You are on page 1of 3

MESYUARAT PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG

TAHUN 2007

Tarikh : 26 Disember 2006

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran : Pn. Saemah Bt Shaari


Pn. Norimah Bt Hussin
Pn. Rozimah Bt Jamaludin
En. Abu Bakar Bin Abdullah
Pn. Zuraidah Bt Kamarudin
Pn. Norain Bt Ismail
Pn. Anita Bt Ismail

Turut Hadir : Pn. Norripah Bt Mohd Pilus

AGENDA 01 : UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu – alukan kehadiran semua. Beliau juga turut menyatakan topik
perbincangan hari ini iaitu mengenai Program Transisi dan Penyayang 2007.

1.2 Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua guru semasa Hari
Pendaftaran Tahun 1 yang lalu dan berharap segala aktiviti yang dirancang dapat
dijalankan dengan lancar.

AGENDA 02 : PENGESAHAN MINIT

Cadangan : Pn. Saemah Bt Shaari


Sokongan : Pn. Anita Bt Ismail

AGENDA 03 : PERKARA BERBANGKIT

TIADA
AGENDA O4 : TAKLIMAT TRANSISI OLEH PN. NORIMAH.

4.1 Taklimat yang diberikan mengenai :


a. Objektif program.
b. Jangka masa program.
c. Keceriaan kelas.
d. Pembentukan kumpulan
e. Kaedah pengajaran dan pembelajaran.
f. Pemilihan tema.

Tindakan : Guru mata pelajaran

AGENDA 05 : JANGKA MASA PROGRAM TRANSISI

5.1 Pengerusi memaklumkankan bahawa program Transisi dan Guru Penyayang


hanya untuk 3 minggu sahaja iaitu mengikut pekeliling yang terbaru.
5.2 Program Transisi ini adalah merupakan minggu suaikenal dan dilanjutkan dengan
pengajaran tematik.
5.2 Pemilihan tema mestilah selaras dan sesuai dengan semua subjek.

Tindakan : Guru mata pelajaran

AGENDA 06 : PERANCANGAN DAN PENDEKATAN P & P

6.1 Pendekatan belajar yang digunakan perlulah sesuai dan dapat menarik minat
murid .
Contoh pendekatan belajar :
a) Nyanyian
b) Bercerita
c) Permainan
d) Teknik TOC

6.2 Perancangan p&p bagi program Transisi merangkumi :


a. Set induksi ( 5 minit )
b. Membina hubungan antara guru dengan murid ( 10 minit )
c. Dinamika kumpulan.
d. Penutup

Tindakan : Guru mata pelajaran

AGENDA 07 : PEMBENTUKAN JAWATAN KUASA KERJA DAN


ATURCARA PROGRAM TRANSISI 2007
7.1 Program Transisi ini diadakan pada 28 . 12. 2006 ( Khamis ) pada jam 8.00 pagi.
7.2 Ibu bapa / penjaga akan hadir untuk mendapatkan maklumat mengenai program
Transisi dan juga diberi penerangan mengenai cara pengisian borang – borang
yang berkaitan dengan murid-murid Tahun 1.
7.3 Senarai Jawatankuasa dan atur cara program boleh dirujuk dalam buku program
Transisi 2007.

Tindakan : Makluman

AGENDA 08 : HAL – HAL LAIN

8.1 Pengerusi mengingatkan bahawa Program Transisi selama 2 minggu adalah


merupakan minggu suaikenal antara murid-murid.
8.2 Pn. Norimah berharap agar semua guru Tahun Satu dapat menyediakan bahan
untuk ditampal di bahagian sudut Mata pelajaran.

Tindakan : Guru Mata Pelajaran

AGENDA 09 : UCAPAN PENANGGUHAN.

9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang ditunjukkan oleh
setiap guru di dalam mesyuarat kali ini.
9.2 Beliau menangguhkan mesyuarat pada jam 10.30 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………… …………………………….
(NORIMAH HUSSIN )
S/USAHA PROGRAM TRANSISI
2007 , SKMJ

You might also like