You are on page 1of 2

SKEMA JAWAPAN SAINS

BAB 4 KESIHATAN MANUSIA

HEPATITIS B disebarkan melalui SENTUHAN


MALARIA disebarkan melalui VEKTOR
TUBERKULOSIS disebarkan melalui UDARA
PANAU disebarkan melalui SENTUHAN

Berikan 3 cara vektor (LALAT) menyebarkan penyakit mengikut urutan.


1. LALAT HINGGAP DI ATAS KOTORAN MEMPUNYAI PATOGEN YANG
MELEKAT PADA KAKI DAN BADAN LALAT
2. LALAT MEMINDAHKAN PATOGEN KE MAKANAN
3. PATOGEN MEMASUKI BADAN SESEORANG YANG MAKAN MAKANAN YANG
TELAH TERCEMAR

Berikan 3 cara vektor (NYAMUK) menyebarkan penyakit mengikut urutan.


1. NYAMUK YANG TELAH MEMPUNYAI PATOGEN DI DALAM KELENJAR AIR
LIURNYA MENGHISAP DARAH ORANG YANG BELUM DIJANGKITI
2. AIR LIUR NYAMUK DIKELUARKAN SEMASA MENGHISAP DARAH UNTUK
MENCEGAH PEMBEKUAN DARAH. JANGKITAN MEREBAK KE SELURUH
BADAN.
3. NYAMUK LAIN MENGGIGIT MANGSA YANG TELAH DIJANGKITI DAN
MENYEBARKAN JANGKITAN KE MANGSA LAIN PULA.

KES 1 : Bayi yang baru lahir itu mendapat antibodi daripada susu ibu.
KEIMUNAN PASIF SEMULA JADI ( bersifat sementara)

KES 2 : Siti tidak dijangkiti penyakit cacar air kerana dia telah dijangkiti penyakit cacar air
pada umur 5 tahun
KEIMUNAN AKTIF SEMULA JADI (berpanjangan selepas jangkitan)

KES 3 : Amir tidak dijangkiti campak kerana dia telah menerima suntikan vaksin.
KEIMUNAN AKTIF BUATAN (berpanjangan selepas jangkitan)
KES 4 : John yang ingin melawat ke negara di mana tetanus adalah endermik telah disuntik
dengan antiserum.
KEIMUNAN PASIF BUATAN (segera dan sementara)

Semasa di Tingkatan 1, pelajar perempuan diberi suntikan imunisasi HPV. Apakah


kandungan di dalam suntikan tersebut?
VIRUS
INFO : Apakah maksud HPV?
HPV (HUMAN PAPILLOMA VIRUS) yang boleh menyebabkan kanser servik.

Berapakah bilangan pertahanan badan manusia yang bertindak melawan serangan penyakit?
TIGA/3

Bagaimanakah cara sistem pertahanan badan yang kedua memusnahkan benda asing dalam
badan?
SEL DARAH PUTIH BERTINDAK SECARA FAGOSITOSIS DENGAN MENELAN
DAN MENCERNA PATOGEN MENGGUNAKAN ENZIM

Berikan tiga amalan yang boleh menguatkan sistem keimunan badan.


1. MENDAPAT REHAT DAN TIDUR YANG MENCUKUPI
2. MELAKUKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN SECARA BERKALA
3. BERIADAH DAN MENGHIRUP UDARA SEGAR

Apakah kepentingan imunisasi kepada manusia?


USAHA MEMBERIKAN DAYA TAHAN SECARA AKTIF PADA BAYI, KANAK-
KANAK DAN DEWASA TERHADAP PENYAKIT TERTENTU DENGAN
MEMASUKKAN VAKSIN

Nyatakan samada “ keimunan aktif ” atau “keimunan pasif” bagi graf berikut.

KEIMUNAN PASIF KEIMUNAN AKTIF

You might also like