You are on page 1of 1

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana memberkati saya sepanjang masa sehingga saya
dapat menyempurnakan kajian penyelidikan ini.

Melalui ruangan ini, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih
kepada penyelia saya iaitu Pensyarah dari Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan
Hamidah Binti Abdul Hamid. Beliau telah banyak memberi sokongan, dorongan, bantuan
dan bimbingan kepada saya untuk menyempurnakan kajian ini. Ucapan terima kasih juga
saya tujukan kepada pensyarah-pensyarah lain dari Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
yang telah memberi nasihat dank omen tentang kajian saya.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga buat semua pensyarah dari jabatan lain
yang telah mengajar dan membimbing saya sepanjang pengajian ini. Pada masa yang sama
saya juga ingin mengucaokan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, dan
sebuah sekolah kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk melaksanakan
kajian ini. Setinggi-tinggi sanjungan dan penghargaan saya tujukan kepada ibu bapa, dan
ahli keluarga.

Tidak lupa juga ucapan penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan terutamanya pasangan praktikum saya iaitu Vikneshwaran Bashkar yang
telah banyak memberi bantuan serta sokongan moral semasa saya berdepan dengan
cabaran.

Berkejar-kejaran ombak di laut

Menyentuh pantai berpasir bersih

Budi tuan disebut-sebut

Kerja selesai dan terima kasih.

You might also like