You are on page 1of 12

PROFESIONALISME KAUNSELOR

Mohd. Ghazali bin Yahya


Mohd farid
Mohd Azmi bin Hasan
Lizawati
Suria
Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk membincangkan profesionalisme kaunselor dalam perkhidmatan kaunseling di
Malaysia. Perkhidmatan kaunseling merupakan mempunyai peranan yang sangat penting dalam
kehidupan manusia. Profesionalisme kaunselor dalam perkhidmatan kaunseling bertujuan untuk
membantu klien mengetahui dan memahami masalah yang dihadapi, menggalakkan komunikasi,
menolong mengubah tingkah laku klien, dan membantu klien membuat keputusan. Antara isu-isu yang
disampaikan adalah profesionalisme kaunselor dalam perkhidmatan kaunseling. Pandangan yang jelas
tentang profesionalisme kaunselor melalui kajian kualitatif ini terhadap 4 orang kaunselor berdaftar yang
mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang kaunseling membantu menjelaskan isu-
isu yang berkaitan dengan profesionalisme kaunselor. Secara keseluruhannya, kajian ini akan
menerangkan tentang perjalanan bidang kaunseling, pandangan pakar, ciri-ciri, hala tuju dan masa
depan profesion ini, latihan-latihan yang diperlukan bagi meningkatkan lagi tahap profesionalisme
kaunselor,konsep, teori-teori, dapatan kajian lepas yang berkaitan, perbincangan dan kesimpulan serta
cadangan bagi meningkatan kefahaman tentang profesionalisme kaunselor dalam perkhidmatan
kaunseling.

Keywords: profesionalisme kaunselor, perkhidmatan kaunseling

PENGENALAN
Perkhidmatan kaunseling profesional amat dipengaruhi oleh tahap kompetensi modal insan
pemberi perkhidmatan kaunseling itu sendiri. Perkhidmatan kaunseling profesional perlu
diberikan oleh kaunselor yang mempunyai tahap profesionalisma yang tinggi. Pakar-pakar
dalam bidang kaunseling menggariskan beberapa ciri kaunselor professional seperti memiliki
satu set ilmu pengetahuan dan kemahiran yang khusus, mempunyai pengetahuan yang tinggi
mengenai Kod Etika serta mengamalkannya. Mereka juga dikawal selia oleh undang-undang
dan sebuah badan profesional. Di negara kita Malaysia, kaunselor profesional tertakluk di
bawah Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) yang di kawal selia oleh Lembaga Kaunselor.
Berdasarkan kepada piawaian antarabangsa yang kini sedang digunakan dinegara-negara
maju seperti Council for Accreditation of Counselling & Related Educational Programme
(CACREP) di Amerika Syarikat, terdapat enam bidang tumpuan utama yang diberi penekanan
iaitu Kaunseling Perkahwinan & Keluarga, Kaunseling Ketagihan, Kaunseling Sekolah,
Kaunseling Kerjaya, Kaunseling Kesihatan Mental dan Kaunseling Institusi Pengajian Tinggi.
Berdasarkan kepada perkembangan tersebut, sudah sampai masanya negara kita melahirkan
kaunselor professional yang mengkhusus kepada bidang tumpuan yang tertentu. Lembaga
kaunselor memainkan peranan penting dalam mengorak langkah untuk menyediakan rangka
program latihan yang bersesuaian. Sekiranya kaunselor-kaunselor profesional dalam bidang-
bidang tumpuan utama tersebut dapat dilahirkan, usaha untuk menangani permasalahan
psikososial yang dihadapi oleh masyarakat akan menjadi lebih mudah, profesional dan
berkesan.

OBJEKTIF KAJIAN
Bagi mencapai matlamat kajian untuk meneliti pandangan kaunselor berkaitan profesionalisme
kaunselor ini, objektif kajian adalah seperti berikut:
1) Mengetahui perjalanan penglibatan dalam profesionalisme kaunselor
2) Menganalisa pandangan kaunselor berkaitan profesionalisme kaunselor dan
Mengenalpasti ciri-ciri kaunselor yang dianggap professional.
3) Mengkaji hala tuju dan masa depan profesionalisme seorang kaunselor.
4) Mengkaji keperluan kaunselor dalam memainkan peranan dalam masyarakat dan
cabaran yang dihadapi.
5) Mengenalpasti latihan-latihan yang perlu bagi meningkatkan tahap pprofesionalisme
kaunselor.

METODOLOGI KAJIAN
Untuk membincangkan isu profesionalisme kaunselor ini, kaedah kajian berbentuk kualitatif
telah dipilih di mana ia merupakan temubual dengan responden kajian yang terpilih untuk
mendapatkan pandangan yang mendalam tentang profesionalisme seorang kaunselor.
Temubual dijalankan secara bersemuka berdasarkan temubual terbuka. Temubual dirakam
dalam bentuk audio dengan kebenaran responden kajian.mTemubual dijadualkan menurut
kesesuaian masa responden dan pengkaji. Data yang dikumpulkan dianalisa melalui transkripsi
audio dalam bentuk verbatim. Sampel bagi kajian ini adalah berbentuk sampel bermatlamat
(purposive). Kaunselor yang dikaji adalah terdiri daripada kaunselor berdaftar yang dipilih dari
kalangan agensi-agensi yang berlainan yang terdiri daripada Kaunselor MARA, Kaunselor
Sekolah, Kaunselor SUK Kerajaan Negeri dan Kaunselor Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Empat orang kaunselor berdaftar yang dikenalpasti ini dipilih untuk ditemubual bagi
mendapatkan maklumat berkenaan profesionalisme kaunselor.
DAPATAN KAJIAN
Empat orang kaunselor yang berdaftar telah dikenalpasti dan dipilih untuk ditemubual bagi
mendapatkan pandangan dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan isu profesionalisme
seorang kaunselor. Kaunselor yang dipilih terdiri daripada seorang kaunselor lelaki yang
mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dan tiga orang kaunselor perempuan yang
mempunyai pengalaman lebih 4 tahun dalam mengendalikan perkhidmatan sesi kaunseling.
Dari segi latar belakang perkhidmatan, seorang kaunselor adalah dari SUK Kerajaan Negeri
Pahang, seorang dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Krai dan dua orang
kaunselor dari Institusi Pendidikan. Melalui analisa kajian yang dbuat, terdapat beberapa tema
yang dikenalpasti berdasarkan temubual yang dijalankan iaitu (i) perjalanan penglibatan dalam
bidang kaunseling, (ii) profesionalisme kaunselor, (iii) ciri-ciri kaunselor yang profesional (iv)
hala tuju dan masa depan kaunselor, (v) peranan dan sumbangan dalam profesion kaunselor,
(vi) cabaran kaunselor dan (vii) latihan untuk kaunselor.

(i) Perjalanan penglibatan dalam bidang kaunseling

Kesemua responden menyatakan bahawa perjalanan penglibatan dalam bidang


kaunseling adalah berkaitan dengan minat dan juga dari bidang yang diceburi. Ini
dapat dilihat dari penyataan berikut :

“…kebetulan kita minat dalam bimbingan kaunseling dan diakhir pengajian kita,
walaupun dapat ijazah pengajian psikologi,….”(K1)

“..Sebenarnya saya sebagai seorang kaunselor, saya dah rancang lah sebab ini
adalah minat saya yang begitu mendalam dalam bidang kaunseling. Jika sebelum ini
pun saya mengambil course kaunseling dan kerjaya memang saya ke arah
kaunseling. Memang sudah di rancang lah..”(K2)

“..Saya memilih kerjaya sebagai seorang Pegawai Psikolgi ini adalah atas faktor
minat untuk memberikan pertolongan dan bantuan kepada masyarakat yang
mermelukan ditambah pula dengan kelayakan bidang akademik yang saya miliki
sangat bersesuaian atau selaras dengan kerjaya ini”…(K3)

‘..melihat kepada personaliti mak saya hok bekerja sebagai kaunselor’

‘..Bermula dari minat, belajar, dipermudahkan, keizinan dari Allah dan kerja…
Alhamdulillah’..(K4)
(ii) Profesionalisme kaunselor

Responden menyatakan dalam profesionalisme kaunselor ini perlulah berdaftar dan


mendapat pengiktirafan dari Lembaga Kaunselor Malaysia. Selain itu, responden
juga bersetuju bahawa latar belakang pendidikan, latihan dan seliaan dalam bidang
kaunseling di Universiti turut memainkan peranan penting dalam profesionalisme
kaunselor. Ini di sokong oleh penyataan berikut :

“..kaunselor yang ada latar belakang kaunseling di Universiti untuk kita tauliahkan
kaunselor berdaftar dan professional”..(K1)

“..Ok sebagai seorang kaunselor, saya sendiri yang mana untuk menjadi seorang
kaunselor profesional saya perlu mengikuti etika-etika yang ditetapkan oleh
Lembaga Kaunselor sendiri contohnya, dari segi etika kerahsiaan itu saya memang
pegang sejak dari awal sehingga kini di mana itu menjadi tanggungjawab saya
sebagai seorang kaunselor profesional lah.”

“..Selain daripada itu kaunselor profesional ini.. Adalah yang mana… aa


merangkumi banyak aa keadaan di mana contohnya perlu diselia, perlu ada ilmu
yang mendalam dalam bidang kaunseling dan yang paling penting saya memegang
kepada beberapa perkara iaitu saya tekankan kepada kerahsiaan, perlu diselia dan
menerima klien tanpa syarat…..” (K2)

“..Kaunselor merupakan orang yang terlatih dalam bidang kaunseling dengan


dibekalkan ilmu yang dipelajari serta latihan yang diselia sebagai persediaan bagi
menjadi kaunselor yang berkualiti dan berkesan. Persatuan Kaunselor Profesional
Malaysia dengan kerjasama Lembaga Kaunselor Malaysia telah berganding bahu
untuk memastikan semua Pegawai Psikologi di Malaysia didaftarkan sebagai
kaunselor berdaftar dan perakuan amalan. Oleh itu kaunselor berdaftar adalah
merupakan individu yang professional dalam bidang kaunseling..”

“..Ditambah pula untuk menjadi seorang kaunselor yang professional, kaunselor


perlulah berdaftar dan memiliki sijil perakuan amalan dari Lembaga Kaunselor
Malaysia dan tertakluk kepada Akta 580 Akta Kaunselor 1998..” (K3)

‘..Berdaftar & diiktiraf oleh Lembaga Kaunselor Malaysia’..(K4)

(iii) Ciri-ciri kaunselor professional


Analisa terhadap sesi temubual bersama responden, ciri-ciri professional kaunselor
boleh dilihat berdasarkan kepada pengetahuan kaunselor, kemahiran
kaunselor,penampilan dan personaliti serta amalan etika dalam perkhidmatan.Ini
dapat dilihat melalui penyataan di bawah :

“..Yang pertama sekali adalah latar belakang pengajian. Mesti mereka ini mendapat
khusus asas yang berkaitan profesion berkenaan..” (K1)

“..Ok kalau dilihat ciri-ciri seorang kaunselor yang perlu dilihat sebagai seorang yang
profesional adalah yang melihat kepada keperibadian seseorang itu yang mana
menjurus kepada yang mana seorang kaunselor itu mestilah seorang yang menjaga
penampilan yang pertama dan yang kedua adalah kerahsiaan seperti yang saya
tekankan tadi dan sentiasa bersedia…” (K2)

“..Bagi menjadi seorang kaunselor yang profesional, kita perlulah mempunyai


kemahiran berempati yang tinggi dan kemahiran mendengar yang baik. Berempati
bermakna kita boleh merasai apa yang klien kita rasakan semasa itu..”

“..Kaunselor seharusnya bersikap hormat diatas kejujuran klien yang meminta


pertolongan, menerima hakikat bahawa setiap klien yang datang dan pergi adalah
berbeza sifatnya.”

“..Kaunselor perlu melayan klien sebagai manusia yang bermaruah dan unik
walaupun klien datang dengan cerita yang berbagai-bagai..” (K3)

‘..Tahu jaga kerahsiaan, klien akan yakin. Ni dok, duk cerita kokre (kepada orang
lain). Perlu tengok kerahsiaan mana yang perlu dipecahkan. Kalau memudharatkan
klien baru boleh pecah..’

‘Kaunselor, kita kena jaga personaliti sebab kita nak bagi orang yakin dengan
profesional kerja kita..’ (K4)

(iv) Hala tuju dan masa depan kaunselor


Responden membincangkan tiga aspek dalam hala tuju dan masa depan kaunselor
iaitu (i) pengiktirafan, (ii) bidang tugas dan (iii) kenaikan pangkat. Ketiga-tiga aspek
ini dinyatakan dalam penyataan :
“..meraka diiktiraf kaunselor sepenuh masa dan dianggap professional dengan
adanya kod etika dan latar belakang pengajian serta khusus – khusus advance
yang mereka sentiasa ikuti dari masa ke masa..”

“Dari segi bidang tugas ada lagi yang overlap, bergantung kepada dimana mereka
bekerja..”

“mungkin satu benda yang harus diperjuangan lagi diperingkat seperti JPA, MARA
sendiri, namun daripada status penjawatan semakin lama semakin baik.” (K1)

“..Ok kalau dari segi pengiktirafan sekarang ni dah boleh tengok kaunselor kini telah
diiktiraf oleh Lembaga Kaunselor dan PERKAMA di mana diberi peluang untuk
kaunselor menjadi kaunselor berdaftar dan itu merupakan satu pengiktirafan yang
besarlah yang mana lagi mengukuhkan seseorang yang berada dalam bidang
kaunseling dalam menjalankan tugas…” (K2)

“dilihat pada masa sekarang hamper semua kementerian atau jabatan kerajaan
mahupun swasta telah diwujudkan jawatan kaunselor atau Pegawai Psikologi.
Maknanya jawatan kaunselor ini sangat-sangat diperlukan disemua sektor pekerjaan
di Malaysia ini”

“Dari segi bidang tugas pula, kami sebagai kaunselor di organisasi bukan sahaja
perlu melaksanakan sesi kaunseling semata-mata bahkan lebih dari itu sehinggalah
ketugasan pengurusan dan pentadbiran seperti menyediakan suratjemputan dan
fail, mewakili ketua jabatan sekiranya ada mesyuarat, melaksanakan program
pembangunan staf sekurang-kurangnya 2 kali sebulan serta sebagainya yang
diarahkan oleh ketua jabatan”

” Pegawai Psikologi di jabatan-jabatan akan melalui kenaikan pangkat setelah 8


tahun berkhidmat dan laluan kerjaya mereka akan semakin luas ditambah pula
dengan penubuhan Bahagian Pengurusan Psikologi di Sektor Jabatan
Perkhidmatan Awam yang berusaha untuk mewujudkan gred-gred yang lebih tinggi
selain gred S41 bagi Pegawai Psikologi di sektor-sektor kerajaan. . Contonya, di
Pejabat setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Pegawai Psikologinya memegang
gred jawatan S48. Oleh itu, tidak mustahil bahawa akan ada dikalangan pegawai
Psikologi ini yang akan memegang gred jawatan JUSA” (K3)

‘Kita perlu belajar dengan negara maju dalam melaksanakan profesion


kaunselor….. sana… nak beli kereta pun kaunselor, menteri ada
kaunselor…..pemikiran orang terhadap kaunseling terbuka.. kaunseling
berkembang..’ (K4)

(v) Peranan dan sumbangan kaunselor


Aspek yang berkaitan peranan dan sumbangan kaunselor, responden mempunyai
beberapa persamaan pandangan iaitu :

a. Sumbangan dan Khidmat Masyarakat.


“ kaunselor harus berkerja dibidangnya dan mengikut kepakaran masing –
masing”..(K1)

“ mereka ini menyertai MERCY, mereka mengabungkan dalam NGO-NGO


yang akan memberi khidmat sukarela apabila diperlukan adanya malapetaka
sama dalam negeri ataupun diluar negeri..’’ (K1)

“saya di sini memainkan dua peranan iaitu sebagai kaunselor dan juga
sebagai pendidik…” (K2)

“Pada pendapat saya, antara sumbangan atau khidmat masyarakat yang


boleh diberikan adalah berdasarkan kemahiran yang kita miliki. Contohnya
kami di sini menyediakan perkhidmatan kaunseling dan trauma kepada
mangsa banjir bagi membantu memulihkan emosi dan perasaan mangsa
yang kemungkinan mengalami kehilangan harta benda ataupun ahli keluarga
akibat bencana banjir”..(K3)

b. Inovasi Sosial.
“ mereka boleh jadi ejen perubahan masyarakat pun, sama ada peringkat
sekolah rendah, menengah, belia, dikalangan masyarakat dan seharusnya
meraka salah satu item atau kakitangan komuniti yang membantu
membangunkan masyarakat peringkat Malaysia.”..(K1)

“Dari aspek inovasi sosial pula, kami disini dalam proses menubuhkan
sebuah klinik kaunseling yang berfungsi menawarkan perkhidmatan
kaunseling kepada orang awam dengan kadar bayaran yang berpatutan
dengan melibatkan penyertaan kaunselor-kaunselor berdekatan seperti yang
diperkenalkan oleh SUK negeri Selangor”.. (K3)

(vi) Cabaran kaunselor


Kesemua responden menyatakan bahawa cabaran yang dihadapi melibatkan
kehendak dan keperluan kaunselor, penolakan terhadap kaunselor, limitasi dan juga
tugas-tugas hakiki kaunselor :
a. Kehendak dan keperluan kaunselor
“mungkin kemudahan fizikal, tempat dimana kaunselor bertugas..” (K1)

“Sebenarnya perkhidmatan kaunseling ini sangat diperlukan dimana-mana


jabatan atau institusi bagi meningkatkan motivasi individu untuk bekerja. Bila
motivasi seseorang itu meningkat, maka produktiviti juga akan bertambah.
Kaunselor juga menjadi ruang rujuk kepada staf-staf yang menghadapi masalah
dalam bersama-sama mencari alternative penyelesaian kepada masalah yang
dihadapi..” (K3)

‘Cabaran penerimaan masyarakat, kaunseling… kena cari jalan untuk selesai


masalah sendiri….’
‘ Kita perlu ilmu untuk bimbing orang….kerja banyak cabaran, banyak benda
yang menguji. Jadi ilmu sangat penting dan perlu ada ilmu seni visual. Perlu
ada kekuatan, kita kena tambah ilmu, rugi lau tak tambah…’ (K4)

b. Penolakan
“bergantung kepada believenes/kepercayaan orang sekitar kita. Ini susah untuk
kita buat. Melainkan kaunselor sendiri yang menimbulkan invairoment untuk kita
diterima oleh persekitaran kita…’ (K1)

“cabaran saya yang begitu mendalam iaitu dari segi kehadiran klien ada yang
dirujuk dan ada yang datang secara sukarela. Jadi yang menjadi cabaran pada
saya ialah klien yang datang secara dirujuk. Ini memberi aaa… masa yang
begitu lama lah untuk handle permasalahan yang dihadapi oleh klien tersebut.”..
(K2)

“Pada kebiasaannya, penolakan akan berlaku kepada klien yang tidak faham
apa itu sebenarnya perkhidmatan kaunseling. Individu ini berpendapat bahawa
mereka yang dating berjumpa dengan kaunselor adala hmereka yang
mempunyai masalah disiplin dalam kerja mereka”..(K3)

c. Limitasi

“Cuma ada benda-benda limitasi yang libatkan keselamatan, berpegang kepada


etika kerahsiaan…” (K1)

“limitasi yang berlaku adalah dari segi etika kerahsiaan iaitu sejauhmana atau
sedalam mana kita boleh melaporkan apa yang berlaku oleh seseorang individu
yang menghadapi masalah disiplin dalam kerja kepada majikan mereka”..(K3)
d. Tugas-tugas hakiki

“ Pada saya, seboleh bolehnya selagi daya kaunselor boleh memenuhi apa nie
permintaan semua oranglah…” (K1)

“Memang tidak dinafikan kadangkala kita perlu buat tugasan yang bukan
sepatutnya contohnya seperti menyediakan surat kepada tetamu jemputan,
namun sebagai seorang kaunselor kita perlulah fleksibel terhadap apa yang kita
lakukan” (K3)

(vii) Latihan untuk kaunselor


Kesemua responden bersetuju bahawa latihan untuk kaunselor perlu ditingkatkan
melalui kursus-kursus dan seminar yang berkaitan. Ini disokong oleh penyataan
berikut :

“Yang paling penting kaunselor rela untuk terus belajar dan sentiasa mengikuti
perkembangan dalam bidang-bidang kaunseling yang terkini dan juga sentiasa
mengikuti seminar –seminar dan kursus-krusus masa ada dia join secara suakarela
atau dihantar oleh penyelia”..(K1)

“pihak sekolah sentiasa menyediakan kursus-kursus kepada guru kaunseling


bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme sebagai seorang kaunselor. Yang
mana saya biasanya berkursus di IPG Sultan Mizan di mana di situ kursus
profesionalisme khas untuk guru kaunseling sahaja.” (K2)

“Bagi program perkembangan profesional, saya menggalakkan para kaunselor untuk


mengikuti Kursus NLP dan kursus Hipnosis kerana kedua-dua kursus ini
memerlukan pengamalnya sentiasa mengikuti latihan dan kursus supaya apa yang
dipelajari itu dapat memberi manafaat kepada dirinya dan orang lain”

“Manakala bagi kursus dan seminar pula saya lebih minat terhadap kursus yang
membantu kaunselor dalam meningkatkan kemahiran kita dalam menjalankan sesi
kaunseling termasuklah aplikasi teori dalam sesi kaunseling” (K3)

‘Buat kursus, bagi latihan, bagi pendedahan, expert menjalankan latihan. Perlu ada
pembacaan, motivasi, kena ada kesedaran diri…’ (K4)
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Kajian dan temubual ini telah membincangkan dan mengkaji tentang profesionalisme kaunselor
di Malaysia. Dapatan ini tidak menggambarkan secara keseluruhan profesionalisme kaunselor
kerana hanya 4 orang kaunselor berdaftar sahaja yang ditemubual yang terdiri daripada
Kaunselor di zon timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang sahaja). Walaubagaimanapun, kami
berpendapat ada beberapa dapatan yang dirasakan penting boleh dikaji dan dibincangkan.
Dapatan-dapatan ini dirasakan dapat memberikan impak kepada bidang kaunseling di
Malaysia, khususnya kepada peningkatan profesionalisme kaunselor itu sendiri.

Pendidikan Kaunselor dan perkhidmatan kaunseling.


Hasil dari temubual yang dijalankan, pengkaji mendapati kaunselor yang professional mestilah
mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang kaunseling. Kriteria umum Piawaian
Program Latihan Kaunselor meliputi aspek nama Ijazah yang dianugerahkan, peringkat
pengajian, bahasa pengantar, tempoh pengajian, pecahan kursus, cara mengira nilai kredit, dan
syarat kemasukan ke program pengajian (Lembaga Kaunselor Malaysia). Sehingga kini,
institusi yang menawarkan program kaunseling di peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan
kedoktoran adalah seperti di UKM, UPM, UPSI, USM, UM, UTM, UUM, UMS, UNIMAS, UMT,
USIM dan HELP university (Rohany Nasir, 2011).

Peranan, sumbangan dan cabaran kaunselor.


Melalui Seminar Kaunselor Berdaftar Lembaga Kaunselor 2015 menyatakan bahawa
perkhidmatan kaunseling dan kaunselor pada masa sekarang menghadapi pelbagai cabaran
berikutan peningkatan isu-isu sosial yang semakin kompleks serta pelbagai bentuk bencana
yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat masa kini. Bermula dengan tragedi Lahad Datu diikuti
dengan MH 370, MH 17, bencana banjir besar dan yang terakhir baru-baru ini kita dikejutkan
dengan kejadian gempa bumi di Sabah. Semua insiden ini, telah membuka mata masyarakat
kita tentang kepentingan perkhidmatan kaunseling dalam menjalankan intervensi krisis kepada
mangsa-mangsa dan keluarga yang terlibat. Sehubungan itu, wajarlah kaunselor dari semasa
ke semasa mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan juga kemahiran-kemahiran baru yang
dapat membantu mangsa-mangsa dan keluarga yang memerlukan perhatian khusus pada
ketika itu.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, Malaysia akan melangkah ke era baru sebagai sebuah
negara maju dan berpendapatan tinggi. Selari dengan perkembangan tersebut, pola kehidupan
masyarakat juga dijangka akan bergerak ke arah yang lebih kompleks. Pelbagai permasalahan
yang berkaitan psikososial dijangka akan menjadi lebih jelas dan meningkat. Sehubungan itu,
perkhidmatan kaunseling yang profesional menjadi amat penting. Ini kerana, perkhidmatan
kaunseling yang profesional akan menjadi salah satu alat utama sistem sokongan sosial dalam
membantu mengurangkan permasalahan psikososial dalam komuniti.

Latihan Peningkatan Profesionalisme Kaunselor


Untuk meningkatkan profesionalisme kaunselor, tidak dapat dinafikan perlunya latihan-latihan
dan seminar yang berkaitan untuk mencapai tujuan tersebut. Abdul Halim, 2000 menyatakan
bahawa pendidikan kaunselor perlu dirangka dengan baik supaya dapat memenuhi objektif
berlandaskan falsafah yang digariskan untuk menggambarkan tahap profesionalisme
kaunselor.Sudah tiba masanya negara kita melahirkan kaunselor professional yang
mengkhusus kepada bidang tumpuan yang tertentu seperti Kaunseling Perkahwinan &
Keluarga, Kaunseling Ketagihan, Kaunseling Sekolah, Kaunseling Kerjaya, Kaunseling
Kesihatan Mental dan Kaunseling Institusi Pengajian Tinggi. Di samping memberikan
penekanan kepada bidang tumpuan khusus tersebut, kaunselor juga perlu menguasai
pengetahuan dan kemahiran lain yang berkaitan seperti kemahiran-kemahiran intervensi
khususnya bagi membantu mangsa-mangsa bencana.

BIBLIOGRAFI

Abdul Halim Othman, Md Shuaid Che Din, Sapora Sipon. 2000, Latihan Kaunseling di
Malaysia:Satu Ulasan dan Cadangan, UMS

Lembaga Kaunselor. 1998. Akta Kaunselor 1998 (Akta 580). Kuala Lumpur: Percetakan
Nasional Sendirian Berhad.

Lembaga Kaunselor. 2003. Piawaian dan Kelayakan Latihan Kaunselor. Kuala Lumpur:
Lembaga Kaunselor

Mohd Jais, Samsiah and Daud, Abd Rahman and Mohammad Arip, Mohammed Aziz


Shah and Syed Salim, Syed Sofian (2011)Peranan Kaunselor Dalam Pembentukan
Persekitaran Dan Pengalaman Sekolah Yang Positif Dalam Kalangan Pelajar Berkeperluan
Khas. In: International Conference In Special Education, 24 - 3 Disember 2011, Hotel Mahkota,
Melaka.

Mohamad Bokhari, Syed Najmudin Syed Hassan, RosliSaadan, 2012, Hubungan Antara
Kefahaman, Kesedaran, dan Amalan Etika Kerahsiaan Dalam Kalangan Kaunselor Malaysia,
UTEM.

Rohany Nasir, 2011, Hala Tuju Bidang Kaunseling di Malaysia, UPM Serdang.

Rokiah Mat Jusoh, AziahAbd Ghani, Hasyati Hassan dan Norlia Othman. 2007. Kerjaya
Sebagai Kaunselor, PTS Profesional

You might also like