You are on page 1of 9

BAB 4: JADUAL BERKALA UNSUR

4.1 PERKEMBANGAN JADUAL BERKALA UNSUR

1. ANTOINE LAVOISIER
 mengelaskan unsur ke dalam kumpulan
tertentu seperti kumpulan gas, logam, bukan
logam dan oksida logam.
2. JOHANN W.DOBEREINER
Mendapati bahawa jisim atom strontium (Sr)
hampir sama dengan purata jisim atom
kalsium (Ca) dan barium (Ba).

Klasifikasi beliau telah menunjukkan


perhubungan antara sifat kimia unsur dengan
jisim atom.
3. JOHN NEWLANDS
Susun unsur mengikut pertambahan
jisim atom.
Menyusun 7 unsur dalam satu baris
kerana mendapati sifat kimia dan sifat
fizik unsur yang pertama berulang pada
setiap unsur kelapan. (Hukum Oktaf)
4. LOTHAR MEYER
memplot graf isipadu atom melawan
jisim atom unsur.
Unsur yang berada di kedudukan yang
setara pada lengkung graf mempunyai
sifat kimia yang serupa.
5. DMITRI MENDELEEV
Unsur disusun berdasarkan
pertambahan jisim atom.
Hanya unsur yang mempunyai sifat
kimia yang serupa disusun dalam
lajur menegak yang sama.
6. HENRY J.G.MOSELEY
Menemui hubungan spektrum
sinar-X dengan nombor proton.
Menyusun unsur dalam JBU
mengikut tertib nombor proton
yang menaik.
PRINSIP ASAS PENYUSUNAN UNSUR
DALAM JADUAL BERKALA UNSUR

Unsur dalam JBU disusun mengikut


tertib nombor proton yang menaik.

Unsur yang mempunyai sifat kimia


yang serupa diletakkan dalam lajur
menegak yang sama.
 Terdapat penemuan unsur baharu yang
dimasukkan ke dalam Kala 7 Jadual
Berkala Unsur.

You might also like