You are on page 1of 7

RUMUSAN MESYUARAT PENGURUSAN PENGARAH DAN GURU BESAR

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian berkenaan perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa satu mesyuarat pengurusan di antara Pengarah


Pendidikan JPWPKL dan Guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diadakan
seperti butiran di bawah:
Tarikh : 5 & 6 Mei 2020 (Selasa & Rabu)
Masa : 11pagi -12.30 t/hari
Tempat : Sekolah Rendah WPKL.
Aplikasi : Google Meet

Rumusan mesyuarat seperti berikut :


1. Semua Guru dan AKP perlu berada di stesyen/tempat bertugas masing-masing. Rujuk
kepada arahan JPA, KPM, JPN. ( * boleh juga rujuk makluman dalam NUTP)

2. Jika berada di luar stesyen atau di kampong, Guru dan AKP perlu berusaha untuk
kembali semula ke stesyen/rumah masing-masing dengan memohon melalui aplikasi
GERAK MALAYSIA. (* rujuk jadual pergerakan yang ditetapkan)

3. Guru yang mempunyai masalah / alasan yang munasabah untuk tidak boleh balik ke
tempat bertugas masing-masing diminta membuat surat permohonan kepada Guru
Besar. (* PKP bukan cuti atau melakukan aktiviti yang lebih kepada kepentingan
peribadi) Nota:
3.1. Kelulusan permohonan atas budi bicara Guru Besar. ( *merujuk kepada tatacara
dalam perkhidmatan awam)
3.2. Guru Besar tidak akan bertanggungjawab jika berlaku apa-apa perkara yang tidak
diingini kepada guru tersebut sepanjang PKP / PKPD/ PKPB.
3.3. Kebenaran yang diberikan dengan bersyarat. Jika di luar syarat, Guru Besar tidak
bertanggungjawab. Guru atau AKP perlu menanggung implikasinya sebagai
penjawat awam yang sedang bertugas
3.4.Surat permohonan untuk kebenaran perlu disertakan dengan dokumen
sokongan - contoh: Permit Perintah Kawalan Pergerakan dari PDRM, tiket
penerbangan sahaja tiada alternative pengangkutan lain

4. Guru dan AKP harus faham implikasi jika tidak berada di stesyen dan jangan
berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Contoh: pencolekan, kemalangan, kematian
dll. Kesannya:
4.1. Di anggap engkar perintah.
4.2. Pelucutan keistimewaan sebagai penjawat awam. Contoh; Pencen dan lain-lain.
5. Guru perlu berusaha untuk balik bukan paksaan tapi fikirkan akan tanggungjawab
sebagai penjawat awam yang perlu ada di stesyen tempat bertugas walaupun sekolah
belum beroperasi.

6. Jika tidak suka dengan penjelasan Pengarah / Guru Besar jangn tulis dalam FB atau
social media yang boleh menjejaskan kreabiliti seseorang dan ia merupakan kesalahan
jika tersebar perkara yang tidak betul tambahan lagi oleh penjawat awam seperti guru
dan AKP. (*Semua guru dan AKP harus mempunyai intergriti yang tinggi dan maklum
imlikasi kenyataan yang telah disebarkan)
.
7. Pengarah mengingatkan jangan fikir perkara yang remeh-temeh (* berkepentingan
sendiri / peribadi)
o contoh nak berpuasa dan sambut raya di kampung sedangkan sepatutnya guru
telah berada di stesyen tempat bertugas.

8. Guru yang susah mendapat kebenaran sebab tiada surat pengesahan jawatan.
 Guru-guru cetak dari HRMIS atau
 dapatkan Surat Akuan dari Guru Besar. ( *telah dimaklumkan pada 5 Mei dan
surat edaran pada 6 Mei)

9. Cohtoh; GPK1 SMK Convent meninggal semalam. Nasib baik dalam masa menjalankan
tugas dan bayangkn jika berlaku di tempat lain, contoh berada di kampung.(*eviden
sahih yang dijadikan contoh teladan)

10. Guru yang ambil keputusan tidak mahu balik ke stesyen bertugas diminta mohon CUTI
TANPA GAJI dan guru tidak layak Cuti Rehat Khas (CRK) secara berterusan. Ikut
kemudahan cuti yang layak.(*rujuk tatacara tidak hadir bertugas dalam pekeliling)

11. W/p mendapat surat doktor menyatakan ibubapa atau ahli keluarga sedang tenat atau
sakit... Guru perlu mohon CRK mengikut bilangan hari yang layak atau mohon CTG.
Guru yang tidak sihat perlu mendapatkan rawatan doctor dan sertakan slip cuti sakit
(*Pengurusan keberadaan guru di stesyen sama tatacaranya guru bertugas di sekolah
cuma guru berada di rumah)
12. Operasi Sekolah :
12.1. Langkah-langkah pengoperasian sekolah semasa PKPB mengikut SOP
pergerakan.
12.2. Guru Besar boleh sediakan jadual bertugas secara bergilir & jadual fleksible untuk
tujuan minimumkan kehadiran personel di pejabat (*pengoperasian pejabat
mengikut waktu yang ditetapkan 8 pagi – 4 petang)
12.3. Guru dibenarkan hadir ke sekolah sekiranya ada keperluan. Jumlah kehadiran
perlu minima dan dengan kebenaran bertulis daripada GB.
12.4. Guru Besar boleh memanggil GPK/Guru/AKP berbincang/bermesyuarat sekiranya
perlu dalam jumlah yang kecil dan menjaga penjarakan sosial.
12.5. Bermula 4 Mei 2020, Guru Besar boleh membuat penggiliran bertugas dengan

GPK begitu juga dengan AKP perlu buat penggiliran bertugas dan tertakluk
kepada bidang tugas yang hendak dibuat serta menjaga penjarakan sosial.
12.6. Masa bertugas fleksibel/minimal mengikut kerja masing-masing. Boleh bekerja dari
rumah (stesyen bertugas) dengan masa bekerja yang ditetapkan dan tidak berada
di luar rumah pada waktu bertugas.(*mesti maklumkan jika ada urusan di luar
rumah semasa waktu bekerja. SOP yang sama seperti bertugas di pejabat)
12.7. Sekarang bukan masa cuti sekolah tetapi kebenaran bekerja dari rumah. Oleh
yang demikian, guru atau AKP perlu berada di stesyen untuk memudahkan
diperlukan/dipanggil untuk bertugas.(* bagi guru2 SKS PERLU STAY AT
HOME, WORK FROM HOME; SLT dan AKP bertugas ikut jadual yang disediakan
selepas persetujuan bersama)
12.8. Guru Besar perlu sebarkan surat-surat yang dikeluarkan oleh JPA dan KPM
kepada semua guru/akp untuk dibaca dan difahami kandungan surat. Dalam surat
JPA jelas arahan PM kepada semua penjawat awam untuk bertugas. Ianya bukan
ugutan.(*sentiasa panjangkan makluman dalam group rasmi sekolah. Mohon
cakna dan ambil tindakan)
HAL-HAL LAIN
1. Jabatan akan membekalan keperluan alatan seperti sanitzer, mask dan penyukat suhu.
Setiap sekolah akan dibekalkan satu penyukat suhu. Jabatan menguruskan pembeliaan
secara pukal dan akan membekalkan ke sekolah pada tarikh akan dimaklumkan.
Sekiranya keperluan peralatan tidak mencukupi, sekolah boleh membuat tambah
pembelian dengan mengguna peruntukkan PCG sekolah masing-masing.
2. Pembekalan Kertas A4 juga akan dilaksanakankan bagi kegunaan guru-guru dalam
penyediaan bahan PdPc murid. (*buat permohonan)
3. Penulisan Pelaporan PdPc secara online - bergantung kepada sekolah masing-masing.
Fokus kepada apa yang guru buat dan beri kepada murid serta bilangan murid yang
terlibat. (*catat data keberhasilan tugasan murid)
4. Kerosakan fizikal sekolah yang dilaporkan ke jabatan akan diambil tindakan untuk
pembaikian dalam masa terdekat. (*surat dan gambar perlu dipanjangkan segera)
5. Perayaan Hari Guru dibuat secara maya di peringkat negeri. Tema akan dimaklumkan
dalam minggu ini. Terdapat beberapa aktiviti dan pertandingan diadakan sempena hari
guru. Sumbangan sumbangsih Hari Guru 2020 peringkat negeri akan disalurkan
kepada penerima sumbangan melelui akaun bank penerima.(*maklumat telah
dipanjangkan kepada penerima)
6. Takwim sekolah yang baharu akan ada dua (2) yang berbeza dan akan dikeluarkan
oleh KPM: (*persediaan awal sangat-sangat diharapkan agar tidak berlaku kesuntukan
masa untuk persiapan persekolahan new norma
i. Sekolah Menengah (Aliran yang ada Peperiksaan seperti SPM, STPM dll)
ii. Sekolah Rendah dan Sekolah yang tidak menjalankan Peperiksaan
7. Sewa kantin dan kedai buku
👉pengeculian pembayaran bg bulan April hgg Sept (*lihat siaran makluman)
👉tiada pemotongan utk Okt dan Nov (*peringatan dan tindakan)

👉begitu jua bg bulan Jan hgg Mac(*maklumbalas)


8. Guru2 perlu fikirkan plan intervensi bagi defisit pembelanjaran bg kesinambungan
kelestarian pendidikan yg menyeluruh. PDPC yg dirancang dapat memberi data
keberhasilan murid . Pembelajaran maya bukan sahaja tertumpu kepada aktiviti latihan
tetapi juga merangkumi penerapan nilai, motivasi, pemikiran positif serta memberi
semangat
9. semua warga sekolah perlu buat persediaan fizikal dan mental jika PKP berlanjutan dan
new norma perlu dibudaya dalam pendidikan. Jika guru2 ada masalah sila rujukSISC+,
jika PGB ada masalah sila rujuk SIP+. Warga sekolah boleh rujuk kaunselor organisasi
untuk khidmat bantu
10. pesanan khas:
Janganlah kita berfikiran sempit
Jika pembelajaran maya secara kendiri boleh dilakukan di rumah
Kenapa perlunya kita sebagai guru
Siapakah kita sebenarnya
Apakah fungsi kita sebenarnya
(*touching the heart by teaching next generation)

Janganlah beri alasan palsu


Adakah sumbangan kita setimpal dengan gaji yang kita dapat
Pastikan apa yang kita dapat mendapat berkat dan halal
(*konsep Islam)

We are in the same storm


But we are not in the same boat
God doesn’t give us more time

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


PERKONGSIAN MAKLUMAT TAMBAHAN YANG LEBIH TERPERINCI

Assalamualaikum wbt.

Antara intipati perbincangan adalah seperti berikut:

1 Menjelaskan dan penegaskan arahan yang terkandung dalam surat daripada KPP
Perkhidmatan Awam bahawa sektor perniagaan yang dibenarkan dan pejabat
kerajaan sudah mula beroperasi bersyarat mulai 4 Mei 2020.

2. Oleh yang demikian guru dan juga warga kerja sekolah yang merupakan penjawat
awam perlu akur dan berusaha untuk kembali ke stesyen tempat bertugas.

3 Pada hakikatnya sekolah belum beroperasi di mana pelajar belum diarahkan ke


sekolah sehingga dimaklumkan.

4 Sehubungan itu tiada sesi bersemuka dengan guru di sekolah.

5 Berdasarkan data ada lebih 5000 guru JPWPKL berada di luar stesyen atau luar
kawasan.

6 Ada sebahagiannya tidak dapat balik atas sebab2 tertentu.

7 Pengarah pernah memaklumkan kepada PGB berhubung keperluan guru berada di


dalam kawasan bertugas bermula 4 Mei 2020 dan diminta guru berusaha berada di
dalam kawasan bertugas.

8 Namun begitu, pemakluman itu telah disalahertikan oleh sebahagian daripada guru
dan menjadi satu isu di KPM pula apabila dikatakan ada PGB yang mengarahkan
guru untuk berada di sekolah dan jika tidak akur akan dikenakan tindakan tatatertib.

9 Hakikatnya bahawa pemakluman itu adalah untuk mengingatkan penjawat awam


terikat dengan peraturan arahan bertugas.

10Penjawat awam perlu berada di stesyen tempat bertugas apabila arahan telah
dikeluarkan bahawa pejabat kerajaan telah mula beroperasi.

11 Keberadaan penjawat awam di luar stesyen tanpa kebenaran semasa waktu


bertugas adalah satu kesalahan.

12 Sekiranya berlaku perkara2 yang tidak diingini seperti kemalangan atau kematian
atau seumpamanya, ia akan menghadapi masalah dalam tuntutan pampasan,
pencen malah ke tahap kehilangan hak penjawat awam.

13 Untuk keselamatan perkhidmatan penjawat awam, mereka perlu berada di dalam


stesyen tempat bertugas mereka selepas arahan berkenaan dikeluarkan.

14 Penjawat awam perlu merancang untuk datang dan berada di dalam stesyen tempat
bekerja mereka.

15 Namun begitu, sekiranya penjawat awam tidak dapat kembali atas sebab2 tertentu
yang munasabah atau ada halangan2 daripada kerajaan tempatan, maka perlu
memohon secara bertulis kepada ketua jabatan utk menangguhkan kembali ke
stesyen tempat bertugas.

16. Ketua jabatan atas budi bicara boleh mempertimbangkan permohonan berkenaan.
Namun Ketua jabatan perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kelulusan
penangguhan berkenaan.

17 Berhubung persoalan justifikasi keperluan untuk ke sekolah sedangkan murid tiada


di sekolah, guru boleh bekerja di rumah di stesyen mereka.

18 Dalam masa yang sama, ia memudahkan Ketua Jabatan untuk memanggil guru ke
sekolah, jika ada keperluan. Manakala guru juga boleh ke sekolah utk sesuatu
keperluan dengan kebenaran ketua jabatan.

19 Ketua Jabatan juga diminta utk membuat penjadualan bertugas AKP berdasarkan
prinsip Sosial Distancing,Penggiliran dan Jadual waktu Anjal.

20 Tidak semestinya semua AKP dan guru perlu hadir tapi boleh digilirkan jika perlu.

21 Ketua Jabatan juga boleh menggilirkan PK untuk ke sekolah jika perlu.

22 AKP juga boleh bekerja dari rumah. Namun ia bermaksud mesti berada di rumah
dan tidak dibenarkan untuk berada di tempat lain contohnya pusat membeli belah
pada waktu bekeria berkenaan.

23 Sekiranya penjawat awam tertangkap, ia dianggap sebagai satu kesalahan dan


boleh diambil tindakan.

Pengarah merumuskan pada akhir sidang:

1 Semua pentadbir, ketua jabatan, PGB dan guru perlu profesional dan akur dengan
arahan sebagai penjawat awam.

2 Arahan yg dikeluarkan adalah daripada YAB PM yang perlu dipatuhi dan tidak boleh
direvert.

3 Jika tak dapat balik, buat surat dan maklumkan alasan yang munasabah
menangguhkan kembaki ke stesyen.

4 Penjawat awam perlu berada di stesyen kerana ia berkaitan dengan peraturan2 sbg
penjawat awam.

5.Jika berlaku aral atau kemalangan semua orang susah terutama penjawat awam
berkenaan dan keluarga.

6 Situasi ini pernah berlaku dan Pengarah menjelaskan insiden yang menyedihkan
berkenaan.

7 AKP yg mungkin tak nak balik lagi, boleh mohon cuti jika masih ada cuti berbaki dan
perlu mendapat kelulusan cuti daripada ketua jabatan.

8 Surat2 MKN dan JPA yang berkenaan sepatutnya disampaikan kepada semua guru
kita.

Wassalam.

You might also like