You are on page 1of 4

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN
1.0 Pengenalan kajian 1

2.0 Objektif kajian 2

3.0 Latar belakang kajian 3-11

4.0 Kegiatan Ekonomi 12-17

5.0 Kemudahan Infrastruktur 18-25

6.0 Isu dan Masalah 26-29

6.0 Cadangan dan Saranan 30

7.0 Kesimpulan 31

8.0 Bibliografi 32
1.0 PENGENALAN KAJIAN

Kumpulan kami iaitu seramai lima orang yang terdiri daripada tiga orang perempuan dan dua orang
lelaki telah memilih FELCRA Kampung Changkat Sulaiaman sebagai kawasan bagi kajian kes kami.
FELCRA Kampung Changkat Sulaiaman terletak di Sungkai, Perak. Disebabkan tiada maklumat dalam
laman sesawang dan carian peta atas talian, kami terpaksa menemu bual beberapa orang penduduk
kampung sekitar untuk mendapatkan lokasi sebenar FELCRA Kampung Changkat Sulaiaman.

Kami telah menemu bual beberapa penduduk kampung dan barisan staf FELCRA Changkat
Sulaiman sendiri iaitu Encik Rizuan Bin Wan Senit selaku Pengurus Kawasan FELCRA Changkat
Sulaiman, Puan Farisha sebagai setiausaha FELCRA Changkat Sulaiman. turut serta bersama-sama
kami dalam sesi temu bual tersebut adalah penduduk kampung iaitu Encik Ramlee Bin Arif, Encik
Abdul Ghaffar Bin Bidin, dan Encik Mohamad Zairi Bin Yusuf selaku ketua kampung FELCRA
Changkat Sulaiman.

Hasil daripada kajian ini, pengkaji mendapati bahawa masyarakat di FELCRA Changkat
Sulaiman telah menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi yang terdiri daripada pertanian seperti
penanaman kelapa sawit, pisang, kacang panjang, petola dan kacang bendi. Penduduk kampung Felcra
Changkat Sulaiman juga turut mengusahakan produk IKS iaitu kuah kacang. Selain terlibat dengan
aktiviti ekonomi, masyarakat setempat juga menjalankan pelbagai kegiatan sosial yang dianjurkan oleh
pentadbiran FELCRA Changkat Sulaiman iaitu aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong,
majlis bacaan yasin dan tahlil, kenduri doa selamat, sukaneka dan sebagainya. Kampung ini juga
mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti sekolah, kolej FELCRA, kedai runcit, surau,
taman permainan, padang bola, dewan serba guna dan sebagai. Selain itu, bagi melengkapkan kajian ini
pelbagai kaedah telah digunakan seperti kaedah pemerhatian, kaedah temu bual, kaedah lapangan dan
kaedah pembacaan.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji telah menyenaraikan beberapa objektif kajian iaitu:

I. Mengetahui sejarah perkembangan FELCRA Changkat Sulaiman.


II. Mengkaji kegiatan ekonomi masyarakat FELCRA Changkat Sulaiman.
III. Mengkaji kemudahan infrastruktur masyarakat FELCRA Changkat Sulaiman.
3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian kes kami adalah merujuk kepada FELCRA Changkat Sulaiman. FELCRA Changkat Sulaiman
merupakan sebuah kampung yang terletak di Sungkai, Perak. Lokasi kampung ini terletak 50 km dari
Pekan Tanjong Malim,. Jarak dari Kuala Lumpur adalah 124 km manakala jarak dari ibu negeri Perak
iaitu Ipoh adalah sejauh 87 km. FELCRA Changkat Sulaiman adalah salah sebuah cawangan di bawah
pengurusan FELCRA Berhad. FELCRA berhad sebelum ini merupakan sebuah Badan Berkanun
Kerajaan dikenali sebagai Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan atau lebih dikenali
sebagai Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA)1

1
Laman Web Rasmi FELCRA Berhad; Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. 15 Julai 2019. https://www.felcra.com.my/ (diakses
Oktober 28, 2019).

You might also like