agama Islam di Alam Melayu?

3. Bagimanakah agama Buddha dibawa masuk ke Malaysia?


Terangkan.

4. Bagimanakah agama Hindu dibawa masuk ke Malaysia? Jelaskan.

7.3 AGAMA UTAMA DI MALAYSIA


Agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia dan mempunyai bilangan
penganut terbesar. Agama lain di Malaysia antaranya ialah Buddha, Kristian,
Hindu, Sikh dan kepercayaan tradisi. Jika dirujuk pada data Profil Penduduk
Malaysia tahun 2010, jumlah penduduk Malaysia ialah 28,250,500 orang.
Berdasarkan jumlah ini, penganut terbesar penduduk Malaysia adalah Islam
(61.3%), diikuti dengan agama Buddha (19.8%) dan agama lain iaitu Kristian,
Hindu dan agama suku. Untuk maklumat terperinci sila rujuk carta pai
sebagaimana dalam Rajah 7.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

Rajah 7.3: Agama terbesar di Malaysia tahun 2010


Sumber: Adaptasi dari Jabatan Statistik Malaysia (2010)

Berdasarkan Rajah 7.3, penganut agama Islam terdiri daripada etnik Melayu,
bumiputera Sabah, bumiputera Sarawak dan sebilangan kecil etnik India, Cina
dan lain-lain. Manakala, Buddha merupakan agama kedua terbesar di Malaysia,
diikuti Kristian dan Hindu. Sementara itu, bahagian-bahagian yang lain meliputi
kategori agama dan kepercayaan yang kecil pengikutnya seperti Sikh, Confucius
dan Tao, Pagan, Bahai dan kepercayaan tradisi penduduk peribumi. Walau
bagaimanapun, penerangan dalam bab ini hanya menyentuh beberapa agama
utama di Malaysia sahaja iaitu Islam, Buddha, Hindu dan Kristian. Kesemua
agama tersebut dikatakan sebagai agama utama di Malaysia kerana memiliki
ramai pengikutnya.

7.3.1 Agama Islam


Islam merupakan agama yang mempunyai bilangan penganut terbesar, iaitu
sekitar 60% daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Majoriti penganut
beragama Islam di Malaysia mengikuti mazhab Syafie, iaitu salah satu daripada
empat mazhab besar dalam Islam. Amalan keagamaan sebahagian masyarakat
Melayu Islam adalah berteraskan pandangan mazhab Shafie. Namun begitu,
terdapat segolongan minoriti India Muslim yang mempraktikkan Islam
berasaskan mazhab Hanafi. Agama Islam memberi penekanan penting kepada
keamanan, baik dengan diri sendiri, umat sendiri mahupun sesama umat
manusia. Inilah sebabnya tiada paksaan dalam menyebarkan agama Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK  187

Agama Islam bermula di kota Mekah dan kemudiannya tersebar ke seluruh


dunia, termasuk Malaysia. Kedatangan Islam di Alam Melayu diterangkan
dalam beberapa pendapat yang berbeza-beza seperti dalam Rajah 7.4.

Rajah 7.4: Kedatangan dan pendapat mengenai kedatangan Islam ke Alam Melayu

Pandangan ini memberikan penjelasan bahawa Islam telah lama bertapak di


Alam Melayu. Sejarah dan pengalaman yang diwarisi sejak beratus tahun yang
lalu menjadikan agama Islam kekal sebagai agama majoriti di Malaysia.
Pandangan ini memberikan penjelasan bahawa Islam telah lama bertapak di
Alam Melayu. Berikut adalah antara penerangan secara umum mengenai Islam:

(a) Islam berasal daripada perkataan Arab „Salima‰ yang bermaksud


keamanan, ketulenan, penyerahan dan ketaatan. Dari segi agama, Islam
bermaksud penyerahan pada kehendak Tuhan dan ketaatan pada undang-
undangnya;

(b) Agama yang berpegang pada kepercayaan hanya kepada satu Tuhan sahaja
yang dikenali dengan nama Allah yang bersifat tunggal dengan sifat Maha
Esa. Dalam falsafah agama, prinsip ini dikenali sebagai kepercayaan
monoteisme (percaya kepada satu Tuhan sahaja);
(c) Islam diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w dan
seterusnya disebarkan kepada manusia di seluruh dunia oleh Nabi
Muhammad s.a.w dan pengikutnya sehingga ke hari ini;

(d) Agama Islam bukan agama ciptaan manusia ataupun ciptaan Nabi
Muhammad s.a.w tetapi agama wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
Penggunaan istilah Muhammadanisme atau Muhammadan adalah silap
seperti yang sering digunakan oleh orang Barat kerana Islam bukan agama
ciptaan Nabi Muhammad s.a.w, tetapi adalah agama Allah; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

(e) Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah untuk seluruh umat
manusia. Tarikh permulaan penciptaan Islam telah bermula sejak zaman
Nabi Adam a.s lagi.

Penjelasan dalam Jadual 7.1 menjelaskan bahawa al-Quran merupakan sumber


rujukan utama untuk memahami ajaran dan arahan yang terdapat dalam Islam.
Nabi Muhammad s.a.w merupakan orang yang paling memahami segala
kandungan ajaran dan arahan yang terkandung dalam al-Quran. Disebabkan
itulah Nabi Muhammad ialah manusia yang paling layak menterjemah dan
mentafsir, serta menyampaikan Islam kepada seluruh manusia. Segala tafsiran
dan terjemahan atau aktiviti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad berkaitan
penyebaran dan pengajaran Islam dikumpulkan dan dibukukan yang
kemudiannya dinamakan sebagai hadis. Al-Quran dan hadis merupakan dua
sumber penting yang menjadi asas dalam memahami Islam.

Jadual 7.1: Perkara yang menjadi Asas kepada Identiti Masyarakat Islam

Institusi Perkara
Masjid  Merupakan pusat ibadat bagi penganut Islam sama ada harian,
mingguan dan tahunan.
 Merupakan syiar (mercu tanda) agama Islam dan penganutnya.
 Jabatan Agama Islam (JAI) merupakan institusi keagamaan yang
penting bagi penganut agama Islam di Malaysia.
 Mahkamah Syariah merupakan institusi keagamaan yang penting
bagi menyelesaikan pertelingkahan dalam undang-undang
kekeluargaan Islam.
Perayaan  Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang penting bagi
masyarakat Islam sama ada di Malaysia mahupun di seluruh dunia
dan disambut setiap 1 haribulan Syawal tahun Hijrah iaitu bulan ke-
10 dalam kalendar Lunar Islam.
 Aidilfitri disambut setelah umat Islam selesai menjalani ibadat puasa
selama sebulan pada bulan Ramadhan, iaitu bulan ke-9 dalam
kalendar Lunar Islam.
 Hari Raya Aidiladha merupakan perayaan keagamaan kedua
terbesar di Malaysia, walaupun di sesetengah negara Islam yang
lain, Aidiladha menjadi perayaan utama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK  189

Ritual dan  Solat ialah ibadah yang paling penting bagi orang Islam kerana solat
Upacara merupakan tiang agama.
Keagamaan  Ibadah ini juga dikenali sebagai sembahyang. Ibadah ini dilakukan
sebanyak lima kali sehari, iaitu solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib
dan Isyak.
 Penganut beragama Islam digalakkan menunaikan ibadah solat di
masjid terutama bagi kaum lelaki. Solat juga boleh dilakukan di
rumah.
 Pada hari Jumaat setiap minggu, penganut lelaki beragama Islam
wajib menunaikan solat Jumaat secara berjemaah pada waktu
Zuhur.
Simbol  Agama Islam mempunyai simbol suci masing-masing. Al-Quran
Keagamaan merupakan simbol suci bagi umat Islam. Penganut Islam amat
menghormati dan memandang mulia kitab suci al-Quran.

Orang Islam wajib beriman kepada Rukun Islam dan Rukun Iman di samping
menjadikan hadis, ijmak ulamak dan qiyas sebagai rujukan kehidupan seharian
mereka. Secara harfiyah, qiyas bermaksud membandingkan sesuatu. Manakala
secara konseptual pula, qiyas bermaksud usaha yang bersungguh-sungguh oleh
ulama untuk menghasilkan hukum baru bagi konteks ruang. Terdapat enam
perkara yang wajib difahami dalam Rukun Iman seperti yang dapat dilihat
dalam Rajah 7.5.

Rajah 7.5: Rukun Iman

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


190  TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

Manakala Rukun Islam pula menuntut orang Islam mengamalkan lima perkara
seperti dalam Rajah 7.6.

Rajah 7.6: Rukun Islam

Dari aspek lain, beberapa perkara yang menjadi asas identiti masyarakat Islam
dapat dijelaskan dalam aspek yang meliputi institusi agama dan pusat ibadat,
perayaan dan ritual upacara keagamaan. Ini dapat dilihat dalam Jadual 7.1.

Penganut Islam di Malaysia kini berjumlah sekitar 58% dari jumlah penduduk
di Malaysia dan merupakan penganut agama terbesar di Malaysia. Agama Islam
merupakan agama rasmi di Malaysia tetapi tidak di Sabah dan Sarawak yang
termasuk dalam 20 perkara yang dipersetujui antara syarat kemasukan Sabah
dan Sarawak semasa mengganggotai Malaysia.

7.3.2 Agama Buddha


Buddha dalam bahasa Sanskrit bermaksud „Yang bebas daripada kejahilan‰.
Gelaran ini merupakan gelaran bagi pengasas agama Buddha, Siddharta
Gautama Buddha yang lahir di Nepal kira-kira 563 Sebelum Masihi. Agama
Buddha berkembang dan memainkan peranan utama dalam kehidupan rohaniah
penduduk Sri Lanka, Asia Tengah, Asia Tenggara, China, Korea dan Jepun.
Agama Buddha adalah antara agama yang terawal bertapak di Alam Melayu dan
masih terus diamalkan. Di Malaysia misalnya, agama Buddha merupakan antara
agama utama dalam kalangan masyarakat Cina. Ajaran agama Buddha
menekankan Empat Kebenaran Mulia mengenai alam seperti berikut:

(a) Penderitaan atau kesengsaraan hidup adalah lumrah alam;

(b) Penderitaan manusia berpunca daripada nafsu untuk memperoleh


kekayaan dan keseronokan;

(c) Bagi mengelakkan penderitaan, seseorang itu harus mengatasi nafsunya;


dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK  191

(d) Bagi mengatasi nafsu, seseorang itu haruslah mengikut Jalan Mulia
Berlapis Lapan yang merangkumi:

(i) Pandangan yang betul;

(ii) Niat yang betul;

(iii) Pertuturan yang betul;

(iv) Tindakan yang betul;

(v) Punca pencarian yang betul;

(vi) Tumpuan yang betul; dan

(vii) Pertimbangan.

Sekiranya peraturan tersebut dipatuhi, manusia dapat melepaskan diri daripada


pengabdian kelahiran semula dan mencapai nirwana (keadaan ketika roh
mencapai ketenangan atau kebahagiaan yang abadi).

7.3.3 Agama Hindu


Penganut agama Hindu di Malaysia majoritinya ialah komuniti India. Agama
Hindu dikenali dalam bahasa Sanskrit sebagai Sanatana Dharma bermaksud
undang-undang abadi. Agama ini bermula di India sejak kira-kira 3500S.M. dan
bertapak di Alam Melayu pada abad pertama Masihi. Agama ini mempunyai
pengaruh yang besar dalam kerajaan awal di Asia Tenggara, khususnya dalam
bidang pentadbiran, bahasa dan adat resam. Berikut adalah penjelasan secara
umum mengenai agama Hindu:

(a) Tidak mempunyai pengasas atau kitab suci;

(b) Ajaran Hindu terawal terkandung dalam empat kitab Veda yang ditulis
dalam bahasa Sanskrit iaitu Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda dan Atharva
Veda;

(c) Karya ajaran agama Hindu berikutnya yang terkenal adalah Upanishads
dan Bhagavad Gita;

(d) Penganut Hindu menyembah pelbagai dewa yang sebenarnya penjelmaan


satu Tuhan yang sama. Tiga dewa utama yang dikenali sebagai Trimurthi
ialah Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu (Dewa Pelindung) dan Siva (Dewa
Pemusnah);

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

(e) Lembu dianggap sebagai binatang yang suci bagi penganut Hindu dan
dianggap sebagai simbol kerohanian. Lembu dikaitkan dengan simbol
kemewahan untuk manusia dan sebagai balasan manusia perlu menjaga
lembu. Penganut agama Hindu tidak makan daging lembu dan penganut
Hindu yang alim hanya makan sayur-sayuran sahaja;

(f) Antara konsep ajaran dalam agama Hindu ialah:

(i) Dharma ă tugas dan tanggungjawab setiap insan;

(ii) Samsara ă putaran berulang, kelahiran, kehidupan, kematian dan


kelahiran semula;

(iii) Karma ă perbuatan atau kelakuan seseorang semasa hidup yang akan
menentukan kehidupannya di akhirat; dan

(iv) Moksha ă kebebasan dari putaran kelahiran dan kematian.

(g) Keempat-empat konsep di atas dapat dihayati dengan memilih dan


mengamalkan Jalan Menuju Kesempurnaan. Terdapat empat Jalan
Mencapai Kesempurnaan menurut agama Hindu iaitu:

(i) Raja Yoga ă melalui tafakur dengan alam;

(ii) Jhana Yoga ă melalui ilmu suci mengenai kebenaran alam;

(iii) Bhakti Yoga ă melalui rasa cinta kasih pada Tuhan; dan

(iv) Karma Yoga ă melalui perlakuan sempurna.

Di Malaysia, agama Hindu tetap dipraktikkan sebagaimana tempat asalnya dan


dalam sesetengah keadaan para sami dari India dibawa masuk dalam
memastikan agama Hindu mendapat pengajaran yang betul. Kewujudan banyak
kuil dan tempat ibadat agama Hindu di Malaysia membuktikan pengiktirafan
agama ini oleh kerajaan. Agama Hindu menjadi alat yang penting menyatukan
etnik India di Malaysia. Dalam aspek lain, kerajaan melihat agama Hindu
mempunyai nilai-nilai ekonomi, khasnya dalam aspek pelancongan. Justeru,
aktiviti keagamaan seperti di Batu Caves dan kewujudan Dewa Murugan antara
patung Murugan yang terbesar di dunia terletak Batu Caves, di Malaysia dan
jika ada perayaan seperti Thaipusam, ia menjadi antara tarikh penting di
Malaysia dalam aktiviti pelancongan. Pengiktirafan ini penting kerana menjadi
kunci keharmonian kaum di Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK  193

7.3.4 Agama Kristian


Agama Kristian dikategorikan dalam kelompok agama monoteistik iaitu agama
yang mempercayai satu Tuhan dan dalam masa yang sama mempercayai konsep
triniti sebagai pegangan dalam ajaran agama Kristian. Agama Kristian muncul di
Alam Melayu dengan kehadiran penjajah Barat. Pengasas agama Kristian ialah
Jesus Christ yang dilahirkan di bandar Benthlehem Palestin pada kira-kira enam
tahun Sebelum Masihi.

Kitab utama agama Kristian ialah Bible yang dibahagi pada dua, iaitu Old
Testament dan New Testament. Ten Commandments dan sifat serta perilaku
Jesus Christ yang tiada cacat celanya merupakan panduan utama penganut
agama ini. Penganut agama ini percaya Jesus Christ mati disalib. Empat prinsip
ajaran utama dalam Kristian ialah:

(a) Terdapat satu Tuhan yang merupakan pencipta seluruh alam;

(b) Berpegang pada konsep triniti iaitu bapa Tuhan, anak Tuhan dan Roh
Kudus atau Holy Spirit;

(c) Ajaran Jesus harus diikuti. Manusia harus mencintai Tuhan, serta melayan
semua orang secara adil dan hidup secara aman damai; dan

(d) Manusia akan diadili oleh Tuhan berasaskan tingkah lakunya di dunia.
Penganut Kristian yang taat pada agamanya akan menikmati kehidupan
abadi selepas mati, manakala seorang yang berdosa akan menghadapi
kesengsaraan abadi.

Asas ajaran agama Kristian terdapat dalam dua rukun utama, iaitu:

(a) Cintailah Tuhan dengan seluruh jiwa ragamu; dan

(b) Cintailah jiranmu seperti kamu mencintai diri sendiri.

Agama Kristian ialah agama minoriti di Malaysia dan mewakili 11.1% daripada
jumlah penganut agama di Malaysia. Kewujudan agama Kristian di Malaysia
menjadi elemen yang penting dalam meneruskan kepelbagaian masyarakat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Agama Kristian mempunyai
penganut yang ramai di Sabah dan Sarawak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

7.3.5 Agama Sikh


Agama Sikh adalah agama yang juga berasal dari India dan merupakan agama
tradisi etnik Sikh di Malaysia. Pengasas agama ini ialah Guru Nanak dan
diteruskan oleh sembilan orang guru lain yang menyumbang pada kewujudan
agama ini. Kitab rujukan buku ini dipanggil Sri Guru Granth Sahib yang
mengandungi 1430 muka surat dan lagu suci. Antara ajaran utama agama Sikh
ini adalah:

(a) Simran dan Naam Japna (meditasi dan menyebut nama Tuhan/
Waheguru);

(b) Kirat Karni (menyara hidup secara jujur dan halal); dan
(c) Vand Chakko (berkongsi kekayaan dengan komuniti mereka).

Antara amalan penting yang lain bagi penganut Sikh ialah 5K yang menjadi
identiti. Apakah 5K ini? Konsep 5K ini adalah simbol yang diamalkan oleh
penganut Sikh iaitu:

(a) Kesh (rambut yang tidak dipotong);


(b) Kara (memakai gelang besi);
(c) Kanga (menyimpan sikat kayu);
(d) Kaccha (seluar pendek dari kapas); dan
(e) Kirpan (pedang)

Masyarakat Sikh di Malaysia dapat dikenal pasti melalui rambut mereka yang
panjang dan pemakaian serban bagi kaum lelaki untuk menutup rambut mereka.
Bagi masyarakat Sikh, rambut ialah anugerah Tuhan dan tidak boleh dipotong.
Selain itu, mereka memakai gelang besi. Identiti ini merupakan simbol yang
tidak boleh disembunyikan selain daripada cara berpakaian yang mencerminkan
identiti etnik mereka.

7.3.6 Ajaran Confucianisme


Dalam masyarakat Cina, selain mempercayai ajaran Buddha dalam kehidupan
mereka, mereka juga menganuti fahaman Confucianisme. Ajaran ini dimulakan
di China oleh seorang tokoh falsafah yang dikenali dengan Kung Fu Tze. Kitab
yang menjadi rujukan ajaran ini ialah Analect. Antara ajaran Confucianisme ialah
Konsep Lima Hubungan. Konsep Lima Hubungan menekankan hubungan ayah
dengan anak, hubungan antara adik-beradik, hubungan antara suami dan isteri,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK  195

hubungan antara golongan tua dan muda dan hubungan antara pemimpin
dengan masyarakat umum. Hubungan ini jika dapat dipupuk dengan baik akan
menjamin kestabilan dan keharmonian. Dalam Confucianisme juga mementingkan
lapan nilai dalam kehidupan iaitu:

(a) Zhong (kesetiaan);


(b) Xiao (hormat terhadap ibu bapa);
(c) Ren (baik hati);
(d) Ai (kasih sayang);
(e) Xin (kepercayaan atau boleh dipercayai);
(f) Yi (moral);
(g) He (keamanan); dan
(h) Ping (keadilan).

Nilai-nilai moral yang dipraktikkan ini dapat memupuk hubungan yang baik
dalam hubungan etnik. Hubungan nilai yang terdapat dalam Konsep Lima
Hubungan juga memupuk hubungan etnik yang efektif dan dapat mewujudkan
keharmonian dalam masyarakat.

7.3.7 Ajaran Taoisme


Antara ajaran yang penting dalam etnik Cina ialah Taoisme yang merupakan
falsafah dalam kehidupan yang dibawa oleh Laozi atau Zhuangzi. Kebiasaannya,
Taoisme merujuk pada konsep „Jalan‰. Terdapat dua konsep yang berbeza
dalam Taoisme iaitu Taoisme dilihat sebagai satu cara hidup yang mengandungi
kaedah untuk berharmoni dengan alam dan satu lagi Taoisme dilihat sebagai
ritual kerohanian atau keagamaan. Kebanyakan orang yang mengamalkan
Taoisme berharap diri mereka untuk bersatu dengan alam dan mencapai
kehidupan abadi, serta mempunyai umur yang panjang. Justeru, Taoisme
mementingkan kesihatan tubuh badan dan mengamalkan cara hidup yang sihat.

Jika kita perhatikan masyarakat Cina di Malaysia, mereka sering kali melakukan
aktiviti seperti Taichi (sejenis senaman untuk melancarkan pengaliran darah
dalam badan). Mereka juga menjaga pemakanan yang sihat seperti amalan
memakan sayur-sayuran dan mementingkan penggunaan herba dalam diet
mereka. Oleh itu, ajaran ini mendorong ke arah kebaikan. Mereka yang
mengamalkan Taoisme tidak suka pertumpahan darah dan mementingkan
hubungan etnik yang harmonis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

AKTIVITI 7.1

1. Apakah kesan daripada kehidupan beragama ke atas hubungan


etnik? Bincangkan.

2. Mengapakah Perlembagaan Persekutuan memberikan kebebasan


beragama? Apakah kesan jika kebebasan beragama disekat?
Jelaskan. Bentangkan jawapan anda di dalam kelas.

3. Pilih satu agama selain agama yang anda anuti. Kemudian


bincangkan tentang agama tersebut.

7.4 APLIKASI KEHIDUPAN BERAGAMA


DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT
PELBAGAI ETNIK DI MALAYASIA
Walau apapun agama yang dianuti tidak ada agama yang menyuruh
penganutnya membuat sesuatu yang bersifat ganas atau jahat malahan agama
sering dilihat dari aspek yang positif. Agama menjadi pemangkin dan kekuatan
dalam sesebuah kerajaan atau negara supaya menjadi negara yang disegani dan
kuat. Dalam konteks Malaysia, jika perbezaan agama ini diambil kira, maka
negara ini akan sentiasa berada dalam konflik setiap masa. Justeru, kita perlu
melihat agama dari dimensi yang positif dan membina. Berikutan itu, terdapat
beberapa aspek yang diambil kira bahawa pelbagai agama berperanan
sebagaimana yang dapat dilihat dalam Rajah 7.7.

Rajah 7.7: Peranan pelbagai agama

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK  197

Jabatan Perpaduan Negara menggariskan beberapa unsur yang boleh memupuk


semangat kejiranan seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 7.8.

Rajah 7.8: Unsur yang boleh memupuk semangat kejiranan

Terdapat banyak lagi unsur-unsur yang boleh memupuk semangat kejiranan


seperti layanan baik terhadap jiran, menjaga hak jiran, kebajikan dan keadilan,
memberi sara hidup kepada sanak-saudara dan jiran, merapatkan hubungan
silaturrahim, memelihara adab dalam perbahasan dan membudayakan amalan
ziarah-menziarahi antara satu sama lain. Selain itu, Nabi Muhammad s.a.w
merupakan teladan untuk segala teladan yang baik tentang pengalaman sifat
bertolak ansur dalam pergaulan hidup bermasyarakat. Kepentingan hidup
meningkat melalui perhubungan dan kerjasama pelbagai etnik perlu kerana
kehidupan masyarakat bukanlah tuntutan sosial semata-mata, tetapi juga
menjadi fitrah semula jadi manusia. Perhubungan yang wujud akan melahirkan
suasana kehidupan yang aman dan harmonis. Antara kepentingannya ialah:

(a) Memenuhi Tuntutan Hidup


Perlu bekerjasama untuk memenuhi tuntutan hidup seperti keperluan,
kebendaan atau keperluan mendapatkan perkhidmatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


198  TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

(b) Tidak Bergantung kepada Orang Lain


Tiada manusia yang suka perkelahian dan kehancuran. Perkara ini berlaku
kerana ada pihak yang memanipulasi demi kepentingan sendiri dan sikap
terlalu bergantung kepada pihak yang lain.

Kesimpulannya, agama merupakan elemen penting dalam pembinaan sesebuah


negara. Jika sesebuah negara terdiri daripada pelbagai agama, ini boleh
mengundang satu natijah iaitu tercetusnya konflik agama. Dalam keadaan ini,
terutamanya dalam hubungan etnik, kita tidak boleh mengatakan agama kita
sahaja yang betul. Jika situasi ini diambil kira, maka semua agama akan
mengatakan agama yang dianuti adalah benar. Sifat ekstrem terhadap agama
tertentu akan menyebabkan berlakunya konflik. Maka, kita perlu memikirkan
atau mencari pendekatan yang sederhana dalam memupuk hubungan etnik
dalam melibatkan kepelbagaian agama. Kegagalan menguruskan perbezaan
agama akan menyebabkan konflik berlaku seperti di Bosnia, Nigeria, Rwanda,
Uganda dan sebagainya. Oleh yang demikian, masyarakat di Malaysia
hendaklah menukar cara melihat agama iaitu setiap agama menyumbang dalam
pembangunan negara dan elemen yang baik dalam agama penting dalam
pembinaan negara Malaysia.

SEMAK KENDIRI 7.3

Terangkan bagaimana agama dapat membantu dalam mewujudkan


hubungan etnik yang harmonis dalam konteks Malaysia.

7.5 KESIMPULAN
Agama merupakan elemen yang penting dalam masyarakat di Malaysia selaras
dengan prinsip pertama Rukun Negara. Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan
Malaysia memaktubkan bahawa agama persekutuan ialah agama Islam, tetapi
agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara ini. Antara
perkara yang perlu diberi perhatian dalam hubungan etnik dalam konteks
masyarakat beragama adalah:

(a) Berkenal-kenalan: Tidak terbatas (mengenali budaya dan cara hidup);

(b) Persefahaman: Saling memahami khususnya dalam masyarakat majmuk.


Perlu mengenali dan mengamalkan nilai-nilai murni agama (saling tegur-
menegur dan menasihati);

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK  199

(c) Bekerjasama: Tolong-menolong dalam pelbagai bentuk sama ada tenaga,


harta dan masa;

(d) Persaudaraan: Ikatan yang melangkaui sempadan etnik dan kebudayaan.


Persaudaraan yang ikhlas dan jujur;

(e) Berkasih sayang: Bukan hanya dengan ahli keluarga, tetapi seluruh warga
masyarakat tanpa mengira perbezaan budaya, mengelakkan sifat benci dan
dengki mendengki; dan

(f) Saling menjamin: Melindungi antara satu sama lain. Hal ini dapat
disempurnakan melalui zakat, nafkah keluarga dan sedekah yang tidak
diwajibkan seperti wakaf dan kerjasama. Prinsip saling menjamin ini
melibatkan sekurang-sekurangnya tiga peringkat utama iaitu peringkat
individu, peringkat keluarga dan peringkat masyarakat.

Maka, penting untuk kita cuba praktikkan perkara di atas dalam perhubungan
etnik walau ada antara kita menganut agama berlainan. Ini penting kerana ia
akan mewujudkan hubungan etnik yang baik dan seterusnya dapat mengelakkan
berlakunya konflik etnik yang merupakan musuh kepada pembangunan negara.

SEMAK KENDIRI 7.4

1. Jelaskan kaitan antara agama dan hubungan etnik dalam konteks


pembinaan negara bangsa di Malaysia.
2. Bagaimanakah sesebuah masyarakat dapat hidup secara harmonis
dalam konteks pelbagai agama? Jelaskan dengan merujuk pada
Malaysia.
3. Bincangkan elemen yang boleh menggugat keharmonian kaum
dalam aspek agama jika tidak diuruskan dengan baik.
4. Berikan cadangan anda, bagaimanakah untuk mengurangkan
persepsi negatif antara penganut pelbagai agama?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


200  TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

 Masyarakat Malaysia bukan sahaja masyarakat pelbagai etnik, tetapi juga


terdiri daripada pelbagai agama. Jika kita gagal menguruskan kepelbagaian
ini, dengan mudahnya ia akan membawa kita kepada konflik agama seperti
di Nigeria, Rwanda, Bosnia dan sebagainya.

 Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan agama Islam ialah


agama rasmi tetapi dalam masa yang sama agama lain juga bebas diamalkan
pada peringkat persekutuan. Perkara ini jelas menjamin kebebasan beragama
dalam konteks pelbagai etnik di Malaysia.

 Agama merupakan kepercayaan bahawa adanya kuasa yang luar biasa


dalam kehidupan manusia yang menentukan perjalanan alam ini dan
kehidupan manusia.

 Terdapat dua bentuk agama iaitu agama Samawi dan agama ThabiÊi. Agama
Samawi adalah agama yang diturunkan melalui wahyu sebagaimana agama
Islam, Kristian dan Yahudi. Agama ThabiÊi adalah agama yang dikaitkan
dengan imaginasi manusia dan mempunyai kaitan dengan unsur daripada
alam sekitar.

 Proses Islamisasi merujuk kepada perkembangan agama Islam di Alam


Melayu yang berlaku dengan kehadiran pedagang dari Timur Tengah. Ia
memberikan impak yang besar dan dianggap sebagai zaman pencerahan
kepada tamadun Melayu oleh para sarjana Islam.

 Agama besar yang mempunyai ramai penganut adalah agama Islam,


Buddha, Hindu, Kristian, Confucianisme dan Taoisme, dan juga agama Sikh.
Terdapat juga agama berunsur animisme seperti agama Pagan dalam
kalangan Orang Asli atau Orang Asal di Semenanjung Malaysia dan agama
adat dalam kalangan masyarakat orang Peribumi di Sabah dan Sarawak.

 Agama Islam ialah agama yang bertuhankan Allah s.w.t. dan Nabi
Muhammad s.a.w. ialah utusan Allah. Orang Islam juga percaya kepada
Rukun Iman dan berpegang pada Rukun Islam.

 Agama Buddha ialah ajaran Siddharta Gautama Buddha dari India. Dianuti
oleh ramai orang Cina di Malaysia. Di samping itu, orang Cina juga
mengamalkan kepercayaan lain seperti Confucianisme dan Taoisme.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK  201

 Agama Hindu selalunya diamalkan oleh etnik India sesuai dengan tempat
asal kelahiran agama ini iaitu dari India. Mempunyai empat jenis kitab suci
iaitu Rig Veda, Sama Veda, Artha Veda dan Yajur Veda. Terdapat tiga dewa
utama iaitu Dewa Brahma (Pencipta), Dewa Vishnu (Pemelihara) dan Dewa
Siva (Pemusnah). Dalam konsep beragama dalam agama Hindu, walaupun
terdapat banyak dewa, tetapi mereka tetap percaya kepada Tuhan yang Satu
iaitu konsep monotheisme. Dewa yang ada ini menjalankan tugas tuhan.

 Agama Kristian percaya pada konsep trinity iaitu pegangan agama kepada
bapa Tuhan, anak Tuhan dan Roh Kudus. Agama Kristian tidak memberikan
identiti kepada mana-mana etnik di Malaysia, tetapi mempunyai penganut
yang ramai di Sabah dan Sarawak.

 Agama Sikh berasal dari India. Pengasas agama ini ialah Guru Nanak dan
diteruskan oleh sembilan orang guru yang lain. Agama ini penting dalam
menyatukan orang Sikh di Malaysia.

 Kita di Malaysia perlu mengamalkan kehidupan yang harmonis


melalui kemesraan dan komunikasi, ziarah-menziarahi, mengambil berat,
menghormati seseorang dan juga jiran atau kawan di tempat kerja. Hal ini
perlu dilakukan tanpa melibatkan perbezaan agama.

 Setiap agama sudah pasti tidak menolak perkara seperti berkenal-kenalan,


saling memahami atau menghormati, bekerjasama, bersaudara, berkasih
sayang dan saling mengambil berat tanpa mengira etnik. Elemen ini jika
dipraktikkan akan mewujudkan hubungan etnik yang harmonis dalam
masyarakat di Malaysia.

Agama Samawi Agama Buddha


Agama ThabiÊi Agama Hindu
Kepercayaan primitif Agama Kristian
Agama monotheisme Agama Sikh
Islamisasi Falsafah Confucianisme
Agama Islam Falsafah Taoisme

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

Abdul Halim Hamid. (2003). Mengenali institusi sosial. Serdang, Malaysia:


Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Abdul Halim Ramli. (2009). Hubungan kaum di Malaysia: Sejarah dan asas
perpaduan. Shah Alam, Malaysia: Pusat Penerbit Universiti (UPENA).

Agus Hakim. (1979). Perbandingan agama: Pandangan Islam mengenai


kepercayaan Majusi-Shabiah-Kristen-Hindu dan Buddha. Bandung,
Indonesia: Diponegoro.

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (1972). Islam dalam sejarah dan kebudayaan
Melayu. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Gould, J. (1964). A dictionary of the social sciences. New York, NY: The Free
Press.

H. O. K. Rahmat S. H. (1979). Dari Adam sampai Muhammad: Sebuah kajian


mengenai agama-agama. Kota Baharu, Malaysia: Pustaka Aman Press.

IPPBM. (2012). Profail Penduduk Malaysia. Dicapai dari


http://www.ippbm.gov.my/index.php?lang=bm

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2010). Taburan penduduk dan ciri-ciri


asas demografi, banci penduduk dan perumahan di Malaysia, jabatan
perangkaan Malaysia atas talian. Dicapai dari
http://www.statistics.gov.my

Harry M. Johnson, H. M. (1961). Sociology: A systematic introduction. London,


England: Rouletdge and K. Paul.

Kamus Dewan Edisi Baru. (1994). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP).

Profail Penduduk Malaysia. Dicapai dari http://www.ippbm.gov.my

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul hubungan etnik. Shah Alam, Malaysia:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul hubungan etnik. Ed. ke-2. Bangi,
Malaysia: Institut Kajian Etnik, UKM.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK  203

Vishalache Balakrishnan. (2009). Pendidikan moral untuk universiti dan kolej.


Balakong, Malaysia: Arah Publication.

Wallace, A. F. C. (1968). Religion: An anthropological view. American


Anthropologist New Series, (70)2, 394ă396.

Wardin Amir B. A. (1976). Perbandingan agama. Semarang, Indonesia: Toha


Putra.

Zaid Ahmad et al. (2006). Hubungan etnik di Malaysia. Shah Alam, Malaysia:
Oxford Fajar.

Zaid Ahmad et al. (2010). Hubungan etnik di Malaysia. Ed. ke-2. Shah Alam,
Malaysia: Oxford Fajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Cabaran dalam
8 Usaha Integrasi
Nasional
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan teori dan proses pembinaan negara bangsa di dunia
dan juga di Malaysia;
2. Mengenal pasti halangan yang dihadapi dalam hubungan etnik di
Malaysia; dan
3. Menganalisis tindakan dan usaha kerajaan ke arah mewujudkan
masyarakat berintegrasi.

 PENGENALAN
Proses pembinaan negara bangsa merupakan konsep yang baru diperkenalkan.
Terdapat tiga bentuk pembinaan negara bangsa iaitu pembinaan negara bangsa,
pembinaan masyarakat bangsa tanpa negara dan negara tanpa bangsa.
Pembinaan negara bangsa selalunya berlaku ke atas identiti masyarakat yang
bersifat homogen seperti negara Jepun, China dan sebagainya. Tetapi pembinaan
masyarakat yang merujuk pada bangsa tanpa negara berlaku apabila masyarakat
itu terdiri daripada bangsa tertentu tetapi tidak mempunyai negara yang sah.
Mereka masih memperjuangkan bangsa mereka sebagai sebuah negara seperti
bangsa Kurdish di Iraq, masyarakat Melayu Patani di Selatan Thailand dan lain-
lain. Bagaimanakah pula dengan negara tanpa bangsa? Negara tanpa bangsa
merujuk pada konflik identiti bila wujudnya sesebuah negara. Contoh jelas yang
sangat dekat dengan kita ialah Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara
yang mengalami konflik identiti. Justeru, Malaysia ialah sebuah negara yang
menarik untuk dikaji. Perbincangan pada awal topik ini adalah lebih kepada
melihat proses dan teori umum dalam proses pembinaan negara bangsa di
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 CABARAN DALAM USAHA INTEGRASI NASIONAL  205

pelbagai negara. Kemudiannya, kita akan mengupas tentang kaedah yang


digunakan oleh Malaysia iaitu usaha integrasi yang dijalankan oleh kerajaan
untuk mewujudkan kesepaduan sosial dalam masyarakat.

8.1 TINJAUAN KAEDAH PERPADUAN DI


BEBERAPA BUAH NEGARA
Pembinaan negara bangsa memerlukan sokongan dan dokongan daripada rakyat
atau penduduk sesebuah negara. Pembinaan negara amat berkait rapat dengan
penduduk yang menghuni negara tersebut. Kebiasaannya, pembinaan negara
bangsa berkaitan dengan rasa atau etnik mana yang menjadi majoriti dan
minoriti. Bagi negara yang mendapat pengiktirafan, negara ini dapat dilihat
berdasarkan jumlah penduduk yang ramai atau jumlah penduduk yang kurang,
tetapi tampuk pemerintahan negara memiliki keupayaan, kemahiran dan
kekuatan tertentu yang menyebabkan negara berkenaan boleh mengawal atau
menguasai kelompok etnik yang lain.

Kebiasaannya, bagi sebuah negara yang mempunyai jumlah penduduk yang


ramai, maka kelompok yang minoriti akan terserap ke dalam kelompok majoriti.
Hal ini menyebabkan berlakunya proses akulturasi (peminjaman) dan asimilasi
(penyesuaian) dengan kadar yang sangat tinggi. Keadaan ini dirujuk oleh
sesetengah pihak sebagai wadah tumpuan (melting pot). Teori ini dimulakan di
Amerika apabila masyarakat pendatang mengalami asimilasi dengan masyarakat
Amerika yang kemudiannya membentuk rakyat Amerika. Teori melting pot
ialah keadaan yang sangat penting dan tertinggi berlaku dalam asimilasi.

Namun begitu, ada kecenderungan untuk melihat etnik dalam keadaan terpisah
hingga mewujudkan konsep multiculturalism. Untuk menjelaskan keadaan yang
multiculturalism, maka satu teori diwujudkan iaitu teori salad bowl. Pelbagai
identiti yang terdapat di Amerika dapat dilihat dari aspek teori salad bowl
(bekas salad). Selain itu, di sini juga dibincangkan pendekatan melalui kaedah
sosio-engineering dalam menyusun masyarakat. Di Singapura contohnya,
mereka menyusun semula masyarakat sesuai dengan kehendak kerajaan yang
memerintah. Proses yang dilakukan ini dikenali dengan social-engineering.

8.1.1 Teori Melting Pot dan Salad Bowl di Amerika


Teori melting pot dan salad bowl merupakan teori yang amat berbeza dan
dikatakan bertentangan antara satu sama lain. Teori ini mula diperkatakan di
Amerika terhadap masyarakat Amerika yang terlalu majmuk. Teori melting pot
ialah teori yang amat sesuai untuk melihat masyarakat yang berbentuk
heterogen menuju ke arah masyarakat yang semakin homogen apabila elemen
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
206  TOPIK 8 CABARAN DALAM USAHA INTEGRASI NASIONAL

masyarakat yang berbeza seperti budaya bergabung bersama dalam keadaan


yang harmoni sehingga bertukar menjadi satu budaya yang diterima oleh
kelompok etnik yang berbeza. Teori ini sering digunakan untuk melihat
masyarakat Amerika yang berasimilasi dengan kelompok kaum imigran.

Teori melting pot mula diperkatakan pada tahun 1783 oleh Crevecoeur iaitu
seorang sarjana Perancis apabila hendak menerangkan tentang masyarakat di
Amerika. Menurut beliau „here individuals of all races are melted into a new
race of men‰. Pada tahun 1908, konsep melting pot juga dibincangkan oleh Israel
Zangwill yang melihat bagaimana proses masyarakat daripada pelbagai etnik
bergabung bersama dan lahir sebagai orang Amerika. Justeru, melting pot
menjadi indikator dalam masyarakat Amerika yang mengalami proses asimilasi
apabila imigran berubah kepada rakyat Amerika.

Justeru, apakah yang dimaksudkan dengan melting pot? Teori melting pot
adalah berlandaskan kepercayaan sesebuah negara itu diibaratkan sebagai
periuk sup yang besar. Setiap penduduk berasimilasi dengan semua sistem
yang terdapat dalam negara berkenaan. Semua aspek budaya dileburkan serta
bercampur baur dan terhasillah ialah satu budaya baru apabila setiap unsur atau
bahan di dalamnya hilang identiti asal masing-masing. Budaya baru ini
merupakan suatu lembaran baru dalam masyarakat apabila intipati asalnya tidak
lagi dapat dikenali.

Konsep melting pot diterima pakai sehingga lahir konsep multiculturalism.


Konsep ini melihat budaya dalam keadaan yang berbeza dan mendokong
budaya berbeza ini sebagai satu identiti. Hasilnya, konsep salad bowl dicipta dan
dibincangkan sebagai satu teori. Dalam konsep salad bowl, integrasi penduduk
dalam masyarakat berbilang budaya adalah ibarat kombinasi salad. Konsep ini
juga dikenali sebagai cultural mosaic. Dalam model salad bowl, pelbagai budaya
bercampur-aduk tetapi tidak bercantum menjadi budaya yang homogen. Setiap
budaya mengekalkan sifat khususnya yang tersendiri. Justeru, konsep melting
pot dan salad bowl merupakan teori-teori yang penting untuk dibincangkan
dalam proses pembinaan identiti dalam kursus hubungan etnik.

8.1.2 Kaedah Pengendalian Sosial (Social-


engineering) di Singapura
Pengendalian sosial (social-engineering) melibatkan tindakan manipulasi ke atas
pihak tertentu. Pengendalian sosial dikenali juga sebagai political-engineering
oleh para sarjana. Penduduk yang berada di Singapura terdiri daripada ramai
orang asing yang bekerja atau belajar iaitu mewakili 42% daripada jumlah
penduduk Singapura. Selain itu, terdapat etnik lain seperti kaum Cina, Melayu,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 CABARAN DALAM USAHA INTEGRASI NASIONAL  207

India, Asia dan lain-lain, termasuklah seperti Caucasus merupakan kaum


minoriti di Singapura. Kaedah social-engineering dapat dilihat dalam beberapa
aspek seperti sosioekonomi, politik, sejarah negara, manipulasi aspek
pendidikan dan sebagainya. Apabila Singapura mendapat kemerdekaan
daripada Tanah Melayu pada 1965, parti pemerintah menyusun negara tersebut
meliputi sosioekonomi masyarakat berasaskan pembinaan bangsa melalui
kaedah civic nation. Konsep (civic nation) menggabung jalin elemen-elemen
seperti kebebasan bersuara, badan kehakiman yang berasingan yang membentuk
masyarakat demokrasi.

Dalam pembinaan negara bangsa, Singapura mempraktikkan kaedah sosio-


engineering. Melalui kaedah ini, konsep Payung Anak Watan yang dipraktikkan
di Malaysia tidak diterima pakai, tetapi Singapura menggunakan kaedah
penyusunan semula masyarakat. Kaedah ini memastikan bahawa kaum Melayu
tidak dominan sama ada melalui wilayah atau pekerjaan di Singapura.

Dari segi sosioekonomi, menurut banci tahun 2000, tidak ramai orang Melayu
terlibat dalam profesion professional iaitu seramai 11,792 orang sahaja.
Sementara itu, kaum Cina dan India yang terlibat dalam profesion profesional
masing-masing terdiri daripada 315,764 orang dan 26,751 orang, lebih ramai
berbanding kaum Melayu. Ramai kaum Melayu tertumpu pada pekerjaan yang
kurang mahir dan berstatus rendah seperti pekerja sokongan, sektor perkilangan,
tukang cuci dan buruh am. Jika diperhatikan, kenapakah berlaku keadaan
sebegini?

Sistem pendidikan yang dibentuk memberikan peluang yang sama pada


bahasa lain seperti Bahasa Inggeris dan Mandarin. Begitu juga dalam sektor
pekerjaan yang tidak meletakkan Bahasa Melayu sebagai syarat untuk pekerjaan
menyebabkan masyarakat Melayu terpinggir. Bahasa Melayu hampir tiada
tempat dalam pendidikan di Singapura. Jika seorang anak Melayu cemerlang
dalam sekolah aliran Melayu, peluang baginya untuk melanjutkan pelajaran
ke peringkat yang lebih tinggi hampir tiada kerana tiada universiti yang
mempunyai pengkhususan Bahasa Melayu. Keadaan ini menyebabkan
permintaan dalam pekerjaan untuk anak Melayu adalah rendah dalam bidang
profesional.

Sebaliknya, di Singapura wujud sistem pendidikan yang bersifat elitis dan pilih
kasih yang mana terdapatnya Rancangan Bantuan Khas (SAP) yang dilancarkan
untuk etnik Cina yang cemerlang. Sekolah ini lengkap dengan guru terlatih dan
infrastruktur yang terbaik. Bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar. Ini merupakan promosi sekolah aliran SAP dan pada masa yang sama
mendiskriminasikan sekolah aliran Melayu. Sekolah aliran Melayu semakin
dikurangkan kerana tiada masa depan di negara tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


208  TOPIK 8 CABARAN DALAM USAHA INTEGRASI NASIONAL

Dari segi politik, parti memerintah iaitu PAP melakukan persempadanan semula
kawasan pilihan raya dengan memastikan supaya tiada kawasan penumpuan
kaum Melayu secara demografi untuk mengelakkan pemilihan berasaskan pada
pilihan etnik iaitu etnik Melayu.

Kaedah yang digunakan untuk pemecahan demografi kawasan etnik Melayu


adalah melalui:

(a) Program Pembangunan Semula Bandar dan Perumahan Awam


Alasan yang digunakan untuk program pembangunan semula bandar dan
perumahan tempatan adalah untuk menaikkan taraf hidup rakyat
Singapura tetapi program ini melibatkan penempatan asal kampung
Melayu digantikan dengan pangsapuri yang melibatkan kawasan pelbagai
kaum.

(b) Kuota Kediaman Etnik Diwujudkan Bermula Tahun 1989


Program kuota ini ialah lanjutan daripada program pembangunan semula
bandar dan perumahan awam. Kuota yang ditetapkan adalah jumlah
penduduk Melayu bagi satu-satu kawasan tidak boleh melebihi 20% di
satu-satu kawasan perumahan dan tidak boleh melebihi 22 peratus dalam
sesebuah blok pangsapuri. Tetapi, etnik Cina perlu melebihi 80 peratus di
satu-satu kawasan perumahan dan 87% di satu-satu blok pangsapuri.
Selain itu, penjualan rumah juga tidak sewenang-wenang dibuka kepada
orang Melayu.

(c) Pemilihan Wakil Ahli Kabinet Melayu yang Dilantik oleh Pihak Berkuasa
Bukan daripada Suara Majoriti Orang Melayu
Suara politik Melayu yang dibawa oleh pertubuhan Melayu seperti Majlis
Pendidikan Anak-anak Islam (MENDAKI) ialah pertubuhan yang
merupakan penyokong kuat kerajaan PAP. Sebenarnya, pertubuhan ini
tidak membawa suara daripada akar umbi penduduk Melayu di Singapura.
Jika manipulasi sebegini diamalkan, orang Melayu tidak akan mendapat
peluang untuk mempunyai kuasa politik. Justeru, mereka tidak akan
mencapai kemajuan sebagaimana yang diharapkan.

Justeru, implimentasi yang berbentuk sentimen berpuak-puak atau sosiobiologi


ini tidak akan membantu etnik Melayu bersaing dengan etnik bukan Melayu,
khasnya orang Cina. Strategi sosio-engineering ini hanya memberikan fokus
terhadap kemajuan etnik kaum Cina di Singapura, tetapi menghalang atau
menyekat kemajuan etnik lain. Namun begitu, perbahasan yang mendalam perlu
diberikan perhatian dalam perkara ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 CABARAN DALAM USAHA INTEGRASI NASIONAL  209

AKTIVITI 8.1

1. Bincangkan konsep melting pot dan salad bowl, seterusnya


bentangkan di dalam kelas.

2. Pada pandangan anda, adakah kaedah socio-engineering di


Singapura sesuai dilaksanakan di Malaysia? Jelaskan pandangan
anda.

8.2 CABARAN INTEGRASI KAUM DI


MALAYSIA
Perpaduan peringkat nasional akan tercapai jika setiap pemimpin etnik cuba
meletakkan kepentingan etnik masing-masing di tempat kedua dan meletakkan
kepentingan negara sebagai keutamaan. Tetapi, perkara ini amat sukar berlaku
umpama „jauh panggang dari api‰. Ia berpunca daripada halangan yang wujud
dalam masyarakat sendiri.

Terdapat dua bentuk indikator halangan yang besar dalam mewujudkan


Kesepaduan Sosial dalam masyarakat iaitu:

(a) Indikator Etnik


Kewujudan prasangka, perkauman, diskriminasi, stereotaip, rasisme,
ethnocentrisme dan cauvinism di peringkat peribadi atau individu.

(b) Latar Belakang Sosioekonomi


Contohnya, isu pendapatan, kemahiran pekerjaan, pendidikan, kelas dan
budaya hidup.

Keadaan ini ditambah pula dengan peningkatan kos hidup yang semakin
meningkat, perkhidmatan awam yang kurang cekap, pengangguran,
kemiskinan, keterpinggiran dan ketidaksamarataan, masalah sosial yang
semakin meruncing dan terdapatnya kumpulan samseng yang boleh
mencetuskan ketidakstabilan dalam masyarakat.

Isu ini perlu dibendung dan diberi perhatian. Kegagalan menguruskan


permasalahan ini akan membawa kepada rakyat tidak berpuas hati terhadap
kerajaan yang memerintah sebagaimana berlaku di Thailand. Antara isu besar
dalam halangan pembinaan masyarakat di Malaysia ini ialah isu etnik dan
pembangunan sosioekonomi dalam etnik itu sendiri seperti kemiskinan dan
pembangunan fizikal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


210  TOPIK 8 CABARAN DALAM USAHA INTEGRASI NASIONAL

Ia menjadi usaha pada peringkat kerajaan untuk menangani permasalahan ini


misalnya di bawah Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun
Razak memperkenalkan konsep 1Malaysia dengan slogan „Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan‰ untuk memberikan gambaran yang jelas tentang usaha
menyatupadukan etnik dan dalam masa yang sama mengatasi permasalahan
sosioekonomi masyarakat. Cabaran akan dapat diatasi jika setiap pihak dalam
negara sanggup untuk mewujudkan perasaan saling hormat menghormati, saling
memahami, bertoleransi, bermuafakat, mencintai perpaduan dan meletakkan
perpaduan negara sebagai perkara utama. Antara cabaran terbesar masyarakat
Malaysia ialah sifat perkauman yang menebal, isu pendidikan, kelompok
generasi muda, isu sensitiviti agama, ketidaksamaan dalam pencapaian ekonomi
dan globalisasi.

Rajah 8.1: Logo 1Malaysia


Sumber: http://myinfomalaysia.blogspot.com/2011_08_01_archive.html

8.2.1 Sifat Perkauman


Sifat perkauman telah lama terbina dalam masyarakat di Malaysia. Asas
pembinaan masyarakat kita ialah perbezaan dalam struktur sosial masyarakat
kita. Perbezaan ini mewujudkan halangan yang jelas bagi masyarakat di
Malaysia untuk bersatu padu terutama pada peringkat awal tumbesaran
generasi muda. Konsep masyarakat majmuk sesuai untuk menggambarkan
situasi ini. Sebagaimana dijelaskan oleh J. F. Furnivall, dalam konteks
masyarakat majmuk, masyarakat ini bertemu seharian tetapi tidak bersatu.
Permasalahan ini menjadi nyata apabila kesukaran dihadapi dalam menguruskan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 CABARAN DALAM USAHA INTEGRASI NASIONAL  211

masyarakat pelbagai etnik dapat digambarkan. Setiap etnik di Malaysia


mempunyai nations of intent mereka sendiri tentang bayangan negara idaman
mereka. Oleh yang demikian, idea dan sikap yang terbina dalam diri masyarakat
membawa pada sifat perkauman yang berasaskan tindakan apabila berpolitik,
berekonomi, bersosial dan kebudayaan. Sifat perkauman dan keetnikan melebihi
perasaan sayangkan negara.

Antara peristiwa menyayat hati yang berlaku dalam kalangan masyarakat di


Malaysia ialah Peristiwa 13 Mei 1969 yang menyaksikan pertumpahan darah
terbesar berlaku antara etnik Melayu dan Cina. Menurut Leon Comber, faktor
utama yang menyumbang kepada Peristiwa 13 Mei ialah sifat perkauman. Sifat
perkauman ini menjadi punca perasaan seperti prasangka, kebencian dan
kekecewaan terhadap etnik atau kaum lain. Namun begitu, kesedaran
masyarakat umum tentang pentingnya perpaduan dalam masyarakat jika ingin
membangunkan negara ini semakin ketara.

Laporan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) juga menegaskan tentang faktor


yang menyebabkan perasaan perkauman terutamanya semasa kempen pilihan
raya pada tahun 1969. Bahkan, kerajaan mengakui bahawa rusuhan kaum 1969
adalah berpunca daripada sikap permusuhan dan perasaan yang tidak seimbang
antara kaum iaitu kaum Melayu dan Cina dari aspek ekonomi, bahasa, hak
keistimewaan dan lain-lain. Justeru, Tun Razak membuat kesimpulan bahawa
pembangunan negara ini tanpa konflik memerlukan penyusunan semula
ekonomi dan menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum. Usaha ini perlu
dilaksanakan supaya jurang sosio ekonomi masyarakat dapat dikurangkan.
Perkara ini dapat dilakukan dengan cara menambah penyertaan kaum
Bumiputera dalam aktiviti ekonomi negara. Oleh itu, DEB diperkenalkan pada
tahun 1971 yang mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu untuk
membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Tun Dr Mahathir juga mendapati sikap dan perasaan perkauman sebagai duri
dalam daging bagi masyarakat Malaysia ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
Lalu, beliau mengemukakan konsep Bangsa Malaysia. Idea tentang konsep
Bangsa Malaysia ialah idea yang berani yang tidak pernah dilakukan oleh
pemimpin sebelum ini. Idea ini diperkemaskan lagi dengan memperkenalkan
Wawasan 2020 dalam usaha menjadi sebuah negara maju. Menurut Tun
Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima pula dalam
menangani isu perkauman, ia memerlukan pertimbangan yang mendalam
dengan berbincang dan menetapkan cara serta pendekatan terbaik untuk
diambil. Walaupun setiap parti politik mempunyai hak untuk melahirkan
perasaan mereka, tetapi jangan sampai mengenepikan kepentingan dan hak
kaum lain. Kesepaduan akan dapat dibina jika setiap kaum memahami sensitiviti
kaum lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


212  TOPIK 8 CABARAN DALAM USAHA INTEGRASI NASIONAL

8.2.2 Isu Pendidikan


Pendidikan merupakan platform terbaik untuk merapatkan hubungan antara
etnik di peringkat usia muda. Namun begitu, pendidikan di Malaysia masih
mempunyai pelbagai aliran pendidikan yang dikenali dengan panggilan sekolah
vernakular. Sekolah vernakular menggunakan bahasa ibunda masing-masing
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah seperti Sekolah Jenis
Kebangsaan (SJK) sama ada aliran Cina (SJKC) atau Tamil (SJKT) untuk orang
India. Walaupun konsep sekolah vernakular ini merupakan konsep yang
dipersetujui bersama dalam kalangan pemimpin semasa pembinaan negara ini,
tetapi sekolah vernakular mewujudkan jarak sosiobudaya pelbagai etnik hingga
etnik tertentu sukar memahami budaya etnik lain. Malahan, Lim Kit Siang
mengeluarkan kenyataan dalam perbahasan di Dewan Rakyat ke atas Usul
Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
yang dikeluarkan pada 23 Mac 2005 telah menolak pandangan bahawa SJKC
sebagai penyebab polarisasi kaum berasaskan pada tiga fakta iaitu:

(a) Pelajar di Sekolah Rendah Cina tidak terdiri daripada kaum Cina sahaja;

(b) Dwistandard dalam mempertahankan kewujudan institusi pendidikan


yang dikhaskan untuk satu kumpulan etnik sahaja sebagaimana UiTM
untuk orang Melayu dan Bumiputera sahaja; dan

(c) Mengenepikan fakta bahawa lebih 90% pelajar sekolah rendah Cina
meneruskan peringkat menengah ke Sekolah Menegah Kebangsaan yang
memberikan mereka peluang untuk berinteraksi dengan pelajar etnik lain.

Kewujudan pendidikan pelbagai aliran dilihat dapat menterjemahkan


masyarakat Malaysia yang majmuk sifatnya tetapi impaknya ialah kesukaran
kerajaan untuk menguruskan masyarakat yang mempunyai pelbagai latar
belakang etnik dalam proses pembinaan masyarakat yang bersatu padu.
Pendidikan seharusnya berperanan dalam menyatupadukan masyarakat dan
bukannya menjarakkan masyarakat. Ia seharusnya menjadi tempat untuk
menyemai dan menanam nilai toleransi, kenal mengenal, kerjasama,
persefahaman dan menyemai nilai-nilai yang mendukung perpaduan dalam
masyarakat. Oleh yang demikian, kewujudan pendidikan pelbagai aliran
menimbulkan polemik yang tidak berkesudahan.

Untuk menghadapi permasalahan ini, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan


seperti memperkasakan sekolah kebangsaan bagi menarik minat pelajar kaum
Cina dan India. Antara usaha ini adalah memperkenalkan Bahasa Mandarin dan
Tamil di sekolah kebangsaan. Oleh itu, Bahasa Mandarin bukan sahaja dipelajari
oleh etnik Cina tetapi etnik lain juga. Misalnya pada tahun 2007, seramai 2,173
orang murid Melayu daripada 3,552 orang murid telah mengikuti pembelajaran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 CABARAN DALAM USAHA INTEGRASI NASIONAL  213

Bahasa Mandarin dan Tamil yang diperkenalkan sebagai projek rintis di sekolah
kebangsaan. Usaha ini mendapat sokongan daripada pelbagai pihak, tetapi
dipandang secara berhati-hati oleh Persatuan Dong Jiao Zhong. Presiden
persatuan Dong Jiao Zhong iaitu Quek Suan Hing berpendapat langkah
mengajar bahasa Mandarin dan Tamil tidak akan dapat menarik minat pelajar
ibu bapa Cina dan India disebabkan persekitaran di Sekolah Kebangsaan tidak
sama sebagaimana di SJK Cina dan Tamil dalam membentuk jati diri pelajar.
Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa setiap pemimpin etnik ini sukar untuk
mencari titik pertemuan disebabkan kepentingan politik melebihi segalanya.

Justeru, menurut Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, mantan Ketua Pengarah
Pelajaran, dasar mengukuhkan perpaduan kaum telah lama dilakukan, tetapi
disebabkan keadaan politik negara yang berlatar belakangkan etnik, setiap parti
cuba memperjuangkan bahasa dan sekolah masing-masing untuk memancing
undi. Selain itu, Kementerian Pelajaran juga mewujudkan satu program di
peringkat sekolah yang dipanggil Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP). Begitu juga dengan pelaksanaan konsep Sekolah Wawasan yang
melibatkan perkongsian kantin, padang permainan dan pejabat guru dilihat
menggalakkkan perpaduan.

8.2.3 Isu Keagamaan


Malaysia bukan sahaja terdiri daripada pelbagai etnik malahan etnik yang ada
diidentitikan pula oleh agama yang berbeza. Misalnya, jika dilihat pada tiga
etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India, didapati etnik Melayu dilihat sebagai
beragama Islam, etnik Cina beragama Buddha dan etnik India adalah beragama
Hindu. Sementara itu, etnik lain dengan pelbagai agama yang ada menambah
warna warni Malaysia. Namun begitu, agama Islam ialah agama rasmi negara
dan mempunyai penganut terbesar daripada etnik Melayu. Perbezaan agama ini
merupakan elemen yang cukup penting. Ini kerana di kebanyakan negara,
perbezaan agama ini boleh membawa kepada konflik etnik. Walaupun konflik
agama yang kronik belum pernah berlaku di Malaysia, kita masih perlu peka
akan perkara ini. Dalam konteks ini, penting bagi pelbagai etnik di Malaysia
saling menghormati agama penganut lain dan mempelajari kepelbagaian agama
yang ada sedikit sebanyak dapat mengelakkan konflik agama di Malaysia.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, hal yang dinyatakan dengan jelas ialah


agama Islam ialah agama rasmi dan agama lain juga bebas diamalkan dengan
aman dan damai di peringkat persekutuan. Dalam konteks ini, kerajaan Malaysia
mempunyai obligasi untuk memartabatkan dan melindungi kesucian agama
Islam di negara ini termasuk penyebaran agama lain ke atas penganut Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


214  TOPIK 8 CABARAN DALAM USAHA INTEGRASI NASIONAL

Keadaan ini perlu difahami dan dihayati oleh setiap penganut agama di
Malaysia dan tidak boleh dipertikaikan lagi kerana ia merupakan persetujuan
dalam pembentukan negara ini.

Pada 29 September 2001, Tun Dr Mahathir mengisytiharkan Malaysia sebagai


sebuah negara Islam dalam Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan dan
dipanggil „Perisytiharan 929‰. Walaupun menerima tentangan oleh pihak
tertentu, tetapi tindakan Tun ini dilihat cukup berani. Perisytiharan 929 ini
dilihat oleh sesetengah pihak sebagai bertentangan dengan „Kontrak Sosial‰,
Perlembagaan Persekutuan 1957, Perjanjian Malaysia 1963, Rukun Negara dan
Wawasan 2020. Ini kerana agama Islam hanya diiktiraf kedudukannya dalam
maksud rasmi iaitu dalam bentuk adat istiadat dan ritual dan bukannya dalam
bentuk teokrasi. Ini kerana Tunku Abdul Rahman sendiri menyatakan negara
Malaysia ialah sebuah negara sekular. Jika dilihat pada kenyataan Tun Abdullah
Hj. Ahmad Badawi mendapati bahawa Malaysia bukannya sebuah negara
sekular atau sebuah negara teokrasi tetapi sebuah negara Islam yang ditadbir
dengan lunas Islam dan dalam masa yang sama berpegang teguh kepada prinsip
demokrasi berparlimen berpandukan undang-undang tertinggi negara iaitu
Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, semenjak akhir-akhir ini terdapat
beberapa suara sumbang yang berani mengkritik Perlembagaan Persekutuan.
Tindakan ini umpama bermain dengan api. Ini amat berbahaya dalam
mengekalkan hubungan etnik yang harmoni.

Beberapa isu sengaja dimainkan dan dijaja secara langsung iaitu menyentuh isu
sensitiviti agama. Misalnya, isu murtad atau penukaran agama, isu azan, isu
kalimah Allah, isu perarakan kepala lembu, isu kepala babi, isu rumah ibadat
dan sebagainya. Jika isu yang sedia ada tidak ditangani dengan baik, konflik
etnik yang berpunca daripada isu agama boleh terjadi. Isu murtad ialah isu yang
sensitif buat orang Islam. Ini kerana isu ini boleh menjejaskan kedudukan agama
Islam sebagai agama rasmi negara dan melanggar sekatan terhadap penyebaran
agama lain ke atas penganut Islam dan lain-lain peruntukan dalam perlembagaan.
Namun begitu, bagi orang bukan Islam pula, mereka menganggap perkara ini
sebagai hak asasi individu dalam isu kebebasan beragama.

Sebenarnya, isu murtad atau keluar agama bukan sahaja berlaku dalam agama
Islam malahan agama lain juga. Persaingan yang sebegini jika tidak ditangani
dengan baik adalah berbahaya untuk perhubungan etnik. Setiap pihak harus
faham keadaan ini dan tidak boleh memperbesarkan isu untuk menegangkan
lagi suasana. Antara isu yang agak panas pernah berlaku di Malaysia ialah isu
pertukaran agama Lina Joy atau nama sebenarnya Azalina Jailani di Selangor.
Beliau memilih agama Kristian dan meninggalkan agama Islam. Dalam kes ini,
Lina Joy gagal dalam tuntutannya di Mahkamah Persekutuan di Malaysia
supaya Jabatan Pendaftaran Negara menghapuskan perkataan Islam dalam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 CABARAN DALAM USAHA INTEGRASI NASIONAL  215

MyKad beliau. Keputusan majoriti dua orang hakim Mahkamah Persekutuan


bersetuju dengan Jabatan Pendaftaran Negara supaya Lina Joy membuktikan dia
sudah keluar daripada agama Islam di Mahkamah Syariah.

Isu ini menjadi isu yang besar memandangkan kerajaan Amerika pernah
memberikan kata dua kepada Malaysia kerana tidak mengamalkan kebebasan
beragama. Ini menunjukkan bahawa isu pertukaran agama mendapat perhatian
antarabangsa. Keadaan ini tidak mencerminkan imej yang baik buat negara
seperti Malaysia. Beberapa isu lain yang pernah terjadi termasuk kes Aisyah
Bukhari, Nyonya Tahir atau Wong Ah Kiu, Siti Fatimah Tan Abdullah atau Tan
Ean Huang dan Ravathi Massosai. Kes ini menjadi perhatian, tetapi kes Lina Joy
adalah yang paling hebat mendapat perhatian. Justeru, isu agama ialah isu yang
perlu ditangani dengan bijaksana dan berhemah supaya tidak mengguris hati
sesiapa.

8.2.4 Isu Ekonomi


Isu ekonomi terutama dari aspek agihan dan kesamarataan sentiasa hangat
semenjak negara ini merdeka hingga kini. Kaum Melayu dilihat jauh ketinggalan
berbanding kaum lain selepas merdeka disebabkan tidak diberikan peluang yang
sama rata untuk terlibat dalam sektor aktiviti ekonomi yang berdaya maju dan
mampu bersaing. Antara faktor yang menjerumus masyarakat pelbagai etnik di
Malaysia ke dalam tragedi konflik etnik 13 Mei 1969 juga dikaitkan dengan isu
ekonomi. Jika dilihat pada unjuran statistik kemiskinan didapati kemiskinan
dalam kalangan kaum Bumiputera adalah pada kadar yang tertinggi meskipun
menurun daripada 12.4% pada tahun 1999 hingga menjadi 8.3% pada tahun 2004.
Kadar kemiskinan tegar dalam kalangan isi rumah Bumiputera juga adalah pada
kadar tertinggi pada tahun 2004 iaitu 1.9% berbanding 0.1% bagi isi rumah Cina
dan 0.3% bagi isi rumah India.

Dari aspek penyusunan semula guna tenaga bagi kategori profesional, peratusan
Bumiputera ialah 47.5% pada tahun 2005 berbanding 77.6% dalam kalangan
kaum Cina dan 69.2% bagi kaum India. Manakala, peratusan pemilikan ekuiti
Bumiputera pada tahun 2004 tidak berubah iaitu 18.9%. Di samping itu,
pemilikan modal saham kaum Cina pula meningkat melebihi dua kali ganda
berbanding ekuiti Bumiputera. Peratusan syarikat Bumiputera dalam semua
sektor ekonomi masih rendah. Peratusan ekuiti tertinggi yang dikuasai
Bumiputera adalah dalam sektor pembinaan iaitu 35.2% diikuti pengangkutan
26.7% serta perdagangan borong dan runcit 20.4%.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


216  TOPIK 8 CABARAN DALAM USAHA INTEGRASI NASIONAL

Kaum Melayu dan Bumiputera dikaitkan dengan kemiskinan semenjak merdeka


hingga sekarang. Terdapat pelbagai usaha sama ada secara langsung atau tidak
langsung untuk membantu masyarakat Melayu dan Bumiputera untuk
memajukan ekonomi mereka, misalnya melalui dasar ekonomi negara. Dasar ini
adalah seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971ă1990, Dasar Pembangunan
Nasional (DPN) 1991ă2000, Dasar Wawasan Negara (DWN) 2001ă2010. Dasar-
dasar ini berjaya mengubah kedudukan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera
menjadi lebih baik tetapi perubahan ini kecil berbanding dengan pencapaian
yang diharapkan. Ini menyebabkan ada yang memandang sinis dasar kerajaan.

Kritikan dan tohmahan ini dilempar daripada kalangan orang Melayu sendiri.
Justeru, dalam kalangan nasionalis dan pejuang Melayu, sebahagian besarnya
masih mengharap DEB terus dihidupkan semula setelah berakhir pelaksanaannya
pada tahun 1990. Terdapat juga pandangan bahawa DEB hanya memperkayakan
sebahagian kecil masyarakat Melayu. Kaum bukan Melayu pula menginginkan
peluang meraih kekayaan ekonomi negara diberikan sama rata kepada
semua warganegara tanpa ada hak istimewa kepada kaum tertentu. Mereka
memperjuangkan hak kesamaan ekonomi dan menghapuskan diskriminasi
kaum dalam ekonomi.

Isu ekuiti dan ketidaksamaan agihan kek ekonomi antara kaum menjadi isu yang
berpanjangan hingga sekarang dan mungkin berlanjutan hingga masa depan.
Jika isu ekonomi berjaya diurus dengan baik, maka sebahagian permasalahan
negara ini berjaya diselesaikan. Dalam situasi ini, kerajaan perlu memikirkan
pendekatan yang bijaksana supaya masyarakat daripada etnik bukan Melayu
dan Bumiputera tidak terkesan dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan.
Antara cabaran yang besar adalah meyakinkan kaum bukan Melayu bahawa
pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan dalam aspek ekonomi hari ini adalah
dalam konteks membantu semua etnik dalam situasi menang-menang (win-win
situation) dan mempengaruhi hubungan antara kaum. Jika ekonomi orang
Melayu dibantu secara tidak langsung, masyarakat bukan Melayu juga akan
menerima tempiasnya. Maka aktiviti ekonomi akan menjadi lebih aktif.

Salah satu projek yang terbesar pada zaman Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi
dalam usaha mengecilkan jurang antara kaum dan wilayah ialah pembukaan
Wilayah Baru Ekonomi seperti Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor,
Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur
(ECER). ECER meliputi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang yang merupakan
negeri-negeri yang mempunyai kaum Melayu teramai dan kadar purata
pendapatan isi rumah penduduknya pula berada pada tahap terendah. Projek
ECER ini dijangka akan menyediakan 561,000 peluang pekerjaan kepada

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 CABARAN DALAM USAHA INTEGRASI NASIONAL  217

penduduk menjelang tahun 2020 dan secara tidak langsung sebagai usaha
membasmi kemiskinan tegar. Projek ini akan dapat meningkatkan ekonomi di
setiap kawasan. Justeru, bukan kaum Melayu sahaja yang akan mendapat
manfaat hasil daripada projek ini tetapi semua kaum di Malaysia.

8.2.5 Kesedaran Generasi Muda


Generasi muda belia berperanan penting dalam membina negara yang lebih
maju pada masa depan demi menyahut cabaran Wawasan 2020. Oleh yang
demikian, generasi muda yang berkualiti ialah tonggak kejayaan negara pada
masa depan. Menurut Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia tahun 2000,
angka 23,274,690 merujuk pada kadar kelahiran generasi selepas merdeka iaitu
mewakili 65% daripada kadar kelahiran di Malaysia. Generasi selepas merdeka
mempunyai cara penghayatan yang berbeza dalam menilai kemerdekaan.
Ini kerana mereka tidak mengalami sendiri pahit maung masa menuntut
kemerdekaan. Mereka tidak ada pengalaman sebenar dalam mengharungi
kesusahahan semasa pendudukan British, penjajahan Jepun, kekejaman
Komunis, Darurat, Peristiwa 13 Mei 1969 dan sebagainya. Ini menyebabkan
mereka tidak memandang kemerdekaan dan hubungan etnik yang harmoni
sebagai perkara yang penting dan perlu dipertahankan. Oleh itu, cabaran utama
hubungan kaum dan keharmonian hidup beragama di Malaysia ialah jurang
generasi (generation gap).

Maka, apabila terdapat generasi muda yang mempertikaikan kontrak sosial,


sistem beraja, hak keistimewaan, kebebasan beragama, kedudukan Islam sebagai
agama rasmi dan sebagainya, senario ini agak mencemaskan. Jika generasi muda
mempertikaikan perkara-perkara ini bermakna mereka tidak memahami asas
penubuhan negara ini. Generasi muda ini lebih menggunakan logik akal dalam
mentafsir sesuatu senario tanpa melihat kembali sejarah negara ini. Keadaan ini
pula ditambah dengan kehidupan yang penuh dengan kemewahan dan
kesenangan menyebabkan mereka tidak pernah berasa perit jerih dalam hidup
seperti generasi terdahulu. Justeru, menurut Dr Chiam Heng Keng dari
Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia, generasi muda pada hari ini perlu diajar
berfikir cara melihat kaum lain dengan penuh rasa hormat dan bersedia dengan
perubahan struktur dengan adanya warga asing yang menjadi sebahagian
daripada masyarakat kita. Perlakuan generasi muda ialah respons daripada
persekitaran, pendidikan, kejahilan sejarah, sikap perkauman yang menebal,
keagamaan dan sebagainya. Penting bagi kerajaan melaksanakan program yang
sesuai untuk membantu semangat kenegaraan mereka seperti Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


218  TOPIK 8 CABARAN DALAM USAHA INTEGRASI NASIONAL

8.2.6 Impak Globalisasi


Dunia hari ini dikaitkan dengan istilah seperti global village, dunia tanpa
sempadan atau dikaitkan dengan manusia yang dihimpunkan dalam sebuah
masyarakat yang dipanggil masyarakat global. Keadaan ini menggambarkan
dunia dari semasa ke semasa menjadi semakin mengecil dan tidak ubah seperti
sebuah kampung. Kita akan memperoleh maklumat yang cepat tentang apa yang
berlaku di satu-satu tempat di dunia. Dengan perkembangan internet dan
komputer, maklumat berkembang dengan cepat. Menurut Anthony Giddens,
globalisasi boleh dirujuk pada proses hubungan sosial yang semakin intensif di
seluruh dunia yang menghubungkan tempat yang jauh dengan yang dekat
sehingga peristiwa tempatan dibentuk oleh peristiwa yang berlaku beberapa
batu jauhnya dari tempat itu atau sebaliknya. Justeru, dalam globalisasi tiada
had sempadan, maklumat boleh diakses tanpa adanya sekatan atau tapisan.

Globalisasi adalah pakej yang mempunyai unsur yang baik dan unsur yang tidak
baik. Perkembangan pengaruh budaya global sebenarnya merujuk pada
penjajahan sama ada dalam bentuk minda dan budaya. Senario ini amat
berbahaya kerana perubahan berlaku dengan cepat, terutamanya dalam
kalangan remaja. Kemasukan nilai-nilai luar khasnya dari Barat akan
menyebabkan nilai dan budaya tempatan sedikit demi sedikit terhakis dalam diri
anak muda kita. Nilai-nilai seperti kepentingan diri, persaingan bebas,
demokrasi liberal, idea kesaksamaan mutlak, rasionalisme, hak asasi dan
sebagainya mula mengambil tempat sebagai nila-nilai baharu dalam kehidupan.
Kemasukan nilai-nilai Barat menyebabkan berlakunya perubahan nilai, budaya
dan pemikiran masyarakat dengan cepat dan menjadi penghalang pada
pembinaan jati diri bangsa dengan mengikis acuan tradisi khasnya budaya
bangsa masyarakat Malaysia. Nilai-nilai baru ini lebih bebas dan tidak terikat
dengan adab, tatasusila, rasa hormat dan menghormati dan sebagainya.

Jika berterusan, generasi muda yang terbentuk ialah mereka yang berfikiran
liberal. Nilai-nilai baru ini akan menggugat keharmonian hubungan dalam
kalangan etnik kerana tidak sensitif dengan etnik lain. Dalam dunia teknologi
maklumat, masyarakat bebas mengkritik dan melontar idea menggunakan
saluran maya atau virtual. Kita tidak menyedari kaum etnik yang lain akan
terkesan dengan apa yang diutarakan melalui saluran ini dan perasaan tidak
puas hati dalam kalangan kaum etnik lain akan timbul dan boleh membawa
kepada konflik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 CABARAN DALAM USAHA INTEGRASI NASIONAL  219

AKTIVITI 8.2

Dalam kumpulan anda, bincangkan bagaimana integrasi dapat menjadi


platform kepada usaha penyatupaduan masyarakat di Malaysia dengan
merujuk pada cabaran yang disenaraikan.

8.3 USAHA INTEGRASI OLEH KERAJAAN


Konsep integrasi merupakan formula yang sesuai dalam konteks masyarakat di
Malaysia. Walaupun masyarakat Malaysia ini pelbagai atau lebih dekat dengan
salad bowl tetapi jurang antara etnik dapat dirapatkan melalui peranan dasar
awam oleh kerajaan. Jika diperhatikan dasar awam akan mencapai matlamat
perpaduan sebagai matlamat utama. Dasar ini mempunyai elemen yang
dipanggil ethnic scew. Ethnic scew merupakan konsep yang melihat perbezaan
yang dapat dirapatkan melalui program tertentu. Dalam konteks Malaysia,
institusi dan organisasi kerajaan di samping penubuhan institusi iaitu Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) berperanan merangka dan
melaksanakan program ini.

8.3.1 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan


Integrasi Nasional (JPNIN)
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) ditubuhkan atas
dasar ingin memupuk dan memelihara perpaduan dalam kalangan pelbagai
etnik di Malaysia. Sejarah penubuhannya bermula selepas peristiwa hitam
rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada
kerajaan pentingnya menguruskan perpaduan kaum dalam kalangan pelbagai
etnik di negara ini. Selepas peristiwa 13 Mei, Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) ditubuhkan. Justeru pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara
di bawah MAGERAN diwujudkan bertujuan untuk menangani isu berkaitan
dengan perpaduan pelbagai etnik di Malaysia. Malah, JPNIN mengalami
perkembangan yang menarik untuk ditelusuri. Jadual 8.1 memberikan maklumat
lanjut berkaitan dengan penubuhan JPNIN.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


220  TOPIK 8 CABARAN DALAM USAHA INTEGRASI NASIONAL

Jadual 8.1: Perkembangan JPNIN dan Kementerian Terlibat

Tarikh Nama Kementerian


1 Julai 1969 Jabatan Perpaduan Negara Jabatan Perdana Menteri
1972 Kementerian Perpaduan Negara
1974 Lembaga Perpaduan Negara Jabatan Perdana Menteri
1980 Jabatan Rukun Tetangga dan Jabatan Perdana Menteri
Perpaduan Negara
1983 Jabatan Perpaduan Negara Jabatan Perdana Menteri
1990 Jabatan Perpaduan Negara Kementerian Perpaduan Negara
dan Masyarakat
2004 Jabatan Perpaduan Negara dan Jabatan Perdana Menteri
Integrasi Nasional
2008 Jabatan Perpaduan Negara dan Kementerian Perpaduan,
Integrasi Nasional Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan
April 2009 Jabatan Perpaduan Negara dan Jabatan Perdana Menteri
Integrasi Nasional

Sumber: www.jpnin.gov.my/sejarah

Merujuk pada Jadual 8.1, penubuhan JPNIN bermula pada 1 Julai 1969, tetapi
pada masa itu, institusi ini dikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara (JPN)
dan berada di bawah MAGERAN yang bertujuan menangani isu berkaitan
dengan perpaduan. Apabila pembubaran MAGERAN berlaku, Majlis Penasihat
Perpaduan Negara ditubuhkan pada 23 Februari 1971 bertujuan untuk
memupuk dan memelihara perpaduan kaum dan terus diletakkan di bawah JPN.
Pada tahun 1972, JPN bertukar kementerian kerana perpaduan negara pada
masa ini ditubuhkan sebagai sebuah kementerian dipanggil Kementerian
Perpaduan Negara. Pada tahun 1974, JPN ditukar nama ke Lembaga Perpaduan
Negara dan masih kekal di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 1980,
jabatan ini ditukar menjadi Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara di
bawah Jabatan Perdana Menteri.

Namun begitu, bermula tahun 1983, nama JPN dikekalkan walaupun berada di
bawah pelbagai kementerian seperti Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat, Jabatan Perdana Menteri dan kemudiannya tahun
2008 di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Hanya bermula April 2009 hingga kini nama JPNIN dikekalkan dan berada di
bawah Jabatan Perdana Menteri. Pertukaran nama dan kementerian tidak menjadi
masalah kerana asas jabatan ini adalah untuk menguruskan kepelbagaian dan
perpaduan kaum di Malaysia. Maka, kekuatan Malaysia adalah adanya satu
badan khas yang menguruskan perpaduan kaum dalam masyarakat yang rencam.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 CABARAN DALAM USAHA INTEGRASI NASIONAL  221

8.3.2 Pelaksanaan di Peringkat Dasar Awam


Peristiwa 13 Mei 1969, dasar yang diwujudkan adalah lebih menjurus kepada
perpaduan di peringkat nasional. Ini kerana kerajaan sedar tanpa perpaduan
yang jitu, mustahil negara ini dapat dibangunkan sama ada dalam aspek
ekonomi, teknologi mahupun pendidikan. Peranan yang menyeluruh perlu
dimainkan oleh agensi kerajaan sama ada secara formal atau tidak formal. Selain
itu, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu membantu
kerajaan supaya agenda perpaduan nasional dapat dilaksanakan. Pada peringkat
kerajaan, agenda perpaduan ini agak jelas sifatnya bermula daripada sekecil-
kecil agensi hingga kementerian yang melaksanakan agenda perpaduan. Namun
begitu, jika agenda hanya wujud secara teori dan tanpa pelaksanaan yang
praktikal ia tidak akan membuahkan hasil. Perbincangan dalam Jadual 8.2
melihat strategi jabatan dan pelaksanaannya di peringkat jabatan. Walau
bagaimanapun, ini adalah sebahagian daripada program sebenar yang
dijalankan oleh pihak kerajaan, swasta dan NGO. Mungkin terdapat program
yang lebih besar dan menarik yang boleh dikongsi dalam pembelajaran ini.

Jadual 8.2: Strategi untuk Integrasi

Strategi Keterangan
Persefahaman Politik Melibatkan keakuran parti politik gabungan untuk
memperjuangkan dan mengiktiraf kedudukan Payung
Anak Watan seperti sistem demokrasi, kedudukan raja-
raja Melayu, bahasa kebangsaan, hak mengamalkan
agama dan sebagainya.
Keseimbangan Ekonomi Melibatkan penghapusan pengenalan etnik berdasarkan
kegiatan ekonomi dengan cara mengimbangkan
kedudukan sosio ekonomi antara etnik dan antara
wilayah.
Sosial Memperkenalkan Rukun Negara sebagai falsafah yang
perlu dipegang oleh masyarakat Malaysia tanpa mengira
etnik, agama dan budaya.
Sistem Pendidikan Menggunakan sistem pendidikan untuk semua jenis
sekolah.
Penggunaan Bahasa Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Kebangsaan dan dipanggil Bahasa Malaysia untuk menggambarkan
Bahasa Melayu sesuai untuk semua masyarakat di
Malaysia.
Kepercayaan dan Agama Pengiktirafan dalam perlembagaan dan Rukun Negara
yang menjamin kebebasan menganut dan mengamalkan
agama dan kepercayaan setiap etnik masing-masing.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


222  TOPIK 8 CABARAN DALAM USAHA INTEGRASI NASIONAL

Kebudayaan Mewujudkan kebudayaan nasional yang dipanggil Dasar


Kebudayaan Kebangsaan (DKK) yang berasaskan
kebudayaan rakyat asal rantau ini. Islam menjadi unsur
penting dan unsur kebudayaan lain yang sesuai juga
diterima.
Integrasi Wilayah Menumpukan integrasi antara Semenanjung Malaysia
dengan penduduk di Sabah dan Sarawak dalam pelbagai
aspek seperti kebudayaan, pengangkutan, siaran radio-
televisyen dan sebagainya.
Keselamatan Menggunakan pihak yang mempunyai kuasa atau
autoriti untuk pelaksanaan undang-undang seperti polis
dan dibantu oleh pihak lain seperti tentera, Ikatan
Relawan Rakyat (RELA) dan juga Rukun Tetangga (RT).
Pembangunan Kawasan Kerajaan ingin memastikan tidak ada satu etnik yang
dominan di kawasan tertentu. Walaupun ia sukar
dicapai, tetapi kerajaan bertindak ke arah itu. Dasar
pembangunan perumahan pemaju juga ditetapkan
supaya pembangunan dilakukan di kawasan yang
sesuai, adanya padang permainan, dewan, tempat riadah
dan sebagainya, di samping menggalakkan penubuhan
komuniti masyarakat seperti RT dan Persatuan
Penduduk (PP).
Penggunaan Tenaga Interaksi yang terbaik adalah di tempat kerja. Kerajaan
Manusia menggalakkan supaya pengisian sesuatu jawatan dalam
sektor awam dan swasta supaya tidak berdasarkan faktor
etnik, agama dan budaya.
Media Massa Media massa yang ada seperti televisyen, akhbar
dan juga Internet menyampaikan maklumat ke arah
menjunjung semangat perpaduan.
Kesukanan Menggalakkan penganjuran sukan yang menjurus
kepada perpaduan kaum seperti sukan di peringkat
komuniti.
Pertubuhan Sukarela dan Pertubuhan sukarela adalah seperti RT dan PP.
Perpaduan Pertubuhan sebegini menggalakkan masyarakat bertemu
secara formal dan berkala. Ini akan merapatkan
hubungan masyarakat pelbagai etnik.
Penerbitan dan Penerbitan Peranan JPNIN dengan penubuhan Institut Kajian
Bahan Bacaan Latihan dan Integrasi Nasional (IKLIN) adalah lebih
berfokus pada perkara ini. Penerbitan berbentuk
perpaduan membolehkan masyarakat lebih faham
tentang komitmen perpaduan kepada mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 CABARAN DALAM USAHA INTEGRASI NASIONAL  223

Pemantauan Isu-isu Semasa Wujudnya mekanisme dalam kawalan isu sensitif dalam
dan Konflik masyarakat. Jika berlaku konflik etnik, kawalan supaya
tidak merebak.
Penubuhan Panel Penasihat Penubuhan PANEL dan JKPPN ini akan menjadikan
Perpaduan Negara jabatan yang lebih fokus dalam menyelaras, menasihat,
(PANEL) dan Jawatankuasa melapor dan mendapatkan persetujuan kabinet dan
Penasihat Perpaduan Parlimen tentang sebarang isu berkaitan dengan
Peringkat Negeri (JKPPN) perpaduan dan integrasi nasional.
Program dan Aktiviti Dilaksanakan daripada peringkat sekolah, tempat kerja
Perpaduan dan komuniti. Di sekolah, terdapat program RIMUP. Di
tempat kerja perlu ada program dan latihan berunsur
perpaduan. Di peringkat komuniti perlukan aktiviti
berunsur pengembangan yang boleh membangunkan
masyarakat.
Memperkasa Sekolah Pemerkasaan sekolah kebangsaan adalah berkaitan
Kebangsaan dengan bagaimana dapat menarik penyertaan dalam
kalangan bukan Melayu ke sekolah kebangsaan. Antara
tindakan kerajaan adalah memperkenalkan Bahasa
Mandarin dan Tamil di sekolah.
Memperkasakan Sekolah Di Malaysia, konsep Sekolah Wawasan ialah konsep
Wawasan terbaik yang boleh dilaksanakan di peringkat sistem
sekolah untuk mempertemukan murid dari pelbagai
latar belakang etnik.
Mengadakan Program Dilaksanakan bermula tahun 2004 dengan matlamat
Latihan Khidmat Negara penyertaan daripada kalangan remaja lepasan Sijil
(PLKN) Pelajaran Malaysia (SPM) daripada pelbagai etnik.
Antara kurikulum yang dibangunkan adalah untuk
memupuk semangat patriotik dan perpaduan kaum.
Program pada Peringkat Kerajaan menggalakkan penubuhan RT dan PP. Program
Masyarakat dan Kejiranan Rumah Terbuka dan sambutan perayaan agama dan
etnik. Di samping itu kerajaan menggalakkan konsep
penerimaan budaya.
Program di Institusi Kerajaan memperkenalkan kursus Hubungan Etnik di
Pengajian Tinggi (IPT) IPTA dan IPTS. Di samping itu kerajaan menggalakkan
Awam dan Swasta aktiviti berunsur perpaduan seperti menubuhkan Kelab
Perpaduan dan Kelab Rukun Negara. Selain itu,
mahasiswa digalakkan terlibat dalam program bersifat
kemasyarakatan.
Peranan NGO Kewujudan NGO seharusnya boleh memainkan peranan
penting kepada perpaduan. NGO dapat mengadakan
aktiviti yang memupuk perpaduan dan integrasi
nasional.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


224  TOPIK 8 CABARAN DALAM USAHA INTEGRASI NASIONAL

Oleh itu, jelaslah kita bahawa terdapat banyak program yang telah dilaksanakan
oleh pihak kerajaan merentasi pelbagai institusi daripada peringkat individu
hinggalah kepada peringkat institusi. Namun begitu, program ini memerlukan
sokongan dan dorongan pihak berkenaan supaya program yang dijalankan akan
mencapai matlamatnya. Program sebegini diharap dapat menipiskan batas
etnik dan seterusnya melunturkan persepsi, prasangka, sifat ethnocetrisme,
cauvinisme dan rasisme dalam masyarakat. Apa yang lebih teruk lagi adalah
berlakunya diskriminasi dan xienophobia dalam masyarakat. Justeru program
sebegini perlu disuburkan dan merentasi pelbagai etnik dan status.

AKTIVITI 8.3

1. Sediakan satu analisa tentang setiap dasar dan usaha kerajaan dan
kejayaan usaha ini dalam kesepaduan sosial masyarakat di
Malaysia.

2. Berikan satu cadangan terbaik bagaimana kesepaduan sosial


boleh terbina dalam masyarakat di Malaysia menggunakan
institusi kerajaan.

8.4 KESIMPULAN
Dalam perbincangan ini, kita dapat melihat kaedah pembinaan identiti di
beberapa buah negara dan kemudian kita memberikan fokus khusus untuk
proses pembinaan negara bangsa di Malaysia. Proses pembinaan negara bangsa
memerlukan sokongan dan dorongan semua rakyat supaya usaha integrasi
nasional dapat direalisasikan dalam masyarakat di Malaysia. Semenjak Peristiwa
13 Mei 1969, dasar yang diwujudkan perlu mempunyai matlamat akhir iaitu
perpaduan nasional termasuklah dasar ekonomi seperti DEB, DPN dan DWN.
Kita sebagai warganegara perlu menyedari hasrat yang ingin dibawa oleh
kerajaan dalam membangunkan negara ini. Oleh itu, konsep Bangsa Malaysia
merupakan konsep terbaik dalam usaha menyemai semangat perpaduan dalam
negara ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 CABARAN DALAM USAHA INTEGRASI NASIONAL  225

SEMAK KENDIRI 8.1

1. Jelaskan kaitan antara integrasi dan hubungan etnik dalam


konteks pembinaan negara bangsa di Malaysia.

2. Bagaimanakah integrasi memainkan peranan yang penting dalam


penyatupaduan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia?

3. Bincangkan elemen yang boleh menggugat integrasi nasional.

4. Berikan cadangan bagaimana perpaduan kaum pelbagai etnik


dapat dibina melalui integrasi.

 Teori melting pot berlaku apabila setiap penduduk berasimilasi dengan


semua sistem yang terdapat dalam negara berkenaan. Semua aspek budaya
dileburkan serta bercampur baur dan hasilnya ialah satu budaya baru
dengan setiap unsur atau bahan di dalamnya hilang identiti asal. Budaya
baru ini merupakan suatu leburan baru dengan bahan asalnya yang tidak
lagi dapat dikenali.

 Dalam model salad bowl, pelbagai budaya dicampuradukkan tetapi tidak


bercantum menjadi budaya yang homogen. Setiap budaya mengekalkan sifat
khususnya yang tersendiri.

 Social-engineering ialah tindakan yang melibatkan manipulasi ke atas pihak


tertentu. Sebagai contoh di Singapura, etnik Melayu mendapat layanan yang
kurang mesra, walaupun merupakan penduduk asal negara ini. Peluang
mobiliti sosial etnik Melayu di Singapura adalah kecil.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


226  TOPIK 8 CABARAN DALAM USAHA INTEGRASI NASIONAL

 Antara cabaran besar yang dihadapi dalam menguruskan perhubungan etnik


di Malaysia ialah:

ă Sikap perkauman;

ă Sistem pendidikan pelbagai aliran;

ă Agama yang pelbagai;

ă Agihan ekonomi yang tidak sama rata;

ă Kesedaran generasi muda yang rendah; dan

ă Cabaran dari luar iaitu globalisasi.

 Terdapat pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai


matlamat integrasi nasional. Antara usaha yang jelas ialah penubuhan
JPNIN. Selain itu, usaha yang turut dilaksanakan ialah melalui dasar
kerajaan seperti dalam aspek politik, ekonomi, sosial, kebudayaan,
pendidikan dan sebagainya.

Dasar awam PLKN


Isu ekonomi Rukun tetangga
Isu keagamaan Rumah terbuka
Isu pendidikan Salad bowl
JPNIN Sifat perkauman
Kesedaran generasi muda Social engineering
Melting Pot
Multiculturalism

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 CABARAN DALAM USAHA INTEGRASI NASIONAL  227

Abdul Halim Ramli. (2009). Hubungan kaum di Malaysia: Sejarah dan asas
perpaduan. Shah Alam, Malaysia: Pusat Penerbit Universiti (UPENA).

Amini Amir Abdullah. (2012). Isu sensitif dalam hubungan etnik di Malaysia.
Serdang, Malaysia: Universiti Putra Press.

GhazaliBasri. (2004). Islam dan keharmonian hidup beragama di Malaysia:


Prospek dan cabaran. Selangor, Malaysia: Akademi Kajian Ketamadunan.

Giddens, A. (1990). The consequences of modernity. Standford, CA: Standford


University Press.

Mohd Sohaimi Esa et al. (2011). Hubungan etnik: Kelangsungan pembinaan


negara bangsa. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbitan Multimedia.

Nur Zafifa Kamarunzaman. Kedudukan orang Melayu sebagai golongan


minoriti di Singapura. Dalam Mat Zin Mat Kib (2008). Hubungan Etnik di
Malaysia: Sejarah, Iltizam dan Cabaran Baru. Shah Alam, Malaysia: Pusat
Penerbit Universiti (UPENA).

Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: Fajar


Bakti.

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul hubungan etnik. Shah Alam, Malaysia:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul hubungan etnik. Ed. ke-2. Bangi,
Malaysia: Institut Kajian Etnik, UKM.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pemerkasaan
9 Pendidikan ke
Arah
Kesepaduan
Sosial
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan sistem pendidikan vernakular di Malaysia;
2. Menganalisis peranan pendidikan sebagai alat kepada pembinaan
negara bangsa; dan
3. Menilai cabaran memperkasakan pendidikan ke arah kesepaduan
sosial.

 PENGENALAN
Sistem pendidikan merupakan mekanisma terpenting dan berkesan bagi
membina kesedaran etnik. Pepatah mengatakan „melentur buluh, biarlah dari
rebungnya‰. Ini menggambarkan, jika kita menginginkan hasil yang terbaik, kita
perlu bermula pada peringkat awal lagi dan dalam konteks kita ialah peringkat
sekolah. Maka, peranan pendidikan adalah penting dalam perkara ini dan tidak
boleh dipandang rendah oleh pihak pemerintah. Peranan pendidikan di sini
bukan sahaja pada peringkat sekolah, tetapi merentas hingga peringkat
pengajian tinggi. Usaha kerajaan dalam dasar pendidikan sekolah rendah,
menengah dan universiti tidak pernah meminggirkan pendidikan sebagai
mekanisme penting ke arah mewujudkan hubungan etnik yang harmonis.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL  229

Dalam konteks ini, walaupun sistem pendidikan kita berada dalam satu sistem
sekarang ini, tetapi sistem ini mengalami proses pembinaan sistem dan kurikulum
yang rumit disebabkan kewujudan masyarakat yang bersifat heterogen. Dalam
keadaan ini, kewujudan masyarakat Malaysia yang majmuk sifatnya telah
membentuk kurikulum dan sistem pendidikan yang berasaskan etnik dan
bukannya etnik disesuaikan dengan pendidikan. Tidakkah ini agak unik sifatnya?
Pelaksanaan sistem sekolah vernakular ialah sistem yang menggambarkan
keunikan ini. Adakah negara lain di dunia yang mempunyai sistem pendidikan
seperti kita? Sudah pasti jawapannya anda sudah tahu. Oleh yang demikian,
kewujudan sistem pendidikan di Malaysia ini menarik untuk dikaji. Ini kerana
sistem pendidikan kita ini terus menyumbang kepada pembinaan negara,
walaupun meliputi sistem pelbagai aliran. Topik ini akan cuba membincangkan
perkara berkaitan dengan perkembangan sistem pendidikan kita dan peranannya
dalam menyatupadukan masyarakat daripada pelbagai latar belakang etnik.

9.1 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM


PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Tahukah anda asas pendidikan yang diberikan kepada kaum Melayu tradisi
suatu masa dahulu? Mungkin terdapat pelbagai andaian yang dapat diberikan.
Walau bagaimanapun, asas pendidikan masyarakat tradisional Melayu ialah
pendidikan tidak formal yang berasaskan survival masyarakat mereka. Dalam
usaha untuk hidup, mereka akan melakukan pelbagai kerja yang berasaskan
aktiviti pertanian dan perikanan. Justeru, inilah asas pekerjaan orang Melayu
dan mereka menerima pendidikan bersesuaian dengan tahap pekerjaan mereka
dan tiada pendedahan dalam sistem pendidikan yang memerlukan pemikiran
aras tinggi. Jika ada pun pekerjaan yang menggunakan otak ialah ustaz atau
ustazah dan menyumbang dalam aspek agama kepada masyarakat. Kewujudan
kurikulum mereka yang mendalami agama adalah berasaskan kurikulum dari
Timur Tengah. Maka, wujud banyak sekolah pondok di pantai timur dan utara
Semenanjung Malaysia dalam merealisasikan perkara ini.

Kehadiran British di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 sedikit sebanyak
mengubah sistem pendidikan kita yang berasaskan survival menjadi sistem
pendidikan yang lebih sistematik dan mempunyai sijil yang diiktiraf. Ini
merupakan modenisasi dalam sistem pendidikan kita yang tidak berlaku
sebelum ini. Namun, masyarakat Melayu kurang berminat dengan sistem
pendidikan yang diperkenalkan oleh British pada awalnya. Ini kerana ia dilihat
sebagai satu proses Kristianisasi.

Sementara itu, dengan perkembangan ekonomi yang berlaku, Tanah Melayu


telah menarik kaum lain untuk datang ke Tanah Melayu pada waktu itu yang
merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber bahan mentah. British
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
230  TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL

mengamalkan satu dasar iaitu menggunakan pengetahuan mereka tentang ilmu


kolonial masyarakat asal negara dijajah supaya ia tidak menggangu sistem
sosiobudaya masyarakat tempatan. Tujuannya adalah supaya mereka dapat
menguasai sesebuah masyarakat berkenaan dalam jangka masa yang lama. Oleh
itu, orang Melayu lambat menerima sistem pendidikan yang terbaik. Sementara
itu, masyarakat Cina dari China dan India dibawa masuk ke Tanah Melayu
secara besar-besaran dengan tujuan untuk bekerja di lombong dan estet yang
dibuka oleh British di Tanah Melayu. Kesan kedatangan kaum Cina dan India
menyebabkan kemunculan aliran pendidikan vernakular. Sekolah vernakular
merujuk pada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing dalam
pengajaran mereka di sekolah. Kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) ialah
manifestasi sistem pendidikan vernakular. Terdapat dua bentuk sekolah
vernakular iaitu sekolah aliran Cina dan Tamil. Sistem pendidikan vernakular
menjadi pola penting dalam mencorakkan sistem pendidikan di Malaysia hingga
kini.

Dalam konteks Malaysia, penjajahan telah mengubah dan menentukan hala tuju
sistem pendidikan seperti yang wujud sehingga kini. Dalam tempoh penjajahan,
pihak British melaksanakan Dasar Pecah dan Perintah dengan mengasingkan
etnik mengikut komuniti masing-masing. Dasar ini mengukuhkan lagi sistem
pendidikan vernakular yang berteraskan kepada bahasa ibunda masing-masing.

Sistem pendidikan di negara ini berorientasikan komuniti etnik tertentu


yang berkongsi kurikulum yang sama. Pengekalan sistem sedemikian akan
menggalakkan pemisahan kanak-kanak daripada komuniti etnik yang berbeza.
Sekiranya langkah-langkah tidak diambil untuk memupuk kesepaduan sosial
antara anggota masyarakat, tidak mustahil matlamat kerajaan untuk memupuk
kesepaduan sosial menerusi sistem pendidikan tidak akan dicapai.

Namun begitu, matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan


Kebangsaan terus menjadi teras dalam apa jua perubahan dalam sistem
pendidikan, khususnya perubahan dalam kurikulum. Matlamat akhir yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan cukup jelas bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri, serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

Justeru, perbincangan dalam topik ini akan mengupas tentang kepelbagaian


bentuk aliran pendidikan, perubahan dasar yang mempengaruhi hala tuju dalam
sistem pendidikan dan akhir sekali cabaran untuk memperkasakan sistem
pendidikan ke arah kesepaduan sosial akibat daripada pelbagai aliran sistem
persekolahan yang wujud di negara kita.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL  231

SEMAK KENDIRI 9.1

1. Apakah yang anda faham tentang sistem pendidikan vernakular?

2. Pada pendapat anda, mengapakah sistem ini sukar membentuk


kesepaduan sosial?

9.2 PENDIDIKAN DALAM PELBAGAI BENTUK


ALIRAN
Sistem pendidikan di Tanah Melayu sebelum kedatangan British lebih ke arah
pendidikan agama dengan kanak-kanak Melayu belajar di surau, pondok dan
masjid. Bagi sekolah vernakular Cina dan Tamil, kerajaan British mengamalkan
dasar tidak campur tangan. Kerajaan British berpendapat bahawa bukan
tanggungjawabnya menyediakan pendidikan untuk kaum pendatang. Walau
bagaimanapun, pada tahun 1902, kerajaan British mula memberi bantuan
kewangan untuk mendirikan sekolah vernakular Tamil. Perbincangan seterusnya
lebih melihat pada pelbagai bentuk aliran sistem persekolahan yang menjadi
cabaran ke arah kesepaduan sosial. Rajah 9.1 menunjukkan sistem pendidikan
dalam pelbagai bentuk aliran di Tanah Melayu.

Rajah 9.1: Sistem pendidikan dalam pelbagai bentuk aliran di Tanah Melayu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


232  TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL

9.2.1 Sekolah Aliran Agama


Sebelum kehadiran British, sistem pendidikan yang berasaskan agama
memainkan peranan yang penting sebelum digantikan dengan sistem
pendidikan moden atau sekular. Tahukah anda bahawa pada masa dahulu
kriteria pemilihan calon suami atau isteri mestilah khatam al-Quran?
Bagaimanakah dengan keadaan sekarang? Masa berubah maka penilaian juga
berubah. Keadaan masyarakat Melayu pada ketika itu dibentuk dengan sistem
nilai dan adat Melayu serta disulami dengan agama Islam. Persekolahan
secara tidak formal diadakan di surau, rumah guru, pondok dan sebagainya.
Kebanyakan persekolahan ini terdapat di Pantai Timur seperti Kelantan dan
Terengganu dan di bahagian utara semenanjung iaitu di Kedah dan Perlis, iaitu
tempat yang ramai didiami oleh orang Melayu. Dari segi kurikulum, mereka
menekankan perkara asas dalam agama Islam seperti membaca dan memahami
al-Quran, belajar bahasa Arab dan kemahiran asas dalam membaca, menulis dan
mengira. Mereka yang ingin melanjutkan pelajaran pada waktu ini akan dihantar
belajar ke Timur Tengah seperti Mesir. Justeru, orang Melayu yang berlatar
belakangkan pendidikan agama yang kuat menyebabkan mereka menolak sistem
pendidikan aliran Inggeris yang diperkenalkan oleh British.

Kesedaran orang Melayu mula terbina apabila kedatangan British bersama-sama


gerakan mubaligh mengancam kedudukan agama Islam. Madrasah yang
menggunakan kurikulum yang lebih tersusun dan lebih bersistematik
ditubuhkan bagi menggantikan sekolah pondok. Antara madrasah yang terawal
ditubuhkan adalah Madrasah Al-Iqbal di Singapura pada tahun 1907. Pada
tahun 1917, ditubuhkan pula Sekolah Al-Hadi di Melaka dan diikuti dengan
Madrasah Muhammadiyah di Kelantan pada tahun yang sama. Selain itu, di
Pulau Pinang ditubuhkan Madrasah Al-Mashyur Al-Islamiyyah dua tahun
kemudian. Selain itu, terdapatnya madrasah di beberapa tempat lain seperti di
Johor (1920), Kedah (1925), Selangor (1933), Terengganu (1933), Perak (1936),
Pahang (1936), Perlis (1937), Pulau Pinang (1939) dan Melaka (1940). Selepas
merdeka, kebanyakan madrasah ini telah diambil alih oleh kerajaan dan
dinaiktarafkan sebagai sekolah agama.

9.2.2 Sekolah Aliran Inggeris


Sekolah aliran Inggeris ditubuhkan secara sukarela oleh mubaligh Kristian,
kecuali Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada peringkat awalnya.
Disebabkan sekolah-sekolah ini ditubuhkan oleh para mubaligh, wujud konotasi
dalam pemikiran masyarakat Melayu bahawa sekolah Inggeris ialah satu cara

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL  233

British untuk menyebarkan agama Kristian. Sementara itu, sekolah aliran


Inggeris selalunya terletak di kawasan bandar sehingga sukar orang Melayu
untuk menghantar anak mereka belajar di sekolah Inggeris.

Hal ini disebabkan ramai orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar.
Malahan, sekolah Inggeris mengenakan yuran kepada para pelajar dan ramai
orang Melayu tidak mampu untuk menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris.
Dalam satu segi, sekolah Inggeris ini bersifat elit dan mereka yang belajar di sini
mempunyai peluang untuk belajar hingga ke England. Disebabkan sekolah
Inggeris terletak di kawasan bandar, ramai anak yang belajar terdiri daripada
etnik Cina dan segelintir etnik India. Sekolah Inggeris mengikut kurikulum dari
England dan mempunyai sijil bertaraf „Senior Cambridge School Certificate
Examination‰. Peluang ini tidak dibolot oleh anak orang Melayu, tetapi kaum
bukan Melayu banyak mendapat manfaat daripada pelaksanaan sekolah Inggeris
ini.

Konsep yang digunakan oleh para mubaligh untuk menubuhkan sekolah aliran
Inggeris ini ialah melalui kerjasama dengan kerajaan British dan berbentuk „Free
School‰. Misalnya, pihak British dan para mubaligh telah menubuhkan Penang
Free School pada tahun 1816, Singapore Free School pada 1824 dan Malacca Free
School pada 1826. Asas penubuhan sekolah Inggeris menggariskan beberapa
perkara seperti berikut:

(a) Untuk semua kaum;

(b) Mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;

(c) Ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah


dengan kadar berpatutan;

(d) Murid akan belajar membaca dan menulis bahasa Inggeris dan mempelajari
ilmu kira-kira;

(e) Murid Melayu akan diajar bahasa Melayu;

(f) Rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain;

(g) Murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan, menjahit dan
lain-lain; dan

(h) Murid diajar menghormati ibu bapa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


234  TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL

Kebanyakan orang Cina menghantar anak mereka untuk belajar di sekolah


Inggeris terutamanya orang Cina di Negeri Selat dan di kawasan bandar kerana
berhampiran dengan tempat tinggal mereka. Sementara itu, hanya segelintir
anak orang India yang pergi ke sekolah Inggeris. Sistem ini disambut dingin oleh
orang Melayu. Bagi masyarakat Melayu, terdapat pusat pengajian yang khas
untuk mereka iaitu MCKK yang dibina di Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1905
dengan tujuan untuk mengeluarkan para pelajar yang mampu bekerja dalam
bidang pentadbiran dan berpendidikan Inggeris.

Dari segi kurikulum, terdapat tiga peringkat persekolahan iaitu:

(a) Peringkat Kelas Bawah 1, 2 dan darjah satu;

(b) Peringkat Sekolah Rendah Pertengahan iaitu dari darjah dua hingga lima;
dan

(c) Peringkat Sekolah Menengah dari darjah enam hingga Kelas Sijil Sekolah
(School Certificate).

Subjek yang diajar di sekolah merangkumi Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah


Eropah, Ilmu Alam, Sastera Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Lukisan.
Kurikulum sekolah Inggeris adalah tersusun dan melalui penambahbaikan dari
semasa ke semasa. Para pelajar yang mendapat kelulusan yang cemerlang akan
dihantar belajar ke luar negara seperti universiti di England. Selain itu, ramai
juga yang belajar ke peringkat diploma di Maktab Perguruan King Edward VII
dan Maktab Raffles di Singapura.

Kewujudan sekolah Inggeris pada masa itu hanya tertumpu pada golongan
bangsawan dan anak orang atasan yang mampu membayar yuran sekolah.
Kerajaan British mula melibatkan diri dalam perkembangan sekolah Inggeris,
terutamanya di Negeri Selat dengan memberi bantuan kewangan penuh kepada
sekolah Inggeris. Sementara itu, bantuan separa diberikan kepada sekolah
mubaligh. Di Sabah dan Sarawak, badan mubaligh Kristian tetap memainkan
peranan yang penting dari aspek pendidikan. Pendidikan di Sabah telah bermula
sejak zaman British. Ketika itu, sebuah sekolah telah dibina pada tahun 1883 di
Sandakan oleh pihak mubaligh Kristian. Semasa penjajahan Jepun dalam Perang
Dunia Kedua, pendidikan Jepun juga diajar kepada penduduk Sabah. Selepas
tamatnya Perang Dunia Kedua, pelan pendidikan lima tahun telah dilaksanakan
dan digubal dari tahun 1947 hingga 1952 oleh pihak British. Antara perkara yang
ditekankan dalam pelan pendidikan ini ialah (lihat Rajah 9.2):

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL  235

Rajah 9.2: Perkara yang ditekankan dalam pelan pendidikan

Di Sarawak pula, Kesultanan Brooke kurang mengambil berat berkaitan


pendidikan. Walau bagaimanapun, melalui inisiatif daripada para mubaligh
pada 29 Jun 1848, James Brooke telah mengambil beberapa orang individu
seperti Francis Thomas McDougall, isterinya Harriette dan beberapa yang lain ke
Kuching. Sebagai paderi dan doktor, beliau telah memulakan pendidikan untuk
orang dewasa yang disertai oleh enam orang pelajar lelaki. Kesan penubuhan
sekolah pertama itu telah mencetuskan perkembangan yang menyebabkan
kepada tertubuhnya dan berkembangnya sekolah aliran Inggeris di beberapa
buah tempat di Sarawak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


236  TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL

9.2.3 Sekolah Melayu


Kewujudan sekolah Melayu ialah manifestasi penolakan orang Melayu terhadap
sekolah aliran Inggeris yang diperkenalkan lebih awal. Tujuan sekolah aliran
Melayu ini diperkenalkan tidak lain tidak bukan adalah untuk memastikan anak
orang Melayu tidak bergaul dengan kaum lain dalam sebuah sekolah. Selain itu,
ianya bertujuan memberikan pendidikan yang terbaik kepada kaum Melayu,
namun hakikatnya adalah untuk menjadikan orang Melayu lebih cerdik
berbanding dengan ibu bapa mereka.

Winstedt (1905) dalam Special Report of Education menggambarkan bahawa


matlamat sekolah vernakular Melayu adalah untuk membolehkan anak Melayu
menjadi petani, pesawah dan nelayan yang lebih baik dan berupaya untuk
menulis, mengira dan membaca perkara yang mudah. Umumnya, jawatan
tertinggi yang mampu dipegang oleh anak Melayu dalam pentadbiran British
adalah sebagai kerani. Ini kerana tujuan British menyediakan pendidikan kepada
anak Melayu bukan untuk menguasai ilmu dan dapat mengubah nasib mereka,
tetapi hanya bertujuan untuk mengekalkan orang Melayu dalam pekerjaan
tradisional di kampung sama ada sebagai petani, pesawah atau nelayan. Sistem
ini telah menyebabkan pemencilan masyarakat Melayu, terutamanya yang
tinggal di luar bandar atau desa.

Dalam sistem pendidikan sekolah Melayu, British mengekalkan penggunaan


Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan tumpuan lebih pada perkara asas
seperti membaca, menulis dan mengira. Sekolah Melayu yang pertama didirikan
ialah sekolah Melayu cawangan Penang Free School yang ditubuhkan pada
tahun 1821 dan diikuti oleh sekolah Melayu di Teluk Belanga, Singapura pada
tahun 1853 dan Kampung Gelam, Pulau Pinang pada tahun 1856 atas usaha A.
M. Skinner. Selain itu, sekolah Melayu terus mendapat tempat dan bertambah
menjadi 16 buah menjelang tahun 1872. Antaranya sekolah Melayu di Seberang
Perai, Permatang Pauh dan Penaga. Pada tahun 1875, sekolah Melayu juga turut
dibuka di Klang, Selangor hasil usaha Residen British, J. G. Davidson.

Dari segi kurikulum, pembelajaran di sekolah Melayu menekankan tiga perkara


asas sahaja iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan mengira, di
samping pembelajaran untuk hidup seperti berkebun dan bertukang. Selain itu,
sekolah Melayu memasukkan elemen agama Islam dengan memastikan adanya
kelas agama dan mengaji al-Quran pada sebelah petang dengan tujuan untuk
menarik minat ibu bapa orang Melayu untuk menghantar anak mereka. Lepasan
sekolah ini yang berkelayakan mendapat peluang menyambung pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL  237

Ada dua pola dalam orientasi pendidikan dalam kalangan masyarakat Melayu
iaitu pendidikan berbentuk Melayu elit dan pendidikan Melayu peringkat
rendah. Bagi pendidikan Melayu elit, mereka akan ditempatkan di Maktab
Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang terdiri daripada kaum Melayu elit yang
kaya dan mempunyai latar belakang keluarga yang mempunyai hubungan rapat
dengan British. Satu kelompok lagi adalah masyarakat Melayu daripada status
rendah dan orang kebanyakan yang mendapat pendidikan tinggi di Maktab
Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak.

Peningkatan kesedaran dalam kalangan ibu bapa Melayu menyebabkan


sambutan terhadap sekolah Melayu semakin meningkat. Misalnya, jumlah
pelajar sekolah Melayu pada tahun 1872 yang berjumlah 596 orang meningkat
menjadi 13,479 orang pada tahun 1906. Namun begitu, kesedaran pendidikan
untuk anak perempuan Melayu masih rendah. Tanggapan bahawa anak
perempuan hanya layak di dapur masih segar dalam kotak pemikiran orang
Melayu. Maka, usaha untuk menggalakkan pendidikan diberikan kepada anak
perempuan telah dilaksanakan pada tahun 1890 dengan tertubuhnya sekolah
Melayu Perempuan di Perak dan pada tahun 1895 pula sebuah lagi sekolah
dibuka di Selangor untuk anak perempuan Melayu. Namun begitu, pendidikan
yang diterima oleh orang Melayu masih pada tahap rendah. Sehingga merdeka,
tiada sekolah menengah dibuka untuk orang Melayu.

Bagaimana pula dengan penduduk bumiputera di Sabah dan Sarawak?


Sebenarnya, nasib bumiputera di Sabah dan Sarawak kurang dibela berbanding
di Semenanjung disebabkan Kompeni Borneo Utara British tidak berminat untuk
memajukan bumiputera Sabah dari aspek pendidikan. Sekolah Melayu pertama
di Sabah pada tahun 1915 ditubuhkan di Kota Kinabalu. Tetapi, sekolah ini telah
ditutup pada tahun 1930. Sehingga tahun 1934, hanya terdapat lapan buah
sekolah Melayu sahaja yang didirikan. Sarawak juga mengalami nasib yang lebih
kurang sama malahan lebih ke belakang apabila raja-raja Brooke tidak langsung
berminat dengan pendidikan untuk bumiputera. Kesannya, perkembangan
sekolah Melayu di Sarawak menjadi lambat berbanding Semenanjung Tanah
Melayu.

9.2.4 Sekolah Cina


Kedatangan kaum Cina ke Tanah Melayu dikaitkan dengan faktor tarikan dan
tolakan dari China. China berada dalam keadaan yang miskin dengan sumber
alam yang terhad, sementara Tanah Melayu menyediakan peluang dari segi
pekerjaan sebagai buruh di lombong. Mereka datang ke Tanah Melayu atas tujuan
mencari nafkah untuk keluarga mereka dengan bekerja di lombong. Kebanyakan
kaum Cina yang datang berasal dari wilayah seperti Kwantung, Fukien, Hainen

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


238  TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL

dan Kwangi. Kawasan ini dikaitkan dengan kemiskinan yang ketara di China.
Kedatangan mereka bukan semata-mata kerana mencari harta, tetapi atas sebab
kesusahan hidup akibat pergolakan politik, bencana alam dan populasi yang
padat. Berteraskan ajaran Confucius yang menekankan kepentingan peringkat
rendah dan tinggi, komuniti Cina mendirikan sekolah di setiap wilayah yang
mereka duduki. Oleh itu, kaum Cina menyediakan kemudahan pendidikan
kepada anak bangsa mereka apabila mendirikan penempatan.

Pada peringkat awal, sistem pendidikan lebih bercorak ke arah sistem pendidikan
China dan British mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam pendidikan
orang Cina di Tanah Melayu. Sekolah Cina dibiarkan berkembang bebas tanpa
kawalan (leissez faire) yang amat sesuai dengan budaya orang Cina. Orang Cina
mempunyai budaya iaitu apabila mereka berhijrah, mereka akan menubuhkan
sekolah Cina yang dikenali „negeri China kecilÊ dengan mekanisme sendiri untuk
memastikan Bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar dan merangkumi guru,
buku teks dan kurikulum untuk memastikan pembinaan negara bangsa idaman
mereka akan terus mekar. Dalam keadaan ini, biasanya gaji guru sekolah akan
dibayar oleh ibu bapa murid dan bukannya kerajaan. Dari segi kurikulum pula
buku teks dan guru dibawa khas dari China untuk mengajar anak mereka di
Tanah Melayu.

Pendidikan yang diterima menanamkan pemikiran dalam kalangan anak kaum


Cina bahawa China ialah tanah air mereka yang sebenar. Namun begitu, bermula
tahun 1920an British mula mengambil tindakan memeriksa sekolah berkenaan
kerana dikatakan terlibat dengan gerakan subversif dan politik kiri China.
Keadaan ini juga dikaitkan dengan Revolusi 1911 di China yang mempunyai
unsur negatif dari China yang dibawa masuk ke Tanah Melayu. Sekolah Cina di
Tanah Melayu dijadikan sebagai alat propaganda British oleh parti Kuomintang
dan kemudiannya parti Komunis dari China. Akibat daripada keadaan ini
menyebabkan pihak British mewujudkan Enakmen Pendaftaran Sekolah pada
tahun 1920 di Tanah Melayu. Di bawah enakmen ini, sekolah yang telah dan akan
ditubuhkan diwajibkan untuk berdaftar dengan pihak kerajaan. Tujuannya untuk
mengawal kegiatan sekolah dan guru terlibat. Realitinya, sekolah Cina ini amat
daif dan mempunyai kemudahan yang kurang memuaskan. Keadaan ini tidak
kondusif dan tidak sesuai untuk pembelajaran dengan ramai guru yang tidak
terlatih dan tidak berupaya mengajar dengan baik.

Apabila sekolah Cina ini didaftarkan, sekolah ini menikmati bantuan kewangan
daripada kerajaan British. Malahan jawatan Timbalan Pengarah bagi mentadbir
urus sekolah Cina juga diwujudkan. Keadaan ini telah wujud lebih awal bagi
Negeri Selat iaitu pada tahun 1924 dan diikuti dengan Negeri Melayu Bersekutu
pada tahun 1935.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL  239

Dari segi kurikulum pula, sekolah Cina mempunyai tiga peringkat persekolahan
iaitu:

Rajah 9.3: Tiga peringkat persekolahan sekolah Cina

Sehingga tahun 1940, terdapat lebih dari 1100 buah sekolah vernakular Cina.
Keadaan ini menggambarkan jumlah etnik Cina yang ramai di Tanah Melayu.
Menurut sumber, jumlah penduduk etnik Cina di Tanah Melayu adalah berjumlah
2.5 juta orang pada tahun 1941.

Semasa pendudukan Jepun, sekolah vernakular Cina mengalami zaman malap.


Sekolah Cina ditutup dan digantikan dengan sekolah Jepun. Kezaliman berleluasa
menyebabkan ramai orang Cina menyertai gerakan menentang Jepun yang
dikenali sebagai, Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) dan kemudiannya
memperjuangkan Parti Komunis Malaya (PKM) dengan matlamat untuk
menubuhkan negara komunis untuk Tanah Melayu. Sekembalinya British selepas
kekalahan Jepun dalam Perang Dunia kedua, antara perkara yang perlu dilakukan
oleh British ialah menjalankan kawalan rapi terhadap sekolah Cina. Kurikulum
sekolah Cina disusun semula supaya berorientasikan Tanah Melayu dan Bahasa
Melayu mula diajar sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah Cina.

Senario yang sama juga berlaku di sekolah Cina di Sabah dan Sarawak yang
mana penubuhannya atas inisiatif sendiri dan menggunakan model dari China.
Menjelang tahun 1940, terdapat 59 buah sekolah Cina termasuk di Sarawak.
Sekolah Cina mula ditubuhkan pada tahun 1870an seperti di Paku pada tahun
1872 dan di Bau pada tahun 1874 sebelum berkembang ke tempat lain di Sarawak.

9.2.5 Sekolah Tamil


Dalam usaha mencari kehidupan yang lebih baik, manusia sanggup melakukan
apa sahaja termasuk meredah lautan. Senario ini dialami oleh masyarakat India
dari India. Mereka sanggup datang ke Tanah Melayu semata-mata untuk mencari
nafkah dan kehidupan yang lebih baik berbanding keluarga mereka di India
akibat kehidupan yang dikuasai oleh kemiskinan dan keadaan sosial yang
menekan. Sebahagian besar kaum India yang datang adalah dari kelas atau kasta
bawahan. Hanya segelintir sahaja daripada mereka berasal daripada kasta yang
tinggi. Mereka bekerja dalam sektor yang dianggap elit seperti pentadbiran British
di Tanah Melayu. Sebahagian besar berkhidmat di estet sebagai buruh dan ciri ini

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


240  TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL

menyebabkan mereka sesuai bekerja di estet. Kedatangan kaum India ke Tanah


Melayu dilihat sebagai sistem yang saling bergantungan. Bagi orang India,
penghijrahan ke Tanah Melayu ialah satu cara untuk keluar daripada belenggu
kemiskinan. Bagi peladang atau pengusaha estet pula, orang India ialah bekalan
buruh yang murah.

Kedatangan kaum India banyak dikaitkan dengan aktiviti perladangan dan


penerokaan kawasan estet untuk tujuan komersil seperti wujudnya ladang
getah dan sawit. Kedatangan orang India ke Tanah Melayu bukan untuk
tinggal menetap di negara ini. Pendidikan yang diterima oleh mereka adalah
berorientasikan negara India. Sistem pendidikan di estet tidak begitu tersusun dan
kurikulum berorientasikan India terlalu daif dan menyedihkan. Guru-guru tidak
terlatih dan mereka mengajar atas kesedaran sendiri untuk mendidik anak bangsa
mereka. Mereka yang bekerja sebagai buruh ialah tenaga pengajar bagi anak
mereka. Justeru, tidak hairanlah jika kerani ladang, penyelia, pembancuh ubat dan
sebagainya merupakan guru-guru yang mengajar anak-anak orang India.

Jika British tidak mengawal sekolah aliran Cina dan India, sekolah-sekolah ini
akan wujud secara bebas tanpa kawalan. Ini kerana British berpegang kepada
dasar tidak campur tangan hal ehwal kebajikan imigran pada awalnya. Namun
begitu, pada 1920an perhatian mula diberikan terhadap aspek pendidikan kaum
India apabila terdapat pertambahan kedatangan kaum India ke Tanah Melayu
atas keperluan tenaga buruh yang tinggi dalam sektor perladangan. Dalam dasar
yang diwujudkan iaitu Kod Buruh 1923, satu undang-undang digubal untuk
mewajibkan pihak majikan atau pengurusan ladang menyediakan kemudahan
pendidikan Tamil sekiranya terdapat lebih daripada 10 orang kanak-kanak
berbangsa India yang dalam lingkungan umur 7 hingga 14 tahun, yakni mereka
yang berada dalam umur persekolahan. Tujuan sistem pendidikan ini dirangka
supaya majikan dapat menarik kaum India supaya datang ke Tanah Melayu dan
bekerja dalam sektor perladangan. Ini penting kerana kaum India merupakan
kaum yang sanggup menerima upah yang murah selain rajin dan tahan lasak.

Walaupun terdapat Kod Buruh 1923 tetapi infrastruktur asas masih dalam tahap
yang menyedihkan dan guru terdiri daripada mereka yang hanya mempunyai
asas pembacaan dan tidak terlatih. Pihak majikan hanya menyediakan sekolah
ala kadar sahaja dan tidak komited dalam menjaga kebajikan anak peladang.
Kurikulum yang diajar pula merangkumi kemahiran membaca dan menulis dalam
Bahasa Tamil, Ilmu Kira-kira dan Ilmu Alam. Sementara itu, Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris tidak diajar di sekolah aliran Tamil. Pendidikan Tamil hanya
disediakan sehingga ke peringkat sekolah rendah sahaja yakni hingga darjah lima.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL  241

Pada tahun 1930, terdapat empat jenis sekolah Tamil iaitu sekolah kerajaan,
sekolah estet, sekolah persendirian yang dibangunkan oleh masyarakat India
sendiri dan juga sekolah persendirian yang dibangunkan oleh mubaligh Kristian.
Menjelang tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah
Tamil estet, 23 buah sekolah Tamil mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil
persendirian di seluruh Tanah Melayu. Selain daripada estet, di sekolah aliran
Tamil juga dibina di kawasan bandar yang mempunyai penduduk kaum India.

Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang


getah, kelapa sawit, kopi dan tebu di Tanah Melayu. Kedatangan komuniti India
ke Tanah Melayu sekitar tahun 1880-1890 adalah untuk memenuhi keperluan
tenaga buruh pihak British. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah
sekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan mubaligh
Kristian banyak memberi sumbangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil
pada peringkat awal. Pihak estet telah menubuhkan sekolah vernakular Tamil
dengan menerapkan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang mana sukatan
pelajaran, guru dan semuanya berasaskan negara India dan Sri Lanka. Namun
dengan persekitaran yang serba kekurangan, sekolah Tamil ini kurang mendapat
tempat dalam kalangan ibu bapa komuniti India pada waktu itu.

SEMAK KENDIRI 9.2

Nyatakan lima bentuk aliran pendidikan yang muncul di Tanah


Melayu:

1. ______________________________________________________

2. ______________________________________________________

3. ______________________________________________________

4. ______________________________________________________

5. ______________________________________________________

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


242  TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL

AKTIVITI 9.1

1. Pada pandangan anda, mengapakah sistem pendidikan di Tanah


Melayu berada dalam keadaan terpisah dengan pelbagai aliran?
Bincangkan bersama rakan sekelas.

2. Bincangkan konsep nations of intent dalam konteks pembinaan


negara bangsa dalam sistem yang terpisah ini dan bentangkan
hasil perbincangan anda.

9.3 PENYATUAN SISTEM PENDIDIKAN


Mana mungkin negara bangsa akan terbina di bawah satu bumbung Malaysia
sekiranya sistem pendidikan yang diamalkan terpisah antara satu sama lain.
Maka, di sinilah peranan pendidikan dalam usaha pembinaan negara bangsa
supaya setiap kaum yang berbeza budaya dan latar belakang dapat disatukan
perasaan dan jiwa mereka pada asas utama negara Malaysia. Peranan
pendidikan adalah untuk memupuk nations of intent dalam kalangan warga
negara semenjak kanak-kanak lagi iaitu pada peringkat sekolah hingga ke
menara gading sebelum mereka berkhidmat dengan masyarakat atau komuniti
mereka. Sistem pendidikan yang terpisah mengalami proses yang memakan
bertahun-tahun lamanya untuk disatukan. Namun begitu, penggabungan ini
akhirnya menjadi pemisah kerana unsur vernakular zaman penjajah masih
lagi sebati dengan masyarakat Malaysia. Justeru, usaha kesepaduan sistem
pendidikan secara sistematik telah dimulakan pada zaman penjajahan British
lagi. Perbincangan seterusnya menilai usaha yang dilaksanakan oleh pelbagai
pihak untuk merapatkan jurang aliran sistem pendidikan melalui dasar
pendidikan negara dari tahun 1945 hingga 1970 (lihat Rajah 9.4).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL  243

Rajah 9.4: Dasar dan laporan ke arah penyatuan sistem pendidikan negara

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


244  TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL

9.3.1 Dasar Cheeseman 1946


Kerajaan British menggubal dasar pendidikan yang menumpukan ke arah
penyatuan etnik yang berbeza. Justeru, dasar Cheeseman diketengahkan pada
tahun 1946. Antara inti pati utama dasar ini ialah:

(a) Peruntukan pendidikan peringkat rendah secara percuma dan penggunaan


bahasa ibunda masing-masing dibenarkan;

(b) Pendidikan Inggeris akan didedahkan pada peringkat rendah. Mereka


yang berkelayakkan boleh meneruskan pelajaran pada peringkat
menengah; dan

(c) Peluang pendidikan yang sama kepada golongan wanita.

Dasar ini diperdebatkan dari sudut penggunaan bahasa perantaraan dan jangka
masa perubahan yang telah dibuat. Manakala bagi komuniti Cina, isu yang
dibangkitkan ialah setiap pihak perlu diberi peluang secara percuma untuk
memasuki sekolah Inggeris sama ada pada peringkat rendah atau pun
menengah. Dasar ini tidak mampu dilaksanakan kerana kekurangan tenaga
pengajar untuk sekolah Inggeris dan ketiadaan kuasa untuk melaksanakannya.

9.3.2 Jawatankuasa Car-Saunders 1947


Jawatankuasa ini dibentuk oleh kerajaan British untuk merangka pendidikan
tahap universiti di Tanah Melayu. Matlamat penyatuan menerusi penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sukar dicapai kerana komuniti bukan
Melayu melihat langkah berkenaan dapat menggugat kedudukan bahasa
mereka. Misalnya, komuniti Cina berpendapat penekanan yang kuat terhadap
bahasa Melayu akan menggugat kedudukan mereka pada peringkat pengajian
tinggi. Manakala komuniti India pula lebih menekankan kepentingan bahasa
Tamil untuk diketengahkan di Jabatan Pengajian India. Bagi komuniti Melayu,
percanggahan pandangan berlaku antara golongan pendidikan Melayu tradisi
dengan golongan Melayu yang berpendidikan Inggeris. Kelompok yang
mendapat pendidikan Inggeris dilihat gagal menjaga kebajikan komuniti
Melayu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL  245

9.3.3 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum 1949


Jawatankuasa hubungan antara kaum ditubuhkan pada Januari 1949. Tujuan
penubuhan jawatankuasa ini untuk memupuk penyatuan dalam masyarakat
majmuk bagi membina sebuah negara baharu. Antara tokoh yang menyertai
jawatankuasa ini ialah DatoÊ Onn Jaafar, Tan Cheng Lock dan E. E. C.
Thuraisingham. Beberapa kata sepakat dicapai dan diusulkan seperti berikut:

(a) Bahasa Melayu dan bahasa Ingeris wajib diajar di sekolah rendah;

(b) Sekolah kebangsaan akan ditubuhkan bagi menyatukan komuniti etnik yang
berbeza. Manakala bahasa Melayu dan bahasa Inggeris digunakan sebagai
bahasa perantaraan; dan

(c) Bahasa ibunda masing-masing boleh diajar di sekolah masing-masing.

Walau bagaimanapun, penyatuan sukar untuk dicapai kerana setiap komuniti


etnik masih mempertahankan sistem pendidikan yang diwarisi.

9.3.4 Laporan Barnes 1951


Pada tahun 1951, Jawatankuasa Barnes mencadangkan rombakan dalam segala
sistem pendidikan dengan menubuhkan dua jenis sekolah sahaja iaitu sekolah
Melayu dan sekolah Inggeris. Bahasa Cina dan bahasa Tamil diajar sebagai satu
mata pelajaran sahaja. Namun begitu, usul ini mendapat bantahan daripada
masyarakat Cina atas alasan pelaksanaan laporan ini akan menggugat pelajaran,
bahasa dan budaya mereka. Sementara itu, orang India juga membantah atas
alasan mereka juga ingin mempertahankan bahasa dan budaya mereka daripada
pupus. Hanya kaum Melayu sahaja yang menerima laporan ini. Oleh sebab
terdapatnya bantahan masyarakat Cina dan India, satu jawatankuasa baru
dilantik untuk mengkaji sistem pendidikan pelbagai kaum di Tanah Melayu.
Jawatankuasa itu kemudian mengemukakan laporannya yang dikenali sebagai
Laporan Fenn Wu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


246  TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL

9.3.5 Laporan Fenn Wu 1951


Laporan Fenn Wu ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan Barnes, serta
melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut
bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya komuniti Cina. Laporan ini
diketuai oleh Dr Fenn daripada Setiausaha Kerja Bersekutu Negara China serta
Dr Wu dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Terdapat beberapa cadangan
yang dibuat, kemudiannya menjadi asas Ordinan Pelajaran 1952.

Laporan Fenn Wu 1951 mencadangkan sekolah Cina patut dikekalkan. Malah,


sukatan pelajarannya juga hendaklah berasaskan negara China. Tujuannya
supaya tidak berlaku penghakisan budaya dan adat orang Cina. Selain itu,
sekolah vernakular Cina dibenarkan berfungsi dengan menggunakan bahasa
Cina sebagai bahasa pengantar. Murid akan mempelajari tiga bahasa iaitu bahasa
Cina, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris semasa sesi persekolahan. Laporan
Fenn Wu mengemukakan bahawa sekolah vernakular Cina perlu diteruskan
kerana menyumbang ke arah Tanah Melayu yang bersatu padu dengan
penggunaan buku teks yang berorientasikan negara ini. Buku teks yang
diperkenalkan khasnya di sekolah Cina perlu disesuaikan dengan keadaan di
Tanah Melayu.

Selepas laporan ini dikemukakan, terdapat pelbagai reaksi daripada banyak


pihak. Orang Melayu menolak Laporan Fenn Wu kerana mereka berpendapat
cadangan dalam laporan tersebut hanya menguntungkan komuniti Cina.

9.3.6 Ordinan Pelajaran 1952


Oleh sebab perselisihan yang didapati dalam Laporan Barnes dan Laporan Fenn
Wu, satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji dan menyelaraskan
cadangan dalam kedua-dua laporan itu. Jawatankuasa khas itu kemudian
menerima cadangan daripada Laporan Barnes untuk alasan perpaduan rakyat
berbilang kaum. Ordinan Pelajaran agak keras kerana menolak sistem sekolah
vernakular dan mengiktiraf hanya dua jenis sekolah rendah kebangsaan diiktiraf
dengan menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai pengantar.
Justeru, Ordinan Pelajaran ditolak disebabkan ia tidak mengiktiraf sekolah
vernakular Cina. Orang Cina mengganggap ia merupakan kaedah untuk
menjatuhkan kedudukan bahasa dan sekolah mereka. Sementara kaum Melayu
pula mendesak supaya bahasa Melayu diiktiraf dan sekolah Melayu diberikan
keutamaan. Laporan jawatankuasa khas kemudian diluluskan dan dikuatkuasakan
dalam Ordinan Pelajaran 1952. Walau bagaimanapun, rancangan itu tidak dapat
dilaksanakan kerana kekurangan kewangan dan keadaan kurang stabil
disebabkan zaman darurat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL  247

9.3.7 Laporan Woodhead 1955 (Sabah dan Sarawak)


Laporan Woodhead 1955 diperkenalkan kerana terdapat perbezaan yang ketara
dalam aspek pembangunan pendidikan bagi Sabah dan Sarawak. Beberapa
rumusan telah dibuat dalam laporan ini iaitu:

(a) Kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa lingua franca;

(b) Kerajaan perlu mengambil bahagian dalam menyediakan kemudahan di


sekolah;

(c) Kerajaan perlu menyediakan latihan untuk pasca sekolah;

(d) Biasiswa perlu disediakan untuk golongan yang kurang berkemampuan;

(e) Satu sistem pembiayaan pendidikan yang lebih teratur diwujudkan;

(f) The Grand Code 1955 diperkenalkan; dan


(g) Penyelarasan syarat perkhidmatan guru di semua sekolah.

Laporan ini diambil maklum oleh kerajaan di Sabah dengan melakukan beberapa
pindaan. Misalnya, cara penyatuan sistem pendidikan yang berbeza dalam satu
bentuk kebangsaan yang boleh diterima oleh semua kaum. Tindakan drastik
diambil oleh kerajaan Sabah dengan memperbaiki kaedah pengajaran bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris di sekolah Cina, bahasa Inggeris di sekolah Melayu
dan bahasa Melayu di sekolah Inggeris. Selain itu, kerajaan Sabah juga akan
memberikan pendidikan percuma kepada semua kaum. Di Sarawak pula, Laporan
Woodhead mencadangkan buku teks mestilah berorientasikan Sarawak
menggantikan buku teks dari luar seperti China, England dan Tanah Melayu.
Laporan ini juga meminta supaya lebih banyak sekolah rendah dibina di kawasan
pedalaman Sarawak.

9.3.8 Penyata Razak 1956


Laporan Razak atau Penyata Razak dipengerusikan oleh Tun Razak di bawah
Jawatankuasa Pelajaran 1956 yang terdiri daripada pelbagai etnik yang mewakili
kaum masing-masing iaitu sembilan Melayu, lima Cina dan seorang India.
Laporan Razak dijadikan Dasar Pendidikan yang pertama di Tanah Melayu.
Dasar ini lebih berpengaruh dalam memartabatkan bahasa Melayu dalam sistem
pendidikan dan seterusnya untuk membina negara bangsa. Antara usul utama
dalam Penyata Razak ialah:

(a) Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan sekolah
menengah;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


248  TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL

(b) Sekolah Jenis Kebangsaan akan menggunakan bahasa Cina, bahasa Tamil
dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar;

(c) Penggunaan sukatan pelajaran, sistem peperiksaaan, latihan perguruan dan


sistem nazir yang sama;

(d) Bagi memupuk kesatuan, Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib
untuk semua pelajar;

(e) Pendidikan dengan menggunakan bahasa Melayu dilanjutkan ke peringkat


menengah dan universiti;

(f) Sistem sekolah terbahagi pada tiga peringkat iaitu sekolah menengah rendah
(tiga tahun), sekolah menengah atas (dua tahun) dan sekolah pra universiti
(dua tahun);

(g) Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib diajar di semua sekolah rendah
dan menengah; dan

(h) Integrasi kaum boleh dicapai melalui penggunaan sukatan pelajaran yang
sama bagi semua sekolah dan kandungan buku teks mesti berorientasikan
kehidupan di Tanah Melayu.

Penyata Razak dibentangkan dan diluluskan sebulat suara oleh Majlis


Perundangan Persekutuan pada 7 Mac 1957 dan dikuatkuasakan sebagai
Ordinan Pelajaran 1957.

9.3.9 Ordinan Pelajaran 1957


Dalam Ordinan Pelajaran dinyatakan, „Bahawasanya dasar pelajaran seperti
yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan
satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan
mengalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya...‰.
Ordinan ini dikemukakan hasil daripada Laporan Barnes dan Laporan Fenn Wu.
Kerajaan British mencadangkan:

(a) Penubuhan dua jenis sistem persekolahan iaitu sekolah yang menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan satu lagi sekolah yang
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar;

(b) Kemudahan mata pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan
sekiranya terdapat permintaan daripada ibu bapa dengan bilangan 15 orang
murid; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL  249

(c) Bahasa Inggeris akan menjadi mata pelajaran wajib bagi sekolah Melayu,
manakala Bahasa Melayu akan menjadi mata pelajaran wajib bagi sekolah
Inggeris.

Ordinan ini tidak menghasilkan perubahan yang besar dalam dasar pendidikan
kerana kaum Cina meneruskan pendidikan mereka sendiri tanpa campur tangan
daripada kerajaan. Manakala, struktur persekolahan Melayu berjalan seperti
sediakala.

9.3.10 Laporan Rahman Talib 1960


Matlamat penubuhan laporan Rahman Talib 1960 ialah untuk mengkaji
pelaksanaan sistem pelajaran dan syor yang terkandung di dalam Penyata
Razak. Laporan ini juga menyemak dan membuat penambahbaikan mengikut
situasi pendidikan pada masa itu. Antara perubahan utama yang berlaku di
bawah Laporan Rahman Talib ialah:

(a) Pendidikan percuma untuk semua jenis sekolah rendah kerajaan dan
bantuan;

(b) Umur persekolahan murid dinaikkan daripada 12 tahun kepada 15 tahun.


Murid boleh naik darjah secara automatik hingga peringkat sekolah
menengah rendah;

(c) Penubuhan Sekolah Pelajaran Lanjutan untuk menampung murid yang


gagal mendapat tempat di sekolah menengah akademik;

(d) Menganjurkan peperiksaan awam dalam bahasa rasmi sahaja dan


memansuhkan peperiksaan yang bukan menggunakan bahasa Inggeris dan
Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar;

(e) Memberi bantuan kewangan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan


(aliran bahasa Melayu) dan sekolah jenis kebangsaan (aliran bahasa
Inggeris). Di samping itu bantuan kepada sekolah menengah yang tidak
akur dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan akan ditarik balik;

(f) Memberi tempat percuma kepada semua murid yang sedang belajar di
sekolah rendah, tidak kira apa jenis aliran pun; dan

(g) Penubuhan Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional untuk melatih murid
dalam berbagai-bagai bidang jurusan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


250  TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL

Pendidikan diberi secara percuma kerana taraf kemiskinan penduduk masih


tinggi. Di samping itu, bantuan ini menggalakkan rakyat meningkatkan taraf
hidup dan mampu memberi sumbangan untuk pembangunan negara dengan
menjadi tenaga rakyat yang mahir dan mempunyai jati diri.

9.3.11 Akta Pelajaran 1961


Akta Pelajaran 1961 digubal berdasarkan syor yang dikemukakan oleh Laporan
Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Akta ini memberikan penekanan
terhadap penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di
sekolah dan dalam peperiksaan awam. Berdasarkan Akta Pelajaran 1961, antara
usul utamanya ialah:

(a) Bahasa kebangsaan ialah medium perhubungan di Malaysia dan


dipraktikkan bukan setakat pada peringat sekolah rendah, tetapi juga pada
peringkat menengah dan universiti;

(b) Hanya terdapat dua jenis sekolah sahaja iaitu Sekolah Kebangsaan dan
Sekolah Jenis Kebangsaan;

(c) Menyeragamkan sistem peperiksaan dan persekolahan walaupun terdapat


perbezaan bahasa di peringkat rendah dan menengah;

(d) Memberi penekanan terhadap pendidikan teknik dan vokasional;

(e) Memberi penekanan terhadap pendidikan moral dan keagamaan bagi


mengukuhkan semangat saling menghormati antara etnik yang berbeza;

(f) Penyediaan pendidikan Islam kepada pelajar beragama Islam yang berumur
melebihi 15 tahun; dan

(g) Pendidikan akhlak dan rohani perlu diberikan penekanan.

Perkembangan pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu pada tahun seterusnya


berpandukan dasar pendidikan kebangsaan yang diperuntukkan dalam Akta
Pelajaran 1961. Akta ini masih mengekalkan tujuan asas dalam Penyata Razak
1956 dan Laporan Rahman Talib 1960.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL  251

9.3.12 Dasar Pendidikan Kebangsaan 1970


Masyarakat di negara kita terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai latar
belakang dan budaya yang berbeza. Malah, perbezaan ini ditambah dengan
perbezaan taraf hidup, ekonomi, bandar dengan luar bandar, serta perbezaan
wilayah Sabah dan Sarawak. Jurang perbezaan ini sedikit sebanyak
mempengaruhi corak ketidakseimbangan antara kaum yang akhirnya akan
menghalang proses ke arah kesepaduan sosial. Atas kesedaran ini, Dasar
Pendidikan Kebangsaan 1970 digubal dengan menerapkan prinsip yang
terkandung dalam Rukun Negara agar setiap penduduk menghayati dan
berpegang teguh terhadap lima prinsip yang terkandung di dalamnya.

9.3.13 Laporan Kabinet 1979


Pada tahun 1974, kerajaan menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet yang
ditugaskan untuk mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Jawatankuasa ini mengkaji semula matlamat dan kesan sistem pendidikan,
termasuk kurikulumnya untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat di
negara ini dapat dipenuhi. Namun apa yang lebih penting bagi kerajaan ialah
sistem pendidikan ini dapat memenuhi matlamat negara ke arah pembentukan
masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Beberapa pendekatan
telah dirancang dalam Laporan Kabinet 1979 antaranya ialah:

(a) Penekanan terhadap pendidikan asas 3M (membaca, menulis dan mengira);

(b) Penekanan terhadap pendidikan kerohanian, iaitu Pendidikan Agama dan


Moral serta nilai-nilai disiplin yang diingini;

(c) Penekanan terhadap kurikulum sekolah yang mencerminkan identiti negara;

(d) Pelaksanaan pendidikan menengah atas melalui dua jurusan iaitu akademik
dan vokasional;

(e) Peluang diberi untuk melanjutkan persekolahan daripada sembilan tahun ke


sebelas tahun, iaitu hingga ke tingkatan lima;

(f) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan kebangsaan; dan

(g) Meningkatkan mutu pendidikan dan pelajaran keseluruhannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


252  TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL

Pembentukan Laporan Kabinet 1979 ialah hasil respons Jawatankuasa Kabinet


1974. Pembentukan Jawatankuasa Kabinet 1974 pula rentetan daripada rusuhan
kaum 13 Mei 1969, pembentukan Rukun Negara 1970 dan Dasar Ekonomi Baru
1970. Laporan kabinet 1979 telah menetapkan dengan jelas ciri warganegara
Malaysia yang ingin dibentuk melalui sistem pendidikan kita iaitu „mereka bukan
sahaja perlu cekap malahan boleh berfikir dan bertindak dengan baik sama ada
secara sendiri, mahupun secara beramai-ramai dengan berpandukan punca-punca
akhlak yang mulia. Tegasnya, individu yang lahir daripada sistem persekolahan
negara perlu selaras dengan tujuan pembangunan manusia‰.

SEMAK KENDIRI 9.3

1. Terangkan proses ke arah penyatuan sistem pendidikan di


Malaysia.

2. Senaraikan laporan jawatankuasa pendidikan yang diterbitkan


sebelum merdeka.

9.4 JENIS SEKOLAH


Tahukah anda jenis sekolah yang wujud di Malaysia? Sebagai sebuah negara
yang terdiri daripada pelbagai etnik, maka sudah pasti kita mempunyai jenis
sekolah tertentu. Perubahan jenis sekolah ini dikaitkan dengan proses ke arah
usaha untuk mengintegrasikan para pelajar sebagai satu bangsa dalam sebuah
negara. Negara kita bergerak daripada sistem pendidikan yang terpisah ke arah
satu sistem pendidikan. Proses ini tidak dapat dielakkan sebagai usaha ke arah
penyatuan sistem pendidikan dan membolehkan para pelajar daripada pelbagai
etnik bertemu secara fizikal di satu tempat. Kewujudan sistem pendidikan
terpisah apabila kita mengiktiraf sistem pendidikan vernakular. Dalam usaha
penyatuan sistem pendidikan ini, kerajaan menjelmakan sekolah kebangsaan
yang memberikan peluang para pelajar daripada pelbagai etnik belajar di bawah
satu bumbung. Sambutan yang dingin dalam kalangan ibu bapa daripada etnik
bukan Melayu telah melahirkan satu sistem pendidikan lagi yang dipanggil
sebagai Sekolah Wawasan. Walaupun konsep Sekolah Wawasan masih belum

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL  253

mampu menterjemahkan usaha penyatupaduan kerajaan, tetapi konsep ini


adalah yang terbaik setakat ini. Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan
tiga jenis sekolah yang mendasari perkembangan para pelajar di Malaysia iaitu
Sekolah Kebangsaan, Sekolah Vernakular dan Sekolah Wawasan seperti yang
dapat dilihat dalam Rajah 9.5.

Rajah 9.5: Jenis sekolah di Malaysia

9.4.1 Sekolah Kebangsaan


Sistem pendidikan negara pelbagai aliran menyebabkan tidak ada acuan
khusus yang boleh digunakan untuk membentuk kesepaduan sosial. Hal ini
menyebabkan ibu bapa cenderung memilih aliran mengikut kaum masing-
masing. Kita perlu sedar usaha memupuk kesepaduan sosial harus bermula pada
peringkat awal lagi. Oleh itu, sekolah kebangsaan perlu diperkasakan bagi
menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Pelajar perlu dilatih
untuk hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patriotisme serta
berakomodatif yang tinggi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


254  TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL

Fokus memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) pada peringkat sekolah rendah


dan menengah adalah untuk menjadikan sekolah ini lebih beraspirasi nasional,
meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan meningkatkan kualiti
prasarana supaya sekolah kebangsaan kekal sebagai sekolah pilihan utama
masyarakat Malaysia sepertimana yang disarankan oleh DatoÊ Sri Hishammuddin
Tun Hussein, mantan Menteri Pendidikan:

„KPM akan berusaha menjadikan Sekolah Kebangsaan lebih beraspirasi


nasional, meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar,
membangunkan budaya sekolah yang cemerlang, meningkatkan kualiti
kepimpinan, pengurusan dan guru-guru, menyeimbangkan nisbah guru dari
pelbagai etnik serta meningkatkan penglibatan dan rasa kepunyaan ibu bapa
serta komuniti terhadap Sekolah Kebangsan‰
(DatoÊ Sri Hishammuddin Tun Hussein, 2005)

Sasaran jangka panjang Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk


menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
daripada semua segi seperti prasarana, disiplin dan keselamatan pelajar,
pencapaian kokurikulum dan sukan, pengurusan ICT, kualiti guru dan
kepimpinan sekolah.

Walaupun KPM memberikan penekanan terhadap usaha memperkasakan


sekolah kebangsaan, namun Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) tidak akan
diabaikan supaya pendidikan untuk anak bangsa Malaysia di sekolah tersebut
terjamin. Perkasanya sesebuah sekolah bermaksud sekolah tersebut telah
mencapai tahap kecemerlangan yang boleh diukur berasaskan output atau hasil
pencapaian dalam bidang akademik, selain daripada disiplin murid yang baik,
kepuasan kerja guru yang tinggi, serta keadaan infrastruktur sekolah yang
lengkap, bersih dan ceria.

9.4.2 Sekolah Vernakular


Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan panggilan vernakular? Menurut
Kamus Dewan, Edisi Keempat, perkataan vernakular merujuk pada bahasa yang
dipertuturkan oleh golongan atau kaum tertentu. Justeru, dalam konteks sekolah
kita, ia merujuk pada sekolah yang terikat menggunakan bahasa ibunda masing-
masing. Misalnya, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) atau Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil (SJKT). Dalam konteks Malaysia, seperti yang dijelaskan dalam
topik sebelum ini, kewujudan pendidikan kita adalah dalam keadaan terpisah
berasaskan kaum. Kaum Melayu dengan sistem pendidikan yang berasaskan
pendidikan agama dan pendidikan moden yang diperkenalkan British.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL  255

Namun begitu, perbincangan kali ini lebih tertumpu pada sekolah vernakular dan
menyentuh tiga aliran sekolah dengan lebih mendalam. Khususnya, terdapat tiga
jenis sekolah vernakular iaitu Melayu, Cina dan Tamil. Pada zaman penjajahan
British, terdapatnya sekolah aliran Inggeris, tetapi sekolah aliran Inggeris berakhir
setelah tamatnya penjajahan British di Tanah Melayu. Sekolah vernakular Melayu
yang pertama ditubuhkan adalah pada tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau
Pinang. Sekolah vernakular Melayu telah ditubuhkan pertama kalinya di Negeri
Selat dengan sokongan kerajaan British. Pada tahun 1856, terdapat dua buah
sekolah vernakular Melayu yang ditubuhkan pertama kalinya di Singapura pada
tahun 1858 hingga 1863. Selain itu, British juga menubuhkan beberapa buah
sekolah lagi di Pulau Pinang dan Melaka. Kekurangan guru merupakan faktor
tiada sekolah menengah Melayu pada waktu itu. Ini mendorong sehingga
tertubuhnya dua buah maktab perguruan, iaitu Maktab Perguruan Sultan Idris
(MPSI) di Tanjung Malim, Perak pada tahun 1922 dan Maktab Perguruan
Perempuan Melaka (MPPM) di Melaka pada tahun 1935.

Sementara itu, sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 di Melaka
dan 1819 di Singapura. Menurut sejarah pada tahun 1900, terdapat dua orang
menteri dari China iaitu Kang You Wei dan Liang Oi Chau membangunkan
sekolah vernakular China dengan menggabungkan kaedah pengajaran menurut
Confucius dan sains barat. Sekolah vernakular Tamil dibuka di kawasan ladang
seperti getah, sawit, kopi dan tebu di Tanah Melayu. Terdapat pelbagai usaha
dilakukan oleh kerajaan untuk merapatkan jurang perbezaan antara sekolah
vernakular. Antara sumbangan terbesar ialah menerusi Penyata Razak 1956
hingga mewujudkan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1970 yang menyeragamkan
sistem pendidikan kita yang terdiri daripada pelbagai aliran. Walaupun timbul
pelbagai isu tentang sekolah vernakular, tetapi ia termaktub di bawah perjanjian
atau kontrak antara kaum Melayu dan bukan Melayu bagi menjaga adat, bahasa
dan budaya kaum yang terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.

9.4.3 Sekolah Wawasan


Antara usaha kerajaan dalam menjayakan matlamat integrasi nasional ialah
pelaksanaan Sekolah Wawasan. Konsep Sekolah Wawasan dikemukakan buat
pertama kali pada tahun 1995 oleh Kementerian Pendidikan dengan matlamat
meningkatkan tahap integrasi masyarakat, khasnya dalam kalangan pelajar
sekolah rendah. Ini kerana konsep sekolah vernakular gagal untuk memupuk dan
merapatkan hubungan antara etnik dan mengurangkan perasaan „ethnocentrism‰
dalam kalangan pelajar bukan Melayu, serta mengurangkan gambaran
„stereotype‰ dalam kalangan pelajar Melayu. Perkembangan ini sudah tentu
bertentangan dengan hasrat dan cita-cita kerajaan untuk mewujudkan
perhubungan yang erat tanpa mengira etnik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


256  TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL

Sekolah Wawasan ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang memberi


peluang yang luas kepada pelajar pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteaksi
melalui pelbagai aktiviti, tanpa menjejaskan status dan perkembangan sekolahnya.
Konsep Sekolah Wawasan adalah berasaskan idea belajar bersama di bawah satu
bumbung atau satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama.
Jelasnya, konsep sekolah ini adalah untuk melahirkan perpaduan kaum yang kuat
dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Menurut
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK), N.
Siva Subramaniam dan aktivis masyarakat, Datuk Lee Lam Thye, Sekolah
Wawasan akan dapat menghapuskan polarisasi kaum dan meningkatkan
semangat perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik. Sekolah Wawasan ini akan
mempunyai nama, lencana, lagu dan peperiksaan yang tersendiri selain sistem
pentadbiran yang diketuai oleh guru besar dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) masing-masing. Selain itu, bahasa ibunda dibenarkan untuk digunakan
sebagai bahasa pengantar, selain bahasa kebangsaan.

Antara matlamat Sekolah Wawasan adalah:

(a) Mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid yang pelbagai etnik dan
latar belakang;

(b) Memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran;

(c) Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang
tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu; dan

(d) Menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah


melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti lain di
sekolah.

Justeru, Sekolah Wawasan sebenarnya mempunyai matlamat yang murni iaitu


mengintegrasikan para pelajar sekolah yang pelbagai etnik. Setakat ini terdapat
lima Sekolah Wawasan telah dibina iaitu:

(a) Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar Perak;

(b) Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar Kedah;

(c) Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai Pulau Pinang;

(d) Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya Selangor; dan

(e) Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung Perak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL  257

SEMAK KENDIRI 9.4


1. Jelaskan kaitan antara Falsafah Pendidikan Negara dengan
perpaduan kaum di Malaysia.

2. Selain sebuah badan induk dalam sisitem pendidikan negara,


apakah peranan yang seharusnya dimainkan oleh Kementerian
Pendidikan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia.

3. Bagaimanakah Sekolah Wawasan boleh memainkan peranan


dalam mewujudkan integrasi kaum di Malaysia.

4. Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh sekolah kebangsaan


dalam meningkatkan perhubungan antara kaum?

 Pendidikan memainkan peranan penting dalam mewujudkan hubungan


etnik yang baik dalam kalangan para pelajar pelbagai etnik pada peringkat
sekolah lagi.

 Asas sistem pendidikan kita adalah sistem pendidikan vernakular dengan


pendidikan yang berasaskan bahasa ibunda masing-masing.

 Perkembangan sistem pendidikan kita mengalami sejarah yang panjang.


Bermula dengan sistem yang terpisah-pisah iaitu dalam bentuk lima aliran
iaitu berbentuk:

ă Sekolah pondok;

ă Sekolah aliran Melayu;

ă Sekolah aliran Inggeris;

ă Sekolah aliran Cina; dan

ă Sekolah aliran Tamil.

 Sistem pendidikan yang terpisah terdiri dari lima aliran ini telah mengalami
proses ke arah penyatupaduan dan keseragaman sistem di peringkat sekolah
pelbagai aliran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


258  TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL

 Usaha penyatupaduan sistem pendidikan bermula dengan laporan yang


dikeluarkan oleh Laporan Cheeseman 1946. Laporan ini membenarkan
penggunaan bahasa ibunda masing-masing di peringkat sekolah rendah.
Jawatankuasa Car Saunders 1947 melihat peluang bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar di peringkat universiti, tetapi sukar dilaksanakan kerana
tidak mendapat sokongan daripada kaum bukan Melayu.

 Pada tahun 1949, Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum diwujudkan untuk


memupuk penyatuan dalam masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
kaum melalui peranan sekolah.

 Laporan Barnes 1951 mencadangkan pembentukan sekolah kebangsaan


untuk semua kaum, tetapi ditentang oleh orang bukan Melayu.

 Laporan Fenn-Wu 1951 dikemukakan untuk menyelesaikan masalah ini


apabila berjaya menyakinkan kerajaan bahawa sekolah vernakular Cina
harus diteruskan. Laporan Fenn-Wu juga mengiktiraf peranan sekolah
pelbagai aliran di Tanah Melayu.

 Ordinan dikeluarkan pada 1952 dikenali sebagai Ordinan Pelajaran 1952.


Antara perkara penting yang diberikan penekanan dalam ordinan ini adalah
menolak sistem sekolah vernakular. Ordinan ini juga mencadangkan ke arah
penguasaan bahasa ibunda masing-masing di sekolah kebangsaan. Namun
begitu, cadangan tidak dapat direalisasikan kerana mengalami masalah
kewangan dan berlakunya darurat.

 Pada tahun 1955, Laporan Woodhead 1955 berkaitan sistem pendidikan di


Sabah dan Sarawak dilaksanakan. Kajian ini mengemukakan resolusi
berkaitan dengan sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak untuk semua
kaum.

 Penggubalan sistem pendidikan yang bersepadu untuk semua kaum telah


bermula apabila Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956 yang dinamakan
Laporan Razak dikeluarkan. Laporan ini dipengerusikan oleh Tun Razak.
Laporan ini penting kerana menyediakan asas penting untuk sistem
pendidikan dan kurikulum pendidikan sekarang. Antara perkara yang
penting dalam laporan ini adalah integrasi kaum hanya akan dapat dicapai
apabila setiap sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL  259

 Laporan Rahman Talib 1960 dikemukakan sebagai kesinambungan daripada


Laporan Razak. Antara yang diberikan penekanan dalam Laporan Rahman
Talib ialah pengiktirafan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
dalam peperiksaan awam, serta penggunaan bahasa selain daripada bahasa
ini tidak diiktiraf.

 Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib menyediakan asas yang penting
untuk Akta Pelajaran 1961. Akta pelajaran 1961 mengekalkan syor yang
dikemukakan oleh Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib di samping
memperuntukkan cara untuk manjayakan rancangan tersebut.

 Dasar Pendidikan Kebangsaan 1970 menjadi asas Dasar Pendidikan


Kebangsaan yang diamalkan hingga hari ini. Dasar Pendidikan Kebangsaan
mengambil kira Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960
yang kemudiannya dimaktubkan ke dalam Akta Pelajaran 1961. Dasar
Pendidikan Kebangsaan merupakan dasar yang digubal untuk mewujudkan
persefahaman dan perpaduan kaum melalui pendidikan.

Akta Pelajaran 1961 Ordinan Pelajaran 1957


Akta Pendidikan 1996 Pendidikan vernakular
Dasar Pendidikan Kebangsaan 1970 Penyata Razak 1956
Laporan Barnes 1951 Sekolah Inggeris
Laporan Fenn-Wu 1951 Sekolah kebangsaan
Laporan Rahman Talib 1960 Sekolah pondok
Laporan Woodhead 1955 Sekolah vernakular
Ordinan Pelajaran 1952 Sekolah wawasan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


260  TOPIK 9 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL

Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi pendidikan dalam menghadapi cabaran


2020. Kuala Lumpur, Malaysia: Nurin Enterprise.

Berita Harian, 6 Ogos 2000.

Berita Harian, 8 November 2000.

Ee Ah Meng. (1989). Pendidikan di Malaysia untuk guru pelatih. Petaling Jaya,


Malaysia: Fajar Bakti.

Kamus Dewan. (2005). Ed.ke-4. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mahdi Shuib et al. (2010). Pendidikan negara bangsa Malaysia. Puchong,


Malaysia: Penerbitan Multimedia.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). (2006-2010). Rancangan Malaysia


ke-9. Kuala Lumpur, Malaysia: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Falsafah pendidikan kebangsaan,


matlamat dan misi. Kuala Lumpur, Malaysia: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Sanusi Osman. (1989). Ikatan etnik dan kelas di Malaysia. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Shahril@Charil Marzuki, & Habib Mat Som. (1999). Isu pendidikan di Malaysia:
Sorotan dan cabaran. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publication &
Distributos.

Suffean Hussin. (1996). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, sistem dan falsafah.


Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Winstedt, R.O. (1905). Special Reports on Educational Subjects CMD 2379,


London, England: Colonial Office.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Hubungan
10 Etnik dalam
Realiti
Masyarakat
Malaysia
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan pengalaman seharian yang dilalui oleh rakyat
Malaysia di dalam sebuah negara yang berbilang etnik;
2. Menganalisis realiti kehidupan masyarakat Malaysia dalam usaha
untuk membentuk kesepaduan sosial antara rakyat yang berbilang
etnik; dan
3. Menjelaskan kejayaan Malaysia dalam mengurus hubungan etnik
sejak negara mencapai kemerdekaan sehinggalah ke hari ini.

 PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik. Namun
begitu, kepelbagaian etnik ini tidak membawa konflik yang kronik sebagaimana
di Afrika atau di tempat lain di dunia. Walaupun sesetengah tempat terdiri
daripada satu etnik sahaja, mereka mengalami konflik etnik yang amat dahsyat
seperti di Rwanda, Somalia dan sebagainya. Apakah formula yang diguna
pakai oleh Malaysia? Bagaimanakah penerimaan masyarakat Malaysia kepada
kepelbagaian ini?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


262  TOPIK 10 HUBUNGAN ETNIK DALAM REALITI MASYARAKAT MALAYSIA

Oleh yang demikian, perbincangan dalam topik akhir ini berusaha mendekati
dan memberikan kefahaman kepada kita bagaimana Malaysia menguruskan
masyarakat yang pelbagai sifatnya. Apakah realiti yang terdapat dalam
masyarakat hingga Malaysia berjaya menguruskan rakyatnya? Kejayaan
Malaysia dilihat oleh pihak lain sebagai hal yang ajaib. Dalam konteks
perbincangan kita, topik ini adalah „Kesepaduan Sosial.‰ Ini kerana Malaysia
sebenarnya berjaya menguruskan kesepaduan sosial dan bukannya perpaduan.
Kita sebenarnya masih jauh untuk mencapai perpaduan yang sebenar. Apa yang
kita dapat capai adalah kesepaduan sosial. Perbincangan dalam topik ini adalah
dalam bentuk takrifan harian dan takrifan berautoriti. Rajah 10.1 menunjukkan
praktikal kesepaduan sosial dalam realiti masyarakat Malaysia.

Rajah 10.1: Praktikal kesepaduan sosial dalam realiti masyarakat Malaysia

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HUBUNGAN ETNIK DALAM REALITI MASYARAKAT MALAYSIA  263

10.1 PENGALAMAN MALAYSIA MENGURUS


MASYARAKAT
Setelah 50 tahun merdeka, Malaysia kini berjaya membangunkan negara dengan
acuannya sendiri tanpa perlu mengikut cara atau kaedah negara lain. Pengalaman
50 tahun dalam membangunkan sebuah negara sangat berharga buat Malaysia.
Bahkan, acuan Malaysia dalam membentuk masyarakat untuk hidup bercorakkan
„kesepaduan dalam kepelbagaian‰ kemungkinan menjadi model ikutan negara
yang masih dalam proses mencari penyelesaian untuk membina masyarakat di
negara masing-masing.

Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan juga mempunyai
masyarakat pelbagai etnik. Di Semenanjung, etnik utamanya ialah Melayu, Cina
dan India, manakala di Sabah dan Sarawak pula etnik utamanya ialah Kadazan,
Bajau, Bidayuh, Iban, Kayan, Kenyah, Murut dan lain-lain. Kesemua etnik di
Semenanjung, Sabah dan Sarawak dikategorikan sama ada Bumiputera dan bukan
Bumiputera berdasarkan keturunan. Dalam hal menguruskan masyarakat
pelbagai etnik seperti Malaysia, negara lain menjadikan Malaysia sebagai contoh.
Ini dibuktikan apabila rakyat Malaysia masih mampu untuk hidup bersatu padu
dan dapat menyelesaikan masalah untuk mengelakkan konflik. Senario ini yang
dapat digambarkan tentang kewujudan persefahaman dan perpaduan yang erat
dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di negara kita.

Boleh dikatakan sebahagian besar kejayaan Malaysia dalam menguruskan


hubungan etnik merentasi bangsa ini ialah hasil usaha yang dilaksanakan oleh
pihak pemerintah dan disokong oleh sektor swasta dan badan bukan kerajaan
(NGO). Usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang harmoni
memerlukan proses yang berterusan dan begitu juga pemupukan perpaduan dan
hubungan etnik yang mantap dalam kalangan rakyat Malaysia haruslah bersifat
istiqamah. Usaha ini dipelopori oleh pihak pemerintah untuk memastikan
kestabilan politik dan keadilan sentiasa terpelihara.

Hubungan etnik yang kukuh adalah penting untuk negara seperti Malaysia.
Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan terdiri daripada pelbagai
etnik dan memiliki iltizam ke arah mewujudkan sebuah negara yang harmoni,
rakyat Malaysia perlu memiliki kemantapan semangat perpaduan, serta ikatan
integrasi erat antara etnik mahu pun wilayah. Hal ini penting bagi menjamin
kelangsungan negara Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai etnik dan
mempunyai wilayah yang terpisah iaitu Malaysia barat dan timur. Maka,
perpaduan, integrasi dan amalan toleransi merupakan perkara penting yang
perlu dihayati oleh setiap etnik yang hidup di Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


264  TOPIK 10 HUBUNGAN ETNIK DALAM REALITI MASYARAKAT MALAYSIA

Negara kita memiliki keistimewaan yang boleh dikaitkan dengan ciri-ciri latar
belakang warganegaranya yang pelbagai etnik. Etnik-etnik ini berkomunikasi
dengan menggunakan Bahasa Melayu yang diletakkan sebagai bahasa
kebangsaan, serta menjadi medium untuk berinteraksi dalam pertuturan harian
sehingga membolehkan mereka berkomunikasi dengan fasih. Ini menunjukkan
masyarakat Malaysia mampu untuk hidup bersama-sama walaupun mempunyai
bahasa, agama dan kepercayaan yang berbeza. Situasi yang saling berkait antara
individu dengan individu dan antara kelompok dengan kelompok lain dalam
kehidupan seharian mereka memang tidak dapat dielakkan. Hal ini didorong
oleh situasi saling kebergantungan untuk kelangsungan hidup kerana tidak ada
individu atau kelompok yang sempurna kebolehan, keupayaan dan kehendak
naluri mereka dalam usaha untuk memenuhi keperluan hidup harian masing-
masing. Tanpa kita sedari, tindakan saling kebergantungan ini terus dilakukan
dalam tempoh yang lama dan ianya menzahirkan hubungan berbentuk
kesepaduan dalam masyarakat, lebih-lebih lagi dalam masyarakat pelbagai etnik.

Dalam sebuah negara, kejayaan dari sudut pembinaan material yang bersifat
nampak atau tangible seperti membina pencakar langit sebagai tanda
kemegahan sesebuah negara itu kedengarannya mudah, namun bagaimana pula
untuk membina masyarakat di dalam negara tersebut? Membina masyarakat
ialah usaha yang bersifat tidak nampak atau intangible dan matlamat ini menjadi
bertambah rumit apabila masyarakat yang ingin dibentuk dalam negara tersebut
rencam dari segi etniknya. Bagi menangani situasi ini, Malaysia berjaya menemui
satu formula yang telah memandu masyarakat Malaysia selama 56 tahun.
Formula Malaysia membina masyarakat itu dipanggil „kesepaduan sosial‰.

„Kesepaduan dalam kepelbagaian‰ (cohesion in diversity) merupakan situasi


yang paling sesuai digunakan untuk menggambarkan rakyat Malaysia yang
rencam. Ini berbeza dengan situasi „perpaduan dalam kepelbagaian‰ (unity in
diversity) yang digunakan oleh media tempatan, yakni situasi tersebut lebih
menggambarkan bahawa Malaysia sudah bersatu sepenuhnya dan tidak perlu
lagi melalui proses ke arah perpaduan. Untuk memahami hal ini dalam konteks
Malaysia, dapat diperincikan bahawa perkataan „kesepaduan‰ (cohesion) lebih
sesuai digunakan berbanding perkataan „perpaduan‰ (unity) kerana perkataan
kesepaduan itu merujuk pada sesuatu proses masyarakat yang sedang bersatu.
Dalam erti kata lain, masyarakat Malaysia masih belum lagi bersatu sepenuhnya,
namun masih dalam proses untuk bersatu. Justeru, apa yang kita nikmati
sepanjang 56 tahun negara mencapai kemerdekaan ialah situasi yang dipanggil
„kesepaduan dalam kepelbagaian‰ yang berasaskan formula „kesepaduan
sosial‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HUBUNGAN ETNIK DALAM REALITI MASYARAKAT MALAYSIA  265

Usaha untuk mengimplimentasikan formula kesepaduan sosial di Malaysia


bermula selepas berlakunya tragedi berdarah pada 13 Mei 1969. Sejak titik hitam
itu, pelbagai usaha cuba diketengahkan oleh pihak kerajaan agar air yang keruh
dapat dijernihkan kembali. Proses untuk menjernihkan air yang keruh dalam
kalangan rakyat melalui kesepaduan sosial bermula pada awal era 1970an
sehinggalah kini. Itulah formula Malaysia sepanjang tempoh selepas tragedi
13 Mei 1969 dalam membina masyarakat berbilang etnik. Peristiwa berdarah
13 Mei 1969 tidak mahu diulangi mahu pun disebut dalam lipatan sejarah
negara. Boleh dikatakan peristiwa ini terlalu sensitif untuk diungkit apa lagi
diperkatakan pada hari ini setelah hampir 40 tahun lebih berlaku peristiwa itu.

Namun di sebalik tragedi itu, lahirlah Rukun Negara yang diwujudkan sebagai
garis panduan kehidupan setiap rakyat Malaysia. Kesepaduan sosial dalam
kalangan masyarakat jarang-jarang dinikmati oleh masyarakat di lain-lain
negara, terutamanya negara dunia ketiga sejak mereka mengecapi kemerdekaan
sehinggalah hari ini. Itulah realiti masyarakat Malaysia kini dan model Malaysia
dalam membina masyarakat.

Konsep negara bangsa merupakan konsep yang penting dalam proses


pembangunan negara terutamanya ketika baru merdeka sehinggalah masa ini.
Walaupun idea untuk membentuk sebuah negara bangsa sudah muncul sejak
zaman kolonial British lagi, namun konsep negara bangsa yang cuba
diketengahkan ketika itu lebih menumpukan pada pembentukan negara bangsa
yang agak lemah dan pihak kolonial sebenarnya tidak memahami apa yang
diinginkan oleh rakyat.

Biasanya, hubungan baik berlaku secara semula jadi antara individu atau
masyarakat yang mempunyai perbezaan latar belakang bahasa, agama dan
budaya. Pengalaman harian yang wujud daripada hubungan tersebut pula terjadi
melalui bermacam-macam situasi dan ruang lingkup yang luas, contohnya seperti
melalui perkongsian dalam aspek ruang awam. Aspek tersebut sebenarnya
memainkan peranan penting dan memberikan kesan yang mendalam sama ada
secara sedar atau tidak dalam proses membina kesepaduan antara etnik di
Malaysia.

AKTIVITI 10.1

Dengan merujuk beberapa buah negara yang bergolak, bincangkan


penyebab pergolakan tersebut. Buat perbandingan dengan Malaysia
dan bentangkan di dalam kelas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


266  TOPIK 10 HUBUNGAN ETNIK DALAM REALITI MASYARAKAT MALAYSIA

10.2 PENGALAMAN HARIAN


Tempoh 56 tahun untuk Malaysia dalam membina masyarakat sememangnya
merupakan tempoh yang agak lama. Dalam jangka masa itu, apa-apa pun boleh
terjadi. Namun begitu, untuk membangunkan negara dan membina masyarakat
dalam tempoh tersebut sebenarnya masih belum cukup terutamanya proses
membina masyarakat. Ini kerana proses untuk membina masyarakat dalam
sesebuah negara ialah suatu proses yang berterusan atau on-going process.
Lebih-lebih lagi bagi negara dunia ketiga yang pernah dijajah pada suatu masa
dahulu dan merdeka sekitar tahun 1940an, 1950an dan 1960an. Jika 56 tahun
dikaitkan dengan umur seorang individu, sudah pasti individu tersebut sudah
boleh berkira-kira untuk bersara daripada pekerjaan atau mungkin umur
tersebut sudah sampai tempoh untuk bersara wajib. Analoginya, usia Malaysia
kini hampir mencapai tempoh bersara wajib dalam pekerjaan. Dari sudut
pengalaman harian rakyat Malaysia, apakah yang rakyat Malaysia nikmati
sepanjang tempoh 56 tahun?

Pengalaman harian ialah hal yang boleh dikaitkan dengan pengalaman atau apa
yang dialami oleh seorang rakyat Malaysia dalam kehidupan sosial beliau sehari-
hari yang mungkin melibatkan komunikasi dengan etnik yang lain. Topik
mengenai pengalaman harian ini juga boleh dikaitkan dengan idea yang
diketengahkan oleh Shamsul Amri Baharuddin menakrifkan pengalaman harian
sebagai takrifan harian atau everyday defined. Antonim untuk takrifan harian
pula ialah takrifan autoriti (authority defined).

Ringkasnya, takrifan autoriti bermaksud panduan atau peraturan yang


digariskan oleh pihak pemerintah yang perlu dipatuhi oleh rakyat. Manakala
takrifan harian pula bermaksud tidak semestinya panduan dan peraturan yang
digariskan oleh pihak pemerintah akan dipatuhi dan dituruti oleh rakyat biasa.

Dalam memahami hal ini, beliau menyatakan bahawa jika pihak pemerintah
(takrifan autoriti) telah menetapkan dalam Perlembagaan Negara yang
termaktub dalam Artikel 160 bahawa seseorang Melayu itu ialah individu yang
boleh bertutur dalam Bahasa Melayu, menganut agama Islam dan mengamalkan
adat resam dan budaya Melayu. Namun dalam realiti masyarakat Malaysia
sebenar atau pengalaman harian seorang rakyat Malaysia, adakah individu
yang menggelarkan dirinya sebagai Melayu mempunyai ketiga-tiga ciri yang
dinyatakan tadi? Ada kemungkinannya tidak. Kini, terdapat individu Melayu
yang tidak fasih berbahasa Melayu dan kemungkinan ada yang tidak tahu
langsung berbahasa Melayu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HUBUNGAN ETNIK DALAM REALITI MASYARAKAT MALAYSIA  267

Selain itu, dari sudut agama pula, Islam diletakkan sebagai agama rasmi
persekutuan, namun agama lain bebas diamalkan tanpa sekatan (takrifan
autoriti). Namun di Malaysia, hanya Islam yang beraliran Ahli Sunnah wal
Jamaah daripada mazhab Shafie sahaja yang dibolehkan untuk diamalkan di
Malaysia. Dari sudut takrifan harian atau pengalaman harian, adakah semua
rakyat Malaysia yang beragama Islam tergolong dalam umat Islam yang
beraliran Sunnah wal Jamaah bermazhab Shafie? Itulah dua contoh mudah yang
berkaitan dengan Melayu dan Islam yang dapat dibincangkan mengenai
pengalaman harian rakyat Malaysia dalam menjalani kehidupan seharian di
negara bertuah ini.

Berbalik pada isu pengalaman harian rakyat Malaysia bersosial bersama rakan-
rakan daripada etnik yang berbeza dalam kehidupan seharian. Seperti yang telah
disebutkan sebelum ini, aspek seperti ruang sosial dan makanan merupakan dua
aspek penting yang memainkan peranan yang sangat kuat dalam memupuk
kesepaduan sosial di Malaysia. Sebagai contoh, kita ambil aspek ruang awam.
Contoh ruang awam ialah seperti restoran mamak yang tumbuh ibarat
cendawan selepas hujan di negara kita pada hari ini (lihat Rajah 10.2). Konsep
1Malaysia yang sering kita dengar di media sama ada yang bercetak mahu pun
elektronik memang jelas menyatakan bahawa restoran mamak merupakan ruang
sosial rakyat Malaysia.

Rajah 10.2: Restoran mamak merupakan salah satu ruang awam masyarakat Malaysia
Sumber: http://business.malaysia.my/en/featured/opportunities/mamak-
restaurantsfrom-humble-beginningsto-billiondollar-business

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


268  TOPIK 10 HUBUNGAN ETNIK DALAM REALITI MASYARAKAT MALAYSIA

Pada masa kini, restoran mamak atau restoran India Muslim merupakan tempat
makan yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk bersantai. Tambahan
pula restoran tersebut kini begitu cepat memahami kehendak rakyat Malaysia
dari segi menyediakan kemudahan di restoran tersebut seperti waktu perniagaan
selama 24 jam, kemudahan jalur lebar atau Wi-Fi, sering membuka rancangan
kegemaran di layar besar seperti perlawan bola sepak, menyediakan menu yang
terdiri daripada masakan Melayu, Cina, India, Arab, Barat dan macam-macam
lagi.

Selain itu, maklum balas daripada pengunjung yang sering ke restoran mamak
mengakui bahawa layanan yang mesra seperti pelayan restoran yang murah
senyuman, pengambilan dan penghantaran pesanan makanan dan minuman yang
pantas merupakan antara sebab mengapa mereka memilih untuk bersantai di
restoran mamak. Di restoran mamak jugalah tempat yang paling mudah untuk
melihat anak muda mahu pun yang berusia daripada kalangan etnik utama di
Malaysia duduk semeja dan bersantai bersama. Jika tidak duduk semeja pun,
restoran mamaklah ruang awam yang paling mudah untuk melihat masyarakat
dari pelbagai etnik duduk dan bersantai di dalam sebuah ruang yang sama.

Kadang kala, pengunjung ke restoran mamak bukannya kerana perut yang lapar,
namun hanya memesan secawan teh tarik dan bersembang bersama rakan-rakan
sehingga berjam-jam. Hal ini terjadi kerana suasana di restoran mamak tersebut
membuatkan pengunjung selesa untuk melepak. Kesepaduan sosial dapat dilihat
wujud di restoran mamak apabila semua etnik tanpa rasa prejudis dan tanpa
rasa takut datang, duduk, memesan makanan dan menikmati makanan.
Bayangkan, seorang individu Cina warganegara Malaysia, datang ke restoran
mamak (India Muslim), memesan nasi lemak (masakan Melayu) dan teh tarik
(minuman yang diperkenalkan oleh masyarakat India) lalu menikmatinya. Maka
makanan dan minuman tersebut melengkapkan kehidupan individu Cina
tersebut sebagai seorang rakyat Malaysia.

Selain konteks ruang awam seperti di restoran mamak, contoh lain yang dapat
digunakan ialah majlis perkahwinan dan jamuan rumah terbuka perayaan
agama tertentu yang turut dihadiri oleh masyarakat pelbagai etnik. Beraneka
hidangan disediakan supaya pengunjung dapat memilih hidangan yang mereka
mahukan dan hidangan yang dilarang berdasarkan kepercayaan agama mereka.
Dalam majlis berkenaan, contohnya hidangan yang berasaskan daging lembu
merupakan hidangan yang dilarang oleh agama Hindu dan penganut sesetengah
dewa Buddha yang tertentu. Oleh itu, mereka boleh memilih hidangan selain
daripada hidangan yang berasaskan daging lembu seperti ayam atau kambing.
Begitu juga sebaliknya. Jika pengunjung beragama Islam yang menjadi tetamu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HUBUNGAN ETNIK DALAM REALITI MASYARAKAT MALAYSIA  269

dalam majlis yang diadakan oleh etnik lain, hidangan yang disediakan mestikan
halal sama ada dari segi makanannya atau pun cara hidangannya. Hal yang
diterangkan ini menggambarkan bahawa rakyat Malaysia sudah mempunyai
satu tahap kefahaman dan perasaan hormat-menghormati terhadap budaya dan
agama etnik lain. Ia berlaku secara semula jadi dan hal inilah yang mendorong
kesepaduan sosial dalam kalangan rakyat Malaysia.

AKTIVITI 10.2

Berdasarkan pengalaman anda, bincangkan di manakah kamu selalu


berurusan dengan mereka yang berlainan etnik? Apakah perasaan anda
dalam mengadakan urusan tersebut?

10.3 KESEPADUAN DALAM REALITI


MASYARAKAT MALAYSIA
Berdasarkan penulisan Ting Chew Peh (1987), proses untuk mencapai sebuah
masyarakat yang berintegrasi bukanlah sesuatu yang mudah. Proses ini
merupakan proses yang agak kompleks. Pendapat beliau itu memang ada
kebenarannya. Kita dapat melihat setiap etnik di Malaysia membesar dan
membawa hal yang berkaitan dengan etnik masing-masing dari pelbagai sudut
contohnya seperti sejarah, pendidikan, sosial, politik dan ekonomi. Mungkin
boleh dikatakan bahawa kebanyakannya bersifat perkauman. Situasi ini bermula
sejak dahulu lagi iaitu sebelum, semasa dan selepas merdeka.

Usaha kerajaan memperkenalkan Rukun Negara pada tahun 1970 juga


merupakan satu langkah yang menunjukkan betapa seriusnya pihak pemerintah
untuk menangani hal yang berkaitan hubungan etnik ini. Rukun Negara dalam
konteks hubungan etnik jelas menyatakan cita-citanya untuk membina negara
bangsa, iaitu negara dan bangsa Malaysia yang rakyatnya bersatu padu,
mengamalkan cara hidup yang demokratik, melaksanakan keadilan sosial dan
berfikiran terbuka.

Rukun Negara ialah dokumen yang amat konprehensif dan menuntut dicipta
sebuah masyarakat demokratik, adil, saksama dan liberal. Ia merupakan
pedoman negara dan rakyat Malaysia yang berbilang etnik dalam menentukan
hidup masing-masing dan juga masa depan negara. Ia diibaratkan asas penting
untuk negara kita.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


270  TOPIK 10 HUBUNGAN ETNIK DALAM REALITI MASYARAKAT MALAYSIA

Rakyat Malaysia pada hari ini dapat menyaksikan kehidupan harmoni antara
etnik dan usaha untuk memperbaiki lagi tahap hubungan itu akan terus
digerakkan, terutamanya oleh pihak yang berwajib seperti pemerintah, badan
bukan kerajaan, swasta dan masyarakat. Etnik yang menjadi warganegara
Malaysia harus sama-sama berganding bahu dalam usaha memakmurkan negara
ini menerusi beberapa aspek seperti kesepakatan dalam sosial, politik dan
ekonomi. Konflik dan pergeseran antara etnik memang tidak dapat dinafikan
dan keadaan itu memang berlaku, tetapi ia perlu diatasi dengan tindakan yang
rasional dan menggunakan kematangan pemikiran dan pertimbangan.

Dalam realiti kehidupan rakyat Malaysia, kesepaduan antara etnik itu dapat
dilihat melalui penglibatan masyarakat dalam pelbagai aktiviti sosial dan
kemasyarakatan yang dianjurkan. Hal ini sangat penting kerana ia dapat
memastikan segala perancangan untuk memupuk perpaduan dapat dilaksanakan
dengan baik. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dimainkan oleh anggota
masyarakat bagi memastikan keharmonian terjalin erat. Aktiviti tersebut juga
menggambarkan bentuk kesepaduan yang wujud dalam kalangan rakyat
Malaysia. Antara aktiviti tersebut termasuklah Rukun Tetangga, rumah terbuka,
aktiviti sukan dan kesukarelawanan.

Aktiviti Rukun Tetangga merupakan contoh yang paling mudah untuk


menggambarkan wujudnya kesepaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini
dapat dilihat apabila anggota Rukun Tetangga yang terdiri daripada pelbagai
etnik di sesebuah kawasan perumahan. Kebanyakan kawasan perumahan
didiami oleh keluarga daripada pelbagai etnik, terutamanya kawasan
perumahan di sekitar bandar dan pekan. Rukun Tetangga telah diperkenalkan
pada tahun 1975. Penubuhan Rukun Tetangga ini bertujuan untuk memelihara,
meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat pelbagai etnik dan integrasi
nasional. Rukun Tetangga sejajar dengan dasar kerajaan yang berlandaskan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Aktiviti Rukun Tetangga
dijalankan bertujuan untuk menjaga keselamatan penduduk dan harta benda
mereka. Selain itu, Rukun Tetangga juga dapat meningkat dan mengukuhkan
perpaduan dan persefahaman antara etnik yang bersesuaian dengan konsep
integrasi nasional.

Selain daripada Rukun Tetangga, majlis rumah terbuka adalah satu lagi contoh
realiti kesepaduan sosial yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia. Dengan
adanya aktiviti seperti rumah terbuka, ia dapat mengeratkan hubungan
silaturahim melalui penghayatan perayaan agama tertentu yang wujud di
Malaysia. Malah, mereka juga dapat bertukar-tukar pandangan mengenai agama
masing-masing. Apa yang pasti, majlis rumah terbuka itu disambut dan diraikan
oleh masyarakat berbilang etnik sambil menikmati bermacam-macam juadah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HUBUNGAN ETNIK DALAM REALITI MASYARAKAT MALAYSIA  271

bersama-sama. Sebenarnya, aktiviti seperti rumah terbuka ini merupakan satu-


satunya peluang yang perlu digunakan oleh rakyat Malaysia untuk bersantai
bersama-sama sambil berkenalan dengan lebih rapat lagi (lihat Rajah 10.3). Ini
kerana masyarakat mempunyai masa yang terhad untuk bersosial bersama-sama.

Rajah 10.3: Majlis rumah terbuka mengeratkan perhubungan antara pelbagai etnik
Sumber: http://masjidas-salam.blogspot.com/2013/08/lagi-gambar-suasana-rumah-
terbuka-hari.html

Sebagai seorang rakyat Malaysia, perasaan bangga seharusnya wujud dalam diri
masing-masing kerana kita masih lagi mempunyai sikap yang sentiasa ingin
bermuafakat dalam melaksanakan sesuatu perkara. Itulah yang membezakan
rakyat Malaysia dengan rakyat negara lain. Namun yang lebih penting, majlis
rumah terbuka di negara kita kini sudah menjadi identiti Malaysia di mata
dunia. Jika masyarakat luar berbincang mengenai rumah terbuka, nama Malaysia
pasti disebut sebagai sebuah negara yang sudah lama mengamalkannya.

Dalam aktiviti sukan pula, keterlibatan masyarakat daripada pelbagai etnik di


Malaysia dalam aktiviti kesukanan terutamanya sukan seperti bola sepak,
badminton dan hoki jelas melihatkan kesepaduan sosialnya. Tanyalah kepada
sesiapa sahaja, mengenai perkembangan ketiga-tiga sukan tersebut di Malaysia.
Pastinya setiap rakyat Malaysia mengikuti perkembangannya. Siapa yang tidak
kenal dengan pasukan bola sepak Harimau Malaya (lihat Rajah 10.4), pasukan
badminton dan pasukan hoki kebangsaan. Itu antara tiga contoh sukan yang
berjaya mengharumkan nama negara di peringkat rantau, benua mahu pun
antarabangsa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


272  TOPIK 10 HUBUNGAN ETNIK DALAM REALITI MASYARAKAT MALAYSIA

Rajah 10.4: Pasukan bola sepak Harimau Malaya


Sumber: http://famiuefa.blogspot.com/

Namun apa yang lebih penting, ketiga-tiga pasukan tersebut diwakili oleh
rakyat Malaysia daripada pelbagai etnik. Itulah sebenarnya yang menjadi
kunci kekuatan ketiga-tiga sukan tersebut. Apa yang dapat dilihat di sini ialah
penyertaan pemain yang terdiri daripada pelbagai etnik memeriahkan kegiatan
sukan, bukan sahaja cemerlang di peringkat negara tetapi juga mewakili negara
di peringkat antarabangsa. Sukan ialah kesepaduan sosial dalam realiti
masyarakat Malaysia yang jelas dapat dilihat pada hari ini.

Kesepaduan dalam realiti masyarakat Malaysia juga dapat dilihat melalui aktiviti
kesukarelawanan yang dijalankan. Dari segi kebajikan masyarakat, terdapat
banyak badan amal yang dianggotai oleh individu dari pelbagai etnik yang
mengadakan aktiviti seperti memberi sumbangan kepada mereka yang kurang
bernasib baik dan hidup dalam keadaan daif, membantu mangsa banjir,
melakukan kerja amal dan lawatan ke rumah orang tua.

Aktiviti kesukarelawanan seperti ini dapat memupuk perasaan bantu-membantu


antara rakyat pelbagai etnik, terutamanya generasi muda. Aktiviti ini juga
mendidik generasi muda agar dapat memahami betapa pentingnya semangat
kesepaduan antara sesama etnik. Ini kerana aktiviti kesukarelawanan dapat
mendedahkan generasi muda tentang kesepaduan.

Ringkasnya, hubungan etnik di Malaysia wajar dimantapkan dari semasa ke


semasa. Antara kaedah atau cara yang boleh digunakan untuk memantapkan
hubungan etnik di Malaysia ialah dengan aktiviti seperti Rukun Tetangga,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HUBUNGAN ETNIK DALAM REALITI MASYARAKAT MALAYSIA  273

rumah terbuka, aktiviti sukan dan kesukarelawanan. Aktiviti-aktiviti ini ialah


contoh kesepaduan dalam realiti masyarakat Malaysia pada hari ini. Aktiviti
tersebut diharapkan dapat mencapai tahap integrasi sosial yang lebih bersepadu.
Aktiviti-aktiviti seperti ini wajar diperbanyakkan lagi dalam masyarakat
Malaysia hari ini. Apa yang penting semangat cintakan negara perlu disemai ke
dalam jiwa masyarakat kita semenjak kecil lagi bagi mewujudkan jalinan
integrasi yang utuh dan murni dalam kalangan masyarakat Malaysia yang kaya
dengan pelbagai kebudayaan dan keagamaan.

AKTIVITI 10.3
Pilih kawasan yang selesa dengan anda dan buat satu kajian
pemerhatian tentang bagaimana kesepaduan sosial terbina dalam
konteks hubungan etnik di kawasan mana yang anda pilih. Sediakan
laporan hasil pemerhatian tersebut untuk berkongsi dengan pelajar lain.

10.4 KEJAYAAN MALAYSIA DALAM


MENGURUSKAN HUBUNGAN ETNIK
Mengurus hubungan etnik bukan satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi
mengurus hubungan etnik di Malaysia. Ini kerana sebagai sebuah negara
berbilang etnik, rencam masyarakatnya membuatkan pengurusan hubungan
etnik di Malaysia menjadi agak rumit. Namun, sejak merdeka sehingga kini,
masalah yang berkaitan hubungan etnik di Malaysia masih mampu untuk
diselesaikan oleh pihak pemerintah. Itulah yang dikatakan kejayaan Malaysia
dalam mengurus hubungan etnik.

Dewasa ini, media tempatan sama ada media cetak, media elektronik mahupun
laman sosial sering berbicara mengenai konsep 1Malaysia. Usaha Malaysia
dalam menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik nescaya tidak akan
membuahkan hasil tanpa berpegang teguh kepada konsep atau gagasan
1Malaysia. Jika diteliti konsep 1Malaysia tersebut secara mendalam, ia ibarat
rebranding kepada konsep perpaduan yang pernah diketengahkan oleh
pemerintah yang terdahulu. Konsep 1Malaysia lahir semasa tampuk
pemerintahan negara bertukar tangan kepada Perdana Menteri yang keenam,
iaitu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak.

Konsep 1Malaysia ini bertujuan membudayakan rakyat supaya bersikap


menerima keunikan kepelbagaian kaum agar dapat hidup bersama dan saling
hormat-menghormati. 1Malaysia adalah pendekatan serampang dua mata iaitu
untuk memberi keadilan sosial kepada semua lapisan kaum dan juga ke arah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


274  TOPIK 10 HUBUNGAN ETNIK DALAM REALITI MASYARAKAT MALAYSIA

pemantapan negara dan bangsa. Strategi ini diharapkan dapat membantu


kerajaan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengutamakan kepentingan
rakyat merentasi seluruh lapisan masyarakat dengan memastikan perkongsian
kemakmuran negara secara bersama tanpa ada rasa terpinggir.

Apa yang terkandung dalam konsep ini sehingga membolehkan Malaysia


berjaya menguruskan hubungan etnik ialah konsep ini mengutamakan keadilan
dan kesaksamaan dalam perkongsian kekayaan dan kemajuan negara tanpa
mengira kaum dan agama. Keutamaan terhadap kesaksamaan dan keadilan ini
ialah usaha untuk mewujudkan satu Bangsa Malaysia yang bersatu. Kebajikan
setiap etnik dijaga dan dipenuhi. Contohnya, dalam hal pendidikan, pelajar yang
layak dan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysa (SPM) akan
diberikan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi jika layak. Biasiswa akan diberikan
tanpa mengira warna kulit dan agama. Mereka yang dapat biasiswa tersebut
ialah mereka yang memohon dan layak memiliki biasiswa berkenaan. Dalam erti
kata yang mudah, kelayakan permohonan ialah mengikut meritokrasi.

Di samping itu, faktor lain yang menyebabkan Malaysia masih mampu untuk
mengurus hubungan etnik ialah pihak pemerintah sering menyeru rakyat agar
sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan
faham. Rakyat Malaysia disemai dengan semangat kekitaan di bangku sekolah
lagi. Justeru, masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik sering
dinasihati supaya menjaga adab sopan dan jangan bertindak keterlaluan untuk
mengkritik atau menghina etnik dan agama lain.

Dalam hal ini, kesedaran masyarakat masih kuat dan sedar bahawa
persefahaman antara etnik adalah asas perpaduan dan seharusnya dipraktikkan
dalam diri generasi muda, terutamanya di bangku sekolah lagi. Sekolah
berperanan sebagai medium perpaduan generasi muda yang terdiri daripada
pelbagai etnik, menyisipkan juga nilai-nilai murni dalam diri setiap pelajar.
Contohnya, nilai toleransi, nilai hidup bersama secara aman, nilai kasih sayang
dan sebagainya. Dengan adanya nilai-nilai murni ini dalam diri setiap generasi
muda Malaysia, mereka sedar bahawa mereka sebenarnya ibarat tinggal di
dalam rumah yang sama, namun berlainan bilik. Oleh itu, ia menjadi
tanggungjawab bersama untuk menjaga tempat tinggal kita agar keharmonian
dapat dilaksanakan. Di samping itu, mereka juga harus sedar akan kepentingan
untuk kenal mengenali antara satu sama lain.

Dalam konteks yang sama, kepentingan perpaduan juga diselitkan dalam mata
pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan,
Pendidikan Agama Islam, kursus Hubungan Etnik, Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sama ada awam atau
swasta yang membantu dalam memupuk hubungan etnik yang harmonis.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 HUBUNGAN ETNIK DALAM REALITI MASYARAKAT MALAYSIA  275

Lantaran itu, pelajar didedahkan dengan kepentingan menjaga keharmonian


antara kaum dan tidak kurang juga menghormati agama, adat, kebiasaan dan
kepercayaan kaum lain. Penyertaan dalam aktiviti atau kelab juga merupakan
pemangkin perpaduan. Sesebuah organisasi kelab atau sukan yang disertai oleh
pelajar pelbagai etnik merupakan jalan permulaan ke arah menyatupadukan
warganegara Malaysia. Hal ini akan mendorong mereka untuk saling memahami
antara satu sama lain melalui interaksi di sekolah. Maka dengan ini akan
wujudlah generasi muda Malaysia yang mengutamakan kejayaan dengan
adanya semangat untuk bersaing, menghargai negara yang dicintai dan yang
paling penting semangat bersatu padu dan saling menghormati.

Dalam situasi yang lain, kejayaan Malaysia dalam menguruskan hubungan


etnik juga membuatkan kerajaan mengambil inisiatif yang proaktif dengan
menggalakkan rakyat saling mengambil berat dan mengunjungi antara satu
sama lain di peringkat sekolah rendah lagi. Hidup berjiran dengan etnik yang
lain terutamanya yang tinggal di bandar besar turut mengukuhkan perpaduan
antara satu sama lain. Semangat sentiasa bertegur sapa dan berkongsi pahit dan
manis bersama membuatkan hubungan antara jiran pasti akan bertambah erat.

Hal ini dikuatkan lagi semasa musim perayaan yang mana rakyat Malaysia
digalakkan saling kunjung mengunjungi rumah antara satu sama lain. Dengan
adanya majlis rumah terbuka semasa sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina,
Hari Deepavali, Hari Gawai dan sebagainya, rakyat Malaysia dapat merasai dan
memahami budaya yang berbeza daripada pelbagai etnik seperti budaya etnik
Cina yang tidak menyapu rumah mereka ketika perayaan kerana dikhuatiri akan
turut menyapu segala rezeki dan keuntungan yang ada. Di samping itu juga,
aktiviti kunjung-mengunjung akan memberi peluang merasai masakan
tradisional mengikut kaum seperti rendang, kari ayam, maruku, nasi ayam
Hainam dan sebagainya. Rakyat Malaysia sebenarnya berpeluang menyaksikan
keunikan pakaian tradisional etnik lain contohnya seperti baju kurung,
cheongsam, sari dan sebagainya. Ini juga akan meningkatkan interaksi sesama
etnik.

Selain itu, faktor lain yang mendorong Malaysia berjaya menguruskan hubungan
etnik ialah dengan menggunakan media massa. Media massa juga tidak
ketinggalan untuk memainkan peranannya yang signifikan dalam usaha
menyatupadukan masyarakat berbilang etnik. Media massa merupakan medium
yang utama untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat. Dalam hal ini, pihak
pemerintah memainkan peranan yang baik dalam menggunakan media massa
sebagai sumber maklumat perpaduan kepada rakyat jelata. Pesanan atau
makalah yang berkaitan dengan semangat perpaduan dan menggalakkan
perpaduan disampaikan melalui media cetak dan elektronik seperti laman
sesawang, media sosial, poster, iklan, majalah dan surat khabar. Lagu patriotik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


276  TOPIK 10 HUBUNGAN ETNIK DALAM REALITI MASYARAKAT MALAYSIA

juga sering dimainkan di corong radio dan di kaca televisyen untuk menaikkan
semangat patriotik rakyat. Hal ini menyuntik semangat kepada warganegara,
terutama generasi muda untuk terus memelihara perpaduan kaum kerana
mereka ialah generasi pelapis yang akan terus membangunkan negara. Bak kata
pepatah, „Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.‰

Tolak ansur budaya yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia juga
merupakan salah satu asas yang penting dalam mewujudkan perpaduan antara
etnik di Malaysia. Oleh sebab tolak ansur ini jugalah Malaysia berjaya dalam
mengurus hubungan etniknya. Ia dapat dilihat dari pelbagai aspek. Salah
satunya aspek bahasa. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan sementara bahasa lain juga boleh digunakan secara meluas dalam
berbagai-bagai perkara seperti perniagaan dan pekerjaan. Begitu juga dengan
budaya Melayu, yang nampaknya jelas diamalkan dalam negara ini dan
dijadikan teras kebudayaan kebangsaan. Di samping itu, amalan tradisi budaya
lain masih boleh diamalkan terus oleh etnik masing-masing. Selain itu,
perkongsian nilai dan tindakan saling menyertai perayaan antara etnik
merapatkan lagi hubungan etnik di negara ini. Oleh yang demikian,
kepelbagaian budaya sebagai hakikat sebenar merupakan satu kekuatan dalam
memupuk perpaduan antara etnik di negara kita.

Ringkasnya, kejayaan Malaysia dalam mengurus hubungan etnik merupakan


kejayaan yang boleh dijadikan contoh kepada negara luar tentang kaedah
pengurusan hubungan etnik yang baik. Ia juga merupakan warisan dari generasi
masa kini kepada generasi akan datang yang akan mengambil alih tampuk
pemerintahan negara suatu masa nanti. Generasi muda perlu ingat bahawa
pergolakan dan perbalahan antara etnik akan menyebabkan negara menjadi
lemah dan tidak stabil. Sejarah telah membuktikan sebelum negara mencapai
kemerdekaan, etnik Melayu, Cina dan India hidup dalam kelompok mereka
sendiri dan tidak bercampur antara satu sama lain.

Lantas, generasi muda yang bakal menggantikan tampuk pemerintahan kini


perlu bersiap siaga dari segi ilmu pengetahuan agar bijak menguruskan negara
kita yang terdiri daripada pelbagai etnik. Pengetahuan mengenai sejarah negara
perlu dipelajari dan diketahui oleh semua generasi muda Malaysia bagi
membentuk generasi muda kelas pertama, mencapai wawasan negara untuk
menjadi negara maju pada tahun 2020 serta meneruskan agenda pembangunan
negara pada masa kini dan akan datang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HUBUNGAN ETNIK DALAM REALITI MASYARAKAT MALAYSIA  277

Namun harus diingat juga, bahawa kejayaan dalam mengurus hubungan etnik
yang kita kecapi pada hari ini berada pada peringkat permulaan. Masih banyak
lagi cabaran yang akan datang menimpa negara kita untuk sama-sama kita
hadapi. Justeru, sentiasalah bersedia wahai anak bangsa Malaysia untuk
menghadapinya dan kekalkanlah keamanan dan kestabilan negara. Hubungan
etnik yang baik adalah milik kita bersama.

SEMAK KENDIRI 10.1

Bagaimanakah Malaysia berjaya menguruskan hubungan etnik hingga


menjadi contoh kepada negara luar? Bincangkan.

10.5 KESIMPULAN
Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang etnik dan
perbezaan adalah identiti kita Malaysia. Kita dibentuk oleh perbezaan,
pertentangan dan ciri-ciri yang berlawanan. Oleh itu, menguruskan masyarakat
Malaysia memerlukan kemahiran tertentu. Ini tidak bermakna sesuatu yang
berbeza tidak boleh bekerjasama, malahan menurut Kementerian Pelancongan
kepelbagaian ini suatu kekayaan hingga mewujudkan slogan „Malaysia Truly
Asia‰. Kekuatan Malaysia adalah „power sharing‰ (berkongsi kuasa) dengan
mempraktikkan prinsip „agree to disagree‰ (bersetuju untuk tidak bersetuju).

Justeru, senario ini perlu kita terangkan kepada anak-anak muda di Malaysia.
Masyarakat dunia juga perlu diberikan penjelasan. Cara dan kaedah terbaik
dalam perkara ini adalah melalui pelaksanaan kursus Hubungan Etnik. Kursus
Hubungan Etnik merupakan platform untuk kesepaduan sosial bertapak dalam
masyarakat. Kursus ini menyediakan para pemimpin masa depan untuk
mengenali budaya dan latar belakang etnik yang berbeza dan melihat perbezaan
ini dari dimensi yang positif. Kejayaan Malaysia menguruskan masyarakatnya
terbukti apabila kita adalah antara negara yang teraman iaitu berada di tempat
yang ke-19 teraman di dunia di belakang negara maju menurut Global Peace
Index 2011 walaupun kita terdiri daripada pelbagai etnik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


278  TOPIK 10 HUBUNGAN ETNIK DALAM REALITI MASYARAKAT MALAYSIA

Ini merupakan kejayaan yang nyata dan membuktikan kerajaan Malaysia berjaya
menguruskan masyarakatnya menggunakan formula integrasi. Malaysia secara
jelasnya mempraktikkan unity in diversity (perpaduan dalam kepelbagaian) dan
juga cohesion in diversity (kesepaduan dalam kepelbagaian) dan ini merupakan
kunci kejayaan Malaysia menguruskan masyarakatnya. Hampir 60 tahun kita
mengejar perpaduan dan integrasi yang menjadi idaman sebuah negara bangsa
Malaysia. Dalam tempoh ini, kita sebenar berjaya dalam mewujudkan
kesepaduan sosial. Walaupun perpaduan dan integrasi yang diidamkan belum
sepenuhnya tercapai, tetapi kita telah mencapai keharmonian dan kestabilan
dalam masyarakat.

AKTIVITI 10.4

1. Beri dan bincangkan contoh ruang awam yang biasa menjadi


tempat rakyat negara ini bersantai dan berehat selain dari contoh
yang telah diberikan.

2. Bincangkan dalam kumpulan, pengalaman setiap ahli kumpulan


anda mengenai kesepaduan sosial antara etnik yang pernah
dilalui dalam realiti kehidupan anda sebagai seorang rakyat
Malaysia.

3. Pilih salah seorang perdana menteri Malaysia dan bincangkan


kejayaan Malaysia dalam mengurus hubungan etnik semasa
perdana menteri tersebut memerintah. Bentangkan di dalam
kelas.

SEMAK KENDIRI 10.2

1. Bincangkan usaha yang telah digarap oleh kerajaan Malaysia


untuk membina kesepaduan sosial dalam masyarakat.

2. Melalui pengamatan anda sendiri, senaraikan tempat di mana


masyarakat pelbagai etnik dapat duduk bersama dan beraktiviti.

3. Dengan memilih mana-mana negara luar, bincangkan bagaimana


kesepaduan sosial dibina dalam masyarakat mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HUBUNGAN ETNIK DALAM REALITI MASYARAKAT MALAYSIA  279

 Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang berjaya menguruskan


hubungan etnik dalam sebuah negara yang pelbagai etnik. Justeru, Malaysia
mempraktikkan konsep „Kesepaduan dalam Kepelbagaian‰.

 Malaysia mempunyai masyarakat yang pelbagai etnik sifatnya. Terdapat


pelbagai etnik di Semenanjung Malaysia, antaranya adalah Melayu, Cina,
India dan Orang Asli atau Orang Asal. Manakala, di Sabah dan Sarawak
pula, terdapat kaum peribumi seperti Kadazan, Bajau, Bidayuh, Iban,
Kenyah, Murut dan lain-lain.

 Kunci kejayaan Malaysia menguruskan masyarakat adalah melalui usaha


yang telah dilaksanakan oleh kerajaan di samping wujud kesedaran dalam
kalangan masyarakat yang pelbagai etnik tentang kepentingan keharmonian
dalam masyarakat.

 Konsep pengalaman harian yang dibawa oleh Shamsul Amri Baharuddin


yang sinonim dengan „everyday define‰. Pengalaman harian adalah
berkaitan dengan pengalaman yang dialami oleh seseorang rakyat Malaysia
apabila berinteraksi atau bersosial dengan seseorang yang lain yang
melibatkan perbezaan etnik.

 Interaksi sosial secara harian berlaku dengan kadar yang cukup tinggi seperti
di tempat atau ruang awam, antaranya kedai mamak, semasa perayaan,
majlis perkahwinan dan jamuan rumah terbuka.

 Secara praktikalnya, masyarakat Malaysia bertemu tetapi mereka tidak


bersatu. Ini adalah antara cabaran besar yang terpaksa diterima dalam
konteks masyarakat plural. Walaupun kita tidak bersatu, tetapi kita berpadu.
Justeru, masyarakat Malaysia sebenarnya mempraktikkan kesepaduan sosial.

 Kesepaduan sosial dapat dilihat melalui aktiviti kemasyarakatan antaranya


program seperti aktiviti sosial di kawasan Rukun Tetangga, rumah terbuka,
kesukanan dan aktiviti kesukarelawan.

 Sejak akhir-akhir ini, konsep 1Malaysia di bawah kepimpinan DatoÊ Sri Najib
Tun Razak diketengahkan dengan tujuan untuk menyatupadukan
masyarakat yang berbilang etnik. Konsep ini bertujuan membudayakan
rakyat supaya bersikap menerima keunikan pelbagai kaum dan dapat hidup
bersama, serta saling hormat menghormati.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


280  TOPIK 10 HUBUNGAN ETNIK DALAM REALITI MASYARAKAT MALAYSIA

1Malaysia Perpaduan
Kesepaduan Perpaduan dalam kepelbagaian
Kesepaduan dalam kepelbagaian Restoran mamak
Kesepaduan sosial Ruang awam
Malaysia Truly Asia Rukun Negara
Negara bangsa Rukun Tetangga
Pengalaman harian Takrifan autoriti

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, & Roziya Abu. (2008). Rukun negara asas
pembentukan hubungan etnik yang jitu. Dalam Mat Zin Mat Kib, Worran
Hj. Kabul & S. Salahudin Suyurno (pnyt.). Hubungan etnik di Malaysia:
Sejarah, iltizam & cabaran baru, hlm. 161. Shah Alam, Malaysia: Pusat
Penerbitan Universiti Teknologi MARA.

Hasnah Hussiin. (2010). Isu-isu negara bangsa abad ke-21. Kuantan, Malaysia:
Penerbit Universiti Malaysia Pahang.

Hasnah Hussiin. (2010). Sejarah, isu dan dimensi. Kuantan, Malaysia: Penerbit
Universiti Malaysia Pahang.

Mohda Zamani Ismail, & Fatimi Hanafi (2008). Perpaduan politik asas integrasi
nasional di Malaysia. Dalam Mat Zin Mat Kib, Worran Hj. Kabul &
S. Salahudin Suyurno (pnyt.). Hubungan etnik di Malaysia: Sejarah, iltizam
& cabaran baru, hlm. 59ă69. Shah Alam, Malaysia: Pusat Penerbitan
Universiti Teknologi MARA.

Mohd. Sohaimi Esa, Dayu Sansalu, & Budi Anto Mohd. Tamring. (2011).
Hubungan etnik: Kelangsungan pembinaan negara bangsa. Puchong,
Malaysia: Penerbitan Multimedia.

Paimah Atoma, Mohd. Azmir Mohd. Nizah, & Latifah Abdul Latiff. (2011).
Hubungan etnik. Bandar Baru Nilai, Malaysia: Penerbit Universiti Sains
Islam Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HUBUNGAN ETNIK DALAM REALITI MASYARAKAT MALAYSIA  281

S. Salahudin Suyurno, & Aini Faezah Ramlan (2008). Hubungan etnik dari
perspektif Islam. Dalam Mat Zin Mat Kib, Worran Hj. Kabul & S. Salahudin
Suyurno (pnyt.). Hubungan etnik di Malaysia: Sejarah, iltizam & cabaran
baru, hlm. 161. Shah Alam, Malaysia: Pusat Penerbitan Universiti Teknologi
MARA.

Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul hubungan etnik. Ed. Ke-2. Bangi,
Malaysia: Institut Kajian Etnik, UKM.

Ting Chew Peh. (1987). Hubungan ras dan etnik: Suatu pengantar. Kuala
Lumpur, Malaysia: Pustaka Dimensi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like