You are on page 1of 1

PEMBERITAHUAN KEPADA SEMUA KETUA BAHAGIAN, PEKERJA BULANAN

DAN HARIAN SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN


TEMPOH 2 ( 01/04/2020 – 14/04/2020 ) BERKENAAN PEMBAYARAN GAJI DI
BAWAH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA.

Untuk makluman, dalam tempoh PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ), majikan


dinasihatkan untuk mengambil tindakan seperti berikut :
1. Majikan mesti membayar gaji penuh dan elaun dalam tempoh kawalan
pergerakan;
2. Tertakluk kepada persetujuan kedua-dua belah pihak, majikan boleh
menawarkan kepada pekerja sama ada :
a) Cuti bergaji penuh;
b) Cuti separuh gaji; atau
c) Cuti tanpa Gaji

Oleh yang demikian, bermula pada 01 April 2020 sehingga 14 April 2020 PKP 2.
Pihak Majikan ingin memaklumkan bahawa :
1. Pekerja yang hadir bekerja sepanjang tempoh ini, Gaji akan dibayar seperti
biasa.
2. Bagi pekerja yang tidak dapat hadir sepanjang tempoh PKP 2 ini,
pembayaran dikira separuh gaji.
3. Untuk makluman, sepanjang tempoh PKP 2 ini, Pihak majikan akan memberi
keutamaan untuk bahagian perabot sahaja. Oleh yang demikian, bagi pekerja
bahagian lain yang berminat untuk bekerja, pekerja perlu berhubung terus
dengan ………
Pihak Majikan akan mempertimbangkan tindakan yang sewajarnya kepada semua
pekerja dan berharap semua pekerja dapat memberi kerjasama sepanjang tempoh
PKP 2 ini.

PENGARAH URUSAN.

You might also like