You are on page 1of 1

10.

Perubahan Semmantik dalam Ayat

 Perubahan Kerana tanggapan penutur

Selain daripada perubahan disebabkan oleh perkembangan bahasa iru sendiri tanggapan penutur
juga memainkan peranan atau penyebab kepada perubahan maksud sesuatu perkataan itu.
Umpamanya perkataan “ abang”, yang asalnya ialah panggilan kepada saudara lelaki yang lebih tua,
tetapi sekarang ianya digunakan juga untuk memanggil orang lelaki yang lebih tua tanpa mengira
saudara atau tidak. Disamping itu ada juga sesetengah orang menggunakan perkataan “abang”
sebagai panggilan untuk suaminya.

Perkataan “saudara” pula pada asalnya dimaksudkan kepada “ saudara kandung” tetapi makna
perkataan saudara telah berubah kepada semua orang yang mempunyai “ pertalian darah atau
kekeluargaan”. Disamping itu ada juga pengguna atau penutur bahasa melayu cenderung
menggunakan perkataan “saudara” dengan tanggapan yang lebih luas misalnya “ saudara sesame
Islam”. Disini nyata, bahawa hubungan itu bukan lagi merupakan hubungan kerana pertalian darah
tetapi juga pertalian agama. Daripada dua contoh di atas, tanggapan penutur terhadap sesauatu
perkataan juga merupakan faktor kepada perubahan makna perkataan itu sendiri.

 Perubahan kerana tujuan simbolik dan stilistik

Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil karya berbentuk
sastera khususnya dalam puisi. Contohnya perkataan “kumbang” dan “bunga” selalu dikaitkan
maknanya dengan makna yang tertentu seperti “ kumbang = lelaki “ dan “ bunga = perampuan”, bukan
lagi ditujukan kepada nama sejenis kumbang dan nama sejenis tumbuhan. Selain daripada itu warna
juga dijadikan sebagai simbolik untuk menerangkan sesuatu maksud contahnya, “merah”
dimaksudkan dengan “ keberanian” , “hitam” dipadankan dengan “ kesedihan dan “ putih” adalah “
kesucian”.

Selain daripada itu unsur-unsur personafikasi juga menunjukkan perubahan makna yang seperti ini.
Sebagai contoh “ daun melambai” dan “dada langit” ianya tidak membawa maksud yang daun boleh
melakukan perbuatan “melambai” sebagaimana perlakuan manusia dan langit mempunyai dada. “
Daun melambai” dan “ dada langit” sebenarnya hanyalah kiasan atau perumpamaan kepada “ daun
yang bergerak akibat tiupan angina” dan “ keluasan dan lapangnya langit apabila dipandang dari
bumi”. Contoh -contoh seperti ini menunjukkan keindahan bahasa dan merupakan satu gaya
penulisannya dapat menggambarkan sesauatu dengan indah dan menarik ( Raminah Sabran dan
Rahim Syam, 1984: 290-4).

 Kesilapan Semantik dalam bahasa

Mencari kesilapan/kesalahan semnatik yang terdapat dalam pelbagai sumber (tutorial)

Kesimpulan

Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana
bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai
fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, serta faktor-faktor social seperti tabu,
kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan ilmu baharu seperti sains dan teknologi, maka
bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna.Perubahan bukan hanya berlaku pada peringkat
perbendaharaan kata, sistem pembentukan kata, sebutan dan struktur ayat sahaja bahkan perubahan
itu meliputi juga bidang makna. Oleh itu daripada contoh – contoh yang diberikan di atas jelaslah
bahawa beberapa perkataan mengalami perubahan dari segi makna dan perubahan itu disebabkan
oleh faktor -faktor yang telah dibincangkan diatas.

You might also like