You are on page 1of 1

1.

BERIKAN HUJAH ANDA TENTANG KENYATAAN BAHAWA PERLEMBAGAAN MALAYSIA MAMPU


MENJAGA HAK SAMA RATA NAGI SETIAP WARGANEGARA

Kesamarataan sangat penting dalam mewujudkan keharmonian sesebuah negara. Hal ini dapat
mengelak berlakunya diskriminasi atau penindasan terhadap mana-mana golongan.

“Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhk mendapat perlindungan yang
sama rata di sisi undang-undang.”

Berikut merupakan perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan hak terhadap
layanan sama rata di sisi undang-undang dengan tujuan mengelakkan hak asasi manusia. Perkara 8
ini adalah berbeza dengan Perjanjian Tanah Melayu 1948 yang menyatakan tentang hak Kaum
Melayu dan Bumputera. Hak istimewa yang diberikan kepada bumiputera adalah bukan
diskriminasi, namun dianggap sebagai perjanjian sosial antara penduduk asal di negara ini dengan
kaum yang dianggap sebagai baharu. Walaupun terdapat keistimewaan terhadap bumiputera,
kaum-kaum lain turut mendapat layanan istimewa dan sama rata seperti hak keselamatan,
pendidikan, kebajikan dan undang-undang.

2. BAHASKAN PERANAN YANG DIPERTUAN AGONG SEBAGAI KETUA EKSEKUTIF PERSEKUTUAN


MALAYSIA

Sebagai negara yang mengamalkan sistem raja berpelembagaan, Yang di-Pertua Agong (YDPA)
mengikut perkara 181 (1) Perlembagaan Persekutuan, YDPA merupakan ketua utama bagi Malaysia.
Walaupun terdapat beberapa pengecualian dalam perlembagaan berkaitan had kuasa dan
kedudukan YDPA. Namun YDPA mempunyai kuasa untuk melantik Perdana Menteri, bersetuju atau
tidak bersetuju permintaan membubarkan parliman dan mengadakan mesyuarat raja-raja. Peranan
YDPA dapat menjamin keharmonian apabila berlalu krisis politik antara parti. Hal ini kerana apabila
berlaku kekacauan politik. Kuasa tertinggi Pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah
di tangan baginda. Hal ini dapat menjamin daripada kekacauan dan pemberontakan dari mana-
mana pihak.

Isu baru-baru ini mengenai pembubaran parlimen dari pihak kerajaan Pakatan Harapan turut
mendapat campur tangan daripiada YDPA. Isu tersebut berlaku tanpa ada kekacauan ra walaupun
terdapat pendebatan antara penyokong kerajaan dan pembangkang. Secara adil dan sah mengikut
perlembagaan, YDPA telah melantik Perdana Menteri dan mengizinkan penubuhan parliman
baharu. Hal ini secara jelas, campur tangan daripada YDPA telah mengelakkan sebarang
pemberontakan politik berlaku.

You might also like