You are on page 1of 1

INDEKS KEMENJADIAN MURID KPM

Indeks Kemenjadian Murid KPM merupakan inovasi Kementerian Pendidikan


Malaysia untuk menghasilkan satu indeks pengukuran pencapaian murid yang
bersifat holistk selaras dengan kehendak dan aspirasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Indeks Kemenjadian Murid KPM mengandungi empat domain utama
iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI). Domain Jasmani mengukur
kemenjadian murid dalam aspek jasmani iaitu sihat tubuh badan, mengamalkan
pemakanan dan gaya hidup sihat serta menjaga kesihatan diri. Domain Emosi
adalah bagi mengukur kebijaksanaan murid mengawal emosi melalui kemahiran
intrapersonal, interpersonal, penyesuaian diri dan pengurusan stres. Kemenjadian
murid dalam domain Rohani adalah berdasarkan indikator murid yang mempunyai
pengetahuan, menghayati nilai beragama dan nilai murni serta pengamalannya
secara tekal. Domain Intelek dalam Indeks Kemenjadian Murid diukur berdasarkan
tiga indikator utama iaitu pencapaian akademik , kebijaksanaan dalam tindakan
melalui minda usahawan serta kemahiran ICT murid yang merangkumi aspek
teknologi, etika dan kognitif. Alat ukur Indeks Kemenjadian Murid adalah instrumen
Situational Judgement Test, alat ukur BMI, Ujian kecergasan SEGAK, peperiksaan
awam UPSR dan SPM, instrumen Sahsiah Unggul Murid (SUMUR), pentaksiran bilik
darjah (PBD) Pendidikan Islam, PBD Pendidikan Moral tahun enam, instrumen
Minda Sihat dan ujian Digital Competency Standard (DCS). Indeks Kemenjadian
Murid melibatkan pengukuran pencapaian murid tahun enam dan murid tingkatan
lima yang merupakan proksi kepada outcome pendidikan rendah dan pendidikan
menengah. Penghasilan Indeks Kemenjadian Murid juga akan memberi gambaran
dan menjadi indikator kepada keberkesanan sistem pendidikan negara.

You might also like