You are on page 1of 1

PROGRAM GURU CELIK BAHASAKEBANGSAAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

HASIL GURU
Faedah Lawatan Sambil Belajar

Lawatan sambil belajar memberi banyak faedah kepada kita. Aktiviti

seperti ini selalunya dianjurkan oleh pihak sekolah pada setiap tahun.

Antara faedah lawatan sambil belajar ialah kita dapat menambahkan ilmu

pengetahuan. Kita akan mendapat pelbagai jenis ilmu yang berguna kepada

kita. Contohnya ilmu sejarah, ilmu sains, dan ilmu bahasa.

Di samping itu, dengan menyertai lawatan sambil belajar, kita boleh

mengisi masa lapang dengan bijak. Kita dapat mengelakkan diri daripada

terjebak dalam gejala sosial. Contohnya, melepak dan bermain permainan video.

Selain itu, lawatan sambil belajar juga dapat memberikan keseronokan

kepada kita. Kita dapat melihat dan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.

Antaranya, Zoo Negara, Muzium, Istana Negara dan Bukit Bendera.

Kesimpulannya, marilah sama-sama kita melibatkan diri dalam aktiviti

seperti ini. Kita dapat memperoleh pelbagai faedah dengan menyertai lawatan

sambil belajar.

( 119 patah perkataan )

Disediakan Oleh,

Teepa Neelamegam, Mogana Sukumaran & Thanaletchumy Muniandy


SJK (T) Ladang Atherton

“Menjana Cendekiawan, Menggapai Kecemerlangan”

You might also like