You are on page 1of 1

1.

RUMUSAN

Rumusan membincangkan faedah bersukan dan cara-cara memupuk minat bersukan.


Antaranya ialah dapat mencungkil dan menggilap bakat-bakat baharu dalam bidang sukan
serta dapat meningkatkan tahap disiplin dalam kalangan murid. Selain itu, dapat membentuk
murid menjadi seseorang yang berfikiran positif dan dapat menyatukan masyarakat pelbagai
kaum di negara ini. Seterusnya, dapat mengatasi masalah sosial serta dapat dijadikan saluran
untuk membina kerjaya.

Antara cara memupuk minat bersukan ialah ibu bapa hendaklah menggalakkan anak-
anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan. Selain itu, keluarga hendaklah memberi
galakan dengan memberi peralatan sukan.

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berganding bahu dalam setiap aktiviti sukan
supaya faedah-faedah bersukan dapat diperolehi.

2. (a)
(i) Maksud rangkai kata menyusun strategi ialah mengatur usaha.

(ii) Peranan-peranan tersebut ialah pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan
sukan di sekolah. Selain itu, guru-guru pula melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran
sukan. Seterusnya, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka bergiat aktif dalam
bidang sukan.

(iii) Pada pendapat saya, kebaikan tersebut ialah dapat menjalinkan kerjasama, meningkatkan
mutu sukan negara serta mendapat liputan yang meluas dari seluruh negara.

You might also like