You are on page 1of 357

Fakulti Pendidikan dan Bahasa

OUMH1103
Kemahiran Belajar Jarak Jauh

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


OUMH1103
KEMAHIRAN BELAJAR
JARAK JAUH
Prof Madya Dr Chung Han Tek
Prof Madya Dr Huam Hon Tat
Prof Madya Dr Natha Kumar Subramaniam
Prof Madya Hazidi Abd Hamid
Dr Zahari Hamidon
Shawira Abu Bakar
Shahril Effendi Ibrahim
Dr Harvinder Kaur

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Prof Madya Dr Chung Han Tek
Open University Malaysia

Penulis Modul: Prof Madya Dr Chung Han Tek


Prof Madya Dr Huam Hon Tat
Prof Madya Dr Nantha Kumar Subramaniam
Prof Madya Hazidi Abd Hamid
Dr Zahari Hamidon
Shawira Abu Bakar
Shahril Effendi Ibrahim
Dr Harvinder Kaur
Open University Malaysia

Penterjemah: Ahmad Fairuz Ahmad Fauzi


Nik Noraini Nik Abu Bakar

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, April 2015


Edisi Kedua, Ogos 2016

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Ogos 2016, OUMH1103


Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus xiăxv

Topik 1 Mengurus Pembelajaran Anda 1


1.1 Persekitaran Pembelajaran OUM 2
1.1.1 Mengenali Kaedah Pembelajaran OUM 3
1.1.2 Menjadi Berdikari 5
1.1.3 Memaksimumkan Kemudahan Pembelajaran OUM 6
1.2 Menghadapi Pembelajaran 7
1.2.1 Mengurus Tekanan 8
1.2.2 Penetapan Matlamat 14
1.2.3 Strategi Motivasi untuk Pembelajaran yang Berjaya 18
1.2.4 Pengurusan Masa 21
1.2.5 Strategi Memberi Tumpuan untuk Pembelajaran 26
yang Lebih Baik
1.3 Gaya Pembelajaran Peribadi 30
Rumusan 31
Kata Kunci 32
Apendiks 1.1 Indeks Gaya Pembelajaran* 33
Apendiks 1.2 Lembaran Skor ILS 40
Apendiks 1.3 Gaya Pembelajaran dan Strategi1 42

Topik 2 Virtual Learning Environment (myINSPIRE) 48


2.1 Komputer Peribadi 49
2.2 Menggunakan Internet 51
2.2.1 Internet 51
2.2.2 Sambungan ke Internet 52
2.2.3 Apakah yang Boleh Anda Lakukan dengan 55
Internet?
2.2.4 Memahami Konsep Internet 55
2.2.5 Microsoft Internet Explorer (MSIE) 58
2.2.6 Format Dokumen Mudah Alih (PDF ă Portable 66
Document Format)
2.3 Persekitaran Pembelajaran Maya OUM 69
2.3.1 Memulakan myINSPIRE 70
2.3.2 Mengakses myINSPIRE 74
2.3.3 Bagaimana myINSPIRE Meningkatkan 77
Pembelajaran Anda

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

2.4 Komponen Pembelajaran dalam myINSPIRE 79


2.4.1 Pengumuman Kursus 81
2.4.2 Tugasan 82
2.4.3 Kuiz 86
2.4.4 Kandungan Kursus 88
2.4.5 Video Kuliah (Video Lectures) 92
2.4.6 FAQ 94
2.4.7 Sumber Lain yang Berguna (Other Useful 96
Resources)
2.4.8 Persidangan Video 97
2.4.9 Forum 98
2.5 Menukar Subjek dan Struktur Navigasi dalam 104
myINSPIRE
2.6 Pembelajaran dalam Talian melalui myINSPIRE 105
2.7 Maklumat Penting di Portal myOUM 110
Rumusan 111
Kata Kunci 113

Topik 3 Perpustakaan Digital 114


3.1 Di Manakah Maklumat Boleh Diperoleh? 115
3.2 Menggunakan Perpustakaan Digital Tan Sri 117
Dr Abdullah Sanusi (TSDAS) untuk Mengumpul
Maklumat
3.2.1 Apakah Perpustakaan Digital? 117
3.2.2 Komponen Perpustakaan Digital 118
3.3 Jejak Maklumat 119
3.4 Perpustakaan Digital OUM 120
3.4.1 Jenis Pangkalan Data Digital 120
3.5 Carian di dalam Perpustakaan Digital 122
3.5.1 Langkah Carian Maklumat di dalam 122
Perpustakaan Digital
3.5.2 Strategi Carian OPAC 122
3.6 Carian untuk Buku Berasaskan Cetakan 136
3.7 Carian Menggunakan Pangkalan Data Elektronik 137
3.7.1 Carian Buku Digital (e-Buku) 138
3.7.2 Carian Menggunakan Ebrary 139
3.7.3 Membaca Buku Elektronik 148
3.8 Carian untuk e-Jurnal 150
3.8.1 Carian EBSCOhost 150

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

3.9 Carian di Internet 157


3.9.1 Strategi untuk Carian di Internet 158
3.9.2 Bagaimanakah Cara untuk Mencari Maklumat 158
di Internet?
3.9.3 Alat Carian Internet 158
3.9.4 Tapak (Sites) Alat Carian Internet 164
Rumusan 165
Kata Kunci 167

Topik 4 Kriteria Penilaian Maklumat 168


4.1 Kewibawaan 169
4.2 Ketepatan dan Kebolehpercayaan 171
4.3 Keobjektifan 174
4.4 Kesemasaan 176
4.5 Skop 177
Rumusan 178
Kata Kunci 179
Rujukan 179

Topik 5 Menghadapi Tugasan 180


5.1 Langkah Menulis Tugasan 181
5.2 Struktur 183
5.2.1 Pengenalan 183
5.2.2 Isi Kandungan 184
5.2.3 Kesimpulan 186
5.3 Gaya Petikan (Citation) APA 187
5.3.1 Komponen Rujukan 187
5.3.2 Plagiat dan Pakatan Sulit (Collusion) 201
5.4 Kesalahan Biasa dalam Tugasan 203
5.5 Etika dalam Penulisan Tugasan 204
Rumusan 206
Kata Kunci 207

Topik 6 Kemahiran Membaca 208


6.1 Kenapakah Anda Membaca? 209
6.2 Bagaimanakah Cara untuk Membaca? 212
6.2.1 Bacaan Laju 212
6.2.2 Bacaan Perlahan 218
6.3 Cara untuk Membaca Modul Anda 224
6.3.1 Isi Kandungan 224
6.3.2 Panduan Kursus 224
6.3.3 Memahami Kandungan Kursus Anda 225

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

6.4 Membaca Teks Elektronik 226


6.4.1 Kesedaran tentang Tujuannya 277
6.4.2 Navigasi Teks 227
6.4.3 Mencari Makna 228
6.4.4 Mentafsirkan Teks 228
Rumusan 228
Kata Kunci 229

Topik 7 Kemahiran Membuat Nota dan Mengambil Nota 230


7.1 Cara Menulis Nota 231
7.1.1 Anotasi 232
7.1.2 Nota Rangka 233
7.1.3 Nota Berbentuk Jadual 234
7.1.4 Peta Minda 234
7.1.5 Nota Ringkasan 235
7.2 Membuat Nota daripada Bahan Bercetak 236
7.3 Mengambil Nota Semasa Tutorial 237
7.3.1 Menyiapkan Diri Anda untuk Tutorial 238
7.3.2 Mendengar Semasa Tutorial 239
7.3.3 Semakan Selepas Tutorial 242
7.3.4 Mengambil dan Membuat Nota Elektronik 244
Rumusan 246
Kata Kunci 247

Topik 8 Menghadapi Peperiksaan 248


8.1 Persiapan untuk Menduduki Peperiksaan 249
8.1.1 Mengumpul Nota 249
8.1.2 Mengulang Kaji dan Menghafal 250
8.1.3 Membuat Latihan untuk Menjawab Soalan 256
8.1.4 Merancang dan Menjadualkannya 256
8.2 Jenis Soalan Peperiksaan 257
8.2.1 Soalan Objektif 257
8.2.2 Soalan Subjektif 263
Rumusan 269
Kata Kunci 270

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  vii

Topik 9 Menggunakan Aplikasi Microsoft Office 271


9.1 Pengenalan Microsoft Word 272
9.1.1 Menghasilkan Dokumen Asas 272
9.1.2 Menggunakan Tab Alat 275
9.1.3 Alat Bar Quick Access 277
9.1.4 Menu Pintas (Shortcut) 279
9.1.5 Menambah Baik Dokumen Word Anda 280
9.1.6 Menyemak Ejaan Dokumen Anda 287
9.1.7 Menyimpan Fail Anda 289
9.1.8 Bantuan Word (Word Help) 291
9.1.9 Mencetak 294
9.1.10 Potong, Salin dan Tampal; Buat Asal, Buat 297
Semula dan Ulang
9.2 Microsoft Excel 298
9.2.1 Memulakan/Keluar daripada Microsoft Excel 298
9.2.2 Meneroka MS Excel 299
9.2.3 Memasukkan Data pada Lembaran Kerja 301
9.2.4 Menggunakan Fungsi MS Excel 303
9.2.5 Mengisih (Sorting) dan Menapis Data 308
9.2.6 Menukar Data kepada Carta 314
9.3 Microsoft PowerPoint 317
9.3.1 Memulakan Microsoft PowerPoint dan Mencipta 317
Persembahan Baharu
9.3.2 Menyimpan Persembahan 320
9.3.3 Menambah Slaid 322
9.3.4 Tema 323
9.3.5 Animasi Persembahan Anda 325
9.3.6 Menjalankan (Running) Persembahan Anda 330
9.4 Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) 331
9.4.1 Mengurus Fail dalam Cloud 333
Rumusan 338
Kata Kunci 338

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


viii  ISI KANDUNGAN

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan teliti dari awal hingga akhir. Ia
menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda
memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa
untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya.
Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca
kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen
pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
OUMH1103 Kemahiran Belajar Jarak Jauh merupakan salah satu kursus yang
ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa di Open University Malaysia
(OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh
masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil sebarang program
dengan OUM.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya mahir dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, pelajar perlu memperuntukkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang
bernilai 3 jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran
masa pembelajaran adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Mengambil bahagian dalam perbincangan awal dan memahami 3
secara ringkas kandungan kursus
Memahami modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Penyertaan dalam talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan persekitaran pembelajaran OUM;

2. Mengenal pasti komponen utama komputer peribadi dan Internet;

3. Memanfaatkan perkhidmatan yang terdapat dalam persekitaran


pembelajaran maya OUM yang dikenali sebagai myINSPIRE;

4. Mengaplikasikan teknik bacaan yang bersesuaian dalam meneruskan


pengajian anda;

5. Membentangkan idea dan maklumat dalam bentuk lisan dan penulisan


dalam proses pembelajaran anda; dan

6. Menggunakan aplikasi office suites yang biasa (seperti aplikasi Microsoft


Office) dalam pengajian anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada sembilan topik. Sinopsis bagi setiap topik
dinyatakan seperti yang berikut:

Topik 1 memperkenalkan kepada anda teknik dan kaedah yang anda boleh
gunakan untuk mengurus pembelajaran dalam mod pengajian jarak jauh. Topik
ini memberikan anda gambaran keseluruhan teknik yang dinyatakan dan
memberikan anda idea yang bermanfaat dalam menangani kekangan dan
tuntutan pembelajaran anda.

Topik 2 membawa anda menjelajah persekitaran pembelajaran maya OUM.


Pengenalan ini membawa anda mengenali pilihan, halaman dan proses yang
menghasilkan myINSPIRE. Kesemua ini adalah penting apabila anda perlu
meneroka idea dan maklumat yang membentuk teras pengajian anda dengan
OUM.

Topik 3 membawa anda ke perpustakaan digital OUM. Di sini anda akan


meneroka perkhidmatan dan alat pembelajaran yang ditawarkan oleh
perpustakaan digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi. Anda akan belajar mengesan
jejak maklumat, carian maklumat dan mengurus pengalaman pembelajaran
perpustakaan digital anda.

Topik 4 mengajar anda teknik untuk menilai maklumat yang diperoleh melalui
kedua-dua pembelajaran dalam talian dan luar talian. Ini akan menjadi penting
apabila anda mula bekerja dengan idea baharu dan bila anda perlu
menghasilkan kerja anda sendiri seperti menyiapkan tugasan anda.

Topik 5 memberikan anda panduan untuk menghadapi tugasan. Ia memberikan


anda idea dan panduan agar anda dapat mengendalikan tekanan bekerja dan
belajar dengan baik.

Topik 6 memperkenalkan kepada anda kemahiran membaca dan teknik


membaca yang sangat berguna apabila anda memulakan pengajian anda. Ini
penting apabila anda perlu melakukan banyak pembacaan. Apabila pembacaan
dilihat sebagai proses atau kemahiran yang mudah, terdapat beberapa cara
untuk menjadikannya lebih efektif dan bermakna. Topik ini akan menunjukkan
anda cara tersebut.

Topik 7 menawarkan petua untuk anda membuat nota bagi perkara yang telah
anda pelajari atau maklumat yang telah diperoleh. Kemahiran mengambil nota
merupakan bahagian penting dalam proses pembelajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

Topik 8 mengajar anda untuk menangani tuntutan peperiksaan. Menduduki


peperiksaan ialah bahagian penting dalam pendidikan tetapi bagi ramai orang, ia
bukanlah pengalaman yang menyenangkan. Ia tidak seharunya begitu. Oleh itu,
topik ini akan menunjukkan anda cara untuk menghadapi peperiksaan supaya
anda boleh menjadikannya yang terbaik dalam mengejar pendidikan anda.

Topik 9 memperkenalkan perisian Microsoft Office yang biasa digunakan oleh


pelajar dalam pengajian mereka. Walaupun perisian ini biasa digunakan, ramai
yang menggunakan sebahagian sahaja daripada potensinya. Melalui topik ini,
anda akan meneroka lebih banyak fungsi asasnya yang mungkin tidak biasa bagi
sebahagian anda tetapi sangat berguna untuk anda.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil
tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Secara umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan
kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam topik.


Soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan
untuk soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda
digalakkan menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan
sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya
menyediakan anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan
jawapan kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk
menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah
pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman
kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu
seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan
dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan
seumpamanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen
ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik.
Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang
disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan
berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan),
pada akhir setiap topik atau pada akhir modul. Anda digalakkan membaca
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI


DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada
30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books247, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Mengurus
1 Pembelajaran
Anda
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan tiga metodologi pembelajaran adunan di OUM;
2. Memilih 10 strategi untuk mengurus tekanan;
3. Menetapkan matlamat berdasarkan sembilan ciri matlamat yang
efektif;
4. Menggunakan tujuh strategi motivasi untuk pembelajaran yang
berjaya;
5. Mempraktikkan tiga aspek pengurusan masa;
6. Mengenal pasti lapan sebab penumpuan dan strategi yang lemah
untuk meningkatkan daya tumpuan; dan
7. Mengenal pasti gaya pembelajaran peribadi anda.

 PENGENALAN
Selamat datang ke topik pertama modul Kemahiran Belajar Jarak Jauh. Mari kita
mulakan pembelajaran kita dengan melihat kembali pengalaman pembelajaran
kita ketika menjadi pelajar di sekolah. Anda mungkin masih ingat kelas yang
telah diatur jadualnya dan deringan loceng yang menandakan berakhirnya
setiap kelas. Anda juga mempunyai guru yang „mengajar‰ anda dan memberi
panduan agar anda dapat belajar secara sistematik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA

Sekarang, bagaimanakah pula dengan pembelajaran di Open University


Malaysia (OUM)? Apakah yang boleh anda bayangkan tentang pembelajaran di
OUM? Di OUM, situasi ini akan menjadi sangat berbeza. Anda perlu memainkan
peranan utama ă mengurus pembelajaran anda sendiri, menyatakan
kecenderungan pembelajaran anda kepada tutor dan mengatur strategi untuk
menjadi pelajar jarak jauh yang berjaya.

Secara umumnya, konsep pendidikan dan pembelajaran sentiasa dikaitkan


dengan perkara seperti bangunan sekolah, kelas, dewan peperiksaan, guru, buku
teks dan peperiksaan. Dalam dunia masa kini yang semakin pesat membangun,
semakin banyak model pembelajaran moden diperkenalkan. Salah satu institusi
yang mengalami perubahan ketara dalam kaedah pembelajarannya ialah OUM,
yang mengamalkan pendekatan pembelajaran teradun. Di sini, anda sebagai
pelajarlah yang menjadi watak utama.

Sebagai pembekal pembelajaran secara terbuka dan jarak jauh, OUM dapat
menyediakan semua keperluan anda. Kaedah pembelajaran fleksibel disediakan
untuk anda dengan tiga kaedah pembelajaran ă pembelajaran kendiri, interaksi
secara bersemuka dan pembelajaran dalam talian.

Oleh itu dalam topik pertama ini, anda akan diperkenalkan kepada cara untuk
menguruskan pembelajaran anda, terutamanya dengan tiga pendekatan yang
diterapkan di OUM bagi membekalkan anda dengan pengalaman pembelajaran
terbaik sebagai pelajar jarak jauh. Matlamat kami adalah untuk menyokong anda
menjadi seorang yang lebih berdikari dalam berfikir dan mampu membuat
keputusan agar anda dapat meneruskan pembelajaran di sepanjang hayat.

1.1 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN OUM


Seperti yang telah dinyatakan, di OUM, kami mengamalkan pembelajaran
teradun. Oleh itu, dalam topik ini anda akan didedahkan dengan lebih
mendalam tentang kaedah pembelajaran ini. Selain itu, anda juga akan
didedahkan dengan apa yang diperlukan untuk menjadi pelajar cemerlang
menggunakan pendekatan pembelajaran teradun.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA  3

1.1.1 Mengenali Kaedah Pembelajaran OUM


Bagi membangunkan sistem pembelajaran yang setanding atau mungkin lebih
baik daripada kaedah pembelajaran tradisional, OUM telah menerapkan
pendekatan pembelajaran teradun yang melibatkan strategi pelbagai kaedah. Di
sini, pembelajaran berlaku melalui interaksi sebenar dan maya antara pelajar dan
tutor menerusi metodologi pembelajaran kendiri, interaksi secara bersemuka dan
pembelajaran dalam talian.

Pembelajaran teradun menggabungkan pembelajaran dalam talian atau kaedah


pembelajaran berbentuk teknologi canggih dengan kaedah tradisional seperti
interaksi secara bersemuka. Selain itu, pembelajaran teradun membolehkan anda
menikmati manfaat daripada kedua-dua kaedah, iaitu dengan memberikan
bimbingan dari kelas sebenar dan juga fleksibiliti dan keterbukaan pembelajaran
kendiri melalui kaedah pembelajaran dalam talian dan secara maya. Terdapat
pelbagai paras dalam pembelajaran teradun seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Tiga metodologi bagi pembelajaran teradun di OUM

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA

Ketiga-tiga kaedah ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Tiga Kaedah Pembelajaran Teradun di OUM

Kaedah Deskripsi
Pembelajaran Ia memerlukan anda agar belajar sendiri secara berdikari pada masa
kendiri yang anda tetapkan sendiri. Modul ini berfungsi sebagai sumber
utama pembelajaran. Ia disokong dengan bahan bacaan lain, kedua-
duanya bercetak dan digital.
Selain itu, pembelajaran juga berlaku melalui mod audio/video.
Rajah 1.2 menunjukkan bagaimanakah cara anda boleh menjadi
pelajar kendiri yang baik.

Rajah 1.2: Apa yang anda perlu buat untuk menjadi pelajar kendiri
yang baik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA  5

Interaksi Ini merupakan sesi tutorial yang dijalankan dalam kelas sebenar oleh
secara tutor di pusat pembelajaran OUM yang ada di seluruh negara. Isu
bersemuka berkaitan bahan kursus, tugasan dan isu lain berkenaan
(kelas sebenar) dibincangkan semasa sesi tutorial ini. Sesi ini biasanya dijalankan
setiap dua minggu, iaitu pada hujung minggu ataupun selepas
waktu pejabat, sekurang-kurangnya tiga kali setiap semester. Nisbah
tutor kepada pelajar dipastikan rendah agar kualiti sesi tersebut
terjamin.
Metodologi Dalam kelas maya, alat komunikasi elektronik seperti e-mel, forum
pembelajaran perbincangan dan bilik sembang disediakan untuk memudahkan
dalam talian interaksi antara pelajar, tutor dan fasilitator.
(kelas maya)
Selain itu, bahan pembelajaran elektronik (seperti e-buku dan objek
pembelajaran multimedia) sentiasa dibangunkan untuk
meningkatkan hasil pembelajaran. Alat komunikasi dan bahan e-
pembelajaran disediakan menggunakan Internet melalui platform
penyampaian dalam talian OUM yang dikenali sebagai myINSPIRE.

AKTIVITI 1.1

Rujuk Rajah 1.1 tentang pembelajaran teradun di OUM. Pendekatan


manakah yang sesuai dengan gaya belajar atau kecenderungan anda?
Bincangkan jawapan dengan rakan anda. Anda boleh merujuk
Apendiks 1.1 untuk mempelajari gaya pembelajaran.

1.1.2 Menjadi Berdikari


Di OUM, anda digalakkan untuk menjadi pelajar yang berdikari. Anda diharap
dapat belajar secara bebas ataupun belajar secara berkumpulan.

Sebagai pelajar kendiri, anda seharusnya boleh menjadikan pengalaman


pembelajaran anda lebih bermakna dan dalam masa yang sama, menjalani rutin
harian anda. Tanpa mengira sama ada anda belajar sambil bekerja ataupun tidak,
anda kini mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap program
pengajian anda!

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA

Untuk menjadi pelajar yang berdikari, anda boleh menggunakan sebahagian


atau kesemua teknik yang dicadangkan dalam Jadual 1.2.

Jadual 1.2: Cadangan Teknik untuk Pelajar Kendiri

Teknik Huraian
Merancang dan Teknik merancang dan mengurus akan dibincangkan di sepanjang
mengurus topik ini. Dengan mengaplikasikan teknik merancang dan
dengan cara bijak mengurus pembelajaran yang dicadangkan dalam modul ini,
sudah tentu anda akan dapat memastikan pembelajaran di OUM
ini membuahkan hasil.
Mengamalkan Ia adalah penting untuk anda mengurus masa anda dengan baik.
pengurusan masa Pengurusan masa akan dibincangkan dengan lebih mendalam
yang bijak dalam Subtopik 1.2.4.
Memotivasikan Untuk proses pembelajaran yang lancar, anda juga perlu
diri sendiri mempelajari teknik motivasi diri. Strategi untuk motivasi diri ini
akan dibincangkan dalam Subtopik 1.2.3.
Memupuk Anda perlu memupuk gaya pembelajaran peribadi dengan
strategi mengenal pasti gaya belajar anda dan menyesuaikannya dengan
pembelajaran mana-mana daripada tiga teknik tadi. Contohnya, sekiranya anda
mempunyai gaya pembelajaran visual, anda perlu merekodkan/
menulis kandungan pelajaran anda secara visual dalam bentuk
nota pendek, peta minda atau carta (rujuk Subtopik 1.3 untuk
maklumat lebih lanjut tentang gaya pembelajaran).

Selain daripada teknik yang dibincangkan dalam Jadual 1.2, anda perlu
mempunyai kemahiran penting yang lain untuk membantu anda sebagai pelajar
kendiri. Ini termasuklah kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT ă
information and communication technology), dan maklumat yang akan
dibincangkan kemudian dalam modul ini.

1.1.3 Memaksimumkan Kemudahan Pembelajaran


OUM
Untuk menjadi pelajar yang lebih bersedia, anda mesti memaksimumkan
penggunaan kemudahan OUM yang tersedia untuk anda. Semua kemudahan ini
adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA  7

Rajah 1.3: Kemudahan OUM yang tersedia untuk anda

Anda perlu mengambil tahu akan semua sumber yang telah tersedia untuk
anda bagi membantu pembelajaran anda. Cuba fikirkan sejenak tentang
bagaimanakah agaknya pelajar OUM yang tinggal di kawasan pedalaman dapat
mengambil peluang sepenuhnya sepanjang belajar di OUM.

Memahami fungsi pusat perkhidmatan pelajar OUM, pusat pembelajaran OUM,


perpustakaan digital OUM dan portal OUM akan membantu anda untuk
menguruskan pembelajaran anda dengan lebih efektif.

Setelah anda mempelajari kaedah yang diguna pakai di OUM, sekarang mari kita
teruskan ke bahagian penting yang berikutnya ă menghadapi pembelajaran.

1.2 MENGHADAPI PEMBELAJARAN


Sedarkah anda bahawa pengalaman pembelajaran yang baru boleh menjadi
saat bahagia dan juga peristiwa tidak menyenangkan? Apabila anda merasa
tidak gembira, situasi tertekan mungkin terbina. Oleh itu, ia adalah penting
untuk anda menyedari situasi ini dan belajar cara untuk menguruskannya.
Dalam subtopik berikutnya, kita akan mengajar anda cara mengurus tekanan,
menetapkan matlamat, strategi motivasi untuk pembelajaran yang berjaya,
pengurusan masa dan strategi tumpuan untuk pembelajaran yang lebih baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA

1.2.1 Mengurus Tekanan


Tekanan ialah bahagian yang penting dan fitrah dalam kehidupan seharian kita.
Contohnya dipaparkan dalam Rajah 1.4. Bolehkah anda bayangkan betapa
tertekannya ibu ini?

Rajah 1.4: Menguruskan pelbagai perkara boleh menyebabkan tekanan, sama seperti
anda sebagai pelajar dewasa; anda perlu menyeimbangkan antara urusan rumah, kerja
dan belajar

Kita mencapai apa yang telah kita tetapkan untuk dilakukan pada hari atau
minggu tersebut dengan sedikit tekanan. Semasa menghadapi tekanan, kedua-
dua badan dan minda kita akan terjejas. Tekanan boleh menjadi positif dan
negatif. Badan kita direka untuk bertindak balas dengan kedua-dua jenis
tekanan. Kita mesti mempelajari tentang tekanan bagi membantu badan kita
kembali kepada keadaan yang lebih tenang.

Tekanan positif membantu kita untuk berhati-hati, memotivasikan diri kita


untuk menghadapi cabaran dan mendorong kita untuk menyelesaikan masalah.
Tahap tekanan yang rendah boleh dihadapi dan dilihat perlu untuk simulasi
yang normal.

Tekanan negatif sebaliknya berlaku apabila badan kita bertindak berlebihan


kepada sesuatu kejadian. Ia menjurus kepada reaksi „berjuang atau melarikan
diri‰ (flight or flight). Reaksi sebegitu mungkin sangat berguna satu ketika
dahulu apabila nenek moyang kita sering berhadapan dengan situasi antara
hidup dan mati. Walau bagaimanapun, keadaan tersebut bukanlah satu
kebiasaan lagi pada masa kini. Namun, kita masih menunjukkan reaksi secara
tidak rasional bagi banyak situasi harian seolah-olah ia merupakan isu antara
hidup dan mati.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA  9

Walaupun begitu, tekanan tidak harus diendahkan. Tanda awal seperti sebarang
perubahan yang ketara dalam corak tingkah laku anda dapat menunjukkan
sesuatu itu bermasalah. Apakah simptom tekanan? Mari kita lihat Rajah 1.5
untuk mengenal pasti beberapa simptom tekanan.

Rajah 1.5: Simptom tekanan

Antara penyebab biasa tekanan yang anda mungkin hadapi sebagai pelajar
kendiri adalah berkaitan prestasi akademik, perubahan gaya hidup, kewangan,
kesihatan, hubungan sosial, keluarga dan rakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA

Sebagai pelajar kendiri, anda perlu menguasai sesetengah strategi dalam cara
yang lebih realistik dan munasabah untuk mengatasi sebarang situasi yang
tertekan. Bahagian berikutnya membincangkan strategi bagi mengurus tekanan
dan menangani masalah setiap hari yang menyebabkan kebimbangan.

(a) Strategi untuk Mengurus Tekanan


Yang berikut adalah antara strategi untuk mengurus tekanan (lihat
Jadual 1.3).

Jadual 1.3: Strategi Menguruskan Tekanan

Strategi Deskripsi
Mulakan pengurusan Anda harus mengawal cara anda menggunakan masa
diri yang teratur dan tenaga anda agar anda boleh menguruskan tekanan
dengan lebih efektif. Contohnya, jika anda bekerja
secara sepenuh masa, anda mungkin mahu belajar pada
waktu malam apabila semua orang sedang tidur atau
bangun awal dan memulakan hari anda antara satu atau
dua jam lebih awal.
Mengawal persekitaran Melalui cara ini, anda boleh sama ada menghapuskan
anda dengan tekanan atau mendapatkan sokongan untuk diri anda.
mengawal siapa dan Cuma berada dalam kumpulan rakan pembelajaran
apa yang berada di anda supaya anda dapat memaksimumkan masa lapang
sekeliling anda anda atau masa yang tidak dirancang.
Beri maklum balas Selalu isi minda separa sedar anda dengan ingatan yang
positif kepada diri positif. Contohnya, beritahu diri anda yang anda akan
anda lulus peperiksaan semester ini dengan jayanya. Jika
anda sentiasa memikirkannya dan bekerja keras, anda
mungkin dapat mencapai apa yang anda mahukan.
Memberi ganjaran Ia amat membantu jika anda mempunyai sesuatu
kepada diri anda aktiviti yang amat anda nantikan. Lakukan aktiviti yang
merehatkan minda atau rancang aktiviti riadah yang
kerap selepas anda sudah mencapai objektif anda.
Senaman untuk badan Kesihatan dan produktiviti anda bergantung pada
anda keupayaan badan anda untuk membekalkan oksigen
dan makanan kepada sel. Oleh itu, lakukan senaman
untuk jantung dan paru-paru anda dengan kerap,
sekurang-kurangnya tiga hari seminggu selama 15 hingga
30 minit. Ia mungkin dalam bentuk aktiviti seperti
berjalan, berlari, berbasikal, berenang atau aerobik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA  11

Rehat Alihkan minda anda daripada tekanan dan tumpukan


kepada pernafasan dan pemikiran yang positif.
Bermimpi juga memberikan rehat, bersama-sama
dengan bertafakur, rehat secara progresif, bersenam,
mendengar muzik yang menenangkan dan juga
berhubung dengan kawan dan orang tersayang.
Rehat sekerap Secara umumnya, tidur malam selama enam atau tujuh
mungkin jam adalah mencukupi untuk pelajar dewasa. Ambil
rehat yang singkat. Minda anda tidak dapat menyerap
kesemuanya pada satu masa. Ia memerlukan masa
untuk memproses dan menyatukan maklumat.
Sepertimana peraturan umum (general rule of thumb),
ambil rehat 10 minit bagi setiap jam. Rehatkan mata dan
juga minda anda.
Awasi diri anda Awasi tanda tekanan seperti insomnia, sakit kepala,
kebimbangan, sakit perut, kurang tumpuan, demam/
selesema dan letih berlebihan. Ingat, ia boleh menjadi
tanda gangguan yang serius (seperti ulser, hipertensi,
penyakit jantung). Sentiasa perhatikan sekiranya timbul
ketegangan pada badan anda. Sebagai contoh,
perhatikan jika anda menggenggam stereng kereta
terlalu kuat ketika memandu!
Makan diet yang Elakkan makanan yang tinggi lemak dan gula. Jangan
seimbang dan bergantung pada ubat atau alkohol. Kafein mungkin
bersenam membuat anda berjaga tetapi ia juga mungkin
membuatkan anda lebih sukar memberikan tumpuan.
Ingat, berjalan selama 20 minit boleh menjadi ubat
penenang yang lebih baik daripada sesetengah ubat
yang diberikan preskripsi.
Belajar untuk Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang lebih
menikmati hidup gembira hidup lebih lama, kurang masalah fizikal dan
lebih produktif. Lihat kepada jenaka dalam kehidupan
apabila keadaan tidak masuk akal. Ingat, anda sangat
istimewa dan berhak mendapat layanan terbaik untuk
diri anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA

(b) Menghadapi Masalah Belajar Setiap Hari


Terdapat beberapa cara untuk menghadapi masalah belajar setiap hari
(lihat Jadual 1.4).

Jadual 1.4: Beberapa Cara untuk Menghadapi Masalah Belajar Harian

Cara Huraian
Mengenali sumber Menilai kekuatan dan kelemahan anda boleh membantu
anda anda melihat apa yang anda ada untuk membantu anda
bertahan. Contohnya, ketahui di mana anda boleh
mendapatkan buku rujukan. Tanya diri anda, „Adakah ia
hanya terdapat di perpustakaan yang berdekatan dengan
saya atau bolehkah saya mendapatkannya dalam talian?
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan buku dalam talian
ini?‰
Anda tidak perlu Bercerita kepada keluarga dan kawan mungkin membantu
menghadapinya anda mengatasi masa sukar dalam pembelajaran anda. Di
berseorangan OUM, kami mempunyai Pusat Pengurusan Pelajar yang
boleh membantu anda mengatasi sebahagian masalah anda.
Kami mempunyai kaunselor pelajar yang terlatih untuk
membantu anda menghadapi situasi yang sukar dan penuh
tekanan.
Menjadi realistik Tetapkan matlamat yang boleh dicapai. Jika anda
mempunyai tiga tugasan untuk disiapkan pada semester
itu, periksa tarikh akhir dan peruntukan masa yang
mencukupi untuk setiap tugasan.
Anda tidak boleh Untuk menjadi pelajar yang berjaya, anda perlu
mengawal bekerjasama dan kolaborasi dengan orang lain. Ingat, anda
sepenuhnya tidak boleh melakukannya berseorangan. Rakan dan tutor
anda memainkan peranan penting dan anda akan mendapat
manfaat dengan menyertai kumpulan belajar dan kekal
berhubung dengan tutor anda.
Belajar untuk Jangan terlalu sedih jika keputusan penilaian pertama anda
menerima adalah teruk. Perbaiki diri anda boleh menjadi proses yang
kegagalan berperingkat. Berbincanglah dengan tutor anda jika anda
tidak berpuas hati dengan keputusan anda dan ketahui cara
untuk anda perbaikinya.

(c) Kebimbangan
Terdapat juga tekanan yang disebabkan oleh kebimbangan. Sebagai pelajar
OUM, anda mungkin berasa bimbang apabila anda hendak menduduki
peperiksaan atau menyerahkan tugasan, sama seperti gambar dalam
Rajah 1.6. Kebanyakan kebimbangan datang daripada perasaan takut anda
mungkin akan gagal atau tidak menunjukkan prestasi yang baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA  13

Rajah 1.6: Ia adalah perkara biasa untuk anda merasa cemas apabila anda ingin
menduduki peperiksaan

Faktor penyebab kebimbangan boleh berpunca daripada jangkaan atau


keadaan. Dua faktor ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 1.5.

Jadual 1.5: Dua Faktor Penyebab Kebimbangan

Kebimbangan Jangkaan Kebimbangan Keadaan


Merujuk kepada kesukaran yang Merujuk kepada kebimbangan yang
anda rasai semasa belajar atau ketika berlaku ketika peperiksaan dan
bersedia untuk kuiz/ujian dan tugasan sebelum tarikh penyerahan tugasan.
serta pemikiran anda tentang apa
Yang berikut ialah perkara penting
mungkin terjadi bila anda mengambil
untuk pengurusan kebimbangan
kuiz/ujian atau lambat menyerahkan
dalam bilik peperiksaan atau
tugasan.
pengurusan tekanan bagi menyiapkan
Yang berikut ialah beberapa perkara tugasan:
penting yang boleh membantu anda Ć Sentiasa menepati masa;
mengatasi kebimbangan jangkaan:
Ć Mengatur jadual kerja anda;
Ć Relaks;
Ć Mengelakkan kawan mempunyai
Ć Fokus; tahap kebimbangan yang tinggi;
Ć Berfikiran positif; Ć Membaca dan memahami arahan;
Ć Belajar dalam kumpulan; Ć Membuat kerja pada kelajuan yang
Ć Mempunyai waktu belajar yang selesa;
spesifik; Ć Mendapatkan penjelasan;
Ć Mendapatkan set nota yang Ć Terus bergerak; dan
lengkap;
Ć Relaks.
Ć Merasa selesa dengan tempat
belajar anda; dan
Ć Mengetahui di mana diri anda dan
ke mana hala tuju anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA

Perkara paling penting yang anda boleh lakukan untuk mengawal tahap
kebimbangan anda adalah dengan belajar dan mengenali bahan dengan
baik supaya anda boleh mengingat dengan jelas walaupun berada di
bawah tekanan. Selain itu, cara lain untuk mengawal kebimbangan ialah
tetapkan matlamat, motivasikan diri anda, amalkan pengurusan masa yang
baik dan elakkan perasaan malas, bertangguh atau berangan.

AKTIVITI 1.2
Anda ada peperiksaan dalam masa tiga hari lagi. Walau
bagaimanapun, akibat komitmen kerja dan komitmen peribadi, anda
tidak dapat meluangkan masa untuk belajar bagi menghadapi
peperiksaan ini. Apabila panik menyerang, apakah reaksi anda?
Berikan jawapan anda dalam forum perbincangan maya. Anda boleh
menceritakan pengalaman peribadi anda dalam jawapan anda.

1.2.2 Penetapan Matlamat


Apakah yang dimaksudkan dengan matlamat? Bagaimanakah anda
mendefinisikannya?

Matlamat ialah sesuatu yang anda mahu capai dengan melaksanakan


tindakan tertentu.

Oleh itu, matlamat adalah penting bagi pelajar jarak jauh seperti anda kerana ia
membantu memotivasikan anda untuk melakukan kerja, hadir ke kelas dan
belajar untuk menghadapi peperiksaan. Ini akan meningkatkan peluang anda
untuk berjaya.

Walau bagaimanapun, kebanyakan orang tidak mencapai matlamat mereka


kerana mereka gagal menetapkan matlamat yang efektif dan/atau mereka tidak
mengambil tindakan untuk mencapai matlamat mereka. Mereka hanyut tanpa
tujuan. Bahagian berikut menghuraikan ciri matlamat yang efektif dan langkah-
langkah dalam merealisasikan matlamat itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA  15

(a) Ciri Matlamat yang Efektif


Matlamat yang efektif mempunyai ciri ini seperti yang dinyatakan dalam
Jadual 1.6.

Jadual 1.6: Ciri Matlamat yang Efektif

Ciri Deskripsi
Pilihan sendiri Anda perlu menentukan matlamat anda sendiri.
Relevan Ia mesti relevan dan sesuai dengan misi dan nilai teras
anda.
Mencabar Matlamat perlu lebih daripada apa yang anda telah capai
sebelum ini tetapi tidak sampai memberikan tekanan
yang tidak perlu untuk pencapaian.
Realistik atau boleh Untuk menetapkan matlamat yang realistik, anda harus
dicapai menilai peluang anda untuk mencapai matlamat tersebut.
Pastikan anda mempunyai pengetahuan, kemahiran,
bakat atau sumber yang diperlukan untuk menyelesaikan
matlamat anda.
Khusus Matlamat khusus adalah perlu untuk mengukur
perkembangan dan memastikan pencapaiannya. Lebih
khusus matlamat anda, lebih banyak anda akan terdorong
untuk mencapainya.
Boleh diukur Matlamat boleh diukur jika anda boleh tentukan sama ada
anda boleh mencapainya atau tidak.
Terikat dengan Jika matlamat tidak terikat dengan masa, anda akan
masa melengahkan tindakan untuk mencapainya. Tarikh akhir
juga penting dalam mendorong anda untuk mencapai
matlamat anda.
Positif Apabila bekerja ke arah sesuatu, ia membantu untuk
mempunyai sikap yang positif.
Bertulis Matlamat perlu ditulis dan diletakkan di tempat yang
selalu anda lihat. Tulis idea dengan jelas agar dapat
mendorong tindakan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA

Dalam menetapkan matlamat yang berkesan, ingatlah mnemonik ini,


SMART yang bermaksud:
S ă Specific (khusus);
M ă Measurable or verifiable (boleh diukur atau boleh disahkan);
A ă Attainable (boleh dicapai);
R ă Relevant to personal mission (relevan kepada misi peribadi); dan
T ă Time-bound (target date) (terikat dengan masa [tarikh sasaran]).

Oleh itu, adalah penting untuk menyeimbangkan matlamat akademik dan


peribadi anda. Matlamat akademik adalah berkaitan kerja kursus anda.
Namun, matlamat peribadi juga adalah penting. Jika anda terlalu
memfokuskan kepada matlamat peribadi anda, anda akan dapati bahawa
anda hanya ada masa yang sedikit untuk belajar. Menyeimbangkan
matlamat akademik dan peribadi memerlukan perancangan dan fleksibiliti.
Matlamat ini mungkin dalam bentuk jangka pendek atau panjang. Mari
kita lihat Jadual 1.7 yang menunjukkan beberapa contoh matlamat jangka
pendek dan matlamat jangka panjang.

Jadual 1.7: Contoh Matlamat Jangka Pendek dan Jangka Panjang

Matlamat Jangka Pendek Matlamat Jangka Panjang


Ć Saya ingin meluangkan tiga jam Ć Saya mahu lulus dalam masa
untuk membuat tugasan saya. empat tahun.
Ć Saya mahu membaca Topik 2 hingga Ć Saya mahu mengambil program
Topik 4 bagi modul Kemahiran Sarjana Pentadbiran Perniagaan
Belajar Jarak Jauh sebelum tutorial (MBA ă Master of Business
berikutnya. Administration) saya pada bulan
hadapan.

Bahagian berikutnya menerangkan lima langkah pendekatan menetapkan


matlamat yang realistik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA  17

(b) Lima Langkah Pendekatan untuk Menetapkan Matlamat


Lima langkah ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 1.8.

Jadual 1.8: Lima Langkah untuk Menetapkan Matlamat

Langkah Contoh
Langkah 1: Tulis apa yang anda  Saya mahu membaca modul
mahu capai. Kemahiran Belajar Jarak Jauh
(muka surat 22 hingga 40) sebelum
jam 4 petang.
Langkah 2: Senaraikan sebarang  Saya selalu mengantuk selepas
halangan. makan tengah hari.
 Ada perlawanan bola sepak di
televisyen pada jam 3 petang.
Langkah 3: Tulis sebarang sumber  Saya ada modul Kemahiran Belajar
yang ada dengan anda. Jarak Jauh bersama saya.
 Internet ada di rumah jika saya
perlu melayari laman web untuk
melakukan aktiviti yang
dicadangkan dalam modul.
Langkah 4: Kaji dan semak semula ă
pernyataan matlamat
tentatif anda (rujuk
Langkah 1). Ambil
tindakan pembetulan dan
ubah suai matlamat anda
jika perlu.
Langkah 5: Perbaiki penyataan ă
matlamat anda.

Anda telah diberikan beberapa petua tentang cara untuk menetapkan


matlamat. Sekarang, lakukan Aktiviti 1.3 untuk berlatih seni dalam
menetapkan matlamat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA

AKTIVITI 1.3

1. Senaraikan matlamat akademik anda un t u k rancangan jangka


pendek dan jangka panjang di OUM.

Jadual Skala Akademik


Jangka pendek
Jangka panjang

2. Tulis matlamat anda untuk semester ini di OUM.

3. Buat satu senarai halangan yang anda hadapi sebagai pelajar


kendiri di OUM.

4. Buat satu senarai sumber yang ada yang boleh anda gunakan di
OUM, tempat kerja atau di rumah.

5. Jelaskan bagaimana anda boleh menggunakan sumber yang ada


untuk mengatasi halangan tersebut.

6. Tulis semula matlamat anda untuk semester ini.

7. Tahukah anda bahawa ramai orang gagal menetapkan matlamat


untuk diri mereka sendiri? Layari beberapa laman web mengenai
topik ini dan cari sebabnya.

1.2.3 Strategi Motivasi untuk Pembelajaran yang


Berjaya
Pertama, apakah yang dimaksudkan dengan motivasi?

Motivasi ialah sesuatu yang memberi tenaga, mengarah dan mengekalkan


tingkah laku terhadap matlamat tertentu.

Bagaimanakah ia memberi kesan terhadap anda? Ia memberi kesan terhadap


bagaimana anda melakukan kerja anda, bila anda melakukan kerja anda, berapa
lama anda melakukan tugasan, bagaimana anda memberi tumpuan kepada kerja
anda dan strategi belajar mana yang anda gunakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA  19

Terdapat tujuh strategi motivasi yang boleh membantu anda untuk


memotivasikan diri anda bagi menjadi pelajar kendiri yang cemerlang. Strategi
ini diterangkan dalam Jadual 1.9.

Jadual 1.9: Tujuh Strategi Motivasi untuk Menjadi Pelajar Kendiri yang Cemerlang

Strategi Deskripsi
Tetapkan matlamat Sebelum anda memulakan tugas anda, tentukan fakta,
pembelajaran yang konsep atau idea yang anda mahu pelajari. Tetapkan diri
mencabar tetapi anda matlamat yang realistik dan boleh dicapai supaya anda
realistik lebih bermotivasi untuk mencapainya.
Bahagikan tugas besar Jadikan tugas lebih senang diurus dengan membahagikannya
yang ada kepada kepada bahagian yang lebih kecil dan senang diurus supaya
bahagian kecil anda tidak akan merasa gentar atau takut.
Kekalkan sikap positif Mengekalkan sikap yang positif adalah sangat penting.
Fikirkan kesusahan sebagai cabaran. Jika ada sesuatu
yang perlu anda pelajari kelihatan seperti ancaman,
pertimbangkannya sebagai peluang untuk melakukan
sesuatu yang baharu.
Sasar puncak yang Paksa diri anda untuk lebih kuat bila anda telah capai satu
lebih tinggi set matlamat. Sediakan set matlamat yang berikutnya agar ia
sedikit lebih mencabar.
Gunakan strategi Gunakan strategi pembelajaran aktif dan bukannya
pembelajaran yang pembelajaran pasif. Ambil inisiatif untuk mencari sumber
aktif dengan pergi ke perpustakaan, melayari laman web,
bercakap dengan tutor anda dan bersemuka atau berbincang
dalam talian dengan rakan anda.
Belajar daripada Jangan berkecil hati dengan kesilapan yang anda buat
kesilapan semasa belajar. Sebaliknya, dapatkan seseorang atau sumber
baharu untuk membantu pembelajaran anda. Cari bantuan
daripada tutor anda, rakan atau sesiapa sahaja yang boleh
membantu anda. Lihat kembali pendekatan anda untuk
belajar. Tanya diri anda, „Adakah terdapat cara yang lebih
baik dalam melakukan sesuatu?‰
Pantau pembelajaran Untuk motivasi diri anda, gambarkan perkembangan anda
anda semasa belajar. Dapatkan maklum balas daripada tutor anda
tentang ujian dan tugasan anda. Bincangkan gred anda
dengan pihak yang berkaitan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA

AKTIVITI 1.4

Untuk mengukuhkan motivasi anda, renung kembali sebab anda


melanjutkan pelajaran di OUM. Isi tempat kosong untuk memantau
kemajuan anda dan membantu memfokuskan pemikiran anda. Jika
anda menghadapi kesukaran dalam proses pembelajaran, lihat kembali
jawapan anda ini untuk meningkatkan motivasi diri.

Soalan untuk Ditanya kepada Diri Sendiri Jawapan Anda


Adakah terdapat tahap yang berbeza untuk membaca
modul OUM seperti unit, topik, konsep, kemahiran,
tahap dan sebagainya?
Adakah saya mempunyai matlamat jangka pendek
yang spesifik?
Berapa banyakkah masa dalam sehari atau seminggu
yang saya perlu peruntukan untuk belajar?
Adakah saya mempunyai jadual harian atau mingguan?
Apakah sumber-sumber maklumat yang saya boleh
gunakan untuk meningkatkan pembelajaran saya?
Bagaimanakah saya boleh menyemak pembelajaran
saya?
Apakah kemahiran tambahan yang telah saya peroleh
untuk berjaya sebagai pelajar jarak jauh?
Kepada siapakah saya harus melaporkan perkembangan
pembelajaran saya?
Bilakah saya perlu laporkan kemajuan pembelajaran
saya?
Apakah ganjaran setelah saya maju? Siapakah yang
harus saya rujuk jika saya tidak mendapat keputusan
yang saya mahu?
Adakah saya berfikir secara positif tentang matlamat
saya?
Adakah kandungan subjek menarik seperti yang saya
fikirkan? Jika tidak, apakah yang boleh saya lakukan?
Adakah proses pembelajaran yang saya pilih berkesan?
Adakah tutor saya membantu?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA  21

Ia adalah penting untuk mengetahui bahawa jika anda tidak berjaya dalam
pembelajaran seperti yang anda harapkan, ini tidak bermakna bahawa anda
telah gagal. Kejayaan dalam pembelajaran ditentukan oleh penilaian proses
pembelajaran anda dan apa yang anda telah belajar daripada proses ini.

1.2.4 Pengurusan Masa


Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan masa?

Pengurusan masa ialah cara anda mengatur atau menjadualkan masa anda.

Bagaimanakah pengurusan masa yang berjaya dapat dicapai? Kunci kepada


pengurusan masa yang berjaya merupakan memberikan masa yang mencukupi
untuk menyiapkan kerja anda sementara masih mempunyai masa untuk
menyelesaikan tanggungjawab lain. Oleh itu, mempelajari teknik pengurusan
masa yang baik dapat memberi motivasi untuk mencapai matlamat anda.

Semua pengurusan masa yang berjaya bermula dengan perancangan. Apabila


anda merancang aktiviti anda dengan objektif untuk mencapai matlamat, anda
bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan pilihan anda. Dengan kata lain,
anda sekarang berada dalam kawalan tentang bagaimana anda menguruskan
masa anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA

Terdapat banyak manfaat hasil pengurusan masa yang efektif. Antaranya


ditunjukkan dalam Rajah 1.7.

Rajah 1.7: Faedah pengurusan masa yang berkesan

Bahagian seterusnya memberikan beberapa cadangan tentang cara menganalisis


penggunaan masa, menetapkan keutamaan dan merancang jadual.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA  23

(a) Menganalisis Penggunaan Masa Anda


Salah satu perkara yang paling penting dalam pembelajaran kendiri ialah
anda bertanggungjawab menguruskan masa anda sendiri dan
menguruskannya dengan berkesan. Walau bagaimanapun, pengurusan
masa bukan sekadar menguruskan masa anda. Ia juga berkaitan
pengurusan diri sendiri. Mari kita kenal pasti bagaimana anda
menggunakan masa anda dengan menggunakan Jadual 1.10.

Jadual 1.10: Analisis Penggunaan Masa Anda

Strategi: Apakah yang


Ya/Tidak/ Harus Saya Buat untuk
Soalan Memperbaikinya?/
Jawapan Lain
Huraikan
1. Adakah saya menggunakan
masa saya dengan cekap?
2. Bagaimanakah saya
membuang masa?
3. Apakah atau siapakah
yang mengganggu saya
tumpuan saya?
4. Adakah saya perlu
merancang masa saya
untuk setahun, satu
semester, minggu, hari atau
untuk setiap tugas?
5. Adakah saya ada
membuang masa ketika
hendak memulakan sesi
belajar?
6. Adakah saya menggunakan
sebahagian besar masa
lapang saya untuk
pembelajaran saya?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA

(b) Menetapkan Keutamaan Anda


Sebaik sahaja anda mengetahui jumlah peruntukan masa yang anda ada
untuk belajar, anda perlu mempelajari cara menetapkan keutamaan supaya
mudah bagi anda mengawal situasi dan mencapai matlamat anda.
Memberi fokus ialah nasihat yang kami berikan sepanjang masa.
Keutamaan anda juga harus mencerminkan hubungan anda dengan orang
lain. Jika anda sudah berkahwin dan mempunyai anak, maka keutamaan
anda mungkin termasuk pasangan dan anak anda. Sekiranya anda masih
bujang dan tinggal bersama rakan, anda mungkin meletakkan rakan
sebagai keutamaan dalam senarai anda.

Ingat, menetapkan keutamaan adalah penting. Walau bagaimanapun,


jangan biarkan orang lain atau kepentingan mereka mengalih perhatian
anda daripada matlamat anda sebagai pelajar!

(c) Merancang Jadual


Anda boleh mulakan proses perancangan bijak dengan menulis
perancangan anda dalam buku perancangan. Ada alat bantu pengurusan
masa yang berbeza yang boleh membantu anda merancang. Ini
termasuklah jadual waktu, buku harian dan rancangan tahunan. Anda juga
boleh membuat perancangan dengan mudah dengan mendapatkan alat
perancangan elektronik terkini!

Yang berikut ialah beberapa garis panduan dalam mengenal pasti masa
belajar:

(i) Kenal pasti pada waktu bila pada setiap hari anda berasa segar dan
dapat memberi tumpuan;

(ii) Jika boleh, kekalkan masa ini pada setiap minggu;

(iii) Pertimbangkan masa anda biasa tidur; dan

(iv) Belajar apabila mental anda berada pada keadaan paling waspada!

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA  25

Terdapat begitu banyak cara untuk anda merancang dan menjadualkan


tugas anda. Apabila anda mempunyai rancangan, anda akan:

(i) Menyedari bagaimana anda menghabiskan masa anda;

(ii) Berupaya mengurus dan mencapai matlamat anda; dan

(iii) Mengelakkan keadaan tergesa-gesa pada saat-saat akhir untuk


memenuhi tarikh akhir.

Mempelajari kemahiran pengurusan masa akan membantu anda untuk bersedia,


bukan sahaja buat masa ini tetapi juga masa depan. Ia juga boleh membantu
anda untuk membangunkan tabiat dan kemahiran yang baik. Anda boleh
menjadi pengurus masa dan pelajar yang berjaya jika anda bersedia untuk
belajar dan menggunakan alat dan teknik pengurusan masa yang berkesan.

AKTIVITI 1.5

1. Cuba aktiviti ini untuk melatih anda agar dapat menyelesaikan


tugasan harian dan mingguan anda. Sila ambil perhatian bahawa
terdapat banyak cara untuk mencapai matlamat ini. Satu kaedah
yang paling ringkas adalah dengan menyenaraikan tugas harian
anda untuk hari berikutnya. Salah satu cara untuk mengenal pasti
keutamaan adalah dengan membuat senarai „perkara yang perlu
dilakukan‰. Gunakan contoh berikut sebagai panduan untuk anda
membuat senarai perkara yang perlu dilakukan.

Contoh:

Susunan Keutamaan/
No. Senarai Perkara yang Perlu Dilakukan
Tarikh Akhir
1 Menghantar anak untuk menghadiri 3
janji temu dengan doktor gigi pada
jam 3 petang.
2 Makan tengah hari dengan rakan anda. 5
3 Menghantar surat kepada Dekan. 1
4 Menghantar jawapan ke forum dalam 4
talian.
5 Mula membaca Topik 4. 3

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA

2. Buat jadual mingguan anda sendiri. Ini ialah jadual untuk aktiviti
mingguan anda seperti kelas, waktu belajar, janji temu, kerja
dan kegiatan sosial. Setelah selesai, anda boleh membandingkan
jadual mingguan anda dengan rakan anda. Pelajar yang berbeza
akan mempunyai set jadual mingguan yang berlainan.

Bulan: Minggu 1/2/3/4

10 pagiă
Hari/ 2ă4 4ă6 9 malam
8ă10 pagi Tengah
Masa petang petang ke atas
hari
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu
Ahad

1.2.5 Strategi Memberi Tumpuan untuk Pembelajaran


yang Lebih Baik
Daya tumpuan adalah penting untuk proses pembelajaran. Anda boleh
mengenal pasti apakah yang menyebabkan anda kurang daya tumpuan ketika
belajar dan kemudian gunakan pelbagai strategi untuk meningkatkan daya
tumpuan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA  27

(a) Punca Kurang Daya Tumpuan


Yang berikut ialah beberapa punca kurang daya tumpuan (lihat
Jadual 1.11).

Jadual 1.11: Punca Kurang Daya Tumpuan

Punca Deskripsi
Gangguan Ini termasuk televisyen, kerusi yang terlalu selesa,
persekitaran makanan ringan, orang lain dan sebagainya. Alihkan atau
susun semula persekitaran yang mengganggu. Pergi ke
perpustakaan atau kelas apabila anda berniat untuk belajar
dengan serius.
Bunyi bising Muzik, lagu dan perbualan ialah contoh bunyi bising. Latih
diri anda untuk belajar jauh daripada orang lain dan dalam
keadaan senyap.
Gangguan fizikal Contohnya, rasa lapar, mengantuk dan keletihan. Belajar
apabila anda berkeadaan paling cergas. Makan snek
berprotein tinggi. Lakukan senaman ringan selama lima
minit untuk menyegarkan diri.
Kebosanan, tidak Cari penyebab anda mengambil sesuatu kelas dengan
suka, tidak bertanyakan tutor dan pelajar lain. Wujudkan rasa minat
berminat yang sebenar.
Bimbang tentang Ketahui cara untuk belajar secara efektif. Letakkan kursus
pembelajaran dalam perspektif yang tepat. Pelajari kemahiran yang
penting.
Tugasan Pecahkan tugasan yang besar kepada tugasan yang lebih
pembelajaran yang kecil dan boleh dilaksanakan. Lakukan tugasan yang paling
menggerunkan sukar dahulu. Berikan ganjaran atas kemajuan anda dan
„denda‰ apabila anda malas.
Mengelamun Elakkan mengelamun sambil belajar. Apabila anda mula
mengelamun, tuliskan apa yang mengganggu anda dan
teruskan belajar. Sebagai alternatif, ingat perkara penting,
alih perhatian anda daripada buku anda dan teruskan
berangan-angan. Apabila anda sudah bersedia untuk
membaca semula, teruskan. Strateginya adalah tidak
berangan-angan dan membaca pada masa yang sama.
Kebimbangan Kenal pasti dan definisikan masalah dan membangunkan
bersifat peribadi pelan konkrit dan khusus untuk mengatasi kebimbangan
peribadi. Berbicaralah dengan seseorang yang boleh
membantu seperti rakan, kaunselor atau pakar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA

(b) Strategi untuk Meningkatkan Daya Tumpuan


Dalam usaha untuk meningkatkan daya tumpuan yang lebih baik semasa
belajar, salah satu perkara yang boleh anda lakukan adalah menganggap
peningkatan daya tumpuan sebagai tiga langkah proses seperti yang
diterangkan dalam Jadual 1.12.

Jadual 1.12: Tiga Langkah Proses untuk Meningkatkan Daya Tumpuan

Langkah Deskripsi
Kenal pasti punca Kenal pasti puncanya yang berkaitan dengan anda. Jika
daya tumpuan yang anda ibu bapa yang bekerja dan mempunyai anak yang
rendah bersekolah, anda mungkin menghadapi masalah
memberi tumpuan kepada pembelajaran dan gangguan
daripada anak anda.
Mengambil langkah Anda boleh merancang dan mengatur jadual anda untuk
sewajarnya untuk mempertimbangkan keperluan anda sendiri bagi
mengawal faktor ini menumpukan perhatian kepada pembelajaran anda
tanpa menjejaskan keperluan anak yang memerlukan
perhatian anda.
Menjadikan kawalan Sentiasa tegaskan bahawa anda memberi tumpuan
anda sebagai amalan menggunakan kawalan ini sehinggalah anda secara
rutinnya anda dapat memberi tumpuan dengan baik
dalam pembelajaran anda.

(c) Bidang Kajian yang Kondusif untuk Meningkatkan Daya Tumpuan


Adakah anda mempunyai tempat untuk belajar? Tempat yang sesuai sudah
tentu berbeza-beza mengikut pilihan peribadi anda dan suasana. Tidak kira
sama ada anda memilih untuk belajar di rumah, perpustakaan atau tempat
lain, anda perlu memastikan bahawa anda mempunyai:

(i) Ruang yang sesuai dikenali sebagai kawasan belajar anda;

(ii) Perabot dan pencahayaan yang selesa; dan

(iii) Keupayaan untuk kekal terurus!

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA  29

Mempunyai ruang belajar yang sesuai juga membantu anda menumpukan


perhatian kepada pelajaran anda sama seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.8.

Rajah 1.8: Contoh ruang belajar

Satu soalan yang sering ditanya ialah „Di manakah tempat untuk belajar?‰
Cadangan kami ialah sediakan ruang belajar yang sesuai dan kerap anda
gunakan. Namun, kadangkala anda boleh memilih tempat yang berbeza, ia
bergantung pada angin (mood) anda.

Bagaimanakah anda boleh menjadikan tempat belajar anda sesuai untuk


pembelajaran? Anda boleh menjadikan ruang belajar anda kondusif
dengan:

(i) Menyediakan satu ruang di dalam bilik atau rumah anda khas untuk
belajar dan membiasakan diri untuk hanya belajar di tempat itu.

(ii) Mewujudkan suasana yang memberi motivasi dan menjadikan ruang


belajar tersebut sebagai tempat yang positif untuk belajar dengan
menjadikannya selesa.

(iii) Memilih lokasi yang baik untuk ruang belajar anda. Gangguan
haruslah dielakkan. Tempat belajar anda haruslah dapat diakses
dengan mudah. Pastikan ia mempunyai pintu untuk mengurangkan
bunyi bising dan gangguan.

(iv) Memastikan ruang belajar mempunyai pengudaraan yang baik dan


suhu yang selesa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA

1.3 GAYA PEMBELAJARAN PERIBADI


Mengenal pasti gaya pembelajaran peribadi anda dapat membantu
meningkatkan pembelajaran anda. Setelah anda tahu gaya belajar anda, anda
akan lebih fokus kepada pembelajaran anda, sekali gus meningkatkan daya
tumpuan.

Untuk makluman, terdapat banyak jenis gaya pembelajaran yang berbeza. Gaya
pembelajaran anda adalah unik untuk anda sahaja. Gaya pembelajaran anda
mentakrifkan bagaimana anda memperoleh dan memproses maklumat dan tidak
ada kena mengena dengan menjadi „bijak‰! Dengan memahami gaya belajar
anda, anda boleh menyusun strategi pembelajaran anda sendiri. Akhirnya, anda
boleh menyesuaikan tabiat belajar anda dengan keperluan anda sendiri.

Ingat, orang yang berlainan cenderung ke arah gaya belajar yang berbeza, iaitu
sama ada kita lebih kepada visual, auditori atau kinestetik. Namun, ada juga cara
lain untuk menentukan jenis gaya pembelajaran seperti yang ditunjukkan dalam
Apendiks 1.1 dan 1.2.

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, ingat bahawa tiada sebarang
kelebihan umum bagi satu gaya ke atas gaya lain. Walau bagaimanapun, dengan
mengetahui gaya belajar anda, terdapat beberapa kelebihannya, iaitu:

(a) Anda boleh mengelakkan situasi bermasalah;

(b) Anda boleh menyasar ruang yang perlu diperbaiki; dan

(c) Anda akan lebih berjaya sebagai pelajar kendiri.

AKTIVITI 1.6
Layari laman web berikut. Jawab soalan dalam talian dan bincangkan
dengan rakan sekuliah anda.
http://www.engr.ncsu.edu/learningstyles/ilsweb.html

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA  31

Ć Pendekatan pembelajaran OUM termasuklah pembelajaran kendiri, interaksi


secara bersemuka dan pembelajaran dalam talian.

Ć Kemudahan yang ditawarkan oleh OUM merangkumi pusat perkhidmatan


pelajar, tutorial secara bersemuka, forum perbincangan dalam talian dan
sumber maklumat.

Ć Sebagai pelajar kendiri, anda perlu menguasai beberapa strategi secara lebih
realistik dan wajar untuk mengatasi sebarang situasi yang memberi tekanan.
Antara strategi yang boleh digunakan ialah mengambil tindakan untuk
menguruskan diri sendiri, beri diri anda maklum balas positif, beri ganjaran
terhadap diri sendiri, bersenam, berehat dan sebagainya.

Ć Terdapat sembilan ciri matlamat yang efektif seperti relevan, mencabar,


realistik, boleh diukur, terikat dengan masa dan sebagainya.

Ć Untuk mencapai matlamat ini, anda boleh mempraktikkan pendekatan lima


langkah berikut:

 Tulis apa yang anda mahu capai;

 Tulis sebarang halangan;

 Tulis sebarang sumber yang tersedia untuk anda;

 Lihat semula dan semak matlamat tentatif anda dalam Langkah 1; dan

 Perbaiki matlamat anda.

Ć Beberapa strategi motivasi yang boleh membantu anda untuk memotivasikan


diri menjadi pelajar kendiri yang cemerlang merupakan mengamalkan sikap
positif, menyasarkan matlamat yang lebih tinggi, menggunakan strategi
pembelajaran aktif, belajar daripada kesilapan, memantau pembelajaran anda
dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA

Ć Tiga aspek pengurusan masa ialah penggunaan masa, menetapkan


keutamaan dan merancang jadual.

Ć Terdapat lapan penyebab kepada tumpuan, lemah termasuklah gangguan


persekitaran, gangguan fizikal, kebimbangan terhadap pelajaran dan
sebagainya.

Ć Terdapat tiga strategi untuk meningkatkan tumpuan, iaitu mengenal pasti


penyebab kepada tumpuan lemah, mengambil langkah untuk mengawal
faktor tersebut dan menjadikan pengawalan sebagai kebiasaan.

Ć Terdapat tiga gaya pembelajaran dominan, iaitu visual, pendengaran dan


kinestetik. Gaya pembelajaran ini mempengaruhi pendekatan seseorang
untuk memperoleh pembelajaran.

Gaya pembelajaran peribadi Pembelajaran dalam talian


Interaksi bersemuka Pembelajaran teradun
Kelas maya Pembelajaran kendiri
Kelas sebenar Pengurusan masa
Matlamat yang efektif Strategi motivasi
Pelajar kendiri Tekanan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA  33

APENDIKS 1.1
INDEKS GAYA PEMBELAJARAN*
Arahan
Masukkan jawapan untuk setiap soalan pada Lembaran Pemarkahan ILS (lihat
Apendiks 1.2). Sila pilih hanya satu jawapan untuk setiap soalan. Jika kedua-dua
„a‰ dan „b‰ kelihatan berlaku kepada anda, pilih salah satu yang lebih kerap
terjadi.

1. Saya faham sesuatu lebih baik selepas saya


(a) mencubanya.
(b) memikirkannya.

2. Saya lebih suka dianggap


(a) realistik.
(b) inovatif.

3. Apabila saya berfikir tentang apa yang saya buat semalam, saya mungkin
mendapat
(a) gambaran.
(b) kata-kata.

4. Saya cenderung untuk


(a) memahami butiran subjek tetapi mungkin kabur tentang struktur
keseluruhannya.
(b) faham struktur keseluruhan tetapi mungkin kabur tentang butirannya.

5. Apabila saya belajar sesuatu yang baharu, ia membantu saya untuk


(a) berbicara mengenainya.
(b) berfikir mengenainya.

* Hak cipta © 1991, 1994 oleh North Carolina State University (Dikarang oleh Richard M. Felder
dan Barbara A. Soloman). Untuk maklumat tentang penggunaan yang sesuai dan tidak sesuai
bagi Indeks Gaya Pembelajaran dan kajian kebolehpercayaan dan kesahannya, lihat
<http://www.ncsu.edu/felder-public/ILSpage.html>.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA

6. Jika saya guru, saya lebih suka mengajar kursus

(a) yang berkaitan dengan fakta dan situasi kehidupan nyata.

(b) yang berkaitan dengan idea dan teori.

7. Saya lebih suka mendapatkan maklumat baharu dalam

(a) gambar, diagram, graf atau peta.

(b) arahan bertulis atau maklumat lisan.

8. Setelah saya faham

(a) kesemua bahagian, saya faham keseluruhan perkara.

(b) keseluruhan perkara, saya lihat bagaimana bahagian itu disesuaikan.

9. Dalam sesi belajar secara berkumpulan yang melibatkan bahan yang susah,
saya lebih cenderung untuk

(a) menyertainya dan menyumbang idea.

(b) duduk dan mendengarnya.

10. Saya lebih mudah

(a) mempelajari fakta.

(b) mempelajari konsep.

11. Dalam buku yang mengandungi banyak gambar dan carta, saya mungkin

(a) melihat gambar dan carta tersebut dengan teliti.

(b) memberi fokus terhadap teks bertulis.

12. Apabila saya menyelesaikan sesuatu masalah matematik

(a) saya biasanya menyelesaikannya secara langkah demi langkah.

(b) saya sering hanya melihat penyelesaiannya tetapi kemudian bersusah


payah untuk memikirkan langkah untuk menyelesaikannya.

13. Dalam kelas yang saya ambil

(a) saya biasanya berkenalan dengan ramai pelajar.

(b) saya jarang berkenalan dengan ramai pelajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA  35

14. Apabila saya membaca bahan bukan fiksyen, saya lebih suka

(a) sesuatu yang mengajar saya fakta baharu atau memberitahu saya cara
untuk melakukan sesuatu.

(b) sesuatu yang memberi saya idea baharu untuk difikirkan.

15. Saya suka guru

(a) yang meletakkan banyak gambar rajah di papan tulis.

(b) yang menghabiskan banyak masa dalam memberi penjelasan.

16. Apabila saya menganalisis cerita atau novel

(a) saya membayangkan kejadian itu dan cuba menyusunnya untuk


mengetahui temanya.

(b) saya hanya tahu apa temanya apabila saya selesai membaca,
kemudian saya perlu kembali dan mencari kejadian yang berkaitan
dengannya.

17. Apabila saya mula menyelesaikan masalah dalam tugasan, saya lebih
cenderung untuk

(a) mulai dengan mencari penyelesaian dengan segera.

(b) cuba untuk benar-benar memahami masalah dahulu.

18. Saya lebih suka idea melibatkan

(a) kepastian.

(b) teori.

19. Saya paling mudah mengingati

(a) perkara yang saya lihat.

(b) perkara yang saya dengar.

20. Ia adalah lebih penting kepada saya apabila pengajar

(a) memaparkan bahan dalam langkah urutan yang jelas.

(b) memberi saya gambaran keseluruhan dan mengaitkan bahan itu


dengan subjek lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA

21. Saya lebih suka belajar

(a) secara berkumpulan.

(b) bersendirian.

22. Saya lebih cenderung dipertimbangkan sebagai seorang yang

(a) teliti terhadap butiran hasil kerja saya.

(b) kreatif dalam cara melakukan kerja.

23. Apabila saya diberi arah panduan ke tempat baharu, saya lebih suka dalam
bentuk

(a) peta.

(b) arahan bertulis.

24. Saya belajar

(a) pada kadar yang biasa. Jika saya belajar bersungguh-sungguh, saya
akan „mendapatnya‰.

(b) sekali-sekala. Saya akan berada dalam keadaan sangat keliru dan
kemudian tiba-tiba ia semuanya „berhubung kait‰.

25. Mula-mula, saya lebih suka

(a) mencuba sesuatu perkara.

(b) fikirkan cara saya akan melakukannya.

26. Apabila saya membaca untuk keseronokan, saya suka penulis yang

(a) menerangkan dengan jelas apa yang mereka maksudkan.

(b) mengatakan sesuatu dengan cara kreatif dan menarik.

27. Apabila saya melihat diagram atau lakaran di dalam kelas, saya akan
mengingati

(a) gambar tersebut.

(b) apa yang pengajar katakan mengenainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA  37

28. Apabila menerima sesuatu maklumat, saya akan lebih

(a) fokus kepada butiran dan terlepas gambaran keseluruhannya.

(b) cuba memahami gambaran keseluruhannya sebelum mendapatkan


butirannya.

29. Saya lebih senang mengingat

(a) sesuatu yang telah saya buat.

(b) sesuatu yang saya sering fikirkan mengenainya.

30. Apabila saya perlu melakukan sesuatu tugas, saya lebih suka

(a) menguasai satu cara sahaja untuk melakukannya.

(b) menghasilkan cara baharu untuk melakukannya.

31. Apabila seseorang menunjukkan data kepada saya, saya lebih suka

(a) carta atau graf.

(b) teks yang merumuskan hasilnya.

32. Apabila menulis kertas kerja, saya lebih cenderung untuk

(a) bermula (memikirkannya atau menulis) pada bahagian permulaan


kertas kerja dan meneruskannya.

(b) bermula (memikirkannya atau menulis) pada bahagian yang


berlainan dalam kertas kerja dan kemudian menyusunnya.

33. Apabila saya perlu melakukan projek berkumpulan, mula-mula saya mahu

(a) mengadakan sesi „kumpulan percambahan fikiran‰ yang setiap orang


menyumbangkan idea.

(b) membuat percambahan fikiran secara individu dan kemudiannya


menjadi satu kumpulan untuk membandingkan idea.

34. Saya merasakan ia suatu pujian untuk menganggap seseorang itu

(a) bersikap wajar (sensible).

(b) berdaya imaginasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA

35. Apabila saya berjumpa dengan seseorang di sesuatu pesta, saya cenderung
untuk mengingati

(a) rupa mereka.

(b) apa yang mereka perkatakan tentang diri mereka.

36. Apabila saya sedang belajar subjek baharu, saya lebih suka

(a) fokus pada subjek, belajar sebanyak yang mungkin tentang perkara
tersebut.

(b) cuba mengaitkan antara subjek tersebut dan subjek yang berkaitan
dengannya.

37. Saya lebih cenderung dianggap sebagai seorang yang

(a) peramah.

(b) pendiam.

38. Saya lebih suka kursus yang menekankan

(a) bahan yang konkrit (fakta, data).

(b) bahan yang abstrak (konsep, teori).

39. Untuk hiburan, saya lebih suka

(a) menonton televisyen.

(b) membaca buku.

40. Sebahagian guru memulakan kuliah mereka dengan memberi garis


panduan tentang apa yang akan diajar. Garis panduan sedemikian

(c) agak membantu saya.

(d) sangat membantu saya.

41. Idea untuk melakukan tugasan secara berkumpulan dengan diberi satu
gred kepada seluruh ahli kumpulan

(a) menarik bagi saya.

(b) tidak menarik bagi saya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA  39

42. Apabila saya melakukan kiraan yang panjang,

(a) saya cenderung untuk mengulang semua langkah saya dan


menyemak kerja saya dengan teliti.

(b) saya dapati menyemak semula kerja saya adalah meletihkan dan saya
terpaksa melakukannya.

43. Saya cenderung menggambarkan tempat yang pernah saya kunjungi


dengan

(a) mudah dan cukup tepat.

(b) kesukaran dan sedikit sahaja butiran.

44. Apabila menyelesaikan masalah secara berkumpulan, saya lebih suka


untuk

(a) memikirkan langkah dalam proses penyelesaian.

(b) memikirkan akibat yang mungkin timbul atau penerapan


penyelesaian dalam ruang lingkup yang luas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA

APENDIKS 1.2
LEMBARAN SKOR ILS
1. Letakkan „1‰ dalam ruang yang bersesuaian dalam jadual yang diberi
(contohnya, jika anda jawab „a‰ kepada Soalan 3, letakkan „1‰ dalam Lajur
a pada Soalan 3).

2. Jumlahkan lajur dan tulis jumlah besar dalam ruangan yang telah
disediakan.

3. Untuk setiap satu daripada empat skala, tolak jumlah yang lebih kecil
daripada jumlah yang lebih besar. Tuliskan perbezaan (dari 1 hingga 11)
dan huruf (a atau b) bagi jumlah yang lebih besar daripada garisan bawah.

Sebagai contoh, jika di bawah „Aktif/Reflektif‰, tindak balas anda ialah 4


„a‰ dan 7 „b‰, anda akan menulis „3b‰ pada garis bawah di bawah tajuk
tersebut.

4. Pada halaman berikutnya, tandakan „X‰ atas skor anda pada setiap satu
daripada empat skala.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA  41

Pindahkan skor anda ke dalam borang laporan ILS dengan meletakkan X di


lokasi yang sesuai pada keempat-empat skala.

Jika skor anda pada skala ialah 1 hingga 3, anda cukup seimbang pada kedua-
dua dimensi skala itu.

Jika skor anda pada skala ialah 5 atau 7, anda mempunyai keutamaan yang
sederhana untuk satu dimensi skala dan akan belajar dengan lebih mudah dalam
persekitaran pengajaran yang memihak pada dimensi tersebut.

Jika skor anda pada skala ialah 9 atau 11, anda mempunyai pilihan yang sangat
kuat untuk satu dimensi skala itu. Anda mungkin menghadapi kesukaran untuk
belajar dalam persekitaran yang tidak menyokong keutamaan itu.

Lihat Gaya Pembelajaran dan Strategi oleh Richard Felder dan Barbara Soloman
untuk penerangan keutamaan anda pada skala individu itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA

APENDIKS 1.3
GAYA PEMBELAJARAN DAN STRATEGI1
Richard M. Felder
Hoechst Celanese, Prof Kejuruteraan Kimia
North Carolina State University
Barbara A. Soloman
Koordinator bagi Penasihat, First Year College
North Carolina State University

PELAJAR AKTIF DAN REFLEKTIF2


Ć Pelajar aktif cenderung untuk mengingat dan memahami maklumat paling
baik dengan melakukan sesuatu yang aktif dengannya  membincangkan
atau menerapkannya atau menjelaskannya kepada orang lain. Pelajar reflektif
lebih suka untuk berfikir tentang hal itu secara senyap-senyap dahulu.
Ć „Mari kita mencubanya dan lihat bagaimana ia berfungsi‰ ialah frasa pelajar
aktif; „Mari kita berfikir dahulu‰ ialah respons pelajar reflektif.
Ć Pelajar aktif cenderung menyukai kerja berkumpulan lebih daripada pelajar
reflektif yang lebih suka bekerja sendiri.
Ć Duduk mendengar kuliah tanpa berbuat apa-apa secara fizikal tetapi
mengambil nota adalah sukar bagi kedua-dua jenis pembelajaran, namun ia
sangat sukar untuk pelajar aktif.
Semua pelajar kadangkala aktif dan kadangkala reflektif. Kecenderungan
anda ke arah salah satu kategori berbanding yang lain boleh jadi sangat
cenderung, sederhana cenderung atau sedikit cenderung. Keseimbangan
kedua-dua adalah wajar. Jika anda selalu bertindak sebelum berfikir dahulu
anda mungkin membuat kesimpulan awal yang tidak matang dan
menghadapi masalah, sebaliknya jika anda menghabiskan terlalu banyak
masa memikirkannya, anda tidak mungkin dapat melakukan apa-apa.

1 Hak cipta © 1993 oleh Richard M. Felder dan Barbara A. Solomon. Berdasarkan bahan dalam
Felder, R. M., & Silverman, L. K. (1988). Learning and teaching styles in engineering education.
Engineering Education, 78(7), 674ă681. [Dalam talian]. Dicapai dari:
http://www4.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/Papers/LS-1988.pdf [2008, Mac 14].
2 Lihat Felder, R. (1994). Meet your students: 5. Edward and Irving. Chemical Engineering
Education, 28(1), 36ă37. [Dalam talian]. Dicapai dari:
http://www4.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/Columns/Edirv.html [2008, Mac
14]. Edward ialah seorang yang aktif dan Irving ialah seorang yang pendiam, ciri yang berkaitan
dengan pelajar aktif dan reflektif walaupun tidak serupa seperti mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA  43

Bagaimanakah Pelajar Aktif Dapat Membantu Diri Mereka?


Jika anda pelajar aktif di dalam kelas yang membolehkan sedikit atau tiada
tempoh masa untuk sesi perbincangan atau aktiviti menyelesaikan masalah,
anda perlu cuba untuk mengimbangi perkara ini ketika belajar. Belajar dalam
kumpulan yang ahlinya bergilir-gilir menerangkan topik yang berbeza antara
satu sama lain. Bekerja dengan orang lain untuk meneka apa yang akan ditanya
mengenai ujian seterusnya dan fikirkan bagaimanakah anda akan menjawabnya.
Anda akan dapat mengekalkan maklumat dalam ingatan dengan lebih baik jika
anda mempunyai cara untuk melakukan sesuatu dengannya.

Bagaimanakah Pelajar Reflektif Dapat Membantu Diri Mereka?


Jika anda pelajar reflektif di dalam kelas yang membolehkan sedikit atau tiada
tempoh masa untuk berfikir tentang maklumat baharu, anda perlu cuba untuk
mengimbangi kekurangan ini apabila anda belajar. Jangan hanya membaca atau
menghafal bahan; berhenti secara berkala untuk mengkaji semula apa yang anda
telah baca dan fikirkan soalan atau penerapan yang mungkin. Anda mungkin
mendapati adalah lebih baik untuk menulis ringkasan daripada bacaan anda
atau nota kelas dengan perkataan anda sendiri. Tindakan ini mungkin
mengambil masa tetapi ia akan membolehkan anda mengekalkan maklumat
tersebut dalam ingatan dengan lebih berkesan.

PELAJAR SENSORI DAN INTUITIF3


Ć Pelajar sensori cenderung menyukai fakta pembelajaran, pelajar intuitif
selalunya lebih suka menerokai kemungkinan yang terjadi dan hubungannya.
Ć Pelajar sensori selalunya suka menyelesaikan masalah melalui kaedah yang
mantap dan tidak suka kepada sesuatu yang rumit dan mengejutkan; pelajar
intuitif suka inovasi dan tidak suka pengulangan sesuatu. Pelajar sensori
mungkin tidak suka menguji bahan yang belum jelas dibincangkan di dalam
kelas berbanding pelajar intuitif.
 Pelajar sensori cenderung untuk bersabar dengan butiran dan pandai
menghafal fakta dan melakukan amali (makmal) kerja. Pelajar intuitif
mungkin lebih baik menggunakan konsep baharu dan sering kali lebih selesa
daripada pelajar sensori dari segi abstrak dan formula matematik.

3 Lihat Felder, R. (1989). Meet your students: 1. Stan dan Nathan. Chemical Engineering Education,
23(2), 68ă69. [Dalam talian]. Dicapai dari:
http://www4.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/Columns/Stannathan.html [2008,
Mac 14]. Pengesan dan intuisi ialah mod persepsi yang berasal daripada Teori Carl Jung jenis
psikologi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA

 Pelajar sensori lebih praktikal dan teliti berbanding pelajar intuitif; pelajar
intuitif boleh membuat sesuatu kerja dengan lebih pantas dan lebih inovatif
daripada pelajar sensori.
 Pelajar sensori tidak suka kursus yang tidak mempunyai kaitan yang jelas
dengan dunia nyata; pelajar intuitif tidak suka kursus yang memerlukan
banyak penghafalan dan pengiraan yang rutin.

Semua pelajar kadangkala sensori dan kadangkala intuitif. Kecenderungan anda


ke arah salah satu kategori berbanding yang lain boleh jadi sangat cenderung,
sederhana cenderung atau sedikit cenderung. Untuk menjadi pelajar dan
penyelesai masalah yang efektif, anda seharusnya boleh menggunakan kedua-
dua cara. Jika anda terlalu menekankan gerak hati (intuitif), anda mungkin akan
terlepas pandang maklumat penting atau cuai dalam pengiraan atau kerja amali;
jika anda terlalu menekankan sensori, anda mungkin terlalu bergantung pada
kaedah penghafalan dan cara biasa dalam penyelesaian masalah dan tidak
menumpukan perhatian yang cukup kepada pemahaman dan pemikiran
inovatif.

Bagaimanakah Pelajar Sensori Dapat Membantu Diri Mereka?


Individu sensori boleh mengingati dan memahami maklumat dengan baik jika
mereka dapat melihat bagaimanakah maklumat tersebut berkait dengan dunia
nyata. Jika anda berada di dalam kelas yang kebanyakan kandungannya adalah
abstrak dan teoretikal, anda mungkin akan mengalami kesukaran. Tanya
pengajar anda tentang contoh khusus bagi konsep dan prosedur, dan ketahui
bagaimana konsep tersebut diaplikasikan. Jika pengajar tidak memberikan
perincian yang mencukupi, cuba cari dalam buku teks anda atau rujukan lain
ataupun buat sumbang saran dengan rakan atau rakan sekuliah.

Bagaimanakah Pelajar Intuitif Dapat Membantu Diri Mereka?


Kebanyakan kuliah di kolej disediakan untuk pelajar intuitif. Walau
bagaimanapun, jika anda bersifat intuitif dan anda berada di dalam kelas yang
memerlukan banyak hafalan dan menggunakan formula, anda mungkin akan
berasa bosan. Tanya pengajar anda sama ada terdapat interpretasi atau teori
yang dapat menghubungkan fakta tersebut, atau cuba cari hubung kaitnya
sendiri. Anda juga mungkin akan cuai dalam ujian kerana anda tidak sabar
dengan butiran kecil dan tidak suka kepada pengulangan (seperti memeriksa
semula penyelesaian matematik yang telah dilakukan). Ambil masa untuk
membaca keseluruhan soalan sebelum anda mula menjawab dan pastikan anda
menyemak kembali jawapan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA  45

PELAJAR VISUAL DAN LISAN


Pelajar visual ingat apa yang dilihat oleh mereka ă gambar, gambar rajah, carta
aliran, garis masa, filem dan demonstrasi. Pelajar lisan lebih banyak belajar
daripada butir perkataan ă penjelasan secara lisan dan tulisan. Semua orang
boleh belajar dengan lebih baik apabila maklumat dipersembahkan secara visual
dan lisan.

Dalam kebanyakan kuliah di kolej, sangat sedikit maklumat visual


dipersembahkan; pelajar biasanya lebih banyak mendengar kuliah dan membaca
nota yang tertulis di papan hitam, buku teks dan nota edaran. Malangnya,
kebanyakan pelajar ialah pelajar visual, ini bermakna mereka tidak akan
mendapat sebanyak mungkin maklumat yang mereka perlukan berbanding
dengan kuliah yang lebih banyak menggunakan visual di dalam kelas. Pelajar
yang cemerlang ialah pelajar yang mampu memproses maklumat yang
disampaikan sama ada secara visual atau lisan.

Bagaimanakah Pelajar Visual Dapat Membantu Diri Mereka?


Jika anda pelajar visual, cuba cari gambar rajah, lakaran, skema, gambar, carta
aliran atau apa-apa perwakilan visual lain untuk kursus yang disampaikan
secara lisan. Tanya pengajar anda, rujuk kepada buku rujukan dan cari jika ada
pita video atau CD-ROM untuk kursus tersebut. Sediakan peta konsep dengan
menyenaraikan perkara penting, isikannya dalam bentuk petak atau bulatan dan
sambungkan kotak tersebut dengan garisan anak panah untuk menunjukkan
perkaitannya. Gunakan kod warna dalam nota anda dengan pen penanda
supaya maklumat yang berkaitan dalam sesuatu topik mempunyai warna yang
sama.

Bagaimanakah Pelajar Lisan Dapat Membantu Diri Mereka?


Tuliskan rumusan atau kandungan bahan kursus menggunakan perkataan anda
sendiri. Bekerja dalam kumpulan untuk lebih efektif: anda mendapat kefahaman
tentang kandungan kursus dengan mendengar penerangan oleh rakan sekuliah,
malah anda akan belajar dengan lebih banyak lagi apabila anda memberi
penerangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA

PELAJAR SEKUENSIAL DAN GLOBAL4


 Pelajar sekuensial cenderung untuk faham mengikut turutan langkah yang
linear dengan setiap langkah mengikut logik daripada langkah sebelumnya.
Pelajar global pula cenderung untuk belajar kandungan secara berkelompok,
mereka memahami kandungan secara rawak tanpa melihat hubung kait
antara satu sama lain dan kemudian secara tiba-tiba mereka dapat
„mengaitkannya‰.

 Pelajar sekuensial cenderung mengikut logik berdasarkan langkah demi


langkah dalam mencari penyelesaian; pelajar global mungkin dapat
menyelesaikan masalah yang kompleks dengan cepat atau menyelesaikan
masalah dengan cara baharu sebaik sahaja mereka mendapat gambaran
keseluruhannya tetapi mereka mungkin akan menghadapi kesukaran untuk
menjelaskan cara mereka menyelesaikannya.

Ramai orang yang membaca huraian ini mungkin akan tersilap dengan
menyimpulkan bahawa mereka pelajar global kerana semua orang pasti pernah
mengalami rasa bingung dan tiba-tiba boleh faham tentang sesuatu. Sebenarnya,
apa yang menentukan sama ada anda pelajar global atau tidak ialah proses yang
berlaku sebelum anda berjaya menyelesaikan permasalahan tersebut. Pelajar
sekuensial mungkin tidak benar-benar memahami permasalahan itu, namun
mereka tetap boleh melakukan sesuatu dengannya (seperti menyelesaikan
masalah dalam tugasan atau lulus ujian) memandangkan maklumat yang
difahami oleh mereka dapat dihubungkan secara logik. Sebaliknya, bagi pelajar
global yang kurang kemampuan untuk berfikir secara sekuensial, mungkin
mempunyai masalah yang serius sehinggalah mereka mendapat gambaran
keseluruhannya. Walaupun setelah mereka nampak gambaran keseluruhannya,
mereka mungkin masih kabur tentang perincian masalah tersebut. Manakala
pelajar sekuensial pula mungkin tahu dengan terperinci tentang sesuatu subjek
tetapi mungkin mereka mempunyai masalah untuk mengaitkannya dengan
aspek lain subjek yang sama atau subjek yang berbeza.

4 Lihat Felder, R. (1990). Meet your students: 2. Susan and Glenda. Chemical Engineering
Education, 24(1), 7ă8. [Dalam talian]. Dicapai dari:
http://www4.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/Columns/Susanglenda.html
[2008, Mac 14].

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA  47

Bagaimanakah Pelajar Sekuensial Dapat Membantu Diri


Mereka?
Kebanyakan kursus di kolej diajar secara berurutan. Walau bagaimanapun, jika
anda pelajar sekuensial dan anda mempunyai pengajar yang suka melompat dari
satu topik ke topik lain atau melangkau topik, anda mungkin akan mengalami
masalah untuk mengikuti kuliah dan mengingati kandungannya. Minta pengajar
untuk menerangkan topik yang dilangkau atau anda cari sendiri dengan
merujuk buku rujukan. Ketika belajar, ambil masa untuk merangka sendiri nota
kuliah mengikut susunan logik. Untuk jangka panjang, tindakan ini akan
menjimatkan masa anda. Anda juga boleh cuba untuk mengukuhkan kemahiran
berfikir global anda dengan mengaitkan setiap topik baharu yang anda pelajari
dengan perkara yang anda sudah tahu. Lebih banyak anda boleh berbuat
demikian, lebih mendalam kefahaman anda tentang topik tersebut.

Bagaimanakah Pelajar Global Boleh Membantu Diri Mereka


Sendiri?
Jika anda pelajar global, fahamilah bahawa anda bukannya lembab atau tidak
pandai tetapi anda belajar dengan cara yang berbeza daripada kebanyakan rakan
sekuliah anda. Namun, terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil yang
mungkin membantu anda mendapat gambaran keseluruhannya dengan lebih
cepat. Sebelum anda mula belajar bahagian pertama sesuatu topik, lihat seimbas
lalu keseluruhan topik untuk mendapatkan gambaran tentang subjek tersebut.
Perkara ini mungkin memakan masa tetapi ia boleh mengelakkan anda daripada
terpaksa berulang kali melihat bahagian tersebut. Daripada menghabiskan masa
yang singkat untuk setiap subjek pada setiap malam, anda mungkin akan lebih
produktif jika benar-benar meluangkan masa untuk mendalami sesuatu subjek
secara keseluruhannya. Cuba kaitkan subjek tersebut dengan perkara yang anda
telah ketahui sama ada dengan meminta bantuan pengajar anda atau dengan
melihat rujukan. Walau apa pun, jangan hilang keyakinan terhadap diri anda
sendiri; lama-kelamaan anda pasti akan dapat memahami maklumat baharu itu,
dan apabila anda sudah memahami perkaitan maklumat tersebut dengan topik
dan disiplin lain, anda mungkin boleh menggunakannya dengan cara yang lebih
baik daripada pelajar sekuensial.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Virtual
2 Learning
Environment
(myINSPIRE)
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan komponen komputer peribadi dan peranti yang
berkaitan dengannya;
2. Menerangkan konsep Internet dan cara menggunakannya dengan
berkesan;
3. Menggunakan Microsoft Internet Explorer dengan berkesan;
4. Menggunakan alat PDF untuk membaca dan mengemudi
dokumen dalam talian dengan efektif;
5. Merumuskan persekitaran pembelajaran maya OUM (myINSPIRE)
dan bagaimana ia meningkatkan pembelajaran anda; dan
6. Menggunakan komponen utama myINSPIRE untuk pembelajaran
dalam talian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  49

 PENGENALAN
Dalam topik kedua ini, anda akan diperkenalkan dengan komputer peribadi (PC
 personal computer) dan diajar cara untuk melayari Internet. Ia diikuti dengan
subtopik tentang bagaimana menggunakan Microsoft Internet Explorer (IE) dan
bagaimana membaca dokumen dalam Format Dokumen Mudah Alih (PDF 
Portable Document Format).

Kemudian, topik ini akan memberikan gambaran tentang cara untuk


memaksimumkan pembelajaran anda dalam persekitaran pembelajaran dalam
talian OUM yang dikenali sebagai myINSPIRE. Pada akhir topik ini, diharapkan
anda dapat menggunakan myINSPIRE sebaik mungkin untuk pembelajaran
peribadi dan dalam talian anda.

2.1 KOMPUTER PERIBADI


Komputer peribadi (personal computer), lebih dikenali sebagai PC ialah
peralatan yang digunakan untuk berkomunikasi dan mendapatkan maklumat.
Semua PC mempunyai struktur asas yang sama, terdiri daripada beberapa
komponen perkakasan dan peranti sokongan seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Komponen perkakasan komputer peribadi dan peranti yang berkaitan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

Apakah yang dilakukan oleh setiap komponen dan peranti ini? Mari kita lihat
fungsinya dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Fungsi Komponen Perkakasan untuk PC dan Perantinya

Komponen/Peranti Fungsi
Unit pemprosesan Ia memproses data input (daripada papan kekunci, tetikus)
pusat (CPU ă central dan menyalurkannya kepada komponen output komputer.
processing unit) Ia juga dikenali sebagai otak komputer.
Unit paparan video Ia menunjukkan kepada anda paparan visual maklumat
(VDU ă video display yang anda masukkan. Ia dikenali umum sebagai monitor.
unit)
Papan kekunci Ini ialah peranti input untuk menaip maklumat berasaskan
teks. Anda boleh berkomunikasi dengan komputer melalui
alat ini.
Tetikus Ini ialah peranti input yang digunakan terutamanya untuk
menunjuk dan memilih item.
Pemacu kilat USB (flash Ini ialah peranti storan data termasuk memori kilat (flash
drive USB) memory) dengan antara muka bas bersiri sejagat (USB ă
Universal Serial Bus) bersepadu.
Pencetak Ia membolehkan anda untuk mencetak di atas kertas. Ia
menyalin maklumat yang diambil dari CPU yang juga boleh
dibaca di skrin.
Modem Ia ialah peranti atau program yang membenarkan komputer
untuk menghantar data melalui wayar telefon atau kabel.
Port USB Ia merupakan standard antara muka sambungan kabel
dalam PC dan barangan elektronik pengguna. Ia
membenarkan peranti elektronik untuk disambungkan
kepada komputer menggunakan kabel.
Pemacu CD-R/DVD-R Peranti yang membaca data dalam cakera padat yang telah
dikodkan secara digital.

Sekarang, mari kita mengaitkan penggunaan komponen perkakasan ini ke


subtopik berikutnya mengenai Internet.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  51

SEMAK KENDIRI 2.1

Tuliskan nama komponen perkakasan yang bersesuaian dengan


fungsinya dalam jadual berikut.

Komponen Perkakasan Fungsi


Memaparkan maklumat yang dimasukkan ke
dalam komputer.
Unit pemprosesan utama komputer.

Alat yang digunakan untuk menaip


maklumat berasaskan teks.

Peranti input dan output yang membenarkan


fail untuk disimpan.

2.2 MENGGUNAKAN INTERNET


Apakah yang boleh anda katakan untuk menghuraikan Internet?

Internet sering dirujuk sebagai rangkaian komputer terbesar di dunia atau


koleksi rangkaian kolaboratif. Ia membolehkan pertukaran maklumat antara
komputer.

Saiz sebenar maklumat yang terdapat di Internet adalah sukar untuk


dianggarkan kerana terdapat begitu banyak maklumat. Maka mencari apa yang
anda inginkan bukanlah perkara yang mudah.

2.2.1 Internet
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Internet ialah rangkaian besar komputer
yang menghubungkan jaringan yang lebih kecil di seluruh dunia. Komputer
berkomunikasi melalui protokol komunikasi yang disebut Protokol Kawalan
Penghantaran/Protokol Internet (TCP/IP ă Transmission Control Protocol/
Internet Protocol ).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

2.2.2 Sambungan ke Internet


Mari kita lihat dengan lebih lanjut tentang sambungan Internet.

(a) Sambungan Rangkaian


Terdapat dua mod sambungan Internet, iaitu berwayar dan tanpa wayar.
Bagi rangkaian berwayar, kita mempunyai Rangkaian Kawasan Setempat
(LAN ă Local Area Network) dan Rangkaian Kawasan Luas (WAN ă Wide
Area Network), sambungan dail (dial-up) dan sambungan jalur lebar.

Sebaliknya, untuk tanpa wayar, Internet boleh diakses dengan


menggunakan titik akses (access point) atau hot spots. Komputer anda juga
boleh disambungkan ke LAN atau WAN tanpa wayar, atau jalur lebar.

Untuk lebih memahami rangkaian LAN berwayar, mari kita lihat Rajah 2.2.

Rajah 2.2: Penyediaan Internet untuk Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  53

(b) Sambungan Dail


Setelah anda tahu mengenai sambungan rangkaian, anda mungkin terfikir
bagaimana agaknya komputer peribadi di rumah anda disambungkan ke
Internet. Mula-mula, tentulah anda perlu ada peralatan yang diperlukan
untuk membuat sambungan ke Internet. Peralatan ini dirumuskan dalam
Jadual 2.2.

Jadual 2.2: Peralatan Komputer untuk Mendapatkan Sambungan Internet

Peralatan Deskripsi
Kad rangkaian Sekeping kad yang digunakan khas untuk menyambung
(jika berkenaan) komputer anda ke Internet menggunakan kabel rangkaian
melalui LAN.
Modem Peranti komputer yang berfungsi sebagai antara muka antara
komputer dan talian telefon.
Perisian Untuk sambungan ke Internet, anda perlu memasang
perisian yang berkaitan, iaitu e-mel dan perisian pelayar
web.
Nombor akaun Sebelum sambungan ke Internet, anda perlu mendapatkan
akaun sambungan Internet daripada Pembekal Perkhidmatan
Internet (ISP  Internet Service Provider). Di Malaysia, kita
mempunyai dua ISP utama, iaitu Telekom Malaysia yang
memberikan sambungan seperti UniFi dan Streamyx, dan
Maxis Communications yang menawarkan MaxisNet.
Terdapat juga ISP lain seperti Celcom Broadband dan
TimeNet. Setiap ISP memerlukan semua penggunanya
mendaftar dahulu. Sebagai pengguna, anda akan mempunyai
ID dan kata laluan yang akan digunakan setiap kali anda
membuat sambungan ke Internet.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

Ketika zaman awal Internet, sambungan dail digunakan untuk


menghubungkan komputer anda ke ISP melalui sambungan telefon.
Modem diperlukan dalam sambungan dail untuk menukar isyarat digital
komputer kepada bentuk yang boleh dihantar melalui talian telefon.
Modem mengakses talian telefon, mendail nombor untuk ISP dan
kemudian menyambung komputer anda ke Internet seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.3.

Rajah 2.3: Sambungan ke Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP)

(c) Sambungan Jalur Lebar


Selain sambungan dail, ISP juga menyediakan sambungan jalur lebar.
Contoh perkhidmatan jalur lebar yang terdapat di pasaran tempatan ialah
UniFi oleh TM Net dan jalur lebar berkelajuan tinggi Maxis daripada
Maxis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  55

2.2.3 Apakah yang Boleh Anda Lakukan dengan


Internet?
Terdapat beberapa manfaat jika kita disambungkan ke Internet. Antaranya ialah:

(a) Bertukar e-mel dengan rakan dan rakan sekerja;

(b) Berinteraksi melalui perbincangan forum dalam talian;

(c) Mencari maklumat di jaringan sejagat (World Wide Web);

(d) Mengakses dan mendapatkan maklumat dari pangkalan data elektronik;

(e) Menghantar tugasan;

(f) Membuat penilaian dalam talian; dan

(g) Mengakses maklumat berasaskan teks dan multimedia termasuklah bunyi,


grafik, video dan sebagainya.

Senarai tadi hanyalah sebahagian kecil daripada kegunaan Internet. Kami pasti
anda boleh mengenal pastinya lebih banyak manfaatnya dan menambah senarai
tersebut.

2.2.4 Memahami Konsep Internet


Mari kita lihat beberapa konsep penting Internet, iaitu:

(a) Jaringan Sejagat (WWW ă World Wide Web)


Jaringan sejagat adalah antara muka yang membolehkan pengguna
mengakses maklumat dalam format multimedia dari pangkalan data di
seluruh dunia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

(b) Laman Web


Laman web ialah mana-mana tapak (site) dalam jaringan sejagat.
Kebanyakan laman web mempunyai laman (homepage) sebagai titik
permulaan mereka yang sering berfungsi sebagai isi kandungan untuk
tapak ini. Laman web terdiri daripada banyak halaman web (Web pages)
(lihat Rajah 2.4).

Rajah 2.4: Contoh muka depan  laman web OUM

(c) Halaman Web


Dokumen dalam jaringan sejagat. Biasanya halaman web ini mempunyai
pautan ke halaman web lain.

(d) Pelayar Web


Pelayar web ialah perisian yang membolehkan anda untuk melihat
kandungan Internet dan bergerak dalam persekitaran alam maya. Terdapat
banyak pelayar web yang tersedia untuk pengguna Internet. Antara yang
paling popular ialah Microsoft Internet Explorer, Chrome dan Mozilla
Firefox.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  57

(e) Pelokasi Sumber Seragam (URL ă Uniform Resource Locator)


Setiap laman web atau halaman web dikenal pasti berdasarkan alamat yang
disebut Pelokasi Sumber Seragam (URL). Sebagai contoh, URL untuk
laman web Open University Malaysia ialah http://www.oum.edu.my/.

URL dapat menunjukkan kepada anda dari mana maklumat diperoleh


sama ada dari institusi akademik, badan kerajaan atau syarikat.
Kebanyakan alamat laman web mempunyai pola berikut:

http://www.oum.edu.my/newsletter.html

(i) http://  Merujuk kepada Protokol Perpindahan


Hiperteks (Hypertext Transfer Protocol). Ia
merupakan protokol yang digunakan oleh
komputer untuk mengakses dan menyampaikan
halaman web.
(ii) www  Laman web yang berada di komputer (juga
dikenali sebagai „pelayan‰) yang dikenali
sebagai www; sebahagian daripada alamat ini
memberitahu anda di manakah letaknya
komputer yang menyimpan maklumat yang
anda cari.
(iii) oum.edu  Laman web ini merupakan institusi akademik
(„edu‰) yang menyebut dirinya „oum‰.
Bahagian „edu‰ daripada alamat ini disebut
domain. Ketika anda melayari jaringan sejagat,
berikan tumpuan kepada hos. Secara umumnya,
laman web kerajaan dan organisasi meletakkan
maklumat daripada rekod rasmi mereka. Anda
akan mencari maklumat yang boleh dipercayai
dan kebanyakan maklumat yang disiarkan di
laman web kerajaan adalah didokumentasikan,
membolehkan anda untuk mengesahkan carian
anda. Yang berikut adalah beberapa pengenal
hos: .edu atau .ac untuk organisasi akademik
atau pendidikan; .co, .com untuk organisasi
komersial; .gov untuk kerajaan; .org untuk
bukan kerajaan dan organisasi yang tidak
membuat keuntungan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

(iv) .my  Menandakan kod negara. Kod bagi Malaysia


ialah .my, .au untuk Australia, .fr untuk Perancis
dan lain-lain. Pada dasarnya ini menunjukkan
tempat terletaknya tapak komputer itu.
(v) /newsletter.html  Ia ialah nama fail.

(f) Hiperpautan (Hyperlink)


Kebanyakan dokumen web mengandungi hiperpautan yang „melompat‰
ke lokasi lain. Hiperpautan biasanya dipaparkan sebagai teks yang
digariskan, objek grafik atau gambar.

Apabila anda menggerakkan penunjuk tetikus ke atas hiperpautan,


penunjuk tetikus mengambil bentuk tangan dengan jari menunjuk ke atas.
Untuk melompat ke lokasi hiperpautan, klik sahaja hiperpautan tersebut.

AKTIVITI 2.1

Cari makna domain ini:

(a) bbc.co.uk

(b) library.athabascau.ca

(c) www.pelanduk.com

(d) www.pnm.my

2.2.5 Microsoft Internet Explorer (MSIE)


Subtopik ini menghuraikan kemahiran asas yang anda perlukan untuk
menggunakan Microsoft Internet Explorer. Perlu dinyatakan di sini bahawa kita
tidak mempromosikan MSIE. Namun memandangkan kita akan membincangkan
sebahagian besar aplikasi MS Office dalam Topik 9, maka adalah sesuai untuk
kita bercakap mengenai MSIE sebagai contoh pelayar web. Kemahiran
penggunaan asas bagi pelayar web ini adalah hampir sama dengan pelayar web
lain seperti Chrome, Opera dan Mozilla.

(a) Cara Membuka Microsoft Internet Explorer

(i) Cara paling mudah untuk membuka Internet Explorer (IE) adalah
dengan mengikuti langkah berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  59

Start  Program  Internet Explorer (lihat Rajah 2.5).

Rajah 2.5: Cara membuka IE

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

(ii) Setelah selesai, anda akan dibawa ke laman web/laman IE (Microsoft


Network, MSN) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.6.

Rajah 2.6: Halaman lalai (default) di IE

(b) Menggunakan Bar Navigasi MSIE


Seperti MS Word, MS PowerPoint dan MS Excel, MSIE mempunyai set bar
navigasi yang hampir sama (seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.6). Set
bar ini terdiri daripada:

(i) Bar Tajuk (Title Bar)


Bar tajuk biasanya merupakan bar berwarna di bahagian paling atas
skrin anda yang akan memberikan nama laman web yang telah anda
masukkan. Pada akhir bar berwarna ialah butang bar tajuk untuk
mengurangkan, mengecilkan dan menutup skrin.

(ii) Bar Menu (Menu Bar)


Bar ini menyenaraikan fungsi yang berkaitan dengan File, Edit, View,
Favorites, Tools dan Help (beberapa fungsi ini akan dijelaskan
sepenuhnya kemudian).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  61

(iii) Bar Alat (Tool Bar)


Ia mempunyai fungsi butang berikut: Back, Forward, Reload/Refresh,
Home, Mail, Print dan sebagainya (bergantung pada tetapan anda).
Fungsi ini dihuraikan seperti yang berikut:

Ć Back ă Ini akan membawa anda kembali ke laman web


sebelumnya yang telah anda lihat kali terakhir.

Ć Forward ă Ini menggerakkan anda ke laman web seterusnya.

 Refresh ă Ia memuat semula halaman semasa.

 Home ă Pada bila-bila masa anda melayari laman web dan ingin
kembali ke halaman mula, hanya tekan ikon Home dan ia akan
membawa anda ke sana semula.

Ć Favorites ă (disebut Bookmarks dalam Chrome) menyediakan


cara pintas ke halaman yang selalu anda layari. Apabila anda
berada di satu halaman web, anda mungkin ingin kembali ke
halaman web yang anda dilayari sebelumnya. Klik sahaja pada
butang berjudul Favorites dan ikut arahannya.

Ć Print ă Butang ini menghantar salinan muka yang dibuka pada


pelayar anda ke pencetak. Ia akan mencetak halaman yang sama
seperti yang ditunjukkan. Jika anda ingin lebih banyak pilihan,
klik File di bar menu, kemudian Print dan seterusnya ikuti arahan
yang diberikan.

(iv) Bar Alamat (Address Bar)


Ini memaparkan alamat (URL) halaman di mana anda berada. Anda
boleh menaip alamat web lain ke dalam bar ini dan klik Go atau tekan
Enter untuk pergi ke laman web baharu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

(c) Membuka Halaman Web


Yang berikut ialah cara formal membuka halaman web atau dokumen:

(i) Pilih „File‰  „Open‰. Internet Explorer memaparkan kotak dialog


Open seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.7.

Rajah 2.7: Salah satu kaedah untuk membuka dokumen web

(ii) Dalam kotak teks „Open‰, masukkan alamat untuk dokumen atau fail
yang anda mahu buka, menggunakan salah satu daripada kaedah
berikut:

Ć Taip nama dokumen atau fail ke dalam kotak teks „Open‰. Klik
„OK‰; atau

Ć Untuk membuka dokumen atau fail yang baru anda akses, klik
butang panah bawah di hujung kanan kotak teks „Open‰ dan
pilih fail daripada senarai ke bawah (drop-down list). Klik „OK‰.

Terdapat cara yang lebih cepat untuk membuka laman web.

Ć Klik butang „Browse‰. Internet Explorer memaparkan kotak


dialog Microsoft Internet Explorer.

Nota: Cara paling biasa untuk mengakses laman web adalah


dengan menggunakan URL halaman web tersebut. Taipkan alamat
web ke dalam bar alamat (lihat Rajah 2.6), tekan Return/Enter dan
laman web ini akan dipaparkan pada skrin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  63

(d) Menyimpan Dokumen


Anda mungkin mahu menyimpan salinan laman web ke cakera keras anda
supaya boleh memeriksanya secara terperinci apabila komputer anda di
luar talian (offline).

Ć Untuk menyimpan halaman semasa, pilih „File‰  „Save as‰. Internet


Explorer memaparkan kotak dialog „Save Webpage‰ (lihat Rajah 2.8).
Pilih lokasi untuk fail seperti biasa, nyatakan nama fail dan klik butang
„Save‰. Internet Explorer akan menutup kotak dialog „Save as‰ dan
menyimpan fail tersebut.

Rajah 2.8: Kotak dialog „Save as‰

(e) Mencetak Dokumen Web


Ini ialah dua kaedah mencetak dokumen web dan langkahnya adalah:

(i) Untuk mencetak halaman web yang sedang anda lihat, klik butang
„Print‰ pada bar alat. Internet Explorer mencetak halaman tanpa
menampilkan kotak dialog Print.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

(ii) Untuk memaparkan kotak dialog Print supaya anda boleh memilih
pilihan percetakan, pilih „File‰  ‰Print‰. Internet Explorer
memaparkan kotak dialog Print seperti dalam Rajah 2.9. Anda boleh
menggunakan ciri di dalam kotak dialog (contohnya, saiz, sumber,
membaca) untuk mengubah suai output mengikut gaya pilihan anda.

Rajah 2.9: Kotak dialog „Print‰

(iii) Klik „PRINT‰ untuk mencetaknya.

(f) Favorites
Web terbukti merupakan sumber maklumat yang baik. Kebanyakan pelayar
yang anda gunakan untuk „membaca‰ kandungan web mempunyai sistem
bina dalam (built-in) untuk membolehkan anda menyimpan laman web
yang berguna supaya anda boleh kembali dan melihatnya lagi. Laman web
yang disimpan ini dikenali sebagai „Favorites‰ dalam Explorer.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  65

Anda boleh menggunakan Favorites untuk melayari laman web atau


mengumpulkan laman web yang berguna, cara yang sama seperti anda
mengunjungi perpustakaan di mana anda mungkin mengumpulkan buku
dan artikel jurnal untuk membacanya dengan lebih terperinci pada masa
akan datang.

Apabila anda menemui laman web yang anda yakin anda ingin kembali
melayarinya, anda boleh menambah jalan pintas untuk laman web itu ke
fail „Favorites‰. Untuk kembali ke laman web yang digemari, anda boleh
pilih daripada Favorites. Yang berikut merupakan langkah untuk
menggunakan fail Favorites ini:

(i) Klik butang „Favorites‰ pada bar alat butang standard.

(ii) Pilih „Favorites‰  „Add a Favorites‰. Kotak dialog Add a Favorite


akan muncul seperti dalam Rajah 2.10.

Rajah 2.10: Kotak dialog „Add a Favorite‰

(iii) Sunting nama Favorite (ingat bahawa nama pendek adalah lebih
mudah untuk dicari di bar Favorites anda atau menu Favorites).

(iv) Pilih nama folder di mana ia harus berada (pilih sama ada „Create in‰
atau „New Folder‰ jika folder yang anda inginkan belum wujud).

(v) Namun, jika butang „Create in‰ yang dipilih, anda boleh
menyimpannya dalam folder sedia ada.

(vi) Jika „New Folder‰ dipilih, berikan nama kepada folder anda.

(vii) Klik „Add‰ apabila operasi selesai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

2.2.6 Format Dokumen Mudah Alih (PDF – Portable


Document Format)
Apakah yang anda faham mengenai PDF? Untuk mengetahui lebih lanjut
mengenai PDF, mari kita lihat huraian yang berikut:

(a) Pengenalan
Ada banyak jenis format fail di dalam laman web, iaitu MS Word, MS
Excel, MS PowerPoint, PDF, HTML dan lain-lain. Oleh itu, ia adalah
penting untuk mengetahui bagaimana untuk mengemudi fail atau
dokumen ini. Salah satu daripada format yang paling popular ialah Format
Dokumen Mudah Alih (PDF ă Portable Document Format). PDF telah
dibangunkan oleh Adobe Systems dan direka untuk menukar dokumen
antara komputer dan merentas pelantar komputer sambil mengekalkan
integriti fail. Ini bermakna kandungan fail tidak boleh diubah dengan
mudah. Nama sambungan failnya ialah .pdf. PDF ini telah menjadi piawai
format dokumen yang digunakan untuk pertukaran dokumen.

Acrobat Reader ialah paparan untuk membaca fail .pdf dan ia


mempunyai alat untuk pengendalian fail, navigasi, melihat dan alat asas
untuk membuat pilihan.

(b) Adobe® Acrobat® Reader


Mengetahui persekitaran paparan Acrobat dan mengemudi dokumen
paparan Acrobat ialah tugas asas pengguna. Lebih banyak yang anda tahu,
semakin cepat anda boleh bergerak di sekitar paparan Acrobat.

(c) Muat Turun dan Pemasangan Acrobat Reader


Adobe® Acrobat® Reader boleh dipasang secara percuma melalui laman
web Adobe di http://www.adobe.com.

(d) Navigasi dan Melihat Dokumen PDF


Jika anda belum menggunakan paparan Acrobat, anda perlu meneliti
ketika membaca muka surat pada bahagian ini untuk belajar bagaimana
anda boleh melayari, melihat dan mencari dokumen PDF. Anda boleh
membuka fail PDF dalam Acrobat Reader (lihat Rajah 2.11) atau dalam
pelayar (lihat Rajah 2.12).

(i) Gunakan bar skrol (scroll bar) pada sebelah kanan skrin untuk
membaca halaman web.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  67

(ii) Gunakan ikon teks untuk menonjolkan (highlight) teks. Untuk


menyalin teks yang ditonjolkan ini, klik butang kanan tetikus sekali
dan kemudian klik „Copy‰.

(iii) Gunakan pembesar (kaca pembesar) dengan mengklik ikonnya untuk


memiliki pandangan dokumen yang lebih besar.

(iv) Gunakan alat mencari (find) (teropong) untuk mencari kata kunci.

Rajah 2.11: Dokumen PDF yang dibuka dalam Acrobat Reader

Rajah 2.12: Dokumen PDF yang dibuka dalam pelayar (Chrome)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

(e) Menyimpan Fail PDF


Untuk menyimpan fail .pdf, klik pada ikon „diskette‰.

(i) Rujuk kembali Rajah 2.12. Untuk menyimpan fail, klik ikon itu.

(ii) Anda akan memperoleh kotak dialog (lihat Rajah 2.13).

(iii) Simpan fail tersebut seperti anda lakukan pada persekitaran MS


Office.

Rajah 2.13: Kotak dialog untuk menyimpan fail

(f) Mencetak Fail PDF


Untuk mencetak fail PDF, pergi ke „File‰, pilih cetak atau klik pada ikon
„Printer‰. Jika anda menggunakan menu „File‰, anda akan lihat kotak
dialog. Anda boleh memilih pilihan anda, terutamanya halaman yang
hendak dicetak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  69

(g) Melihat dokumen PDF di Telefon Mudah Alih


Anda dikehendaki memuat turun aplikasi percuma Adobe Acrobat Reader
daripada Play Store/App Store ke dalam telefon mudah alih anda untuk
membolehkan anda melihat fail PDF.

2.3 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA


OUM
Pengetahuan dan kemahiran yang kita pelajari mengenai penggunaan Internet
dalam Subtopik 2.2 sebelum ini, akan berguna bagi anda untuk mengakses dan
menavigasi persekitaran pembelajaran maya OUM yang dikenali sebagai
myINSPIRE (lihat Rajah 2.14). myINSPIRE disesuaikan daripada Sistem
Pengurusan Pembelajaran (LMS  Learning Management System) sumber
terbuka yang terkenal, iaitu Moodle.

Rajah 2.14: Logo myINSPIRE

Apakah yang dimaksudkan dengan persekitaran pembelajaran maya?


Persekitaran pembelajaran maya seperti myINSPIRE ialah platform berasaskan
web e-pembelajaran untuk menyediakan persekitaran pembelajaran dalam talian
di OUM. Ia membolehkan OUM untuk mengurus, menyampaikan kandungan
kursus dan menjejaki perbincangan dalam talian oleh pelajar dan tutor. Tutor
boleh memuat naik kandungan kursus, item penilaian dan bahan kursus lain.
Terdapat forum perbincangan dalam talian yang membolehkan kerjasama
pembelajaran dalam talian berlaku. Sejauh mana anda memperoleh manfaat
daripada pembelajaran kolaboratif dalam talian bergantung pada kualiti
penyiaran dan penyertaan aktif daripada anda dan rakan anda.

Paparan terbaik bagi myINSPIRE menggunakan pelayar Mozilla Firefox untuk


komputer dan Google Chrome untuk telefon mudah alih.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

2.3.1 Memulakan myINSPIRE


myINSPIRE disepadukan dengan portal OUM. Oleh itu, sebaik sahaja anda
log masuk ke laman web OUM (lihat Rajah 2.15), anda boleh mengakses
myINSPIRE.

Rajah 2.15: Log masuk pada laman web OUM

Sebelum anda boleh mengakses myINSPIRE dari laman web OUM, anda perlu
mendaftar untuk membuka akaun dengan OUM. Sekiranya ini merupakan kali
pertama anda log masuk, klik pada perkataan „First Time Login‰ di laman web
OUM. Pastikan kata laluan anda adalah betul. Jika anda mempunyai masalah
untuk log masuk, anda perlu menghubungi pusat perkhidmatan pelajar OUM
untuk memastikan anda telah berdaftar sebagai pelajar OUM yang aktif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  71

Dalam Jadual 2.3 kita akan menunjukkan langkah demi langkah untuk
membantu anda mendaftar akaun OUM.

Jadual 2.3: Langkah untuk Mendaftar Akaun OUM

Langkah Deskripsi
Langkah 1 Apabila laman web OUM dipaparkan, klik butang „First Time Login‰
(rujuk Rajah 2.16).

Rajah 2.16: „First time login‰ dari laman web OUM

Langkah 2 Seterusnya di paparan yang baharu ini (lihat Rajah 2.17), taip nombor kad
pengenalan anda, tanpa sempang (ă) dan klik butang „Submit‰.

Rajah 2.17: Kaedah memasukkan nombor kad pengenalan (my OUM


adalah halaman pengesahan pendaftaran baharu)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

Langkah 3 Isikan maklumat pendaftaran akaun seperti yang ditunjukkan dalam


Rajah 2.18.

Rajah 2.18: Laman pendaftaran akaun pelajar

Selepas anda klik „Submit‰, anda akan memperoleh halaman pengesahan


pendaftaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.19.

Rajah 2.19: Portal baharu laman pengesahan myOUM

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  73

Langkah 4 Selepas anda berjaya melengkapkan proses pendaftaran akaun myOUM,


anda bolehlah mengakses portal myOUM menggunakan nama pengguna
dan kata laluan yang dipilih (rujuk Rajah 2.19). Nama pengguna anda
adalah sah digunakan sepanjang tempoh pengajian anda dengan OUM
tanpa boleh diubah. Walau bagaimanapun, anda dibenarkan menukar
kata laluan anda mengikut kesesuaian masa dan kehendak anda.
Langkah 5 Sekarang mari kita kembali ke laman web OUM. Masukkan nama
pengguna dan kata laluan seperti yang telah didaftarkan untuk
membolehkan anda log masuk ke portal myOUM dan seterusnya
mengakses myINSPIRE (rujuk Rajah 2.20).

Rajah 2.20: Menu log masuk OUM

Langkah 6 Apabila Langkah 5 berjaya, anda akan kekal di portal myOUM.


Dalam portal myOUM, anda dapat mengakses myProfile, eServices, e-
mel, Assignment System, Perpustakaan, Sumber, OUM doc, Bantuan,
myCourse dan Quick Links, pengumuman dan Online Evaluation Survey
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.21. Untuk mengakses
myINSPIRE, klik ikon myCourse.

Rajah 2.21: Portal myOUM

Nota: Dari portal myOUM, anda dapat mengakses laman


„Announcement‰ atau pengumuman. Di sini anda akan memperoleh
pengumuman penting seperti tarikh bermulanya tutorial, muat turun dan
tarikh menghantar tugasan, tarikh peperiksaan, acara khas dan majlis
konvokesyen.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

Langkah 6 Kami mengesyorkan supaya anda melayari halaman ini sekerap


(sambungan) mungkin untuk mengemas kini setiap aktiviti yang berlaku di OUM
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.22.

Rajah 2.22: Halaman pengumuman

Komponen lain di portal myOUM adalah pautan ke e-mel, pautan


ke perpustakaan digital, halaman profil anda dan e-khidmat yang
menyediakan pelbagai pengurusan e-borang.

2.3.2 Mengakses myINSPIRE


myINSPIRE telah direka bentuk untuk diakses secara intuitif ă ia dapat diakses
dengan sedikit atau tanpa arahan daripada komputer atau telefon mudah alih.
Sehubungan itu, anda perlu klik ikon „myCourse‰ di laman portal OUM (juga
dikenali sebagai portal myOUM) untuk mengakses myINSPIRE (lihat Rajah 2.23).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  75

Rajah 2.23: Klik ikon „myCourse‰ untuk mengakses myINSPIRE

Seterusnya laman utama myINSPIRE akan dipaparkan seperti yang ditunjukkan


dalam Rajah 2.24.

Rajah 2.24: Halaman utama myINSPIRE; subjek berdaftar anda dipaparkan di sini

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

Pada halaman utama myINSPIRE, anda akan dapat melihat semua subjek yang
telah anda daftarkan dalam semester yang terkini. Hanya klik salah satu subjek
tersebut untuk meneroka halaman kursus dalam myINSPIRE seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.25.

Rajah 2.25: Halaman kursus akan dipaparkan sebaik sahaja anda klik subjek yang telah
anda daftar

Selain memaparkan subjek yang telah anda daftarkan, halaman utama ini juga
mempunyai blok berikut di panel bahagian kanannya:

(a) Kalendar; dan

(b) Peristiwa akan datang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  77

Kaedah alternatif untuk mengakses terus myINSPIRE adalah melalui


http://inspire.oum.edu.my seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.26. Di sini,
anda boleh log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan OUM
anda.

Rajah 2.26: Akses terus ke myINSPIRE melalui http://inspire.oum.edu.my

2.3.3 Bagaimana myINSPIRE Meningkatkan


Pembelajaran Anda
Dalam subtopik yang terdahulu, kita melihat kaedah mengakses myINSPIRE.
Sekarang, kita melihat pula bagaimana myINSPIRE mampu menyokong
pembelajaran jarak jauh, terutamanya dalam konteks pembelajaran dalam talian
anda. Walaupun terdapat beberapa jenis alat, kita hanya akan membincangkan
menu dan alat yang mampu meningkatkan pengalaman pembelajaran dalam
talian secara peribadi dan kolaboratif. Kita boleh mengkategorikan kebaikan alat
ini kepada empat aspek seperti yang diilustrasikan dalam Rajah 2.27.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

Rajah 2.24: Empat kebaikan myINSPIRE

Anda sendiri dapat menyemak fungsi alat lain dengan melengkapkan Jadual 2.4
berikut.

Jadual 2.4: Set Alat dan Fungsinya dalam myINSPIRE

Alat Fungsi
Pengumuman
Isi kandungan kursus
Sumber yang berguna
Kuiz
Soalan Kerap Ditanya (FAQ ă Frequently
Asked Questions)
Forum

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  79

2.4 KOMPONEN PEMBELAJARAN DALAM


MYINSPIRE
Komponen utama dalam halaman kursus dalam myINSPIRE ialah:
(a) Bahagian pengumuman kursus;
(b) Pautan ke sistem tugasan;
(c) Kuiz;
(d) Akses ke kandungan lain seperti e-modul;
(e) Video kuliah;
(f) FAQ;
(g) Persidangan video;
(h) Forum; dan
(i) Bahagian „Other useful resources‰ (sumber lain yang berguna).

Semua komponen yang disenaraikan boleh didapati di blok navigasi pada


bahagian kiri halaman kursus. Apabila anda klik di mana-mana komponen
subjek, isi kandungannya akan dipaparkan di bahagian tengah halaman (rujuk
Rajah 2.28). Kita akan meneroka semua komponen ini dengan lebih terperinci
dalam subtopik seterusnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

Rajah 2.28: Struktur halaman kursus dalam myINSPIRE

Selain daripada komponen yang disenaraikan tadi, halaman kursus myINSPIRE


turut mempunyai blok berikut pada bahagian kanan halaman kursus untuk
rujukan pantas anda (rujuk Rajah 2.28):

(a) Level up!: Ia menunjukkan prestasi penglibatan anda dalam subjek tertentu
dalam myINSPIRE. Tahap maksimum ialah 10. Cabar diri anda untuk
memperoleh mata maksimum 10.

(b) Latest news: Pengumuman yang dibuat pada bahagian „Course


Announcement‰ akan dipaparkan di sini sebagai peringatan. Oleh itu anda
dinasihati agar sentiasa membuka blok ini.

(c) Recent activity: Sebagai peringatan, semua aktiviti terkini daripada e-tutor
dan rakan anda akan dinyatakan di sini. Anda juga digalakkan sentiasa
memeriksa blok ini.

(d) Search forums: Untuk rujukan pantas, anda dapat mencari catatan forum
yang sedia ada daripada rakan anda dan e-tutor di sini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  81

2.4.1 Pengumuman Kursus


Pengumuman penting berkenaan kursus dari fakulti akan dipaparkan di sini
(lihat Rajah 2.29). Pastikan anda sentiasa memeriksa bahagian ini untuk
maklumat terkini atau pengumuman mengenai kursus.

Rajah 2.29: Klik pautan „Course Announcement‰ untuk melihat laman pengumuman

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

2.4.2 Tugasan
Anda dapat mengakses dan menghantar tugasan secara dalam talian
menggunakan Sistem Pengurusan Tugasan (Assignment Management System).
Hanya klik pautan „Assignment‰ di blok navigasi untuk mengakses Sistem
Pengurusan Tugasan ini melalui myINSPIRE (lihat Rajah 2.30).

Rajah 2.30: Klik pautan „Assignment‰ untuk ke Sistem Pengurusan Tugasan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  83

Sekarang mari kita lihat Jadual 2.5 yang menunjukkan kita langkah untuk
memuat turun dan menghantar tugasan melalui Sistem Pengurusan Tugasan.

Jadual 2.5: Panduan Langkah Demi Langkah untuk Memuat Turun dan Menghantar
Tugasan Menggunakan Sistem Pengurusan Tugasan (Diakses melalui myINSPIRE)

Langkah Deskripsi
Langkah 1 Dalam myINSPIRE, klik „Assignment‰ seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 2.30. Satu halaman baharu akan dipaparkan. Pada halaman ini,
anda akan memperoleh pautan „List of Assignment‰ (berdasarkan
subjek yang anda telah daftarkan) yang telah dimuat naik ke dalam
Sistem Pengurusan Tugasan (lihat Rajah 2.31). Pilihlah subjek anda.

Rajah 2.31: Senarai tugasan

Langkah 2 Klik „Download‰ (lihat Rajah 2.32) untuk memuat turun soalan tugasan.

Rajah 2.32: Soalan tugasan untuk dimuat turun

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

Langkah 3 Untuk menghantar tugasan, anda boleh mengikuti langkah yang sama.
Walau bagaimanapun, anda perlu klik pada tab „Submission‰ (lihat
Rajah 2.33).

Rajah 2.33: Klik pada tab „Submission‰ untuk menghantar jawapan


tugasan anda

Seterusnya pada halaman penghantaran, klik „Browse‰ untuk mencari


fail dan klik „Submit‰ untuk menghantar tugasan (lihat Rajah 2.34).

Rajah 2.34: Penghantaran tugasan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  85

Langkah 4 Klik „OK‰ untuk menghantar tugasan (rujuk Rajah 2.35) dan klik
„Cancel‰ untuk memuat naik semula.

Rajah 2.35: Penghantaran tugasan

Langkah 5 Satu mesej akan timbul (pop-up) apabila penghantaran tugasan telah
berjaya dibuat (lihat Rajah 2.36).

Rajah 2.36: Penghantaran tugasan yang berjaya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

Langkah 6 Resit digital akan dipaparkan ă menandakan tugasan anda sudah


berjaya dihantar. Anda dinasihati mencetak resit sebagai rekod
simpanan anda (lihat Rajah 2.37).

Rajah 2.37: Contoh resit digital untuk simpanan anda

2.4.3 Kuiz
Anda dapat menilai sendiri pengetahuan pembelajaran anda menggunakan
soalan yang boleh didapati dalam „Quiz‰. Alat ini membenarkan anda menguji
diri sendiri sebanyak mana dan sekerap mana yang anda ingini. Jadual 2.6
menerangkan langkah untuk mengakses alat ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  87

Jadual 2.6: Langkah Demi Langkah untuk Mengakses Soalan Kuiz Penilaian Kendiri

Langkah Huraian
Langkah 1 Klik „Quiz‰ pada blok navigasi dalam myINSPIRE (lihat Rajah 2.38).

Rajah 2.38: Pautan ke kuiz

Langkah 2 Selesai langkah pertama, halaman kuiz akan dipaparkan seperti dalam
Rajah 2.39. Dapatlah anda mula menjawab soalan kuiz tersebut.

Rajah 2.39: Halaman kuiz

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

2.4.4 Kandungan Kursus


Kandungan kursus seperti e-modul dapat dilihat dan dimuat turun apabila anda
klik pautan „Contents‰ pada blok navigasi (lihat Rajah 2.40).

Rajah 2.40: Klik pautan „Contents‰ untuk melihat dan memuat turun modul berkaitan
subjek

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  89

Apabila anda klik pautan „Contents‰, pautan itu akan diperluas seperti dalam
Rajah 2.41.

Rajah 2.41: Komponen „Contents‰

Rajah 2.42: Melihat, mencetak dan memuat turun keseluruhan modul dari myINSPIRE
(dilihat menggunakan pelayar Mozilla)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

Rajah 2.43: Melihat, mencetak dan memuat turun keseluruhan modul dari myINSPIRE
(dilihat menggunakan Google Chrome)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  91

Rajah 2.44: Melihat, mencetak dan memuat turun keseluruhan modul dari myINSPIRE
(dilihat menggunakan Internet Explorer)

Rajah 2.45 memaparkan bagaimana topik daripada modul tertentu dipaparkan.

Rajah 2.45: Dalam myINSPIRE, modul disusun mengikut topik dan boleh dimuat turun

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

2.4.5 Video Kuliah (Video Lectures)


Video kuliah disediakan dalam pautan „Video Lectures‰ seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.46.

Rajah 2.46: Klik „Video Lectures‰ untuk melihat senarai video kuliah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  93

Apabila anda klik pautan ini, video kuliah untuk subjek yang dikehendaki akan
dipaparkan seperti dalam Rajah 2.47.

Rajah 2.47: Komponen „Video Lectures‰ yang disusun mengikut topik

Apabila anda memilih satu pautan video, keseluruhan video akan muncul (lihat
Rajah 2.48).

Rajah 2.48: Video kuliah akan dipaparkan sebaik sahaja anda klik topik yang
dikehendaki

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

2.4.6 FAQ
Bahagian FAQ (lihat Rajah 2.49) mengandungi semua soalan yang kerap ditanya
dan disusun mengikut turutan topik (lihat Rajah 2.50).

Rajah 2.49: Klik pautan „FaQs‰ untuk melihat FAQ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  95

Rajah 2.50: Komponen „FaQs‰ yang disusun mengikut turutan topik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

2.4.7 Sumber Lain yang Berguna (Other Useful


Resources)
Pautan laman web yang penting dan sumber luaran yang berhubung kait
dengan subjek dapat diperoleh dalam bahagian ini (lihat Rajah 2.51).

Rajah 2.51: Klik pautan „Other Useful Resources‰ untuk melihat sumber luaran kursus

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  97

2.4.8 Persidangan Video


myINSPIRE turut menyokong komunikasi masa sebenar dalam bentuk
persidangan video. Persidangan video ini boleh menjadi kelas maya (lihat
Rajah 2.52).

Rajah 2.52: Klik „Virtual Classroom‰ untuk turut serta dalam pembelajaran kelas maya.
Kelas maya hanya wujud jika e-tutor anda telah menjadualkan sesi ini

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

Masa dan tarikh untuk kelas maya ini ditentukan oleh e-tutor anda. Pastikan
komputer peribadi atau komputer riba anda mempunyai kamera web (webcam)
dan sistem audio yang berfungsi untuk anda sertai kelas maya ini. Rajah 2.53
menunjukkan contoh kelas maya yang sedang berlangsung.

Rajah 2.53: Contoh kelas maya dalam myINSPIRE

2.4.9 Forum
myINSPIRE membenarkan anda berinteraksi, berkomunikasi dan belajar
daripada tutor dan rakan anda di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
Untuk menjayakan pembelajaran kolaboratif, anda disediakan kemudahan
forum. Forum perbincangan dalam talian adalah sebagai kelas maya di mana
perbincangan mengenai isu penting berkaitan dengan kandungan dalam modul
pembelajaran dibincangkan. Sebaik sahaja anda melihat topik perbincangan
muncul pada bahagian forum perbincangan, sila baca, fikirkan dan berikan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  99

jawapan yang sewajarnya. Harus diingat bahawa anda bukan sahaja perlu
menjawab soalan daripada e-tutor anda, malah anda juga perlu membaca
jawapan yang diberi oleh rakan anda dan respons kepada mereka sambil
mengemukakan persoalan anda sendiri. Kini, kami ingin menekankan bahawa
soalan yang memerlukan jawapan yang telus tidak perlu dikemukakan dalam
forum perbincangan. Contoh soalan, „Apakah gabungan pendekatan
pembelajaran yang terdapat di OUM?‰ Soalan yang sebegini perlulah anda
sendiri mengambil inisiatif untuk mencari jawapannya.

Perbincangan dalam talian melalui forum merupakan bahan komunikasi tidak


serentak yang anda dapat berinteraksi dan berbincang mengenai topik yang
spesifik bersama e-tutor dan rakan. Ia juga bahan kolaborasi yang mendorong
perkongsian idea.

Halaman forum ini adalah antara fungsi paling penting dalam myINSPIRE.
Apakah sebenarnya maksud forum? Forum secara keseluruhannya adalah
seperti ruang perbincangan/ruang sembang, bilik darjah dan pusat sumber. Di
sinilah anda boleh melibatkan rakan, tutor dan pakar rujuk bidang (SME ă
subject matter experts) dalam kursus yang anda ambil. Ia seperti kelas 24 jam di
mana anda akan memperoleh penjelasan terhadap setiap isu dan jawapan atas
setiap persoalan yang diutarakan dalam kursus anda.

Namun demikian, perlu diingatkan bahawa walaupun forum ini dibuka 24 jam
sehari, tujuh hari seminggu, tutor atau rakan anda tidak semestinya ada dalam
talian bersama anda. Mereka mungkin mempunyai hal dan komitmen lain. Oleh
itu mereka akan berada di halaman forum pada waktu lapang mereka sahaja.
Kadangkala, apabila terlalu ramai yang menggunakan forum, anda perlulah
menunggu seketika. Apa yang penting, anda adalah sebahagian daripada forum
dalam myINSPIRE. Di sinilah anda dapat berkongsi pendapat dan idea.
Berkongsi ilmu pengetahuan tidak akan merugikan malah ia akan
menambahkan ilmu yang kita ada. Oleh itu, berkongsilah ilmu yang anda ada
dan berkongsilah jawapan kepada soalan yang ditanya oleh rakan anda. Selain
itu, anda juga akan memperoleh perspektif yang berbeza dan pandangan yang
baharu mengenai isu atau soalan yang dikongsi bersama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

Cara untuk Mengakses Forum


Untuk mengakses forum, klik pautan „Forum‰ yang terdapat pada blok navigasi
(lihat Rajah 2.54).

Rajah 2.54: Klik pautan „Forum‰ untuk menghantar pesanan kepada e-tutor atau/dan
rakan anda

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  101

Forum disusun mengikut topik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.55.

Rajah 2.55: Forum dibahagikan mengikut pelbagai folder; apabila menghantar pesanan
baru, pilih folder yang bersesuaian

Forum disusun mengikut perbincangan umum, topik dan sumber yang berguna
(lihat Rajah 2.55).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

Sekiranya anda ingin menghantar soalan, pilihlah folder yang betul. Apabila
anda klik folder topik tertentu, halaman forum pada topik yang dipilih tadi akan
muncul (lihat Rajah 2.56). Ketika menghantar mesej, pastikan anda sertakan
nama subjek dan mesejnya (lihat Rajah 2.57).

Rajah 2.56: Pandangan salah satu folder dalam forum

Rajah 2.57: Antara muka forum

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  103

Anda juga boleh melampirkan fail dalam kiriman anda. Rajah 2.56 menunjukkan
isi kandungan e-forum dalam satu folder. Pada halaman ini, anda dapatlah
berbincang dan bertukar idea, bekerjasama dan apa sahaja topik yang khusus
dalam kursus anda. Ini akan membantu anda memberi tumpuan kepada mana-
mana topik setiap kali anda memasuki halaman forum. Apa yang penting, anda
akan dapat melihat rangkaian perbualan yang telah anda sertai dan respons
daripada rakan anda. Semakin rancak perbualan dan soal jawab dalam e-forum
adalah lebih baik untuk pelajar individu. Aspek paling penting mengenai
konteks pembelajaran maya ini adalah untuk memberi anda perasaan belajar
bersama rakan seperjuangan. Ia mengingatkan anda bahawa anda tidaklah
keseorangan dalam menempuh sesi pembelajaran ini dan akan sentiasa ada
orang yang membantu. Oleh itu, bersama-samalah bantu-membantu antara
rakan anda agar dapat memberi manfaat kepada semua.

Nota: Anda perlu membuat carian di forum sebelum menghantar soalan kerana
mungkin soalan yang sama telah dihantar oleh rakan anda dan telah pun
dijawab oleh e-tutor. „Search forums‰ wujud pada bahagian kanan laman kursus
myINSPIRE (lihat Rajah 2.58).

Rajah 2.58: Anda boleh membuat carian bagi penghantaran soalan (posting)
menggunakan kata kunci yang sesuai

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

2.5 MENUKAR SUBJEK DAN STRUKTUR


NAVIGASI DALAM MYINSPIRE
Untuk menukar kepada subjek lain yang telah didaftarkan dalam myINSPIRE,
klik „Dashboard‰ pada laluan navigasi atau „My courses‰ pada halaman ini
untuk memilih subjek berdaftar lain (rujuk Rajah 2.59).

Rajah 2.59: Memilih subjek berdaftar anda yang lain dalam myINSPIRE

Sekiranya anda berada di halaman kursus namun tidak pasti sama ada ingin
bergerak ke halaman sebelumnya atau ke lokasi lain di halaman kursus, klik
pada lokasi kanan di laluan navigasi bahagian atas halaman kursus anda seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 2.60.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  105

Rajah 2.60: Laluan navigasi pada bahagian atas membolehkan anda kembali ke halaman
yang sebenar dengan hanya satu klik

2.6 PEMBELAJARAN DALAM TALIAN


MELALUI MYINSPIRE
Pembelajaran dalam talian melalui myINSPIRE disokong oleh laman web mudah
alih menggunakan pelayar Internet dalam telefon mudah alih anda (seperti
Chrome, Mozilla) (lihat Rajah 2.61).

Rajah 2.61: myINSPIRE dilihat menggunakan pelayar telefon mudah alih

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

Selain itu, anda dapat memuat turun aplikasi mudah alih dari Play Store (telefon
Android) atau App Store (iPhone) dan dipasang ke dalam telefon anda. Terdapat
beberapa aplikasi mudah alih untuk Moodle. Sila muat turun aplikasi rasmi
daripada Syarikat Moodle (Moodle Pty Ltd) seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 2.62.

Rajah 2.62: Aplikasi mudah alih Moodle utk myINSPIRE

Langkah demi langkah untuk memuat turun aplikasi mudah alih ini diterangkan
dalam Jadual 2.7.

Jadual 2.7: Langkah Memuat Turun Aplikasi Mudah Alih Moodle

Langkah Deskripsi
Langkah 1 Pasang aplikasi mudah alih Moodle untuk myINSPIRE dari Google
Play/App Store (lihat Rajah 2.63).

Rajah 2.63: Aplikasi mudah alih Moodle untuk myINSPIRE

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  107

Langkah 2 Tekan aplikasi mudah alih Moodle di telefon mudah alih anda (lihat
Rajah 2.64).

Rajah 2.64: Tekan aplikasi mudah alih Moodle untuk melancarkan


halaman log masuk myINSPIRE

Langkah 3 Masukkan „inspire.oum.edu.my‰ untuk alamat (lihat Rajah 2.65) dan


tekan butang „Connect‰.

Rajah 2.65: Masukkan alamat URL myINSPIRE

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

Langkah 3 Seterusnya, anda mesti log masuk dengan memasukkan nama


(Sambungan) pengguna OUM dan kata laluan anda (lihat Rajah 2.66)

Rajah 2.66: Masukkan nama pengguna dan kata laluan OUM anda

Langkah 4 Subjek yang telah anda daftarkan akan muncul. Klik „Contents‰ di
mana-mana subjek tersebut untuk anda melayari ke halaman kursus
itu (lihat Rajah 2.67).

Rajah 2.67: Klik „Contents‰ dari mana-mana subjek yang telah


didaftarkan untuk melihat kandungan subjek

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  109

Langkah 4 Selesai sahaja, halaman kursus akan dipaparkan (lihat Rajah 2.68).
(Sambungan)

Rajah 2.68: Pilihan kursus pada halaman kandungan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

2.7 MAKLUMAT PENTING DI PORTAL


MYOUM
Dalam subtopik terakhir ini, anda akan mempelajari beberapa maklumat penting
di portal myOUM. Sekarang mari kita lihat maklumat yang berikutnya:

(a) Cara untuk Menukar Kata Laluan di Portal OUM


Anda boleh menukar kata laluan daripada ikon „myAccount‰ yang
terdapat di portal myOUM (lihat Rajah 2.69).

Rajah 2.69: Menukar kata laluan daripada ikon „myAccount‰

(b) Cara untuk Menyemak Status Akademik dan Kewangan


Anda boleh menukar status akademik dan kewangan daripada ikon
„myProfile‰ di portal myOUM.

Rajah 2.70: Semak profil akademik anda dan status kewangan melalui ikon „myProfile‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  111

(c) Bantuan
Sekiranya anda berhadapan dengan masalah ketika menggunakan portal
myOUM dan myINSPIRE, pembantu di HELPDESK boleh membantu
anda. Hantar e-mel kepada kami di myinspire@oum.edu.my atau hubungi
kami di talian 03-2773 2325/2283.

(d) Manual myINSPIRE


Anda boleh mengakses manual myINSPIRE dari portal myOUM.

(e) Maklumat Tambahan


Layari portal OUM seberapa kerap yang boleh untuk memperoleh
maklumat/pengumuman terkini tentang myINSPIRE.

SEMAK KENDIRI 2.2


1. Namakan tiga alat dalam myINSPIRE yang membenarkan
perkongsian fail dan maklumat.
2. Bagaimanakah pelajar jarak jauh OUM mendapat manfaat daripada
penggunaan myINSPIRE?
3. Apakah perbezaan antara laman web OUM, portal myOUM dan
myINSPIRE.

 Komponen perkakasan komputer peribadi ialah unit pemprosesan pusat


(CPU), unit paparan video (VDU), papan kekunci, tetikus, pemacu CD-
R/DVD-R dan sambungan USB. Peranti yang berkaitan PC ialah pencetak,
pemacu laju USB dan modem.

 Internet merupakan rangkaian komputer besar yang menghubungkan


pelbagai rangkaian kecil di serata dunia. Komputer berhubung melalui
protokol komunikasi dikenali sebagai Protokol Kawalan
Penghantaran/Protokol Internet (TCP/IP). Internet membolehkan
pertukaran maklumat antara komputer.

 Antara kebaikan yang diperoleh daripada Internet ialah e-mel kepada rakan
dan taulan, berinteraksi dalam forum perbincangan dalam talian, mencari
maklumat di jaringan sejagat, membuat tugasan dalam talian dan lain-lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)

 Microsoft Internet Explorer ialah pelayar yang boleh anda gunakan sebagai
alat dalam konteks pembelajaran maya. Anda dapat menggunakan pelayar
ini untuk mengakses myINSPIRE di http://inspire.oum.edu.my.

 Format Dokumen Mudah Alih (PDF) dibangunkan oleh Adobe Systems dan
direka bentuk untuk pertukaran dokumen antara komputer dan seluruh
platform komputer sambil mengekalkan integriti fail. Ini bermakna
kandungan dokumen fail tidak akan berubah.

 Acrobat Reader digunakan untuk melihat fail pdf. Ia mempunyai alat


untuk pengendalian fail, navigasi, melihat paparan dan alat asas untuk
mewujudkan pilihan.

 Konteks pembelajaran maya OUM dikenali sebagai myINSPIRE dan ia


disesuaikan daripada Sistem Pengurusan Pembelajaran sumber terbuka yang
terkenal, iaitu Moodle.

 MyINSPIRE ialah platform e-pembelajaran yang berasaskan web untuk


mewujudkan persekitaran pembelajaran di OUM. Platform ini membantu
OUM untuk mengurus, menyampaikan kandungan kursus dan mengesan
perbincangan dalam talian antara pelajar dan tutor. Ia juga bersepadu
dengan portal OUM; apabila anda log masuk ke laman web OUM, anda
dapat mengakses myINSPIRE.

 Tambahan pula, myINSPIRE telah direka bentuk untuk diakses secara intuitif
ă ia dapat diakses dengan sedikit atau tanpa arahan daripada komputer atau
telefon mudah alih.

 Terdapat empat kebaikan myINSPIRE yang dapat meningkatkan kolaborasi


pembelajaran dalam talian peribadi anda. Kebaikan tersebut ialah:

ă Penilaian kendiri;

ă Bahan kursus dan rujukan;

ă Komunikasi dan pembelajaran secara kolaboratif; dan

ă Berkongsi sumber dan maklumat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE)  113

 Komponen utama pembelajaran dalam talian myINSPIRE ialah:

 Bahagian pengumuman kursus;

 Pautan ke sistem tugasan;

 Kuiz;

 Akses ke kandungan lain seperti e-modul;

 Video kuliah;

 FAQ;

 Persidangan video;

 Forum; dan

 Bahagian „Other useful resources‰.

Internet Pembelajaran dalam talian


Komputer peribadi Persekitaran pembelajaran maya
myCourse Portal myOUM
myINSPIRE

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Perpustakaan
3 Digital

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengaplikasikan kemahiran dapatan semula maklumat (IRS 
information retrieval skills) dan kemahiran teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT  information and communication technology);
2. Merumuskan konsep perpustakaan digital Tan Sri Dr Abdullah
Sanusi (TSDAS) dan tiga komponennya;
3. Mengaplikasikan lima langkah jejak maklumat (information trail)
OUM; dan
4. Menggunakan Katalog Capaian Awam dalam Talian (OPAC 
Online Public Access Catalogue), pangkalan data elektronik dan
Internet untuk mencari maklumat secara efisien dan efektif.

 PENGENALAN
Dalam perpustakaan tradisional di mana pengguna menggunakan kad katalog
untuk dapatan semula bahan bacaan, pengumpulan maklumat boleh menjadi
proses yang rumit. Dengan adanya ICT dan pemasangan sistem komputer di
perpustakaan, pengumpulan maklumat telah menjadi lebih kompleks kerana
pengguna kini perlu belajar cara menggunakan sistem dahulu sebelum dapatan
semula maklumat, namun pengenalan ICT juga telah menjadikan prosesnya
lebih efisien. Inilah sebabnya mengapa program mendidik pengguna seperti
modul ini amat penting kerana tidak kira betapa canggih sistem perpustakaan
elektronik atau betapa tinggi nilai koleksi perpustakaan itu, ia tidak dapat
digunakan dengan berkesan jika pelajar tidak tahu cara untuk menggunakannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  115

Apabila pelajar tidak boleh menggunakan perpustakaan dengan optimum,


pembelajaran menjadi tidak efisien kerana ketidakupayaan pelajar mengumpul
maklumat untuk melakukan pelbagai aktiviti pembelajaran mereka.
Memandangkan kualiti pembelajaran bergantung pada kebolehan pelajar
mengumpul dan memproses maklumat untuk menambah pengetahuan,
mempelajari langkah yang terlibat dalam pengumpulan maklumat (dapatan
semula, mengumpul, menilai, memilih, menyusun dan menyepadukan
maklumat) adalah penting.

Untuk membantu anda memahami dan mengaplikasikan langkah ini, kami


memperkenalkan kepada anda jejak maklumat (information trail), iaitu langkah
dalam proses pengumpulan maklumat. Langkah ini boleh digunakan dengan
berkesan dalam perpustakaan OUM yang dikenali sebagai Perpustakaan Digital
Tan Sri Dr Abdullah Sanusi (TSDAS) seperti yang akan diterangkan dalam
subtopik seterusnya.

3.1 DI MANAKAH MAKLUMAT BOLEH


DIPEROLEH?
Adakah anda sedar bahawa maklumat boleh didapati di mana-mana sahaja?
Maklumat boleh didapati secara formal seperti dalam kuliah, tutorial, buku,
surat khabar, ucapan, radio dan TV serta secara tidak formal seperti dalam
perbualan, gosip, nota peribadi dan memo, khabar angin dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, topik ini akan memberi tumpuan kepada jenis maklumat
yang boleh anda gunakan untuk pembelajaran anda  maklumat yang berkaitan
dengan kerja kursus dan tugasan anda.

Ledakan maklumat telah menyebabkan terlalu banyak maklumat yang boleh


diperoleh dalam dunia kini dan ICT telah membolehkan maklumat ini diakses
melalui komputer apabila diperlukan. Maklumat boleh didapati melalui pelbagai
media (contohnya, bahan bercetak, elektronik, CD-ROM, audio-video) dan
format (contohnya, buku, jurnal, novel, laporan penyelidikan, laporan syarikat,
tesis, kertas persidangan, mikroborang [microform], laman web) dan skrip
(contohnya, Rom, Arab, Cina, Tamil) ă daripada sekadar pandangan individu
hinggalah ke fakta tepat daripada kajian ilmiah yang teliti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

Ledakan besar maklumat ini menyukarkan anda untuk mengesan dan mencari
kembali maklumat yang telah anda baca melainkan jika ia diatur dengan baik
menggunakan sistem yang membenarkan capaian mudah dan sistematik. Oleh
sebab yang sama, walaupun maklumat boleh didapati di mana-mana, tempat
yang paling mudah untuk mengumpul maklumat bagi pembelajaran adalah di
perpustakaan.

Di OUM, kami mempunyai perpustakaan digital yang dilengkapi dengan


beberapa sumber maklumat yang terbaik. Perpustakaan Digital Tan Sri Dr
Abdullah Sanusi menjadi tempat yang terbaik untuk mengumpul maklumat
kerana ia bukan sahaja menyediakan pautan kepada perpustakaan lain di
Malaysia dan pada bahagian lain di dunia, ia juga menyediakan pelbagai bahan
yang berkaitan dengan kursus anda.

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, oleh sebab ia perpustakaan digital,
anda boleh mengakses koleksi perpustakaan dan sistem tanpa menjejakkan kaki
ke perpustakaan itu. Dengan menggunakan perpustakaan digital, ia mempunyai
kelebihan, terutamanya kepada anda sebagai pelajar OUM. Dengan
menggunakan Perpustakaan Digital OUM, anda akan dapat membangunkan dan
meningkatkan dua kemahiran asas seperti yang diterangkan dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Dua Kemahiran Asas Pelajar

Kemahiran Dapatan Semula Maklumat Kemahiran ICT untuk Dapatan Semula


(IRS ă Information Retrieval Skills) Maklumat
(i) Mencari dan mendapatkan Untuk mengakses koleksi elektronik
maklumat yang berkaitan; dan Perpustakaan Digital TSDAS serta
(ii) Menilai dan memilih maklumat. Internet, anda harus mempunyai
beberapa kemahiran asas ICT.
Penggunaan pangkalan data berikut
secara kerap akan membantu anda
memupuk kemahiran ini dan
melengkapkan anda dengan kemahiran
„belajar cara belajar‰ (learning to learn)
sepanjang hayat anda:
(i) Katalog Capaian Awam dalam
Talian (OPAC  Online Public
Access Catalogue);
(ii) Pangkalan data elektronik (e-buku
dan e-jurnal); dan
(iii) Laman web Internet.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  117

3.2 MENGGUNAKAN PERPUSTAKAAN


DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI
(TSDAS) UNTUK MENGUMPUL
MAKLUMAT
Perpustakaan digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi (TSDAS) OUM bertujuan
menyokong proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan koleksi buku
fizikal dan pangkalan data dalam talian yang merangkumi e-buku dan e-jurnal.
Anda akan didedahkan dengan komponen perpustakaan TSDAS dalam subtopik
ini.

3.2.1 Apakah Perpustakaan Digital?


Apakah yang disediakan oleh perpustakaan digital? Perpustakaan digital
menyediakan set kandungan dan perkhidmatan digital yang boleh diakses
melalui sistem rangkaian elektronik. Buat masa ini, agak sukar untuk mencari
perpustakaan di Malaysia yang benar-benar digital kerana kebanyakannya
mempunyai koleksi bercetak yang amat berharga untuk dibuang ataupun terlalu
mahal untuk dijadikan dalam bentuk digital tetapi Perpustakaan Digital TSDAS
menyediakan pilihan buku elektronik yang komprehensif. Ini kerana
perpustakaan digital ini tidak bermula sebagai perpustakaan bercetak dan
kemudiannya diubah menjadi perpustakaan digital. Perpustakaan digital TSDAS
memang dibina dengan tujuan sebagai perpustakaan digital walaupun ia turut
mempunyai sedikit koleksi bahan bercetak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

3.2.2 Komponen Perpustakaan Digital


Apakah komponen perpustakaan digital TSDAS? Perpustakaan Digital TSDAS
terdiri daripada tiga komponen utama seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 3.2.

Jadual 3.2: Tiga Komponen Perpustakaan Digital TSDAS

Perpustakaan Digital TSDAS


Infrastruktur Teknikal Pangkalan Data Maklumat Pendidikan
Pengguna
Perkakasan Perisian Pangkalan Data Pangkalan Data Kursus:
Komersial Dalaman  Kemahiran
Pelayan HP VIRTUA  E-buku: Ebrary,  OPAC belajar untuk
Books247, pelajar jarak
 OUM jauh
SpringerLink i-Repository
Books, InfoSci-  Kemahiran
Books, Taylor &  Contoh kertas maklumat
Francis eBooks peperiksaan asas
yang lepas
 E-jurnal:  Kemahiran
ProQuest, maklumat
EBSCOhost, lanjutan
Emerald,
SpringerLink
Journals,
Perpustakaan
Digital ACM
 E-tesis: ProQuest
Dissertation &
Theses Global
 E-berita:
BERNAMA
Library &
Infolink Service
(BLIS)
 E-akta: LawNet

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  119

3.3 JEJAK MAKLUMAT


Untuk membantu anda membuat tugasan atau kertas penyelidikan anda,
kami menyediakan anda dengan jejak maklumat seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 3.1 yang menyenaraikan langkah yang boleh anda ambil untuk
melaksanakannya.

Rajah 3.1: Jejak maklumat OUM


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
120  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

3.4 PERPUSTAKAAN DIGITAL OUM


Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi berperanan penting
dalam menggalakkan penggunaan persekitaran digital bertaraf dunia untuk
pembelajaran jarak jauh. Sebagai pembekal maklumat, perpustakaan digital ini
diwujudkan untuk menyokong keperluan pengajaran, pembelajaran dan
penyelidikan melalui pembelajaran maya dan meningkatkan kemahiran
maklumat dalam kalangan komuniti pelajar.

Koleksi perpustakaan digital ini terdiri daripada pelbagai sumber bercetak dan
digital. Dari segi fizikal, perpustakaan digital mempunyai lebih daripada 45,000
jilid buku di seluruh sistem perpustakaan. Buku bercetak ini boleh dicari melalui
OPAC.

Selain dari perpustakaan digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi di kampus induk
OUM Kuala Lumpur, terdapat juga pusat sumber lain di pusat pembelajaran
OUM di Lembah Klang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka,
Johor, Perak, Pahang, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah. Pusat sumber ini
menyimpan sejumlah buku teks bercetak dan bahan rujukan mengikut kursus
yang ditawarkan di pusat pembelajaran tersebut.

3.4.1 Jenis Pangkalan Data Digital


Seperti yang dinyatakan tadi, koleksi perpustakaan digital ini terdiri daripada
pelbagai sumber bercetak dan digital. Untuk koleksi digital, perpustakaan
melanggan sejumlah e-buku, e-jurnal, e-berita dan e-tesis. Pangkalan data ini
boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Kebanyakan dokumen
digital ini boleh dimuat turun dan dicetak untuk rujukan dan penyelidikan.

Sehingga kini, perpustakaan digital mempunyai:

(a) Lebih daripada 127,398 judul e-buku dari 11 pangkalan data e-buku;

(b) Lebih daripada 54,265 judul jurnal dari 18 pangkalan data e-jurnal;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  121

(c) Satu pangkalan data tesis yang terdiri daripada kira-kira 2.4 juta judul tesis;

(d) Dua pangkalan data akhbar; dan

(e) Satu pangkalan data undang-undang tempatan.

Pangkalan data yang ada merangkumi semua kursus yang ditawarkan di OUM.

Untuk menggunakan pangkalan data ini, pengguna perlu mengakses portal


perpustakaan melalui portal utama OUM. Pelbagai panduan boleh didapati
dalam portal untuk membimbing pengguna tentang cara menggunakan
pangkalan data ini dan cara mendapatkan maklumat yang berkaitan. Sebagai
sebahagian daripada konsep pembelajaran sepanjang hayat OUM, perpustakaan
digital juga kerap menganjurkan bengkel kemahiran maklumat. Bengkel ini
memperkenalkan pelajar kepada sumber bercetak dan elektronik yang terdapat
di perpustakaan dan cara untuk menggunakannya serta perkhidmatan dan
kemudahan yang disediakan dalam perpustakaan digital. Di samping
membekalkan maklumat, portal ini juga menyediakan kemudahan layan diri
seperti pembaharuan pinjaman dalam talian, tempahan item pinjaman dan
memeriksa item yang sedang dipinjam.

Perpustakaan juga mempunyai e-koleksi yang berfokus kepada bidang subjek


dalam pangkalan data dalam talian seperti Ebrary, SpringerLink, EBSCOhost,
Books247, ProQuest, Emerald Management 200 dan Perpustakaan Digital
ACM.

Selain itu, perpustakaan ini telah membangunkan e-kandungannya sendiri, iaitu


kira-kira 10,000 judul yang terdiri artikel, kertas kerja yang dibentangkan di
persidangan, buku, kertas peperiksaan yang lepas dan juga disertasi dan tesis. Ia
juga mengadakan bengkel kemahiran maklumat dan menggunakan teknologi
Web 2.0 seperti blog dan Facebook untuk menggalakkan pengguna
menggunakan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan dengan berkesan,
termasuklah pelbagai pangkalan data dalam talian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

3.5 CARIAN DI DALAM PERPUSTAKAAN


DIGITAL
Sebagai pelajar OUM, anda perlu mempunyai kemahiran penting dalam mencari
maklumat untuk mendapatkan maklumat dengan cara yang paling berkesan
dan efektif. Ia adalah sebahagian daripada Langkah 3 jejak maklumat dalam
Rajah 3.1. Oleh itu, beberapa subtopik berikut akan memfokuskan tiga
kemahiran penting, iaitu carian OPAC, carian dalam pangkalan data elektronik
dan carian maklumat di Internet. Mari kita mulakan dengan kemahiran
membuat carian di OPAC.

3.5.1 Langkah Carian Maklumat di dalam


Perpustakaan Digital
Apakah yang dimaksudkan dengan OPAC? OPAC atau Katalog Capaian
Awam dalam Talian ialah katalog elektronik atau dalam talian bagi bahan yang
terdapat di perpustakaan. Semua bahan bercetak dan audio-visual yang ada di
perpustakaan digital TSDAS mempunyai rekod dan boleh dicari melalui OPAC.
Mengetahui cara mencari bahan dalam koleksi OPAC adalah penting untuk
mendapatkan bahan ini.

3.5.2 Strategi Carian OPAC


Tahukah anda dengan menggunakan strategi carian dalam OPAC, anda
berupaya mendapatkan rekod bahan di perpustakaan dengan usaha dan masa
yang minimum? Strategi carian ini juga boleh digunakan ketika anda mencari
katalog elektronik perpustakaan lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  123

Proses yang dinyatakan dalam Jadual 3.3 menerangkan perkara yang berlaku
dalam carian OPAC selepas anda log masuk di portal OUM.

Jadual 3.3: Langkah dalam Carian OPAC

Langkah Deskripsi
Langkah 1 Klik ikon „Digital Library‰ di portal myOUM untuk melayari portal
perpustakaan. Klik pada ikon „Search Library‰ pada bar menu
perpustakaan untuk mendapatkan skrin carian OPAC (lihat Rajah 3.2).

Rajah 3.2: Ikon carian untuk menggunakan OPAC

Langkah 2 Pilih OPAC daripada menu tab (lihat Rajah 3.3).

Rajah 3.3: Menu OPAC

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

Langkah 3 Taip istilah carian dalam kotak carian ă Anda boleh memilih sama ada
kata kunci, tajuk bahan, nama pengarang atau subjek. Pilih salah satu.
Seterusnya tekan <ENTER> untuk membuat carian.
Langkah 4 Imbas rekod bibliografi untuk bahan yang berkaitan. Klik atau pilih
item yang anda perlukan.
Langkah 5 Dapatkan nombor panggilan daripada rekod item yang dipaparkan.
Langkah 6 Cari item di rak berdasarkan nombor panggilan.

Anda boleh merujuk Rajah 3.4 yang merumuskan proses pencarian


menggunakan OPAC.

Rajah 3.4: Proses yang terlibat untuk mencari sumber menggunakan OPAC

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  125

Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.4, terdapat empat jenis carian, iaitu
carian pengarang, tajuk, subjek dan kata kunci. Yang berikut ialah langkah untuk
membuat carian menggunakan empat jenis carian itu:

(a) Carian Pengarang


Untuk melakukan carian pengarang, kami akan menunjukkan kepada anda
carian bagi buku tertentu seperti yang berikut:

Bringing new technology to market by Kathleen R. Allen

Pengarang buku tadi ialah Kathleen R. Allen. Ikuti langkah berikut untuk
membuat carian menggunakan nama pengarang:

Langkah 1: Layari portal OUM di www.oum.edu.my. Masukkan nama


pengguna dan kata laluan anda.

Langkah 2: Klik ikon „Digital Library‰ (lihat Rajah 3.5) untuk


mengakses portal perpustakaan digital TSDAS.

Rajah 3.5: Klik ikon „Digital Library‰ pada bar menu untuk membuka portal
perpustakaan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

Langkah 3: Klik ikon „Search Library‰ (lihat Rajah 3.6).

Rajah 3.6: Klik ikon „Search Library‰

Langkah 4: Pilih bar menu „OPAC‰ untuk mencari mana-mana


sumber di dalam perpustakaan (lihat Rajah 3.7).

Rajah 3.7: Klik bar menu „OPAC‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  127

Langkah 5: Taip nama pengarang mengikut turutan pengarang. Oleh


sebab Kathleen R. Allen ialah nama Barat, carian dilakukan
dengan menggunakan nama keluarga ă Allen, diikuti
dengan Kathleen. Pilih „Author‰ daripada senarai ‰Search
Term Limiter‰ (lihat Rajah 3.8).

Rajah 3.8: Taip nama keluarga „Allen‰, diikuti dengan „Kathleen‰ seterusnya pilih
„Author‰ daripada „Search Term Limiter‰

Langkah 6: Klik butang „Find‰ untuk melaksanakan carian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

Langkah 7: Skrin hasil carian akan muncul seperti dipaparkan dalam


Rajah 3.9.

Rajah 3.9: Apabila item ditemui, dapatkan nombor panggilan untuk mengesan lokasi
buku bercetak di rak

Langkah 8: Imbas rekod bibliografi bagi item yang diperlukan.


Rekod bibliografi mengandungi maklumat yang berkaitan
buku seperti pengarang, tajuk, penerbitan dan nombor
panggilan.

Langkah 9: Untuk latihan ini, perkara yang diperlukan ialah rekod


nombor 1. Untuk mendapatkan buku itu, dapatkan
nombor panggilan ă HF5415 All (lihat Rajah 3.9).

Langkah 10: Gunakan nombor panggilan untuk mengesan lokasi buku


di rak perpustakaan, seterusnya pinjam buku tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  129

(b) Carian Tajuk


Carian tajuk ialah carian menggunakan tajuk item. Mari kita ambil tajuk
berikut sebagai contoh untuk melakukan carian tajuk:

The ASTD e-learning Handbook

Sekarang, mari kita ikuti langkah berikut untuk carian menggunakan tajuk:

Langkah 1: Pada portal perpustakaan, klik ikon „Search Library‰,


seterusnya klik pada bar menu „OPAC‰.

Langkah 2: Taip tajuk item „ASTD e-learning handbook‰ (tidak


termasuk perkataan „the‰). Taipkan sebanyak mungkin
permulaan tajuk yang mungkin. Untuk tajuk yang lebih
panjang, taip sebanyak lima hingga enam perkataan
daripada tajuk itu. Kemudian, pilih „Title‰ daripada

„Search Term Limiter‰ (lihat Rajah 3.10).

Rajah 3.10: Taip tajuk item dengan tepat dan pilih „Title‰ daripada „Search Term
Limiter‰

Langkah 3: Klik butang „Find‰ untuk membuat carian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

Langkah 4: Skrin hasil carian akan muncul seperti dipaparkan dalam


Rajah 3.11.

Rajah 3.11: Rekod penuh item bibliografi bertajuk The ASTD e-Learning Handbook oleh
Allison Rossett

Langkah 5: Semak butiran item dan catatkan nombor panggilan ă


HF5549.5 T7Ros (lihat Rajah 3.11).

Langkah 6: Cari item di rak di dalam perpustakaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  131

(c) Carian Subjek


Dalam carian subjek, anda perlu memfokus kepada tajuk utama seperti
perakaunan, matematik, kejuruteraan awam dan sistem maklumat.
Contohnya, mari kita membuat carian subjek „Internet marketing‰.
Langkah untuk mencari subjek ini adalah seperti yang berikut:

Langkah 1: Pada portal perpustakaan, klik ikon „Search Library‰.


Seterusnya pilih menu „OPAC‰.

Langkah 2: Taip subjek „Internet marketing‰ dalam kotak „Search


Term‰. Seterusnya pilih „Subject‰ daripada menu „Item
Type Limiter‰.

Langkah 3: Klik butang „Find‰ untuk melaksanakan carian (lihat


Rajah 3.12).

Rajah 3.12: Taip subjek yang diperlukan dalam kotak „Search Terms‰, pilih „Subject‰
dari „Search Term Limiter‰ dan kemudian klik butang „Find‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

Langkah 4: Skrin hasil carian akan muncul seperti dipaparkan dalam


Rajah 3.13.

Rajah 3.13: Rekod penuh bibliografi untuk item „Internet marketing‰

Langkah 5: Imbas rekod bibliografi bagi item yang berkaitan.

Langkah 6: Semak butiran item dan catatkan maklumat bibliografi.

Langkah 7: Dapatkan nombor panggilan bagi item yang dipilih dan


carinya di rak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  133

(d) Carian Kata Kunci


Akhir sekali, mari kita lihat carian kata kunci. Jika anda tidak boleh
membuat carian menggunakan pengarang, tajuk atau tajuk subjek, anda
boleh menggunakan „keyword search‰. Keyword search membolehkan
anda bebas menggunakan istilah yang anda biasa gunakan tanpa peraturan
perbendaharaan kata. Melalui menggunakan carian kata kunci, sebarang
perkataan yang anda taip akan dipadankan dengan perkataan yang sama
ditemui dalam kenyataan pengarang, tajuk dan tajuk subjek.

Namun, carian kata kunci bergantung pada strategi carian anda kerana jika
istilah yang anda gunakan terlalu luas atau umum seperti „marketing‰,
anda mungkin memperoleh beribu-ribu judul. Untuk memastikan anda
mendapatkan rekod yang lebih khusus mengenai „Web marketing‰, anda
perlu mengehadkan istilah carian anda untuk mendapatkan kata kunci
tertentu seperti „electronic commerce‰, „marketing strategies‰ atau „Web
marketing‰. Sebaliknya, jika istilah carian anda terlalu spesifik, anda
mungkin memperoleh rekod nombor yang sedikit.

Anda dapat meningkatkan kemahiran carian kata kunci dengan latihan


berterusan. Pepatah „alah bisa tegal biasa‰ (practice makes perfect)
sememangnya sesuai untuk menggambarkan carian kata kunci. Mari kita
lihat langkah untuk carian kata kunci:

Langkah 1: Pada portal perpustakaan, klik ikon „Search Library‰ untuk


membuka skrin carian. Pilih „OPAC‰ pada menu tab.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

Langkah 2: Taip subjek „Web marketing‰ dalam kotak „Search Term‰.


Pilih „Keyword Search‰ daripada senarai „Search Type‰
(lihat Rajah 3.14).

Rajah 3.14: Taip kata kunci yang diperlukan dalam kotak „Search Terms‰, pilih
„Keyword Search‰ daripada menu „Search Term Limiter‰

Langkah 3: Klik butang „Find‰ untuk membuat carian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  135

Langkah 4: Skrin hasil carian akan muncul seperti dalam Rajah 3.15.

Rajah 3.15: Rekod penuh bibliografi item „Web marketing‰

Langkah 5: Imbas rekod bibliografi bagi item yang berkaitan.

Langkah 6: Semak butiran item dan catatkan maklumat bibliografi.

Langkah 7: Dapatkan nombor panggilan item yang dipilih dan cari di


rak.

Anda boleh juga merujuk kepada panduan carian di portal perpustakaan untuk
mempelajari langkah demi langkah secara terperinci berkenaan panduan OPAC.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

3.6 CARIAN UNTUK BUKU BERASASKAN


CETAKAN
Buku berasaskan cetakan ialah buku dalam format bercetak. Ia merupakan buku
yang kita perlu semak dan pinjam secara fizikal untuk membaca kandungannya.
Apakah langkah untuk mendapatkan buku bercetak ini? Mari kita ikuti langkah
berikut:

Langkah 1: Pada portal perpustakaan, klik ikon „Search Library‰ untuk


membuka skrin carian.

Langkah 2: Klik „OPAC‰ pada menu tab.

Langkah 3: Taip kata kunci seperti „online learning‰ pada kotak „Search
Term‰. Pilih „Printed Book‰ pada „Item Type Limiter‰. Klik
„Find‰ untuk membuat carian (lihat Rajah 3.16).

Rajah 3.16: Taip kata kunci dalam kotak „Search Terms‰, klik „Printed Books‰ pada
„Item Type Limiter‰ dan klik butang „Find‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  137

Langkah 4: Skrin hasil carian akan muncul. Dapatkan nombor panggilan


daripada buku yang dipilih dan carinya di rak (lihat Rajah 3.17).

Rajah 3.17: Senarai buku bercetak berkaitan ‰online learning‰. Dapatkan nombor
panggilan untuk memperoleh buku dari rak

3.7 CARIAN MENGGUNAKAN PANGKALAN


DATA ELEKTRONIK
Apakah yang dimaksudkan dengan pangkalan data elektronik?

Pangkalan data elektronik ialah koleksi maklumat yang tersusun yang boleh
dibuat carian melalui komputer menggunakan sistem rangkaian elektronik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

Setiap item di dalam pangkalan data dikenali sebagai rekod. Terdapat beberapa
jenis pangkalan data dan dua daripadanya yang utama di perpustakaan adalah
seperti yang diterangkan dalam Jadual 3.4.

Jadual 3.4: Dua Pangkalan Data Utama di Perpustakaan Digital TSDAS

Pangkalan Data Bibliografi Pangkalan Data Teks Penuh


 Menyediakan maklumat bibliografi  Menyediakan rekod bibliografi buku,
am untuk bahan yang telah artikel jurnal, laporan, ulasan buku,
dikatalogkan atau diindeks. kertas kerja persidangan dan lain-lain
 Mengandungi petikan berkenaan serta teks penuh item tersebut.
bahan (seperti pengarang, tajuk, tahun  Contohnya, Ebrary, Books247 dan
penerbitan, tarikh penerbitan dan SpringerLink.
penerbit dan ada juga yang mungkin  Pangkalan data lain termasuklah
mengandungi abstrak dan penerangan artikel jurnal, tesis dan surat khabar.
tentang bahan).
 Contohnya, EBSCOhost, Emerald dan
 Contohnya, sistem OPAC. ProQuest.

Subtopik berikut akan menunjukkan kepada anda cara untuk mencari e-buku
dan e-jurnal.

3.7.1 Carian Buku Digital (e-Buku)


Apakah yang dimaksudkan dengan buku digital? Buku digital ialah buku versi
elektronik. Ia lebih dikenali sebagai e-buku dalam format digital dan boleh
diakses dalam talian. Perpustakaan digital TSDAS melanggan beberapa
pangkalan data e-buku seperti Ebrary, Books247, FA Davis, Taylor & Francis,
SpringerLink, InfoSci-Books dan MosbyÊs Nursing Consult. Subtopik berikut
memberikan contoh ringkas penggunaan pangkalan data e-buku. Walau
bagaimanapun, panduan untuk carian terperinci disediakan di dalam portal
perpustakaan untuk rujukan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  139

3.7.2 Carian Menggunakan Ebrary


Kita akan menggunakan Ebrary sebagai contoh untuk menjalankan carian bagi
pangkalan data e-buku teks penuh. Sila ingat bahawa strategi pencarian yang
sama boleh digunakan untuk pangkalan data elektronik lain. Petua utama di sini
ialah carian yang paling mudah merupakan carian kata kunci jika anda
mempunyai maklumat topik. Mari kita ikuti langkah ini untuk membuat carian
menggunakan Ebrary:

Langkah 1: Pada portal perpustakaan, klik pada ikon „Search Database‰ yang
terletak pada lajur kiri (lihat Rajah 3.18).

Rajah 3.18: Klik pada ikon „Search Database‰ untuk mendapatkan senarai pangkalan
data elektronik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

Langkah 2: Senarai pangkalan data elektronik akan dipaparkan (lihat


Rajah 3.19).

Rajah 3.19: Senarai pangkalan data yang akan dipaparkan mengikut turutan abjad

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  141

Langkah 3: Klik pada huruf „E‰ untuk Ebrary dan klik pada „Connect to
Database‰ untuk mengakses pangkalan data (rujuk Rajah 3.20).

Rajah 3.20: Pilih huruf „E‰ untuk pangkalan data Ebrary Electronic Books dan klik pada
„Connect to Database‰ untuk mengakses pangkalan data

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

Langkah 4: Tetingkap (window) baharu akan dibuka, membolehkan anda


mula menggunakan Ebrary (lihat Rajah 3.21).

Rajah 3.21: Halaman utama carian bagi buku elektronik Ebrary

Sekarang kita akan melihat carian pengarang, tajuk, subjek dan kata kunci untuk
Ebrary. Yang berikut ialah contoh buku yang anda perlu membuat carian.

3G Marketing on the Internet: Third Generation Internet Marketing Strategies


for Online Success by Susan Sweeney, Andy MacLellan & Ed Dorey.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  143

(a) Carian Pengarang


Untuk membuat carian pengarang, anda perlu mengikuti langkah berikut
bagi carian buku tertentu:

Langkah 1: Untuk memulakan carian pengarang, klik pada tab „Search‰


dan skrin carian akan dipaparkan (lihat Rajah 3.22).

Rajah 3.22: Skrin „Search‰

Langkah 2: Taip nama pengarang „Sweeney‰ dan pilih „Author‰


daripada kotak ‰Search in‰. Seterusnya klik butang „Search‰
(lihat Rajah 3.23).

Rajah 3.23: Taip nama pengarang „Sweeney‰ dan pilih „Author‰ daripada kotak
„Search in‰, seterusnya klik butang „Search‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

Langkah 3: Pilih buku yang diperlukan berdasarkan padanan rekod


(lihat Rajah 3.24).

Rajah 3.24: Senarai padanan rekod dan klik pada tajuk untuk membuka pilihan buku

Langkah 4: Untuk memaparkan buku, klik „Title‰ atau imej buku.

(b) Carian Tajuk


Sekarang mari kita ambil tajuk tersebut sebagai contoh untuk membuat
carian tajuk. Yang berikut ialah langkah untuk melakukannya:

Langkah 1: Klik pada tab „Search‰ untuk mendapatkan skrin carian.

Langkah 2: Taip sebarang kata kunci untuk tajuk buku. Contohnya,


„Internet marketing‰ dan pilih „Title‰ daripada kotak
„Search in‰ (lihat Rajah 3.25). Seterusnya klik butang
„Search‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  145

Rajah 3.25: Taip mana-mana kata kunci berdasarkan tajuk buku, sebagai contoh,
„Internet marketing‰, pilih „Title‰ daripada kotak „Search in‰ dan klik butang „Search‰

Langkah 3: Pilih buku yang diperlukan dari padanan rekod (keputusan


carian) (lihat Rajah 3.26).

Rajah 3.26: Senarai item yang diperoleh berdasarkan carian „Title‰ untuk ‰Internet
marketing‰

Langkah 4: Untuk memaparkan buku itu, klik pada tajuk atau imej buku.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
146  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

(c) Carian Subjek


Sekarang mari kita lihat langkah carian subjek:

Langkah 1: Klik tab „Search‰ untuk mendapatkan skrin carian.

Langkah 2: Taip subjek item, sebagai contoh, „Internet marketing‰ dan


pilih „Subject‰ daripada kotak „Search in‰ (lihat Rajah 3.27).
Klik butang ‰Search‰.

Rajah 3.27: Taip mana-mana perkataan daripada tajuk buku, sebagai contoh, „Internet
marketing‰, pilih „Subject‰ daripada kotak „Search in‰ dan klik butang „Search‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  147

Langkah 3: Pilih buku yang diperlukan daripada padanan rekod (lihat


Rajah 3.28).

Rajah 3.28: Senarai item di bawah carian „Subject‰ untuk „Internet marketing‰

Langkah 4: Untuk memaparkan buku, klik pada tajuk atau imej buku.

(d) Carian Kata Kunci


Yang berikut ialah langkah untuk carian kata kunci:

Langkah 1: Layari halaman utama Ebrary.

Langkah 2: Taip kata kunci, sebagai contoh, „Internet marketing‰ dan


klik butang „Search‰ (lihat Rajah 3.29).

Rajah 3.29: Taip mana-mana kata kunci pada kotak carian, seterusnya klik butang „Search‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

Langkah 3: Pilih buku yang diperlukan daripada padanan rekod (lihat


Rajah 3.30).

Rajah 3.30: Senarai item berdasarkan carian „Keyword‰ untuk „Internet marketing‰

Langkah 4: Untuk memaparkan buku, klik pada tajuk atau imej buku.

3.7.3 Membaca Buku Elektronik


Membaca buku elektronik adalah berbeza berbanding membaca buku bercetak.
Salah satu cara untuk membaca buku elektronik adalah dengan melihat „Isi
Kandungan‰ dahulu (lihat Rajah 3.31).

Rajah 3.31: Klik butang „Table of Contents‰ untuk melihat isi kandungan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  149

Pada paparan ini, hanya pilih topik yang anda hendak baca (lihat Rajah 3.32).

Rajah 3.32: Klik pada mana-mana bab untuk mendapatkan teks penuh; bab dalam huruf
tebal mengandungi lebih banyak maklumat tentang carian kata kunci

Apabila topik tertentu telah dipilih, anda boleh menggunakan alat pada bar
menu untuk membaca buku itu (lihat Rajah 3.33).

Rajah 3.33: Bab 7 buku yang dipilih daripada „Table of Contents‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

3.8 CARIAN UNTUK E-JURNAL


Sekarang mari kita lihat carian untuk e-jurnal. Jurnal digital atau dikenali sebagai
e-jurnal ialah jurnal yang terdapat dalam format elektronik dan boleh diakses
dalam talian. Terdapat beberapa pangkalan data yang ada di Perpustakaan
Digital TSDAS seperti EBSCOhost, Emerald, ProQuest, dan SpringerLink. Untuk
subtopik ini, penerangan berikutnya akan menunjukkan kepada anda cara
membuat carian e-jurnal menggunakan EBSCOhost.

3.8.1 Carian EBSCOhost


EBSCOhost ialah salah satu pangkalan data jurnal dalam talian yang disediakan
oleh perpustakaan digital TSDAS. Ia meliputi subjek dalam bidang sains sosial,
ekonomi, pengurusan, kewangan dan lain-lain. Strategi carian yang digunakan
dalam Ebrary boleh juga digunakan dalam carian EBSCOhost. Mari kita lihat
contoh carian kata kunci dan tajuk menggunakan EBSCOhost.

(a) Carian Kata Kunci


Sekarang mari kita lihat langkah carian kata kunci:

Langkah 1: Pada portal perpustakaan, klik ikon „Search Database‰


untuk mengakses pangkalan data EBSCOhost (lihat
Rajah 3.34).

Rajah 3.34: Klik ikon „Search Database‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  151

Langkah 2: Taip „EBSCOhost‰ dalam ruangan „Search‰ (lihat


Rajah 3.35).

Rajah 3.35: Taip „ebscohost‰ dalam ruangan carian untuk mengakses pangkalan data
EBSCOhost

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

Langkah 3: Pilih pangkalan data yang berkaitan. Sebagai contoh,


EBSCOhost: Academic Source Complete. Klik pautan
„Connect to Database‰ (lihat Rajah 3.36).

Rajah 3.36: Klik pautan „Connect to Database‰ untuk mengakses pangkalan data tersebut

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  153

Langkah 4: Taip kata kunci „Web marketing‰ dalam kotak carian dan
klik butang „Search‰ (lihat Rajah 3.37).

Rajah 3.37: Taip kata kunci dan pilih jenis carian yang bersesuaian

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

Langkah 5: Untuk memilih jurnal akademik, tandakan „Academic


Journals‰ di bawah „Source Type‰ (lihat Rajah 3.38). Semua
artikel jurnal akademik berkaitan „Web marketing‰ akan
disenaraikan.

Rajah 3.38: Tandakan „Academic Journals‰ untuk mendapatkan senarai jurnal akademik
berkenaan pemasaran web (Web marketing)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKA
AAN DIGITAL  155

Lan
ngkah 6: Pilih
P artikel yaang hendak dibaca
d dengann mengklik „PPDF Full
Text‰
T atau „H HTML Full Text‰
T (lihat Rajah
R 3.39). Klik
K ikon
„Diskette‰
„ untuk meenyimpan arttikel dan paada ikon
„Printer‰
„ untuk menceetak artikel.

Rajah 3.39:
3 Klik „PDF
F Full Text‰ ataau „HTML Fulll Text‰ untuk membuka
m teks penuh
artikel

Lan
ngkah 7: Anda
A mungk
kin perlu meemasang Adobe Acrobatt Reader
untuk
u olehkan anda melihat teks penuh PDF teersebut.
membo

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

(b) Carian Tajuk


Mari kita membuat carian mengenai artikel berikut:

Susan Danby, Catherine Thompson, Maryanne Theobald dan Karen


Thorpe. Children's strategies for making friends when starting school.
Australasian Journal of Early Childhood, 37(2), 63-71, Jun 2012.

Mari kita ikuti langkah berikut:

Langkah 1: Selepas anda mengklik „Connect to Database‰ (lihat Rajah


3.36 tadi), taipkan tajuk artikel „Children's strategies for
making friends when starting school‰, seterusnya klik
„Advanced Search‰ (lihat Rajah 3.40).

Rajah 3.40: Taip tajuk artikel dan klik „Advanced Search‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  157

Langkah 2: Pilih „TI Title‰ pada menu ke bawah (drop-down menu).


Seterusnya klik butang „Search‰ (lihat Rajah 3.41).

Rajah 3.41: Taip tajuk artikel dan pilih ruangan „Title‰

3.9 CARIAN DI INTERNET


Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, mari kita pelajari cara untuk
membuat carian menggunakan Internet. Perlu diingat, apabila mencari
maklumat di Internet, anda memerlukan strategi carian tertentu dengan
menggunakan alat yang berbeza. Subtopik ini akan menerangkan kepada anda
dengan lebih lanjut tentang cara mendapatkan maklumat di Internet. Mari kita
meneruskan pembelajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

3.9.1 Strategi untuk Carian di Internet


Maklumat di Internet tidak seperti di perpustakaan; semua item dikenal pasti
dan dapat diperoleh melalui katalog dan indeks. Sebaliknya di web, ia umpama
perpustakaan; semua buku dibawa keluar dari rak dan dilambakkan di atas
lantai. Terdapat berjuta-juta fail di web kerana sesiapa sahaja boleh
menerbitkannya di Internet. Tiada kawalan atau penapisan terhadap maklumat
yang diterbitkan. Oleh itu, pencarian web adalah mencabar dan anda perlu
menetapkan strategi pencarian

3.9.2 Bagaimanakah Cara untuk Mencari Maklumat di


Internet?
Walaupun maklumat biasanya tidak disusun mengikut cara yang logik secara
indeks berpusat untuk memudahkan carian, ia bukanlah langsung tidak teratur.
Untuk mencari maklumat di web, anda tidak perlu mengambil semua dokumen
yang berkaitan topik yang diperlukan tetapi memilih beberapa dokumen penting
dan relevan sahaja.

Terdapat beberapa alat carian untuk mencari maklumat di Internet. Melakukan


pencarian yang sama menggunakan alat yang berbeza boleh memberikan hasil
yang sangat berlainan. Oleh itu, ia adalah penting untuk anda memahami
perbezaan antara alat carian.

3.9.3 Alat Carian Internet


Mari kita lihat beberapa alat dan perkhidmatan untuk carian Internet bagi tapak
dan sumber seperti yang diterangkan dalam Jadual 3.5.

Jadual 3.5: Alat dan Perkhidmatan untuk Carian Internet

Alat/Perkhidmatan Deskripsi
Enjin carian Membuat carian menggunakan enjin carian tunggal seperti
Google.
Enjin carian meta Membuat carian di pelbagai enjin carian tunggal pada masa
yang sama seperti Mamma atau Dogpile.
Direktori subjek/ Dalam direktori subjek, laman web disusun dalam pelbagai
get laluan kategori dengan setiap kategori mengandungi pautan ke
(gateways) subjek subkategori.
Pangkalan data Selain daripada pangkalan data yang dilanggan, terdapat juga
pangkalan data percuma untuk mendapatkan bahan rujukan
mengenai topik tertentu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  159

Dalam bahagian yang berikut, anda akan diperkenalkan kepada cara untuk
membuat carian bagi direktori subjek dan melalui enjin carian. Alat carian ini
sengaja kami pilih kerana ia lebih relevan kepada anda sebagai pelajar universiti
disebabkan sifat akademik dan kandungannya yang komprehensif. Sekarang
mari kita lihat dua cara untuk membuat carian di Internet.

(a) Carian dengan Direktori Subjek


Yang berikut ialah langkah membuat carian menggunakan direktori subjek:

Langkah 1: Layari laman (homepage) WWW Virtual Library dengan


menaip http://vlib.org dalam kotak alamat di Internet
Explorer. Laman tersebut akan muncul seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 3.42.

Rajah 3.42: Laman WWW Virtual Library

Langkah 2: Pilih subjek yang bersesuaian dengan keperluan anda.


Sebagai contoh, pilih „Business and Economics‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

Langkah 3: Pilih „Economics‰ (lihat Rajah 3.43).

Rajah 3.43: Topik dan subtopik subjek

Langkah 4: Pautan akan menyenaraikan beberapa pautan sumber


berkenaan Economics (Ekonomi) (lihat Rajah 3.44).

Rajah 3.44: Senarai pautan beberapa sumber untuk „Economics‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  161

Langkah 5: Pilih salah satu sumber. Sebagai contoh, Resources for


Economics on the Internet (lihat Rajah 3.44). Pautan ini akan
membuka jurnal artikel seperti dalam Rajah 3.45.

Rajah 3.45: Salah satu sumber yang wujud tentang „Economics‰ melalui halaman WWW
Virtual Library

(b) Carian melalui Enjin Carian


Yang berikut adalah langkah untuk membuat carian menggunakan enjin
carian:

Langkah 1: Pilih enjin carian seperti Google di www.google.com.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

Langkah 2: Taip „web marketing + advantages‰ (lihat Rajah 3.46).

Rajah 3.46: Pencarian menggunakan enjin carian

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  163

Langkah 3: Pilih satu laman web daripada senarai keputusan (lihat


Rajah 3.47).

Rajah 3.47: Senarai laman web tentang „advantages of web marketing‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

Langkah 4: Pilih dan klik pautan laman web yang dipilih (lihat
Rajah 3.48).

Rajah 3.48: Salah satu laman web yang berkaitan dengan „advantages of web marketing‰
Sumber: www.eulor.com

3.9.4 Tapak (Sites) Alat Carian Internet


Mari kita lihat Jadual 3.6 yang menyenaraikan beberapa laman web yang
mempunyai alat carian yang berbeza yang boleh anda gunakan apabila anda
perlu melakukan beberapa jenis carian. Ingat, pilih dan guna alat carian yang
betul kerana ia akan memberikan anda keputusan yang relevan dengan masa
dan usaha yang minimum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  165

Jadual 3.6: Contoh Alat Carian yang Berbeza

Alat Carian Laman Web


Enjin carian Ć Google : http://www.goggle.com
Ć Yahoo : http://www.yahoo.com
Ć Ask : http://www.ask.com
Enjin carian meta Ć Ixquick Metasearch : http://www.ixquick.com
Ć Surfwax : http://lookahead.surfwax.com
Ć Dogpile : http://www.dogpile.com
Ć Mamma : http://www.mamma.com
Direktori subjek Ć Academic Info : http://www.academicinfo.net
Ć WWW Virtual Library : http://vlib.org
Ć Digital Librarian : http://www.digital-librarian.com
Ć Open Directory Project : http://www.dmoz.org
Pangkalan data Ć Findlaw : http://www.findlaw.com

 Kemunculan ICT dan pemasangan sistem komputer di perpustakaan telah


membuatkan proses mengumpul maklumat menjadi lebih kompleks kerana
pengguna kini perlu belajar cara menggunakan sistem terlebih dahulu.

 Walau bagaimanapun, pengenalan ICT juga telah menjadikan proses ini lebih
efisien.

 Ia penting untuk kita ketahui bahawa tidak kira betapa canggihnya sistem
perpustakaan elektronik atau betapa berharganya koleksi perpustakaan
tersebut, perpustakaan tidak akan dapat digunakan dengan efisien sekiranya
pelajar tidak tahu cara menggunakannya.

 Apabila menggunakan perpustakaan digital OUM, anda dapat


membangunkan dan meningkatkan dua kemahiran asas, iaitu:

ă Kemahiran dapatan semula maklumat (IRS); dan

ă Kemahiran ICT untuk dapatan semula maklumat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL

 Kemahiran ini boleh dipraktikkan secara efektif di dalam perpustakaan OUM


yang dikenali sebagai Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi
(TSDAS). Ia perpustakaan digital yang menyediakan set kandungan dan
perkhidmatan digital yang boleh diakses melalui sistem rangkaian
elektronik.

 Perpustakaan Digital TSDAS terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu:

 Infrastruktur teknikal;

 Pangkalan data maklumat; dan

 Pendidikan pengguna.

 Terdapat lima langkah dalam jejak maklumat OUM, iaitu:

 Mengenal pasti topik tugasan;

 Mencari maklumat;

 Strategi carian;

 Penilaian dan pemilihan; dan

 Pembentangan.

 OPAC atau Katalog Capaian Awam dalam Talian ialah katalog elektronik
atau dalam talian untuk bahan yang wujud di dalam perpustakaan. Semua
bahan bercetak dan bahan audio-visual dalam perpustakaan digital TSDAS
direkodkan dan carian dapat dibuat menggunakan OPAC.

 Perpustakaan digital TSDAS juga mempunyai e-koleksi yang memfokuskan


kepada bidang subjek khusus dalam pangkalan data dalam talian seperti e-
buku Ebrary, SpringerLink, EBSCOhost, Books247, ProQuest Education,
Emerald Management Plus, IGI E-books dan Perpustakaan Digital ACM.

 Dalam mencari maklumat di web, anda tidak perlu mengambil semua


dokumen yang berkaitan mengikut topik yang dicari, tetapi harus memilih
beberapa dokumen penting dan bersesuaian menggunakan alat carian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL  167

Jejak maklumat Kemahiran ICT untuk perolehan


maklumat
Katalog Capaian Awam dalam Talian
(OPAC  Online Public Access Pangkalan data maklumat
Catalogue)
Perpustakaan digital
Kemahiran dapatan semula maklumat
(IRS  information retrieval skills)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kriteria
4 Penilaian
Maklumat
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti lima kriteria untuk menilai maklumat;
2. Menerangkan kepentingan kewibawaan, ketepatan dan
kebolehpercayaan;
3. Menghuraikan konsep keobjektifan, kesemasaan dan skop; dan
4. Memilih maklumat menggunakan lima kriteria penilaian ini.

 PENGENALAN
Sedarkah anda bahawa bukan semua maklumat daripada buku, artikel jurnal,
kertas persidangan atau laman web relevan, atau sesuai untuk tugasan anda
dan kerja kursus lain? Oleh itu, anda perlu menilai maklumat yang diperoleh
daripada carian anda dan pilih mana yang anda fikirkan penting untuk tugasan
dan bahan bacaan seterusnya.

Waktu ideal untuk menilai bahan yang diperoleh ialah ketika membacanya,
berpandukan kriteria yang telah anda tetapkan sendiri sambil mengambil kira
topiknya. Skop, lingkungan dan perincian pembentangan anda akan bergantung
pada penilaian dan kriteria pemilihan yang telah anda tetapkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KRITERIA PENILAIAN MAKLUMAT  169

Terdapat lima kriteria penilaian dan pemilihan yang boleh anda gunakan untuk
menilai dan memilih maklumat yang telah anda kumpulkan. Lima kriteria
tersebut ialah kewibawaan (authority), keobjektifan (objectivity), ketepatan
(accuracy) dan kebolehpercayaan (reliability), kesemasaan (currency) dan skop
(scope). Kesemuanya merupakan fokus bagi topik keempat ini. Diharapkan pada
akhir topik ini, anda dapat menggunakannya dalam menyiapkan tugasan anda
dan kerja kursus lain.

4.1 KEWIBAWAAN
Pertama, apakah yang dimaksudkan dengan kewibawaan? Sekiranya berkenaan
carian maklumat untuk tugasan anda dan kerja kursus lain, kewibawaan
membawa maksud penguasaan dalam perlaksanaan atau persembahan seperti
hasil seni atau sastera atau muzik (WordReference.com, 2016). Dalam menilai
maklumat bertujuan akademik, disarankan kita menggunakan maklumat
daripada pakar yang mempunyai latar belakang profesional.

Oleh itu, tanya diri anda jika pengarang (peribadi atau korporat) mempunyai
kewibawaan ke atas subjek yang ditulisnya. Yang terbaik adalah dengan melihat
kewibawaan pengarang pada muka surat belakang atau pada jaket buku itu.
Untuk bahan daripada Internet, hak karangan (authorship) haruslah dijadikan
kriteria utama dalam pemilihan bahan. Yang berikut ialah beberapa cadangan
tentang apa yang perlu anda lakukan bagi yang melibatkan bahan Internet:

(a) Periksa siapa yang meletakkan maklumat tersebut di web. Cari nama
pengarangnya. Adakah terdapat maklumat tentang latar belakang
profesionalnya?

(b) Periksa pautan daripada dokumen lain untuk mengesahkan kelayakan dan
kewibawaan pengarang ke atas topik tersebut.

(c) Semak URL tersebut untuk melihat pihak yang bertanggungjawab sama
ada ia direktori laman web peribadi atau laman web rasmi organisasi.

Untuk pengarang korporat, tanya diri anda sama ada syarikat itu mempunyai
hak secara langsung untuk menyiarkan kandungan tersebut. Jadilah penilai yang
baik dan belajar cara membezakan antara maklumat berwibawa dengan
maklumat komersial.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 4 KRITERIA PENILAIAN MAKLUMAT

Mari kita lihat satu contoh kewibawaan bagi pengarang sebuah buku yang
bertajuk Net Market. Maklumat yang dipaparkan telah diimbas daripada jaket
buku tersebut. Untuk memeriksa kewibawaan penulis, kami sediakan panduan
untuk anda dalam bentuk soalan. Sambil anda membaca soalan itu, jangan lupa
untuk merujuk Rajah 4.1 bagi mendapatkan jawapannya.

Rajah 4.1: Maklumat penulis buku Net Market


Antara soalan yang penting untuk ditanya ketika anda menilai buku bercetak ini
ialah:

(a) Adakah Tom Dagenais salah seorang penulis utama dalam bidang
pemasaran rangkaian?

(b) Apakah latar belakang profesional beliau? Adakah ia mencukupi untuk


memperakui kewibawaan beliau?

(c) Adakah beliau telah menulis beberapa buku atau artikel dalam jurnal?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KRITERIA PENILAIAN MAKLUMAT  171

AKTIVITI 4.1

Taipkan „tentang Malaysia‰ ke dalam enjin carian Internet.


Berdasarkan hasil carian oleh enjin carian:

(a) Pilih tiga laman web dan bacanya sepintas lalu.

(b) Kenal pasti satu laman web yang mempunyai kewibawaan yang
tertinggi.

(c) Senaraikan semua kriteria yang telah anda gunakan untuk


menyokong jawapan kepada Soalan (b).

4.2 KETEPATAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN


Apakah yang boleh kita katakan untuk menghuraikan ketepatan dan
kebolehpercayaan? Ketepatan merujuk kepada kejituan, ketelitian dan
kebenaran. Manakala kebolehpercayaan merujuk kepada kepercayaan dan
kebergantungan. Oleh itu dalam menilai maklumat, anda perlu tanya diri anda
adakah maklumat itu adalah tepat dan daripada sumber yang boleh dipercayai.
Adakah terdapat maklumat sokongan yang cukup dalam bentuk statistik,
laporan, nota kaki dan lain-lain? Adakah terdapat hujah berserta fakta dan rajah
yang dipetik dalam teks yang dapat disahkan daripada sumber lain?

Ia mungkin benar malah jam yang sudah „mati‰ pun akan betul sebanyak dua
kali sehari dan kadangkala apa yang „salah‰ bagi seseorang boleh menjadi
„betul‰ kepada orang lain tetapi dari segi ketepatan dan kebolehpercayaan
dalam penulisan akademik, tiada komprominya. Oleh itu, setiap fakta haruslah
disahkan tepat dan boleh dipercayainya.

Untuk sumber daripada Internet, tanya diri anda soalan berikut untuk
mengesahkan fakta:

(a) Bolehkah maklumat disahkan dengan menggunakan bahan bercetak atau


sumber lain?

(b) Adakah pengumpulan data dan penjelasan tentang kaedah penyelidikan


dimasukkan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 4 KRITERIA PENILAIAN MAKLUMAT

(c) Adakah kaedah tersebut sesuai?

(d) Siapakah penerbitnya?

(e) Apakah jenis domainnya?

(f) Adakah ia datang daripada pendidikan (.edu), komersil (.com), kerajaan


(.gov) atau badan bukan berasaskan keuntungan (.org)?

Mari kita guna soalan tadi dalam membandingkan dua laman web, iaitu A (lihat
Rajah 4.2) dan B (lihat Rajah 4.3), dan lihat apa yang membuatkan laman web A
lebih tepat dan boleh dipercayai.

Rajah 4.2: Laman web A


Sumber: Jabatan Statistik Malaysia (2015)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KRITERIA PENILAIAN MAKLUMAT  173

Rajah 4.3: Laman web B


Sumber: World Population Review (2016)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 4 KRITERIA PENILAIAN MAKLUMAT

Apakah yang anda boleh katakan mengenai maklumat dalam Rajah 4.2 dan
Rajah 4.3 tadi? Mari kita lihat jawapannya dalam Jadual 4.1.

Jadual 4.1: Perbandingan antara Laman Web A dan Laman Web B

Kriteria Laman Web A: Jabatan Statistik Laman Web B: World


Malaysia Population Review
https://newss.statistics.gov. http://worldpopulationreview.
my com/
countries/malaysia-population
Ketepatan Tepat Tidak Tepat
Populasi Malaysia dianggarkan Populasi Malaysia pada 2015
30.99 juta seperti dalam ialah 30.33 juta seperti yang
bancian 2015 yang diberikan di dinyatakan dalam laman web
laman web Jabatan Statistik World Population Review.
Malaysia, Malaysia (portal
kerajaan).
Kebolehpercayaan Boleh dipercayai Tidak Boleh Dipercayai
Maklumat adalah berdasarkan Maklumat ini adalah
Anggaran Populasi Semasa, berdasarkan anggaran
Malaysia, 2015, satu laporan demografi antarabangsa dan
tahunan yang melaporkan jangkaan oleh Bangsa Bersatu.
anggaran populasi di Malaysia
dan menyatakan tempoh untuk
tahun 2010 hingga 2015.
Anggaran populasi diberikan
berdasarkan Bancian
Perumahan dan Populasi 2010
yang mengambil kira
kelahiran, kematian dan
komponen migrasi.

4.3 KEOBJEKTIFAN
Dalam penulisan akademik, keobjektifan bermakna membentangkan maklumat
berdasarkan fakta. Dengan kata lain, ia tidak seharusnya menjadi bahan
propaganda ataupun berat sebelah dalam hal politik, agama, jantina, bangsa,
negara atau falsafah peribadi. Anda perlu bertanya soalan ini kepada diri sendiri
ă Adakah terdapat berat sebelah dalam penulisan tersebut?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KRITERIA PENILAIAN MAKLUMAT  175

Ingat, dalam tugasan anda, anda sendirilah yang mempersembahkan fakta,


bukannya penulis buku tersebut. Tugasan anda bermakna fakta anda, idea anda
dan hujah anda yang dibentangkan, jadi pastikan bahawa ia disokong dengan
maklumat yang objektif dan boleh dipercayai, bukan hanya pengulangan
propaganda daripada orang lain. Salah satu cara untuk anda mengetahui sama
ada penulisan tersebut propaganda komersil atau tidak adalah dengan menyoal
soalan ini ă Adakah artikel itu ditulis untuk mempromosikan atau menjual
produk? Mari kita buat Aktiviti 4.2 untuk lebih memahami tentang keobjektifan.

AKTIVITI 4.2
Lihat kandungan laman web yang diberikan dan tanya diri anda soalan
berikut:

(a) Adakah maklumat ini cenderung kepada ideologi tertentu?

(b) Adakah ia bahan propaganda?

(c) Adakah maklumat ini bertujuan mempromosikan produk?

Apakah kesimpulan anda?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 4 KRITERIA PENILAIAN MAKLUMAT

4.4 KESEMASAAN
Apakah yang dimaksudkan dengan kesemasaan maklumat?

Kesemasaan maklumat bermaksud sejauh mana maklumat itu terkini dan


sama ada keadaan semasa adalah penting.

Perlu diingat bahawa bukan semua maklumat perlu dalam keadaan terkini.
Terpulang pada anda untuk memilihnya berdasarkan budi bicara anda sendiri.
Apabila mencari maklumat, anda perlu tanya diri anda beberapa soalan seperti:

(a) Mengapakah kita membaca maklumat lama kecuali ia bertujuan


melibatkan sejarah?

(b) Mengapakah kita membaca edisi kedua sedangkan edisi kelima sudah
berada di pasaran?

Perlu diingat bahawa edisi terbaharu akan memastikan maklumat yang


disediakan adalah terkini. Membuat rujukan terhadap edisi terkini merupakan
tanggungjawab akademik yang perlu diberi perhatian serius kerana
perkembangan korpus pengetahuan dalam mana-mana bidang bergantung pada
maklumat terkini. Tahun penerbitan dalam halaman hak cipta buku boleh
digunakan untuk menentukan kesemasaan kandungan. Mari kita lihat satu
contoh kesemasaan dalam Rajah 4.4.

Rajah 4.4: Halaman hak cipta buku oleh Tom Dagenais dan David Gautschi, Net
Marketing: Driving Success in the B2B Networked Economy

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KRITERIA PENILAIAN MAKLUMAT  177

Berdasarkan Rajah 4.4, anda perlu bertanya beberapa soalan berikut untuk
mengesahkan kesemasaan kandungannya:

(a) Bilakah buku itu diterbitkan?

(b) Adakah ia edisi terkini?

(c) Adakah maklumat ini berdasarkan penemuan terkini?


(d) Adakah senarai rujukan mengandungi bahan yang terkini?

Untuk maklumat dari Internet, kesemasaan maklumat penting bagi beberapa


jenis maklumat seperti maklumat statistik. Laman web perlu mempunyai tarikh
yang menunjukkan bilakah maklumat tersebut dicipta dan tarikh ia dipaparkan.
Jika tiada tarikh, jangan anggap ia terkini. Selain itu, anda juga perlu memastikan
organisasi atau orang yang mencipta laman tersebut juga merupakan orang
menjaga tapak (site) itu. Akhir sekali, jika kesemasaan maklumat tidak
diutamakan, maka berilah fokus pada kewibawaannya.

4.5 SKOP
Akhir sekali, mari kita mempelajari skop. Apakah yang dimaksudkan dengan
skop?

Skop merujuk kepada liputan untuk golongan pembaca.

Bagaimanakah kita untuk menentukan skop kandungan yang dibaca? Untuk


menentukan skop kandungan bahan yang sedang anda baca, tanya diri anda
soalan berikut:

(a) Kumpulan sasaran manakah maklumat ini ditulis?

(b) Adakah ia dikhususkan untuk bacaan umum atau bacaan akademik?

(c) Sejauh manakah skopnya komprehensif untuk kumpulan sasaran ini?

(d) Adakah pembaca diharapkan untuk membaca beberapa buah buku hanya
untuk mengumpul maklumat mengenai satu aspek?

Skop perkara yang ditulis adalah penting kerana melainkan maklumat yang
diberi adalah menyeluruh, anda perlu membaca beberapa buah buku hanya
untuk mendapatkan maklumat yang sama. Mari lakukan Aktiviti 9.3 untuk
menggunakan konsep ini dalam skop.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 4 KRITERIA PENILAIAN MAKLUMAT

AKTIVITI 4.3

Kumpulkan beberapa maklumat tentang „serangan jantung/


pencegahan strok‰ melalui Internet. Seterusnya, tanya diri anda soalan
berikut:

(a) Adakah skopnya komprehensif?

(b) Adakah terdapat topik utama dan subtopik? Jika ya, adakah
liputannya mencukupi?

(c) Laman web manakah yang memberikan maklumat paling banyak


tentang perkara ini? Terangkan jawapan anda.

 Terdapat banyak maklumat dalam bentuk media cetak dan elektronik untuk
pelajar OUM. Oleh itu adalah sangat penting untuk anda mempunyai
kebolehan menilai dan menggunakan hanya maklumat yang berkaitan.

 Ada lima kriteria yang digunakan dalam menilai maklumat, iaitu


kewibawaan, ketepatan dan kebolehpercayaan, keobjektifan, kesemasaan,
dan skop.

 Menurut WordReference.com (2016), kewibawaan merujuk kepada


„penguasaan dalam perlaksanaan atau persembahan seperti hasil seni atau
sastera atau muzik‰. Dalam menilai maklumat bertujuan akademik,
disarankan kita menggunakan maklumat daripada pakar yang mempunyai
latar belakang profesional.

 Ketepatan merujuk kepada kejituan, ketelitian dan kebenaran. Untuk


kebolehpercayaan pula, ia merujuk kepada kepercayaan dan
kebergantungan. Oleh itu dalam menilai maklumat, anda perlu tanya diri
anda adakah maklumat itu adalah tepat dan daripada sumber yang boleh
dipercayai.

 Dalam penulisan akademik, keobjektifan bermakna membentangkan


maklumat berdasarkan fakta. Ia tidak seharusnya menjadi bahan propaganda
ataupun berat sebelah dalam hal politik, agama, jantina, bangsa, negara atau
falsafah peribadi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KRITERIA PENILAIAN MAKLUMAT  179

 Kesemasaan maklumat bermaksud sejauh mana maklumat itu terkini dan


sama ada keadaan semasa adalah penting. Perlu diingat bahawa bukan
semua maklumat perlu dalam keadaan terkini. Pemilihannya bergantung
pada budi bicara anda sendiri.

 Ketika membuat tugasan dan membaca maklumat, anda seharusnya boleh


menggunakan kriteria yang relevan dalam menilai sesuatu maklumat
sebelum memilihnya.

Kebolehpercayaan Ketepatan
Keobjektifan Kewibawaan
Kesemasaan Skop

Authority. (2016). Dlm. WordReference.com online language dictionaries.


Dicapai dari http://www.wordreference.com/definition/authority

Jabatan Statistik Malaysia. (2015). Anggaran populasi semasa. Dicapai dari


https://news.statistics.gov.my/newss-portalx/ep/epFreeDownloadContent
Search.seam?cid=4698

World Population Review. (2016). Malaysian population 2016. Dicapai dari


http://worldpopulationreview.com/countries/malaysia-population/

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Menghadapi
5 Tugasan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti langkah menulis tugasan;
2. Menerangkan struktur tugasan;
3. Menggunakan prinsip gaya rujukan APA;
4. Mengenal pasti kesalahan umum yang biasa dijumpai dalam
tugasan; dan
5. Mengamalkan etika dalam menulis tugasan.

 PENGENALAN
Tahukah anda bahawa menulis tugasan ialah sebahagian daripada pembelajaran
kendiri di OUM? Malah, tugasan merupakan salah satu kaedah penilaian yang
penting di OUM kerana ia secara langsung mempengaruhi pendekatan pelajar
untuk belajar. Perkara yang lebih penting ialah menulis tugasan merupakan proses
untuk membuktikan bahawa hasil pembelajaran kursus telah dapat dicapai
apabila anda telah berjaya menyelesaikan kursus ini. Oleh itu, topik ini akan
memfokuskan cara untuk anda menghadapi tugasan. Kami berharap pada akhir
topik ini, anda dapat menghasilkan dan menghantar tugasan yang berkualiti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN  181

5.1 LANGKAH MENULIS TUGASAN


Untuk makluman anda, ujian melalui tugasan ialah salah satu bentuk penilaian
yang paling popular di OUM. Ia biasanya sebahagian daripada kerja kursus dan
penilaian untuk mengukur tahap kefahaman dan juga kemajuan anda.

Perlu diingat bahawa tugasan adalah berbeza daripada esei dari segi
format. Kita menggunakan tajuk dan subtajuk untuk menunjukkan hubungan
atau kesinambungan isu. Selain itu, penulisan tugasan bukanlah hanya
pembentangan fakta semata-mata. Ia lebih kepada latihan akademik yang anda
perlu menyatakan pendirian terhadap isu tertentu, memberi hujah terhadap
sesuatu sebab dan memberi bukti sahih untuk menyokong hujah anda.

Dalam subtopik ini, anda akan dibimbing tentang cara untuk menulis tugasan.
Secara umumnya, terdapat 10 langkah untuk menghasilkan tugasan bertulis
yang baik seperti yang dinyatakan dalam Jadual 5.1.

Jadual 5.1: Sepuluh Langkah untuk Menghasilkan Tugasan Bertulis yang Baik

Langkah Tindakan
1. Memilih topik Pilih salah satu topik yang sesuai dengan anda yang anda
tahu sesuatu mengenainya. Kadangkala pensyarah atau tutor
akan memberikan topik kepada setiap individu.
2. Menganalisis Kenal pasti isu utama dan isu sokongan. Semak apa yang
topik perlu anda lakukan berkenaan topik itu; adakah perlu
menerangkan, memberi komen, menghuraikan, mengesahkan
atau menganalisis? Fahami maksud setiap istilah (rujuk
kamus untuk mendapatkan penjelasan).
3. Mencari Guna langkah jejak maklumat OUM (rujuk Topik 3). Guna
maklumat strategi pencarian yang anda paling mahir dan gunakannya
untuk mengakses: OPAC, pangkalan data e-buku, pangkalan
data e-jurnal dan Internet.
4. Menilai dan Adakah anda mempunyai maklumat yang mencukupi dan
memilih relevan dengan isu utama dan isu sokongan? (Gunakan
kriteria penilaian maklumat dalam Topik 4).
5. Mengambil nota Pastikan nota merangkumi semua aspek yang berkaitan
daripada sesuatu dengan isu utama dan isu sokongan.
sumber

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN

6. Merancang Pastikan rangka terdiri daripada pengenalan, isi kandungan,


rangka kesimpulan dan maklumat iringan dalam bentuk lampiran,
nota kaki dan lain-lain.
7. Mengatur dan Tulis nota untuk setiap bahagian seperti yang berikut:
menggabungkan  Pengenalan;
 Isi kandungan;
 Kesimpulan; dan
 Maklumat iringan.
8. Menulis tugasan Gunakan panduan berikut:
 Bahasa yang digunakan perlulah ringkas dan jelas. Harus
ada kelancaran idea dan hujah.
 Terapkan pemikiran kreatif.
 Berikan maklumat iringan dalam bentuk lampiran dan
rujukan.
9. Menyemak Tanya diri anda soalan berikut untuk semakan kendiri:
tugasan  Adakah saya menangani isu utama dan isu sokongan
secara menyeluruh?
 Adakah kandungannya relevan dan menyeluruh?
 Adakah bukti yang menyokong pandangan, pendapat dan
idea saya mencukupi?
 Adakah hasil kerja ini keseluruhannya masuk akal?
 Adakah bahasanya jelas dan tepat, atau kabur dan taksa?
 Adakah perenggan bersambung dengan baik?
 Adakah petikan dirujuk dengan betul?
 Adakah ilustrasi dilabel dengan baik?
 Adakah terdapat kesalahan ejaan?
 Adakah semua rujukan yang dirujuk dalam tugasan
direkodkan dengan betul?
10. Hantar sebelum Penting untuk anda menyerahkan tugasan sebelum tarikh
tarikh akhir akhir. Ingat, jika ia dihantar selepas tarikh akhir, ia
menunjukkan anda mempunyai kemahiran pengurusan
masa yang lemah. Anda perlu memperuntukkan masa yang
mencukupi untuk menyelesaikan tugasan anda. Elakkan
penangguhan untuk menghasilkan tugasan yang baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN  183

AKTIVITI 5.1
Cari laman web yang dapat mengajar anda tentang cara menjadualkan
masa untuk menyiapkan tugasan. Berdasarkan laman web tersebut,
senaraikan pelan tindakan anda dan tarikh akhir dalam persediaan
menyiapkan tugasan.

5.2 STRUKTUR
Subtopik ini memfokuskan esei yang merupakan jenis tugasan yang paling biasa.
Esei mempunyai bahagian pengenalan, isi kandungan dan penutup. Mari kita
meneruskan pembelajaran dan melihat beberapa petua tentang cara memulakan
esei anda dengan komponen pertama, iaitu pengenalan, diikuti dengan isi
kandungan dan kesimpulan.

5.2.1 Pengenalan
Apabila menulis pengenalan, anda perlu:

(a) Menyatakan skop artikel;

(b) Mengatur rentetan kejadian (scene) atau menjelaskan isu utama; dan

(c) Cara anda akan mengupasnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN

Dengan kata lain, menulis pengenalan sebenarnya meletakkan topik ke dalam


perspektif dan ia berfungsi sebagai pratonton terhadap apa yang anda ingin
katakan. Selain itu, ia harus ringkas, jelas dan tidak melebihi dua perenggan.
Mari kita lihat contoh pengenalan dalam Rajah 5.1.

Rajah 5.1: Contoh bahagian pengenalan

Mari kita menganalisis pengenalan yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1. Jika anda
perhatikan, penulis bermula dengan menghuraikan keperluan dan peranan
perpustakaan dalam perenggan pertama. Dalam perenggan kedua, penulis
meneruskan dengan menjelaskan peranan perpustakaan boleh ditentukan
dengan memahami konsep pendidikan, matlamat dan objektif pendidikan dan
lain-lain. Kemudian, penulis mengaitkan idea ini untuk menunjukkan bagaimana
perpustakaan digital OUM boleh menyokong konsep pendemokrasian
pendidikan tinggi (yang juga matlamat OUM), OUM dan aktiviti terasnya. Oleh
itu, penulis telah berjaya memperkenalkan topik kertas kerja Menyediakan
Peluang Sama Rata dalam Pembelajaran Jarak Jauh: Peranan Perpustakaan
Digital OUM.

5.2.2 Isi Kandungan


Isi kandungan utama harus mengandungi idea anda, pendapat dan fakta ă
dijelaskan dan dihujahkan secara sistematik dan logik yang setiap idea atau isu
atau hujah bersambung dengan lancar antara satu kandungan dengan
kandungan lain. Setiap perenggan hendaklah mengandungi hanya satu perkara
utama atau idea utama sahaja dengan butiran sokongan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN  185

Perenggan haruslah saling berhubungan supaya idea berkesinambungan dalam


seluruh isi kandungan utama. Pastikan bahawa apabila satu isu diterangkan
dalam satu perenggan, ia dihubungkan secara halus dan bersistematik ke
perenggan yang berikutnya sebelum isu lain dibangkitkan. Gunakan sistem
penomboran untuk menunjukkan hubungan atau kaitan antara isu seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 5.2.

Rajah 5.2: Contoh topik berkaitan dalam isi kandungan

Anda juga boleh menggunakan ilustrasi (gambar rajah, gambar dan lain-lain)
dalam isi kandungan jika ia membantu dalam menjelaskan sesuatu isu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN

5.2.3 Kesimpulan
Sentiasalah rujuk kembali kepada topik apabila anda menulis bahagian ini.
Pastikan kesimpulan anda selari dengan pengenalan dan isi kandungan.
Kesimpulan yang baik seharusnya memberikan pembaca rasa lengkap atau
berkesudahan  berakhirnya satu cerita.

Ingat, jangan ulangi apa yang telah anda nyatakan dalam bahagian pengenalan.
Kesimpulan mestilah menunjukkan kemajuan dalam pembangunan topik
daripada pengenalan dan seterusnya ke isi kandungan (lihat Rajah 5.3).

Rajah 5.3: Contoh menyimpulkan topik dalam bahagian kesimpulan

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, kesimpulan tidak sepatutnya


memperkenalkan idea, hujah atau pendapat baharu tetapi harus mewakili
penutupan isu atau idea yang telah dinyatakan dalam kandungan utama.

AKTIVITI 5.2
Berdasarkan pengalaman anda sebelum ini dalam menulis tugasan,
berapa banyakkah draf yang telah anda hasilkan? Adakah anda fikir
perlu untuk mempunyai lebih daripada satu draf? Hantarkan komen
anda dalam ruangan e-forum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN  187

5.3 GAYA PETIKAN (CITATION) APA


Dalam proses menyiapkan tugasan anda, anda perlu mendokumentasikan
segala sumber yang digunakan dalam kerja anda. Terdapat banyak cara untuk
mendokumenkan sumber dalam teks kertas kerja dan pada bahagian rujukan
pada akhir kertas kerja anda. Untuk makluman anda, gaya petikan OUM
adalah berdasarkan format American Psychological Association (APA). Bahagian
berikutnya menerangkan gaya petikan ini dengan lebih lanjut yang perlu anda
gunakan dalam tugasan anda.

5.3.1 Komponen Rujukan


Kenapakah kita perlu membuat rujukan? Tujuan utama rujukan dibuat adalah:

(a) Membolehkan tutor anda membuat susulan rujukan dan mencari sumber
yang dinyatakan;

(b) Membuktikan kepada tutor bahawa anda telah membaca pelbagai


pendapat dengan meluas;

(c) Membolehkan tutor anda memeriksa ketepatan maklumat yang telah anda
berikan;

(d) Rujukan yang baik akan membantu dalam mengelakkan tuduhan plagiat;
dan

(e) Anda akan kehilangan markah jika gagal menyatakan sumber yang
diambil.

Terdapat dua komponen dalam rujukan seperti yang dinyatakan dalam


Jadual 5.2.

Jadual 5.2: Dua Komponen Rujukan

Senarai Rujukan pada Bahagian Akhir


Rujukan dalam Teks
Kerja Anda
Menyatakan bahagian dalam kandungan Senarai semua sumber yang dipetik
kertas kerja anda yang diperoleh dalam teks tugasan anda.
daripada sumber lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN

Sekarang, mari kita lihat Jadual 5.3 yang menggambarkan jenis sumber atau
rujukan dengan gaya rujukan petikan APA.

Jadual 5.3: Jenis Sumber atau Rujukan dengan Gaya Rujukan Petikan APA

BUKU

(i) SEORANG PENGARANG


Petikan dalam Teks
Haig (2001) memeriksa kesan⁄
... mengubah perniagaan secara global (Haig, 2001).
Senarai Rujukan
Nama Pengarang. (Tahun). Tajuk buku (edisi).Tempat penerbitan: Penerbit.
Haig, M. (2001). The B2B e-commerce handbook: How to transform your
business-to-business global marketing strategy. London, England:
Kogan Page.

(ii) DUA PENGARANG


Petikan dalam Teks
Boone dan Kurtz (2001) menerangkan kesannya⁄
...persekitaran dan budaya (Boone & Kurtz, 2001).
Senarai Rujukan
Nama Pengarang pertama, & kedua. (Tahun). Tajuk buku: Subtajuk buku
(edisi). Tempat penerbitan: Penerbit.
Boone, L. E., & Kurtz, D. (2001). Contemporary marketing (10th ed.). Forth
Worth, TX: Harcourt Colleges.

(iii) TIGA HINGGA LIMA PENGARANG


Petikan dalam Teks
Allen, Kania dan Yaeckel (2001) menilai hubungan pemasaran⁄
⁄dikenali sebagai penyesuaian besar-besaran (Allen, Kania & Yaeckel, 2001).
Senarai Rujukan
Nama pengarang pertama, kedua, ketiga, keempat, & kelima. (Tahun). Tajuk
buku: Subtajuk buku (edisi). Tempat penerbitan: Penerbit.
Allen, C., Kania, D., & Yaeckel, B. (2001). One-to-one Web-marketing: Build
a relationship marketing strategy one customer at a time (2nd ed.).
New York, NY: John Wiley.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN  189

(iv) ENAM ATAU TUJUH PENGARANG


Petikan dalam Teks
Harrison et al. (2005) membandingkan dua rekod...
...di bank (Harrison et al., 2005).
Senarai Rujukan
Nama pengarang pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam, &
ketujuh. (Tahun). Tajuk buku: Subtajuk buku (edisi). Tempat penerbitan:
Penerbit.
Harrison, W. T. Jr., Horngren, C. T., Ismail, Z., Chng, C. K., Samad, F., & Mak,
Y. T. (2005). Financial accounting in Singapore and Malaysia. Singapore:
Prentice Hall.

(v) LAPAN ATAU LEBIH PENGARANG


Petikan dalam Teks
Barrett et al. (2012) menyenaraikan semua...
...tajuk halaman (Barrett et al., 2012).
Senarai Rujukan
Enam nama pengarang mesti disertakan diikuti dengan menggunakan titik
elipsis (...) sebelum memetik nama pengarang terakhir.
Nama pengarang pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam, ... nama
pengarang terakhir (Tahun). Tajuk buku: Subtajuk buku (edisi). Tempat
penerbitan: Penerbit.
Barrett, J. M., Smith, V., Wilson, R. T., Haley, V. A., Clarke, P., Palmer, N. B.,
⁄ Fraser, D. (2012). How to cite references in APA style. Christchurch,
New Zealand: University of Canterbury Library.

(vi) BUKU YANG DISUNTING


Petikan dalam Teks
Duncan dan Brooks-Gunn (1997) mengaitkan kemiskinan...
...dan orang miskin (Duncan & Brooks-Gunn, 1997).
Senarai Rujukan
Nama penyunting (Ed). (Tahun). Tajuk buku: Subtajuk buku. Tempat
penerbitan: Penerbit.
Duncan, G. J. & Brooks-Gunn, J. (Eds.). (1997). Consequences of growing up
poor. New York, NY: Russell Sage Foundation.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


190  TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN

(vii) BUKU DENGAN PENGARANG KORPORAT


(a) Pengarang Korporat sebagai Penerbit (Tanpa Singkatan)
Petikan dalam Teks
 American Psychiatric Association (1994) menggariskan psikiatri
mental...
 ...keperluan kesihatan mental (American Psychiatric Association,
1994).
Senarai Rujukan
Nama Pengarang Korporat. (Tahun). Tajuk buku (edisi). Tempat
penerbitan: Pengarang.
American Psychiatric Association. (1994). Diagnostic and statistical
manual of mental disorders (4th ed.). Washington, DC: Pengarang.

(b) Pengarang Korporat (Tanpa Singkatan)


Petikan dalam Teks
 Institute of Financial Education (1982) meramal kewangan...
 ...mengurus dana sendiri (Institute of Financial Education, 1982).
Senarai Rujukan
Nama pengarang korporat. (Tahun). Tajuk buku (edisi). Tempat
penerbitan: Pengarang.
Institute of Financial Education. (1998). Managing personel funds.
Chicago, IL: Midwestern.

(c) Pengarang Korporat (Tanpa Singkatan)


Petikan dalam Teks
 Ministry of Health (MoH) (2012) menyemak semula dasar⁄
 ...dengan pemeriksaan menyeluruh (Ministry of Health [MoH],
2012).
Petikan berikutnya
 MoH (2012) menyatakan...
 ... (MoH, 2012).
Senarai Rujukan
Nama pengarang korporat. (Tahun). Tajuk buku (edisi). Tempat
penerbitan: Penerbit.
Ministry of Health. (2009).Guidelines for resuscitation training in
Ministry of Health Malaysia hospitals and healthcare facilities.
Putrajaya, Malaysia: Penerbit.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN  191

(viii) BAB DALAM BUKU


Petikan dalam Teks
Smith (2006) merangka kaedah pelengkap...
... kaedah konvensional (Smith, 2006).
Senarai Rujukan
Nama pengarang. (Tahun). Tajuk bab: Subtajuk bab. Dlm. nama penyunting,
Tajuk buku: Subtajuk buku (edisi, hlmn. muka surat pertama-muka
akhir bab). Tempat penerbitan: Penerbit.
Smith, M. L. (2006). Multiple methodology in education research. Dlm. J. L.
Green, G. Camilli, & P. B. Elmore (Eds.), Handbook of complementary
methods in education research (hlmn. 457-475). Mahwah, NJ: Lawrence
Erlbaum Associates.

(ix) BUKU ELEKTRONIK


(a) Tanpa Pengecam Objek Digital (DOI  Digital Object Identifier)
Petikan dalam Teks
Miller (2008) menyatakan kerjaya...
...pencinta semula jadi (Miller, 2008).
Senarai Rujukan
Nama pengarang. (Tahun). Tajuk buku. Dicapai dari URL
Miller, L. (2008). Careers for nature lovers & other outdoor types.
Dicapai dari http://www.ebscohost.com
(b) Dengan Pengecam Objek Digital (DOI)
Petikan dalam Teks
Chaffe-Stengel and Stengel (2012) membandingkan hasil kerja...
...mereka meneroka (Chaffe-Stengel & Stengel, 2012).
Senarai Rujukan
Nama pengarang. (Tahun). Tajuk buku. URL/DOI.
Chaffe-Stengel, P., & Stengel, D. (2012). Working with sample
data: Exploration and inference. http://dx.doi.org/10.4128/
9781606492147

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN

DISERTASI KEDOKTORAN DAN TESIS SARJANA YANG TIDAK DITERBITKAN

(i) DISERTASI KEDOKTORAN DAN TESIS SARJANA YANG TIDAK


DITERBITKAN
Petikan dalam Teks
Maddigan (2010) mendapati wanita dalam...
...bagi pengembangan kerjaya (Maddigan, 2010).
Senarai Rujukan
Nama pengarang. (Tahun). Tajuk disertasi kedoktoran/tesis sarjana: Subtajuk
disertasi kedoktoran/tesis sarjana (Disertasi kedoktoran tidak
diterbitkan/Tesis sarjana tidak diterbitkan). Nama universiti, Tempat.
Maddigan, P. (2010). Women and career advancement: A case study in the
Australian Federal Police (Tesis sarjana tidak diterbitkan). Victoria
University, Melbourne, Australia.

(ii) DISERTASI KEDOKTORAN DAN TESIS SARJANA DALAM DISERTASI


PROQUEST DAN PANGKALAN DATA TESIS DIPEROLEH DARI UMI
Petikan dalam Teks
Wehnert (2009) menyimpulkan bahawa TQM...
⁄mengimplementasikan TQM (Wehnert, 2009).
Senarai Rujukan
Nama pengarang. (Tahun). Tajuk disertasi kedoktoran/tesis sarjana: Subtajuk
disertasi kedoktoran/tesis sarjana. (Disertasi kedoktoran/Tesis sarjana).
Tersedia dari Disertasi ProQuest dan Pangkalan Data Tesis. (UMI No.)
Wehnert, U. E. (2009). Implementing TQM cross-culturally: A mediated model
of national culture dimensions, TQM values and organizational
performance. (Disertasi kedoktoran). Tersedia dari Disertasi ProQuest
dan Pangkalan Data Tesis. (UMI No. 3361225).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN  193

ARTIKEL BERKALA (JURNAL, SURAT KHABAR, MAJALAH)

(i) ARTIKEL JURNAL BERCETAK


Petikan dalam Teks
Freeman (2000) menyokong pendapat...
...pasaran Malaysia (Freeman, 2000).
Senarai Rujukan
Nama pengarang. (Tahun). Tajuk artikel dalam jurnal.Tajuk jurnal: Subtajuk
jurnal, jilid (keluaran), muka surat pertama-muka surat terakhir artikel.
Freeman, S. (2000). Industry environment: Influence on performance of small-
medium sized enterprise in Asia-Pacific markets. Asian Academy of
Management Journal, 5(2), 96113.

(ii) ARTIKEL JURNAL SEDANG DICETAK (IN PRESS)*


* Sedang dicetak bermaksud kertas kerja telah diterima oleh jurnal untuk
penerbitan.
Petikan dalam Teks
Gary (sedang dicetak) kepuasan pelanggan...
...mencapai kadar tinggi (Gary, sedang dicetak).
Senarai Rujukan
Gary, J. L. (sedang dicetak). An empirical study on the effects of job
satisfaction on behavioral intentions. Journal of Satisfaction Studies.

(iii) ARTIKEL JURNAL ELEKTRONIK


(a) Pelokasi Sumber Seragam (URL  Uniform Resource Locator)
Petikan dalam Teks
Kenneth (2000) menyiasat isu...
⁄..hak asasi manusia mereka (Kenneth, 2000).
Senarai Rujukan
Nama pengarang. (Tahun). Tajuk artikel dalam jurnal. Tajuk jurnal:
Subtajuk jurnal, jilid (keluaran), muka pertama-muka terakhir
artikel. Dicapai dari URL
Kenneth, I. A. (2000). A Buddhist response to the nature of
human right. Journal of Buddhist Ethics, 8. Dicapai dari
http://www.cac.psu.edu/jbe/twocont.html 

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN

(b) Pangkalan Data


Petikan dalam Teks
Dabney dan Tzeng (2013) mengenal pasti dimensi...
...dimensi kualiti perkhidmatan (Dabney & Tzeng, 2013).
Senarai Rujukan
Nama pengarang. (Tahun). Tajuk artikel dalam jurnal. Tajuk jurnal:
Subtajuk jurnal, jilid (keluaran), muka pertama-muka terakhir
artikel. Dicapai dari Pangkalan Data.
Dabney, B. W., & Tzeng, H. (2013). Service quality and patient-centered
care. MEDSURG Nursing, 22(6), 359-364. Dicapai dari Academic
Search Premier Database.

(c) Pengecam Objek Digital (DOI  Digital Object Identifier)


Petikan dalam Teks
Juárez (2014) menyangkal penemuan...
...analisis penyata kewangan (Juárez, 2014).
Senarai Rujukan
Nama pengarang. (Tahun). Tajuk artikel dalam jurnal. Tajuk jurnal:
Subtajuk jurnal, jilid (keluaran), muka pertama-muka terakhir
artikel. DOI.
Juárez, F. (2014). Review of the principles of complexity in business
administration and application in financial statements. African
Journal of Business Management, 8(2), 4854. DOI:
10.5897/AJBM2013.7274x

(iv) ARTIKEL SURAT KHABAR


Petikan dalam Teks
Romann (2014) mengulas...
...dan kerajaan Singapura (Romann, 2014).
Senarai Rujukan
Nama pengarang (tahun, bulan hari diterbitkan). Tajuk artikel. Tajuk akhbar,
muka pertama- muka terakhir artikel.
Romann, A. (2014, Januari 10). Mixed outlook for Asian currencies. China
Daily, hlmn. 11.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN  195

(v) TAJUK SURAT KHABAR (MUKA SURAT DIHENTIKAN)


Petikan dalam Teks
Schwartz (1993) menulis tentang...
...dan masalah sosial (Schwartz, 1993).
Senarai Rujukan
Nama pengarang (tahun, bulan hari diterbitkan). Tajuk artikel. Tajuk akhbar,
muka surat pertama, muka surat berikutnya dalam artikel.
Schwartz, J. (1993, September 13). Obesity affects economic, social status. The
Washington Post, hlmn. A1, A4.

KERTAS KERJA PERSIDANGAN

(i) KERTAS KERJA PERSIDANGAN (BERCETAK)


Petikan dalam Teks
Prayag dan Ramjee (2009) mengaitkan kajian...
...dalam pengeluaran ternakan (Prayag & Ramjee, 2009).
Senarai Rujukan
Nama pengarang. (Tahun). Tajuk kertas kerja persidangan. Dlm. nama
penyunting (Ed.), Tajuk persidangan/prosiding diterbitkan (muka surat
pertama-muka surat terakhir kertas persidangan). Tempat penerbitan:
Penerbit.
Prayag, I. L., & Ramjee, R. (2009). The impact of Newcastle disease control on
small holder poultry production in Mauritius. Dlm. R. G. Alsers, P. B.
Spadbrow, & M. P. Young (Eds.), Village chickens, poverty alleviation
and the sustainable control of Newcastle disease: Prosiding persidangan
antarabangsa yang diadakan di Dares Salaam, Tanzania, 57 Oktober
2005 (hlmn. 132-134). Canberra, ACT: Australian Centre for International
Agricultural Research.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN

(ii) KERTAS KERJA PERSIDANGAN (DALAM TALIAN)


Petikan dalam Teks
Tunon dan Jensen (2012) mengiktiraf kepentingan...
...persembahan berasaskan web yang efektif (Tunon & Jensen, 2009).
Senarai Rujukan
Nama pengarang. (Tahun). Tajuk kertas persidangan. Dlm. nama penyunting
(Ed.), Tajuk persidangan/prosiding diterbitkan (muka surat pertama-
muka surat terakhir kertas persidangan). Tempat penerbitan: Penerbit.
Dicapai dari URL.
Tunon, J., & Jensen. J. (2012). Free and easy web-based presentation and
classroom tools. Dlm. T. J. Peters (Ed.), Proceedings of the 15th annual
Distance Library Services Conference, Mempis, TN. Dicapai dari
http://ocls.cmich.edu/ conf2012/

(iii) KERTAS KERJA PERSIDANGAN TIDAK DITERBITKAN


Petikan dalam Teks
Portman (2000) menilai semula keberkesanannya...
...bermain permainan komputer (Portman, 2000).
Senarai Rujukan
Nama pengarang. (Tahun, Bulan). Tajuk kertas kerja persidangan. Kertas kerja
dibentangkan di nama persidangan: Subtajuk persidangan, tempat.
Portman, J. (2000, Mei). Teaching learners English using video games. Kertas
kerja dibentangkan di International Conference on Computer-Assisted
Language Learning Ketiga, Kuala Lumpur, Malaysia.

KOMUNIKASI PERIBADI

(i) Singkatan dan nama keluarga penyampai (communicators) biasanya


diberikan setepat yang boleh. Komunikasi peribadi seperti e-mel, surat,
memo, temu bual peribadi dam perbualan telefon tidak termasuk dalam
senarai rujukan kerana ia tidak menyediakan data yang boleh diperoleh
semula.
Petikan dalam Teks
 J. J. Tommy (komunikasi peribadi, November 15, 2013) menerangkan
pendidikan universiti...
 ...pelajar sarjana muda (J. J. Tommy, komunikasi peribadi, November 15,
2013).
Senarai Rujukan
Tidak diperoleh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN  197

KERTAS KERJA RUJUKAN SEKUNDER

(i) Kertas kerja rujukan sekunder ialah kertas kerja yang kerja pengarang
dipelajari daripada kerja penulis lain.
Petikan dalam Teks
 Stake (seperti dipetik dalam Cano, 2012) menyatakan bahawa...
 ...dan sekolah rendah (Stake, seperti dipetik dalam Cano, 2012).
Senarai Rujukan
Cano, E. V. (2012). Mobile learning with Twitter to improve linguistic
competence at secondary schools.The Educational Review, 29(3), 134147.

PETIKAN SUMBER

(i) Petikan pendek mempunyai kurang daripada 40 perkataan dan petikan


hendaklah disertakan dengan tanda petikan berganda.
Petikan dalam Teks
 Mereka menyatakan, „Empat skala yang boleh digunakan untuk
mengukur pemboleh ubah adalah nominal, ordinal, interval dan skala
nisbah„ (Sekaran & Bougie, 2009, hlmn. 148).
 Sekaran dan Bougie (2009) menekankan bahawa „empat skala yang boleh
digunakan untuk mengukur pemboleh ubah adalah nominal, penimbang
ordinal, interval dan nisbah„ (hlmn. 148).
Senarai Rujukan
Sekaran, U., & Bougie, R. (2009). Research methods for business: A skill
building approach (5th ed.). West Sussex, England: John Wiley & Sons.

(ii) Petikan bagi 40 atau lebih perkataan harus dipaparkan dalam blok bebas
daripada garisan ditaip dan tanda petikan mesti ditinggalkan. Mulakan
petikan blok sebegitu pada barisan baharu dan mengengsot blok kira-kira 0.5
inci (1.3cm atau lima ruang) dari jidar kiri. Seluruh petikan hendaklah
dilangkau dua baris.
Petikan dalam Teks
 Sekaran dan Bougie (2009) menerangkan perkara berikut:
Matriks korelasi Pearson akan menunjukkan arah, kekuatan, kepentingan
hubungan bivariat antara semua pemboleh ubah yang diukur pada tahap
selang atau nisbah. Korelasi diperoleh dengan menilai perubahan dalam
satu pemboleh ubah kerana pemboleh ubah lain juga berbeza-beza
(hlmn. 321).
Senarai Rujukan
Sekaran, U., & Bougie, R. (2009). Research methods for business: A skill
building approach (5th ed.). West Sussex, England: John Wiley & Sons.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


198  TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN

PENGARANG DENGAN NAMA BAPA YANG SAMA (SURNAME)

(i) Permulaan nama (initial) pengarang pertama perlu dimasukkan ke dalam


semua petikan teks, walaupun tahun penerbitannya berbeza.
Petikan dalam Teks
 C. Oliver (1990) dan R. L. Oliver (1980) mengklasifikasikan kepuasan...
 ...model kepuasan pelanggan (C. Oliver, 1990; R. L. Oliver, 1980).
Senarai Rujukan
Oliver, C. (1990). Determinants of inter organisational relationships:
Integration and future directions. Academy of Management Review, 15,
241265.
Oliver, R. L. (1980). A cognitive model of the antecedents and consequences of
satisfaction decisions. Journal of Marketing Research, 17, 460469.

PENGARANG DENGAN DUA ATAU LEBIH KERTAS KERJA PADA


TAHUN YANG SAMA

(i) Huruf kecil perlu digunakan untuk membezakan antara kertas kerja yang
diterbitkan pada tahun yang sama oleh pengarang ini.
Petikan dalam Teks
 Parasuraman, Zeithaml dan Berry (1991a) dan Parasuraman, Zeithaml dan
Berry (1991b) mencadangkan model...
 ...kualiti perkhidmatan (Parasuraman, Zeithaml dan Berry, 1991a;
Parasuraman, Zeithaml dan Berry, 1991b).
Senarai Rujukan
Parasuraman, A., Zeithaml, V. A., & Berry, L. L. (1991a). Refinement and
reassessment of the SERVQUAL scale. Journal of Retailing, 67, 420450.
Parasuraman, A., Zeithaml, V. A., & Berry, L. L. (1991b). Understanding
customer expectations of service. Sloan Management Review, 32, 3948.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN  199

PENGARANG MELAYU, CINA, INDIA DAN SIKH

(i) PENGARANG MELAYU


Sebagai contoh, Raja Ahmad bin Ramli, Tun Zaidi Zainuddin dan Datin
Julilah binti Harun (1999).
Petikan dalam Teks
 Raja Ahmad Ramli, Zaidi Zainuddin dan Julilah Harun (1999) memeriksa
strategi⁄..
 ⁄bagi pelbagai strategi (Raja Ahmad Ramli, Zaidi Zainuddin & Julilah
Harun, 1999).
Senarai Rujukan
Raja Ahmad Ramli, Zaidi Zainuddin, & Julilah Harun. (1999)...

(ii) PENGARANG CINA


Sebagai contoh, Ooi Kee Seng, Lew Fook, Wang Su-Ling dan Jenny Saw Lian
See (2001).
Petikan dalam Teks
 Ooi, Lew, Wang dan Saw (2001) membezakan antara...
 ...kelakar dan cuai (Ooi, Lew, Wang & Saw, 2001).
Senarai Rujukan
Ooi, K. S., Lew, F., Wang, S., & Saw, J. L. S. (2001)...

(iii) PENGARANG INDIA DAN SIKH


Sebagai contoh, Sharmila a/p Subramaniam, Ranjit Singh, Harvinder Kaur
dan Balakrishnan a/l Arokiasamy (2000)
Petikan dalam Teks
 Sharmila, Ranjit, Harvinder dan Balakrishnan (2000) mengaitkan bahan
itu...
 ...dalam kehidupan anda (Sharmila, Ranjit, Harvinder & Balakrishnan,
2000).
Senarai Rujukan
Sharmila, S., Ranjit, S., Harvinder, K., & Balakrishnan, A. (2000)...

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


200  TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN

PENGARANG TANPA NAMA (ANONYMOUS)

(i) PENGARANG TANPA NAMA


Memetik teks sebagai tanpa nama apabila kerja penulis ditetapkan sebagai
anonymous.
Petikan dalam Teks
 Anonymous (1994) menerangkan keperluan...
 ...junior dan senior (Anonymous, 1994).
Senarai Rujukan
Anonymous. (1994). WhereÊs the beef? College seniors evaluate their
undergraduate experience. Change, 26, 2932.

NOTA KULIAH DALAM TALIAN/SLAID PERSEMBAHAN

(i) PDF
Gunakan singkatan „t. t.‰ untuk „tidak mempunyai tarikh‰ apabila tarikh
tidak dinyatakan dalam sumber itu.
Petikan Dalam Teks
 Hallam (t. t.) menyusun semula teori itu...
 ...bagi teori itu (Hallam, t. t.).
Senarai Rujukan
Nama pengarang (t. t.). Tajuk [Format PDF]. Dicapai dari URL
Hallam, A. (t. t.). Duality in consumer theory [PDF document].
Dicapai dari Laman Web Nota Syarahan dalam Talian:
http://www.econ.iastate.edu/classes/econ501/Hallam/index.pdf

(ii) SLAID PERSEMBAHAN


Petikan dalam Teks
 Roberts (1998) membandingkan persekitaran...
 ...bagi peraturan (Roberts, 1998).
Senarai Rujukan
Nama pengarang. (Tahun). Tajuk [slaid persembahan]. Dicapai dari URL
Roberts, K. F. (1998). Federal regulations of chemicals in the environment
[slaid PowerPoint]. Dicapai dari http://siri.uvm.edu/ppt/40hrenv/
index.html

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN  201

WIKI

(i) Petikan dalam Teks


 Diskriminasi (t. t.) bermakna...
 ...kategori atau kumpulan (Diskriminasi, t. t.).
Senarai Rujukan
Tajuk (t. t.). Dlm.Wiki. Dicapai bulan, hari, tahun dari URL
Diskriminasi. (t. t.). Dlm. Wikipedia. Dicapai Mac 10, 2014, dari
http://en.wikipedia.org/wiki/Discrimination

MENULIS DI BLOG

(i) Petikan dalam Teks


 Ewing (2014) menyatakan wanita⁄
 ...sajak tanpa aspirasi (Ewing, 2014).
Senarai Rujukan
Nama pengarang. (Tahun, bulan hari). Tajuk artikel/pos. Tajuk blog [laman
blog]. Dicapai dari URL
Ewing, K. (2014, Mac 10). Celebrating inspiring women around the world.
Google [laman log]. Dicapai dari http://googleblog.blogspot.com/

5.3.2 Plagiat dan Pakatan Sulit (Collusion)


Apakah yang dimaksudkan dengan plagiat?

Plagiat bermakna menyatakan perkataan, pemikiran, idea, hujah atau


ungkapan oleh orang lain sebagai kepunyaan anda.

Tahukah anda bahawa perbuatan ini dianggap satu kesalahan yang serius dan
pesalah boleh dihukum dengan berat? Oleh itu, anda perlu menyenaraikan
kesemua sumber anda dalam setiap kertas kerja akademik yang anda hasilkan.

Walau bagaimanapun, ada beberapa peraturan dan konvensyen yang anda mesti
patuhi untuk memetik sumber anda dengan cara yang betul. Dalam konteks
ini, rujukan bermaksud mengakui semua sumber yang anda telah teliti dan
dianggap tepat bagi menggunakannya dalam tugasan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN

Apakah pula yang dimaksudkan dengan pakatan sulit?

Pakatan sulit (collusion) ialah perbuatan bersama dengan orang lain untuk
membuat sesuatu dengan niat untuk menipu.

Di universiti, ia boleh bermaksud menghantar hasil kerja orang lain dengan


pengetahuan dan persetujuan mereka untuk mendapat kelebihan dalam tugasan
anda.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengelak pakatan sulit ini? Yang berikut
ialah panduan untuk anda ikuti bagi mengelak pakatan sulit:

(a) Anda tidak boleh „meminjam‰ satu atau dua perenggan daripada orang
lain. Pastikan anda tidak menggunakan mana-mana ayat atau perenggan
daripada kerja orang lain, jangan berkongsi kerja anda atau membenarkan
sesiapa untuk menyalin mana-mana bahagian daripadanya ă anda boleh
dipersoalkan tentang plagiat dan/atau pakatan sulit.

(b) Anda tidak boleh menghantar hasil kerja yang sama dengan pelajar lain
(kecuali kerja kumpulan) sama ada sebahagian atau keseluruhannya.
Kadangkala, anda akan menulis topik yang sama dengan rakan yang
sedang belajar dalam kelas yang sama. Ini tidak bermakna tugasan anda
perlu atau akan menjadi sama.

(c) Anda tidak boleh menghantar hasil kerja seseorang yang belajar dalam
kelas yang sama sebelum ini ă walaupun beliau sendiri yang memberikan
kerjanya untuk dihantar menggunakan nama anda dan tidak kisah anda
berbuat sedemikian, walaupun ia adalah hasil kerja dari beberapa tahun
yang lalu atau walaupun anda telah mengubahnya sedikit.

(d) Anda tidak boleh menghantar hasil kerja pelajar lain dengan menggunakan
nama anda walaupun pelajar itu tidak kisah anda berbuat demikian. Anda
tidak boleh menghantar hasil kerja pelajar lain atau rakan dan berpura-
pura ia hasil kerja anda sendiri walaupun mereka tidak keberatan. Anda
juga tidak boleh menyuruh seseorang untuk menulis tugasan anda
walaupun anda boleh membayar mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN  203

AKTIVITI 5.3
Nyatakan rujukan bagi petikan buku berikut menggunakan gaya
petikan OUM berdasarkan format APA.

Tajuk buku: Computer networks (fourth edition)


Pengarang: Andrew S. Tanenbaum
Tempat penerbitan: Upper Saddle River, New Jersey
Penerbit: Pearson Education International
Tahun penerbitan: 2003

5.4 KESALAHAN BIASA DALAM TUGASAN


Apakah kesalahan biasa yang selalu dan boleh dijumpai dalam sesuatu tugasan?
Bolehkah anda menyenaraikannya? Mari kita lihat Jadual 5.4 untuk mengetahui
jawapannya.

Jadual 5.4: Kesalahan Biasa dalam Tugasan

Kesalahan Cara Mengatasinya


1. Persediaan yang tidak Pastikan bersesuaian dengan tajuk, jangan
memberi fokus menyimpang. Sentiasa rujuk kembali kepada topik dan
keluarkan butiran yang tidak perlu.
2. Persediaan terhadap Sediakan kandungan yang mencukupi. Baca dengan
topik/subjek yang lebih lanjut, gunakan lebih banyak contoh, sokong hujah
tidak mencukupi dengan bukti.
3. Susunan isi Pastikan ia seiring dengan garis panduan:
kandungan yang tidak Pengenalan
baik (persembahan
Isi Kandungan:
yang tidak baik)
 Isu 1 + Hujah
 Isu 2 + Hujah
 Isu 3 + Hujah
 Isu 4 + Hujah
Kesimpulan
Rujukan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


204  TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN

4. Kurang kefasihan dan Gunakan bahasa yang mudah dan tepat, hubungkan
kesinambungan butiran dan perenggan serta semak ejaan dan tatabahasa.
5. Pengenalan yang Pastikan anda memperkenalkan topik dan jelaskan cara
lemah anda akan menghuraikan subjek. Letakkan topik dalam
perspektif.
6. Kesimpulan yang Pastikan anda membuat kesimpulan dengan memberikan
lemah jawapan atau penyelesaian kepada isu yang terlibat.
Rujuk kembali kepada topik dan pastikan kesimpulan
anda konsisten dengan pengenalan. Sudahkah anda
menjawab dalam kesimpulan soalan yang dibangkitkan
dalam isi kandungan?
7. Persembahan yang Jadilah kreatif dalam pendekatan anda, jangan terlalu
membosankan terperinci dari segi gaya. Jadilah seorang yang terbuka
pada pandangan dan idea orang lain. Jadilah pembaca
yang aktif; jangan hanya bersetuju dengan apa sahaja
yang ditulis tanpa menyelidikinya. Bertanyakan banyak
soalan!
8. Maklumat yang tidak Pastikan anda membaca dengan meluas dan mengumpul
relevan maklumat berkaitan yang cukup supaya anda tidak perlu
untuk „menebalkan‰ karangan anda dengan maklumat
yang tidak relevan. Gunakan kriteria penilaian dan
pemilihan untuk pembacaan dan pengumpulan
maklumat anda.

AKTIVITI 5.4
Bincangkan dalam e-forum bagaimana caranya untuk mengatasi
beberapa kesilapan biasa semasa menulis tugasan.

5.5 ETIKA DALAM PENULISAN TUGASAN


Sebelum kita mengakhiri topik ini, mari kita mempelajari etika dalam penulisan
tugasan. Apakah yang dimaksudkan dengan etika? Mari kita lihat definisinya
menurut Wordreference.com (2016) yang menyatakan bahawa:

Etika ialah „kajian falsafah tentang nilai moral tingkah laku manusia,
dan peraturan dan prinsip yang perlu untuk mentadbirnya.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN  205

Berdasarkan definisi ini, kita dapat lihat bahawa etika adalah berkenaan dengan
pilihan moral yang didasarkan kepada tingkah laku piawai yang menunjukkan
bagaimana seseorang itu harus berkelakuan berdasarkan tugas dan nilai moral.
Selain itu, ia bergantung pada pilihan peribadi, nilai yang diterima sejagat atau
tanggungjawab etika yang ditentukan oleh masyarakat.

Dalam konteks membuat tugasan, etika merujuk kepada set nilai dan piawaian
yang membimbing tindakan, pemikiran dan kata-kata anda ketika anda
menyediakan tugasan. Secara umumnya, terdapat pelbagai nilai yang berbeza
melibatkan tingkah laku yang betul atau salah ketika peperiksaan.

Terdapat beberapa etika yang tidak diterima secara umum berkaitan dengan
penulisan tugasan seperti yang berikut:

(a) Menyalin hasil penulisan atau kerja pelajar lain;

(b) Membenarkan pelajar lain untuk menyalin kerja anda;

(c) Mempunyai nota, sumber maklumat tambahan atau bahan lain yang tidak
dibenarkan oleh institusi anda;

(d) Mengambil atau cuba untuk melakukan tugasan untuk pelajar lain atau
menyuruh orang lain untuk melakukan perkara tersebut untuk anda; dan

(e) Mengubah atau memalsukan markah tugasan.

Yang berikut ialah beberapa garis panduan untuk tingkah laku yang beretika
dalam menulis tugasan:

(a) Merujuk sumber yang telah diterbitkan (termasuk jika berkaitan, yang
diterbitkan secara elektronik) untuk memperakui hasil kerja pencetus idea
asal yang anda gunakan untuk membina hasil kerja anda, dan membuat
rujukan terhadap petikan dengan menggunakan tanda petikan (quotation
marks).
(b) Merujuk kepada atau menggunakan bahan ilmiah yang belum diterbitkan
hanya dengan persetujuan penulis asal dan memperakui sumber bahan
tersebut jika persetujuan diberikan.

(c) Mengelakkan diri daripada plagiat, iaitu memasukkan karya orang lain ke
dalam karya anda tanpa kebenaran.

(d) Memastikan penggunaan bahan ilmiah tidak menyebabkan halangan untuk


diakses oleh orang lain, khususnya bila bahan tersebut berada di
perpustakaan universiti atau pusat penyelidikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


206  TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN

(e) Secara jujur menyatakan pandangan penulis yang dipetik dan tidak
memberi gambaran yang salah bagi pandangan penulis sama ada melalui
petikan separa atau ditapis, atau dengan memetiknya luar daripada
konteks atau dengan memberi ulasan yang mengelirukan.

(f) Mendapatkan akses hanya kepada bahan ilmiah yang anda tahu anda layak
atau dibenarkan. Jangan cuba mengakses bahan yang anda tahu anda tidak
berhak atau dibenarkan (contohnya, dengan menggodam komputer).

(g) Menghormati hak penulis lain dan mengelakkan daripada mengubah


rekod digital (sama ada berformat teks, imej, bunyi atau format lain) yang
mana pemilik asal mempunyai hak cipta dan/atau telah mendapatkan hak
moral pemilikan.

(h) Mengelakkan diri daripada memanipulasi rekod digital (sama ada


berformat teks, imej, bunyi atau format lain) sama ada dalam konteks
asalnya atau dalam konteks yang berbeza untuk mengelirukan pembaca.

 Menulis tugasan ialah proses untuk membuktikan bahawa hasil


pembelajaran kursus telah dapat dicapai.

 Jenis tugasan yang paling biasa merupakan penulisan esei.

 Secara umumnya terdapat 10 langkah untuk menghasilkan tugasan yang


baik. Antaranya ialah pilih topik, analisis topik, cari maklumat, nilai dan pilih
dan mengambil nota daripada sesuatu sumber.

 Esei mempunyai pengenalan, isi kandungan dan kesimpulan.

 Dalam proses menyiapkan tugasan anda, anda perlu mendokumenkan segala


sumber yang digunakan dalam karya anda. Terdapat banyak cara untuk
mendokumenkan sumber dalam teks kertas kerja tugasan dan pada bahagian
rujukan pada akhir kertas anda.

 Gaya petikan OUM adalah berdasarkan format American Psychological


Association (APA).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MENGHADAPI TUGASAN  207

 Plagiat bermakna menyatakan perkataan, pemikiran, idea, hujah atau


ungkapan oleh orang lain sebagai kepunyaan anda.

 Pakatan sulit adalah ialah perbuatan bersama dengan orang lain untuk
membuat sesuatu dengan niat untuk menipu. Di universiti, ia boleh
bermaksud menghantar hasil kerja orang lain dengan pengetahuan dan
persetujuan mereka untuk mendapat kelebihan dalam tugasan anda.

 Antara kesalahan biasa yang boleh dijumpai dalam tugasan ialah persediaan
yang tidak memberi fokus, kesimpulan yang lemah, persembahan yang
membosankan dan maklumat yang tidak relevan.

 Dalam konteks membuat tugasan, etika merujuk kepada set nilai dan
piawaian yang membimbing tindakan, pemikiran dan kata-kata anda ketika
anda menyediakan tugasan.

Esei Pakatan sulit


Etika Petikan dalam teks
Gaya rujukan APA Plagiat
Kesalahan Tugasan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kemahiran
6 Membaca

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan lima tujuan membaca;
2. Membezakan antara dua teknik utama membaca; dan
3. Menggunakan teknik membaca ini untuk membaca modul OUM
dan teks elektronik.

 PENGENALAN
Adakah anda sedar bahawa salah satu kemahiran penting untuk anda kuasai
ialah kemahiran membaca? Hal ini kerana ia membentuk asas pembelajaran.
Malah sebahagian besar daripada proses pembelajaran di universiti dapat
dicapai melalui pembacaan kerana umumnya, setiap kursus pada peringkat ini
memerlukan pembacaan. Perlu diingat bahawa anda akan perlu membaca
pelbagai jenis bahan untuk memenuhi keperluan yang berbeza bagi kursus. oleh
itu, anda akan perlu untuk membaca modul, nota tutorial, buku teks, artikel
jurnal (bercetak dan sumber elektronik), surat khabar, laporan dan lain-lain.

Diharapkan pada akhir topik ini, anda dapat meningkatkan kemahiran membaca
anda. Seterusnya, keupayaan membaca dengan baik akan membolehkan anda
mendapat faedah yang maksimum daripada pembacaan anda dan meningkatkan
kemahiran pembelajaran anda. Mari kita meneruskan pembelajaran!

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA  209

6.1 KENAPAKAH ANDA MEMBACA?


Mari kita mulakan topik ini dengan melihat petikan (quote) yang menunjukkan
konsep membaca oleh Francis Bacon (lihat Rajah 6.1), ahli falsafah Inggeris.

„Sesetengah buku adalah untuk dirasai, yang lain untuk ditelan dan ada sedikit untuk
dikunyah dan dicerna.‰

Rajah 6.1: Francis Bacon (dari 1564 hingga 1625)


Sumber: http://en.wikiquote.org

Apakah yang anda fahami daripada petikan tadi? Secara umumnya, tujuan
membaca adalah berbeza bagi satu individu dengan individu lain. Oleh itu,
untuk memaksimumkan produktiviti pembacaan anda dan keberkesanannya,
anda perlu mengetahui tujuan pembacaan anda dan apa yang anda harapkan
daripadanya. Mengetahui mengapa anda perlu membaca dan apa yang anda
akan dapat daripadanya akan menentukan gaya pembacaan anda dan bahan
yang dipilih. Secara umumnya, ada lima tujuan membaca seperti yang
dinyatakan dalam Rajah 6.2.

Rajah 6.2: Lima tujuan membaca

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


210  TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA

Kelima-lima tujuan ini diterangkan dengan lebih lanjut seperti yang berikut:

(a) Mendapatkan Gambaran


Biasanya ia dirujuk sebagai „bacaan latar‰, ini ialah teknik yang berguna
kerana anda tidak akan ketinggalan dalam pelbagai isu yang berkaitan
dengan topik atau subjek anda. Buku untuk bacaan latar kadangkala
termasuk dalam senarai bahan bacaan kursus untuk tujuan ini.

(b) Mencari Maklumat yang Khusus


Apabila anda perlu mencari maklumat atau menyemak fakta tertentu,
kadangkala anda mungkin perlu menyemak beberapa sumber maklumat
tetapi matlamat anda adalah untuk memfokus hanya kepada maklumat
yang diperlukan. Mari kita lihat Jadual 6.1 yang menerangkan apa yang
perlu anda rujuk apabila anda perlu mencari maklumat yang khusus.

Jadual 6.1: Maklumat yang Khusus dan Sumbernya

Maklumat Sumber
Makna perkataan Menggunakan kamus atau kamus subjek khas
jika ada.
Petikan tertentu Carian buku khas tentang petikan sahaja.
Butiran mengenai seseorang Merujuk kepada biografi berkaitan.
Lokasi sesuatu tempat Carian dalam peta.
Statistik Menyemak laporan statistik.

(c) Aplikasi secara Praktikal


Tujuan membaca di sini adalah mengaplikasikan pengetahuan kepada
situasi yang praktikal. Anda mungkin perlu membaca arahan untuk
menjalankan tugas tertentu. Contohnya, membaca manual untuk
menggunakan peralatan di dalam makmal, membaca buku panduan atau
membaca resipi.

(d) Meningkatkan Kefahaman secara Terperinci dan Analitik


Dalam bacaan akademik, penting untuk anda meneliti apa yang anda baca
supaya anda dapat memahami, menganalisis, membandingkan dan menilai
maklumat.

Pembaca yang analitik akan berhenti seketika dengan kerap untuk berfikir
tentang apa yang telah dibaca. Pada akhir bacaan, semua fakta utama dan
hujah yang disampaikan perlu diambil perhatian, dianalisis dan juga
diintegrasikan untuk menghayati dengan mendalam tentang apa yang
telah ditulis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA  211

Bahan akademik yang disyorkan untuk bacaan asas (buku, artikel jurnal,
laporan dan tesis) memerlukan cara bacaan tertentu yang dikenali sebagai
membaca untuk kefahaman. Membaca secara sistematik untuk kefahaman
memerlukan kaedah membaca formal seperti teknik SQ3R yang popular
(akan dibincangkan dalam Subtopik 6.2.2).

(e) Keseronokan Membaca/Bacaan Bebas


Bacaan jenis ini adalah yang paling menyeronokkan. Di sini, anda
membaca kerana minat atau hobi tertentu. Ia amat menghiburkan dan
santai. Anda boleh memilih bahan sama ada fiksyen atau subjek khas lain
yang menarik minat anda. Sebagai pelajar, anda digalakkan juga membaca
bahan yang bukan teks akademik untuk mengembangkan fikiran dan
memupuk sikap ingin tahu.

Mari kita lihat Jadual 6.2 yang merumuskan sebab untuk membaca berdasarkan
jenis dan kelajuan.

Jadual 6.2: Sebab untuk Membaca Berdasarkan Jenis dan Kelajuan

Sebab Jenis Kelajuan


 Mendapatkan gambaran umum Membaca Bacaan laju
 Memberikan gambaran keseluruhan sepintas lalu
(skimming)
 Pengetahuan permulaan
 Mencari maklumat spesifik Mengimbas Bacaan laju
 Membaca apa yang perlu sahaja (scanning)

 Menyeluruh Bacaan terperinci Bacaan perlahan


 Analisis dan kritikal
(SQ3R)
 Menilai

SEMAK KENDIRI 6.1

Nyatakan tiga sebab kenapa anda membaca modul OUM.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


212  TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA

6.2 BAGAIMANAKAH CARA UNTUK


MEMBACA?
Setelah anda mengetahui tujuan membaca dan pelbagai jenis teks yang boleh
didapati, penting untuk anda pelajari teknik yang berbeza dan menggunakan
teknik yang bersesuaian dengan tujuan anda. Pilih teknik membaca yang paling
sesuai dengan bahan dan tujuan anda. Secara umumnya, teknik membaca boleh
dikategorikan kepada dua seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.3.

Rajah 6.3: Teknik pembacaan

Berdasarkan Rajah 6.3, kita dapat perhatikan ada dua jenis teknik membaca yang
utama, iaitu bacaan laju dan bacaan perlahan. Kedua-dua teknik ini diterangkan
dengan lebih lanjut pada subtopik seterusnya.

6.2.1 Bacaan Laju


Adakah anda masih ingat tujuan pembacaan laju? Berdasarkan Jadual 6.2, kita
telah ketahui tujuan membaca ialah:

(a) Mendapatkan gambaran umum;

(b) Memberikan gambaran keseluruhan;

(c) Pengetahuan permulaan;

(d) Mencari maklumat spesifik; dan

(e) Membaca apa yang perlu sahaja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA  213

Berdasarkan Rajah 6.3 pula, kita tahu bahawa bacaan laju terdiri daripada
mengimbas dan membaca sepintas lalu. Teknik ini diterangkan seperti yang
berikut:

(a) Mengimbas
Pertama, apakah yang dimaksudkan dengan mengimbas?

Mengimbas ialah perbuatan membaca kandungan dengan cepat dan


dilakukan apabila anda ingin mencari fakta tertentu atau secebis
maklumat.

Ketika mengimbas, anda akan menggerakkan mata anda dengan cepat dari
atas ke bawah halaman untuk melihat jika ia mengandungi kata kunci atau
frasa yang anda perlukan. Apabila anda mengenal pasti kata kunci sebelum
anda mula membaca, ia membolehkan anda mengimbas banyak teks
dengan laju. Bolehkah anda berikan satu contoh mengimbas? Mari kita
lihat Rajah 6.4 untuk mengetahui jawapannya.

Rajah 6.4: Apabila anda mencari nombor dalam direktori telefon, anda sebenarnya
mengimbas

Apakah yang berlaku apabila anda sudah mencapai matlamat anda?


Selalunya, apabila anda sudah mencapai matlamat bacaan atau carian,
anda akan berhenti mengimbas.

Mengapakah kita perlu mengimbas? Kita mengimbas kerana ia sangat


berguna untuk mencari perkataan, nombor atau fakta tertentu tanpa perlu
membaca keseluruhan artikel. Semasa mengimbas, anda hanya membaca
maklumat yang diperlukan dan anda akan melangkau sebahagian besar
teks tanpa memahaminya. Anda boleh menentukan sama ada maklumat
tertentu akan digunakan dalam penyelidikan atau tugasan anda. Selepas
mengimbas teks, anda mungkin perlu menelitinya untuk mendapatkan
idea tentang kandungannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


214  TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA

Bilakah kita menggunakan teknik ini? Anda boleh menggunakan teknik ini
apabila anda membaca kebanyakan halaman web.

Bagaimanakah cara untuk mengimbas? Untuk mengimbas teks daripada


artikel atau buku, anda harus sentiasa ingat apa yang anda sedang cari. Jika
anda fikirkan perkataan tersebut dengan jelas dalam fikiran anda, ia akan
kelihatan lebih jelas daripada perkataan lain dalam teks. Pada dasarnya
anda menggunakan proses carian kata kunci. Mari kita lihat Jadual 6.3 yang
menerangkan lima langkah mengimbas.

Jadual 6.3: Lima Langkah Mengimbas

Langkah Arahan
Langkah 1 Perhatikan tajuk dan pengarang buku. Buka buku dan lihat senarai
isi kandungan. Analisis susunan kandungan. Halaman kandungan
biasanya mengandungi perkara berikut seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 6.5.

Rajah 6.5: Contoh halaman isi kandungan sebuah buku


Langkah 2 Imbas tajuk bab atau topik dan subtajuk. Perhatikan kata kunci di
bawah tajuk bab dan subtajuk. Adakah anda rasa bab itu relevan
dengan keperluan anda?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA  215

Langkah 3 Berdasarkan tajuk bab dalam senarai isi kandungan, pergi ke


bahagian berkenaan dalam buku tersebut dan imbas perenggan
pertama atau baca sepintas lalu tajuk dalam bahagian itu. Kata
kunci dan idea sering dijumpai dalam perenggan pembukaan atau
subtopik sesebuah bab. Melalui cara ini, anda akan dapat
mengetahui sama ada buku itu relevan dengan keperluan anda
atau tidak, bahagian mana yang relevan dan berapa banyak
maklumat yang relevan.
Langkah 4 Cari di indeks untuk mendapatkan kata kunci bagi topik anda.
Cari kata kunci dan kata kunci alternatif. Sebagai contoh, tajuk
seperti Pemasaran dalam Talian mungkin mengandungi indeks
pemasaran web atau pemasaran Internet. Ambil perhatian
terhadap muka surat lain yang subjek ini disebut dan rujuk kepada
muka surat yang sesuai. Baca perenggan sebelum dan selepasnya
jika anda kehendaki maklumat lanjut.
Langkah 5 Mengimbas boleh jadi lebih mudah jika perkataan tertentu ditandai
dengan cara:
ă Digelapkan;
ă Dicondongkan;
ă Berbeza dari segi tulisan dan saiz; dan
ă Digariskan.

(b) Membaca Sepintas Lalu (Skimming)


Sekarang mari kita mengalihkan perhatian kita kepada membaca sepintas
lalu. Apakah yang dimaksudkan dengan membaca sepintas lalu?

Membaca sepintas lalu ialah bacaan dalam bentuk bacaan selektif secara
laju. Ia merupakan teknik yang berkesan untuk mendapatkan gambaran
secara umum, tanpa membaca keseluruhan buku.

Bacaan sepintas lalu memerlukan anda melihat dari atas ke bawah bagi ciri
utama teks yang anda sedang baca (tajuk, subtajuk utama dan lain-lain)
dengan cepat, untuk mendapatkan gambaran secara umum yang baik
tentang bahan tersebut.

Untuk melakukannya, anda akan dapat menentukan fokus, tema utama


atau bahan subjek dalam masa beberapa minit.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


216  TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA

Mengapakah kita perlu membaca sepintas lalu? Membaca sepintas lalu


dilakukan apabila anda perlu untuk membaca banyak bahan bacaan dalam
masa yang singkat dan apabila anda tidak mencari sesuatu yang spesifik.
Selain itu, membaca sepintas lalu dilakukan untuk menilai sama ada buku
tersebut relevan dengan keperluan anda. Apabila anda membaca sepintas
lalu, anda boleh:

(i) Mendapatkan gambaran keseluruhan hujah utama penulis; dan

(ii) Mengenal pasti idea atau tema utama buku atau artikel tersebut.

Bagaimanakah cara untuk membaca sepintas lalu? Membaca sepintas lalu


melibatkan pembacaan hanya sebahagian daripada teks. Membaca tajuk
dan ringkasan penulis merupakan persediaan yang baik untuk bacaan
sepintas lalu. Selalunya, ia merupakan tajuk yang digelapkan untuk
menarik perhatian anda (lihat Rajah 6.6).

Rajah 6.6: Contoh tajuk dalam dokumen PDF


Sumber: Jabatan Statistik Malaysia (2016)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA  217

Seterusnya cari dalam teks dengan cepat dengan membaca perenggan yang
pertama dan terakhir, dan perhatikan kata kunci yang terdapat di situ.
Mari kita lihat Rajah 6.7 yang menunjukkan cara bacaan sepintas lalu.

Rajah 6.7: Bacaan sepintas lalu untuk mencari kata kunci dengan kaedah zig-zag

Berdasarkan Rajah 6.7, anda perlu menggerakkan mata anda ke seluruh


halaman untuk mencari kata kunci atau frasa. Mulakan dengan bahagian
atas sudut kiri dan bergerak merentasi halaman, kemudian turun ke bawah
dan ke kanan dengan cara zig-zag. Ingat, fokus hanya pada kata kunci
dalam teks.

AKTIVITI 6.1

Bezakan antara mengimbas dan membaca sepintas lalu berdasarkan


jadual berikut.

Perbezaan Mengimbas Membaca Sepintas Lalu


Apa
Kenapa
Bagaimana

Bincangkan topik ini dalam forum perbincangan dalam talian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


218  TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA

6.2.2 Bacaan Perlahan


Sekarang mari kita beralih kepada bacaan perlahan. Adakah anda sedar bahawa
bacaan perlahan membolehkan anda mengekalkan tumpuan terhadap topik
tertentu? Ini adalah kerana ia membenarkan anda memperoleh kefahaman
terperinci tentang bahan yang sedang anda baca.

Mengapakah kita membaca dengan perlahan? Gaya bacaan perlahan digunakan


apabila anda perlu memberi fokus pada apa yang sedang anda baca,
terutamanya apabila anda perlu:

(a) Menganalisis dan menaksir (appraise);

(b) Menilai dan menjadi kritis;

(c) Mengingati maklumat yang anda baca; dan

(d) Mematuhi arahan.

Secara umumnya, terdapat dua pendekatan untuk bacaan perlahan seperti yang
diterangkan dalam Jadual 6.4. Anda boleh mempraktikkannya dalam bacaan
perlahan anda.

Jadual 6.4: Pendekatan bagi Pembacaan Perlahan

Pendekatan Analisis Pendekatan Kritikal


 Digunakan apabila anda perlu  Digunakan apabila anda perlu menilai
memahami istilah, mematuhi arahan bahan yang sedang anda baca.
atau mengingati apa telah anda baca.  Semasa anda membaca teks akademik,
 Memerlukan anda menjadi pembaca anda perlu berfikir tentang tujuan
aktif. Anda perlu banyak menyoal pengarang.
dan mencari jawapan sambil anda
membaca.
 Contohnya, „Adakah idea itu logik?‰
atau „Bolehkah kesimpulan dibuat
daripada keterangan yang diberi?‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA  219

Pembaca yang mahir boleh mengubah kaedah dan kelajuan pembacaannya


untuk disesuaikan dengan bahan dan sebab pembacaannya. Dalam bacaan
perlahan, anda perlu mengikuti teknik yang betul. Salah satu teknik bacaan
perlahan secara analitik, kritikal dan teliti paling terkenal ialah teknik SQ3R.

(a) Apakah SQ3R?


Mari kita lihat perenggan berikut yang mentakrifkan SQ3R.

SQ3R ialah pendekatan yang aktif dan sistematik untuk membaca


bahan akademik. Kaedah ini membantu mengaitkan maklumat baharu
dengan apa yang sudah anda ketahui.

Teknik ini telah terbukti berguna untuk pelajar ketika membaca buku teks
dan bacaan penting yang lain. Kaedah SQ3R menggunakan lima prinsip
pembacaan yang baik yang juga lima langkah utama dalam pembelajaran
yang berkesan dan kefahaman, iaitu:

(i) S = Membuat tinjauan (Survey)

(ii) Q = Soalan (Question)

(iii) R = Membaca (Read)

(iv) R = Menyebut (Recite)

(v) R = Menyemak (Review)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


220  TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA

Lima prinsip ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 6.5.

Jadual 6.5: Penerangan Terperinci tentang SQ3R

Langkah SQ3R Teks Aktiviti


1. Membuat tinjauan  Baca prakata, tajuk  Imbas untuk melihat
Mulakan dengan utama, tajuk dan cara maklumat
meninjau bahan dan subtajuk (ia seperti disusun.
dapatkan gambaran penanda dalam peta  Baca sepintas lalu
terbaik kandungan anda). pengenalan,
maklumat. Ia seperti  Baca kapsyen, carta ringkasan dan
membaca peta dan graf, perenggan kesimpulan.
sebelum anda pengenalan dan
memulakan kesimpulan.
perjalanan.
 Baca ringkasan.
2. Soalan  Tukar tajuk utama,  Baca setiap bahagian
 Tanya soalan tajuk dan subtajuk ke satu per satu.
yang sesuai bentuk soalan. Tanya  Tanya soalan.
untuk membantu siapakah, apakah,
anda bilakah dan
memfokuskan mengapakah?
bacaan.  Baca soalan pada
 Bertanyakan akhir bab atau tajuk.
soalan ialah  Tanya diri anda,
proses „Apakah yang saya
pembacaan yang sudah tahu mengenai
aktif. perkara ini?‰
Kaitkannya dengan
apa yang telah anda
baca.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA  221

3. Membaca  Jawab soalan pada  Baca secara kritis.


 Soal diri anda awal atau akhir bab,  Fokus kepada
ketika membaca. atau pada panduan menjawab soalan.
pembelajaran.
 Selalulah  Berhenti dan baca
berhenti dan  Dalam mencari dengan teliti pada
cuba menjawab jawapan, cuba bahagian yang tidak
soalan. hubungkan kedua- jelas.
dua jawapan anda
 Baca perlahan-
dengan idea
lahan bagi
pengarang.
petikan yang
sukar.  Cari petikan yang
boleh menjawab
soalan tertentu.
Ambil perhatian
terhadap perkataan
yang digariskan,
dicondongkan atau
ditebalkan.
 Ambil perhatian
terhadap perkataan
dan frasa.
 Pilih contoh yang
terperinci dan
butiran yang boleh
menerangkan idea
utama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


222  TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA

4. Menyebut  Sebut semula boleh  Cuba buat ringkasan


 Cuba sebut digunakan sebagai dengan perkataan
semula untuk cara untuk anda sendiri tentang
faham dan ingat. mengingat. Selepas apa yang telah anda
membaca setiap baca.
 Selepas setiap
bahagian, ingat  Periksa jika anda
bacaan, susun
dengan bertanya boleh menjawab
maklumat dalam
soalan tentang apa berdasarkan memori.
fikiran anda.
yang telah anda baca.
 Semak ingatan  Lukis peta minda.
 Tulis nota
anda dan
berdasarkan teks  Lihat, dengar dan
bandingkan sebut boleh
menggunakan
dengan buku menguatkan
perkataan anda
atau artikel. penguasaan
sendiri.
pembelajaran anda.
 Serlahkan perkataan
penting yang baru  Baca teks (melihat).
sahaja anda baca.  Sebut apa yang anda
 Tulis semula apa faham (bercakap).
yang anda mahu  Dengar diri sendiri
ingat dengan (mendengar).
perkataan sendiri.  Buat nota (menulis).
 Lebih deria anda
gunakan, lebih
mudah untuk
mengingat (dengar,
lihat dan sebut).
5. Menyemak  Semak semua soalan,  Gunakan kad imbas
 Semak gabungan jawapan dan fakta untuk soalan yang
dan integrasi utama. sukar.
maklumat yang  Serlahkan dan buat  Semakan pertama
dikumpulkan. nota. perlu dilakukan
 Adakah isu  Semak nota anda. serta-merta selepas
utama telah anda belajar.
 Gunakan kad imbas.
dikenal pasti?
 Rancang satu atau
 Adakah nota dua proses semakan
yang dibuat sebelum peperiksaan.
masuk akal?
 Semakan terakhir
 Adakah anda perlu mempunyai
dapat memahami hanya sedikit sebutan
artikel yang anda yang tertinggal.
baca?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA  223

(b) Bagaimanakah Cara untuk Menggunakan SQ3R?


Sama seperti tugasan membaca yang lain, SQ3R bermula dengan tujuan
diikuti dengan strategi untuk memahami teks. Untuk menggunakan teknik
SQ3R, anda perlu melakukan perkara yang berikut:

(i) Dapatkan gambaran keseluruhan dengan meninjau kandungannya.

(ii) Tanya diri sendiri mengenai apa yang anda hendak ketahui daripada
teks.

(iii) Baca teks secara analitik dan kritis untuk mencari jawapan kepada
soalan anda yang anda tanya.

(iv) Ingat kembali pemahaman anda dengan menyebut apa yang telah
anda baca. Ini dilakukan untuk setiap subbahagian bagi topik utama
atau bab.

(v) Semak kembali pemahaman anda untuk keseluruhan bab dengan


menyatukan dan mengintegrasikan semua maklumat yang telah
dikumpulkan daripada setiap subbahagian untuk melihat idea
keseluruhan maklumat tersebut. Dalam perkataan lain, anda perlu
memeriksa kefahaman anda tentang maklumat tersebut.

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, berikut ialah panduan apabila
menggunakan SQ3R:

(i) Baca dan baca semula nota anda secara berkala  Kali pertama
hendaklah dalam masa 24 jam; dan

(ii) Semak semula dengan kerap selama beberapa minggu.

AKTIVITI 6.2
Pilih satu artikel dan gunakan langkah SQ3R semasa membaca.
Nyatakan sejauh mana teknik ini telah membantu anda membaca
dengan lebih bermakna.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


224  TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA

6.3 CARA UNTUK MEMBACA MODUL ANDA


Setelah anda diperkenalkan kepada unsur utama dalam pembacaan, tiba
masanya untuk menggunakan pengetahuan anda bagi mendapatkan pembacaan
yang terbaik daripada modul untuk memaksimumkan masa berharga anda
ketika membaca. Untuk memastikan ia berlaku, anda akan dibawa satu persatu
ke bahagian utama dalam modul anda supaya anda biasa dengan bahagianya
seperti „Isi Kandungan‰, „Panduan Kursus‰ dan „Kandungan Kursus‰.

6.3.1 Isi Kandungan


Anda boleh mendapatkan idea secara umum mengenai kandungan modul
daripada „Isi Kandungan‰. Apabila mengimbas „Isi Kandungan‰, anda juga
dapat melihat struktur modul serta spesifik bagi setiap topik yang ditandai
dengan sistem penomboran. Seperti yang ditunjukkan dalam modul ini, „Isi
Kandungan‰ terdiri daripada sembilan topik yang memberi anda maklumat
khusus.

6.3.2 Panduan Kursus


„Panduan Kursus‰ diletakkan dalam empat ke lima halaman pertama modul
anda selepas „Isi Kandungan‰ dan biasanya dinombori menggunakan angka
Roman (i ă iv). Apakah tujuan „Panduan Kursus‰? Tujuannya adalah
menyediakan secara ringkas gambaran keseluruhan kursus ini. Ia terdiri
daripada:

(a) Pengenalan;

(b) Kepada siapa kursus ini ditawarkan;

(c) Peruntukan masa pembelajaran;

(d) Objektif kursus;

(e) Sinopsis kursus; dan

(f) Pengetahuan asas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA  225

Ketika mula belajar, penting untuk anda mengetahui objektif kursus dan juga
jadual kursus. Sinopsis juga boleh dirujuk pada bila-bila masa apabila anda
merasa ragu-ragu tentang tujuan unit pembelajaran. Satu lagi bahagian penting
dalam „Panduan Kursus‰ yang paling berguna ialah bahagian „Rujukan‰,
terutamanya apabila anda membuat persediaan untuk menulis tugasan anda.

6.3.3 Memahami Kandungan Kursus Anda


Setelah meneliti „Panduan Kursus‰, anda kini bersedia untuk mendalami topik.
Setiap topik mempunyai satu set hasil pembelajaran dan pengenalan yang akan
memberi anda maklumat ringkas mengenai topik itu. Langkah seterusnya adalah
membaca kandungan topik itu sendiri.

Sambil anda membaca kandungan, anda akan menyedari ada beberapa ikon
yang digunakan dalam modul. Ikon ini mewakili pelbagai aktiviti yang
disertakan dalam modul pembelajaran anda dan tujuannya adalah menyokong
pemahaman anda, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan menguasai
konsep penting. Dua ikon utama yang terdapat dalam modul anda ialah „Semak
Kendiri‰ dan „Aktiviti‰. Kedua ikon ini ditunjukkan dalam Jadual 6.6.

Jadual 6.6: Ikon dalam Modul OUM

Ikon Simbol Ikon Tujuan


Latihan untuk menguji pemahaman
konsep dan isu penting melalui
Semak
penerangan dan penjelasan. Pelajar
Kendiri
perlu memperolehnya daripada isi
kandungan.
Melibatkan latihan atau aplikasi
pengetahuan yang telah dipelajari dalam
Aktiviti situasi sebenar. Ini termasuklah kajian
kes, pemerhatian, perbincangan dan
penyelidikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


226  TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA

AKTIVITI 6.3

1. Apakah kaedah yang anda gunakan untuk memahami


kandungan modul anda? Nyatakan pelbagai kaedah yang anda
gunakan dalam pembacaan anda.

2. Sewaktu pertama kali anda memegang modul Kemahiran Belajar


Jarak Jauh ini, apakah yang anda lakukan untuk membiasakan
diri dengannya? Sila semak perkara berikut:

(a) Membelek halaman dan meletakkannya ke tepi.

(b) Membaca „Panduan Kursus‰, membuat beberapa nota


minda.

(c) Melihat „Isi Kandungan‰ dan cuba melihat hubungan


antara topik-topik.

(d) Merujuk kepada satu atau dua topik tertentu dan


membacanya segera.

(e) Melihat susun aturnya (contohnya, reka bentuk kulit dan


juga grafik serta ketebalan modul).

3. Setelah mengetahui tentang kaedah SQ3R, nyatakan bagaimana ia


boleh memberi manfaat kepada anda.

6.4 MEMBACA TEKS ELEKTRONIK


Akhir sekali, mari kita mempelajari cara membaca teks elektronik. Pada hari ini,
tidak dapat dinafikan bahawa Internet ialah dunia yang dipenuhi dengan teks
dan sumber yang penting untuk mendapatkan maklumat. Bacaan elektronik
telah menjadi semakin popular berbanding sebelum ini. Selain itu, peranti
mudah alih seperti telefon pintar dan tablet serta Internet begitu mudah
diperoleh turut menjadikan pembacaan elektronik sebagai amalan yang semakin
meluas dalam persekitaran kita. Oleh itu, penting untuk kita memperoleh
kemahiran membaca teks elektronik. Hal ini kerana bacaan teks elektronik
biasanya amat berbeza berbanding bacaan teks bercetak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA  227

Jadi, bagaimanakah caranya kita membaca teks elektronik? Pembaca yang


berjaya menggunakan kemahiran strategik untuk membentuk kefahamannya
terhadap teks. Terdapat empat strategi bacaan teks elektronik yang bermanfaat
untuk membantu anda belajar membaca dan memahami teks elektronik. Strategi
ini disenaraikan dalam Rajah 6.8.

Rajah 6.8: Empat strategi bacaan elektronik

Empat strategi ini diterangkan dengan lanjut dalam bahagian berikutnya.

6.4.1 Kesedaran tentang Tujuannya


Anda perlu berhati-hati supaya tidak terganggu oleh pautan yang berkelip-kelip
atau memeriksa e-mel atau akaun Facebook anda sambil membaca teks
elektronik. Anda perlu sentiasa ingat tujuan anda membaca teks.

6.4.2 Navigasi Teks


Pembaca teks elektronik mungkin membaca ke bawah (scroll through) dengan
lajunya pada setiap perkataan dan mungkin tertinggal mana-mana perenggan.
Oleh itu, lebih mudah untuk membuat navigasi halaman buku daripada
membaca ke atas dan ke bawah skrin digital apabila membaca perenggan.
Melalui teks elektronik, ia agak sukar untuk memeta atau membayangkan
„lokasi‰ teks dalam minda anda.

Namun, ini tidak sepatutnya menjadi alasan untuk menjejaskan kefahaman


anda. Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah ini? Salah satu cara
untuk mengatasi masalah ini adalah menggunakan alat carian untuk mencari
frasa yang anda telah baca dan/atau menyerlahkannya. Jika ada alat anotasi,
anda boleh membuat penanda pada muka surat elektronik tersebut. Ingat, jangan
teragak-agak untuk mengemudi dan membaca skrin beberapa kali untuk
pemahaman yang lebih baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


228  TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA

6.4.3 Mencari Makna


Apabila anda tidak tahu makna perkataan, anda perlu klik pada pautan tersebut
jika ada atau menyalin istilah tersebut dan mencari maknanya menggunakan
enjin carian. Namun, jangan pergi terlalu jauh daripada laman asal dan lupa
untuk kembali kepada teks utama.

6.4.4 Mentafsirkan Teks


Apabila anda tidak pasti dengan makna teks yang telah anda baca, anda boleh
menghubungi penulis melalui e-mel atau bertanya dengan ahli lain melalui
forum dalam talian.

Ingat, ketika membaca teks sama ada bercetak atau teks elektronik, pembaca
yang mahir perlu membuat perkara yang berikut:

(a) Membaca dengan ada tujuannya dalam fikirannya;

(b) Melihat teks untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kandungan;

(c) Mengaktifkan pengetahuan terdahulu dan mencari hubung kait antara


maklumat lama dan maklumat baharu;

(d) Menggunakan strategi untuk mendapatkan makna teks; dan

(e) Memantau sendiri kefahaman anda dengan bertanyakan soalan, menjawab


soalan dan/atau menyiapkan latihan.

 Lima tujuan membaca adalah:

ă Mendapatkan gambaran;

ă Mencari maklumat yang khusus;

ă Aplikasi secara praktikal;

ă Meningkatkan kefahaman secara terperinci dan analitik; dan

ă Keseronokan membaca/bacaan bebas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA  229

 Terdapat dua teknik membaca yang utama, iaitu bacaan laju dan bacaan
perlahan.

 Bacaan laju melibatkan proses pengimbasan dan membaca teks sepintas lalu.

 Dua pendekatan dalam bacaan perlahan ialah pendekatan analisis dan


pendekatan kritikal.

 SQ3R ialah cara sistematik di bawah bacaan perlahan yang melibatkan lima
langkah ă membuat tinjauan, soalan, membaca, menyebut dan menyemak.

 Modul OUM anda terdiri daripada isi kandungan, panduan kursus,


kandungan kursus dan sebagainya.

 Kemahiran membaca teks elektronik melibatkan cara untuk mengetahui


tujuan pembacaan teks, navigasi teks, mencari makna dan mentafsirkan teks.

Bacaan laju Pendekatan analitik


Bacaan perlahan Pendekatan kritikal
Membaca sepintas lalu SQ3R
Mengimbas

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kemahiran
7 Membuat
Nota dan
Mengambil
Nota
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti lima cara menulis nota;
2. Meningkatkan kemahiran membuat nota daripada bahan bercetak;
dan
3. Menggunakan cadangan cara mengambil nota untuk
meningkatkan kemahiran mengambil nota yang baik.

 PENGENALAN
Sepanjang kursus anda, anda akan dapati yang anda perlu membaca pelbagai
jenis sumber maklumat seperti modul kursus, nota edaran dan nota daripada
tutor anda serta pelbagai lagi bahan rujukan dalam bentuk bercetak dan
elektronik dari perpustakaan digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi. Jadi,
bagaimanakah anda uruskan semua maklumat yang banyak ini? Cara terbaik
untuk menguruskan semua maklumat ini ialah dengan merumuskannya menjadi
nota.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA DAN MENGAMBIL NOTA  231

Dalam konteks pembelajaran di OUM, anda akan dapati bahawa mengambil dan
membuat nota adalah sebahagian daripada proses pembelajaran, baik daripada
modul, tutorial, buku, jurnal atau Internet. Walau bagaimanapun, anda harus
sedar bahawa mengambil dan membuat nota bukanlah bermakna anda perlu
menulis setiap perkataan yang diucapkan oleh tutor atau menyalin perkataan
demi perkataan yang terdapat dalam buku, jurnal dan laman web.

Apakah perkara yang perlu dicatatkan, berapa banyakkah yang perlu dicatatkan
dan bagaimana terperincikah nota harus dibuat merupakan kemahiran penting
yang perlu anda dipelajari?

Oleh itu, penting bagi anda untuk mengembangkan kemahiran asas dalam
mengambil dan membuat nota. Ini adalah kerana keupayaan untuk mengambil
nota yang baik akan menjimatkan masa dan usaha dari segi:

(a) Pencarian teks asal; atau

(b) Keperluan untuk melihat kembali nota yang banyak hanya bagi
mendapatkan maklumat khusus yang anda perlukan.

Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan kepada pelbagai teknik membuat dan
mengambil nota. Diharapkan pada akhir topik ini, anda berupaya menggunakan
kemahiran ini dalam pengalaman pembelajaran sepanjang hayat anda.

7.1 CARA MENULIS NOTA


Adakah anda bersetuju bahawa tiada satu cara yang betul untuk menulis nota?
Ini adalah kerana ia bersifat peribadi dan mengikut pilihan individu. Selain itu,
ia juga bergantung pada keadaan dan tujuan nota ditulis. Sebagai contoh,
membuat nota daripada modul atau sumber bercetak lain adalah berbeza
daripada mengambil nota semasa tutorial atau perbincangan kumpulan. Ia
mungkin lebih mudah untuk menghasilkan nota daripada modul yang „pasif‰,
manakala sesi „secara langsung‰ atau „dinamik‰ seperti ketika perbincangan
adalah lebih sukar kerana maklumat yang diperoleh datang secara tidak teratur
dan spontan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


232  TOPIK 7 KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA DAN MENGAMBIL NOTA

Terdapat lima cara yang berbeza dalam menulis nota seperti yang dinyatakan
dalam Rajah 7.1.

Rajah 7.1: Lima cara menulis nota

Lima kaedah ini dihuraikan dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya.

7.1.1 Anotasi
Anotasi ialah kaedah yang sesuai untuk membuat nota daripada modul bercetak,
buku teks, artikel atau sebarang sumber lain. Anda boleh membuat nota dengan
menulis dalam margin, menggariskan fakta, menyerlahkan perkara utama,
menggunakan tanda soal, tanda rait (ticks) atau pangkah untuk menunjukkan
sama ada anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan kesimpulan yang dibuat
dalam teks seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.2.

Rajah 7.2: Contoh anotasi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA DAN MENGAMBIL NOTA  233

Kaedah ini bukan hanya membantu anda untuk mengingati perkara utama tetapi
juga akan membolehkan anda untuk mengingati tanpa perlu berulang membaca
teks. Namun, jika anda tidak suka menulis dalam buku, anda mungkin mahu
menggunakan jalur kertas untuk menandakan muka surat dengan nota ditulis
pada jalur kertas tersebut.

Tahukah anda bahawa anda boleh menguji anotasi untuk mengesahkan


keberkesanannya? Untuk menguji anotasi yang baik adalah apabila anda
„melawat semula‰ buku tersebut; anda boleh memahami nota tanpa perlu
membaca halaman, topik atau perenggan sekali lagi.

7.1.2 Nota Rangka


Nota rangka hanya menggunakan kata kunci dan frasa. Nota ini biasanya
diletakkan nombor secara berurutan, menggunakan tajuk atau subtajuk. Selain
itu, pengengsotan (indentation) juga boleh digunakan. Mari kita lihat Rajah 7.3
yang menggambarkan format untuk nota rangka.

Rajah 7.3: Contoh format rangka untuk membuat nota

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


234  TOPIK 7 KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA DAN MENGAMBIL NOTA

7.1.3 Nota Berbentuk Jadual


Bilakah kita menggunakan nota berjadual? Format berbentuk jadual dalam
membuat nota seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.4 adalah lebih sesuai
untuk kursus Matematik dan Sains.

Rajah 7.4: Contoh format berbentuk jadual dalam membuat nota

Nota berbentuk jadual amat berguna untuk menyenaraikan langkah, penjelasan


prosedur atau untuk perbandingan antara item dan lain-lain.

7.1.4 Peta Minda


Peta minda menunjukkan hubungan antara idea dan konsep, dengan garisan
bertindak sebagai penghubung. Topik utama membentuk nukleus, manakala
idea dan konsep utama bercambah daripadanya. Rajah 7.5 menunjukkan anda
contoh peta minda.

Rajah 7.5: Contoh peta minda

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA DAN MENGAMBIL NOTA  235

Seperti yang anda lihat dalam Rajah 7.5, peta minda tidak mengikut urutan
linear.

7.1.5 Nota Ringkasan


Akhir sekali, mari kita lihat cara terakhir menulis nota, iaitu nota ringkasan.
Adakah anda lebih suka meringkaskan maklumat teks apabila membuat nota?
Jika jawapannya ya, maka nota ringkasan merupakan kaedah yang sesuai untuk
anda. Apakah maksud nota ringkasan?

Nota ringkasan ialah versi padat maklumat yang ditulis dalam bentuk
perenggan.

Jika anda bercadang untuk meringkaskan maklumat teks, anda perlu


memecahkan topik menjadi bahagian yang lebih kecil. Kadangkala, anda
terpaksa memilih kaedah ini apabila anda tidak boleh menghasilkan topik dan
subtopik kerana ia tidak wujud. Rajah 7.6 menunjukkan anda satu contoh nota
ringkasan.

Rajah 7.6: Contoh nota ringkasan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


236  TOPIK 7 KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA DAN MENGAMBIL NOTA

7.2 MEMBUAT NOTA DARIPADA BAHAN


BERCETAK
Setelah mempelajari kaedah menulis nota, kini anda boleh menggunakan
anotasi, nota rangka, nota berbentuk jadual, peta minda dan nota ringkasan
untuk menghasilkan nota yang efektif. Yang berikut ialah beberapa cadangan
untuk menulis nota daripada modul atau sumber lain:

(a) Fahami objektif supaya nota lebih memberi fokus kepada apa yang penting
dalam topik.

(b) Baca keseluruhan topik dan kemudian cuba ringkaskannya dengan


beberapa ayat menggunakan perkataan anda sendiri. Jangan ambil nota
semasa membaca topik tersebut kerana anda akan cenderung untuk
menulis terlalu banyak. Gunakan teknik membuat nota yang telah
dicadangkan.

(c) Tinggalkan ruang antara nota untuk membolehkan penambahan atau


perubahan di kemudian hari.

(d) Baca semula topik dan tambah baik nota dengan menambah perincian.

(e) Gunakan perkataan anda sendiri berbanding menyalinnya daripada teks.


Ini akan membantu anda memahami bahan tersebut dengan lebih baik.

(f) Jika anda menyalin perkataan demi perkataan, ayat atau frasa daripada
topik, jangan lupa untuk meletakkannya dalam koma bertindih untuk
menunjukkan bahawa ia dipetik daripada topik tersebut. Jangan lupa juga
untuk menulis sumber asal nota yang diambil (pengarang, tajuk, tahun
penerbitan dan nombor muka surat).

(g) Baca nota anda kembali untuk memastikan anda memahaminya. Jika ia
tidak masuk akal pada ketika itu, pasti ia tidak akan masuk akal juga pada
masa yang akan datang!

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA DAN MENGAMBIL NOTA  237

AKTIVITI 7.1
Bandingkan gaya anda membuat nota dengan cara menulis nota
yang diberikan dalam Subtopik 7.1. Adakah terdapat perbezaannya?
Tuliskan perbezaannya dan kongsi jawapan anda dengan rakan
sekuliah anda.

7.3 MENGAMBIL NOTA SEMASA TUTORIAL


Adakah anda bersetuju bahawa mengambil nota semasa tutorial ialah tugas yang
sukar? Tidak seperti buku, ketika tutorial, anda tidak boleh:
(a) Mengawal kelajuan ucapan;
(b) Mengharapkan tutor untuk mengulangi keseluruhan tutorial; dan
(c) Meminta tutor menyusun perkataan penting atau memperlahankan
kelajuannya supaya anda boleh mengambil nota dengan lebih berkesan
semasa tutorial.

Oleh itu, yang berikut ialah cadangan bagaimana anda boleh menyediakan
diri anda dengan lebih baik untuk tutorial supaya lebih mudah untuk anda
mengambil nota dengan berkesan (lihat Rajah 7.7).

Rajah 7.7: Empat cadangan cara mengambil nota dengan efektif semasa tutorial

Empat cadangan ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik berikutnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


238  TOPIK 7 KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA DAN MENGAMBIL NOTA

7.3.1 Menyiapkan Diri Anda untuk Tutorial


Perlu diingat bahawa tiada kemahiran akan menjadi berkesan jika anda tidak
bersedia untuk kelas. Oleh itu, penting untuk anda membaca keseluruhan topik
dahulu sebelum memasuki kelas supaya apa sahaja yang dibincangkan di dalam
kelas atau apa sahaja yang dituturkan oleh tutor seperti biasa didengar.
Tindakan ini dipanggil sebagai prabacaan. Prabacaan membantu anda:
(a) Mengaktifkan pengetahuan sedia ada;
(b) Mengembangkan skema mental; dan
(c) Membolehkan anda membuat hubungan yang pintar.

Ia akan membawa kepada pemahaman yang lebih baik terhadap bahan bacaan
anda dan seterusnya membina minat di dalam kelas. Bacaan secara kritikal
menggunakan pengalaman dan pendapat anda sendiri. Ini akan membantu anda
mengembangkan pengetahuan asas bagi subjek tersebut. Seterusnya, anda akan
dapat memikirkan konsep kandungan kursus yang dibincangkan dalam tutorial
serta meningkatkan pemahaman anda terhadap subjek.

Pada umumnya, untuk bersedia, anda mesti membaca! Anda telah belajar cara
untuk mengoptimumkan pembacaan anda dalam Topik 6 tetapi ingat, membaca
modul sahaja tidak mencukupi. Anda perlu mendapatkan bahan atau sumber
sokongan untuk meningkatkan pengetahuan anda tentang kandungan kursus.

Sebagaimana membaca adalah penting dalam persiapan ke kelas, membuat nota


juga sama pentingnya seperti yang ditekankan dalam topik ini. Hal ini kerana
nota akan mengukuhkan pemahaman anda tentang apa yang anda telah baca
untuk kursus tersebut. Oleh itu, anda digesa untuk menggunakan kemahiran ini
dengan berkesan bagi menyiapkan diri anda untuk tutorial.

Walaupun anda tidak faham apa yang sedang dibentangkan, anda sekurang-
kurangnya akan memahami idea yang asas. Biasakan diri dengan isu yang
dibangkitkan semasa tutorial agar pengambilan nota menjadi lebih mudah dan
anda juga akan dapat menambah nota anda sendiri yang telah dibuat ketika
membaca.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA DAN MENGAMBIL NOTA  239

AKTIVITI 7.2

Berdasarkan gaya pembacaan anda, bagaimanakah anda membuat nota


daripada modul sebelum menghadiri tutorial?

7.3.2 Mendengar Semasa Tutorial


Setelah anda bersedia dengan pengetahuan asas daripada topik, matlamat utama
anda adalah mendapatkan mesej yang disampaikan oleh tutor ketika di dalam
kelas. Walau bagaimanapun, mesej yang disampaikan mungkin tidak selalunya
jelas. Oleh itu, ia adalah penting untuk anda mendengar dengan teliti dan
mengambil nota.

Ramai pelajar merasakan kerana mereka boleh mendengar, mereka sedang


mendengar. Untuk makluman anda, pendengaran dan mendengar ialah dua
perkara yang berbeza. Perlu diingat bahawa membiarkan perkataan mengalir
masuk ke dalam telinga anda bukanlah mendengar.

Mendengar ialah aktiviti berfikir dan kaedah yang paling biasa digunakan
dalam pembelajaran.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk meningkatkan kemahiran mendengar?


Kemahiran mendengar boleh diperbaiki melalui panduan dan latihan. Terdapat
pelbagai strategi yang boleh anda gunakan untuk menjadi pendengar yang lebih
berkesan ketika tutorial secara bersemuka. Strategi tersebut ialah:

(a) Elakkan gangguan yang boleh mengganggu tumpuan anda (jangan duduk
di sebelah rakan kursus yang banyak bercakap atau yang mempunyai
personaliti atau rupa yang akan mengganggu tumpuan anda, atau jangan
duduk berhampiran pintu atau tingkap yang mana terdapat banyak bunyi
atau pergerakan yang mengganggu).

(b) Dengar mesej yang diperkatakan, beri perhatian kepada penekanan yang
diberikan oleh tutor terhadap topik tersebut. Anda mesti ambil tahu apa
maklumat yang telah disampaikan di dalam kelas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


240  TOPIK 7 KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA DAN MENGAMBIL NOTA

(c) Sentiasa mengaitkan idea dengan perbincangan tutorial sebelum ini ke


dalam modul anda, dan sumber sokongan lain dan dengan pengalaman
anda sebelum ini.

(d) Cari petunjuk daripada tutor yang mungkin memberikan sedikit maklumat
tentang apa yang boleh dianggap sebagai perkara penting. Jika tutor
menggunakan ilustrasi dan memberi tumpuan yang lebih lama mengenai
isu tertentu, ini boleh menjadi „petunjuk‰ yang dicari. Petunjuk boleh sama
ada dalam bentuk vokal atau visual.

(e) Ambil nota kerana beberapa maklumat mungkin tiada dalam modul dan
anda perlu merekodkan maklumat ini untuk rujukan pada masa hadapan.
Nota juga bertindak sebagai satu bentuk ingatan alternatif kerana ia adalah
mustahil untuk anda mengingati dengan tepat semua perkara yang telah
anda dengar. Simpan nota tersebut kerana ia akan membantu dalam
persediaan untuk penilaian anda.

(f) Kenal pasti bahan yang sesuai untuk dijadikan nota. Cuba belajar untuk
membezakan perkara yang anda perlu tulis dan perkara yang anda
boleh abaikan. JANGAN MENYALIN SEGALA-GALANYA YANG
DIPERKATAKAN OLEH TUTOR ANDA!

(g) Tulis tarikh/masa tutorial/nama tutor/subjek yang dibincangkan. Ini


penting untuk memudahkan anda apabila anda perlu menyemak semula
nota tersebut berbulan-bulan kemudian dan perlu merujuk kepada urutan
yang betul untuk tutorial atau subjek tersebut.

(h) Cuba kenal pasti isu utama, kata kunci dan frasa utama. Tuliskannya jika
anda tidak boleh mengambil nota secara sistematik. Tuliskannya dengan
serta-merta. Anda boleh menggunakan mana-mana daripada lima cara
membuat nota, iaitu anotasi, nota rangka, nota berbentuk jadual, peta
minda dan nota ringkasan mengikut keselesaan anda.

(i) Sediakan ruang semasa mengambil nota. Terdapat beberapa format yang
anda boleh gunakan ketika mengambil nota seperti ditunjukkan dalam
rajah sebelum ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA DAN MENGAMBIL NOTA  241

(j) Gunakan singkatan anda sendiri berdasarkan keperluan dan keselesaan


anda ketika mengambil nota dengan cepat dan ringkas. Anda boleh cuba
hilangkan bunyi vokal (contohnya, dalam you  buang huruf „y‰ dan „o‰;
dalam student  buang huruf „u‰ dan „e‰). Yang berikut merupakan
beberapa contoh singkatan dan simbol (rujuk Rajah 7.8 dan 7.9):

Rajah 7.8: Singkatan

Rajah 7.9: Simbol

Ingat, memang tidak mudah untuk mengambil nota ketika anda juga perlu
mendengar apa yang dikemukakan oleh tutor dan rakan sekuliah anda.

Selain itu, terdapat cabaran lain seperti tutor yang membosankan, slaid tidak
jelas dan projektor LCD rosak dan sebagainya. Ini merupakan sebahagian
daripada halangan dalam pengambilan nota yang berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


242  TOPIK 7 KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA DAN MENGAMBIL NOTA

AKTIVITI 7.3

1. Pada pendapat anda, bagaimanakah kemahiran mendengar dapat


membantu dalam pengambilan nota?

2. Bagaimanakah seseorang boleh mengambil nota dalam


persekitaran yang mengganggu pendengaran dan penglihatannya?
Bincangkan jawapan anda dengan rakan anda.

7.3.3 Semakan Selepas Tutorial


Sekarang apa yang patut kita buat selepas tutorial? Yang berikut ialah beberapa
cadangan mengenainya:

(a) Semak nota anda dengan seberapa segera selepas tutorial kerana semakin
lama anda menunggu untuk menyemak, semakin kurang perkara yang
akan anda ingat.

(b) Tulis semula jika perlu dan isi kekosongan yang ada dengan menggunakan
nota orang lain atau membaca bahan dari perpustakaan.

(c) Sahkan ketepatan nota anda dengan membaca teks yang dicadangkan atau
rujukan lain, atau membandingkannya dengan nota yang diambil oleh
rakan sekuliah untuk memastikan bahawa fakta dan gambar rajah yang
disalin adalah betul.

(d) Tambah nota anda dengan pembacaan lanjut untuk menambahkan nilai
kepada pembelajaran anda.

(e) Baca dan baca semula nota anda supaya apabila tiba waktu peperiksaan,
anda sudah biasa dengan nota itu.

(f) Gunakan nota tersebut untuk menjawab kertas peperiksaan terdahulu. Ini
akan menjadi satu ujian kebolehpercayaan untuk nota anda.

(g) Pastikan nota anda selamat dan berada dalam sistem yang mudah untuk
diambil dan digunakan semula.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA DAN MENGAMBIL NOTA  243

AKTIVITI 7.4

1. Nyatakan masalah yang anda hadapi sewaktu mengambil nota


pada tutorial anda yang lepas.

2. Senaraikan lima cara untuk membuat nota.

3. Berikan tiga sebab mengapa anda perlu membaca sebelum


menghadiri sesi tutorial.

4. Baca petikan berikut:

Hubungan tradisional guru-pelajar ialah hubungan jenis


autoritarian, yang mana guru menguasai kelas sehingga
kadang kala pelajar menjadi rendah diri dan terlampau
patuh. Oleh itu, bukanlah satu kebetulan jika hubungan
ini juga diistilahkan sebagai hubungan tuan-pelajar.
Dalam usaha untuk mencapai peluang sama rata, sikap
dan amalan autoritarian kini dipersoalkan. Peluang
sama rata dalam pembelajaran bermakna pelajar perlu
dipertimbangkan sebagai individu, masing-masing dengan
keupayaan dan potensi belajar mereka sendiri, bekerja
pada rentak dan cara yang berbeza. Ini mengambil kira
perbezaan dalam gaya pembelajaran dan pendekatan
pelajar. Pelbagai projek penyelidikan telah dijalankan
tentang pembelajaran yang memberi maklumat berkenaan
bagaimana pelajar belajar, terutamanya bagaimana mereka
belajar sebagai individu, pada kadar yang berbeza dan
mengikut corak dan cara yang berbeza.

Berdasarkan petikan ini, buat nota anda sendiri dalam format


berikut:

(a) Nota rangka; dan

(b) Peta minda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


244  TOPIK 7 KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA DAN MENGAMBIL NOTA

7.3.4 Mengambil dan Membuat Nota Elektronik


Kita tidak boleh menafikan bahawa penggunaan pen dan kertas yang mudah
masih lagi menjadi satu cara terbaik untuk merekodkan maklumat. Namun,
selain daripada cara lama tersebut, sesetengah peranti digital mempunyai
alternatif yang sangat baik dan boleh diharap untuk merakam nota dalam
bentuk elektronik. Dalam bahagian ini, anda akan diperkenalkan kepada dua
alat pengambilan nota elektronik yang popular, iaitu Evernote dan Microsoft
OneNote. Terdapat banyak lagi alat yang boleh anda teroka sendiri untuk
kegunaan anda.

(a) Evernote
Evernote (lihat Rajah 7.10) ialah alat percuma untuk mengambil dan
membuat nota.

Rajah 7.10: Evernote

Ia mempunyai fungsi untuk membuat teks, imej, audio, penandaan


(tagging) dan fungsi pelarasan (syncing) bagi antara muka web dan semua
pemasangan perisian atas meja (desktop) anda. Imej yang anda letak di
Evernote boleh dicari menggunakan carian teks, dan Evernote juga boleh
digunakan di beberapa peranti mudah alih seperti iPhone, telefon bimbit
Windows dan Android.

Anda boleh menggunakan antara muka web Evernote ini dan keratan
bookmarklet untuk menarik apa-apa nota ke dalam komputer riba anda.
Bookmarklet ialah alat untuk menandakan halaman buku dalam peranti
digital. Evernote adalah percuma dan menyediakan banyak ruangan
memori untuk anda gunakan secara maya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA DAN MENGAMBIL NOTA  245

(b) Microsoft OneNote


Microsoft OneNote ialah aplikasi mengambil dan membuat nota yang
sangat baik dan berintegrasi dengan sistem operasi Windows dalam
komputer anda (lihat Rajah 7.11).

Rajah 7.11: Microsoft OneNote


Sumber: www.genbeta.com

Sebagai contoh, OneNote 2007 boleh diselaraskan dengan web dan


komputer lain, menyediakan pelarasan dua hala dengan telefon bimbit
yang menggunakan sistem operasi Windows. Ia mempunyai fungsi carian
cepat untuk semua nota anda. Selain itu, ciri marquee OneNote juga
membolehkan pengecaman tulisan tangan pada tablet dan membenarkan
anda untuk mencari tulisan tangan anda tanpa perlu menukarkannya
kepada teks. Walau bagaimanapun, OneNote bukanlah perisian kongsi
(shareware) percuma.

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, perlu diingat bahawa sama ada anda
memilih untuk mengambil nota secara elektronik atau menggunakan pen, proses
pengambilan nota haruslah membantu pemikiran anda untuk berfikir secara
aktif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


246  TOPIK 7 KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA DAN MENGAMBIL NOTA

 Membuat dan mengambil nota adalah penting untuk pembelajaran anda


kerana ia membantu anda mengatur dan menggabungkan maklumat untuk
menjadikannya relevan atau sesuai dengan modul, tutorial dan perbincangan
dalam talian.

 Nota yang baik akan membantu anda menjimatkan masa dan usaha (dan
mengelakkan kesengsaraan) apabila tiba masanya untuk anda menulis
tugasan atau menghadapi peperiksaan.

 Terdapat lima cara menulis nota, iaitu anotasi, nota rangka, nota berbentuk
jadual, peta minda dan nota ringkasan.

 Anda boleh membuat nota dengan menulis dalam margin, menggariskan


fakta, menyerlahkan perkara utama, menggunakan tanda soal, tanda rait
atau pangkah untuk menunjukkan sama ada anda bersetuju atau tidak
bersetuju dengan kesimpulan yang dibuat dalam teks.

 Nota rangka hanya menggunakan kata kunci dan frasa. Nota ini biasanya
diletakkan nombor secara berurutan, menggunakan tajuk atau subtajuk.

 Format berbentuk jadual dalam membuat nota adalah lebih sesuai untuk
kursus Matematik dan Sains. Nota berbentuk jadual amat berguna untuk
menyenaraikan langkah, penjelasan prosedur atau untuk perbandingan
antara item dan lain-lain.

 Peta minda menunjukkan hubungan antara idea dan konsep, dengan garisan
bertindak sebagai penghubung. Topik utama membentuk nukleus, manakala
idea dan konsep utama bercambah daripadanya.

 Nota ringkasan ialah versi padat maklumat yang ditulis dalam bentuk
perenggan.

 Anda boleh menggunakan anotasi, nota rangka, nota berjadual, peta minda
dan nota ringkasan untuk menghasilkan nota yang efektif daripada bahan
bercetak. Antara cadangan dalam melakukannya ialah memahami objektif,
baca seluruh topik dan ringkaskannya, guna perkataan anda sendiri
berbanding menyalin daripada teks, baca semula nota anda untuk
memastikan anda memahaminya dan lain-lain lagi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA DAN MENGAMBIL NOTA  247

 Mengambil nota ketika kuliah ialah perkara yang sukar kerana anda tidak
dapat mengawal kelajuan ucapan, tidak boleh mengharapkan tutor anda
untuk mengulang keseluruhan tutorial dan tidak boleh meminta tutor
memperlahankan ucapannya agar anda dapat mengambil nota secara efektif
ketika tutorial. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cadangan yang
boleh anda gunakan seperti menyiapkan diri anda untuk tutorial, mendengar
semasa tutorial, menyemak selepas tutorial, dan mengambil dan membuat
nota elektronik.

Anotasi Nota rangka


Mengambil nota Nota ringkasan
Menulis nota Peta minda
Nota berbentuk jadual

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Menghadapi
8 Peperiksaan

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Bersedia untuk menghadapi peperiksaan; dan
2. Berlatih cara yang berkesan untuk menjawab pelbagai jenis soalan
peperiksaan.

 PENGENALAN
Dalam topik-topik sebelum ini, kita telah membincangkan bagaimana untuk
membaca dengan berkesan dan cara untuk mengambil dan membuat nota
daripada sumber serta membentangkan tugasan atau projek anda. Adakah anda
masih ingat? Tujuan topik tersebut adalah membantu anda mendapatkan
kemahiran yang diperlukan untuk memperoleh prestasi yang lebih baik sebagai
pelajar OUM.

Sekarang, anda berada dalam Topik 8 yang akan memperkenalkan kepada anda
cara untuk memaksimumkan prestasi anda dalam peperiksaan. Adakah anda
masih ingat bagaimana perasaan apabila menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM)? Adakah anda berasa gelisah atau tenang? Sebagai pelajar OUM,
anda perlu memasuki semula dewan peperiksaan nanti. Adakah anda telah
bersedia untuk menghadapi perasaan berdebar-debar apabila menduduki
peperiksaan?

Mudah-mudahan topik ini akan membantu anda mengorak langkah sebagai


pelajar dewasa. Topik ini dimulai dengan penerangan mengenai cara
menghadapi peperiksaan, seterusnya bagaimana untuk menjawab pelbagai jenis
soalan dalam peperiksaan. Adakah anda sudah bersedia? Mari kita meneruskan
pembelajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MENGHADAPI PEPERIKSAAN  249

8.1 PERSIAPAN UNTUK MENDUDUKI


PEPERIKSAAN
Bagaimanakah anda mempersiapkan diri untuk menduduki peperiksaan? Anda
perlu melakukan perkara berikut sebagai persiapan:

(a) Ada set nota ringkas yang baik;

(b) Belajar cara untuk mengulang kaji dan menghafal;

(c) Membuat latihan untuk menjawab soalan; dan

(d) Ada pelan belajar yang baik.

Untuk membantu anda mempersiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan, kami


mencadangkan empat kaedah berikut. Setiap kaedah dihuraikan dalam subtopik
seterusnya.

8.1.1 Mengumpul Nota


Pertama, merancang untuk menghasilkan nota yang baik dan menyimpannya
seperti yang telah disarankan dalam Topik 7. Tabiat ini harus bermula pada hari
pertama kelas anda. Ia adalah mustahil untuk proses belajar anda berjalan
dengan lancar dan berkesan tanpa set nota yang baik. Oleh itu anda perlu
berusaha untuk mengurangkan sebahagian besar daripada nota kuliah atau
bahan buku teks agar menjadi nota yang ringkas, menarik, berguna dan
komprehensif. Nota ini sepatutnya bukan sahaja rumusan tentang apa yang anda
perlu tahu tetapi juga sepatutnya dapat memberikan anda gambaran
keseluruhan topik itu.

Atur dan letakkan nota dan bahan yang anda ada dalam susunan yang betul.
Anda boleh menulis semula bahan tersebut pada sehelai kertas, memasukkannya
ke dalam buku skrap atau memfailkannya. Susun nota anda secara sistematik
sebaik mungkin. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan kertas berwarna
yang berlainan atau pen berwarna yang berbeza untuk setiap topik. Ada pelajar
menggunakan kad indeks untuk nota mereka. Yang paling penting, cuba untuk
hadir kesemua kelas agar anda tidak ketinggalan mengenai fakta yang penting.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


250  TOPIK 8 MENGHADAPI PEPERIKSAAN

8.1.2 Mengulang Kaji dan Menghafal


Apakah maksud ulang kaji? Ulang kaji bukan hanya bermaksud membaca.
Membaca sepintas lalu (skimming) nota hanyalah sebahagian kecil daripada
peringkat ulang kaji dan anda biasanya melakukannya pada sebelah malam
sebelum hari peperiksaan. Maka apakah yang dimaksudkan dengan ulang kaji?

Ulang kaji bermaksud penyertaan aktif oleh otak anda.

Dengan kata lain, otak anda perlu bekerja mengumpul dan menganalisis konsep
dan idea utama, mendaftarkannya, dan menerapkannya pada situasi baharu.

Selain itu, ulang kaji turut menyemak sama ada anda faham sesuatu topik,
mencari hubung kait antara topik yang berbeza dan melihat bagaimana setiap
topik saling bertaut. Ia juga mengingatkan anda perkara yang anda sudah lupa
dan juga bertindak sebagai cara untuk mengukuhkan pembelajaran dan mengisi
jurang pengetahuan anda.

Ketika mengulang kaji, anda digalakkan untuk memahami topik dan mengingat
konsep, idea dan maklumat yang penting seperti yang digambarkan dalam
Rajah 8.1.

Rajah 8.1: Bagaimana untuk mengulang kaji dan menghafal

Dua langkah dalam mengulang kaji dan menghafal ini diterangkan seperti yang
berikut:

(a) Memahami Topik


Yang berikut ialah beberapa petua yang boleh membantu anda memahami
topik semasa proses ulang kaji anda (lihat Jadual 8.1).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MENGHADAPI PEPERIKSAAN  251

Jadual 8.1: Beberapa Petua untuk Proses Mengulang Kaji

Petua Deskripsi
Mengetahui Mula-mula, lihat rangka kursus tersebut, sukatan
kandungan kursus pelajaran, tugasan, ujian dan komen daripada tutor
anda anda. Ia boleh memberi anda idea yang jelas di mana
anda harus memulakan ulang kaji anda.
Mengenal pasti topik Anda boleh membaca keseluruhan modul tetapi
yang penting tumpukan perhatian pada topik yang anda rasa akan
masuk dalam peperiksaan. Ingat, bekerja keras dan
dengan bijak.
Merujuk kepada Rujuk semula nota yang anda sediakan semasa
bahan membaca modul dan sumber tambahan yang lain serta
nota daripada penyertaan atau perbincangan anda
dalam tutorial.
Menyediakan soalan Kemukakan soalan dengan bertanyakan kepada diri
sendiri apa yang anda perlu tahu tentang topik tersebut.
Cuba untuk menjawab soalan tersebut menggunakan
bahan yang anda ada.
Mengaitkan topik Uji kefahaman anda mengenai konsep utama kursus.
dengan idea Huraikan bahagian tertentu dengan menjelaskan
maksud bahagian yang sukar atau penting bagi kursus
itu. Tambah maklumat lanjut yang anda fikirkan
sesuai dan jelaskan perkaitan antara idea dan konsep
tersebut. Anda boleh menggunakan kaedah pemetaan
atau mana-mana kaedah lain untuk membantu anda
melakukannya. Kaedah ini boleh membantu anda
menggambarkan kandungan kursus dengan lebih
lengkap dan juga melihat perkaitan antara setiap
subtopik dan butirannya.
Belajar secara Belajar dengan sekumpulan orang yang anda rasa
berkumpulan selesa ialah cara yang paling berkesan untuk
mengulang kaji. Kumpulan ulang kaji suka sama suka
ini akan membantu anda dalam menjelaskan dan
menekankan konsep dan idea utama dengan rakan
anda. Ia juga akan memastikan anda berada pada
landasan yang betul. Jika sukar untuk anda menetapkan
masa pertemuan dengan ahli kumpulan anda, gunakan
forum perbincangan dalam talian di myINSPIRE untuk
perbincangan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


252  TOPIK 8 MENGHADAPI PEPERIKSAAN

(b) Mengingati Konsep atau Idea Penting


Proses ulang kaji anda tidak lengkap tanpa menghafal elemen dan butiran
penting. Anda perlu memahami fakta, malahan perlu mengingat semula
idea dan konsep utama. Bagaimanakah cara melakukannya? Salah satu cara
untuk menghafal istilah, fakta dan formula yang sukar adalah dengan
membuat senarai dan cuba untuk menulisnya semula. Lihat apa yang anda
terlupa masukkan. Perkara yang sukar untuk anda ingati perlulah diberi
perhatian yang lebih.

Bahagian seterusnya membincangkan beberapa petua umum untuk


meningkatkan kemahiran menghafal anda. Salah satu alat yang boleh
digunakan untuk membantu anda mengingati senarai perkara ialah
mnemonik.

(i) Petua yang Biasa untuk Meningkatkan Kemahiran Menghafal


Menghafal boleh dikatakan bahagian paling penting dalam peringkat
ulang kaji dan juga adalah yang paling sukar. Yang berikut ialah
beberapa petua yang boleh membantu anda meningkatkan kemahiran
menghafal (lihat Jadual 8.2).

Jadual 8.2: Petua untuk Meningkatkan Kemahiran Menghafal

Petua Deskripsi
Memahami bahan Belajar konsep umum dahulu sebelum ke butiran.
Dengan memahami konsep umum, lebih mudah
untuk anda mengaitkan antara konsep utama
dengan butiran. Cuba menggunakan teknik SQ3R
untuk membaca bagi membantu anda menguasai
kandungan dengan lebih baik. SQ3R ialah
singkatan kepada Membuat Tinjauan (Survey),
Soalan (Question), Membaca (Read), Menyebut
(Recite) dan Menyemak (Review). Jadual 8.3
menerangkan teknik SQ3R dengan lebih lanjut.
Menghafal melalui Kaitkan bahan yang anda belajar dengan kejadian
hubung kait dengan dalam hidup anda. Ini memudahkan anda
pengalaman anda mengingatinya dan ia akan berada dalam memori
sendiri anda untuk jangka yang sangat panjang.
Hubung kait yang Selain mengaitkan idea utama dengan pengalaman
jelas anda sendiri, anda juga boleh mereka cerita
mengenai suatu fakta atau bahan tertentu. Cuba
menggandingkan fakta atau idea dengan muzik,
imej atau apa-apa yang anda sukai. Kisah yang
anda reka perlulah masuk akal tetapi ia boleh juga
menjadi kisah lucu dan mengarut (silly).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MENGHADAPI PEPERIKSAAN  253

Memori visual Kebanyakan daripada kita menyerap segala


maklumat dan fakta dengan baik jika ia dikodkan
secara visual. Terdapat banyak cara untuk
menggambarkan maklumat. Sebagai contoh, anda
boleh melukis rajah, jadual, gambar, kartun
dan graf. Melalui cara ini, anda akan dapat
mengeluarkan dan mengetengahkan perkara
penting dan melihat hubung kait antara topik dan
idea.

Memori visual mungkin semudah menulis ayat


atau pernyataan atau melukis peta minda. Bagi
sesetengah topik, ia adalah mustahil untuk anda
melukis gambar atau graf dan mewakilinya secara
visual. Menulis pernyataan, teori atau formula,
mengulangi dan membacanya semula akan
membantu anda mengingat.
Menyebutnya Apabila anda cuba menghafal sesuatu, ia adalah
lebih baik jika anda boleh menyebutnya. Pastikan
tempat belajar anda jauh daripada orang lain atau
anda mungkin akan mengganggu mereka
(ingatlah bahawa aktiviti ini boleh menyakitkan
hati rakan sebilik atau keluarga anda). Anda boleh
mengulangi maklumat perkataan demi perkataan
seperti dalam nota atau gunakan perkataan anda
sendiri untuk menjelaskannya.

Selain itu, anda boleh mengadakan perbincangan


secara berkumpulan dengan rakan anda. Satu lagi
cara yang baik untuk meningkatkan daya ingatan
adalah dengan mengajar orang lain tentang topik
itu. Jika anda tidak mempunyai sesiapa untuk
diajar, berlakonlah sebagai guru. Dengan
melakukannya, anda akan mendapat pemahaman
yang mendalam mengenai topik itu dan dapat
mengenal pasti bahagian mana yang anda perlu
beri perhatian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


254  TOPIK 8 MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Sekarang mari kita mempelajari teknik SQSR dengan lebih mendalam


(lihat Jadual 8.3).

Jadual 8.3: Teknik SQ3R

Langkah Tindakan
Membuat Membaca sepintas lalu teks untuk mengenal pasti tajuk, tajuk
tinjauan kecil dan mana-mana ciri utama lain dalam teks.
Soalan Bertanyakan soalan tentang kandungan teks (contohnya,
teks mengenai apa dan bagaimana maklumat ini
mempunyai hubung kait dengan topik).
Membaca Membaca teks dan cuba untuk menjawab soalan yang
dikemukakan dalam langkah „Soalan‰ tadi.
Menyebut Menyebut maklumat penting daripada teks untuk
menghantarnya kepada memori. Sebutan perlu dilakukan
menggunakan perkataan anda sendiri untuk menunjukkan
pemahaman anda.
Menyemak Baca maklumat sekali lagi untuk menyemak pemahaman
anda. Semakan kerap perlu dijadualkan untuk memastikan
apa yang diperoleh disimpan dalam memori jangka
panjang.

(ii) Menggunakan Mnemonik untuk Meningkatkan Kemahiran Menghafal


Apakah yang dimaksudkan dengan mnemonik?

Mnemonik ialah alat seperti formula, sajak atau akronim untuk


membantu anda mengingati fakta atau idea.

Salah satu contoh mnemonik yang paling popular ialah akronim.

Akronim ialah perkataan atau nama yang terbentuk daripada


huruf pertama bagi setiap perkataan yang ada hubung kaitnya.

Bolehkah anda memberikan beberapa contoh akronim? „UNESCO‰


dan „ASEAN‰ ialah contoh akronim.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MENGHADAPI PEPERIKSAAN  255

Salah satu kaedah yang terbaik untuk membantu anda mengingati


senarai nama yang sukar untuk dihafal adalah dengan menggunakan
akronim. Mari kita lihat Rajah 8.2 yang memaparkan contohnya.

Rajah 8.2: Akronim „HOMES‰ yang terdiri dari lima tasik hebat di Amerika
Utara, iaitu Huron, Ontario, Michigan, Erie dan Superior

Walau bagaimanapun, akronim jenis ini kadangkala tidak menjadi


seperti yang dapat dilihat dalam contoh berikutnya. Oleh itu, anda
mungkin perlu menggunakan ayat mnemonik.

Mari kita cuba membuat ayat mnemonik dengan senarai sembilan


planet yang disenaraikan berikut. Senarai ini disusun dari terdekat
kepada paling jauh dari Matahari:

Planet Utarid (Mercury), Zuhrah (Venus), Bumi (Earth), Marikh


(Mars), Musytari (Jupiter), Zuhal (Saturn), Uranus, Neptun (Neptune)
dan Pluto.

Jika anda menggunakan kaedah akronim mnemonik untuk senarai


ini, anda akan mendapat akronim MVEMJSUNP yang tidak logik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


256  TOPIK 8 MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Oleh itu, anda boleh cuba membina ayat mnemonik. Satu contoh ialah
„My Very Energetic Mother Just Served Us Nine Pizzas‰ (Ibu saya
yang sangat bertenaga baru sahaja menghidangkan kami sembilan
keping piza). Tidakkah anda rasa kaedah ini lebih mudah untuk
mengingati fakta? Jika anda rasa ia mudah, cuba gunakan kaedah ini
untuk senarai yang sukar untuk diingati.

8.1.3 Membuat Latihan untuk Menjawab Soalan


Proses ulang kaji anda tidak lengkap tanpa mengaplikasikan dan menggunakan
pengetahuan yang telah anda pelajari. Salah satu cara terbaik untuk anda
menggunakan konsep utama yang telah difahami adalah dengan berlatih.
Melalui cara ini, anda boleh mengukur prestasi dan pencapaian anda setakat ini.

Gunakan kertas peperiksaan yang lepas. Kertas soalan peperiksaan yang lepas
akan memberikan anda idea tentang bagaimana soalan akan kelihatan dan apa
jenis soalan yang akan ditanya. Walaupun format soalan telah ditukar, kertas
peperiksaan yang lepas boleh berfungsi sebagai penilaian kendiri untuk
membina keyakinan sebelum peperiksaan.

8.1.4 Merancang dan Menjadualkannya


Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, dalam mempersiapkan diri untuk
menduduki peperiksaan (selain daripada mengambil nota, mengulang kaji dan
menghafal), anda perlu merancang dan menjadualkan proses persediaan anda.
Oleh itu, mempunyai pelan yang konsisten dan realistik adalah penting.

Pastikan ia fleksibel dan cuba untuk capai beberapa jenis corak dan rutin. Ini
akan memberikan anda lebih kawalan tentang apa yang perlu dilakukan.
Agihkan masa ulang kaji anda ke dalam tempoh yang singkat, misalnya, 50 minit
bagi setiap sesi. Seterusnya berehat seketika selama 10 minit antara sesi.
Gantikan sesi anda dengan topik dan subjek berbeza untuk mengelakkan
kebosanan.

AKTIVITI 8.1

Lukiskan peta minda tentang bagaimana anda mempersiapkan diri


untuk menghadapi ujian penilaian dengan berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MENGHADAPI PEPERIKSAAN  257

8.2 JENIS SOALAN PEPERIKSAAN


Salah satu aspek yang sangat penting dalam persediaan menghadapi
peperiksaan ialah kebiasaan anda dengan jenis soalan peperiksaan yang akan
dijawab. Apakah jenis soalan yang biasanya ditetapkan? Terdapat beberapa jenis
soalan yang boleh dikategorikan kepada jenis objektif seperti benar-palsu, aneka
pilihan, padanan, mengisi tempat kosong; dan jenis subjektif, misalnya, esei.
Dalam subtopik yang berikut, kita akan membincangkan cara untuk menjawab
setiap jenis soalan.

8.2.1 Soalan Objektif


Terdapat tiga jenis soalan objektif yang biasa seperti yang dipaparkan dalam
Rajah 8.3.

Rajah 8.3: Tiga jenis soalan objektif yang biasa

Ketiga-tiga jenis soalan objektif ini diterangkan seperti yang berikut:

(a) Soalan Benar-Palsu


Soalan benar-palsu memberikan pernyataan dan anda perlu memilih
sama ada ia benar atau tidak. Ia menguji pengetahuan anda tentang fakta.
Soalan benar-palsu mungkin mengelirukan. Anda perlu membaca dengan
teliti setiap penyataan dan memutuskan sama ada ia benar atau palsu.
Kemungkinan mendapatkan jawapan yang betul ialah 50:50. Mari kita lihat
Rajah 8.4 yang memaparkan contoh soalan benar-palsu.

Rajah 8.4: Contoh soalan benar-palsu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


258  TOPIK 8 MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Mari kita melihat Jadual 8.4 yang memberikan anda beberapa petua untuk
menjawab soalan benar-palsu.

Jadual 8.4: Beberapa Petua untuk Menjawab Soalan Benar-Palsu

Petua Deskripsi
Andaikan ia Jika anda tidak pasti sama ada pernyataan itu benar atau palsu,
benar anggaplah ia benar. Ini kerana set soalan benar-palsu cenderung
memasukkan penyataan yang benar lebih banyak daripada yang
palsu.
Pengubah Penyataan yang memasukkan pengubah ekstrim seperti selalu,
(modifier) semua, hanya dan tidak pernah, biasanya ialah penyataan yang
ekstrim palsu. Ini kerana ia biasanya menjadikan penyataan tersebut
biasanya tiada pengecualian. Yang berikut ialah contoh pernyataan
palsu menggunakan pengubah ekstrim:

Penerang Pernyataan yang merangkumi penerang seperti beberapa, kerap,


(qualifiers) banyak atau kadang-kadang cenderung menjadi pernyataan yang
biasanya benar. Yang berikut ialah contoh pernyataan dengan penerang:
benar

Seluruh Untuk satu pernyataan menjadi benar, ia mestilah benar untuk


pernyataan keseluruhan pernyataan. Jika ada bahagian pernyataan yang
mestilah tidak benar, maka ia pernyataan palsu.
benar
Mengenal Kenal pasti kata kunci dan frasa. Mengenal pasti kata kunci dan
pasti kata frasa membantu anda menentukan sama ada ia benar atau palsu.
kunci

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MENGHADAPI PEPERIKSAAN  259

Memberi Pernyataan yang mengandungi perkataan negatif sering


perhatian mengelirukan dan memerlukan perhatian yang teliti. Anda
kepada digalakkan untuk menyerlahkan perkataan negatif dan membaca
perkataan kenyataan itu beberapa kali. Yang berikut ialah contoh
negatif pernyataan benar-palsu yang mengandungi perkataan negatif:

(b) Soalan Aneka Pilihan (MCQ ă Multiple-Choice Questions)


Satu lagi jenis soalan objektif ialah soalan aneka pilihan (biasanya disebut
MCQ). MCQ terdiri daripada pernyataan yang tidak lengkap atau soalan
(dikenali sebagai stem) yang diikuti dengan tiga hingga lima jawapan yang
mungkin untuk melengkapkannya. Ia teknik menyoal yang popular.

Mari kita perhatikan Rajah 8.5 yang memaparkan contoh dua MCQ.

Rajah 8.5: Beberapa contoh MCQ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


260  TOPIK 8 MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Sekarang mari kita lihat Jadual 8.5 yang menyenaraikan beberapa petua
untuk menjawab MCQ:

Jadual 8.5: Beberapa Petua untuk Menjawab MCQ

Petua Deskripsi
Pilih jawapan Baca soalan dan semua pilihan yang diberikan sebelum
yang terbaik memilih jawapan. Ingat, dalam MCQ, anda perlu memilih
hanya satu jawapan yang terbaik. Semua jawapan mungkin
betul tetapi hanya ada satu jawapan yang terbaik. Mari kita
lihat contoh berikut:

Sebagai pelajar, anda perlu ................ untuk cemerlang


dalam peperiksaan anda.
A. makanan berkhasiat
B. buku
C. masa
D. mengulang kaji

Untuk soalan tadi, semua pilihan ialah jawapan yang mungkin


tetapi jawapan yang terbaik ialah D.
Buang Mulakan dengan mengenal pasti jawapan yang salah dan
jawapan yang bukannya mencari jawapan yang betul. Apabila anda pasti
salah bahawa salah satu jawapan adalah salah, potong jawapan itu.
Ini boleh membantu anda untuk mencari jawapan yang terbaik.
Sebagai contoh:

Untuk membolehkan anda menyambung ke


Internet, anda memerlukan .................
A. monitor
B. Adobe® Acrobat® Reader®
C. wayar telefon
D. modem

Untuk soalan ini, anda membuang jawapan yang salah dahulu,


iaitu pilihan jawapan A dan B yang sememangnya salah.
Jawapan yang terbaik ialah D.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MENGHADAPI PEPERIKSAAN  261

Menganggap Hubungkan stem (soalan) dengan setiap satu daripada jawapan


setiap pilihan yang mungkin. Kemudian, anggap setiap pilihan jawapan
jawapan sebagai persoalan benar-palsu. Dengan memeriksa setiap
seperti soalan penyataan berasingan sebagai benar atau palsu, anda boleh
benar-palsu mencari jawapan yang terbaik.
Berhati-hati Beri perhatian teliti kepada penyataan „semua di atas‰ dan
dengan „tiada jawapan di atas‰ kerana salah satu daripadanya boleh
„semua di menjadi jawapan yang betul. Jika anda dapat mencari satu
atas‰ dan jawapan yang salah, anda secara automatik boleh
„tiada menghapuskan jawapan „semua di atas‰. Jika anda fikir
jawapan di bahawa ada dua daripada tiga jawapan adalah betul, maka
atas‰ semua di atas mungkin betul.

Walau bagaimanapun, jika anda pasti sekurang-kurangnya


salah satu jawapan adalah betul, maka anda boleh
menghapuskan „tiada jawapan di atas‰. Yang berikut ialah dua
contoh MCQ dengan „semua di atas‰ dan „tiada jawapan di
atas‰ sebagai jawapan yang mungkin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


262  TOPIK 8 MENGHADAPI PEPERIKSAAN

(c) Isi Tempat Kosong atau Pengisian Jurang


Soalan jenis ini adalah berbeza daripada MCQ dan benar-palsu kerana
anda tidak mempunyai pilihan jawapan dalam soalan itu sendiri. Soalan
pengisian jurang memerlukan jawapan yang sangat pendek dan biasanya
senarai jawapan disediakan. Anda perlu memilih jawapan yang paling
sesuai dan tepat untuk mengisi tempat kosong dalam pernyataan soalan.
Contoh bagi jenis soalan ini ditunjukkan dalam Rajah 8.6.

Rajah 8.6: Soalan isikan tempat kosong

SEMAK KENDIRI 8.1


Senaraikan perkara penting dalam menjawab:
(a) Soalan benar-palsu.
(b) Soalan aneka pilihan.
(c) Soalan isi tempat kosong.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MENGHADAPI PEPERIKSAAN  263

AKTIVITI 8.2

Jawab soalan benar-palsu berikut. Terangkan mengapa anda memilih


jawapan Benar atau Palsu untuk setiap penyataan.

B P Belajar secara berkumpulan merupakan satu-satunya


cara untuk meningkatkan daya ingatan anda.
B P Sesetengah orang suka belajar di atas katil.
B P Tiada cara anda boleh mencapai keputusan yang baik
jika anda belajar pada saat akhir.
B P Perempuan selalunya lebih bijak daripada lelaki.
B P Anda tidak sepatutnya belajar selepas makan.
B P Kejutan ialah sesuatu yang tidak dijangka.

8.2.2 Soalan Subjektif


Soalan jenis subjektif biasanya ialah soalan esei. Sesetengah pelajar suka soalan
jenis ini kerana jawapannya tidak konkrit. Walau bagaimanapun, soalan ini
boleh mungkin sukar kerana terdapat pelbagai pendekatan untuk menjawabnya.
Anda perlu banyak membaca dan bersedia untuk menjawab soalan ini. Yang
berikut ialah contoh soalan esei:

Guru perlu cekap dalam menggunakan beberapa kaedah pengajaran di dalam


kelas. Terangkan langkah-langkah yang perlu diambil dalam melaksanakan
perbincangan dan syarahan sebagai kaedah pengajaran.
(20 markah)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


264  TOPIK 8 MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Yang berikut ialah format lain soalan esei yang terdiri daripada ayat rangsangan
dan dua atau tiga soalan. Soalan esei jenis ini kadangkala dirujuk sebagai soalan
esei yang diubah suai.

Soalan aneka pilihan ialah item ujian popular digunakan untuk mengukur
tahap pembelajaran pelajar.
(a) Terangkan dengan contoh yang sesuai, format soalan aneka pilihan.
(8 markah)
(b) Sejauh manakah kesesuaian soalan aneka pilihan dalam ujian kemahiran
bahasa untuk pelajar? Bincangkan.
(12 markah)

Tidak seperti MCQ, soalan subjektif (terutamanya soalan esei) ialah item bekalan
yang anda dikehendaki untuk membekalkan jawapannya. Anda dikehendaki
mengarang jawapan anda yang biasanya lebih daripada satu ayat.

Jadual 8.6 menyenaraikan beberapa petua untuk menjawab soalan subjektif.

Jadual 8.6: Beberapa Petua untuk Menjawab Soalan Subjektif

Petua Deskripsi
Membaca Baca arahan dengan teliti. Anda perlu jelas tentang berapa banyak
arahan soalan yang anda perlu jawab.
Mendapatkan Selepas membaca soalan, jangan takut untuk mendapatkan
penjelasan penjelasan jika anda masih tidak jelas pada bahagian tertentu soalan
itu.
Membahagikan Semak markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan dan
masa anda subsoalan. Tidak berbaloi untuk anda menulis jawapan sehingga
dengan bijak penuh satu halaman untuk soalan yang bernilai hanya 3 markah.

Sebaliknya, anda mungkin perlu membuat perancangan yang teliti


bagi soalan yang bernilai 15 markah. Bahagikan masa anda dengan
bijak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MENGHADAPI PEPERIKSAAN  265

Memahami Pastikan anda menjawab soalan dengan tepat. Baca arahan pada
soalan soalan dengan teliti. Silap faham tentang soalan boleh menyebabkan
anda memberikan jawapan yang salah.
Mengikut Jika jawapan esei itu mempunyai format yang telah ditetapkan, ikut
format format atau anda akan kehilangan markah. Semak dengan tutor
anda sebelum peperiksaan.
Menyediakan Tulis jawapan yang teratur. Untuk menulis esei yang baik, anda
rangka dan perlu menstrukturkan esei anda supaya ia mempunyai pengenalan,
mencatatkan isi kandungan dan kesimpulan.
isu utama
Catatkan perkara, idea dan kata kunci utama serta butiran sokongan
dalam setiap satu daripada bahagian esei. Di sini anda boleh
menggunakan kaedah mnemonik, graf, peta minda dan lain-lain.
Tuliskan apa-apa perkara yang boleh anda fikirkan dan cuba
kaitkannya dengan idea utama. Sebagai contoh, jika topiknya ialah
Bincangkan Kelebihan Belajar Jarak Jauh, yang berikut mungkin
perkara utama (key points) dan perkara sampingan (sub-points)
(lihat Rajah 8.7).

Rajah 8.7: Perkara utama dan perkara sampingan bagi pembelajaran


jarak jauh

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


266  TOPIK 8 MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Menyediakan Seterusnya, mulakan dengan pengenalan yang komprehensif dan


rangka dan akhiri esei dengan kesimpulan yang baik (lihat Rajah 8.8).
mencatatkan
isu utama
(Samb)

Rajah 8.8: Rangka untuk bahagian pengenalan, isi kandungan dan


kesimpulan berkenaan kelebihan pembelajaran jarak jauh
Tulisan yang Pastikan tulisan tangan anda kemas dan mudah dibaca.
kemas
Satu Gunakan satu perenggan untuk membincangkan setiap perkara
perenggan bagi baharu. Setiap perenggan mesti mempunyai:
setiap perkara  Perkara utama: Ini ialah pernyataan yang menekankan dan jelas
menerangkan idea utama.
 Perkara sampingan: Anda perlu menulis penyataan yang
seterusnya yang boleh mengukuhkan idea utama anda. Cara
yang paling biasa untuk melakukannya merupakan menunjukkan
atau menerangkan contoh yang boleh menyokong perkara utama.
Jangan Sesetengah pelajar yang mempunyai masa yang lebih, cenderung
menjawab untuk menjawab soalan tambahan. Anda hanya membuang masa
soalan jika melakukannya. Sebaliknya, ia adalah lebih baik sekiranya anda
tambahan membaca pruf (proofread) karangan yang telah anda tulis. Jangan
menjawab soalan tambahan kerana dalam kebanyakan kes,
pemeriksa anda mengabaikannya.
Membaca pruf Anda perlu membaca pruf bagi jawapan anda sebelum
jawapan anda menghantarnya. Mungkin ada beberapa kesalahan kecil yang boleh
diperbetulkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MENGHADAPI PEPERIKSAAN  267

Soalan esei mungkin dalam bentuk pertanyaan, bermula dengan perkataan


seperti „apakah‰, „mengapakah‰ dan „bagaimanakah‰ atau dalam bentuk
imperatif, bermula dengan perkataan arahan seperti „bincangkan‰, „takrifkan‰,
„jalankan analisis‰ dan „jelaskan‰. Contohnya adalah seperti yang berikut:

(a) Bentuk pertanyaan: Apakah sebab-sebab Perang Dunia Kedua berlaku?

(b) Bentuk imperatif: Jalankan analisis bagi punca Perang Dunia Kedua.

Untuk soalan pertama yang bermula dengan „apakah‰, keperluannya agak jelas.
Namun soalan kedua yang bermula dengan perkataan arahan „jalankan
analisis‰. Walaupun sukar untuk mentafsirkan perkataan itu bagi menentukan
kehendak soalan, kadangkala ia tugas yang berat untuk menentukan apa yang
diperlukan bagi soalan esei sebegini. Oleh itu, ia penting untuk anda mengetahui
makna perkataan arahan yang digunakan pada soalan esei. Jadual 8.7
menyenaraikan perkataan arahan biasa dengan maknanya dan contoh soalan
esei.

Jadual 8.7: Perkataan Arahan yang Biasa Digunakan dalam Soalan Esei

Perkataan Arahan Makna Contoh Soalan Esei


Jalankan analisis Membahagikan isu ke dalam Jalankan analisis sebab-sebab
bahagian komponen, Perang Dunia Kedua berlaku.
membincangkannya dan
menunjukkan bagaimana
mereka berkaitan.
Bincangkan Meneliti perkara utama dan Bincangkan kesesuaian MCQ
kemungkinan tafsiran, dan sebagai item ujian dalam ujian
perdebatan, memberi alasan bahasa.
dan menentang. Buatkan
kesimpulan.
Huraikan Memberikan maklumat Huraikan kehidupan keluarga
lengkap mengenai proses, awal di Malaysia.
kejadian, perkara atau sesuatu
supaya seseorang mempunyai
gambaran yang jelas.
Terangkan Memberitahu bagaimana Terangkan mengapa Malaya
sesuatu berfungsi atau menyertai Perang Dunia
bagaimana ia menjadi Kedua.
sedemikian; terangkan sebab
atau punca sesuatu dengan
jelas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


268  TOPIK 8 MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Bandingkan Mengenal pasti dan Bandingkan peranan Dewan


menerangkan titik persamaan. Rakyat dan Dewan Negara.
Bezakan Menunjukkan perbezaan. Bezakan antara
pendemokrasian dengan
liberalisasi.
Berikan kritikan/ Membincangkan kebaikan dan Berikan kritikan berkenaan
berikan nilai fakta tidak baik daripada hukuman mati dalam undang-
subjek dan membuat undang jenayah.
kesimpulan. Berikan nilai kegunaan
portfolio dalam membuat
penilaian.
Berikan justifikasi Menyatakan sebab yang sah Berikan justifikasi pendirian
(justify) untuk menerima tafsiran atau Amerika terhadap perang di
kesimpulan tertentu. Iraq.
Ilustrasikan Sama seperti menerangkan Ilustrasikan penggunaan
tetapi mungkin memerlukan telefon bimbit.
petikan (quoting) daripada
contoh khusus atau dalam
bentuk lukisan.
Nyatakan Membuat senarai bernombor Nyatakan tabiat makan yang
(enumerate) bagi perkara berkaitan, baik dan buruk.
mungkin dalam bentuk prosa.
Telitikan (examine) Membentang secara Telitikan sumbangan
mendalam dan meneliti komputer kepada manusia.
implikasinya
Senaraikan Membuat satu senarai Senaraikan fungsi jantung
perkara. manusia.
Takrifkan (define) Memberikan maksud sesuatu Takrifkan "ujian
konsep. kebolehpercayaan".
Gariskan Membuat senarai bernombor Gariskan etika kewartawanan.
atau tersusun.
Ringkaskan Menyatakan secara ringkas. Ringkaskan pencapaian
mantan Perdana Menteri
Malaysia, Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Jejaki (trace) Membincangkan dalam Jejaki peristiwa-peristiwa
susunan logik atau kronologi. yang menyebabkan Amerika
menyerang Iraq.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MENGHADAPI PEPERIKSAAN  269

AKTIVITI 8.3

Baca pernyataan berikut:

„Kaedah penilaian dalam persekitaran pembelajaran jarak jauh berbeza


daripada persekitaran kampus tradisional. Bandingkan dan bezakan
kaedah penilaian dalam kedua-dua persekitaran pembelajaran„.

Senaraikan idea-idea utama, butiran sokongan dan kesimpulan


daripada pernyataan itu.

 Dalam mempersiapkan diri untuk menduduki peperiksaan, anda perlu


mempunyai set nota ringkas yang baik, belajar bagaimana untuk mengulang
kaji dan menghafal, dan mempunyai pelan belajar yang baik.

 Salah satu cara yang terbaik untuk anda menggunakan konsep utama yang
telah difahami adalah dengan berlatih.

 Salah satu aspek yang sangat penting dalam persediaan menghadapi


peperiksaan ialah membiasakan diri anda dengan jenis soalan peperiksaan
yang akan anda jawab.

 Soalan peperiksaan boleh dikategorikan kepada soalan objektif dan soalan


subjektif.

 Soalan objektif merangkumi jenis soalan benar-palsu, soalan aneka pilihan


(MCQ) dan jurang pengisian.

 Beberapa petua untuk menjawab soalan benar-palsu ialah andaikan ia benar,


pengubah ekstrim biasanya palsu, penerang biasanya benar, seluruh
pernyataan mestilah benar, mengenal pasti kata kunci dan memberi
perhatian kepada perkataan negatif.

 Beberapa petua untuk menjawab MCQ ialah pilih jawapan yang terbaik,
buang jawapan yang salah, menganggap setiap pilihan jawapan seperti
soalan benar-palsu, dan berhati-hati dengan „semua di atas‰ dan „tiada
jawapan di atas‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


270  TOPIK 8 MENGHADAPI PEPERIKSAAN

 Bagi soalan pengisian jurang, anda perlu memilih jawapan yang paling
sesuai dan tepat untuk mengisi tempat kosong dalam pernyataan soalan.

 Soalan subjektif yang biasa ialah soalan esei yang memerlukan anda untuk
mengarang jawapan anda yang biasanya lebih daripada satu ayat.

 Beberapa petua untuk menjawab soalan subjektif adalah membaca arahan,


mendapatkan penjelasan, membahagikan masa anda dengan bijak, memahami
soalan, mengikut format, menyediakan rangka dan mencatatkan isu utama, tulisan
yang kemas dan banyak lagi.

 Biasakan diri anda dengan pelbagai jenis soalan dan gaya yang akan
digunakan untuk menjawabnya. Ingatlah, alah bisa tegal biasa (practice
makes perfect).

Berlatih Soalan benar-palsu


Mengulang kaji dan menghafal Soalan esei
Mengumpul nota Soalan esei yang diubah suai
Mnemonik Soalan objektif
Perkataan arahan Soalan pengisian jurang
Soalan aneka pilihan (MCQ ă Soalan subjektif
mulitple-choice questions)
SQ3R

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Menggunakan
9 Aplikasi
Microsoft
Office
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menggunakan Microsoft Word, Excel dan PowerPoint dengan
berkesan; dan
2. Menggunakan pengkomputeran awan (cloud computing).

 PENGENALAN
Untuk berjaya sebagai pelajar jarak jauh, anda memerlukan pengetahuan asas
cara menggunakan aplikasi Microsoft Office. Oleh itu, topik ini memfokus untuk
mengajar anda cara untuk menggunakannya. Aplikasi ini terkandung dalam
pakej perisian yang dipasang dalam kebanyakan komputer peribadi dan
komputer riba. Aplikasi ini merangkumi Microsoft Word, Excel dan PowerPoint.
Seelok-eloknya, anda perlu mempunyai komputer peribadi di hadapan anda
semasa membaca topik ini kerana anda memerlukan latihan praktikal untuk
memahami kandungannya dengan lebih baik. Kami berharap pada akhir topik
ini, anda akan dapat menggunakannya untuk membuat tugasan dan kerja kursus
anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


272  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

9.1 PENGENALAN MICROSOFT WORD


Sepertimana dinyatakan sebelum ini, Microsoft Word (MS Word) ialah salah satu
aplikasi dalam Microsoft Office. Ia pemproses kata (word processor) yang
berkuasa dan digunakan untuk menjadikan dokumen kelihatan profesional.
Selang beberapa tahun, Microsoft Office mengeluarkan pelbagai versi yang
bermula dengan Office 1.0 (1990) hingga Office 365 (2016). Versi baharu mungkin
telah bertambah baik dari segi estetika (antara muka), namun fungsi utamanya
masih kekal. Ambil perhatian bahawa versi yang digunakan dalam topik ini
ialah MS Office Word 2007.

9.1.1 Menghasilkan Dokumen Asas


Secara umumnya, anda dapat menggunakan MS Word untuk menulis tugasan
anda. Anda boleh memulakan proses ini dengan membuat satu dokumen
baharu. Untuk melakukannya, anda sama ada:

(a) Klik dua kali pada ikon „Microsoft Office Word‰ yang kelihatan
seperti ini. Biasanya ia ada di atas meja (desktop) skrin komputer;
atau

(b) Gunakan butang Start di bar tugas (taskbar). Ia dalam bentuk logo
Windows bulat pada sudut kiri bahagian bawah skrin (rujuk Rajah 9.1).
Klik Start (1)  klik „All Programs‰ (2)  „Microsoft Office‰ (3)  Menu
akan mengembang  „Microsoft Office Word 2007‰ (4).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  273

Rajah 9.1: Membuat dokumen baharu dalam MS Word menggunakan bar tugas

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


274  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

Dokumen baharu yang anda buat akan muncul di skrin sebagai kertas kosong
dalam tetingkap dokumen itu dengan tajuk „Document 1  Microsoft Word‰
(rujuk Rajah 9.2).

Rajah 9.2: Rupa biasa dokumen Word baharu dengan lokasi biasa alat, butang dan ikon
Windows dan Office ditunjukkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  275

Jalur panjang pada bahagian atas skrin ialah „bar tajuk‰ (title bar) yang
menunjukkan nama dokumen yang dilihat diikuti dengan nama program ini,
iaitu „Microsoft Word‰. Apabila anda membuka dokumen baharu, ia dinamakan
Document1 (atau Document2, Document3 dan lain-lain) secara lalai (default)
sehingga ia disimpan sebagai nama fail yang berbeza.

Pada kanan sekali bar tajuk ialah butang Windows generik yang
menggambarkan arahan untuk meminimumkan, memaksimumkan,
memulihkan (restore) dan menutup tetingkap.

9.1.2 Menggunakan Tab Alat


Apabila anda klik pada setiap nama tab (contohnya, Home, Insert dan Page
Layout), jalur ikon yang terletak di bawah nama tab akan berubah. Jalur ini
dikenali sebagai „reben‰ (ribbon).

Sebagai contoh, tab Home akan memaparkan reben alat yang biasa digunakan
seperti format teks, fon (font) dan gaya pilihan; tab Insert membolehkan anda
memasukkan perkara seperti pemisah halaman (page breaks), jadual (tables),
imej, dan pengapala (headers) dan pengaki (footers); Page Layout akan
mempunyai kawalan untuk menetapkan margin, orientasi halaman dan saiz
dokumen, antara lainnya; manakala tab Review mengandungi perintah untuk
memeriksa ejaan, mengesan perubahan dan jumlah perkataan.

Sekarang, ambil perhatian terhadap dua ikon di sini; dan . „Pelancar‰


(launchers) ini membuka sesuatu yang anda klik padanya. Ia biasanya ditemui
pada reben yang bersebelahan dengan ikon yang lebih besar atau pada sudut
satu kumpulan ikon.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


276  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

Apabila anda klik buat kali pertama akan menyebabkan menu ke bawah
(dropdown menu) muncul. Ia mengandungi semua pilihan yang ada untuk
fungsi ikon ini. Klik pada yang terkemudian dan kotak dialog akan terbuka dan
memberikan lebih banyak pilihan untuk operasi yang anda ingin lakukan (rujuk
Rajah 9.3).

Rajah 9.3: Contoh tab alat Insert dan Home yang dapat dicapai dengan mengklik
penjuru kecil ikon (dibulatkan) pada reben

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  277

9.1.3 Alat Bar Quick Access


Tujuan fungsi ini (lihat Rajah 9.4) adalah menyediakan akses yang mudah dan
fungsi yang disesuaikan mengikut cita rasa pengguna.

Rajah 9.4: Menyesuaikan alat bar Quick Access

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


278  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

Ini bermakna ikon yang anda kerap gunakan boleh ditambah ke alat bar
ini, sekali gus mewujudkan jalan pintas yang boleh menjimatkan masa anda
daripada melayarinya melalui tab. Cuba tambah jalan pintas dengan melakukan
Aktiviti 9.1.

AKTIVITI 9.1
Buka MS Word dan cuba langkah berikut:

1. Klik segi tiga kecil untuk mengakses „Customize Quick Access


Toolbar‰ seperti dipaparkan dalam Rajah 9.4 (menu ke bawah
akan muncul).

2. Pilih „More Commands⁄‰ (kotak dialog „Word Options‰ akan


muncul).

Kotak dialog biasanya dibahagikan kepada dua kotak senarai


(masing-masing mengandungi senarai ikon) yang dipisahkan oleh
beberapa butang (rujuk Rajah 9.5).

Rajah 9.5: Kotak dialog „Word Options‰

3. Klik „Insert Picture from File‰ pada kotak sebelah kiri, kemudian
klik butang „Add>>‰ di tengah-tengahnya (ikon akan bergerak ke
arah kanan).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  279

4. Klik „OK‰. Kini kelihatan ikon tambahan pada alat bar Quick
Access. Ia membolehkan anda menambah imej dan gambar
dengan pantas pada dokumen yang anda sedang gunakan.

Anda boleh menambah ikon lain pada alat bar ini seperti „Print
Preview‰ agar anda dapat mengakses fungsi ini hanya dengan satu klik
pada tetikus.

9.1.4 Menu Pintas (Shortcut)


Anda juga boleh menggunakan menu pintas (shortcut) untuk potong, salin,
tampal atau apa-apa fungsi lain dalam MS Word. Untuk melakukannya, anda
perlu terlebih dahulu menyerlahkan (highlight) teks yang anda mahu sunting.
Untuk itu, klik lama pada butang tetikus dan seret kursor di atas kawasan
berkenaan. Kemudian klik butang kanan tetikus pada teks yang diserlahkan.
Satu menu timbul (popup menu) akan muncul dengan pilihan (rujuk Rajah 9.6).

Rajah 9.6: Menu timbul yang muncul selepas mengklik pada sebelah kanan pada teks
yang diserlahkan

Klik pada arahan yang anda mahu (iaitu „Cut‰, „Copy‰, „Paste, „Font‰dan lain-
lain) untuk melaksanakan operasi yang dikehendaki.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


280  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

9.1.5 Menambah Baik Dokumen Word Anda


Dokumen boleh ditambah baik dengan memformatkan teks, memasukkan jadual
dan ilustrasi, dan lain-lain. Mari kita lakukan langkah berikut:

(a) Buka dokumen MS Word baharu.

(b) Taip teks yang dilihat dalam Rajah 9.7.

Rajah 9.7: Dokumen MS Word dengan teks yang tidak berformat

(c) Klik butang „Office‰ (dilabelkan dalam Rajah 9.2); pilih „Save‰ (kotak
dialog Save As akan muncul); dan

(d) Simpan dokumen anda di bawah nama fail „OUMhist.doc‰ dengan menaip
nama ini di dalam kotak teks yang sama pada bahagian bawah kotak
dialog, kemudian klik „Save‰.

Sekarang anda sudah bersedia untuk membuat penambahbaikan pada dokumen


itu. Kita mulakan dengan fungsi untuk memformatkan teks supaya dokumen itu
kelihatan lebih menarik dan profesional.

(a) Memformatkan Teks


Teks boleh diformatkan dalam pelbagai cara. Anda boleh menukar gaya,
warna dan saiz atau menebalkan, mengitalikkan dan menggariskannya.
Untuk melakukannya, ikuti langkah berikut:

(i) Serlahkan teks yang akan diformatkan dengan menyeret kursor di


atas teks sambil menekan butang kiri tetikus. Lepaskan butang
selepas selesai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  281

(ii) Klik pada tab „Home‰ (jika reben tidak memaparkan Home),
kemudian pilih arahan yang sesuai seperti jenis fon, saiz dan tebal
(rujuk Rajah 9.8).

Rajah 9.8: Pilihan untuk memformatkan teks

Rajah 9.9 berikut menunjukkan hasil selepas teks diformatkan.

Rajah 9.9: Dokumen Word tadi selepas teks berjaya diformatkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


282  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

(b) Memasukkan Jadual


Anda boleh memasukkan jadual dalam dokumen Word. Ikuti prosedur
yang dinyatakan berikut (rujuk Rajah 9.10 hingga 9.12):

(i) Klik pada kawasan dalam dokumen di mana anda mahu jadual
diletakkan. Kursor (garis menegak yang berkelip) akan muncul di situ
(rujuk Rajah 9.10).

Rajah 9.10: Kursor (dibulatkan) di kawasan di mana jadual akan dimasukkan

(ii) Pilih tab „Insert‰, kemudian klik pada ikon „Table‰. Seterusnya menu
ke bawah akan muncul.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  283

(iii) Berikan dimensi kepada jadual anda. Contohnya, lima lajur; dua
baris, dengan menuding tetikus anda ke atas bilangan kotak yang
sesuai dalam menu (rujuk Rajah 9.11).

Rajah 9.11: Menu ke bawah bagi „Table‰

Anda akan lihat kotak yang dipilih diserlahkan. Ambil perhatian


bahawa maklumat pada bar pada bahagian atas menu akan berubah
mengikut jumlah kotak (atau dimensi jadual) yang anda pilih.
Contohnya, 2  2, 2  3 dan 5  2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


284  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

(iv) Klik pada kotak sebelah kanan bawah dimensi yang telah anda pilih
dan jadual akan muncul pada dokumen anda seperti dilihat dalam
Rajah 9.12.

Rajah 9.12: Dokumen dengan jadual yang kosong; terdiri daripada lima lajur dan dua
baris

Perhatikan juga bahawa beberapa tab baharu yang dikenali sebagai


Design dan Layout (di bawah Table Tools) telah ditambah. Ia akan
membantu anda mengubah suai jadual itu (lihat Rajah 9.12).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  285

(c) Memasukkan Grafik


Anda juga boleh memasukkan unsur grafik (seperti gambar, kartun,
ilustrasi, carta dan graf) ke dalam dokumen Word anda. Untuk
memasukkan gambar, ikuti langkah berikut:

(i) Klik untuk meletakkan kursor di mana anda mahu gambar


dimasukkan. Pada reben tab Insert ini, klik „Picture‰ untuk
memasukkan gambar dari fail (contohnya, gambar dalam format fail
jpg).

(ii) Kotak dialog pengurus fail akan muncul untuk membantu anda
mencari fail gambar yang anda mahu gunakan (rujuk Rajah 9.13).

Rajah 9.13: Kotak dialog untuk memasukkan fail gambar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


286  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

(iii) Sebaik sahaja anda telah menjumpai dan memilih fail gambar, klik
butang „Insert‰ dan kotak dialog akan ditutup. Gambar ini kini
dimasukkan ke dalam dokumen anda (rujuk Rajah 9.14).

Rajah 9.14: Dokumen berserta gambar (fotograf dalam contoh ini); perhatikan tab dan
reben tambahan dengan pilihan yang berkaitan untuk memformatkan gambar yang
dipaparkan

Sama seperti memasukkan jadual, menambah grafik untuk dokumen anda


akan menyebabkan tab baharu muncul tetapi kali ini di bawah set Picture
Tools (lihat Rajah 9.14). Tab Format akan membolehkan anda
menyesuaikan penempatan grafik anda pada halaman tersebut.

(d) Memasukkan Nombor Muka Surat


Dalam dokumen dengan beberapa halaman, ia adalah penting untuk
mempunyai halaman bernombor. Untuk masukkan nombor muka surat,
hanya klik pada tab „Insert  Page Number‰. Menu ke bawah akan
muncul.

Tuding penunjuk tetikus ke atas pilihan menu dan menu akan melata
(cascade) untuk mendedahkan pilihan yang lebih banyak bagi setiap
opsyen. Apabila anda telah memutuskan format nombor muka surat yang
anda mahu, klik pada salah satu yang anda pilih dan penomboran muka
surat dilakukan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  287

AKTIVITI 9.2

Buat pemformatan berikut kepada teks dalam fail OUMhist.doc:

(a) Letakkan gaya Title untuk tajuk teks (dua baris pertama).

(b) Guna gaya Subtitle untuk baris ketiga teks.

(c) Tebalkan teks „Open University Malaysia‰.

(d) Buat saiz fon pada tarikh „10 August 2000‰ lebih kecil dan
gariskannya.

(e) Tukar teks „Private Higher Education Institution Act, 1996„


kepada fon yang berbeza dan italikkannya.

Hasil akhir perubahan ini seharusnya serupa dengan Rajah 9.9.

9.1.6 Menyemak Ejaan Dokumen Anda


Dalam MS Word di bawah tab „Review‰ ialah fungsi yang berguna untuk
meningkatkan tugasan bertulis anda, iaitu alat membaca pruf (proofing). Ia
disusun dalam kumpulan Proofing pada reben (rujuk Rajah 9.15). Anda boleh
mencari tesaurus, memeriksa ejaan dan tatabahasa dalam bahasa Inggeris
dengannya dan lain-lain lagi.

Rajah 9.15: Kumpulan fungsi dalam panel Proofing (sebahagian daripada tab Review)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


288  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

Yang berikut ialah langkah untuk menyemak ejaan dan tatabahasa:

(a) Klik ikon „Spelling & Grammar‰. Kotak dialog (rujuk Rajah 9.16) akan
muncul menunjukkan kesilapan pertama yang ditemui oleh MS Word.

Rajah 9.16: Kotak dialog Spelling & Grammar

(b) Anda boleh membuat keputusan sama ada untuk menukar atau
mengabaikan pembetulan yang disyorkan. Selepas setiap pembetulan (atau
mengabaikan perintah), program ini akan semak keseluruhan dokumen
secara berurutan dari halaman pertama hingga terakhir atau sehingga anda
meminta ia berhenti dengan menekan butang „Cancel‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  289

9.1.7 Menyimpan Fail Anda


Anda perlu menyimpan dokumen selepas menyunting dan sebelum
menutupnya supaya perubahan yang dilakukan dikekalkan apabila anda ingin
membuka semula fail. Dalam MS Word 2007, ia dilakukan melalui butang Office
(sekiranya anda masih ingat, ia ditunjukkan dalam Rajah 9.2).

Untuk menyimpan dokumen anda:

(a) Klik pada butang Office  pilih „Save‰ (pada menu ke bawah, lihat
Rajah 9.17) untuk menyimpan fail dengan nama yang sama (ditunjukkan
pada bar tajuk); atau

Rajah 9.17: Menu ke bawah bagi butang Office

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


290  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

(b) Pilih „Save As‰ untuk menyimpan fail dengan nama fail berbeza, dalam
folder berbeza atau jenis fail yang berbeza (seperti untuk versi lama MS
Word atau sebagai dokumen PDF).

Perhatikan bahawa apabila anda mengarahkan tetikus anda pada fungsi


Save As, menu akan diperluas untuk menunjukkan lebih banyak pilihan
boleh didapati seperti diilustrasikan dalam Rajah 9.17.

Terdapat beberapa sebab mengapa anda mahu menyimpan fail sebagai


jenis fail yang berbeza. Salah satu daripadanya adalah untuk memastikan
dokumen anda boleh dibuka di komputer yang masih menggunakan versi
lama MS Word.

Apabila anda memilih Save As, kotak dialog akan dipaparkan untuk
membolehkan anda melakukan operasi yang anda kehendaki (rujuk
Rajah 9.18).

Rajah 9.18: Kotak dialog Save As

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  291

(c) Pada kotak dialog Save As, navigasi menggunakan anak tetingkap kiri
dan kanan untuk mencari folder My Documents. Ini adalah di mana
kebanyakan pengguna menyimpan fail mereka. Ia biasanya terdapat pada
lokasi yang ditunjukkan oleh bar lokasi ini:

(d) Berikan nama atau namakan semula fail mengikut pilihan anda
menggunakan kotak input teks yang terletak pada bahagian bawah kotak
dialog.

(e) Di bawah kotak teks ialah kotak senarai Save as type. Apabila diklik, ia
mendedahkan senarai jenis fail yang boleh anda pilih untuk menyimpan
dokumen anda. Pilih „Word 97-2003 Document‰.

(f) Seterusnya klik „Save‰. Sekarang anda akan mempunyai fail yang serasi
dengan versi terdahulu MS Word.

9.1.8 Bantuan Word (Word Help)


Untuk membantu anda memahami lebih lanjut mengenai ciri-ciri dalam MS
Word, anda boleh mencari fungsi Bantuan Word (Word Help). Ia boleh diakses
sama ada dengan menekan kunci „F1‰ atau mengklik ikon „?‰ yang boleh
didapati pada sudut kanan atas tetingkap (rujuk Rajah 9.19).

Rajah 9.19: Ikon bantuan, iaitu „?‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


292  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

Apabila anda menekan ikon „?‰, tetingkap seperti yang dipaparkan dalam
Rajah 9.20 akan muncul.

Rajah 9.20: Tetingkap Word Help

Menggunakan bar Search pada bahagian atas, cuba untuk mengetahui dengan
lebih lanjut mengenai format dokumen dengan:

(a) Menaip „formatting‰ pada kotak carian. Kemudian klik ikon „Search‰
(pembesar) dan tekan „Enter‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  293

(b) Senarai „keputusan‰ berkaitan dengan pemformatan akan muncul (rujuk


Rajah 9.21).

Rajah 9.21: Contoh hasil carian dalam Word Help

(c) Anda boleh menggunakan ciri ini untuk mencari jawapan kepada
pertanyaan yang mungkin ada apabila menggunakan MS Word.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
294  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

9.1.9 Mencetak
Sebelum anda mencetak dokumen, lebih baik untuk anda melihat bagaimana
rupa bentuknya dahulu. Jadi, ikuti langkah berikut:

(a) Klik butang „Office‰  Tuding pada „Print‰ (menu akan diperluas untuk
menunjukkan lebih banyak pilihan)  Pilih „Print Preview‰ (lihat Rajah
9.22).

Rajah 9.22: Menu Print

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  295

Sekarang anda akan lihat tetingkap yang menunjukkan dokumen anda


sebagaimana ia akan kelihatan apabila dicetak (lihat Rajah 9.23).

Rajah 9.23: Print Preview

Jika anda berpuas hati dengan rupanya, tutup tetingkap ini. Sekarang kita
boleh mencetaknya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


296  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

(b) Klik pada butang Office  Pilih „Print‰ (kotak dialog Print akan keluar
(lihat Rajah 9.24).

Rajah 9.24: Kotak dialog Print

(c) Pilih „Printer‰ (ia mesti disambungkan ke komputer anda sama ada secara
fizikal atau melalui rangkaian).

(d) Semak, pilih atau laraskan semua parameter cetakan lain (seperti Page
range dan Copies).

(e) Klik „OK‰ dan dokumen anda akan dicetak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  297

9.1.10 Potong, Salin dan Tampal; Buat Asal, Buat


Semula dan Ulang
MS Word membolehkan anda memadam, menyalin atau memindahkan blok teks
dengan mudah menggunakan perintah Potong (Cut), Salin (Copy) atau Tampal
(Paste). Ini diwakili dengan ikon berikut pada tab Home:

Potong: Menyerlahkan blok teks dan kemudian mengklik butang ini


akan menyebabkan teks dikosongkan dari skrin.

Salin: Mengklik butang ini akan membuat salinan teks yang diserlahkan
disimpan buat sementara di „Papan Keratan‰ (Clipboard) (iaitu memori
komputer).

Tampal: Klik pada butang ini untuk memasukkan apa sahaja teks (atau
grafik) yang disimpan di dalam Papan Keratan ke bahagian dalam
dokumen ini di mana terletaknya kursor.

Anda juga boleh berbalik kepada keadaan sebelum suntingan yang telah anda
buat pada dokumen, kembali semula jika anda mahu atau mengulangi tindakan
tertentu dengan satu klik, menggunakan ikon berikut pada alat bar Quick Access
(lihat Rajah 9.2):

Buat asal (undo): Klik untuk membatalkan suntingan telah dibuat. Ia


akan diundurkan dalam urutan tindakan yang paling terkini dahulu.

Buat semula (redo): Klik ini jika anda hendak memanggil semula
tindakan yang telah diundurkan.

Ulang (repeat): Butang ini akan mengarahkan MS Word untuk


mengulangi tindakan terakhir yang telah anda lakukan seperti
memasukkan satu blok teks atau gambar, atau menukarkan teks kepada
huruf tebal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


298  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

9.2 MICROSOFT EXCEL


Microsoft Excel ialah program berkuasa dan fleksibel yang membolehkan anda
untuk membuat hamparan (spreadsheet) yang kelihatan profesional. Ia boleh
melakukan pelbagai fungsi untuk membantu projek anda seperti pengiraan
automatik, mengisih (sorting) dan menapis set data; dan mengatur, menganalisis
dan memformatkan data untuk dibentangkan dalam bentuk carta dan graf.
Program hamparan sering digunakan oleh:
(a) Pegawai akaun syarikat untuk pengambilan saham, perakaunan, gaji dan
lain-lain;
(b) Guru untuk merekodkan markah pelajar;
(c) Saintis untuk menganalisis keputusan uji kaji; dan
(d) Mana-mana individu sebagai alat analisis kewangan peribadi.

Dalam subtopik seterusnya, anda akan mempelajari perkara berikut:


(a) Memulakan/keluar daripad MS Excel;
(b) Meneroka MS Excel;
(c) Memasukkan data (data entry) di lembaran kerja (worksheet);
(d) Menggunakan fungsi MS Excel;
(e) Mengisih dan menapis data; dan
(f) Menukar data ke dalam carta.

Mari kita meneruskan pembelajaran.

9.2.1 Memulakan/Keluar daripada Microsoft Excel


Untuk memulakan program ini:
(a) Klik butang „Start‰ (lihat Rajah 9.1), pilih „All Programs  Microsoft Office
 Microsoft Office Excel‰; atau
(b) Klik dua kali ikon „atas meja‰ yang kelihatan seperti ini (jika ada):

Petua: Untuk membuat „pintas‰ (shortcut) bagi MS Excel seperti ini ke atas
meja, klik kanan pada „Microsoft Office Excel‰, kemudian pilih „Send to 
Desktop (create shortcut)‰. Sekarang anda akan melihat ikon pada atas
meja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  299

Untuk keluar daripada MS Excel, klik butang Office pada sudut kiri atas
tetingkap (lihat Rajah 9.25), pilih „Close‰ atau „Exit Excel‰; atau anda boleh
menekan butang yang bertanda „X‰ pada sudut kanan bar tajuk.

Rajah 9.25: Rupa am hamparan kosong dengan pelbagai komponennya dilabelkan

9.2.2 Meneroka MS Excel


Anda akan dapati beberapa komponen dan alat (misalnya, butang Office, reben
dan kumpulan fon) dalam MS Excel adalah sama dengan MS Word berdasarkan
Rajah 9.25. Ini juga konsisten dalam semua aplikasi lain dalam Microsoft Office
suite.

Reben ialah jalur ikon berhampiran bahagian atas tetingkap Excel yang berada di
bawah bar alat Quick Access dan bar tajuk. Begitu juga dengan MS Word, sistem
reben dan tab alat menggantikan sistem menu tradisional yang digunakan dalam
versi lama program Microsoft Office (lihat Subtopik 9.1.2).

Sama seperti dalam MS Word, butang Office dalam MS Excel menyediakan


pelbagai fungsi, termasuk mewujudkan hamparan baharu, membuka dan
menutup fail, menyimpan dan mencetak.

Teks berikut merujuk kepada komponen yang unik untuk program hamparan,
khususnya MS Excel:

(a) Hamparan juga dikenali sebagai buku kerja (workbook) dan terdiri
daripada set lembaran kerja. Data pada hamparan disusun dalam format
jadual, iaitu pada grid dua dimensi.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
300  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

(b) Setiap segi empat tepat pada grid dipanggil „sel‰. Sel dirujuk melalui
alamatnya yang terdiri daripada koordinat lajur dan baris. Alamat atau
koordinat „sel aktif‰ dipaparkan pada „kotak nama‰ (lihat contoh dalam
Rajah 9.26). Sel aktif ialah sel di mana kursor berada.

Rajah 9.26: Kursor berada di alamat sel „C3‰

(c) Data yang dimasukkan ke dalam sel juga terdapat dalam „bar formula‰
(rujuk Rajah 9.27).

Rajah 9.27: Contoh lembaran kerja dengan data yang ditaip di dalamnya

Anda juga boleh memasukkan formula matematik di sini (yang anda akan
lakukan kemudian dalam topik ini). Jika terdapat formula yang disimpan
dalam sel yang aktif, lokasi ini akan memaparkan formula itu.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  301

9.2.3 Memasukkan Data pada Lembaran Kerja


Input data agak mudah dalam MS Excel. Jika perlu, laksanakan dua langkah
pertama berikut untuk membuka buku kerja (workbook) yang baharu.
Seterusnya ikuti seluruh arahan untuk melatih pemasukan data dan
menggerakkan kursor di seluruh lembaran kerja:

(a) Klik butang „Office‰ dan pilih „New‰ daripada menu ke bawah.

(b) Kotak dialog „New Workbook‰ dibuka dan ikon Blank Workbook
diserlahkan pada mulanya; jika tidak, pilihnya. Seterusnya klik „Create‰
(berhampiran sudut kanan pada bahagian bawah) (lihat Rajah 9.28).

Rajah 9.28: Membuka buku kerja baharu

(c) Untuk memasukkan data ke dalam sel: Klik sel untuk memilihnya, taipkan
teks, nombor atau formula anda.

(d) Untuk mengedit atau memadam data: Klik untuk memilihnya, kemudian
tekan kekunci „Backspace‰ untuk menghapuskan data dan membuat
pembetulan; tekan „Delete‰ untuk memadam keseluruhan kandungan sel.

(e) Untuk menavigasi dalam lembaran kerja menggunakan papan kekunci:

(i) Gunakan kekunci anak panah;

(ii) Tekan „Tab‰ untuk bergerak ke kanan sel yang sedang aktif;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


302  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

(iii) Tekan dan tahan butang „Shift‰, seterusnya tekan „Tab‰ untuk
bergerak ke kiri sel yang aktif; atau

(iv) Gunakan „Page Up‰ dan „Page Down‰ untuk bergerak ke atas dan ke
bawah baris dengan pantas.

AKTIVITI 9.3

1. Mulakan dengan lembaran kerja yang kosong dan input set data
dalam Rajah 9.29.

Rajah 9.29: Hamparan dengan data dan lebar lajur telah diselaraskan

2. Anda boleh menukar lebar lajur dengan meletakkan penunjuk


tetikus di antara pengepala lajur (ia akan bertukar menjadi anak
panah dua muka [double sided arrow]), kemudian klik, tahan
(click-hold) dan seret (drag) penunjuk ke kiri atau ke kanan untuk
melaraskan saiz.

3. Simpan buku kerja ini sebagai „StudentRec.xls‰ menggunakan


butang Office (rujuk Subtopik 9.1.7 jika anda tidak pasti
bagaimana untuk melakukannya).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  303

9.2.4 Menggunakan Fungsi MS Excel


MS Excel boleh melaksanakan pengiraan menggunakan fungsi matematik bina
dalam (built-in). Menggunakannya menjadikan pengiraan dan analisis data
mudah untuk dilakukan. Anda boleh menggunakan tiga jenis fungsi, iaitu:

(a) Menggunakan Rujukan Alamat Sel Langsung dan Operator Aritmetik


Pilih sel di mana anda mahu hasil diletakkan, kemudian pergi bar formula
dan taip tanda „=„ dan ikuti dengan alamat sel yang mengandungi nilai
yang akan dikira bersama-sama dengan operator berkenaan (jangan lupa
menaip tanda „=„ dahulu kerana semua formula dalam MS Excel perlu
didahului olehnya).

Mari kita lihat Rajah 9.30 yang memaparkan contoh bagaimana untuk
menambah nilai Sel B2 dan B3, seterusnya menolak nilai dalam Sel C3 dan
memaparkan keputusan dalam D3.

Rajah 9.30: Contoh pengiraan rujukan alamat sel langsung jelas

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


304  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

(b) Menyusun Mengikut Turutan Keutamaan


Aritmetik mudah yang lain boleh dilakukan dengan cara yang sama
seperti tadi. Jadual 9.1 menunjukkan susunan keutamaan operator sering
digunakan dan simbol papan kekunci masing-masing.

Jadual 9.1: Susunan Operasi dalam MS Excel

Operator Keutamaan Operasi Contoh


(⁄) Pertama Kurungan (2 + 3) * 4 = 20
^ Pertama Pengeksponenan (⁄ untuk kuasa⁄) 2^3=8
* Kedua Pendaraban 2*3=6
/ Kedua Bahagi 12/4 = 3
+ Ketiga Tambah 4+5=9
- Ketiga Tolak 9ă6=3

Rajah 9.31 pula menunjukkan contoh serupa tetapi formula yang diubah
suai sedikit boleh menghasilkan keputusan yang berbeza disebabkan oleh
susunan keutamaan.

Rajah 9.31: Susunan keutamaan bagi operasi aritmetik

Yang berikut ialah beberapa petua yang boleh anda amalkan:

(i) Apabila memasukkan formula, anda juga boleh mencampurkan


rujukan sel dengan nombor. Contohnya, „= (A1 + B1 + C1 + D1)/4‰
akan memberikan anda purata untuk julat sel A1:D1.

(ii) Formula juga boleh bersarang (nested), contohnya, „= AVERAGE


(SUM(C2:C8),SUM(D2:D8))‰ yang akan menambah nilai dalam lajur
C dan D, kemudian memberikan purata bagi kedua-dua keputusan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  305

(c) Menggunakan Fungsi Umum


Jika anda tahu bagaimana untuk menulis formula matematik dalam Excel,
anda boleh memaksimumkan kebolehan perisian. Walau bagaimanapun,
oleh sebab ini topik permulaan, kita akan memberi tumpuan kepada fungsi
yang biasa dan paling kerap digunakan.

Mari kita cuba melakukan Aktiviti 9.4 dan 9.5 untuk membiasakan diri anda
dengan fungsi utama.

AKTIVITI 9.4

Mencari jumlah bagi nilai-nilai dalam pelbagai sel (rujuk Rajah 9.32
hingga 9.34):

1. Masukkan set data yang ditunjukkan dalam Rajah 9.32. Pilih sel
yang hasilnya akan dipaparkan.

Rajah 9.32: Memasukkan formula menggunakan Insert Function

2. Pada bar formula, klik fungsi pelancar „fx‰ di sebelahnya


(dibulatkan). Kotak dialog akan terbuka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


306  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

3. Pilih „SUM‰ daripada senarai fungsi dan klik „OK‰. Dialog „Insert
Function‰ akan ditutup dan diganti oleh kotak „Function
Arguments‰ (rujuk Rajah 9.33).

Rajah 9.33: Kotak dialog Function Arguments

4. Taip dalam julat alamat sel untuk dicampurkan ke dalam kotak


teks di sebelah „Number1‰ (seperti dalam Rajah 9.33). Seterusnya
klik „OK‰.

5. Perhatikan bahawa kini „=SUM(B2:B6)‰ muncul pada bar formula


(lihat Rajah 9.34).

Rajah 9.34: Contoh menggunakan fungsi untuk pengiraan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  307

AKTIVITI 9.5

Menggunakan fail yang anda simpan daripada Aktiviti 9.3 (nama fail
StudentRec.xls) dan menggunakan kaedah pengiraan dipelajari setakat
ini, lakukan perkara berikut:

1. Dapatkan dan paparkan purata markah peperiksaan bagi setiap


pelajar dalam lajur kanan bagi markah pelajar;

2. Tentukan purata markah pelajar untuk Peperiksaan 1 dan


Peperiksaan 2. Paparkannya di bawah ruangan masing-masing;
dan

3. Tunjukkan skor pelajar dengan purata markah tertinggi kedua-


dua peperiksaan dalam sel E10.

Lembaran kerja anda sepatutnya kelihatan serupa dengan Rajah 9.35.

Rajah 9.35: Contoh menggunakan fungsi MAX

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


308  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

Petua:

(a) Apabila anda sudah biasa dengan fungsi, anda juga boleh menaipnya terus
ke dalam bar formula dengan menggunakan kotak dialog.

(b) MS Excel mempunyai beratus-ratus fungsi untuk anda supaya tidak perlu
menulis formula yang kompleks atau berulang-ulang. Ini boleh dicapai di
tab Formulas (lihat Rajah 9.36). Terokai dan jalankan eksperimen dengan
fungsi ini.

Rajah 9.36: Reben tab Formulas

9.2.5 Mengisih (Sorting) dan Menapis Data


Ia adalah mungkin untuk menyusun semula dengan cepat cara data dipaparkan
pada lembaran kerja MS Excel melalui pengisihan dan penapisan automatik.

(a) Mengisih
Cara biasa untuk pengisihan data ialah mengikut turutan abjad (apabila ia
melibatkan rentetan huruf seperti nama) dan berangka (seperti nombor
pelajar, markah peperiksaan dan kos item) sama ada dalam urutan menaik
atau menurun. Mari kita berlatih cara untuk membuat pengisihan dalam
Aktiviti 9.6 dan 9.7.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  309

AKTIVITI 9.6

1. Menggunakan fail yang sama (StudentRec.xls) daripada Aktiviti


9.5, keluarkan label dan formula untuk „Class average score‰ dan
„Highest student average score‰, menyimpan hanya purata skor
setiap pelajar.

2. Untuk mengisih mengikut purata skor, klik pada mana-mana sel


pada lajur dengan purata markah pelajar, kemudian klik „Sort &
Filter‰ dalam kumpulan perintah Editing pada reben tab Home
(lihat Rajah 9.37).

Rajah 9.37: Fungsi Sort & Filter

3. Daripada menu ke bawah, pilih „Sort Largest to Smallest‰. Kini


isihan data dilakukan mengikut urutan markah pelajar dengan
markah yang lebih tinggi di atas (lihat Rajah 9.38).

Rajah 9.38: Isihan data

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


310  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

AKTIVITI 9.7

Kadangkala kita ingin mengisih data berdasarkan lebih daripada


satu parameter. Langkah-langkah berikut akan menunjukkan kepada
anda bagaimana untuk melakukan pelbagai peringkat pengisihan
menggunakan StudentRec.xls:

1. Tambah lajur pengepala baharu: „Mode‰ ke dalam sel F1.

2. Di bawahnya, masukkan „Part time„ untuk pelajar dengan


nombor pelajar bermula dengan P dan „Full time„ bagi mereka
yang bermula dengan A.

3. Gunakan „Sort & Filter‰ tetapi pada kali ini, pilih „Custom Sort‰.
Satu kotak dialog akan muncul (lihat Rajah 9.39).

Rajah 9.39: Kotak dialog pengisihan pelbagai peringkat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  311

4. Menggunakan kotak senarai; pilih Column Sort by: „Mode‰;


Order: „A to Z‰, kemudian klik „Add Level‰ (butang pada baris
atas) (lihat Rajah 9.39).

5. Sekarang terdapat peringkat tambahan untuk pilihan; pilih Then


by: „Average‰; Order: „Largest to Smallest‰. Klik „OK‰.

Anda sekarang akan mendapati bahawa data disusun mengikut jenis


pengajian (separuh atau sepenuh masa) dan anda boleh lihat siapakah
yang mendapat markah tertinggi bagi setiap satu daripada dua
kumpulan pelajar (rujuk Rajah 9.40).

Rajah 9.40: Keputusan pengisihan pelbagai peringkat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


312  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

(b) Menapis
Bilakah kita menggunakan fungsi menapis? Menapis berguna apabila anda
ingin memaparkan hanya beberapa pilihan data. Sebagai contoh, jika anda
mahu tunjukkan di StudentRec.xls rekod hanya pelajar yang mendapat
kurang daripada 70 dalam purata markah, anda boleh melakukan perkara
berikut:

(i) Pilih „Sort & Filter  Filter‰. Ikon ini akan muncul seperti dipaparkan
dalam Rajah 9.41.

Rajah 9.41: Fungsi Filter

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  313

(ii) Klik pada butang „Average‰. Pilih „Number Filters  Less Than⁄ „
(lihat Rajah 9.42).

Rajah 9.42: Menu untuk menapis data

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


314  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

(iii) Dalam kotak dialog (rujuk Rajah 9.43), masukkan „70‰ sebagai syarat
untuk „is less than„; seterusnya klik „OK‰.

Rajah 9.43: Kotak dialog penapisan data

Pada lembaran kerja sekarang, hanya rekod pelajar yang purata skor
adalah kurang daripada 70 dipaparkan.

9.2.6 Menukar Data kepada Carta


Graf dan carta mewakili data secara grafik, menjadikannya berguna dalam
pembentangan kerana ia lebih baik menunjukkan perbandingan, corak dan trend
dalam data.

(a) Menghasilkan Carta


MS Excel boleh menghasilkan graf dan carta daripada data anda dan
mengemas kininya secara automatik apabila anda membuat perubahan
kepada data anda. Aktiviti seterusnya akan membuat carta mudah
menggunakan StudentRec.xls.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  315

AKTIVITI 9.8

1. Gunakan fail StudentRec.xls (jika data telah ditapis, pilih semula


Filter dari Sort & Filter yang akan „tidak menapis‰ data).
2. Serlahkan pelbagai data yang hendak dipetakan dengan klik,
tahan dan heret kursor pada julat data B1:D8 (ia akan merangkumi
tajuk lajur, label baris dan set data yang anda mahu gunakan).

3. Klik pada tab „Insert‰. Jika anda mengarahkan tetikus pada


setiap pilihan dalam kumpulan carta, maklumat kontekstual akan
muncul untuk membantu anda membuat keputusan di mana carta
untuk digunakan.

4. Untuk aktiviti ini, pilih „Column  3-D Column‰.

Anda kini mempunyai carta lajur membandingkan pencapaian pelajar


dalam Peperiksaan 1 dan 2 (Exam 1 and 2) (lihat Rajah 9.44).

Rajah 9.44: Contoh carta lajur MS Excel

Setelah anda memasukkan carta, set baharu alat carta, disusun kepada tiga
tab akan muncul di atas reben. Tab ini (Design, Layout dan Format) akan
membenarkan anda menukar dan mengemas kini rupa carta anda seperti
menambah tajuk, dan menukar fon dan warna.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


316  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

(b) Menggerakkan Carta ke Lembaran Kerja yang Berbeza


Kadangkala, ia adalah lebih baik untuk menyimpan carta anda pada
lembaran kerja yang berbeza daripada hamparan anda. Ingat bahawa buku
kerja boleh terdiri daripada beberapa lembaran kerja (lihat Rajah 9.25
sebelum ini).

Jadi, bagaimanakah kita menggerakkan carta ke lembaran kerja yang


berbeza? Mari kita ikuti langkah berikut:

(i) Pastikan anda memilih carta anda. Di bawah tab Design, cari dan klik
„Move Chart‰. Kotak dialog muncul.

(ii) Anda sama ada boleh memulakan lembaran kerja baharu (nama lalai
ialah Chart1) dan menyimpan carta di sana; atau

(iii) Pilih „Object in:‰ dan pilih dari kotak senarai, mana satu di lembaran
kerja sedia ada yang anda ingin letakkan carta. Klik „OK‰.

Tahukah anda terdapat banyak kelebihan mempunyai carta pada kertas yang
berasingan? Antara kelebihannya ialah anda boleh menyalinnya dengan mudah
ke dalam dokumen Word atau persembahan PowerPoint; atau mencetak secara
berasingan.

Ambil perhatian bahawa cara mencetak dalam MS Excel adalah sama dengan
mencetak dalam MS Word. Pilihan ini boleh diakses melalui butang Office.

AKTIVITI 9.9

Cuba anda membina set sampel data anda sendiri dalam MS Excel
seperti purata suhu bagi hari-hari dalam minggu atau bulan; atau rekod
jualan beberapa barang yang dijual, harga, kategori dan sebagainya;
atau perlawanan tempat lawan dan sendiri pasukan bola sepak dalam
liga musim, berdasarkan perlawanan menang, kalah atau seri.

Seterusnya teroka semua opsyen di bawah tab „Chart Tools‰, iaitu tab
Design, Layout dan Format. Cuba untuk wujudkan pelbagai carta dan
graf. Lihat jika anda boleh mencapai beberapa grafik yang menarik
dengan analisis set data anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  317

9.3 MICROSOFT POWERPOINT


Microsoft PowerPoint ialah alat yang berkuasa digunakan untuk membuat
persembahan kelihatan profesional. Melalui PowerPoint, anda dengan mudah
boleh membuat persembahan slaid. Kita menggunakan tayangan slaid untuk
menggambarkan persembahan. Anda boleh mula membentangkannya dengan
mempelajari asas dalam beberapa bahagian seterusnya:

(a) Mulakan PowerPoint dan mencipta persembahan baharu;

(b) Menyimpan slaid;

(c) Menambah slaid;

(d) Menggunakan tema;

(e) Animasi persembahan anda; dan

(f) Menjalankan persembahan anda.

Petua: Jika anda tersekat apabila menggunakan mana-mana aplikasi MS Office,


termasuk PowerPoint dan Excel, anda sentiasa boleh mendapatkan
bantuan dengan mengklik ikon Help „?‰ pada sudut kanan sebelah atas
tetingkap, hanya di bawah butang bar tajuk atau dengan menekan
kekunci F1 (lihat Subtopik 9.1.8).

9.3.1 Memulakan Microsoft PowerPoint dan


Mencipta Persembahan Baharu
Untuk membuka PowerPoint dalam Windows, klik „Start  Programs
 Microsoft PowerPoint‰; atau

Klik dua kali pada ikon PowerPoint pada atas meja (jika ada).

Anda boleh memulakan persembahan baharu daripada slaid kosong, templat


atau rangka MS Word:

(a) Untuk Membuat Persembahan Baharu daripada Slaid Kosong


Klik butang „Office  New‰  Pilih „Blank Presentation‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


318  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

(b) Untuk Membuat Persembahan Baharu daripada Templat


Klik butang „Office  New‰  Pilih „Installed Templates‰ (lihat
Rajah 9.45)

 Pilih templat pilihan anda.

Rajah 9.45: Memilih templat untuk memulakan persembahan

(c) Untuk Membuat Persembahan Baharu daripada Rangka MS Word

(i) Mulakan dengan Persembahan Kosong (Blank Presentation);

(ii) Pilih slaid di mana anda inginkan rangka bermula;

(iii) Klik opsyen menu „New Slide‰ (segi tiga kecil menunjuk ke bawah di
bawah ikon pada reben tab Home);

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  319

(iv) Pilih „Slides from Outline⁄‰ (lihat Rajah 9.46); kotak dialog
pengurus fail Insert Outline akan dipaparkan; dan

Rajah 9.46: Susun atur slaid yang sering digunakan

(v) Tinjau dan pilih fail Word yang mengandungi rangka tersebut.

Seperti yang anda lihat dalam Rajah 9.46, slaid PowerPoint boleh dibuat
daripada beberapa susun atur praset (preset). Ia membolehkan anda untuk
memasukkan serta-merta teks anda tanpa perlu memformatkannya dahulu.
Untuk memasukkan teks, hanya pilih kotak teks (segi empat tepat garis putus-
putus) dan mula menaip.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


320  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

Jika anda meneroka reben dan tab dengan teliti, anda akan melihat bahawa
banyak fungsi pemformatan teks dalam PowerPoint adalah sama seperti dalam
MS Word dan ia berfungsi dengan cara yang sama. Ini termasuk:

(a) Fon rupa taip (typeface) dan saiz;

(b) Gaya fon dan kesan (effects);

(c) Warna teks;

(d) Penjajaran (allignment) perenggan; dan

(e) Senarai bullet dan penomboran.

Petua: Kadangkala anda mungkin mahu untuk menukar saiz kotak teks untuk
membenarkan ruang untuk unsur lain yang akan ditambah dalam
persembahan anda. Untuk melakukannya, hanya pilih kotak teks dan
klik, tahan dan seret sudut dan sisi kotak teks kepada saiz yang
dikehendaki (lihat Rajah 9.47).

Rajah 9.47: Kotak teks

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  321

9.3.2 Menyimpan Persembahan


Gunakan butang Office untuk menyimpan persembahan slaid anda (lihat
Rajah 9.48).

Rajah 9.48: Butang Office dalam PowerPoint

Anda akan diberi beberapa pilihan apabila menyimpan tetapi apa yang lebih
penting, anda harus mempertimbangkan bahawa anda mungkin perlu
menggunakan ciri Save As untuk:

(a) Menyimpan fail tersebut supaya ia boleh diakses dengan versi PowerPoint
terdahulu (yang tidak dapat membuka fail lalai PowerPoint 2007 yang
disimpan); atau

(b) Menyimpan persembahan slaid hanya sebagai persembahan PowerPoint


supaya ia tidak boleh disunting oleh orang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


322  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

9.3.3 Menambah Slaid


Terdapat beberapa cara untuk anda menambah slaid baharu ke dalam
persembahan anda. Ketiga-tiganya diterangkan dalam Jadual 9.2.

Jadual 9.2: Tiga Cara untuk Menambah Slaid Baharu ke dalam Persembahan PowerPoint

Kaedah Deskripsi
Tema Office Pilih slaid dengan segera SEBELUM titik di mana anda
kehendaki slaid baharu berada  Klik menu anak panah ke
bawah „New Slide‰ (segi tiga kecil hitam yang menunjuk ke
bawah) pada reben tab Home  Pilih daripada pilihan dalam
menu ke bawah, jenis slaid yang anda mahu masukkan.
Membuat pendua Pilih slaid untuk dijadikan pendua  Klik menu „New Slide‰
bagi slaid (pada reben Home)  Pilih „Duplicate Selected Slides‰ daripada
menu itu (rujuk Rajah 9.49).

Rajah 9.49: Pilihan untuk membuat pendua slaid (lihat anak panah)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  323

Membuat slaid (i) Pilih slaid dengan segera SEBELUM titik di mana anda
baharu daripada mahu slaid baru berada;
persembahan lain (ii) Klik „New Slide‰  Pilih „Reuse Slides‰; Kotak „Reuse
Slide‰ akan muncul pada sebelah kanan tetingkap
PowerPoint anda;
(iii) Klik „Browse  Browse File‰ untuk membuka kotak dialog
pengurus fail; dan
(iv) Cari fail slaid persembahan terdahulu dan klik padanya
untuk mengimportnya.

9.3.4 Tema
Apakah yang dimaksudkan dengan tema?

Tema ialah templat yang direka bentuk yang dapat digunakan kepada
keseluruhan persembahan bagi mewujudkan keseragaman pada persembahan.

Bagaimanakah kita menambah tema pada persembahan? Yang berikut ialah


langkahnya:

(a) Klik tab „Design‰ di atas reben (lihat Rajah 9.50), pilih salah satu tema yang
dipaparkan.

Rajah 9.50: Pilihan tema

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


324  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

(b) Untuk menggunakan skim warna baharu kepada tema:

(i) Klik pada menu ke bawah „Colours‰ (lihat Rajah 9.51).

Rajah 9.51: Memilih atau mencipta skim warna

(ii) Pilih set warna atau klik „Create New Theme Colours‰ jika anda
mahu menetapkan warna anda sendiri (kerana sesetengah syarikat
mungkin mengehendaki warna mereka sendiri).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  325

(iii) Anda juga boleh memilih daripada pelbagai latar belakang dalam tab
ini (lihat Rajah 9.52).

Rajah 9.52: Memilih gaya latar belakang

9.3.5 Animasi Persembahan Anda


Persembahan boleh dipertingkatkan lagi dengan animasi. PowerPoint
mempunyai pilihan animasi bina dalam seperti peralihan (transitions) apabila
bergerak daripada satu slaid kepada slaid berikutnya, menggerakkan kesan teks
dalam slaid yang boleh menjadi berguna. Contohnya, dalam keadaan di mana
anda mahu memperkenalkan butiran dalam senarai. Bahagian seterusnya
menerangkan bagaimana anda boleh melakukannya.

(a) Menambah Slaid Peralihan


Slaid peralihan adalah seperti kesan yang digunakan dalam filem untuk
menukar daripada satu babak kepada babak lain. Ia adalah wajar untuk
memilih hanya satu atau dua jenis peralihan dan kekal dengannya!
Peralihan yang berbeza untuk setiap slaid biasanya mengganggu dan
kelihatan tidak profesional.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


326  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

Untuk menambah peralihan, pilih tab Animations (1)  Pilih daripada


pilihan peralihan asas dalam „Transition to This Slide‰ atau klik pada
butang „More‰ (2) untuk melihat lebih banyak pilihan (rujuk Rajah 9.53).

Rajah 9.53: Peralihan

Apabila anda menggerakkan penunjuk anda ke atas setiap peralihan,


PowerPoint menyediakan anda dengan pratonton langsung peralihan itu
(3) (rujuk Rajah 9.54).

Rajah 9.54: Lebih banyak peralihan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  327

Perhatikan dalam Rajah 9.55 bahawa anda juga boleh menambah kesan
bunyi dan mengawal kelajuan peralihan anda menggunakan pilihan
arahan dalam kumpulan (1) dan (2) yang sama.

Rajah 9.55: Menambah kesan kepada peralihan

Klik anak panah ke bawah bersebelahan dengan ruang Transition Sound


dan kemudian klik „Click‰. Seterusnya klik anak panah ke bawah
bersebelahan dengan ruang Transition Speed dan kemudian klik „Slow‰.

(b) Menambah Video


Untuk memasukkan klip video dalam slaid anda, gunakan pilihan di
bawah tab Insert (lihat Rajah 9.56). Daripada reben, pilih Movie, kotak
dialog pengurus fail Insert Movie akan muncul. Seterusnya pergi ke lokasi
di mana anda menyimpan fail video anda dan pilih untuk dimasukkan ke
dalam slaid anda.

Rajah 9.56: Bagaimana memasukkan video ke dalam persembahan

Seperti aplikasi Office yang lain (Word dan Excel), tab baharu akan muncul
selepas anda telah masukkan video yang akan mengandungi perintah yang
akan membolehkan anda menyunting dan memformatkan video anda.

(c) Menambah Audio, Grafik, Bentuk dan Lukisan Klip (Clip Art)
Menggunakan cara yang sama untuk menambah video, anda juga dapat
memasukkan hampir semua jenis media (audio, grafik, gambar dan lain-
lain) ke dalam slaid anda melalui tab „Insert  Sound‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


328  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

Apabila anda melakukan tindakan ini juga, anda akan mendapati tab
tambahan muncul pada reben yang akan membolehkan anda menggunakan
beberapa fungsi penyuntingan asas pada media anda seperti:

(i) Melaraskan saiz gambar;

(ii) Menempatkan semula media dalam susun atur anda;

(iii) Melaraskan penjajaran dan putaran;

(iv) Mengawal kecerahan, kontras dan warna imej; dan

(v) Memotong (crop) dan mengubah saiz.

Rajah 9.57 hingga 9.61 menggambarkan beberapa pilihan yang ada pada
reben.

Rajah 9.57: Pilihan memasukkan bunyi/audio

Rajah 9.58: Contoh tab tambahan di bawah Sound Tools

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  329

Rajah 9.59: Kotak pilihan Clip Art (kanan) muncul bila „Insert  Clip Art‰ dipilih

Rajah 9.60: Menambah bentuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


330  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

Rajah 9.61: Pilihan Drawing Tools boleh diperoleh selepas anda memasukkan bentuk
atau lukisan dalam slaid anda

9.3.6 Menjalankan (Running) Persembahan Anda


Apabila anda selesai membuat slaid anda, anda boleh menjalankan (running)
percubaan sama ada:

(a) Menekan kunci F5;

(b) Memilih ikon From Beginning dalam kumpulan Start Slide Show
(terletak pada reben tab Slide Show); atau

(c) Klik pada ikon yang sama pada sebelah kanan di bawah tetingkap
(sebelah bar zum).

Halaman pertama slaid anda akan muncul dalam mod skrin penuh. Di sekitar
bahagian bawah kiri skrin, anda akan mendapati butang navigasi muncul
apabila anda menggerakkan penunjuk tetikus ke atas kawasan itu. Juga dalam
kumpulan butang itu ialah pilihan alat (B dalam Rajah 9.62) yang akan
membolehkan anda membuat catatan dan memasukkan sorotan dalam slaid
anda semasa anda membuat persembahan anda (rujuk Rajah 9.62 dan Jadual 9.3).

Rajah 9.62: Butang navigasi slaid

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  331

Jadual 9.3: Navigasi Persembahan Slaid

Tugas Prosedur
Pergi ke slaid seterusnya Lakukan salah satu daripada perkara berikut:
• Klik ikon next (D) dalam Rajah 9.62
• Tekan kekunci anak panah kanan
• Tekan kekunci „Enter‰
• Tekan kekunci „Page Down‰
• Klik pada slaid
Pergi ke slaid sebelumnya Lakukan salah satu daripada perkara berikut:
• Klik ikon previous (A)
• Tekan kekunci anak panah kiri
• Tekan kekunci „Backspace‰
• Tekan kekunci „Page Up‰
Untuk melompat ke slaid tertentu Lakukan satu daripada yang berikut:
• Klik ikon shortcut menu (C)
• Klik kanan slaid dan pilih daripada
shortcut menu yang muncul
Menamatkan persembahan slaid dan Tekan kekunci „Esc‰
kembali ke PowerPoint

9.4 PENGKOMPUTERAN AWAN (CLOUD


COMPUTING)
Akhir sekali, mari kita mempelajari pengkomputeran awan. Apakah yang
dimaksudkan dengannya? National Institute of Standard and Technology
(NIST), US Department of Commerce mendefinisikan pengkomputeran awan
(cloud computing) seperti yang berikut:

Pengkomputeran awan ialah model untuk membolehkan capaian rangkaian


sentiasa ada (ubiquitous), mudah, berdasarkan permintaan untuk lokasi yang
dikongsi bagi sumber pengkomputeran yang dikonfigurasikan (contohnya,
rangkaian, pelayan, penyimpanan, aplikasi dan perkhidmatan).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


332  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

Pengkomputeran awan atau dengan perkataan yang lebih singkat cloud ialah
satu lagi cara untuk mengakses sumber untuk berfungsi mengikut keperluan
yang berubah-ubah daripada pengguna. Ia melibatkan aktiviti pengkomputeran
melalui rangkaian yang program atau aplikasi berjalan serentak di komputer
yang disambungkan. Dalam cloud, peluang untuk kehilangan data akan berada
di tahap minimum. Data boleh disimpan atau disandarkan dalam simpanan
cloud. Pengkomputeran cloud juga akan menyimpan data anda selamat
daripada ancaman.

Rajah 9.63 memaparkan kepada anda beberapa contoh bagi penyimpanan cloud.

Rajah 9.63: Contoh penyimpanan cloud


Sumber: www.thetop10bestonlinebackup.com

Tahukah anda bahawa kadangkala penyimpanan cloud berfungsi sebagai alat


kolaborasi. Maka, anda boleh berkongsi fail anda dengan rakan dan orang
bawahan anda dengan mudah. Melalui penyimpanan cloud, anda juga boleh
berkolaborasi antara rakan dengan pelanggan.

Sebagai sebahagian daripada sumber cloud, kita biasanya berkongsi dengan


beberapa pengguna dan boleh diperuntukkan semula secara dinamik
berdasarkan permintaan pengguna.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  333

9.4.1 Mengurus Fail dalam Cloud


Di sini, anda akan belajar bagaimana menguruskan fail anda dalam cloud.

(a) Menyediakan Dokumen Anda


Anda telah melakukan kerja anda dalam Microsoft Word, Microsoft Excel
dan Microsoft PowerPoint. Simpan ke dalam satu folder dalam sistem anda
untuk mudah mendapatkannya semula.

(b) Mendaftar di Box.net

(i) Layari http://www.box.com seperti dipaparkan dalam Rajah 9.64;

Rajah 9.64: Laman web www.box.com

(ii) Klik butang Sign Up dan mendaftar;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


334  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

(iii) Selepas pendaftaran berjaya, klik butang Log In. Masukkan nama
pengguna dan kata laluan anda untuk log masuk (seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 9.65);

Rajah 9. 65: Halaman Log In

(iv) Mencipta folder dalam Box

Ć Klik butang „New⁄‰ (menu senarai) dan pilih New Folder (lihat
Rajah 9.66).

Rajah 9.66: Pilih New Folder


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  335

Ć Taip nama folder anda. Periksa sebarang pilihan dalam Collaboration


(lihat Rajah 9.67).

Rajah 9.67: Taip nama folder anda

Ć Memuat naik fail

 Klik pada mana-mana folder dan klik butang „Upload‰ (lihat


Rajah 9.68);

Rajah 9.68: Memuat naik folder

 Pilih Upload Files untuk muat naik satu atau banyak fail atau
Upload Folders untuk muat naik satu atau banyak folder; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


336  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

 Selepas memuat naik fail, hasil daripada aktiviti ini adalah seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 9.69.

Rajah 9.69: Memuat naik folder

Ć Berkongsi folder
Untuk berkongsi folder, letakkan kursor anda pada folder anda dan
tandakan kotak tanda atau Share (lihat Rajah 9.70).

Rajah 9.70: Berkongsi folder

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE  337

Ć Menggunakan Nota Kotak Baharu (New Box Note)

 Klik butang Nota Kotak Baharu (lihat Rajah 9.71) dan taip nama
dokumen anda (lihat Rajah 9.72); dan

Rajah 9.71: Klik butang Nota Kotak Baharu

Rajah 9.72: Taip nama dokumen anda

 Anda boleh membuat dokumen anda sendiri, menyimpannya dan


berkongsi dengan rakan anda (lihat Rajah 9.73).

Rajah 9.73: Mencipta, menyimpan dan berkongsi dokumen anda

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


338  TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE

Ć MS Word, Excel dan PowerPoint membantu menjadikan proses pembelajaran


lebih berkesan. Fungsi asasnya meningkatkan produktiviti anda antaranya
dalam menulis laporan, pengiraan dan menganalisis data, dan membuat
persembahan.

Ć Mengetahui bagaimana untuk menggunakan aplikasi ini adalah penting


untuk mencapai kecekapan asas ICT. Di samping itu, kemahiran ini juga
penting di tempat kerja.

Ć Pengkomputeran awan ialah model untuk membolehkan capaian rangkaian


sentiasa ada, mudah, berdasarkan permintaan untuk lokasi yang dikongsi
bagi sumber pengkomputeran yang dikonfigurasikan.

Aplikasi Pemformatan
Fungsi Pemproses kata (word processor)
Hamparan (spreadsheet) Pengkomputeran awan (cloud
computing)
Menyimpan fail
Slaid persembahan
Microsoft Office
Templat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like