You are on page 1of 2

Beza PdP n PdPc

Cikgu PdP : Peranan cikgu ialah Memberi Ilmu kepada Murid

Cikgu PdPc : ....opps itu cikgu dulu2 tuu.

Cikgu PdP : Habis tu cikgu sekarang macam mana??

Cikgu PdPc : Peranan cikgu sekarang ialah mengajar/melatih mereka mendapatkan


Ilmu

Cikgu PdP : Apa bezanya?...ahhh sama je laa tu…depa Rebranding je ni…hang tu lebih2

Cikgu PdPc : tak sama dulunya cikgu cari bahan lepas tu hidangkan pada murid, tp
sekarang cikgu tetapkan satu objektif/standard pembelajaran lepas tu buatkan aktiviti
yg sesuai supaya murid bergerak capai sendiri objektif tersebut. Peranan cikgu sebagai
pemudahcara membantu murid dgn strategi yg terancang capai standard pembelajaran.

Cikgu PdP : Apa pekdahnya? Bukan ke lebih cepat kalau diberikan sahaja ilmu tu tak
payah la susah2 cari? Kita suap jer…yg penting depa ngaga n telan. Cara mcm ni lebh
cepat..

Cikgu PdPc : Dalam perjalanan nak capai standard pembelajran tuu bukankah dia
dibekalkan kemahiran mencari ilmu atau maklumat melalui buku teks/internet/bincang
dgn kawan@ guru/experimen / pembentangan/ penulisan folio? Murid dapat pelbagai
kemahiran belajar dan ilmu utk capai objektif/standard pembelajaran yg ditentukan
dgn dibantu oleh cikgu? So kemahiran belajar tu boleh diguna bg dapat ilmu2 lain pula.
Cikgu PdPc : …mudah macam ni dulu kita beri ikan, tp sekarang kita ajar cara2 nak
tangkap ikan dan boleh pelbagai cara jala/pancing/pukat

Cikgu PdP : Hmmm masih tak paham lagi laa. Aku guna cara lama la senang aku dulu
bleh jd cikgu ni pun sebab cara lama laa tak dak perlu guna teknik2 baru mcm laa ni.

Cikgu PdPc : Ikut Cikgu laa…mana yg sesuai.

You might also like