You are on page 1of 4

Perkembangan jadual berkala moden

John Newlands-Hukum Oktaf


Pada tahun 1864, seorang ahli kimia British bernama John Newlands(1837 1898) telah menyusun semua unsur yang diketahui pada ketika itu mengikut tertib jisim atom relatif yang menaik. Beliau mendapati bahawa sifat-sifat yang sama berulang pada setiap unsur kelapan dalam susunan selanjutnya.Pola ini menyerupai nada oktaf muzik.Oleh itu , susunan unsur ini dikenali sebagai Hukum Oktaf. Sumbangan Newlands tidak berjaya kerana Hukum Oktafnya hanya dipatuhi oleh 17 unsur pertama iaitu dari Hidrogen(H) hingga ke Kalsium(Ca). Beliau gagal disebabkan beliau tidak sedar akan kewujudan unsur-unsur lain yang masih belum berjaya dijumpai pada ketika itu.Maka jadualnya tidak dapat diterima. Namun, sumbangan beliau adalah amat penting kerana beliau merupakan ahli kimia yang pertama yang menunjukkan kehadiran satu corak berkala bagi sifat-sifat unsur, iaitu ulangan sifat kimia yang serupa pada unsur kelapan. Ulanagan sifat unsur secara berkala ini telah digunakan sebagai salah satu asas perkembangan Jadual Berkala Unsur seterusnya.

Dmitri Mendeleev

Dmitri Mendeleev
Dmitri Mendeleev (1839 1907), seorang profesor kimia dari Rusia telah mengelaskan unsur supaya menghasilkan satu bentuk Jadual Berkala Unsuryang memuaskan pada tahun 1869. Jadual Berkala Mendeleev ini menjadi asas kepada bentuk Jadual Berkala sekarang ini.Mendeleev menunjukkan bahawa sifat-sifat unsur berubah secara berkala mengikut jisim atom. Mendeleev menyusun unsur-unsur mengikut tertib jisim atom menaik seperti yang dilkukan oleh John Newlands, tetapi dengan beberapa perbezaan seperti berikut:

Semua unsur dengan sifat-sifat yang sama tergolong dalam lajur(kumpulan) yang sama. Beliau meninggalkan tempat-tempat kosong dalam Jadual Berkala Unsur untuk unsur-unsur yang belum dijumpai pada masa itu.

Beliau menggunakan kedudukan unsur dalam Jadual Berkala untuk meramalkan sifat-sifat bagi unsurunsur yang beliau temui pada masa itu.Ramalannya disahkan benar apabila unsur-unsur tersebut ditemui beberapa tahun kemudian.Misalnya Mendeleev telah meramalkan unsur yang diberi nama Eka-silikon yang bermaksud selepas Silikon.Menurut ramalannya Eka-silikon mempunyai sifat-sifat yang serupa dengan Silikon.Apabila unsur Germanium dijumpai pada tahun 1886, didapati sifatsifatnya adalah sama dengan sifat Eka-silikon seperti yang diramalkan oleh Mendeleev sebelum itu.Unsur-unsur lain yang telah diramalkan oleh beliau ialah Galium dan Skandium.

Unsur-unsur yang tidak sesuai diletakkan ke mana-mana kumpulan biasa disusun ke dalam satu blok yang berasingan iaitu ke kumpulan logam peralihan.Contoh unsur-unsur tersebut ialah:

Mangan(Mn)

Besi(Fe) Kobalt(Co) Nikel(Ni)

Walaupun unsur-unsur disusun mengikut tertib jisim atom menaik, tetapi beliau menerbalikkan dua pasangan unsur iaitu Nikel(jisim atom 58.7) dengan Kobalt(jisim atom 58.9) dan Iodin(jisim atom 126.9) dengan Telurium(jisim atom 127.6) supaya unsur-unsur tdengan sifat kimia yang sama dapat dikumpulkan dalam kumpulan yang sama.Penyusunan ini dapat disahkan benar apabila unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor atom dalam Jadual Berkala Moden.

Mendeleevs early periodic table Henry J. G. Moseley Pada tahun 1914, Moseley membuat kajian spektrum sinar-X bagi unsur. Daripada eksperimennya, beliau menyimpulkan bahawa nombor proton seharusnya digunakan sebagai asas bagi perubahan berkala sifat kimia, dan bukannya jisim atom. Beliau menyusun semula unsur mengikut tertib nombor proton yang menaik dalam Jadual Berkala Unsur. Dengan ini, beliau mengesahkan kerja Mendeleev.

H.J.G. Moseley (18871915)

H.J.G. Moseley (18871915) merupakan seorang ahli fizik British yang membuat kajian tentang unsur-unsur kimia melalui spektrum sinar-X pada tahun 1914. Beliau memplotkan graf punca kuasa dua bagi frekuensi sinar-X yang dibebaskan oleh unsur-unsur melawan nombor atomnya dan satu garis lurus diperolehi. Melalui kajian ini, beliau berpendapat bahawa nombor atom yang menentukan kedudukan unsur dalam Jadual Berkala dan bukan jisim atomnya. Oleh itu, Moseley menyusun unsur-unsur mengikut tertib nombor atom yang menaik dalam Jadual Berkala. Penyusunan serta pengelasan unsur-unsur oleh Moseley telah menghasilkan satu bentuk kekalaan yang hampir sama dengan bentuk kekalaan apabila unsur-unsur disusun mengikut tertib jisim atom menaik oleh Dmitri Mendeleev. Dalam susunan mengikut tertib nombor atom yang dibuat oleh Moseley, disahkan bahawa Telurium (Te) terletak di hadapan iodin (I) dan kobalt (Co) terletak di hadapan nikel (Ni) seperti yang diramalkan oleh Mendeleev.

You might also like